PENGENALAN - UMS · tugasan. Manakala mereka yang benujuan menambahkan i1mu pengetahuan ialah...

15
SIKAPDANTABIATMEMBACADI KALANGAN PELAJAR KUESUSDWUOMAPERGURUANKHAS UNIVERSmMALAYSIASABAH Na'imah Yusoff AmranAhmed Rosy Talin ABSfRACf This is a study of attitude towards reading among the .. Kursus Diploma Perguruan Khas" (KDPK - Special Teaching Diploma Course) students at the School of Education and Social Development, Universiti Malaysia Sabah. The purpose of this study is to investigate the student attitude towards reading which is related to their reading habit, use of resource center; reading reluctancy and self-evaluation towards reading. The Dulin-Chester Scale has been chosen as the tool to measure the attitude of reading. The study found that, the KDPK students did not show positive reading attitude. Generally, the purpose of reading was to complete their assignments and to pass their examination. They evaluated themselves as poor readers. The demotivating factors of reading activities were physical problems, environment interference as well as too many activities. Therefore, the academic staff should play their role to enhance positive reading attitude among the students. PENGENALAN Membaca bukan sekadar memberi pengetahuan kepada seseorang pelajar tetapi ia juga merupakan jambatan keluar ke arah pencapaian kejayaan hidup pada masa akan datang. Dengan itu sebagai pelajar universiti kepentingan membaca ini amatjelas bagi mereka untuk menimba ilmu pengetahuan di samping membina pengalaman pembelajaran yang bermakna. Sikap dan minat membaca harus dipupuk secara berterusan, khususnya di kalangan pelajar Kursus Diploma Perguruan Khas (KDPK). Guru memainkan peranan utama sebagai model kepada para pelajar sekolah dalam memupuk minat membaca. Schofield (1977) pemah menyatakan bahawa sikap guru adalah lebih penting dari kaedah mengajar membaca itu sendiri. Di sini menunjukan, guru seharusnya bersikap positifterhadap aktiviti membaca. Walau bagaimanapun dalam kajian Chung (1993) di Maktab Perguruan Kota Bharu, mendapati guru pelatih semester II dan IV telah menunjukkan sikap negatif terhadap membaca buku. Hasil yang sarna juga telah ditunjukkan oleh Chung, Naimah dan rakan-rakan (1994) dalam kajian di kalangan guru pelatih maktab perguruan di pantai timur Semenanjung Malaysia. Keseluruhannya guru-guru pelatih berada pad a tahap sikap membaca yang rendah dengan tabiat membaca yang tidak memuaskan. 83

Transcript of PENGENALAN - UMS · tugasan. Manakala mereka yang benujuan menambahkan i1mu pengetahuan ialah...

Page 1: PENGENALAN - UMS · tugasan. Manakala mereka yang benujuan menambahkan i1mu pengetahuan ialah 40.0%, bertujuan untuk lulus peperiksaan 7.78% dan hiburan dan keseronokan, sena tujuan

SIKAPDANTABIATMEMBACADI KALANGAN PELAJAR KUESUSDWUOMAPERGURUANKHAS

UNIVERSmMALAYSIASABAH

Na'imah Yusoff AmranAhmed

Rosy Talin

ABSfRACf

This is a study of attitude towards reading among the .. Kursus Diploma Perguruan Khas" (KDPK - Special Teaching Diploma Course) students at the School of Education and Social Development, Universiti Malaysia Sabah. The purpose of this study is to investigate the student attitude towards reading which is related to their reading habit, use of resource center; reading reluctancy and self-evaluation towards reading. The Dulin-Chester Scale has been chosen as the tool to measure the attitude of reading. The study found that, the KDPK students did not show positive reading attitude. Generally, the purpose of reading was to complete their assignments and to pass their examination. They evaluated themselves as poor readers. The demotivating factors of reading activities were physical problems, environment interference as well as too many activities. Therefore, the academic staff should play their role to enhance positive reading attitude among the students.

PENGENALAN

Membaca bukan sekadar memberi pengetahuan kepada seseorang pelajar tetapi ia juga merupakan jambatan keluar ke arah pencapaian kejayaan hidup pada masa akan datang. Dengan itu sebagai pelajar universiti kepentingan membaca ini amatjelas bagi mereka untuk menimba ilmu pengetahuan di samping membina pengalaman pembelajaran yang bermakna. Sikap dan minat membaca harus dipupuk secara berterusan, khususnya di kalangan pelajar Kursus Diploma Perguruan Khas (KDPK).

