Pengenalan kepada Perakaunan - Unit 1
-
Upload
victoria-wenddy -
Category
Documents
-
view
2.023 -
download
9
Transcript of Pengenalan kepada Perakaunan - Unit 1
P1105/UNIT 1/1
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
UNIT 1
Objektif Am: Membolehkan pelajar memahami tentang perakaunan, prinsip -
prinsip, andaian-andaian dan kovensyen perakaunan mengikut mengikut badan-badan perakaunan antarabangsa seperti GAAP, IAS, SSAP, MAS dan IAS, fungsi perakaunan kewangan, cabang-cabang perakaunan, penggunaan dan kepentingan maklumat perakaunan.
Objektif Khusus: Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:
ü Mendefinisikan perakaunan dan simpankira ü Menerangkan prinsip -prinsip, andaian-andaian dan
konvensyen perakaunan menurut GAAP,IAS,SSAP, MAS dan IAS.
ü Menerangkan cabang-cabang perakaunan ü Membincangkan kepentingan maklumat perakaunan kepada
pengguna dalaman dan pengguna luaran ü Mentakrifkan kitaran perakaunan dan menyenaraikan fasa-
fasa dalam kitaran perakaunan
OBJEKTIF
P1105/UNIT 1/2
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
1.0 PENGENALAN
INPUT
Apa itu • Simpankira??? • Perakaunan????
1.1 SIMPANKIRA ialah……….. Satu proses penyediaan rekod-rekod urusniaga. Proses dalam Simpankira melibatkan aktiviti:
• Mengenalpasti • Mengukur • Merekod • Mengkelas • Meringkas • Mengumpul • melaporkan
DATA-DATA KEWANGAN
P1105/UNIT 1/3
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
Daripada definisi Simpankira dan Perakaunan di atas, dapat disimpulkan bahawa konsep Simpankira dan Perakaunan sangat berkait rapat dan Simpankira merupakan langkah permulaan dalam proses perakaunan.
1.2 PERAKAUNAN ialah………….
Satu proses menyediakan maklumat mengenai kedudukan kewangan dan hasil kendalian sesebuah entiti untuk membantu pihak-pihak yang berkepentingan membuat keputusan. Proses dalam perakaunan melibatkan aktiviti:
§ Mengenalpasti § Mengukur § Merekod § Mengkelas § Meringkas § Mengumpul dan § Melaporkan
§ Menganalisis
DATA-DATA KEWANGAN
S I M P A N K I R A
P1105/UNIT 1/4
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
1.2 KONSEP-KONSEP ASAS PERAKAUNAN
Konsep-konsep asas perakaunan yang perlu diketahui oleh akauntan?????
KONSEP-KONSEP ASAS PERAKAUNAN
ANDAIAN-ANDAIAN PERAKAUNAN
PRINSIP-PRINSIP PERAKAUNAN
KEKANGAN PERAKAUNAN
P1105/UNIT 1/5
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
1.3.1 ANDAIAN-ANDAIAN PERAKAUNAN
• Andaian Entiti Berasingan
Menurut andaian ini, setiap perniagaan hendaklah diakaunkan secara berasingan dan terpisah dari pemiliknya dan dari entiti-entiti yang lain
• Andaian Usaha Berterusan
Menurut andaian ini, sesebuah perniagaan akan terus beroperasi pada masa-masa akan datang, dan tidak mempunyai rancangan untuk dibubarkan.
• Andaian Wang Sebagai Unit Ukuran
Menurut andaian ini, semua keputusan kewangan sesebuah entiti akan diukur dalam unit kewangan. Nilai ringgit dan sen diandaikan sentiasa dalam keadaan yang stabil.
• Andaian Ketekalan
Menurut andaian ini, penggunaan prinsip/kaedah perakaunan tidak akan diubah dari satu tempoh ke satu tempoh yang lain. Andaian ini bertujuan agar prestasi operasi dan kedudukan kewangan perniagaan boleh dibandingkan antara satu tempoh dengan satu tempoh yang lain.
