PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN …eprints.uthm.edu.my/9887/1/Fatimah_Jafri.pdf ·...
Transcript of PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN …eprints.uthm.edu.my/9887/1/Fatimah_Jafri.pdf ·...
PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT
DAN KOMUNIKASI (TMK) TERHADAP MATA
PELAJARAN TERAS
FATIMAH BINTI JAFRI
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
PENGGUNAAN INSTRUKSIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI (TMK) TERHADAP MATA PELAJARAN TERAS
FATIMAH BINTI JAFRI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian
daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan
Teknik Dan Vokasional
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
JULAI 2017
iii
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T Tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Buat ayah dan emak,
Haji Jafri Bin Ismail dan Hajah Kasmah Binti Anuar, segala dorongan, pengorbanan
dan keikhlasan bantuan kalian tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata.
Hanya Allah Ta’ala sahaja yang maha mengetahui dan membalasnya.
Istimewa buat,
Suami tercinta Mohd Zulfauzi Bin Paiman,
Pengorbanan dan keikhlasanmu yang menjadi pendorong untuk terus berjuang
serta
anak-anak yang dikasihi
Muhammad Mu’az Iman Bin Mohd Zulfauzi,
Muhammad Daris A’qil Bin Mohd Zulfauzi
Semoga dengan kejayaan Umi ini akan menjadi pendorong buat kalian
Seterusnya
Pensyarah yang telah memberikan bimbingan dengan penuh sabar dan tanpa jemu
Dr. Noorazman Bin Abd Samad
Akhirnya
Rakan-rakan seperjuangan
Yang sentiasa memberikan dorongan, pertolongan dan bantuan.
iv
PENGHARGAAN
Alhamdullilah segala puji dan syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah dan
kurnia-Nya laporan kajian ini telah dapat disempurnakan.
Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih khusunya kepada Dr. Noorazman Bin
Abd Samad di atas segala bimbingan, tunjuk ajar, saranan-saranan yang bernas,
sokongan yang berterusan serta kesediaan beliau meluangkan masa menyemak
laporan ini di sepanjang tempoh laporan kajian ini disiapkan. Tidak lupa juga kepada
para penilai projek sarjana ini iaitu Dr Alias Bin Masek dan Dr. Marina Binti Ibrahim
Mukhtar yang memberikan komen dan pandangan membina dalam membantu
menyiapkan laporan projek ini. Penghargaan ini juga ditujukan kepada kepada semua
rakan-rakan dan juga semua pensyarah serta kakitangan akademik Fakulti
Pendidikan Teknik dan Vokasional yang terlibat sama ada secara langsung atau
tidak langsung membantu menjayakan proposal projek penyelidikan ini. Akhir kata
segala jasa baik, kerjasama serta sumbangan yang diberikan akan beroleh keberkatan
dari Allah S.W.T. Amin.
v
ABSTRAK
Penggunaan instruksional Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) memainkan
peranan penting dalam mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran
(PdP) abad ke-21. Penggunaan TMK adalah tidak terhad kepada sesuatu mata
pelajaran sahaja, sebaliknya kepada semua mata pelajaran yang diajar di sekolah.
Kajian ini adalah untuk mengenal pasti penggunaan instruksional TMK terhadap
mata pelajaran teras dari tiga aspek utama iaitu tahap kemahiran, tahap amalan dan
tahap sikap guru. Reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan. Kajian ini dijalankan
dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen dan data dianalisis
secara deskriptif dan inferensi. Data di proses menggunakan Statistical Package for
Social Science versi 21.0 (SPSS) dan hasil dapatan kajian dilaporkan dalam bentuk
peratusan, min, sisihan piawai dan Ujian ANOVA sehala. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa tahap penggunaan instruksional TMK terhadap mata pelajaran
teras dari ketiga-tiga aspek berada pada tahap sederhana iaitu tahap kemahiran (skor
min 3.31), tahap amalan (skor min 2.87) dan tahap sikap (skor min 3.35). Dapatan
kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap
kemahiran (p>0.05=0.224), tahap amalan (p>0.05=0.911) dan tahap sikap
(p>0.05=0.681) guru dalam penggunaan instruksional TMK terhadap mata pelajaran
teras. Secara keseluruhannya, guru-guru seharusnya sedar bahawa penggunaan
instruksional TMK adalah penting dan dapat memberi kemudahan dalam
melaksanakan tugas selain mempertingkatkan motivasi serta tahap pencapaian
pelajar.
vi
ABSTRACT
The use of instructional Information and Communication Technology (ICT) plays an
important role in creating a twenty-first century teaching and learning environment.
It is not limited to a certain subject only but can be used in all subjects taught in
school. This research is aimed at identifying the use of ICT in core subjects as seen
from three main aspects, that is, skills level, practice level and teacher’s attitude
level. This research is in the form of a research. The instrument used in this research
is the questionnaire and the data is analysed in the form of description and
inferences. The data is processed using the Statistical Package for Social Science
version 21.0 (SPSS) and the findings of the research are reported in the forms of
mean, standard deviation, percentage and one-way ANNOVA Test. The test results
showed that the levels of use of instructional ICT in core subjects in the three aspects
were at the average level, with an overall mean score of 3.31 for the skills level, 2.87
for practice level and 3.35 for teacher’s attitude level. The findings of the research
showed no significant differences between the skills level (p>0.05=0.224), practice
level (p>0.05=0.911) and teacher’s attitude level (p>0.05=0.681) in instructional ICT
in the core subjects. On the whole, teachers should realise that the use of
instructional ICT is important and can facilitate the teacher’s tasks as well as
increase students’ motivation and achievement levels.
vii
KANDUNGAN
TAJUK
PENGAKUAN
i
ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Penyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Hipotesis Kajian 9
1.7 Skop Kajian 10
1.8 Batasan Kajian 10
1.9 Kerangka Konseptual 10
1.10 Kepentingan Kajian
1.10.1 Pihak Pengurusan Sekolah
1.10.2 Guru
13
13
14
viii
1.10.3 Pelajar 14
1.11 Definisi Istilah dan Operasional
1.11.1 Kemahiran
1.11.2 Amalan
1.11.3 Sikap
1.11.4 Instruksional
1.11.5 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
1.11.6 Guru
1.11.7 Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
1.11.8 Mata Pelajaran
14
15
15
15
16
16
16
16
17
1.12 Rumusan 17
BAB 2 SOROTAN KAJIAN 18
2.1 Pengenalan 18
2.2 Kemahiran
2.2.1 Kemahiran Peralatan TMK
2.2.2 Kemahiran Mengakses Maklumat
19
20
22
2.3 Amalan
2.3.1 Amalan Penggunaan TMK
2.3.2 Amalan Pembangunan Modul
23
24
25
2.4 Sikap
2.4.1 Sikap Komitmen
2.4.2 Sikap Minat
2.4.3 Sikap Amanah
27
27
29
30
2.5 Pengetahuan Penggunaan TMK Oleh Guru di Sekolah 31
2.6 Model Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21 32
2.7 Penggunaan TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran 34
2.8 Kepentingan TMK Terhadap Mata Pelajaran Teras 36
2.9 Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21 38
2.10 Penggunaan TMK di Sekolah 40
2.11 Kajian Lepas 42
2.12 Rumusan 44
ix
BAB 3 METODOLOGI 45
3.1 Pengenalan 45
3.2 Reka Bentuk Kajian 45
3.3 Kerangka Operasi 46
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 48
3.5 Lokasi Kajian 49
3.6 Instrumen Kajian
3.6.1 Borang Soal Selidik
50
51
3.7 Kesahan 55
3.8 Kebolehpercayaan 55
3.9 Kajian Rintis 56
3.10 Prosedur Pengumpulan Data 58
3.11 Kaedah Analisis Data
3.11.1 Analisis Deskriptif
3.11.2 Analisis Inferensi
58
59
60
3.12 Rumusan 60
BAB 4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN 61
4.1 Pengenalan 61
4.2 Analisis Pulangan Borang Soal Selidik 62
4.3 Analisis Demografi Responden 63
4.3.1 Analisis Responden Mengikut Jantina 64
4.3.2 Analisis Responden Mengikut Sekolah 65
4.3.3 Analisis Responden Mengikut Mata Pelajaran 66
4.4 Analisis Persoalan Kajian Pertama 67
4.5 Analisis Persoalan Kajian Kedua 69
4.6 Analisis Persoalan Kajian Ketiga 71
4.7 Analisis Skor Min Keseluruhan 73
4.8 Ujian Normaliti 74
4.9 Analisis Persoalan Kajian Keempat 75
4.10 Analisis Persoalan Kajian Kelima 76
4.11 Analisis Persoalan Kajian Keenam 77
4.12 Rumusan 78
x
BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 79
5.1 Pengenalan 79
5.2 Hasil Perbincangan 80
5.2.1 Persoalan Kajian Pertama 80
5.2.2 Persoalan Kajian Kedua 82
5.2.3 Persoalan Kajian Ketiga 84
5.2.4 Persoalan Kajian Keempat 86
5.2.5 Persoalan Kajian Kelima 87
5.2.6 Persoalan Kajian Keenam 88
5.3 Kesimpulan 89
5.4 Cadangan 91
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 92
Penutup 93
RUJUKAN 94
LAMPIRAN 106
VITA 133
xi
SENARAI JADUAL
3.1 Bilangan sampel daripada setiap sekolah 49
3.2 Nama setiap sekolah dan lokasi 50
3.3 Bahagian B : Pemberatan skala likert yang akan di gunakan 52
3.4 Bahagian C : Pemberatan skala likert yang akan di gunakan 52
3.5 Bahagian D1 : Pemberatan skala likert yang akan di gunakan 53
3.6 Bahagian D2: Pemberatan skala likert yang akan di gunakan 54
3.7 Pecahan item dalam soal selidik 54
3.8 Nilai Kebolehpercayaan Instrumen Kajian Sebenar 56
3.9 Tahap kebolehpercayaan Skor Alpha-Cronbach 57
3.10 Skor Skor Alpha-Cronbach 57
3.11 Interpretasi tahap skor min 59
4.1 Analisis pulangan borang soal selidik 62
4.2 Analisis Keseluruhan Demografi Responden 63
4.3 Bilangan dan peratusan responden mengikut jantina 64
4.4 Bilangan dan peratus responden mengikut sekolah 65
4.5 Bilangan dan peratus responden mengikut mata pelajaran 66
4.6 Tahap kemahiran guru dalam penggunaan instruksional
TMK terhadap mata pelajaran teras 68
4.7 Tahap amalan guru dalam penggunaan instruksional
TMK terhadap mata pelajaran teras 70
4.8 Tahap sikap guru dalam penggunaan instruksional
TMK terhadap mata pelajaran teras 72
4.9 Analisis Skor Min tiga aspek utama 73
4.10 Nilai skewness dan kurtosis yang diperolehi bagi
setiap aspek utama 74
xii
4.11 Ujian ANOVA perbezaan tahap kemahiran guru dalam
Penggunaan instruksional TMK terhadap mata pelajaran teras 75
4.12 Ujian ANOVA perbezaan tahap amalan guru dalam penggunaan
instruksional TMK terhadap mata pelajaran teras 76
4.13 Ujian ANOVA perbezaan tahap sikap guru dalam penggunaan
instruksional TMK terhadap mata pelajaran teras 77
xiii
SENARAI RAJAH
1.1 Kerangka Konseptual Kajian 12
2.1 Model Pengajaran dan Pembelajaran Aba Ke-21 33
3.1 Kerangka Operasi Kajian 47
xiv
SENARAI SINGKATAN
TMK Teknologi Maklumat dan Komunikasi
SPSS Statistical Package for The Social Sciences
PdP Pengajaran dan Pembelajaran
KPM Kementerian Pendidikan Malaysia
LCD Liquid Crystal Display
VLE Frog Virtual Learning Environment
KBAT Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
xv
SENARAI LAMPIRAN
A Surat Kebenaran Kajian 106
B Borang Semakan Soal Selidik 110
C Borang Soal Selidik 117
D Analisis Kebolehpercayaan Kajian Rintis 123
E Analisis Kebolehpercayaan Kajian Sebenar 124
F Analisis Data Kajian Sebenar 125
G Jadual Krejcie Dan Morgan 130
H Carta Gantt 131
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Perkembangan dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) pada hari ini
telah banyak memberikan impak positif dalam pelbagai bidang seperti perindustrian,
pelancongan, komunikasi dan tidak ketinggalan pendidikan. Tindakan Ketua Menteri
Pelajaran Malaysia, yang menjadikan TMK sebagai salah satu Alat Bantu Mengajar
(ABM) sememangnya bijak dalam usaha meningkatkan kualiti Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) di sekolah. Peranan teknologi maklumat menjadi begitu penting
terutamanya dalam bidang pendidikan sebagai asas penyaluran ilmu yang dapat
disampaikan dengan berkesan melalui proses PdP antara guru dengan pelajar (Mohd
Hamzah & Attan, 2007). Hal ini jelas jika kita lihat pada hari ini, penggunaan TMK
dapat menyediakan pengguna dengan capaian data, persekitaran pemprosesan data,
pengendalian dan boleh menyampaikan maklumat dengan mudah dan tepat (Ab
Samad, & Marsan, 2001).