Guru memainkan peranan utama sebagai model kepada para pelajar sekolah dalam memupuk minat membaca. Schofield (1977) pemah menyatakan bahawa sikap guru adalah lebih penting dari kaedah mengajar membaca itu sendiri. Di sini menunjukan, guru seharusnya bersikap positifterhadap aktiviti membaca. Walau bagaimanapun dalam kajian Chung (1993) di Maktab Perguruan Kota Bharu, mendapati guru pelatih semester II dan IV telah menunjukkan sikap negatif terhadap membaca buku. Hasil yang sarna juga telah ditunjukkan oleh Chung, Naimah dan rakan-rakan (1994) dalam kajian di kalangan guru pelatih maktab perguruan di pantai timur Semenanjung Malaysia. Keseluruhannya guru-guru pelatih berada pad a tahap sikap membaca yang rendah dengan tabiat membaca yang tidak memuaskan.

83

Page 2: PENGENALAN - UMS · tugasan. Manakala mereka yang benujuan menambahkan i1mu pengetahuan ialah 40.0%, bertujuan untuk lulus peperiksaan 7.78% dan hiburan dan keseronokan, sena tujuan

Na'imah Yuso", Amran Ahmed, Rosy TaUn

Berdasarkan kepada hasil kajian di atas satu tinjauan bagi pelajar KDPK di Universiti Malaysia Sabah(UMS) perlu diadakan bagi melihat sebarang perbezaan sikap membaca guru pelatih maktab perguruan dengan pelajar KDPK yang merupakan guru lepasan maktab perguruan dengan pengalaman lebih dari lima tahun mengajar.

Kajian ini adalah satu kajian awal bagi melihat minat membaca di kalangan pelajar KDPK. Secara amnya objektif kajian ini adalah untuk:

1. Melihat minat dan sikap serta tabiat membaca di kalangan pelajar KDPK UMS

2 Membuat tinjauan ke atas penggunaan pusat sumber sebagai pusat pembacaan universiti

3. Mengenalpasti permasalahan yang menghalang guru-guru KDPK daripada membaca

4. Meninjau penilaian diri pelajar KDPK terhadap aktiviti membaca.

Hasil kajian ini dapat memberi gambaran mengenai sikap dan tabiat serta permasalahan yang mengganggu minat membaca di kalangan pelajar KDPK UMS serta membekalkan maklumat ten tang penggunaan pusat sumber.

KAEDAH KAJIAN

Responden kajian ini terdiri daripada pelajar KDPK yang mengikuti program pengajian Pendidikan dan Matematik. Pendidikan dan Sains serta Pendidikan dan Psikologi bagi kemasukan sesi 1998/2000. Sebanyak 119 soalselidik telah diedarkan kepada pelajar KDPK. Daripadajumlah tersebut hanya 103 soal selidik telah dikembalikan dengan lengkap manakala 5 soalselidik dikembalikan tanpa sebarang maklumbalas. Responden yang telah mengembalikan soalselidik tersebut terdiri daripada 67 orang lelaki dan 36 orang perempuan. Dari segi bangsa. responden terdiri daripada pelajar Kadazan, Dusun. Melayu. Cina. India dan lain-lain.

Kajian tinjauan ini menggunakan soalselidik yang terdiri dari 3 bahagian sebagai alat kajian. Bahagian pertama alat kajian ini adalah tentang butir peribadi dan akademik responden. Manakala bahagian kedua bertujuan mengukur minat dan sikap membaca dengan berdasarkan kepada aktiviti membaca dan aktiviti-aktiviti lain yang dilihat secara perbandingan. Bahagian ke tiga pula adalah merangkumi aspek yang berkaitan dengan tabiat membaca. kekangan membaca dan penilaian diri responden. Alat kajian ini adalah berdasarkan kepada Skala Dulin-Chester (Chester dan Dulin. 1977) yang telah diubahsuai dan digunakan dalam kajian oleh Chung. Naimah dan rakan-rakan (1994). laduall di bawah meringkaskan alat kajian mengikut aspek kajian serta soalan-soalan yang berkaitan dengan aspek tersebut.

84

Page 3: PENGENALAN - UMS · tugasan. Manakala mereka yang benujuan menambahkan i1mu pengetahuan ialah 40.0%, bertujuan untuk lulus peperiksaan 7.78% dan hiburan dan keseronokan, sena tujuan

Sikap dan Tablat Idembaca DI Kalangan Pels/ar Kursu, Diploma Perguruan Kh"

Jaduall: Ringkasan Soalselidik Mengikut Aspek Kajian

Aspek

Maklumat Peribadi Minat & Sikap Tabiat Membaca Penggunaan Pusat Sumber Kekangan Membaca Penilaian Diri

Bahagian

I II III III III III

ItemlSoalan

I hingga 6 I hingga 20 3.4,7,8 dan 9 5 dan 6 2 I

Bagi setiap soalan dalam bahagian dua, pemilihan skor aktiviti membaca diberikan skala 4 hingga I dengan skor 4 sebagai paling benninat. Dengan ini, skor minat membaca adalah jumlah skor bagi 20 soalan aktiviti membaca. Rajah 1 menunjukkan histogram bagi skor minat membaca yang tertabur secara nonnal (ujian Kolmogorov-Smirnov, p>0.05). Andaian kenonnalan adalah prasyarat bagi pengujian teknik statistik.

