Penge Nala 2

26
1.0 PENGENALAN Industri Kecil Sederhana atau (IKS) telah diperkenalkan ekoran terdapat dua bahagian atau wilayah yang berbeza dalam taburan industri perkilangan ekonomi negara. Dua bahagian atau wilayah yang dimaksudkan itu ialah zon industri kecil dan zon industri berorientasikan eksport. Pengenalan IKS dalam sektor ekonomi negara telah mewujudkan beberapa insentif seperti pengecualian dari duti import dan bantuan kewangan. Hampir kebanyakkan barangan IKS merupakan barangan pengguna untuk memenuhi keperluan harian dan barangan gantian untuk menyokong output yang dihasilkan oleh imdustri berat atau besar. Antara bidang IKS yang menjadi tumpuan dan meningkat naik ialah perusahaan makanan, keropok, batik, tekstil, logam, kraftangan, elektrik dan elektronik, pengeluaran komponen dan alat gantian kenderaan bermotor. Oleh itu kaitan antara sektor perindustrian dengan IKS tidak dapat dinafikan ekoran kepesatan sektor perindustrian banyak dibantu dan disokong oleh IKS untuk mendapatkan bekalan komponen-kompenen tertentu. IKS dapat diibaratkan seperti tulang belakang dan salah satu penggerak kepada pertumbuhan sektor perkilangan khususnya. Hal ini turut disokong dengan peningkatan IKS di Malaysia. Datuk Yunus Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, telah menyatakan bahawa akan belaku peningkatan dalam pertumbuhan sektor IKS dari tahun ke tahun (Utusan 17 November 2013). Menurut beliau lagi, seramai 1

description

HH

Transcript of Penge Nala 2

Page 1: Penge Nala 2

1.0 PENGENALAN

Industri Kecil Sederhana atau (IKS) telah diperkenalkan ekoran terdapat dua bahagian

atau wilayah yang berbeza dalam taburan industri perkilangan ekonomi negara. Dua bahagian

atau wilayah yang dimaksudkan itu ialah zon industri kecil dan zon industri berorientasikan

eksport. Pengenalan IKS dalam sektor ekonomi negara telah mewujudkan beberapa insentif

seperti pengecualian dari duti import dan bantuan kewangan.

Hampir kebanyakkan barangan IKS merupakan barangan pengguna untuk memenuhi

keperluan harian dan barangan gantian untuk menyokong output yang dihasilkan oleh

imdustri berat atau besar. Antara bidang IKS yang menjadi tumpuan dan meningkat naik

ialah perusahaan makanan, keropok, batik, tekstil, logam, kraftangan, elektrik dan elektronik,

pengeluaran komponen dan alat gantian kenderaan bermotor.

Oleh itu kaitan antara sektor perindustrian dengan IKS tidak dapat dinafikan ekoran

kepesatan sektor perindustrian banyak dibantu dan disokong oleh IKS untuk mendapatkan

bekalan komponen-kompenen tertentu. IKS dapat diibaratkan seperti tulang belakang dan

salah satu penggerak kepada pertumbuhan sektor perkilangan khususnya. Hal ini turut

disokong dengan peningkatan IKS di Malaysia. Datuk Yunus Rahmat, Pengerusi

Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi

Negeri, telah menyatakan bahawa akan belaku peningkatan dalam pertumbuhan sektor IKS

dari tahun ke tahun (Utusan 17 November 2013). Menurut beliau lagi, seramai 2800 orang

pengusaha IKS luar bandar telah menceburkan diri secara aktif dalam bidang ini merangkumi

perniagaan makanan, kraftangan dan perkhidmatan khususnya. Bahkan kerajaan negeri

Melaka telah mengambil langkah berani dengan menyasarkan peningkatan sebanyak lima

peratus dalam sektor sokongan ini. Ini dapat membuktikan bahawa sektor IKS telah diberi

perhatian oleh pihak kerajaan dalam memastikan sektor perindustrian utama negara dapat

beroperasi dengan lancar.

