Pengenalan Muzik Tentang Kodaly, Orff dan Dalcroze

22
HBMS1103 –PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK 1.0 PENGENALAN Muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu kepada aspek pendengaran atau aural. Muzik amat digemari secara semulajadi oleh kanak-kanak. Umpamanya kanak-kanak yang berumur 2 tahun akan mengoyang-goyangkan badannya mengikut irama muzik yang diperdengarkannya. Semua ini adalah merupakan bukti bahawa muzik ini digemari secara semulajadi. Kanak- kanak juga akan mendapat banyak faedah apabila kaedah pengajaran muzik ditumpukan kepada pengajaran konsep muzik. Antara faedahnya ialah kanak-kanak akan memperolehi kemahiran mendengar yang kritikal apabila menikmati bunyi muzik, di samping memperoleh kemahiran muzik. Kebanyakan jenis pendidikan dan perkembangan muzik berdasarkan falsafah tiga orang ahli dan pendidik muzik. Mereka ialah Emili Dalcroze dari Switzeland, Carl Orff dari Jerman dan Zoltan Kodaly dari Hunggary. Berdasarkan idea-idea muzik yang ditemui di negara mereka masing-masing, ianya telah digunakan secara meluas di serata dunia. Disebabkan idea-idea yang mereka peroleh mempunyai kaitan dengan budaya dan konteks negara mereka sendiri, maka ia telah menyebabkan pendekatan dan isi kandungan teori-teori mereka berbeza. 2.0 PENDEKATAN KODALY DALAM PEMBELAJARAN MUZIK Kaedah Kodaly (1882-1967) adalah satu paradigma pendidikan muzik yang menggunakan aktiviti nyanyian dan keupayaan pendengaran dalaman oleh kanak-kanak. Kodaly menyarankan

description

Pengenalan Muzik Tentang Kodaly, Orff dan Dalcroze

Transcript of Pengenalan Muzik Tentang Kodaly, Orff dan Dalcroze

Page 1: Pengenalan Muzik Tentang Kodaly, Orff dan Dalcroze

HBMS1103 –PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK

1.0 PENGENALAN

Muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu kepada aspek pendengaran atau aural. Muzik

amat digemari secara semulajadi oleh kanak-kanak. Umpamanya kanak-kanak yang

berumur 2 tahun akan mengoyang-goyangkan badannya mengikut irama muzik yang

diperdengarkannya. Semua ini adalah merupakan bukti bahawa muzik ini digemari secara

semulajadi. Kanak-kanak juga akan mendapat banyak faedah apabila kaedah pengajaran

muzik ditumpukan kepada pengajaran konsep muzik. Antara faedahnya ialah kanak-kanak

akan memperolehi kemahiran mendengar yang kritikal apabila menikmati bunyi muzik, di

samping memperoleh kemahiran muzik.

Kebanyakan jenis pendidikan dan perkembangan muzik berdasarkan falsafah tiga

orang ahli dan pendidik muzik. Mereka ialah Emili Dalcroze dari Switzeland, Carl Orff dari

Jerman dan Zoltan Kodaly dari Hunggary. Berdasarkan idea-idea muzik yang ditemui di

negara mereka masing-masing, ianya telah digunakan secara meluas di serata dunia.

Disebabkan idea-idea yang mereka peroleh mempunyai kaitan dengan budaya dan konteks

negara mereka sendiri, maka ia telah menyebabkan pendekatan dan isi kandungan teori-teori

mereka berbeza.

2.0 PENDEKATAN KODALY DALAM PEMBELAJARAN MUZIK

Kaedah Kodaly (1882-1967) adalah satu paradigma pendidikan muzik yang menggunakan

aktiviti nyanyian dan keupayaan pendengaran dalaman oleh kanak-kanak. Kodaly

menyarankan penggunaan lagu-lagu rakyat atau lagu-lagu tempatan yang menggunakan

bahasa ibunda dalam aktiviti latihan nyanyiannya. Beliau tidak menggunakan sistem gred

seperti yang sering digunakan dalam kaedah pengajaran piano atau alat muzik lain.