20

18

16

14

c: 12 «S a. «S 10 '-Q)

.::t:. Q)

8 ~

6

4

2

0

20.0 30.0 40.0 50.0 60.0 70.0 25.0 35.0 45.0 55.0 65.0

Skor Minat Membaca

Rajah 1: Histogram Bagi Skor Minat Membaca

·8S

75.0

Std. Dev = 10.82

Mean = 51.0

Page 4: PENGENALAN - UMS · tugasan. Manakala mereka yang benujuan menambahkan i1mu pengetahuan ialah 40.0%, bertujuan untuk lulus peperiksaan 7.78% dan hiburan dan keseronokan, sena tujuan

Na'/mah Yusoff, Amran Ahmed, Rosy Talln

Dari skor minat membaca ini, tahap minat dan sikap terhadap aktiviti membaca dikategorikan seperti yang berikut:

Jadual2: Tahap Minat Membaca Mengikut Skor

Skor 61-80 41-W 214) 0-20

Tahap Minat Membaca Sangat Minat Minat Kurang Minat Tidak Minat

Bagi menganalisis data, kaedah statistik berperihalan telah digunakan iaitu taburan kekerapan dan peratusan. Pembolehubah-pembolehubah yang diberi tumpuan dalam kajian ini ialah Tabiat Membaca yang ditinjau dari aspek jumlah masa, bahan bacaan, tujuan membaca, jumlah muka surat dan bahasa pili han responden. Manakala Sikap Membaca cuba dikaitkan dengan minat membaca. Ia dilihat secara perbandingan dengan aktiviti-aktiviti lain. Secara tidak langsung tabiat membaca responden akan memberi jawapan kepada minat dan sikap membaca secara amnya. Selain itu, aspek Kekangan Membaca, Penilaian Diri, Penggunaan Pusat Sumber dan Pinjaman Buku juga akan dianalisis.

HASIL KAJIAN

Hasil kajian dihuraikan secara perihalan mengikut aspek-aspek kaji selidik seperti minat dan sikap membaca, tabiat membaca, penilaian diri, kekangan membaca dan penggunaan Pusat Sumber.

i. Minat dan Sikap Membaca

Minat dan sikap membaca pelajar KDPK dirujuk kepada skor maklum balas yang diberikan terhadap aktiviti-aktiviti yang disediakan secara perbandingan antara aktiviti-aktiviti membaca dengan aktiviti-aktiviti selain membaca.

Carta pai dalam rajah 2 menunjukkan peratus pelajar KDPK yang sangat minat membaca hanya 19.4% berbanding dengan mereka yang berada dalam kategori minat membaca 63.9%. Manakala mereka yang kurang minat 14.8% dan yang tidak minat membaca 0.9%.

86·

Page 5: PENGENALAN - UMS · tugasan. Manakala mereka yang benujuan menambahkan i1mu pengetahuan ialah 40.0%, bertujuan untuk lulus peperiksaan 7.78% dan hiburan dan keseronokan, sena tujuan

Sikap dan Tablat "'embac. DI Kalangan PelaJar Kursu. Dlplom. Perguruan Kha.

Sangat minat

19.4%

Tidak minat

.9%

15.7%

Rajah 2: Carta Pai bagi Kategori Minat Membaca

Minat

63.9%

Secara arnnya. dari taburan kekerapan kategori rninat rnernbaca dan tahap sikap di alas mernaparkan bahawa pelajar KDPK VMS rnasih rarnai yang berada pada lahap sikap rendah terhadap aktiviti rnernbaca.

Jadual 3: Kategori Minat Membaca mengikut Jantina

lantina Pelajar KDPK

I...elaki Perernpuan Jurnlah

Sangat Minat 12 8 ~

Minat 42 23 6S Kurang Minat 12 5 17 TidakMinat 1 0 Jurnlah 67 36 103

Jika dilihat dari segi kategorijantina yang minat rnernbaca didapati pelajar lelaki lebih menunjukkan rninat rnernbaca berbanding dengan pel ajar perernpuan. Serarnai 54 orang pelajar lelaki sangat berminat dan rninat membaca manakala hanya 31 orang pelajar perernpuan yang sangat minat dan minat membaca. Walau bagaimanapun jumlah ini mungkin dipengaruhi oleh bilangan pelajar perempuan yang menjadi responden kajian ini kecil berbanding dengan bilangan pelajar lelaki. Jadua13 rnenerangkan keadaan ini.

