Pengenalan Muzik Oum

download Pengenalan Muzik Oum

of 25

description

PRA MUZIK

Transcript of Pengenalan Muzik Oum

  • X PENGENALAN Muzik adalah sebahagian daripada alam kehidupan pelajar yang tidak boleh dipisahkan. Tanpa muzik, dunia bagi pelajar adalah kosong. Selain daripada itu, muzik juga merupakan satu budaya kepada masyarakat. Pelajar sentiasa memberi respon kepada muzik dan akan merasa senang hati apabila dapat melahirkan ekspresi diri apabila mendengar muzik. Asas muzik iaitu irama dan ton juga terdapat dalam amalan pertuturan dan interaksi harian. Sifat cenderung

    TTooppiikk PengetahuanAsasdalamMuzik

    X

    55

    6. Merancang aktiviti-aktiviti muzikal yang bersesuaian mengikut tahapkemampuan pelajar.

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Memperkenalkan asas-asas muzik kepada pelajar dan membolehkanpelajar memahami prinsip-prinsip muzik;

    2. Menjelaskan maksud muzik serta memahami matlamat dan objektif muzik;

    3. Menyatakan konsep muzik dan kemahiran muzikal yang perlu adapada setiap pelajar;

    4. Menjelaskan faedah Seni dalam Pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran;

    5. Menjelaskan kepada peserta tentang aktiviti-aktiviti muzikal yang perlu ada pada setiap pelajar seperti nyanyian, pergerakan danpermainan alat; dan

  • X TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    86

    kepada muzik yang sedia ada pada pelajar mempunyai peranan tertentu dalam proses perkembangan diri dari segi kualiti diri dan sahsiahnya. Peranan guru adalah ke arah memperkembangkan sifat-sifat yang merangkumi aspek emosi, kreativiti, nilai estetika dan etika tertentu. Penglibatan pelajar secara aktif dalam kegiatan muzik akan dapat membina pertumbuhan dan perkembangan fizikal, mental, emosi dan sosial pelajar itu sendiri. Selain itu, pengalaman muzik yang menarik akan membantu meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran lain.

    PENGENALAN ASAS MUZIK 5.1

    Biasanya apabila disebut muzik, kita akan membayangkan lagu-lagu nyanyian, mainan alat-alat muzik seperti gitar, dram, piano dan sebagainya, atau mendengar lagu-lagu dari radio, televisyen, kaset, cakera padat dan lain-lain. Muzik mempunyai hubungan yang rapat dengan kehidupan kita. Oleh itu, pada hakikatnya tiada orang yang sepatutnya berkata: Saya tidak suka muzik. Melalui muzik, seseorang itu akan dapat melahirkan dan menyatakan kegembiraan, keriangan, kesedihan, kemarahan, kedamaian, kemenangan, kekalahan, kekuatan dan lain-lain fenomena kehidupan. Muzik boleh menggambarkan emosi seseorang, malahan ia mampu menggantikan pernyataan melalui pertuturan atau tingkah laku. Kegiatan muzik merupakan satu saluran komunikasi yang sangat penting. Fahaman dan penglibatan pelajar dalam kegiatan muzik yang meluas dan sejagat akan dapat membantu mengeratkan perhubungan dan persefahaman kemanusiaan.

    5.1.1 Definisi Muzik

    Hampir semua orang pernah mendengar perkataan muzik dan mungkin ramai juga yang mengatakan yang ia tahu maksud perkataan muzik. Tetapi untuk mendapatkan persetujuan tentang definisi muzik mungkin tidak begitu mudah. Pada amnya, muzik diakui sebagai satu cabang seni dan juga sains yang menggabungkan bunyi-bunyi vokal dan/atau instrumental termasuk bunyi-bunyi semula jadi dari persekitaran atau rekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut estetika, corak pemikiran dan emosi manusia yang juga boleh mencerminkan sesuatu budaya tertentu. Bunyi burung, semboyan keretapi, azan dari masjid, bacaan quran, bunyi kipas dan bunyi-bunyi lain yang didengar di persekitaran boleh didefinisikan sebagai muzik juga.

  • TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK W 87

    Dalam bahasa Arab, pengertian muzik adalah sebagai handasah alsawt yang bermaksud kejuruteraan bunyi secara artistik. Sebenarnya, muzik ialah satu perkataan yang telah diwarisi daripada cerita-cerita dongeng zaman purba Yunani. Perkataan Yunani Muses bermaksud semua bentuk seni halus termasuk muzik. Tetapi pada hari ini, perkataan muzik ini digunakan secara universal dan bermaksud seni bunyi-bunyian.

    5.1.2 Matlamat dan Objektif

    (a) Matlamat Pendidikan muzik adalah bertujuan untuk memperkembangkan potensi

    dan kualiti diri individu dari segi nilai estetika muzik dan etika melalui pelbagai pengalaman muzik ke arah meningkatkan kesejahteraan hidup dalam konteks budaya dan aspirasi negara.