Sasaran kaedah Kodaly ialah untuk membantu kanak-kanak dalam literasi muzik. Ini

dilakukan dengan penggunaan beberapa pendekatan yang berpusatkan kanak-kanak itu

sendiri iaitu penggunaan latihan irama, latihan nyanyian solfa, latihan bacaan semerta,

latihan mendengar, menulis, membuat persembahan dan mencipta muzik. Kemahiran literasi

muzikal turut dibina melalui pengalaman latihan aural dan pengalaman ingatan visual.

Page 2: Pengenalan Muzik Tentang Kodaly, Orff dan Dalcroze

HBMS1103 –PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK

Kodaly berpendapat, setiap kanak-kanak yang boleh bercakap juga boleh

menghasilkan muzik. Kemahiran muzik juga dibina melalui asas-asas kefahaman kemahiran

berbahasa. Menurut Kodaly, terdapat tiga turutan konsep dalam pembelajaran literasi bahasa,

iaitu:-

i) Peringkat AURAL : kanak-kanak mula belajar menghasilkan bunyi dan ton

semasa mereka bercakap (dalam kemahiran berbahasa).

ii) Peringkat MENULIS : Setiap kali satu perkataan difahami, perkataan dan pic

boleh ditranskripsikan melalui penulisan atau perlambangan.

iii) Peringkat MEMBACA : Kanak-kanak membina keupayaan membaca.

Pembinaan pemahaman asas adalah penting dan ianya diikuti dengan pengetahuan

bagaimana membuat persembahan, mendengar dan membuat analisis muzik klasikal yang

mudah. Seterusnya kemahiran ditingkatkan secara berperingkat sehingga mereka berupaya

untuk mencipta muzik mereka sendiri.

Kaedah Kodaly adalah satu kaedah yang berterusan dan sentiasa berkembang. Banyak

perubahan telah berlaku sejak kaedah ini bermula dan sedang dalam proses perubahan untuk

mencari cara yang lebih baik lagi untuk memupuk rasa cinta kepada muzik. Kaedah Kodaly

menjadi tunjang dan nadi kepada kurikulum muzik di sekolah mahu pun di institut

pendidikan guru. Terdapat 3 jenis teknik atau komponen di dalam pengajaran dan

pembelajaran kaedah Kodaly iaitu:

i) Tonik Solfa

ii) Isyarat Tangan.

iii) Simbol, Notasi dan Sebutan Irama.

Dalam kaedah Kodaly, pembelajaran nyanyian dan teknik pendengaran menggunakan

simbol irama dan sukukata. Pada masa yang sama, isyarat tangan akan mewakili perkaitan

antara pic-pic. Penggunaan isyarat tangan membantu kanak-kanak “melihat” pic samada

ianya menaik atau menurun.

Page 3: Pengenalan Muzik Tentang Kodaly, Orff dan Dalcroze

HBMS1103 –PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK

Rajah 1 : Isyarat Tangan

Dalam nyanyian, Kodaly sentiasa memulakannya dengan lagu-lagu rakyat atau lagu-

lagu tempatan yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Secara berperingkat, lagu-

lagu dari budaya lain mula diperkenalkan sedikit demi sedikit. Kanak-kanak perlu dilatih

menyanyi dengan tepat menggunakan pola melodi yang paling asas. Misalnya Do-Re, Do-

Re-Mi dan sebagainya. Bermula di peringkat ini juga, mereka diajar menyebut irama

menggunakan perkataan sambil bertepuk tangan mengikut detik muzik.

Kunci asas dalam kaedah Kodaly ialah penggunaan ekspresi tubuh dalam muzik.

Seterusnya, tambahan kepada nyanyian dan detik ialah dengan menggunakan hujung kaki

(step) untuk menandakan detik muzik. Mereka juga diajar bagaimana untuk menepuk irama

daripada sukukata, dan berfikir (membayangkan) sukukata semasa menepuk irama.