87

Page 6: PENGENALAN - UMS · tugasan. Manakala mereka yang benujuan menambahkan i1mu pengetahuan ialah 40.0%, bertujuan untuk lulus peperiksaan 7.78% dan hiburan dan keseronokan, sena tujuan

Ns'/msh Yusoff, Amran Ahmed, Rosy Tslln

ii. Tabiat Membaca

Tabiat membaca akan diteliti berdasarkan maklum balas responden terhadap masa, tujuan, bahan,jumlah muka surat dan bahasa yang dipilih dalam aktiviti membaca.

a. Peruntukan Masa Membaca

Rajah 3 menunjukkan peruntukan masa dalam satu hari yang digunakan oleh pelajar KDPK UMS untuk aktiviti membaca dengan 4.6% yang menggunakan lcbih dari 5 jam sehari. Kebanyakannya pelajar KDPK memperuntukan masa hanya lebih kurang 3 jam sehari untuk membaca (34.3%). Manakala 58% daripada mereka yang membaca kurang dari 3 jam sehari dan 10.2% daripada ini adalah responden yang membaca kurang dari 1 jam sehari.

kurang dari 1 jam

10.2%

1 hingga 1.99 jam

21.3%

2 hingga 2.99 jam

22.2%

Rajah 3: Carta Pai bagi Peruntukan Masa Membaca

b. Pilihan Bahan Bacaan

5 jam dan lebih

4.6%

4 hingga 4.99 jam

7.4%

3 hingga 3.99 jam

34.3%

Sebanyak 6 jenis bahan bacaan telah disenaraikan dalam soalselidik untuk dipilih oleh responden mengikut urutan kegemaran masing-masing. Dari tinjauan pilihan bahan bacaan kegemaran pelajar KDPK UMS didapati bahawa mereka lebih berminat membaca akhbar daripada membaca bahan-bahan ilmiah ataupun akademik (Rujuk jadual 4).

88

Page 7: PENGENALAN - UMS · tugasan. Manakala mereka yang benujuan menambahkan i1mu pengetahuan ialah 40.0%, bertujuan untuk lulus peperiksaan 7.78% dan hiburan dan keseronokan, sena tujuan

Sikap dan Tablat Membaca 01 Kalangan Pela/ar Kursus Diploma Per9uruan Khas

Jadual4: Urulan Pilihan Bahan Bacaan

Bahan Bacaan Urutan Kekerapan Peratus

Akhbar 1 43 39.8 Buku AkademiklIlmiah 2 17 15.7 Majalah hiburan 3 8 7.4 Majalah IImiah 4 7 6.5 FiksyenINovel 5 4 3.7 Bahan I1miahllaporan kajian, 6 0 0 kertas kelja seminar

c. Kuantiti Bacaan

Kuantiti muka surat adalah berasaskan kepada bilangan muka surat sesuatu buku yang dibaca oleh responden bagi tempuh satu hari dan tidak melebihi 50% muka surat bergambar.

Hasil tinjauan ini. seperti yang tertera dalamjadual5, didapati bahawa responden yang membaca lebih daripada 50 muka surat dan juga yang membaca an tara 41 hingga 50 muka surat kedua-duanya adalah 8.3%. Manakala peratus yang paling tinggi adalah mereka yang membaca di antara 11 hingga 20 muka surat ia itu 27.8%. Responden yang membaca antara 1 hingga 10 muka surat sehari ialah 23.2%.

JadualS: Kuanliti Bacaan

Kuantiti Muka Sural Kekerapan Peratus

>50 muka surat 9 8.3 41 - 50 muka surat 9 8.3 31 - 40 muka surat 14 13.0 21 - 30 muka surat 21 19.4 11 - 20 muka surat l) 27.8 S 10 muka surat 25 23.2 Jumlah 100 100.0

89

Page 8: PENGENALAN - UMS · tugasan. Manakala mereka yang benujuan menambahkan i1mu pengetahuan ialah 40.0%, bertujuan untuk lulus peperiksaan 7.78% dan hiburan dan keseronokan, sena tujuan

Ns'/msh Yusoff, Amrsn Ahmed, Rosy TsUn

d. Bahasa Pilihan

Dari segi pilihan bahasa didapati 89.9% pelajar KDPK telah memilih Bahasa Melayu dan hanya 64.8% sahaja yang memilih bahasa Inggeris sebagai bahasa pilihan mereka. Manakala mereka yang memilih bahasa Cina ialah IS%, bahasa Tamil 1.9% dan bahasa Arab 0.9%. ladual6 menunjukkan urutan pilihan bahasa yang diberikan olch responden.

Jadual 6: Pilihan Bahasa Bahan Bacaan

Bahasa Pilihan Kekerapan Peratus

Bahasa Melayu g] 89.9 BahasaCina 17 IS.7 Bahasa Inggeris 70 64.8 Bahasa Tamil 2 1.9 Bahasa Arab 1 0.9 Lain-lain Bahasa S S.6

Secara amnya. didapati ramai responden memilih Bahasa Melayu sebagai bahasa pilihan untuk bahan bacaan mereka. Manakala Bahasa Inggeris adalah pilihan kedua.

e. Thjuan Membaca

ladual 7 menyenaraikan 6 tujuan membaca di kalangan responden. Didapati bahawa SO.O% menyatakan tujuan mereka membaca adalah untuk menyiapkan tugasan. Manakala mereka yang benujuan menambahkan i1mu pengetahuan ialah 40.0%, bertujuan untuk lulus peperiksaan 7.78% dan hiburan dan keseronokan, sena tujuan perkembangan rohani. moral dan akhlak hanya 1 %. Tiada seorang responden pun yang membaca bagi tujuan mempeningkatkan penguasaan bahasa.

