PENGENALAN - ppgpjj.weebly.comppgpjj.weebly.com/uploads/1/0/1/2/1012122/krb3033.pdf · linguistik...
Transcript of PENGENALAN - ppgpjj.weebly.comppgpjj.weebly.com/uploads/1/0/1/2/1012122/krb3033.pdf · linguistik...
PENGENALAN
Panduan kursus disediakan bagi membantu anda memahami sepenuhnya keperluan dan kandungan
kursus. Pelajar dinasihatkan membaca bahagian ini dengan teliti dan selepas itu berusaha untuk mengikuti
segala perkara yang disarankan bagi membolehkan anda melengkapkan kursus ini dengan cemerlang.
Kursus KRB 3033 Pengantar Bahasa Melayu merupakan kursus wajib dan teras yang perlu diambil oleh
pelajar yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah . Kursus KRB 3033
mendedahkan kepada pelajar tentang asas kepada linguistik yang meliputi bidang kajian ilmu linguistik
yang terdiri daripada Sejarah Linguistik. ,Fonologi, Morfologi, Sintaksis, Semantik, Psikolinguistik, dan
Wacana. Walau bagaimanapun tidak semua bidang linguistik yang dapat diterap kan dalam modul ini.
Kursus ini bernilai 3 jam kredit.
KUMPULAN SASARAN
Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Sekolah Rendah di UPSI. Bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran, modul ini digubal khas untuk pelajar
Program Pendidikan Jarak Jauh UPSI.
PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN
Mengikut piawaian UPSI dan MQA, setiap jam kredit memerlukan pelajar memperuntukkan 40 jam waktu
pembelajaran. Oleh itu bagi kursus ini pelajar perlu memperuntukkan 120 jam waktu pembelajaran.
Anggaran agihan waktu pembelajaran bagi KRB 3033 adalah seperti dalam Jadual 1 dan Jadual 2.
Jadual 1 Anggaran agihan masa pembelajaran (3 jam kredit)
Aktiviti Pembelajaran Jam Pembelajaran
Bersemuka Tidak Bersemuka
Membaca modul, ulangkaji, menyiap tugasan 48
Tutorial di Pusat 10
Tutorial dalam talian (E-Learning, contohnya melalui
BigBlueButton, Skype, dll.)
32
Forum (E-Learning melalui MyGuru2) 20
Video P&P melalui MyGuru2 10
42 78
Jumlah Masa Pembelajaran 120
HURAIAN KRB 3033 PENGANTAR BAHASA MELAYU HASIL PEMBELAJARAN KURSUS
Pada akhir kursus KRB 3033, anda diharap dapat:
1. Memahami dan mengetahui istilah dan konsep asas dalam Bahasa Melayu.
2. Mengetahui dan mengenali subbidang yang terdapat dalam Bahasa Melayu.
3. Memahami dan menguasai aspek asas Bahasa Melayu mengikut bidang secara khusus seperti lisan, sebutan, morfologi, dan sintaksis.
SINOPSIS KURSUS
Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar ten tang aspek yang
terdapat dalam bidang Bahasa Melayu. Antara aspek yang dibincangkan ialah definisi bahasa dan
lingustik Melayu, sebutan, ejaan, penulisan, morfologi, sintaksis dan aspek makna. Aspek -aspek ini
merupakan perkara asas yang menjadi dasar kepada pengajaran Bahasa Melayu yang perlu dikuasai oleh
pelajar program Pendidikan Sekolah Rendah.
ISI KANDUNGAN KURSUS
Untuk membantu anda mencapai hasil pembelajaran kursus ini, isi kandungan kursus dibahagikan kepada
sepuluh unit semuanya yang terkandung dalam modul ini . Berikut merupakan perincian bagi setiap unit :
UNIT TAJUK
1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK DAN BAHASA
Unit ini membincangkan definisi dan cabang ilmu linguistik, bidang ilmu linguistik, definisi
bahasa, sifat bahasa, asal usul bahasa Melayu, pengaruh bahasa asing, taraf bahasa Melayu,
dan fungsi bahasa Melayu.
2 PSIKOLINGUISTIK
Unit ini membincangkan tentang definisi Psikolinguistik, pemerolehan bahasa pertama dan teori-
teori yang berkaitan dengan pemerolehan bahasa pertama.
3.SISTEM EJAAN DAN SEBUTAN
Unit ini membincangkan tentang sistem ejaan bahasa Melayu, membezakan jenis bunyi vokal, konsonan dan diftong, menghuraikan sistem sebutan baku bahasa Melayu, dan mengaplikasikan sebutan baku dalam urusan rasmi.
4 MORFOLOGI : PEMBENTUKAN KATA Unit ini membincangkan tentang definisi morfologi, menerangkan konsep pembentukan kata, menghuraikan proses pembentukan kata, dan membezakan jenis-jenis bentuk kata.
5 MORFOLOGI : PENGGOLONGAN KATA
Unit ini membincangkan tentang konsep penggolongan kata, menerangkan jenis-jenis kata
nama, menerangkan jenis-jenis kata kerja, dan menerangkan jenis-jenis kata adjektif dan kata
tugas.
6 SINTAKSIS : AYAT
Unit ini meneruskan perbincangan tentang definisi sintaksis, mengenal pasti binaan subjek dan
predikat, menerangkan pola ayat dasar, dan menggunakan ayat tunggal dan majmuk dengan
betul.
7 SEMANTIK
Unit ini menghuraikan tentang definisi Semantik, menjelaskan hubungan perkataan makna dan
rujukan, dan menghuraikan faktor-faktor yang menentu dan mengubah makna perkataan.
8 PERIBAHASA
Unit ini menjelaskan tentang konsep peribahasa, menghuraikan jenis -jenis peribahasa, dan
mengaplikasikan peribahasa dalam pengajaran dan pembelajaran.
.
9 WACANA DAN LARAS BAHASA
Unit ini menjelaskan definisi wacana, menjelaskan ciri-ciri wacana, menjelaskan jenis-jenis dan
alat wacana, menjelaskan perbezaan koheren dan kohesi, dan menghuraikan jenis dan ciri -ciri
laras bahasa.
10 PENGAJARAN BAHASA BERBANTUKAN KORPUS BERKOMPUTER Unit ini menjelaskan konsep korpus berkomputer, menerangkan kepentingan korpus berkomputer, dan mengaplikasikan korpus berkomputer dalam P&P.
PENAKSIRAN
Tugasan % Wajaran Kaedah dan Hasil Tugasan
2 Tugasan 50 Dalam talian menggunakan MyGuru2
Forum
Peperiksaan Akhir
10
40
Jumlah 100
Dalam talian menggunakan MyGuru2
KRB 3033
PENGANTAR BAHASA MELAYU
Penulis:
Mohd Ra’in B. Shaari
Abdullah B. Yusof
Abu Bakar B. Yusuf
Omar Hisham B. Mohd Baharin
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 1
UNIT 1
PENGENALAN ILMU
LINGUISTIK DAN BAHASA
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda diharapkan dapat:
1. menjelaskan konsep linguistik dan bidang-bidangnya,
2. menghuraikan sifat-sifat bahasa; dan
3. merumuskan fungsi-fungsi bahasa Melayu meliputi pelbagai aspek kehidupan.
1.0 PENGENALAN
Menurut Verhaar (1985:1), „linguistik‟ berasal daripada perkataan Latin iaitu ‘lingua’ yang
bermaksud bahasa. Selain itu, perkataan linguistik juga boleh ditemukan dalam bahasa
Perancis „Langue dan Langage‟, Itali „Lingua‟, Sepanyol „Lengua‟ dan Inggeris
„Linguistics‟. Menurut Kamus Dewan (1993) perkataan linguistik diambil daripada
perkataan Inggeris yang bererti pengajian ilmu bahasa.
Terdapat perbezaan antara istilah ahli bahasa, ahli linguistik dan ahli terjemahan.
Ahli bahasa adalah individu yang mahir dalam satu-satu bahasa, terutamanya dari segi
peraturan bahasa serta penggunaan bahasa yang betul dalam pelbagai konteks. Ahli
linguistik pula adalah individu yang mahir tentang teori-teori lingistik serta kaedah-kaedah
penyelidikan linguistik. Seseorang ahli linguistik yang bersandarkan sesuatu teori boleh
menjelaskan apa-apa fenomena atau permasalahan dalam bahasanya sendiri atau
bahasa-bahasa lain walaupun beliau sendiri tidak memahami bahasa tersebut. Ini juga
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 2
bermakna ahli linguistik bukanlah seseorang yang mahir dalam banyak bahasa seperti ahli
terjemahan. Ahli terjemahan ialah seseorang yang mahir lebih daripada satu bahasa.
Kemungkinannya, seseorang itu boleh menterjemahkan bahasa Melayu dengan bahasa
Rusia atau dengan beberapa bahasa yang lain.
Sejarah perkembangan ilmu linguistik sebagai salah satu disiplin ilmu moden
secara relatifnya masih dianggap baharu. Di Eropah seperti Britain, ilmu ini mula
berkembang sekitar tahun-tahun 1960-an. Ijazah ilmu linguistik mula-mula diperkenalkan di
Universiti York, Britain. Di Malaysia pula, ilmu linguistik mula diajarkan di Fakulti Sains
Kemasyarakatan Dan Kemanusiaan UKM pada 1 Mei 1984. Bidang ini telah mendapat
perhatian hampir di semua universiti di Malaysia.
1.1 Definisi Linguistik
Berikut ialah beberapa pendapat tokoh yang menjelaskan definisi ilmu linguistik:
1. John Lyons (1968) mendefinisikan linguistik sebagai “the scientific study of
language”.
2. David Crystal (1973), menjelaskan linguistik sebagai kajian bahasa secara
saintifik.
3. Langacker (1987), mendefinisikan linguistik sebagai kajian terhadap bahasa
manusia.
4. Ferdinand de Sausure (1988), mendefinisikan linguistik sebagai kajian mengenai
bahasa yang diucapkan oleh segolongan masyarakat.
5. Verhaar (1993) menyatakan bahawa linguistik adalah suatu kajian ilmu bahasa.
Beliau juga mengatakan bahawa perkataan „linguistik‟ sudah memberikan maksud
kajian yang menyentuh sesuatu kajian bahasa boleh dilaksanakan.
1.2 Saintifik Kajian Linguistik
Saintifik bermaksud sesuatu kajian itu dilakukan berdasarkan metodologi yang tepat,
bersandarkan teori-teori tertentu, mempunyai sampel atau data kajian yang sah, dan
mempunyai dapatan kajian yang sah. Kajian saintifik dikenali sebagai empiris atau
emperikal iaitu dilakukan secara menyeluruh. Kajian mestilah konsisten, iaitu dilakukan
secara berterusan terhadap sesuatu sampel atau data bahasa. Emperikal juga mempunyai
ciri ekomomi dalam menghasilkan sesuatu dapatan kajian bahasa. Dapatan kajian
mestilah ringkas, padat dan tepat.
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 3
Rajah 1.1: Saintifik Kajian Linguistik
Dalam menjalankan penyelidikan sesuatu bahasa, seseorang pengkaji boleh bermula
dengan hipotesis atau andaian awal. Hipotesis perlulah diuji atau dibuktikan dengan
menghuraikan data, teori serta metodologi yang betul. Setelah data diuji dan dibuktikan
secara sistematik, barulah sesuatu dapatan kajian yang berbentuk rumus atau peraturan
sesuatu bahasa dilakukan.
1.3 Cabang Linguistik
Linguistik boleh dikategorikan kepada beberapa jenis atau cabang berdasarkan beberapa
perkara seperti meneliti linguistik dari sudut fungsinya, dari sudut apa-apa yang dikaji dan
aspek masa dalam kajian linguistik. Bawah cabang linguistik pula, terdapat dua bidang
linguistik iaitu linguistik mikro dan linguistik makro. Berikut adalah penerangan ringkas
tentang cabang-cabang linguistik:
1. Linguistik Deskriptif
Pengkajian bahasa terhadap ciri bunyi, tatabahasa dan perkataan pada waktu tertentu.
Linguistik ini bermaksud juga pengkajian atau penghuraian bahasa dilakukan secara
penghuraian supaya sesuatu tujuannya fenomena bahasa dapat dihuraikan atau
dijelaskan dengan lebih berpada (adequate). Semua dasar fikiran dan perkiraan dalam
Permasalahan
Kajian dan
Hipotesis
Teori dan
Analisis
Sampel
kajian/Data Ujian data lanjutan
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 4
Linguistik Deskriptif adalah bersumberkan satu teori dasar yang umum disebut sebagai
„General Linguistik‟. Linguistik Deskriptif turut menganalisis bahasa tertentu dengan
hipotesis dan teori-teori Linguistik General. Linguistik juga membekalkan data untuk
mengukuh dan menyangkal sesuatu usul dan teori yang dikemukakan.
2. Linguistik Preskriptif
Penekanan kepada penghasilan rumus atau formula bahasa bagi menjelaskan sesuatu
fenomena bahasa. Linguistik Preskriptif menerang dan menentukan cara bahasa
sepatutnya ditulis dan dituturkan. Hal ini adalah untuk membolehkan penutur dilihat
sebagai orang yang menuturkan bahasa dengan betul dan dianggap sebagai orang yang
terpelajar. Rumus preskriptif pula sebenarnya lebih kepada rumus gaya berbanding rumus
tatabahasa.
3. Linguistik Terapan
Satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori deskripsi, kaedah dan hasil kajian
linguistik dalam pengajaran bahasa, penulisan buku-buku teks, dalam leksikografi,
penterjemahan, stilistik, petalogi bahasa dan sebagainya.
4. Linguistik Perbandingan ( komparatif)
Linguistik jenis ini membandingkan dua bahasa atau lebih dari sudut bunyi,
perkataan dan ayat iaitu dengan cara melihat aspek-aspek persamaan dan perbezaan
antara satu bahasa dengan satu bahasa yang lain. Linguistik ini kerap digunakan untuk
membanding-bandingkan satu dialek dengan satu dialek yang lain.
5. Linguistik Historis
Satu cabang linguistik yang mengkaji satu-satu bahasa daripada sudut sejarah, iaitu
menyelidiki segala perubahan dan perkembangan satu-satu bahasa. Misalnya Linguistik
Historis mengkaji sejarah pertumbuhan dan perkembangan bahasa Melayu sejak zaman
sebelum merdeka hingga ke hari ini. Turut dikaji ialah mengkaji sejarah perkamusan
bahasa Melayu, sejarah sistem ejaan dan seumpamanya.
6. Linguistik Sinkronik
Linguistik jenis ini menghurai atau mengkaji sesuatu bahasa dari sudut masa. Ini
bermaksud satu kajian yang dilakukan terhadap bahasa pada satu masa dalam titik
sejarah, dan menerangkan apa-apa saja unsur yang wujud dalam bahasa pada waktu itu
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 5
dengan tidak dipengaruhi oleh perkembangan bahasa tersebut dari segi sejarah ataupun
daripada satu bahasa lain.
7. Linguistik Diakronik
Linguistik ini tidak menekankan aspek masa. Linguistik ini merupakan satu pendekatan
terhadap kajian bahasa dari segi sejarah atau perbandingan. Ini bererti bahawa kajian
diakronik berasaskan dua atau lebih kajian sinkronik.
1.4 Bidang Linguistik
Secara umumnya bidang linguistik terbahagi kepada:
a) Mikrolinguistik (linguistik tulen)
Bidang yang mengkaji bahasa dari dalam iaitu kajian terhadap struktur bahasa
itu sendiri. Contohnya kajian terhadap:
fonologi - bunyi
morfologi - perkataan
sintaksis - ayat
semantik - makna
b) Makrolinguistik (linguistik terapan)
Bidang yang mengkaji bahasa dalam hubungannya dengan faktor-faktor di
luar bahasa iaitu melibatkan kajian yang bersifat intra disiplin. Contohnya
kajian terhadap:
sosiolinguistik – mengkaji hubungan bahasa dengan masyarakat
psikolinguistik – mengkaji hubungan bahasa dengan perlakuan manusia
filologi – kajian terhadap sejarah bahasa yang terdapat dalam satu teks
neurolinguistik – kajian berkaitan saraf otak dengan kemampuan bahasa
petalogi – kajian tentang perkataan tentang cara bercakap
1.5 Definisi Bahasa:
Edward Sapir (1948:8) telah mendefinisikan bahasa sebagai “ a purely human and non
instinctive method of communicating ideas, emotions and desires by means of a system of
voluntary produced symbols”. Sapir berpendapat, bahasa merupakan satu alat atau cara
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 6
yang hanya dimiliki manusia untuk berkomunikasi, menyampaikan idea, emosi dan
kehendak mereka.
Albert B. Cook (1977) mendifinisikan bahasa sebagai “…..a system of arbitrary
vocal symbols and grammartical signals by means of which the members of the speech
community communicate, interact and transmit their culture.” Oleh itu, bagi Cook bahasa
adalah satu sistem simbol pertuturan yang arbitrari dan penanda kenahuan yang
digunakan oleh anggota sesebuah komuniti.
Nelson Francis pula mendefinisikan bahasa sebagai satu sistem bunyi yang
dihasilkan oleh alat tutur yang digunakan oleh sekelompok manusia sebagai wahana atau
cara untuk menjalankan apa-apa sahaja aktiviti masyarakat mereka.
Samsuri (1978) menyatakan bahasa adalah alat yang dipakai untuk membentuk
fikiran dan perasaan, keinginan dan perbuatan. Selain itu, sebagai penanda bangsa,
bahasa merefleksi atau menggambarkan latar belakang budaya seseorang pengguna atau
penuturnya.
1.6 Sifat-Sifat Bahasa
1. Mempunyai sistem
Setiap bahasa mempunyai peraturan atau sistemnya yang tersendiri. Sistem bahasa dilihat
dari sudut unit/ unsur/ komponen bahasa yang disusun mengikut cara-cara tertentu.
Sistem bererti susunan teratur, berpola dan membentuk suatu keseluruhan yang
bermakna atau berfungsi. Sistem ini dibentuk oleh sejumlah unsur atau komponen yang
berhubungan secara fungsional antara satu sama lain dan bersifat sistematis dan sistemis.
Sistematis bermaksud bahasa tersusun menurut satu pola, iaitu ia tidak tersusun secara
sembarangan. Sistemis pula bermaksud bahasa bukan merupakan sistem tunggal tetapi
terdiri daripada sub-sub sistem atau sistem bawahan yang terdiri daripada fonologi,
morfologi, sintaksis dan semantik. Unit atau unsur bahasa disusun mengikut cara-cara
tertentu, contohnya fonem, mofem, kata, frasa, klausa dan ayat. Sistem bunyi dalam
bahasa Melayu dan bahasa Arab misalnya, adalah berbeza-beza.
2. Mempunyai lambang
Sesuatu lambang biasanya dikaitkan dengan unsur tanda. Unsur tanda terdiri daripada
penanda dan petanda. Selain dipakai sebagai istilah generik, daripada semua termasuk
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 7
kajian semiotik juga merupakan sesuatu yang dapat menandai atau mewakili idea, fikiran,
perasaan, benda dan tindakan secara langsung dan alamiah. Misalnya, kalau di kejauhan
kelihatan ada asap membumbung tinggi maka kita tahu bahawa di sana ada api sebab
asap merupakan tanda akan adanya api. Lambang tidak bersifat langsung dan alamiah.
Lambang menandai sesuatu yang lain secara konvensional, tidak secara alamiah dan
langsung. Lambang juga sering disebut bersifat arbitrari, iaitu tidak adanya hubungan
langsung yang bersifat wajib antara lambang dengan yang dilambangkan.
3. Terdiri daripada bunyi
Bunyi bahasa dihasilkan oleh alat ucapan manusia dan bermakna. Bunyi bahasa ialah
fonem (fon, fonem, fonemik). Bahasa pada asasnya terdiri daripada bunyi-bunyi melainkan
bahasa isyarat yang sangat terhad penggunaannya. Bunyi dihasilkan oleh alat pertuturan
manusia. Oleh itu, bahasa manusia tidak akan terdiri daripada ketukan mesin taip, warna,
bau, resepi, perubahan suhu ataupun campuran bahan kimia. Manusia boleh
menghasilkan beribu-ribu bunyi melalui pelbagai cara.
4. Bermakna
Semua ujaran bahasa yang dihasilkan perlu difahamai oleh masyarakat pendengar.
Contohnya bahasa Jepun yang diucapkan oleh penuturnya hanya difahami oleh
masyarakat Jepun, tetapi tidak difahami oleh penutur Turki. Lambang-lambang bunyi
bahasa yang bermakna dalam bahasa merupakan satuan–satuan bahasa yang
mewujudkan mofem, kata, frasa, klausa, ayat dan wacana. Semua satuan ini memiliki
makna. Oleh kerana bahasa itu bermakna, maka segala ucapan tidak mempunyai makna
adalah bukan bahasa. Justeru, bentuk-bentuk bunyi yang tidak bermakna dalam bahasa
apapun bukanlah bahasa kerana fungsi bahasa adalah menyampaikan mesej, konsep,
idea atau pemikiran.
5. Arbitrari
Tidak akan berlaku hubungan hayati antara bunyi yang dilafazkan atau ditulis dengan
benda atau objek. Walau bagaimanapun, antaranya perlu bersifat konvensional. Arbitrari
bermaksud sewenang-wenangnya, berubah-ubah atau tidak tetap, tidak adanya
hubungan wajib antara lambang bahasa dengan konsep atau pengertian yang
dimaksudkan oleh lambang tersebut. Contohnya, antara [unta] dengan yang
dilambangkannya iaitu “sejenis binatang berkaki empat yang biasa ditunggani”. Kita tidak
dapat menjelaskan sebab binatang tersebut dilambangkan dengan bunyi [unta] bukanya
[tanu] atau [unat]. Tentu hanya ada satu bahasa yang meskipun berbeza, tetapi
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 8
perbezaannya tidak terlalu banyak. Ada pendapat yang mengatakan bahawa ada
sejumlah kata dalam bahasa apa-apa sekali pun yang lambangnya berasal daripada bunyi
yang diwakilinya. Selain itu, penutur asli juga tidak boleh bertanya punca binatang itu
diberikan nama unta kerana sebahagian daripada nama yang telah diberikan itu tidak
mempunyai jawapan atau bersebab.
6. Bersifat konvensional
Maksud bahasa bersifat konvensional ialah semua aspek bahasa sudah disepakati oleh
masyarakat penutur bahasa berkenaan. Oleh itu, semua penutur bahasa tersebut
mematuhi bahawa lambang tertentu mewakili objek, perkataan atau peristiwa. Ini bererti
ciri yang terdapat dalam sesuatu bahasa diiktiraf oleh penutur natifnya. Persetujuan
dilakukan sama ada secara sedar ataupun tidak. Hal ini bermaksud semua anggota
masyarakat berkenaan harus mematuhi konvensi, bahawa lambang tertentu digunakan
untuk mewakili konsep yang diwakilinya. Contohnya, jika perkataan kereta merujuk kepada
sejenis kenderaan beroda empat, maka angota masyarakat bahasa berkenaan harus
mematuhinya. Jika tidak dipatuhi atau menggantikannya dengan lambang lain maka
komunikasi akan bercelaru. Kekonvensionalan bahasa terletak pada kepatuhan para
penutur bahasa untuk menggunakan lambang itu sesuai dengan konsep yang
dilambangkannya. Contoh lain, jika penutur bahasa Turki mengucapkan “ders” sebagai
“pelajaran”, maka semua penutur bahasa tersebut akan mengucapkan “ders” sebagai
merujuk kepada pelajaran.
7. Produktif
Apabila bahasa dikatakan bersifat produktif, ini bererti, walaupun unsur bahasa terhad
tetapi jumlah yang dibentuk oleh bahasa tidak terbatas. Ini bermaksud banyak hasilnya
atau lebih tepat terus-menerus menghasilkan. Sekiranya bahasa itu dikatakan produktif
meskipun unsur-unsur bahasa itu terbatas, tetapi dengan unsur yang jumlah yang terbatas
itu dapat dibuat satuan-satuan bahasa yang jumlahnya tidak terbatas meskipun secara
relatif, sesuai dengan sistem yang berlaku dalam bahasa itu. Contohnya, fonem-fonem
/m/, /a/ ,/a/ dan /s/ dapat menghasilkan satuan-satuan bahasa /m/-/a/-/s/-/a/, /s/-/a/-/m/-/a/,
/a/-/s/-/a/-/m/, dan lain-lain.
8. Unik
Bahasa yang bersifat unik bermaksud mempunyai ciri-ciri khas yang spesifik yang tidak
dimiliki oleh bahasa lain. Ini bermaksud mempunyai ciri yang tersendiri. Salah satu
keunikan yang terdapat dalam bahasa Melayu ialah ia bersifat aglutinatif (kata dasar
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 9
menerima imbuhan untuk menukar makna). Contohnya: jalan, berjalan, perjalanan,
menjalankan, jalanan, dijalankan.
9. Universal
Setiap bahasa mempunyai kesamaan ciri-ciri tertentu dengan bahasa lain. Maksud
universal iaitu adanya ciri-ciri yang sama yang dimiliki oleh setiap bahasa yang ada di
dunia ini. Ciri-ciri yang universal ini merupakan unsur bahasa yang paling umum yang
biasanya boleh dikaitkan dengan ciri-ciri atau sifat-sifat bahasa lain. Oleh kerana bahasa
itu merupakan ujaran, maka ciri universal dari bahasa yang paling umum adalah bahawa
bahasa itu mempunyi bunyi bahasa yang terdiri dari vokal dan konsonan. Contohnya,
dalam bahasa Melayu terdapat enam vokal tiga diftong dan sembilan belas konsonan.
Manakala, dalam bahasa Arab pula terdapat tiga vokal pendek, tiga vokal panjang dan 28
konsonan. Bahasa Inggeris pula mempunyai enam belas vokal termasuk diftong dan 24
konsonan. Contoh yang lain ialah semua bahasa mempunyai kata kerja misalnya dalam
bahasa Melayu terdapat kata kerja transitif, manakala dalam bahasa inggeris terdapat
transitive verb.
10. Dinamis
Bahasa boleh menerima pengaruh bahasa lain. Bahasa adalah satu-satunya milik manusia
yang tidak pernah lepas dari segala kegiatan dan gerak manusia sepanjang keberadaan
manusia itu sebagai makhluk yang berbudaya dan bermasyarakat. Tidak ada kegiatan
manusia yang tidak disertai oleh bahasa. Oleh kerana keterikatan dan keterkaitan bahasa
itu dengan manusia sedangkan dalam kehidupannya dalam masyarakat, kegiatan manusia
itu tidak tetap dan selalu berubah maka, bahasa itu juga menjadi ikut berubah. Iaitu
menjadi tidak tetap dan tidak statik. Oleh kerana itulah bahasa disebut dinamis iaitu
bahasa boleh menerima pengaruh bahasa lain. Misalnya bahasa Melayu menerima atau
meminjam perkatan seperti dari bahasa Arab (akhirat) , bahasa Cina (mee), bahasa
Inggeris (komputer), bahasa Sanskrit (dunia), bahasa Tamil (kedai) dan lain-lain.
11. Bervariasi
Variasi disebabkan oleh ramainya penutur dalam sesuatu bahasa dan luasnya kawasan
bahasa tersebut. Variasi bahasa dilihat dari segi idiolek, dialek dan ragam bahasa.
Anggota masyarakat suatu bahasa biasanya terdiri dari pelbagai status sosial dan latar
belakang. Oleh kerana latar belakang dan lingkungannya tidak sama, maka bahasa yang
mereka gunakan menjadi bervariasi atau beragam. Idiolek adalah variasi atau ragam
bahasa yang bersifat perseorangan. Manakala dialek pula merupakan variasi bahasa yang
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 10
digunakan oleh sekelompak anggota masyarakat pada suatu tempat atau suatu waktu.
Misalnya di Indonesia mengenal adanya bahasa Jawa dialek Banyumas, bahasa Jawa
dielek Tegal dan sebagainya. Isoglos adalah satu istilah bagi merujuk sempadan antara
satu dialek dengan dialek yang lain. Variasi bahasa lazimnya disebut dengan nama dialek
regional, dialek areal, atau dialek geografi. Ragam bahasa pula adalah variasi bahasa
yang digunakan dalam situasi, keadaan atau untuk keperluan tertentu. Untuk situasi formal
digunakan ragam bahasa yang disebut ragam baku, untuk situasi tidak formal digunakan
ragam yang tidak baku.
12. Bebas
Bahasa yang bersifat bebas atau bukan mandatori bermaksud tidak boleh dipaksa oleh
individu atau kerajaan untuk memaksa masyarakat itu menerima atau mengguna pakai
apa-apa aspek bahasa seperti perkataan-perkataan tertentu secara paksaan. Misalnya,
jika ada seorang menteri memaksa atau memperkenal penggunaan perkataan
“infotaiment” sebagai satu perkataan yang merujuk kepada sesuatu konsep, maka
perkataan tersebut jika tidak dapat diterima oleh masyarakat bahasa itu, maka perkataan
tersebut akan lenyap begitu sahaja.
13. Manusiawi
Bahasa manusia adalah milik manusia. Bahasa adalah suatu aktiviti manusia dan
bukannya aktiviti makhluk lain. Hanya manusia yang boleh berbahasa. Makhluk lain seperti
haiwan, tidak boleh berbahasa. Telah diketahui juga bahawa burung, monyet dan orang
hutan dapat mengeluarkan bunyi pertuturan seperti manusia. Tetapi ternyata bahasa
manusia lebih baik kerana keupayaan manusia untuk mencantumkan bunyi-bunyi itu
menjadi suku kata tetapi ini tidak berlaku kepada haiwan. Banyak haiwan boleh dilatih
menutur bahasa manusia seperti burung kakatua, tetapi haiwan seperti itu hanya boleh
menutur sahaja tetapi tidak boleh menggunakan bahasa dalam konteks yang betul.
1.7 Asal Usul Bahasa Melayu
Sebelum kita mempelajari aspek-aspek penting yang terdapat dalam bahasa Melayu,
eloklah kita mengenali terlebih dahulu sejarah ringkas asal-usul bahasa Melayu. Jika kita
ingin mengkaji sejarah asal-usul sesuatu bahasa, maka kita perlu mengkaji terlebih dahulu
bangsa yang menutur bahasa tersebut. Setiap bahasa dihasil dan diwarisi oleh bangsa
tersebut.
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 11
Siapakah orang Melayu? Dari manakah mereka berasal? Asal usul orang Melayu sebagai
penutur asli bahasa Melayu amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum
diselidiki dengan mendalam. Walau bagaimanapun, kita dapat mengetahui secara kasar
latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno, berdasarkan beberapa kajian
yang telah dilakukan oleh para sarjana dari dalam dan luar negara.
Terdapat dua teori utama bagi menjelaskan asal usul bahasa dan orang Melayu, iaitu:
1) Teori Orang Melayu Berasal dari Yunan
2) Teori Orang Melayu Berasal dari Nusantara
1) Teori Orang Melayu Berasal dari Yunan
Teori ini dipelopori oleh para sarjana Barat yang berpendapat orang Melayu berasal dari
daerah Yunan iaitu suatu kawasan yang terletak di utara Loas dan barat daya negara
China. Terdapat dua gelombang penghijrahan orang Yunan ke Asia Tenggara.
Penghijrahan pertama dinamakan Melayu Proto yang berlaku berlaku sejak tahun 2500
sebelum Masihi. Penghijrahan kedua dinamakan Melayu Deutro yang berlaku kira-kira
dalam tahun 1500 sebelum Masihi. Mereka ini telah menduduki daerah pantai dan tanah
lembah di Asia Tenggara. Penghijrahan Melayu Deutro menyebabkan Melayu Proto
melarikan diri ke kawasan pedalaman kerana terancam dengan Melayu Deutro yang lebih
maju dan hidup secara berkumpulan.
Berikut ialah hujah para sarjana tersebut yang dipetik daripada Darwis Harahap (1992):
R.H. Geldern
Beliau menemukan kapak tua yang diperbuat daripada batu di sekitar hulu Sungai
Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze, dan Hwang. Beliau juga menemukan kapak
yang mempunyai bentuk dan jenis yang sama di beberapa tempat di kawasan Nusantara.
Geldern membuat kesimpulan kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke Asia
Tenggara atau ke Kepulauan Melayu ini.
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 12
J.H.C Kern
J.H.C. Kern membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan yang digunakan sehari-hari
terutama nama tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan nama perahu. Beliau mendapati bahawa
perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara ini terdapat juga di Madagaskar, Filipina,
Taiwan, dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik. Perkataan tersebut di antara lain
ialah: padi, buluh, rotan, nyiur, pisang, pandan, dan ubi. Berdasarkan senarai perkataan
yang dikajinya itu Kern berkesimpulan bahawa bahasa Melayu ini berasal daripada satu
induk yang ada di Asia.
Asmah Haji Omar
Asmah Haji Omar berpendapat bahawa perpindahan orang Melayu dari daratan Asia ke
Nusantara ini tidaklah sekaligus dan juga tidak melalui satu laluan. Ada yang melalui
daratan, iaitu Tanah Semenanjung, melalui Lautan Hindi dan ada pula yang melalui Lautan
China. Namun, beliau menolak pendapat yang mengatakan bahawa pada mulanya asal
bahasa mereka satu dan perbezaan yang berlaku kemudian adalah kerana faktor geografi
dan komunikasi.
Peta1.1: Asia Tenggara (Sumber: Google.com)
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 13
Peta 1.2: Daerah Yunan
2) Teori Orang Melayu dari Nusantara
Terdapat sebahagian sarjana berpendapat bahawa orang Melayu tidak berasal
dari mana-mana wilayah sebaliknya telah wujud sekian lama di kawasan
Nusantara khususnya kawasan daratan antara Jawa dan Kalimantan yang
dahulunya belum ditenggelami air latan. Berikut ialah hujah mereka:
Rajah1.2: Wajah Orang Melayu Proto.
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 14
J. Crawfurd
J. Crawfurd telah membuat kajian perbandingan bahasa yang ada di Sumatera, Jawa,
Kalimantan, dan kawasan Polinesia. Beliau berpendapat bahawa asal bahasa yang
tersebar di Nusantara ini berasal daripada bahasa di Pulau Jawa (bahasa Jawa) dan
bahasa yang berasal dari Pulau Sumatera (bahasa Melayu). Bahasa Jawa dan bahasa
Melayulah yang merupakan induk bagi bahasa serumpun yang terdapat di Nusantara ini.
J. Crawfurd menambah hujahnya dengan bukti bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa
telah memiliki taraf kebudayaan yang tinggi dalam abad kesembilan belas. Taraf ini hanya
dapat dicapai setelah mengalami perkembangan budaya beberapa abad lamanya. Beliau
sampai pada satu kesimpulan bahawa:
(a) Orang Melayu itu tidak berasal dari mana-mana, tetapi malah merupakan induk yang
menyebar ke tempat lain.
(b) Bahasa Jawa ialah bahasa tertua dan bahasa induk daripada bahasa yang lain.
Sutan Takdir Alisjahbana
Sutan Takdir Alisjahbana (1987), menggelar bangsa yang berkulit coklat yang hidup di
Asia Tenggara, iaitu Thailand Selatan, Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, dan Filipina
Selatan sebagai bangsa Melayu yang berasal daripada rumpun bangsa yang satu. Mereka
bukan sahaja mempunyai persamaan kulit bahkan persamaan bentuk dan anggota badan
yang berbeza daripada bangsa Cina di sebelah timur dan bangsa India di sebelah barat.
Gorys Keraf
Gorys Keraf (1984), mengemukakan teori Leksikostatistik dan teori Migrasi bagi mengkaji
asal usul bangsa dan bahasa Melayu. Setelah mengemukakan hujah tentang kelemahan
pendapat terdahulu seperti: Reinhold Foster (1776), William Marsden (1843), John
Crawfurd (1848), J.R. Logan (1848), A.H. Keane (1880), H.K. Kern (1889), Slametmuljana
(1964), dan Dyen (1965) beliau mengambil kesimpulan bahawa "...negeri asal (tanahair,
homeland) nenek moyang bangsa Austronesia haruslah daerah Indonesia dan Filipina
(termasuk daerah-daerah yang sekarang merupakan laut dan selat), yang dulunya
merupakan kesatuan geografis".
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 15
Bukti Penemuan Sejarah
Jika ditinjau dari sudut ilmu kaji purba pula, penemuan tengkorak yang terdapat di
Nusantara ini memberi petunjuk bahawa manusia telah lama ada di sini. Penemuan
tersebut di antara lain ialah:
1. Pithecanthropus Mojokerto (Jawa), yang kini berusia kira-kira 670,000 tahun.
2. Pithecanthropus Trinil (Jawa), kira-kira 600,000 tahun.
3. Manusia Wajak (Jawa), kira-kira 210,000 tahun.
1.7.1 Rumpun Bahasa Melayu
Bahasa Melayu dikatakan berasal daripada rumpun bahasa Austronesia, manakala
bahasa-bahasa Austronesia ini berasal daripada keluarga bahasa Austris. Selain
daripada rumpun bahasa Austronesia, terdapat juga rumpun bahasa Austro-Asia dan
rumpun bahasa Tibet-Cina. Pembahagian rumpun bahasa Melayu menurut Nik Safiah
Karim et al. (2004) ialah seperti pada rajah di bawah:
Rumpun bahasa Austronesia ini pula terbahagi kepada empat kelompok yang lebih kecil,
iaitu:
1. Bahasa-bahasa Kepulauan Melayu atau Bahasa Nusantara. Cabang Nusantara
mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak, iaitu kira-kira 200 – 300 bahasa
antaranya golongan Sumatera, golongan Kalimantan, golongan Jawa, golongan
Filipina dan banyak lagi. Contoh: bahasa Melayu, Aceh, Jawa, Sunda, Dayak,
Tagalog, Solo, Roto, Sika dan lain-lain.
Austris
Austroasia Tibet-China Austronesia
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 16
2. Bahasa-bahasa Polinesia. Contoh: bahasa Hawaii, Tonga, Maori, Haiti.
3. Bahasa-bahasa Melanesia. Contoh: bahasa-bahasa di Kepulauan Fiji, Irian dan
Kepulauan Caledonia.
4. Bahasa-bahasa Mikronesia. Contoh: bahasa-bahasa di Kepulauan Marianna,
Marshall, Carolina dan Gilbert.
Peta 1.3: Wilayah Bahasa Austronesia
(Sumber: Encyclopedia Britannica online 2010)
1.7.2 Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca
Lingua franca merupakan satu bahasa yang terdiri daripada pelbagai bahasa, contoh
bahasa Itali, yang bercampur dengan bahasa Perancis, Sepanyol, Yunani dan Arab dan
dipakai di pelabuhan-pelabuhan Laut Mediterranean. Lingua franca juga dikenali sebagai
campuran bahasa lain (seperti Swahili, yang sekarang dituturkan di Tanzania) dipakai
sebagai bahasa pertama atau bahasa perdagangan atau bahasa perniagaan antara
bangsa yang berbeza bahasanya. Menurut Kamus Webster’s Collegiate Dictionary (1981:
663), lingua franca merupakan sesuatu yang memperlihatkan bahasa bersama. Secara
mudah diturunkan ciri-ciri penting lingua franca seperti berikut;
Bahasanya mudah, senang, tanpa imbuhan
Ayatnya pendek
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 17
Mudah difahami oleh penerima
Digunakan untuk tujuan tertentu
Digunakan untuk sementara waktu,
Nahunya tidak menentu dan tidak dapat dinyatakan dengan sahih
Berdasarkan bukti sejarah, bahasa Melayu telah menjadi lingua franca atau bahasa
perantaraan di daerah Kepulauan Melayu sejak zaman-berzaman. Hal ini dapat dibuktikan
apabila seorang pengembara China bernama I-Tsing telah singgah di Sriwijaya pada tahun
672 Masihi. Dalam perjalanannya dari China ke India, beliau menyatakan bahawa bahasa
Melayu digunakan dengan meluasnya di Palembang.
Peta 1.4: Empayar Sriwijaya pada abad ke-7 Masihi
Keupayaan bahasa Melayu sebagai lingua franca dapat diteruskan lagi pada zaman
Kesultanan Melaka pada abad ke-14. Kerajaan Melayu Melaka menjadi semakin kuat
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 18
setelah berjaya menakluki negeri-negeri yang berhampiran di Semenanjung Tanah
Melayu dan beberapa buah negeri yang terletak di pesisiran pantai timur Sumatera.
Selaras dengan kestabilan kerajaan Melaka, maka aktiviti perdagangan di pelabuhan
Melaka menjadi semakin maju. Para pedagang yang berlainan bangsa dan bahasa seperti
Arab, India, China dan pedagang Eropah, datang berdagang di pelabuhan itu. Komunikasi
menjadi sukar kerana masing-masing tidak dapat memahami bahasa asing. Justeru, bagi
memudahkan aktiviti perdagangan, maka bahasa Melayu telah menjadi medium bahasa
perantara antara para pedagang. Keadaan ini telah membantu bahasa Melayu menjadi
bahasa lingua franca pada waktu tersebut.
Francois Valentijn pernah meriwayatkan bahawa kerajaan Melaka menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa perhubungan antara orang-orang yang tinggal di Kepulauan
Melayu dengan pedagang-pedagang dari Eropah dan Asia Barat.
Peta 1.5: Empayar Kerajaan Melaka Abad Ke-14 Masihi
Implikasinya, bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa lingua franca di kepulauan Melayu
disebabkan bahasa ini mudah dipelajari, bersifat sederhana, tidak terikat kepada susun
lapis masyarakat dan mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding bahasa Jawa.
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 19
Bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa
pengantar ilmu sejak kemerdekaan negara pada tahun 1957. Kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi diwartakan dalam Perlembagaan
Persekutuan, sementara kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi khusus
diwartakan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967 dan sebagai bahasa pengantar ilmu
pula diwartakan dalam Akta Pendidikan 1961 dan kemudian dalam Akta Pendidikan
1996.
Istilah lingua franca perlu diambil kira apabila kita memperkatakan tentang bahasa
kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar. Tanpa berlatar belakangkan lingua
franca (khususnya pada zaman Kerajaan Melayu Melaka abab ke-14), tidak mungkin
bahasa Melayu boleh menjadi utama hingga kini.
1.8 Pengaruh Bahasa Asing
Alam Melayu melalui zaman yang panjang dan bertembung dengan pelbagai bangsa atau
kerajaan dari luar misalnya India/Bahasa Sanskrit, Arab/Islam, China, Portugis, Belanda,
Inggeris dan Jepun. Pertembungan ini menyebabkan bahasa Melayu menerima pengaruh
P Pada pandangan anda, adakah lingua franca masih wujud pada hari ini?
Sebab dan Cara Lingua Franca Berlaku
Kewujudan lingua franca berlaku secara mendadak; pertama mungkin kedua-
dua penutur dan pendengar terdesak untuk menjual barang masing-masing.
Peringkat awal mungkin mereka menggunakan bahasa isyarat, bahasa badan,
penunjuk barangan yang hendak dijual dan mungkin juga menggunakan bahasa
ibunda sendiri dahulu. Semua ini berlaku di peringkat awal. Oleh kerana desakan
itu kuat, kedua-dua penutur mungkin sudah pun mendengar bunyi-bunyi bahasa
orang yang dituturkan dan cuba membuat adaptasi atau cuba mengambil kata-
kata tertentu dan memudahkannya. Tentu sekali setelah sekian lama berbicara,
penjual dan pembeli tentu sekali telah menjadi mesra antara satu sama lain. Jadi,
dengan menggunakan bahasa mudah, senang, mereka akan terus berbual ’dengan
cara mereka’.
Sekiranya bahasa natif tempatan berada pada tahap majoriti, bahasa itulah yang
akan menjadi lingua franca di kawasan tersebut kerana proses perniagaan hanya
wujud buat sementara sahaja. Jadi, bahasa Melayu yang menjadi lingua franca adalah disebabkan proses yang dinyatakan di atas.
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 20
bahasa asing yang dapat dilihat dalam pelbagai aspek kehidupan. Bahasa Melayu
memiliki sifat keterbukaan yang membenarkan pengaruh kata dan istilah daripada pelbagai
bahasa, seiring dengan kehendak dan perkembangan zaman. Keadaan ini disebabkan
pengaruh dan hubungan bangsa atau suku bangsa lain dengan penggunaan bahasa
Melayu. Selain itu, unsur asing yang menyusupi bahasa Melayu dapat melengkapi kosa
kata bahasa Melayu. Berikut akan dijelaskan beberapa peringkat pengaruh bahasa asing
dalam bahasa Melayu.
1.8.1 Pengaruh Bahasa Sanskrit
Bahasa Sanskrit telah banyak mempengaruhi bahasa Melayu apabila bahasa Melayu
berada di peringkat kuno, iaitu pada peringkat sebelum bahasa Melayu mencapai zaman
klasik pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Zaman bahasa Melayu kuno antara abad
ke-7 dan abad ke-13. Bukti pengaruh bahasa Sanskrit ke dalam bahasa kuno dapat
dikesan pada batu bersurat yang ditinggalkan oleh kerajaan Srivijaya. Terdapat empat
batu bersurat yang penting, iaitu:
1. Batu Bersurat Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
2. Batu Bersurat Talang Tuwo, Palembang (684 M)
3. Batu Bersurat Kota Kapur, Pulau Bangka (686 M)
4. Batu Bersurat Karang Brahi, Meringi, daerah Hulu Jambi (686 M)
Selain itu, sebagai faktor sampingan, faktor kemegahan juga yang mendorong
kepada peminjaman bahasa daripada bahasa Sanskrit. Ini kerana bahasa Sanskrit
merupakan bahasa yang dianggap bahasa yang "berilmu dan berdarjat tinggi" pada zaman
kuno. Penyerapan bahasa Sanskrit dalam bahasa seharian dijadikan satu cara perolehan
kemegahan.
Keadaan ini khususnya menyebabkan peminjaman perkataan yang sudah ada
dalam bahasa Melayu asli, tetapi digantikan juga dengan bahasa Sanskrit, kerana
barangkali dianggap lebih sesuai, lebih sedap bunyinya ataupun semata-mata kerana
disangka lebih "tinggi" mutunya kerana bahasa Sanskrit merupakan bahasa sarjana.
Dalam bahasa Melayu, terdapat 677 perkataan yang berasal daripada bahasa
Sanskrit. Berikut disenaraikan beberapa contoh perkataan Sanskrit yang dipinjamkan
dalam bahasa Melayu:
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 21
Bahasa Sanskrit Bahasa Melayu
dosa dosa
dukkha duka
deva dewa
rupa rupa
samsara sengsara
Peta 1.6: Empayar Kerajaan Sriwijaya (Sumber: Google.com)
Berpandukan isinya, penulisan pada batu bersurat tersebut dibuat atas arahan
raja Srivijaya, sebuah kerajaan yang mempunyai empayar meliputi Sumatera, Jawa,
Semenanjung Tanah Melayu, Segenting Kra dan Sri Lanka.
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 22
Oleh itu, ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah digunakan sebagai
bahasa rasmi dan bahasa pentadbiran kerajaan Srivijaya, sekaligus meluaskan
penyebaran bahasa Melayu ke tanah jajahan takluknya. Walaupun bahasa pada batu
bersurat itu masih berbahasa Sanskrit, akan tetapi masih terdapat pengaruh bahasa
Melayu Kuno di dalamnya.
Selain daripada empat batu bersurat yang disebutkan tadi, terdapat juga bahan-bahan lain
yang dihasilkan dalam zaman kerajaan Srivijaya pada abad ke-7 hingga ke-13 Masehi:
1. Batu Bersurat Gandasuli (832 M) – Gandasuli, Jawa Tengah.
2. Sebuah batu bersurat yang dijumpai di Bangkahulu bertarikh 1000 Masehi.
3. Sebuah patung gangsa yang dijumpai di Padang Lawas, Tapanuli bertarikh 1029 M
dengan tulisan pada kaki alasnya.
4. Sebuah patung di Padang Rocore, Batanghari bertarikh 1286 M dengan catatan
perkataan “Malaya” atau “Melayu” pada bahagian belakangnya.
Rajah 1.3: Batu Bersurat Kedukan
Bukit (Sumber: Google.com)
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 23
1.8.2 Pengaruh Bahasa Arab
Penerimaan kata pinjaman bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu berlaku pada zaman
Kesultanan Melaka pada kurun ke-14 Masihi. Pengislaman Kerajaan Melaka telah
menyebabkan banyak kata Arab dipinjam bagi mengungkapkan makna khususnya yang
berkaitan amal ibadat Islam. Selain daripada itu, kata pinjaman Arab berlaku dalam bidang
kesusteraan Melayu khususnya dalam penulisan hikayat-hikayat.
Menurut Darwis Harahap (1992), beberapa kitab dan hikayat yang agak penting sehingga
penghujung abad ke-19 yang menunjukkan berlakunya peminjaman kata Arab ke dalam
bahasa Melayu ialah: Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu karya Tun Sri Lanang (1612
M), Hikayat Inderaputera (1634 M), Bustanus Salatin atau Taman segala Raja-raja karya
Nuruddin al-Raniri (1638), Kitab seribu masaalah (1726), Hikayat Ghulam (1736), Hikayat
Acheh (1736), Hikayat Bayan Budiman (1736), Syair Emop (1740), Misa Melayu (1742),
Hikayat Pancatanderan (1835), Hikayat Patani (1838), Kisah pelayaran Abdullah karya
Abdullah bin Abdul Kadir Munshi (1838), Tuhfat al-Nafis karya Raja Ali Haji (1865),
Pelayaran Muhammad Ibrahim Munshi karya Muhammad Ibrahim Munshi (1872), Hikayat
Gul Bakawali karya Syed Mahmud Ali (1875), dan Hikayat Ganja Mara (1897).