Seterusnya, Kodaly menyarankan pengenalan alat muzik iaitu zailofon (yang ditanggalkan

bar tertentu) dan rekoder. Tetapi sebagai permulaan, beliau menyarankan penggunaan bahasa

ibunda sebagai asas mempelajari muzik.

3.0 PENDEKATAN ORFF DALAM PEMBELAJARAN MUZIK

Orff Schulwerk atau juga dikenali dengan “Pendekatan Orff” adalah salah satu daripada

kaedah yang menggabungkan kaedah Kodaly dan Suzuki yang digunakan dalam

Page 4: Pengenalan Muzik Tentang Kodaly, Orff dan Dalcroze

HBMS1103 –PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK

pembelajaran muzik. Ia merangkumi aktiviti muzik, gerakan, drama dan percakapan yang

dijalankan bersama aktiviti permainan kanak-kanak. Oleh yang demikian, guru hendaklah

menyediakan suasana permainan dalam kelas-kelas muziknya. Kaedah ini diperkenalkan

oleh seorang komposer German bernama Carl Orff (1895-1982) dan rakannya Gunild

Keetman pada 1920an. Perkataan Schulwerk bermaksud “dunia persekolahan” yang

berkaitan dengan aktiviti muzik.

Menurut Orff, muzik tidak harus berdiri sendiri dalam elemen irama, melodi,

harmoni, dinamik, format atau ton sebaliknya ia hendaklah dikaitkan dengan elemen

pergerakan, tarian dan pertuturan. Untuk menjadikan muzik sesuatu yang bermakna, kanak-

kanak perlu terlibat secara langsung dengan aktiviti muzik itu sendiri. Antara unsur muzik

yang boleh diterapkan awal ialah penggunaan ostinato dan konsep format rondo yang mudah.

Sebarang aktiviti pembelajaran hendaklah dijalankan dalam keadaan tanpa tekanan,

tanpa ada perasaan dinilai oleh guru atau rakan. Orff juga menggalakkan penglibatan orang

dewasa dalam aktiviti muzik termasuk keluarga dewasa pelajar. Penggunaan alat muzik

seperti glokenspil dan marimba adalah perlu untuk membina ketepatan pic tetapi ianya perlu

diubahsuai dengan menanggalkan bar yang tidak digunakan. Pengggunaan alat muzik tanpa

pic seperti dram, tamborin dan lain-lain dapat “meluaskan” konsep muzik yang dipelajari.

Alat ini dipanggil instrumen Orff kerana kunci-kunci yang boleh dikeluarkan atau

dipindahkan membolehkan nota-nota muzik disusun semula dalam berbagai kombinasi

semasa latihan pengubahsuaian.

Proses pengajaran pendekatan Shulwerk boleh dibahagikan kepada empat bahagian

yang digunakan dalam pelbagai cara iaitu:

i) Penjelajahan

Kanak-kanak menjelajahi dan mencuba semua aspek Shulwerk. Semua instrumen

termasuk suara dicuba untuk menghasilkan bunyi. Pelbagai pergerakan juga

dicuba. Contohnya, bergerak seperti seekor binatang.

ii) Peniruan

Kanak-kanak banyak belajar dengan meniru pergerakan yang dilihat dan didengar.

Shulwerk menggunakan teknik ini untuk mengembangkan kemahiran muzik

kanak-kanak.

Page 5: Pengenalan Muzik Tentang Kodaly, Orff dan Dalcroze

HBMS1103 –PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK

iii) Improvisasi

Selepas kanak-kanak belajar tentang pergerakan, rentak dan melodi, kanak-kanak

akan berupaya membuat improvisasi terhadap melodi.

iv) Penciptaan

Fungsi Shulwerk dalam aspek ini adalah menyediakan alat untuk penciptaan.