Dengan ini jelas menunjukkan bahawa pelajar KDPK membaca adalah benujuan untuk menyiapkan tugasan semata-mata.

Jadua17 : 1Ujuan Utama Membaca

Th juan Membaca

Menambah pengetahuan Lulus peperiksaan Hiburan dan keseronokan Mempeningkatkan penguasaan bah as a Perkembangan rohani, moral dan akhlak Menyiapkan tugasan Jumlah

90

Kekerapan

36 7 1 0 1 4S 9)

Peratus

40.00 7.78 1.11 0.00 1.11

50.00 -100.00 -

Page 9: PENGENALAN - UMS · tugasan. Manakala mereka yang benujuan menambahkan i1mu pengetahuan ialah 40.0%, bertujuan untuk lulus peperiksaan 7.78% dan hiburan dan keseronokan, sena tujuan

Sikap da" Tablat "'embac. 01 Kalangan Pelal" Kursus Dlplom. Per9uruan Khas

Kajian ini juga mendapati sarna ada mereka yang berada pada tahap tinggi ataupun rendah, kebanyakan mereka membaea bertujuan menambah pengetahuan am dan juga menyiapkan tugasan.

iii. Penggunaan Pusat Sumber

a. Kekerapan Mengunjungi Pus at Sumber

Jadual Penggunaan Pusat Sumber menunjukkan taburan kekerapan dan peratus responden mengunjungi pusat sumber dalam tempoh seminggu. Daripada jadual tersebut didapati tujuan responden mengunjungi pusat sumber adalah untuk membaea dan membuat rujukan. Sebanyak 4.7% responden mengunjungi pusat sumber sebanyak 7 kali ataupun lebih dalam seminggu. Manakala 14.0% responden mengunjungi pusat sumber an tara 5 hingga 6 kali. 49.5% responden pula mengunjungi pusat sumber antara 3 hingga4 kali dan 31.8% antara 1 hingga 2 kali. .

JadualS: Kekerapan Mengunjungi Pusat Sumber

Kategori Kekerapan Kunjungan Kekerapan %

7 kali atau lebih 5 4.7 5 hingga 6 kali 15 14.0 3 hingga 4 kali 53 49.5 1 hingga 2 kali 34 31.8

Jumlah 107 100.0

Sehubungan dengan itu dapatlah dikatakan bahawa kebanyakan pelajar KDPK mengunjungi pusat sumber antara 3 hingga 4 kali sahaja dalam satu minggu. Namun begitu tidak ada yang tidak pemah mengunjungi pusat sumber. Bilangan mereka yang mengunjungi 7 kaIi atau lebih dalam seminggu adalah tersangat keeiI.

b. Pinjaman Buku

Jadual 9 di bawah menunjukkan taburan kekerapan responden meminjam buku dalam tempoh sebulan. Didapati sebanyak 17.6% responden meminjam sebanyak 7 buah buku atau lebih dalam tempoh sebulan. Manakala sebanyak 25.9% meminjam 5 hingga 6 buah buku, 32.4% pula meminjam antara 3 hingga 4 buah buku, 20.4% meminjam an tara 1 hingga 2 buah buku dan 3.7% responden tidak pemah meminjam buku dalam tempuh sebulan.

91

Page 10: PENGENALAN - UMS · tugasan. Manakala mereka yang benujuan menambahkan i1mu pengetahuan ialah 40.0%, bertujuan untuk lulus peperiksaan 7.78% dan hiburan dan keseronokan, sena tujuan

NII'/mllh Yusoff, Amran Ahmed, Rosy Talln

Ini memberi gambaran bahawa terdapat pelajar-pelajar KDPK yang tidak pemah meminjam buku-buku unluk bacaan dalam tempoh salu bulan. Bagaimanapun ramai di kalangan mereka yang berada dalam kalegori meminjam buku dalam tempoh satu bulan di anlara 3 hingga 4 buah sahaja. (32.5%). Sedangkan mereka yang meminjam 7 buah alau lebih hanyalah 17.6% sahaja.