• Andaian Tempoh Perakaunan
Andaian ini menyatakan aktiviti perniagaan boleh dibahagikan kepada tempoh-tempoh tertentu contohnya seperti sebulan, suku tahun atau setahun. Andaian ini membolehkan pengguna-pengguna penyata kewangan mengetahui prestasi operasi perniagaan dan kedudukan kewangan perniagaan sekurang-kurangnya sekali setahun.
ANDAIAN-ANDAIAN PERAKAUNAN
P1105/UNIT 1/6
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
1.3.2 PRINSIP-PRINSIP PERAKAUNAN
• Prinsip Kos Sejarah
Merupakan prinsip untuk merekod semua unsur dalam penyata kewangan pada nilai kos.
• Prinsip Keobjektifan
Prinsip perakaunan ini menegaskan bahawa perekodan sesuatu urusniaga hendaklah berdasarkan bukti yang objektif. Mana-mana urusniaga yang tidak dapat disokong dengan bukti yang objektif, seperti anggaran untuk akaun Peruntukan hutang Ragu, anggaran hendaklah dibuat berdasarkan maklumat yang disahkan dan tidak berat sebelah.
• Prinsip pendedahan
Mengikut prinsip ini pendedahan maklumat perakaunan hendaklah sentiasa relevan, tepat pada masanya, boleh dipercayai, tidak berat sebelah dan bebas dari kesalahan dan kesilapan.
• Prinsip Pemadanan Hasil dan Belanja
Prinsip perakaunan ini merujuk kepada semua perbelanjaan yang terlibat untuk mendapatkan hasil yang berkenaan hendaklah dilaporkan dalam tempoh perakaunan yang mana hasil yang berkenaan dilaporkan.
PRINSIP-PRINSIP PERAKAUNAN
P1105/UNIT 1/7
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
1.3.3 KEKANGAN-KEKANGAN PERAKAUNAN
• Kekangan Konservatisme
Kekangan ini menggalakkan perniagaan untuk mengelakkan daripada terlebih nyatakan aset dan liabiliti dan mengurang nyatakan liabiliti dan perbelanjaan.
• Kekangan Kematerialan
Kekangan ini merujuk kepada kepentingan sesuatu item atau peristiwa secara relatif. Item-item yang tidak material tidak perlu dilaporkan secara berasingan.
• Kekangan Faedah-Kos
Kekangan ini merujuk kepada kos penyediaan maklumat hendaklah tidak melebihi daripada nilai maklumat tersebut kepada pengguna-pengguna penyata kewangan.
KEKANGAN-KEKANGAN PERAKAUNAN
P1105/UNIT 1/8
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
AKTIVITI 1a
1.1 Perakaunan merupakan satu ____________ menyediakan ____________
kewangan tentang sesuatu perniagaan untuk membantu pihak-pihak yang berkepentingan membuat __________________
1.2 _____________________ merupakan langkah permulaan dalam proses
perakaunan 1.3 Susun aktiviti-aktiviti berikut mengikut susunan nombor yang betul dalam proses
penyediaan maklumat kewangan Mengenalpasti ( ) Melaporkan ( ) Mengukur ( ) Mengkelaskan ( ) Mengumpul ( ) Merekod ( ) Meringkaskan ( ) 1.4 Senaraikan lima prinsip-prinsip asas perakaunan:
i. _______________________________ ii. _______________________________ iii. _______________________________ iv. _______________________________ v. _______________________________ vi. _______________________________ vii. _______________________________ viii. _______________________________ ix. _______________________________ x. _______________________________
P1105/UNIT 1/9
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
1.5 Berdasarkan kepada lima jawapan di atas, padankan prinsip-prinsip asas
perakaunan dengan maklumat yang diberi.
