Pengenalan Fonetik Dan Fonologi
-
Upload
mariam-dalila -
Category
Documents
-
view
486 -
download
13
Transcript of Pengenalan Fonetik Dan Fonologi
-
7/29/2019 Pengenalan Fonetik Dan Fonologi
1/20
Pengenalan Fonetik dan Fonologi
BAB 1 DEFINISI KAJIAN FONETIK DAN FONOLOGI
1.1 PENGENALAN
Bidang fonologi adalah bidang yang mengkaji salah satu daripada aspek yang
terpenting dalam bahasa iaitu bunyi. Bidang ini juga disebut sebagai bidang fonetik
namun ia terdapat sedikit perbezaan. Mari kita menelusuri lagi makna fonetik dan
fonologi.
1.1.1 Definisi Fonetik
Menurut Raminah Haji Sabran (1984) dalam buku berjudul Kajian Bahasa Untuk
Pelatih Maktab Perguruan menyatakan bahawa fonetik kajian tentang fenomenabunyi atau pertuturan manusia sejagat.
Bagi Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai
ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan
memfomulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya,
manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik
ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu.
Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang
diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, maupun
bunyi bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi, yakni
menurut Dr. Lufti Abas (1985).
Menurut ahli linguistik Barat, Kenstowicz dan Kisserberth (1979) the study of the
sounds human beings employ when speaking a language is phonetics. Penyataan
yang dinyatakan dapat kita terjemahkan yang bermaksud pengkajian tentang bunyi-
bunyi oleh manusia yang kita digunakan semasa bertutur ialah fonetik.
Menurut Inderawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) dalam buku berjudul
Fonetik dan Fonologi menyatakanfonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa
yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat komunikasi.
Umumnya, ilmu fonetik ini dibahagikan kepada fonetik artikulatori, fonetik auditori dan
fonetik akustik
Malahan menurut Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) dalam buku
Bahasa Melayu STPM dalam bab 11 bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji
bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh kita iaitu manusia dan memberikan lambang
kepada bunyi-bunyi tersebut. Fonetik pula terbahagi kepada tiga cabang, organpertuturan, sifat bunyi bahasa (akuistik) dan pendengaran (auditori).
-
7/29/2019 Pengenalan Fonetik Dan Fonologi
2/20
Setelah membuat penelitian berdasarkan pernyataan dari ahli-ahli linguistik saya
dapati bahawa fonologi dan fonetik mempunyai maksud tersendiri. Bagi fonetik pula
bermaksud bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-
alat artikulasi manusia dan ia memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut
Fonetik ialah kajian yang ditinjau daripada segi bahan fizik atau jisim yang mewujudkan bentuk ucapan . Oleh itu,
fonetik ialah kajian yang berkaitan denganorgan pertuturan, sifat bunyi bahasa (akuistik), dan pendengaran (auditori).
1.1.2 Definisi Fonologi
Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham juga, bidang fonologi mengkaji
sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini
jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan the study of the
systematicorganization of selected speech sounds in the spoken form of individual
language has variously been called phonology.
Manakala menurut Dalbor, salah seorang ahli linguistik Barat pula, phonology is the
study of the function and patterning of speech sounds yang bermaksud fonologi
ialah kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang
diucapkan oleh manusia.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Universiti terbuka pula, fonologi ialah bidang
yang mengkaji sistem bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia, yaknisatu pernyataan yang begitu umum untuk mendefinisikan fonologi itu sendiri.
Menurut Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) dalam buku Bahasa Melayu
STPM bab 11 bahawa fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi
bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Fonologi
terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik
Fonologi dapat didefinisikan sebagai satu bidang yang mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan khususnya bagi
sesuatu bahasa.
kajian fonetik dan fonologi1.0 PENGENALAN:
Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak adalah berbeza daripada individu dengan
individu yang lain. Ahli psikologi perkembangan mengkaji aspek-aspek pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak dan cubamencari kaitannya dengan faktor-faktor yang
mempengaruhinya, iaitu baka dan persekitarannya. Mereka sering mempersoalkan tentang
perkembangan dan pertumbuhan seseorang kanak-kanak contohnya, seorang bapa akan mendapati
anaknya yang pertama berbeza daripada anaknya yang kedua. Ini adalah di sebabkan setiap individu
adalah unik dan tidak ada individu lain yang seratus peratus sama dengannya, walaupun individu-
individu itu adalah kembar seiras.
-
7/29/2019 Pengenalan Fonetik Dan Fonologi
3/20
Perkembangan bahasa pada manusia adalah perkembangan yang bersifat kualitatif. Sifat
perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih
awal. Contohnya bayi yang baru lahir tidak dapat bertutur dan meminta apa yang dikehendaki. Apabila
sudah berumur satu tahun dia mula berupaya menyebut satu atau dua patah perkataan
seperti mama ataupapa. Dari keadaan tidak boleh bertutur kepada boleh bertutur beberapa
patah perkataan, ternyata kakak-kanak ni telah mengalami perkembangan dari segi bahasa dan
pertuturan.
2.0 DEFINISI FONOLOGI
Fonologi ialah bidang yang mengkaji salah satu daripada aspek yang terpenting di dalam
bahasa iaitu bunyi. Bidang ini disebut juga oleh kebanyakan orang sebagai bidang fonetik. Bidang
fonologi boleh terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik. Jika diteliti tentang fonetik, dapatlah
disimpulkan bahawa fonetik ialah kajian yang ditinjau daripada segi bahan fizik atau jisim yang
mewujudkan bentuk ucapan. Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa fonetik ialah kajian yang berkaitan
dengan organ pertuturan, sifat bunyi bahasa ( akuistik ) dan pendengaran ( auditori ).