Oleh yang demikian, penulisan esei ilmiah ini akan membincangkan dan mengupas

ciri-ciri Industri Kecil Sederhana (IKS) disamping menyatakan sumbangan sektor IKS

kepada pembangunan ekonomi setempat atau wilayah.

1

Page 2: Penge Nala 2

2.0 DEFINISI INDUSTRI KECIL SEDERHANA (IKS)

Terdapat pelbagai definisi dan takrifan yang telah merujuk kepada IKS. Salah satu

daripadanya ialah mana-mana syarikat yang mempunyai modal kurang daripada RM500,000

adalah dikenali sebagai industri kecil manakala modal antara RM500,000 hingga RM 2.5 juta

diklasifikasikan sebagai industri sederhana (Akta Penyelarasan Perindustrian, 1975).

Nurulhuda Che Abdullah (2006) pula mendefinisikan IKS sebagai perusahaan perkilangan

atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan perkilangan dengan pusing

ganti tahunan tidak melebihi RM25 juta dan menggaji kakitangan sepenuh masa tidak

melebihi 150 orang. Ekuiti syarikat yang dipegang oleh rakyat Malaysia ialah sebanyak 60

peratus manakala ekuiti yang dipegang oleh syarikat besar tempatan hanya 25 peratus.

IKS juga dapat ditakrifkan sebagai organisasi yang diusahakan atau diasaskan oleh

keluarga atau perseorangan yang dibantu oleh pekerja pengeluaran dan am (Mohd Asri,

1997). Menurut beliau lagi IKS merupakan satu perniagaan yang boleh dihasilkan berasaskan

kuantitatif. Misalnya jualan, bilangan pekerja, stok, modal dan aset. Laporan Kementerian

Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mentakrifkan IKS sebagai industri kecil

merupakan seorang pengilang yang mempunyai modal berbayar tidak lebih daripada RM0.5

juta atau mempunyai pekerja sepenuh masa tidak kurang daripada 50 orang. Industri

sederhana pula menurut MITI ialah pemilikan aset antara RM0.5 juta hingga RM2.5 juta atau

mempunyai anggaran pekerja antara 50 hingga 199 orang.

Perbadanan Jaminan Kredit telah mendefinisikan IKS sebagai industri yang

mempunyai modal rizab berbayar tidak kurang daripada RM0.1 juta bagi golongan

Bumiputera manakala tidak kurang daripada RM0.2 juta bagi golongan bukan Bumiputera.

IKS bagi Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) ialah sebuah

syarikat dengan pusingan jualan tahunan tidak melebihi RM25 juta atau mempunyai pekerja

sepenuh masa tidak melebihi 150 orang.

2

Page 3: Penge Nala 2

Dalam konteks negara Kesatuan Eropah pula, IKS adalah satu perusahaan yang

mempunyai pekerjaan tidak melebihi 250 orang pekerja atau jualannya tidak melebihi 40 juta

Euro. Hal ini berbeza di Amerika Syarikat dimana Pentadbiran Perniagaan Kecil Amerika

Syarikat telah mendefinisikan IKS sebagai satu perusahaan yang mempunyai tenaga kerja

yang tidak melebihi 500 orang atau unjuran jualannya tidak melebihi 5 juta Euro (Karmel,

2002)

Negara matahari terbit iaitu Jepun mempunyai takrifan yang tersendiri tentang IKS di

mana ia telah diterangkan dengan jelas dalam Undang-Undang Asas Industri Kecil dan

Sederhana. IKS di negara Jepun telah ditakrifkan mengikut jumlah pekerja dan nilai modal

berbayar (Madeline & Faridah, 1989).