Pengintegrasian TMK dalam melaksanakan proses PdP adalah perlu dan telah
memberikan satu anjakan paradigma kepada teknik baru dalam pedagogi guru.
Sejajar dengan itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah
memperkenalkan pelbagai dasar untuk memastikan semua guru dan pegawai
2
kementerian pendidikan khususnya celik TMK termasuklah melancarkan Pelan
Pembanggunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 pada tahun 2012. Hal ini
juga merujuk kepada penggunaan TMK yang bukan sahaja tertumpu kepada sesuatu
mata pelajaran, tetapi juga kepada semua mata pelajaran di sekolah termasuk lima
mata pelajaran teras utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik,
Sejarah dan Sains.
Kesemua mata pelajaran tersebut banyak melibatkan elemen Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang memerlukan pelajar terlibat secara langsung
dalam proses penyelesaian sesuatu permasalahan. Hal ini memerlukan pengajaran
berasaskan TMK yang positif oleh guru adalah kerana mampu meningkatkan
kreativiti dan inovasi dalam membuat sebarang keputusan (Nor, Suhaimi, Abdul
Wahab, Che Ismail, Che Noh & Abdul Razak, 2015). Oleh itu, guru-guru perlu
menggunakan kaedah pedagogi berkesan supaya mampu meningkatkan pencapaian
pelajar dalam sesuatu mata pelajaran (Boaler & Staples, 2008) dan tahap KBAT
dalam diri.
Walau bagaimanapun, didapati penggunaan TMK di sekolah masih lagi tidak
meluas dan menyeluruh. Hal ini disokong oleh kajian Mumcu dan Usluel (2010)
mendapati penggunaan instruksional TMK dalam kalangan guru terhadap mata
pelajaran adalah rendah berbanding penggunaan untuk tujuan pengurusan kerja dan
peribadi. Hal ini kerana guru-guru lebih cenderung menggunakan teknik pengajaran
konvensional berasaskan kapur dan percakapan serta bakat semula jadi berbanding
menggunakan bahan bercetak, alat pandang dengar dan perisian multimedia (Jamian
& Ismail, 2013). Kesan daripada hal tersebut, menyebabkan pelajar lemah dalam
akademik, kurang bermotivasi untuk belajar (Halili & Suguneswary, 2016) selain
menyebabkan mereka tidak dapat menguasai KBAT yang diajar oleh guru dalam
sesuatu sesi PdP di sekolah sepenuhnya.
Faktor utama yang perlu diberikan perhatian oleh guru-guru adalah tahap
kemahiran dalam penggunaan TMK bagi memastikan PdP berasaskan TMK berjalan
dengan lancar selain dapat mencapai objektif pembelajaran dengan lebih berkesan
(Attan & Andrew, 2015) terutamanya dalam mata pelajaran teras. Penggunaan TMK
yang terancang akan dapat membantu pelajar lebih mudah dan cepat memahami ilmu
yang disampaikan seterusnya mengaplikasikan apa yang telah dipelajari untuk
mendapatkan jalan penyelesaian yang tepat.
3
Namun begitu, tahap kemahiran guru dalam penggunaan TMK adalah masih
rendah (Razali, Bahador & Saidon, 2016). Akibatnya, didapati guru-guru kurang
bersedia untuk memulakan PdP yang berkualiti dan terancang di samping tidak dapat
mewujudkan peluang pembelajaran sama rata kepada semua pelajar yang
mempunyai pelbagai kebolehan dan kecerdasan. Hal ini dipersetujui oleh Vinathan
(2016) yang berpendapat sekiranya guru-guru tidak mempunyai kemahiran yang baik
untuk menggunakan TMK maka, perlaksanaan sesi PdP yang berkualiti dan objektif
pemelajaran sukar dapat di capai .
Selain itu, tahap amalan yang positif adalah merujuk kepada penggunaan
TMK secara kreatif dan berinovasi dalam melaksanakan sesi PdP mata pelajaran
teras. Hal ini akan dapat memupuk budaya kreativiti dalam kalangan pelajar (Mariani
& Ismail, 2013). Namun demikian, pengamalan TMK dalam PdP yang dikatakan
sebagai pemudah cara dalam menyampaikan ilmu masih kurang diamalkan oleh
guru-guru di sekolah. Hal ini dipersetujui oleh Parker (2008) dalam kajiannya
menyatakan bahawa pengajaran yang tidak menggunakan TMK tidak akan dapat
meningkatkan minat dan perhatian pelajar, menggalakkan maklum balas,
menawarkan pengalaman, membantu perkembangan literasi dan kemahiran berfikir
aras tinggi dalam kalangan pelajar. Oleh itu, semua guru perlu menggunakan segala
kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah tanpa ada sikap negatif untuk
menggunakan TMK dalam PdP di sekolah.
Di samping itu, tahap sikap juga berupaya menjadi pendorong untuk
seseorang guru itu menerima penggunaan TMK dalam PdP. Menurut Haili dan
Suguneswary (2016), guru perlu mempunyai sikap dan efikasi yang tinggi untuk
memudahkan proses penerimaan penggunaan TMK dalam pelaksanaan proses PdP.
Hal ini mampu mewujudkan persekitaran yang realistik maya, interaktif dan yang
paling baik adalah dapat menimbulkan keseronokan semasa belajar (Anjuman &
Wan Hussin, 2013).
Walau bagaimanapun, masih terdapat lagi guru-guru yang bersikap tidak
mahu mengunakan TMK dalam PdP walaupun telah mendapat pendedahan awal
tentang kebaikan penggunaan TMK dalam PdP sama ada di peringkat universiti atau
melalui pengalaman sepanjang tempoh berhidmat (Abdullah & Ali, 2010).
Natijahnya, pelajar tidak dapat memperkembangkan pemikiran kreatif, kritis dan
imaginatif sehingga tidak dapat membuat keputusan kepada sesuatu permasalahan
dengan lebih baik. Justeru itu, semua guru di Malaysia perlu mempunyai tahap
4
kemahiran, amalan dan sikap yang baik dalam penggunaan TMK untuk tujuan
instruksional terhadap mata pelajaran teras khususnya di sekolah.
Sekiranya usaha ini dijalankan secara terancang dan berterusan, pasti pelajar
yang bersikap kreatif dan inovasi dapat dilahirkan seperti yang dihasratkan dalam
Pelan Pembanggunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (KPM, 2012). Tambahan lagi,
ciri ini adalah penting untuk memastikan pelajar-pelajar mempunyai pemikiran kritis,
kreatif, inovatif, boleh mengaplikasi dan membuat keputusan kepada sesuatu
permasalahan. Oleh itu, semua guru di Malaysia perlu mempersiapkan diri mereka
agar dapat melaksanakan sesi PdP mengikut perkembangan semasa dari pelbagai
aspek terutamanya dari aspek kemahiran, amalan dan sikap. Persoalannya, adakah
guru-guru pada hari ini bersedia dari aspek kemahiran, amalan dan sikap terhadap
penggunaan TMK sebagai Instruksional terhadap mata pelajaran teras menuju ke
arah pembelajaran abad ke-21?
1.2 Latar Belakang Masalah
Golongan guru pada hari ini perlu mempunyai tahap penguasaan yang tinggi dalam
penggunaan instruksional TMK sebagai prasyarat untuk meningkatkan ilmu
pengetahuan dari semasa ke semasa. Hal ini disokong dalam satu kajian yang
menyatakan bahawa semua guru di sekolah perlu mempunyai tahap kesediaan dan
berkemahiran tinggi terhadap penggunaan instruksional TMK dalam menjadikan
proses PdP lebih berkesan (Aziz, 2013) terutamanya dalam mata pelajaran teras.
Lima mata pelajaran teras yang wajib lulus oleh setiap pelajar dalam peperiksaan
Penilaian Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekolah
menengah ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah dan Sains.
Kelima-lima mata pelajaran tersebut mengandungi elemen KBAT yang
memerlukan setiap pelajar mampu menghasilkan keputusan yang tepat kepada
sesuatu permasalahan. Hal ini adalah merujuk kepada transformasi kurikulum dan
pentaksiran yang dilakukan di mana elemen KBAT telah menjadi keutamaan dalam
peperiksaan awam (Hj. Nor, Suhaimi, Abdul Wahab, Che Ismail, Che Noh & Abul
Razak, 2015). Justeru itu, penggunaan instruksional TMK akan dapat membantu
5
meningkatkan tahap kafahaman, mengukuhkan di samping meningkatkan tahap
KBAT dalam diri pelajar.