Manakala fonemik pula ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu, iaitu pengkajian
tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu. Namun, perlu kita ketahui bahawa sebenarnya di antara
fonetik dan fonologi terdapat sedikit perbezaan. Bidang fonetik mengkaji fenomena bunyi atau
pertuturan manusia sejagat sementara bidang fonologi mengkaji system bunyi-bunyi tertentu dalam
pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan :
The study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken form of
individual language has variously been called phonology .
Bidang ini juga umumnya disebut sebagai fonemik atau functional phonetics . Tugas
bidang fonologi sebenarnya ialah merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan dengan teliti dancermat segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi
yang tertentu itu.
Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa bidang fonetik adalah bidang yang mengkaji fenomena
bunyi bahasa sejagat. Jelasnya, bunyi bahasa adalah bunyi-bunyi yang berfungsi dalam pertuturan.
Ia juga turut mengkaji bunyi dari segi sifat bunyi itu, cara pengeluarannya dan aspek pendengarannya.
Biasanya, aspek yang dikaji merangkumi bunyi-bunyi yang digunakan untuk bertutur iaitu bunyi-bunyi
bahasa sementara bunyi bukan bahasa seperti dengkuran, siulan, sendawa dan lain-lain tidak
termasuk dalam kajian bidang fonetik.
3.0 DEFINISI FONETIK
-
7/29/2019 Pengenalan Fonetik Dan Fonologi
4/20
Fonetik adalah bidang pengajian bunyi bahasa. Menurut Fromkin, dan Rodman ( 1983 ) fonetik
adalah kajian bunyi bahasa pertuturan yang membawa makna dalam semua bahasa manusia.
Walau bagaimanapun, pada dasarnya, bunyi-bunyi bahasa dapat dihuraikan melalui tiga perspektif
yang berbeza: fonetik artikulatori, fonetik auditori dan fonetik akustik. Artikulatori menerangkan
bagaimana terusan ujaran ( vocal tract ) menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Fonetik Auditori pula
mengkaji bagaimana pendengaran menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Manakala Fonetik Akustik
meneliti ciri-ciri fizikal bunyi-bunyi bahasa itu sendiri.
Menurut Arbak Othman ( Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu ) fonetik mempelajari segala
bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, baik bunyi bahasa, bunyi bukan bunyi
bahasa, mahupun bunyi marjinal, dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi.
Cabang-cabang fonetik adalah Fonetik Artikulasi iaitu mempelajari cara-cara mekanisma badan
menghasilkan bunyi dan klasifikasi bunyi berdasarkan atas artikulasi. Fonetik Penerima ( auditori ),
mempelajari bagaimana mekanisma telinga menerima bunyi. Fonetik Akustik pula mempelajari
hakikatnya bunyi dan klasifikasi bunyi berdasarkan atas hakikatnya bunyi ini.
Kesimpulannya, kedua-dua pendapat yang diberikan ini telah menjelaskan tentang maksud
yang sama dalam menerangkan definisi fonetik. Manakala fonologi pula mengkaji keadaan dan
organisasi ucapan iaitu tentetan bunyi yang berupa unit-unit yang dapat dipecah-pecahkan, hubungan
antara unit-unit itu, fungsi pembentukannya dan kejadiannya yang membentuk pola dan hirarki. Unit-
unit asas yang dimaksudkan disini adalah fonem-fonem iaitu unit-unit terkecil yang distingtif yang
ikatan ucapannya dapat dipenggal-penggal. Kajian mengenai fonem-fonem ini pula umumnya diistilah
sebagai fonemik.
Pada kesimpulannya, fonologi merupakan bahagian dari linguistik deskriptif yang mempelajari
tentang bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, seterusnya terbahagi lagi
menjadi fonetik dan fonemik. Fonetik merupakan bidang yang mempelajari segala bunyi bahasa dan
memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi itu. Dengan singkat dapat dikatakan bahawa
fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan
kebenaran-kebenaran umum dan memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan
pengucapannya, manakala sebagai kemahiran , fonetik memakai data deskriptif dasar daripada
fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. Fonemik
pula bermaksud bidang yang mempelajari bunyi-bunyi bahasa dan cara pengelompokan mereka ke
dalam fonem-fonem. Dengan singkat, fonemik merupakan bidang yang mempelajari fonem-fonem
sesuatu bahasa.
4.0 DEFINISI BAHASA
Fenomena yang penting dalam hidup kita adalah bahasa. Kebanyakan kita hanya
menganggap kebolehan bertutur itu sebagai salah satu kebolehan asasi manusia tanpa
mempersoalkan sama ada ia merupakan kebolehan semula jadi manusia ataupun yang dipelajari.