Pengaruh kata pinjaman Arab ke dalam bahasa Melayu dapat dilihat melalui beberapa
aspek, antaranya:
i) perbendaharaan kata
Banyak perbendaharaan kata Arab dipinjam terutamanya perkataan yang berkaitan
dengan ibadat, kemasyarakatan, jual-beli, dan sebagainya. Antara contoh kata pinjaman
Antara Hikayat yang menunjukkan pengaruh bahasa Arab.
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 24
ialah: adat, dunia, masjid, salam, ulama, masyarakat, syarikat, musim, ilmu, khabar,
hukum, huruf, nujum, kamus, murid, nafu, hikayat, sejarah, riwayat, kisah, dan lain-lain.
ii) sebutan kata
Pengaruh Arab-Islam memberi kesan yang sangat besar pada sebutan perkataan dalam
bahasa Melayu. Pembacaan ayat-ayat Al-Qur'an telah mempengaruhi lidah dan cara
sebutan orang-orang Melayu.
Contoh-contoh perkataan dan sebutan Arab-Melayu antaranya ialah qadhi, ramadhan,
akidah, kiamat, syurga, dan lain-lain.
iii) tulisan
Kedatangan pengaruh Arab-Islam telah menyumbangkan kepada penulisan bahasa
Melayu dalam tulisan `Arab yang akhirnya disebut tulisan Jawi. Tulisan Jawi ini digunakan
antara lain bagi memudahkan orang-orang Melayu yang rata-rata beragama Islam
membaca Al-Quran. Jadual di bawah ialah contoh tulisan Jawi.
1.9 Taraf Bahasa Melayu
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan
Rajah 1.3: Tulisan Jawi (Sumber:
http://www.dbp.gov.my/klikdbp/klikdbp4feb7.pdf)
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 25
Perenggan 152, para satu di dalam Perlembagaan Malaysia mengatakan bahawa bahasa
Melayu dinaikkan taraf sebagai bahasa kebangsaan. Perkara 152 mengandungi 6 fasal
utama iaitu:
(a) Fasal 1
“Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis di dalam apa-apa tulisan,
sebagaimana yang diperuntukkan oleh Parlimen”.
Walaupun terdapat peruntukan bagi kegunaan bahasa Melayu tetapi bahasa-bahasa lain
masih boleh terus digunakan untuk maksud-maksud tidak rasmi. Kerajaan Persekutuan
dan mana-mana kerajaan negeri boleh meneruskan dan memelihara bahasa kaum di
Persekutuan.
“Walau apa pun peruntukan Fasal 1, selama tempoh sepuluh tahun selepas hari merdeka
dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh parlimen, bahasa Inggeris
boleh digunakan di dalam kedua-dua Majlis Parlimen dan Dewan Negeri dn bagi maksud
rasmi yang lain.”
(b) Fasal 3
“Walau apa pun peruntukan Fasal 1, selama tempoh sepuluh tahun selepas hari merdeka
dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, naskah yang
sahih:
Bagi segala rang undang-undang yang hendak dikemukakan atau pindaan-pindaan
mengenainya yang hendak dicadangkan di dalam mana-mana Majlis Parlimen; dan
Bagi segala Akta Parlimen dan segala perundangan kecil yang hendak dikeluarkan oleh
kerajaan Persekutuan, hendak di dalam bahasa Inggeris”
Perlembagaan Persekutuan Malaysia
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 26
(c) Fasal 4
“Walau apa pun peruntukan Fasal 1, selama tempoh sepuluh tahun selepas hari merdeka
dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, segala
perbincangan di dalam mahkamah persekutuan atau mahkamah tinggi hendaklah
dijalankan di dalam bahasa Inggeris. Dengan syarat bahawa, jika mahkamah dan peguam
bagi kedua-dua pihak bersetuju, keterangan yang diambil di dalam bahasa yang
digunakan oleh saksi tidak payah diterjemahkan atau direkodkan di dalam bahasa
Inggeris.”
(d) Fasal 5
“Walau apa pun peruntukan Fasal 1, sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen,
segala perbincangan di dalam mahkamah rendah lain daripada mengambil keterangan
hendaklah dijalankan di dalam bahasa Inggeris.”
(e) Fasal 6
“…maksud rasmi, ertinya apa-apa jua maksud kerajaan, sama ada kerajaan persekutuan
atau kerajaan negeri dan termasuk apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa”.
Dengan perakuan ini, khususnya di dalam Fasa 1, Perlembagaan Persekutuan, maka
bermulalah era baru untu bahasa Melayu yang sebelum ini hanya menjadi bahasa
pinggiran di tanah air sendiri. Sebagai bahasa kebangsaan, taraf pemakaiannya dinaikkan.
Ia menjadi bahasa rasmi, bahasa pendidikan dan bahasa perhubungan seluruh rakyat
Malaysia.
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 mengenai perkara yang sama berkuat kuasa mulai 11
April 1963 dan mengandungi tiga seksyen utama iaitu sistem tulisan bahasa kebangsaan,
angka dan bahasa borang rasmi kerajaan. Pada tahun 1967, satu lagi akta bahasa
kebangsaan diluluskan dan dikenali sebagai Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Akta ini
berkuat kuasa di Semenanjung Malaysia pada 1 September 1967. Gabungan kedua-dua
akta ini dikenali sebagai Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67. Ia mula dikuatkuasakan pada
1 Julai 1971. Antara perkara utama yang terdapat dalam akta ini ialah:
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan mesti digunakan di dalam
semua urusan rasmi.
Akta ini membenarkan terjemahan ke bahasa lain dibuat untuk surat-surat
dan perutusan-perutusan kerajaan bagi tujuan kepentingan umum.
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 27
Yang di-Pertuan Agong boleh membenarkan penggunaan bahasa
Inggeris dilanjutkan bagi maksud-maksud rasmi sekiranya difikirkan perlu.
Yang di-Pertua Dewan Negara, Dewan Rakyat atau Dewan Negeri boleh
membenarkan ahli-ahli dewan menggunakan bahasa Inggeris ketika
berucap atau perbahasan di dewan mereka.
Teks undang-undang sama ada yang dipinda, yang diluluskan oleh
Parlimen atau Dewan Undangan Negeri hendaklah dalam bahasa
kebangsaan dan bahasa Inggeris. Teks dalam bahasa Melayu adalah
sahih kecuali Yang Dipertuan Agong menetapkan sebaliknya sama ada
secara am atau bagi undang-undang tertentu.
Bagi undang-undang yang diterjemahkan ke bahasa kebangsaan sebelum
1 September 1967, Yang di-Pertuan Agong boleh menetapkan sebagAi
sahih.
Perbicaraan di mahkamah boleh dijalankan dalam bahasa kebangsaan
atau bahasa Inggeris atau kedua-duanya sekali atau dengan kehendak
mahkamah atau pihak-pihak yang terlibat setelah menimbangkan keadilan
perbicaraan itu.
Tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan rumi tetapi tulisan jawi tidak
akan dihalang.
Borang-borang terjemahan daripada bahasa Inggeris dan borang-borang
berbahasa Inggeris yang dibuat atas arahan Perdana Menteri boleh
digunakan bagi maksud borang tersebut.
Parlimen sebagai badan penggubal undang-undang di Malaysia
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 28
Akta Bahasa Kebangsaan yang berkuat kuasa pada 1 September 1967, telah memberi
kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membenarkan penggunaan bahasa Inggeris
bagi tempoh yang difikirkan perlu. Pada tarikh yang sama, Yang di-Pertuan Agong telah
mengeluarkan perintah supaya penggunaan bahasa Inggeris dilanjutkan. Perintah ini
dikenali sebagai Pemberitahu Undang-undang No. 410/1967.
Berdasarkan Pemberitahu ini, penggunaan bahasa Inggeris bagi maksud-maksud rasmi
telah dilanjutkan bagi bidang-bidang berikut:
Jika jabatan-jabatan kerajaan meminta dan jabatan undang-undang
memberi nasihat undang-undang berkenaan dengan mana-mana undang-
undang bertulis yang naskahnya yang sahih adalah dalam bahasa
Inggeris.
Jika membuat perhubungan dengan kerajaan-kerajaan negeri asing
badan-badan antarabangsa dalam mana penggunaan bahasa Inggeris
tidak dapat dielakkan.
Jika berhubung dengan pakar-pakar antarabangsa seperti Pakar
Rancangan Colombo dan pakar Perundingan yang berkhidmat dengan
atau di bawah jabatan-jabatan atau badan-badan berkanun dalam
Malaysia.
Dalam kursus-kursus latihan atau peperiksaan apabila teks yang sahih
adalah bahasa Inggeris atau kursus yang ditetapkan itu masih dalam
bahasa Inggeris.
Latihan yang dijalankan oleh pakar-pakar antarabangsa.
Perwakilan Malaysia di luar negara, apabila berhubung dengan
kakitangan yang diambil daripada negara yang terletaknya perwakilan itu.
Kementerian Kesihatan, apabila membuat laporan atau pesanan seperti
laporan penyakit, pesanan ubat dan pesanan selepas pembedahan.
Kementerian Luar Negeri apabila menghantar arahan dasar daripada
Kementerian kepada Ketua-ketua Perwakilan Malaysia di luar negara, jika
difikirkan penggunaan bahasa Inggeris tidak dapat dielakkan.
Jabatan Hasil Dalam Negeri, kerja-kerja berkaitan dengan penaksiran
komputer, kira-kira mengumpul penyiasatan.
Pembinaan Bahasa Melayu dirancang secara teratur sebelum Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957. Banyak faktor yang menyebelahi pembinaan,
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 29
perancangan dan perkembangan bahasa Melayu hingga menjadi bahasa kebangsaan
negara. Antaranya:
Penjajahan Barat tidak menghapuskan bahasa Melayu. Sebenarnya
gejala penghapusan tidak berlaku pada bahasa Melayu seperti bahasa
lain di dunia, khususnya bahasa Hawaii dan bahasa Guam, iaitu bahasa
Inggeris telah menggantikan bahasa natif.
Karya-karya orang Barat juga membantu perkembangan bahasa Melayu:
contohnya Valentino pengembara Belanda) mengatakan bahawa sesiapa
yang mengetahui bahasa Melayu tidak akan sesat di Nusantara; beliau
juga banyak menyusun karya-karya dalam bahasa Melayu.
Peranan yang dimainkan oleh penjajahan Inggeris khususnya pada lima
buah negeri tidak bersekutu, Kedah, Perlis, Kelantan, Pahang dan Johor.
Peranan yang dimainkan oleh Abdullah Munsyi melalui penulisan beliau.
Laporan Razak 1956 yang menyebut peranan yang dimainkan oleh
bahasa Melayu, “kami berpandu kepada maksud hendak menjadikan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negeri ini dengan tiada
merosakkan atau menyekat bahasa dan kebudayaan bangsa lain yang
diam di negeri ini”.
Penyata Rahman Talib menampakkan langkah berani dalam
mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa
rasmi di negara ini.
Daripada segi dasar, pemerintah telah mewujudkan satu dasar penggunaan satu bahasa
kebangsaan yang berlandaskan kenyataan linguitik, sosial sejarah dan politik.
1.10 Fungsi Bahasa Melayu
1.10.1 Bahasa Kebangsaan
“Bahasa Jiwa Bangsa” dengan jelas menunjukkan kepentingan bahasa dalam memupuk
perpaduan antara kaum. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah menjadikan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Mulai tahun 1970, bahasa Melayu secara
berperingkat-peringkat telah menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di
sekolah-sekolah.
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 30
Sebuah badan berkanun iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah
bertanggungjawab untuk memaju dan memperkaya bahasa Melayu. Kepentingan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini berpaksikan Perkara
152 Perlembagaan Persekutuan, selain daripada Akta Bahasa Kebangsaan dan Akta
Pendidikan yang sedia ada.
1.10.2 Dasar Bahasa Kebangsaan
Pemilihan satu bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia timbul sebab perlunya diadakan
satu lambang penyatuan, iaitu dengan harapan bahawa bahasa itu dapat menjadi dasar
bagi satu identifikasi kebangsaan. Peranan bahasa sebagai faktor penyatuan disalurkan
melalui sistem pelajaran kebangsaan, sebagaimana tercatat dalam mukadimah akta
Pendidikan seperti berikut:
“........dan untuk merancangkan satu sistem pelajaran iaitu bahasa kebangsaan adalah
bahasa pengantar yang utama.”
Di samping memenuhi keperluan menjadi lambang penyatuan, penubuhan satu bahasa
kebangsaan juga timbul daripada semangat kebangsaan yang mahukan bahasa penjajah
diambil alih oleh bahasa bumiputera.
Dasar bahasa kebangsaan merupakan asas terpenting bagi perkembangan bahasa
Melayu di Malaysia. Dasar ini memenuhi konsep perancangan taraf bahasa. Dengan
adanya dasar bahasa yang menentukan pemilihan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi,
barulah dilakukan tahap-tahap seterusnya, iaitu propaganda, pembinaan dan perluasan
penggunaannya.
Dasar bahasa di Malaysia meletakkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi, seperti terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan
Persekutuan. Dasar bahasa ini juga dianggap bermula dengan idealisme, iaitu untuk
menyaksikan satu rupa bangsa yang bersatu menerusi pembentukan budaya kebangsaan
selaras dengan keinginan dan hasrat membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai
identiti keperibadian yang dapat dibanggakan dan penuh dengan kesetiaan kepada
negara, memupuk ciri-ciri pengenalan rakyat yang relatif seragam, menegak persatuan
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 31
antara kaum-kaum yang mendiami negara ini dan menobatkan bahasa Melayu sebagai
sarana komunikasi yang berkesan dalam sektor-sektor penting negara.
1.10.3 Bahasa Rasmi
Menurut Kamus Dewan (1970:59), bahasa rasmi adalah bahasa pentadbiran, bahasa
perhubungan awam, bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah-sekolah dan
institusi pengajian tinggi. Sesebuah negara, khususnya yang baru mencapai kemerdekaan
selalunya memilih dan mendaulatkan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.
Menurut Ainon Mohammad (1984), bahasa rasmi pula bererti peranan bahasa Melayu
sebagai saranan pembinaan negara dalam semua urusan, terutama pentadbiran negara.
Justeru, bahasa rasmi membawa maksud bahasa yang digunakan dalam sistem
pendidikan negara, urusan perniagaan dan pentadbiran dan dalam upacara-upacara
rasmi. Bahasa rasmi mungkin mempunyai lebih daripada satu fungsi bagi sesebuah
negara. Secara rasminya bahasa Melayu dinobatkan pada 1 September 1967, yakni 10
tahun selepas hari kemerdekaan. Ia menjadi bahasa rasmi tunggal bagi Persekutuan
Malaysia. Perisytiharan ini berlaku akibat tindakan parlimen meluluskan undang-undang
perasmiannya. Perisytiharan tersebut dibuat melalui titah Diraja yang disiarkan menerusi
radio dan televisyen, dianggap sebagai satu detik era baharu bagi orang Melayu. Dengan
kenaikan taraf ini, kesan positif wujud terhadap orang Melayu dan bahasa Melayu terjamin.
Jika diteliti dengan mendalam, kita boleh mengatakan bahawa dengan meningkatnya taraf
tersebut, bahasa Melayu kian meluas digunakan sebagai bahasa perpaduan antara kaum.
Maksud fungsi perpaduan ialah menimbulkan sikap bersatu melalui bahasa. Pelbagai
masyarakat akan menggunakan bahasa Melayu untuk mengeratkan hubungan antara satu
sama lain. Mereka berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Melayu. Secara tidak
langsung, masyarakat bukan Melayu menerima bahasa Melayu dan menganggapnya
penting sebagai alat perpaduan bangsa.
Walau bagaimanapun, usaha-usaha untuk mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi telah menghadapi berbagai-bagai kesulitan serta tentangan, daripada orang Melayu
sendiri dan juga orang bukan Melayu. Pemasalahan datang daripada pelbagai arah dan
berbagai-bagai persoalan ditimbulkan; persoalan politik, persoalan sikap, ekstremisme
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 32
kaum yang memungkinkan berlakunya ketidaksefahaman dan perpecahan antara
kaum.Antara isu yang diketengahkan adalah seperti berikut:
Bahasa Melayu tidak sesuai dan tidak layak menggantikan bahasa Inggeris
sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah.
Ramai intelek khususnya guru masih belum fasih menggunakan bahasa Melayu
Penguasaan terhadap bahasa Melayu tidak penting
Bahasa Melayu tidak mempunyai standard, hanya sesuai digunakan oleh
golongan bawahan
Bahasa Melayu tidak sesuai digunakan dalam bidang kehakiman dan pendidikan
Di samping itu, golongan yang menyetujui dan menerima bahasa Melayu menganggap
bahasa tersebut :
Layak menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi dan bahasa
pengantar di sekolah-sekolah
Bahasa Melayu mempunyai beberapa kelebihan tersendiri; mudah dipelajari,
semua kaum boleh bertutur dalam bahasa tersebut.
Ia paling sesuai dijadikan bahasa rasmi berbanding dengan bahasa Cina atau
Tamil
Bahasa Inggeris adalah bahasa penjajahan
Oleh sebab ketegasan, pihak kerajaan telah mengeluarkan surat pekeliling Am No.12,
tahun 1967 untuk memantapkan lagi penggunaan bahasa Melayu secara rasminya.
Melalui pekeliling ini, bahasa Melayu perlu digunakan untuk tujuan-tujuan rasmi dalam
pentadbiran harian, bahasa pengantar di sekolah, surat-menyurat rasmi kerajaan yang
meliputi semua jabatan kerajaan persekutuan dan negeri. Hingga kini bahasa Melayu
masih lagi teguh dan berdiri tegak sebagai bahasa rasmi walaupun sering kali menerima
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 33
tohmahan dan kritikan daripada pelbagai pihak. Diharapkan bahasa Melayu akan kekal
sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah.
Bagaimanadan Faktor PemilihanSebagai Bahasa Rasmi
Seperti yang dihuraikan di atas dan setelah melalui beberapa rintangan dan halangan,
bahasa Melayu tetap berdiri teguh dan kukuh sebagai bahasa rasmi walaupun laluan yang
ditembus ipenuh dengan duri dan onak. Pelbagai faktor boleh diketengahkan yang
menyebabkan bahasa Melayu hadir sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar di
sekolah-sekolah. Antaranya adalah seperti berikut:
Sejarah negara sejak zaman Srivijaya, membawa kepada pemerintahan kolonial
telah terbukti penggunaan bahasa Melayu sebagai linguafranca di rantau ini.
Penggunaan bahasa Melayu oleh pelbagai kaum.
Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pentadbiran di negeri Melayu
Bersekutu.
Bahasa Melayu dipilih kerana mudah dipelajari dan difahami.
Bahasa Melayu dipilih kerana faktor penyatupaduan rakyat. Akan mewujudkan
suatu suasana kebangsaan yang melibatkan semua rakyat tanpa mengira kaum.
Bahasa Melayu penting dalam urusan pentadbiran dan sistem pendidikan negara.
Bahasa Melayu mempunyai ‘historicity, autonomy, ethnicity dan validity’.
1.10.4 Bahasa Komunikasi
Manusia menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi yang penting dalam kehidupan
seharian mereka. Hal ini demikian kerana bahasa dan pertuturanlah yang membezakan
manusia dengan haiwan. Selain itu, bahasa mempunyai suatu sistem yang sistematis,
dinamik dan selalu berubah-ubah sesuai dengan perkembangan zamannya. Halliday,
dalam bukunya bertajuk “Explorations in the Functions of Language” (1973), telah
mengemukakan tujuh fungsi bahasa. Antaranya ialah:
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 34
Instrumental
Regulasi
Pemerian
Interaksi
Personal
Heuristik
Khayalan
Fungsi instrumental bermaksud manusia menggunakan bahasa bagi melayani
pengelolaan lingkungan yang menyebabkan sesuatu peristiwa berlaku. Fungsi regulasi
adalah fungsi bahasa yang bertindak sebagai pengawas dan mengendalikan peristiwa-
peristiwa yang berlaku. Fungsi ini digunakan untuk mengendali serta mengatur orang lain.
Fungsi pemerian pula boleh ditafsirkan sebagai penggunaan bahasa untuk membuat
penyataan-penyataan, menyampaikan pengetahuan, membuat penjelasan dan membuat
laporan tertentu.
Fungsi interaksi merupakan fungsi bahasa yang memainkan peranan bagi menentukan
supaya hubungan antara manusia dapat terus berlangsung ataupun dipertahankan. Oleh
itu, perlu pengetahuan yang luas berkenaan bahasa, loghat, jargon, slanga, gurauan,
cerita rakyat, budaya setempat dan sebagainya. Pokoknya, kita mesti tahu pelbagai
perkara tentang bahasa. Fungsi peribadi pula adalah fungsi bahasa yang memberi
kesempatan kepada manusia bagi menyatakan perasaan, emosi, peribadi serta reaksinya.
Seterusnya, fungsi heuristik melibatkan penggunaan bahasa bagi memperoleh ilmu
pengetahuan. Ini demikian kerana disampaikan dalam bentuk pertanyaan yang
memerlukan jawapan. Fungsi khayalan juga merupakan fungsi bahasa yang digunakan
oleh manusia bagi mencipta mimpi-mimpi yang mustahil diterima oleh akal. Fungsi ini
dibawa melalui buku-buku dan cerita-cerita dongeng.
Ketujuh-tujuh fungsi di atas sebenarnya bersifat saling melengkapi antara satu sama lain
bagi menghasilkan satu bentuk komunikasi yang berkesan dalam menyatakan pelbagai
topik serta memahamkan pelbagai bangsa di dunia. Bahasa merupakan alat komunikasi
yang paling berkesan dalam kehidupan manusia; bersifat arbitrari, simbolik, sistematik
dan manusiawi.
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 35
1.10.5 Bahasa Perpaduan
Perpaduan atau solidariti dapat didefinisikan sebagai satu proses yang menyatupadukan
rakyat dan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah
air. Di samping itu juga, menurut Kamus Dewan (1994), perpaduan ditakrifkan sebagai
penggabungan, pelaburan penyesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung
menjadi satu, sepakat dan sebagainya. Dalam erti kata yang lain, perpaduan dapat
diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam
kalangan dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan
ikhlas. Perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk
satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan negara.
Oleh itu, pengertian bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dapat diertikan sebagai
bahasa yang menjadi lambang penyatuan suara yang digunakan sebagai alat
perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara individu dengan individu
yang lain) yang berfungsi sebagai alat menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum
dalam sebuah negara.
Bahasa Melayu diguna pakai dalam pelbagai bidang termasuk dalam bidang ekonomi
dan pentadbiran.
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 36
Bahasa adalah suatu keseluruhan, suatu prinsip klasifikasi dengan sesuatu yang dikuasai
dan bersifat konvensional yang seharusnya terkebawah daripada naluri semula jadi.
Whitney (1998) berpendapat bahasa adalah salah satu institusi sosial dan menganggap
bahawa kita menggunakan alat ujaran sebagai wadah bahasa, hanyalah secara kebetulan
sahaja, untuk kesenangan sahaja manusia boleh memilih bahasa isyarat dan lambang
tampak dan bukan lambang akuistik.
Cara bahasa menyatupadukan rakyat
Selaras dengan dasar pendidikan kebangsaan, bahasa Melayu diajarkan sebagai mata
pelajaran wajib dan telah dijadikan bahasa pengantar utama bagi semua peringkat
prasekolah dan pengajian. Pendidikan bahasa Melayu Sekolah Menengah adalah
memenuhi hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis daripada aspek intelek, emosi, rohani, dan jasmani.
Penggunaan bahasa Melayu yang semakin meluas sesuai dengan tarafnya
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara menekankan penguasaan dan
penggunaan bahasa Melayu yang lebih bermutu. Pendidikan bahasa Melayu sekolah
menengah yang meliputi Tingkatan 1 sehingga 5 akan terus meningkatkan penguasaan
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam kalangan pelajar remaja
dan memupuk kepekaan terhadap variasi bahasa dalam pelbagai situasi, sistem bahasa
dan gaya bahasa yang indah. Pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah juga
menanamkan kesedaran terhadap unsur dan nilai kemanusiaan secara menyeluruh
melalui pembacaan bahan ilmu dan hasil kesusasteraan.
Pemupukan semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia
diberikan penekanan dalam pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah agar pelajar-
pelajar membina semangat rasa bangga dan cinta akan tanah air dalam satu wawasan
budaya yang dihasratkan.
Di samping itu, bahasa Melayu memainkan peranan penting bukan sahaja dalam
memenuhi keperluan manusia tetapi juga untuk meningkatkan perpaduan antara kaum.
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa perpaduan kaum begitu signifikan untuk
menyumbang ke arah sebuah negara maju mengikut acuan sendiri. Selain itu, pendidikan
dijadikan sebagai alat yang digunakan untuk perpaduan antara kaum jelas dinyatakan
dalam Penyata Razak 1956. Oleh itu, apabila pendidikan dianggap sebagai alat secara
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 37
automatiknya, bahasa Melayu yang berfungsi sebagai bahasa perpaduan boleh
mengambil bahagian dalam isu menyatupadukan rakyat kerana bahasa Melayu itu
digunakan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar dalam
pelbagai bidang.
Aspek penting untuk menyatupadukan rakyat mengikut fungsi bahasa Melayu
sebagai bahasa perpaduan adalah melalui pendidikan. Sesungguhnya pendidikan hari ini
telah memainkan peranan penting dalam merealisasikan aspirasi negara ke arah
mewujudkan perpaduan kaum. Pendidikan hari ini telah membuktikan bahawa negara
berjaya mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan
kesejahteraan negara.
Sejarah telah membuktikan betapa golongan cerdik pandai menentukan jatuh
bangunnya sesebuang bangsa dan negara. Selain daripada itu, penyatupaduan rakyat
dapat mewujudkan sistem pendidikan kebangsaan kerana sistem persekolahan yang
berbeza-beza mempunyai haluan masing-masing dan tidak dapat melahirkan satu identiti
bangsa. Oleh itu, satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan yang
sedia ada. Cadangan itu dikenali sebagai Penyata Razak.
Penyata Razak telah diperakui dan diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran pada
tahun 1957. Ordinan ini mewajibkan semua jenis sekolah menggunakan sukatan pelajaran
yang sama. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah,
Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 38
khususnya untuk membantu perpaduan kebangsaan dan menjadi wahana yang berkesan
untuk berkomunikasi pelbagai kumpulan etnik dan masyarakat pelbagai dialek atau
bahasa. Bahasa Melayu turut membantu pembentukan jati diri bangsa Malaysia yang
menggunakan bahasa komunikasi yang mudah difahami.
1.10.6 Bahasa Ilmu
Bahasa ilmu boleh ditakrifkan sebagai bahasa yang mempunyai ciri-ciri formal dan dapat
mengungkapkan sesuatu konsep dan pemprosesan ilmu. Bahasa Melayu telah lama
digunakan untuk mengungkapkan konsep-konsep dan proses-proses yang tinggi serta
kompleks, terutama sekali di dalam bidang agama, falsafah, sastera dan budaya.
Setelah tiga puluh tahun dirancang dengan begitu rapi, perkembangan yang positif
dalam penggunaan bahasa Melayu dapat dilihat dalam bidang ilmiah. Penggunaan
bahasa Melayu dalam bidang sains sosial telah lama wujud, malahan lebih awal daripada
zaman kegemilangan kerajaan Melayu Srivijaya, Acheh dan Melaka. Dalam sejarah yang
muktahir, pusat kebudayaan seperti Pulau Pinang telah banyak menghasilkan buku untuk
institusi pengajian tinggi dan akhbar diterbitkan.
Bahasa Melayu telah digunakan dengan banyaknya dalam konteks agama,
sastera dan budaya. Usaha menggunakan bahasa Melayu dalam bahasa tersebut telah
lama digunakan untuk tujuan ini, walaupun tidak abstrak dan sukar berbanding sains dan
teknologi. Bahasa Melayu ilmiah ini dapat dilihat melalui beberapa ciri umum iaitu
peristilahan, tatabahasa, laras dan sebagainya.
Istilah yang sudah dicipta oleh DBP setakat ini, untuk semua bidang telah
mencapai 477, 300 (Berita Peristilahan, Mei 1986). Setiap satu bidang ilmu terdapat
sejumlah peristilahannya tersendiri dan mempunyai maknanya yang tersendiri pula.
Dalam hal pemilihan istilah ternyata bahawa istilah, walaupun banyak iaitu
berjumlah 477, 300 dan meliputi 36 bidang, namun kerja-kerja menokok tambah jumlah
istilah terus berjalan. Usaha membina istilah baharu telah bermula sejak tahun 1957 lagi.
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 39
Bagi memantapkan lagi penggunaan bahasa ilmu dalam bidang ilmu atau ilmiah,
DBP aktif dalam hal ini. Setakat ini DBP telah menyelesai dan memenuhi permintaan
buku-buku teks bagi sekolah-sekolah rendah dan menengah serta pra universiti. Terdapat
dua langkah yang dibuat dalam hal ini: bantuan tenaga pengajar daripada institusi
pengajian tinggi dan penerbitan karya-karya asal bagi keperluan institusi pengajian tinggi.
RUMUSAN
Linguistik ialah ilmu mengkaji bahasa secara saintifik.
Bahasa merupakan satu sistem bunyi yang dihasilkan oleh alat tutur yang
digunakan oleh sekelompok manusia sebagai wahana atau cara untuk
menjalankan apa-apa sahaja aktiviti masyarakat mereka
Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur bahasa Melayu berasal
daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia.
Universiti Kebangsaan Malaysia antara universiti yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
dalam pelbagai bidang.
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 40
Bahasa Melayu dikatakan berasal daripada rumpun bahasa Austronesia,
manakala bahasa-bahasa Austronesia ini berasal daripada keluarga bahasa
Austris.
Lingua franca merupakan satu bahasa yang terdiri daripada pelbagai bahasa.
Bahasa Melayu memiliki sifat keterbukaan yang membenarkan pengaruh kata dan
istilah daripada pelbagai bahasa, seiring dengan kehendak dan perkembangan
zaman.
KATA KUNCI
1. Austris 2. Austronesia 3. Kerajaan Melaka 4. Komunikasi 5. Lingua Franca 6. Melayu Deutro
7. Melayu Proto 8. Pengaruh Asing 9. Penyata Razak 10. Perlembagaan Persekutuan 11. Perpaduan 12. Sanskrit
PENILAIAN KENDIRI 1. Nyatakan sumbangan ilmu linguistik khususnya dalam bidang pendidikan bahasa.
2. Pada pendapat anda, orang Melayu berasal dari wilayah mana?
3. Pada pandangan anda, adakah bahasa Melayu telah mencapai tahap yang
membanggakan?
RUJUKAN Abdullah Hassan. (1997). Bahasa Melayu sebagai bahasa Ilmu dan esei-esei
lain. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.
Asmah Haji Omar.(1989). Perancangan bahasa dengan rujukan khusus kepada
perancangan bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Asmah Haji Omar. (1988). Susur galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 41
Darwis Harap (1992). Sejarah pertumbuhan bahasa Melayu. Pulau Pinang:
Penerbit USM.
Ismail Hussien. (1966). Sejarah pertumbuhan bahasa Kebangsaan kita. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan edisi ketiga (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Nik Safiah Haji Karim (1986). Bahasa Melayu tinggi teori dan penerapan.
Kuala Lumpur:Nurin Enterprise.
Nik Safiah Haji Karim et al. (2004). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Teo Kok Seong. (2006). Bahasa Kebangsaan dan bahasa Rasmi: Dua konsep
yang berbeza. Dewan Bahasa, 13-16.
Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer| 1
UNIT 10
PENGAJARAN BAHASA BERBANTUKAN
KORPUS BERKOMPUTER
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda diharapkan dapat:
1. menjelaskan konsep korpus berkomputer;
2. menerangkan kepentingan korpus berkomputer; dan
3. mengaplikasikan korpus berkomputer dalam P&P.
10.0 PENGENALAN
Pendidikan bahasa Melayu sekolah menengah menekankan penggunaan tatabahasa mengikut
kemampuan murid. Bagi mencapai tujuan tersebut, guru perlu merancang dan memilih aspek
tatabahasa yang hendak diajarkan berserta contoh penggunaannya dalam pelbagai konteks dan
kegiatan bahasa yang bermakna sama ada di dalam atau di luar bilik darjah (Huraian Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Empat). Ini bermakna guru mempunyai tanggungjawab memilih
dan membina bahan yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Dalam proses
P&P bahasa Melayu, aspek tatabahasa boleh digabungkan secara terancang dalam konteks dengan
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kandungan tatabahasa terdiri daripada
morfologi dan sintaksis.
Perihal pentingnya pengajaran aspek tatabahasa dan pemilihan bahan yang sesuai, maka
kertas kerja ini cuba memaparkan penggunaan teknologi korpus berkomputer dalam pengajaran
tatabahasa untuk murid sekolah menengah. Secara khususnya, kertas ini cuba untuk mendedahkan
penggunaan korpus berkomputer dalam pengajaran tatabahasa bahasa Melayu dan memantapkan
proses pengajaran dan pembelajaran khususnya aspek tatabahasa dalam kalangan guru mata
pelajaran bahasa Melayu. Aspek tatabahasa yang dipilih dalam kertas ini ialah imbuhan meN-kan.
Salah satu aspek penting yang semakin diberi perhatian oleh para guru dalam proses P&P
bahasa ialah penggunaan bahan bantu pengajaran bahasa. Hal ini turut ditekankan dalam Huraian
Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer| 2
2
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Empat iaitu penggunaan perpustakaan dan komputer
yang kaya dengan pelbagai bahan sangatlah digalakkan dalam P&P bahasa Melayu. Penggunaan
bahan bantu tertentu dalam proses P&P bahasa membolehkan sesuatu pengajaran bahasa itu
dilakukan dengan lebih berkesan. Dalam konteks pengajaran tatabahasa di sekolah-sekolah,
terdapat pelbagai jenis bahan yang digunakan oleh guru untuk membolehkan para murid memahami
aspek tatabahasa dengan lebih berkesan. Antara bahan-bahan pengajaran yang kerap digunakan
oleh guru bahasa ialah bahan yang berbentuk literasi dan grafik. Berdasarkan sesuatu petikan, guru
boleh mengajar muridnya beberapa aspek penting tatabahasa seperti imbuhan, jenis kata, dan
sebagainya.
Secara amnya, penggunaan sesuatu bahan terutamanya petikan mempunyai beberapa
kelemahan, misalnya hanya memaparkan bentuk dan contoh penggunaan imbuhan yang amat
terhad. Selain itu, sesuatu petikan itu mungkin hanya memaparkan bentuk dan penggunaan imbuhan
yang betul sahaja. Sedangkan para murid juga perlu dimaklumkan bentuk-bentuk imbuhan yang
salah supaya mereka dapat memahami dan membezakan antara bentuk imbuhan yang betul dan
bentuk yang salah.
Berdasarkan permasalahan di atas, kertas kerja ini cuba untuk mengetengahkan satu
alternatif baru bahan bantu pengajaran imbuhan bahasa Melayu. Alternatif tersebut ialah data
korpus berkomputer.
Data Korpus Berkomputer
Menurut J. McH. Sinclair (1996) korpus berkomputer boleh ditakrifkan sebagai korpus yang diberi
penanda, kod dan diformatkan secara piawai serta dapat dicapai dan diproses dengan komputer.
Kamus Linguistik (1997), menjelaskan korpus merupakan data mentah linguistik yang dikutip
daripada kerja lapangan atau teks bertulis, dan dianalisis untuk membuat penyataan saintifik tentang
ciri fonologi, tatabahasa atau leksikal sesuatu bahasa.
Data korpus berkomputer telah digunakan secara meluas di Barat terutama dalam bidang
pedagogi bahasa (Teaching Collocation), leksikografi dan kajian linguistik. Di Malaysia, korpus
berkomputer turut digunakan dalam bidang perkamusan terutamanya oleh pihak Dewan Bahasa dan
Pustaka. Dalam kajian linguistik pula, korpus berkomputer telah digunakan dalam kajian Zaharani
Ahmad dan Mohd Ra‟in Shaari (2004), Imran Ho Abdullah (2004) dan Mohd Ra‟in Shaari (2004).
Korpus berkomputer sebagai bahan bantu pengajaran bahasa terutama bagi aspek morfologi dan
sintaksis, boleh dianggap sebagai perkara baru.
Satu persoalan yang timbul ialah bagaimanakah seseorang guru itu boleh membina atau
memperoleh data korpus berkomputer bagi tujuan pengajaran bahasa? Secara mudahnya, korpus
Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer| 3
3
berkomputer boleh diperoleh di Pangkalan Data Korpus, Bahagian Penyelidikan, Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP), Kuala Lumpur (contoh korpus DBP sila lihat lampiran 1). Buat masa ini, pengguna
perlu pergi sendiri ke DBP untuk mengambil data tersebut. Pangkalan data ini akan disediakan
dengan kemudahan capaian melalui Internet dan World Wide Web supaya lebih ramai penyelidik
atau pengguna di dalam dan di luar negara dapat memanfaatkannya (Rusli Abdul Ghani 2004).
Selain memperoleh data korpus berkomputer di DBP, seseorang guru juga boleh membina
data korpus sendiri. Caranya ialah dengan memuat turun perisian penjana korpus (Concordance) di
laman http://www.concordancesoftware.co.uk/ (contoh lihat lampiran 2). Dengan adanya perisian ini,
seseorang guru boleh menjana sendiri korpus berkomputer dengan memilih apa juga jenis teks
berbentuk digital seperti surat khabar atau majalah yang boleh diperoleh di laman
http://www.utusan.com.my, http://www.bharian.com.my, http://www.dbp.gov.my dan sebagainya.
10.1 Aspek Penting Korpus Berkomputer
Korpus berkomputer dapat membantu guru menjana apa jua aspek imbuhan yang dikehendaki,
misalnya imbuhan meN…kan, di…, ter… dan sebagainya. Dengan memberi arahan tertentu,
komputer akan menjana korpus dan seterusnya menyenaraikan bentuk-bentuk imbuhan yang
dikehendaki. Secara amnya, korpus berkumputer boleh dijana dalam bentuk baris-baris konkordans,
ayat dan perenggan. Ketiga-tiga bentuk ini dapat membantu guru mengajar atau memaparkan
sesuatu aspek imbuhan dengan lebih berkesan. Di bawah ini akan dipaparkan contoh ketiga-tiga
bentuk tersebut:
a) Korpus Berbentuk Konkordans
256 in - Kementerian Kesihatan **menyediakan** lebih 110,000 vaksin jenam BHLR27
257 negara ini yang berhasrat **menunaikan** haji di Makkah, bulan depa BHLR27
258 ak akan menghadapi masalah **mendapatkan** vaksin itu dari hospital a BHLR27
259 di. "Kerajaan Arab Saudi **mewajibkan** bakal haji dari seluruh du BHLR27
260 suki negara terbabit untuk **mengerjakan** haji atau umrah. "Saya s BHLR27
261 pemberita demikian selepas **merasmikan** bangunan Persatuan Keturun BHLR27
262 klinik kerajaan tidak akan **mengenakan** bayaran terhadap bakal haj BHLR27
263 ah Majlis Fatwa Kebangsaan **memutuskan** hanya vaksin meningococcal BHLR27
264 oleh umat Islam yang mahu **mengerjakan** haji dan umrah. Ini kera BHLR27
265 brahim, berkata keputusan **menghalalkan** penggunaan vaksin Menceva BHLR27
266 jenama yang tidak langsung **menggunakan** sumber babi iaitu Mencevax BHLR27
Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer| 4
4
b) Korpus Berbentuk Ayat
Kementerian Kesihatan **menyediakan** lebih 110,000 vaksin jenama Mencevax dari Belgium bagi
menampung keperluan umat Islam negara ini yang berhasrat **menunaikan** haji di Makkah, bulan
depan.
Kementerian berkenaan memberi jaminan jemaah haji tidak akan menghadapi
masalah **mendapatkan** vaksin itu dari hospital atau klinik kerajaan di seluruh negara.
"Kerajaan Arab Saudi **mewajibkan** bakal haji dari seluruh dunia mengambil
vaksin anti-meningitis itu sebelum memasuki negara terbabit untuk **mengerjakan** haji atau umrah.
c) Korpus Berbentuk Perenggan
Kementerian Kesihatan **menyediakan** lebih 110,000 vaksin jenama Mencevax dari Belgium
bagi menampung keperluan umat Islam negara ini yang berhasrat **menunaikan** haji di Makkah,
bulan depan. Kementerian berkenaan memberi jaminan jemaah haji tidak akan menghadapi masalah
**mendapatkan** vaksin itu dari hospital atau klinik kerajaan di seluruh negara. Menteri Kesihatan,
Datuk Chua Jui Meng, berkata pihaknya yakin jumlah vaksin yang ada mencukupi untuk menampung
keperluan bakal haji yang diwajibkan mengambilnya sebelum memasuki Arab Saudi. "Kerajaan Arab
Saudi **mewajibkan** bakal haji dari seluruh dunia mengambil vaksin anti-meningitis itu sebelum
memasuki negara terbabit untuk **mengerjakan** haji atau umrah. "Saya sudah menyemak dengan
pembekal yang berkaitan dan dimaklumkan Malaysia mempunyai bekalan yang mencukupi terhadap
keperluan vaksin berkenaan," katanya. Beliau memberitahu pemberita demikian selepas
**merasmikan** bangunan Persatuan Keturunan Chua Chiyang yang bernilai kira-kira RM1 juta di
Jalan Haji Jaip, di sini, malam tadi.
"Hospital dan klinik kerajaan tidak akan **mengenakan** bayaran terhadap bakal haji bagi
pengambilan vaksin itu kerana kita membuat keputusan memberinya secara percuma," katanya.
Jumaat lalu, majlis muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan **memutuskan** hanya vaksin
meningococcal meningitis (ACYW 135) jenama Mencevax dari Belgium, diharuskan penggunaannya
oleh umat Islam yang mahu **mengerjakan** haji dan umrah.
Bagi tujuan proses P&P, guru boleh mencetak mana-mana bahagian yang sesuai dan
mengedarkan korpus ini kepada semua murid ataupun boleh juga menggunakan komputer jika
terdapat kemudahan komputer yang mencukupi untuk semua murid. Penggunaan kemudahan
komputer seperti di makmal komputer merupakan suatu kelebihan berbanding cetakan kertas. Ini
Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer| 5
5
kerana guru atau murid dapat mencari sesuatu bentuk imbuhan dengan pantas berdasarkan bantuan
carian atau find yang terdapat dalam komputer.
10.2 Kebaikan Menggunakan Korpus Berkomputer
Berikut dijelaskan kebaikan atau kelebihan korpus berkomputer yang akan diperoleh oleh guru dan
murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran imbuhan bahasa Melayu.
Korpus berkomputer bukan sahaja dapat membantu guru membina bahan P&P dengan
pantas, malah turut memberi pelbagai pilihan bahan yang terdiri daripada buku, majalah, surat
khabar, prosa dan puisi tradisional. Korpus berkomputer di DBP menyediakan jenis teks seperti
berikut:
Jumlah Data Korpus Berkomputer (Sehingga Mac 2004)
SUB-PANGKALAN JUMLAH KATA PERATUS
AKHBAR 52,988,703 52.65%
BUKU 27,797,010 27.62%
MAJALAH 12,229,373 12.15%
TEKS TRADISIONAL 2,440,258 2.43%
LAIN-LAIN 3,303,772 3.28%
TERJEMAHAN 1,886,106 1.87%
JUMLAH 100,645,222 100.00%
(Sumber: Rusli Abdul Ghani 2004)
Korpus berkomputer dapat memaparkan sesuatu aspek tatabahasa dengan lebih luas,
sesuai dengan konteks penggunaan dan representatif sifatnya. Ini berbeza dengan petikan biasa
yang hanya dapat memaparkan sesuatu aspek tatabahasa dengan jumlah yang agak terhad. Satu-
satu korpus dapat memaparkan ribuan (malahan jutaan) contoh sesuatu aspek tatabahasa. Sesuatu
petikan ringkas mungkin hanya memaparkan contoh-contoh penggunaan sesuatu aspek tatabahasa
yang betul sahaja, manakala contoh-contoh yang salah mungkin tidak dipaparkan dalam teks
tersebut. Ini bermakna, murid-murid hanya diperkenalkan dengan contoh-contoh penggunaan
sesuatu aspek tatabahasa yang betul sahaja, sedangkan contoh-contoh yang salah juga banyak
membantu murid memahami apa yang betul dan salah dari segi tatabahasa. Dengan berbantukan
korpus berkomputer, guru boleh berperanan sebagai fasilitator iaitu menerangkan contoh
Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer| 6
6
penggunaan yang betul dan yang salah dalam sesuatu aspek tatabahasa yang sedang dipelajari
oleh murid-murid.
10.3 Penjanaan Data Korpus
Pada masa kini, proses penjanaan data dapat dilakukan secara atas talian memandangkan
perkhidmatan tersebut baharu disediakan. Berikut akan dijelaskan prosedur penjanaan data yang
diperoleh daripada dua sumber data iaitu data korpus DBP
(http://sbmb.dbp.gov.my/knb/nb_konkordans.aspx) dan data korpus Projek Konkordan Melayu
(http://mcp.anu.edu.au/).
10..3.1 Penjanaan Data Korpus DBP
Berikut merupakan langkah-langkah yang telah dilakukan oleh pengkaji untuk menjana data daripada
data korpus berkomputer.
i. Layari tapak web DBP, iaitu http://www.dbp.gov.my.
ii. Setelah masuk ke laman web „dbp.gov.my‟, klik pada „Laman Rasmi Dewan Bahasa dan
Pustaka‟ untuk ke laman utama.
iii. Setelah laman Rasmi DBP dipaparkan, pergi ke „KORPUS BAHASA MELAYU‟ dan klik pada
„Rujukan korpus pelbagai sumber‟. (http://sbmb.dbp.gov.my/knb/nb_konkordans.aspx)
iv. Sebelum menjana data, setiap pengguna akan didedahkan dengan Lesen Pengguna
Korpus. Sekiranya pengguna bersetuju dengan semua syarat tersebut, maka pengguna
harus klik pada kotak „Setuju‟ dan sebaliknya.
v. Masukkan e-mel sebagai ID pengguna dalam ruangan yang disediakan kemudian klik pada
kotak „Masuk‟ untuk masuk ke Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka.
vi. Pengkaji mula menjana data dengan menaip kata „telah‟ pada bahagian Kata Dasar/ Kata.
Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer| 7
7
Rajah 1: Proses permulaan untuk menjana data
vii. Setiap paparan akan mengandungi 100 konkordans tentang kata bantu telah. Kemudian,
pengkaji klik pada kotak „Muat Turun‟ untuk muat turun data.
Rajah 2 : Proses muat turun data
Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer| 8
8
viii. Setelah selesai muat turun data, pengkaji klik pada kotak „Jana Konkordans‟ sekali lagi untuk
mendapatkan data yang seterusnya. Seterusnya data boleh disimpan dalam pendrive.
10.3.2 Pangkalan Data Korpus Projek Konkordans Melayu
Berikut ialah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh pengkaji untuk menjana data korpus Projek
Konkordan Melayu (http://mcp.anu.edu.au/).
i. Pertamanya, sila buka tapak web seperti berikut:
http://mcp.anu.edu.au/ atau carian Google: Malay Concordance Projek.
ii. Bagi memulakan carian data, sila klik pada direct search. Paparan seterusnya seperti
berikut:
Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer| 9
9
iii. Sebelum mencari perkataan, sila pilih jenis teks yang ingin dikaji. Kemudian, pada bahagian
Find, sila taip perkataan yang hendak dikaji misalnya „akan‟ dan tekan butang search untuk proses
janaan korpus berkomputer.
Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer| 10
10
iv. Hasil janaan data adalah seperti gambar rajah di bawah. Seterusnya, pengkaji boleh
menyalin (copy) dan menampal (paste) data ke dalam perisian Notepad atau Microsoft Word.
Seterusnya data boleh disimpan untuk tujuan proses seterusnya iaitu analisis data.
Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer| 11
11
10.4 Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran
Berikut akan diberikan contoh persediaan mengajar imbuhan meN...kan dengan menggunakan
kaedah secara tidak langsung dalam pengajaran kemahiran membaca dan kefahaman. Hal ini
selaras dengan saranan dalam KBSM dan KBSR iaitu aspek tatabahasa hendaklah diajar secara
tidak langsung. Aspek-aspek tatabahasa yang hendak diajar itu akan dimasukkan ke dalam
pengajaran tersebut seperti pengajaran lisan, menulis atau membaca, dengan cara guru mengambil
masa beberapa minit untuk mengajar sesuatu aspek tatabahasa (Kamarudin Husin, 1994:45).