Walau bagaimanapun, tahap penggunaan TMK untuk tujuan instruksional
dalam PdP oleh para guru didapati masih lagi kurang. Buktinya, dalam dapatan
kajian oleh Sidin dan Mohamad (2007), dinyatakan bahawa penguasaan pedagogi
dalam kalangan guru terhadap TMK adalah terhad dan ini menyebabkan mereka
tidak berpeluang untuk melaksanakan pengajaran secara meluas serta sering
menggunakan kaedah konvensional untuk melancarkan pembelajaran di dalam kelas.
Selain itu, masih lagi terdapat guru yang bermotivasi rendah terhadap
pengintegrasian TMK dalam PdP. Hal ini disokong oleh kajian lain yang menyatakan
bahawa masih ada guru yang bersikap tidak berminat langsung untuk menggunakan
TMK selain kurang berkeyakinan dan kurang bersedia untuk menggunakannya
dalam PdP di sekolah (Wan Ibrahim, Awang Lah, Jusoh, & Ibrahim, 2002).
Hal ini memberikan gambaran bahawa sehingga kini, guru-guru di sekolah
masih lagi selesa menggunakan kaedah pengajaran yang berpusatkan guru dalam
melaksanakan sesi PdP (Abd Razak, 2013). Perlaksanaan kaedah pengajaran
tradisional atau kaedah ‘Chalk and Talk’ akan menyebabkan pelajar berasa cepat
bosan, bermotivasi rendah untuk belajar dan akhirnya menyebabkan objektif
pengajaran tidak dapat dicapai sepenuhnya (Che Mohd Noor & Ahmad, 2015; Md.
Johan & Dinyanti, 2011).
Implikasinya, jika hal ini berterusan, pelajar tersebut akan hilang minat untuk
belajar, tahap prestasi akan merosot, kurang berpengetahuan dalam menyelesaikan
masalah sekaligus boleh menyebabkan mereka ketinggalan dalam pelajaran. Perkara
ini amat merugikan kerana guru-guru tidak memanfaatkan sumber pendidikan yang
ada bagi menyampaikan PdP secara lebih berkesan. Sebagai bukti, hasil analisis ujian
SSQS pada tahun 2016 mendapati bahawa tahap pengintegrasian TMK dalam
melaksanakan PdP oleh guru berada pada tahap rendah. Hal ini adalah berdasarkan
kepada soalan berkaitan jangkamasa yang digunakan oleh guru untuk
mengintegrasikan TMK dalam PdP untuk tempoh masa seminggu (Bahagian
Teknologi Pendidikan Negeri Johor, 2016).
Selain itu, guru-guru juga dikatakan masih lagi tidak bersedia untuk
mengintegrasikan TMK dalam sesi PdP di sekolah. Buktinya dalam kajian yang
dibuat, mendapati guru-guru pelatih kurang menggunakan TMK dalam PdP
Matematik (Ahmad Zanzali & Daud, 2010). Hal ini disebabkan oleh sikap
6
ketidaksediaan guru untuk melaksanakan PdP yang melibatkan elemen KBAT
(Hashim & Hussein, 2003). Matematik merupakan salah satu mata pelajaran teras
yang mengandungi elemen KBAT dan perlu untuk diberikan perhatian berkaitan
pemahaman dan pencapaian oleh pelajar. Kegagalan pelajar untuk menguasai mata
pelajaran ini akan menyebabkan mereka sukar untuk meneruskan pelajaran ke
peringkat tinggi khususnya dalam bidang yang memerlukan pengiraan lanjutan
seperti bidang perbankan atau bidang pengkomputeran.
Di samping itu, sikap ketidaksediaan guru untuk melaksanakan PdP secara
berkesan juga menjadi penyumbang kepada penurunan prestasi pelajar khususnya
berkaitan mata pelajar yang melibatkan elemen KBAT (Hashim & Hussein, 2003).
Hal ini turut disokong dalam hasil kajian oleh Mohd. Zaki (2015) yang mendapati
pelaksanaan teknik pengajaran berasaskan KBAT begitu kurang sekali di praktikkan
di sekolah. Buktinya boleh dilihat dalam laporan yang dikeluarkan oleh Perunding
Kestrel Education daripada England dan 21st Century School dari Amerika Syarikat
pada tahun 2011 menyatakan bahawa tahap KBAT dalam kalangan guru dan pelajar
di Malaysia masih rendah (Kassim & Zakaria, 2015).
Jelaslah di sini menyatakan bahawa guru kurang menggunakan teknik
pengajaran yang berkesan kerana masih tidak bersedia dari aspek ilmu pengetahuan,
kemahiran dan sikap (Rajendran, 2001) terhadap penggunaan TMK. Dalam erti kata
sebenar, guru lebih banyak mengamalkan perlaksanaan teknik pengajaran PdP
berorientasikan peperiksaan dan bertindak sebagai penyampai maklumat kepada
pelajar sahaja di mana hanya melibatkan interaksi sehala. Penggunaan teknik
pengajaran tradisional ini juga akan menyebabkan pelajar kurang kreatif dalam
mengeluarkan idea, kurang berkeyakinan, menggalakkan pembelajaran secara
hafalan dan kurang berminat untuk meneruskan pembelajaran di sekolah (Awang,
Ahmad & Abdul Talib, 2016).
Pengkaji berminat untuk mengkaji permasalahan ini agar penggunaan TMK
oleh guru-guru di sekolah dapat dimanfaatkan sepenuhnya tanpa ada pembaziran
sumber pendidikan. Penggunaan TMK dalam pendidikan seharusnya dapat
dipertingkatkan supaya mampu menjana kualiti pelajaran pelajar sebagaimana yang
diharapkan oleh pihak KPM. Tetapi, sebelum hal tersebut dapat dilaksanakan, guru-
guru perlu mempunyai kemahiran, amalan penggunaan dan sikap yang positif
terhadap teknologi serta tidak menganggapnya sebagai satu bebanan.
7
Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa guru seharusnya memainkan peranan
penting untuk melaksanakan PdP bagi menyampaikan isi pengajaran di dalam kelas
dengan lebih berkualiti dan berkesan. Penggunaan TMK dalam PdP adalah
bermatlamatkan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai mampu berfikiran
kreatif, kritis, inovatif dan boleh menyelesaikan masalah dan membolehkan mereka
bersaing sehingga ke peringkat global. Kemahiran, amalan dan sikap yang positif
terhadap penggunaan TMK dalam kalangan guru merupakan faktor penting dalam
memperkasakan cara penyampaian maklumat dalam sesi PdP bagi mata pelajaran
teras di samping infrastruktur yang lengkap serta sokongan daripada pihak pentadbir.
Matlamat ini akan dapat dicapai dengan baik sekiranya guru-guru mempunyai
kesedaran dan berusaha meningkatkan tahap kesediaan diri dalam menyediakan
pedagogi PdP yang bersesuaian mengikut tahap pelajar menggunakan TMK.
1.3 Penyataan Masalah
Penggunaan instruksional TMK dapat memberikan kemudahan kepada guru-guru
untuk melaksanakan pelbagai tugas yang dipertanggungjawabkan terutamanya dalam
urusan pentadbiran, pengurusan sekolah dan membuat perancangan untuk
melaksanakan PdP dengan lebih berkualiti. Selain itu pengintegrasian TMK dalam
PdP secara terancang dan berterusan juga adalah penting untuk membentuk,
meningkatkan minat, tahap kefahaman dan tahap KBAT serta kualiti pembelajaran
dalam kalangan pelajar. Kenyataan ini disokong oleh Abdulah (2010) yang
menyatakan bahawa penggunaan alat teknologi yang disediakan dapat membantu
pelajar lebih memahami mata pelajaran, memudahkan pencarian maklumat mengikut
kesesuaian tahap serta dapat menarik minat pelajar semasa menjalani proses
pembelajaran.
Walau bagaimanapun, terdapat masih ramai guru yang tidak menggunakan
instruksional TMK dalam melaksanakan proses PdP di sekolah. Selain itu guru-guru
juga bersikap kurang positif menggunakan pengetahuan dan mengamalkan
kemahiran yang mereka ada dalam penggunaan TMK untuk tujuan instruksional
terutamanya melaksanakan PdP mata pelajaran teras sama ada di dalam atau di luar
kelas. Implikasinya, tahap pemahaman pelajar dalam sesuatu mata pelajaran teras
8
menjadi lemah, kurang bermotivasi untuk belajar, sukar untuk memahami
kemahiran-kemahiran yang diajar sepenuhnya dan akhirnya tidak mampu
menghasilkan penyelesaian masalah yang melibatkan KBAT dengan tepat. Apabila
hal ini berlaku, pencapaian dalam peperiksaan akan merosot selain pelajar tidak
berminat lagi untuk datang ke sekolah.
Sehubungan itu, kajian ini perlu dijalankan untuk mengenal pasti tahap
kemahiran, amalan dan sikap guru dalam penggunaan instruksional TMK terhadap
mata pelajaran teras yang diajar di sekolah menengah kebangsaan daerah Muar. Di
samping itu, pengkaji juga berpendapat bahawa kajian untuk melihat perbezaan
penggunaan instruksional TMK dalam kalangan guru berdasarkan mata pelajaran
teras juga perlu dilaksanakan supaya guru-guru menjadi lebih sedar akan
kepentingan TMK dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar dan tidak dibazirkan
begitu sahaja. Hal ini merujuk kepada salah satu matlamat yang digariskan oleh
KPM iaitu meningkatkan penggunaan TMK dalam PdP dalam menuju pembestarian
sekolah dapat dicapai.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian adalah seperti berikut:
(i) Mengenal pasti tahap kemahiran guru dalam penggunaan instruksional TMK
terhadap mata pelajaran teras.
(ii) Mengenal pasti tahap amalan guru dalam penggunaan instruksional TMK
terhadap mata pelajaran teras.
(iii) Mengenal pasti tahap sikap guru dalam penggunaan instruksional TMK
terhadap mata pelajaran teras.
(iv) Mengenal pasti perbezaan antara tahap kemahiran, tahap amalan dan tahap
sikap guru dalam penggunaan instruksional TMK terhadap mata pelajaran
teras.
9
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan yang akan di jawab dalam kajian ini adalah:
(i) Apakah tahap kemahiran guru dalam penggunaan instruksional TMK
terhadap mata pelajaran teras?
(ii) Apakah tahap amalan guru dalam penggunaan instruksional TMK terhadap
mata pelajaran teras?
(iii) Apakah tahap sikap guru dalam penggunaan instruksional TMK terhadap
mata pelajaran teras?
(iv) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kemahiran guru
dalam penggunaan instruksional TMK terhadap mata pelajaran teras?
(v) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap amalan guru dalam
penggunaan instruksional TMK terhadap mata pelajaran teras?
(vi) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap sikap guru dalam
penggunaan instruksional TMK terhadap mata pelajaran teras?