Sebenarnya kebolehan bertutur itu adalah satu keanehan. Berbeza dengan kebolehan berjalan,
manusia bertutur dipengaruhi oleh masyarakat yang berada disekelilingnya. Sekiranya masyarakat itu
dihapuskan, kanak-kanak itu akan terus berjalan tetapi tidak bertutur. Sekiranya ia diletakkan dalam
satu masyarakat lain, ia akan terus berjalan dan seterusnya menuturkan bahasa masyarakatnya yang
baru itu. Ini menunjukkan bahawa berjalan adalah fungsi biologi tubuh badan secara naluri, tetapi
-
7/29/2019 Pengenalan Fonetik Dan Fonologi
5/20
pertuturan adalah fungsi kebudayaan yang harus dipelajari. Jika diteliti akan cara orang bertutur
tentang bahasa, kita sering mendapati bahawa bahasa itu sering dianggap sebagai suatu alat yang
boleh dipunyai, diperoleh malah dihalangi.
Ahli-ahli linguistik pula sering memperkatakan mengenai bahasa sebagai sesuatu yang
berlaku seolah-olah ia suatu objek seperti jam loceng yang mempunyai struktur dalaman yang boleh
dikaji. Anggapan sebegini tidaklah tepat kerana bahasa itu seringkali dirujuk sebagai organisma yang
hidup.
Ahli-ahli psikologi pula menganggap bahasa itu sebagai alat untuk melahirkan perasaan,
menyampaikan ilmu, mencipta keindahan, menurunkan ilmu kebudayaan peradaban dan untuk
berkomunikasi (Raja Mukhtaruddin Mohd Dain, 1982:29). Pendapat ahli-ahli psikologi ini ada
benarnya dalam beberapa perkara. Apabila seseorang itu berbicara, ia akan menggunakan bahasa
sebagai alat menyatakan perasaannya seperti suka, kasih sayang, marah, benci dan lain-lain. Dalam
hal ini penggunaan nada suara itu penting seperti intonasi, tekanan dan jeda. Pada aspek keindahan
pula, seseorang itu menggunakan bahasa untuk menyampaikan nyanyian, puisi, pantun dansebagainya dalam bahasa yang puitis. Bagi menyampaikan ilmu, bahasa memerlukan alat yang
berkuasa merakamnya. Sesungguhnya ilmu yang kita miliki dan peroleh itu adalah melalui
perantaraan bahasa.
4.1 BUNYI BAHASA
Bunyi bahasa adalah gelombang bunyi yang terjadi pada arus udara yang bergerak. Udara
yang bergerak keluar daripada paru-paru melalui tengkorak, kitar suara, rongga takak dan mulut atau
hidung atau kedua-duanya. Udara yang kelar itu akan mengenai bahagian gegendang telinga dan
akhirnya didengar sebagai bunyi.
Bunyi bahasa ialah bunyi yang terdapat di dalam apa juga bahasa di seluruh dunia. Bunyi
bahasa ialah bunyi yang berfungsi dalam pertuturan.
Pertuturan di sini membawa maksud bahasa yang diungkapkan secara lisan. Pada hakikatnya, bahan
yang terkandung dalam pertuturan ialah bunyi-bunyi. Kita sedia memaklumi bahawa pertuturan ialah
bunyi-bunyi yang bermakna. Ini kerana apabila dua orang bertutur, mereka saling memahami perkara
yang dituturkan. Oleh itu, bunyi bahasa itu ialah bunyi yang bermakna yang dihasilkan oleh alat
artikulasi. Alat artikulasi adalah alat-alat atau organ-organ yang berfungsi dalam mengeluarkanbunyi-bunyi bahasa.
4.2 Alat-alat Pertuturan
1. Bibir atas 11. Tengah lidah
2. Bibir bawah 12. Belakang lidah
3. Gigi atas 13. Akar lidah
4. Gigi bawah 14. Epiglotis
5. Gusi 15. Pita suara
6. Lelangit keras 16. Rongga tekak
7. Lelangit lembut 17. Rongga Hidung
8. Anak tekak 18. Rongga mulut
-
7/29/2019 Pengenalan Fonetik Dan Fonologi
6/20
FONOLOGI -BUNYI VOKAL DAN KONSONAN
HURUF VOKAL DAN KONSONAN, DAN CARA MEMBUNYIKANNYAPENDAHULUAN
Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. Alat pertuturan ini sememangnya
kompleks, tetapi teratur dengan menggunakan kod-kod tertentu. Asmah Hj Omar (1986) mengatakan
bahasa yang digunakan oleh manusia adalah menggunakan alat-alat ujaran yang terdapat dalam
tubuh badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir, lidah, lelangit dan pita suara.
Huraian mengenai vokal dan konsonan tergolong dalam bab fonetik dan fonologi. Maksud dan
definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan
dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Manakala mengikut Merriam
Websters Collengiate Dictionary tenth edition (1996:873), fonetik dikatakan sebagai the system of
speech sounds of a language or group of languages.
Maksud dan makna fonologi adalah seperti yang berikut menurut kamus dewan, fonologi
merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa (1996:354). Dalam Merriam
Websters Collegaite Dictionanry tenth edition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai the science of
speech sounds including, especially the history and theory of sound changes in a language or in two
or more related languages.
Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:51) memberikan definisi fonologi
sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.
Huraian huruf Vokal
Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat lapan buah vokal Dalam bahasa Melayu. Ini
diterapkan dalam rajah berikut.
Terdapat empat vokal depan dalam bahasa Melayu iaitu [i], [e], [] dan [a] manakala tiga
Vokal belakang iaitu [u], [o] dan [ ] dan satu vokal tengah, iaitu []. secara nyata vokal-vokal Ini tidak
betul-betul menyerupai vokal kardinal sepenuhnya. Walau bagaimanapun Vokal Melayu ini dapat
dijelaskan menurut persamaannya dengan vokal-vokal Kardinal.