    (b) Objektif

    Dengan memahami muzik, pelajar akan dapat:

    (i) menikmati pelbagai pengalaman muzik;

    (ii) memperkembangkan nilai estetika, kreativiti dan ekspresi diri;

    (iii) merasai dan mengenal konsep muzik;

    (iv) meningkatkan kemahiran mendengar muzik secara aktif;

    (v) mengenal dan memahami sistem notasi muzik yang asas;

    (vi) memperkembangkan kemahiran asas dalam kegiatan nyanyian, muzik dengan gerakan dan permainan alat;

    (vii) memupuk semangat berusaha, disiplin diri dan yakin diri;

    (viii) mengamalkan semangat toleransi dan kerjasama;

    (ix) mengenal dan menghargai pelbagai jenis muzik tanah air, tradisional dan semasa yang sesuai;

    (x) mengenal muzik yang sesuai dari beberapa negara lain; dan

    (xi) menjadi pengguna muzik yang berpengetahuan dan berdiskriminasi.

  • X TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    88

    5.1.3 Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Muzik

    Principles of the Pestalozzian System of Music mengenai prinsip pengajaran dan pembelajaran muzik adalah seperti berikut:

    (a) Mengajar bunyi-bunyian dahulu sebelum tanda-tanda atau simbologi (kaedah hafalan sebelum catatan) dan biarlah pelajar menyanyi dahulu sebelum mempelajari notasi muzik.

    (b) Mendidik pelajar dengan memberikan galakan kepada mereka supaya memerhati, mendengar, meniru, serta membezakan bunyi-bunyi yang didengarnya itu dan menentukan dengan pengalaman atau usaha mereka sendiri sama ada bunyi-bunyi itu sama atau berlainan, dan seronok untuk didengar atau tidak. Perkara ini dilakukan dengan penerangan atau panduan yang paling minimum daripada guru. Ini bererti pembelajaran yang aktif dan bukan yang berbentuk pasif (kaedah penemuan kendiri).

    (c) Mengajar satu unsur muzik sahaja (melodi, harmoni, irama, ekspresi, bentuk, warna ton atau jalinan) pada satu ketika. Perkara ini harus dijalankan dengan teliti sebelum melakukan aktiviti gabungan dengan unsur muzik yang lain. Setiap pelajar harus mahir dan cekap dengan setiap unsur muzik tersebut melalui latihan yang mencukupi, sistematik dan berperingkat sebelum beredar kepada aspek yang berikut (pembelajaran mengikut urutan).

    (d) Prinsip-psinsip dan segala teori harus diberi hanya selepas amalan praktik dijalankan. Dengan itu, pelajar akan dapat mengaitkan amalan praktik dan teori dengan usaha sendiri (pembelajaran heuristik).

    (e) Pelajar harus diberi peluang yang mencukupi untuk mengkaji muzik dan membuat latihan-latihan dengan elemen-elemen muzik melalui usaha sendiri supaya dapat dipraktikkan dalam seni muzik (kaedah pendekatan berkonsep).

    (f) Nama-nama not untuk nyanyian dan muzik instrumental harus diselaraskan. Nyanyian solfa tidak digalakkan.

  • TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK W 89

    Kaedah-kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Muzik

    Rajah 5.1 di bawah menunjukkan kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran muzik serta pengasasnya:

    Rajah 5.1: Pendekatan pengajaran Pembelajaran Muzik serta pengasasnya

    Kebanyakan pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran muzik telah diasaskan berdasarkan kepada Emile Jacques Dalcroze, Carl Orff, Shinuchi Suzuki, Zoltan Kodaly dan Edwin Gordon. Walaupun setiap pengkaedah muzik mempunyai latar belakang yang berbeza, tetapi setiap daripada mereka banyak memberi perhatian kepada bagaimana konsep-konsep muzik seharusnya diperkenalkan kepada pelajar-pelajar. Di antara kelima-lima pendekatan itu, pendekatan Edwin Gordon boleh dikatakan lebih diberi keutamaan kerana menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara berperingkat atau sequential. Pendekatan Dalcroze, Orff, Kodaly dan Gordon lebih memberikan penumpuan kepada pembelajaran untuk pengajaran muzik di sekolah rendah. Manakala Suzuki lebih menumpukan kepada pembelajaran muzik instrumental dan berkait dengan pembelajaran muzik untuk pelajar prasekolah. Pergerakan secara berirama dan tarian dengan aktiviti eurhythmic adalah merupakan pendekatan Dalcroze. Dengan itu, gerakan, improvisasi dan nyanyian solfa diberikan keutamaan dalam pendidikan muzik oleh Dalcroze. Bagi Dalcroze, perkembangan kebolehan muzik di kalangan pelajar boleh berlaku dengan baik tanpa tumpuan yang mengongkong dan formal kepada

