Pengenalan Konsep Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah
description
Transcript of Pengenalan Konsep Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah
Pengenalan Konsep Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah
Kokurikulum ialah aktiviti pendidikan yang dirancang dan diperlaksanakan
selepas waktu pelajaran formal di dalam dan di luar bilik darjah, berasas dan
lanjutan pelajaran sesi persekolahan. Menurut Peraturan Kursus Pengajian, Akta
Pelajaran 1956, kokurikulum adalah extra curriculum atau ‘kegiatan luar darjah’.
Dalam pada itu, Peraturan-peraturan Kokurikulum Kebangsaan di bawah Warta
Kerajaan, Akta Pendidikan 1995 yang bertarikh 31.12.1997 pula menyifatkan
kokurikulum sebagai “kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan pelajar
peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang dipelajari dalam bilik darjah”.
Kokurikulum juga dikenali sebagai kurikulum tambahan (extra-curriculum)
atau pendidikan untuk waktu lapang (education for leisure) atau aktiviti kelas
tambahan (extra-class activities). Aktiviti-aktiviti kokurikulum sebahagian besarnya
dilakukan di luar bilik darjah. Ia merupakan aktiviti amali sebagai lanjutan kepada
mata pelajaran di dalam bilik darjah, iaitu sebahagian daripada kurikulum formal
yang merangkumi aktiviti-aktiviti persatuan, kelab, permainan dan sukan, serta
unit beruniform yang dijalankan sebelum atau selepas waktu persekolahan.
Proses pembelajaran dan pengajaran dalam aktiviti kokurikulum lebih
banyak dilaksanakan secara tidak langsung, di mana ia menekankan perkara dan
aspek yang tersembunyi seperti nilai, bakat, peranan, kepimpinan, sosial dan
sebagainya. Pada tahun 60-an dan 70-an, masyarakat dan pendidik menganggap
kokurikulum sebagai tempelan sahaja, sebagai sesuatu yang berasingan,
tambahan dan tidak begitu penting dalam perkembangan dan proses pengajaran
serta pembelajaran pelajar di sekolah. Walau bagaimanapun, pendapat itu telah
berubah dan kini kokurikulum telah diterima. sebagai sebahagian daripada
kurikulum sekolah.
Sebenarnya, aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat mengukuhkan dan
mengayakan pembelajaran pelajar di dalam kelas. Ini kerana kokurikulum
mengutamakan pembelajaran melalui amalan di mana pengetahuan yang
diperoleh di bilik darjah diamalkan melalui aktiviti praktik, samada latihan sukan,
persatuan atau unit beruniform. Oleh yang demikian, aktiviti kokurikulum
sebenarnya berperanan membentuk dimensi-dimensi sosial, di samping sifat-sifat
dan kualiti kognitif, afektif serta psiko-motor.
Komponen Gerak Kerja Kokurikulum
Kegiatan kokurikulum di peringkat sekolah dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:-
1. Pasukan Pakaian Seragam / Unit Beruniform
2. Persatuan / Kelab
3. Sukan dan Permainan
Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di peringkat sekolah adalah untuk
mengembangkan potensi serta bakat seseorang pelajar dalam bidang jasmani,
sosial, kebudayaan dan khidmat masyarakat. Selain ini, ia juga turut membentuk
sahsiah dan sikap positif seseorang pelajar.
Oleh itu, bakal-bakal guru yang menuntut di Institut Perguruan akan diberi
penekanan dalam kemahiran asas, kebolehan mengurus, kebolehan mempimpin,
kepegawaian dan kejurulatihan.
Struktur gerak kerja kokurikulum dalam kursus pengurusan adalah
dirancang mengikut tiga komponen utama iaitu: -
1. Kemahiran dan Pengurusan Pasukan Pakaian Seragam / Unit Beruniform
2. Kemahiran dan Pengurusan Persatuan / Kelab
3. Kemahiran dan Pengurusan Sukan dan Permainan
Pasukan Pakaian Seragam / Unit Beruniform
Semua pelajar sekolah adalah digalakkan untuk mengambil bahagian
sekurang-kurangnya salah satu Pasukan Pakaian Seragam sebagaimana yang
dicatatkan dalam Laporan Kabinet 1979.
