Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
-
Upload
saharuddin-abdullah -
Category
Education
-
view
15.150 -
download
8
description
Transcript of Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
PENGAJARAN RUMUSANTINGKATAN 5
Dihasilkan oleh ;
SAHARUDDIN BIN ABDULLAH
SMK Sijangkang Jaya.
Usaha-usaha perpaduan
SET INDUKSI
Lagu Perpaduan
APA ITU PERPADUAN ?
Perihal berpadu(bergabung
menjadi satu, sepakat) – hal 1112
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdP, pelajar dapat :
•2.1. Mencetuskan idea bernas semasa memberkan pendapat dalam perbincangan.• 7.5. Memahami dan meneliti maksud tersurat dan tersirat daripada sesuatu bahan.•8.5. Mentafsirkan maklumat yang telah dipilih secara rasional untuk membuat inferens.
BACA PETIKAN DI BAWAH DENGAN TELITI, KEMUDIAN BUAT SATU RUMUSAN TENTANG CARA-CARA UNTUK MENGEKALKAN FORMULA PERMUAFAKATAN DAN KESAN YANG TIMBUL JIKA PERPADUAN TIDAK DAPAT DIKEKALKAN.
SOALAN 1 : RUMUSAN
PETIKAN RUMUSAN
Formula permuafakatan dan semangat setia kawan yang di amalkan di negara ini perlu dikekalkan agar keamanan dan kesejahteraan yang dinikmati rakyat sejak bertahun-tahun lamanya dapat dipertahankan. Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan formula tersebut menjadi amalan kerajaan selama ini terbukti berjaya untuk menyatukan rakyat berbilang kaum di negara ini walaupun berbeza pegangan agama, adat resam dan budaya. Oleh itu, beliau mengajak seluruh lapisan rakyat supaya mengelakkan sebarang prasangka negatif sebaliknya bersatu agar perpaduan dan keharmonian yang dikecap sekarang dapat diwariskan kepada generasi masa depan.
PETIKAN RUMUSAN
“Jadi, kita perlu mengekalkan fahaman seperti ini, apa-apa juga masalah yang kita hadapi biarlah diselesaikan melalui perbincangan dan muafakat. Hilangkanlah dan hapuskanlah sebarang perasaan atau prasangka negatif serta cakap-cakap yang dapat mendatangkan keburukkan kepada masyarakat dan negara kerana perkara itu tidak membawa apa-apa kebaikan,” kata beliau.
PETIKAN RUMUSAN
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata demikian ketika berucap pada majlis jamuan tengah hari bersama rakyat bersempena dengan Hari Raya Aidiladha di Kampung Tok Bedu, Tasik Gelugor dekat sini, hari ini. Perdana Menteri menjelaskan bahawa rakyat perlu sedar bahawa keamanan dan kemakmuran ekonomi yang dinikmati sekarang tidak dicapai dengan mudah dan segenap lapisan masyarakat perlu bersama-sama mempertahankannya. Beliau menasihati rakyat supaya sikap tuduh-menuduh dan memburuk-burukkan antara satu sama lain perlu dijauhi kerana dapat menimbulkan kekecohan yang akhirnya membawa pelbagai keburukan kepada negara. Sikap ini juga akan menyebabkan masyarakat akan berprasangka antara satu sama lain.
PETIKAN RUMUSAN
“Kita perlu ingat kembali tentang perkara yang berlaku dalam negara, kita maju setapak demi setapak dan ini bukan mudah. Jadi, apa-apa sahaja perkara yang dapat menyebabkan kekecohan dan merosakkan ketenteraman awam perlu dielakkan. Oleh itu, kita semua perlu sama-sama berusaha untuk memelihara keamanan dan kedamaian yang dinikmati sekarang. Kita mahu negara aman dan selamat,” jelasnya lagi.
PETIKAN RUMUSAN
Walaupun wujud perbezaan, termasuk berhubung dengan kedudukan ekonomi, tetapi beliau yakin bahawa masalah itu akan dapat diselesaikan secara baik melalui kaedah permuafakatan dan semangat tolak ansur. Beliau turut mengulangi pendirian kerajaan yang akan memastikan kemakmuran ekonomi yang akan dinikmati negara diagih-agihkan secara adil tanpa menyisihkan mana-mana kaum atau golongan yang memerlukannya.
PETIKAN RUMUSAN
“Sebagai masyarakat majmuk yang berbilang kaum, kita semua patut membantu sesiapa sahaja terutama golongan yang memerlukan tanpa mengira kaum atau keturunan,” katanya.
PETIKAN RUMUSAN
Datuk Seri Abdullah juga meluahkan rasa gembirannya dengan semangat gotong royong dan bantu-membantu yang ditunjukkan oleh masyarakat negara ini, terutamanya pada musim-musim. Perdana Menteri menjelaskan bahawa beliau berasa amat senang melihat sikap kasih sayang dalam kalangan rakyat yang sanggup berkongsi apa-apa sahaja walaupun mereka bukan tergolong dalam golongan kaya.
PETIKAN RUMUSAN
“Contoh yang paling mudah dapat kita lihat pada Hari Raya Aidiladha ini apabila banyak pihak yang sanggup mengeluarkan belanja menunaikan ibadah korban untuk diagih-agihkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada “PM: Kekalkan Formula Muafakat”, Abdul Muin Sapidin dan Rokiah Abdullah, Utusan
Melayu, 21 Disember 2007)
BACA PETIKAN DI BAWAH DENGAN TELITI, KEMUDIAN BUAT SATU RUMUSAN
TENTANG CARA-CARA UNTUK MENGEKALKAN FORMULA
PERMUAFAKATAN DAN KESAN YANG TIMBUL JIKA PERPADUAN TIDAK DAPAT
DIKEKALKAN.
