PENGERTIAN SENI

77
Institut Perguruan Sultan Abdul Halim Folio Pendidikan Seni Visual; Nama Pelajar : Muhamad Zahid Bin Ahmad Sarkawi. No I/C : 900101-10-5607 Kumpulan : F 1 B ( PPISMP Ambilan Julai 2008 ) Nama Pensyarah : Uthayakumaran A/L Kandasamy Tarikh Hantar : 21 September 2008

Transcript of PENGERTIAN SENI

Page 1: PENGERTIAN SENI

Institut Perguruan Sultan Abdul Halim

Folio Pendidikan Seni Visual;

Nama Pelajar : Muhamad Zahid Bin Ahmad Sarkawi.

No I/C : 900101-10-5607

Kumpulan : F 1 B ( PPISMP Ambilan Julai 2008 )

Nama Pensyarah : Uthayakumaran A/L Kandasamy

Tarikh Hantar : 21 September 2008

Page 2: PENGERTIAN SENI

PENGHARGAAN

Saya mengucapkan rasa syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya

melaksanakan kerja kursus berasaskan ilmu dengan teratur dan jayanya.Kerja kursus berasaskan ilmu adalah satu

sistem pelaksanaan kerja secara berstuktur yang bertujuan untuk mentafsir penguasaan dan pencapaian pelajar dalam

aspek pemerolehan ilmu, pengusaan ilmu dan kemahiran pemindahan pembelajaran,amalan kalaborasi serta

penghayatan nilai dan sahsiah keguruan.

Melalui kerja kursus berasakan ilmu ini,pelajar dapat meningkatkan kemahiran dalam membuat rujukan dan

mengakses maklumat daripada pelbagai sumber,memilih maklumat yang relevan dan mengorganisasi maklumat secara

sistematik dan bermakna.Disini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ucapan ribuan terima kasih

kepada pihak pusat sumber Institut Perguruan Sultan Abdul Halim kerana telah menyediakan bahan-bahan dan sumber

maklumat kepada saya untuk menyelesaikan kerja kursus ini.Tidak dilupa juga kepada pensyarah subjek ini iaitu

Othayakumaran A/L Kandasamy dan rakan-rakan yang membimbing dan memberikan tunjuk ajar kepada saya.

Akhir kata,semoga segala ilmu dan maklumat yang saya melalui tugasan ini dapat saya manfaatkan dalam diri

saya dan masyarakat,sekian terima kasih.

Page 3: PENGERTIAN SENI

ISI KANDUNGAN

Muka surat

Pendahuluan

Isi kandungan

Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Definisi

Matlamat dan objektif

Pandangan tokoh

Peranan Seni Visual .

Psikologi

sosiologi

Unsur-unsur seni . Garisan

Jalinan

Rupa

Bentuk

Muka surat

Warna

Ruang

Prinsip rekaan.

Kontra

Penegasan

Imbangan

Irama dan pergerakan

Kepelbagaian

Kesatuan

Harmoni

Rumusan .Bibliografi .

Page 4: PENGERTIAN SENI

PENGENALAN

Pendidikan Seni adalah program pendidikan bersistem, terancang dan prestasinya boleh diukur bagi memenuhi

keperluan individu. Keperluan individu ini dapat dicapai melalui aktiviti seni yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran

mengenai nproses, teknik dan media serta pembentukan nilai. Feldmen (1996) memberi definisi pendidikan seni sebagai

satu usaha yang melibatkan pengaajaran dan pembelajaran, membuat dan memahami seni disamping mengetahui

tentang dunia dan diri kita sendiri.

Seni yang dimaksudkan adalah seni visual yang meliputi catan, arca, seni bina, kraft, reka bentuk industri, fotografi

filem, televisyen, dan seni komputer. Disiplin ini mengkaji fungsi dan bentuk setiap objek yang kita hasilkan. Pendidikan

sini visual merangkumi pelbagai kaedah yang digunakan dalam menghasilkan seni, mempelajari sejarah dan antropologi

seni, membezakan makna seni, dan melihat nilai hasil individu. Hal ini dapat menjelaskan betapa menyeluruhnya

pendidikan seni visual.

Page 5: PENGERTIAN SENI

PENGERTIAN SENI

Membawa maksud kebolehan mencipta, melukis, mengukir, menggubah dan sebagainya. Ia juga boleh ditakrifkan

sebagai hasil buatan manusia yang diatur dengan mahir dan boleh digunakan untuk menyuarakan pengalaman manusia.

Mengikut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (1988), “Seni barmaksud kecil sekali, halus, molek atau elok, kecekapan atau kepandaian membuaangt sesuatu yang indah-indah.

Berdasarkan Ensiklopedia Malaysiana (1966:453), Seni ialah sesuatu yang indah pada pandangan pancaindera manusia sama ada melalui penglihatan atau pendengaran”.

Oxford Student Dictionary Of Current English For KBSM, Fajar Bakti (1989:33) menyatakan “Art : the creation or expression of what is beautiful especially in visual form : great skill or ability in such expression”.

Mengikut Ibnu Khaldun “seni itu adalah kebenaran, keindahan dan kebaikan di mana di dalamnya terkandung cirri-ciri estetika dan logika”.

Fine Art In Islamic Civilization Imam Al-Ghazali memperkatakan bahawa seni itu indah melalui pandangan keindahan

dan kecantikan.

Page 6: PENGERTIAN SENI

SENI VISUAL

Visual bermaksud sesuatu yang nampak atau tampak. Kita sebagai manusia menggunakn deria mata untuk melihat atau nampak akan sesuatu.

Visual merujuk kepada sesuatu yang boleh dinilai dan dilihat oleh mata manusia. Wujud atau terbit daripada idea atau pengalaman atau rangsangan individu untuk melahirkan daya cipta yang

indah serta dapat dinilai serta dilihat menggunakan mata manusia. Seni visual dapat dinilai keindahannya daripada pengalaman estetik. Setiap hasil kerja seni dalam penghasilan seni visual memerlukan kombinasi unsur seni dan prinsip rekaan. Unsur seni reka ialah garisan, warna, rupa, jalinan, bentuk dan ruang. Prinsip seni reka ialah penegasan, kontra, imbangan, kepelbagaian, harmoni, irama, dan pergerakan serta

kesatuan.

MATLAMAT PENDIDIKAN SENI VISUAL.

Membentuk keperibadian yang celik budaya Mempunyai nilai-nilai estetikm yang tinggi, imaginative, kritis, kreatif inovatif dan inventif. Meningkatkan rasa kesyukuran nterhadap tuhan. Menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa.

OBJEKTIF PENDIDIKAN SENI VISUAL

Menunjukkan semangat bina jati diri kea rah pembentukan Negara bangsa. Menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya. Menunjukkan nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain. Membuat diskripsi analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni visual Memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual.

Page 7: PENGERTIAN SENI

PANDANGAN TOKOH-TOKOH BARAT TENTANG SENI VISUAL.

Plato (427/428 sebelum masihi – 347 sebelum masihi)

Sumber ; http;//www.ironorchid.com/clipart/person/plato.html

Pendapat Plato (347 SM) – lukisan adalah tiga kali terpisah daripada kebenaran .Seni dan pendidikan perlu dipandukan

kepada kebenaran, kebaikan, kesempurnaan, kesejahteraan dan keindahan. Dikaitkan juga dengan perlakuan, akhlak,

nilai dan moral. Pembaca puisi memainkan perasaan dengan ilham yang diterimanya.

