Pengertian Dan Fungsi Ekosistem

download Pengertian Dan Fungsi Ekosistem

of 14

  • date post

    03-Apr-2018
  • Category

    Documents

  • view

    224
  • download

    0

Embed Size (px)

Transcript of Pengertian Dan Fungsi Ekosistem

  • 7/28/2019 Pengertian Dan Fungsi Ekosistem

    1/14

    PENGERTIAN DAN FUNGSI EKOSISTEM

    1.1 Definisi dan Pengertian Ekosistem

    Pengertian ekosistem pertama kali dikemukakan oleh seorang ahli ekologi

    Inggeris bernama A.G. Tansley pada tahun 1935, walaupun konsep itu bukan

    merupakan konsep yang baru. Sebelum akhir tahun 1800-an, pernyataan-

    pernyataan resmi tentang istilah dan konsep yang berkaitan dengan ekosistem

    mulai terbit cukup menarik dalam literatur-literatur ekologi di Amerika, Eropah,

    dan Rusia (Odum, 1993).

    Beberapa definisi tentang ekosistem dapat diuraikan sebagai berikut :

    (i) Ekosistem atau sistem ekologi adalah merupakan pertukaran bahan-bahan

    antara benda hidup dan benda bukan hidup di dalam suatu sistem. Ekosistem dicirikan

    dengan berlangsungnya pertukaran material dan transformasi tenaga yang sepenuhnya

    berlangsung diantara berbagai komponen dalam sistem itu sendiri atau dengan sistem

    lain di luarnya.

    (ii). Ekosistem adalah hasil dari kesatuan unsur-unsur hidup dan bukan hidup (biotik

    maupun abiotik) secara utuh dan menyeluruh, yang saling mempengaruhi dan saling

    bergantung satu sama lain. Ekosistem mengandungi keanekaragaman jenis dalam

    suatu komuniti dengan lingkungannya yang berfungsi sebagai suatu kesatuan interaksi

  • 7/28/2019 Pengertian Dan Fungsi Ekosistem

    2/14

    kehidupan dalam alam (Dephut, 1997). (iii). Ekosistem, ialah hasil kesatuan secara

    kompleks di dalamnya terdapat habitat, tumbuhan, dan binatang yang dipertimbangkan

    sebagai unit kesatuan secara utuh, sehingga semuanya akan menjadi sebahagian mata

    rantai kitar material dan aliran tenaga. (Woodbury, 1954 dalam Setiadi, 1983).

    (iv). Ekosistem, iaitu unit fungsional dasar dalam ekologi yang di dalamnya meliputi

    organisma dan lingkungannya (lingkungan biotik dan abiotik) dan di antara keduanya

    saling mempengaruhi (Odum, 1993). Ekosistem dikatakan sebagai suatu unit fungsional

    dasar dalam ekologi karena ia merupakan kesatuan terkecil yang memiliki komponen

    secara lengkap, memiliki kawasan ekologi secara lengkap, serta terdapat proses

    ekologi secara lengkap, sehingga di dalam unit ini kitaran material dan aliran tenaga

    sesuai dengan keadaan ekosistemnya.

    (v). Ekosistem adalah kesatuan secara menyeluruh antara setiap unsur kehidupan yang

    saling mempengaruhi (UU Lingkungan Hidup Tahun 1997). Unsur-unsur hidup (biotik)

    dan bukan hidup (abiotik) tersusun sebagai satu kesatuan dalam ekosistem yang saling

    berhubungan, saling mempengaruhi, dan saling berinteraksi antara satu sama lain.