3

Page 4: Penge Nala 2

3.0 JENIS KEGIATAN IKS

Kegiatan Industri Kecil Sederhana (IKS) bukan sahaja melibatkan industri berasaskan

makanan semata-mata tetapi telah dipecahkan kepada beberapa jenis seperti berikut :

3.1 Industri berasaskan sumber

Industri ini bergantung sepenuhnya kepada sumber alam semulajadi dan bahan

mentah yang terdapat di atas muka bumi ini. Sumber ini juga mudah diperolehi

dan golongan orang asli yang sering membekalkan sumber ini kepada pengusaha

IKS. Ini kerana masyarakat peribumi ini arif tentang selok belok kehidupan di

dalam hutan dan mencari hasil hutan merupakan sumber pendapatan utama

mereka. Contoh sumber tersebut ialah kayu cengal, rotan dan akar kayu herba.

3.2 Industri berasaskan logam

Kegiatan jenis ini terdiri daripada aktiviti pembuatan dari segi kimpalan,

faundari dan mesin. Perusahaan ini mampu menghasilkan komponen untuk

industri berat dan industri pembinaa. Produk industri berasaskan logam ialah

skru, bingkai besi dan paku.

3.3 Industri berasaskan plastik

Perusahaan IKS berasaskan plastik seringkali melibatkan kerjasama antara

tenaga manusia dan juga tenaga robotik. Ini kerana proses untuk menghasilkan

produknya memerlukan kepakaran teknologi pembuatan dalam industri

petrokimia. Perhiasan plastik dan tayar merupakan produk utama dalam

perusahaan ini.

3.4 Industri berasaskan elektrik dan elektronik

Kegiatan industri elektrik dan elektronik memerlukan kemudahan teknologi

robotik yang canggih. Produk yang biasa dihasilkan adalah suis, kapasitor dan

papan litar dimana merupakan komponen yang diperlukan oleh industri

pembuatan komputer riba misalnya.

4

Page 5: Penge Nala 2

3.5 Industri komponen automotif

Perusahaan yang membekalkan komponen yang diperlukan melalui penjanjian

kontrak khas dan subkontrak. Lampu kereta, bateri kereta dan bumper kereta

antara produk yang dikeluarkan oleh perusahaan ini.

3.6 Industri pemprosesan makanan

Perusahaan ini mempunyai konsep yang sama dengan industri bahan sumber

kerana sumber utama untuk menghasilkan produknya terdiri daripada bahan-

bahan mentah seperti ubi keledek, ubi kayu, ubi keladi, ikan, sotong dan udang.

Pelbagai jenis ubi, ikan kering, sotong kering dan belacan dan keropok

merupakan hasil produk perusahaan berasaskan pemprosesan makanan.

3.7 Industri Pembuatan Lain-Lain

Perusahaan ini merangkumi dua industri iaitu industri kimia dan farmaseutikal

sebagai contohnya. Produk yang dihasilkan merangkumi cat dan petroleum

untuk industri petrokimia manakala pelbagai jenis ubat hasil daripada industri

farmaseutikal.

5

Page 6: Penge Nala 2

4.0CIRI INDUSTRI KECIL SEDERHANA

Berdasarkan kaji selidik dan bancian yang dilakukan oleh Bank Negara (2009),

terdapat sebanyak 528, 966 perindustrian yang rata-ratanya adalah dari sektor Industri Kecil

Sederhana (IKS). Hasil kaji selidik dan bancian ini telah membuktikan bahawa sejumlah

besar pertubuhan perniagaan di Malaysia telah dipelopori oleh IKS iaitu sebanyak 99.2

peratus manakala hanya 0.8 peratus terdiri daripada perniagaan perusahaan besar. Sektor

pertanian, perkilangan dan perkhidmatan merupakan komponen utama dalam pertubuhan

perusahaan IKS. Ini menunjukkan bahawa keupayaan IKS dalam pembangunan ekonomi

negara tidak boleh dipandang enteng dan diibaratkan sebagai tangan kanan negara.