a. ________________________________
Prinsip perakaunan yang menntukan panduan memilih kaedah perakaunan yang tidak menyebabkan aset dan pendapatan bersih lebih nyata. Prinsip ini menggalakkan aset dinyatakan pada nilai yang terendah antara kos atau pasaran. Manakala liabiliti dinyatakan pada nilai yang lebih tinggi dengan menbuat peruntukan terhadap semua liabiliti walaupun dalam jangkaan b. _______________________________________
Prinsip perakaunan yang menegaskan bahawa perekodan, penilaian aset dan liabiliti, dan pengukuran pendapata dibuat berdasarkan bukti yang benar dan cukup, untuk membolehkan data kewangan ditentusahkan, dan tidak mengandungi unsur berat sebelah
c. _________________________________
Merupakan prinsip untuk merekod urusniaga bagi aset mengikut nilai sebenar iaitu pada masa urusniaga itu berlaku kerana ianya lebih objektif dan boleh dibuktikan. Aset tidak dicatatkan pada nilai semasa kerana tidak boleh dibuktikan secara objektif
d. ____________________________________
Prinsip perakaunan untuk mengenalpasti hasil terperoleh bagi sesuatu tempoh perakaunan dan belanja untuk mendapatkan hasil tersebut bagi tempoh yang sama
e. ____________________________________
Adalah diandaikan bahawa penggunaan prinsip/kaedah perakaunan tidak akan diubah dari satu tempoh ke satu tempoh yang lain. Andaian ini bertujuan agar penyata kewangan organisai bagi satu tempoh boleh dibandingkan.
P1105/UNIT 1/10
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
1.1 Perakaunan merupakan proses menyediakan maklumat kewangan tentang
sesuatu perniagaan untuk membantu pihak-pihak yang berkepentingan membuat keputusan.
1.2 Simpankira merupakan langkah permulaan dalam proses perakaunan 1.3 Susun aktiviti-aktiviti berikut mengikut susunan nombor yang betul dalam proses penyediaan maklumat kewangan Mengenalpasti ( 1 ) Melaporkan ( 7 ) Mengukur ( 2 ) Mengkelaskan ( 4 ) Mengumpul ( 6 ) Merekod ( 3 ) Meringkaskan ( 5 ) 1.4 Senaraikan lima prinsip-prinsip asas perakaunan:
i. Prinsip kos sejarah ii. Prinsip Entiti berasingan iii. Prinsip Konservatisme iv. Prinsip Kematerialan v. Prinsip Keobjektifan v. Prinsip Ketekalan vi. Prinsip Tempoh perakaunan vii. Prinsip pendedahan viii. Prinsip Pemadanan hasil dan belanja ix. Prinsip Catatan bergu
MAKLUM BALAS 1a
P1105/UNIT 1/11
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
1.5 Berdasarkan kepada lima jawapan di atas, padankan prinsip-prinsip asas
perakaunan dengan maklumat yang diberi.
a. Prinsip Konsertvatisme
Prinsip perakaunan yang menentukan panduan memilih kaedah perakaunan yang tidak menyebabkan aset dan pendapatan bersih lebih nyata. Prinsip ini menggalakkan aset dinyatakan pada nilai yang terendah antara kos atau pasaran. Manakala liabiliti dinyatakan pada nilai yang lebih tinggi dengan menbuat peruntukan terhadap semua liabiliti walaupun dalam jangkaan
b. Prinsip Keobjektifan
Prinsip perakaunan yang menegaskan bahawa perekodan, penilaian aset dan liabiliti, dan pengukuran pendapata dibuat berdasarkan bukti yang benar dan cukup, untuk membolehkan data kewangan ditentusahkan, dan tidak mengandungi unsur berat sebelah
c. Prinsip Kos Sejarah
Merupakan prinsip untuk merekod urusniaga bagi aset mengikut nilai sebenar iaitu pada masa urusniaga itu berlaku kerana ianya lebih objektif dan boleh dibuktikan. Aset tidak dicatatkan pada nilai semasa kerana tidak boleh dibuktikan secara objektif
d. Prinsip Pemadanan hasil dan belanja
Prinsip perakaunan untuk mengenalpasti hasil terperoleh bagi sesuatu tempoh perakaunan dan belanja untuk mendapatkan hasil tersebut bagi tempoh yang sama
e. Prinsip Ketekalan
Adalah diandaikan bahawa penggunaan prinsip/kaedah perakaunan tidak akan diubah dari satu tempoh ke satu tempoh yang lain. Andaian ini bertujuan agar penyata kewangan organisai bagi satu tempoh boleh dibandingkan.