    (vi). Ekosistem, iaitu suatu sistem ekologi yang terbentuk oleh hubungan timbal balik

    antara makhluk hidup dengan lingkungannya (Soemarwoto, 1983). Tingkatan

    organisasi ini dikatakan sebagai suatu sistem karena memiliki komponen-komponen

    dengan fungsi berbeda yang terkoordinasi secara baik sehingga masing-masing

    komponen terjadi hubungan timbal balik. Hubungan timbal balik terwujudkan dalam

  • 7/28/2019 Pengertian Dan Fungsi Ekosistem

    3/14

    rantai makanan dan jaring makanan yang pada setiap proses ini terjadi aliran tenaga

    dan kitar material

    1.2 Fungsi Ekosistem

    Ekosistem adalah saling hubungan antara organisma-organisma dan saling hubungan

    dengan persekitaran mereka yang membentuk satu aliran tenaga melalui kitaran

    bahan-bahan. Ekosistem adalah sistem yang terbuka dimana input-input, perpindahan

    dalaman dan pengeluaran tenaga dan nutrien berlaku. Aliran tenaga setiap ekosistem

    berlaku dalam satu arah sahaja. Paling biasa aliran tenaga bermula bila autotrof

    fotosintetik menggunakan cahaya matahari untuk proses fotosintesis. Autotrof adalah

    organisma pengeluar (producer) primer bagi sesuatu ekosistem. Sebatian organik yang

    kaya menyimpan bentuk-bentuk tenaga yang banyak dan merupakan asas kepada

    jaringan makanan dalam ekosistem . Jaringan makanan terdiri daripada beberapa

    rantai makanan yang bergabung. Setiap rantai dalam jaringan makanan adalah bermula

    dari pengeluar, pengguna yang pelbagai dan penguraiKebanyakan tenaga yang

    memasuki jaringan makanan akan hilang kepersekitaran terutamanya dalam bentuk

    haba metabolisma. Majoriti nutrien dikitar semula dalam jaringan makanan tetapi

    sebahagiannya hilang ke persekitaran. Air, karbon, nitrogen, fosforus and bahan-bahan

    lain yang diperlukan semasa produktiviti permulaan bergerak melalui kitaran

    biogeokemikal.

  • 7/28/2019 Pengertian Dan Fungsi Ekosistem

    4/14

    JENIS DAN LOKASI EKOSISTEM

    2.1 Sinopsis

    Sesebuah negara menpunyai pelbagai jenis ekosistem bergantung kepada iklim

    dan kedudukan dari segi latitud dan altitudnya masing-masing. Setiap ekosistem

    mempunyai dua komponen iaitu biotik dan abiotik yang berbeza bergantung

    kepada lokasi yang berbeza. Perbezaan ini merupakan faktor penentu kepada

    tahap biodiversiti dalam sesuatu ekosistem. Ekosistem yang mempunyai tahap

    biodiversiti yang tinggi akan menunjukkan tahap kerencaman dan kestabilan

    yang tinggi.

    2.2 Jenis-Jenis Ekosistem

    Terdapat pelbagai jenis ekosistem yang utama diantaranya adalah ekosistem

    akuatik, ekosistem hutan hujan tropika, ekosistem hutan paya bakau,

    ekosistem hutan gambut, ekosistem kolam dan agro ekosistem seperti

    ekosistem sawah padi dan ekosistem ladang kelapa sawit.

    .

    2.2.1 Ekosistem Akuatik

    Ekosistem Akuatik adalahsejenis ekosistem yang terletak dalam jasad air.

    Komuniti-komuniti organisma bergantung antara satu sama lain dan persekitaran

    mereka. Ekosistem ini terdiri daripada dua ekosistem iaitu ekosistem air masin

    dan ekosistem air tawar

  • 7/28/2019 Pengertian Dan Fungsi Ekosistem

    5/14

    Ekosistem Akuatik

    Ekosistem Marin

  • 7/28/2019 Pengertian Dan Fungsi Ekosistem

    6/14

    2.2.2 Ekosistem Air Masin (Marin)

    Ekosistem marin meliputi hampir 71% daripada permukaan bumi dan

    mengandungi hampir 97% daripada air dunia. Ekosistem ini menjana 32% dari

    pengeluaran bersih utama dunia. Hampir 85% daripada bahan terlarut dalam air

    laut adalah natrium dan klorida. Air laut secara puratanya mengandungi

    kandungan garam 35 bahagian perseribu (ppt) . Biasanya saliniti berbeza antara

    ekosistem marin.