Plato membincangkan lukisan dengan konsep imitasinya, dan puisi dengan konsep ilhamnya. Plato

membandingkan lukisan dengan kebenaran iaitu ;

Pelukis yang melukis gambar objek meniru objek yang dibuat oleh tukang pembuat.

Tukang pembuat objek meniru ideanya atau konsepnya mengenai objek itu.

Idea atau konsep objek tukang pembuat itu meniru konsep sebenar objek itu yang diberi tuhan.

Aristotle (384 sebelum masihi – 322 sebelum masihi)

Page 8: PENGERTIAN SENI

Pendapat Aristotle pelukis sebenarnya meniru benda alam tetapi memberi struktur bentuk yang universal kepada benda alam dan pembaca puisi sebenarnya tidak mendapat ilham dari dewa tetapi mencapai kartasis dengan struktur bentuk dalam cerita puisi itu.

Pelukis pokok tidak meniru pokok tetapi memberi struktur bentuk yang universal kepada pokok. Dengan sruktur bentuk universal itu kita dapat mengenali pokok.

Dengan struktur bentuk dalam puisi itu, kita dapat melahirkan perasaan mengenai cerita dalam puisi itu.

Maka seni boleh digunakan untuk membina budaya yang yang baik. Aristotle memberi penekanan kepada bentuk dan struktur sesuatu hasil ataun karya.

Pestalozzi ( 1746 – 1827 )

Page 9: PENGERTIAN SENI

kanak-kanak patut diberi peluang belajar seni sama ada berbakat atau tidak.

Memberi penekanan kepada konsep kepentingan aktiviti mata dan tangan.

Selain itu beliau berpendapat seni ialah kerja tangan atau kraftangan diajar dengan konsep pendidikan sepanjang

hayat (life long ) terhadap aktiviti bercorak praktikal.

Frank Cizek (1865 – 1946 )

Seni sebagai satu peranan ekspresi bebas dalam pendidikan.

Kanak-kanak diberi ruang untuk melukis mengikut pandangan mereka supaya tak hilang kreativiti dan sifat

keperibadian diri.

mewujudkan suasana gembira, suka riang, minat untuk belajar dan memajukan diri.

John Dewey (1859 – 1952)

Aktiviti seni merupakan satu pengalaman kepada kanak-kanak.

Memimpin kanak-kanak ke arah suatu fahaman tentang seni sebagai cara penyusunan pengalaman.

Sekolah seharusnya memberi kanak-kanak kebebasan untuk perkembangan fizikal, emosi dan intlektual

(kecerdasan fikiran) melalui seni.

PANDANGAN TOKOH TIMUR DAN ISLAM TENTANG SENI VISUAL.

Page 10: PENGERTIAN SENI

MUSLIM

Muslim dalam Kitab Al.Imam menyatakan bahawa apabila orang yang mempunyai ilmu seni bertemu dengan objek alam

semulajadi akan dapat mencipta suatu karya atau sekurang-kurangnya menghargai objek tersebut.

Menurut Al-Ghazali

seni bersandarkan daripada Allah kepada Allah.

Seni menuju kepada “Al-Falah”, untuk keredhaan Allah dan menghindarkan perkara-perkara yang dilarang oleh

Allah, dan

Seni dijadikan sebagai pemangkin untuk nketakwaan. Melalui karya seni, sifat tawaduk akan lebih tertampildan

lebih beriman kepada Allah.

Menurut Al-Ghazalba

Seni tidak ekses ( melampaui batas-batas kesusilaan )

Seni untuk Islam bertunjangkan dari Allah untuk Allah

Keindahan yang dihasilkan dari ilham seni seniman bertunjangkan kepada “mardatillah” dan

Seni membentuk peribadi muslim kea rah yang lebih mantap dan beriman.

PERANAN SENI VISUAL

Page 11: PENGERTIAN SENI

Peranan Psikologi ;

Berasal daripada perkataan Greek, iaitu psyche yang membawa maksud jiwa, minda dan semangat atau roh dan logos

yang membawa maksud perbincangan atau bidang kajian. Psikologi membawa maksud perbincangan atau kajian ke atas

keseluruhan tingkah laku manusia secara saintifik. Perkembangan dan pembentukan diri individu berdasarkan kepada

perkembangan sensitivity, emosi, kreativiti, dan ekspresi yang berlaku dalam diri individu melalui aktiviti seni visual.

Sensitivity

Merupakan kepekaan dan kebolehan membuat pertimbangan dan persepsi dari segi sosial serta estetik.

Pengkarya mempunyai kebolehan untuk merasa, peka, dan menghayati

Sensitiviti melatih pengkarya menyatakan ekspresi secara jujur.

Emosi

Keupayaan melahirkan idea, rasa hati, membuat pertimbangan dan pernyataan diri.

Terbahagi kepada dua :

Emosi sensori

Ialah emosi kesan dari[pada rangsangan dari luar tubuh seperti rasa dingin, kenyang, letih dan lapar.

Emosi psikik

Ialah emosi yang mempunytai alas an kejiwaan seperti kasih sayang, simpati, persaudaraan dan perasaan benci.

Kreativiti

Page 12: PENGERTIAN SENI

Kamus Dewan - kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif.

Ahli psikologi - sesuatu yang asli dan berdaya cipta

Kreativiti dalam seni visual lebih kepada sesuatu teknik yang merujuk kepada penglibatan dalam menghasilkan

pelbagai kualiti kerja yang lebih menarik.

Kreatif ialah sejenis pemikiran yang spontan, berimaginasi, berani dan penemuan saintifik dan rekaan mekanikal.

(a) Kreativiti ekspresif

(b) Kreativiti teknikal

(c) Kreativiti inovatif

(d) Kreativiti inventif

(e) Kreativiti emergenitif

Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan keupayaan membuat dan mencipta, menjadikan individu

lebih imaginative dalam pengkaryaan dan perekaan.

Ekspresi

Tindak balas emosi hasil daripada interaksi atau komunikasi dengan persekitaran, orang lain, masyarakat, peristiwa dan

benda. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan pengucapan,curahan idea, gambaran pemikiran

dan perasaan, menggambar, memberi makna menerusi perkataan, pergerakan, arahan dan simbol. Selain itu ia juga

dapat memberikan kepada individu berkomunikasi idea, perasaan dan emosi.

Peranan sosiologi ;

Page 13: PENGERTIAN SENI

Merupakan kajian sistematik tentang masyarakat dan tingkah laku sosial. Menurut ahli falsafaah Perancic, Auguste

Comte yang digelar Bapa Sosiologi Dunia, sosiologi adalah sains kehidupan sosial yang melibatkan kesan tindak balas

sesama manusia. Ahli sosiologi, R.M Maciver (1972) mengatakan bahawa masyarakat adalah makhluk-makhluk sosial

yang melahirkan sifat-sifat mereka dengan mencipta satu organisasi yang memandu dan mengawal dan mengawal

kelaakuan mereka dalam pelbagai cara

Nasionalisme

Falsafah, pemikiran, manifestasi, idea, individu atau kumpulan dalam menyebar dan membangkitkan nilai, semangat dan

perasaan melalui SV. Pembelajaran SV dapat membangkitkan semangat kebangsaan dan cintakan Negara. Contoh hasil

karya yang memaparkan unsur nasionalisme ialah Tugu Negara (arca) dan juga potret-potret pemimpin.

