Penghargaan
-
Upload
asrul-tokai -
Category
Documents
-
view
221 -
download
0
description
Transcript of Penghargaan
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi, kerana limpah dan kurniaNya serta memberikan
saya qudrat kepada diri saya untuk berusaha menyiapkan kerja kursus ini.
Sesungguhnya saya berasa amat bertuah kerana berjaya menyelesaikan tugasan yang
diberikan ini dengan lancar. Alhamdulillah, Allah telah memudahkan saya untuk memilih
tajuk dalam kerja kursus ini. Oleh itu, saya telah membuat keputusan untuk memilih
tajuk “Perkara-Perkara Larangan Dalam ‘Iddah Menurut Syariat Islam”.
Selain itu, tidak lupa juga kepada pensyarah saya, Puan Shabibah Binti Shaufit Affandi
yang telah mengamanahkan saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Jutaan terima
kasih saya ucapkan kepada pensyarah saya kerana telah memberi penerangan dan
tunjuk ajar yang sungguh efektif hingga saya berjaya menyelesaikan tugasan ini.
Di samping itu, semasa dalam proses mengumpul dan mencari maklumat, pelbagai
halangan yang telah timbul dan menganggu saya dalam menyiapkan kursus ini.
Antaranya ialah masalah kekurangan kemudahan untuk mengumpul maklumat.Saya
terpaksa pergi ke perpustakaan yang lokasinya agak jauh dari rumah saya untuk
mencari maklumat. Saya juga berusaha mencari dan merujuk banyak buku dan
pelbagai laman sesawang untuk memperoleh maklumat. Selain itu, saya juga telah
menjalankan proses menganalisis maklumat. Proses ini sangat penting untuk
mendapatkan maklumat yang benar-benar sahih dan bertepatan dengan tajuk kerja
kursus ini.
Akhir kata, dalam perbincangan ini saya akan berusaha untuk menjelaskan dengan
lebih lanjut saya mengenai “Perkara-Perkara Larangan Dalam ‘Iddah Menurut Syariat
Islam”. Insya-Allah, selepas ini kita akan dapat menambah pengetahuan kita selepas
perbincangan ini.
Sekian.