    Ekosistem Marine boleh dibahagikan kepada beberapa zon iaitu :-

    i. oceanic (bahagian cetek)

    ii. profundal (dasar atau air dalam)

    iii. benthic (dasar laut);

    iv. intertidal (kawasan antara taid(tides) tinggi dan rendah )

    v. estuaries

    vi. salt marshes;

    vii. coral reefs (terumbu karang)

    ix. hydrothermal vents (dimana bakteria sulfur chemosynthetic membentuk

    makanan asas).

    Kelas-kelas organisma yang dijumpai dalam ekosistem marin termasuklah brown algae,

    dinoflagellates, corals, cephalopods, echinoderms, and sharks. Ikkan dalam ekosistem

    marin adalah sumber makanan komersial yang terbesar . Masalah alam sekitar yang

    berlaku kepada ekosistem marin termasuklah ekploitasi sumber marin yang tidak

    mampan, pencemaran air dan pembangunan kawasan pinggir pantai.

  • 7/28/2019 Pengertian Dan Fungsi Ekosistem

    7/14

    2.3.3 Ekosistem Air Tawar

    Ekosistem ini meliputi 0.8% daripada permukaan bumi dan mengandungi

    0.009% dari jumlah air dunia. Ianya menjana hampir 3% dari pengeluaran bersih

    dari air dunia. Ekosistem air tawar mengandungi 41% dari spesis ikan dunia.

    Terdapat 3 jenis ekosistem air tawar iaitu;-

    1. Lentic: air gerak perlahan termasuk kolam dan tasik.

    2. Lotic: air bergerak laju seperti alur dan sungai.

    3. Tanah Lembab (Wetlands), kawasan dimana tanah tepu dengan air

    Asas makanan dari alur dan sungai terdiri dari hutan ripari yang mempunyai kanopi

    yang tebal yang mengizinkan pertumbuhan alga di dalam sungai yang menjadi sumber

    makanan kepada ikan anaromous. Ikan Anadromous juga merupakan sumber nutrien

    penting kepada hidupan lain. Ancaman alam sekitar kepada sungai termasuklah

    kehilangan air, empangan, pencemaran bahan kimia dan kepupusan spesis. Tanah

    lembab didominasi oleh tumbuhan vaskular yang merupakan ekosistem semulajadi

    yang produktif.

  • 7/28/2019 Pengertian Dan Fungsi Ekosistem

    8/14

    Ekosistem Air Tawar

    2.2.3.1 Ekosistem Kolam

    Merupakan ekosistem air tawar yang khusus dimana alga merupakan aras trof

    yang asas iaitu pengeluar. Pemangsa utama dalam ekosistem ini biasanya terdiri

    daripada ikan. Terdapat juga ular, kumbang air dan kura-kura.

  • 7/28/2019 Pengertian Dan Fungsi Ekosistem

    9/14

    Ekosistem Kolam

    2.2.3.2 Fungsi Ekosistem Akuatik

    Ekosistem akuatik sangat penting kepada alam sekitar. Sebagai contoh kitar

    nutrien, air bersih, penampung banjir, saliran air bawah tanah dan menyediakan

    habitat untuk kehidupan haiwan liar. Ekosistem akuatik juga penting untuk

    rekreasi manusia dan sangat penting untuk industri pelancongan terutama

    kawasan pesisir pantai. Tekanan terhadap ekosistem akuatik akan

    mengakibatkan kerosakan alam sekitar termasuklah perubahan suhu air dan

    penembusan cahaya ke dalam air. Pencemaran kimia pula mengakibatkan

    kekurangan nutrien, oksigen terlarut berkurang dan menjadi toksin kepada

  • 7/28/2019 Pengertian Dan Fungsi Ekosistem

    10/14

    hidupan . Pertumbuhan populasi manusia yang pesat juga merupakan satu lagi

    tekanan kepada ekosistem akuatik.

    2.2.4 Ekosistem Hutan Hujan Tropika

    Hutan hujan tropika meliputi 6% daripada permukaan keseluruhan bumi dan

    terletak di kawasan sekitar garisa