Pengawetan Kering

9
Tugasan 2 Aktiviti 1 Laporan Pengawetan Spesimen Biologi Pengenalan: Biologi adalah suatu ilmu ataupun kajian mengenai benda- benda hidup. Mempelajari tentang tumbuhan dan haiwan, serta hubungan mereka dengan alam sekitar adalah bahagian yang penting dalam memahami biologi. Selaku bakal guru sains, amat penting juga untuk mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam pengumpulan, pengawetan dan pengelasan spesimen biologi. Spesimen biologi perlu diawet secara sempurna dengan menggunakan beberapa kaedah yang sesuai supaya dapat kekal dan berkeadaan baik untuk digunakan pada masa depan.

description

biologi

Transcript of Pengawetan Kering

Tugasan 2

Aktiviti 1

Laporan Pengawetan Spesimen Biologi

Pengenalan:

Biologi adalah suatu ilmu ataupun kajian mengenai benda-benda hidup.

Mempelajari tentang tumbuhan dan haiwan, serta hubungan mereka dengan alam

sekitar adalah bahagian yang penting dalam memahami biologi. Selaku bakal guru

sains, amat penting juga untuk mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam

pengumpulan, pengawetan dan pengelasan spesimen biologi.

Spesimen biologi perlu diawet secara sempurna dengan menggunakan

beberapa kaedah yang sesuai supaya dapat kekal dan berkeadaan baik untuk

digunakan pada masa depan.

Pengawetan Kering Tumbuhan

Kebanyakkan tumbuhan berkayu boleh diawetkan terutama daun dan

bunganya untuk dijadikan spesimen herbarium. Keadaan ini dalah paling sesuai dan

boleh disimpan dengan lama jika disimpan dikendalikan dengan sempurna.

Pengawetan dalam bentuk kering ini adalah sesuai untuk dijadikan bahan

rujukan di makmal sekolah. Tumbuhan atau bahagian tumbuhan tertentu yang

keringkan dan dikelaskan secara sistematik dipanggil spesimen herbarium.

Herbarium ialah bahan tumbuhan yang dikeringkan dan ditekankan kemudian

dipajangkan pada kertas tebal. Penyediaan spesimen ini melibatkan proses

mengumpul, menekan, engering, melekatkan spesimen, mengenal pasti, mengelas,

melabel dan menyimpan.

PENGAWETAN POKOK KARI SECARA KERING

OBJEKTIF :

Mengekalkan ketahanan dan memanjangkan tempoh masa spesimen untuk

rosak dan boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar.

BAHAN-BAHAN;

1. Tumbuhan herba (pokok kari)

2. Kertas surat khabar

3. Tali

4. Kertas tebal (kadbod)

ALAT/RADAS:

1. Alat penekan

2. Ketuhar

PROSUDER/LANGKAH :

Penyediaan herbarium melibatkan beberapa proses berikut:-

1. Pertama sekali, proses pengumpulan.

2. Bagi mengumpul suatu jenis spesimen tumbuhan, mengumpul beberapa

bahagian pentingnya seperti contoh buah, daun dan bunga (gambar 1).

3. Kami memilih tumbuhan Murraya Koenigii (Pokok Kari) sebagai spesimen

herbarium kami.

4. Bahagian-bahagian akar dan struktur istimewa tumbuhan itu juga dimasukkan

bersama spesimen.

5. Keratan spesimen yang diambil harus nampak segar dan sihat.

Gambar 1

6. Seterusnya, melakukan proses penekanan (gambar 2).

7. Spesimen telah disusun mendatar di antara kertas akhbar lama. Pastikan

bahagian-bahagiannya seperti daun dan bunga terbuka ataupun terkembang

untuk mudah dilihat.

8. Bahagian daun pula diselang-selikan antara bahagian yang terlentang dan

tertiarap.

9. Papan lapis diletakkan di bahagian atas dan bawah susunan spesimen-

spesimen itu. Bagi menambah tekanan, ikatan susunan papan lapis

diketatkan dengan pemberat.

Gambar 2

10.Selepas itu, proses pengeringan pula dilakukan. Bahagian-bahagian daun

dan bunga biasanya cepat kuncup dan layu, oleh itu kami terpaksa

mengeringkannya dalam udara biasa yang mempunyai sinaran matahari.

11.Pastikan kertas akhbar sentiasa ditukar selang sehari dan berat pemberat

sentiasa ditambah selama kira-kira 2 minggu.

12.Sebelum proses pengeringan, kami telah memastikan spesimen sudah mati

sepenuhnya. Hal ini kerana, spesimen yang belum mati sepenuhnya tidak

boleh dikeringkan. Jika tidak, spesimen berkenaan akan layu semasa

pengeringan.

13.Seterusnya memasukkan tumbuhan herba ke dalam ketuhar untuk

memastikan tumbuhan herba benar-benar kering.

14.Spesimen yang sudah kering disusun di atas mounting board (gambar 3).

15.Spesimen perlu dilekatkan ataupun diikatkan pada mounting board dengan

menggunakan benang. Kaedah ini baik kerana kita boleh memindahkan

spesimen ke atas bahan lain tanpa merosakkan spesimen. Penggunaan gam

tidak digalakkan kerana ia boleh merosakkan spesimen. Pelekat selofan pula

kurang sesuai kerana ia mudah rosak dan bertukar warna serta hilang

pelekatnya.

Gambar 3

16.Proses herbarium diteruskan dengan pelabelan.

17.Setiap bahagian tumbuhan dilabelkan (gambar 4).

18.Biasanya, nilai sesuatu koleksi herbarium bergantung kepada perlabelan

yang tepat mengenai maklumat-maklumat berikut:

Gambar 4

19.Label diletak pada satu sudut herbarium itu.

a. Alam : Tumbuhanb. Divisi : Magnoliophytac. Kelas : Magnoliopsidad. Order : Sapindalese. Family : Rutaceaef. Genus : Murayyag. Species : M. Koeniggih. Binomial : Murayya Koenigiii. Tarikh : 01.02.2014j. Lokasi : Taman Sri Mas, Pendang, Kedahk. Nama pengumpul : NOORUL HUDA BT AYOB

: NORILZA BINTI SALLEH

20. Untuk memastikan herbarium tahan lama, ia dibalut dengan plastik dan

disimpan dalam keadaan yang gelap, kering dan sejuk.

21. Herbarium akan kekal lama jika sentiasa disimpan dalam bilik

gelap, kering, sejuk dan bebas daripada perosak seperti serangga

dan tikus. Spesimen herbarium ini disimpan disusun di dalam rak-

rak kabinet untuk memudahkan penyusunan dan pengurusannya.