Pertubuhan Industri Kecil Sederhana (IKS) ini mempunyai cirinya yang tersendiri dan akan

dinyatakan satu demi satu dalam penulisan ilmiah ini.

4.1 Jenis Keluaran

Hasil produk atau output yang dihasilkan di akhir proses adalah dikategorikan

sebagai jenis keluaran. Biasanya jenis keluaran atau produk yang dihasilkan oleh

IKS tidak memerlukan kecanggihan teknologi yang terlalu tinggi sepertimana

yang diguna pakai oleh perusahaan-perusahaan berat. Produk yang dihasilkan

juga bertujuan untuk mengeluarkan dan menyediakan barang keperluan harian

penduduk setempat khususnya . Misalnya IKS yang menghasilkan barangan

keperluan harian masyarakat ialah industri makanan, industri kraftangan, industri

tekstil, industri perabot, industri berasaskan getah dan plastik. Sementelahan itu,

IKS turut mengeluarkan barangan alat gantian dimana ia berperanan untuk

menyokong industri besar. Sebagai contoh, komponen-komponen kenderaan

seperti nat, skru, tayar kereta dan kusyen.

4.2 Modal

Secara umumnya, rata-rata tokoh dan organisasi berkaitan telah memberikan

takrifan bahawa IKS merupakan sebuah organisasi yang mempunyai pekerja

sepenuh masa dalam lingkungan 50 orang dan tidak melebihi 150 orang pada

sesuatu masa serta modal yang dilaburkan ke atas perniagaan tersebut tidak

melebihi RM25 juta. Jenis pemilikan IKS juga selalunya terdiri daripada syarikat

sendirian berhad, hasil perkongsian bersama individu dan pemilikan tunggal.

6

Page 7: Penge Nala 2

Penggunaan modal yang terhad telah menyebabkan kebanyakkan modal

diperoleh daripada pinjaman ahli keluarga. Hal ini disebabkan urusan pinjaman

bank sukar diperoleh dek kerana pengusaha IKS tidak mempunyai jaminan dan

rekod kewangan yang lengkap serta kukuh untuk dijadikan sebagai bukti kepada

pihak bank. Namun demikian, tahun demi tahun IKS telah diberi perhatian oleh

pihak kerajaan dimana pelbagai kemudahan pinjaman disediakan oleh institusi

kewangan kerajaan, bank komersial, syarikat kewangan dan skim khas bank

negara. Insentif turut diberikan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa

dan Industri (MITI), Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA),

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD), Kementerian

Pertanian dan Industi Asas Tani (MOA) dan Kementerian Kemajuan Bandar dan

Wilayah (KPLB) kepada para pengusaha IKS tertakluk kepada syarat-syarat

yang ditetapkan.

4.3 Organisasi

Organisasi yang dibentuk dalam perusahaan Industrin Kecil Sederhana (IKS)

lebih mudah dan tidak serumit perusahaan besar dimana sistem pentadbirannya

adalah berskala kecil dan kurang birokratik. Pengkhususan dan pembahagian

kerja tidak dipraktikkan sepenuhnya, bercorak tidak formal dan hampir

keseluruhan kakitangan yang terlibat terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara

dan jiran tetangga.

4.4 Lokasi

Perletakan lokasi IKS biasanya berhampiran dengan kawasan perumahan,

pinggir bandar dan desa-desa. Dalam kata yang mudah, lokasi IKS terdapat di

kebanyakkan kawasan kerana untuk menubuhkannya tidak serumit perusahaan

besar dan tidak memerlukan modal yang begitu besar. Bahkan kebergantungan

kepada peralatan teknologi yang canggih juga kurang dan perusahaan masih

boleh terus beroperasi dengan menggunakan kepakaran tenaga guna manusia.

