PENGGUNAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) DALAM KALANGAN GURU ... · PDF fileGuru Perpustakaan dan...

19
PENGGUNAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR. NORHAFIZAH MELIJAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of PENGGUNAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) DALAM KALANGAN GURU ... · PDF fileGuru Perpustakaan dan...

Page 1: PENGGUNAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) DALAM KALANGAN GURU ... · PDF fileGuru Perpustakaan dan Media Sekolah (Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah). 5 1.5 Persoalan Kajian Berdasarkan

PENGGUNAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) DALAM KALANGAN

GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR.

NORHAFIZAH MELIJAT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENGGUNAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) DALAM KALANGAN GURU ... · PDF fileGuru Perpustakaan dan Media Sekolah (Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah). 5 1.5 Persoalan Kajian Berdasarkan
Page 3: PENGGUNAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) DALAM KALANGAN GURU ... · PDF fileGuru Perpustakaan dan Media Sekolah (Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah). 5 1.5 Persoalan Kajian Berdasarkan
Page 4: PENGGUNAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) DALAM KALANGAN GURU ... · PDF fileGuru Perpustakaan dan Media Sekolah (Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah). 5 1.5 Persoalan Kajian Berdasarkan

PENGGUNAAN PUSAT SUMBER (PSS) SEKOLAH DALAM KALANGAN

GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR.

NORHAFIZAH BINTI MELIJAT

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan

(Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 5: PENGGUNAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) DALAM KALANGAN GURU ... · PDF fileGuru Perpustakaan dan Media Sekolah (Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah). 5 1.5 Persoalan Kajian Berdasarkan

ii

Page 6: PENGGUNAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) DALAM KALANGAN GURU ... · PDF fileGuru Perpustakaan dan Media Sekolah (Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah). 5 1.5 Persoalan Kajian Berdasarkan

iii

DEDIKASI

“KHAS UNTUK YANG DISAYANGI.”

Nasarrudin Bin Mohd Nor

Suamiku tersayang: Pengorbananmu terlalu tinggi nilainya.

Nash Nurafiz

Nurul Adriana

Anak-anakku yang dikasihi: Kalian menjadi pendorong buat ibu.

Melijat Bin Ahmad

Tom Binti Dalip

Abah dan emak: Restumu menjadikan aku manusia.

Page 7: PENGGUNAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) DALAM KALANGAN GURU ... · PDF fileGuru Perpustakaan dan Media Sekolah (Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah). 5 1.5 Persoalan Kajian Berdasarkan

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya,

penyelidik dapat menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini dalam jangkamasa yang

ditetapkan. Penyelidik mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan

penghargaan dan terima kasih kepada En Abdul Razak Bin Idris di atas segala

bimbingan, nasihat dan cadangan yang membina serta bermanfaat dalam menjayakan

kertas projek ini.

Ucapan penghargaan ini juga untuk Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi,

sekolah-sekolah menengah yang terlibat dan semua guru-guru yang banyak membantu

dan bekerjasama dalam memberi maklumat bagi melancarkan kajian ini.

Tidak ketinggalan juga, penyelidik ingin mengucapkan jutaan terima kasih

kepada rakan-rakan sealiran di atas segala pandangan yang membina.

Page 8: PENGGUNAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) DALAM KALANGAN GURU ... · PDF fileGuru Perpustakaan dan Media Sekolah (Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah). 5 1.5 Persoalan Kajian Berdasarkan

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui penggunaan Pusat Sumber Sekolah

(PSS) dalam kalangan guru-guru di sekolah menengah Daerah Kota Tinggi, Johor.

Kajian ini juga meninjau faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan PSS dalam

kalangan guru-guru di sekolah menengah, pandangan guru-guru tentang keberkesanan

penggunaan PSS terhadap pencapaian akademik pelajar serta pandangan guru-guru

terhadap peranan Guru Perpustakaan dan Media di sekolah menengah. Kajian dijalankan

ke atas semua guru-guru sahaja tidak termasuk pihak pentadbir sekolah dan guru media.