AKTIVITI 10.1
1. Sila layari web korpus DBP dan jana korpus dengan kata kunci ‘jalan’.
2. Sila layari web MCP di Australia dan jana korpus dengan kata kunci ‘hari’.
Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer| 12
12
Contoh Persediaan Mengajar 1
Tingkatan : 4 Sains
Masa : 80 minit
Bilangan murid : 30 orang
Tajuk : Kefahaman – Vaksin Mencevax
Hasil Pembelajaran : 7.0 Mendapat maklumat daripada pelbagai sumber yang dibaca.
Utama
Hasil Pembelajaran : 7.1 Mengenal pasti dan menyatakan idea utama dan isi penting Khusus
tentang bahan yang dibaca.
Huraian Hasil : Aras 1
Pembelajaran iii. Membina dan mengajukan soalan bercapah aras rendah dan
tinggi untuk mendapatkan penjelasan.
Objektif : Murid dapat:
i. Menyatakan secara lisan isi tersurat dan tersirat yang terdapat
dalam sesuatu petikan.
ii. Mengemuka dan menjawab soalan dengan bernas dan gramatis.
iii. Mengaplikasikan aspek imbuhan meN…kan dari segi bentuk,
makna dan penggunaannya dalam konteks dengan betul.
Sistem Bahasa : Imbuhan meN…kan.
Pengisian : Ilmu : ekonomi dan agama.
Kurikulum Nilai : berjimat, bantu-membantu dan bertolak ansur.
Kemahiran Bernilai Tambah:
Kemahiran Berfikir : Mengkonsepsikan idea-idea sama ada yang terdapat di dalam
atau di luar teks.
Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi:
Menggunakan komputer untuk carian maklumat dan tujuan pembelajaran bahasa.
Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal dan verbal-linguistik
Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer| 13
13
Bahan Bantu Mengajar : Korpus berkomputer.
Langkah Pengajaran dan Pembelajaran
1. Guru meminta murid membuka fail petikan “Vaksin Mencevax” dengan menggunakan
perisian Notepad atau Microsoft Word. Seterusnya, guru meminta murid membaca
secara senyap petikan di skrin komputer dengan cara luncuran (skimming) dan
pembacaan teliti. (Lihat Lampiran 3).
2. Guru meminta seorang murid secara sukarela membaca petikan tersebut dengan
suara yang kuat dan jelas. Murid yang lain mendengar dengan teliti.
3. Guru meminta setiap murid membina satu soalan berdasarkan petikan tersebut.
Seterusnya, seorang murid akan mengemukakan satu soalan kepada mana-mana murid
yang ia pilih untuk menjawab soalan itu. Begitulah seterusnya iaitu soalan dikemukakan
dalam bentuk berantai. Pada bahagian ini, guru hanya berperanan sebagai fasilitator
iaitu mengawasi sama ada soalan dan jawapan yang dikemukakan oleh murid sesuai
atau sebaliknya. Jika sesuatu persoalan memerlukan maklumat lanjut, guru boleh
membimbing murid mendapatkan maklumat di internet sesuai dengan konsep
pembelajaran maya.
4. Guru memilih soalan-soalan (binaan murid) yang difikirkan sesuai untuk dijawab oleh
murid sebagai latihan atau kerja rumah. Soalan yang dipilih itu perlulah berada pada
aras mudah, sederhana dan susah atau mencabar pemikiran murid.
5. Guru memaklumkan kepada murid bahawa aspek tatabahasa yang ingin dipelajari ialah
imbuhan meN…kan. Guru meminta murid mengesan imbuhan meN…kan dalam
petikan tersebut dengan cara carian atau find yang terdapat dalam komputer. Imbuhan
meN…kan yang terdapat dalam petikan tersebut adalah seperti dalam Lampiran 4.
6. Murid memberi maklum balas tentang aspek imbuhan meN…kan seperti contoh
penggunaan dalam petikan. Guru menerangkan bahawa contoh imbuhan yang terdapat
dalam petikan tersebut agak terhad. Oleh itu, guru meminta murid membuka satu fail
korpus berkomputer (telah sedia ada dalam komputer tersebut) yang mengandungi
contoh-contoh imbuhan meN…kan yang lebih banyak dan meluas dengan
menggunakan perisian Notepad. (Lihat Lampiran 5). Pada peringkat ini, guru sebaik-
Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer| 14
14
baiknya perlulah memaparkan aspek imbuhan ini di skrin LCD (jika ada) supaya murid
dapat melihat setiap aspek imbuhan meN…kan dengan lebih jelas.
7. Guru menjelaskan aspek imbuhan meN…kan (berdasarkan contoh penggunaan dalam
korpus) iaitu:
a) Bentuk atau varian imbuhan meN...kan. (lihat Lampiran 6a)
b) Hukum p → m, t → n, k → ng dan s → ny. (lihat Lampiran 6b)
c) Makna imbuhan meN…kan iaitu benefaktif dan kausatif.
d) Guru menjelaskan aspek kesalahan imbuhan meN…kan seperti kesalahan
„meng…‟ dan „menge…‟(contoh mengsahkan atau mengesahkan) serta perkataan
yang dieja dengan satu „k‟ atau dua „kk‟ (contoh memasukan atau memasukkan).
8. Guru meminta murid membina lima ayat (sebagai latihan) dengan menggunakan
perkataan yang berimbuhan meN…kan.
Contoh Persediaan Mengajar 2
Tingkatan : 4 Sains 1
Masa : 80 minit
Bilangan murid : 30 orang
Tajuk : Kefahaman – Vaksin Mencevax
Hasil Pembelajaran : 7.0 Mendapat maklumat daripada pelbagai sumber yang dibaca.
Utama
Hasil Pembelajaran : 7.1 Mengenal pasti dan menyatakan idea utama dan isi penting Khusus
tentang bahan yang dibaca.
Huraian Hasil : Aras 1
Pembelajaran iii. Membina dan mengajukan soalan bercapah aras rendah dan
tinggi untuk mendapatkan penjelasan.
Objektif : Murid dapat:
iv. Menyatakan 3 keburukan vaksin mencevax.
Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer| 15
15
v. Mengemuka dan menjawab soalan dengan bernas dan gramatis.
vi. Menggunakan aspek kata majmuk dalam konteks dengan betul.
Sistem Bahasa : Kata majmuk
Pengisian : Ilmu : ekonomi dan agama.
Kurikulum Nilai : berjimat, bantu-membantu dan bertolak ansur.
Kemahiran Bernilai Tambah:
Kemahiran Berfikir : Mengkonsepsikan idea-idea sama ada yang terdapat di dalam
atau di luar teks.
Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi:
Menggunakan komputer dan internet untuk carian maklumat dan tujuan pembelajaran
bahasa.
Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal dan verbal-linguistik
Bahan Bantu Mengajar : Korpus berkomputer.
Langkah Pengajaran dan Pembelajaran
9. Murid diminta membuka fail petikan “Vaksin Mencevax” dengan menggunakan perisian
Notepad atau Microsoft Word. Seterusnya, guru meminta murid membaca secara
senyap petikan di skrin komputer dengan cara luncuran (skimming) dan pembacaan
teliti. (sila lihat lampiran 1).
10. Seorang murid secara sukarela diminta oleh guru untuk membaca petikan tersebut
dengan suara yang kuat dan jelas. Murid yang lain mendengar dengan teliti.
11. Murid diminta membina satu soalan berdasarkan petikan tersebut. Seterusnya, seorang
murid akan mengemukakan satu soalan kepada mana-mana murid yang ia pilih untuk
menjawab soalan itu. Begitulah seterusnya iaitu soalan dikemukakan dalam bentuk
berantai. Pada bahagian ini, guru hanya berperanan sebagai fasilitator iaitu mengawasi
sama ada soalan dan jawapan yang dikemukakan oleh murid sesuai atau sebaliknya.
Jika sesuatu persoalan memerlukan maklumat lanjut, guru boleh membimbing murid
mendapatkan maklumat di internet sesuai dengan konsep pembelajaran maya.
Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer| 16
16
12. Guru memilih soalan-soalan (binaan murid) yang difikirkan sesuai untuk dijawab oleh
murid sebagai latihan atau kerja rumah. Soalan yang dipilih itu perlulah berada pada
aras mudah, sederhana dan susah atau mencabar pemikiran murid.
13. Guru memaklumkan kepada murid bahawa aspek tatabahasa yang ingin dipelajari ialah
kata majmuk. Guru menjelaskan aspek kata majmuk (berdasarkan contoh penggunaan
dalam konteks) iaitu: (sila lihat lampiran 2)
a) Rangkai kata bebas: jalan raya
b) Istilah khusus: pita suara
c) Kiasan : buah tangan
14. Guru meminta murid mengesan kata majmuk dalam petikan tersebut.
15. Murid memberi maklum balas tentang aspek kata majmuk seperti contoh penggunaan
dalam petikan. Guru menerangkan bahawa contoh kata majmuk imbuhan yang terdapat
dalam petikan tersebut agak terhad. Oleh itu, guru meminta murid mengakses internet
ke tapak web berikut:
http://www.anu.edu.au/asianstudies/proudfoot/MCP/Q/standard.html. Guru meminta
murid menaip apa-apa perkataan seperti makan, buah dan sebagainya untuk melihat
bentuk-bentuk kata majmuk.
16. Guru meminta murid membina lima ayat (sebagai latihan) dengan menggunakan kata
majmuk yang telah dijana oleh pelajar.
Contoh Persediaan Mengajar 3
Tajuk: Mencari makna perkataan yang membawa pelbagai makna.
Kata Adjektif „keras‟ (Sumber konkordans DKB)
Masa: 40 minit
Bil Pelajar: 40 orang
Objektif: Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat:
1. Memberikan makna-makna baru daripada kosa kata ‘keras’ yang memperlihatkan
perluasan makna berbanding dengan merujuk kamus.
2. Membina sepuluh ayat yang gramatis berdasarkan makna „keras‟ yang telah diperoleh dari
setiap kumpulan perbincangan.
Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer| 17
17
Pengisian Kurikulum:
Sistem Bahasa: Kosa kata, ayat
Kemahiran bahasa: Mendengar dan bertutur, memahami dan menulis.
Ilmu:Moral
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT): kemahiran teknologi maklumat, kecerdasan pelbagai
Nilai: bekerjasama, kejujuran dan hormat-menghormati
Strategi Pembelajaran: Kolaboratif
Bahan Bantu Mengajar: Korpus Kosa Kata „keras‟
Pengetahuan sedia ada: Para pelajar telah memahami konsep makna „keras‟ secara literal.
Langkah-Langkah Pengajaran Dan Pembelajaran
1) Set induksi- Meminta pelajar meneka benda maujud yang memiliki ciri –ciri fizikal
yang bersifat keras serta mengaitkan dengan pembelajaran seterusnya.
2) Aktiviti kumpulan – pembentukan kumpulan ( enam orang sekumpulan)- dengan
arahan, murid melakukan lakonan spontan/simulasi suasana yang menggambarkan
kehidupan dan aktiviti yang berkaitan.
3) Guru bersoal jawab dengan aktiviti yang telah dilakukan (komunikatif)
4) Guru mengedarkan bahan pembelajaran DKB yang mengandungi baris-baris
konkordans yang berkaitan dengan kata „keras‟.
5) Pelajar diminta membaca senyap bahan pembelajaran tersebut.
6) Guru menerangkan makna kata „keras‟ untuk pengetahuan pelajar berdasarkan
makna yang terkandung dalam Kamus Dewan (2002) dan murid mencatatnya dalam
buku.
Aktiviti kumpulan – pembentukan kumpulan (masih dalam kumpulan yang sama
dalam langkah 2). Pelajar diarahkan mencari makna baru yang terkandung dalam
bahan pembelajaran dengan bantuan guru yakni guru menerangkan peranan
kolokasi yakni kata-kata yang wujud bersama-sama dengan kata „keras‟ dalam
memperoleh makna baru.
7) Setiap kumpulan diminta membentangkan hasil perbincangan daripada kumpulan
masing-masing.
Perbandingan makna antara maklumat kamus dan korpus yang bakal diperoleh daripada
perbincangan pelajar ialah seperti berikut:
Keras
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2005: 752-753), perkataan „keras‟ mempunyai banyak makna.
Selain daripada makna-makna yang terdapat dalam Kamus Dewan, perkataan „keras‟ ini juga
Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer| 18
18
mempunyai maksud atau makna yang berbeza sekali daripada makna kamus. Makna ini diperoleh
hasil daripada penggunaan perkataan tersebut dalam konteks ayat yang berlainan. Penggunaan
perkataan dalam setiap ayat yang berlainan ini memungkinkan makna kepada perkataan tersebut
adalah pelbagai mengikut fungsinya dalam setiap ayat. Setelah diteliti penggunaannya dalam setiap
ayat, makna bagi penggunaan perkataan ini dalam ayat adalah banyak. Semua makna dan
perbezaannya dengan Kamus Dewan adalah terdapat dalam perenggan yang berikut.
Kamus Dewan (2005: 752-753)
1. Kuat dan padu serta tidak mudah pecah (patah, bengkok dll) atau berubah bentuknya, tidak
lembut (empuh,lunak)
2. Dengan giat atau bersungguh-sungguh, dengan sepenuh tenaga atau usaha, dengan
bersungguh-sungguh hati (meminta, mendesak dsb)
3. Dengan tidak berganjak atau berubah sikap, teguh,kukuh, kuat
4. Tidak dengan sikap bertolak ansur (bukan bantahan, tentangan dsb), tegas.
5. Tidak secara sembarangan atau mahu tidak mahu sahaja, rapi (pemeriksaan,
kawalan dll) ketat, sungguh-sungguh
6. Berat akhirnya, tidak berdasarkan belas kasihan (bukan tuduhan dsb), tegas, tidak
berkira-kira
7. Dengan sesungguhnya (tanpa sebarang kelonggaran, kekecualian dsb)
8. Membahayakan atau mungkin membawa maut (bukan penyakit), teruk, bukan
9. Kuat (tidak lemah), tidak mudah ditewaskan (dikuasai dsb) hebat
10. Kencang, deras (angin dll), sangat lebat hujan
11. Nyaring, kuat (suara bunyi dll)
12. Tidak lemah lembut atau sopan santun (bukan kata-kata), (boleh) menyinggung perasaan
13. Dapat memabukkan (bukan minuman seperti bir, wain, wiski dsb) terasa kesan tembakaunya
apabila dihisap (bukan rokok atau cerutu), berat, sangat kuat kesannya (bukan ubat), terasa
benar sama ada wangi atau busuk dsb (bukan bau), rangsang (bukan bau)
14. Ketat (sumbat botol dll), tidak mudah dilentur (bukan spring dsb),tegang
15. Tidak baik kerana (kononnya) ada penunggunya berpuaka,atau berhantu, berpegang teguh
pada pendirian atau pendapat sendiri (tidak mudah mengalah),tegar hati,mengotot, keras
sekali, tidak mahu menurut kata orang, (sangat) degil, tidak mudah berasa kecewa (terus
berusaha bersungguh-sungguh),menurut sesuka hati (sangat sempit fikirannya), sangat keras
(tidak lunak), tidak dapat dilentukkan (dilenturkan),kejang,kaku, Kl,Tr sangat keras (seperti batu)
Kl, Kt keras kepala,tidak mahu mengalah atau menurut,degil,tegar,tidak teguh dan tidak dapat
diubah dengan pujukan dsb(bukan kemahuan, ketabahan dsb seseorang),tidak dapat
melafazkan kata-kata asing dengan mudah, susah hendak menyebut sesuatu (tidak pandai
berkata-kata), terlalu keras (bukan buah-buahan dll), tidak mahu dan tidak mahu kalah dalam
perdebatan (kuat bertengkar), tidak mudah dikendalikan (kuda dll)tidak mahu menurut perintah
Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer| 19
19
orang atasan; prb Mn hendaklah diberikan segala perintah dengan bijaksana (dengan lemah
lembut kepada yang menurutdan dengan memaksa kepada yang melawan); prb perkataan
orang yang bijaksana baik dengan lemah lembut atau dengan kasar tidak dapat disangkal
(dianjak-anjak) kebenarannya.
Data Korpus
1. Keinginan yang tidak dapat ditolak
Pun begitu, kemahuannya cukup ***keras***.
Hatinya mendesak ***keras*** ingin tahu isi kandungan kad itu.
2. Batuk yang terlalu kuat
Dia terbatuk-batuk ***keras***, darah merah membuak- buak keluar dari hidung dan mulutnya.
3. Kata-kata yang kasar dan perasaan marah
Maka bertambahlah murka Datuk Merpati, dan dengan suara ***keras*** beliau berkata, "Hai celaka
hantu Pego nyatakan dirimu agar kita dapat berlawan. Siapa yang berani, pergilah sendiri jumpa,"
jawab Tengku Tih dengan ***keras***.
4. Penuh terisi dengan sesuatu
Pamlah dulu tayar tu!" "Dengan pam tangan ni, satu jam lagi pun tayar bas ni takkan ***keras***."
Konduktor bas itu merungut.
5. Terbentuk seperti keadaan asal, baru sahaja berlaku
Tahi kambing yang bulat-bulat itu masih panas lagi dan ***keras***.
6. Tegang dan rapuh
Tiba-tiba sebiji buah getah masak pecah dan kulitnya yang ***keras*** itu melantun mengenai
kepalanya.
7. Keadaan keras asal yang tidak terisi dengan sesuatu (seperti angin)
Tayarnya tayar mati dan ***keras*** kerana tidak berisi angin.
8. Tebal dan berkerinting
Kepalanya nampak lonjong dimahkotai rambut yang hitam lurus, agak berbeza daripada kebiasaan
rambut orang-orang India yang selalu ikal dan ***keras***.
9. Ligat berfikir sesuatu
Pandangan matanya bukan sedang berfikir ***keras***, melainkan kosong dan hampa.
Lepas pilihanraya nanti hilanglah ia, fikir Encik Ridwan ***keras***.
Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer| 20
20
10. Bantahan
Kereta Cikgu Jamal menghala ke rumah Encik Ahmad, pegawai kayu balak yang menentang
***keras*** pemindahan penduduk di pinggir sungai ke kawasan yang telah disediakan oleh pihak
pemerintah.
11. Degil
'Hatinya terlalu ***keras'***.
12. Tidak mengantuk
Biarpun malam semakin larut, tetapi matanya tetap juga ***keras*** dan dia menjatuhkan badannya
ke anjung itu dengan penuh tanda tanya
13. Panas terik
Matahari masih ***keras*** di ubun-ubun.
14. Menunjukkan perasaan yang tidak suka, benci
Kalau selisih di jalan, mereka akan mendengus ***keras***, menjeling isterinya dengan tajam dan
penuh kebencian serta dendam.
15. Ligat berputar
Fikirannya bekerja ***keras***.
16. Memberi amaran dan larangan
"Lid, jangan kacau Pak Cik Pang." Ayah bersuara ***keras*** sedikit.
17. Simpulan bahasa
"Kamu pulang paku buah ***keras*** ke Haslinda?" tanya Murugan.
18. Pandangan sinis
Aku takut nanti dia pembawa aids." Rasyidah menjeling ***keras*** kepada Kamarul.
19. Membara dan berkobar-kobar
Semangat Fikri kembali ***keras***.
Semangatnya ***keras*** seperti yang menjadi syarat untuk hidup bersama Tamin.
20. Kering dengan sendiri
Bajunya sudah ***keras*** diserapi darah beku itu.
Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer| 21
21
21. Perbuatan mendengus
Dia menarik nafas dan meluahnya dengan ***keras***.
22. Bertalu-talu dan dengan kuat
Pintu bilik terus diketuk ***keras***.
23. Kasar dan menghasilkan bunyi
Buku Rampaian Agama Islam ditutup dengan ***keras***.
24. Bau kuat sehingga menusuk ke hidung
Dan bau ikan kering yang banyak dijemur oleh nelayan-nelayan di keliling pelantar itu juga semakin
***keras***.
25. Terbujur kaku
Ya Allah di balik tu, di balik kotak itu, seketul tubuh yang sudah ***keras*** hitam legam.
26. Lasak dan aktif
Mengendurkan (relaxing) otot-otot yang tegang, kerana aktiviti "***keras***" yang telah dilakukan.
27. Rajin
Ia bekerja begitu ***keras***, begitu teratur, dan begitu lama; ketika ia berhenti, satu-satunya
keinginan adalah beristirahat, dan yang dimintanya tidak lebih daripada diperkenankannya untuk
tidak mengerjakan apa-apa.
28. Tidak berasas dan boleh menimbulkan marah
Tambahan pula mereka menyebarkan tuduhan yang ***keras*** bahawa kejatuhan bandar Rome
adalah disebabkan perbuatan orang Kristian yang telah mengetepikan dan tidak menyembah dewa-
dewa $$27 purba yang dianggap telah sekian lama menjaga kesejahteraan bandar tersebut.
29. Tidak berbudi bahasa
Seseorang yang tidak baik budi pekertinya, kasar nilai bahasanya, ***keras*** tutur katanya dan
sering mengeluarkan ucap bicara yang keji adalah membayangkan sifat buruk peribadi seseorang.
30. Berusaha
Umi memang pulun mengulangkaji dan selalu berkerja ***keras*** untuk mencapai kehendaknya.
Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer| 22
22
31. Perumpamaan
***Keras*** perempuan, baginya seperti ***keras*** kerak nasi, apabila teren air, bukan sahaja akan
menjadi lembut, malah hancur lumat.
32. Rempah ratus
Permainan untuk orang dewasa termasuklah permainan wau, sepak raga, gasing, menyabung
ayam, laga buah ***keras***, congkak, berlaga kerbau dan lain-lain.
RUMUSAN
Walaupun kajian tentang penggunaan korpus berkomputer dalam P&P bahasa Melayu belum
dilakukan di Malaysia, namun terdapat potensi yang besar untuk menjadikan korpus berkomputer
sebagai bahan bantu mengajar yang popular, pintar dan bersistematik. Penggunaan korpus
berkomputer dalam proses P&P bukan sahaja memudahkan tugas guru malahan dapat memupuk
minat para murid supaya mendekati bidang teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin
dominan dalam dunia pekerjaan dan kehidupan seharian. Diharapkan penggunaan korpus
berkomputer dalam proses P&P akan menarik minat murid mempelajari mata pelajaran bahasa
Melayu dan seterusnya mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
KATA KUNCI 1. Korpus
2. Korpus Berkomputer
3. Konkordans
4. Kolokasi
5. Penjanaan Data
6. Pangkalan Data
PENILAIAN KENDIRI 1. Pada pandangan anda, adakah pengajaran bahasa Melayu memerlukan bantuan teknologi
komputer?
2. Apakah kekuatan dan kelemahan penggunaan korpus dalam pengajaran bahasa Melayu?
3. Bagaimanakah anda dapat menggalakkan murid anda menggunakan komputer dan internet untuk
mendapatkan bahan pembelajaran?
Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer| 23
23
RUJUKAN
Abdullah Hassan. (2007). Morfologi. Bentong: PTS Profesional.
Asmah Haji Omar. (2009). Nahu Melayu mutakhir Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Nik Safiah Haji Karim et al. (2009). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Sulaiman Masri, Abdullah Yusof dan Mohd Ra’in Shaari (2007). Bahasa Melayu
dimensi pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd.
Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer| 24
24
Lampiran 1
Rajah 1: Korpus DBP
Lampiran 2
Rajah 2: Perisian Concordance
Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer| 25
25
Lampiran 3
Contoh Sebahagian Petikan Janaan Komputer
Vaksin Mencevax
Kementerian Kesihatan **menyediakan** lebih 110,000 vaksin jenama Mencevax dari
Belgium bagi menampung keperluan umat Islam negara ini yang berhasrat**menunaikan** haji di
Makkah, bulan depan. Kementerian berkenaan memberi jaminan jemaah haji tidak akan
menghadapi masalah **mendapatkan** vaksin itu dari hospital atau klinik kerajaan di seluruh negara.
Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng, berkata pihaknya yakin jumlah vaksin yang ada
mencukupi untuk menampung keperluan bakal haji yang diwajibkan mengambilnya sebelum
memasuki Arab Saudi. "Kerajaan Arab Saudi **mewajibkan** bakal haji dari seluruh dunia
mengambil vaksin anti-meningitis itu sebelum memasuki negara terbabit untuk **mengerjakan** haji
atau umrah. "Saya sudah menyemak dengan pembekal yang berkaitan dan dimaklumkan Malaysia
mempunyai bekalan yang mencukupi terhadap keperluan vaksin berkenaan," katanya. Beliau
memberitahu pemberita demikian selepas **merasmikan** bangunan Persatuan Keturunan Chua
Chiyang yang bernilai kira-kira RM1 juta di Jalan Haji Jaip, di sini, malam tadi.
"Hospital dan klinik kerajaan tidak akan **mengenakan** bayaran terhadap bakal haji bagi
pengambilan vaksin itu kerana kita membuat keputusan memberinya secara percuma, " katanya.
Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer| 26
26
Jumaat lalu, majlis muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan **memutuskan** hanya vaksin
meningococcal meningitis (ACYW 135) jenama Mencevax dari Belgium, diharuskan penggunaannya
oleh umat Islam yang mahu **mengerjakan** haji dan umrah. Ini kerana vaksin jenama berkenaan
didapati tidak mengandungi sebarang lemak babi dan bahan sumber haiwan kecuali laktosa
daripada susu, lemak dan jantung lembu. Bagaimanapun, vaksin ACYW 135 jenama Monumune
yang diimport dari Amerika Syarikat adalah haram digunakan umat Islam kerana ia mengandungi
asik amino dari lembu, babi dan itik. Pengerusi majlis itu, Datuk Dr Ismail Ibrahim, berkata
keputusan **menghalalkan** penggunaan vaksin Mencevax itu dibuat selepas mengambil kira
maklumat Bahagian Kawalan penyakit dan Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan.
Lampiran 4
Imbuhan meN…kan dalam Petikan Vaksin Mencevax
256 in - Kementerian Kesihatan **menyediakan** lebih 110,000 vaksin jenam BHLR27
257 negara ini yang berhasrat **menunaikan** haji di Makkah, bulan depa BHLR27
258 ak akan menghadapi masalah **mendapatkan** vaksin itu dari hospital a BHLR27
259 di. "Kerajaan Arab Saudi **mewajibkan** bakal haji dari seluruh du BHLR27
260 suki negara terbabit untuk **mengerjakan** haji atau umrah. "Saya s BHLR27
261 pemberita demikian selepas **merasmikan** bangunan Persatuan Keturun BHLR27
262 klinik kerajaan tidak akan **mengenakan** bayaran terhadap bakal haj BHLR27
263 ah Majlis Fatwa Kebangsaan **memutuskan** hanya vaksin meningococcal BHLR27
264 oleh umat Islam yang mahu **mengerjakan** haji dan umrah. Ini kera BHLR27
265 brahim, berkata keputusan **menghalalkan** penggunaan vaksin Menceva BHLR27
266 jenama yang tidak langsung **menggunakan** sumber babi iaitu Mencevax BHLR27
Lampiran 5
Contoh Imbuhan meN…kan dalam Korpus Berkomputer
8507 s sebarang bentuk kegiatan melalaikan. Banyak ayat al-Quran dan BHLR68
7382 enukarkan namanya agar ia melambangkan agensi perjalanan yang be BHLR61
7049 rian republik itu yang melambat-lambatkan penyelesaian kebuntuan BHLR59
8188 nah Darus Peserta kursus melambungkan topi masing-masing ke uda BHLR66
5805 n Laden selama 76 hari, AS melancarkan 4,700 serangan udara menga BHLR52
4486 gugut peminjam yang gagal melangsaikan hutang. Golongan berpen BHLR44
8209 enganjurnya, DBP, berjaya melangsungkan tiga acara deklamasi puis BHLR66
4975 -anak mereka sudah berjaya melanjutkan pelajaran dalam pelbagai b BHLR47
3733 u. Islam Online hari ini melaporkan, walaupun mereka tidak men BHLR37
Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer| 27
27
Lampiran 6
a) Bentuk atau varian imbuhan meN...kan
Me...kan
7384 fail meja tahun depan bagi melicinkan urusan pentadbiran kerajaa BHLR62
8231 hairan dalam hatiku sebab melihatkan hal adat orang-orang kita BHLR67
2153 sih mempunyai ruang untuk melonggarkan lagi dasar kewangannya ji BHLR20
6181 nilai estetikanya. Mereka melontarkan idea semahu-mahunya tanpa BHLR54
3033 ukan suatu perbuatan iaitu meluluskan ujian penerimaan talian pe BHLR30
5596 an ke atas Iraq bukan saja melumpuhkan ekonomi Baghdad malah menc BHLR50
Mem...kan
3287 a krisis dalaman MTUC yang membabitkan Zainal. Saya tak mahu memb BHLR33
3500 Andi Samsam Nganro ketika membacakan keputusan itu hari ini. BHLR35
7300 pada tahap maju. Pengkaji membahagikan tamadun kepada dua penger BHLR61
1063 biologi Amerika dan Kanada membahaskan cadangan mengadakan uji ka BHLR10
5078 gori ahli falak. Tabiat membandingkan takwim hijri dengan takwi BHLR47
4033 hthaleneacetate). Lebih membanggakan ialah Dr Mohd Zobir juga BHLR41
Men...kan
6066 berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara da BHLR53
2821 m 4.30 pagi dalam keadaan mencurigakan dan mengarahkan pemandu l BHLR28
3787 indakan agresif yang boleh mencetuskan suasana tidak seimbang, se BHLR38
2688 K sahaja Allah swt selesai menciptakan Adam daripada tanah, lalu BHLR26
4198 ya berfikiran positif dan mendaftarkan anak mereka supaya mereka BHLR42
8348 ? Ada juga peniaga yang mendagangkan barangan yang tidak sama BHLR67
Meng...kan
8555 ku penganjur utama majlis menggabungkan silat dan puisi untuk tig BHLR69
4108 eka mempunyai sebab untuk menggagalkan aspirasi kebangsaan. Di BHLR41
5287 uk Dr Abdul Latif. Beliau menggalurkan keterlibatan Ismail dalam BHLR49
7139 ang penuh pengajaran tadi menggambarkan ajaran Islam begitu menye BHLR60
2489 jukan bangsa tetapi bukan menggantikan bahasa sendiri sebagai ba BHLR24
8569 puisi pilihannya ternyata menghiburkan. Begitu juga dengan perse BHLR69
Menge...kan
2475 rumah. Dia berhajat untuk mengahwinkan anak gadis itu dengan ana BHLR62
Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer| 28
28
2435 -Bangsa bersatu (PBB) yang mengaitkan Barisan Nasional (BN) deng BHLR24 3401 a.
"DBP turut berusaha mengetengahkan bakat dan potensi cendek BHLR34
2017 tengah hari. "Saya boleh mengesahkan tidak bersama dia (Tuan Mo BHLR19
5444 ivasi bagi setiap individu mengamalkan tanggungjawab masing-masin BHLR49
6866 kaan kota Makkah, baginda mengampunkan dan membebaskan golongan BHLR58
Meny...kan
8585 kita tidak perlu kesal dan menyalahkan sesiapa berkenaan setiap k BHLR69
6170 yu', untuk mewujudkan atau menyalakan api itu. Jadi maksud met BHLR54
4144 g berpejabat di Arab Saudi menyalurkan bantuan kewangan kepada al BHLR41 3083
Sebelum ini mereka mahu menyisihkan Rusli Tambi daripada mendu BHLR31
6580 barang bantahan atau tidak menyuarakan bangkangan negara itu kepa BHLR56
415 Abas dan Balasandran juga menyarankan supaya guru yang berkelulu BHLR62
b) Hukum p → m, t → n, k → ng dan s → ny.
p → m
7135 i khalifah Allah yang akan memantulkan nilai kebaikan dan kebajik BHLR60
8032 a. Masalah isu harga air memaparkan dengan begitu jelas isi ha BHLR65
2307 FMG yang bertanggungjawab memasarkan rangkaian telefon bimbit S BHLR22
5666 kukan secara intensif bagi memastikan 20 tadika lain turut mener BHLR51
6600 n, pasukan Indonesia gagal mematahkan hujah berhubung isu berken BHLR56
6773 t-turutan tetapi ini tidak memenatkan Perdana Menteri atau menje BHLR57
6330 perangkap keagamaan' yang memenjarakan sebahagian besar umat (Mu BHLR55
4344 Kebudayaan Kebangsaan bagi mementaskan Muzika Uda dan Dara yang m BHLR43
7546 uskan secara berkesan dan mementingkan alam sekitar boleh menimb BHLR62
3688 ng untuk disoal siasat dan memerlukan Baghdad menyediakan kemuda BHLR37
t → n
2223 ng, berkata keputusan yang menamatkan pertikaian Jakarta-Kuala L BHLR21
5350 m diri kita, kita haruslah menambahkan ilmu di dada. Minda kita a BHLR49
4802 n, ceti atau wakilnya akan menampalkan salinan kad pengenalan pem BHLR45
4345 n Muzika Uda dan Dara yang menampilkan Ahmad Yatim sebagai Uda, m BHLR43
4228 ng, tetapi lebih bertujuan menanamkan sifat patriotisme, perpadu BHLR42
4892 akan puasa selepas Ramadan menandakan diterimanya puasa Ramadan. BHLR46
6991 ah bersabda: Sesiapa yang menanggalkan tangan dari bai'ah untuk BHLR59
1512 utup kelemahannya apabila menangguhkan pelaksanaan Enakmen Kesal BHLR14
3109 pembuatan Malaysia supaya menawarkan biasiswa kepada pelajar as BHLR31
8246 nikah. Lalang biak merata menarikan mimpi liarku kerbau balar BHLR67
k → ng
Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer| 29
29
4893 ya. Sebahagian orang bijak mengatakan: "Pahala amal kebaikan ada BHLR46
2858 , 2002 menjadi tahun yang mengecewakan bagi pasaran ekuiti meski BHLR28
3903 ah yang dilaksanakan ialah mengecilkan kumpulan daripada kira- ki BHLR39
4204 Jabatan Imigresen turut mengecualikan bayaran ke atas perkhidma BHLR42
5974 uk memecahbelahkan selain mengelirukan rakyat padahal khutbah se BHLR53
7627 idikan Guru (BPG) selesai mengelolakan empat kursus asas untuk m BHLR63
2151 15 hari itu, polis trafik mengeluarkan 110,704 saman dengan kesa BHLR20
2424 pasaran berharap aktiviti mengemaskan akaun akan berterusan sehi BHLR24
5414 at pujian kerana ia mampu mengembalikan keamanan di wilayah yang BHLR49
5925 ntuk mengubat. Ibn Sina mengembangkan ilmu psikologi dalam peru BHLR53
s → ny
8585 kita tidak perlu kesal dan menyalahkan sesiapa berkenaan setiap k BHLR69
4960 an tempatan tidak berminat menyalurkan pinjaman kepada peniaga wa BHLR46
5290 dunia Melayu. Malah beliau menyamakan konsep dunia Melayu dalam BHLR49
1886 rung membunuh diri dengan menyambungkan paip getah dari ekzos ke BHLR17
6979 o Abdullah Tuanku Bainun menyampaikan anugerah Ijazah Kehormat BHLR59
8189 baru-baru ini. Fauziah menyandarkan pengalaman kerjayanya dal BHLR66
3050 ukainya. IMF sebelum ini menyarankan supaya Malaysia mempunyai BHLR31
6150 au banyak hujan yang boleh menyebabkan baja dilarikan hujan. Pe BHLR54
4417 isabitkan bersalah apabila menyerahkan zakat fitrah diri atau ora BHLR43
7911 ri, 3 Disember lalu, untuk menyerapkan 126,000 pelajar sekolah ag BHLR64
Psikolinguistik| 1
UNIT 2
PSIKOLINGUISTIK
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda diharapkan dapat:
1. menjelaskan definisi psikolinguistik, 2. menerangkan bagaimana kanak-kanak memperoleh bahasa pertama; dan 3. menghuraikan teori-teori yang berkaitan dengan pemerolehan bahasa pertama.
2.0 PENGENALAN
Bidang ini diperkenalkan dengan tujuan melihat cara proses pemerolehan bahasa kanak-kanak berlaku,
terutamanya pada peringkat awal kanak-kanak dan sekolah rendah. Pada peringkat sekolah rendah,
pemerolehan bahasa kanak-kanak perlu diberi perhatian yang serius. Ini kerana pada tahap inilah kanak-
kanak mula mempelajari kemahiran bahasa seperti ejaan, sebutan dan bacaan. Kegagalan guru
memberikan perhatian yang serius terhadap pemerolehan bahasa kanak-kanak mungkin akan
menyebabkan kanak-kanak menghadapi masalah buta huruf, pertuturan dan menulis.
2.1 Definisi Psikolinguistik
Psikolinguistik merupakan bidang antara disiplin, iaitu antara psikologi dan linguistik. Psikologi adalah satu
bidang ilmu yang menumpukan pengkajian kepada dua perkara utama, iaitu yang berkaitan dengan jiwa
manusia (akal budi) dan perilaku atau tingkah laku manusia. Linguistik pula ialah bidang yang mengkaji
bahasa secara saintifik.
Menurut Aitchison (1978), “psikolinguistik boleh ditakrifkan sebagai kajian tentang bahasa dan akal
budi. Ilmu ini menyelidik apa-apa yang berlaku dalam akal budi manusia apabila seseorang memperoleh,
memahami, menghasilkan dan menyimpan unsur-unsur kebahasaan.”
AKTIVITI 2.1
Sila berbincang dengan rakan.
Psikolinguistik| 2
1. Takrifan psikolinguistik yang mengaitkan psikologi sebagai satu disiplin dan linguistik sebagai satu disiplin yang lain.
2. Kepentingan psikolinguistik dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 2.2 Pemerolehan Bahasa Pertama
Kajian saintifik dalam bidang pemerolehan bahasa telah dimulakan sejak kurun ke-16, iaitu dimulakan oleh
Tiedmann, seorang ahli biologi Jerman pada tahun 1787. Charles Darwin pengasas teori evolusi turut
menjalankan kajian dalam bidang pemerolehan bahasa iaitu pada tahun 1877, dan diikuti oleh kajian
Preyer pada tahun 1882.
Terdapat dua teori utama di barat yang menjelaskan cara kanak-kanak memperoleh bahasa
pertama. Kedua-dua teori tersebut ialah pertamanya teori Behaviorisme (Perlakuan) dan keduanya teori
Mentalisme (Kognitif).
1. Teori Behaviorisme
Dalam ilmu psikolinguistik, terutama berkaitan dengan konsep pemerolehan dan pembelajaran bahasa,
terdapat satu teori khusus iaitu dikenali sebagai Teori Pelaziman. Teori Pelaziman terbahagi kepada dua
jenis utama, iaitu Pelaziman Klasik (oleh Pavlov dan Watson) dan Pelaziman Operan (oleh Thorndike dan
Skinner).
Teori Pelaziman Klasik
Teori ini dipelopori oleh Ivan Petrovich Pavlov (1849 – 1936) iaitu seorang sarjana Rusia. Teori ini
menekankan sifat behavior atau tabiat semula jadi. Teori ini menekankan pembelajaran sebagai satu
perubahan dalam bentuk atau frekuensi tingkah laku. Dalam bentuk pendekatan behavioral, tingkah laku
pelajar dinilai sebelum memulakan pengajaran. Pembelajaran memerlukan penyusunan rangsangan
Ivan Petrovich Pavlov
Psikolinguistik| 3
(stimulus) dalam persekitaran supaya pelajar dapat memberikan respons dan diberikan pengukuhan atau
peneguhan.
Bagi mengkaji tabiat manusia, Pavlov telah memilih seekor anjing untuk melaksanakan kajian beliau.
Anjing tersebut dikurung di dalam satu kandang khas dengan kelengkapan loceng. Lihat rajah di bawah
untuk menggambarkan suasana kajian tersebut.
Bagaimana kajian ini dilaksanakan?
1. Anjing memberikan respons iaitu mengeluarkan air liur setiap kali diberikan makan. (lihat rajah di
bawah)
2. Loceng dibunyikan, tetapi anjing tidak memberi sebarang respon (tidak mengeluarkan air liur).
3. Loceng dibunyikan dan makanan diberikan kepada anjing. Anjing memberikan respons dengan
mengeluarkan air liur.
4. Loceng dibunyikan tanpa makanan. Anjing memberikan respons dengan mengeluarkan air liur.
Anjing terangsang bahawa setiap kali loceng dibunyikan, makanan akan diberikan. Kajian ini
membuktikan bahawa Tindak Balas akan terhasil akibat Rangsangan.
Psikolinguistik| 4
Konsep Penting Teori Pelaziman Klasik
1. Generalisasi
Generalisasi bermaksud rangsangan yang sama akan menghasilkan tindak balas yang sama.
Contohnya, Kamal menjadi risau setiap kali ujian Matematik akan diadakan. Kamal juga menjadi
risau setiap kali ujian Fizik akan diadakan, kerana kedua-dua mata pelajaran tersebut mempunyai
perkaitan antara satu sama lain.
Oleh itu kerisauan dalam satu mata pelajaran (Matematik) telah digeneralisasikan kepada satu
mata pelajaran (Fizik).
2. Diskriminasi
Dikriminasi berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu
sahaja dan tidak bagi rangsangan yang lain. Dalam kajian terhadap anjing, didapati anjing tersebut
hanya bertindak balas apabila mendengar bunyi loceng sahaja, tetapi tidak pada bunyi selain
loceng. Dalam kes Kamal, Kamal tidak akan menjadi risau jika mengambil ujian Geografi atau ujian
Sejarah, kerana kedua-dua mata pelajaran tersebut amat berbeza berbanding mata pelajaran
Sains.
3. Penghapusan
Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak disertai dengan rangsangan tidak
terlazim. Dalam kajian Pavlov, bunyi loceng tidak disertakan rangsangan tak terlazim (daging).
Dalam hal ini, lama-kelamaan bunyi loceng tadi tidak akan merangsang anjing tersebut untuk
mengeluarkan air liur. Tindak balas akhir akan terhapus dan prinsip ini dikenali sebagai
penghapusan.
Psikolinguistik| 5
Rumusan:
Teori Pelaziman Operan
Teori Pelaziman Operan adalah penerusan daripada Teori Pelaziman Klasik. Teori ini dipelopori oleh
Thorndike (1874 – 1949) dan Skinner (1904 – 1990).
Thorndike (1874 – 1949)
.
Thorndike
Psikolinguistik| 6
Thorndike berpendapat bahawa:
• Manusia belajar menggunakan kaedah cuba dan ralat.
• Ganjaran dan denda dua faktor penting bantu pembelajaran manusia.
• Pembelajaran manusia berlaku mengikut hubungan antara rangsangan dan gerak balas.
• Motivasi, ganjaran dan denda amat penting dalam proses pembelajaran.
• Beliau mengemukakan teori perikatan dikenali sebagai Teori R-G.(Rangsangan dan Gerak balas)
• Teori R-G menjadi asas tiga hukum Thorndike iaitu :
1) Hukum Kesediaan (HK)
2) Hukum Latihan dan (HL)
3) Hukum Kesan (HK)
Beliau menggunakan seekor kucing sebagai bahan kajian beliau. Perhatikan grafik di bawah.
Bagaimana kajian ini dilaksanakan?
Kucing diletakkan di dalam sangkar dan makanan diletakkan di luar sangkar.
Kucing melakukan beberapa percubaan untuk keluar dari sangkar – Kaedah cuba jaya.
Pelbagai reaksi : apabila terpijak selak pintu, sangkar itu terbuka.
Psikolinguistik| 7
Kucing tersebut akan melakukan kaedah cuba jaya sekiranya dikurung semula ke dalam sangkar
itu.
Prinsip Pelaziman Operan (Thorndike)
Prinsip Kesediaan
Kesediaan dari segi psikomotor, efektif, kognitif sebelum boleh belajar.
Prinsip Latihan
Latihan yang diulang-ulang untuk tingkatkan kemahiran.
Prinsip Kesan
Kesan yang menyeronokkan meningkatkan pertalian antara ransangan dan gerak balas.
Skinner (1904 – 1990)
Seorang lagi tokoh terpenting dalam teori Pelaziman Operan ialah Skinner. Nama penuh belia ialah Burrhus Frederic Skinner (20 Mac 1904 – 18 Ogos 1990). Beliau merupakan behavioris Amerika, penulis, pencipta, ahli falsafah sosial dan penyair. Beliau ialah seorang Profesor Psikologi di Universiti Harvard dari 1958 sehingga persaraan beliau pada tahun 1974. Skinner mencipta teori Pelaziman Operan, inovasi falsafah sains yang dikenali sebagai radikal behaviorisme, dan mengasaskan sekolah sendiri tentang penyelidikan uji kaji psikologi-analisis uji kaji dan tingkah laku. Analisis tingkah laku manusia yang berakhir dengan Perlakuan Lisan, yang baru-baru ini telah menyaksikan pengaruh yang besar dalam bidang psikologi dan pendidikan.
Burrhus Frederic Skinner
Psikolinguistik| 8
Beliau mencipta perakam kumulatif untuk mengukur kadar maklum balas sebagai sebahagian daripada kerja-kerja beliau yang sangat berpengaruh. Pada bulan Jun, berdasarkan kaji selidik 2002, Skinner telah disenaraikan sebagai ahli psikologi yang paling berpengaruh pada abad ke-20. Beliau seorang penulis prolifik yang menerbitkan 21 buku dan 180 artikel.
Teori Pelaziman Operan (Skinner)
Menurut Skinner (1953) kajiannya menunjukkan pelaziman operan organisma bertindakbalas terhadap
persekitaran dalam proses pembelajaran. Pelaziman operan meningkatkan kebarangkalian pengulangan
sesuatu gerak balas. Peneguhan biasanya dapat menambahkan kebarangkalian gerak balas yang akan
berlaku. Perlakuan harus diperhatikan dalam jangka masa yang panjang dan membentuk perlakuan yang
kompleks daripada perlakuan yang mudah.
Bagaimana kajian ini dilaksanakan? Skinner telah menggunakan seekor tikus putih sebagai bahan kajian
beliau. Perhatikan grafik di bawah ini.
Implikasi penting yang diperoleh melalui kajian ini ialah:
Tingkah laku binatang di dalam kotak boleh dikawal dan gerak balasnya boleh diperhatikan dan
direkod.
Psikolinguistik| 9
Kajian ini membawa beliau kepada penggunaan teori pelaziman operan dalam aktiviti P&P di
dalam bilik darjah.
Teori pelaziman operan boleh diperkuat dan dihapuskan jika diberikan peneguhan sebaik sahaja
gerakbalas itu ditunjukkan.
Prinsip yang terhasil ialah:
Pengukuhan Positif
Pengukuhan positif memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan ditunjukkan yang
menyebabkan perlakuan diulangi atau diperkuatkan lagi. Contoh:
Perlakuan Positif Akibat/kesan Tingkah laku Masa Hadapan
Murid menghasilkan karangan yang bermutu
Guru memuji murid Murid akan menghasilkan lebih banyak karangan yang bermutu
Pengukuhan Negatif
Pengukuhan negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang
diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contoh:
Perlakuan Negatif Akibat/kesan Tingkah laku Masa Hadapan
Murid tidak memberi perhatian terhadap P&P di dalam kelas
Guru tidak menegur murid Murid semakin tidak memberi perhatian terhadap P&P guru.
Dendaan
Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya
tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif yang membawa kepada
pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut.
RUMUSAN TEORI BEHAVIOURISME
Menurut ahli-ahli teori ini, sesuatu tabiat boleh dilazimkan menerusi proses latih tubi, iaitu memberikan
rangsangan-rangsangan tertentu kepada organisma dan mendapatkan gerak balas atau tindak balas
tertentu kepada organisma secara berulang-ulangan. Teori ini juga menekankan konsep ganjaran iaitu
apabila sesuatu organisma/individu berjaya melakukan apa-apa yang diminta (seperti mengeja/mengira),
maka ganjaran pelbagai bentuk seperti pujian atau hadiah akan diberikan kepada individu tersebut. Konsep
ini boleh dilihat melalui kajian Pavlov terhadap anjing atau tikus di dalam sangkar.
Psikolinguistik| 10
Berdasarkan teori ini, pemerolehan bahasa kanak-kanak boleh dilakukan dengan cara latih tubi
atau diulang-ulang. Misalnya murid-murid sekolah rendah atau awal kanak-kanak, tidak dapat mengenali
huruf-huruf vokal dan konsonan bahasa Melayu. Bagaimanapun jika proses latih tubi dilakukan, maka
kanak-kanak tersebut akan dapat mengenal dan mengingat kesemua huruf tersebut. Pendekatan latih tubi
banyak dilakukan di peringkat sekolah rendah terutama dalam proses mengeja/membaca dan menulis.
Kaedah abjad yang dilakukan di sekolah rendah menekankan pada peringkat paling awal murid
dikehendaki menghafal kesemua dua puluh enam huruf daripada a hingga z. Kemudian guru
menggabungkan huruf konsonan dan vokal untuk membentuk pelbagai suku kata. Misalnya, sa+ya =saya,
ma+kan=makan, a+yam=ayam, na+si=nasi dan sebagainya. Murid dikehendaki membaca /mengeja suku
kata ini dalam kumpulan besar, kumpulan kecil dan juga individu.
Selepas murid-murid dilatih tubi membaca suku kata-suku kata yang pelbagai, guru akan
mencantumkan pula sukukata-sukukata tadi menjadi perkataan mudah seperti saya, makan, nasi, ayam
dan sebagainya. Kemudian guru akan mengajar pula membaca frasa (rangkai kata) dan seterusnya ayat.
