Pengacaraan Majlis Anugerah Cemerlang Sk Jijan
-
Upload
yusrina-mustama -
Category
Documents
-
view
563 -
download
0
Transcript of Pengacaraan Majlis Anugerah Cemerlang Sk Jijan
YUSRINA: Diumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato’ Hasim b.
Rusdi, ADUN Kawasan Labu merangkap EXCO Pembangunan Luar
Bandar/ Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam diiringi Tuan Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Jijan ke tempat duduk utama. Semua
hadirin dipersilakan berdiri.
CIKGU YUSOF: Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, saya dengan
segala hormatnya menjemput al-Fadhil Ustaz Mohd Rusydan b. Othman
untuk mengetuai bacaan doa.
CIKGU YUSOF: Terima Kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Rusydan b.
Othman atas bacaan doa itu tadi
TEKS PENGACARAAN
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 2008
MASA: 8.40 pagi (Ketibaan ibu bapa dan penjaga)
CUE : Semua murid dan ibubapa berkumpul di dalam dewan.
MASA: 8.55 pagi (Ketibaan Pegawai Pelajaran Daerah Seremban)
MASA: 9.00 pagi (Ketibaan YB Dato’ Hasim b. Rusdi Adun
Kawasan Labu)
CUE: Apabila YB Dato’ Hasim b. Rusdi Adun Kawasan Labu melalui jalan utama dewan
untuk mengambil tempat, juruacara pun mengumumkan:
MASA: 9.10 pagi (Bacaan Doa)
CUE: Cikgu Yusof menjemput Ustaz Rusydan untuk membacakan doa.
CUE: Setelah selesai bacaan doa oleh Ustaz Rusydan, Cikgu Yusof mengucapkan
terima kasih.
(PERSEMBAHAN 1 : Deklamasi Sajak)
1
CIKGU YUSRINA:
Selamat datang kami ucapkan,
Para hadirin semua jemputan,
Selawat salam kami junjungkan,
Ke hadrat Nabi Rasul pilihan.
Di majlis ini kami bermadah,
Mengucap puji alhamdulillah
Pantun ini pantun berhemah ,
Semoga majlis dikurniakan limpah.
CIKGU YUSOF: Bagi memulakan majlis Hari Anugerah Cemerlang SK
Jijan 2008 ini, saya mempersilakan Adik Puteri Nurjieha bt Mohd Jamil
dari kelas Tahun 5 untuk mendeklamasikan sebuah sajak yang bertajuk
‘Azam dan Tekad’ .
CIKGU YUSOF: Terima kasih diucapkan atas persembahan sajak itu tadi.
CIKGU YUSRINA:
Yang Berhormat Dato’ Hasim b. Rusdi ADUN Kawasan Labu
merangkap EXCO Pembangunan Luar Bandar/ Hal Ehwal Pengguna
dan Kemudahan Awam, Yang Berbahagia Pegawai Pelajaran Daerah
Seremban, ______________, Yang Berusaha En. Ahmad b. Harun
selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jijan, Yang Dihormati Naib
Yang Dipertua PIBG SK Jijan, Encik Ismail b. Abd Kadir beserta AJK-
AJK nya, Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru,
Yang Dihormati Ibubapa, seterusnya murid-murid yang saya kasihi
sekalian. Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera. *Selamat
datang ke Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2008 yang berlangsung di
dewan Sekolah Kebangsaan Jijan ini.
Kepada hadirin yang budiman,
Sudinya datang tuan dan puan,
Dengan segala puji-pujian,
Sekalian budi jadi ingatan.
CUE: Deklamasi sajak oleh Adik Puteri Nurjieha bt Mohd Jamil dari kelas Tahun 5
yang bertajuk ‘Azam dan Tekad’ .
CUE: Setelah selesai deklamasi sajak oleh Puteri Nurjieha bt Mohd Jamil, Cikgu Yusof
mengucapkan terima kasih.
MASA: 9.20 pagi (Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis)
CUE: Cikgu Yusrina memulakan majlis dengan ucapan aluan.
2
CIKGU YUSRINA: Baiklah, bagi meneruskan majlis kita pada hari ini,
dengan ini dijemput Yang Berusaha Tuan Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Jijan, Encik Ahmad b. Harun untuk menyampaikan sepatah
dua kata. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
CIKGU YUSRINA: Terima kasih diucapkan kepada Encik Ahmad bin
Harun atas ucapan beliau sebentar tadi.
CIKGU YUSOF: Bagi meneruskan majlis, dengan ini dipersilakan Naib
Yang Di Pertua PIBG SK Jijan : Encik Ismail B Abd Kadir untuk
menyampaikan ucapan beliau. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
( Ucapan Guru Besar : Encik Ahmad Bin Harun )
CUE: Cikgu Yusrina menjemput Guru Besar untuk tampil memberi ucapan.
CUE: Setelah selesai berucap, Cikgu Yusrina mengucapkan terima kasih kepada Guru
Besar.
( Ucapan Naib YDP PIBG SK Jijan : Encik Ismail B Abd Kadir)
CUE: Cikgu Yusof menjemput Naib YDP PIBG SK Jijan untuk tampil memberi ucapan.
3
CIKGU YUSRINA: Seterusnya, marilah kita sama-sama mendengar
ucapan dan amanat yang akan disampaikan oleh Yang Berhormat Dato’
Hasim b Rusdi ADUN Kawasan Labu merangkap EXCO Pembangunan
Luar Bandar/ Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam, seterusnya
merasmikan Majlis Hari Anugerah Cemerlang SK Jijan 2008 kita pada
kali ini. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
YUSRINA: Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang
Berhormat Dato’ Hasim b Rusdi atas ucapan beliau sebentar tadi.