Selepas penjelajahan akan menggunakan pengetahuan tentang muzik,

pengetahuan tentang melodi, pergerakan dan bahasa untuk mencipta satu gubahan

muzik yang lengkap. Jelasnya, pandangan Carl Orff terhadap pengajaran muzik

kanak-kank tidak banyak perbezaan dengan pendapat Dalcroze. Kedua-dua

mereka memberi penekanan kepada kepentingan penerapan unsur muzik dan

pergerakan dalam pendidikan kanak-kanak. Mereka percaya bahawa pergerakan

estetik awal kanak-kanak mempunyai kaitan langsung dengan emosi mereka. Ini

kerana resepsi deria yang mengeluarkan isyarat tersebut selalunya

mempunyaihubungan terus dengan bahagian otak yang merangsang emosi.

4.0 PENDEKATAN DALCROZE DALAM PEMBELAJARAN MUZIK

Kaedah Dalcroze melibatkan pengajaran konsep muzik melalui pergerakan. Pelbagai analog

pergerakan digunakan untuk konsep muzikal, untuk membangunkan rasa bersepadu dan

semulajadi bagi ungkapan muzik. Mengubah badan kepada instrumen muzik diperkemaskan,

Dalcroze berpendapat, jalan terbaik untuk menjana asas yang kukuh, muzik bertenaga. 

Dalcroze berpandangan bahawa muzikaliti hadir di dalam diri setiap individu. Gaya

seseorang berjalan, irama badan, gerak-geri serta pernafasan yang dilakukan secara biasa

oleh manusia menjadi sumber asas sebagai tindak balas atau respon terhadap muzik atau

rangsangan muzik.

Berdasarkan teori Emile Jaques-Dalcroze (Lois Choksky,1986) pergerakan dalam

pendidikan muzik memperkukuhkan pengetahuan dalam konsep dan elemen muzik melaljui

proses penerokaan, eksperimentasi, penemuan terpimpin, penyelesaian masalah, improvisasi

serta penilaian. Kaedah pengajaran Dalcroze digunakan dengan meluas bermula dengan

kanak-kanak berumur 1-3 tahun, prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti

Page 6: Pengenalan Muzik Tentang Kodaly, Orff dan Dalcroze

HBMS1103 –PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK

dan orang dewasa. Ia boleh dilaksanakan dalam mata pelajaran lain seperti bahasa,

pendidikan jasmani dan seumpamanya.

Kaedah Dalcroze merupakan suatu pergerakan kreatif yang mengambil kira

keinginan-keinginan asas kanak-kanak. Daucer dan Pangrazi telah mengenal pasti 9

keinginan kanak-kanak iaitu...

i) Untuk bergerak.

ii) Berjaya dan diperkenalkan.

iii) Diterima oleh kelompok sebaya dan masyarakat.

iv) Untuk bersaing.

v) Memperoleh kecergasan fizikal dan daya penarik.

vi) Untuk mengembara.

vii) Memperoleh kepuasan kreativiti.

viii) Melahirkan perasaan melalui pergerakan berirama.

ix) Untuk mengetahui.

Haward Gardner telah memasukkan eurhythmic (pendekatan Dalctroze) ke dalam

teorinya iaitu "Theory of multiple interlligences". Bodily-kinesthetic dan muzikal adalah 2

dari 7 "theory of multiple interllegences" dalan teori Gardner. Oleh itu, muzik dengan

gerakan adalah elemen penting bagi perkembangan mental, pembesaran kanak-kanak dan

juga prosos asas pembelajaran peringkat awal kanak-kanak.

Dalcroze mendapati pelajarnya tidak dapat mendengar harmoni yang ditulisnya

kerana tidak menguasai dan memahami apa yang ditulis. Ini disebabkan mereka tidak

berupaya mendengar harmoni tersebut di dalam minda tanpa alat muzik. Beliau berusaha

untuk membolehkan pelajarnya menguasai bunyi di dalam minda bukan dari alat muzik.

Berbagai usaha dan cara dilakukan. Beliau berpendapat mengetahui muzik tidak cukup tetapi

memahami muzik adalah teras pembelajaran untuk menghasilkan bunyi yang indah.