Propaganda

SV sebagai saluran untuk menyampaikan dan menyebarkan idea, hasrat, atau kepercayaan, pengaruh dan kuasa.

Contohnya Poskad kepada Dunia, karya Awang Damit Ahmad. Poskad kepada Dunia (1990)

Persekitaran

Page 14: PENGERTIAN SENI

Kesedaran nilai persekitaran, unsur keselesaan dan keharmonian dalam SV. Pembelajaran SV dapat mengukuhkan

kepekaan dan sensitivity terhadap kepentingan sekeliling yang memberi kesan kepada kehidupan. Contohnya Rumah

Rakit – Kuala Lipis karya Peter Harris dan Waktu Pagi Di Kampung, karya Lai Foong Mooi, reka bentuk lanskap dan

hiasan dalaman. Rumah Rakit – Kuala Lipis.

Ritual / upacara

SV dalam melaksanakan ritual / upacara sesuatu budaya dan adapt resam dalam aktiviti kehidupan masyarakat.

Kebanyakan hasil karya adalah berbentuk 3D atau arca. Contohnya patung Jah Hut dan Mah Meri, yang menjadi patung

penyembahan orang-orang asli Pahang dan Selangor.

Spiritual

Ketenangan, kepuasan dan keselesaan. Hasil karya yang dihasilkan adalah untuk kepuasan pelukis dari cetusan

dalaman diri pelukis itu sendiri. Contohnya, Semangat Bumi, Air dan Udara karya Patrick Ng Kah Onn.

Pengeluaran

Hasil seni SV berasaskan kepada factor cita rasa, gaya, fungsi dan kegunaan. Pembelajaran SV dapat menghasilkan

mutu pengkaryaan dan perekaan yang berkualiti dengan nilai keindahan yang tinggi. Kebanyakan hasil karya berunsur

pengeluaran adalah bertujuan dikomersialkan. Contohnya penghasilan batik dan songket.

Pemujukan

Page 15: PENGERTIAN SENI

Hasil SV berkeupayaan membentuk empati dan tarikan. Contohnya yang jelas ialah papan billboard dan poster.

Perniagaan dan perdagangan

Pembelajaran SV dapat menghasilkan barangan yang sangat berpotensi untuk perniagaan dan perdagangan. Contohnya

seperti bidang pembungkusan.

PENGALAMAN ESTETIK

Dapat membina kepekaan dan pertimbangan dalam diri individu, masyarakat dan persekitaran. Terbahagi kepada

Pengalaman intelektual

Melalui kajian, penerokaan, eksperimen dan dapatan dari pelbagai sumber dan maklumat dalam proses penghasilan

produk seni. Kebanyakan yang terlibat ialah pengkritik, penggiat seni, dan individu yang sentiasa mengambil tahu tentang

perkembangan bidang yang berkaitan dengan seni.

Pengalaman langsung

Melalui proses membuat atau memproses penghasilan produk seni. Melalui penglibatan deria. Antara yang terlibat ialah

pelukis, pengarca pandai tukang dan sebagainya.

UNSUR SENI

Page 16: PENGERTIAN SENI

Unsur seni merupakan eleman asas dalam penghasilan sesebuah karya seni.setiap karya seni mempunyai satu atau

lebih elemen yang dinyatakan itu.

RUANG

JALINAN

BENTUK

RUPA

WARNA

GARISAN

UNSUR SENI

Page 17: PENGERTIAN SENI

GARISAN

Merupakan satu titik yang bergerak dari satu kedudukan kepada kedudukan yang lain dalam satu ruang.

• Garisan mungkin berupa pinggir, satu pertemuan kawasan, kontur, perubahan satah, atau paksi visual. Sesuatu

garis mempunyai sifat fizikal, keupayaan fungsi, kualiti bahan, emosi dan makna.

• Garisan dapat dihasilkan menggunakan pelbagai jenis media atau bahan.

• Garisan terdiri dari pelbagai sifat, jenis garisan dan pelbagai kuantiti garisan.

Page 18: PENGERTIAN SENI

Sifat garisan

Sifat garisan ialah keadaan gambaran berdasarkan jenis sesuatu garisan yang dicipta.

Perbezaan sifat garisan dalam penghasilan karya akan menghasilkan kesan visual yang berbeza dalam penghasilan

karya.

Lembut Kasar Berserabut Berduri Tegas Berbulu Licin Menggerutu

Jenis garisan

Melintang Menegak Nipis Titik Berputar Melengkung Berpancar Zig-zag

Page 19: PENGERTIAN SENI

Mengenali garisan dengan beberapa kategori.

• Ketagori pertama ialah jenis garisan. Garisan mungkin lurus, melengkung, beralun, bersegi atau sendeng

• Ketagori kedua ialah arah garisan. Arah garisan menerangkan hubungkait garisan dengan muka surat Garisan melintang bergerak merentasi mukasurat, dari timur ke barat atau dari barat ke timur. Garisan menegak bergerak dari atas atau dari bawah mukasurat, samada dari utara ke selatan atau dari selatan ke utara. Garisan diognal kelihatan menyendeng dalam perbandingan pada sudut mukasurat.

• Ketagori ketiga ialah kualiti garisan. Garisan dihasilkan berseni atau ‘bold’ seperti tebal, lembut, nipis, sederhana, putus-putus dan berubah-ubah.

• Garisan boleh jadi tebal, nipis, lembut, aktif, kemas, atau spontan.

Page 20: PENGERTIAN SENI

Kualiti atau mutu garisan

• Pelbagai mutu bentuk garisan dari tebal ke nipis, daripada nilai yang gelap ke terang dan juga garisan yang

membengkok dan lurus.

• Garisan seperti ini akan menunjukan kontor dan bentuk satu alam benda dan sifatnya.

• Dalam alam semulajadi terdapat berbagai jenis garisan yang menggambarkan keadaan atau sifat benda tersebut.

Kualiti garisan dapat menimbulkan ilusa visual ruang pada sesuatu imej yang digambarkan. Contohnya garisan bagi ruang paling hadapan sesuatu benda yang dilukis menggunakan kualiti garisan yang lebih tebal. Ia bertujuan untuk menimbulkan ruang visual pada benda tersebut.

Garisan melambangkan ruang

Page 21: PENGERTIAN SENI

• Garisan boleh digunakan sebagai rujukan visual bagi menunjukkan dan membahagikan kawasan ruang, sama ada dalam ruang dua dimensi atau tiga dimensi. Kawasan ruang yang ditunjukkan oleh garisan boleh terdiri daripada rupa yang tersusun atau tidak tersusun.

Garisan melambangkan arah

• Garisan dari segi visual dapat memberikan satu suasana pergerakan dinamik seperti dalam ilustrasi figura disebelah.

Garisan juga boleh digelar sebagai statik, aktif atau dinamik. Ini bergantung kepada kedudukan dan orientasi diantara satu format dua atau tiga dimensi

Garisan menerangkan rupa  

• Garisan boleh mempersembahkan kontor rupa atau pinggir bagi satah bagi bentuk dua atau tiga dimensi. Garisan boleh mempersembahkan figura yang tersusun atau yang tidak tersusun, abstrak atau nyata.