Semua peringkat pengajaran yang dilalui oleh murid adalah menggunakan konsep latih tubi, dan ganjaran
diberikan di mana sesuai atau perlu.
1. Rangsangan Guru menyediakan BBM untuk menarik perhatian murid.
2. Gerak Balas Murid yang terangsang dengan BBM akan memberi respon (misalnya perhatian sepenuhnya terhadap P&P)
3. Pengulangan/Latih tubi Pengulangan P&P boleh dilakukan jika murid belum menguasai P&P tersebut.
4. Peneguhan Berlaku apabila murid sudah menguasai P&P atau objektif tercapai.
5. Ganjaran Ganjaran dalam pelbagai bentuk seperti pujian, hadiah dan sebagainya.
2. Teori Mentalisme
Teori ini telah diperkenalkan oleh Noam Chomsky pada tahun 1960-an. Aliran teori ini telah memainkan
peranan yang besar dalam ilmu linguistik termasuklah aspek pemerolehan bahasa kanak-kanak.
Proses pemerolehan bahasa pertama memperlihatkan banyak perkara yang menakjubkan.
Sistem-sistem bahasa, iaitu fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik dikuasai dengan pantas oleh
kanak-kanak walaupun pengajaran formal pada keseluruhannya tiada. Fakta-fakta ini menyebabkan ramai
penyelidik bahasa membuat kesimpulan bahawa kanak-kanak telah dilengkapi dengan alat khas semasa
Psikolinguistik| 11
mereka lahir ke dunia. Mereka percaya bahawa proses penguasaan bahasa pertama tidak daripada
kosong tetapi apa-apa yang perlu dilakukan oleh kanak-kanak hanyalah mengadaptasikan prinsip atau
aturan rumus nahu semula jadi (innate grammar) yang telah sedia ada dalam otak mereka dengan ciri-ciri
dan sistem linguistik bahasa ibunda mereka.
Menurut teori ini, proses pemerolehan bahasa adalah mudah dan tidak memerlukan latih tubi
sebagaimana yang ditegaskan oleh aliran Behaviorisme. Kanak-kanak dapat menguasai pelbagai rumus
nahu bahasa ibunda dengan mudah adalah disebabkan oleh kewujudan alat pemerolehan bahasa semula
jadi dalam otak mereka. Perkara yang dilakukan oleh kanak-kanak bukanlah mempelajari sistem-sistem
bahasa pertama, tetapi merupakan proses menyesuaikan (adaptasi) pengetahuan bahasa semula jadi
yang berada dalam otak dengan sistem-sistem bahasa pertama mereka. Dengan kata lain, alat
pemerolehan bahasa membantu kanak-kanak dalam usaha memahami pelbagai konsep yang berada
dalam persekitaran mereka.
Teori ini juga menekankan konsep nahu universal iaitu semua manusia tanpa mengira bangsa
sudah memiliki set bahasa dalam otak mereka sejak dilahirkan. Mereka menegaskan bahawa banyak
bahasa memiliki sifat universal, misalnya bahasa Melayu dan bahasa Inggeris memiliki sistem nahu yang
sama, iaitu SKKO (subjek-kata kerja-objek). Sifat keuniversalan ini memperkukuh lagi hujah mereka
bahawa semua manusia sudah memiliki rumus bahasa dalam otak sejak dilahirkan. Apabila kanak-kanak
mempelajari bahasa ibunda mereka, mereka hanya perlu mengadaptasikan rumus dengan apa yang
didengar dan dipelajari. Situasi ini juga membolehkan seseorang kanak-kanak berlainan bahasa dapat
menguasai bahasa lain jika mereka berada atau dipelihara sejak kecil dalam situasi bahasa lain.
Contohnya, seorang bayi berbangsa Jepun jika dipelihara keluarga angkatnya di Arab Saudi, maka bayi
tadi apabila dewasa akan berbahasa Arab dan tidak boleh atau tidak akan tahu berbahasa Jepun. Hal ini
berlaku kerana dalam otak bayi tadi sudah ada set bahasa sejagat atau universal yang memudahkannya
mengadaptasikan bahasa-bahasa lain.
Teori Kognitif Piaget
Sebelum membicarakan tentang teori kognitif Jean Piaget, kita perlu terlebih dahulu mengetahui beberapa
konsep penting yang diutarakan oleh beliau. Antara konsep-konsep penting tersebut adalah :
1. Skema
Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara
tertentu. Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang
dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang, serta
menggerakkan tangan dan kaki. Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang
benda yang tidak menyakitkan. Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak
menyakitkan seperti contoh, jari ibu. Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi
bertindakbalas dengan persekitarannya.
Psikolinguistik| 12
2. Asimilasi
Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperoleh dengan skema yang sedia
ada. Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil
daripada pengalaman yang baru diperoleh. Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali
melihat sebiji epal. Oleh itu, kanak- kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang
sedia ada) dan sekali gus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan
yang baharu baginya berkenaan "sebiji epal".
3. Akomodasi
Merupakan suatu proses tentang struktur kognitif yang mengalami perubahan. Akomodasi berfungsi
apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran baharu yang belum lagi berada
dalam perolehan kognitif kanak-kanak. Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses
pembelajaran. Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet
akan menyatukan objek baharu dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet
itu.
4. Adaptasi
Adaptasi merupakan satu keadaan yang wujud keseimbangan antara akomodasi dan asimilasi untuk
disesuaikan dengan persekitaran. Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai
kecenderungan sejadi untuk mencipta hubungan tentang apa-apa yang dipelajari dengan kehendak
persekitaran.
Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul pada tahap tertentu dalam proses
perkembangan yang dilalui. Menurut beliau lagi, perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat
seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan
terdedah kepada pengalaman yang relevan. Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak
dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi.
Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap yang
mengikut turutan umur. Tahap-tahap perkembangan tersebut ialah :
Tahap 1: Sensorimotor @ deria motor (dari lahir hingga 2 tahun)
Tahap 2: Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun)
Tahap 3: Operasi Konkrit (7 hingga 11 tahun)
Tahap 4: Operasi Formal (11 tahun hingga dewasa)
Psikolinguistik| 13
TAHAP 1: SENSORIMOTOR (DARI LAHIR - 2 TAHUN)
Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran. Kebolehan deria
motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat,
menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku
dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning) (Mussen dan Kagan, 1974).
Dalam perkembangan sensorimotor ini, terdapat enam sub tahap yang dikategorikan dengan melihat
perkembangan kebolehan tertentu pada umur yang tertentu.
a) Dari lahir hingga satu bulan (refleks)
Bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakan pantulan yang diwujudkan lahir melalui tingkah
laku pendengaran, penyusunan, gerakan tangan (genggaman dan sebagainya), penyesuaian, pandangan,
pergerakan mata dan sebagainya. Gerakan ini belum dapat ditentukan perbezaannya. Sebahagian besar
daripada gerakan ini dilakukan adalah untuk keperluan tertentu atau hanya sebagai gerakan pantulan
sahaja.
b) Sebulan hingga empat bulan (reaksi asas sekular)
Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular. Bayi mula mempunyai
pengertian tentang bahagian badannya yang tertentu. Pada tahap ini, pengalaman memainkan peranan
yang penting untuk pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Pengalaman boleh didapati daripada
perkembangan pada tahap pertama. Dengan itu, tingkah laku kanak-kanak pada tahap kedua ini sudah
bergantung kepada andaian sebab musabab yang tertentu untuk mewujudkan sesuatu situasi baharu.
Pergerakan sistem sensori mula diselaraskan dengan sistem pandangan dan gerakan tangan. Jika
mendengar sesuatu bunyi, bayi akan menggerakkan kepala dan matanya ke arah punca sumber bunyi.
Contohnya, sekiranya bayi tersebut melakukan sesuatu tingkah laku yang ganjarannya akan mendapat
menyeronokkan atau menyenangkan, dia akan mengulangi tingkah laku itu lagi.
c) Empat hingga lapan bulan (reaksi sekular kedua)
Pada tahap ini bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan dan pemerhatian yang lebih.
Kebanyakan tingkahlaku bayi dihasilkan daripada sesuatu proses pem belajaran. Bayi telah dapat
melakukan tingkah laku baru seperti mengambil sesuat u barang lalu menggerakkannya. Pada waktu ini,
bayi boleh membuat tanggapan tentang objek dalam tangannya. Contohnya, bayi itu sengaja memasukkan
barang mainan ke dalam mulut dengan tujuan untuk mengeta hui atau mengenali barang tersebut.
d) Lapan hingga dua belas bulan ( reaksi kordinasi)
Reaksi koordinasi dikatakan sebagai masa pengukuhan iaitu keadaan yang wujud sebelumnya disesuaikan
di antara satu sama lain. Pada tahap ini, perkembangan mental bayi sudah dapat dikatakan sebagai
berada pada tahap perkembangan daya kognitif dan kebolehan mental asas pada bayi. Bayi sudah
Psikolinguistik| 14
mengetahui sebab akibat sesuatu keadaan berlaku. Contohnya, apabila menggoncangkan sesuatu alat
mainan, ia akan berbunyi.
e) Dua belas bulan hingga lapan belas bulan (reaksi sekular ketiga)
Pada ketika ini, penemuan makna baharu melalui pengalaman yang dilalui oleh bayi berlaku secara aktif.
Hal ini, bayi memerlukan kecepatan untuk melahirkan keseluruhan rangkaian tingkah laku apabila berada
di dalam sesuatu situasi baru. di tahap ini, bayi memperlihatkan kemajuan yang pesat berhubung dengan
pemahaman sesuatu konsep dan telah mempunyai konsep yang kukuh tentang sesuatu objek. bayi juga
mengalami proses cuba jaya tetapi dalam keadaan yang mudah. Contohnya, kanak-kanak ini akan
mencuba pelbagai bunyi dan tingkah laku untuk mendapatkan perhatian.
f) Lapan belas bulan hingga dua tahun (penggambaran pemikiran awal)
Berlakunya kombinasi mental iaitu kanak-kanak mula mempunyai keupayaan untuk memahami aktiviti
permainan dan fungsi simbolik. Pada ketika ini, kanak-kanak dapat mengatasi masalah kaedah cuba jaya
dan dapat membezakan jenis-jenis tingkah laku peniruan yang diperhatikan. Kanak-kanak juga telah
mengetahui tentang peranan jantina dan fungsi individu dalam rumahtangga.
TAHAP 2: PRAOPERASI ( 2-7 TAHUN )
Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa. Kanak-kanak
yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol dalam permainan, contohnya mengandaikan buku
sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih
lagi pada tahap yang rendah berbanding dengan orang dewasa. Contohnya, pemikiran kanak-kanak
adalah egosentrik di mana, di dunia ini, keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja.
Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi lebih sempurna
menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu:
Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang ketara seperti
kebolehan mengira.
Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan digeneralisasikan
sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil.
Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu pengukuhan
tingkah laku.
Selain itu, Piaget juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada tiga fenomena
mental yang penting iaitupengamatan, ingatan dan bayangan. Pengamatan merupakan suatu proses iaitu
kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian terhadap sesuatu yang dilihat. Sementara, ingatan pula ialah
satu proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memori mengenai peristiwa lalu.
Psikolinguistik| 15
Manakala, bayangan merupakan satu proses yang menyebabkan sensasi yang statik, selalunya
pandangan dan pendengaran yang dikumpulkan di bahagian mental.
Bagi tahap ini, Piaget telah bahagikan kepada dua sub tahap iaitu :
Tahap Pro-konseptual ( 2-4 tahun )
Tahap Pra-operasi ( 4-7 tahun )
Pada tahap pra-konseptual, kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan memahami dua atau lebih
dimensi pada masa yang sama. Hal ini kerana, mereka belum dapat menyusun penerangan yang ada
dalam pemikiran.
Kecerdasan pada tahap ini selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang, ketidaksanggupan
membuat kesimpulan dan tidak menumpukan perhatian terhadap hubungan di antara peristiwa yang
berbeza. Terdapat empat kandungan utama proses kognitif dalam tahap ini iaitu 'egocentrism', 'konsep
sebab-akibat', 'peningkatan perolehan bahasa' dan 'pembentukan identiti diri'.
Satu lagi kekurangan pada tahap ini ialah dari segi prinsip ketekalan; iaitu pengetahuan bahawa
kuantiti adalah tidak berhubung kait dengan susunan @ keadaan fizikal sesuatu objek. Kanak-kanak yang
tidak memahami prinsip ini tidak akan tahu bahawa jumlah, isipadu atau panjang sesuatu objek tidak akan
berubah apabila bentuk dan susunannya berubah.
TAHAP 3: OPERASI KONKRIT ( 7 - 11 TAHUN)
Tahap ketiga Piaget ini dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu berlaku semasa kanak-kanak berusia 7
hingga 11 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku
pada tahap praoperasi. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan gemar
bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa. Berkembangnya
semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain. Kanak-kanak
akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka
akan mula memasuki zaman persekolahan.
Satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah mula memahami
unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsep-konsep nombor, berat, susunan dan padatan.
Mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu benda atau objek. Walau bagaimanapun, kanak-
kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak
seperti konsep kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka hanya memahami konsep-
konsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya.
Psikolinguistik| 16
Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak pada tahap ini boleh
melaksanakan sesetengah operasi terhadap objek lain tetapi tidak boleh beroperasi terhadap operasi atau
proses pemikirannya sendiri.
TAHAP 4: OPERASI FORMAL (11 tahun ke atas)
Pada tahap ini kanak-kanak berkebolehan untuk memikirkan beberapa pertimbangan bagi satu satu
masalah. Mereka berupaya untuk berfikir secara abstrak. Justeru, mereka boleh menyelesaikan masalah
kompleks dan berbentuk hipotetikal yang melibatkan operasi abstrak. Dari segi pemerolehan bahasa,
kanak-kanak pada tahap ini sudah boleh menulis frasa-frasa dan juga karangan yang ringkas. Maknanya
otak kanak-kanak sudah boleh beroperasi hampir sepenuhnya dari segi keupayaan berbahasa.
RUMUSAN
Penerangan di atas telah menjelaskan secara teorinya cara kanak-kanak memperoleh bahasa pertama
mereka. Pemerolehan bahasa perlu diberikan penekanan supaya tidak timbul masalah buta huruf apabila
murid-murid memasuki alam sekolah menengah.
KATA KUNCI 1. Akal budi 2. Rumus nahu 3. Nahu universal
4. Modifikasi 5. Akomodasi 6. Egocentrism
PENILAIAN KENDIRI
1. Jelaskan peranan teori psikolinguistik dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 2. Terangkan bagaimana kanak-kanak memperoleh bahasa pertama. 3. Bezakan antara teori behaviorisme dan teori mentalisme. 4. Nyatakan teori-teori yang terdapat dalam teori behaviorisme. 5. Nyatakan teori-teori yang terdapat dalam teori mentalis.
AKTIVITI 2.2
Bina peta minda untuk memudahkan anda membezakan antara teori-teori yang
berkaitan dengan pemerolehan bahasa pertama.
J
Psikolinguistik| 17
RUJUKAN Abu Zahari Abu Bakar. (1988). Memahami Psikologi Pembelajaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti. Ab. Fatah Hasan. (1992). Penggunaan Minda Yang optimum Dalam Pembelajaran. Johor Baharu:UTM. Amir Awang. (1986).Teori-teori Pembelajaran: Petaling Jaya: Fajar Bakti. Azlina Abu Bakar@ Mohd. (2002). Psikologi Personaliti Individu. Shah Alam. Karisma Publications Sdn.
Bhd. Mohd Salleh Lebar. (1999). Memahami Psikologi. Kuala Lumpur: Thinker Library’s.
S i s t e m E j a a n d a n S e b u t a n | 1
UNIT 3
SISTEM EJAAN DAN SEBUTAN
HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda diharapkan dapat: 1. menjelaskan sistem ejaan bahasa Melayu; 2. membezakan jenis bunyi vokal, konsonan dan diftong; 3. menghuraikan sistem sebutan baku bahasa Melayu; dan 4. mengaplikasikan sebutan baku dalam urusan rasmi.
3.0 PENGENALAN
Sebelum kita meneliti sistem ejaan dan sebutan bahasa Melayu, wajar kita meneliti terlebih
dahulu sejarah ringkas sistem ejaan bahasa Melayu. Bahasa Melayu telah mengguna
pakai beberapa sistem ejaan misalnya sistem ejaan Kuno dan Pallava (pengaruh India),
tulisan Jawi (pengaruh Arab), dan tulisan Rumi (pengaruh Eropah). Sistem ejaan Rumi
diguna pakai sehingga ke hari ini. Sistem Ejaan Rumi mula diperkenalkan oleh pihak
Inggeris yang menyusun aturan ejaan Rumi berdasarkan kaedah transliterasi daripada
ejaan Jawi pada pertengahan abad ke-19. Sistem transliterasi huruf Jawi kepada huruf
Rumi menurut kaedah bahasa Inggeris yang diiktiraf sebagai sistem ejaan Rumi bagi
kegunaan rasmi dalam urusan kerajaan Malaya pada masa itu antaranya termasuklah
Ejaan Rumi Negeri-negeri Selat (dilaksanakan pada tahun 1878), Ejaan Rumi Maxwell
(dilaksanakan pada tahun 1882) dan Ejaan Rumi Swettenham (1881).
S i s t e m E j a a n d a n S e b u t a n | 2
Pada tahun 1902, perancangan ejaan yang pertama di Tanah Melayu dimulakan
apabila kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu mengambil inisiatif menubuhkan sebuah
jawatankuasa ejaan yang diketuai oleh R.J. Wilkinson, Nazir Sekolah-sekolah pada masa
itu. Sistem ejaan yang dikenal sebagai "Ejaan Wilkinson" itu dirumuskan dengan nama
Romanised Malay Spelling dan diterbitkan pada bulan Oktober 1904 dalam bentuk sebuah
laporan. Ejaan Wilkinson digunakan di semua sekolah umum.
3.1 Sistem Ejaan Bahasa Melayu
Pada masa kini, bahasa Melayu mengguna pakai dua jenis tulisan iaitu tulisan Rumi dan
Tulisan Jawi. Tulisan Jawi berasaskan huruf Arab alif-ba-ta, dan tulisan Rumi berasaskan
huruf Roman a-b-c. Aturan ejaan bagi Tulisan Jawi yang digunakan dalam bahasa Melayu
sekarang ialah Sistem Ejaan Jawi Yang Disempurnakan yang disahkan penggunaannya
bermula pada tahun 1996.
Tulisan Rumi yang digunakan dalam bahasa Melayu masa kini ialah Sistem Ejaan
Rumi Baharu Bahasa Malaysia (SERBBM) yang dirasmikan penggunaannya pada 16
Ogos 1972. Sistem ini merupakan aturan ejaan Rumi bersama bagi bahasa Melayu di
Tulisan Pallava
Tulisan Jawi
S i s t e m E j a a n d a n S e b u t a n | 3
Malaysia dan bahasa Indonesia, iaitu sistem yang berasaskan aturan ejaan yang
dirumuskan oleh Jawatankuasa Ejaan (Rumi) Bersama pada tahun 1967.
Dokumen yang menjadi rujukan rasmi tentang Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa
Malaysia (SERBBM) termasuklah penerbitan-penerbitan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
anataranya Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia (1975, edisi kedua 1987), Pedoman
Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia (1975, edisi semakan 1991), Daftar Ejaan
Rumi Bahasa Malaysia (1981, edisi kedua 1988), Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu
(1996), Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu (1994), Pedoman Ejaan dan Sebutan
Bahasa Melayu (1996), Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan (1986, edisi kedua
1987, edisi ketiga 1993), Pedoman Ejaan Jawi Bahasa Melayu (1996) dan Daftar Kata
Bahasa Melayu, Jilid I (A-K) dan Jilid II (L-Z) (2001).
3.1.1 Bunyi dan Huruf Terdapat tiga kategori bunyi bahasa Melayu iaitu:
(i) Huruf vokal: a, e, i, o, u
Rajah: Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan bertanggungjawab dalam
hal-ehwal Bahasa Melayu di Malaysia.
S i s t e m E j a a n d a n S e b u t a n | 4
(ii) Huruf diftong: ai, au, oi (iii) Huruf konsonan: huruf selain huruf vokal
(i) Huruf Vokal
Dalam bahasa Melayu terdapat enam fonem atau bunyi vokal standard. Huruf-huruf yang melambangkan fonem-fonem tersebut ialah a, e, i, o, u seperti dalam rajah di bawah.
Huruf Fonem di depan di tengah di belakang
a
e i
o
u
[a]
[ə] [e]
[i]
[o]
[u]
api
emak enak
ikan
oleh
usah
tadi
petang becak
simbah
kota
cuba
kata
imperialisme tauge
pagi
pidato
paku
(ii) Huruf Diftong
Diftong dieja dengan gabungan dua huruf vokal yang dilafazkan sebagai bunyi luncuran. Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis huruf diftong yang dieja dengan gabungan huruf vokal iaitu ai, au, dan oi.
Bunyi Huruf di depan di tengah di belakang
/ai/
/au/
/oi/
ai
au oi
aising
aurat auditorium
oidium
ghairah trailer
saudara
boikot
pandai
harimau
amboi
S i s t e m E j a a n d a n S e b u t a n | 5
(iii) Huruf Konsonan
Dalam bahasa Melayu ada 25 fonem konsonan yang dilambangkan oleh 26 huruf, seperti rajah di bawah:
Bunyi Huruf di depan di tengah di belakang
/b/
/c/
/d/
/f/
/g/
/ğ/
/h/
/j/
/k/
/x/
/l/
/m/
/n/
/ŋ/
/ń/
/p/
b c d f g
gh h j k
kh l
m n
ng
ny p
bahasa
cakap
dua
fakir
guna
ghaib
hari
jalan
kami
khusus
lekas
maka
nama
ngilu
nyata
pasang
sebut
kaca
ada
tafsir
tiga
maghrib
saham
manja
paksa
akhir
alas
kami
anak
angin
hanya
apa
adab
Mac
abad
maaf
beg
mubaligh
tuah
kolej
katak
tarikh
kesal
diam
daun
pening -
siap
S i s t e m E j a a n d a n S e b u t a n | 6
/q/
/r/
/s/
/ś/
/t/
/v/
/w/
/y/
/z/
q r s
sy t v
w y
(i) z (ii) x
Quran
raih
sampai
syarat
tali
vitamin
wanita
yang
zaman xenon
wuquf
bara
asli
isytihar
mata
universiti
hawa
payung
lazat
-
buraq
putar
lemas
Quraisy
rapat
- - -
lafaz -
3.1.2 Struktur Suku Kata Setiap suku kata bahasa Melayu ditandai oleh sebuah huruf vokal. Huruf vokal itu dapat didahului atau diikuti oleh huruf konsonan. (Pada contoh berikut, V = huruf vokal, K = huruf konsonan).
Bahasa Melayu mempunyai empat jenis pola umum suku kata:
AKTIVITI 3.1
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara membunyikan kata pinjaman bahasa
Inggeris seperti bank, universiti, teknologi dan sebagainya?
S i s t e m E j a a n d a n S e b u t a n | 7
i. V a-nak, e-kor, ka-e-dah, ba-u
ii. VK er-ti, om-bak, ma-in, ga-ul
iii. KV ra-kit, to-lak, tem-ba-kau, i-bu
iv KVK pin-tu, pe-ker-ti, hi-lang, be-lum
Di samping itu, bahasa Melayu memiliki pola suku kata yang berikut:
i. KKV pra-ja, kri-tik, in-fra, ga-tra.
ii. KKVK blok, trak-tor, prak-tis, stan-dard
iii. VKK eks
iv. KVKK teks, kon-teks, am-bu-lans, bank
v. KKVKK kom-pleks
vi. KKKV stra-te-gi, skru
vii. KKKVK struk-tur, in-struk-tur, skrip
Pemisahan suku kata pada kata dasar adalah sebagai berikut:
a. Jika di tengah kata ada dua huruf vokal yang berurutan, pemisahan tersebut dilakukan di antara kedua-dua vokal itu. Misalnya:
ma-in, sa-at, bu-ah, li-ar
b. Jika di tengah kata ada huruf konsonan, termasuk gabungan huruf konsonan, di antara dua huruf vokal, pemisahan tersebut dilakukan sebelum huruf konsonan atau gabungan huruf konsonan itu. Misalnya:
a-nak, ba-rang, su-lit, la-wan, a-syik, ke-nyang, a-khir, i-sya-rat, sa-ngat
c. Jika di tengah kata ada dua huruf konsonan yang berurutan, kecuali gabungan huruf konsonan, pemisahan tersebut terdapat di antara kedua-dua huruf konsonan itu. Misalnya:
man-di, som-bong, swas-ta, mut-lak, Ap-ril
d. Jika di tengah kata ada tiga konsonan atau lebih, pemisahan tersebut dilakukan di antara huruf konsonan yang pertama (termasuk gabungan huruf konsonan) dengan huruf konsonan yang kedua. Misalnya:
S i s t e m E j a a n d a n S e b u t a n | 8
kon-tra, ul-tra, in-fra, sang-gul, ang-klung, ikh-las,
isy-tihar, maghrib
3.2 Sebutan Baku Bahasa Melayu Sebutan baku ialah sebutan yang digunakan dalam situasi formal atau rasmi. Antara aktiviti atau kegiatan yang ditakrifkan formal ialah pengajaran dan pembelajaran, ucapan, pidato, ceramah, mesyuarat, wawancara, siaran melalui media elektronik dan sebagainya yang disampaikan dalam situasi rasmi.
Perancangan pembakuan sebutan bahasa Melayu menjadi salah satu objektif Dewan Bahasa dan Pustaka, sebagaimana yang termaktub dalam Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959.
Matlamat pembakuan sebutan bahasa Melayu adalah untuk menyeragamkan cara penyebutannya. Secara khusus, pembakuan sebutan bertujuan untuk:
i. Mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam BM yang digunakan dalam situasi formal.
ii. Meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu baku dalam kalangan semua pengguna BM.
iii. Memantapkan sistem dan struktur dalaman bahasa Melayu, iaitu supaya sistem sebutan menjadi mantap dan baku sejajar dengan pemantapan dan pembakuan tatabahasa, kosa kata, sistem ejaan, dan laras bahasa.
iv. Secara khusus untuk menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur, dan mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta menghindarkan penggunaan dialek setempat dalam pengajaran dan pemelajaran di peringkat sekolah.
3.2.1 Prinsip umum Dasar sebutan baku bahasa Melayu ialah sebutan fonemik atau sebutan berdasarkan ejaan. Dengan perkataan yang lain prinsip sebutan baku menekankan prinsip “disebut sebagaimana dieja dan dieja sebagaimana disebut”.
i. Ketepatan sebutan
S i s t e m E j a a n d a n S e b u t a n | 9
Setiap huruf, sama ada dalam ejaan Jawi atau Rumi hendaklah dilafazkan dengan jelas mengikut nilai bunyi bahasa Melayu yang dilambangkannya.
Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan juga berdasarkan bentuk kata (pola suku kata), sama ada kata dasar atau kata terbitan.
Nada suara yang digunakan semasa bercakap hendaklah ditentukan berdasarkan jenis dan bentuk ayat dalam bahasa Melayu serta keperihalan keadaan yang berkenaan.
Terdapat kekecualian cara penyebutan bagi beberapa kata tertentu, seperti kata rai dan linguistik.
ii. Suku kata
Prinsip suku kata sebutan baku ialah semua pola suku kata bahasa Melayu wajib dibunyikan berdasarkan huruf dalam suku kata.
Semua huruf konsonan dilafazkan dengan nilai bunyinya, sama ada di awal, di tengah atau di akhir kata. Contohnya:
Konsonan Awal Tengah Akhir
b ba.sah sa.bar ja.wab
c cu.ka cu.cuk Mac
d de.sa da.da wu.jud
f fa.kir na.fas a.rif
g gi.gi ju.ga beg
h hi.tam ta.hu su.sah
Kata yang mengandungi gugus konsonan disebut dengan satu nilai bunyi, sama ada terletak di awal, di tengah atau di akhir kata, contohnya:
Huruf Awal Tengah Akhir
gh ghai.rah magh.rib ba.ligh
kh kha.bar a.khir ta.rikh
ng nga.nga si.nga -
ny nya.nyi su.nyi -
sy syah.du i.sya.rat -
Kata terbitan dengan awalan meN- atau peN- yang mengandungi kata dasar ekasuku dilafazkan mengikut cara pemecahan suku kata ejaan, contohnya:
S i s t e m E j a a n d a n S e b u t a n | 10
Ejaan Sebutan mengepam me.nge.pam mengepos me.nge.pos mengetin me.nge.tin pengecat pe.nge.cat pengelap pe.nge.lap pengecas pe.nge.cas
3.2.2 Intonasi Menurut Tatabahasa Dewan (2009), intonasi ialah nada suara naik turun yang wujud apabila kita bercakap. Dalam percakapan kita sehari-hari, nada suara kita jarang-jarang mendatar, tetapi sebaliknya berbeza-beza, adakalanya meninggi dan adakalanya merendah.
Tingkat nada dalam intonasi sesuatu ayat ditandai dengan angka 1, 2, 3, dan 4. Tingkat nada yang paling rendah ditandai dengan angka 1, manakala tingkat nada paling tinggi ditandai angka 4. Nada 2 merupakan nada permulaan, manakala nada 3 pula dianggap sebagai nada tekanan. Berikut ialah contoh penandaan intonasi dalam sesuatu ayat berdasarkan Tatabahasa Dewan (2009: 454).
Intonasi pelbagai jenis ayat Ayat tunggal bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan. Kesemua jenis ayat ini mempunyai intonasi yang tersendiri.
a. Ayat Penyata
Ayat penyata ialah ayat yang menceritakan sesuatu hal atau memberitahu tentang sesuatu hal.
Ayat penyata dikenali juga sebagai Ayat Berita atau Ayat Keterangan.
Contoh intonasi ayat penyata:
4
Pegawai i tu pengu rus. 3
2 2
S i s t e m E j a a n d a n S e b u t a n | 11
b. Ayat Tanya
Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal, perkara, tempat, benda, manusia, binatang dan sebagainya.
Contoh intonasi:
c. Ayat Perintah
Ayat perintah ialah ayat yang menyuruh, melarang, mempersilakan, atau meminta seseorang melakukan sesuatu.
Contoh intonasi:
d. Ayat Seru
Ayat seruan diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, hairan, dan terkejut, sakit, hairan dan sebagainya.
Ayat seru dimulai oleh kata seru seperti Oh, Cis, Wah, Amboi dan sebagainya. Ayat seru diakhiri dengan tanda seru ( ! ).
Contoh intonasi:
4
Pegawai i tu pengu rus. 3
2 2
4 3 4
Pegawai i tu pengurus?
2
3
Ma suk!
2
4 4
Wah, cantiknya!
2
S i s t e m E j a a n d a n S e b u t a n | 12
RUMUSAN
Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia (SERBBM) dirasmikan
penggunaannya pada 16 Ogos 1972.
Dalam bahasa Melayu terdapat enam fonem atau bunyi vokal standard iaitu a, e, i,
o, u.
Diftong dieja dengan gabungan dua huruf vokal yang dilafazkan sebagai bunyi
luncuran.
Dalam bahasa Melayu ada 25 fonem konsonan yang dilambangkan oleh 26 huruf.
Sebutan baku ialah sebutan yang digunakan dalam situasi formal atau rasmi.
Matlamat sebutan baku ialah mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam BM
yang digunakan dalam situasi formal.
Dasar sebutan baku bahasa Melayu ialah sebutan fonemik atau sebutan berdasarkan ejaan.
Intonasi ialah nada suara naik turun yang wujud apabila kita bercakap.
KATA KUNCI
1. Sistem Ejaan 5. Vokal 2. Sebutan 6. Konsonan 3. Sebutan Baku 7. Diftong 4. Suku Kata
SEMAK KENDIRI LATIHAN 3.1
i) Apakah matlamat sebutan baku bahasa Melayu? ii) Apakah prinsip asas sebutan baku bahasa Melayu. iii) Bagaimanakah intonasi ditanda dalam sesuatu ayat?
S i s t e m E j a a n d a n S e b u t a n | 13
PENILAIAN KENDIRI 1. Pada pendapat anda, wajarkah tulisan Jawi diajar di sekolah? Mengapa?
2. Mengapa sebutan baku wajar diamalkan dalam urusan rasmi? Nyatakan
rasionalnya.
3. Intonasi dapat mengubah makna. Berikan pandangan anda.
RUJUKAN
Asmah Haji Omar. (1988). Susur galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar. (1989). Perancangan bahasa dengan rujukan khusus kepada
perancangan bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Asmah Haji Omar. (2008). Nahu kemas kini. Kuala Lumpur: PTS
Asmah Haji Omar. (2009). Nahu Melayu mutakhir Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan edisi ketiga (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Mohd Ra’in Shaari, Alias Mohd Yatim & Abdullah Yusof. (2009).
Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka
Salam Sdn. Bhd.
Nik Safiah Haji Karim et al. (2004). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu. (1998). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Sulaiman Masri, Abdullah Yusof dan Mohd Ra’in Shaari (2007). Bahasa
Melayu dimensi pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributors Sdn. Bhd.
M o r f o l o g i : P e m b e n t u k a n K a t a | 1
UNIT 4
MORFOLOGI: PEMBENTUKAN KATA
HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda diharapkan dapat: 1. menjelaskan definisi morfologi; 2. menghuraikan proses pembentukan kata; 3. membezakan jenis-jenis bentuk kata; dan 4. menggunakan perkataan dengan betul dalam lisan dan tulisan.
4.0 PENGENALAN
Tahukah anda bahawa semua bahasa di dunia ini mempunyai sistem yang tersendiri. Sebahagian bahasa mempunyai sistem yang hampir sama, manakala sebahagian bahasa lagi mempunyai sistem yang berbeza sama sekali. Dengan kata lain, ada sistem yang umum bagi semua bahasa dan ada pula sistem yang khusus bagi sesuatu bahasa. Sistem yang umum bagi semua bahasa misalnya melibatkan binaan ayat.
Buku-Buku Tatabahasa Bahasa Melayu
M o r f o l o g i : P e m b e n t u k a n K a t a | 2
Semua bahasa di dunia mempunyai binaan ayat yang sekurang-kurangnya terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Manakala daripada segi binaan frasa, ada bahasa yang binaan frasanya menggunakan hukum D-M (unsur yang diterangkan mendahului yang menerangkan), seperti dalam binaan frasa bahasa Melayu baju biru atau Rumah Putih. Sebaliknya, bahasa Inggeris menggunakan hukum M-D (unsur yang menerangkan mendahului yang diterangkan), seperti dalam binaan frasa blue shirt atau White House.
Sistem bahasa Melayu dapat dihuraikan daripada unsur-unsur yang terdapat dalam bahasa itu. Unsur yang terbesar dalam bahasa adalah ayat. Ayat pula terbina daripada gabungan klausa dan frasa. Unsur frasa pula boleh dianalisis kepada morfem-morfem. Kesemua unit tersebut dinamakan sebagai unit tatabahasa. Secara umumnya tatabahasa bahasa Melayu terbahagi kepada dua bidang, iaitu morfologi dan sintaksis. Bidang bidang binaan perkataan adalah bidang morfologi, , manakala binaan ayat adalah bidang sintaksis. Hubungan antara kesemua unsur ini dapat dilihat melalui rajah di bawah.
Jadual 4.1: Unit Tatabahasa
UNIT TATABAHASA
2 SINTAKSIS
AYAT Dia pergi ke sekolah.
KLAUSA dia pergi ke sekolah
FRASA dia pergi ke sekolah
1 MORFOLOGI KATA dia pergi ke sekolah
4.1 KONSEP MORFOLOGI
Pernahkah anda mendengar istilah morfologi? Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan ilmu morfologi? Mungkin ramai di antara kita yang belum memahami konsep ilmu ini, tetapi sedarkah kita bahawa kita sentiasa menggunakan morfologi untuk bertutur, menulis, membaca atau untuk menyatakan perasaan kita. Jika anda masih kabur tentang ilmu morfologi, marilah kita meneliti beberapa definisi yang telah diberikan oleh beberapa tokoh bahasa. (a) Asmah Hj Omar (1993), menyatakan morfologi sebagai peninjauan linguistik yang
menitikberatkan hubungan antara morfem-morfem dan varian morfem. (b) John T. Jensen (1995), mendefinisikan morfologi sebagai kajian tentang struktur
dalaman perkataan.
M o r f o l o g i : P e m b e n t u k a n K a t a | 3
(c) Kamus Linguistik (1997), menjelaskan morfologi ialah cabang tatabahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata.
(d) Abdullah Hassan (2005), mentakrifkan morfologi sebagai bidang linguistik yang
mengkaji bagaimana perkataan dibina. Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk-bentuk perkataan yang dihasilkan.
(e) Nik Safiah Karim et al. (2008), menjelaskan morfologi sebagai bidang ilmu bahasa
yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Berdasarkan pendapat tokoh-tokoh di atas, ilmu morfologi ialah ilmu yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata. Pengkajian struktur, bentuk dan golongan kata adalah seperti berikut:
MORFOLOGI
1. Struktur kata
membesar (struktur betul) besarmem (struktur salah)
2. Bentuk kata
Jalan (bentuk tunggal) Berjalan (bentuk terbitan)
3. Golongan kata
Sedih (golongan kata adjektif) Menyedihkan (golongan kata kerja)
Rajah 4.2: Konsep Morfologi
Sebelum kita mempelajari ilmu morfologi dengan lebih mendalam, marilah kita meneliti terlebih dahulu beberapa konsep penting yang terdapat dalam ilmu morfologi ini. Dengan memahami beberapa konsep penting ini, ia akan memudahkan kita memahami ilmu morfologi dengan lebih mudah lagi. Berikut akan dijelaskan beberapa konsep utama dalam ilmu morfologi iaitu; (a) Struktur kata Struktur kata ialah susunan bunyi ujaran atau tulisan yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Perhatikan contoh di bawah: Contoh:-
pelaksanaan (struktur betul)
anlaksanape (struktur salah)
berasaskan (struktur betul)
M o r f o l o g i : P e m b e n t u k a n K a t a | 4
kanasasber (struktur salah)
Berdasarkan contoh di atas, kata pelaksanaan adalah bunyi ujaran atau ejaan yang berada dalam susunan atau struktur yang betul. Manakala, ejaan anlaksanape merupakan struktur yang salah dan tidak bermakna. (b) Bentuk Kata Bentuk kata ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau mengalami proses pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Contoh:-
jalan (bentuk tunggal)
berjalan (bentuk terbitan)
jalan-jalan (bentuk gandaan)
jalan mati (bentuk majmuk)
Berdasarkan contoh di atas, kata jalan tidak mengalami apa-apa perubahan dan bentuk yang tidak mengalami apa-apa perubahan ini dinamakan sebagai bentuk tunggal. Kata berjalan merupakan bentuk kata yang telah menerima imbuhan iaitu imbuhan ber-. Oleh itu, kata yang menerima apa-apa imbuhan dinamakan sebagai bentuk terbitan. Seterusnya, bentuk jalan-jalan adalah bentuk gandaan iaitu kata dasar digandakan bagi menunjukkan perubahan makna. Akhir sekali, kata jalan mati adalah gabungan dua kata iaitu jalan dan mati yang membawa satu makna yang baharu. Bentuk dua kata yang hadir serentak seperti jalan mati dinamakan sebagai bentuk majmuk. (c) Penggolongan kata Penggolongan kata merupakan penjenisan kata berasaskan fungsi tatabahasa. Tahukah anda bahawa dalam sesuatu bahasa itu terdapat beribu malahan jutaan kata. Semua kata tersebut perlulah dikelompokkan atau digolongkan dalam kategori tertentu. Dalam bahasa Melayu, terdapat empat golongan kata iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Contoh:-
Kata nama bumi, Ahmad, sekolah
Kata kerja tulis, menyanyi, bersalam
Kata adjektif cinta, marah, benci
M o r f o l o g i : P e m b e n t u k a n K a t a | 5
Kata tugas di, akan, sangat
Berdasarkan contoh di atas, perkataan bumi, Ahmad, sekolah adalah merujuk kepada nama-nama benda dan kesemua kata tersebut digolongkan sebagai kata nama. Perkataan tulis, menyanyi, bersalam merupakan kata yang merujuk kepada perbuatan dan kesemua perkataan tersebut digolongkan sebagai kata kerja. Seterusnya, kata cinta, marah, benci adalah kata yang merujuk kepada sifat. Oleh itu, kata tersebut digolongkan sebagai kata adjektif. Akhirnya ialah kata tugas iaitu kata yang berfungsi dalam ayat seperti di sekolah, akan hadir dan sangat pandai. Unit-Unit Morfologi Terdapat dua unit morfologi iaitu morfem dan kata. Kedua-dua unit ini saling melengkapi antara satu sama lain dan seterusnya menghasilkan ilmu morfologi yang sempurna. Berikut akan dijelaskan aspek morfem dan kata. a) MORFEM Apakah yang dimaksudkan dengan morfem? Menurut Asmah Hj. Omar (1993), morfem ialah unit nahu yang terkecil yang mempunyai makna dan terletak pada tingkat paling bawah dalam skala tetingkat nahu. Morfem boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu morfem bebas dan morfem terikat. i) Morfem Bebas Morfem bebas ialah morfem yang boleh berdiri dengan sendiri tanpa bantuan morfem lain dan mempunyai makna yang lengkap. Contoh:-
saya Semua kata tersebut boleh berdiri sendiri sebagai satu kata yang mempunyai makna
kamu kereta rumah
Morfem bebas tidak boleh lagi dipecahkan kepada bentuk yang lebih kecil. Misalnya, morfem bebas makan tidak boleh dipecahkan lagi menjadi ma atau kan. ii) Morfem Terikat Morfem terikat ialah morfem yang tidak boleh berdiri dengan sendiri sebagai kata tanpa bantuan morfem lain untuk berfungsi sebagai kata. Pada amnya morfem terikat dalam Bahasa Melayu terdiri daripada imbuhan.
M o r f o l o g i : P e m b e n t u k a n K a t a | 6
Contoh :
di-
Semua imbuhan tersebut tidak boleh berdiri sendiri sebagai satu kata yang lengkap
ter- ber- men- me-kan
{berjalan} --> {ber} ialah morfem terikat dan ia memerlukan {jalan} untuk membentuk kata {berjalan}
{jalan} --> ialah morfem bebas dan boleh berdiri sendiri sebagai kata tanpa
bantuan morfem lain. Selain imbuhan sebagai morfem terikat, terdapat juga bentuk-bentuk kata penuh yang dikategorikan sebagai morfem terikat. Bentuk kata penuh yang dikategorikan sebagai morfem terikat ialah kata yang tidak boleh berdiri sendiri untuk membawa makna yang lengkap. Contoh:-
Mayur (tiada makna) Sayur-mayur (ada makna)
Batan (tiada makna) Batu-batan (ada makna)
Pinak (tiada makna) Anak-pinak (ada makna)
Muih (tiada makna) Kuih-muih (ada makna)
AKTIVITI 4.1
Pada pendapat anda, adakah perkataan ‘bukau’ dalam ‘bukit-bukau’ boleh dikategorikan sebagai morfem terikat? Hujahkan.
M o r f o l o g i : P e m b e n t u k a n K a t a | 7
Jenis-Jenis Morfem Terikat Menurut Farid M. Onn et al. (2000), morfem terikat boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu morfem terikat satuan, morfem terikat terbahagi dan morfem terikat kompleks. Marilah kita bersama-sama meneliti ketiga-tiga jenis morfem terikat tersebut.
i) Morfem Terikat Satuan Morfem terikat satuan ialah bentuk morfem terikat yang kukuh dan tidak boleh dipisah-pisahkan bahagiannya. Morfem jenis ini terdiri daripada bentuk imbuhan awalan seperti ter-, me-, ber-, dan di-. Contoh penggunaannya ialah tersepak, berhimpun, memetik dan diajak. Selain bentuk imbuhan awalan, morfem jenis ini juga boleh terdiri daripada imbuhan akhiran seperti an- dan –kan. Contoh penggunaannya ialah bulatan dan binakan. Contoh lain seperti dalam jadual di bawah.
ter- tertidur, terdesak ber- berkasut, bersukan me- memasak, menarik di- diminta, disoal -an masakan, masukan -kan carikan, campurkan
Apabila kita menyebut perkataan di atas, kita tidak menyedari imbuhan awalan dan akhiran itu adalah bergandingan dengan kata dasarnya. Bagaimanapun, dalam penulisan, morfem terikat satuan ini tidak boleh ditulis terpisah daripada kata dasarnya. Contohnya, tertidur dan berhimpun tidak boleh ditulis begini: ter tidur/ ter-tidur dan ber kasut/ber-kasut. Maksudnya di sini ialah kata tidur itu mempunyai makna yang tersendiri, manakala kata tertidur juga mempunyai makna yang tersendiri.
ii) Morfem Terikat Terbahagi Morfem terikat terbahagi ialah morfem terikat yang strukturnya dipisahkan atau dibahagikan oleh tersisipnya kata dasar di antaranya. Contohnya, ke-...-an, per-...-an, men-...-kan dan ber-...-kan. Contoh perkataan yang menggunakan morfem terikat terbahagi ialah kesakitan, pelarian, menjalankan dan berkaitan. Berdasarkan contoh di atas, perkataan sakit, lari, jalan dan kait merupakan kata dasar yang diapit oleh imbuhan apitan yang menepati sistem fonologi dan kehadiran imbuhan tersebut adalah serentak, iaitu pada kedudukan sebelum dan selepas kata dasar tersebut. ke-...-an kerajaan, keselesaan pe-...-an pemalsuan, pelaburan
M o r f o l o g i : P e m b e n t u k a n K a t a | 8
men-...-kan menjelaskan, menjadikan ber-...-kan beralaskan, berbantalkan
iii) Morfem Terikat Kompleks Morfem terikat kompleks merupakan gabungan dua morfem terikat atau lebih. Dalam bahasa Melayu, penggunaan morfem terikat kompleks melibatkan penggabungan morfem terikat yang hanya berlaku pada awalan sahaja atau pada awalan dan akhiran. Sila teliti contoh di bawah ini.
a) diper-...kan diperdengarkan, dipersoalkan b) diper-...i diperingati, diperhambai c) memper-...kan memperbesarkan, memperjuangkan d) memper-...i memperingati, memperhambai
Dalam contoh (a) dan (b) morfem terikat di- dan per- telah digabungkan pada kedudukan sebelum kata dasarnya dan seterusnya diikuti oleh satu lagi morfem terikat pada kedudukan selepas kata dasar tersebut iaitu –kan dan –i. Manakala dalam contoh (c) dan (d), kita dapati dua morfem terikat terlibat iaitu mem- dan per- yang telah digabungkan pada kedudukan sebelum kata dasar. Contohnya, memperbesarkan dan memperingati. Manakala morfem terikat selepas kata dasar tersebut ialah –kan dan –i. Justeru, anda harus ingat bahawa dalam penggunaan perkataan yang terdiri daripada morfem terikat kompleks ini, kesemua morfem terikat yang terlibat (sebelum dan selepas kata dasar) haruslah digunakan serentak.
4.2 PROSES PEMBENTUKAN KATA Pada amnya, perkataan bahasa Melayu terhasil melalui empat proses iaitu proses tunggal (kata tunggal), proses pengimbuhan (kata terbitan), proses pemajmukan (kata majmuk), dan proses penggandaan (kata ganda).
Rajah 4.3: Pembentukan Kata Bahasa Melayu
Kata Tunggal Kata Majmuk Kata Terbitan Kata Ganda
PEMBENTUKAN KATA
M o r f o l o g i : P e m b e n t u k a n K a t a | 9
Berdasarkan rajah di atas, perkataan bahasa Melayu dapat dihasilkan melalui empat proses pembentukan kata. Setiap proses akan menghasilkan kata yang berbeza. Sebahagian besar perkataan bahasa Melayu terhasil melalui proses terbitan iaitu kata dasar menerima imbuhan untuk membezakan makna kata. Menurut Nik Safiah Karim et al. (2009), bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa di dunia yang tergolong ke dalam jenis bahasa aglutinatif atau bahasa yang bersifat derivatif. Jenis bahasa yang sedemikian membentuk kebanyakan perkataannya melalui proses pengimbuhan atau penggabungan morfem kata dasar dengan morfem imbuhan secara rentetan mendatar, iaitu imbuhan digabungkan serentak dengan kata dasar, sama ada mendahului (awalan), menyisip (sisipan) atau mengikuti (akhiran) kata dasar tersebut. Selain menghasilkan perkataan melalui proses pengimbuhan, perkataan bahasa Melayu juga boleh terhasil melalui proses pemajmukan dan penggandaan. Melalui proses pemajmukan, makna-makna baharu kata dapat dihasilkan khususnya bagi menjelaskan sesuatu konsep. Misalnya, dua kata iaitu meja dan makan dapat menghasilkan satu konsep baharu iaitu meja makan. Melalui proses penggandaan pula, makna jamak atau banyak dapat dihasilkan bagi sesuatu perkataan.
AKTIVITI 4.2
Berdasarkan petikan di bawah, sila kenal pasti bentuk-bentuk kata yang digunakan.