9. Hujung lidah 19. Rahang
10. Hadapan lidah 20. Tenggorok
http://ba-cemerlangbahasadansastera.blogspot.com/2011/02/fonologi-bunyi-vokal-dan-konsonan.htmlhttp://ba-cemerlangbahasadansastera.blogspot.com/2011/02/fonologi-bunyi-vokal-dan-konsonan.html -
7/29/2019 Pengenalan Fonetik Dan Fonologi
7/20
Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkannya
udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapatkan
sebarang sekatan atau geseran. Dengan kata lain bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri seperti
bersuara, udara keluar dari paru-paru berterusan dan udara keluar tanpa sekatan atau geseran.
Manakala penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu iaitu,
keadaan bibir sama ada dihamparkan atau dibundarkan, bahagian lidah yang terlibat sama ada depan
lidah atau belakang lidah, turun naik lidah sama ada dinaikkan setinggi-tingginya, dinaikkan sedikit
atau diturunkan, keadaan lelangit lembut, sama ada dinaikkan dan udara dari paru -paru keluar
melalui rongga mulut sahaja ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak
rapat sehingga udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan juga rongga hidung (
menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang disengaukan) dan keadaan glotis dirapatkan dan semasa udara
keluar dari paru-paru pita suara bergetar. Selain vokal terdapat juga separuh vokal, diftong dan vokal
rangkap.
Huraian Hurufkonsonan
Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan atau
halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan terdiri daripada konsonan
bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil
apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak
bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara.
Dalam bahasa Melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan
pinjaman. Konsonan asli bahasa Melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna olehpenutur bahasa Melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur. Dalam bahasa melayu
terdapat 9 jenis konsonan iaitu :
a) Dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ).
b) Dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ).
c) Dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ).
d) Satu konsonan hentian glotis. ( ? )
e) Dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j )
f) Dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara ( s) dan geseran glotis
bersuara ( h ).
g) Satu konsonan getaran bersuara ( r ).
h) Satu konsonan sisian bersuara ( i ).
i) Empat konsonan sengauan bersuara (m, n, , n )
j) Dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( i ) dan separuh vokal dua bibir bersuara (w).
k) Satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ).
Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti dua
bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis dan rongga hidung.
Cara membunyikan huruf vokal
-
7/29/2019 Pengenalan Fonetik Dan Fonologi
8/20
Dalam pertuturan sebenar, kita perlu peka bahawa terdapat lapan jenis huruf vokal yang wujud dalam
bahasa Melayu. Huraian berikut menyatakan peranan dan keadaan serta kedudukan alat-alat
artikulasi seperti bibir, lidah, anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan vokal-
vokal bahasa Melayu.
(a) Vokal depan sempit [i]. cara membunyikannya:
(a) Keadaan bibir hampar
(b) Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak sampai
menyentuh lelangit keras
(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar
melalui rongga hidung Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung Pita suara digerarkan
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan sempit [i] seperti pada perkataan berikut:
Awal Tengah Akhir
Ikan Bila Tali
Ibu Tiba Padi
(a) Vokal depan separuh sempit [e]. cara membunyikannya:
Keadaan bibir hampar
Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah gigi gusi
Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga
hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung Udara dari
paru-paru keluar ke rongga hidung Pita suara digerarkan
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh sempit [e] seperti pada perkataan berikut:
Awal Tengah Akhir
Enak Teleng Tauge
Elok Leher Tempe
(b) Vokal depan separuh luas atau lapang []. Cara membunyikannya:
(a) Keadaan bibir hampar
(b) Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi
(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar
melalui rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru keluar dari rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh luas atau lapang [] seperti pada perkataan
berikut:
-
7/29/2019 Pengenalan Fonetik Dan Fonologi
9/20
Awal Tengah Akhir
Esa Belek Tauge
Enak Belok Tempe
(c) Vokal depan luas atau lapang [a]. Cara membunyikannya:(a) Keadaan bibir hampar
(b) Depan lidah diturunkan serendah mungkin
(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar
melalui rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan luas atau lapang [a] seperti pada perkataan yang
berikut:
Awal Tengah Akhir
Awan Kadar Siapa
Anak Beras Nama
(d) Vokal belakang sempit [u]. Cara membunyikannya:
(a) Keadaan bibir hampar
(b) Belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh
lelangit lembut
(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar
melalui rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang sempit [u] seperti pada perkataan yang berikut:
Awal Tengah Akhir
ubat Bulat Batu
ular Sudu Palu
(a) Vokal belakang separuh sempit [o]. Cara membunyikannya:
(a) Keadaan bibir hampar
(b) Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh
lelangit lembut
(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar
melalui rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan.