Garisan mempersembahkan sifat permukaan  

• Garisan boleh ditambah kepada ciri-ciri figura atau bentuk dan rupa. Kontor rupa, ton, dan jalinan boleh ditentukan dengan menggunakan teknik lukisan garisan yang menghasilkan tarikan dan makna visual.

Garisan membentuk corak/ jalinan   Garisan juga boleh digunakan dalam kebanyakan objek buatan manusia, bahan dan struktur binaan di dalam persekitaran. Di dalam kajian visual, corak boleh disusun daripada satu set garisan kepada tatarajah

Teknik lain yang membolehkan corak dihasilkan ialah pemecahan dari kestabilan kepada corak yang tersusun. Perubahan di dalam ketebalan garisan boleh menghasilkan ilusi kedalaman dan pergerakan

Garisan sebagai sistem simbol

Page 22: PENGERTIAN SENI

  • Garisan juga boleh digunakan tidak hanya pada lukisan figura dan bentuk, tetapi juga bagi mewakili fakta teknikal,

bilangan, ringkasan ekspresi atau simbol kod.

Garisan dibentuk daripada bentuk huruf skrip dan taipografi  

• Elemen taipografi boleh disusun untuk membentuk garisan dan menghasilkan imej serta komposisi.

Garisan sebagai makna visual bagi ekspressi Garisan juga boleh digunakan sebagai peranti visual yang dinamaik untuk menterjemahkan idea dan suasana. Garisan mempunyai makna grafik dan keupayaan bagi mengekspresikan kegembiraan, kesedihan, kesepontanan, keceriaan, keberanian atau perasaan

Garisan menghasilkan ilusi ukuran, kedalaman dan pergerakan • Garisan juga boleh digunakan secara efektif untuk menghasilkan ilusi bagi ukuran, kedalaman, dan pergerakan

dalam satu format dua dimensi.

• Berbagai ketebalan garisan, ruang, arah yang sebanding dan tindanan adalah teknik yang digunakan dalam komposisi garisan untuk menghasilkan ilusi kedalaman dan jarak.

Garisan menghasilkan ton • Garisan boleh digunakan untuk menghasilkan ton. Kesan visual ini boleh dicapai dengan menggunakan ketebalan

garisan yang berbeza atau sama dan ruang diantaranya. Nilai kecerahan dan kegelapan garisan ini dapat dihasilkan melalui teknik ini bagi menghasilkan ilusi kedalaman, ciri-ciri permukaan dan pergerakan

Garisan di dalam persekitaran semulajadi  

Page 23: PENGERTIAN SENI

Garisan juga didapati dalam bentuk persekitaran semulajadi sebagai hasil dari bentuk atau pengaruh daripada persekitaran

Garisan di dalam produk, bentuk dan persekitaran buatan manusia. • Garisan juga terdapat dalam bentuk buatan manusia dan persekitaran hasil dari pembahagian ruang, kualiti

semulajadi objek, penggunaan bahan dan sebagainya.

Kualiti emosi dan pengertian bagi garisan. • Kualiti emosi tertentu boleh dinyatakan oleh jurureka apabila menghasilkan garisan. Emosi ini akan mewujudkan

tindakbalas daripada pemerhati. • Garisan boleh digunakan bagi mengubahsuai mood dan kadarbanding bagi sesuatu rekabentuk.

Walaupun jenis garisan tertentu biasanya menimbulkan perasaan tertentu, ia merupakan penilaian yang subjektif

Aplikasi garisan di dalam rekabentuk grafik • Didalam rekaletak, garisan boleh diatur untuk memisahkan bahagian-bahagian penting dalam rekaletak. Disini

garisan digunakan untuk menghasilkan lajur yang berbeza-beza. Contoh fungsi garisan dalam rekaletak iaitu:

1. Menyusun maklumat (cetakan garisan diantara ruang nombor-nombor di dalam laporan kewangan). 2. Menegaskan perkataan yang penting. 3. Menghubungkan unit maklumat.

• Garisan banyak digunakan dalam rekaletak atau rekabentuk grafik. Garisan digunakan bagi mengawal: Arah Pembahagian Emosi Rentak

Page 24: PENGERTIAN SENI

Lukisan yang menunjukan sifat permukaan bagi tumbuhan

Garisan dan arahGarisan mempersembahkan sifat permukaan

Page 25: PENGERTIAN SENI

Garisan menerangkan rupa Garisan membentuk corak/ jalinanLukisan kuda belang menggunakan garisan untuk menghasilkan

corak.Susunan garisan dalam pelbagai ketebalan menghasilkan pergerakan. Garisan dibentuk daripada bentuk huruf skrip dan taipografi

 

Page 26: PENGERTIAN SENI

`

Garisan sebagai sistem simbol Garisan sebagai makna visual bagi ekspresi

Page 27: PENGERTIAN SENI

Peta jalan Contoh garisan yang mempersembahkan ekspressi dan pergerakan.Garisan menghasilkan ilusi ukuran, Garisan menghasilkan ton kedalaman dan pergerakan

Garisan bertindih menghasilkan Kedalaman dan dimensi

Page 28: PENGERTIAN SENI

  Garisan dalam persekitaran semula jadi

Garisan yang menghasilkan pergerakan garisan pada permukaan tanahGarisan di dalam produk, bentuk dan Aplikasi garisan di dalam rekabentuk grafik

persekitaran buatan manusia. Menyusun maklumat (cetakan garisan diantara ruang nombor-nombor di dalam laporan kewangan

Garisan yang terdapat persekitaran manusia

Page 29: PENGERTIAN SENI

Kualiti emosi dan pengertian bagi garisan.

 

JALINAN Jalinan adalah kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan benda semula jadi atau benda buatan manusia.

• Jalinan boleh diterangkan dengan sesetengah perkataan seperti kasar, licin, berbongol, beralun, bersegi-segi, bergaris, tumpul dan berkilat.

• Deria rasa dapat membantu kita memahami suasana jalinan dipersekitaran. Jalinan adalah permukaan yang sebenar, rasa pada permukaan bergantung kepada tahap dimana ia dapat dipisahkan melalui komposisinya. Ini menentukan apa yang dilihat dan apa yang kita rasa.

Penghasilan karya menggunakan beberapa jenis jalinan.

Jalinan sebenarJalinan yang digunakan dalam karya dengan mengekalkan sifat-sifat daripada jalinan asalPada benda yang ditiru.

Jalinan tiruan

Page 30: PENGERTIAN SENI

Jalinan yang ditiru atau dihasilkan oleh manusia manusia sama ada jalinan sentuh atau jalinan tampak. Contohnya jalinan kayu menggunakan pelbagai media atau teknik. Contohnya teknik simen ferro, gambar pokok pada ilutrasi komik dam olahan imej manusia pada catan cat minyak.

Jalinan abstrakSifat atau rupa bentuk jalinan yang diolah dalam karya. Jalinan dipermudahkan atau dimujarabkan mengikut kehendak pengkarya serta mengikut fungsi karya.

Jalinan rekaanJalinan rekaan ialah jalinan yang direka oleh manusia atau dipermudahkan daripada jalinan yang sedia ada.