  • X TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    90

    aktiviti-aktiviti muzik pada peringkat awal pelajar. Bagi Dalcroze, aktiviti-aktiviti formal seperti latihan teori dan pembacaan notasi lebih melibatkan intelek sahaja. Oleh itu, Dalcroze telah banyak menggunakan gerak-geri tubuh badan untuk menanam kefahaman dan menimbulkan kepekaan atau sensitiviti terhadap aspek-aspek muzik seperti irama, rangkai lagu, melodi dan bentuk atau struktur muzik di kalangan pelajar. Beliau berpendapat bahawa tubuh badan manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan otak melalui satu sistem urat saraf atau otot-otot yang begitu kompleks. Kajian dan penyelidikan dalam bidang neurologi telah banyak memberi bukti kepada pendapat Dalcroze mengenai kaedah kinestetik yang dinamakan eurhythmics. Pendekatan Carl Orff memberi penekanan kepada beraneka jenis pengalaman muzikal. Satu unsur yang tersendiri dalam pendekatan Orff adalah kegunaan peralatan muzik yang direka atau dipilih khas untuk pendidikan muzik bagi pelajar. Sifat semulajadi kanak-kanak untuk bermain diberi makna sepenuhnya dalam pendekatan Orff. Idea-idea Dalcroze telah mempengaruhi Orff. Beliau telah mengaitkan muzik dengan gerakan dan pertuturan pelajar yang berirama (chants) dalam bukunya Orff Schulwerk. Orff berpendapat bahawa irama bahasa/lagu dan pergerakan secara spontan kesemuanya boleh banyak membantu pelajar supaya mempelajari dan memahami dengan lebih berkesan konsep-konsep muzikal. Pelajar yang mempelajari muzik melalui pendekatan Orff diberi peluang yang mencukupi untuk mempelajari muzik dan melakukan improvisasi dengan muzik dengan cara penemuan sendiri. Pendekatan Orff boleh dibahagikan kepada lima komponen utama:

    (a) Imitasi (Mengajuk Balik) Berkait dengan perkembangan kemahiran-kemahiran asas dengan menggunakan pertuturan berirama dan juga irama badan. Irama badan yang dimaksudkan adalah melalui aktiviti-aktiviti bertepuk tangan, petik jari, menampar peha, hentak kaki dan sebagainya. Kesemua aktiviti ini boleh dilakukan bersama pembelajaran nyanyian dan bermain alat muzik. Alat-alat genderang yang tidak berpic dan yang berpic (glockenspiel, xilofon, metalofon, simbal, dram, kerincing, loceng) banyak digunakan. Manakala alat melodi yang utama ialah rekoder.

    (b) Eksplorasi (Fasa Cari Sendiri) Pelajar digalakkan supaya membuat eksperimen dengan bunyi-bunyi

    muzikal dan membuat gerakan dengan usaha sendiri.

    (c) Improvisasi Pelajar digalakkan supaya melakukan improvisasi secara individu atau

    kumpulan dengan kesemua peralatan Orff. Pada mulanya, hanya skel

  • TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK W 91

    pentatonik disyorkan. Ia dilakukan dengan mengeluarkan not-not tertentu pada peralatan genderang Orff yang berpic seperti xilofon dan metalofon. Cuma not tonik do dan not yang kelima soh dimainkan; kesemua not-not lain ditanggalkan. Alat xilofon yang lain pula hanya menggunakan skel pentatonik iaitu mengeluarkan not ke tujuh ti dan not keempat fah.

    Skel pentatonik ialah skel yang mempunya lima ton.

    (d) Mencipta Pada tahap ini, pelajar akan melakukan penciptaan dengan menggunakan

    bahan asas dari fasa-fasa di atas. Bahan itu digunakan untuk mencipta rondos, mini suites dan theme and variation. Di peringkat ini, cerita pelajar dan puisi digunakan sebagai bahan muzikal untuk penciptaan muzik dengan menggunakan pertuturan berirama, gerakan, nyanyian dan permainan alat-alat muzik Orff.

    (e) Literasi Pada tahap ini, pelajar akan belajar menulis dan membaca notasi muzik

    seperti sight singing, menulis corak irama dan skor muzik. Kodaly telah mengasaskan satu pendekatan yang begitu terkenal di seluruh dunia. Beliau telah merancang satu kurikulum muzik untuk kegunaan sekolah di mana pembelajaran muzik diadakan sebanyak empat hingga enam kali seminggu dari peringkat prasekolah hinggalah ke peringkat sekolah menengah. Program muzik ini diaturkan secara berperingkat atau sequential dalam beberapa aspek pembelajaran muzik seperti nyanyian, latihan aural, notasi muzik dan permainan alat muzik. Kodaly telah memberi penekanan yang jelas kepada aktiviti membaca dan menulis notasi muzik dari peringkat awal lagi melalui aktiviti nyanyian semerta dan menurunkan melodi dengan notasi. Kaedah Kodaly banyak menggunakan isyarat tangan, latihan solfa tangga nada pentatonik dan nyanyian lagu rakyat secara a capella (nyanyian tanpa iringan alat muzik).