7

Page 8: Penge Nala 2

4.5 Ciri Tenaga Pekerja

Taraf pendidikan yang formal rendah seperti boleh membaca dan mengira dan

kurang bertauliah sudah memadai untuk menjadi pekerja IKS. Oleh yang

demikian bayaran gaji yang diperolehi juga adalah rendah kerana kemahiran

yang dimiliki juga terhad setimpal dengan gaji yang diberikan. Kebanyakkan

golongan surirumah tangga di kawasan kampung atau desa gemar menceburkan

diri dalam perusahaan IKS. Bagi golongan ini bayaran yang diperolehi cukup

untuk menampung perbelanjaan harian disamping mengisi masa senggang

mereka. Bilangan pekerja sepenuh masa IKS juga selalunya tidak melebihi 150

orang dalam satu masa.

4.6 Jenis Teknologi Pengeluaran

Dek kerana tahap teknologi pengeluaran IKS yang rendah maka perusahaan ini

tidak bergantung sepenuhnya kepada fungsian mesin robotik kerana organisasi

ini masih utuh menggunakan khidmat tenaga manusia. Automasi juga kurang

diamalkan kerana masih menggunakan teknik dan peralatan tradisional dengan

dilakukan sedikit pembaharuan. Akhir sekali reka bentuk keluaran sesuatu

produk masih dikekalkan sepertimana ia mula-mula dihasilkan ekoran

mengalami kesukaran dalam proses pengubahsuaian selain aspek penyelidikan

dan pembangunan (R&D) tidak diaplikasikan.

8

Page 9: Penge Nala 2

5.0SUMBANGAN SEKTOR INDUSTRI KECIL SEDERHANA (IKS)

KEPADA PEMBANGUNAN EKONOMI SETEMPAT ATAU

WILAYAH

Seperti yang telah diterangkan di atas, Industri Kecil Sederhana (IKS)

melibatkan banyak bidang seperti makanan, tekstil, kraftangan, perabot dan alat

gantian. Maka jumlah tenaga kerja yang diperlukan untuk menggerakkan IKS ini juga

dalam kuantiti yang ramai. Oleh itu penggusaha IKS akan menggaji ramai tenaga

kerja untuk mengendalikan operasi pengeluaran produk di premis mereka. Disini

dapat kita lihat bahawa IKS berupaya untuk membantu meningkatkan ekonomi

komuniti setempat khususnya di kawasan luar bandar. Nurulhuda (2006) menyatakan

sektor IKS banyak memberikan impak yang positif kepada pembangunan ekonomi

negara misalnya dengan pengenalan konsep “ Satu Kampung Satu Produk”.

Konsep “ Satu Kampung Satu Produk” ini merupakan salah satu strategi di

bawah Projek Satu Daerah Satu Industri (SDSI). Pihak FELCRA Berhad telah dilantik

secara rasminya sebagai agensi pelaksana dalam program ini dimana ia berfungsi

dalam melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D), aktiviti pemasaran produk-

produk usahawan desa, pembinaan kilang-kilang kecil daerah dengan berfokus kepada

mengkomersialkan produk IKS ini. Abdul Halim Hafiz, 24 tahun dan Rosnaini

Bustam 38 tahun berkata dengan penubuhan kilang ia telah banyak membantu para

pengusaha IKS untuk memproses dan menyimpan produk makanan yang

dikomersialkan malah dalam pada masa yang sama kemudahan mesin yang lengkap

turut melengkap melancarkan operasi pengeluaran produk mereka (mStar, 2007).

Antara contoh IKS berkaitan makanan yang telah dilakukan ialah proses membuat

makanan sejuk beku (karipap, samosa, bergedil, donut, pau dan satay), kuih bahulu,

sos tomato, keropok kering dan pelbagai jenis kerepek.