Jadual9: Pinjaman Buku

Kategori Pinjaman Buku Dalam Tempuh Satu Bulan

7 buah atau lebih 5 hingga 6 buah 3 hingga 4 buah I hingga 2 buah Tiada

Jumlah

iv. Kekangan Membaca

Kekerapan

19 28 35 22 4

l~

%

17.6 25.9 32.4 20.4

3.7

100.0

Jadual 10 di bawah menunjukkan taburan kekerapan dan peratus responden berdasarkan kepada faktor kekangan membaca. Sebanyak 22.6% responden mengalakan mereka lidak boleh membaca kerana gangguan persekilaran. Namun begilU. secara keseluruhannya kajian mendapali 36.9% responden mengalakan faklor kekangan membaca mereka adalah kerana rasa menganluk dan lelih. 17.9% mengalakan mereka lebih mudah memperolehi maklumat daripada media massa yang lain seperti radio. TV dan lain-lain. Manakala 16.7% responden mengatakan faktor aktiviti universili yang lerlalu padal mengekang mereka membaca 1.2% pula menyalakan sukar mendapat bahan bacaan di pusat sumber dan 4.7% menyatakan koleksi di pusat sumber kurang lengkap.

JaduallO : Faktor Kekangan Membaca

Faktor kekangan Membaca Kekerapan %

Gangguan Persekilaran 19 22.6 Rasa Menganluk/lelih 31 36.9 Lebih mudah mendapal maklumat dari 15 17.9 media massa lain seperti radio. TV dan lain-lain Aktiviti universili lerlalu pad at 14 16.7 Sukar mendapat bahan bacaan di 1 12 pusat sumber Koleksi di pusal kurang lengkap 4 4.7 Jumlah 84 100.0

92

Page 11: PENGENALAN - UMS · tugasan. Manakala mereka yang benujuan menambahkan i1mu pengetahuan ialah 40.0%, bertujuan untuk lulus peperiksaan 7.78% dan hiburan dan keseronokan, sena tujuan

Sikap dan Tablat Alembac. DI Kalangan Pela}ar Kursus Dlplom. Perguru.n Khas

Apa yang dapat dirumuskan daripada jadual 10 ialah ramai pelajar-pelajar KDPK mengatakan kekangan membaca adalah disebabkan oleh faktor fisiologi. iaitu keletihan dan rasa mengantuk. Aspek pengurusan pusat sumber bukanlah menjadi faktor utama kekangan membaca bagi mereka.

v. Penilaian Diri Sebagai Pembaca

Hasil kajian ke atas pelajar-pelajar KDPK terhadap penilaian diri sebagai pembaca. majoriti menyatakan mereka kurang membaca. Ini dapat diperhatikan daripada jadual berikut:

Jadualll: Penilaian Diri Scbagai Pembaca

Penilaian Diri

Sangat Banyak Membaca Banyak Membaca Kurang Membaca Sangat Kurang Membaca

Jumlah

Kekerapan

6 43 52 4

105

%

5.7 41.0 49.5

3.8

100.0

Sebanyak 49.5% responden menyatakan mereka kurang membaca dan 3.8% pula menyatakan sangat kurang membaca. Manakala 41 % menilai diri mereka sebagai banyak membaca dan hanya 5.7% sahaja menyatakan mereka sangat banyak membaca. Di sini menunjukkan hanya sebilangan kecil sahaja responden yang sangat banyak membaca.

PERBINCANGAN

Hasil kajian menggambarkan aktiviti membaca di kalangan pelajar KDPK adalah seperti berikut:

Minat dan Sikap Membaca

Amnya. mereka berada dalam kategori minat dan sikap membaca pada tahap yang rendah. Keadaan yang sarna telah ditunjukkan dalam kajian' Chung. Sallehuddin dan rakan-rakan (1993) apabiJa mereka mengkaji sikap membaca guru­guru pelatih Maktab Perguruan Kota Bharu. Kajian yang dijalankan di tiga buah maktab perguruan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang dilakukan oleh Chung. N aimah dan rakan-rakan (1994) juga menunjukkan sikap membaca guru­guru pelatih tidak mempunyai perubahan yang besar. Halimah (1994), menjelaskan seseorang individu itu tidak mungkin menunjukkan minat membaca sekiranya mereka merasakan aktiviti tersebut membosankan.

93

Page 12: PENGENALAN - UMS · tugasan. Manakala mereka yang benujuan menambahkan i1mu pengetahuan ialah 40.0%, bertujuan untuk lulus peperiksaan 7.78% dan hiburan dan keseronokan, sena tujuan

Na'/mah Yusoff, Amran Ahmed, Rosy TaUn

Menteri Pendidikan Malaysia. Najib (1999) menjelaskan daripada satu kajian yang dilakukan dalam tahun 1996. tahap literasi di Malaysia adalah sekitar 93% sedangkan amalan membaca hanya 87% sahaja. (New Sabah Times: Ogos 1999) Manakala Anwar (1982) pemah menyuarakan bahawa pemupukan minat membaea di kalangan penuntut universiti selama empat tahun berada di pusat pengajian adalah tidak meneukupi.

Keselarasan pandangan dan dapatan kajian. menunjukkan bahawa pelajar KDPK setelah beberapa tahun berada di maktab perguruan masih tidak menunjukkan sikap membaea yang positif. Greaney (1980), dalam kajian beliau mengenai minat membaca didapati tidak ada penekanan wajar diberikan dalam memupuk minat membaea di kalangan guru. perancang dan penyelidik. Walau bagaimanapun data deskriptif menunjukkan bangsa Cina berada dalam kategori tahap tinggi (11.9%). Analisis khi kuasa dua menun jukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara bangsa pelajar KOPK dengan tahap sikap. pad a X2:10.006 (p>0.05).

