Pengajian Perniagaan Rancangan Perniagaan

10
PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 RANCANGAN PERNIAGAAN

description

Pengajian Perniagaan STPM Penggal 3.

Transcript of Pengajian Perniagaan Rancangan Perniagaan

Page 1: Pengajian Perniagaan Rancangan Perniagaan

PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3

RANCANGAN PERNIAGAAN

Page 2: Pengajian Perniagaan Rancangan Perniagaan

RANCANGAN PERNIAGAAN?Merupakan satu dokumen bertulis yang dirangka oleh usahawan untuk merancang aktiviti perniagaan yang akan dijalankan pada masa hadapan.

Memperincikan tujuan dan perancangan tentang sesuatu projek atau perniagaan yang akan dijalankan

Page 3: Pengajian Perniagaan Rancangan Perniagaan

KEPENTINGAN RANCANGAN PERNIAGAAN

1. Menjadi garis panduanMenerangkan misi, matlamat dan objektifMemandu untuk mencapai hala tuju yag ditetapkan

2. Mengurangkan kesilapanMengurangkan risiko kesilapanMengurangkan risiko penyelewengan

Page 4: Pengajian Perniagaan Rancangan Perniagaan

3. Memudahkan kawalan Mengukur tahap pencapaian organisasi Mengenal pasti penyelewengan dan mengambil tindakan pembetulan

4. Menilai prestasi Menilai prestasi aktiviti semasa dan selepas aktiviti Mengenalpasti maklumat tercapai atau sebaliknya

5. Menggalakkan penggunaan sumber yang cekap Meminimumkan kos pengeluaran Memaksimumkan keuntungan Mengelakkan pembaziran sumber

Page 5: Pengajian Perniagaan Rancangan Perniagaan

KEGUNAAN RANCANGAN PERNIAGAAN KEPADA

USAHAWANa. Menjadi garis panduan untuk mencapai matlamat organisasiUsahawan boleh menggunakan rancangan perniagaan bagi menjalankan operasi organisasinya dan memacu ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan

Sebarang permasalahan atau penyimpangan dapat dikenalpasti dan tindakan pembetulan segera boleh dilakukan dengan segera

Page 6: Pengajian Perniagaan Rancangan Perniagaan

b. Menghuraikan strategi pemasaran produkSemasa menyediakan rancangan perniagaan, usahawan perlu menganalisis persekitaran yang berkaitan dengan pemasaran seperti kekuatan dan kelemahan persaingan, keadaan pasaran dan sebagainya.

Usahawan dapat menggunakan strategi yang disediakan dalam rancangan perniagaan untuk memasarkan prodknya dari aspek promosi, harga, produk dan saluran

Page 7: Pengajian Perniagaan Rancangan Perniagaan

c. Menerangkan perancangan kewanganRancangan perniagaan akan menggariskan jumlah modal yang diperlukan oleh perniagaan dan menerangkan sumber modal yang boleh digunakan oleh usahawan dan penggunaan dana.

Rancangan perniagaan yang baik dan berkualiti mampu untuk meyakinkan pihak pelabur atau pembiaya untuk memberikan suntikan modal ke dalam perniagaan.

Page 8: Pengajian Perniagaan Rancangan Perniagaan

d. Menghuraikan tentang modal insan dalam organisasiPenerangan tentang kepakaran, pengalaman, latar belakang pemilik dan pekerja organisasi hendaklah dinyatakan dalam rancangan perniagaan

Dapat memberikan garis panduan kepada usahawan untuk merancang program latihan dan pembangunan untuk pekerjanya pada masa hadapan.

Page 9: Pengajian Perniagaan Rancangan Perniagaan

KEGUNAAN RANCANGAN PERNIAGAAN KEPADA PIHAK

BERKEPENTINGANPIHAK DALAMAN ORGANISASI PIHAK LUARAN ORGANISASI

1. Pihak pengurusan dan keusahawanan

Boleh menggunakan rancangan perniagaan sebagai suatu garis panduan bagi menentukan hala tuju perniagaan yang dijalankan.

2. Kakitangan dan pekerja Memerlukan rancangan perniagaan

untuk melaksanakan strategi-strategi yang telah dirancang dan melihat prospek masa hadapan organisasi.

1. Bakal pelabur Pelabur merupakan pihak yang

menyumbang sebahagian daripada modalnya untuk dilaburkan dalam sesebuah perniagaan

2. Pembekal Digunakan oleh usahawan untuk

menyakinkan pembekal bahawa kedudukan kewangan kukuh.

Page 10: Pengajian Perniagaan Rancangan Perniagaan

THANKS…