Dalcroze Eurhythmic" adalah pendekatan muzik berasaskan prinsip bahawa ritma

adalah elemen utama dalam muzik. Terdapat tiga komponen asas Dalcroze iaitu Euritmik,

Solfege dan Improvisasi.

Page 7: Pengenalan Muzik Tentang Kodaly, Orff dan Dalcroze

HBMS1103 –PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK

a) Euritmik

Euritmik ialah pergerakan yang melibatkan seluruh anggota badan dengan iringan

muzik atau tanpa muzik. Tubuh badan menjadi seperti alat muzik utama. Asas utama

kepada seni muzik ialah emosi manusia. Melatih minda, telinga atau suara tidak

mencukupi. Seluruh tubuh badan manusia perlu dilatih sebab ia mengandungi  bahan-

bahan penting yang boleh meningkatkan perasaan halus, kepekaan serta kebolehan

menganalisis bunyi, muzik dan perasaan. Idea muzik boleh diterjemahkan melalui

pergerakan badan seterusnya ditukar kepada sumber muzik.

Euritmik memerlukan keupayaan mempamerkan interpretasi individu yang

melibatkan imaginasi, emosi serta tindak balas badan yang disepadukan dengan

bentuk bunyi, gerak isyarat lisan seperti puisi, ayat atau sajak atau vokal seperti

nyanyian atau muzik instrumental (muzik tanpa nyanyian). Ia juga memerlukan

penglibatan diri individu secara menyeluruh yang melibatkan penyatuan minda

anggota badan serta emosi secara total di mana individu perlu mendengar, merasai,

berimaginasi, mengintrepetasi bunyi, bertindak/respon/bergerak serta perlu

membayangkan maksudnya secara luaran

Antara yang boleh diinterpetasikan ialah lagu yang berasaskan lirik dan

konsep atau unsur muzik seperti irama, detik, tekanan, sinkopasi perbezaan pic,

dinamik, tempo dan seumpamanya. Keupayaan menyusun atur unsur di atas dengan

terurus boleh menghasilkan satu bentuk kreografi.

b) Solfage

Dalam pendekatan Dalcroze ialah latihan pendengaran. Ia boleh mempertingkatkan

kesedaran pic dan perbezaan kualiti ton. Pendengaran dalaman dapat

mempertingkatkan daya ingatan. Pendengaran dalaman ialah keupayaan

membunyikan sesebuah lagu hanya melihat pada skor lagu tanpa bantuan alat muzik.

Lagu seperti yang tertulis pada skor seolah-olah sedang berbunyi di dalam minda

seseorang.

c) Improvisasi

Dalcroze dan pelajarnya mengimprovisasikan pergerakan dengan gaya, postur dan

gerak isyarat tangan untuk menunjukkan kepantasan, jarak panjang, dinamik, tekanan

Page 8: Pengenalan Muzik Tentang Kodaly, Orff dan Dalcroze

HBMS1103 –PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK

dan elemen yang mengeluarkan ritma (ritma dan irama adalah terjemahan daripada

rhythm). Pergerakan yang dimaksudkan oleh Dalcroze adalah pergerakan yang

dilakukan oleh kanak-kanak dan orang dewasa tanpa memerlukan latihan iaitu:-

1) Pergerakan Setempat - tepuk, hayunan, berpusing, conducting (memimpin),

membongkok, bergoyang, bercakap, menyanyi dan seterusnya.

2) Pergerakan di ruang udara - berlari, berjalan, menjengket, mengelunsur,

melompat bergelop, merangkak dan seterusnya.

Dalcroze mengutamakan kemahiran yang perlu ada iaitu penumpuan, konsentrasi,

mengingati, menghasilkan semula, menukar dan automate. Kemahiran ini diajar melalui

pergerakan fizikal yang melibatkan pendengaran, tangan/suara, penglihatan dan pemikiran.

Terdapat empat langkah pusingan pergerakan dalam teori Dalcroze:-

1. Preparation - Bernafas dengan menghayun tangan serta bahu  dijauhkan dari dada

dalam tempo, detik sepanjang proses menarik nafas.