-
7/29/2019 Pengenalan Fonetik Dan Fonologi
10/20
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [o]. seperti pada perkataan yang
berikut:
Awal Tengah Akhir
Orang Tolong PidatoOtak Bohong Koko
(b) Vokal belakang separuh luas atau lapang [ ]. Cara membunyikannya:
(a) Keadaan bibir hampar
(b) Belakang lidah dinaikkan separuh rendah
(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar
melalui rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh luas atau lapang seperti [ ] seperti pada
perkataan yang berikut:
Awal Tengah Akhir
Orang Borong Soto
Oleh Bolot Teko
(f) Vokal tengah []. Cara membunyikannya:
(a) Keadaan bibir antara hampar dengan bundar
(b) Tengah lidah dinaikkan kea rah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras
(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar
melalui rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal tengah [] seperti pada perkataan berikut:
Awal Tengah Akhir
Emak Penat Sosialisme
Empat Tenat Behaviurisme
Cara Membunyikan Konsonan
Lapan belas konsonan asli yang terdapat dalam bahasa Melayu dapat diklasifikasikan mengikut cara
dan daerah sebutannya seperti yang terdapat dalam jadual berikut:
Daerah sebutan
Cara sebutan Bibir Gigi-gusi Lelangit keras Lelangit
lembut
Glottis
-
7/29/2019 Pengenalan Fonetik Dan Fonologi
11/20
Letupan P b T d - K g -
Letusan - - C j - -
Sengau M N (ny) (ng) -
Geseran - S - - H
Getaran - R - - -Sisian - L - - -
Separuh
vokal
W - Y - -
Hanya sepuluh sahaja huruf konsonan dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan,
iaitu p,t, k, m, n, ng, s, h, rdan l. konsonan b, d, g, c dan jbab, had, kocdan kolej. Huruf
konsonan ny, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan . hanya berada pada akhir
perkataan dalam perkataan- perkataan pinjaman seperti
Huraian berikut dapat menjelaskan peranan, keadaan dan kedudukan alat-alat artikulasi
seperti bibir, lidah anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan konsonan bahasa
Melayu asli. Huraian ini disertakan dengan gambar rajah bagi membantu memahami cara setiap
konsonan tersebut dihasilkan.
(a) Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] dan konsonan letupan dua bibir bersuara [b]. Cara
membunyikannya:
Bunyi konsonan [p] Bunyi konsonan [b]
Dua bibir dirapatkan untuk membuat sekatan
penuh pada arus udara dari paru-paru ke
rongga mulut.
Lelangit lembut dinaikkan ke belakang atau ke
dinding rongga tekak untuk membuat sekatan
udara dari paru-paru ke rongga hidung.
Pita suara direnggangkan.
Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut
tanpa menggetarkan pita suara.
Sekatan pada dua bibir dilepaskan serta-
merta.
Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir
tidak bersuara [p].
Cara membunyikan sama seperti membunyikan
konsonan [p]. yang berbeza ialah:
Pita suara dirapatkan.
Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga
mulut dengan mengetarkan pita suara.
Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir
bersuara [b].
Contoh perkataan:
Huruf Awal Tengah Akhir
Konsonan [p] Palu Lapik Atap
Konsonan [b] Batek Rabun Adab
-
7/29/2019 Pengenalan Fonetik Dan Fonologi
12/20
(b) Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t] dan konsonan letupan gusi bersuara [d]
Cara membunyikannya:
Bunyi konsonan [t] Bunyi konsonan [d]
Hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk
membuat sekatan penuh pada arus udara.
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke
belakang atau ke dinding rongga tekak untuk
menutup arus udara ke rongga hidung.
Pita suara direnggangkan .
Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga
mulut tanpa menggetarkan pita suara.
Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi
dilepaskan serta-merta.
Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi tidak
bersuara [t].
Cara membunyikan konsonan sama seperti
membunyikan konsonan [t]. yang berbeza ialah:
Pita suara dirapatkan.
Arus udara dari paru-paru keluar melalui
rongga mulut dengan menggetarkan pita suara.
Bunyi yang dihasilkan ialah letusan gusi
bersuara [d].
Contoh perkataan:
Huruf Awal Tengah Akhir
Konsonan [t] Takut Batas Padat
Konsonan [d] Dalam Tanduk Abad
(c) Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] dan konsonan letupan langit lembut bersuara [g].
Cara membunyikannya:
Bunyi konsonan [k] Bunyi konsonan [g]
Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut
untuk membuat sekatan penuh pada arus
udara .
Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke
rongga tekak bagi menyekat arus udara dariparu-paru ke rongga hidung. 3. Pita suara di
renggangkan. 4. Arus udara keluar dari paru-
paru melaui rongga mulut tanpa menggetarkan
pita suara. 5. Sekatan udara yang dibuat oleh
belakang lidah dilepaskan serta merta.
Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit
lembut tidak bersuara [k].
Cara membunyikan konsonan sama seperti
membunyikan konsonan [k]. yang berbeza ialah:
Pita suara dirapatkan .
Arus udara dari paru-paru yang keluar melalui
rongga mulut mengetarkan pita suara.Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit
lembut bersuara [g].
Contoh perkataan:
Huruf Awal Tengah Akhir
-
7/29/2019 Pengenalan Fonetik Dan Fonologi
13/20
Konsonan [k] Kala Makan Tamak
Konsonan [g] Garam Pagar Dialog
(d) Hentian glotis [?] dan Cara membunyikannya:
(a) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat
sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung
(b) Pita suara dirapatkan sepenuhnya
(c) Arus udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan tersekat dibelakang rapatan pita suara.
(d) Udara disekat oleh rapatan pita suara tanpa menggetarkan pita suara
Bunyi yang dihasilkan ialah hentian glotis [?] seperti pada perkataan berikut:
Awal Tengah Akhir
Anak Saat Lemak
Ikan Rakyat Budak
(e) Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [] dan konsonan letusan lelangit keras bersuara [].