MELAKA: Kerajaan menetapkan sasaran untuk meletakkan kedudukan Malaysia sebagai antara 10 negara paling selamat di dunia, mengatasi negara maju lain termasuk Singapura dan Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh beberapa tahun akan datang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, sasaran itu mampu dicapai menerusi pelbagai usaha dilakukan termasuk Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi mengurangkan kadar jenayah dan peningkatan kawalan keselamatan.
“Satu hari dalam tempoh tidak lama lagi, saya percaya kita boleh mempertingkatkan kedudukan Malaysia lebih baik lagi iaitu antara 10 terbaik di dunia,” katanya selepas melancarkan Bulan Pencegahan Jenayah Kebangsaan 2011 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC)
(Sumber: Berita Harian, 24 Julai 2011)
M o r f o l o g i : P e m b e n t u k a n K a t a | 10
4.2.1 Bentuk Kata Tunggal
Pada bahagian ini, anda akan mempelajari proses pembentukan kata tunggal bahasa Melayu. Diharap anda akan memahami proses bagaimana kata tunggal bahasa Melayu itu dihasilkan. Definisi Kata Tunggal Bentuk kata tunggal ialah bentuk kata yang berdiri sendiri tanpa menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan pemajmukan.
Menurut Tatabahasa Dewan, terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal, iaitu kata tunggal yang mengandungi hanya satu suku kata dan kata tunggal yang mengandungi dua suku kata atau lebih. Jika dilihat dari segi penyukuan kata, perkataan boleh mengandungi satu suku kata atau beberapa suku kata.
Sesuatu suku kata boleh terdiri daripada satu vokal (V) sahaja, satu vokal disertai satu konsonan (K), atau satu vokal dengan beberapa konsonan. Konsonan-konsonan itu hadir di hadapan atau di belakang vokal atau serentak dihadapan dan di belakang. Ada konsonan yang boleh hadir secara bergugus (KK).
Dalam bahasa Melayu, proses pembentukan kata tunggal boleh dilihat melalui pola vokal dan konsonan dalam sesuatu kata. Pembentukan kata tunggal terhasil melalui gabungan vokal dan konsonan yang akan dijelaskan seperti berikut: (a) Kata Tunggal Satu Suku Kata
Berdasarkan penelitian terhadap Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), jumlah keseluruhan kata tunggal dengan satu suku kata dalam bahasa Melayu sangat terhad, iaitu antara 500-1000 kata sahaja. Kebanyakan perkataan tersebut merupakan kata pinjaman daripada bahasa-bahasa asing, terutamanya bahasa Arab, bahasa Inggeris, dan bahasa Jawa. Pola pembentukan kata tunggal bahasa Melayu dengan satu suku kata adalah seperti berikut: 1. KV (ya, yu) 2. VK (am) 3. KVK (tin, sen) 4. KKVK (gred, graf) 5. KVKK (golf, bank) 6. KKKV (skru)
M o r f o l o g i : P e m b e n t u k a n K a t a | 11
7. KKKVK (skrip)
(b) Kata Tunggal Dua Suku Kata
Terdapat banyak perkataan bahasa Melayu yang terdiri daripada dua suku kata. Antara pola-pola kata tunggal dengan suku kata adalah seperti yang berikut:
1. V + KV (ini, apa) 2. V + VK (air, aur) 3. V + KVK (alas, ulat) 4. VK + KV (asli, anda) 5. VK + KVK (indah, umbut) 6. KV + V (dia, doa) 7. KV + VK (luas, laut) 8. KV + KV (bata, kata) 9. KV + KVK (kapak, telus) 10. KVK + KV (bantu, serta) 11. KVK + KVK (jemput, sandar)
(c) Kata Tunggal Tiga Suku Kata
Dibandingkan dengan kata tunggal dua suku kata, jumlah kata tunggal dengan tiga suku kata agak kecil. Namun demikian pola-pola susunan konsonan-vokalnya agak banyak. Jika diperhatikan perkataan-perkataan tiga suku kata ini banyak daripadanya ialah kata-kata pinjaman (Nik Safiah Karim et al. 2009). Antara pola-polanya:
1. KV + V + KV (suara, tiada) 2. KV + V + KVK (kaedah, ziarah) 3. V + KV + V (idea, asia) 4. KV + KV + V (peria, petai) 5. KVK + KV + V (pantai, santai) 6. KV + KV + VK (keluar, seluar)
AKTIVITI 4.3
Berdasarkan pola di atas, sila hasilkan perkataan yang mempunyai satu suku kata sahaja.
M o r f o l o g i : P e m b e n t u k a n K a t a | 12
7. KVK + KV + VK (berlian, tempias) 8. V + KV + KV (usaha, azali) 9. V + KV + KVK (alamat, akibat) 10. VK + KV + KV (asmara, antara) 11. KV + KV + KV (budaya, sutera) 12. KVK + KV + KV (kembara, misteri) 13. VK + KV + VK (ilmiah, ikhtiar) 14. V + KV + VK (akaun, amaun) 15. KV + KV + KVK (selaput, kelawar) 16. KVK + KV + KVK (mahkamah, sembilan) 17. KV + KVK + KV (terumbu, kelambu) 18. KVK + KVK + KV (sempurna) 19. KV + KVK + KVK (kelompok, pelantar)
(d) Kata Tunggal Empat Suku Kata dan Lebih
Terdapat sebilangan kecil kata tunggal yang terdiri daripada empat suku kata dan lebih. Kebanyakan perkataan ini ialah kata pinjaman. Antara contoh-contohnya: 1. KVK + KV + VK + KV (biduanda, keluarga) 2. KV + KVK + KV + KV (bijaksana, peristiwa) 3. KVK + KV + KV + KV (bendahari, sandiwara) 4. KVK + KV + V + KV (sentiasa) 5. KV + KV + KV + KV (samudera, selesema) 6. KV + KV + KV + KVK (muzakarah, kapitalis) 7. KVK + KV + KV + KVK (sentimeter) 8. KVK + KVK + KV + KV (dispensari, singgahsana) 9. KV + KV + V + KVK (mesyuarat, nasional) 10. V + KV + KVK + KV + KV (universiti)
11. KVK + KV + KV + KV + KVK (kosmopolitan) 12. KV + KV + KV + KV + KV + KV (maharajalela)
M o r f o l o g i : P e m b e n t u k a n K a t a | 13
(e) Proses Pengakroniman Selain penghasilan kata tunggal melalui proses pembentukan pola KV, kata tunggal bahasa Melayu juga dapat dihasilkan melalui proses pengakroniman. Dengan perkataan lain, kata akronim adalah sejenis kata tunggal. Menurut Farid M. Onn (2000), proses pengakroniman berlaku melalui pencantuman bunyi-bunyi pertama dalam sejumlah perkataan, atau pencantuman bahagian-bahagian daripada beberapa perkataan untuk membentuk satu perkataan baharu. Proses pengakroniman banyak berlaku dalam bahasa Melayu, bahasa Indonesia dan bahasa-bahasa lain seperti bahasa Inggeris. Tahukah anda bahawa dalam bahasa Melayu, kata akronim terhasil melalui tiga cara. Penghasilan kata akronim bergantung pada cara pembentukan akronim tersebut. Proses penghasilan kata akronim adalah seperti berikut:
AKTIVITI 4.4
Berdasarkan petikan di bawah, sila kenal pasti pola KV bagi setiap perkataan tersebut. Adakah semua perkataan tersebut mematuhi pola KV bahasa Melayu yang telah anda pelajari? JOHOR BAHRU: Kes membabitkan pembelian telefon bimbit dan rasa tidak puas hati pembeli selain aduan kurang senang dengan perkhidmatan rawatan disediakan pusat kecantikan paling banyak diadukan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di seluruh negara sepanjang enam bulan pertama tahun ini. TTPM menerima 5,392 kes difailkan pengguna di seluruh negara sepanjang enam bulan pertama tahun ini, iaitu peningkatan hampir 100 peratus berbanding hanya 2,699 kes bagi tempoh sama tahun lalu.
(Sumber: http://www.bharian.com.my 24 Julai 2011)
M o r f o l o g i : P e m b e n t u k a n K a t a | 14
i) Gabungan Huruf Awal. Akronim yang terhasil daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan. Kesemua huruf yang disingkatkan itu ditulis dengan huruf besar, jika merujuk kepada kata nama khas. Contohnya:
IKIM ADUN ABIM MAIS PLUS
(Institut Kefahaman Islam Malaysia) (Ahli Dewan Undangan Negeri) (Angkatan Belia Islam Malaysia) (Majlis Agama Islam Selangor) (Projek Lebuh Raya Utara Selatan)
ii) Gabungan Suku Kata (Kata Nama Am)
Akronim yang terbentuk daripada gabungan suku kata yang ditulis dengan huruf kecil, kecuali nama khas. Contohnya:
purata tadika kugiran cerpen pawagam
(pukul rata) (taman didikan kanak-kanak) (kumpulan gitar rancak) (cerita pendek) (panggung wayang gambar)
iii) Gabungan Suku Kata (Kata Nama Khas) Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal atau suku kata yang terdiri daripada kata nama khas. Kata itu perlu ditulis bermula dengan huruf besar. Contohnya:
Bernama Intan Petronas
(Berita Nasional Malaysia) (Institut Tadbir Awam Negara) (Petroleum Nasional)
Perbezaan antara Kata Akronim dengan Singkatan. Kata akronim merupakan bentuk kata tersendiri dan dapat disebut seperti perkataan lain dalam bahasa. Singkatan pula hanya bentuk kependekan sesuatu perkataan dan cara menyebutnya ialah dengan menyebut tiap-tiap huruf yang ada. Sebagai contoh ialah K.L. (kependekan bagi nama tempat, iaitu Kuala Lumpur), dan Y.B. (kependekan bagi “Yang Berhormat”), satu gelaran seperti juga “Sh.” bagi "Sharifah dan “Tg.” bagi “Tengku”. Kesemua ini merupakan kata nama khas, dieja dengan huruf besar pada huruf pertama.
M o r f o l o g i : P e m b e n t u k a n K a t a | 15
Terdapat juga singkatan yang bukan kata nama khas, maka ejaannya dengan huruf biasa, misalnya „ttg.‟ untuk „tentang‟, „yg.‟ untuk „yang‟ dan „dll.‟ untuk 'dan lain-lain‟. Kesemua ini bukan kata akronim, sebaliknya merupakan bentuk singkatan. Perhatikan bahawa singkatan memerlukan titik, untuk menunjukkan ciri singkatan tersebut. Oleh itu, tidak tepat, misalnya jika ditulis “YB” atau “ttg” iaitu tanpa titik. 4.2.2 Bentuk Kata Terbitan Menurut Nik Safiah Karim et al. (2009), kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan. Imbuhan terdiri daripada morfem terikat sementara kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Hanya segelintir kata dasar sahaja merupakan morfem terikat yang disebut akar. Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat, iaitu harus diimbuhkan pada bentuk yang lain yang merupakan kata dasar. Berdasarkan kedudukannya pada kata dasar, imbuhan dapat dibahagikan kepada empat jenis, iaitu: Contoh:-
a) Imbuhan Awalan Memasak, terjatuh, diambil
b) Imbuhan Akhiran Bantuan, besarkan, duduki
c) Imbuhan Apitan Menyalahkan, meratapi
d) Imbuhan Sisipan Gerigi, selerak, seruling
(a) Imbuhan Awalan Imbuhan awalan ialah imbuhan yang hadir pada awal kata dasar. Imbuhan awalan dapat dihasilkan bersama-sama kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan seperti yang disenaraikan berikut:
(i) awalan kata nama (ii) awalan kata kerja (iii) awalan kata adjektif
Contohnya:
M o r f o l o g i : P e m b e n t u k a n K a t a | 16
(i) Awalan kata nama
Pe- Pem- Pen- Peng- Penge- Pel- Per- Pe- Ke- Juru- Maha- Tata- Pra- Sub- Supra- Eka- Dwi-
(penulis, perakus, penyapu) (pemberi, pembuat, pembuka) (pendamai, pendua, penderma) (penggosok, penggubal, pengguna) (pengecat, pengetin, pengelap) (pelajar, pelbagai) (perasap, perbara, pertapa) (pesara, pesakit, petani) (ketua, kelipat, kelepek) (jurutera, juruwang, juruterbang) (mahasiswa, mahaguru, maharaja) (tatanegara, tatabahasa, tatacara) (prasekolah, prakata, prasangka) (subkelas, subsistem, substandard) (suprakelas, supranasional, suprasegmental) (ekabahasa, ekawarna, ekasamping) (dwibahasa, dwifungsi, dwilambang)
(ii) Awalan kata kerja
Me- Mem- Men- Meng- Menge- Memper- Ber- Be- Bel- Ter-
Di- Diper-
(melawan, menyikat, merasa) (membawa, membilang, memfitnah) (mendaki, mendakwa, mentadbir) (menggali, menggiling, mengikut, mengajar) (mengecat, mengekod, mengetut) (memperisteri, memperhamba, memperluas) (berjalan, berganti, berserta) (beraja, berasa, berupa) (belajar, belunjur) (terjebak, terbentuk, terjerlus)
(diatur, ditimbang, disusun) (diperisteri, dipercepat, diperoleh)
(iii) Awalan kata adjektif
Ter- (terbesar, terputih, terjernih)
M o r f o l o g i : P e m b e n t u k a n K a t a | 17
Te- Se-
(teruncing, terendah, teringan) (secantik, secerah, setebal)
(b) Imbuhan Akhiran Imbuhan akhiran ialah imbuhan yang hadir pada akhir kata dasar. Imbuhan akhiran dalam bahasa Melayu hanya dapat wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan sahaja seperti yang berikut:
(i) akhiran kata nama (ii) akhiran kata kerja
Contohnya:
(i) Akhiran kata nama
-an -wan -man -wati -isme -in -at -ah
(pakaian, jahitan, mainan) (sasterawan, angkasawan, usahawan) (budiman, seniman) (seniwati) (nasionalisme, sosialisme, komunisme) (hadirin, muslimin) (hadirat, muslimat) (ustazah, sultanah)
LATIHAN 4.1
Berdasarkan petikan di bawah, sila kenal pasti penggunaan imbuhan awalan. KIDZANIA Kuala Lumpur (KidZania), taman tema berunsur pendidikan yang akan dibuka kepada pengunjung pada suku keempat tahun ini, disasarkan mampu menerima kehadiran sehingga 500,000 pengunjung setahun susulan kedudukannya di lokasi strategik yang menjadi tumpuan ramai. KidZania yang dibina di pusat membeli-belah The Curve, di Petaling Jaya itu juga adalah satu-satunya taman tema berunsur pendidikan di Malaysia setakat ini.
(Sumber: Berita Harian 1 Mac 2011)
M o r f o l o g i : P e m b e n t u k a n K a t a | 18
(ii) Akhiran kata kerja
-kan -i
(buatkan, gunakan, besarkan, tinggikan) (turuti, duduki, berkati, dekati)
(c) Imbuhan Apitan Imbuhan apitan ialah imbuhan yang hadir serentak di hadapan dan belakang kata dasar. Imbuhan apitan wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan. Imbuhan apitan juga dikenali sebagai imbuhan terbahagi atau imbuhan lingkungan. Jenis imbuhan apitan seperti yang disenaraikan berikut:
(i) apitan kata nama (ii) apitan kata kerja (iii) apitan kata adjektif
contohnya:
(i) Apitan kata nama
Pe-...-an Pem-...-an Pen-...-an Peng-...-an Penge-...-an Pe-...-an Per-...-an Ke-...-an
(pelaksanaan, perasaan, penyiaran) (pembuatan, pembinaan, pemfitnahan) (pentakrifan, pendapatan, pencarian) (penggunaan, pengguguran, pengkhayalan) (pengehadan, pengesahan, pengesyoran) (persisiran, peperangan, perkarangan) (persalinan, perkuburan, permainan) (kelainan, kelebihan, kedukaan)
(ii) Apitan kata kerja
Me-...-kan Men-...-kan Mem-...-kan
Meng-...-kan
(memainkan, melukakan, menakutkan) (mendermakan, mentakrifkan, menzarahkan) (membaharukan, membaikkan, memvetokan) (menggunakan, menggandakan, menghairankan)
Menge-...-kan Ber-...-kan Ber-...-an Di-...-an
(mengepinkan, mengecamkan) (beralaskan, berlaukkan, berbajukan) (berlanjutan, bermaafan, berjauhan) (dibiarkan, digunakan, dibaringkan)
M o r f o l o g i : P e m b e n t u k a n K a t a | 19
Me-...-i Men-...-i Mem-...-i Meng-....-i Di-...-i Diper-...-kan Diper-....-i Memper-...-kan Memper-...-i Ke-...-an
(melalui, memasuki, menyedari) (mencurigai , mendendami, menziarahi) (membaharui, membohongi, mempercayai) (menganggotai, menggauli, mengairi) (didekati, dimulai, diadili) (diperdengarkan, diperlihatkan, diperbahaskan) (diperingati) (memperdengarkan, memperlihatkan) (memperingati) (kehujanan, kehausan, kepanasan)
(iii) Apitan kata adjektif
Ke-...-an
(keinggerisan, kearaban, kecinaan)
(d) Imbuhan Sisipan Imbuhan sisipan ialah imbuhan yang hadir secara menyisip dalam sesuatu kata dasar. Bentuk sisipan tidak produktif lagi dalam pembentukan kata terbitan dengan maksud kata terbitan baharu tidak lagi dibentuk dengan sisipan. Bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku dalam kata terbitan tertentu dan tidak dapat hadir dalam perkataan-perkataan yang lain kecuali dalam beberapa istilah yang baru dicipta.
Sisipan bahasa Melayu dapat wujud dalam: (i) kata nama (ii) kata adjektif
Contohnya: (i) Sisipan kata nama
-el- -er-
(kelengkeng, telunjuk, kelabut) (keruping, seruling, serabut)
(ii) Sisipan kata adjektif
-el- -er- -em-
(kelebak, selerak, gelembung) (serabut, gerigi) (gemilang, semerbak, gemerlap)
M o r f o l o g i : P e m b e n t u k a n K a t a | 20
-in-
(sinambung)
Perkataan Jenis Imbuhan
menceritakan
rintangan
diakui
menggembleng
membantu
kerajaan Memahami Hukum PTKS
Hukum PTKS Contoh P → M Pukul = Memukul T → N Tulis = Menulis K → NG Kumpul = Mengumpul S → NY Suci = Menyuci
Nota: Tidak semua kata dasar yang bermula dengan huruf p,t,k,s boleh bertukar menjadi m, n, ng, ny apabila menerima imbuhan meN- atau peN-. Misalnya, kata pinjaman seperti sistem atau struktur tidak akan menjadi menyistem (yang betul mensistemkan) atau menyutrukturkan (yang betul menstrukturkan). Selain itu, kata menyintai adalah bentuk yang salah, yang sepatutnya ialah mencintai kerana huruf c tidak akan bertukar menjadi ny. 4.2.3 Bentuk Kata Majmuk
Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak
LATIHAN 4.2
Berdasarkan jadual di bawah, sila tentukan jenis imbuhan yang digunakan.
M o r f o l o g i : P e m b e n t u k a n K a t a | 21
sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain, misalnya pasar untuk raya. Dalam bahasa Melayu, bentuk kata majmuk boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:
(i) Rangkaian Kata Bebas contohnya:
pasar raya nasi ayam terima kasih bandar raya tengah malam hijau muda bahan bakar
Kata atau nama gelaran juga termasuk di bawah kata majmuk rangkaian kata bebas, contohnya:
Ketua Menteri Profesor Madya Guru Kanan Timbalan Ketua Pengarah Setiausaha Kementerian
(ii) Istilah Khusus
contohnya:
papan kekunci reka bentuk pengajaran lut sinar hak milik kekal pita suara
(iii) Simpulan Bahasa
contohnya:
telinga kuali hati batu
M o r f o l o g i : P e m b e n t u k a n K a t a | 22
buaya darat lepas tangan harga mati
(iv) Bentuk yang Telah Mantap
Kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut mengandungi dua kata dasar, akan dieja sebagai satu perkataan sahaja. Terdapat 33 kata majmuk yang dieja rapat, contohnya:
Matahari Setiausaha Sukarela Suruhanjaya Tandatangan Tanggungjawab Antarabangsa Olahraga Warganegara Pesuruhjaya Beritahu Bumiputra Jawatankuasa Kakitangan Kerjasama Peribadi Peribahasa
Haribulan Dinihari Perikemanusiaan Sukacita Dukacita Kepada Daripada Apabila Manakala Padahal Darihal Barangkali Kadangkala Apakala Walhal Bagaimana
Penggandaan kata majmuk Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja. Contohnya:
Kapal-kapal angkasa Pembantu-pembantu Am Pegawai-pegawai Khas Garis-garis pusat Alat-alat lukis Perpustakaan-perpustakaan Negeri
M o r f o l o g i : P e m b e n t u k a n K a t a | 23
Satu kecualian ialah penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap, penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur. Contohnya:
Jawatankuasa-jawatankuasa Setiausaha-setiausaha Pesuruhjaya-pesuruhjaya Warganegara-warganegara Tandatangan-tandatangan
Pengimbuhan kata majmuk
(i) Jika kata majmuk menerima imbuhan awalan atau akhiran sahaja, perlu dieja terpisah. Contohnya:
anak tiri ubah suai campur aduk litar selari ambil alih temu bual daya tahan
daya saing
dianak tiri diubah suai bercampur aduk berlitar selari mengambil alih ditemu bual berdaya tahan
berdaya saing
(ii) Jika kata majmuk menerima imbuhan apitan, perlu dieja rapat. Contohnya:
campur aduk daya serap garis pusat satu padu urus niaga
mencampuradukkan berdayaserapan menggarispusatkan menyatupadukan diurusniagakan
M o r f o l o g i : P e m b e n t u k a n K a t a | 24
4.2.3 Bentuk Kata Majmuk
Dalam bahasa Melayu, proses penggandaan ialah proses menggandakan kata dasar. Tujuan utama proses penggandaan ialah untuk menghasilkan maksud jamak. Misalnya buku (sebuah buku) digandakan menjadi buku-buku akan menghasilkan maksud banyak buah buku). Bagaimanapun, terdapat kata ganda yang tidak membawa makna jamak seperti rama-rama, labah-labah, anai-anai dan sebagainya yang hanya merujuk pada seekor rama-rama atau seekor labah-labah sahaja. Terdapat empat bentuk penggandaan, iaitu: (a) Penggandaan penuh Pembentukan kata ganda penuh terhasil melalui proses menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak.
AKTIVITI 4.5
Berdasarkan petikan di bawah, sila kenal pasti bentuk kata majmuk yang digunakan.
Pengguna tidak akan berhadapan dengan imej paparan yang muncul pada skrin
terhasil hanya pada bahagian tengah dan memanjang serta kemunculan jalur hitam di
bahagian atas dan bawah semasa menonton drama melalui cakera keras ataupun
cakera video digital (DVD). Ini bermakna, pengguna berpeluang untuk menikmati
pandangan paparan secara penuh pada seluruh skrin monitor.
(Sumber: Utusan Malaysia 6 Oktober 2008)
Penggandaan
Penuh Separa Berimbuhan Berentak
M o r f o l o g i : P e m b e n t u k a n K a t a | 25
Penggandaan penuh yang terjadi pada kata dasar yang tidak ada imbuhan menggandakan seluruh kata dasar. Contohnya:
Bas-bas Kecil-kecil Kerusi-kerusi Baik-baik Jalan-jalan
Kata nama yang mengandungi imbuhan juga boleh digandakan sepenuhnya, iaitu termasuk imbuhan sekali. Contohnya:
Pentadbir-pentadbir Persatuan-persatuan Pemeriksa-pemeriksa Kehendak-kehendak Kejohanan-kejohanan
(b) Penggandaan separa Pembentukan kata ganda separa terhasil melalui proses menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Penggandaan separa boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar. Penghasilan kata ganda separa lazimnya melibatkan dua proses utama iaitu pengguguran suku kata dan proses pelemahan vokal, misalnya a→e, i→e, dan o→e. Contohnya:
Bola Daun Laki Jari Siku
bobola dadaun lalaki jajari sisiku
bebola dedaun
lelaki jejari sesiku
(c) Penggandaan berentak Pembentukan kata ganda berentak terhasil memalui proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan perubahan dan pengulangan bunyi-bunyi demikian, maka penggandaan berentak boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:
(i) penggandaan berentak pengulangan vokal
M o r f o l o g i : P e m b e n t u k a n K a t a | 26
(ii) penggandaan berentak pengulangan konsonan (iii) penggandaan berentak bebas
(i) Penggandaan berentak pengulangan vokal ialah penggandaan yang
mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi vokal tertentu, iaitu terdapat ciri-ciri keharmonian vokal. Contohnya:
Hiruk-pikuk Gotong-royong Cerai-berai Tungkus-lumus Hingar-bingar
(ii) Penggandaan berentak pengulangan konsonan pula ialah penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi konsonan tertentu. Contohnya:
Mandi-manda Bolak-balik Batu-batan Gunung-ganang Bukit-bukau
(iii) Penggandaan berentak bebas ialah penggandaan yang tidak mengandungi ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau konsonan. Contohnya:
Anak-pinak Saudara-mara Lintang-pukang Titik-bengik
(d) Penggandaan Berimbuhan Pembentukan kata ganda berimbuhan terhasil melalui proses menggandakan sesuatu kata dasar yang menerima apa-apa bentuk imbuhan. Biasanya, penggandaan ini berlaku pada golongan kata kerja dan kata adjektif. Proses penggandaan boleh berlaku pada bahagiaan hadapan atau belakang kata dasar. Pengandaan berimbuhan tidak boleh disamakan dengan kata ganda separa kerana kedua-dua penggandaan tersebut terhasil melalui proses morfologi yang berbeza.
M o r f o l o g i : P e m b e n t u k a n K a t a | 27
Contohnya:
Mencari-cari Berturut-turut Sepandai-pandai Kejar-mengejar Bantu-membantu
PERKATAAN Jenis Gandaan
Komputer-komputer
rerambut
Labi-labi
Mudah-mudahan
Biri-biri
Saudara-mara
Sahabat-handai
RUMUSAN
Bentuk kata tunggal ialah bentuk kata yang berdiri sendiri tanpa tidak menerima sebarang imbuhan.
Pengakroniman berlaku melalui pencantuman bunyi-bunyi pertama dalam
sejumlah perkataan, atau pencantuman bahagian-bahagian.
Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat.
AKTIVITI 4.6 Berdasarkan jadual di bawah, sila tentukan jenis kata ganda bagi setiap perkataan tersebut.
M o r f o l o g i : P e m b e n t u k a n K a t a | 28
Imbuhan awalan ialah imbuhan yang hadir pada awal kata dasar.
Imbuhan akhiran ialah imbuhan yang hadir pada akhir kata dasar.
Imbuhan apitan ialah imbuhan yang hadir serentak di hadapan dan belakang kata dasar.
Imbuhan sisipan ialah imbuhan yang hadir secara menyisip dalam sesuatu kata dasar.
Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu.
Proses penggandaan ialah proses menggandakan kata dasar
KATA KUNCI
1. Morfologi 5. Penggandaan 2. Bentuk Kata 6. Pengakroniman 3. Pengimbuhan 4. Pemajmukan
PENILAIAN KENDIRI
1. Bandingkan bidang ilmu morfologi dan sintaksis. 2. Bincangkan kepentingan kajian struktur kata. 3. Tunjukkan jenis-jenis kata akronim yang digunakan dalam pelbagai bidang. 4. Bincangkan fungsi kata ganda dalam bahasa Melayu.
RUJUKAN Abdullah Hassan. (2005). Linguistik am. Bentong: PTS Profesional.
Abdullah Hassan. (2007). Morfologi. Bentong: PTS Profesional.
Asmah Hj Omar. (1993). Nahu Melayu mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Farid M. Onn et al. (2000). Morfologi dan sintaksis. Bangi: Pusat Pangajian Jarak Jauh UKM.
M o r f o l o g i : P e m b e n t u k a n K a t a | 29
Mohd Ra’in Shaari, Alias Mohd Yatim & Abdullah Yusof. (2009).
Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka
Salam Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim et al. (2009). Tatabahasa Dewan edisi baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Morfologi: Penggolongan Kata| 1
UNIT 5
MORFOLOGI:
PENGGOLONGAN KATA
HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. menjelaskan konsep penggolongan kata; 2. menerangkan jenis-jenis kata nama; 3. menerangkan jenis-jenis kata kerja; dan 4. menerangkan jenis-jenis kata adjektif dan kata tugas.
Bagaimanakah
perkataan bahasa
Melayu digolongkan?
Morfologi: Penggolongan Kata| 2
5.0 PENGENALAN
Tahukah anda bahawa semua perkataan bahasa Melayu yang terbentuk sama ada melalui proses tunggal (termasuk pengakroniman), pengimbuhan, pemajmukan atau penggandaan, boleh digolongkan dalam beberapa golongan kata yang mempunyai persamaan yang tertentu. Menurut Nik Safiah Karim et al. (2009), perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan dalam beberapa golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria, misalnya kriteria struktur fonologi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis, dan kriteria semantik.
Lazimnya, perkataan digolongkan berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik kerana penggolongan yang sedemikian didapati lebih selaras dengan status perkataan sebagai satu bentuk bebas yang menjadi unsur dalam binaan tatabahasa. Istilah penggolongan kata boleh juga merujuk kepada istilah kelas kata, kategori kata atau jenis kata.
Nik Safiah Karim et al. (2009), telah menggolongkan perkataan kepada empat golongan utama iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Berikut ialah penggolongan kata berdasarkan Tatabahasa Dewan:
1. Kata Nama
a. Kata nama khas b. Kata nama am c. Kata ganti nama: kata ganti nama am , kata ganti nama gelaran, kata
ganti nama arah
2. Kata Kerja
a. Kata kerja transitif b. Kata kerja tidak transitif
3. Kata Adjektif
a. Kata adjektif sifatan b. Kata adjektif warna c. Kata adjektif ukuran d. Kata adjektif bentuk e. Kata adjektif waktu
Morfologi: Penggolongan Kata| 3
f. Kata adjektif cara g. Kata adjektif perasaan h. Kata adjektif jarak i. Kata adjektif pancaindera, iaitu untuk indera rasa, pandang, dengar, bau dan sentuh.
4. Kata Tugas
a. Kata hubung b. Kata seru c. Kata tanya d. Kata perintah e. Kata pangkal ayat f. Kata bantu g. Kata penguat h. Kata penegas i. Kata nafi j. Kata pemeri k. Kata sendi nama atau kata sendi l. Kata pembenar m. Kata bilangan n. Kata arah o. Kata adverba p. Kata pembenda q. Kata penekan
5.1 KATA NAMA Menurut Nik Safiah Karim et al. (2009), golongan kata nama bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu (i) kata nama am, (ii) kata nama khas, dan (iii) kata ganti nama. Rajah yang berikut ini menunjukkan penggolongan kata nama:
Kata Nama
Kata nama am
Kata nama khas
Kata ganti nama
Morfologi: Penggolongan Kata| 4
5.1.1 Kata Nama Am Menurut Tatabahasa Dewan (2009), kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya.
Kata nama am Contoh
Benda alam, dunia, cakerawala, pohon, orang
Perkara iklim, cahaya, roh, udara, hisapan
Konsep kedamaian, perpindahan, keadilan
benda perkara konsep
Kata Nama Am
AKTIVITI 5.1
Berdasarkan petikan di bawah, sila kenal pasti kata nama am hidup manusia.
CARTAGENA (Sepanyol): Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bercadang menubuhkan sebuah pusat latihan kapal selam di pangkalannya di Teluk Sepanggar, Sabah yang akan menempatkan dua kapal selam jenis Scorpene. "Kita akan menjalankan latihan di negara sendiri, dan kita memperoleh alat simulator bagi melatih warga kapal selam," kata Panglima TLDM, Laksamana Datuk Abdul Aziz Jaafar kepada pemberita Malaysia pada raptai pelancaran kapal selam kedua jenis Scorpene di limbungan Navantia di sini, kelmarin.
Seramai 142 pegawai dan anggota TLDM menjalani latihan di Perancis untuk mengendalikan kedua-dua kapal selam TLDM itu.
(Sumber: Berita Harian 7 Oktober 2008)
Morfologi: Penggolongan Kata| 5
5.1.2 Kata Nama Khas Menurut Nik Safiah Karim et al. (2009), kata nama khas ialah bentuk kata yang merujuk khusus orang, empat, atau benda. Contohnya:
Kuala Lumpur, Ahmad, Masjid Negara.
Jenis-Jenis Kata Nama Khas Menurut Tatabahasa Dewan (2009), kata nama khas membawa makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Kata nama khas boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula boleh dibahagikan lagi kepada kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia. Pembahagian kata nama khas demikian boleh ditunjukkan melalui rajah yang berikut:
a) Kata Nama Khas Hidup
Kata Nama Khas Hidup Contoh
i) Kata Nama Khas Hidup Manusia Jamil, Puteri Salbiah, Sharifah Aini
ii) Kata Nama Khas Hidup Bukan Manusia
Sang Kancil, Si Tompok, Pak Belang
Jenis Kata Nama Khas
Manusia
Hidup Tak Hidup
Bukan Manusia
Morfologi: Penggolongan Kata| 6
b) Kata Nama Khas Tak Hidup
Kata Nama Khas Tak Hidup Contoh
i) Benda Proton, Piala Malaysia
ii) Institusi Universiti Malaya, Wisma Putra
iii) Tempat Ipoh, Tokyo
iv) Bahasa/Bangsa Inggeris, Melayu
v) Konsep Dasar Ekonomi Baru, Akta Hasutan
AKTIVITI 5.2 Sila gariskan kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup yang terdapat dalam petikan di bawah.
PUERTO SAN CARLOS, Mexico 12 Okt. - Taufan Norbert melanda kawasan darat di
tanah besar Mexico awal pagi ini dengan menyebabkan 2,000 penduduk melarikan diri
tetapi kekuatannya dilaporkan semakin menurun.
Taufan Kategori 1 itu membadai kawasan darat kira-kira 35 kilometer ke tenggara
Huatabampo sekitar 0400 GMT (12 tengah hari ini) dengan kekuatan angin hampir 140
kilometer sejam, menurut Pusat Taufan Negara Amerika Syarikat (AS) di Miami.
Lebih 2,000 penduduk berteduh di pusat perlindungan sementara, ramai antaranya
dari kampung tepi pantai apabila bumbung berterbangan dari hampir semua rumah.
(Sumber: Utusan Malaysia 13 Oktober 2008)
5.1.3 Kata Ganti Nama Menurut Abdullah Hassan (1992), kata ganti nama ialah kata yang menggantikan nama dan berfungsi seperti nama. Tahukah anda bahawa kata nama am atau kata nama khas
Morfologi: Penggolongan Kata| 7
bahasa Melayu boleh diganti penggunaannya dengan sejenis kata lain iaitu dinamakan sebagai kata ganti nama. Misalnya, kata nama gadis, boleh diganti dengan kata dia, ia atau beliau. Jenis-Jenis Kata Ganti Nama Menurut Nik safiah Karim et al. (2009), kata ganti nama boleh dibahagikan lagi kepada dua golongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata ganti nama diri pula dibahagikan lagi kepada kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama diri tanya. Kata ganti nama diri orang pula terdiri daripada kata ganti nama diri orang pertama, kata ganti nama diri orang kedua dan kata ganti nama diri orang ketiga. Berikut ialah penggolongan kata ganti nama: kata ganti nama tunjuk Kata Ganti Nama
kata ganti nama diri tanya kata ganti nama diri kata ganti nama diri orang
pertama kedua ketiga
a) Kata ganti nama tunjuk
Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk itu.
Ada dua kata ganti nama tunjuk, iaitu ini untuk menunjuk pada yang dekat dan itu untuk menunjuk pada yang jauh.
b) Kata ganti nama diri
Kata ganti nama diri terbahagi pula kepada dua golongan iaitu:
Kata ganti nama diri tanya kata ganti nama jenis ini ialah perkataan yang merujuk benda atau orang dalam bentuk tanya. Ada tiga kata ganti nama diri tanya, iaitu:
Morfologi: Penggolongan Kata| 8
Kata ganti nama diri tanya Contoh
1) apa yang merujuk benda atau perkara
2) siapa yang merujuk orang
3) mana yang merujuk benda atau orang
Kadang-kadang kata ganti nama diri tanya boleh mengalami proses penggandaan untuk membawa maksud rujukan tidak tentu atau penegasan. Misalnya:
Apa apa-apa
Mana mana-mana
Siapa siapa-siapa (sesiapa)
Kata ganti nama diri orang Kata ganti nama jenis ini mengandungi perkataan yang merujuk diri orang tertentu, iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga, seperti yang ditunjukkan di bawah ini:
Kata ganti nama diri orang Contoh
i) orang pertama saya, aku, beta, patik, kami dan kita
ii) orang kedua anda, engkau, awak, dan kamu
iii) orang ketiga ia, dia, mereka, dan –nya
Kata ganti nama orang ketiga –nya boleh berfungsi sebagai penekan dan pembenda.
5.2 KATA KERJA Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu perbuatan. Dalam sesebaris ayat, kata kerja juga berfungsi sebagai predikat. Kata kerja merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerja tak transitif ( Perbuatan tidak Melampau ). Menurut Nik Safiah Karim et al. 2009), kata kerja sebagai satu golongan kata boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu, kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.
Morfologi: Penggolongan Kata| 9
5.2.1 Kata Kerja Transitif Kata Kerja Transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain. Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut (objek). Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan seperti mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan. Contoh ayat: Ali menyepak bola. Mereka memancing ikan. Berdasarkan contoh di atas, jelas perbuatan menyepak, memancing tersebut terkena kepada orang atau benda lain. Contoh: Menurut Tatabahasa Dewan, kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Contoh:
Subjek Kata Kerja Transitif Objek
1. Kakak memasak kari ayam.
2. Farid menendang bola.
3. Sabri menulis surat.
Jenis-Jenis Kata Kerja Transitif Kata kerja transitif boleh dibahagikan kepada dua jenis:
a) Kata kerja transitif aktif- berfungsi dalam ayat aktif
Kucing itu menangkap seekor burung.
Perempuan itu menjual sayur.
Bapa sedang menulis surat.
Anisah mencuci pakaian di tepi sungai.
Morfologi: Penggolongan Kata| 10
b) Kata kerja transitif pasif- berfungsi dalam ayat pasif
5.2.2 Kata Kerja Tak Transitif Kata Kerja Tak Transitif ialah kata kerja yang tidak mengambil apa-apa objek. Menurut Tatabahasa Dewan, kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya.
Jenis-Jenis Kata Kerja Tak Transitif a) Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat (Nik Safiah Karim et al. 2009). Contoh:
b) Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap
Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut. Contoh:
Subjek Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap Keterangan
1. Mereka makan di sawah
2. Mereka membeli-belah di Ipoh
Subjek Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap Pelengkap
1. Adik bermain di padang.
2. Alias tinggal di Kedah.
Pakaian dicuci oleh Anisah di tepi sungai.
Morfologi: Penggolongan Kata| 11
AKTIVITI 5.3 Tandakan ( / ) bagi setiap ayat transitif dan tandakan ( x ) bagi ayat tak transitif di bawah ini.
1. Siti menangis. ( ) 2. Safuan memancing ikan. ( ) 3. Ibu masih bersolek. ( ) 4. Hujan belum turun. ( ) 5. Kamal melukis gambar bunga. ( ) 6. Ah Lim menjual kereta Proton. ( ) 7. Asiah menyimpan wang. ( ) 8. Farah belum tidur lagi. ( ) 9. Kambing makan daun. ( ) 10. Matahari akan terbit dari timur. ( )
5.3 KATA ADJEKTIF Kata adjektif, yang juga dikenal sebagai kata sifat, ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur-unsur keterangan yang lain seperti kata bantu atau kata penguat. Kata adjektif boleh dikenal pasti dan dibezakan daripada kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Contohnya seperti amat sakit, sakit sungguh, terlalu banyak, dan sebagainya.
Jenis-Jenis Kata Adjektif a) Kata Adjektif Sifatan Atau Keadaan
Kata yang memberi pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan nama.
Contohnya:
Baik Lemah
Jahat Kasar
Cerdik Berani
Pandai Takut
Morfologi: Penggolongan Kata| 12
Gopoh Sihat
Contoh penggunaannya dalam ayat:
i) Orang baik selalu dipuji.
ii) Mereka berniat jahat terhadap projek kita. iii) Adik saya amat cerdik. iv) Insan pandai akan berjaya dalam hidupnya. v) Pekerja itu menyiapkan kerjanya dengan gopoh.
b) Kata Adjektif Warna
Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang memberikan pengertian warna sebagai unsur keterangan.
Contohnya:
Merah Ungu
Putih Kelabu
Biru Hitam
Hijau Kuning
Perang Jingga
Contoh penggunaannya dalam ayat:
i) Warna baju kami ungu.
ii) Adik suka bersongkok hitam. iii) Kambing jantan itu berbulu kelabu. iv) Warna kuning warna Diraja. v) Kasut kakak berwarrna merah.
c) Kata Adjektif Ukuran
Kata adjektif ukuran adalah kata yang menyatakan ukuran kata nama. Selain itu, mempunyai unsur pada ukuran benda yang bernyawa atau tidak bernyawa, kontrik atau abstrak. Contoh:
panjang pendek
Morfologi: Penggolongan Kata| 13
dalam kerdil
singkat sempit
kecil nipis
besar tebal
Contoh penggunaan:
i) Jamil adalah seorang yang kerdil. ii) Pokok itu renek kerana kekurangan baja. iii) Jalan di kampung itu sangat sempit. iv) Lukanya dibalut dengan kain nipis. v) Tasik itu sangat dalam.
d) Kata Adjektif Bentuk
Kata ini adalah kata yang berunsurkan menunjukkan sesuatu bentuk pada benda bernyawa atau tidak bernyawa. Kata yang memberi pengertian rupa bentuk sebagai unsur keterangan, iaitu rupa, susunan, cara dan gaya. Contoh:
bulat leper
buncit bengkok
kempis tirus
bujur lonjong
pipih lurus
Contoh penggunaan :
i) Ariya memiliki muka bujur sirih. ii) Siti mempunyai dagu lekuk. iii) Bagai pipih dilayang. iv) Garis lurus menemukan dua titik. v) Bola ragbi berbentuk lonjong.
e) Kata Adjektif Waktu
Kata adjektif waktu sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian konsep masa.
Morfologi: Penggolongan Kata| 14
Contoh:
lewat silam
segera lampau
lama sering
awal kerap
baharu dahulu
Contoh penggunaan:
i) Mereka segera pulang kerana hari sudah lewat. ii) Kanak-kanak suka makanan segera. iii) Tiada kenderaan berenjin pada zaman silam. iv) Jalan lama ke kampong itu sudah dibaiki. vi) Ketibaanya terlalu awal.
f) Kata Adjektif Jarak Kata adjektif jarak sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi makna konsep ruang. Contoh: Contoh penggunaan:
i) Rumahnya tidak jauh dari pasar raya. ii) Kilang itu dekat dengan lebuhraya. iii) Dia berdiri hampir dengan kedai itu. iv) Dalam kemalangan itu, mereka nyaris menemui ajal.
g) Kata Adjektif Cara Kata Adjektif cara ialah jenis perkataan yang memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam, sebagai penerang kata nama. Contoh:
jauh hampir
dekat nyaris
Morfologi: Penggolongan Kata| 15
cepat lincah
deras gopoh
laju jelas
lambat sering
perlahan selalu
Contoh penggunaan:
i) Tindak balas bayi itu sungguh cepat. ii) Sungai itu mengalir deras. iii) Bot laju itu direka khas untuk perlumbaan. iv) Orang lambat selalu rugi. v) Pemain lincah itu berasal dari Sabah.
h) Kata Adjektif Perasaan Kata adjektif perasaan memberi pengertian konsep perasaan, sebagai penerang kata nama dan harus diikuti oleh kata sendi nama. Contoh:
rindu berahi
benci ragu
segan kasih
suka sayang
gembira geram
Contoh penggunaan:
i) Budak kecil itu rindu akan ibunya. ii) Saya sungguh suka dengan kelakuan baiknya. iii) Pemuda itu terlalu segan untuk bertanya. iv) Dia sangat suka melayari internet. v) Amira gembira sekali dengan hadiah itu.
i) Kata Adjektif Pancaindera
Kata adjektif pancaindera terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian konsep
rasa, pandang, dengar, bau, sentuh atau gabungan. Kelima-lima indera ini ialah sebagai
penerang kepada kata nama.
Morfologi: Penggolongan Kata| 16
Contoh:
sedap manis
pahit masin
cantik lazat
molek tawar
harum halus
Contoh penggunaan:
i) Kek itu sangat sedap.
ii) Wajah pelakon itu manis.
iii) Dia akan menyediakan sarapan lazat.
iv) Hari ini muka Halim sangat masam.
v) Kelapa muda itu kelat rasanya.
5.4 KATA TUGAS Kata tugas ialah satu kelompok perkataan yang kehadirannya dalam ayat penting kerana tugas-tugas sintaksis. Kata tugas hadir dalam ayat, sama ada di bahagian hadapan ayat, di bahagian hadapan frasa, atau di belakang perkataan-perkataan tertentu untuk memberikan makna khusus atau memainkan peranan sintaksis tertentu dalam ayat berkenaan. Jenis-Jenis Kata Tugas a) Kata Hubung
Kata hubung ialah kata penyambung ayat, iaitu sejumlah perkataan yang bertugas
menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang
berlapis.
Contoh:
i) Ali, Ahmad dan Halim pergi ke sekolah. ii) Aslinda menari sambil bernyanyi. iii) Dia pandai tetapi adiknya bodoh. iv) Tidak boleh ada ahli yang memegang dua atau lebih.
Morfologi: Penggolongan Kata| 17
vi) Kalimat itu menunjukkan bahawa dia sememangnya mahu memberitahu. b) Kata Seru
Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menggambarkan perasaan seseorang seperti
marah, sedih, gembira, sakit, hairan, kagum, terkejut, dan sebagainya. Cara
penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi
atau menurun.
Contoh:
i) Aduh, sakitnya tanganku!
ii) Aduhai, apalah malang nasibku ini!
iii) Ah, aku tidak bersetuju!
iv) Amboi, sombongnya dia!
v) Eh, bilakah kau pulang ke tanah air!
c) Kata Tanya Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu, contohnya mengapa, berapa, bila dan bagaimana. Contoh:
Berapa Harga barang itu berapa?
Berapa tahunkah dia belajar di luar negeri?
Bila Mereka sampai bila?
Bilakah gerangan kekanda akan pulang?
Bagaimana Kesihatannya sekarang bagaimana?
Bagaimanakah keputusan peperiksaannya?
d) Kata Perintah Kata perintah ialah perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan.
Morfologi: Penggolongan Kata| 18
Contoh: i) Jangan buang sampah di sini. ii) Usah biarkan dia berseorangan. iii) Silalah datang ke rumah saya jika ada kelapangan. iv) Jemput masuk! v) Minta tuan-tuan bersabar sebentar.
e) Kata Pangkal Ayat Kata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Namun, kata pangkal ayat ini tidak begitu banyak diamalkan sekarang. Perkataan ini umumnya digunakan dalam bahasa Melayu klasik, misalnya hatta, maka, arakian, syahadan, dan sebagainya. Contoh:
i) Hatta istana itu pun siaplah. ii) Maka panglima itu pun diberi persalinan. iii) Syahadan baginda pun berangkat meninggalkan Melaka. iv) Adapun kuda itu dipunyai oleh Tun Umar. v) Alkisah tidak beberapa lama kemudian hamillah permaisuri.
f) Kata Bantu Kata bantu ialah jenis perkataan yang bertugas mambantu frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama iaitu dengan menimbulkan makna-makna tambahan dari aspek waktu atau ragam. Contoh:
i) Pekerja itu telah pulang. ii) Kami pernah ke utara Malaysia. iii) Kanak-kanak itu sudah makan. iv) Kanak-kanak itu hendak masuk ke bilik. v) Ramai pemuda kini mahu bekerja sendiri.
g) Kata Penguat
Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi
menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif.
Morfologi: Penggolongan Kata| 19
Contoh:
i) Pokok itu terlalu tinggi.
ii) Masakan itu paling sedap.
iii) Kelakuan anak itu baik sekali.
iv) Bas itu tiba lambat benar.
v) Pakaian seragam pasukan itu amat kemas.
h) Kata Penegas Kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Contoh:
i) Di manakah ibu kamu itu? ii) Bilakah kamu datang? iii) Apatah daya kita? iv) Dialah orangnya. v) Inilah isteri kesayanganku.
i) Kata Nafi
Kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat, iaitu Frasa Nama,
Frasa Kerja, Frasa Adjektif dan Frasa Sendi Nama.
Contoh:
i) Dia bukan murid di sekolah ini.
ii) Idah tidak pandai memasak kari ayam
iii) Jangan membuang sampah-sarap di merata-rata tempat.
iv) Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.
v) Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.
j) Kata Pemeri
Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan
frasa-frasa untama dalam predikat. Terdapat dua jenis kata pemeri iaitu ialah dan adalah.
Contoh:
i) Dia ialah seorang guru.
Morfologi: Penggolongan Kata| 20
ii) Berita itu adalah palsu.
iii) Mereka ialah pelari pecut.
iv) Pendapat itu adalah karut.
v) Nama saya ialah Ali.
k) Kata Sendi Nama
Kata sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata
atau frasa-frasa dalam ayat. Kata sendi memerlukan frasa nama yang membentuk predikat
ayat.