2. Attack - Menghembus nafas (strike kedua belah tangan).

3. Prolongation - Mendepakan tangan dengan lebar merasakan detik yang panjang.

4. Kembali kepada preparation - Angkat tangan ke atas, depakan dan bernafas semula

Kaedah Dalcroze sejajar dengan teori pengajaran dan pembelajaran Jerome Bruner (1964)

yang menyatakan kanak-kanak belajar melalui 3 cara atau mod pengajaran iaitu..

i) Mod Enaktif - melalui perlakuan dan pengalaman di persekitarannya.

ii) Mod Ikonik - melalui penggunaan symbol grafik gambar atau lukisan.

iii) Mod Simbolik- melalui abjad, nombor termasuk notasi muzik

Page 9: Pengenalan Muzik Tentang Kodaly, Orff dan Dalcroze

HBMS1103 –PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK

5.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik

Kelas : Tahun 2 Ibnu Sina

Masa : 8.40 pagi – 9.10 pagi

Bilangan murid: 30 orang

Aspek : Persepsi Estetik

Item : 1.2 Melodi, warna ton, alat perkusi

Tajuk Lagu : Aku Burung Tiung

Kemahiran : Menyanyi dan memainkan alat muzik secara muzikal – Tempo dan melodi.

Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid boleh memainkan

dua alat perkusi mengikut corak irama yang berlainan.

PengetahuanSediaada : 1. Murid pernah menyanyi lagu ‘Aku Burung Tiung’.

2. Murid pernah mengendalikan dan memainkan alat Perkusi

kastenet dan woodblock.

Strategi Kecerdasan pelbagai. 1. Muzik 2. Kinestik 3. Visual ruang

NilaiMurni : Kerjasama, berkeyakinan, berdikari, ketekunan.

Alat Bantu Mengajar : Laptop, LCD Projector, pita rakaman, loceng dan kayu tik tok.

Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Catatan

Set

Induksi

( 2 minit )

Aktiviti

menarik dan

menghembus

nafas

1. Guru menayangkan klip video

‘menghidu bunga’ melalui slaid

powerpoint.

2. Guru mengaitkan aktiviti

‘menghidu bunga’ dengan aktiviti

menarik nafas dengan betul.

3. Guru tunjuk cara dan bombing

murid menarik nafas dengan betul

iaitu dengan mengembangkan dada

di bahagian diafragma sama seperti

cara menghidu bunga.

1. Murid-murid

memerhati dan

mendengar

keterangan guru.

2. Murid-murid

meniru gaya

menghidu bunga

untuk menarik

nafas dengan

bimbingan guru.

Page 10: Pengenalan Muzik Tentang Kodaly, Orff dan Dalcroze

HBMS1103 –PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK

Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Catatan

Langkah 1

(3 minit)

Memperkenal

kan lagu

1. Guru menayangkan slaid

powerpoint lirik lagu

‘AkuBurungTiung’.

2. Guru memainkan rakaman lagu ini

secara keseluruhan sebanyak dua

kali.

3. Murid memerhati lirik lagu yang

dipamerkan sambil mendengar lagu

yang dimainkan.

ABM :

laptop, LCD

Langkah 2

(5 minit)

Menepuk

corak

irama.

1. Guru menepuk tangan mengikut

corak irama.

2. Guru menayangkan corak irama

kepada murid dan meminta murid

menepuk.

3. Murid-murid memerhati dan

mendengar dengan teliti.

4. Murid-murid menepuk dengan

bimbingan guru.

Nilai :

Berdikari, teliti,

sabar.

Langkah 3

(5 minit)

Menyanyikan

sambil

menepuk

tangan

mengikut

corak irama.

1. Guru menyanyikan lagu ini dengan

iringan minus one.

2. Murid mendengar dengan teliti.

3. Guru menyanyikan lagu ini sambil

menepuk tangan berpandukan

corak irama tadi.