1.6 Hipotesis Kajian
Hipotesis yang dibangunkan adalah untuk menjawab persoalan kajian yang keempat.
Hipotesis adalah seperti berikut:
H0: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kemahiran guru dalam
penggunaan instruksional TMK terhadap mata pelajaran teras.
H0 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap amalan guru dalam
penggunaan instruksional TMK terhadap mata pelajaran teras.
H0 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara antara tahap sikap guru
dalam penggunaan instruksional TMK terhadap mata pelajaran teras.
10
1.7 Skop Kajian
Skop kajian ini adalah kajian berbentuk persepsi untuk melihat tahap kemahiran,
tahap amalan dan tahap sikap guru dalam penggunaan instruksional TMK terhadap
mata pelajaran teras di sekolah menengah harian. Selain itu, kajian ini juga
dijalankan untuk melihat perbezaan di antara tahap kemahiran, tahap amalan dan
tahap sikap guru dalam penggunaan instruksional TMK terhadap mata pelajaran
teras.
1.8 Batasan Kajian
Batasan kajian ini merangkumi seramai 277 orang responden daripada 11 buah
sekolah menengah kebangsaan harian di daerah Muar. Responden yang dipilih pula
terdiri daripada guru yang mengajar mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris Matematik, Sejarah dan Sains.
1.9 Kerangka Konseptual
Kerangka konseptual kajian dalam Rajah 1.1 menunjukkan tentang konsep sebenar
kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji. Kerangka konsep ini diadaptasi daripada
Suhaini pada tahun 2014. Input dalam kajian ini adalah guru yang mengintegrasikan
TMK dalam menyampaikan bahan pengajaran di sekolah. Dalam proses penggunaan
TMK, guru perlu mempunyai tiga faktor utama iaitu faktor kemahiran, faktor amalan
dan faktor sikap yang positif terhadap penggunaan TMK dalam melaksanakan PdP.
Dalam kajian ini, faktor kemahiran adalah merujuk kepada elemen kemahiran
penggunaan peralatan TMK dan elemen kemahiran mengakses maklumat supaya
dapat mengaplikasikan penggunaan TMK dalam sesi PdP secara lebih terarah dan
terancang. Tindakan ini penting untuk mewujudkan suasana sekolah yang kondusif
dan sesuai untuk melaksanakan sesi PdP ke arah pembentukan pemikiran pelajar
11
yang serba boleh selari dengan perancangan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013 – 2025 yang menggariskan anjakan ke-7 iaitu memanfaatkan TMK
bagi meningkatkan kualiti PdP di Malaysia (KPM, 2012).
Faktor amalan pula adalah merujuk kepada elemen amalan penggunaan TMK
dan elemen amalan pembangguna modul oleh guru untuk tujuan PdP mengikut
kesesuaian tahap pelajar. Hal ini berkait rapat dengan kemudahan infrastruktur yang
disediakan kerana persekitaran sekolah yang lengkap akan menjadikan guru bersikap
lebih bijak dalam menyampaikan pengajaran yang dirancang dan lebih sistematik
(KPM, 2015). Hal ini juga berkaitan dengan pihak pentadbir di mana, mereka perlu
memainkan peranan dengan menjadi suri teladan kepada guru-guru di sekolah
supaya mengaplikasikan penggunaan TMK dalam melaksanakan PdP (Mohd Tahir,
Abd Rahman, Yassin & Ling, 2010) khususnya dalam mata pelajaran teras yang
diajar.
Faktor sikap pula merujuk kepada elemen sikap komitmen, sikap minat dan
sikap amanah yang ada dalam diri seorang guru untuk menggunakan TMK dalam
melaksanakan proses PdP di sekolah. Komitmen yang baik, minat yang positif serta
amanah dalam menjalankan tugas akan dapat memberikan kemudahan kepada guru
untuk melaksanakan tugas tersebut selain dapat meningkatkan kualiti kerja.
Penggunaan TMK secara teratur dan berterusan akan dapat merangsang minda
pelajar untuk menjadi lebih kreatif, mampu melakukan suatu eksperimen dan
mencari maklumat yang pelbagai berdasarkan mata pelajaran yang dipelajari (Husin
& Khalid, 2014).
Ketiga-tiga faktor ini akan membentuk penggunaan instruksional TMK terhadap
mata pelajaran teras oleh guru secara positif selain dapat menjelaskan bagaimana guru
menerima dan menggunakan TMK untuk meningkatkan tahap pengetahuan pelajar
melalui pedagogi yang bersesuaian dan pelbagai. Hal ini penting terutamanya kepada
guru yang mengajar mata pelajaran teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Matematik, Sejarah dan Sains kerana banyak melibatkan pengajaran yang menjurus
kepada tahap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Oleh itu, setiap guru perlu
menguasai tiga kemahiran penting iaitu kemahiran menggunakan teknologi
maklumat komunikasi dan media, kemahiran belajar dan inovasi dan kemahiran
hidup dan kerjaya yang merujuk kepada model pengajaran dan pembelajaran abad
ke-21 (Alang Osman, 2016). Kemahiran, amalan dan skap terhadap penggunaan
TMK yang positif akan meningkatkan pengguaan bahan pengajaran yang disediakan
12
oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) seperti CD interaktif atau laman
web oleh guru supaya konsep sesuatu pelajaran itu dapat disampaikan secara lebih
mudah dan dapat difahami oleh pelajar.
Input
Proses
Sumber adaptasi daripada Sumberadaptasi daripada
(Suhaini, 2014) (Suhaini, 2014)
Output
Rajah 1.1 : Kerangka Konseptual Kajian
Sumber : Adaptasi daripada Suhaini, 2014
Guru
Mengintegrasikan
TMK
Faktor Kemahiran
Peralatan TMK
Mengakses maklumat
Faktor Amalan
Penggunaan TMK
Pembanggunan Modul
Faktor Sikap
Komitmen
Minat
Amanah
Penggunaan instruksional TMK terhadap mata pelajaran teras.
13
1.10 Kepentingan Kajian
Kepentingan dalam sesuatu kajian yang dijalankan akan memberikan implikasi yang
besar dalam membaiki suatu permasalahan yang dibawa. Oleh yang demikian,
penyataan dan hasil dapatan daripada persoalan yang timbul dikemukakan untuk di
manfaatkan dan dijadikan sebagai sumber rujukan kepada pentadbir sekolah, guru,
dan pelajar.
1.10.1 Pihak Pengurusan Sekolah
Kajian ini dapat memberikan maklumat yang bermanfaat kepada pihak pengurusan
sekolah dalam mengenal pasti tahap kemahiran, tahap amalan dan tahap sikap guru
menggunakan TMK dalam melaksanakan PdP selain dapat mengenal pasti
kekurangan peralatan TMK di sekolah menengah daerah Muar. Hasil Kajian ini juga
sedikit sebanyak dapat membantu pihak pentadbir dari aspek perancangan,
pengurusan dan melaksanakan program untuk meningkatkan tahap kemahiran, tahap
amalan dan tahap sikap guru untuk mengintegrasikan TMK dalam PdP mengikut
keperluan masa kini. Secara tidak langsung persekitaran sekolah yang kondusif
dapat diwujudkan dan sesuai untuk dijadikan sebagai tempat menjalankan sesi PdP
dengan lebih berkesan. Selain itu juga, hal ini akan dapat menimbulkan motivasi dan
rasa keseronokan dalam kalangan pelajar untuk terus belajar disamping dapat
meningkatkan potensi dan pencapaian diri dalam setiap mata pelajaran yang
dipelajari dengan menggunakan pendekatan pedagogi yang bersesuaian.
14
1.10.2 Guru
Kajian ini diharap dapat memberi kesedaran kepada guru - guru yang seharusnya
peka terhadap perkembangan dan penggunaan TMK untuk tujuan istruksional
terutamanya dalam perlaksanaan sesi PdP di sekolah. Hal ini akan dapat
meningkatkan tahap kefahaman, prestasi dan pencapaian pelajar. Selain itu, kajian
ini juga di harapkan dapat mengubah pandangan negatif guru terhadap penggunaan
TMK dalam PdP di yang dianggap menyusahkan dan sukar untuk diimplikasikan.
Sebaliknya, guru akan dapat memanfaatkan kemudahan TMK di sekolah untuk
meningkatkan tahap kefahaman dan pencapaian pelajar dalam pendidikan agar
mereka berpeluang untuk bersaing hingga ke peringkat global.
1.10.3 Pelajar
Pengintegrasian TMK dalam sesi PdP oleh guru memberikan manfaat kepada pelajar
untuk meningkatkan dan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran dalam diri.
Selain itu, pelajar juga akan dapat meneroka ilmu secara menyeluruh di samping
beroleh keyakinan diri yang tinggi dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Oleh
yang demikian, secara tidak langsung isu guru kurang mengunakan TMK dalam PdP
akan dapat diatasi kerana kemudahan TMK yang disediakan dapat digunakan
semaksimum mungkin.
1.11 Definisi Istilah dan Operasional
Bahagian ini akan menerangkan tentang maksud sebenar item-item yang digunakan
dalam kajian ini supaya dapat mengelakkan salah faham dan kekeliruan dalam
kalangan pembaca. Berikut adalah istilah utama yang di gunakan berdasarkan tajuk
dan isu yang dikaji iaitu:
15
1.11.1 Kemahiran
Dalam konteks kajian ini, kemahiran merujuk kepada kemahiran guru menggunakan
peralatan TMK dan kemahiran mengakses maklumat. Kemahiran menggunakan
TMK yang dimaksudkan adalah kepandaian guru dalam menggunakan perkakasan
dan aplikasi yang dibekalkan oleh pihak KPM atau secara atas talian. Manakala
kemahiran mengakses maklumat pula adalah kepandaian guru dalam mencari dan
menganalisa maklumat melalui internet.
1.11.2 Amalan
Amalan dalam kajian ini merujuk kepada perkara-perkara yang sering dilakukan oleh
guru dalam menggunakan TMK di sekolah. Amalan yang dibincangkan adalah
merujuk kepada amalan guru menggunakan TMK dan amalan guru dalam
menggunakan TMK dan amalan guru membangunkan produk menggunakan
infrastruktur yang disediakan di sekolah.
1.11.3 Sikap
Dalam konteks kajian ini, sikap merujuk kepada sikap komitmen, sikap minat dan
sikap amanah guru dalam menggunakan infrastruktur TMK semasa melaksanakan
sesi PdP dalam kelas serta melaksanakan tugas pengurusan di sekolah menengah.
16
1.11.4 Instruksional
Instruksional dalam kajian ini adalah merujuk kepada kaedah pengajaran yang
menggunakan peralatan TMK sebagai pemudahcara kepada guru supaya objektif
pengajaran yang diharapkan dapat dicapai dengan mudah.
1.11.5 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) adalah teknologi yang berkaitan
dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui
penggunaan komputer dan telekomunikasi (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2015).