P1105/UNIT 1/12
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
1.4 CABANG-CABANG PERAKAUNAN
INPUT
Pelajar-pelajar adakah anda terfikir bahawa perakaunan merupakan satu bidang yang sangat luas. Sekarang, mari kita lihat 3 cabang utama perakaunan
CABANG-CABANG PERAKAUNAN
PERAKAUNAN
KEWANGAN
PERAKAUNAN KOS
PERAKAUNAN PENGURUSAN
P1105/UNIT 1/13
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
1.4.1 PERAKAUNAN KEWANGAN 1.4.2 PERAKAUNAN KOS
PERAKAUNAN KEWANGAN
• Menekankan aspek penyediaan laporan
kewangan untuk membantu pihak-pihak yang berkepentingan membuat keputusan
• 3 bentuk laporan laporan perakaunan
kewangan yang utama ialah Akaun Perdagangan, Akaun Untung Rugi dan Kunci Kira-Kira
• Akaun Perdagangan dan Akaun Untung
Rugi bertujuan melaporkan hasil kendalian perniagaan untuk tempoh tertentu
• Kunci Kira-kira bertujuan menunjukkan
kedudukan kewangan perniagaan pada satu titik masa
PERAKAUNAN KOS
• Menekankan kepada aspek penentuan kos terutamanya kos pengeluaran dan kos perkhidmatan
• Maklumat kos ini akan digunakan oleh
pihak pengurusan
P1105/UNIT 1/14
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
1.4.3 PERAKAUNAN PENGURUSAN
1.5 PENGGUNA-PENGGUNA MAKLUMAT KEWANGAN
PERAKAUNAN PENGURUSAN
• Menterjemahkan maklumat yang dihasilkan oleh Perakaunan Kos dan Perakaunan Kewangan untuk membantu pihak pengurusan membuat perancangan , kawalan dan keputusan berkenaan operasi perniagaan
Siapakah yang memerlukan maklumat yang dihasilkan oleh Perakaunan Kewangan???
PENGGUNA MAKLUMAT KEWANGAN
PENGGUNA DALAMAN
PENGGUNA LUARAN
P1105/UNIT 1/15
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
1.5.1 PENGGUNA DALAMAN
PENGGUNA DALAMAN
Pengguna-pengguna Dalaman di antaranya ialah:
• Pihak Pengurusan
- Maklumat kewangan membantu mereka mengetahui prestasi operasi dan kedudukan kewangan perniagaan
• Pihak Pengurusan Kewangan
- Maklumat kewangan membantu mereka
mengetahui kemampuan syarikat menjelaskan hutang-hutang perniagaan
• Pihak Pemasaran
- Maklumat kewangan membantu mereka
menentukan harga barangan yang akan dipasarkan
P1105/UNIT 1/16
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
1.5.2 PENGGUNA LUARAN
g. Pihak orang ramai Kedudukan kewangan syarikat membantu berlainan
PENGGUNA LUARAN
Pengguna-pengguna Luaran di antaranya ialah:
• Pihak Bank
- Maklumat kewangan membantu mereka mengetahui keupayaan syarikat membayar semula pinjaman yang telah dibuat
• Pihak Kesatuan Sekerja
- Maklumat kewangan membantu pihak
kesatuan memastikan sama ada tuntutan yang dibuat untuk kenaikan gaji, cuti, insurans dan seumpamanya adalah munasabah dengan kemampuan syarikat
• Pihak Pemiutang
- Maklumat kewangan membantu pemiutang mengetahui keupayaan syarikat menjelaskan hutang perniagaan
• Jabatan Hasil Dalam Negeri
- Maklumat kewangan membantu Jabatan Hasil Dalam Negeri menentukan cukai yang patut dikenakan dan pengecualian cukai (sekiranya ada)
P1105/UNIT 1/17
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
Dalam penyediaan penyata kewangan, terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti satu persatu. Langkah-langkah tersebut boleh digambarkan melalui Kitaran Perakaunan. 1.6 KITARAN PERAKAUNAN
Untuk mengetahui tentang fasa-fasa dalam Kitaran Perakaunan sila rujuk rajah 1.1
Tahukah anda apakah langkah-langkah yang perlu diikuti semasa menyediakan penyata kewangan???
Apa itu Kitaran Perakaunan? Kitaran Perakaunan merupakan satu proses:
• pengumpulan dan pemprosesan data-data perakaunan.