Tabiat Membaca

Sikap dan minat membaea seseorang dapat diperhatikan daripada labiat membaca mereka. Aspek-aspek seperti peruntukan masa membaea. pilihan bahan bacan, kuantiti baeaan. bahasa pilihan dan tujuan membaea adalah diambil kira bagi tujuan untuk melihat tabiat membaca pelajar KOPK.

Peruntukan Masa dan Kuantiti Bacaan

Hasil kajian ini menunjukkan pelajar KDPK kebanyakannya membaea dalam lingkungan 3 jam tetapi kurang 4 jam dalam tempoh sehari. Keadaan ini berbeza dengan dapatan kajian Chung. Naimah dan rakan (1994). Sebilangan besar guru­guru pelatih maktab perguruan yang dikaji membaca kurang dari 1 jam sehari. Di sini menunjukkan pelajar KOPK lebih ban yak membaca berbanding dengan guru pelatih di maktab perguruan.Walaubagaimanapun, bilangan pelajar KDPK yang membaca lebih dari 50 muka surat sehari adalah terlalu sedikit. Hanya 8.3% sahaja.

Keadaan ini memberi gambaran bahawa bakal-bakal guru tidak menunjukkan labiat membaea yang sihat. Safiah (1990) dan Pandian (1993) juga mengesahkan para pelajar mempunyai sikap negatif terhadap aktiviti membaca. Bagi Safiah (1990), beliau menega<;kan bahawajumlah bahan yang dibaca ada kaitan dengan minat membaca

94

Page 13: PENGENALAN - UMS · tugasan. Manakala mereka yang benujuan menambahkan i1mu pengetahuan ialah 40.0%, bertujuan untuk lulus peperiksaan 7.78% dan hiburan dan keseronokan, sena tujuan

Sikap dan Tabia' Membaca DI Ka/angan Pela/ar Kursu. Diploma Perguruan Kha.

Pilihan Bahan Baeaan

Boleh dikatakan kebanyakan pelajar KDPK telah memilih akhbar sebagai bahan baeaan utama mereka. Kajian Sehlagheek (1998) ke atas pel ajar kolej, mendapati kira-kira 68% daripada 267 responden membaea akhbar dengan tujuan yang tersendiri. Kajian Chung. Naimah dan rakan-rakan (1994) juga menunjukkan hasil kajian yang sama.Dapatan ini menunjukkan. responden di peringkat maktab ataupun universiti. lebih benninat membaea akhbar berbanding dengan bahan akademik. Kajian Atan Long (1984) terhadap minat membaea di kalangan rakyat Malaysiajuga mendapati 97% daripada mereka suka membaea akhbar.

Bahasa Pilihan

Dari segi tabiat membaea. seeara majoriti pelajar KDPK memilih bahan baeaan dalam Bahasa Melayu sebagai bahan baeaan utama untuk sumber baeaan mereka. Namun begitu adajuga yang memilih Bahasa Inggeris sebagai kombinasi kepada Bahasa Melayu. Kajian Chung, Naimah dan rakan-rakan (1994) juga menunjukkan dapatan yang sarna. Pandian (1993) juga, mendapati 82% pel ajar universiti terdiri daripada mereka yang tidak membaea dalam Bahasa Inggeris.

Thjuan

Daripada anal isis data yang diperolehi, pelajar KDPK membaea adalah bertujuan untuk meyiapkan tugasan kerja kursus yang diberikan oleh pensyarah (41.7%) serta untuk lui us peperiksaan. Keadaan ini menggambarkan mereka membaea hanya untuk kejayaan akademik sahaja. Begitu juga keadaannya dengan guru­guru pelatih maktab perguruan. Douglas (1983), menegaskan bahawa sistem pendidikan yang menekan kepada peperiksaan menjadikan pelajar berusaha membaea untuk lulus peperiksaan.

Kekangan Membaca

Perkara yang menjadi masalah kepada aktiviti membaea pelajar KDPK ialah keletihan fizikal. gangguan persekitaran dan aktiviti universiti yang terlalu padat. Terdapat 31 % responden mengatakan faktor fizikal seperti mengantuk dan keletihan menjdai faktor utama yang menghalang mereka membaea. Kajian Chung, Naimah dan rakan-rakan (1994) juga mendapati maklum balas yang sarna telah diberikan oleh guru-guru pelatih dari tiga buah maktab perguruan yang dikaji di Semenanjung Malaysia.