Persatuan / Kelab
Matlamat penubuhan sesebuah Persatuan / Kelab di sekolah adalah untuk
menggalakkan seseorang pelajar untuk berkomunikasi dengan pelajar lain yang
berasal daripada pelbagai latar belakang serta bangsa. Selain ini, ia juga
bertujuan untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat dan membolehkan
seseorang pelajar untuk mencapai kemahiran di dalam sesuatu bidang atau hobi.
Persatuan / Kelab dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu:-
(i) Persatuan / Kelab yang berasaskan akademik atau mata pelajaran
(ii) Persatuan / Kelab yang berasaskan perkhidmatan, kebajikan dan hobi
Persatuan / Kelab yang berasaskan akademik atau mata pelajaran
Persatuan / Kelab dalan kategori ini adalah bertujuan untuk memupuk
serta menambahkan minat dan kemahiran pelajar dalam sesuatu mata pelajaran
tersebut. Persatuan / Kelab-kelab yang dikategorikan dalam komponen ini adalah
seperti Persatuan Bahasa Kesusasteraan, Persatuan Sains, Persatuan
Matematik, Persatuan Muzik, Persatuan Komputer, Persatuan Seni Lukis dan
sebagainya.
Persatuan / Kelab yang berasaskan perkhidmatan, kebajikan dan hobi
Persatuan / Kelab yang berasaskan perkhidmatan, kebajikan dan hobi adalah
bertujuan untuk menarik minat dan memberi pengetahuan dalam sesuatu bidang
tertentu. Contohnya Bimbingan dan Kaunseling, Pembimbing Rakan Sebaya,
Koperasi Sekolah, Pencinta Alam, Perpustakaan atau Pusat Sumber dan
sebagainya.
Sukan dan Permainan
Semua pelajar sekolah adalah diwajibkan untuk mengambil bahagian dalam
sesuatu sukan dan permainan seperti Bola Sepak, Bola Keranjang, Badminton,
Ping Pong, Olahraga, Bola Tampar dan sebagainya.
Perancangan, pengurusan dan pelaksanaan sesuatu sukan dan permainan di
peringkat antara sekolah-sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan adalah
tanggungjawab Majlis Sukan Sekolah-Sekolah.
Rajah 1 : Struktur, Komponen dan Jenis Aktiviti Kokurikulum
(Sumber: Pengurusan Kokurikulum & Pendidikan Sukan, Mok Soon Sang, 2008,
ms 38)
Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum di Sekolah Rendah
Pengenalan
Terdapat beberapa perbincangan, kajian dan tinjauan telah dilaksanakan
oleh pihak-pihak tertentu bagi mengetahui keberkesanan dan masalah yang
dihadapi dalam pelaksanaan dan pengurusan kokurikulum di sekolah. Antaranya
ialah yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Mengkaji Dasar Pelajaran 1979,
Asiah Abu Samah (1985), Haji Hussin Mamood (1985), Haji Razali Ismail (1992),
Annamalai (1994) serta Abd. Alim Abdul Rahim (1988 dan 2000).