4. Guru dan murid menyanyi lagu

tersebut.

5. Guru membimbing murid

menyanyi sambil menepuk tangan.

6. Guru mengesan kesalahan pitch,

sebutan dan tepukan semasa

nyanyian.

Nilai:

Berdikari, teliti,

sabar.

Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Catatan

Page 11: Pengenalan Muzik Tentang Kodaly, Orff dan Dalcroze

HBMS1103 –PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK

Langkah 4

(10 minit)

Memainkan

alat

perkusi

mengikut

corak irama

yang

diimbas pada

slide

powerpoint.

1. Guru menayangkan gambar cara

mengendalikan alat perkusi loceng

dan kayu tik tok.

2. Guru menunjukkan cara

mengendali dan memainkan alat

perkusi mengikut corak irama.

Loceng:

♪♪♪♪ ♪♪♪♪♪♪♪♪ ♪♪♪♪

Kayu Tik Tok :

3. Guru membahagikan murid kepada

2 kumpulan dan memberi alat

perkusi yang berbeza kepada setiap

kumpulan.

4. Murid memainkan alat perkusi

mengikut corak irama yang

dipelajari dengan iringan muzik.

5. Murid-murid memerhati dan

mendengar penerangan guru

seterusnya memainkan alat perkusi

tersebut mengikut corak perkusi

mengikut corak irama.

ABM:

Loceng,

Kayu tik tok,

Penutup

(5 minit)

Menyanyi

serta

memainkan

alat perkusi

1. Guru mewujudkan satu kumpulan

lagi daripada 2 kumpulan yang

telah dibentuk tadi kepada 3

kumpulan dan meminta setiap

kumpulan melakukan seperti

berikut;

ABM :

Laptop, LCD,

alat perkusi

- Loceng

- Kayu tik tok

Page 12: Pengenalan Muzik Tentang Kodaly, Orff dan Dalcroze

HBMS1103 –PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK

Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Catatan

i) Kumpulan A –menyanyikan

lagu ‘Aku Burung Tiung’.

Sambil membuat

pergerakkan anggota badan.

ii) Kumpulan B –memainkan

alat perkusi loceng

mengikut corak irama yang

dipelajari.

♪♪♪♪ ♪♪♪♪♪♪♪♪ ♪♪♪♪

iii) Kumpulan C – memainkan

alat perkusi kayu tik tok

mengikut corak irama yang

dipelajari.

iv) Murid menyanyi serta

memainkan alat perkusi di

bawah bimbingan guru.

2. Guru membimbing murid dengan

menggunakan isyarat tangan.

Nilai:

Ketekunan,

bekerjasama.

Page 13: Pengenalan Muzik Tentang Kodaly, Orff dan Dalcroze

HBMS1103 –PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK

6.0 REFLEKSI

Pengalaman yang saya dapat sewaktu melaksanakan tugasan ini amat bernilai sekali. Inilah

kali pertama saya perlu melaksanakan tugasan dalam pendidikan Muzik. Langkah pertama

saya setelah mendapat soalan tugasan ini adalah saya mencari, membaca serta mengumpul

semua maklumat berkaitan dengan tugasan. Sesuatu yang berharga bila mana saya terpaksa

mempelajari apakah pendekatan atau kaedah Kodaly, Orff dan Dalcroze yang merupakan

pendekatan yang digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran muzik di sekolah.

Daripada maklumat yang saya perolehi, Pendekatan Kodaly merupakan pendekatan

yang menggunakan isyarat tangan, teknik tepukan mengikut kiraan ataupun mengikut corak

irama. Kodaly juga menyarankan penggunaan lagu-lagu rakyat atau lagu-lagu tempatan

yang menggunakan bahasa ibunda dalam aktiviti latihan nyanyiannya. Dalam kaedah

Kodaly, pembelajaran nyanyian dan teknik pendengaran menggunakan simbol irama dan

sukukata. Pada masa yang sama, isyarat tangan akan mewakili perkaitan antara pic-pic.

