PENGENALAN KEPADA PENTAKSIRAN.pptx

21
PENGENALAN KEPADA PENTAKSIRAN 1.1KONSEP 1.2 JENIS-JENIS UJIAN NAMA PENSYARAH : CIK.PHUN LEE LEE DISEDIAKAN OLEH : BHAVANII RAJASEGAR

Transcript of PENGENALAN KEPADA PENTAKSIRAN.pptx

PENGENALAN KEPADA PENTAKSIRAN

PENGENALAN KEPADA PENTAKSIRAN1.1KONSEP1.2 JENIS-JENIS UJIAN

NAMA PENSYARAH : CIK.PHUN LEE LEEDISEDIAKAN OLEH : BHAVANII RAJASEGAR1.1 KONSEP

Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkahlaku seseorang individu dengan bantuan berskala nombor atau berkategori. Pengujian dapat dianggap sebagai suatu cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang individu. Maklumat yang diperolehi daripada ujian akan dijadikan asas untuk membuat penilaian atau pengadilan. Pengujian boleh juga diertikan sebagai satu kaedah, tugas atau prosedur yang digunakan untuk memperoleh pemerhatian yang sistematik tentang sifat atau peribadi seseorang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi.PENGUJIANPENGUKURAN Pengukuran boleh ditakrifkan sebagai satu proses untuk mendapatkan penjelasan secara angka tentang sebanyak mana seseorang pelajar mempunyai ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu (Mokhtar Ismail, 2009). Aspek yang diukur bukanlah objek tetapi sifat objek. Contohnya, kita tidak mengukur meja tetapi panjang meja. Pengukuran juga tidak bersifat mutlak. Misalnya, pengukuran keupayaan mental seseorang lebih sukar untuk diukur berbanding berat. Seorang pelajar yang mendapat skor 90 tidak boleh dianggap sebagai mengetahui dua kali ganda daripada pelajar yang mendapat skor 45. PENILAIANPenilaian dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau keputusan dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkara. Stufflebeam (1971), penilaian bermaksud sebagai proses menentukan mendapatkan dan memberikan maklumat yang berguna dalam mempertimbangkan alternatif-alternatif keputusan bagi pertimbangan selanjutnya. Dalam konteks pendidikan, penilaian ialah satu sistem yang melibatkan aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi pembelajaran dan pengajaran untuk membuat pertimbangan bagi mengambil tindakan yang sewajarnya.

PENTAKSIRANPentaksiran ialah satu proses pengumpulan maklumat oleh guru tentang pelajarnya dan pelajar itu sendiri mengetahui tentang kemajuan mereka. Noraini Idris (2008), pentaksiran dirancang dan dikendalikan oleh guru dan menjadi sebahagian daripada proses pengajaran yang diharapkan dapat memperbaiki proses pembelajaran pelajar. Pentaksiran ialah proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan, dan pencapaian pelajar secara menyeluruh berasaskan matlamat kurikulum.Pentaksiran bukan sahaja melibatkan pentadbiran, pemarkahan dan penggredan sesuatu ujian tetapi mencakupi pengutipan peringkat awal sehingga akhir segala bentuk maklumat yang membantu pemahaman mengenai pelajar dan pemantauan pengajaran.Ciri-ciri pentaksiran:Kesahan Skor:- merujuk kepada relevan dan kecukupan cakupanKebolehpercayaan Skor:- merujuk kepada ketekalan dan ketepatanKeobjektifan:- ketepatan seseorang pentaksir memberikan skorKebolehtadbiran:- kelicinan kerja-kerja mentadbir ujian yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolahKemudahtafsiran:- maklumat tentang calon berdasarkan skor, diskrimininasi antara calon, ketepatan tujuan mengadakan ujianKekomprehensifan:- Kertas soalan mewakili semua objektif penting Sukatan Pelajaran

Pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) - bertujuan supaya dapat membantu guru mengenalpasti tahap pembelajaran pelajar dan keberkesanan pengajaran guru. Oleh itu, ini akan membantu guru mengubahsuai aktiviti pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah mengikut kesesuaian dan keperluan pelajar.tujuan pentaksiran di sini ada kaitan dengan tindakan susulan selepas pembelajaran sama ada untuk guru sendiri mahupun bagi guru membantu pelajarPentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning) - bertujuan memberi ruang kepada pelajar untuk mengetahui tahap pencapaian masing-masing. Pentaksiran sebagai pembelajaran memberi fokus terhadap peranan pelajar sebagai penghubung yang kritikal di antara pentaksiran dan pembelajarandi sini peranan guru amat penting sebagai fasilitator dalam membimbing pelajar menggunakan pentaksiran sebagai proses penilaian pencapaian peranan pelajar.Kepentingan pentaksiran kepada pembelajaran (assessment to learning) - tujuan mengenal pasti pengetahuan yang diperolehi, dilakukan dan diterjemahkan dalam bentuk tingkahlaku oleh pelajar. tujuan pentaksiran ini berkaitan dengan matlamat dan hasil pembelajaran. pentaksiran dalam pendidikan bersifat lebih menyeluruh kerana pentaksiran yang dilakukan melibatkan pelajar dan juga organisasi yang terlibat termasuk kurikulum yang digunakan.1.2 JENIS-JENIS UJIANUJIAN RUJUKAN NORMA untuk membandingkan pencapaian antara pelajar ataupun kumpulan pelajar. URN juga digunakan untuk menentukan pencapaian sama ada lulus, sederhana atau cemerlang. Ini akan memudahkan tujuan pengiktirafan seperti penganugerahan sijil dan hadiah. bagi memastikan tujuan ini tercapai, tahap kesukaran soalan perlu dikawal. Cakupan kandungan pembelajaran bagi tujuan URN lebih luas.UJIAN RUJUKAN KRITERIA Matlamat URK bukan untuk membandingkan pencapaian pelajar dengan pelajar lain, tetapi ditumpukan kepada membandingkan pencapaian pelajar dengan kriteria tertentu, iaitu sama ada kriteria tersebut dapat dikuasai pelajar atau tidak. matlamat URK ialah untuk penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan keputusan ujian ujian ini dibina berpandukan kepada kriteria atau tingkahlaku yang ditetapkan. Ujian juga lebih terperinci dan meliputi kandungan pelajaran tertentu sahaja. Kandungan atau kriteria tersebut menjadi standard prestasi yang perlu dicapai oleh pelajar dalam URK Berbeza dengan URN, URK menumpukan kepada tajuk- tajuk yang lebih khusus. URK berbentuk tidak formal UJIAN PENCAPAIAN Ujian pencapaian digunakan untuk mengukur tahap pengetahuan, kemahiran dan kecekapan semasa pelajar ujian pencapaian dibina oleh guru atau kumpulan guru bagi mengukur sejauh mana pelajar dapat menguasai tajuk-tajuk yang telah diajar oleh guru yang meliputi pengetahuan, kefahaman dan aplikasi Ujian ini juga digunakan bagi memastikan kesediaan pelajar untuk memulakan tajuk baru dan mengenalpasti masalah yang dihadapi pelajar bagi tajuk-tajuk yang telah diuji. UJIAN KECERDASAN mengukur perbezaan tingkah laku manusia secara sistematik. Kecerdasan didefinisikan sebagai kebolehan satu organisma menyesuaikan diri dengan persekitarannya (Mokhtar Ismail, 2009) ujian kecerdasan ialah ujian yang mengukur kebolehan mental seseorang pelajar, contoh: ujian Binet UJIAN PRESTASI Ujian prestasi ialah ujian yang mengukur kecekapan pelajar melakukan sesuatu tugas yang melibatkan manipulasi objek yang konkrit. Ujian prestasi menguji kemahiran pelajar menggunakan sesuatu alat yang konkrit seperti gambar dan radas, dan tidak semata-mata tertumpu kepada aspek bahasa atau ujian pensel- kertas Misalnya seorang guru Pendidikan Jasmani ingin mengukur kebolehan pelajar menggunakan kayu hoki. UJIAN DIAGNOSTIK Ujian diagnostik bertujuan untuk mengesan kekuatan dan kelemahan pelajar, guru dan institusi agar program pemulihan dapat dijalankan bagi menanganinya Ujian ini bertujuan untuk mengenalpasti kumpulan-kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan tajuk pengajaran yang tepat serta sesuai dengan kumpulan-kumpulan tertentu Ujian diagnostik boleh dilaksanakan melalui ujian formal seperti ujian pensel-kertas ataupun secara soal jawab, inventori dan pemerhatian tugasan dari masa ke semasa. ujian diagnostik ialah ujian ini tidak memberikan skor atau gred kepada pelajar UJIAN PERSONALATIujian personaliti bagi mengenali pelajarnya dengan lebih dekat. Ini akan memudahkan guru membuat pilihan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut personaliti pelajar ataupun melaksanakan tindakan pemulihan bagi pelajar tertentu. ujian personaliti ialah ujian yang digunakan untuk mengukur personaliti pelajar.UJIAN BAKAT Ujian bakat ialah ujian yang digunakan untuk membuat telahan tentang bakat atau keistimewaan yang dimiliki oleh pelajar. Ujian bakat bertujuan untuk memberi maklumat asas tentang telahan prestasi masa depan seseorang pelajar dalam sesuatu bidang. Menurut Mokhtar Ismail (2009), terdapat dua cara ujian bakat dijalankan iaitu kaedah komposit dan kaedah penentu Misalnya Ujian Kemasukan Ke Institut Pendidikan Guru (UKELP) bertujuan untuk mengelompokkan individu dalam kumpulan tertentu mengikut kebolehannya.SEKIAN TERIMA KASIH