SOALAN 1 : RUMUSAN
Kata kunci pertama Kata kunci
kedua
PendahuluanPendahuluan
Petikan membincangkan cara-cara untuk mengekalkan formula permuafakatan
Petikan membincangkan cara-cara untuk mengekalkan formula permuafakatan
Petikan membincangkan usaha-usaha untuk mengekalkan formula permuafakatan dalam kalangan penduduk
pelbagai kaum.
Petikan membincangkan usaha-usaha untuk mengekalkan formula permuafakatan dalam kalangan penduduk
pelbagai kaum.
faktor-faktor• punca-punca• sebab-sebab
• potensi
MENUKARKAN KATA KUNCIMENUKARKAN KATA KUNCI
Petikan membincangkan ..........Petikan membincangkan ..........
langkah-langkah• usaha-usaha
•cara-cara / formula• cadangan-cadangan
• tindakan-tindakan• kaedah
masalah• kekangan
• penghalang• halangan•karenah
Faedah-faedah• kepentingan / manfaat• kesan positif / kebaikan
akibat• kesan negatif
• keburukan• implikasi
Ciri-ciri• sifat-sifat
ISI TERSURAT – FORMULA PERPADUAN Mengelakkan sebarang prasangka negatif.Masalah yang dihadapi hendaklah diselesaikan melalui
perbincangan dan bermuafakat.Cakap-cakap yang dapat mendatangkan keburukan
kepada masyarakat dan negara hendaklah dielakkan.Rakyat perlu sedar bahawa keamanan dan kemakmuran
ekonomi yang dinikmati tidak dicapai dengan mudah.Sikap tuduh-menuduh dan buruk-memburukkan antara
satu sama lain perlu dijauhi.Segala masalah hendaklah diselesaikan dengan baik
melalui kaedah permuafakatan dan semangat tolak ansur.
Kemakmuran negara diagihkan sama rata dan adil tanpa menyisihkan mana-mana kaum.
Amalan gotong royong & bantu membantu hendaklah dipraktikkan
Berkongsi apa sahaja walaupun merek tidak kaya.
Penanda wacanaPenanda wacana
dan (isi 1 dan 2) dan (isi 1 dan 2)
Di samping itu (isi 3)Di samping itu (isi 3)
Isi tersurat (ambil daripada petikan)
..... Juga merupakan ......... Juga merupakan ....
Selain ituSelain itu
Seterusnya (isi 4)Seterusnya (isi 4)
Antara ....... ialah ......Antara ....... ialah ......
Isi tersuratIsi tersurat
Antara usaha-usaha untuk mengekalkan formula permuafakatan ialah mengelakkan sebarang prasangka negatif dan setiap masalah hendaklah diselesaikan melalui perbincangan dan bermuafakat.Di samping itu cakap-cakap yang dapat mendatangkan keburukkan kepada masyarakat dan negara hendaklah dielakkan. Selain itu, rakyat perlu sedar bahawa keamanan dan kemakmuran ekonomi yang dinikmati tidak dicapai dengan mudah. Seterusnya sikap tuduh-menuduh dan buruk-memburukkan antara satu sama lain perlu dijauhi dan segala masalah hendaklah diselesaikan dengan baik melalui kaedah permuafakatan dan semangat tolak ansur.
Kesan jika perpaduan tidak dikekalkanKesan jika perpaduan tidak dikekalkan
Isi tersirat (pendapat sendiri)Kata kunci kedua
Menimbulkan kekecohan dan tidak tenteram dalam masyarakat
Kestabilan politik dan ekonomi negara akan tergugat
Ekonomi berasaskan pelancongan akan terjejas
Masa depan generasi muda tidak terjamin
Program 1 Malaysia tidak dapat direalisasikan
Permasalahan kaum akan terjadi
Kesan jika perpaduan tidak dikekalkanKesan jika perpaduan tidak dikekalkan
Isi tersirat (pendapat sendiri)Kata kunci kedua
Kesan-kesan jika perpaduan tidak dikekalkan ialah kestabilan politik dan ekonomi akan tergugat dan rakyat yang berbilang kaum tidak akan bersatu.
Penutup
harusmestipatut
supayaagar
Kesimpulannya, semua kaum haruslah berganding bahu untuk mengekalkan formula permuafakatan
supaya perpaduan dapat dikekalkan
LATIHAN
1. Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata prasangka negatif?.
2. Mengapakah Perdana Menteri gembira dengan sikap rakyat Malaysia?
3. Pada pendapat anda, apakah kesan yang akan berlaku apabila rakyat tidak mementingkan perpaduan?
A
P P U N A A D R E
P E R P D U A N
Format rumusan :a)Mengenal kata kunci.b)Sistem pemerengganan.c)Penukaran kata kunci pendahuluan.d)Penggunaan penanda wacana.e)Bilangan patah perkataan.
3 JENIS MANUSIA
ORANG YANG HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM
ORANG YANG HARI INI SAMA MACAM SEMALAM
ORANG YANG HARI INI LEBIH TERUK DARI SEMALAM