Cara membunyikannya:
Bunyi konsonan [] Bunyi konsonan []
Hadapan lidah rapat ke lelengit keras untuk
membuat sekatan pada arus udara.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke
belakang atau ke dinding rongga tekak untuk
membuat sekatan terhadap arus udara dari
paru-paru ke rongga hidung.
Pita suara direnggangkan.
Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut
tanpa menggetarkan pita suara.
Udara yang tersekat oleh hadapan lidah di
lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan.
Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit
keras gusi tidak bersuara [].
Cara membunyikan konsonan sama seperti
membunyikan konsonan []. yang berbeza ialah:Pita suara dirapatkan.
Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga
mulut dengan menggetarkan pita suara.
Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit keras
gusi bersuara []
Contoh perkataan:
Huruf Awal Tengah Akhir
Konsonan [] Cara Laci Koc
Konsonan [] Jala Kanji Kolej
(f) Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]:
-
7/29/2019 Pengenalan Fonetik Dan Fonologi
14/20
(a) Hadapan lidah dinaikan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara.
(b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara dari
paru-paru ke rongga hidung.
(c) Pita suara di renggangkan.
(d) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara
(e) Udara keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran
gusi tidak bersuara [s].
Contoh perkataan:
Awal Tengah Akhir
Silap Lasak Pedas
Satu Lesu Lemas
(f) Konsonan getaran gusi bersuara [r]:
(a) Hujung lidah dikenakan pada gusi.
(b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk membuat sekatan arus
udara dari paru-paru ke rongga hidung.
(c) Pita suara dirapatkan.
(d) arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak menggetarkan pita suara
(e) arus udara melalui rongga mulut menggetarkan hujung lidah
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan getaran gusi bersuara [r] seperti pada perkataan berikut:
Awal
Tengah
Akhir
Rapat Tiram Sabar
Rugi Seram Lebar
(f) Konsonan gusi bersuara [I]:
(a) Hujung lidah dikenakan pada gusi.
(b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga hidung untuk membuat sekatan arus
udara dari paru-paru ke rongga hidung.
(c) Pita suara dirapatkan
(d) Arus udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dengan menggetarkan pita suara
(e) Arus udara dibiarkan keluar melalui tepi lidah sahaja.
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sisian gusi bersuara [I] seperti pada perkataan yang berikut:
Awal Tengah Akhir
Lagu Tilam Tebal
Lipat Kelam Kekal
(f) Konsonan sengau dua bibir bersuara [m]:
(a) Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk membuat sekatan pada arus udara.
-
7/29/2019 Pengenalan Fonetik Dan Fonologi
15/20
(g) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke
rongga hidung.
(h) Arus udara dari paru-paru masuk ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung.
(i) Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran.
(j) Arus udara dilepaskan perlahan-lahan.
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau dua bibir bersuara [m] seperti pada perkataan yang
berikut:
Awal Tengah Akhir
Macam Teman Ketam
Murah Lumba Badam
(k) Konsonan sengau gusi bersuara [n] cara membunyikannya:
(a) Hujung lidah dinaikkan pada gusi atau gigi gusi untuk membuat sekatan arus udara.
(b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru kerongga hidung.
(c) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung
(d) Arus udara dilepaskan perlahan-lahan
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau gusi bersuara [n] seperti pada perkataan berikut:
Awal Tengah Akhir
Naga Tanah Taman
Nilam Panah Laman
(e) Konsonan sengau lelangit lembut bersuara [] cara membunyikannya:
(a) Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan arus udara.
(b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang keluar dari paru-
paru masuk ke rongga hidung.
(c) Pita suara dirapatkan dan digetarkan
(d) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung.
(e) Arus udara yang tersekat oleh belakang lidah dan lelangit lembut dilepaskan pelahan-pelahan.
Bunyi yang yang dihasilkan ialah kosonan sengau lelangit lembut bersuara [] seperti yang berikut:
Awal Tengah Akhir
Ngilu Bingka Lalang
Ngeri Rangkap Tulang
(f) Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara [ ]. Cara membunyikannya:
(a) Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk membuat sekatan arus udara
(b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang terkeluar dari
paru-paru ke rongga hidung
(c) Pita suara dirapatkan dan digetarkan
-
7/29/2019 Pengenalan Fonetik Dan Fonologi
16/20
(d) Arus udara daripada paru-paru melalui rongga mulut dan terus ke rongga hidung
(e) Udara yang tersekat oleh depan lidah dan lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau lelangit keras gusi bersuara ( ) seperti perkataan yang
berikut:
Awal Tengah Akhir
Nyaris Banyak -
Nyala Senyap -
(f) Separuh vokal dua bibir bersuara [w]:
(a) Bibir di bundarkan.
(b) Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut.
(c) Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara udara dari paru-paru
ke rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan dan lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal
tengah [w].
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w] seperti pada perkataan
yang berikut:
Awal Tengah Akhir
Waris Kawan Takraw
Wajar Lawan -
(g) Separuh vokal lelangit keras bersuara [j]. Cara membunyikannya:
(a) Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi.
(b) Bibir di hamparkan.
(c) Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat udara dari paru-paru ke rongga
hidung.
(d) Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal [j].
(e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi separuh vokal lelangit keras bersuara [j]
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [j] seperti pada perkataan
berikut:
Awal Tengah Akhir
Yakin Tayang -
-
7/29/2019 Pengenalan Fonetik Dan Fonologi
17/20
Yuran Payah -
KESIMPULAN
Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara lansung. Organ tutur manusia
ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap satunya mempunyai
kedudukan dan fungsi yang berbeza dalam menghasilkan bunyi bahasa. Namun demikian terdapatunsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia, tetapi mempunyai peranan yang
amat penting dalam menghasilkan bunyi. Unsur tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga
utama dalam menghasilkan bunyi.
Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat
artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan
ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak bersuara ini berkait rapat
dengan keadaan pita suara. sekiranya keadaan pita suara (glotis) tertutup rapat sewaktu udara keluar
melaluinya, maka getaran akan berlaku pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara.
Sebaliknya jika pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara melaluinya, maka getaran
pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang tidak bersuara.
RUJUKAN
Abdullah Hassan Dan Ainon Mohd (1994). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur:
Fajar Bakti
Ahmad Kamal Muhammad (1992). Kejayaan Komunikasi. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise
Arbak Othman Dan Ahmad Mahmood Musanid (2000). Linguistik Am. Kuala Lumpur: Penerbitan
Sarjana.
http://ba-cemerlangbahasadansastera.blogspot.com/2011/02/fonologi-bunyi-vokal-dan-
konsonan.html
Diftong dan Vokal Rangkap16 May 2012, 10:16 AM |Munsyi Bahasa
DIFTONG ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut secaraberterusan (satu hembusan nafas), dan dalam penghasilannyaterdapat ciri geluncuran. Bahasa Melayu mempunyai tiga jenis diftong,iaitu ai, au dan oi. Dua huruf vokal itu melahirkan satu bunyi. Bunyidiftong terhasil apabila bunyi satu vokal menggeluncur dengancepatnya ke satu vokal yang lain. Caranya ialah lidah, pada mulanya,diletakkan pada keadaan membunyikan satu vokal, kemudiandigeluncurkan ke arah membunyikan vokal yang lain lalu menjadigabungan dua bunyi vokal.
Misalnya, untuk membunyikan diftong ai, lidah berada pada kedudukanmembunyikan vokal hadapan luas [a], dan secara cepat geluncurkan
lidah ke arah cara membunyikan vokal hadapan sempit [i]. Hujunglidah dinaikkan tetapi tidak setinggi sebagaimana membunyikan vokal
http://ba-cemerlangbahasadansastera.blogspot.com/2011/02/fonologi-bunyi-vokal-dan-konsonan.htmlhttp://ba-cemerlangbahasadansastera.blogspot.com/2011/02/fonologi-bunyi-vokal-dan-konsonan.htmlhttp://ba-cemerlangbahasadansastera.blogspot.com/2011/02/fonologi-bunyi-vokal-dan-konsonan.htmlhttp://www.adap.com.my/segmen.php?kategori=Munsyi%20Bahasahttp://www.adap.com.my/segmen.php?kategori=Munsyi%20Bahasahttp://www.adap.com.my/segmen.php?kategori=Munsyi%20Bahasahttp://www.adap.com.my/segmen.php?kategori=Munsyi%20Bahasahttp://ba-cemerlangbahasadansastera.blogspot.com/2011/02/fonologi-bunyi-vokal-dan-konsonan.htmlhttp://ba-cemerlangbahasadansastera.blogspot.com/2011/02/fonologi-bunyi-vokal-dan-konsonan.html -
7/29/2019 Pengenalan Fonetik Dan Fonologi
18/20
[i]. Hujung lidah terkena pada gigi bawah, dan pita suara digetarkan.
Untuk membunyikan diftong au, kedudukan hadapan lidah padakeadaan sebagaimana membunyikan vokal hadapan luas [a], dankemudian digeluncurkan lidah ke arah cara membunyikan vokalbelakang sempit [u]; keadaan lidah agak melengkung ke arah lelangit
keras. Hujung lidah hampir kena pada gigi bawah.
Untuk membunyikan diftong oipula, lidah diletakkan sebagaimanamenghasilkan bunyi vokal belakang separuh sempit [o], dan dengancepatnya digeluncurkan lidah ke arah cara membunyikan vokalhadapan sempit [i]. Hadapan lidah dinaikkan ke arah lelangit keras,rendah sedikit daripada cara membunyikan vokal [i]
Proses geluncuran ditunjukkan dalam rajah berikut:
i oi u
ai o
au
a
Antara ketiga-tiga diftong tersebut, diftong aimerupakan diftong yangpaling banyak digunakan dalam pembentukan kata, manakala bunyidiftong oiamat kecil jumlahnya dalam kosa kata bahasa Melayu.Selain itu, kecuali diftong oi, kedua-dua diftong aidan au dapat hadir dibahagian hadapan, tengah dan belakang kata asli dan kata serapanbahasa Melayu. Telitilah contoh berikut:
Diftong Awal Tengah Akhir
ai aidilfitri baiduri Aduhai
aidiladha hairan ampai-ampai
au audit maujud Sengau
aurat tauliah Jerangau
oi - boikot Amboi
- - Ngongoi
Jikalau dilihat sekilas lalu, terdapat deretan vokal yang menyamaidiftong. Deretan vokal ini disebut juga sebagai vokal rangkap. Vokalrangkap itu ialah ai, au, dan oi. Taburannya dalam perkataan adalahseperti yang berikut:
ai - air, aib, ajaib, arkaik, taip, sains, ghaib
au aur, baur, gaun, sauk, maung, baulu, sauh, kaunter
oi eksploit, eksploitasi, heroin, koir.