9

Page 10: Penge Nala 2

Dengan kewujudan kilang-kilang IKS ini ia berupaya mewujudkan peluang

pekerjaan , mengalakkan pertumbuhan ekonomi dan menjana modal tambahan kepada

golongan yang memerlukannya di kawasan luar bandar khususnya. IKS di kawasan

luar bandar mampu memberi peluang pekerjaan kepada golongan surirumah , remaja,

orang kurang upaya (OKU) dan pesara disamping menjana sumber pendapatan

sampingan. Perusahaan kilang pelbagai jenis kerepek misalnya sudah tentu

memerlukan tenaga kerja yang ramai kerana mempunyai pelbagai peringkat proses

untuk menyiapkan sebungkus kerepek. Bermulalah dari proses mengupas ubi,

menggoreng, membungkus dan melabel produk tersebut.

Apa yang dapat diperkatakan disini ialah penubuhan sebuah IKS disesebuah

kawasan mampu menjadi pemacu kepada peningkatan pencapaian ekonomi global

dan mengurangkan kadar kemiskinan di negara membangun ( Singh & Belwal ).

Dalam erti kata yang mudah, perusahaan IKS boleh dikategorikan umpama sambil

menyelam minum air kerana ia bukan sahaja mengguntungkan komuniti setempat

malah manangani isu pengangguran dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya.

Sumbangan sektor IKS yang seterusnya kepada pembangunan ekonomi

setempat atau wilayah ialah membantu meningkatkan sektor pelancongan negara

sekaligus memperkenalkan Malaysia di persada antarabangsa. Umum mengetahui

bahawa Malaysia kaya dengan sumber khazanah alam semulajadi yang mana telah

banyak menarik minat pelancong asing. Ramai pelancong asing khususnya dari

negara Eropah gemar menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan mereka.Ini

kerana Malaysia kaya dengan panorama pantai yang bersih dan cantik seperti Pulau

Beras Basah (Pulau Langkawi, Kedah), Batu Feringghi (Pulau Pinang), taman negara

Endau-Rompin (Pahang) dan taman negara Bako ( Sarawak ) hutan simpan Royal

Belum ( Perak ) dan hutan simpan Paya Laut Matang ( Perak).

10

Page 11: Penge Nala 2

Selain terkenal dengan panorama dan pemandangan yang cantik, alam

semulajadi ini juga kaya dengan barangan hutan, rotan dan tikar mengkuang. Selain

itu terdapat juga IKS yang menghasilkan perusahaan membuat tembikar, labu sayong,

batik dan songket. Secara tidak langsung pengusaha IKS telah berjaya

mempromosikan identiti dan jati diri negara kepada masyarakat luar. Para pelancong

pula tidak lokek untuk membelanjakan wang dalam kuantiti yang banyak semata-mata

untuk mendapatkan kraftangan ini kerana nilainya yang tinggi dan tidak dapat

diperolehi di negara mereka. Dengan adanya aktiviti jualan ini maka berlakulah

pengaliran mata wang asing dalam sistem ekonomi negara dimana ia berupaya

meningkatkan sumber pendapatan negara dan Keluaran Dalam Negara Kasar

(KDNK).

Industri Kecil Sederhana (IKS) turut berperanan meningkatkan sektor

ekonomi pertanian, perhutanan dan perikanan dimana sektor ini membekalkan sumber

bahan mentah kepada perusahaan IKS berkaitan. Sebagai contoh kilang membuat sos

cili memerlukan bekalan cili hidup, kilang ubat-ubatan tradisional memerlukan herba

kayu dari hutan dan bekalan ikan segar untuk perusahaan keropok. Oleh itu, para

pembekal yang rata-ratanya terdiri dari golongan petani, orang asli (memungut hasil

hutan) dan nelayan tidak perlu bersusah payah untuk mencari pembeli dan meraih

keuntungan yang tinggi secara berterusan.

Disamping itu sumbangan sektor IKS kepada pembangunan ekonomi setempat

atau wilayah ialah sebagai pengantara atau medium dalam memperkukuhkan asas

industri negara dan hubungjalin dengan firma gergasi. Peningkatan IKS terutamanya

di kawasan pendalaman membantu mengukuhkan struktur pembangunan industri

negara. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa IKS berfungsi sebagai pengantara di mana

ia mampu mengurangkan peranan syarikat-syarikat antarabangsa disamping menjadi

industri pelengkap demi memenuhi keperluan dan pembangunan industri negara.