Dalam konteks kajian, TMK merujuk sebagai alat yang di gunakan untuk mengajar
dan belajar serta meliputi pekakasan, perisian dan makmal komputer yang disediakan
di setiap sekolah oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
1.11.6 Guru
Dalam kajian ini, pengkaji hanya menumpukan kepada tahap kemahiran, tahap
amalan dan tahap sikap guru yang berkhidmat di sekolah menengah kebangsaan
harian. Guru yang terlibat adalah seramai 277 orang daripada 11 buah sekolah yang
mempunyai makmal komputer lengkap di daerah Muar.
1.11.7 Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
Pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam kontek kajian ini adalah proses guru
merancang dan melaksanakan sesi pengajaran untuk mencapai objektif tertentu sama
ada semasa di dalam kelas atau di luar kelas. Pengajaran yang disampaikan kepada
17
pelajar adalah berdasarkan kreativiti guru tersebut dan pihak yang terlibat dalam sesi
PdP yang dijalankan ini adalah guru dan pelajar.
1.11.8 Mata Pelajaran
Mata Pelajaran dalam kajian ini adalah merujuk kepada subjek yang perlu diambil
dan oleh pelajar di sekolah menengah. Kajian ini merujuk kepada lima subjek teras
iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah dan Sains yang
mengandungi elemen KBAT dan wajib lulus oleh setiap pelajar. Sesi PdP bagi semua
subjek tersebut perlu menggunakan instruksional TMK sebagai pemudahcara oleh
guru supaya objektif pengajaran yang diharapkan dapat dicapai di samping
meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran tersebut.
1.12 Rumusan
Secara keseluruhannya, bab ini menerangkan tentang pengenalan, latar belakang
masalah dan penyataan masalah berkaitan dengan isu yang ditimbulkan iaitu
kurangnya penggunaan TMK oleh guru untuk tujuan instruksional di sekolah
menengah di daerah Muar. Implikasinya, pelajar akan kurang memahami tentang
pelajaran yang disampaikan, cepat berasa bosan dan kurang motivasi untuk terus
belajar. Oleh yang demikian, tiga faktor penting telah dikenal pasti iaitu kemahiran,
amalan dan sikap yang positif perlu ada pada setiap orang guru supaya dapat
menghasilkan tahap penggunaan TMK yang maksimum terhadap mata pelajaran
teras khususnya iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah dan
Sains.
BAB 2
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
Sorotan kajian amat penting kepada pengkaji untuk melihat gambaran secara
menyeluruh mengenai aspek yang hendak dikaji bagi menjawab persoalan-persoalan
yang telah dibangkitkan melalui kajian lepas menerusi kefahaman yang mendalam
mengenai kajian yang dijalankan. Pelbagai persoalan yang diutarakan dan dikupas
dalam pelbagai bentuk penyelesaian yang melibatkan pelbagai idea, maklumat,
artikel dan sebagainya.
Dalam bab dua ini, pengkaji akan membincangkan tentang kemahiran guru
dalam penggunaan TMK diikuti dengan amalan guru terhadap penggunaan TMK,
sikap guru terhadap penggunaan TMK di sekolah, pengetahuan penggunaan TMK
oleh guru di sekolah, model pengajaran dan pembelajaran Abad ke-21, penggunaan
TMK dalam pengajaran dan pembelajaran, kepentingan TMK terhadap mata
pelajaran teras, pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 dan penggunaan TMK di
sekolah dan juga kajian lepas.
19
2.2 Kemahiran
Di Malaysia, penerapan pengunaan teknologi dalam sesi PdP telah diperkembangkan
demi meningkatkan tahap kualiti inovasi pelajar. Kemahiran dalam penggunakan
peralatan TMK adalah berkait rapat dengan tahap pengetahuan seseorang guru dan
merupakan satu keperluan yang perlu diberikan perhatian bagi memastikan
keberkesanan proses PdP di sekolah. Ini bermakna setiap guru di sekolah perlu
memastikan diri mereka dilengkapi dengan pelbagai kemahiran yang bersesuaian
mengikut perkembangan semasa dalam dunia pendidikan global. Hal ini penting
kerana guru di lihat sebagai medium dalam mencapai keberkesana dalam pendidikan
(Abdul Manap, 2001). Hari ini penggunaan TMK dalam pengajaran bukanlah
menjadi sesuatu perkara yang pelik dan membebankan, tetapi lebih kepada alat yang
dapat membantu proses PdP menjadi lebih berkualiti dan berinovasi.
Penggunaan TMK di sekolah bukan sahaja mampu meningkatkan kefahaman
dan penguasaan guru, malahan juga dapat meningkatkan penguasaan pelajar
terhadap pembelajaran dari segi peningkatan motivasi, mengakses maklumat dengan
sendiri, mengumpul maklumat yang diperlukan pada jangka masa yang lama, mampu
mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. Di samping
itu, hal ini akan juga memberi peluang kepada pelajar tersebut untuk belajar secara
kendiri dan berkesan dengan bimbingan yang minimum. Implikasinya, guru dan
pelajar akan lebih berdaya kreatif dan berimaginasi tinggi selain dapat menguasai
kemahiran yang diperolehi seterusnya mengaplikasikan dalam dunia kehidupan
sebenar. Kemahiran dalam kajian ini adalah merujuk kepada kemahiran penggunaan
peralatan TMK dan kemahiran mengakses maklumat.
20
2.2.1 Kemahiran Peralatan TMK
Seseorang guru itu perlu mempunyai tahap kemahiran yang tinggi dalam
menggunakan peralatan TMK. Hal ini penting untuk melibatkan pelajar secara aktif
semasa perlaksanaan sesi PdP. Dengan tahap kemahiran yang tinggi, guru menjadi
akan lebih kreatif dalam merancang aktiviti pengajaran di samping berupaya
mempelbagaikan strategi pengajaran seterusnya boleh membuat penilaian terhadap
pembelajaran yang dilaksanakan (Ahmad & Jinggan, 2015).
Berdasarkan satu kajian, didapati guru kurang menggunakan TMK untuk
menarik minat pelajar dan kurang mampu untuk merangsang proses pembelajaran
pelajar dalam mata pelajaran yang diajar. Hal ini di sebabkan oleh guru masih tidak
mahir untuk penggunaan perkakasan komputer kerana kurang mendapat sokongan
daripada pihak pentadbiran di sekolah (Md Johan & Dinyanti, 2011). Kesan daripada
hal ini, pelajar kurang dapat menonjolkan perkembangan dalam perubahan tingkah
laku mereka terhadap ilmu pengetahuan yang diperolehi.
Seharusnya, setiap guru perlu menguasai pelbagai bentuk kemahiran yang
diperkenalkan dalam model pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 supaya tidak
ketinggalan dalam arus permodenan perubahan sistem pendidikan. Usaha juga perlu
dilakukan untuk meningkatkan tahap literasi dalam penggunaan peralatan TMK
seperti yang dipersetujui dalam satu kajian menyatakan bahawa guru yang mahir
menggunakan bahan pengajaran TMK boleh memberi kesan yang berkekalan kepada
pelajar dalam memahami sesuatu konsep abstrak (Hassan, Tengku Langjuna, Abdul
Ghaffar & Said, 2007). Oleh itu, dengan adanya kemahiran penggunaan TMK, guru-
guru akan lebih bersikap proaktif khususnya dalam perlaksanaan PdP agar dapat
memupuk minat pelajar untuk terus belajar di samping menyerlahkan lagi potensi
dalam diri pelajar.
Bagi mengukuhkan tindakan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
dalam meningkatkan kemahiran guru, Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia
(PTPM) telah diperkenalkan sebagai landasan kepada guru, para penyelidik dan
individu yang perihatin dalam penggunaan teknologi pendidikan untuk saling
bertukar pandangan dan pendapat bagi meningkatkan kualiti pendidikan dari semasa
ke semasa (Umar & Jamiat, 2011). Cara ini akan dapat membantu para guru dalam
menjana idea pembelajaran dan menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) kepada
21
bentuk yang lebih menarik untuk mewujudkan daya tarikan dalam sesi PdP yang
akan di laksanakan. Selain itu, guru juga akan dapat mengubah teknik pengajaran
konvensional kepada kaedah yang lebih baik, bersistematik, menarik dan tidak
membosankan pelajar secara berterusan.
Selain peralatan TMK, perisian juga di lihat sebagai media penyampaian
maklumat dan penting untu membantu guru merancang, menyampaikan dan
melaksanakan tugas-tugas lain yang dipertanggungjawabkan. Seorang guru yang
berwawasan serta mahu mengintegrasikan TMK dalam PdP secara berterusan perlu
mempunyai pengetahuan berkaitan penggunaan komputer, menguasai asas
penggunaan komputer dan berkemahiran menggunakan pelbagai perisian yang
dibangunkan atau sedia ada. Hal ini melibatkan keupayaan dan kecekapan guru
menggunakan sumber digital supaya dapat menyediakan persekitaran PdP yang
boleh memberi peluang dan ruang kepada pelajar untuk terus meneroka, mentafsir
dan mencari makna sesuatu konsep (Ibrahim, 2015). Hal ini akan dapat
meningkatkan tahap KBAT sedia ada dalam diri pelajar sekiranya melaksanakannya
secara berterusan.
Di samping itu, perlaksanaan PdP dengan menggunaan kaedah multimedia
juga berupaya meningkatkan pemahaman pelajar yang mempunyai pengetahuan
rendah dalam mata pelajaran yang di ajar (Mohamad Zin, 2013). Jadi, guru tidaklah
terlalu bergantung kepada perisian yang dibekalkan oeh pihak KPM yang hanya
terhad kepada beberapa mata pelajaran sahaja. selain itu, dengan adanya sistem
pembelajaran multimedia, kualiti pembelajaran akan menjadi lebih efektif dan
mampu menjadi lebih kreatif serta mudah untuk difahami oleh pelajar. Hal ini selari
dengan Matlamat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dan
berminda kelas pertama seperti yang diharapkan dalam Pelan Induk Pembanggunan
Pendidikan (PIPP) dan menepati Objektif Rancangan Malaysia Ke Lapan (2001-
2005).
Sehubungan dengan hal tersebut, adalah sukar bagi seseorang guru itu untuk
melaksanakan tugas sekiranya mereka tidak mempunyai asas pengetahuan dan
kemahiran dalam menggunakan pelbagai aplikasi. Bagi menarik perhatian dan
menghidupkan punca keseronokan dalam meneroka alam pembelajaran kepada
pelajar di sekolah, guru perlu mempunyai tahap kemahiran untuk menggunakan
pelbagai aplikasi terkini di samping dapat menyampaikan bahan pengajaran dengan
lebih berkualiti seterusnya dapat mencapai objektif yang di sasarkan. Kemahiran
22
bukan sahaja dapat membantu guru dalam proses penyampaian pengajaran, tetapi
juga dapat membantu guru dalam menguruskan urusan pentadbiran (Boon &
Ngatimin, 2011). Hal ini merujuk kepada pelbagai perisian yang telah disediakan
oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk di gunakan oleh guru
bagi memudahkan segala urusan pekerjaan. Contohnya Aplikasi Pangkalan data
Murid (APDM), Sistem Pengurusan Latihan Guru (SPLG), Aplikasi Sistem
Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) dan seumpamanya.