Dalam kajian ini, soal selidik telah diedarkan kepada responden yang terdiri daripada

semua guru (300 orang) dari lima buah sekolah yang dipilih secara rawak. Nilai alpha

yang diperolehi ialah 0.8680. Frekuensi iaitu nilai peratusan telah digunakan dalam

penganalisisan data. Dapatan kajian pada keseluruhannya menunjukkan guru-guru

menggunakan PSS. Dari aspek corak penggunaan PSS didapati guru-guru menggunakan

PSS untuk pelbagai tujuan yang dapat memanfaatkan guru dan pelajar. Terdapat

beberapa faktor yang mempengaruhi penggunaan PSS dan 81.6% guru-guru berpendapat

bahawa penggunaan PSS memberi kesan terhadap pencapaian akademik pelajar.

Sebanyak 69.2% guru-guru berpendapat bahawa peranan guru Perpustakaan dan Guru

Media turut memberi sumbangan dan meningkatkan potensi penggunaan PSS.

Page 9: PENGGUNAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) DALAM KALANGAN GURU ... · PDF fileGuru Perpustakaan dan Media Sekolah (Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah). 5 1.5 Persoalan Kajian Berdasarkan

vi

ABSTRACT

The objective of this study was to observe the usage of the School Resource

Centre (SRC) among teacher in the secondary school Kota Tinggi, Johor. The study was

also to identify the factors that influence the secondary school teacher to use the School

Resource Centre (SRC), the effectiveness of School Resource Centre (SRC) usage and

also the role plate by the media teacher’s as the person in charge of School Resource

Centre (SRC). The respondent was 300 secondary school teachers for five schools in

Kota Tinggi, Johor. The instrument used in this study was the set of questionnaire with

alpha 0.8680. The data was analyzed using descriptive analysis method in the form of

frequency and percentage. The finding of this study showed that the teachers used the

School Resource Centre (SRC) and few factors that influence the teacher in using

School Resource Centre (SRC). The teachers also agreed the School Resource Centre

(SRC) contribute to the student’s achievement.

Page 10: PENGGUNAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) DALAM KALANGAN GURU ... · PDF fileGuru Perpustakaan dan Media Sekolah (Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah). 5 1.5 Persoalan Kajian Berdasarkan

vii

KANDUNGAN

Bab Tajuk Halaman

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI LAMPIRAN xi

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Penyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 4

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Rasional Kajian 5

1.7 Kepentingan Kajian 6

1.8 Skop Kajian 6

1.9 Definisi Istilah 7

2 SOROTAN KAJIAN 9

2.1 Pengenalan 9

2.2 Konsep Pusat Sumber Sekolah 10

Page 11: PENGGUNAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) DALAM KALANGAN GURU ... · PDF fileGuru Perpustakaan dan Media Sekolah (Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah). 5 1.5 Persoalan Kajian Berdasarkan

viii

2.3 Penggunaan Pusat Sumber Sekolah 12

2.4 Tugas Guru Perpustakaan dan Media

(Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah) 14

2.5 Kajian-kajian Lepas Berhubung

Penggunaan Pusat Sumber Sekolah 17

3 METODOLOGI KAJIAN 20

3.1 Pengenalan 20

3.2 Reka Bentuk Kajian 21

3.3 Populasi Kajian 21

3.4 Sampel Kajian 21

3.5 Instrumen Kajian 22

3.6 Kajian Rintis 23

3.7 Kaedah penganalisisan Data 23

3.8 Kesimpulan 23

4 DAPATAN KAJIAN 24

4.1 Pengenalan 24

4.2 Analisis Data 25

4.2.1 Analisis Bahagian A 25

4.2.2 Analisis Bahagian B 27

4.2.2.1 Corak Penggunaan PSS Dalam

Kalangan Guru-Guru di Sekolah

Menengah 27

4.2.2.2 Faktor-faktor yang Mempengaruhi

Penggunaan PSS Dalam Kalangan

Guru-guru di Sekolah Menengah 29

4.2.2.3 Kesan-kesan Penggunaan PSS

Terhadap Pencapaian Akademik

Pelajar Daripada Pandangan

Guru-guru 32

Page 12: PENGGUNAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) DALAM KALANGAN GURU ... · PDF fileGuru Perpustakaan dan Media Sekolah (Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah). 5 1.5 Persoalan Kajian Berdasarkan