Contoh:
i) Dia berasal dari pedalaman.
ii) Ibu pergi ke pasar.
iii) Saya menetap di Ipoh.
iv) Kertas ini diperbuat daripada kayu.
v) Dia balik pada pukul 5.00 petang.
l) Kata Pembenar
Kata pembenar ialah kata yang mengesahkan sesuatu pertanyaan. Contoh kata pembenar
ialah ya, benar dan betul.
Contoh:
i) Ya, esok awak boleh bercuti.
ii) Ya, kamilah yang membuka pintu rahsia itu.
iii) Benar, tekaan kamu itu memang tepat.
iv) Benar, dia sudah berhenti kerja.
v) Betul, kalau kamu tidak percaya, tanyalah Dani.
m) Kata Arah
Kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah
kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau arah sesuatu.
Contoh:
SEMAK KENDIRI 1.5
Morfologi: Penggolongan Kata| 21
i) Bunga hiasan itu sesuai ditempatkan di penjuru rumah
ii) Pertunjukkan tarian itu jelas dari sudut kiri stadium
iii) Kanak-kanak itu ditinggalkan di tepi jalan.
iv) Pelumba basikal itu bertolak dari utara ke selatan.
v) Semua hidangan itu diletakkan di atas meja.
. n) Kata Bilangan
Kata bilangan ialah perkataan yang menerangkan bilangan atau jumlah orang, benda atau
perkara.
Contoh:
i) Saya menanam dua batang pokok kelapa di kebun.
ii) Para penulis dikehendaki beratur di dewan.
iii) Di pasar malam terdapat berbagai-bagai jenis sayuran dijual.
iv) Dia menunggu bas selama lima jam suku.
v) Harga ikan sardin ialah tujuh ringgit sekilo.
o) Kata Adverba
Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan
frasa sendi nama dari segi cara, masa, dan tempat.
Contoh:
i) Bas itu bergerak laju. ii) Saya hampir terjatuh ketika melompat. iii) Datang ke sini cepoat. iv) Ibu betul-betul gembira dengan kepulangan kakak. v) Mereka sesat berhari-hari di tengah lautan.
p) Kata Penekan
Kata penekan merupakan salah satu daripada kata pascakata iaitu kata yang hadir dan
melekat selepas perkataan. Bentuk kata tersebut ialah –nya, yang dapat berfungsi sebagai
penekan atau pembenda.
Contoh:
Morfologi: Penggolongan Kata| 22
i) Sesungguhnya, pengorbanan perlu jika ingin berjaya. ii) Bahawasanya setiap rakyat perlu mempertahankan negaranya. iii) Cuaca nampaknya semakin gelap.
q) Kata Pembenda
Kata pembenda ialah bentuk kata yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan
daripada kata nama sebagai kata nama. Misalnya perlahannya, sedapnya, sejuknya.
Contoh:
i) Lajunya ialah 350 km sejam.
ii) Bukan kepalang sakitnya.
iii) Datangnya secara mendadak.
iv) Tingginya ialah 6 kaki.
v) Air sungai mengalir dengan derasnya.
RUMUSAN
Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya
Kata nama khas ialah bentuk kata yang merujuk khusus orang, empat, atau benda.
Kata ganti nama ialah kata yang menggantikan nama dan berfungsi seperti nama.
Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu perbuatan.
Kata adjektif, yang juga dikenal sebagai kata sifat, ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif.
Kata tugas ialah satu kelompok perkataan yang kehadirannya dalam ayat penting kerana tugas-tugas sintaksis
Kata hubung ialah kata penyambung ayat, iaitu sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis.
Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menggambarkan perasaan seseorang seperti marah, sedih, gembira, sakit, hairan, kagum, terkejut, dan sebagainya.
Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu.
Morfologi: Penggolongan Kata| 23
Kata perintah ialah perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan.
Kata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana.
Kata bantu ialah jenis perkataan yang bertugas mambantu frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama iaitu dengan menimbulkan makna-makna tambahan dari aspek waktu atau ragam.
KATA KUNCI
1. Kata Nama 5. Kata Kerja Transitif 2. Kata Nama Am 6. Kata Kerja Tak Transitif 3. Kata Nama Khas 7. Kata Adjektif 4. Kata Kerja 8. Kata Tugas
PENILAIAN KENDIRI
1. Apakah permasalahan yang berlaku dalam kata kerja transitif bahasa Melayu? 2. Jelaskan fungsi-fungsi kata adjektif. 3. Kata tugas memainkan prenan tertentu dalam ayat. Kategorikan peranan atau
fungsi tersebut. 4. Nyatakan permasalahan tatabahasa yang sering mengelirukan murid di sekolah.
RUJUKAN
Asmah Haji Omar. (1988). Susur galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar. (2008). Nahu kemas kini. Kuala Lumpur: PTS
Asmah Haji Omar. (2009). Nahu Melayu mutakhir Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan edisi ketiga (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Nik Safiah Haji Karim et al. (2009). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sulaiman Masri, Abdullah Yusof dan Mohd Ra’in Shaari (2007). Bahasa
Melayu dimensi pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Sintaksis: Ayat| 1
UNIT 6
SINTAKSIS: AYAT
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda diharapkan dapat:
1. menjelaskan definisi sintaksis;
2. mengenal pasti binaan subjek dan predikat;
3. menerangkan pola ayat dasar; dan
4. menggunakan ayat tunggal dan majmuk dengan betul.
6.0 PENGENALAN
Pada bahagian Topik 4 yang lalu, kita telah dijelaskan bahawa terdapat dua bidang utama
tatabahasa iaitu morfologi (mengkaji perkataan) dan sintaksis (mengkaji ayat). Kedua-dua
bidang ini saling berkaitan kerana ketepatan tatabahasa bergantung pada ketepatan ejaan
perkataan (morfologi) dan ketepatan susunan perkataan (sintaksis) dalam sesuatu
ungkapan. Pada bahagian Topik 6 ini, kita akan mempelajari secara ringkas konsep ayat
dalam bahasa Melayu.
6.1 Definisi Sintaksis
Istilah sintaksis berasal daripada perkataan Yunani, iaitu sun yang bererti “dengan” dan
tattein yang membawa erti “menempatkan bersama-sama”. Dengan demikian, sintaksis
dapat diertikan sebagai “menempatkan kata-kata secara bersama-sama untuk menjadi
kelompok kata atau ayat”. Kata suntattein kemudian menjadi istilah syntaxis dalam bahasa
Belanda dan syntax dalam bahasa Inggeris. Menurut Nik Safiah Karim et al. (2009),
Sintaksis: Ayat| 2
sintaksis merujuk bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau
konstruksi ayat. Secara ringkasnya, sintaksis ialah ilmu mengkaji ayat.
6.2 Binaan Ayat
Apakah yang ada dalam sesebuah ayat? Secara umumnya, sesebuah ayat itu mestilah
sekurang-kurangnya mempunyai satu subjek (pelaku) dan satu predikat (cerita).
a) Subjek
Menurut Nik Safiah Karim et al. (2009) dan Abdullah Hassan (2006), subjek ialah
konstituen sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan
yang sememangnya frasa nama atau yang berfungsi sebagai frasa nama dan
menjadi judul atau unsur yang diterangkan. Subjek lazimnya adalah perkara yang
diceritakan yang terdiri daripada orang, benda, tempat atau perkara. Unsur-unsur
subjek juga boleh terdiri daripada frasa nama, kata ganti nama, frasa kerja yang
berkuasa nama dan frasa adjektif yang berkuasa nama.
Contoh:
Bil. Subjek Predikat
i. Ali membeli sebuah basikal.
ii. Dia pergi ke sekolah.
iii. Komputer itu sudah rosak.
iv. Merokok membahayakan kesihatan.
v. Cantiknya mata anak harimau itu.
P
LATIHAN 6.1
Bina tiga ayat yang mempunyai subjek.
i. __________________ __________________________________.
ii. __________________ __________________________________.
iii. __________________ __________________________________.
Sintaksis: Ayat| 3
b) Predikat
Menurut Nik Safiah Karim et al. (2009), predikat merujuk kepada kumpulan perkataan yang
tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek. Oleh itu,
predikat merupakan bahagian ayat yang menceritakan perkara tentang orang, benda,
tempat atau perkara yang dinyatakan dalam subjek. Predikat terdiri daripada frasa nama
(FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA), dan frasa sendi (FS).
Contoh:
Bil. Subjek Predikat
i. Sabri seorang peguam. FN
ii. Kakak mencuci pakaian. FK
iii. Rumah itu sangat besar. FA
iv. Hadiah itu daripada Menteri Besar. FS
P
6.3 Pola Ayat Dasar
Ayat dasar atau ayat inti ialah ayat yang menjadi asas pada pembentukan semua ayat lain.
Ayat dasar ini terhasil melalui gabungan dua frasa. Oleh itu, sebelum kita mempelajari
pola ayat dasar bahasa Melayu, eloklah kita meneliti terlebih dahulu definisi dan jenis-jenis
frasa bahasa Melayu.
LATIHAN 6.2
Bina empat ayat yang mempunyai predikat.
i. Saya _______________________________________________.
ii. Ahmad______________________________________________.
iii. Kamalia_____________________________________________.
iv. Kami_______________________________________________.
Sintaksis: Ayat| 4
6.3.1 Definisi Frasa
Frasa ialah urutan penempatan jenis kata dalam ayat. Binaan frasa terdiri daripada
sekurang-kurangnya satu perkataan yang berpotensi menjadi unit yang lebih besar.
Contoh:
i) Frasa dengan satu perkataan:
Saya guru.
ii) Frasa dengan dua atau lebih perkataan:
Lelaki itu guru.
6.3.2 Jenis-Jenis Frasa
a) Frasa Nama (FN)
Definisi
FN ialah frasa yang perkataan utamanya terdiri daripada kata nama (KN), KN
Terbitan atau Kata Ganti Nama.
Contoh:
Baju putih ( KN)
Pendatang itu ( KN Terbitan)
Anda semua ( Kata Ganti Nama)
Binaan FN
i) Inti + Penerang
Contoh:
Inti Penerang
askar Melayu
baju kemeja
ii) Inti + Inti
Contoh:
Inti Inti
ibu bapa
kerusi meja
Sintaksis: Ayat| 5
b) Frasa Kerja (FK)
Definisi
FK ialah binaan yang terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya
kata kerja.
Contoh:
menjalankan tugas
menulis nota
Binaan FK
i) Inti + Objek
Contoh:
Inti Objek
membaca buku
menulis surat
ii) Inti + Penerang
Contoh:
Inti Penerang
berbaju Melayu
berjalan kaki
iii) Kata bantu + Inti
Contoh:
Kata bantu Inti
sedang menjahit
akan bersurai
c) Frasa Adjektif (FA)
Definisi
FA ialah binaan yang terdiri daripada satu perkataan atau lebih yang kata intinya
merupakan kata adjektif.
Contoh: bijak sungguh
gelap benar
Sintaksis: Ayat| 6
Binaan FA
i) Inti + Inti
Contoh:
Inti Inti
lemak manis
baik buruk
ii) Inti + Kata Nama
Contoh:
Inti Kata Nama
biru laut
muda remaja
iii) Kata Penguat + Inti + (Kata Penguat)
Contoh:
Kata Penguat Inti (K Penguat)
sangat bijak sekali
sungguh baik benar
iv) Kata bantu + Inti
Contoh:
Kata Bantu Inti
belum besar
sudah busuk
d) Frasa Sendi (FS)
Definisi
FS ialah frasa yang terdiri daripada satu kata sendi dan satu frasa nama.
Contoh:
Hadiah itu daripada penghulu.
Binaan FS
i) KS + FN
Sintaksis: Ayat| 7
Contoh:
KS FN
ke sekolah
pada waktu pagi
ii) FS + KN Arah + FN
Contoh:
FS KN Arah FN
dari dasar lautan
dengan belakang pedang
iii) KS + KN Arah + FN + Keterangan
Contoh:
KS KN Arah FN Keterangan
ke barat Belanda pada tahun lepas
di utara Perak pada pagi tadi
6.3.3 POLA AYAT DASAR
Dalam bahasa Melayu terdapat empat pola atau bentuk ayat dasar iaitu:
a) FN + FN
b) FN + FK
c) FN + FA
d) FN + FS
a) FN + FN
Contoh:
FN FN
Alia guru
Ismail ketua pengawas
b) FN + FK
Contoh:
FN FK
Sintaksis: Ayat| 8
Ahmad membaca buku
Anak itu sedang terbang
c) FN + FA
Contoh:
FN FA
Siti sedang sakit.
Kamarul gagah.
d) FN + FS
Contoh:
FN FS
Derma ini daripada pihak sekolah.
Angin sejuk dari selatan
Bil. Ayat Pola
1. Bapa Ali ialah Encik Aziz FN + FN
2. Bunga itu wangi.
3. Azmir menjadi pegawai polis.
4. Buah durian dari Perak.
5. Abu sedang bermain bola.
6. Hari ini hari Jumaat
7. Buku ini dari Eropah.
8. Kotak ini sudah pecah.
LATIHAN 9.3 LATIHAN 6.3
Tentukan pola ayat dasar di bawah.
Sintaksis: Ayat| 9
6.4 Jenis-Jenis Ayat
Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis ayat iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat
perintah, dan ayat seruan. Berikut akan dijelaskan jenis-jenis ayat tersebut.
a) Ayat Penyata
Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Ayat
penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal.
Ayat ini digunakan oleh penutur atau penulis untuk menyatakan atau memberikan
maklumat atau berita kepada pendengar atau pembaca.
Ayat ini diujarkan tanpa mengharapkan jawapan atau gerak balas, sama ada yang bersifat
kebahasaan atau yang bersifat perbuatan.
Ayat penyata dapatlah dianggap sebagai ayat untuk melaporkan sesuatu perkara. Dalam
lisan, ayat penyata diakhiri dengan nada turun sebelum kesenyapan. Dalam tulisan pula,
ayat penyata diakhiri dengan tanda noktah.
Contoh-contoh Ayat Penyata:
1) Azimah tukang masak.
2) Mereka ialah pemain bola sepak.
3) Muthu sedang tidur.
4) Kerani itu sentiasa tersenyum.
5) Nani membeli pakaian dari kedai itu.
6) Pesakit itu berada di hospital.
b) Ayat Tanya
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara, tempat, benda,
manusia, binatang dan sebagainya.
Sintaksis: Ayat| 10
Ayat tanya yang bentuknya sama bentuknya dengan ayat penyata, tetapi berbeza oleh
adanya tanda soal (?) pada akhir ayat itu. Ayat ini diucapkan dengan meninggikan nada
suara pada akhir ayat dengan tujuan untuk mendapatkan jawapan.
Contoh-contoh Ayat Tanya:
1) Tuan Ismail pengurusnya?
2) Puan Shafikah suri rumah?
3) Adik masih menangis?
4) Apa benda itu?
5) Siapa datuknya?
6) Di manakah rumah awak?
c) Ayat Perintah
Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menyuruh, melarang, mempersilakan, atau
meminta seseorang melakukan sesuatu. Terdapat empat jenis ayat perintah iaitu:
i. Ayat Suruhan
Ayat suruhan ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau
arahan.
Contoh:
1. Keluar dari bilik ini!
2. Pergi dari sini!
3. Sila tinggalkan tempat ini.
4. Kemaskan barang-barang anda.
ii. Ayat Larangan
Ayat larangan ialah ayat yang digunakan untuk larangan atau tegahan. Dengan
demikian, ayat ini menghendaki lawan bicara agar jangan melakukan sesuatu.
Ayat larangan dibentuk dengan menambahkan kata, jangan, usah atau tak usah di
depan ayat perintah.
Sintaksis: Ayat| 11
Contoh:
1. Jangan berdiri di sana.
2. Jangan pergi sebelum aku datang.
3. Usah pergi sebelum aku datang.
4. Awak tak usah datang lagi.
5. Kamu jangan beritahu dia.
iii. Ayat Silaan
Ayat silaan digunakan untuk menjemput atau mempersilakan seseorang. Ayat
silaan ditandai dengan kata silaan seperti sila, sudi dan jemput sebelum kata
kerja.
Contoh:
1. Sila datang ke rumah saya.
2. Silalah masuk.
3. Jemput minum.
4. Jemputlah makan.
iv. Ayat Permintaan
Ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta, tolong dan mohon
dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan.
Contoh:
1. Tolong tutup tingkap bilik itu.
2. Minta kamu semua berenang.
3. Tolong masak air.
4. Tolong hantar laporan itu pagi esok.
Sintaksis: Ayat| 12
d) Ayat Seruan
Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi
seruan untuk melahirkan suatu keadaan perasaan seperti takut, marah, takjub,
geram, sakit dan sebagainya. Intonasi seruan ini digambarkan dalam tulisan
dengan tanda seru (!) yang biasanya terletak di akhir ayat sama ada ayat itu
didahului oleh kata seru atau tidak. Kata seru yang sering digunakan ialah oh,
amboi, wah, cis, eh, aduh, syabas, dan sebagainya.
Contoh:
1. Amboi, garangnya kucing itu!
2. Aduhai, gagal lagi!
3. Nah, ambil baju ini!
4. Aduh, sakit kakiku!
5. Cis,penderhaka rupanya kamu!
6. Wah, comelnya anak arnab itu!
7. Syabas, anda sudah berjaya!
8. Oh, saya terlupa lagi!
Sintaksis: Ayat| 13
(Sumber: www.bharian.com.my)
LATIHAN 6.4
Padankan ayat dan gambar. Nyatakan jenis ayat perintah yang digunakan.
Sintaksis: Ayat| 14
6.5 Ragam Ayat
Dalam bahasa Melayu terdapat dua jenis ragam ayat iaitu ragam ayat aktif dan ragam ayat
pasif.
a) Ayat Aktif
Ayat aktif ialah ayat yang mempunyai kata kerja yang mengutamakan subjek asal
sebagai unsur yang diterangkan.
Contoh:
1. Yusof mencabut rumput.
2. Singa itu mengejar seekor rusa.
3. Ribut melanda Amerika Syarikat.
4. Ali mendang bola itu.
5. Atiah menulis surat itu.
b) Ayat Pasif
Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek asal.
Contoh:
1. Rumput dicabut oleh Yusof.
2. Seekor rusa dikejar oleh singa.
3. Amerika Syarikat dilanda ribut.
4. Bola itu ditendang oleh Ali
5. Surat itu ditulis oleh Atiah.
6.6 Ayat Majmuk
Selain ayat dasar atau ayat tunggal, bahasa Melayu juga mempunyai ayat majmuk.
Berikut akan dijelaskan secara ringkas ayat majmuk bahasa Melayu.
SUBJEK OBJEK KATA KERJA
SUBJEK OBJEK KATA KERJA
Sintaksis: Ayat| 15
6.6.1 Definisi Ayat Majmuk
Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan beberapa ayat tunggal dengan
menggunakan cara-cara tertentu.
6.6.2 Jenis-Jenis Ayat Majmuk
Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis ayat majmuk iaitu:
1. Ayat Majmuk Gabungan
Dua ayat atau lebih digabungkan dengan menggunakan kata hubung seperti dan,
atau, tetapi,lalu dll.
Contoh: Saya dan dia minum teh.
i. Saya minum teh
ii. Dia minum teh
= Saya dan dia minum teh.
2. Ayat Majmuk Pancangan
Ayat yang terdiri dari satu ayat induk dan beberapa ayat kecil yang dipancang
menjadi satu ayat majmuk.
Jenis:
a) Ayat Majmuk Pancangan Relatif (yang)
Contoh: Saya membeli kasut yang berwarna biru.
i. Saya membeli kasut.
ii. Kasut itu berwarna biru.
= Saya membeli kasut yang berwarna biru.
b) Ayat Majmuk Pancangan Komplemen (bahawa)
Contoh: Dia mengetahui bahawa Ahmad telah pergi.
i. Dia mengetahui (sesuatu)
ii. Ahmad telah pergi
= Dia mengetahui bahawa Ahmad telah pergi.
c) A.M. Pancangan Keterangan
Contoh: Saya tidak dapat hadir kerana saya kurang sihat.
i. Saya tidak dapat hadir.
ii. Saya kurang sihat.
Sintaksis: Ayat| 16
= Saya tidak dapat hadir kerana saya kurang sihat.
3. Ayat Majmuk Campuran
Ayat yang terdiri daripada lebih daripada satu jenis (banyak ayat majmuk)
Contoh:
Ali dan Abu masih memancing ikan, tetapi rakan-rakan mereka
yang keletihan sudah lama tidur.
RUMUSAN
Sintaksis merujuk bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan
atau konstruksi ayat.
Subjek ialah konstituen sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa
perkataan yang sememangnya frasa nama atau yang berfungsi sebagai frasa
nama dan menjadi judul atau unsur yang diterangkan.
Predikat merujuk kepada kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa
dan menjadi unsur yang menerangkan subjek.
Ayat dasar atau ayat inti ialah ayat yang menjadi asas pada pembentukan semua
ayat lain.
Frasa ialah urutan penempatan jenis kata dalam ayat.
Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu
pernyataan.
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara,
tempat, benda, manusia, binatang dan sebagainya.
Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menyuruh, melarang,
mempersilakan, atau meminta seseorang melakukan sesuatu.
Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi
seruan untuk melahirkan suatu keadaan perasaan seperti takut, marah, takjub,
geram, sakit dan sebagainya.
Ayat aktif ialah ayat yang mempunyai kata kerja yang mengutamakan subjek asal
sebagai unsur yang diterangkan.
Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek asal.
Sintaksis: Ayat| 17
Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan beberapa ayat
tunggal dengan menggunakan cara-cara tertentu.
KATA KUNCI 1. Sintaksis 2. Frasa 3. Subjek 4. Predikat 5. Frasa Nama 6. Frasa Kerja 7. Frasa Adjektif 8. Frasa Sindi
9. Ayat Dasar 10. Ayat Aktif 11. Ayat Pasif 12. Ayat Penyata 13. Ayat Tanya 14. Ayat Perintah 15. Ayat Seruan 16. Ayat Majmuk
PENILAIAN KENDIRI
1. Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kesalahan tatabahasa.
2. Predikat ialah bahagian terpenting dalam binaan ayat. Nyatakan komponen yang
terdapat dalam bahagian predikat.
3. Terdapat pelbagai jenis objek. Terangkan jenis-jenis objek yang terdapat dalam
bahasa Melayu.
RUJUKAN
Abdullah Hassan. (1997). Bahasa Melayu sebagai bahasa Ilmu dan esei-esei
lain. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.
Asmah Haji Omar. (1988). Susur galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar. (2008). Nahu kemas kini. Kuala Lumpur: PTS
Asmah Haji Omar. (2009). Nahu Melayu mutakhir Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan edisi ketiga (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Mohd Ra’in Shaari, Alias Mohd Yatim & Abdullah Yusof. (2009).
Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka
Salam Sdn. Bhd.
Sintaksis: Ayat| 18
Nik Safiah Haji Karim et al. (2009). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sulaiman Masri, Abdullah Yusof dan Mohd Ra’in Shaari (2007). Bahasa
Melayu dimensi pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Semantik | 1
UNIT 7
SEMANTIK
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda diharapkan dapat:
1. menjelaskan definisi semantik, 2. menjelaskan hubungan perkataan makna dan rujukan; dan 3. menghuraikan faktor-faktor yang menentu dan mengubah makna perkataan.
7.0 PENGENALAN
Semantik merupakan satu kajian makna kata. Kajian makna ini perlu dipelajari oleh pelajar memandangkan kepentingan bidang ini dalam memberi tafsiran yang pelbagai bagi sesuatu kata Sesuatu kata dapat memberi pelbagai tafsiran makna bergantung kepada pemakaiannya dalam kata itu sendiri maupun kewujudannya dalam bentuk ayat. Rumusnya sesuatu kata itu mempunyai makna atau maksud literal atau membawa maksud yang lebih besar yakni makna tersirat, bergantung kepada cara tafsiran seseorang terhadap kata tersebut.
7.1 Definisi Semantik
Perkataan semantik berasal daripada bahasa Yunani „sema‟ yang bererti tanda atau lambang. Dalam
bidang linguistik, semantik ialah bidang kajian yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa. Selain istilah
semantik, sejarah ilmu linguistik terdapat beberapa istilah lain yang digunakan seperti semiotik, semiologi
dan semasiologi. Namun Istilah semantik lebih digunakan kerana istilah ini hanyalah makna atau erti yang
berkenaan dengan bahasa sebagai alat komunikasi verbal. Mengikut Ferdinand de Saussure, setiap tanda
linguistik terdiri daripada dua unsur iaitu yang diertikan (Inggeris „ signified‟) dan yang mengertikan
(signifier), yang diertikan sebenarnya ialah konsep atau makna sesuatu tanda atau lambang, sementara
yang mengertikan ialah bunyi-bunyi bahasa yang terbentuk daripada fonem-fonem bahasa berkenaan.
Bahasa sebagai lambang perlembagaan yang canggih, kompleks dan anjal.
AKTIVITI 7.1
Sila berbincang dengan rakan.
Semantik | 2
1. Takrifan semantik yang mengaitkan hubungan kata dengan makna. 2. Kepentingan semantik dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
7.2 Hubungan Kata, Makna dan Rujukan
1. Makna dan konsep
Tiap-tiap perkataan mempunyai banyak makna. Perkataan „meja‟ umpamanya merujuk kepada bermacam-
macam-macam rupa dan bentuk meja yang dipanggil meja. Ada meja kecil. meja besar, meja kaki empat,
meja kaki satu, meja panjang, meja bulat, meja kayu, meja kaca, meja plastik dan bermacam-macam-
macam jenis meja. Dengan erti kata lain, perkataan meja tidak merujuk satu benda yang dipanggil meja,
sebaliknya ia merujuk kepada satu konsep, iaitu perabot yang mempunyai permukaan rata, berkaki dan
biasanya digunakan sebagai tempat meletakkan hidangan, sebagai tempat menulis atau peralatan
mesyuarat. Sesuatu perkataan merujuk kepada ribuan, malah jutaan benda menepati konsep itu.
2. Makna dan Konteks
Kita biasa menyangka perkataan ialah unit makna yang paling asas maksudnya dengan mengetahui
makna perkataan. Kita dapat memahami makna pertuturan yang kita dengar atau makna tulisan yang kita
baca. Tetapi sangkaan itu tidak benar, makna bukan hanya kita timba daripada makna tiap-tiap perkataan
dalam ayat. Hubungan dan kedudukan perkataan dalam ayat juga menjadi sumber makna. Hal ini jelas
sekiranya kita mengkaji ayat berikut:
1. (a) Pensel terletak di atas kertas.
(b) Kertas terletak di atas pensel.
Sangat jelas makna dalam ayat 1(a) dan ayat 1(b) adalah berlainan, meskipun perkataan-
perkataan yang terdapat di dalam ayat adalah serupa. Makna ayat ditentukan oleh dua unsur iaitu makna
perkataan dan kedudukan perkataan dalam ayat. Misalnya lihat ayat berikut:
1. (a) itu anjing
(b) dia anjing
Sebagai penutur bahasa Melayu, kita tahu perkataan anjing pada ayat 1 (a) membawa makna
„binatang‟. Tetapi bagaimanakah penutur bahasa Melayu mengetahui perkataan anjing pada ayat 1(b)
membawa makna manusia? Penutur bahasa Melayu tahu hal ini kerana perkataan „dia‟ dan „kamu‟ hanya
digunakan untuk manusia. Contoh berikut ditentukan oleh perkataan-perkataan lain yang hadir bersama-
sama iaitu konteksnya.
Semantik | 3
3. Keserasian perkataan
Tiap-tiap bahasa mempunyai peraturan dan kebiasaan bagi menentukan sama ada sesuatu perkataan
boleh hadir bersama-sama dengan perkataan lain. Sebagai contoh ayat-ayat berikut tidak boleh diterima di
dalam bahasa Melayu, walaupun ayat-ayat berikut tidak menyalahi tatabahasa.
1. Batu itu kental
2. Sungai itu merangkak
3. Ahmad jelita
Ayat-ayat berikut boleh diagak-agak maknanya tetapi penutur bahasa Melayu akan mengatakan
sesuatu yang janggal dan tidak kena pada penggunaan perkataan tertentu pada ayat tersebut. Ayat-ayat
ini akan diterima oleh penutur bahasa Melayu sebagai betul apabila perkataan itu digantikan dengan
perkataan lain yang memiliki makna yang serupa seperti:
1. Batu itu keras
2. Sungai itu mengalir
3. Ahmad tampan
Ayat-ayat ini dipanggil keserasian perkataan. Peraturan keserasian adalah soal kebiasaan semata-
mata dan bukan soal tatabahasa. Tidak ada peraturan logik yang menentukan perkataan apa yang serasi
dengan sesuatu perkataan. Oleh sebab itu para penulis kreatif berusaha mencipta pembaharuan pada
keserasian yang ada. Dalam bahasa Melayu, keserasian perkataan melibatkan kata nama. Perkataan yang
serasi dengan kata nama itu terdiri daripada kata kerja, kata sifat dan penjodoh bilangan. Oleh kerana
keserasian perkataan adalah soal kebiasaan semata-mata maka sudah pasti terdapat keperluan mencipta
kebiasaan-kebiasaan baru dan masalah penerimaannya sebagai contoh, apakah perkataan yang sesuai
untuk menyebut roket yang beroperasi tanpa juruterbang? Bolehkah kita katakan roket yang dipandu oleh
komputer memandangkan perkataan „pandu‟ selama ini digunakan serasi dengan manusia.
4. Makna dan pengetahuan Alam
Kita mengetahui makna perkataan dan makna ayat dengan dibantu oleh pengetahuan kita tentang alam.
Sebagai contoh ayat-ayat berikut adalah betul dari sudut tatabahasa tetapi kita tahu ayat-ayat berikut
mempunyai makna yang salah.
1. Ayah saya seorang perempuan.
2. Pokok itu bertelur sebiji.
3. Jalan raya baru minum tengah hari.
Semantik | 4
Ayat „ayah saya seorang perempuan‟ adalah salah kerana kita mengetahui kerana „seorang
perempuan tidak boleh menjadi ayah‟. Begitu juga halnya dengan pengetahuan kita tentang alam bahawa
pokok tidak boleh bertelur, jalan raya tidak boleh minum. Bagi ayat „dia membaca buku‟ kita mengetahui
ayat itu membawa makna dia membaca kitab. Pengetahuan kita tentang alam memberitahu hanya buku
yang membawa makna kitab yang boleh dibaca, sementara buku yang membawa makna „ketul‟ dan „ruas‟
tidak boleh dibaca.
AKTIVITI 7.2
Sila berbincang dengan rakan .
1. Hubungan perkataan dan rujukan mempunyai implikasi makna yang pelbagai. 2. Kepentingan hubungan perkataan, rujukan dan makna dalam kajian ilmu semantik.
7.3 Hubungan kata dengan rujukannya
Menurut Abdullah Hassan (1981) „‟kata-kata mengandungi makna dan bagaimana kata-kata itu
berhubungan sebenarnya bergantung pada bagaimana pengguna sesuatu bahasa tersebut menyusun
segala pengalamannya dalam ungkapan yang berbentuk kata-kata.”
Setiap perkataan dalam suatu bahasa dikatakan mempunyai hubungan yang erat di antara satu
sama lain. Banyak faktor yang melibatkan interpretasi makna dan amat sukar memastikan ketepatan
makna. Hubungan antara makna perkataan berdasarkan :
(a) Kata Sinonim (kesamaan makna)
(b) Kata Antonim ( perbezaan makna/berlawanan/bertentangan)
(c) Kata Homonim ( kesamaan ejaan dan sebutan)
(d) Kata Polisim (banyak makna)
(e) Kata Hiponim (struktur makna)
Setiap hubungan kata-kata boleh dilihat dari sudut kesinambungan dengan kata-kata lain dalam
bahasa yang sama, perbandingan bahasa dan sudut komponen makna tersebut makna kata-kata tersebut.
a) Kata Sinonim (kesamaan makna)
Perkataan sinonim berasal daripada bahasa Yunani kuno, iaitu „anoma‟dan „syn‟ yang bererti
„dengan‟. Maksud sinonim ialah (ungkapan iaitu perkataan, frasa atau ayat yang makna lebih kurang sama
dengan makna ungkapan lain) Memang sukar mencari makna seratus peratus sama, jadi memadailah kita
mencari makna yang terdekat sahaja.
Semantik | 5
Perkataan “hangat” dan “panas”, sekali pandang maknanya sama tetapi keduanya tidak boleh
dilakukan pada tempat yang seratus peratus sama. Contohnya kita boleh mengatakan “hari panas” tetapi
tidak boleh dikatakan “hari hangat”. Hubungan makna antara dua patah perkataan yang bersinonim itu
bersifat dua hala. Jika cantik dikatakan bersinonim dengan lawa, maka lawa juga sinonim dengan cantik
Oleh sebab bentuknya berbeza, maka maknanya pun tidak seratus peratus sama. Perkataan mati
dan meninggal bersinonim, tetapi ayat (1) berikut mengandungi perkataan mati tidak dapat diganti dengan
perkataan meninggal ayat (2).
1. Ayam itu mati digelek oleh lori.
2. Ayam itu meninggal digelek oleh lori.
Sifat sinonim boleh berlaku pada pelbagai tahap bahasa, iaitu:
1. Antara morfem (yang bebas) dengan morfem (terikat), contohnya:
(a) Itu buku dia
Itu bukunya
2. Antaranya perkataan dengan perkataan, contohnya:
Kerana dengan sebab
Kasih dan sayang
3. Antara frasa dengan frasa, contohnya:
Ibu bapa dengan orang tua
Meninggal dunia dengan pulang ke rahmatullah
Terdapat beberapa perkara tentang gejala sinonim yang menarik perhatian. Pertama (tidak semua
perkataan dalam bahasa Melayu mempunyai sinonim). Contohnya, beras, salji, dan batu tidak mempunyai
sinonim. Kedua ( ada perkataan bersinonim pada bentuk dasar, tetapi tidak bersinonim pada bentuk
terbitan) contohnya perkataan benar bersinonim dengan betul tetapi kebenaran tidak bersinonim dengan
kebetulan. Ketiga, (ada perkataan yang tidak mempunyai sinonim pada bentuk dasar, tetapi memiliki
sinonim pada bentuk terbitan). Contohnya, jemur tidak mempunyai sinonim, tetapi menjemurkan
bersinonim dengan mengeringkan, dan berjemur bersinonim dengan berpanas. Keempat, (terdapat
perkataan yang mengikut erti sebenarnya tidak mempunyai sinonim, tetapi dalam erti kiasan mempunyai
sinonim). Contohnya hitam tidak mempunyai sinonim, tetapi dalam erti kiasan mempunyai beberapa
sinonim, seperti gelap, buruk dan jahat.
Semantik | 6
Interpretasi kedua-dua perkataan ini juga mungkin berbeza dari seorang ke seorang. Contohnya:
Sila - jemput
Makan – sarapan
Abdullah Hassan (1981) menjelaskan lagi bahawa, “memang agak sukar untuk memberi satu takrif
yang menyeluruh dalam definisi kata-kata sinonim ini.”
b) Kata Antonim
Perkataan antonim berasal daripada perkataan Yunani kuno, iaitu „anoma‟ yang bererti „nama‟ dan
„anti‟ yang bererti „melawan‟. Oleh itu, antonim bermaksud perkataan yang maknanya dianggap
berlawanan atau kebalikan daripada perkataan lain. Contohnya ialah baik/buruk, tinggi/rendah dan
panjang/pendek.
Bagi perkataan yang tergolong dalam kata sifat, biasanya perkataan lawannya mudah dikaji tetapi
bagi kata kerja, tidak semua kata kerja mempunyai lawan. Contohnya kita tidak dapat menentukan lawan
bagi berjalan, bermain, duduk, memasak, mandi, dan sebagainya.
Pertentangan makna ini juga bergantung pada konteks dan budaya. Contohnya perkataan “tinggi”
mungkin bertentangan makna dengan “rendah” atau “pendek”, “kaya” dengan “fakir” atau”miskin” dan
sebagainya.
Bagaimanapun kita boleh melawankan atau mempertentangkan perkataan seperti menolak-
menerima, keluar-masuk, membuka-menutup, menangis-ketawa, mendedahkan-menyembunyikan dan
sebagainya.
Bagi perkataan nama, demikian juga keadaannya. Kita boleh menentukan kata berlawanan bagi
perkataan langit, ibu, kakak, malam dan sebagainya tetapi tidak untuk perkataan seperti perang, kertas,
cawan, bakul, tali, sayur, daun, meja, dan sebagainya.
Selain itu perkataan-perkataan juga mungkin mempunyai hubungan dari segi analogi iaitu
perkataan itu mempunyai pertalian. Contohnya dari segi jenis, sebab dan akibat, asosiasi, tujuan, simbol
dan sebagainya. Contoh:
(a) hubungan dari segi jenis
Meranti-kayu
Bawal-ikan
(b) hubungan sebab dan akibat:
Semantik | 7
Sejuk-menggigil
Luka-sakit
(c) hubungan dari segi asosiasi
Ketawa-gembira
Muram-sedih
(d) hubungan dari segi tujuan
Usaha-kejayaan
Bekerja-kepuasan
(e) hubungan dari segi simbol
Raja-kedaulatan
Putih-kesucian
(c) Kata Homonim (hampir sama sebutannya)
Perkataan Homonim berasal daripada bahasa Yunani kuno, iaitu „anoma‟ yang bererti „nama‟ dan „homo‟
yang bererti „sama‟. Homonim diertikan sebagai ungkapan (perkataan, frasa atau ayat) yang bentuknya
sama dengan ungkapan lain tetapi maknanya tidak sama. Contohnya:
Buku –i. bererti keras pada tempat pertemuan dua ruas buluh, tebu dan sebagainya
Buku –ii. bererti beberapa helai kertas berjilid yang bererti tulisan untuk dibaca atau bererti ruang-
ruang kosong untuk ditulis.
Di dalam kamus, perkataan berhomonim ditandai dengan angka roman yang diletakkan selepas
setiap entri yang berhomonim itu. Contohnya:
Buku i
Buku ii
Homonim terbahagi 2 iaitu homofon dan homograf. Homofon dilihat dari segi bunyi (homo=sama,
fon=bunyi). Contohnya buku-bunyi dan ejaannya sama.
Homograf dilihat dari segi tulisan / ejaan (homo=sama, graf=tulisan). Sebutan sama tetapi ejaan
berbeza. Contohnya bang (azan) dengan bank (institusi kewangan- mengikut sebutan baku).
Ada juga perkataan yang ditulis sama seperti tetapi sebutan berbeza. Contohnya mengerat
(memotong) dan mengeratkan (merapatkan). Ini kerana huruf e mewakili dua bunyi, iaitu e pepet dan e
Semantik | 8
taling. Terdapat perkataan-perkataan yang sama ejaannya tetapi berlainan sebutan dan maknanya.
Contohnya:
Ejaan bunyi makna
Perang [peran] perang, pergaduhan
Semak [sema] belukar
[sema?] meneliti
d) Kata polisim (banyak makna)
Kesamaan bunyi dan bentuk ejaan tetapi berbeza makna di dalam konteks yang berlainan. Banyak
perkataan dalam bahasa Melayu yang sama ejaannya tetapi berbeza maknanya apabila digunakan dalam
konteks yang berlainan. Contohnya perkataan kepala yang membawa erti (1) bahagian tubuh manusia
atau binatang dari hujung leher ke atas, (2) Orang yang mengetuai negara, kampung dan sebagainya. (3)
bahagian yang letaknya di atas (di hadapan sekali) dan (4) akal; fikiran; otak. Secara rajah, perkataan
kepala mempunyai empat makna atau konsep yang berikut:
Makna 1
Makna 2
Kepala Makna 3
Makna 4
(a) Kata Hiponim (struktur makna)
Perkataan hiponim berasal daripada Yunani kuno, iaitu „anoma‟ yang bererti „nama‟ dan „hypo‟ yang bererti
„di bawah‟. Hiponim ialah ungkapan yang maknanya dianggap merupakan sebahagian daripada makna
ungkapan lain. Contohnya bawal ialah hiponim terhadap perkataan ikan, oleh sebab bawal adalah
termasuk makna ikan. Bawal memang ikan tetapi, ikan bukan hanya bawal, sebaliknya meliputi pelbagai
ikan-ikan lain seperti yang tertera dalam rajah berikut:
Ikan bawal tenggiri cencaru kembung selar
Semantik | 9
AKTIVITI 7.3
1. Jelaskan hubungan perkataan dan rujukan dari aspek kesamaan dan pertentangan makna. 2. Jelaskan hubungan perkataan dan rujukan dari aspek kepelbagaian makna.
7.4 Faktor-faktor yang menentukan makna
Terdapat lima faktor seperti pilihan, kebudayaan, konteks, unsur-unsur paralinguistik dan ciri-ciri prosodi
dapat menentukan makna.
1. pilihan
Pengucapan yang lazim di sekolah yang dilafazkan oleh murid-murid apabila bertembung dengan guru,
pengucapan seperti “selamat” sama ada “selamat pagi”, “selamat tengahari” atau “selamat petang”
kebiasaannya diucapkan. Ucapan ini dikeluarkan oleh sebab murid-murid tidak ada pilihan lain untuk
bertutur dengan guru mereka dalam konteks pertembungan seperti itu. Apa yang berlaku pada mereka dan
juga pada hari berkenaan sama ada selamat atau tidak, baik atau tidak, mereka tetap mengucapkan ujaran
itu kepada guru mereka. Maka ujarannya tadi tidaklah membawa sebarang makna, tetapi ia mengujarkan
juga kerana itulah pilihan yang paling sesuai dengannya. Bersandarkan fenomena itulah Abdullah Hassan
(1980) berpendapat salah satu daripada faktor yang menentukan makna ialah pilihan.
Pengucapan “apa khabar” yang biasa diucapkan apabila berjumpa dengan orang lama k ita sudah
jumpai atau kepada seseorang yang baru diperkenalkan kepada kita. Ucapan itu biasa diujarkan secara
spontan dan merupakan pilihan yang ada sebagai pemula kepada pertuturan selanjutnya. Sebagai
menjawab pertanyaan tersebut, secara spontan juga orang yang ditujukan ujaran tersebut akan menjawab
“baik” atau “macam biasa!” walaupun mungkin pada keadaan sebenarnya, orang itu berada di dalam
keadaan yang tidak baik atau tidak biasa. Sekiranya demikian, maka ujarannya tadi tidaklah membawa
sebarang makna, tetapi ia mengujarkan juga itulah pilihan yang sesuai dengannya.
2. kebudayaan
Makna ditentukan oleh faktor kebudayaan. Kebudayaan sesuatu masyarakat menentukan bentuk-bentuk
ujaran penentunya. Bagi masyarakat Jepun misalnya, bahasa mereka amat mementingkan status umur
penutur-penuturnya. Seseorang itu mestilah menggunakan bentuk bahasa dan rujukan yang benar-benar
sopan (polite) kepada orang-orang yang lebih tua daripada mereka walaupun perbezaan umur mereka
cuma sehari sahaja.
Dalam kebudayaan masyarakat Melayu pula, ditentukan bahawa penutur-penuturnya tidak boleh
menggunakan kata-kata yang kurang sopan kepada orang tua dan orang yang lebih berkedudukan lebih
tinggi. Sebagai contoh, seorang rakyat dikatakan tidak manis kalau menggunakan perkataan „saya‟ apabila
bertutur dengan raja. Ia harus menggunakan “patik” walaupun “patik” dan “saya” itu pada dasarnya
mempunyai persamaan makna. Sekiranya ia menggunakan perkataan atau rujukan yang salah maka ia
Semantik | 10
dikatakan melanggar tatasusila budaya Melayu. Hal ini berbeza misalnya dengan kebudayaan Inggeris
iaitu kebudayaan ini membolehkan penutur-penuturnya menggunakan perkataan “I” kepada orang tua
malah juga kepada sesiapa sahaja.
Kebudayaan juga menentukan ujaran-ujaran tertentu untuk sesuatu suasana atau tujuan-tujuan
tertentu. Dalam bahasa Melayu misalnya kita mempunyai ungkapan-ungkapan seperti “jemput duduk”,
“minta diri”, “sila masuk dan sebagainya sebagai kata-kata hormat kepada tetamu atau “tuan rumah”.
Perkataan-perkataan seumpama ini tidak boleh kita terjemahkan bulat-bulat dan diaplikasikan ke dalam
masyarakat lain kerana mungkin membawa maksud atau pengertian yang berlainan, yang tidak dapat
diterima oleh kebudayaan masyarakat berkenaan.
3. konteks
Konteks sememangnya nyata boleh menentukan makna sesuatu perkataan atau suatu ujaran. Ianya boleh
dibahagikan kepada dua iaitu konteks ayat dan konteka situasi atau disebut juga sebagai latar ujaran. Bagi
melihat perbezaan makna berdasarkan konteks ayat, contoh-contoh dalam bahagian “polisim” iaitu
kesamaan bunyi dan bentuk ejaan tetapi berbeza maknanya dalam konteks yang berlainan.
Seperti
Badan : badan saya sakit (badan bererti tubuh)
Kita harus menubuhkan badan kebajikan
(badan bererti lembaga atau yayasan)
Dalam menentukan makna berdasarkan konteks situasi atau latar ujaran pula, perlu merujuk kepada
“konsep konteks situasi” di beberapa peringkat:
Di peringkat leksikal, sesuatu perkataan sememangnya membawa makna yang berlainan. Makna
perkataan tadi, tari, tali, tahi, misalnya sememangnya berlainan antara satu sama lain. Perkataan-
perkataan itu berfungsi membawa pengertian yang tersendiri dan makna perkataan-perkataan itu dapat
dilihat dengan jelas kalau digunakan dalam konteks-konteks tertentu.
Pada peringkat morfologi pula seperti juga fenom, morfem-morfem seperti me-, ber-, ter-, dan
sebagainya secara tersendiri tidak mempunyai makna tetapi kalau morfem-morfem itu diletakkan dalam
konteks perkataan-perkataan yang tertentu, ia mempunyai makna: sebagai contoh, perkataan-perkataan
terjatuh, termakan, terdaya, melaut, menangis, mencangkul, dan lain-lain.
Pada peringkat intonasi ayat pula, sekiranya pengucapan perkataan haus dalam intonasi yang
berlainan, akan membawa maksud yang berlainan. Misalnya, ujaran “haus!” dan “haus?” membawa
maksud yang berbeza, Ujaran “haus!” lebih merupakan satu penglahiran rasa dahaga yang dialami oleh
penutur sendiri sementara ujaran “haus?” (dengan intonasi ayat tanya) lebih merupakan pertanyaan
Semantik | 11
kepada pendengar ujaran itu. Makna perkataan ini berbeza sekali sekiranya konteks ujaran itu berhubung
dengan “kasut” misalnya “haus” bukan lagi bererti dahaga tetapi “kasut yang kehilangan bunga”.
Penglibatan orang yang menutur dalam sesuatu konteks pertuturan menentukan penggunaan
sesuatu perkataan. Contohnya di dalam masyarakat Melayu, apabila seorang anak bertutur dengan ibu
bapa atau orang-orang yang lebih tua daripadanya, mereka tidak boleh menggunakan perkataan “aku” dan
“engkau” kerana ini dianggap membawa konotasi yang tidak manis atau tidak sopan. Bagaimanapun
perkataan “aku” dan “engkau” akan membawa konotasi yang berlainan apabila digunakan semasa bertutur
dengan kawan khususnya kawan rapat. Bagi setengah orang, penggunaan kata-kata ini boleh
menunjukkan kemesraan.
Tajuk perbincangan juga dianggap sebagai satu aspek penting dalam konteks situasi. Ini kerana
tajuk perbincangan akan menentukan penggunaan perbendaharaan kata tertentu dengan makna yang
tertentu juga. Sebagai contoh, perkataan “arak”, kalau digunakan dalam konteks “hidangan minuman”,
perkataan itu dimaksudkan kepada “minuman keras” tetapi dalam konteks lain misalnya mengenai “acara
sambutan”, perkataan itu bererti “berjalan beriringan secara beramai-ramai”
Seterusnya kesan pertuturan juga pula dimaksudkan kepada reaksi atau perlakuan yang
ditunjukkan oleh penutur selepas terlafaznya suatu ujaran. Sebagai contoh, katakan si A mengujarkan
“Amboi ! seronoknya “ kepada si B dan selepas ujaran itu berlaku pertengkaran antara kedua-duanya. Di
sini nyata bahawa ujaran itu mengandungi pengertian yang negatif. Mungkin sebenarnya si A menyindir si
B. Sebaliknya selepas ujaran itu si A dan si B riang ketawa atau si A sama-sama menikmati keseronokan
yang dirasai oleh si B, maka ujaran si A tadi mengandungi pengertian yang positif dengan maksud
“seronok” itu memang benar-benarnya “seronok” bukan sebaliknya. Demikianlah pentingnya konteks
situasi dalam penentuan makna suatu ujaran.