Antara isi kandungan perbincangan tersebut ialah :
Ø penglibatan pelajar aktif dalam gerak kerja kokurikulum hanya tertumpu pada
bidang tertentu sahaja
Ø penyertaan pelajar dalam gerak kerja kokurikulum bergantung pada peraturan
sekolah yang dikenakan ke aas mereka
Ø kebanyakan pelajar menyatakan ibu bapa dan penjaga menggalakkan mereka
menyertai gerak kerja kokurikulum
Ø sebahagian besar pelajar menyatakan peryertaan mereka dalam gerak kerja
kokurikulum tidak menjejaskan pencapaian mereka dalam bidang akademik
Beberapa perkara yang perlu diambil kira semasa membentuk organisasi ini agar
dapat memberikan faedah kepada pelajar dan sekolah:
¨ fungsi dan tanggungjawab setiap ahli
¨ kekerapan mengadakan mesyuarat
¨ pembentukan jawatankuasa kecil
¨ pelaporan berkala
¨ dokumentasi
Carta Organisasi Kokurikulum di Sekolah
Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah
Jawatankuasa khas untuk menguruskan hal ehwal kokurikulum
Aktiviti tahunan:
menghadiri mesyuarat sekurang-kurangnya empat kali setahun
merancang program tahunan dengan menyediakan satu takwim yang sama
bagi semua aktiviti kokurikulum
menyebarkan takwim kepada semua guru dengan mempamerkan di papan
notis bilik guru
melaksanakan aktiviti mengikut carta Gantt yang sudah diselaraskan oleh
pihak sekolah
mengedarkan semua minit mesyuarat yang telah dibincangkan
mengurus dan menjaga rekod
menyediakan laporan dan pemantauan
Carta Organisasi Jawatankuasa Pelaksanaan Kokurikulum
Deskripsi tugas mengikut jawatan
Ø Tugas Penaung
§ Memastikan setiap perancangan aktiviti kokurikulum adalah berdasarkan Dasar
Kementerian Pelajaran dan Surat Pekeliling Ikhtisas.
§ Memantau, menilai dan memperbaiki aktiviti kokurikulum sekolah
Ø Tugas Pengerusi
§ Menentukan objektif gerak kerja kokurikulum sekolah tercapai
§ Memajukan aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah
§ Mewakili guru besar menjalankan segala tugas yang diagihkan termasuk
mempengerusikan mesyuarat ahli jawatankuasa kokurikulum
Ø Tugas Setiausaha
§ Menyelaras semua aktiviti kokurikulum
§ Memastikan keseimbangan agihan ahli pelajar dalam setiap persatuan, kelab, unit
dan pasukan
§ Menyediakan jadual mesyuarat agung dan perjumpaan bagi semua unit
kokurikulum
§ Menyediakan laporan dan minit mesyuarat
Ø Tugas Ketua Penyelaras Kokurikulum
§ Membantu setiusaha untuk menyediakan jadual aktiviti kokurikulum tahunan
berdasarkan perbincangan dan keputusan mesyuarat semua guru penasihat
kokurikulum
§ Bertanggungjawab dalam pelaksanaan program kokurikulum berjalan lancer tanpa
masalah
Ø Tugas Penasihat Kelab dan Persatuan, Sukan dan Permainan dan Unit
Beruniform
§ Bertindak sebagai penasihat, pembimbing, pengurus, penyelia, penilai dan pelapor
§ Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah
§ Merancang aktiviti tahunan dengan pelajar
Perbezaan di antara Jawatankuasa Kokurikulum dan Jawatankuasa
Pelaksanaan
Jawatankuasa Kokurikulum mengkaji dan mengenalpasti kekuatan dan
kelemahan dalam pelaksanaan kegiatan kokurikulum pada tahun-tahun sebelum
dan merumuskan dasar, pendekatan dan kaedah baru pelaksanaan
Jawatankuasa pelaksanaan melaksanakan polisi dan aktiviti yang telah
ditentukan oleh Jawatankuasa Kokurikulum sekolah
Skema Pelaksanaan Kokurikulum Sekolah
1) menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan dan Penyelarasan Kokurikulum
Sekolah
2) menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah (Rujuk Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 1/1985 bertarikh 2 Januari 1985)
3) merumus dan menetapkan visi dan misi kegiatan kokurikulum sekolah dan