  • X TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    92

    Pendekatan Suzuki pernah digelar pendekatan bahasa ibunda. Suzuki menamakan kaedahnya talent education atau pendekatan bakat. Seperti pendekatan Orff, pendekatan Suzuki juga memerlukan alat-alat khas iaitu violin kecil. Ciri-ciri yang istimewa dalam pendekatan Suzuki termasuk penglibatan ibu bapa dalam proses pengajaran dan pembelajaran muzik secara individu. Suzuki juga berpendapat bahawa pendidikan muzik harus bermula dari peringkat awal kanak-kanak dan pengajaran muzik perlu dimulakan dengan bermain secara menghafal rote playing sebelum menerima pembelajaran notasi formal. Mendengar muzik secara berulang kali atau berkali-kali atau secara bertubi-tubi dianggap amat penting di dalam pendekatan Suzuki. Kebanyakan dari ciri-ciri asas dalam pendekatan Suzuki masih dikekalkan sehingga kini dalam situasi pengajaran dan pembelajaran muzik.

    Latihan Solfa Isyarat Tangan Curwen

    Pendekatan Kodaly menekankan kepentingan belajar menyanyi mengikut pic yang betul. Pada kurun ke-18, John Spencer Curwen dari England mencipta isyarat-isyarat tangan (Rajah 5.2) untuk mengiringi suku kata solfa (do re mi). Kodaly menyerapkan isyarat-isyarat tangan ini ke dalam metod pengajarannya. Isyarat-isyarat tangan merupakan cara mewakili pic vokal menggunakan kedudukan fizikal. Do rendah bermula pada paras tengah (midsection). Setiap pic yang kemudiannya seharusnya di atas pic yang sebelumnya. Maka, isyarat tangan akan sentiasa menaik apabila pic menaik. Do tinggi adalah pada paras mata.

  • TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK W 93

    Rajah 5.2: Isyarat tangan Curwen

    Pendekatan Edwin Gordon adalah berasaskan kepada hasil penyelidikan jangka panjang mengenai kandungan muzik dan turutan pembelajaran di peringkat sekolah rendah. Pendekatannya adalah bercorak formal berbanding pendekatan Dalcroze, Orff, Suzuki atau Kodaly yang lebih berdasarkan kepada falsafah masing-masing. Gordon mengutamakan prinsip sound before symbol di mana keutamaan diberikan kepada pembelajaran permainan muzik tanpa notasi dahulu sebelum simbol-simbol muzik diperkenalkan. Bagi Gordon, pembelajaran muzik boleh berlaku dengan baik jika setiap pelajar dapat menguasai satu kebolehan yang dipanggil audiation iaitu satu proses mental yang membolehkan seorang manusia mendengar muzik dalam akal fikiran tanpa rujukan mana-mana bunyi yang diakibatkan secara fizikal (sound vibration). Dengan itu, punca bunyi dalam audiation adalah dari akal fikiran sendiri dan bukan dari persekitaran fizikal. Bahan dan strategi dalam pendekatan Gordon juga diatur secara berperingkat mengikut teori-teori pembelajaran semasa. Aspek-aspek kognitif juga diberi keutamaan yang sama dengan aspek-aspek pembelajaran muzik yang lain. Dengan itu, pelajar boleh membezakan irama, meter dan juga tonaliti selain dari menyanyi, bermain alat muzik, membaca notasi atau menghayati muzik.

  • X TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    94

    AKTIVITI 5.1

    Berdasarkan pengetahuan anda, bincangkan pendekatan Kodaly dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran muzik di sekolah.

    KONSEP MUZIK 5.2

    Muzik ialah bunyian yang disusun secara sistematik dan mempunyai kualiti tersendiri. Penghasilan muzik yang berkualiti mempunyai penyusunan konsep muzik yang betul dan terperinci. Konsep muzik merangkumi irama, melodi, harmoni, warna ton, tekstur, bentuk dan ekspresi. Unsur-unsur Muzik

    (a) Melodi Rajah 5.3 menunjukkan elemen-elemen yang terdapat dalam melodi:

    Rajah 5.3: Elemen-elemen dalam melodi

    Melodi mengandungi pic rendah, sederhana dan tinggi, contohnya lagu Rasa Sayang.

  • TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK W 95

    Pic adalah sesuatu bunyi yang tinggi atau rendah. Jeda ialah jarak pic di antara dua not. Contoh jeda iaitu do re mi (jeda tiga). Skel ialah susunan lapan not dalam satu tanda nada dimainkan mengikut langkah tertentu, contohnya skel C major. Solfa ialah nyanyian pic menggunakan sebutan not C. Berikut adalah antara contoh-contoh skor muzik:

  • X TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    96

    (b) Harmoni

    Rajah 5.4 di bawah menunjukkan elemen-elemen yang terdapat dalam harmoni:

    Rajah 5.4: Elemen-elemen harmoni

    Harmoni ialah gabungan dua atau lebih not yang dibunyikan bersama atau serentak. Gabungan not-not ini akan membentukkan kod. Kegunaan kod adalah untuk mengiringi melodi. Tiga elemen dalam harmoni ialah: (i) Triad: Gabungan tiga not maka terjadilah kod. Untuk membentuk

    triad, not yang digunakan adalah not asas, not ketiga dan not kelima dari satu skel.

  • TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK W 97

    (ii) Arpeggio: Not-not dalam sesuatu kod boleh dimainkan secara satu persatu, menaik atau menurun. Susunan not secara ini dinamakan arpeggio atau kod curai.

    (iii) Pergerakan kod: Apabila satu kod bergerak ke satu kod yang lain,

    ianya disebut sebagai pergerakan kod. Di antara pergerakan kod yang lazim digunakan adalah pergerakan kod IIVV. Kod-kod ini dinamakan sebagai kod primer.

    (c) Irama

    Rajah 5.5 di bawah menunjukkan elemen-elemen yang terdapat dalam irama:

    Rajah 5.5: Elemen-elemen irama

    Irama adalah gabungan pelbagai jenis nilai not muzik yang berbeza yang menghasilkan irama yang berbeza. Lima elemen dalam irama ialah:

    (i) Detik: Rentak yang konsisten, contohnya denyutan jantung.

    (ii) Meter: Masa bagi muzik dikawal oleh meter yang ditulis seperti beriku

    2 3 4 2 6

    4 4 4 2 8

    Angka di atas menunjukkan bilangan detik dan angka di bawah menentukan jenis detik.

    (iii) Corak Irama: Gabungan nilai not yang berbeza akan menghasilkan corak irama yang berbeza.

    (iv) Rentak: Corak irama tertentu yang digunakan untuk mengiringi nyanyian atau permainan alat, contohnya rentak masri.

    (v) Tempo: Kelajuan sesebuah lagu atau muzik, contohnya allegro (cepat) dan moderato (sederhana).

  • X TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    98

    (d) Ekspresi Rajah 5.6 di bawah menunjukkan elemen-elemen yang terdapat dalam ekspresi:

    Rajah 5.6: Elemen-elemen ekspresi

    Ekspresi merupakan ciri muzikal yang mempengaruhi sesuatu persembahan vokal atau instrumental. Ciri muzikal ini ialah dinamiks, istilah dan tanda isyarat. Gabungan aplikasi ciri muzikal boleh menghasilkan interpretasi tersendiri. Tiga elemen ekspresi ialah: (i) Dinamiks: Simbol-simbol yang berkaitan dengan bunyi kuat atau

    lembut dalam muzik.

    P (piano) Lembut (soft)

    F (forte) Kuat (loud)

    (ii) Istilah Dinamiks: Tempo - berkaitan dengan kelajuan dalam muzik

    Alla marcia - rentak march Andante - sederhana cepat Allegro - rancak dan cepat Coda ( ) - bahagian tambahan dalam

    sesuatu ciptaan Da capo (D.C) - dari permulaan Dal/segno (D.S) - dari tanda segno Fine - tamat Moderato - sederhana Segno - tanda

  • TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK W 99

    (iii) Tanda Isyarat : Simbol-simbol yang digunakan dalam notasi muzik dengan maksud khusus. Contohnya:

  • X TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    100

    (e) Bentuk Karya muzik mempunyai susunan struktur tersendiri. Karya yang

    mempunyai struktur dua bahagian dinamakan binari atau bentuk AB. Contohnya:

    Penyusunan idea muzik dalam bentuk berikut: Bentuk dua bahagian Bentuk tiga bahagian Bentuk rondo Bentuk strofik Bentuk tradisional

    (f) Warna Ton Bunyi mempunyai sifat dan kualiti tersendiri dan ini dinamakan warna ton

    dalam muzik. Contoh bunyi yang mempunyai warna ton yang berbeza ialah:

    (i) Suara lelaki dengan suara perempuan;

    (ii) Suara perempuan dengan suara pelajar;

    (iii) Suara orang menjerit dengan suara berbisik;

    (iv) Tepukan tangan dengan petikan jari;

    (v) Ketukan batu dengan ketukan kayu;

    (vi) Kicauan burung dengan salakan anjing;

    (vii) Geseran gelas dengan ketukan kayu;

    (viii) Paluan gong dengan gesekan biola; dan

    (ix) Petikan gitar dengan tiupan trumpet Warna ton bagi bunyi berbeza berdasarkan bahan pembuatan alat tersebut serta cara ianya dimainkan. Warna ton dalam sesuatu muzik adalah seakan-akan sama seperti warna ton dalam sesebuah lukisan. Perkataan yang digunakan untuk menerangkan warna ton bunyi ialah seperti lembut, kasar, nyaring, garau, halus, terang, ringan dan berat. Dalam nyanyian, suara perempuan boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu soprano dan alto. Manakala suara lelaki boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu bariton, tenor dan bes. Setiap jenis suara ini mempunyai warna ton tertentu. Dalam nyanyian koir yang mempunyai pelbagai jenis suara, hasilan warna tonnya adalah menarik dan harmonis.

  • TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK W 101

    Dalam permainan gabungan alat muzik seperti permainan orkestra, terdapat pelbagai jenis alatan muzik seperti alat tali, alat tiup bras, alat tiap kayu dan perkusi. Setiap alat mempunyai pembuatan dan cara mainan tersendiri yang boleh menghasilkan pelbagai warna ton. Begitu juga keadaannya dalam permainan ensembel alat tradisional di mana terdapat gabungan warna ton alat ketukan logam, alat ketukan kayu dan alat tiupan buluh. Permainan yang mempunyai gabungan alat-alat seperti ini boleh menghasilkan warna ton yang menarik dan indah didengar.

    (g) Jalinan Jalinan muzik merupakan cara pemuzik mengadunkan bunyi muzik agar

    menjadi lebih menarik dan diminati ramai.

    Jalinan boleh dibahagikan kepada:

    (i) Monofoni

    (ii) Homofoni

    (iii) Polifoni Jalinan Monofoni: Apabila muzik itu hanya pada melodi sahaja iaitu tanpa ada alat iringan atau hanya mempunyai satu bunyi sahaja. Tiada iringan (no accompaniment). Penggunaan satu alat muzik sahaja. Jalinan Homofoni: Apabila melodi diringi oleh alat muzik yang berharmoni yang mempunyai kod seperti gitar, piano, organ dan sebagainya. Jalinan Polifoni: Apabila satu atau dua melodi dibunyikan berterusan dengan menggunakan alat iringan.

  • X TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    102

    AKTIVITI 5.2

    1. Nyatakan 5 contoh warna ton yang berbeza.

    2. Cuba hasilkan bunyi warna ton yang berbeza dengan menggunakan anggota badan seperti:

    Bibir Gigi

    Lidah Suara

    Jari Tangan

    Kaki

    5.2.2 Kemahiran Muzikal

    Untuk membina kemahiran menyanyi dan bermain alat muzik secara solo dan ensembel dengan teknik yang betul, kita haruslah mengadakan aktiviti nyanyian dan bermain alat muzik bagi membolehkan pelajar mengalami, menikmati dan menilai persembahan muzik serta mengamalkan nilai-nilai murni. Di bawah ini ia telah dibahagikan kepada tiga komponen besar dalam pendidikan muzik:

    (i) Kemahiran Muzikal Nyanyian

    (ii) Kemahiran Muzikal Muzik dengan Gerakan

    (iii) Kemahiran Muzikal Permainan alat muzik (a) Kemahiran Muzikal Nyanyian

    (i) Mengetahui dan membina teknik menyanyi berasaskan elemen-elemen berikut:

    postur pernafasan sebutan artikulasi ekspresi penghasilan ton (register) rangkaian (phrasing)

  • TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK W 103

    (ii) Membina kemahiran menyanyi

    Kemahiran Individu menyanyi pelbagai jenis lagu secara solo menyanyikan skel: jeda, arpeggio menaik dan menurun menyanyikan semula keratan lagu yang didengarkan menyanyi serta-merta mengikut skor muzik

    Kemahiran Ensembel menyanyi dalam ensembel vokal secara senada (unison) menyanyi secara ensembel vokal secara berharmoni dalam

    lapisan suara (soprano, alto dan tenor)

    Mendengar secara aktif dan selektif (b) Kemahiran Muzikal Muzik dengan Gerakan

    (i) Bergembira bergerak dengan muzik.

    (ii) Melibatkan diri secara aktif.

    (iii) Mendengar secara aktif dan selektif.

    (iv) Melahirkan ekspresi diri melalui pergerakan.

    (v) Memahami konsep muzik melalui pergerakan.

    (vi) Mengenali aspek budaya yang berkaitan pergerakan dengan muzik.

    (vii) Meneroka dan menginterpretasi muzik melalui gerakan.

    (viii) Memupuk nilai yakin diri, disiplin diri dan daya estetika muzik.

    (c) Kemahiran Muzikal Permainan Alat Muzik

    (i) Bergembira bermain alat muzik.

    (ii) Melibatkan diri secara aktif.

    (iii) Mendengar secara aktif dan selektif.

    (iv) Bermain alat muzik secara muzikal dan terkawal.

    (v) Memahami dan mengaplikasi konsep muzik dalam permainan alat.

    (vi) Mengenali alat muzik tradisional.

    (vii) Membuat improvisasi secara meneroka konsep muzik melalui aktiviti alat permainan.

    (viii) Memupuk nilai yakin diri, disiplin diri dan daya estetika muzik.