Bahkan penglibatan IKS yang aktif dalam setiap sektor mampu memberi jaminan dan

tidak memberi kesan sekiranya terdapat pengunduran ataupun penarikan operasi serta

pelaburan dari firma antarabangsa.

11

Page 12: Penge Nala 2

Dalam pada masa yang sama kemampuan perusahaan IKS yang mampu

menghasilkan produk barangan yang tidak dapat dihasilkan oleh syarikat gergasi turut

menguntungkan para pengusaha. Ini kerana IKS mendapat hak sepenuhnya dalam

membekalkan barangan seperti barangan makanan, pakaian dan alatan perabut kepada

pengguna dalam negeri tanpa mendapat saingan yang besar. Malahan IKS juga

menyumbang kepada pembekalan produk yang dapat memenuhi keperluan harian

bagi golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana tanpa membebankan

mereka. Misalnya dalam produk makanan, logam, peralatan plastik dan getah, pakaian

dan peralatan perabut. Kedai-kedai seperti Hari-Hari, Happy Home dan Pasar Borong

Longwan merupakan antara premis yang menawarkan harga yang rendah kepada

pelanggannya.

Akhir sekali, sumbangan sektor IKS kepada pembangunan ekonomi setempat

dan wilayah ialah tabungan dalam ekonomi dan pengagihan pendapatan dalam

kalangan penduduk. Ini kerana rata-rata pengusaha IKS mendapat modal hasil

sumbangan oleh ahli keluarga atau kawan-kawan. Besar kemungkinan sekiranya

wang modal tersebut tidak dilaburkan dalam perusahaan IKS ia akan dilaburkan

dalam perbelanjaan yang lain. Kesan daripada pelaburan IKS ini mampu

meningkatkan kadar simpanan penduduk dalam negara dan meminimumkan kadar

kenaikan inflasi.

Tambahan lagi sumbangan sektor IKS kepada pembangunan ekonomi

setempat atau wilayah adalah melibatkan pengagihan pendapatan dalam kalangan

penduduk. Dalam erti kata yang mudah wujud ketidakseimbangan dalam pengagihan

pendapatan dimana firma besar lebih berminat untuk menawarkan pekerjaan , gaji,

faedah dan kebajikan sosial seperti kesihatan kepada sebilangan kecil pekerja berkolar

putih. Ini menunjukkan bahawa timbul ketaksamarataan hak yang ditawarkan oleh

premis antarabangsa kepada golongan berkolar putih. Namun dengan wujudnya

penglibatan pengusaha, pemilik dan pekerja dalam organisasi IKS dipercayai mampu

menangani masalah ketidaksamaan jurang pendapatan penduduk. Ini kerana ia dapat

menggalakkan pendapatan yang lebih ketara berbanding dengan kewujudan struktur

pendapatan dan gaji yang ditawarkan oleh syarikat yang bertaraf antarabangsa.

12

Page 13: Penge Nala 2

6.0KESIMPULAN

Berdasarkan penjelasan dan pandangan yang dikemukakan mengenai IKS seperti di

atas, dapat kita rumuskan bahawa Industri Kecil Sederhana (IKS) merupakan semua

perusahaan perkilangan atau syarikat yang mempunyai modal di antara diantara RM500, 000

sehingga RM25juta dengan bantuan tenaga guna manusia tidak melebihi seramai 150 orang.

Teknologi yang diguna pakai dalam menghasilkan sesuatu produk juga tidak bergantung

sepenuhnya kepada teknologi robotik sebaliknya sumber tenaga manusia.