2.2.2 Kemahiran Mengakses Maklumat
Hasil pembelajaran yang bermakna dapat dicapai dengan baik apabila seseorang
pelajar itu boleh menggunakan TMK dan sumber bahan dari internet secara
berhemah. Namun, situasi ini tidak akan berlaku sekiranya guru masih kurang
berkemahiran dalam membantu memudahkan penggunaan TMK dalam kalangan
pelajar. Salah satu kaedah yang telah diperkenalkan di sekolah-sekolah ialah
pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK). Menurut
Aziz (2013), penerokaan dan mengaplikasikan TMK dalam PdP menggunakan
pelbagai pendekatan yang berkesan telah membawa kesan baik kepada guru dan
pelajar. Hal ini telah memberikan cabaran yang besar terhadap profesion perguruan.
Di samping itu, setiap guru haruslah sentiasa bersedia meningkatkan tahap
pengetahuan dan kemahiran dalam mengakses maklumat yang tepat bagi membantu
pelajar memahami isi pengajaran yang di sampaikan.
Sehubungan dengan itu, pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM)
menyarankan semua guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran yang lebih
menarik minat pelajar dengan mengunakan bahan-bahan yang bersesuaian dari
internet (Ting & Woo, 2005). Guru juga boleh memuat turun, memuat naik bahan
dan melakukan sedikit pengubahsuaian yang sesuai mengikut tahap pelajar untuk
tujuan pengayaan dan mempelbagaikan teknik penyampaian yang lebih kreatif
dalam bilik darjah. Hal ini penting dilakukan supaya pelajar dapat memahami konsep
sebenar serta menguasai kemahiran asas dengan lebih baik.
Menurut Ahmad (2000), penggunaan internet untuk di akses semasa
perlaksanaan aktiviti PdP dalam kelas memerlukan masa yang agak lama
23
terutamanya kepada guru lama yang mempunyai tahap pengetahuan dan kemahiran
yang rendah berkaitan TMK. Hal ini boleh menjejaskan waktu proses PdP dan
mengakibatkan gangguan dalam perancangan untuk menghabiskan sukatan mata
pelajaran. Walau bagaimanapun guru-guru boleh mengatasi permasalahan ini,
dengan melalui pegalaman yang semakin bertambah selaras dengan kekerapan
mereka menggunakan perlatan tersebut (Mohd Amin & Chiew, 2010) dan bersedia
dengan lebih awal sebelum sesi PdP berlangsung. Contohnya guru boleh
menyenaraikan dahulu laman web yang perlu di layari dengan mudah oleh pelajar
selain meminta bantuan daripada juru teknik sekolah untuk penyediaan peralatan
TMK.
Selain itu, program yang berasaskan konsep persekitaran dalam pembelajaran
yang berkait rapat dengan penggunaan persekitaran atas talian juga turut
diketengahkan oleh pihak kerajaan. Hal ini dapat dilihat dalam situasi pada hari ini,
setiap guru di sekolah mesti mempunyai ‘id’ dan ‘password’ sendiri untuk merekod
semua aktiviti yang dijalankan di sekolah secara atas talian. Hal ini dapat
mengurangkan kos perbelanjaan, masa dan ruang pejabat yang dihadapi setelah
sekian lama (Aziz, 2013). Bagi menjayakan program tersebut, pihak sekolah
memerlukan guru yang mempunyai pengkhususan dalam aliran teknologi
berkomputeran untuk menguruskannya. Hal ini demikian kerana, pembelajaran pada
peringkat yang lebih tinggi akan turut menggunakan persekitaran yang sama melalui
pengalaman di sekolah.
2.3 Amalan
Faktor amalan dalam penggunaan TMK terhadap PdP juga memainkan peranan yang
penting dalam membentuk PdP yang kreatif dan berinovasi. Ini kerana penggunaan
TMK dalam PdP dikatakan sebagai pemudah cara dan boleh mencapai tahap yang
berkesan apabila guru menggunakan pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar di
mana guru bertindak sebagai fasilitator dalam suatu sesi PdP. Amalan yang baik
dalam penggunaan TMK berupaya menjadi faktor penggerak dan memainkan
peranan penting dalam pembentukan minda pelajar yang cemerlang. Guru yang
24
merupakan tenaga pengajar, sepenuhnya bertanggungjawab untuk membimbing
pelajar secara seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Dalam kajian ini, amalan penggunaan TMK dalam PdP membawa maksud
guru perlu menggunakan teknologi pembelajaran yang disediakan untuk
memperkenalkan, mengukuhkan dan menambahbaikan pemahaman pelajar berkaitan
ilmu yang di sampaikan secara berterusan. Ini bermakna secara jelasnya, golongan
guru perlu menggunakan TMK dan menggabungkan bersama-sama dengan kaedah
pengajaran untuk tujuan memberi nilai tambah kepada PdP yang dilaksanakan.
Amalan yang di bincangkan adalah merujuk kepada amalan penggunaan TMK dan
amalan pembangunan modul.
2.3.1 Amalan Penggunaan TMK
Amalan penggunakan TMK dalam bidang pendidikan abad ke-21 bukanlah sesuatu
yang baru diperkenalkan. Boleh dikatakan hampir semua negara telah turut
mengikuti perkembangan ini dan cuba merealisasikannya. Di Malaysia, amalan
penggunaan TMK boleh dikatakan masih berada pada tahap permulaan, namun
sehingga kini penggunaanya dilihat semakin berkembang mengikut keperluan
semasa (Hassan & Rashida, 2011). Amalan penggunaan teknologi juga seharusnya di
pupuk dalam kalangan guru yang telah mendapat pendedahan teknologi baru supaya
mereka lebih bersedia untuk menggunakan teknologi dalam pengajaran di sekolah.
Walaupun telah mendapat latihan dan pendedahan tentang penggunaan TMK
dalam PdP, terdapat 81 peratus orang guru mengaku tidak memanfaatkan kelebihan
tersebut dalam PdP (Ismet, 2000). Ini menunjukkan guru-guru tidak menjadikan
amalan untuk menggunakan TMK dalam melaksanakan PdP sebaliknya mereka lebih
suka menggunakan cara lama untuk mendidik pelajar. Hal ini berkemungkinan
mereka merasakan bahawa menggunakan TMK akan melambatkan masa mereka
mengajar kerana terpaksa memasang peralatan yang diperlukan untuk jangkamasa
yang lama.
Akibat lain daripada amalan tersebut, berlakunya pembaziran sumber yang
merugikan pihak guru dan pelajar. Pembaziran ynag dimaksudkan adalah masa
belajar guru dan perbelanjaan yang telah diperuntukan untuk melaksanakan kursus
Rujukan
Ab Samad, R.S. & Marsan, M.S. (2001). Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
Dalam Pengurusan Sekolah. Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.
Ab Aziz, M.A. (2008). Penggunaan TMK Dalam Pengajaran dan Pembelajaran di
Sekolah Bestari Negeri Pahang. Universiti Teknologi Tun Hussien Onn,
Malaysia. Tesis Sarjana.
Abd Aziz, M.A. (2008). Faktor-faktor Mempengaruhi Tahap Kompetensi Advanced
Skills Pelajar wanita Kursus Pengkomputeran Di Politeknik. Universiti
Teknologi Tun Hussien Onn, Malaysia.
Abd Samad, N. (2016). Domain Dan Indikator Terhadap Pembentukan Kompetensi
Tingkah Laku Dan Kemahiran Kebolehkerjaan Pelatih Industri Automotif.
Tesis Ph.D. Universiti Teknologi Tun Hussien Onn, Malaysia.
Abdulah, M.B (2010) Penggunaan Alat Teknologi Pendidikan Dalam Pembelajaran
Subjek Kejuruteraan di Politeknik. Universiti Teknologi Tun Hussien Onn,
Malaysia. Tesis Sarjana.
Abdullah, M. R. N. (2013). Pengurusan Kewangan Di Sekolah Kebangsaan Dan
Sekolah Menengah Kebangsaan: Satu Kajian Kes. Jurnal Penyelidikan IPG
KBL, Jilid 11.
Abdul Ghafar, M. N. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Penerbitan Universiti
Teknologi Malaysia.
Abdul Ghafar, M. N. (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik. Pendidikan Johor:
Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia.
Abdul Ghafar, M. N. & Jalaludin, J. (2011). Komitmen Guru-Guru Terhadap
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah-Sekolah Kebangsaan Negeri Johor.
Universiti Teknologi Malaysia.
95
Abdul Manap, Y. (2001). Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab
Bersama. Bistari Koleksi Guru Johor, JPN Johor.
Abdul Razak. R. (2013). Starategi Pembelajaran Aktif Secara Kolaboratif Atas
Talian Dalam Analisis Novel Bahasa Melayu. Jurnal Kurikulum &
Pengajaran Asia Pasifik. Universiti Malaya.
Abdul Razak, R. & Abdul Rahman, M. (2013). Pembinaan Media Pengajaran
Berasaskan Multimedia Di Kalangan Guru Ictl. Jurnal Kurikulum &
Pengajaran Asia Pasifik, Bil. 1 Isu 2.
Abdul Sahaa, R., Mohd Ayubb, A. F. & Ahmad Tarmizic, R. (2010). The Effects of
GeoGebra on Mathematics Achievement: Enlightening Coordinate Geometry
Learning. International Conference on Mathematics Education Research
2010 (ICMER 2010). Procedia Social and Behavioral Sciences 8, 686–693
Abdullah, N., Khalid, H. & Mohd. Hamzah, M. I.(2014). Peranan Pengetua sebagai
Pemimpin Teknologi di Sekolah Menengah Kebangsaan diMalaysia.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abdullah, N., Khalid, H. & Mohd. Hamzah, M. I.(2015). Amalan Kepimpinan
Teknologi Pengetua Dalam Pengintegrasian TMK Di Sekolah Menengah
Kebangsaan Di Malaysia. Proceding of the 3rd, Global Summit On
Education GSE 2015, Kuala Lumpur, Malaysia.
Abdullah, N. Q & Ali, H. (2010). Penggunaan Teknologi Maklumat Dan
Komunikasi (ICT) Dalam Kalangan Guru-guru Sekolah Kebangsaan di
Malaysia. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
Abdullah, S., Abdullah, N, Bachok, S. R. & Kalyani, R. (2005). Internet Sebagai
Media Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran: Ciri-ciri Dan Aplikasinya.