4. Unsur-unsur Paralinguistik
Yang dimaksudkan dengan unsur-unsur paralinguistik ialah unsur-unsur yang berkaitan dengan mimik
muka, gerak tangan, dan sebagainya. Faktor-faktor ini juga boleh menentukan makna. Sebagai contoh,
kalau seseorang itu mengucapkan “Yalah” atau “baiklah” dengan mimik muka masam, disertai pula jelingan
sinis, ujaran itu membawa maksud yang negatif, mungkin berkecil hati, merajuk atau mendendami.
Sebaliknya kalau diucapkan dengan senyuman dan bayangan wajah yang ikhlas, maka ujaran itu tidak
membawa makna yang negatif.
5. Ciri-ciri Prosodi
Ciri-ciri prosodi adalah berkaitan dengan tekanan, nada dan intonasi pengujaran ayat. Sekiranya sesuatu
ayat itu, walaupun kata-katanya sopan tetapi kalau diucapkan dengan intonasi, tekanan atau nada yang
keras, ia boleh mengubah makna dan mendatangkan reaksi yang negatif kepada sesetengah orang.
Sebaliknya kalau diucapkan dengan nada dan intonasi yang lembut ia boleh membawa implikasi yang
sebaliknya. Sebagai contoh, kalau ujaran “jangan buat begitu!” diucapkan dengan nada dan intonasi yang
Semantik | 12
lembut, ia membawa unsur-unsur nasihat tetapi kalau diucapkan dengan nada yang keras, ia mungkin
menjadi amaran.
Faktor-faktor perubahan makna
1. Perubahan bahasa itu sendiri
Terdapat perkataan-perkataan yang mengalami perubahan dari segi makna dibandingkan dengan makna
asal perkataan tersebut. Perubahan ini berlaku disebabkan oleh perkembangan bahasa itu sendiri.
Sebagai contoh, perkataan “hayat” dahulunya perkataan ini dimaksudkan kepada “hidup” tetapi sekarang ia
mengalami perubahan. Ini nyata dari contoh “ia menghayati sepenuhnya kandungan syarahan itu” Di sini
“menghayati” bukanlah “menghidupkan” tetapi “mengikut dengan sepenuhnya”. Begitu juga dengan
perkataan “hantu”, dalam contoh “kejadian itu menghantui fikirannya”, “hantu” itu bukan lagi merupakan
makhluk tetapi maknanya ialah “mengganggu”.
Perkataan “belayar, misalnya dahulunya dimaksudkan kepada pengembara di laut dengan
menggunakan perahu yang ada “layar” sahaja tetapi sekarang perkataan itu digunakan juga untuk
perjalanan di laut menggunakan kapal, perahu biasa, bot, dan sebagainya. Oleh itu, nyata bahawa
perkataan “belayar” tidak perlu mempunyai hubungan dengan “layar”
Demikianlah keadaannya, perubahan itu berlaku kerana proses perkembangan bahasa itu sendiri,
di mana pengguna-pengguna bahasa telah menukar makna sesuatu perkataan itu kepada maksud yang
lain.
2. Perubahan kerana berlakunya perubahan tanggapan penutur
Akibat dari tanggapan dalam keadaan-keadaan dan atas tujuan-tujuan tertentu oleh penutur-penutur
sesuatu bahasa, maka makna bagi sesuatu perkataan dalam bahasa berkenaan mengalami perubahan.
Sebagai contoh perkataan “kaki dan tangan” adalah nama yang diberikan kepada anggota tubuh tetapi
“kaki dan tangan” juga dimaksudkan kepada “pembantu atau pekerja-pekerja” dalam sesuatu institusi.
Begitu juga dengan tangan kanan yang bukan sahaja bermaksud “anggota tangan sebelah kanan tetapi
juga “orang kuat” kepada seseorang, “Patah kaki” pula dimaksudkan kepada “kesukaran untuk bergerak
kerana tiada kenderaan “. Jadi tanggapan orang kepada makna perkataan tersebut telah mengalami
perubahan.
3. Perubahan kerana perubahan maksud
Perubahan makna yang berpunca dari tujuan memperluaskan maksud, ini ada hubungannya dengan
kedua-dua faktor di atas. Lantaran perkembangan bahasa itu sendiri dan kerana perubahan tanggapan
penutur, sesuatu perkataan itu telah mengalami perluasan makna. Sebagai contoh yang nyata, lihat
perubahan makna “saudara” dan “abang” sebagaimana yang telah dijelaskan di atas kerana
perkembangan yang dialami oleh bahasa Melayu sendiri, perkataan “saudara” tidak lagi terbatas kepada
orang-orang yang mempunyai pertalian darah malah juga kepada orang yang mempunyai pertalian agama.
Bagi perubahan tanggapan penutur pula, perkataan „abang” telah mengalami perluasan makna iaitu
Semantik | 13
perkataan “abang” telah mengalami perluasan makna yakni perkataan itu tidak lagi hanya ditumpukan
kepada “saudara lelaki yang lebih tua”
4. Perubahan kerana perbatasan maksud
Makna bagi sesuatu perkataan boleh juga dibataskan atas tujuan-tujuan tertentu. Contoh perkataan
“sarjana”. Makna asal perkataan ini ialah “orang yang pandai” tetapi kemudian di dalam istilah pendidikan,
perkataan “sarjana” dikhususkan kepada nama sejenis kelulusan di peringkat universiti misalnya “sarjana
muda”, “sarjana sastera”, “sarjana pendidikan”, ”sarjana ekonomi” dan sebagainya. Jelasnya perkataan
“sarjana” tidak lagi dirujukkan kepada orang pandai”.
Timbulnya kepentingan mengkhususkan atau membataskan makna bagi sesuatu perkataan ini
pada umumnya adalah untuk menentukan istilah supaya penggunaan khusus untuk bidang-bidang
tertentu. Perkataan “sendi” yang asalnya bermaksud “tempat ruas tulang berhubung” misalnya, di dalam
ilmu bahasa ditujukan khusus kepada kata-kata yang berfungsi menghubungkan antara perkataan dengan
atau antara ayat-ayat. Jadi, ertinya makna perkataan “sendi” itu telah mengalami perubahan melalui
pembatasan maksud. Begitu juga dengan perkataan “buluh”, “buluh” pada asanya bermaksud “aur atau
“bambu” tetapi dalam bidang sains biologi, maksud perkatan “pembuluh” khususnya ditujukan kepada
“saluran darah”.
Perkataan “membatang” pula, dalam bidang pengajaran bahasa, tidaklah bermaksud “bertindak
seperti batang” tetapi perkataan itu merupakan istilah bagi satu daripada kaedah mengajar membaca iaitu
mengajar bacaan dengan cara menyebut huruf-huruf dan suku kata.
5. Kata pantang
Kata-kata pantang adalah kata-kata yang dianggap boleh membawa bencana atau kecelakaan kalu
disebut secara terang-terangan. Ini ada hubungannya dengan kepercayaan kepada unsur-unsur ghaib
dalam sesebuah masyarakat dan untuk menghindari mereka dari kecelakaan, mereka mencari perkataan-
perkataan lain sebagai penggantinya. Ini juga ada hubungannya dengan pengalaman ahli-ahli masyarakat
bila bertemu dengan binatang-binatang buas atau mendapat bencana kerana diganggu oleh roh-roh atau
penunggu-penunggu yang dipercayai menjaga sesuatu tempat. Oleh yang demikian, mereka percaya
bahawa apabila binatang-binatang atau benda-benda itu disebut dengan menggunakan nama-nama yang
lebih lembut, mereka akan terhindar daripada bencana. Oleh yang demikian, terdapat panggilan-panggilan
seperti Pak Belang( ditujukan kepada harimau), akar (ditujukan kepada ular), “datuk” ( kepada roh atau jin
penunggu) dan sebagainya. Selain contoh di atas, terdapat juga kata-kata yang tidaklah sebenarnya
bersifat “pantang” atau “taboo” tetapi kalau disebut secara terus terang boleh membawa unsur negatif
kepada seseorang misalnya mungkin menimbulkan kemarahan. Maka, untuk mengelakkan rasa tidak
senang , perkataan-perkataan itu ditukar kepada bentuk yang lebih halus misalnya “mati” dikatakan
“meninggal dunia”. “gemuk” dikatakan “semangat”:, kulit disebut “buruh”, “orang gaji” disebut “pembantu
rumah dan sebagainya. Penggantian kata-kata pantang dan kata-kata yang membawa unsur negatif
kepada kata-kata yang lebih lembut dan hormat diistilahkan sebagai “eufemia” dan memang wujud dalam
kebanyakan bahasa.
Semantik | 14
RUMUSAN
Penerangan di atas telah menjelaskan secara mendalam tentang bidang ilmu semantik yang
membicarakan tentang hubungan kata dan makna. Selain itu, ditunjukkan pula tentang hubungan kata
dengan rujukan yang pelbagai. Natijahnya daripada perbincangan ini, memperlihatkan bahawa wujudnya
kepelbagaian makna bagi sesuatu perkataan. Hal ini memperlihatkan bahawa kajian ilmu semantik ini amat
perlu dipelajari memandangkan ilmu ini dapat mendedahkan pengetahuan yang menyeluruh tentang
makna perkataan.
KATA KUNCI 1. Signified 2. Signifier 3. Semiotik 4. Semiologi
5. Semasiologi 6. Anoma 7. Paralinguistik
PENILAIAN KENDIRI
1. Jelaskan beberapa definisi semantik daripada beberapa pandangan tokoh. 2. Dengan contoh-contoh, tunjukkan bagaimana perkataan mempunyai hubungan dengan makna
dan rujukan. 3. Dengan contoh-contoh, tunjukkan bagaimana wujudnya keserasian perkataan dalan Bahasa
Melayu. 4. Dengan contoh-contoh, tunjukkan bagaimana hubungan makna dengan pengetahuan alam. 5. Jelaskan hubungan makna dengan konteks.
RUJUKAN Cruse, D.A. (1986). Lexical Semantics.New York. Cambridge University Press. Kempson, R.M. (1977).Semantic Theory. London.Cambridge University Press. Mansoer Pateda (1986). Semantik Leksikal. Flores. Penerbit Nusa Indah. Nida, E.A. (1975). Exploring Semantic Structures. Munchen. WilhemFink Verlag. Palmer, F.R. (1981). Semantics (Edisi ke-2). Cambridge. Cambridge University Press.
AKTIVITI 7.4
1. Bina peta minda yang melibatkan faktor-faktor yang menentukan makna.
2. Bina peta minda yang melibatkan faktor-faktor perubahan makna.
J
Peribahasa| 1
UNIT 8
PERIBAHASA
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda diharapkan dapat:
1. menjelaskan konsep peribahasa
2. menghuraikan jenis-jenis peribahasa, dan
3. mengaplikasikan peribahasa dalam pengajaran dan pembelajaran.
8.0 PENGENALAN
Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi
kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Manakala peribahasa tradisi pula merujuk kepada
peribahasa yang digunakan dalam pertuturan seharian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan.
Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sebahagian
daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu. Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu
peribahasa itu digunakan, yang membina minda.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:1185) makna peribahasa bermaksud ayat atau
kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu,
bidal, pepatah :pegangan mereka yang teguh kepada “biar mati anak jangan mati adat”, cukup
menerangkan kebudayaan mereka.
Kamus Dewan ( 1997 : 375 ) menjelaskan gaya sebagai cara menulis atau bertutur, cara membuat
sesuatu, terutamanya yang menjadi ciri sesuatu zaman atau seseorang. Gaya bahasa pula berkenaan cara
pemakaian bahasa, iaitu pengetahuan tentang pemilihan, penyusunan, penggunaan sesuatu perkataan
dan ayat. Tujuannya untuk menghasilkan bahasa yang persis dan berkesan.
Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia, makna peribahasa adalah ungkapan atau kalimat-
kalimat ringkas padat, yang berisi perbandingan, perumpamaan, nasihat, prinsip hidup atau aturan tingkah
laku. Meski terkesan konstruktif, langsung terkait budi pekerti, dengan kandungan nasihat, prinsip-prinsip
hidup atau aturan tingkah laku.
Peribahasa| 2
Menurut kamus pelajar Cetakan ke-12 Terbitan Khas KBSM ( 1995 ) pula mendefinisikan
peribahasa sebagai bidalan, pepatah, ayat atau kelompok kata yang tetap susunannya dan mempunyai
maksud tertentu.
Menurut Za‟ba (1934), peribahasa diertikan sebagai segala susunan cakap yang pendek dan
yang telah melekat di mulut orang ramai semenjak turun temurun kerana sedap didengar dan
perkataannya bijak, ringkas, luas dan mempunyai maksud yang mendalam-dipakai akan jadi sebutan-
sebutan oleh orang sebagai bandingan, teladan dan pengajaran. Oleh sebab itu, apa yang dikatakan
dengan bidalan, pepatah, perbilangan dan perumpamaan itu ialah kerana tiap-tiap satu ini cakap yang
mengandungi segala sifat-sifat peribahasa yang telah di sebutkan. Walhal kesemua itu ialah cakap-cakap
bijaksana yang ringkas yang telah terbeku dari beberapa zaman dan telah masyhur terpakai pada
mulut orang ramai, dan kadang kala diumunkan namanya “perkataan orang tua-tua” sahaja.
Selain itu, peribahasa juga diguna pakai untuk membuat dan menghiasi karangan atau
percakapan dan menguatkan tujuan karangan atau sesuatu percakapan. Di samping itu, peribahasa juga
boleh dijadikan pedoman hidup kerana maksud dan isinya yang benar dan luas.
Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian
atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas
tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sebahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu.
Peribahasa, seperti yang sudah diketahui umum, merupakan satu daripada cabang sastera lama,
bukan sahaja bagi bangsa Melayu tetapi juga bagi hampir semua bangsa di dunia. Sebelum ada undang-
undang yang mengawal perilaku hidup manusia bermasyarakat, orang bijak pandai dalam sesuatu bangsa
pada zaman itu telah mencipta beberapa petua, nasihat atau petunjuk sebagai peraturan tatatertib
pergaulan, tatasusila dalam pergaulan dan hubungan sesama manusia. Petua, nasihat atau petunjuk itu
diambil daripada alam sekeliling, contohnya perangai dan sifat manusia itu sendiri, juga daripada sifat dan
tabiat binatang, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.
Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan, yang membina minda.
Tetapi pada masa kini, pelbagai peribahasa dicipta yang memaksa pelajar-pelajar menghafalkan seberapa
banyak peribahasa seperti robot.
Peribahasa yang baru dicipta ini memberikan peluang kepada penerbit buku melariskan buku
masing-masing dengan mengisi buku masing-masing dengan peribahasa moden yang janggal, dengan
setiap penerbit menghasilkan peribahasa masing-masing.
8.1 Ciri dan Tujuan Peribahasa
Peribahasa dikatakan sebagai cerminan watak bangsa yang memilikinya. Di samping itu, peribahasa juga
penting dalam konteks penelitian warisan dan keterampilan pengguna bahasa. Ini kerana dalam
Peribahasa| 3
peribahasa tersirat makna yang cukup mendalam dan tepat sehingga membolehkan komunikasi lisan atau
tulisan menjadi lebih lancar dan berkesan. Kewujudan peribahasa adalah serentak dengan kewujudan
sesebuah bangsa dan terus berkembang dalam proses manusia menyesuaikan dirinya dengan kehidupan
sehariannya. Peribahasa telah digunakan untuk mengenal peribahasa, di samping membuat ketentuan
antara baik – buruk serta mencari ketetapan dalam tata cara hidup masyarakat.
Dalam menghasilkan peribahasa, tiga sumber utama telah digunakan oleh masyarakat
penuturnya, iaitu yang pertama melalui pengalaman hidup khususnya dalam kalangan rakyat biasa, kedua
melalui penaakulan para bijak pandai dan ketiga menerusi sumber yang didapati daripada kitab-kitab suci (
Abdullah Hussain, 2003). Hasilnya, peribahasa yang bermain di mulut orang Melayu bukan sahaja
mendukung isi yang tepat dan kias ibarat yang tajam, malah ungkapan kalimat bahasa yang dihasilkan
amat teratur, ringkas dan padat. Oleh itu, perlu disedari bahawa peribahasa dalam fungsinya
menyampaikan pengajaran, teladan dan sindiran mempunyai ciri pelembut agar pendengar atau
pembacanya tidak mudah terasa hati. Pada masa yang sama, unsur didaktik yang dibawa melalui
peribahasa juga akan dapat memberi impak yang besar ke atas pemikiran serta perasaan mereka.
Dalam konteks masyarakat, peribahasa mempunyai dua tujuan utama, iaitu menyembunyikan
ungkapan atau kata-kata kasar dan penghuraian sistem adat Melayu. Masyarakat Melayu sememangnya
terkenal dengan budi bahasa yang lembut ketika berkomunikasi dengan pihak lain. Pada kebiasaannya,
masyarakat Melayu tidak gemar berterus terang dalam menyatakan sesuatu yang tidak digemarinya.
Contohnya, untuk meluahkan rasa marah terhadap perlakuan seseorang akan diungkapkan peribahasa
berikut,
Siapa makan lada, dialah terasa pedasnya,
Lembu punya susu, sapi dapat nama
Menerusi peribahasa juga kata-kata kasar dapat dielakkan penggunaannya dan diganti dengan
kata-kata yang lebih halus dan indah bagi menunjukkan rasa marah dan tidak puas hati. Contohnya dalam
menyatakan badan seseorang yang terlalu kurus, maka digunakan peribahasa badannya melidi,
sementara bagi menyatakan kebodohan seseorang diganti dengan ungkapan Pak Pandir.
Peribahasa dikatakan sebagai susunan perkataan yang indah dengan maksud yang benar dan
logik hasil daripada kecekapan berbahasa masyarakat Melayu. Peribahasa merangkumi simpulan bahasa,
perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan, kata-kata hikmah dan bahasa kiasan ( HSP Bahasa Melayu
Tingkatan 4:xiv). Setiap satunya mempunyai sifat dan tujuan yang tertentu.
Peribahasa| 4
Contoh-contoh peribahasa:
Ada air adalah ikan.
Maksud : Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki.
Contoh ayat : Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganlah cepat kecewa kerana di mana ada air
adalah ikan.
Ada gula adalah semut
Maksud : Apabila sesuatu tempat itu mudah mendapat kesenangan atau kemewahan di situlah ramai
orang berkumpul.
Contoh ayat : Di bandar itu ramai orang tinggal kerana senang mendapat rezeki dan kemewahan, seperti
kata peribahasa ada gula adalah semut.
Air dicencang tidak akan putus
Maksud : Perselisihan antara adik-beradik tidak akan kekal lama dan akhirnya akan berbaik semula.
Contoh ayat : Ahmad yang tidak bertegur sapa dengan abangnya selama setahun, sekarang telah berbaik-
baik semula kerana air dicencang tidak akan putus.
Air pun ada pasang surutnya
Maksud : Untung dan malang nasib seseorang itu sentiasa bertukar ganti.
Contoh ayat : Nasib Pak Zaki samalah seperti keadaan air pun ada pasang surutnya kerana dahulu dia
hidup mewah tetapi sekarang dalam kesusahan.
Air sama air, sampah ke tepi juga
Maksud : Jangan mencampuri pergaduhan adik-beradik atau sekeluarga kerana apabila mereka berbaik
semula kita akan tersisih.
Contoh ayat : Karim yang mencampuri perselisihan Ismail sekeluarga kini tidak dipedulikan lagi apabila
keluarga Ismail berbaik semula kerana air sama air, sampah ke tepi juga akhirnya.
Air yang tenang jangan disangka tiada buaya
Peribahasa| 5
Maksud : Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.
Contoh ayat : Faridah itu umpama air yang tenang jangan disangka tiada buaya, walaupun dia sentiasa
pendiam tetapi bijak dan berani memberikan pendapat.
AKTIVITI 8.1
Sila berbincang dengan rakan anda untuk mengisi garisan kosong di bawah.
1. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Maksud : _____________________________________________________________________________
Contoh ayat :
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
2. Alah bisa, tegal biasa
Maksud : _____________________________________________________________________________
Contoh ayat :
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
3. Alah membeli, menang memakai
Maksud : _____________________________________________________________________________
Contoh ayat :
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
4. Alah sabung, menang sorak
Maksud : _____________________________________________________________________________
Peribahasa| 6
Contoh ayat :
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
8.2 Jenis-Jenis Peribahasa
A). Simpulan Bahasa
Simpulan bahasa adalah kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan
tertentu yang membawa maksud tertentu. Maksudnya terdapat daripada apa yang tersirat atau
tersembunyi bukan daripada yang tersurat atau nyata. Ringkasnya, erti simpulan bahasa berlainan
daripada perkataan yang digunakan.
Contoh:
1. Simpulan bahasa yang mempunyai dua makna. Contohnya:
(a) ada angin:
mempunyai kemahuan atau keinginan untuk mendapatkan sesuatu.
sikap atau perasaan seseorang yang suka meninggi diri.
(b) anak buah:
orang yang berada di bawah pengawasan seseorang ketua seperti ketua pejabat atau
penghulu.
anak saudara.
(c) langgar bahasa:
bercakap dengan menggunakan bahasa yang kasar.
tingkah laku atau kelakuan yang tidak sopan atau melanggar adat.
2. Simpulan bahasa yang berlainan tetapi mempunyai makna yang sama. Contohnya:
Seseorang yang tidak mempunyai perasaan malu.
muka talam, muka tebal, dan muka tembok.
Seseorang yang sudah lanjut usianya tetapi perangai tidak senonoh atau jahat.
Peribahasa| 7
tua keladi, tua kutuk, dan tua lengkuas.
Bentuk atau ciri Simpulan Bahasa
1. Terbentuk daripada penggunaan kata nama am. Contohnya:
anak buah, buah tangan, dan lipas kudung.
Anak, buah, dan lipas masing-masingnya sebagai kata nama am.
2. Terbentuk daripada penggunaan kata kerja. Contohnya:
ajak-ajak ayam, buat bodoh, dan pasang telinga.
Ajak, buat, dan pasang masing-masingnya sebagai kata kerja.
3. Terbentuk daripada penggunaan kata adjektif. Contohnya:
besar kepala, bodoh sepat, dan kecil hati.
Besar, bodoh, dan kecil masing-masingnya sebagai kata adjektif.
4. Terbentuk daripada penggunaan kata nama khas. Contohnya:
Abu Jahal, Mat Jenin, dan Pak Kaduk.
Semua ini sebagai kata nama khas.
5. Terbentuk daripada nilai kepercayaan. Contohnya:
air pinang, batu buyung, dan makan bulan.
Semua ini ada kaitan dengan kepercayaan orang Melayu.
Contoh Simpulan Bahasa dan Maknanya:
Simpulan Bahasa Maksudnya
ada angin berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika
ada hati mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki
sesuatu
air muka rupa atau wajah seseorang
ajak-ajak ayam tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang
ada bakat mempunyai tokoh atau perwatakan
alas perut makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan
Peribahasa| 8
yang mengenyangkan
anak angkat anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri
anak bapa anak yang disayangi oleh bapa
anak buah orang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara
anak emas anak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya
angkat kaki meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab
atas angin negara-negara di sebelah barat
atas pagar tidak menyebelahi mana-mana pihak
ayam tambatan orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan
bahasa pasar bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya
banyak mulut orang yang banyak bercakap
batu api orang yang suka menghasut
batu loncatan sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati
bau-bau bacang tali persaudaraan yang jauh
bawah angin negara-negara di sebelah timur
bekas tangan hasil kerja tangan seseorang
beralih akal berubah fikiran atau pendapat
beralih angin pergi ke sesuatu tempat untuk berehat
berat hati enggan; malas
berat mulut pendiam atau tidak suka bercakap banyak
berat tulang orang yang malas bekerja
berat sebelah tidak berlaku adil
berbelah bagi sukar untuk membuat keputusan
berhati batu degil dan sukar menerima nasihat
berhutang budi patut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga
bermuka dua tidak jujur
bertikam lidah bertengkar; berdebat
besar hati bergembira atau berbangga akan sesuatu
besar kepala degil; sukar menerima pandangan orang lain
buah hati orang yang dikasihi atau dipuja
buah mulut sesuatu yang menjadi perbualan orang ramai
buah tangan hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang
bulat hati bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah nekad
buruk siku mengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain
buta hati tidak dapat menerima pengajaran; zalim; kejam
cahaya mata anak
cakar ayam tulisan yang buruk
Peribahasa| 9
campur tangan turut serta atau mencampuri urusan orang lain
cari jalan berusaha atau berikhtiar melakukan sesuatu
cepat tangan suka mencuri
dalam tangan sudah pasti akan diperoleh
darah daging anak kandung
durian runtuh keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka
gaji buta mendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau bekerja bersungguh-sungguh
gelap mata hilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau harta
harga diri maruah atau kehormatan seseorang
harga mati harga tetap yang tidak dapat ditawar lagi
hati batu degil atau keras hati
hidung tinggi sombong atau tinggi diri
hilang akal tidak tahu apa-apa yang perlu dibuat; hilang pertimbangan diri
ikat perut menahan lapar kerana berjimat
iri hati menyimpan perasaan dengki atau cemburu
isi hati perasaan dalam hati
jalan buntu tidak ada jalan penyelesaian
kacang hantu orang yang jahat dan suka mengganggu orang lain
kaki ayam tidak berkasut atau berselipar
kaki bangku tidak berkebolehan bermain bola
kaki botol suka minum minuman keras
kecil hati berasa tersinggung atau merajuk
kepala angin perangai yang tidak menentu
kepala batu degil dan tidak mendengar nasihat
kera sumbang orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain
khabar angin berita yang belum tentu benarnya
langkah kanan bernasib baik
langkah seribu cepat-cepat lari kerana ketakutan
lidah bercabang kata-kata yang tidak dapat dipercayai
lipas kudung cepat membuat kerja
lintah darat mengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan
makan angin bersiar-siar untuk berehat
makan suap menerima rasuah
malu-malu kucing berpura-pura malu di hadapan orang
mandi peluh bekerja kuat
mati katak mati dengan sia-sia
membabi buta melakukan sesuatu tanpa berfikir
Peribahasa| 10
membawa diri tahu menjaga diri
membuka jalan memberi laluan kepada orang lain
membuka tembelang menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain
memeras otak terlalu kuat berfikir atau belajar
menarik diri tidak turut serta; meletak jawatan
mencari jalan berusaha untuk melakukan sesuatu
mencuci mata gembira memperhatikan sesuatu yang indah
mencuit hati lucu; menggelikan hati
mengabui mata cuba memperdaya; menipu
mengadu domba memperlagakan seseorang untuk memecahbelahkan persahabatan dan
sebagainya
mengambil angin bersiar-siar untuk berehat
mengambil berat memberi sepenuh perhatian
mengambil hati dapat memikat atau mempengaruhi
mengasah bakat latihan untuk mengembangkan bakat
muka tembok tidak berasa malu
mulut murai kuat bercakap atau berbuat bising
mulut tempayan tidak dapat menyimpan rahsia
murah hati suka berderma; tidak kedekut
naik angin terlalu marah
nyawa-nyawa ikan hampir-hampir mati
orang atasan orang yang berpangkat tinggi
otak cair pintar atau bijak
otak kering kurang siuman
otak udang bebal atau bodoh
paku Belanda barangan yang tetap harganya
panas hati meradang atau marah
panjang tangan suka mencuri
pasang telinga mendengar dengan teliti
pekak badak kurang jelas pendengarannya; tidak dapat mendengar bunyi yang kuat
pembasuh mulut makanan atau minuman yang dihidangkan selepas makan nasi
perang mulut pertengkaran
pilih kasih memberi layanan yang lebih kepada orang yang disukai
pisau cukur perempuan yang suka menghabiskan harta benda lelaki
puteri lilin tidak tahan terkena panas matahari
putih hati ikhlas; jujur
putih mata mengalami kekecewaan
Peribahasa| 11
rabun ayam penglihatan yang kurang jelas
rambang mata sukar membuat pilihan
ringan tangan suka membuat kerja: menolong orang
sampai hati tergamak melakukan sesuatu kerja
serkap jarang membuat tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul periksa
tangan terbuka menyambut sesuatu dengan senang hati
tangkai jering orang yang kedekut
tawar hati tidak mempunyai minat lagi
tebal muka tidak tahu malu
telinga kuali tahan hati menerima kemarahan
telinga lintah tajam pendengaran
telinga nipis cepat marah atau meradang
terang hati mudah memahami sesuatu
tidur-tidur ayam tidur yang tidak nyenyak
tin kosong bercakap besar tanpa ilmu
titik peluh hasil usaha yang bersungguh-sungguh
(Sumber: http://tatabahasabm.tripod.com/tata/simpul.htm)
B). Perumpamaan
Perumpamaan ialah susunan kata-kata yang indah, ringkas, dan kemas serta mempunyai maksud yang
tersirat. Biasanya, perumpamaan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti, dan umpama. Contoh
perumpamaan dan maksudnya adalah seperti yang berikut.
Perumpamaan Maksud
Bagai aur dengan tebing tolong-menolong antara satu dengan yang lain
Bagai bunyi cempedak jatuh bunyi jatuh yang kuat
Bagai bulan dipagari bintang kecantikan gadis yang tiada bandingannya
Bagai dihiris dengan sembilu perasaan yang sangat pedih
Bagai duri dalam daging sesuatu hal yang tidak menyenangkan
Bagai enau dalam belukar melepaskan
pucuk masing-masing
hanya mementingkan diri sendiri
Bagai itik pulang petang berjalan lambat sekali
Bagai isi dengan kuku persahabatan yang sangat erat
Bagai kacang melupakan kulit orang yang tidak tahu mengenang budi
Bagai kumbang putus tali amat cepat; terlepas daripada sengsara
Bagai melepaskan batuk di tangga membuat sesuatu kerja sambil lewa saja
Bagai menatang minyak yang penuh mendidik anak dengan penuh belaian kasih sayang
Peribahasa| 12
Bagai mencencang air membuat pekerjaan yang sia-sia
Bagai mural tercabut ekor seseorang yang becok mulutnya
Bagai si kudung mendapat cincin orang yang tidak dapat merasai nikmat atau menggunakan
kemudahan yang diperoleh
Bagai pinang dibelah dua/ Seperti cincin
dengan permata
pasangan yang sama padan dan sama cantik
Bagai tikus membaiki labu merosakkan lagi barang yang dibaikinya
Seperti abu di atas tunggul/ Seperti telur
di hujung tanduk
kedudukan tidak tetap atau tidak terjamin
Seperti anak ayam kehilangan ibu berpecah dan hilang tempat bergantung
Seperti anjing dengan kucing adik-beradik yang suka bergaduh
Seperti anjing dengan bayang-bayang orang yang tamak, tidak cukup dengan apa-apa yang ada
Seperti api dalam sekam dendam; perbuatan jahat yang tersembunyi
Seperti ayam berak kapur muka pucat dan tidak bermaya
Seperti bertih digoreng bunyi bising atau percakapan yang tidak berhenti-henti
Seperti cacing kepanasan tidak diam atau tenang; selalu gelisah
Seperti embun di hujung rumput kasih sayang yang tidak berkekalan
Seperti gergaji dua mata/ Seperti talam
dua muka
seseorang yang mengambil kesempatan daripada
pertelingkahan antara dua pihak
Seperti harimau menyembunyikan
kukunya
menyembunyikan kelebihan yang ada pada dirinya
Seperti hujan jatuh ke pasir/ Seperti
mencurahkan air ke daun keladi
memberi nasihat kepada orang tetapi tidak berkesan
Seperti katak di bawah tempurung orang yang cetek pengetahuannya mengenai hal dunia luar
Seperti kera kena belacan tidak suka duduk diam
Seperti kera mendapat bunga seseorang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain
Seperti kerbau dicucuk hidung seseorang yang lurus; menurut segala perintah orang lain tanpa
usul periksa
Seperti langit dengan bumi perbezaan yang amat ketara
Seperti mengajar itik berenang mengajar seseorang yang arif atau pandai daripada kita
Seperti pahat dengan penukul orang yang hanya bekerja apabila diperintah
Seperti pungguk rindu akan bulan mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin diperoleh
Seperti rusa masuk ke kampung berasa hairan dan tercengang-cenggang apabila berada di
tempat yang baru
Seperti tikus jatuh di beras memperoleh kekayaan yang tidak disangka-sangka
Seperti ular kena palu jalan atau barisan yang bengkang-bengkok
Peribahasa| 13
C). Pepatah
Pepatah seakan-akan sama dengan bidalan, tetapi pepatah mempunyai rangkaian perkataan berkerat-
kerat atau berpatah-patah. Sebagai contoh, diam ubi berisi, diam besi berkarat bermaksud orang yang
pendiam tetapi berakal itu lebih baik daripada orang yang pendiam tetapi bodoh.
Berikut adalah beberapa contoh pepatah Melayu:
Pepatah Melayu Maksudnya
Ditelan mati emak, diluahkan mati bapa.
Susah memilih kerana kedua-dua pilihan sama penting.
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk
mati di tengah-tengah.
Orang besar-besar berselisih, rakyat yang menderita.
Guruh tak berbunyi, malang tak berbau.
Kemalangan berlaku tanpa diketahui terlebih dahulu.
Harapkan pagar, pagar makan padi.
Percaya akan orang yang mengkhianati kita.
Kalah jadi abu, menang jadi arang.
Kedua-dua pihak yang berkelahi sama-sama menanggung
kerugian tidak kira siapa yang menang atau siapa yang kalah.
Kedua-duanya hangus.
Sepandai-pandai tupai melompat,
akhirnya jatuh ke tanah juga.
Orang yang pandai akan melakukan kesalahan sesekali. Kalau
orang itu pandai melakukan jenayah, sekali jatuh pun cukuplah
susah.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Bekerjasama dan saling menolong.
Sehari selembar benang, lama-lama jadi
kain.
Sedikit demi sedikit, lama-lama berhasil juga.
Biar putih tulang, jangan putih mata.
Rela mengorbankan nyawa daripada menanggung malu.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Orang yang bercita-cita akan berusaha mencapainya.
Genggam bara api, biar sampai jadi
arang.
Bersabar melakukan kerja yang susah sehingga berjaya.
Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan Kejayaan tidak akan datang begitu sahaja tanpa berusaha.
Peribahasa| 14
dapat sagunya.
Takut kerana salah, berani kerana benar.
Berasa takut kerana melakukan kesalahan, sebaliknya jika benar,
berasa berani.
Buang yang keruh, ambil yang jernih.
Buang yang jahat, ambil yang baik.
Buat baik berpada-pada, buat jahat
jangan sekali.
Lakukan kerja yang baik biarlah ada batasnya tetapi jangan
melakukan kejahatan.
Hancur badan dikandung tanah, budi
yang baik dikenang juga.
Budi baik dikenang walaupun orangnya sudah mati.
Ikut resmi padi, semakin berisi semakin
tunduk.
Semakin banyak wang/ilmu, orang itu semakin merendahkan diri.
Jika kerbau dipegang pada talinya, jika
manusia dipegang pada janjinya.
Janji mesti ditepati.
Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Menunjukkan kesyukuran atas pemberian kepada kita.
Orang haus diberi air, orang lapar diberi
nasi.
Mendapat sesuatu yang diingini.
(Sumber: http://www.schoolnet.my/)
D). Bidalan
Bidalan ialah susunan kata-kata yang telah digunakan umum dalam masyarakat Melayu. Di dalam bidalan
terkandung perbandingan, teladan, dan pengajaran.
Contoh bidalan seperti jangan bawa resmi jagung, makin berisi makin tegak yang bermaksud semakin
kaya semakin sombong.
Contoh: Bidalan dan Maknanya:
Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak [Jika ingin hidup mewah, mestilah berusaha]
Alur bertempuh, jalan berturut [Melakukan sesuatu hendaklah menurut kebiasaan yang lazim]
Peribahasa| 15
Batu yang selalu bergolek dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut [Seseorang yang sering
bertukar-tukar kerja sukar hendak mencapai kemajuan]
Belayar bernakhoda, berjalan dengan yang tua, berkata dengan yang pandai [Lebih baik bekerja di
bawah pimpinan ketua yang berpengalaman]
Belum duduk sudah berlunjur [Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa
gembira]
Berbuat di alang, belayar di luar musim [Melakukan sesuatu bukan pada masa yang sesuai]
Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang [Berhati-hati apabila bercakap tentang hal
orang lain]
Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar [Perlu berhati-hati apabila
memperkatakan sesuatu]
Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat [Berfikir baik-baik dahulu kemudian baru
bertindak]
Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak [Membuat kerja sambilan sementara
mendapat pekerjaan yang tetap]
Berkaul pada keramat [Meminta sesuatu hendaklah kena pada tempatnya]
Berpahit-pahit dahulu supaya manis kemudian [Membuat kerja yang susah dahulu, yang senang
dibuat kemudian]
Bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman orang [Membetulkan kesalahan sendiri
dahulu sebelum betulkan kesalahan orang lain]
Bertanjak baharu tinjau [Membuat kerja mengikut aturan]
Bertanya supaya tahu, berjalan supaya sampai [Kalau membuat kerja, hendaklah dikaji dahulu dan
lakukannya sampal selesai]
Biar alah sabung, asalkan menang sorak [Tewas dalam perlawanan namun masih bercakap besar]
Peribahasa| 16
Biar buruk kain dipakai, asalkan pandai mengambil hati [Biar miskin asalkan berbudi bahasa dan
berhati mulia]
Biar berkelahi dulu, jangan berkelahi kemudian [Berfikir baik-baik supaya tidak menyesal]
Biar ditelan buaya, jangan dipagut ikan kecil (Biar kalah kepada orang yang kuat daripada kalah
kepada orang yang lemah]
Biar genting, jangan putus [Biar rugi sedikit daripada rugi banyak]
Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas [Berhenti bekerja dengan kemahuan sendiri adalah
lebih baik daripada dipecat]
Biar lambat asalkan selamat [Membuat sesuatu kerja biarlah cermat dan berhati-hati] 501 Biar luka
di dada, jangan luka di belakang [Biar kalah selepas berlawan daripada kalah kerana melarikan
diri]
Biar mati anak jangan mati adat [Pegangan adat yang kuat sehingga sanggup anak menjadi
korban]
Biar mati di mata pedang, jangan mati kena tendang [Biar mati mempertahankan kehormatan
daripada mati dalam kehinaan]
Biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma [Biar mati kerana membuat kebaikan danipada
mati kerana membuat kejahatan]
Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut [Menyimpan rahsia]
Biar penat badan, asalkan hati suka [Seronok membuat sesuatu kerja walaupun kerja itu susah]
Biar putih tulang jangan putih mata [Sanggup mati daripada menyerah kalah]
Biar senget, jangan tertiarap [Biar rugi sedikit danipada rugi banyak]
Biar titik, jangan tumpah [Biar rugi sedikit jangan rugi banyak]
Buang yang keruh, ambil yang jernih
[Melupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang baik sahaja]
Peribahasa| 17
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
[Berbuat baik biarlah sekadarnya tetapi perbuatan jahat jangan sekali-kali dicuba]
Buruk dibuang dengan rundingan, baik ditarik dengan muafakat
[Sesuatu masalah dapat diatasi jika pihak-pihakyangterlibat bersedia untuk berunding]
Cermat masa banyak, jimat masa sedikit
[Selalu berhati-hati dalam membelanjakan (menggunakan) sesuatu]
Cicir dipungut, hilang dicari [jangan melakukan pembaziran]
Dalam berselam, cetek bertimba [Sesuaikan sesuatu dengan keadaan]
Daripada bersahabat dengan orang bebal, lebih baik berseteru dengan orang berakal
[Bermusuh dengan orang pandai lebih elok daripada berkawan dengan orang yang bodoh]
Daripada cempedak baiklah nangka
[Lebih baik ada daripada tiada langsung]
Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga
[Daripada hidup menanggung dosa, lebih baik mati meninggalkan nama yang baik]
Daripada hidup bercermin bangkai, Iebih balk mati berkalang tanah
[Lebih baik mati danipada hidup menanggung malu dan kehinaan]
Duduk seorang bersempit-sempit, duduk banyak berlapang-lapang
[Pendapat ramai lebih baik daripada pendapat individu]
Elok bahasa kan bakal hidup, elok budi kan bakal mati
[jika tutur katanya elok, seseorang itu akan disayang semasa ia hidup, jika budinya banyak,
seseorang itu akan dikenang walaupun ia telah mati]
Elok lenggang di tempat data
[Bergembira haruslah pada tempat atau waktu yang sepatutnya]
Gading pada gajah yang sudah keluar itu bolehkah dimasukkan pula?
[Sesuatu yang telah dilakukan tidak dapat ditarik semula]
Peribahasa| 18
Genggam bara api biar sampa jadi arang
[Apabila melakukan sesuatu pekerjaan yang susah, kita hendaklah bersabar dan
menyempurnakan pekenjaan itu sehingga benjaya]
Habis akal, baru tawakal
[Sesudah habis segala khtiar barulah berserah kepada Tuhan]
Habis alur maka beralu-alu
[Jika persetujuan tidak dapat dicapal melalui rundingan, barulah gunakan paksaan]
Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga
[Budi baik seseorang tidakakan dilupakan walaupun orang itu sudah meninggal dunia]
Hempas tulang berisi perut [Hidup akan senang jika rajin bekerja]
Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai
[Hendak mempelajari sesuatu bidang, belajarlah dengan orang yang mahir dalam bidang itu]
Hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa
[Berbuat baik semasa masih hidup untuk diri sendiri dan masyarakat]
Hilang geli kerana geletek
[Sesuatu yang sudah biasa tidak berbekas kepada kita]
Hujan tidak sekali jatuh, simpai tidak sekali erat
[Sesetengah pekerjaan tidak mungkin dapat diselesaikan sekali gus]
Ingat sebelum kena, jimat (hemat) sebelum habis
[Perlu berwaspada setiap masa supaya tidak terpedaya dan habis harta]
Jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak
[Kita hendaklah bersopan santun apabila berada di negara asing]
Jalan peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah
[Berhati-hati dalam semua perkara]
Jangan bagai orang patah selera, banyak makan [Pura-pura tidak mahu tetapi dalam hati sangat
suka]
Peribahasa| 19
Jangan bawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak
[angan sombong apabi ia mendapat sesuatu kelebihan]
Jangan berebutkan tembikar pecah
[Jangan berkelahi kerana berebutkan sesuatu yang tidak ada gunanya]
Jangan bermain di air keruh [Jangan ditiru perbuatan yang buruk]
Jangan buat kerbau tanduk panjang [Jangan campuri urusan oràng lain]
Jangan dibangunkan kucing tidur [Jangan diganggu musuh yang tidak berbuat apa-apa]
Jangan dibiarkan sampai naik ke mata
[Sesuatu perkara yang tidak balk jangan dibiarkan sampal melampaul batas]
Jangan didengarkan siul ular [Kita harus tetap awas dan jangan pedulikan tipu muslihat musuh]
Jangan difikir air pasang sahaja [Jangan harapkan nasib akan sentiasa baik]
Jangan difikir bengkok tebu, bengkok pula manisnya
[Jangan disangka bahawa idea yang dikemukakan oleh orang yang jahat itu tidak baik]
Jangan dilepaskan tangan kanan, sebelum tangan kiri berpegang
[Jangan dilepaskan kerja yang ada sebelum mendapat kerja yang baru]
Jangan diperlelarkan timba ke perigi, kalau tak putus, genting [Perbuatan yang tidak baik (jahat)
jangan dibiasakan]
Jangan ditentang matahari condong, takut terturut jalan tak berintis
[Jangan buat orang yang berkuasa marah kerana kita yang akan menanggung padahnya kelak]
Jangan lemparkan pancing tiada berumpan
[Sia-sia mengharapkan sesuatu kalau tidak cukup syarat]
Jangan mengukur baju orang di badan sendiri
[Kita tidak boleh menyamakan kedudukan orang lain dengan kedudukan diri sendiri]
Jangan puntung berasap jua
Peribahasa| 20
[Perselisihan (perkara) yang sudah selesai, Jangan diungkit-ungkitkan lagi]
Jangan tercirit di periuk
[Jangan berbuat angkara di tempat kita menumpang]
Jika hendak beranak, ikutlah kata bidan [Mendengar nasihat pakar]
Jika takut kamu dibenci orang, jangan kamu memerintah
[Jika menjadi ketua, akan ada orang yang membenci kita]
Jikalau menampi, jangan tumpah padinya
[Berhati-hati apabila memilih sesuatu supaya tidak terbuang apa-apa yang baik atau berguna]
Jikalau tidak dapat dibaiki, janganlah dipecahkan
[Perkara yang tidak dapat kita selesaikan, janganlah kita kusutkan]
E). Perbilangan
Perbilangan adat, banyak pengertian yang ditafsirkan, antaranya teromba, undang-undang yang tetap dan
kata-kata adat. Menurut Aripin Said (1996), perbilangan adat adalah sebagai gundalan adat, iaitu ikatan
puisi yang menyatakan adat lembaga atau asal usul adat lembaga khususnya terdapat dalam kalangan
mereka yang memakai Adat Pepatih. Secara ringkasnya, perbilangan adat merupakan susunan adat dalam
bentuk puisi (puisi adat) yang mencerita dan menerangkan sesuatu dan berasal daripada masyarakat
Melayu Minangkabau (adat/peraturan). Perbilangan adat ini berasal dan berkembang di daerah
Minangkabau dan Palembang yang dikenali sebagai „Adat Minangkabau‟.
Di Malaysia, perbilangan adat ini, banyak diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan, iaitu
dipergunakan dalam Adat Pepatih. Seperti puisi lain, perbilangan adat diperturunkan dari mulut ke mulut,
dari satu generasi ke satu generasi. Menurut Alwi Salim (1983), perbilangan adat ini diperturunkan dari
satu generasi ke satu generasi melalui ketua-ketua adat lembaga yang disebut „Buapak‟. Walaupun begitu
perbilangan adat ini mengalami perubahan dan kesesuaian mengikut keadaan dan zaman, seperti pada
zaman kedatangan Islam, perbilangan adat mengalami penyesuaian dengan ajaran Islam seperti yang
dibuktikan oleh perbilangan ini:
Adat bersendi hukum
Hukum bersendi Kitabullah
Kuat adat, tak gaduhkan hukum
Kuat hukum, tak gaduhkan adat
Peribahasa| 21
Ikut hukum, muafakat
Ikut adat muafakat.
Berdasarkan perbilangan di atas, dapat dikatakan perbilangan tersebut telah mengalami ciri-ciri keislaman.
Walaupun terdapat penyesuaian tetapi ciri-ciri masih dipertahankan. Perbilangan adat ini berbentuk bebas,
iaitu menggunakan gurindam, syair, pantun dan lain-lain bentuk puisi dalam penyampaiannya. Menurut
Za‟ba yang dipetik oleh Aripin Said (1996):
“perbilangan adat merupakan puisi melarat yang tidak tetap timbangan suku kata dan rimanya.
Namun ia tetap mempunyai susunan, makna yang kemas dan mendalam”.
Beliau juga memberi contoh-contoh perbilangan adat untuk genre puisi yang digolongkan sebagai
„gurindam‟, antaranya:
Kelebihan nabi dengan mukjizat
Kelebihan umat dengan muafakat
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia dengan muafakat
Air melurut dengan bandaraya
Benar melurut dengan muafakatnya. (Za‟ba 1962,242)
Manakala Abdullah Siddik, menyebut perbilangan adat sebagai „peribahasa adat‟, dinyatakan seperti
berikut:
Raja menobat di dalam alam
Penghulu menobat di dalam luak
Lembaga menobat di dalam lingkungannya
Orang banyak menobat di dalam teratak. (Abdullah Siddik 1975,110)
Manakala Siti Hawa Haji Salleh (1987), menyatakan perbilangan adat sejenis puisi yang tidak tertentu
bentuknya (sama seperti gurindam dan seloka). Manakala Mohd Yusof Md. Nor (1991), telah
menyimpulkan ciri-ciri yang terdapat dalam perbilangan adat, antara lain, adalah:
1. Puisi bebas yang tidak tentu jumlah baris, rangkap, rima atau jumlah perkataan dalam satu baris
2. Terdapat sisipan berbagai puisi yang lain, misalnya pantun, gurindam, peribahasa dan lain-lain
3. Isinya memuat hal-hal yang berhubungan dengan undang-undang, adat istiadat yang diamalkan
oleh sesuatu kelompok masyarakat.
Perbilangan adat juga mempunyai fungsi kepada masyarakatnya, antaranya ialah untuk membicarakan
susun lapis pemerintahan, hubungan keluarga, fungsi dan tugas setiap ahli masyarakat. Perbilangan adat
Peribahasa| 22
juga untuk menyatakan bahawa setiap orang berguna dalam satu-satu masyarakat. Kesimpulannya fungsi
perbilangan adat terhadap masyarakatnya, ialah:
1. Memberi panduan/pendidikan
2. Membentuk /membina masyarakat yang harmoni
3. Satu cara kawalan sosial - dipersetujui bersama
4. Mengekalkan satu norma tertentu dalam masyarakat
5. Menggambarkan corak dan pola hidup bermasyarakat.
6. Menggambarkan pola pemikiran masyakat (kepandaian/kebijaksanaan).
Terdapat berbagai jenis perbilangan adat yang berasaskan sistem sosial Minangkabau, menurut Mohd
Taib Osman (1975), antaranya ialah:
1. Metos dan lagenda, iaitu menyatakan asal-usul adat dan alam Minangkabau. Di bawa oleh dua
Datuk bersaudara iaitu Datuk Temenggung dan Datuk Pepatih Nan Sebatang, kedatangan
“bangau putih” iaitu orang Minangkabau yang merantau ke Negeri Sembilan dan perhubungan
mereka dengan “gagak hitam” iaitu orang asli Negeri Sembilan. Adat ini juga disebut “teromba”‟
iaitu lagu asal usul.