Ia dipanggil sebagai kitaran kerana fasa-fasa dalam kitaran perakaunan mesti diulangi bagi setiap tempoh perakaunan
Apakah fasa-fasa yang terdapat dalam Kitaran Perakaunan???
P1105/UNIT 1/18
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
1.6.1 FASA-FASA DALAM KITARAN PERAKAUNAN (sila rujuk Rajah 1.1)
Rajah 1-1
Berikut adalah penerangan ringkas mengenai kitaran perakaunan di Rajah 1.1
Pengumpulan Urusniaga (1)
Analisa Urusniaga Kewangan (2)
Penjurnalan (3)
Pemindahan Ke Akaun Lejar (4)
Penyediaan Imbangan Duga ( 5 )
Penyediaan Penyata Kewangan (6)
Fasa 2 Analisa Urusniaga Analisa urusniaga adalah untuk melihat kesan urusniaga ke atas persamaan perakaunan: Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik) ( rujuk unit 6 )
Fasa 1 Pengumpulan Urusniaga Pengumpulan data-data urusniaga mestilah disokong dengan dokumen pern iagaan yang berkaitan contohnya:
• jualan kredit mesti dibuktikan dengan invois, belanja tunai runcit mesti dibuktikan dengan baucar tunai runcit
P1105/UNIT 1/19
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
Fasa 6 Penyediaan Penyata Kewangan Fasa ini melibatkan penyediaan tiga penyata kewangan yang utama iaitu Penyata Pendapatan, Kunci Kira-Kira dan Penyata Aliran Tunai. ( rujuk unit 9 )
Fasa 5 Penyediaan Imbangan Duga Imbangan Duga disediakan pada setiap akhir tempoh perakaunan. Ia merupakan senarai akaun-akaun yang terdapat dalam lejar beserta baki bagi setiap akaun ( rujuk unit 8 )
Fasa 4 Pemindahan Ke Akaun Lejar Pemindahan ke akaun lejar adalah pemindahan data-data yang direkod dalam Jurnal ke akaun-akaun dalam Lejar ( rujuk unit 7 )
Fasa 3 Penjurnalan Penjurnalan adalah proses merekod urusniaga dalam Jurnal, mengikut turutan tarikh berlakunya urusniaga ( rujuk unit 2, 3, 4,5 )
P1105/UNIT 1/20
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
AKTIVITI 1b
1.6 Perakaunan telah dipecahkan kepada kepada tiga cabang utama iaitu: (i) __________________________ (ii) __________________________ (iii) __________________________
1.7 Pihak dalaman yang akan menggunakan semua maklumat perakaunan adalah terdiri daripada:
i. __________________________________ ii. __________________________________ iii. __________________________________
1.8 Pihak luaran yang akan menggunakan semua maklumat perakaunan adalah
terdiri daripada: i. __________________________________ ii __________________________________ iii. __________________________________ iv. __________________________________
1.9 Kitaran Perakaunan ialah
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
P1105/UNIT 1/21
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
1.6 Perakaunan telah dipecahkan kepada kepada tiga cabang utama iaitu: (i) Perakaunan kewangan
(ii) Perakaunan pengurusan (iii) Perakaunan kos
1.7 Pihak dalaman yang akan menggunakan semua maklumat perakaunan adalah
terdiri daripada: i. Bahagian pengurusan ii. Pihak pemasaran iii. Pihak pengurusan kewangan
1.8 Pihak luaran yang akan menggunakan semua maklumat perakaunan adalah terdiri daripada:
i. Pihak bank ii. Pihak kesatuan sekerja iii. Pemiutang iv. Jabatan Hasil Dalam Negeri
1.9 Kitaran Perakaunan ialah satu proses pengumpulan dan pemprosesan data-
data perakaunan. Ia dipanggil sebagai kitaran kerana fasa-fasa dalam kitaran perakaunan mesti diulangi bagi setiap tempoh perakaunan
MAKLUMBALAS 1b
P1105/UNIT 1/22
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
SOALAN 1.1: Pengguna maklumat kewangan boleh dibahagikan kepada dua iaitu pengguna ________________ dan pengguna __________________________ SOALAN 1.2 Terangkan secara ringkas empat prinsip asas perakaunan berikut yang telah ditetapkan oleh badan perakaunan antarabangsa. i) Prinsip Konservatisme ii) Prinsip Ketekalan iv) Prinsip Catatan Bergu v) Prinsip Pemadanan Hasil dan Belanja SOALAN 1.3 Terangkan secara ringkas tiga pengguna dalaman maklumat perakaunan. SOALAN 1.4 Namakan fasa-fasa dalam Kitaran Perakaunan. SOALAN 1.5 Terangkan secara ringkas empat pengguna luaran maklumat perakaunan.