Selain itu IKS merupakan salah satu komponen penting dalam sektor ekonomi untuk

terus memastikan kelancaran operasi sektor perkilangan dan perindustrian. Hal ini dapat

dilaksankan sekiranya kerjasama yang padu antara penduduk setempat dengan pengusaha

IKS mampu dipupuk untuk mendapatkan hasil yang lumayan pada masa akan datang.

Bahkan usaha dan perancangan dari pihak kerajaan perlu selaras dengan kesungguhan para

pengusaha IKS dalam memastikan masa depan perusahaan IKS di sesebuah kawasan.

Selain itu, jenis kegiatan IKS dan ciri industri kecil sederhana turut dinyatakan dalam

penulisan ilmiah ini. Ciri tersebut merangkumi jenis keluaran, modal, organisasi perusahaan,

lokasi, ciri tenaga pekerja dan jenis teknologi pengeluaran. Dalam pada masa yang sama

bantuan modal dan sokongan daripada pihak kerajaan masih lagi diperlukan dalam

memastikan kejayaan IKS di kawasan luar bandar khususnya. Ini kerana pengusaha IKS

seringkali mengalami kesukaran dalam mendapatkan pinjaman dek kerana karenah birokrasi.

Oleh yang demikian, bantuan dan polisi dasar berkaitan IKS yang sedia ada dilaksanakan

oleh agensi bertanggungjawab seperti Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah

perlu diteruskan disamping dilakukan beberapa penambaikan demi pembangunan ekonomi.

Di samping itu penulisan ilmiah ini turut membincangkan mengenai sumbangan

sektor IKS kepada pembangunan ekonomi setempat atau wilayah. Salah satu sumbangan IKS

ialah membuka peluang pekerjaan dan menjana pertumbuhan ekonomi setempat selain

mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan masyarakat setempat.

13

Page 14: Penge Nala 2

IKS juga merupakan pemacu kepada peningkatan ekonomi di peringkat global apabila

aktiviti mengeksport produk IKS seperti kraftangan rotan, makanan ( belacan dan kerepek )

telah meningkat tahun demi tahun permintaannya . Sebagai contoh pelbagai jenis kerepek

telah dieksport ke negara Brunei. Dalam pada masa yang sama, IKS berperanan dalam

meningkatkan peratusan sektor pelancongan negara dan ini telah menyebabkan kemasukan

aliran mata wang asing yang seterusnya meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar

(KDNK). Seterusnya IKS mampu mengembangkan sektor pertanian, perhutanan dan

perikanan dengan adanya permintaan secara berterusan dari pengusaha IKS. Akhir sekali,

IKS berfungsi sebagai asas atau tapak kepada pengukuhan sektor industri negara.

14

Page 15: Penge Nala 2

7.0LAMPIRAN

15

Jadual 1 : Sumbangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

dalam sektor perkilangan antara tahun 1975 hingga 1994

Gambar 2.0 : Antara sebahagian produk makanan keluaran IKS di pasaran

Page 16: Penge Nala 2

16

Gambar 3.0: Contoh IKS berasaskan barangan tembikar labu sayong yang telah dikomersialkan di Perak.

Gambar 4.0: Barangan IKS berasaskan logam

Gambar 5.0: Salah sebuah bank yang memberikan pinjaman wang kepada pengusaha IKS di Malaysia

Page 17: Penge Nala 2

17

Gambar 6.0: Sebuah lagi bank tempatan yang menyediakan pinjaman dan skim untuk pengusaha IKS

Gambar 7.0 : Saifudin Mohd Kadak salah seorang pengusaha IKS dalam perusahaan kraf tangan kayu di kampung Parit Bugis, Muar

Page 18: Penge Nala 2

18

Gambar 8.0 :Inisiatif kerajaan dalam memartabatkan IKS dalam kalangan golongan mahasiswa dan mahasiswi

Gambar 9.0 : Ganjaran oleh pihak kerajaan kepada usahawan yang berinovatif sebagai pembakar semangat

Page 19: Penge Nala 2

19