• Terdapat 2 jenis jalinan iaitu:

1. Jalinan sentuhAdalah jalinan yang sebenar dan boleh dirasa permukaannya menggunakan jari.

Jalinan pada kain kasar sejenis jalinan sentuh – dapat dirasa

Page 31: PENGERTIAN SENI

2. Jalinan tampakIalah jalinan ilusi, nilai jalinannya tidak dapat dirasai oleh deria sentuhan

Jalinan pada batu mar-mar adalah jalinan tampak – hanya dapat dilihat

Memerhatikan jalinan dari jarak dekat

Jalinan boleh dinyatakan dengan perkataan seperti kasar, lembut, pudar dan bersinar. Faktor seperti nilai kontras, pigmen warna, corak jalinan, arah bagi sumber cahaya, pembalikan pada permukaan, dan jarak daripada pelihat memberi kesan kepada persepsi dan persembahan jalinan

Page 32: PENGERTIAN SENI

Jalinan kasar

Jalinan lembut

Mempersembahkan jalinan melalui lukisan.

• Kebanyakan jalinan yang menarik boleh dipersembahkan dengan menggabungkan berbagai media lukisan dan teknik.

• Jalinan boleh dihasilkan melalui catan, lukisan, gosokan, tenunan, lipatan dan tebukan. Ini mungkin terdiri daripada jalinan sentuh atau jalianan tampak yang realistik.

Page 33: PENGERTIAN SENI

• Untuk menghasilkan jalinan tiruan, artis, arkitek dan jurureka juga menggunakan ton dan warna melalui penggunan pelbagai media.

Jalinan yang dihasilkan secara ilusi pada sebuah lukisan

Jalinan abstrak dan dekoratif boleh dihasilkan dengan menggunakan pengulangan pada corak, garisan, dan satah rupa. Jalinan sentuh boleh dipersembahkan melalui teknik kolaj, tenunan atau tebukan pada permukaan kertas. Tatarajah keseluruhan jalinan ini boleh digunakan untu menghasilkan komposisi rupa yang besar atau figura.

Page 34: PENGERTIAN SENI

Robert Mazur menggunakan arkilik polimer dan pasir silica untuk menghasilkan lukisan

Aplikasi jalinan di dalam rekabentuk grafik  

• Jalinan adalah penyumbang utama kepada nilai keupayaan dan dimensi rekaletak.• Corak adalah sebahagian dari jalinan tampak yang membentuk ilusi jalinan. • Jalinan juga dapat digunakan bagi menghasilkan penekanan. Kemahiran menggunakan jalinan boleh membuat

rekabentuk kelihatan menarik. Jalinan boleh diletakan di mana-mana sahaja yang dirasai perlu oleh jurureka untuk mencapai kesan yang diingini. Jurureka mungkin memerlukan

Page 35: PENGERTIAN SENI

Kerja –kerja perletakkan jalinan pada objek dalam grafik komputer

Didalam rekabentuk grafik penggunaan jalinan amat meluas yang merupakan salah satu elemen yang penting. Beberapa contoh penggunaan jalinan ialah seperti berikut: menghubungkan imej dengan latarbelakang, memberikan mood atau identity kepada hasil kerja, dan menghasilkan kontras yang menarik.

Contoh dimana jurureka menggunakan jalinan bitmap kepadalatarbelakang untuk memberikan nilai estetika atau mood kepada skrin

RUPA

Bermaksud garisan luar sesuatu benda. Garisan luar sesuatu benda akan bertemu pada satu titik dan berakhir pada titik yang sama.

Page 36: PENGERTIAN SENI

• Ciri-ciri bagi satu satah dan ditentukan oleh konfigurasi kontor garisan • Rupa merupakan hasil pertemuan penghujungnya garisan dengan titik permulaanya. Bila garisan menutupi sesuatu kawasan

maka lahirlah rupa. • Dengan kata lain rupa adalah sifat bagi pengenalan terhadap satah dan ditetapkan oleh tatarajah kontor garisan atau pinggir

satu satah. Ini bermakna cara bagaimana figura dan bentuk dikenalpasti. • Kebanyakan rupa mempunyai nama yang berdasarkan kepada pinggir kontor, ciri-ciri fizikal dan kesatuan.

• Rupa terbahagi kepada 2 kategori utama iaitu:

1. Rupa geometri Mempunyai sudut-sudut yang tepat. Rupanya kukuh dan kelihatan kasar.

Contoh rupa geometrik seperti hexagon, tigasegi, empatsegi dan bulatan

2. Rupa organik Mempunyai rupa yang lebih bebas dan tidak mempunyai sudut yang tepat. Ia lebih berseni dan lembut.

Contoh rupa organik, tidak mempunyai sudut yang tepat Poligon  

Page 37: PENGERTIAN SENI

• Dari segi teori, poligon adalah susunan titik, bahagian garisan, dan satah ruangan dalaman. Setiap titik mempersembahkan penjuru atau vertex. Bahagian garisan adalah sebahagian daripada poligon berdasarkan titik dan bahagian menyebabkan terjadinya rupa yang khusus.

Kombinasi antara segmen garisan dengan rupa tertentu menghasilkan poligon

PARALLELOGRAMS

Rombus Romboid Trapezoid Trapezium Segi empat tepat Segi empat sama

POLYGON BIASA

Segi tiga Pentagon Heksagon Heptagon octagon Segi empat

Membahagikan imej dan objek ke dalam rupa akromatik.  

Page 38: PENGERTIAN SENI

• Artis, arkitek dan jurureka kerapkali menggunakan teknik visual bagi membahagikan imej kepada nilai yang rata menggunakan fotograf atau ilustrasi.

• Teknik ini menghasilkan penggayaan, abstraksi, tetapi menetapkan ilusi kedalaman dengan nilai ton akromatik dan kromatik.

Imej Albert Einstein menggunakan titik, garisan, dan rupa menghasilkan ton

Tranformasi rupa  

• Kemampuan untuk melakukan tranformasi pada rupa adalah kemahiran yang penting di dalam rekabentuk. Ia adalah satu pendekatan kreatif yang dapat menyelesaikan beberapa masalah visual.

• Tranformasi ini dilakukan menggunakan samada kaedah penambahan ataupun pengurangan. Proses transformasi ini kerapkali digunakan di dalam bidang rekabentuk produk, hasil seni dan struktur senibina.

Contoh tranfomasi rupaRupa menetapkan struktur rekabentuk senibina dan pembahagian ruang dalaman.

Page 39: PENGERTIAN SENI

Dalam senibina dan rekabentuk ruang dalaman, rupa digunakan untuk menentukan pinggir bagi ruang tiga dimensi, membentuk siling, dinding dan lantai bagi banggunan dan bilik-bilik di dalam bangunan

Ruang yang ditentukan oleh rupa yang boleh dilihat di bahagian siling, lantai dan dinding.

Rupa positif dan rupa negetif Rupa boleh diolah dalam bentuk positif atau negatif.

a) Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan tertentu.b) Rupa negatif ialah ruang di keliling rupa sesuatu objek.

Positif negetif

Rupa dan lambang

Page 40: PENGERTIAN SENI

Menggambarkan kekuatan

Cuba perhatikan lambang-lambang pada bendera negara kita. Terdapat dua rupa yang menjadi lambing kepada negara kita. Rupa itu ialah rupa bulan dan bintang.