Seminar Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
Ahmad, (2000). Teknologi Pendidikan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Ahmad, A. & Jinggan, N. (2015). Pengaruh Kompetensi Kemahiran guru Dalam
Pengajaran Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Dalam Mata Pelajaran
Sejarah. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Ahmad, S. F. & Tamuri, A. H. (2010). Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Bahan
Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi Multimedia dalam Pengajaran J-Qaf.
Jurnal Islamic and Arabic education, 2 (2), 53-64.
96
Ahmad, Z. (2006). Pelaksanaan Dasar Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Alam
Pendidikan Di Sekolah Rendah. Universiti Malaya.
Ahmad Zanzali, N. A. & Daud, N. (2010). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar
Di Kalangan Guru Pelatih UTM Yang Mengajar Matapelajaran Matematik.
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Alang Osman, B. H. (2016). Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21
Dalam Kalangan Pensyarah Istitusi Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Jurnal
Penyelidikan dedikasi Jilid 10.
Anjuman, J. & Wan Hussin, W. R. (2013). TMK Dan Kelestarian Penggunaannya
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi Di Sekolah. Universiti Sains
Malaysia Pulau Pinang.
Atan, N. A. & Andrew, B. (2015). Penggunaan Ict Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran: Sejauh Mana Ia Meningkatkan Kemahiran Generik Guru
Pelatih Universiti Teknologi Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia
Awang, M. M., Ahmad, A.R. & Abdul Talib, N. S. (2016). Penggunaan Multimedia
Dalam Pendidikan Sejarah Pada Abad Ke-21 Dan Hubungannya Dengan
Minat Belajar Sejarah. Jurnal Pemikir Pendidikan. Universiti Kebangsaan
Malaysia dan Universiti Malaysia Kelantan.
Aziz, S.M. (2013). Kesediaan Guru Sekolah Menengah Agama Terhadap
Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Bahagian Teknologi Pendidikan. (2016). Tahap Pembestarian Sekolah Johor Darul
Takzim. Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor.
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. (2015). Buletin Anjakan : Buletin
Transformasi Pendidikan Malaysia. Dicapai pada 29 Mei 2017 dari
http://www.padu.edu.my/files/Anjakan_Bil_4_(2015)_Final.pdf
Bakri, Bakar & Firdaus. (2013). Kemahiran Berpikir Aras Tinggi di kalangan guru
Matematik Sekolah Menengah Pertama di Kota Makassar. 2nd International
Seminar on Quality and Affordable Education.
Ball, A.L. & Garton, B.L. (2008). Creating Mathematical Futures Through An
Equitable Teaching Approach: The Case Of Rail Side School. Teacher
College Record. 110(3), 608-645.
97
Boaler, J. & Staples, M. (2008). Creating Mathematical Futures Through An
Equitable Teaching Approach : The Case Of Rail Side School. Teacher
College Record, 110 (3), 608-645.
Boon, Y. & Ngatimin, S. (2011). Penggunaan Makmal Komputer Dalam Kalangan
Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Zon Jementah, Daerah Segamat Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran : Satu Tinjauan. Journal of Technical,
Vocational & Engineering Educational Volume 3. Universiti Teknologi
Malaysia.
Che Mohd Noor, S. Z. & Ahmad, A. R. (2015). Kreativiti Guru Dalam
Meningkatkan Kefahaman dan Penghayatan Sejarah. Proceeding:7th
International seminar On Regional education, Volume 1.
Ching, M. C. H & Badusah, J. (2010). Sikap Guru Bahasa Melayu Terhadap
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pengajaran
Di Sekolah-sekolah Rendah di Bintulu, Sarawak. Jurnal Pendidikan
Malaysia 35(1) :59-65.
Chua Y. P. (2011). Kaedah dan Statistik Penyelidikan, Buku 2: Asas Statistik
Penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.
Chua, Y. P. (2013). Kaedah dan Statistik Penyelidikan, Buku 1: Kaedah
Penyelidikan. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.
Clark, R. (2004). Graphics for Learning: Proven Guidelines for Planning, Designing
and Evaluating Visuals in Training Materials. Jossey-Bass Pfeiffer.
Cuny, J. & Aspray, W. (2001). Recruitment Of Woman Graduate Students In
Computer Research Association. Journal Og SIGCSE, 34 (2):168-174.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2015). Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (7th ed.).
Kuala Lumpur.
Elias, M. S. & Mohamad Ali, A. Z. (2012). Penggunaan Simulasi Packet Tracer
dalam Meningkatkan Pemahaman Pelajar Terhadap Konsep Abstrak dalam
Matapelajaran Rangkaian Komputer: Suatu Tinjauan Awal. Proceedings of
International Conference on Integrated Knowledge ICIK 2012, Universiti
Pendidikan Sultan Idris, Malaysia, 19-20 December 2012.
Embong, H. (2005). Pembinaan Dan Keberkesanan Penggunaan Perisian
Multimedia Elektrokimia Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kimia
Tingkatan 4. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
98
Hj Nor, N., Suhaimi, N. S., Abdul Wahab, N. S., Che Ismail, M. K., Che Noh, M. A
& Abdul Razak, K. (2015) Pelaksanaan KBAT Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Pendidikan Islam Sekolah Menengah: Satu Tinjauan Di
Putrajaya. Proceeding: 7th International Seminar on Regional Education,
November 5-7, 2015
Halili, S. H. & Suguneswary. (2016). Penerimaan Guru Terhadap Penggunaan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Berasaskan Model Tam Dalam
Pengajaran Mata Pelajaran Bahasa Tamil. Jurnal Kurikulum & Pengajaran
Asia Pasifik. Bil. 4, Isu 2.
Hamdan, A. R., Sihes, A. J., Ramli, J. & Ismail, M. (2006). Tahap Minat,
Pengetahuan Dan Kemahiran, Latihan Guru Dan Beban Tugas Guru
Program Pemulihan Khas Sekolah Kebangsaan Daerah Pontian, Johor.
Universiti Teknologi Malaysia.
Hashim, R & Hussein, S. (2003). The Teaching Of Thinking In Malaysia (1st ed).
Kuala Lumpur: Research Centre, International Islamic University Malaysia.
Hassan, J. & Kamisan, S. N. (2010). Halangan Terhadap Penggunaan Komputer
Dan Ict Di Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) Di Kalangan Guru
Di Sekolah Menengah Kebangsaan Luar Bandar Di Daerah Kulai Jaya,
Johor. Universiti Teknologi Malaysia.
Hassan J. & Rashida, F. (2011). Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaan Dan
Pebelajaran Di Kalangan Pendidik Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia Skudai, Johor. Journal of Technical, Vocational & Engineering
Education, Volume 4, Pages 22-37 / ISSN: 2231-7376.
Hassan, Z., Tengku Langjuna, T. S., Abdul Ghaffar, M. N. & Said, H. (2007). Tahap
Penggunaan Alat Bantu Mengajar di Kalangan Guru Pelatih. Seminar
Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang. Universiti
Teknologi Malaysia.
Hasan, N. H. & Mahamod, Z. (2016). Persepsi Guru Bahasa Melayu Sekolah
Menengah Terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ).
ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. .
99
Hussin, N., Rasul, M. S. & Abd. Rauf, R. (2013). Penggunaan Laman Web Sebagai
Transformasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan. The Online
Journal of Islamic Education June 2013, Vol. 1 Issue 2. Universiti Malaya
Malaysia
Husin, Z. & Khalid, F. (2014). KekanganTerhadap Penggunaan Teknologi
Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
(PdP) Di Kalangan Guru Sekolah Di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ibrahim, J. A. (2015). Kesan Pemadanan Antara Persembahan Multimedia Dengan
Gaya Pembelajaran Pada Laman Web Adaptif Terhadap Tahap Penguasaan
Dan Kepuasan Pelajar Kejuruteraan Elektrik. Tesis Ijazah Doktor Falsafah
Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Idris, N. (2013). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Mc-
Graw Hill Education Malaysia Sdn. Bhd.
Ilias, M. F. & Jasmi, K.A. (2011). Faktor Serta Pendorong Yang Mempengaruhi
Kepenggunaan Teknologi Dalam pengajaran Dan Pembelajaran Guru-guru
Pendidikan Islam. Seminar Islam Nusantara Peringkat Asean. Universiti
Teknologi Malaysia.
Ismail Gani, A. W., Siarap, K & Mustafa, H. (2006). Penggunaan Komputer Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kalangan Guru Sekolah Menengah: Satu
Kajian Kes Di Pulau Pinang. Kajian Malaysia, Vol. XXIV, No. 1 & 2.
Ismet, I. (2000). Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru-guru Sekolah Menengah
Kebangsaan Dato’ Dol Said, Alor Gajah, Melaka. Satu Tinjauan. Universiti
Teknologi Malaysia.
Jamian, A. R. & Ismail, H. (2013). Pelaksanaan Pembelajaran Menyeronokkan
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu, ISSN: 2180-4842. JPBM, Vol. 3, Bil. 2.
Kassim, N. & Zakaria, E. (2015). Integrasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik: Analisis Keperluan Guru. Jurnal
Pendidikan Matematik, 3(1) 1-12.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Laporan Awal Pelan Pembanggunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kuala Lumpur: Kerajaan Malaysia.
100
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Elemen KBAT Dalam Kurikulum.
Bahagian Pembanggunan Kurikulum. Putrajaya: Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2015). Laporan Programme for International
Assessmen 2015 (PISA). Dicapai pada 26 Oktober 201 dari
http://www.moe.gov.my/images/Arkib/PISA2015/Laporan%20PISA%20201
5.pdf
Konting, M.M. (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan
Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.
Krejcie, R.V. & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research
Activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607-610.
Luaran, E. (2009). Perkembangan, Cabaran Dan Aplikasi Teknologi Maklumat
Dalam Pengajaran Dan pembelajaran Di Malaysia. Universiti Teknologi
Mara, Malaysia.
Lubis, M.A., Wan Hassan, W. N. S. & Hamzah, M.I. (2017). Tahap Pengetahuan
Dan Kesediaan Guru-guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah Di Selangor
Terhadap Penggunaan Multimedia Dalam Pengajaran pendidikan Islam.
ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization
(ACER-J) 1 Volume 1(1)
Mahamod, Z. & Mohamad Noor, N. A. (2011). Persepsi Guru Tentang Penggunaan
Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran Komponen Sastera Bahasa Melayu.
GEMA Online™ Journal of Language Studies Volume 11(3).
Maier, P. & Warren, A. (2002). Literacy Technology In Learning and Teaching.
London: Kogan Page.
Mariani, A. & Ismail, Z. (2013). Pengaruh Kompetensi Guru Matematik Ke Atas
Amalan Pengajaran Kreatif. 2nd International Seminar on Quality and
Affordable Education (ISQAE 2013). Universiti Teknologi Malaysia.
Md. Johan, O. & Dinyati, L. (2011). Persepsi Guru-guru Pendidikan Islam Terhadap
Penggunaan TMK Untuk Tujuan Pengajaran Dan Pembelajaran Sekolah
Kebangsaan Di Daerah kluang. Kajian Ilmiah Universiti Teknologi
Malaysia.