ix

4.2.2.4 Pandangan guru-guru di Sekolah

Menengah Terhadap Peranan Guru

Perpustakaan dan Media Sekolah 34

5 PERBINCANGAN DAN CADANGAN 37

5.1 Pengenalan 37

5.2 Rumusan 37

5.3 Perbincangan 38

5.3.1 Corak penggunaan PSS dalam kalangan

guru-guru di sekolah menengah. 38

5.3.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi

penggunaan PSS dalam kalangan guru-guru

di sekolah menengah. 39

5.3.3 Kesan-kesan penggunaan PSS terhadap

pencapaian akademik pelajar daripada

pandangan guru-guru. 40

5.3.4 Pandangan guru-guru di sekolah menengah

terhadap peranan Guru Perpustakaan dan

Media 42

5.4 Kesimpulan 44

5.5 Implikasi Kajian 45

5.6 Cadangan 45

5.7 Penutup 46

RUJUKAN 47

LAMPIRAN 50

Page 13: PENGGUNAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) DALAM KALANGAN GURU ... · PDF fileGuru Perpustakaan dan Media Sekolah (Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah). 5 1.5 Persoalan Kajian Berdasarkan

x

SENARAI JADUAL

No. Jadual Tajuk Halaman

3.5.1 Taburan Item Soal Selidik Mengikut Aspek Kajian 22

3.5.2 Set Skala Likert 23

4.2.1 Kekerapan dan Peratusan Responden 25

4.2.2.1 Kekerapan dan peratusan corak penggunaan Pusat Sumber

Sekolah dalam kalangan guru-guru di sekolah menengah. 29

4.2.2.2 Kekerapan dan peratusan faktor-faktor yang

mempengaruhi penggunaan Pusat Sumber Sekolah dalam

kalangan guru-guru di sekolah menengah. 31

4.2.2.3 Kekerapan dan peratusan kesan-kesan penggunaan

Pusat Sumber Sekolah terhadap pencapaian akademik

pelajar daripada pandangan guru-guru. 32

4.2.2.4 Kekerapan dan peratusan pandangan guru-guru di sekolah

menengah terhadap peranan Guru Perpustakaan dan Media

Sekolah (Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah) 34

Page 14: PENGGUNAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) DALAM KALANGAN GURU ... · PDF fileGuru Perpustakaan dan Media Sekolah (Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah). 5 1.5 Persoalan Kajian Berdasarkan

xi

SENARAI LAMPIRAN Lampiran Tajuk Halaman

A Borang Soal Selidik Untuk Guru 50

B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 57

C Keputusan Kajian Rintis 60

D Jadual Penentu Saiz Sampel 61

Page 15: PENGGUNAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) DALAM KALANGAN GURU ... · PDF fileGuru Perpustakaan dan Media Sekolah (Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah). 5 1.5 Persoalan Kajian Berdasarkan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Perubahan dalam bidang pendidikan masa kini jelas mencerminkan betapa

pentingnya penguasaan ilmu pengetahuan bagi melahirkan generasi yang stabil dari

pelbagai aspek. Perubahan ini dapat dirasai oleh pelbagai pihak yang berkaitan

dengan pendidikan. Pusat Sumber Sekolah (PSS) tidak terkecuali malah menjadi

faktor dan pemangkin kepada perubahan ini. Ini jelas menunjukkan bahawa sekolah

merupakan tempat bagi melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu pengetahuan serta

seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Suatu perubahan yang positif perlu dilakukan oleh pihak sekolah. Perubahan