Namun, jelas bahawa deretan vokal ai, au, dan oidalam perkataan-
-
7/29/2019 Pengenalan Fonetik Dan Fonologi
19/20
perkataan tersenarai itu bukanlah satu bunyi yang tunggal, dan olehyang demikian bukanlah diftong. Kedua-dua vokal itu, padahakikatnya, terdiri daripada dua huruf vokal yang berdiri secaraterasing. Hal ini dapat kita perhatikan apabila kita pecahkanperkataan-perkataan itu menjadi suku kata:
a.ir, a.ja.ib, dan ar.ka.ik (untuk diftong ai)
a.ur, sa.uh, dan pa.us (untuk diftong au)
eks.plo.it, eks.plo.i.ta.si, dan he.ro.in (untuk diftong oi).
Jelaslah bahawa konsonan rangkap merupakan kewujudan duabunyi vokal secara berurutan dalam perkataan, dan kedua-dua vokalitu terpisah dalam suku kata yang berlainan.
Dalam bahasa Melayu, terdapat sejumlah deretan vokal (vokalrangkap) yang hadir dalam suku kata. Vokal rangkap yangdimaksudkan itu ialah ai, au, oi, ia, io, iu, ea, eo, eu, ua, dan ui.
Contoh deretan vokal ini dalam perkataan adalah seperti yang berikut:
Vokal
Rangkap
Contoh
ai aiskrim, cair, dail, eksais, saiz, pain
au aur, kaus, maut, raut, sauk, taut
oi eksploit, eksploitasi, heroin, koir
ia biak, ciap, dialek, piawai, pianggang
io biola, dioksida, heliograf, semiotik, zionis
iu cium, giur, piutang, siuman, siung, tiung
ea gear, pear, reaksi, reaktor, realisme, teater
eo geografi, ideologi, koreografi, neon, teorem, video
eu deuteron, neurologi, neuron, neutral, reumatisme
ua buapak, cuaca, kuantiti, muafakat, suasana, tuang
ui cuit, juita, kuini, puisi, suis, tuil
Demikian huraian tentang diftong dan vokal rangkap dalamperkataan bahasa Melayu. Daripada huraian ringkas ini, dapat kiranyaanda mengenal pasti bentuk diftong dan bentuk vokal rangkap, sertaseterusnya dapat pula membezakan bunyi diftong daripada bunyi vokalrangkap dengan jelas.
-
7/29/2019 Pengenalan Fonetik Dan Fonologi
20/20
DIFTONGDiftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang dilafazkan secara berterusan dalamsatu hembusan nafas. Hal ini seperti demikian kerana bunyi diftong terhasil apabila
bunyi satu vokal menggeluncur dengan cepatnya ke suatu vokal lain. Ertinya, lidah
pada mulanya diletakkan pada keadaan sebagaimana membunyikan sesuatu vokal,
kemudian digeluncurkan ke arah membunyikan vokal yang lain. Diftong dianggap
sebagai satu suku kata, dan dilambangkan oleh dua vokal tetapi bertindak sebagai
satu fonem.
Ada tiga diftong asli dalam bahasa Melayu, iaitu /ai /, /au /, dan / oi /. Semua diftong
ini dilafazkan sebagai satu kesatuan bunyi.
Huruf diftong / ai / dilafazkan dengan bunyi
[ ai ] pada semua kedudukan (suku kata terbuka), contohnya pan.dai, hai.ran.
Huruf diftong / au / dilafazkan dengan bunyi
[ au ] pada semua kedudukan ( suku kata terbuka), misalnya sau.da.ra,
ha.ri.mau.Huruf diftong / oi / dilafazkan dengan bunyi [ oi ] dan bukan dengan bunyi [ i ] bagi
kata jati bahasa Melayu (suku kata terbuka), contohnya: se.poi, do.doi, dan ka.loi.
Pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk mengajar bunyi diftong. Antaranya ialah
dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa, lidah merupakan alat artikulasi
(pertuturan) yang paling aktif lagi penting. Murid perlulah diajar terlebih dahulu carauntuk menghasilkan bunyi diftong ai, lidah berkeadaan sebagaimana membunyikan
vokal a, dan secara cepat geluncurkan lidah ke arah membunyikan vokal i pula.Demikian juga halnya cara membunyikan diftong au, dan oi. Kedudukan lidah pada
keadaan membunyikan vokal yang pertama, lalu dengan pantasnya lidahdigeluncurkan ke arah membunyikan vokal yang kedua pula.
Teknik yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar bunyi diftong ada dengan
menggunakan warna pada suku kata yang mengandungi huruf diftong. Caranyaialah guru akan memaparkan beberapa perkataan yang mempunyai suku kata
diftong yang sama menggunakan warna merah.Contohnya, huruf diftong / au /
dilafazkan dengan bunyi [ au ] pada semua kedudukan ( suku kata terbuka),
misalnya , pi sau, pu sau dan pu lau. Murid akan diajar secara latih tubimembunyikan suku kata tersebut sehingga murid-murid menguasai. Ini kerana
penggunaan warna dapat memberi penegasan kepada suku kata yang perlu murid
kuasai.
http://cantikbahasa.blogspot.com/2011/12/diftong.html
http://cantikbahasa.blogspot.com/2011/12/diftong.htmlhttp://cantikbahasa.blogspot.com/2011/12/diftong.htmlhttp://cantikbahasa.blogspot.com/2011/12/diftong.html