101
Mohd Amin, N. F. & Chiew, K.H. (2010). Persepsi Guru Terhadap penggunaan
perisian Multimedia Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Mata
Pelajaran Kemahiran Hidup Jenis Kebangsaan Cina. Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Daud, N. Ahmad, A. R. & Yakub, N. M. (2015). Pembelajaran Berteraskan
Kemahiran Berfikir aras Tinggi (KBAT) Di dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran mata Pelajaran sejarah. Prosiding : 7th International seminar
Regional Education. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Hamzah, M.I & Attan, N. (2007). Tahap Kesediaan Guru Sains Dalam
Penggunaan Teknologi Maklumat Berasaskan Komputer Dalam Proses
Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Teknologi, 46(E): 45-60. Universiti
Teknologi Malaysia.
Mohd Saad, A. R. (2001). Teknologi maklumat Dan komunikasi: Keperluan
Pertimbangan Semula Program Pendidikan Tinggi. Kertas Dibentang
Seminar Dinamika Perubahan Pengurusan Menuju Era Kemajuan. Kuala
Lumpur.
Mohd Taib, H. S. & Ngah, N. A. (2003). Pertimbangan Sosioteknikal Dalam Reka
Bentuk Dan Implimentasi TMK. TMK Dalam Perkhidmatan dan Latihan:
Trend Dan Isu. Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia.
Mohd Tahir, L., Abd Rahman, M. A., Yassin, A. & dan Ling, P. A. (2010).
Penilaian Guru Sekolah Rendah Terhadap Peranan Guru Besar Sekolah
Sebagai Pemimpin Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK). Asia
Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 25, 169–188.
Mohd Zaki, A. Z. (2015). Penggunaan Bahan Tiga Dimensi (3D) Untuk
Meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Subjek Kajian
Tempatan Bagi Murid Tahun 5 Smart. Jabatan pengajian Sosial.
Mohd Zin, M. N. Z. (2013). Kesan Penggunaan CD Interaktif Dalam Pembelajaran
dan Pengajaran Mata Pelajaran Geofrafi Tingkatan 4 Sekolah Menengah
Harian Kluang. Jabatan pengajian Sosial. Universiti Tun Hussein Onn,
Malaysia. Tesis Sarjana.
102
Mumcu, F. K. & Usluel, Y. K. (2010). TMK in Vocational and Technical
Schools:Teachers' Instructional, Managerial and Personal Use Matters.
Turkish Online Journal of Educational Technology Hacettepe University,
Turkey.
Murad, A. & Hasan, Y. (2003). Adab Al- ‘Alim Wa Al-Muta’alim ‘Inda Al-
Mufakkirin Almuslimin Min Muntasif Al-Qarn Al-Thani Al-Hijriy Wa Hatta
Nihayah Al- Qarn Al-Sabi’. Beirut : Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Beirut,
Lubnan.
Nasir, M, S., Yahaya, M.F., Abdul Hamid, M.F. & Sahrir, M. S. (2016). Analisis
Respons Pelajar terhadap Reka Bentuk Laman E-Pembelajaran Bahasa Arab
melalui EZ-Arabic.net untuk Pelajar Sekolah Rendah. Jurnal Sultan Alauddin
Sulaiman Shah Vol 3 Bil 2.
Nor, N., Suhaimi, N.S., Abdul Wahab, N. S., Che Ismail, M. K, Che Noh, M. A. &
Abdul Razak, K. (2015). Pelaksanaankbat Dalam Pengajaran
DanPembelajaran Pendidikan Islam Sekolah Menengah: Satu Tinjauan Di
Putrajaya. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Othman, S. Z., Aris, B., Mohammed, H., Mohd Zaid & Abdullah, Z. (2014).
PenerapanKemahiran Berfikir Aras Tinggi Melalui Model Stesen Rotasi
Pelbagai Mod. Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik, 11-13 Ogos.
Othman, Y. & Pakar, D. R. (2011). Kesan Aplikasi Perisian Cerita Interaktif Semasa
Mengajarkan Kemahiran Membaca Dan Kefahaman Dalam Kalangan Murid
Tahun 4 Di Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 27 Malay
Language Education Journal (MyLEJ)
Parker, L.L. (2008). Technology-Mediated Learning Environments For Young
English Language Learners: Connections In And Out Of Schools. New York:
Lawrence Erlbaum Associates.
Partnership for 21st Century Skills. (2015). Framework For 21st Century Learning.
Dicapai pada 28 Mei 2017 dari http://www.p21.org/our-work/p21-framework
Pejabat Pendidikan Daerah Muar. (2015). Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran
Abad Ke-21. Dicapai pada 28 Mei 2017 dari
https://www.sistemguruonline.my/.../pendidikan-abad-ke-21.html
103
Puteh S. N & Abd Salam, K.A. (2011). Tahap Kesediaan Penggunaan TMK Dalam
Pengajaran Dan Kesannya Terhadap Hasil Kerja Dan Tingkah Laku Murid
Prasekolah (Level Of Readiness In Using TMK For Teaching And Its Effect
On The Work And Behaviour Of Preschool Pupils). Jurnal Pendidikan
Malaysia 36(1)(2011): 25-34
Rajendran, N. (2001). Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru
Mengendalikan Proses Pengajaran Dan Pembelajaran. Kertas dibentang
pada Seminar Projek KBKK: Poster Warisan-Pendidikan-wawasan 2001.
Rancangan Malaysia ke Lapan. (2001). Dicapai pada 18 Oktober 2016 dari
http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/RMK/RM8.pdf pada
Rancangan Malaysia ke Lapan. (2001). Dicapai pada 18 Oktober 2016 dari web
https://www.prestariang.com.my/TMKindustryinfo/download.pdf
Razali, N. Z., Bahador, Z. & Saidon, K. (2016). Faktor-faktor yang mempengaruhi
Penggunaan VLE Frog Dalam Kalangan Guru Di Sekolah Menengah.
International Seminar on Generating Knowledge Through Research, UUM-
UMSIDA. Universiti Utara Malaysia.
Sabudin, S. Alwi, N. H, Atan, H. & Wong, S. L. (2008). Sikap Guru Sains Di Negeri
Sembilan Terhadap Penggunaan Teknologi Komputer Di makmal Sains.
Jurnal Teknologi, 48(E) : 169–186. Universiti Teknologi Malaysia.
See, C. I. (2008). Kajian Terhadap Pengetahuan Mencari Maklumat Menerusi
Internet Di Kalangan Guru-guru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina di
Sibu, Sarawak. Tesis Ijazah Sarjana muda. Universiti Teknologi Malaysia
Seikh Salleh, Y. (2014). Perlaksanaan TMK dalam Pembelajaran dan Pengajaran
Di Sekolah Rendah. Universiti Teknologi Tun Hussien Onn, Malaysia. Tesis
Sarjana.
Sekaran, U. (1992). Research methods for bussinesse: a skill-building approach.
New York : John Wiley & Sons, Inc.
Shabudin, A. (2005). Amalan Pendekatan Pengajaran Di Sekolah Menengah
Bistari: Satu Tinjauan. Universiti Tun Hussein Onn, Malaysia. Tesis Sarjana.
Sham. (2011). Integriti. Di capai pada 14 Disember 2016 dari web
http://www.scribd.com/doc/49190824/INTEGRITI.
Sidin, R. Mohamad, N. S. (2007). TMK dalam Pendidikan : Prospek dan Cabaran
Dalam Pembaharuan Pedagogi. Jurnal Pendidikan 139-152.
104
Suhaini, M. (2014). Tahap Kecekapan Penggunaan Teknologi Maklumat Dana
Komuikasi Di Dalam Kalangan Pelajar Tiga Buah Koleh Vokasional Di
Negeri Pahang. Universiti Teknologi Tun Hussien Onn, Malaysia. Tesis
Sarjana.
Sulaiman, H., Abdullah, S. S. & Yusop, F. (2006). Peranan Ibu Bapa Dan Guru
Dalam Membantu Pelajar-Pelajar Yang Menghadapi Masalah Pencapaian
Akademik. Jurnal Masalah Pendidikan, 27(6) : 9-10.
Surif, J., Ibrahim, N. H. & Abu Hassan, R. (2014). Tahap Amalan dan
Pengintegrasian TMK dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Sains.
Universiti Teknologi Malaysia.
Syed Hassan, S. N., Tamuri, A. H., Othaman, I. & Mamat, M. S. (2009). Persepsi
Pelajar Terhadap Tahap Profesionalisme Guru Pendidikan Islam MRSM.
Journal of Islamic and Arabic Education 1(2), 31 – 50.
Tang, K.N. & Kanesan Abdullah, A. G. (2006). Kesediaan Dan Keberkesanan
Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Biologi Di
sekolah Menengah. Journal Of Education Research. Kuala Lumpur.
Universiti Malaya.
Tengku Sembok, T. M. (2005). Program Pengajian Penyelidikan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi: Merentasi Zaman 1974 - 2005. Persidangan
Sempena Sambutan Ke-35 Tahun UKM. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ting, S K. & Woo, L. Y. (2005). Penggunaan TMK Dalam Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran Di Kalangan Guru Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional:
Sikap Guru, Peranan TMK Dan Kekangan / Cabaran Penggunaan TMK.
Seminar Pendidikan 2015, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
Umar, I.N. & Jamiat, N. (2011). Pola Penyelidikan TMK Dalam Pendidikan Guru Di
Malaysia: Analisis Prosiding Teknologi Pendidikan Malaysia. Asia Pasifik
Journal of Education, Vol. 26, No. 1,1-14,2011.
Vinathan, T. (2016). Hubungan Motivasi Guru Dengan Penggunaan Ict Dalam
Pengajaran Di Sjk (T) Daerah Kuala Muda Yan. Proceeding of ICECRS,
1043-1054 ISSN. 2548-6160 International Seminar on Generating
Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA, Universiti Utara Malaysia.
105
Wan Ibrahim, W. M., Awang Lah, H., Jusoh, Z. & Ibrahim, Z. (2002). Tahap
Keperluan Pengetahuan Dan Kemahiran Teknologi Maklumat Dan
Komunikasi Dikalangan Guru Di Beberapa Buah sekolah Di jajahan
Kelantan. Di capai pada 12 November dari web
http://elearnmap.ipgkti.edu.my/resource/edu3053/artikel/TMK.htm
Wiersma, W. (2000). Research In Education: An Introduction, Boston: Allyn and
Bacon
Yaapar, S. Sipon, M. & Mohd Daud, S. (2103). Kesediaan Pelajar Kolej Komunit
Selayang Dari Aspek Minat dan Sikap Terhadap Bidang Kemahiran
Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) Dalam Sistem Modular
Kebnagsaan. Seminar Pascasiswazah Dalam Pendidikan. Universiti Putra
Malaysia.