PENILAIAN KENDIRI
P1105/UNIT 1/23
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
ADAKAH ANDA TELAH MENCUBA TERLEBIH DAHULU? JIKA “YA”, SILA SEMAK JAWAPAN ANDA
JAWAPAN 1.1 Pengguna maklumat kewangan boleh dibahagikan kepada dua iaitu pengguna dalaman dan pengguna luaran JAWAPAN 1.2 Empat prinsip asas perakaunan berikut yang telah ditetapkan oleh badan perakaunan antarabangsa adalah seperti berikut:
i. Prinsip Konservatisme
Prinsip perakaunan yang menntukan panduan memilih kaedah perakaunan yang tidak menyebabkan aset dan pendapatan bersih lebih nyata. Prinsip ini menggalakkan aset dinyatakan pada nilai yang terendah antara kos atau pasaran. Manakala liabiliti dinyatakan pada nilai yang lebih tinggi dengan menbuat peruntukan terhadap semua liabiliti walaupun dalam jangkaan
ii. Prinsip Ketekalan
Adalah diandaikan bahawa penggunaan prinsip/kaedah perakaunan tidak akan diubah dari satu tempoh ke satu tempoh yang lain. Andaian ini bertujuan agar penyata kewangan organisai bagi satu tempoh boleh dibandingkan.
MAKLUMBALAS
P1105/UNIT 1/24
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
iii. Prinsip Catatan Bergu
Setiap urusniaga secara amnya mesti melibatkan catatan debit (pihak yang menerim nilai) dan catatan kredit`(pihak yang memberi nilai).
ii. Prinsip Pemadanan Hasil dan Belanja
Prinsip perakaunan untuk mengenalpasti hasil terperoleh bagi sesuatu tempoh perakaunan dan belanja untuk mendapatkan hasil tersebut bagi tempoh yang sama
JAWAPAN 1.3 Pengguna-pengguna Dalaman di antaranya ialah:
• Pihak Pengurusan
- Maklumat kewangan membantu mereka mengetahui prestasi operasi dan kedudukan kewangan perniagaan
• Pihak Pengurusan Kewangan
- Maklumat kewangan membantu mereka mengetahui kemampuan
syarikat menjelaskan hutang-hutang perniagaan
• Pihak Pemasaran
- Maklumat kewangan membantu mereka menentukan harga barangan yang akan dipasarkan
JAWAPAN 1.4 1. Pengumpulan urusniaga kewangan 2. Analisa urusniaga 3. Penjurnalan 4. Pemindahan ke akaun-akaun di lejar 5. Penyediaan Imbangan Duga 6. Penyediaan Penyata Kewangan
P1105/UNIT 1/25
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
JAWAPAN 1.5 Pengguna-pengguna Luaran di antaranya ialah:
• Pihak Bank
- Maklumat kewangan membantu mereka mengetahui keupayaan syarikat membayar semula pinjaman yang telah dibuat
• Pihak Kesatuan Sekerja
- Maklumat kewangan membantu pihak kesatuan memastikan sama
ada tuntutan yang dibuat untuk kenaikan gaji, cuti, insurans dan seumpamanya adalah munasabah dengan kemampuan syarikat
• Pihak Pemiutang
- Maklumat kewangan membantu pemiutang mengetahui keupayaan syarikat menjelaskan hutang perniagaan
• Jabatan Hasil Dalam Negeri
- Maklumat kewangan membantu Jabatan Hasil Dalam Negeri menentukan cukai yang patut dikenakan dan pengecualian cukai (sekiranya ada)