Rupa dan muka taip Mukataip ialah jenis-jenis reka bentuk huruf.

Huruf boleh dilukis dalam pelbagai rupa untuk pelbagai tujuan.

Pada asasnya, rupa muka taip ini dibuat untuk menjadi daya penarik dan menyampaikan mesej.

Contohnya :

Menggambarkan kelucuan

Page 41: PENGERTIAN SENI

BENTUK

Bentuk ialah lanjutan daripada pemahaman rupa. Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisimdan biasanya bentuk mempunyai lebih daripada stu

permukaan. Bentuk mempunyai struktur dalaman. Gabungan daripada rupa dapat menghasilkan bentuk. Bentuk terbahagi kepada dua dimensi, tiga dimensi dan pelbagai dimensi. Bentuk terhasil akibat perbezaan dari segi ton, warna, garisan, jalinan, saiz atau bahan. Contohnya garisan dapat digunakan bagi menghasilkan bentuk. Disamping itu bentuk juga mempunyai

perhubungan yang rapat kesan bayangan dan cahaya.

Bentuk asas geometric

Page 42: PENGERTIAN SENI

Bentuk dua dimensi Bentuk dua dimensi merujuk kepada gambar atu visual dua dimensi. Ia dapat dilihat pada permukaan 180

darjah. Bentuk dua dimensi hanya wujud dalam gambar dan bentuknya tidak dapat disentuh dan dirasa ruangnya. Contoh bentuk dua dimensi ialah catan, foto, dan reka bentuk grafik.

Bentuk tiga dimensi Bentuk tiga dimensi merujuk pada yang wujud pada ruangan yang sebenar atau rata. Ia mempunyai isipadu,

jisim dan dapat dirasa serta disentuh. Contoh karya seni visual yang mempunyai bentuk tiga dimensi ialah arca, anyaman rotan dan ukiran kayu. Bentuk tiga dimensi terbahagi kepada dua jenis iaitu bentuk yang dapat dilihat dari pelbagai sudut iaitu 360

darjah dan bentuk timbul (relief) Contoh bentuk yang dapat dilihat pada sudut 360 darjah ialah arca, bangunan dan tembikar labu saying. Contoh bentuk timbul boleh didapati daripada arca yang dilekatkan pada dinding seperti ukiran kayu dan

arca simen.

Bentuk pelbagai dimensi Bentuk pelbagai dimensi biasanya dipersembahkan melalui media baru dan dipersembahkan melalui

teknologi digital. Contohnya melalui paparan multimedia. Bentuk pelbagai dimensi disampaikan dalam gabungan bentuk tiga dimensi dan

bentuk dua dimensi. Ia juga dipersembahkan dalam gabungan dimensi contohnya dalam olahan visual ilusi maya.

Page 43: PENGERTIAN SENI

• Bentuk boleh dihuraikan dari segi fungsi, strukturnya, bahan, kaedah menghasilkannya, kualiti emosi dan gaya. Bentuk ada yang nampak berat dan ringan, ada yang mempunyai rupa tertentu dan ada yang bebas.

Bentuk sebuah kereta

Bentuk padu (konkrit)  

• Bentuk padu mempunyai tiga dimensi iaitu panjang, lebar dan dalam, seperti dalam ilustrasi di sebelah

Keratan rentas ilustrasi baseball yang menunjukan tiga dimensi isipadu iaitu panjang, lebar dan dalam

Persembahan bentuk pada format dua dimensi (bentuk ilusi)

Page 44: PENGERTIAN SENI

• Ilusi bentuk pada satahgambar dua dimensi boleh dihasilkan menggunakan sistem lukisan binaan, jalinan, ton atau warna

Lukisan selari bagi bentuk padu menghasilkan ilusi bentuk

Perhubungan diantara rupa dua dimensi dan bentuk tiga dimensi.  

• Asas bagi menghasilkan bentuk tiga dimensi bermula dengan penggunaan satah rupa dua dimensi yang dipanggil poligon. Daripada poligon, bentuk tiga dimensi dapat dihasilkan melalui proses tessellations dan jaringan satah.

Contoh dimana polyhedron dilakukan lipatan bagi menghasilkan bentuk tiga dimensi.Penggunaan konfigurasi garisan untuk menghasilkan bentuk  

Page 45: PENGERTIAN SENI

• Bagi arkitek dan jurureka rekabentuk dalaman dan jurureka produk struktur garisan boleh digunakan untuk menghasilkan berbagai aplikasi. Ilustrasi dalam figura di muka surat sebelah menunjukkan beberapa contoh bagaimana bingkai garisan digunakan bagi menghasilkan rekabentuk yang berasakan bentuk.

Struktur garisan yang menghasilkan bentuk

2.7.3 Bentuk dan rupa  

• Sebagai sebahagian dari satah, rupa juga adalah sebahagian daripada sifat bentuk. Terdapat satu panduan diantara bentuk padu dan objek, produk dan struktur di dalam persekitaran.

Teknik lukisan menggunakan ton dan jalinan digunakan untuk menghasilkan ilusi bentuk.

WARNA

Page 46: PENGERTIAN SENI

Warna ialah unsur visual yang memainkan peranan yang penting dalam penghasilan karya dan kehidupan harian.

Warna adalah tindak balas visual terhadap gelombang cahaya yang dikenal pasti sebagai merah, biru, hijau dan lain-lain.

Warna, merupakan komponen cahaya, yang mempengaruhi pemikiran, mood, tindakbalas dan juga kesihatan kita.

Ahli psikologi, dan juga jurureka mempunyai pengetahuan mengenai warna yang boleh mempengaruhi sikap dan pemikiran manusia. Malah warna juga mampu mempengaruhi tahap kesihatan seseorang itu.

Pemilihan warna untuk pakaian juga mempengaruhi peluahan perasaan seseorang. Pereka-pereka yang mereka pakaian, kereta dan hiasan dalaman juga mengetahui kepentingan warna di dalam sesuatu rekaan. Untuk itu, mereka memperuntukan masa yang panjang untuk memikirkan tentang pemilahan warna

Warna terbahagi kepada tiga kategori

Warna asas (primary colour) Warna sekunder (secondary colour) Warna tertier (tertiary colour)

Warna utama

Page 47: PENGERTIAN SENI

• Warna utama terdiri dari tiga warna-warna asas. Warna utama ini tidak boleh dihasilkan dari campuran sebarang warna. Warna utama ialah biru, kuning dan merah.

• Ia tidak dapat dihasilkan melalui campuran warna lain.• Campuran warna asa dapat menghasilkan pelbagai warna.• Antara jenis warna yang dapat dihasilkan melalui campuran warna asas ialah warna skunder dan warna tertier.

Biru Merah Kuning

Warna utama terhasil dari pemisahan warna spektrum. Gabungan tiga warna ini dapat menghasilkan berbagai hue.

Warna sekunder

Warna sekunder terhasil daripada campuran dua warna asas.