demi perubahan dalam pengurusan dan memperkembangkan lagi Pusat Sumber

Sekolah telah diatur untuk membantu melahirkan pelajar yang cemerlang. Menurut

Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran, Datuk

Yusoff Harun semasa berucap pada majlis perasmian Anugerah Pusat Sumber

Sekolah (PSS) Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2006, koleksi bahan dipilih akan

mempengaruhi penggunaan dan impaknya. Bahan berkenaan perlu ada kaitan dengan

pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan diperkembangkan secara terancang bagi

menggalakkan penggunaan, pemikiran kreatif serta inovatif pelajar.

Kewujudan Koridor Raya Multimedia (MSC) turut memberi kesan yang

besar terhadap perubahan pendidikan. Kini, ilmu bukan sahaja boleh diperolehi

Page 16: PENGGUNAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) DALAM KALANGAN GURU ... · PDF fileGuru Perpustakaan dan Media Sekolah (Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah). 5 1.5 Persoalan Kajian Berdasarkan

2

daripada pembacaan buku atau majalah sahaja, malah penggunaan teknologi seperti

CD Rom dan internet juga dapat membantu dan membekalkan informasi serta ilmu

pengetahuan. Ini jelas menunjukkan bahawa Pusat Sumber Sekolah telah menuju ke

arah Pusat Sumber Digital ataupun Pusat Sumber Elektronik. Penubuhan Pusat

Teknologi Pendidikan (PTP), bertindak sebagai pemangkin ke arah memajukan

pendidikan sains serta mengaplikasikan teknologi dalam pendidikan. Selain itu, PTP

ditubuhkan bagi mewujudkan budaya teknologi pendidikan di kalangan guru dan

pelajar (Arzilawati Abdul Karim, 2003).

Kewujudan Pusat Sumber Sekolah telah mendorong guru-guru untuk

melengkapkan diri dengan kemahiran serta ilmu pengetahuan yang secukupnya

mengenai Pusat Sumber Sekolah. Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri

Najib Razak semasa merasmikan persidangan Antarabangsa Sekolah Bestari di

Kuala Lumpur, sewajarnya semua kakitangan sekolah dan pentadbir diberi latihan

dan pendedahan secukupnya, sekurang-kurangnya dapat menggunakan aplikasi asas,

seperti e-mel, pemproses perkataan dan pelayar internet (Berita Harian, 16 April

2007).

Sehubungan dengan itu, kecemerlangan sesebuah Pusat Sumber Sekolah

merupakan tanggungjawab bersama dan agar dapat melahirkan generasi yang lebih

Cemerlang, Gemilang dan Terbilang pada masa hadapan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pusat Sumber Sekolah (PSS) dahulunya merupakan sebuah bilik yang

terdapat di dalam kawasan sekolah yang lebih dikenali sebagai perpustakaan. Selepas

melalui pelbagai perubahan, PSS juga dikenali sebagai Pusat Sumber Ilmu, Pusat

Pembelajaran, Pusat Sumber Elektronik, Pusat Sumber Pendidikan dan berbagai lagi

yang boleh dikaitkan dengan tempat untuk memperolehi ilmu pengetahuan. PSS

berperanan untuk membantu guru-guru dan pelajar menggunakan pelbagai

Page 17: PENGGUNAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) DALAM KALANGAN GURU ... · PDF fileGuru Perpustakaan dan Media Sekolah (Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah). 5 1.5 Persoalan Kajian Berdasarkan

3

kemudahan pembelajaran agar mereka tidak hanya mengharapkan kepada buku-buku

teks ataupun kaedah tradisional sahaja untuk menimba ilmu pengetahuan.