9S

Page 14: PENGENALAN - UMS · tugasan. Manakala mereka yang benujuan menambahkan i1mu pengetahuan ialah 40.0%, bertujuan untuk lulus peperiksaan 7.78% dan hiburan dan keseronokan, sena tujuan

-"

N,'/m,h Yusoff, Am"n Ahmed, Rosy Tslln

Penggunaan Pusat Sumber

Aspek penggunaan pusat sumber ditinjau dari segi kekerapan mengunjungi pusat sumber dalam tempoh seminggu dan puratan pinjaman buku bagi tempoh sebulan dengan tujuan membaca atau membuat rujukan.

Majoritinya mereka mengunjungi pusat sumber antara 3 hingga 4 kali seminggu, keadaan ini menunjukkan mereka tidak menggunakan pusat sumber dengan sepenuhnya. Berdasarkan kepada kajian lepas guru-guru pelatih maktab perguruan juga menunjukkan keadaan yang sarna. Begitu juga senarionya dengan jumlah pinjaman buku.

Penilaian Diri Sebagai Pembaca

Kajian ini mendapati sebilangan besar pelajar KDPK mengatakan mereka kurang membaca. Keadaan ini selaras dengan kekurangan dalam kuantiti bacaan, penggunaan masa dan penggunaan pusat sumber. Dengan itu umumnya, pelajar KDPK bukanlah tergolong dalam golongan mereka yang banyak membaca.

Berdasarkan hasil kajian di atas didapati tiada perbezaan sikap an tara guru pelatih di maktab perguruan dengan pelajar KDPK di UMS. Vmumnya aktiviti membaca guru pelatih di maktab perguruan dengan guru terlatih (Pelajar KDPK) di VMS adalah mempunyai persamaan ataupun hampir sarna.

Fenomena ini sudah pasti tidak menunjukkan satu tabiat dan sikap membaca yang positif, khususnya bagi bakal guru. Para akademik dan juga bahagian pusat sumber tidak boleh memandang ringan perkara ini sekiranya mahu melahirkan para pendidik yang mantap dari segi teori dan amali pengajaran bagi melahirkan anak didik bestari di alaf baru ini. Ia perlu diberi pandangan serius sebagaimana yang pernah dinyatakan oleh Rubin (1993), bahawa membaca adalah aktiviti yang membantu kejayaan perkembangan fikiran, pertuturan dan penulisan di kalangan umat manusia. Manakala lamiah (1994), menegaskan lagi bahawa sebahagian dari punca ilmu adalah bermula daripada pembacaan.

Dengan itu untuk menjadi pendidik yang mantap dengan ilmu serta contoh kepada pelajar sekolah, mereka perlulah mewujudkan sikap dan tabiat membaca yang positif yang boleh membawa kepada peningkatan ilrnu pengetahuan dan perkembangan kendiri.

96

Page 15: PENGENALAN - UMS · tugasan. Manakala mereka yang benujuan menambahkan i1mu pengetahuan ialah 40.0%, bertujuan untuk lulus peperiksaan 7.78% dan hiburan dan keseronokan, sena tujuan

Sikap dan Tablat Membaca DI Kalangan Pela/ar Kursu. Diploma Perguruan Khss

RUJUKAN

Anwar Ibrahim. (1989, September 10). Utusan Malaysia.

Atan Long. (1984).A survey of reading habits of students. UK: Micro Film Limited.

Chester, R.D. dan Dulin. (1977). Three Approaches To The Measurement Of Secondary School Student's Attitude Towards Books And Reading. Research In The Teaching of Reading, 193-200.

Chung., H. T., Naimah Yusoff, Shamsiah Mustaffa, Adnan Yusof dan Ab. Rahman Abu Bakar. (1994). Sikap dan Tabiat Membaca Di kalangan Guru-Guru Pelatih Di Tiga Buah Maktab Perguruan Di Pantai Timur. Kota Bharu: MPKB.

Chung., H. T. Sallehuddin Ismail dan Ismail Hassan. (1993). Sikap guru pelatih Maktab Perguruan Kota Bharu terhadap aktiviti membaca: Satu kajian penerokaan. Jurnal Pendidikan.

Douglas, T. (1983). Libraries and readers in the state of New York. University of Chicago Press. (Dretze, B.J. Dan Keniston,A.H. (1989».

Greeney, V. (1980). Factors related to amount and types ofleisure reading. Reading Research Quaterly. Vo.VX 3.

lamiah Shukri. (1994, Ogos). Membaca lambatan Membina Tamadun Bangsa. Berita Harian.

Najib Tun Razak. (1999). New Sabah Times. Ogos, 12.

Pandian, A. (1997). Reading in Malaysia. Bangi. UKM.

Rubin, D. (1993). A practical approach to leaching. USA: Allyn and Bacon.

Safiah Osman. (1990). Membaca salu pengenalan. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.

Schofield, S. (1977). Attitude toward reading and the leaching of reading in group of student teachers. Journal of Education Research, 70(5), 247-251.

Schlaheck, C. (1998). Newspaper reading choice by college. Newspaper Research Journal, 98, (19),74.

97