  • X TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    104

    PENYAMPAIAN KONSEP MUZIK DALAM AKTIVITI MUZIKAL

    5.3

    5.3.1 Nyanyian

    Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek postur, pendengaran, sebutan, pernafasan dan teknik pengeluaran suara. Kegiatan ensembel vokal diadakan bagi memastikan penglibatan semua pelajar secara harmonis dan seimbang. Amalan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan disiplin diri dan kerjasama diutamakan dalam kegiatan ensembel. Penerapan nilai-nilai murni juga dipupuk melalui lirik lagu terutamanya melalui lagu yang berunsur budaya tanah air masyarakat Malaysia. Konsep muzik yang ditegaskan dalam bidang nyanyian ialah melodi dan irama. Antara kegiatan yang diadakan adalah seperti berikut: (a) Mari Menyanyi

    (i) Menyanyi lagu yang digemari:

    lagu beraksi lagu berentak tradisional lagu pusingan lagu suara berlapis

    (ii) Menyanyi secara spontan dan hafalan

    (iii) Menyanyi dengan menggunakan skor muzik (b) Menyanyi Secara Muzikal

    (i) Menyanyi lagu dalam pelbagai meter dengan memberi penegasan kepada tekanan dan latihan sebutan berirama

    (ii) Menyanyi pelbagai jenis lagu dengan memberi tumpuan kepada:

    pic, tempo, corak irama, melodi; dan ekspresi mengikut mud dan dinamik.

    (c) Teknik dan Cara Menyanyi

    (i) Membuat latihan vokal dengan memberi tumpuan kepada latihan skel dan warna ton.

  • TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK W 105

    (ii) Membuat latihan teknik menyanyi untuk mengenal bentuk kontur, urutan dan rangkai lagu dengan tumpuan kepada:

    pernafasan pengeluaran suara artikulasi sebutan postur

    (d) Meneroka dan Mengenal Muzik Nyanyian

    (i) Mendengar dan menyanyi dalam beberapa jenis jalinan suara seperti monofoni dan polifoni.

    (ii) Membuat pelbagai improvisasi dengan mengolah konsep muzik seperti pic, irama dan lirik seperti cara nyanyiannya.

    (iii) Mendengar dan menilai pelbagai jenis lagu dan nyanyian dari aspek:

    Lirik; Melodi; Cara menyanyi; dan Cara persembahan.

    (iv) Mendengar secara bebas dan berpandu dengan memberi perhatian kepada konsep muzik dan jenis muzik vokal.

    (v) Berbual mengenai sesuatu lagu dari segi cara hidup, alam sekitar, lagenda dan tokoh.

    (vi) Memberi respon mengikut lagu dari segi perasaan dan pengalaman diri.

    (vii) Mendengar dan mengenali pelbagai jenis lagu yang berunsur tradisional dan lagu dari negara lain.

    AKTIVITI 5.3

    Anda akan mengajar konsep tempo cepat dan lambat dalam bidang permainan alat muzik kepada pelajar tahun 2. Nyatakan langkah-langkah yang akan anda ambil dalam penyampaian konsep tersebut.

  • X TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    106

    5.3.2 Muzik dengan Gerakan

    Muzik dengan pergerakan memberi peluang kepada pelajar menggunakan tubuh badan sebagai respon kepada muzik. Kegiatan dalam bidang ini mementingkan kesedaran penggunaan semua anggota badan untuk melahirkan ekspresi diri melalui rangsangan muzik yang didengar sambil memahami konsep muzik, khususnya irama dan ekspresi. Terdapat lima jenis kegiatan pergerakan dengan muzik yang disusun mengikut perkembangan dari yang mudah kepada yang kompleks. Kegiatannya adalah seperti berikut:

    (a) Gerakan mengikut lirik lagu

    (b) Gerakan mengikut konsep muzik

    (c) Interpretasi muzik dengan gerakan

    (d) Gerakan bebas dengan muzik

    (e) Gerakan yang menunjukkan cerita atau tema dengan muzik Pergerakan ialah interpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik. Terdapat empat unsur pergerakan iaitu:

    Imbangan berat badan Ruang Masa Daya/aliran (a) Imbangan Berat Badan

    Faktor ini ada kaitannya dengan tenaga bila bergerak, ketegangan dalam otot dan pegangan. Bahagian anggota bawah badan (paras pusat ke bawah) mencerminkan tenaga kekuatan manakala bahagian anggota atas badan (paras pusat ke atas) mencerminkan keringanan. Pergerakan yang kuat memerlukan tenaga otot dan ketegangan otot tetapi pergerakan yang ringan memerlukan sedikit sahaja tenaga otot.

    (b) Ruang Pastikan ada ruang di sekeliling anggota badan. Dari satu tempat yang tetap, kita boleh menggerakkan badan ke merata-rata arah dan aras tertentu. Ruang ini dinamakan lingkungan pergerakan. Pergerakan ini boleh dibuat mengikut cara-cara berikut:

    Dari jauh menuju ke pusat badan Dalam ruang yang mengelilingi badan, bergerak mengikut aras

  • TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK W 107

    Dengan kaki, tangan, dekat atau jauh dari badan. Apabila sesuatu pergerakan badan boleh dibuat dalam ruang, badan boleh membuat pelbagai bentuk seperti panjang, bulat, luas dan sebagainya

    Bila sahaja badan digerakkan, ia bergerak ke kawasan umum. Beberapa pergerakan boleh dibuat dalam beberapa arah seperti ke depan, belakang, sisi, atas dan bawah. Aras tinggi boleh dicapai dengan menghulur, melonjak dan berguling di atas lantai.