CAMPURAN

Page 48: PENGERTIAN SENI

DAN WARNA ASAS

KEPUTUSAN WARNA

BIRU + KUNING HIJAUMERAH + BIRU UNGU

MERAH +KUNING

OREN/JINGGA

Page 49: PENGERTIAN SENI

Warna tertiar

Warna tertiar terhasil daripada campuran warna asas dan warna sekunder. Warna asas yang dicampur ialah warna yang ada di bersebelahan roda warna. Campuran warna daripada warna asas dapat menghasilkan berbagai-bagai warna. Campuran warna amat penting

dalam penghasilan karya terutamanya dalam penghasilan catan. Ia juga dikenali juga sebagai warna penggenap (complementary colour). Ia terhasil daripada campuran satu warna

asas dan satu awrna sekunder.

Page 50: PENGERTIAN SENI

Suhu warna

Suhu warna dapat dirasai melalui deria penglihatan seseorang. Ia juga dapat dirasai melalui perasaan seseorang yang melihat warna tersebut. Suhu warna tidak dapat dirasai melalui deria sentuhan. Suhu warna terdiri daripada warna panas dan warna sejuk.

Warna panas

Page 51: PENGERTIAN SENI

Terdiri daripada warna yang menimbulkan suasana yang bertenaga seperti susunan kemewaha, peperangan, kemeriahan dan keceriaan.

Wujud daripada benda panas seperti api yang sedang marak dan matahari yang sedang bersinar. Warna panas adalah warna yang tergolong dalam kumpulan warna yang mempunyai intensiti yang tinggi seperti

merah, kuning dan oren. Ianya melambangkan kekuatan, aktif dan kukuh.

Warna sejuk

Warna sejuk ialah warna yang tergolong didalam warna yang mempunyai intensity yang rendah. Ianya melambangkan ketenganan, nyaman, suram dan stabil.

Contoh warna sejuk adalah seperti Biru, Hijau, dan Ungu Terdiri daripada warna yang menimbulkan suasana yang menimbulkan perasaan aman, tenteram, dingin dan

damai. Contohnya suasana yang menimbulkan perasaan tersebut ialah warna yang terdapat pada air laut, air sungai, hutan dan bukit bukau.

CONTOH WARNA SEJUK DAN WARNA PANAS

Page 52: PENGERTIAN SENI

Warna sejuk warna panas

Warna sejuk memberi inspirasi yang lebih tenang dan nyaman pada persepsi mata.

Nilai warna

Page 53: PENGERTIAN SENI

Nilai warna ialah ukuran kekuatan warna. Contohnya kecerahan atau kegelapan sesuatu warna. Nilai warna terdiri daripada ton warna warna kroma.

Ton warna

Kesan pancaran terang atau gelap warna. Dihasilkan melalui campuran warna hitam atau putih mengikut kadar tertentu. Jika sesuatu warna dicampur dengan warna putih ia akan menjadi lebih terang dan jika dicampur warna hitam

warna tersebut akan menjadi lebih gelap. Penggunaan ton warna dalam karya seni dapat mencipta ruang.

Warna kroma

Warna kroma ialah nilai ukuran warna. Campuran warna dengan penggenap akan menghasilkan nilai ukuran sesuatu warna. Nisbah campuran warna

akan menentukan kadar nilai kuasa sesuatu warna. Nilai ukuran dapat dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu cerah, sederhana dan pudar. Warna kroma akan memberikan kesan yang lebih pudar daripada warna asalnya.

Skema warna

Skema warna ialah rangkaian kombinasi warna-warna yang harmoni. Kesesuaindan padanan warna yang dipilih akan menghasilkan warna yang menimbulkan pelbagai tema atau

suasana. Seperti hiasan dalaman,rekaan grafik, pakaiaan atau catan. Kombinasi warna dan skema warna dapat menimbulkan tema atau suasana yang menyagarkan, hangat, eksklusif

dan ceria. Kombinasi warna diperlukan sebagai panduan dalam menyesuaikan warna-warna yang berbeza dalam sesatu

karya.

Page 54: PENGERTIAN SENI

Nilai warna Ton warna

Ton warna boleh dijelaskan dengan kepudaran warna hitamkepada putih.

RUANG

Page 55: PENGERTIAN SENI

Ruang bermaksud kawasan yang kosong disekeliling sesuatu objek,jarak, di antara dua objek ataupun

rongga yang terdapat dalam sesuatu objek

Ruang kelihatan timbul dan tenggelam mengikut susunan dan tindakan warna yang tertentu

Perbezaan saiz dapat menimbulkan ruang dekat atau jauh.

Ruang terbahagi kepada dua

Ruang ilusi Berbentuk dua dimensi. Kita dapat merasai kedalaman ruang ilusi tetapi hanya dapat melihat pada

permukaan 180 darjah. Contohnya ruang ilusi yang terdapat pada catan cat air dan fotografi.Ruang konkrit

Terdapat dalam ruang sebenar. Kita boleh merasai kedalaman ruang kongkrit contohnya ruang dalm bangunan, perabot dan arca. Ia berbentuk tiga dimensi.

Jarak diantara atau sekeliling objek • Ruang melibatkan pesepsi jarak dalam persekitaran dan perkaitannya pada kerja seni, senibina dan rekabentuk.

• Ruang melibatkan pesepsi pada kedudukan dua dimensi dan tiga dimensi.• Rupa 2 dimensi atau 3 dimensi ditakrifkan sebagai elemen visual yang tidak mempunyai sempadan dan

sambungan yang tidak terbatas dari ruang kawasan sesuatu objek. • Ruang digunakan sebagai suatu cara untuk menerangkan bahagian dalaman atau jarak diantara suatu titik yang

belum begitu pasti. • Ruang mempunyai ketebalan, kedalaman dan juga panjang serta lebar. • Ruang tidak boleh ditafsir, ruang digunakan untuk mengisi kekosongan. Ia bersambung, pasti dan sentiasa terkini. • Visual kadang kala dirujuk sebagai ruang seni kerana kebanyakan seni jenis ini disusun dalam ruang.• Ruang boleh dikategorikan kepada jenis yang berbeza:

Page 56: PENGERTIAN SENI

1. Ruang dua dimensi Kita mendefinasikan ruang dua dimensi sebagai permukaan yang rata dan hanya mempunyai lebar dan

panjang sahaja. Satu plan yang menggunakan panjang dan lebar, juga dikenali sebagai format plan

.

2. Ruang tiga dimensi Makanisma ini digambarkan oleh penglihatan dua belah mata dalam keadaan sebenar (binocular)

Ruang dan persprktif

Page 57: PENGERTIAN SENI

Objek yang sama saiz kelihatan lebih besar ditempat dekat tetapi lebih kecil di tempat jauh.

Garisan grid perspektif menimbulkan ruang dan illusi tiga dimensi dalam kerja dua dimensi

Sesuatu objek dapat dilihat dari sudut yang berlainan

Contoh:sudut hadapan,sudut tepi,sudut atas,sudut bawah

Kedudukan garisan perspektif bergantung kepada kedudukan aras mata seseorang.

Lukisan perspektif pandangan sesuatu objek berubah dari segi saiz,ketinggian,dan kelebaran mengikut jarak yang

tertentu.

Aras mata ialah kedudukan mata seseorang apabila melihat sesuatu objek. Perbezaan aras mata mewujudkan

perbezaan sudut pandangan.

Aras mata menentukan kedudukan kaki langit pemisah antara awan dan bumi atau dua bahagian atas dan bawah.