Penggunaan isyarat tangan membantu kanak-kanak “melihat” pic samada ianya menaik atau

menurun.

Pendekatan Orff dalam pendidikan muzik pula melalui empat peringkat iaitu tiruan,

penerokaan, penambahbaikan dan komposisi. Melalui tiruan, guru, ketua kumpulan, atau

bahkan pelajar membuat persembahan bagi kelas dan kelas seterusnya di mengulangi apa

yang bermain untuk mereka.  Penerokaan membolehkan murid untuk mencari aspek muzik

yang menawarkan instrumen Orff dan meneroka kemahiran aural atau lisan dan usul dan

ungkapan bahawa badan itu berupaya. Penambahbaikan adalah perbuatan mencipta sesuatu,

terutamanya muzik, tanpa persediaan terlebih dahulu. Manakala kaedah Dalcroze melibatkan

pengajaran konsep muzik melalui pergerakan. 

Apa yang terfikir di fikiran saya ialah mengapa perlu belajar muzik atau menyanyi?

Dengan bantuan guru muzik di sekolah saya, saya telah merancang satu aktiviti pengajaran

dan pembelajaran bagi murid Tahun 2 iaitu P&P selama 30 minit di dalam kelas, di mana

peruntukkan 20 minit untuk aktiviti muzikal yang memerlukan saya mengabungkan

sekurang-kurangnya dua pendekatan di atas.

Maka saya telah merancang dan melaksanakan aktiviti muzikal ini dengan menggunakan pendekatan

Kodaly, di mana guru menggunakan teknik tepukan dan isyarat tangan sewaktu mengajar murid-

Page 14: Pengenalan Muzik Tentang Kodaly, Orff dan Dalcroze

HBMS1103 –PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK

murid memainkan alat perkusi (seperti dalam langkah 2). Selain itu saya juga menggabungkan

aktiviti dengan menggunakan pendekatan Dalcroze dalam langkah penutup iaitu dengan meminta

murid dari kumpulan A, melakukan pergerakan anggota badan sewaktu menyanyi lagu “Aku Burung

Tiung” itu. Selain itu saya juga mempraktikkan empat langkah pusingan pergerakan dalam teori

Dalcroze dalam Set Induksi iaitu aktiviti menarik dan menghembus nafas dengan betul.

Apabila selesai melaksanakan P&P ini, barulah saya faham sebab-sebab penting dalam

mempelajari nyanyian. Selain daripada dapat mempertingkatkan daya pemikian serta

memperkayakan imaginasi, ia juga memberikan keseronokan dan kegembiraan kepada murid-

murid dalam usaha menuntut ilmu. Ia juga dapat memperbaiki kesihatan melalui latihan

pernafasan yang betul. Selain turut meningkatkan kemahiran kinestetik, nyanyian dan muzik

juga meningkatkan kemahiran dalam sebutan. Sebutan adalah penting dalam nyanyian.

Organ yang terlibat dalam menghasilkan sebutan ialah mulut, bibir, lidah dan rahang.

Sebutan yang jelas bergantung kepada koordinasi antara organ-organ tersebut. Dengan

mempelajari muzik juga, murid dapat memperkuatkan daya ingatan dan konsentrasi, membina

keyakinan diri serta memberi kepuasan kepada diri sendiri dan orang lain.

2 881 patah perkataan

Page 15: Pengenalan Muzik Tentang Kodaly, Orff dan Dalcroze

HBMS1103 –PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK

BIBLIOGRAFI

______, (2010). PRA 3106 - Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah : Modul PGSR IPG. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Anderson William M, Joy E.(1991). Intergrating music into the classroom: California, A division of Wadsworth, Inc.

Johami Abdullah (1993). Pendidikan muzik semasa.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khalijah Mohamed. Hasil kumpulan nota pendekatan Kodaly. Kuala Lumpur.

Lois Chosky. (1986). Teaching music in the twentieth century. New Jersey: Prentice-Hall,Inc.

http://en.wikipedia.org/wiki/