    (c) Masa Faktor ini melibatkan pergerakan yang cerdas dan banyak apabila membuat sesuatu pergerakan. Tiap-tiap pergerakan menggunakan masa. Pergerakan yang cepat menggunakan sedikit masa dan pergerakan yang lambat menggunakan banyak masa. Kederasan pergerakan itu atau penurutan pergerakan tidak semestinya berterusan. Had kederasan boleh dibentuk menjadi rentak. Kualiti masa boleh ditunjukkan dengan pergerakan kawal lambat atau serta-merta. Mengawal kederasan pergerakan amat penting untuk mengelakkan kemalangan. Kebolehan mempercepat / melambat dan memberhenti / memulakan sesuatu pergerakan serta-merta sangat perlu untuk kawalan dan kemahiran dalam pergerakan.

    (d) Aliran Aliran pergerakan boleh dikawal atau bebas. Pergerakan terkawal ialah pergerakan yang boleh diberhentikan dengan mudah pada bila-bila masa sahaja. Pergerakan bebas susah hendak diberhentikan dengan serta-merta. Aliran pergerakan dalam satu gerakan atau beberapa gerakan boleh berpanjangan atau terputus. Pergerakan yang berpanjangan boleh melicinkan pergerakan itu.

  • X TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    108

    AKTIVITI 5.4

    Muzik dengan pergerakan merupakan satu cabang pendidikan muzik yang sangat diminati oleh setiap pelajar.

    (a) Nyatakan dua unsur pergerakan yang diberi keutamaan dalam pengajaran dan pembelajaran muzik dengan pergerakan.

    (b) Bincangkan tiga jenis kegiatan muzik dengan pergerakan untuk pelajar sekolah rendah.

    5.3.3 Permainan Alat

    Permainan alat muzik melatih pelajar dalam pelbagai aspek (koordinasi mata, pendengaran dan psikomotor) melalui penglibatan pelajar dalam kegiatan permainan alat muzik. Bidang ini menggalakkan pelajar meneroka dan bereksperimen dengan pelbagai alat muzik termasuk penggunaan anggota tubuh badan mereka. Seterusnya, kegiatan dalam bahagian ini memberi latihan asas untuk pendengaran secara selektif, teknik permainan alat dan kreativiti melalui improvisasi susunan bunyi. Pelajar berpeluang merasai hasilan bunyi melalui penglibatan mereka bermain alat muzik. Terkandung di dalam bidang permainan alat muzik ialah amalan bekerjasama yang berlaku di dalam kegiatan permainan alat secara ensembel. Konsep muzik yang ditegaskan di dalam permainan alat ialah corak irama, warna ton, melodi dan ekspresi. Kebanyakan alat muzik yang digunakan di dalam permainan alat secara ensembel ini ialah alat perkusi, melodian, rekoder dan pilihan beberapa alat tradisional tempatan yang difikirkan sesuai.

    Topik ini memberi tumpuan kepada pengetahuan asas dalam muzik. Ianya

    merangkumi pengertian muzik, matlamat dan objektif pendidikan muzik di Malaysia.

    Beberapa pendekatan muzik yang menjadi panduan kepada guru untuk mengajar pendidikan muzik dikembangkan oleh tokoh-tokoh muzik seperti Carl Orff, Dalcroze, Suzuki, Kodaly dan Gordon.

  • TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK W 109

    Di samping itu, penekanan terhadap konsep muzik yang hendak disampaikan juga diberi penerangan secara teliti berserta dengan aktiviti-aktiviti yang biasa dijalankan semasa berinteraksi dalam pengajaran dan pembelajaran.

    Terdapat tiga komponen penting yang diberi tumpuan di dalam mengajar pendidikan muzik iaitu bidang nyanyian, muzik dengan pergerakan dan permainan alat muzik.

    Homofoni

    Kemahiran ensembel

    Komposisi

    Monofoni

    Polifoni

    Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan pelajaran pendidikan muzik

    sekolah rendah (semakan). Kuala Lumpur: PPK.

    Loh, P. K. (1991). A handbook of music theory. Kuala Lumpur: Penerbit Muzikal.

    Taylor, E. (1989). The AB guide to music theory (Part 1). Great Britain: Associated Board.

    Hargreaves, D. J. & Zimmerman, M. P. (1992). Development theories of music learning. In R. Colwell (Ed.), Handbook of research on music teaching and learning. New York: Schirmer Books.

    PENGENALAN ASAS MUZIK5.1.1 Definisi Muzik5.1.2 Matlamat dan Objektif5.1.3 Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Muzik

    KONSEP MUZIKUnsur-unsur Muzik5.2.2 Kemahiran Muzikal

    PENYAMPAIAN KONSEP MUZIK DALAM AKTIVITI MUZIKAL5.3.1 Nyanyian5.3.2 Muzik dengan Gerakan5.3.3 Permainan Alat