Jika dicantumkan, garisan perspektif pada sesuatu objek atau persekitaran akan kelihatan seolah-olah bertemu

pada suatu titik yang dinamakan titik lenyap.

PRINSIP REKAAN

Page 58: PENGERTIAN SENI

Kontra Kontra wujud apabila terdapat unsur-unsur seni yang mempunyai cirri-ciri bertentangan atau bercanggahan dalam

sesuatu gubahan. Kontra juga berkaitan dengan focus kerana cirri-ciri yang bertentangan menimbulkan perbezaan. Kesan kontra dapt ditimbulkan dalam kegiatan menghasilkan karya-karya seni visual melalui

a) Penggunaan dan pengolahan unsur-unsur seni yang berlainan.b) Pengolahan teknik dan dan gaya yang berbeza-beza.c) Penggunaan bahan yang berlainan.

Kontra banyak diaplikasikan dalam gubahan seni kerana aplikasi ini dapat,a) Member penegasan dantumpuan.b) Mengelak kebosanan.c) Menghasilkan hasil seni berpelbagai lebih menarik.

Penegasan Penegasan wujud pada sesuatu gubahan apabila terdapat unsure yang menonjol di dalamnya. Penegasan ialah satu teknik yang berkesan untuk menimbulkan focus atau tumpuan terhadap sesuatu perkara

atau objek. Dalam proses penghasilan karya seni visual, cirri penegasan dapat dicapai melalui cara-cara berikut ;

a) Menggunakan unsur-unsur seni yang berkontra.b) Mengasingkan elemen yang harus ditegaskanc) Meletakkan objek penegasan di pusat dengan menggunakan garisan grid berpancaran.

Aplikasi prinsip rekaan penegasan dalam gubahan seni visual dapat,a) Menimbulkan focus atau tumpuan.b) Menarik perhatian.c) Mengelakkan kebosanan.

Imbangan Imbangan bermaksud keadaan yang berpadanan dari segi berat, tarikan, dan tumpuan perhatian.

Page 59: PENGERTIAN SENI

Terdapat dua jenis imbangan.a) Imbangan simetri yang unsur-unsur seni di bahagian kiri sama dengan kanan atau atas sama dengan

bawah. Garisan ‘axis’ dilukis ditengah-tengah untuk memastikan kedua-dua bahagian mempunyai kesamaan.

b) Imbangan tidak simetri yang unsur-unsur seni di kedua-dua bahagian pada gubahan tidak sama tetapi mempunyai cirri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan melalui cara susunan dan penggunaanya.

Dalam ciptaan seni, hasil yang bersimetri mempunyai cirri-ciri berikut ;a) Penegasan yang biasanya berpusat di bahagian tengah.b) Daya tarikan sederhana atau tiada tarikan langsung.c) Hasil kelihatan dirancang dengan teliti dan terkawal mengikut grid yang tertentu.

Irama dan pergerakan Pergerakan ialah keadaan yang bergerak,bergoyang, bergegar, berayun, memancar, bersinar-sinar dan

sebagainya. Irama dan pergerakan dapat diwujudkan dalam gubahan seni visual melalui pengolahan unsur-unsur seni dengan

cara dan teknik yang tertentu. Irama dan pergerakan bertujuan untuk membolehkan nyawa kepada rupa dan bentuk visual dalam seni tampak

dua dimensi, menimbulkan imej yang lebih hidup dan realistik, justeru menjadikan gambar kelihatan lebih menarik. Aplikasi prinsip irama dan pergerakan dalam kegiatan menggambar dapat,

a) Menghasilkan irama dan Susana tertentu.b) Menjadikan gambar lebih menarik.c) Menimbulkan daya tarikan yang lebih menarik.d) Menimbulkan kesan visual yang lebih hidup dan realistic.

Kepelbagaian Kepelbagaian merujuk kepada keadaan yang mempunyai penggabungan pelbagai gaya, nilai dan idea yang

berbeza dalam sesuatu gubahan. Kepelbagaian dapat diwujudkan melalui aktiviti gayaan, perlanjutan, dan kontra.

Page 60: PENGERTIAN SENI

Aplikasi prinsip rekaan kepelbagaian dalam karya seni visual dapat member gaya, variasi, tenaga dan daya tarikan bagi gubahan itu.

Kesatuan Kesatuan wujud pada suatu gubahan apabila kesemua unsur-unsur didalamnya mempunyai satu tema yang

sama dan menyeluruh. Penggunaan unsur-unsur seni,pengelolaan tema, serta rekaan yang baik dapat mewujudkan kesatuan pada

sesuatu gubahan seni visual. Aplikasi prinsip kesatuan dalam karya seni akan menjadikan hasil itu kelihatan lebih lengkap,teratur,, dan

sempurnadisamping menimbulkan suasana yang tenteram serta perasaan yang selesa.

Harmoni Susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara yang tertentu akan menimbulkan harmoni. Harmoni tidak

akan muncul jika terdapat cirri-ciri yang bercanggah. Dalam konteks seni, ulangan garisan, rupa, bentik, jalinan, dan ruang dalam gaya dan arah yang tertentu atau

berpandukan garisan grid akan menghasilkan gubahan yang harmoni. Aplikasi warna dari kumpulan yang sama atau mempunyai hubungkait antara satu sama lain jyga menimbulkan

gambaran harmoni dalam sesuatu gubahan, seperti warna sejuk, warna panas, gubahan warna sewarna, gubahan warna harmoni, dan campuran berbagai jenis warna yang mempunyai hubungkait antara satu sama lain.

Aplikasi prinsip rekaan harmoni dapat menimbulkan gambaran yang sempurna, teratur, seragam, dan selesa pada pandangan.

RUMUSAN

Rumusan yang dapat dibuat daripada tugasan seni visual ini ialah mata pelajaran ini memainkan peranan

penting dalam mematangkan keperibadian masyarakat pada zaman ini kerana seni visual ini mendekatkan diri kita

Page 61: PENGERTIAN SENI

kepada keindahan alam ciptaan tuhan.Seni visual ini juga banyak memberi kesedaran kepda kita untuk menghargai alam

sekitar.

Disamping itu juga mata pelajaran ini diselitkan dengan tajuk unsur-unsur seni iaitu

garisan,rupa,bentuk,jalinan ,ruang dan warna.Daripada gabungan kesemua unsur-unsur seni ini ia dapat menghasilkan

lukisan yang menarik.

Selain itu,prinsip rekaan juga memainkan peranan pentig dalam penghasilan sesuatu karya supaya dapat

memberi memberi kesan yang menarik kepada karya yang dihasilkan.

Melalui tugasan ini dapatlah kita mengetahui tentang topik-topik yang sangat penting dalam seni visual.

BIBLIOGRAFI

Hassan Mohd Ghazali (2007). Teks Kreatif Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4 & 5. Perak: Creative Enterprise Sdn.Bhd.

Page 62: PENGERTIAN SENI

Katheleen Chee (2006) SPM FOKUS U Pendidikan Seni Visual.Pelangi Sdn.Bhd

Kathleen Chee (2003).Kunci Misteri Pendididkan Seni Visual.Selangor.Pelangi Sdn.Bhd.

Marhanim A.Razak Mohd. Shahrizal Dolah (2007).Ace Ahead Seni Visual . Selangor.Oxford Fajar Sdn.Bhd