menghebahkanna kepada guru-guru dan pelajar-pelajar
4) menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pengurusan Kerja Pengurusan dan
Penyelarasan Kegiatan Kokurikulum yang terdiri daripada guru-guru penasihat
persatuan/kelab, pasukan pakaian seragam dan sukan/permainan
5) mengkaji dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pelaksanaan
kegiatan kokurikulum pada tahun-tahun sebelumnya dan merumuskan dasar,
pendekatan dan kaedah baru pelaksanaan
6) memberi taklimat kepada guru-guru tentang dasar, pendekatan dan kaedah baru
pelaksanaan kokurikulum yang telah dirumuskan
7) menyediakan keperluan asas pentadbiran
8) menyediakan atau memperolehi keperluan prasarana dan kemudahan-
kemudahan asas
9) mengenalpasti keupayaan sekolah dari aspek pelaksanaan
10) memperoleh dan mengemaskini inventori, bekalan pejabat dan harta modal
bidang kokurikulum
11) menyediakan perancangan dan jadual tahunan (takwim) kegiatan kokurikulum
sekolah
12) menubuhkan persatuan/kelab/badan beruniform dan melantik guru-guru
penasihat
13) menyediakan kegiatan kokurikulum setiap persatuan/kelab
14) melaksanakan kursus-kursus pengurusan kokurikulum kepada guru-guru
15) menyelaraskan kegiatan atau aktiviti persatuan/kelab/badan beruniform
berdasarkan objektif/matlamat setiap persatuan/kelab/badan beruniform
berkenaan, rangka perancangan kokurikulum sekolah dan jadual aktiviti
kokurikulum peringkat daerah dan negeri
16) memantau dan menyelia pelaksanaan kegiatan kokurikulum
17) menyedia, mengumpul dan menyemak dokumentasi pelaksanaan oleh setiap
persatuan/kelab/badan beruniform
18) melaksanakan Skema Penilaian Aktiviti Kokurikulum untuk setiap pelajar
19) merancang dan melaksanakan kursus-kursus kejurulatihan
20) meneroka dan mewujudkan peluang-peluang penyertaan dan penglibatan pelajar
dalam kegiatan kokurikulum di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan
antarabangsa
21) menyediakan laporan Tahunan Kokurikulum
Prinsip Pelaksanaan Kokurikulum
1) menyediakan ruang, peluang, kesempatan dan kemudahan pembelajaran yang
menarik, menyeronokkan dan merentasi kurikulum
2) merancang, menganjur dan mengelolakan kegiatan kokurikulum yang berbentuk
aktiviti
3) dalam semua program kokurikulum penekanan diberi kepada pemerolehan dan
peningkatan ilmu dan kemahiran baru
4) dalam semua program kokurikulum penekanan diberi secara sedar kapada
usaha bersepadu ke arah memperkukuhkan semangat patriotisme, dan semangat
perpaduan antara kaum dan wilayah
5) menyediakan peluang, ruang dan kemudahan yang mencukupi
6) menyediakan skema peningkatan pengetahuan, kemahiran, pencapaian, dan
kepimpinan
7) semua program dan kegiatan kokurikulum yang dirancang memberi peluang dan
kesempatan kepada pelajar untuk mengembangkan minat
8) menyediakan peluang dan kesempatan kepada pelajar untuk memperagakan
bakat dan kebolehan masing-masing di khalayak ramai
9) menerapkan elemen-elemen kerjaya dalam program dan kegiatan kokurikulum
yang dirancang
10) mewujudkan rangkaian kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan,syarikat-
syarikat swasta, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan institusi pengajian
tinggi untuk memperluas, mempelbagai dan mempertingkatkan penglibatan
pelajar dalam kegiatan kokurikulum
11) mewujudkan peluang kepada pelajar untuk mempertingkatkan daya saing dan
daya tahan masing-masing
12) merealisasikan unsur-unsur penghargaan dalam setiap aktiviti/kegiatan
kokurikulum yang dianjur
DIRUJUK DAN DIAMBIL DARIPADA LAMAN WEB :
http://treebuilder.blogspot.com/2011/01/pengenalan-gerak-kerja-kokurikulum.html