Selain daripada itu, PSS juga merupakan pusat untuk menghasil, mengumpul

dan menggunakan pelbagai peralatan oleh warga sekolah untuk mencapai

kecemerlangan dalam bidang pendidikan. Selain daripada itu, PSS juga melatih serta

membimbing pelajar dan guru dalam menggunakan kemahiran mencari dan

mengaplikasikan maklumat secara sistematik. Namun demikian, pelajar masih

bermasalah apabila mereka melangkah ke pusat pengajian yang lebih tinggi. Ini

menunjukkan bahawa mereka masih tidak dapat mengintegrasikan ilmu yang

dibekalkan.

Perkembangan terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi menyebabkan

PSS telah melangkah lebih jauh lagi. Pusat sumber juga telah menjadi pusat

perhubungan antara sekolah-sekolah dengan agensi-agensi maklumat yang lain bagi

tujuan berkongsi dan memperolehi bahan dan maklumat. Ini selaras dengan

keperluan semasa di mana PSS telah menjadi sebuah pusat yang memberi

perkhidmatan dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum. Namun demikian, tahap

kesediaan warga sekolah masih rendah untuk mengintegrasi dan mengaplikasikan

sumber-sumber tersebut dalam perlaksanaan kurikulum di sekolah.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak untuk memastikan PSS

dapat berfungsi dan berperanan dengan berkesan terutama bagi membantu guru-guru

dan semua pelajar dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Satu

jawatan khas yang telah diwujudkan di sekolah iaitu Guru Perpustakaan dan Media

adalah bertujuan untuk memantap dan memajukan lagi sistem pendidikan.

Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas bil. 3/2005, Setiap Sekolah Bestari

diperuntukan dengan seorang guru Penyelaras Bestari dan setiap sekolah telah

diperuntukan seorang Guru Perpustakaan dan Media Sekolah (Guru Penyelaras Pusat

Sumber Sekolah) sepenuh masa (Dato’ Dr. Hj Ahamad bin Sipon, 2005).

Page 18: PENGGUNAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) DALAM KALANGAN GURU ... · PDF fileGuru Perpustakaan dan Media Sekolah (Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah). 5 1.5 Persoalan Kajian Berdasarkan

4

1.3 Penyataan Masalah

Berdasarkan latar belakang masalah yang telah nyatakan, penulis ingin

membuat kajian tentang penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS) dalam kalangan

guru-guru di sekolah menengah. Kajian ini juga ingin mengetahui faktor-faktor yang

mempengaruhi penggunaan PSS dalam kalangan guru-guru serta mengenalpasti

kesan penggunaan PSS. Selain daripada itu, kajian ini juga dijalankan untuk

mengetahui pandangan guru-guru di sekolah menengah terhadap peranan Guru

Perpustakaan dan Media Sekolah (Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah).

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

i. Mengenalpasti corak penggunaan Pusat Sumber Sekolah dalam kalangan

guru-guru di sekolah menengah.

ii. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan Pusat Sumber

Sekolah dalam kalangan guru-guru di sekolah menengah.

iii. Mengenalpasti kesan-kesan penggunaan Pusat Sumber Sekolah terhadap

pencapaian akademik pelajar daripada pandangan guru-guru.

iv. Mengenalpasti pandangan guru-guru di sekolah menengah terhadap peranan

Guru Perpustakaan dan Media Sekolah (Guru Penyelaras Pusat Sumber

Sekolah).

Page 19: PENGGUNAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) DALAM KALANGAN GURU ... · PDF fileGuru Perpustakaan dan Media Sekolah (Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah). 5 1.5 Persoalan Kajian Berdasarkan

5

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan kepada objektif kajian, beberapa persoalan dapat ditentukan

seperti:

i. Bagaimanakah corak penggunaan Pusat Sumber Sekolah dalam kalangan

guru-guru di sekolah menengah?

ii. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan Pusat Sumber Sekolah

dalam kalangan guru-guru di sekolah menengah?

iii. Apakah kesan-kesan penggunaan Pusat Sumber Sekolah terhadap pencapaian

akademik pelajar daripada pandangan guru-guru?

iv. Apakah pandangan guru-guru di sekolah menengah terhadap peranan Guru

Perpustakaan dan Media Sekolah (Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah)?