2. Kata-kata istiadat, iaitu susunan kata-kata khas untuk istiadat tertentu seperti pelantikan Penghulu,
meminang, perkahwinan, pembahagian harta dan sebarang majlis keramaian.
3. Undang-undang, digunakan dalam menguruskan undang-undang jenayah atau hukum pidana adat
yang menyatakan jenis-jenis kesalahan, jenis bukti dan hukuman dan juga undang-undang sivil,
mengenai pembahagian harta dan syarat pembahagian harta dan hak.
4. Falsafah, sebahagian besar perbilangan adat termasuk dalam kategori falsafah. Ini kerana kata-
kata falsafah ini disisipkan ke jenis lain. Segalanya terjalin ke dalam satu sistem intelek yang
menjadi asas kepada seluruh adat Minangkabau.
Berkisarkan tentang konsep dan aspek yang diketengahkan dalam perbilangan adat dinyatakan oleh Alwi
Salim (1983), antaranya:
1. Konsep pemerintahan, dalam konsep ini perbilangan adat menyatakan dengan jelas susunan
pemerintahan adalah mengikut peringkat-peringkat berikut, iaitu dari peringkat rendah kepada
peringkat tertinggi. Ini digambarkan dalam:
Raja menobat di dalam alam
Penghulu menobat di dalam luak
Lembaga menobat di dalam lingkungannya
Ibu bapa menobat pada anak buahnya
Orang banyak menobat di dalam terataknya
Peribahasa| 23
2. Konsep keadilan, perbilangan adat ini tidak didasarkan kepada pembalasan tetapi didasarkan
kepada pemulihan (restitution). Diperturunkan kata-kata ini:
Yang mencincang, memapas
Yang membunuh membangunkan
Yang menjual, memberi balas
3. Aspek ekonomi, kata-kata perbilangan disusun indah dan menunjukkan bahawa kehidupan
memerlukan ekonomi yang teguh, didengarkan perbilangan ini:
Majlis di tepi air
Mendesa di perut kenyang
4. Aspek sosial, masyarakat Adat Pepatih melahirkan perbilangan ini adalah mengikut susunan
unilateral-matrilineal. Ia merangkumi pemilihan ketua dalam masyarakat, utamakan nisab sebelah
ibu, tanggungjawab, hak, pedoman, pegangan dan juga perpaduan. Ini untuk menunjukkan
bahawa masyarakat mempunyai taraf yang sama dan mesti dimuliakan, diperturunkan perbilangan
ini:
Yang buta penghembus lesung
Yang pekak pelepas bedil
Yang lumpuh penghuni rumah
Yang kuat pembawa beban
Yang bingung disuruh-suruh
Yang cerdik lawan berunding
5. Aspek adat istiadat, banyak menjurus kepada adat berumah tangga, iaitu dari pertunangan,
perkahwinan, penceraian sehingga kepada pembahagian harta.
6. Sistem kewarisan, dalam sistem ini perbilangan adat digunakan untuk pembahagian harta pusaka.
Yang mana Buapak dan Datuk Lembaga bertindak sebagai pemegang kuasa. Mengikut Adat
Perpatih harta pusaka diperturunkan kepada anak perempuan sahaja dan tanah pusaka tidak
dibenarkan dijual atau digadai.
Sebagai kesimpulannya, perbilangan adat dapat dikatakan sebagai bentuk puisi klasik yang juga intim
dengan kehidupan masyarakat Melayu lama. Sehingga kini perbilangan adat ini masih digunakan oleh
kelompok masyarakat yang mengamalkan tatacara Adat Perpatih.
F). Kata Hikmat
Kata hikmat merujuk kepada kata-kata punjangga, ulama atau orang bijak pandai. Kata hikmat dijadikan
pedoman hidup dan percakapan umum. Bentuknya ringkas tetapi mempunyai maksud yang benar dan
Peribahasa| 24
dalam. Mengikut Kamus Dewan, kata hikmat atau kata pujangga ialah perkataan orang bijak pandai yang
mengandungi pengertian yang tinggi. Ini bermaksud ungkapan yang berupa nasihat, panduan dan
peringatan serta dijadikan pedoman hidup, contohnya “bahasa menunjukkan bangsa”, “bersatu teguh
bercerai roboh”, “maju bangsa maju negara” dan sebagainya. Za‟ba juga menyebut tentang kategori yang
sama sebagai lidah pendeta yang didefinisikan sebagai perkataan yang bijak, pendek, sedap, benar dan
berisi. Contoh yang lain juga seperti “jangan pandang orang yang berkata; pandang apa yang ia kata”, “kita
mesti menanti waktu; waktu tidak menanti kita” dan sebagainya.
8.3 Peribahasa dalam Pendidikan
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Melayu khasnya di sekolah, peribahasa
mempunyai kedudukan yang sama penting dengan aspek lain. Hal ini kerana peribahasa berupaya untuk
berkembang dan relevan dengan bahasa tersebut secara keseluruhannya. Dalam Huraian Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Empat, dalam bahagian Sistem Bahasa, perkara v, halaman xiv
dinyatakan bahawa :
“ Peribahasa…perlu diajarkan dalam pendidikan Bahasa Melayu. Pemilihan peribahasa…
hendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian dan nilai murn i masyarakat Malaysia,… dan hendaklah
diajarkan dalam konteks. ”
Dalam hal ini, jelas bahawa pembelajaran dan penghayatan peribahasa bertujuan meningkatkan
keupayaan berbahasa dalam kalangan murid. Kemahiran berbahasa ini pula akan diteliti dalam konteks
kebolehan murid menggunakan peribahasa dalam aktiviti seharian dan penulisan. Hasil penulisan tentunya
akan menjadi lebih indah dan bermutu sekiranya dimuatkan dengan peribahasa yang tepat dan sesuai.
AKTIVITI 8.2
Bina peta minda untuk memudahkan anda membezakan antara jenis-jenis
peribahasa.
Peribahasa| 25
Sehubungan itu, murid perlu diajar mengenai ciri dan penggunaan peribahasa secara mudah dan
tepat. Namun begitu, murid tidak seharusnya digalakkan menghafal sesuatu peribahasa seperti yang lazim
dilakukan sebelum ini. Sebaliknya, mereka harus dirangsang agar menggunakan peribahasa dalam
pelbagai situasi. Bagi mencapai tujuan ini, beberapa halangan perlu dihadapi semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung. Antaranya ialah kesukaran murid untuk mengingat sesuatu peribahasa
ekoran sifat yang mempunyai pelbagai makna. Selain jumlah dan jenisnya yang banyak, sifat peribahasa
yang hanya sesuai untuk keadaan tertentu telah menyebabkan minat dan kecenderungan untuk
mempelajarinya menurun.
Selain itu, pengajaran berpusatkan guru turut menyebabkan pengajaran peribahasa tidak begitu
berkesan. Guru memberikan penjelasan mengenai maksud peribahasa, manakala murid begitu pasif
sebagai penerima maklumat. Akibatnya murid akan berusaha menghafal peribahasa yang diberikan dan
tidak menghayatinya sehingga mereka menganggap peribahasa adalah sesuatu yang sukar untuk
dipelajari. Justeru itu, sebagai jalan penyelesaian adalah dicadangkan agar pengajaran peribahasa di
dalam bilik darjah menggunakan pendekatan kontekstual, iaitu guru bertindak sebagai fasilitator. Menerusi
pendekatan ini, pengamatan perlu dilakukan mengenai hubungan antara perkara yang dibandingkan,
diikuti dengan menyimpul makna yang simbolik dan terakhir dengan membuat penilaian terhadap
ketepatan peribahasa berdasarkan konteks dan situasinya. Dengan cara ini, murid diajar menghayati
peribahasa berdasarkan konteks dan situasi.
Dengan strategi pengajaran berdasarkan konteks ini, guru perlu bijak memilih peribahasa yang
akan diajar. Guru dicadangkan agar memilih peribahasa yang mudah dan biasa digunakan dalam
masyarakat. Guru juga harus mengetahui maksud dan pengertian serta penggunaan peribahasa yang
diajar kepada murid. Berikut merupakan contoh pengajaran peribahasa menggunakan konteks situasi.
“…Remaja di kawasan perumahan itu sanggup menggadai nyawa untuk berlumba haram
walaupun telah diberi amaran beberapa kali oleh pihak polis”
Jelas sekali peribahasa menggadai nyawa di atas diungkapkan dalam bentuk yang tidak tepat.
Peribahasa tersebut sebenarnya lebih sesuai bagi menyatakan perajurit negara yang berjuang
mempertahankan tanah air atau pengorbanan yang suci dan bermakna. Justeru itu, peribahasa yang tepat
bagi remaja yang berkumba haram seperti yang digambarkan dalam petikan tadi ialah menempah maut. Ini
kerana, perbuatan yang dilakukan adalah tidak bermoral.
Peribahasa| 26
Peribahasa yang digunakan dalam karangan dan juga pertuturan sebenarnya bukanlah untuk
keperluan makna. Sesebuah karangan dapat difahami tanpa menggunakan peribahasa. Penggunaan
peribahasa bertujuan untuk memperindah bahasa dan untuk menimbulkan daya tarikan atau kesan-kesan
lain. Karangan dan pertuturan akan lebih menarik jika peribahasa adalah unsur gaya dalam pertuturan dan
penulisan. Malah, untuk menggunakan peribahasa dengan baik, seseorang hendaklah betul-betul
memahami peribahasa itu dan mengetahu tempat dan ketikanya peribahasa itu diperlukan. Peribahasa
tidak wajar dipaksakan ke dalam konteks. Pemaksaan akan menyebabkan karangan atau pertuturan itu
tidak menarik. Dengan kata lain, pemaksaan peribahasa dalam sesebuah karangan akan menyebabkan
tujuan penggunaannya tidak tercapai.
Peribahasa ini bertujuan untuk membantu para pelajar membuat pengertian yang tepat tentang
sesuatu peribahasa supaya penggunaannya sesuai dengan konteks ayat atau karangan begitu juga
penggunaanya dalam kehidupan seharian. Tiap-tiap peribahasa diberikan erti dan juga ayat contoh. Ayat
contoh ini disediakan dalam susunan tatabahasa yang mudah bagi para pelajar memahami
penggunaannya.
RUMUSAN
Penggunaan peribahasa dalam pengajaran bahasa Melayu sangat bergantung pada daya kreativiti
seseorang guru. Seseorang guru yang kreatif melihat peribahasa sebagai salah satu bahan pengajaran
yang banyak mempunyai unsur-unsur pengajaran, kemasyarakatan, kemahiran berfikir dan sebagainya.
Peribahasa boleh diaplikasikan dalam pelbagai kemahiran bahasa seperti penulisan karangan, kemahiran
lisan atau bercerita, teka-teki atau kuiz, kemahiran tatabahasa, pemahaman, dan sebagainya. Guru yang
kreatif boleh membina sendiri bahan bantu mengajar ini, bagaimanapun bagi guru yang kesuntukan masa,
terdapat cd/DVD yang dijual di pasaran berkaitan peribahasa yang sesuai digunakan khususnya di
peringkat sekolah rendah.
KATA KUNCI
1. Peribahasa
2. Perumpamaan
3. Pepatah
4. Bidalan
5. Simpulan Bahasa
6. Perbilangan
7. Kata Hikmat
Peribahasa| 27
PENILAIAN KENDIRI
1. Pada pendapat anda, adakah peribahasa masih relevan dalam kehidupan moden hari ini?
2. Bagaimakah peribahasa dapat meningkatkan keperibadian seseorang? Fikirkan.
3. Peribahasa dapat dijadikan sebagai bahan P&P Bahasa Melayu. Pada pandangan anda,
bagaimanakah caranya?
RUJUKAN
A. Kadir Ahmad, 1964. Pantun Berkait. Singapura: Malaysia Publishing Limited.
Abdullah Hassan. 2010. Peribahasa. http://blog.upsi.edu.my/AbdullahHassan/
http://peribahasamelayu.com/
http://www.tutor.com.my/stpm/peribahasa/peribahasa.htm
http://ms.wikipedia.org/wiki/Peribahasa
Wacana dan Laras Bahasa| 1
UNIT 9
WACANA DAN LARAS BAHASA
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda diharapkan dapat:
1. menjelaskan definisi wacana, 2. menjelaskan ciri-ciri wacana, 3. menjelaskan jenis-jenis dan alat wacana, 4. menjelaskan perbezaan koheren dan kohesi; dan 5. menghuraikan jenis dan ciri-ciri laras bahasa.
9.0 PENGENALAN
Wacana merupakan sebuah kesatuan lengkap melebihi batas-batas ayat. Dalam bidang penulisan, wacana dianggap dapat memenuhi sesebuah ciri penulisan yang lengkap. Ini kerana, wacana menyediakan kesemua ciri yang melengkapi bagi sesebuah penulisan. Di dalam wacana, terkandung koheren dan kohesi di samping kewujudan penanda-penanda wacana tertentu bagi menghasilkan sesebuah penulisan yang lengkap. Tuntasnya, kewujudan wacana menentukan kelangsungan sesebuah penulisan yang baik dan bermutu.
9.1 Definisi Wacana
Menurut KAMUS WEBSTER, (1983) wacana bermaksud: -Hubungan fikiran dengan kata-kata; ekspresi idea-idea atau gagasan-gagasan; atau percakapan -Hubungan secara umum, terutama sebagai suatu subjek kajian atau pokok bahasan -Risalah tulisan, disertasi formal; kuliah, ceramah; khutbah KAMUS DEWAN EDISI BARU (1993), menjelaskan wacana bererti: -Ucapan, pertuturan, percakapan, keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan - Keseluruhan terbitan atau hasil karya dalam sesuatu bahasa
Wacana dan Laras Bahasa| 2
STUBBS, MICHAEL: Wacana merupakan kesatuan bahasa yang lebih besar daripada ayat atau klausa. Dengan kata lain, wacana merupakan unit-unit linguistik yang lebih besar daripada ayat atau klausa, seperti ertukaran-pertukaran percakapan atau teks-teks tertulis. Secara ringkas; yang disebut teks bagi wacana adalah ayat bagi ujaran.
ASMAH HAJI OMAR: Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat, yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan seperti ayat, sejumlah ayat, ceraian, perenggan, bab, buku, novel, cerpen, cerita, dialog, siri buku (cerita) dan sebagainya. HARIMURTI KRIDALAKSANA: Wacana ialah satuan bahasa terlengkap; dalam hierarki tatabahasa merupakan satuan tatabahasa tertinggi atau terbesar. Wacana ini direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh (novel, buku, ensiklopedia, dan sebagainya), paragraf, ayat atau kata yang membawa amanat yang lengkap.
CARLSON: Wacana ialah rentetan ujaran yang berkesinambungan dan gramatis serta tersusun rapi. HENRY GUNTUR TARIGAN: Wacana ialah satuan bahasa yang terlengkap dan tertinggi atau terbesar di atas kalimat atau klausa dengan koherensi dan kohesi tinggi yang berkesinambungan yangg mempunyai awal dan akhir yang nyata disampaikan secara lisan atau tertulis.
Kesimpulan daripada takrifan-takrifan di atas terdapat lapan unsur penting wacana , iaitu:
1. Satuan bahasa
2. Terlengkap / terbesar / tertinggi kedudukannya
3. Mengatasi ayat / klausa
4. Teratur / tersusun rapi / rasa koheren (kepautan)
5. Berkesinambungan
6. Rasa kohesi (kesepaduan)
7. Dalam bentuk lisan / tulisan
8. Mempunyai permulaan dan penutup
AKTIVITI 9.1
Sila berbincang dengan rakan .
Wacana dan Laras Bahasa| 3
1. Takrifan wacana dalam penghasilan sesebuah penulisan. 2. Kepentingan wacana dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
9.2 Ciri-ciri Wacana :
1. Mempunyai koheren (pertautan: ayat dengan ayat, perenggan dengan perenggan lain dan isi dengan isi
yang lain.
2. mempunyai kohesi (kesepaduan): ketepatan seluruh isi-isi yang dikemukakan fokus kepada tajuk atau isu yang diketengahkan. 3. mempunyai tujuan bagi menentukan jenis wacana,penggunaan ayat. 4. Bermaklumat: tiap-tiap ayat mesti mempunyai maklumat baru yang tidak terdapat dalam ayat sebelumnya. 5. Diterima khalayak/audiens: penerimaan tinggi jika pembaca atau pendengar memahami sepenuhnya wacana itu dan mempunyai tujuan yang sama.
6. Berlandaskan hubungan: penutur dengan pendengar, penulis dengan pembaca. 7. Mempunyai andaian dan inferens: inferens memberikan maklumat baru kepada andaian. 8. Mempunyai gaya: bersahaja atau tidak bersahaja, rasmi atau tidak rasmi, mempengaruhi pemilihan laras bahasa, ayat, penggunaan dialek. 9. Mesti memasukkan maklumat yang tidak berlawanan dengan logik akal dan tidak bertentangan dengan maklumat yang ada dalam ayat sebelumnya.
AKTIVITI 9.2
Buat perbincangan berikut:
1. Ciri-ciri wacana yang paling dominan dalam melakari penulisan yang baik.
9.3 Jenis-jenis Wacana
1. Berdasarkan media penyampaian: wacana lisan dan tulisan
2. Berdasarkan pengungkapan: wacana langsung dan tidak langsung
3. Berdasarkan bentuk: wacana prosa, puisi dan dramai
Wacana dan Laras Bahasa| 4
Wacana adalah satuan bahasa yang lengkap sehingga dalam hirarki gramatikal merupakan satuan gramatikal tertinggi atau terbesar. Sebagai satuan bahasa yang lengkap, terdapat konsep, gagasan, fikiran atau idea yang utuh, yang boleh difahami oleh pembaca dan pendengar tanpa sebarang keraguanpun. Ini bererti wacana dibentuk dari ayat atau ayat-ayat yang memenuhi syarat gramatikal, serta syarat kewacanaannya yang lain. Pensyaratannya akan dapat dipenuhi sekiranya wacana itu sudah terbina yang disebut kekohesian, iaitu adanya keserasian hubungan antara unsur-unsur yang ada dalam wacana tersebut. Apabila wacana itu kohesif, akan terciptalah kekohesian iaitu isi wacana yang benar.
Contohnya:
Fadil dan Nizam pergi ke kedai buku. Dia ingin membeli Kamus Dewan yang terbaharu.
Wacana itu tidak kohesif kerana kata ganti nama diri dia tidak jelas untuk menunjukkan kepada siapa, sama ada Fadil atau Nizam yang ingin membeli kamus tersebut atau perkataan dia itu merujuk kepada kedua-duanya sekali. Jika ayat tersebut ingin ditujukan kepada kedua-duanya seharusnyalah perkataan dia digantikan dengan perkataan mereka. Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa wacana itu tidak koherens.
AKTIVITI 9.3
1. Ulas tentang cara menjadikan sesebuah penulisan yang lengkap berdasarkan jenis-jenis wacana.
9.4 Alat Wacana
Sesuatu wacana akan disebut baik sekiranya wacana itu kohesif dan koherens. Untuk mendapatkan wacana yang kohesif dan koherens,ia dapat digunakan dengan pelbagai alat wacana, baik yang berupa aspek gramatikal maupun yang berupa aspek semantik atau gabungan kedua-dua itu sekali. Alat-alat gramatikal yang dapat digunakan untuk membuat sebuah wacana menjadi kohesif antaranya ialah:
Pertama penghubung ialah alat untuk menghubungkan bahagian-bahagian ayat atau menghubungkan perenggan dengan perenggan yang lain. Dengan itu penggunaan kata hubung ini menjadi ayat lebih eksplisit dan menjadi jelas jika dibandingkan dengan ayat tanpa kata hubung seperti ayat:
Suami sakit. Isteri meninggal dunia.
Pada wacana ini, hubungan antara ayat pertama dan yang kedua tidak jelas. Adakah ia satu hubungan penambahan, sebab dan akibat atau hubungan kewaktuan. Hubungan akan menjadi jelas sekiranya diberi kata penghubung dan menjadi wacana seperti berikut.
Contohnya:
i) Suami sakit dan isteri meninggal dunia.
ii) Suami sakit kerana isteri meninggal dunia.
Wacana dan Laras Bahasa| 5
iii) Suami sakit. Oleh sebab itu isteri meninggal dunia.
iv) Suami sakit, sedangkan isteri meninggal dunia.
Kedua, kata yang menggunakan kata ganti diri dia, nya, mereka,ini, itu sebagai rujukan anafora. Dengan menggunakan kata ganti diri sebagai rujukan anafora, kalimat yang sama tidak perlu diulang. Melainkan digantikan dengan kata ganti diri itu. Dengan itu ayat-ayat itu saling berhubungan.
Contohnya
i) Pelajar-pelajar tingkatan lima mula memasuki dewan peperiksaan.
ii) Mereka tenang untuk menjawab soalan peperiksaan.
iii) Fadil lemas di sungai. Beberapa orang cuba untuk menyelamatkannya.
iv) Awan tebal menutupi langit. Itu tanda hari nak hujan.
Ketiga, menggunakan ellipsis, iaitu menghilangkan beberapa bahagian tertentu yang sama yang terdapat ayat yang lain. Dengan ellipsis, kerana tidak diulang bahagian yang sama. Dengan itu, wacana itu kelihatan lebih efektif, dan penghilangan itu sendiri menjadi alat penghubung dalam wacana tersebut.
Contohnya:
Kawan saya berbaju biru itu namanya Fadil, dia berasal dari Perak. Yang di hujung sana namanya Nizam berasal dari Kuala Lumpur. Dan yang gadis itu bernama Nora berasal dari Pulau Pinang.
Tanpa ellipsis wacana tersebut kelihatan tidak efektif, kerana terlalu banyak menggunakan kata, dan kelihatan tidak ada perhubungan antara ayat yang satu dengan yang lain. Setiap ayat tersebut berdiri dengan sendirinya.
AKTIVITI 9.4
1. Tunjukkan bagaimana alat wacana dapat menjelaskan kekaburan yang berlaku dalam sesebuah
penulisan.
9.5 PENANDA PENGHUBUNG
Selain dari keupayaan gramatikal, sesebuah wacana yang kohesif dan koheren dapat juga dibuat dengan bantuan pelbagai aspek semantik. Antaranya:
Pertama, menggunakan kata hubung pertentangan pada ayat yang kedua yang terdapat di dalam wacana itu. Contohnya
Semalam hari hujan dengan lebat sekali. Hari ini cerah pula.
Wacana dan Laras Bahasa| 6
Kedua, menggunakan hubungan generik-spesifik atau spesifik generik contohnya
Kerajaan telah cuba untuk menambah bilangan kenderaan awam dan sedaya upaya mengurangkan jumlah bilangan kenderaan peribadi.
Ketiga, menggunakan hubungan antara ayat antara kedua-dua ayat tersebut. Contohnya
Lapar sungguh lagaknya, seperti seminggu tidak makan.
Keempat, menggunakan hubungan sebab-akibat, contohnya
Dia malas. Seringkali dia ponteng kelas. Wajarlah jika ia gagal dalam peperiksaan.
Kelima, menggunakan hubungan tujuan di dalam isi sesebuah wacana, contohnya
Kelima-lima orang anaknya telah bersekolah. Dia tidak mahu terjadi seperti dirinya.
Keenam, menggunakan hubungan rujukan yang sama pada ayat atau pada dua ayat dalam satu wacana. Contohnya
Kebakaran sering terjadi di Kuala Lumpur.Ia tidak mengira waktu sama ada siang atau malam.
HIERARKI SATUAN WACANA
WACANA AYAT KLAUSA FRASA KATA MORFEM FONEM
Berdasarkan rajah di atas, dapatlah disimpulkan bahawa satu tahap yang lebih kecil akan membentuk satuan yang lebih besar. Dengan itu fonem akan membentuk morfem lalu morfem akan membentuk kata kemudian kata akan membentuk frasa selanjutnya frasa membentuk klausa. Klausa seterusnya membentuk ayat. Dan akhirnya ayat akan membentuk wacana.
Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi komponen yang penting bagi wacana. Fonologi merupakan kajian mengenai fonem sebagai unit bahasa. Sintaksis pula mengkaji ayat sebagai unit bahasa, binaan serta konstruksinya. Bagaimanapun kebolehan menguasai bidang-bidang ini hanya menjamin kebolehan menggunakan sistem dan peraturan-peraturan tatabahasa sahaja. Tingkat-
Wacana dan Laras Bahasa| 7
tingkat fonem, morfem, kata. frasa, klausa, dan ayat merupakan peringkat bentuk; manakala wacana merupakan peringkat fungsi. Sesuatu wacana merangkumi:
i. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan'
ii. kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah) atau tulisan (seperti surat, aartikel, novel, cerpen).
Wacana ialah satu unit bahasa yag lengkap . Ia melebihi tingkat ayat. Oleh kerana sifatnya yang lengkap wacana mempunyai tubuh teks seperti berikut:
a. pendahuluan
b. tubuh - isi, munasabah, logik, menarik, berkesan, usur-unsur paralinguistik (tanda bacaan, cetakan tebal, miring, garis tebal)
c. penutup
d. graf, jadual, peta dan statistik.
Hubungan ini dapat digambarkan seperti berikut:
Wcana boleh ditulis dalam pelbagai bentukpenulisan, iaitu sama ada naratif (pemerian), deskriptif (pengambaran), eksposisi (pendedahan) atau penghujahan. 9. Wacana mempunyai penanda, juga dikenali sebagai penanda wacana.
Wacana dan Laras Bahasa| 8
Fungsi Contoh
1. Tambahan dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di samping.
2. Urutan pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya.
3. Penyataan semula iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan.
4. Contoh contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai.
5. Rumusan rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata
6. Tempat berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan.
7. Waktu apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya.
8. Sebab dan kesan oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi, dengan itu.
9. Bandingan seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan.
10. Pertentangan tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan.
11. Pengesahan sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya.
KOHESI DAN KOHEREN
Kohesi merupakan hubungan perkaitan antara proposisi yang dinyatakan secara eksplisit oleh unsur gramatikal dan semantik dalam ayat yang membentuk wacana. Contoh:
(a) Apakah yang dilakukan oleh Ahmad?
(b) Dia memukul anaknya.
(c) Apakah yang dilakukan oleh Ahmad?
(d) Jahanam itu memukul anaknya.
Proposisi dalam ayat (a) berkait dengan proposisi dalam ayat (b), dan perkaitan itu diwujudkan dalam bentuk penggunaan kata ganti nama dia yang merujuk Ahmad. Pada ayat (d), perkaitan itu dinyatakan
Wacana dan Laras Bahasa| 9
dengan frasa jahanam itu yang dalam konteks normal mempunyai rujukan yang sama, iaitu Ahmad. Perkaitan itu juga dapat dilihat pada kata kerja dilakukan dan memukul yang mempunyai kesinambungan makna.
Kohesi biasanya diwujudkan melalui penggunaan kata yang maknanya berbeda dengan makna kata yang ditujukkannya. Yang penting, kata yang digantikan dan kata pengganti menuju pada rujukan yang sama. Contoh:
(a) Anak penyair terkenal itu semakin besar. Gadis itu kini belajar di sekolah asrama penuh.
(b) Pak Abu telah turun ke laut pada waktu subuh lagi. Nelayan yang rajin dan gigih itu bekerja dengan tidak mengenal jemu.
Anak penyair terkenal itu dan gadis itu mempunyai rujukan yang sama. Hubungan ini dikatakan kohesi, dan kerananya juga mewujudkan koherensi. Demikian juga Pak Abu dan nelayan memiliki acuan yang sama. Sehingga dapat dirumaskan bahawa Pak Abu dan nelayan ialah orang yang sama. Ini dibantu pula oleh kehadiran kata lain seperti laut yang membawa implikasi bahawa orang yang turun ke laut pada waktu subuh untuk menangkap ikan ialah nelayan.
Koheren juga merupakan perkaitan antara proposisi, tetapi perkaitan itu tidak secara eksplisit (nyata) dapat dilihat daripada ayat yang mengungkapkannya. Contoh:
(a) Angkat telefon itu, Jef!
(b) Aku sedang mandi, Mat!
(c) OK!
Dalam wawancara di atas (a), (b) dan (c), perkaitan antara proposisi tetap wujud, tetapi tidak secara nyata memperlihatkan perkaitan gramatikal atau semantik.
Ayat (b) dapat ditafsirkan sebagai bentuk pendek daripada ayat Aku sedang mandi, Mat!. Oleh itu, aku tidak dapat menjawab telefon itu. Sementara ayat (c) dapat ditafsirkan sebagai OK! Kalau begitu, biar aku sahaja yang menjawabnya.
Perbezaan Kohesi dan Koheren
Perbedaan antara kohesi dengan koheren itu menunjukkan bahawa terdapat wacana yang sekali gus hadir kohesi dan koherensi. Dan terdapat juga wacana yang hadir koherensi, tetapi tidak kohesi. Sesuatu wacana tidak mungkin kohesi tanpa koherensi. Untaian ayat yang kohesi tetapi tidak koherensi tidak mungkin membentuk suatu wacana. Contoh:
(a) Siapakah yang dipukul oleh Ali?
(b) Ali memukul budak kecil itu.
Wacana dan Laras Bahasa| 10
Ayat (a) dan ayat (b) menunjukkan bahawa terdapat perkaitan antara gramatis dengan semantik. Tetapi tidak koherensi kerana fokus pertanyaan ayat (a) ialah siapa. Oleh itu, jawapan yang diharapkan ialah orang yang dipukul Ali. Dalam keadaan biasa, ayat (b) seharusnya berbunyi budak kecil itu (yang dipukul oleh Ali), dan bukannya Ali memukul budak kecil itu.
Anafora dan Katafora
Anafora dan katafora ialah sejenis hubungan atau pertautan dalam wacana.
Anafora ialah hubungan antara kata ganti nama yang mengaju kepada kata sebenar. Contoh:
(a) Apakah yang dipandang oleh emak?
(b) Dia memandang bulan di langit.
Dalam ayat di atas, dia mengaju kepada kata emak.
Katafora ialah hubungan antara kata ganti nama dengan nama sebenar yang mengikutinya. Contoh:
(a) Dengan keretanya itu, Halimah menjelajah Malaysia.
(b) Halim membeli motosikal baharu, dan dengan motosikalnya itu,
Busro diajak mengelilingi bandar Kajang.
Dalam ayat (a), kata ganti nya mengacu kepada kata berikutnya, iaitu Halimah. Dalam ayat (b), kata ganti nya tidak mengacu kepada Busro, tetapi Halim. Ini dinamakan hubungan anafora.
9.6 Laras Bahasa
Laras bahasa dikaitkan dengan kesesuaian dengan bidang dan situasi bahasa atau konteks pengucapan.
Laras bahasa boleh ditakrifkan sebagai ciri-ciri khusus penggunaan bahasa mengikut bidang sesuatu wacana digunakan.
AKTIVITI 9.5
1. Bina peta minda yang memperlihatkan kepentingan koherens.
2. Bina peta minda yang memperlihatkan kepentingan kohesi.
J
Wacana dan Laras Bahasa| 11
Contoh dalam bidang agama, politik, sains, sukan dan sebagainya.
Laras dipengaruhi oleh latar, penutur, peserta dan tujuan.
Laras juga dipengaruhi oleh tatabahasa.
Contoh: Ayat aktif dan ayat pasif, ayat bias dan ayat songsang, dan panjang pendek ayat akan menghasilkan laras yang berbeza.
Terdapat tokoh bahasa yang membahagikan laras kepada beberapa bahagian lagi.
Misalnya Halliday melihat laras daripada tiga dimensi, iaitu tajuk wacana, cara penyampaian, dan gaya penyampaian.
Tiga Dimensi Laras (Halliday)
Tajuk wacana
merujuk kepada bidang yang diperkatakan seperti biologi, perubatan, sukan, pendidikan, matematik dan sebagainya.
Bidang-bidang ini menentukan kosa kata dan istilah serta jenis ayat dan ragam ayat yang digunakan.
Jika wacana merupaan wacana ilmiah, maka ragam ayat pasif banyak digunakan untuk memberikn fokus kepada perkara yang dibincangkan.
Sebaliknya, jika wacana merupakan ulasan selari perlawanan bola sepak , rragam ayat aktif dengan ayat tunggal yang pendek-pendek banyak digunakan supaya sesuai dengan tempo perlawanan bola sepak berkenaan.
Cara penyampaian
Sama ada wacana berkenaan disampaikan secara lisan atau tulisan.
Jika lisan, sama ada ia merupakan wacana syarahan atau ucapan, perbahasan dan khutbah atau doa?
JIka tulisan sama ada ia esei, laporan, surat rasmi atau surat peribadi, memorandum atau iklan?
Gaya penyampaian
mengimbangi sama ada suatu ucapan berkenaan disampaikan dalam situasi formal atau tak formal.
Misalnya, ucapan, adakah ucapan itu disampaiakn dalam majlis yang formal yang dihadiri oleh orang-
Wacana dan Laras Bahasa| 12
orang kenamaan atau dif-dif?
Jenis dan Ciri Laras Bahasa
Laras bahasa dapat digolongkan kepada dua golongan besar, iaitu laras biasa dan laras khusus.
Laras biasa ialah laras khusus yang digunakan untuk masyarakat umum seeprti bidang hiburan (laporan sukan, berita sukan), pengetahuan dan peneranangan (syarahan, rencana), maklumat dan pemujukan (rencana, iklam).
Laras khusus pula merujuk kepada kegunaan untuk khalayak khusus seperti ahli-ahli atau peminat dalam bidang tertentu dan pelajar-pelajar (rencana, laporan, buku).
Pembeza utama yang membezakan antara laras biasa dengan laras khusus ialah:
kosa kata atau istilah
tatabahasa
gaya
Laras Bahasa Biasa
Tidak melibatkan bidang tertentu, mudah difahami, tiada istilah teknikal, kurang kata pinjaman.)
Laras biasa ialah laras bahasa yang yang digunakan unuk khalayak umum tentang pelbagai bidang seperti bidang hiburan (laporan sukan, berita sukan), pengetahuan dan penerangan (syarahan, encana) dan maklumat dan pemujukan (rencana, iklan).
Ayat ayat sederhana, ringkas dan padat.
Struktur ayat mudah, contohnya: Dilarang memijak rumput.
Laras bahasa biasa terbahagi kepada formal dan tak formal.
Laras Bahasa Biasa
Formal/Rasmi Tak Formal
Digunakan dalam majlis rasmi, surat kiriman dan sebagainya.
Berlaku proses pengguguran dalam ayat-ayat yang diucapkan sama ada pengguguran subjek, predikat, objek.
Wacana dan Laras Bahasa| 13
.
Laras Bahasa Perniagaan
Mempengaruhi penguna untuk membentuk tanggapan tertentu, atau mengubah sikap dan melakukan tindakan.
Digunakan dalam iklan, tender, laporan dan sebagainya , disokong pula oleh gambar, lukisan, grafik, ilustrasi dan sebagainya.
Iklan dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti berikut:
(a) slogan: Kami Ada Cara
(b) Kaedah Pernyataan: Rumah Untuk Dijual/Disewa
(c) Perkaitan Konsep: Artis X dengan Tilam Jenama Y
(D) Perisytihran: Waja dengan Aksesori Lengkap
(e) Kaedah Umpan: Beli Satu, Percuma Satu
(f) Mesra: Keutamaan Kami Adalah Pelanggan.
(g) Bandingan: Bateri X Lebih Berkuasa dan Tahan Lama
(h) Gesaan: Cepat! Cepat! Datanglah Beramai-ramai
(i) Pertanyaan: Sakit Pinggang? Sapulah Dengan Minyak Angin Z.
Contoh laras perniagaan:
SURUHANJAYA Sekuriti Malaysia (SC) meluluskan sembilan permohonan melaksanakan
tawaran awam permulaan (IPO) untuk penyenaraian di Bursa Malaysia dalam tempoh suku
kedua lalu, dengan potensi modal pasaran terkumpul bernilai RM17.04 bilion.
Ia adalah jauh lebih tinggi berbanding hanya satu IPO diluluskan pada suku pertama dan tiga
pada suku kedua tahun lalu, justeru mencerminkan kerancakan semula aktiviti penjanaan
modal di pasaran tempatan.
(Sumber: http://www.bharian.com.my 23 Julai 2011)
Wacana dan Laras Bahasa| 14
Laras Bahasa Akademik
Meliputi pelbagai bidang seperti sains, teknologi, komunikasi, matematik dan sebagainya yang terletak dalam ruang lingkup pendidikan.
Bersifat teknikal.
Dalam penulisan ilmiah, misalnya penulisan tesis, penulis perlu mengikut fornmati tertentu seperti perlu ada catatan bibiliografi (rujukan), nota kaki di bawah muka surat atau nota hujungan di penghujung setiap bab.
Menggunakan istilah-istilah yang khusus kepada bidang, dan biasanya perlu dihafal. Contohnya ialah fotosintesis, pecutan, mengawan, pendebungaan dan sebagainya.
Contoh laras bahasa akademik:
Laras Bahasa Undang-Undang
Tiada gambar, graf, metafora, simili, peribahasa, kiasan dan sebagainya. mempunyai istilah sendiri seperti Argumantum ad baculum, habeas corpus dan sebagainya.
Contoh laras undang-undang:
Bagi tempoh 1990 hingga 2003, pemetaan genetik yang dikenali sebagai Projek Genom Manusia
(HGP) sudah bermula. Di Amerika Syarikat, HGP berjaya merekodkan antara 20,000 ke 25,000 gen
dalam DNA manusia. Sejak itu banyak penyelidikan berkaitan pemetaan genetik dilakukan di
seluruh dunia.
Selepas HGP, satu lagi projek genetik menyusul iaitu Projek Variasi Manusia atau Human Variome
Project (HVP). HVP dicetuskan oleh Profesor Richard Cotton dan berpangkalan di Australia. Ia adalah
satu inisiatif global bagi mengumpul data-data genetik manusia bagi tujuan merawat penyakit-
penyakit yang berkaitan dengan mutasi gen.
(Sumber: http://www.bharian.com.my 23 Julai 2011)
Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan menolak dengan kos saman tersebut setelah Mazlan
gagal membuktikan unsur-unsur konspirasi seperti yang didakwa dalam pernyataan
tuntutannya.
Dalam saman yang difailkan pada 16 Ogos tahun lalu, Mazlan, 45, selaku plaintif mendakwa
dia telah ditangkap secara salah dan tidak sah oleh polis pada pukul 10 pagi, 9 Mac 2010
sehingga keesokan harinya.
Plaintif menamakan Awang, 55; Felda; anggota polis, Mohd. Azran Rahmat dan kerajaan
Malaysia sebagai defendan pertama hingga keempat.
(Sumber: http://utusan.com.my/ 23 Julai 2011)
Wacana dan Laras Bahasa| 15
Laras bahasa media
Berita sebagai satu wacana mempunyais truktur teks yang tersendiri, lain daripada struktur teks cereka, dan lain pula daripada struktur teks esei dan karya ilmiah.
Wartawan atau pengarang akhbar menggunakan bahasa untuk menjelaskan sesuatu menurut cara yang paling mudah diterima sesuai dengan selera sebilanganbesar pembaca akhbar.
Tiga ciri penting yang harus ada dalam berita akhbar yang baikialah, pertama, baasa yang digunakan mudah. kedua, gaya tulisan yang jelas dan ketiga, isi tulisan mestilah tepat. Oleh sebab akhbar diterbitkan untuk orang ramai, maka bahasa akhbar haruslah sesuai dengan bahasa kegunaan orang ramai.
Ayat yang panjang, mengandungi beberapa klaausa, menggunakan petikan, metafora, kiasan, istilah teknik, dan sebagainya haruslah dielakkan.
Contoh laras akhbar:
Laras Bahasa Sastera
Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif.
Bahasanya boleh dalam bentuk naratif, deskriptif, preskriptif, dramatik dan puitis.
Beberapa ciri bahasa sastera:
a kreatif dan imaginatif
b. mementingkan penyusunan, pengulangan, pemilihan kata
c. puitis dan hidup,: monolog, dialog, bunga-bunga bahasa dan sebagainya.
d. menggunakan bahas tersirat: perlambangan, kisan, perbandingan, peribahasa, metafora, simile, personifikasi, ilusi, ambiguiti dan sebagainya.
SUBANG 22 Julai – Prestasi cemerlang pasukan Malcon East 6 (ME 6) sepanjang berkhidmat
selama sembilan bulan di Lebanon berjaya menjulang nama Angkatan Tentera Malaysia
(ATM) di peringkat antarabangsa.
Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin Ali berkata,
malah, pasukan itu mendapat pujian pelbagai pihak berdasarkan prestasi mereka sepanjang
bertugas di negara itu.
(Sumber: http://utusan.com.my/ 23 Julai 2011)
Wacana dan Laras Bahasa| 16
e. terdapat penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa.
Contoh laras sastera:
Laras Bahasa Agama
Mengandungi istilah agama daripada bahasa Arab
Struktur ayatnya banyak dipengaruhi struktur bahasa Arab
Diselitkan dengan petikan daripada al-Quran dan hadis.
Contoh laras agama:
Contoh Analisis:
Ciri-ciri Laras Bahasa Perniagaan
1. Bidang
Al-Maraqhi dalam tafsirnya mengatakan, ayat ini secara ijmalnya menunjukkan al-Quran itu
penawar kepada manusia dalam empat perkara iaitu nasihat yang baik, penawar kepada segala
penyakit hati seperti syirik dan nifaq, petunjuk jalan kebenaran dan rahmat bagi mereka yang
beriman.
Bahkan, keagungan Allah melalui kalam-Nya ini juga apabila dibaca dapat melembutkan hati dan
membuka hidayah seperti berlaku kepada ahli syair terkemuka, Thufail bin Amr dan Saidina
Umar bin al-Khattab untuk memeluk Islam.
Pembudayaan membaca al-Quran juga tidak terhad kepada satu-satu tempat, keadaan atau
masa saja. Ia boleh dibudayakan termasuk di tempat kerja. Sebagai pengurus atau majikan,
semua usaha perlu dihidupkan dalam organisasi kerana mukjizat kehebatan kemuliaan al-Quran
dan kesannya sangat mendalam kepada jati diri.
(Sumber: http://www.bharian.com.my 23 Julai 2011)
DIA memandang ke luar jendela yang berlangsir ungu muda. Melihat cebisan-cebisan putih
yang gugur dari langit. Dia merasakan ia seperti tepung yang keluar dari ayak, tertabur di
jalan raya dan bangunan di depan banglo mewah tiga tingkat. Dia sendiri terpegun dengan
keadaan cuaca yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Daerah Mawar Merah. Kedinginan
cuaca pada pagi yang amat dingin seperti tidak mampu menenangkan hatinya. Ia bagaikan
dihangatkan oleh suatu perasaan yang menjarumi fikirannya.
Fikirannya berlari lagi pada dua ayat panjang. Terucap lancar pada lidah seorang lelaki 60
tahun. Lalu terusik pada jiwa.
Di tengah-tengah fikirannya yang keruh, dia merasakan dalam dirinya ada air kekusutan
berkocak hebat. Membuatkan dia penat. Amat penat. Namun, dia masih bertahan dengan
perasaan yang dipikul berat. Kalau dia terus bersabar dan yakin pada pembedahan itu nanti,
dia akan selamat. Diselamatkan oleh pakar bedah yang hebat.
(Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Cerpen_Virus/Article 23 Julai 2011)
Wacana dan Laras Bahasa| 17
Biasanya digunakan dalam dunia korporat, khususnya bidang perusahaan, perindustrian, perakaunan, perbankan, perniagaan dan
perdagangan.
Penggunaan bahasa Melayu terpaksa bersaing dengan bahasa Inggeris.
Penggunaan laras bahasa perniagaan dalam bahasa Melayu amat penting, khususnya dalam aspek komunikasi memandangkan ekonomi negara menjelang
abad ke-21 akan berasaskan perindustrian dan perusahaan.
2. Perbendaharaan Kata
Istilah khusus (penanda laras), antaranya: agihan jualan, agensi pemasaran, baki debit
anggaran kos, francais, cek palang
harga mutlak, eksport saham
urus niaga, kredit, komposit
Istilah umum: tetapi diberi pengertian khusus (merujuk bidang ekonomi)
untung tempoh hutang tunai
susut runcit
3. Tatabahasa
Morfologi (kajian terhadap perkataan) Kata-kata umum (kata tunggal) bahasa Melayu boleh menjadi kata-
kata khusus (bidang perniagaan) apabila menjadi kata terbitan.
Contohnya:
Kata Umum Istilah
Wacana dan Laras Bahasa| 18
wang kewangan
ratus peratus
lebih lebihan
pasar pasaran
pegang pemegang
dagang dagangan
Akronim Contohnya:
EPU – Unit Pembangunan Ekonomi
EON – Edaran Otomobil Nasional
BSN – Bank Simpanan Nasional
BSKL – Bursa Saham Kuala Lumpur
Kata Majmuk Contohnya:
kos jualan modal tetap harta semasa
untung bersih lebih asset sebut harga
Sintaksis (kajian terhadap ayat) Kebanyakan ayat-ayat yang digunakan jenis ayat penyata, iaitu
ayat-ayat yang memberi keterangan tentang sesuatu hal.
Contohnya:
Bank Simpanan Nasional (BSN) mencatatkan prestasi di luar
jangkaan apabila mengaut keuntungan sebelum cukai bagi
Wacana dan Laras Bahasa| 19
setengah tahun pertama, lebih RM70 juta dan mengatasi
keuntungan sebanyak RM 47.754 juta bagi tahun lalu.
Menggunakan ragam ayat yang seimbang, iaitu menggunakan ayat
aktif dan ayat pasif yang sama banyak dalam teks ekonomi.
Contohnya:
Ayat Aktif
KDNK merupakan petunjuk ekonomi yang paling
penting
Ayat Pasif
Kesan teus dirasai oleh pengeluar segmen kereta yang
lebih mahal.
Kecenderungan menggunakan ayat majmuk, iaitu ayat yang
mendukung beberapa isi dalam satu ayat untuk menimbulkan
kelancaran dan kesinambungan wacana.Contohnya:
Seandainya pemegang saham berjaya mengawal pihak pengurusan (sudah tentu dengan kos yang tinggi), bagaimana mereka memastikan bahawa nilai sebenar syarikat tergambar dalam pasaran saham agar mereka tidak akan mengalami sebarang kerugian apabila menjual saham mereka.
Struktur ayat juga jelas memperlihatkan pengaruh bahasa Inggeris, khususnya penggunaan
ayat pemeri yang menggunakan kopula “adalah” dan “ialah” walaupun unsur ini tidak wajib
digunakan dalam bahasa Melayu. Contohnya:
1. Jualan runcit adalah dijangka akan meningkat. 2. Paling ketara ialah pendaftaran baru bagi kereta.
Fungsi kata pemeri tersebut untuk kejelasan dan pemahaman ayat dengan lebih mudah.
Wacana dan Laras Bahasa| 20
4. Gaya Bahasa
Berbentuk ilmiah, iaitu laras bahasa yang mengungkapkan ilmu.
Bersifat formal dan mempunyai perkataan, istilah susunan frasa, dan ayat yang baik, sesuai dan tepat serta boleh menyampaikan maksud dan pengertian
dengan berkesan.
Banyak menggunakan jadual, graf dan carta, graf statistik dan sebagainya.
AKTIVITI 9.6
Nyatakan kepentingan laras bahasa dalam sesebuah penulisan.
RUMUSAN
Penerangan di atas telah menjelaskan kepentingan wacana dan laras bahasa dalam sesebuah penulisan.
Dengan wujudnya pengetahuan yang mendalam kepada kedua-dua aspek tersebut, seseorang pelajar
dapat menggunakan pengetahuan tersebut ke arah menghasilkan sebuah penulisan yang bermutu tinggi.
KATA KUNCI 1. Koherens 2. Kohesi 3. Inferens 4. Kohesif 5. Eksplisit
6. Anafora 7. Katafora 8. Ellipsis 9. Generik 10. Preposisi
PENILAIAN KENDIRI
1. Jelaskan beberapa definisi wacana daripada beberapa pandangan tokoh. 2. Dengan contoh-contoh, tunjukkan bagaimana penanda wacana tertentu dapat menjadikan ayat
yang gramatis. 3. Bina dua contoh ayat yang memperlihatkan laras bahasa iklan.
Wacana dan Laras Bahasa| 21
4. Bina dua contoh ayat yang memperlihatkan laras bahasa agama. 5. Tunjukkan perbezaan koherens dan kohesi dalam pembinaan sesebuah ayat yang gramatis.
RUJUKAN Anderson, E. (1983).Cohesion and the teacher. Australian Journal of Reading. 6, 35-42. Freedle, R. (1977).Discourse Production and Comprehension. Noewood. Ablex. Halliday, M.A.K, dan Hasan, R. (1976).Cohesion In English. London. Longman. Martin, J.R. 1981. Lexical Cohesion. Momeograf. Department Linguistik. Universiti Sydney. Moe, A. (1979).Cohesion, coherence and the comprehension of text. Journal of Reading, 23, 16-20.