Semoga amanat dan nasihat yang diberikan akan menjadi satu azimat
untuk kita terus maju dalam pelajaran dan terus berusaha untuk
memberikan yang terbaik untuk diri, ibubapa dan juga sekolah yang kita
kasihi ini.
CIKGU YUSOF: Terima kasih diucapkan kepada Encik Ismail b Abd Kadir
atas ucapan beliau sebentar tadi.
CIKGU YUSOF: Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, marilah
kita sama-sama berhibur dengan persembahan nasyid yang bertajuk
‘Guruku’. Kumpulan nasyid ini terdiri daripada murid-murid tahun 6 dan
dibawah pimpinan Ustaz Rusydan b. Othman. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
CUE: Cikgu Yusof mengucapkan terima kasih kepada Naib YDP PIBG SK Jijan.
( Ucapan Perasmian : YB Dato’ Hasim b. Rusdi ADUN Kawasan
Labu )
CUE: Cikgu Yusrina menjemput YB Dato’ Hasim b. Rusdi untuk tampil memberi
ucapan.
CUE: Cikgu Yusrina mengucapkan terima kasih kepada YB Dato’ Hasim b. Rusdi.
( PERSEMBAHAN 2 : Nasyid )
CUE: Cikgu Yusof menjemput kumpulan nasyid SK Jijan untuk mempersembahkan
persembahan mereka.
4
CIKGU YUSOF: Seterusnya tibalah kita ke acara kemuncak pada hari ini
iaitu acara Penyampaian Anugerah kepada murid-murid yang
menunjukkan kecemerlangan di dalam akademik. Dijemput __________
untuk menyampaikan hadiah kepada para penerima hadiah.
YUSRINA: Majlis penyampaian hadiah diteruskan lagi bagi kedudukan
dalam Kelas Agama Petang.
YUSRINA: Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada
_________________ atas kesudian beliau menyampaikan hadiah
sebentar tadi.
CIKGU YUSOF: Ucapan ribuan terima kasih diucapkan atas persembahan
nasyid yang begitu menarik dan mempersonakan itu tadi.
CUE: Cikgu Yusof mengucapkan terima kasih kepada kepada kumpulan nasyid.
MASA: 9.50 pagi (Penyampaian hadiah kedudukan dalam kelas
oleh ____________________ )
( Murid tahun 1 hingga tahun 6 [kelas sesi pagi] )
CUE: Cikgu Yusof menjemput __________________ untuk menyampaikan hadiah
kepada para penerima hadiah seterusnya mengumumkan senarai nama penerima
hadiah.
( Murid tahun 1 hingga tahun 5 [kelas agama petang] )
CUE: Cikgu Yusrina mengumumkan senarai penerima hadiah.
CUE: Cikgu Yusrina mengucapkan terima kasih kepada _____________ atas kesudian
menyampaikan hadiah.
`
5
CIKGU YUSOF: Terima kasih diucapkan kepada ___________________
atas kesudian beliau menyampaikan hadiah sebentar tadi.
CIKGU YUSOF : Majlis penyampaian hadiah diteruskan lagi bagi
Matapelajaran Terbaik kelas sesi pagi. Dengan itu, bagi
menyempurnakan penyampaian hadiah seterusnya, majlis menjemput
______________________ . Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
CIKGU YUSOF: Anugerah diberi hadiah bersambut,Hati gembira tidak terkata,Jika anda masih serabut,Mari kita berhibur bersama.
Dengan itu dijemput murid-murid Tahun 6 untuk mempersembahkan
sebuah Tarian Sumazau. Kumpulan ini mendapat bimbingan daripada
Pn. Halimah binti Kassim. Dengan segala hormatnya di dipersilakan.
CIKGU YUSOF: Ucapan ribuan terima kasih diucapkan atas persembahan
tarian yang begitu gemalai dan mempersonakan itu tadi.
( PERSEMBAHAN 3 : Tarian Sumazau )
CUE: Cikgu Yusof menjemput murid-murid yang akan mempersembahkan tarian
Sumazau.
CUE: Cikgu Yusof mengucapkan terima kasih atas persembahan itu tadi.
MASA: 10.30 pagi ( Penyampaian hadiah bagi matapelajaran
terbaik (kelas sesi pagi) oleh ___________________________ )
CUE: Cikgu Yusof menjemput __________________ untuk tampil ke pentas dan
seterusnya mengumumkan nama murid yang akan menerima hadiah.
CUE: Pengacara mengucapkan terima kasih kepada ____________________ atas
kesudian menyampaikan hadiah.
6
CIKGU YUSRINA: Hadirin dan hadirat sekalian, seterusnya, marilah kita
sama-sama menghayati persembahan Kalam Jamai’e, Dialog Bahasa
Arab dan Bercerita Dalam Bahasa Arab yang akan dipersembahkan oleh
murid-murid tahun 1 dan tahun 2 di bawah pimpinan Puan Zahrah.
Dengan ini dipersilakan.
CIKGU YUSRINA: Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas
persembahan yang begitu menarik sebentar tadi.
CIKGU YUSRINA : Seterusnya ialah sesi penyampaian hadiah bagi
Matapelajaran Terbaik kelas agama petang. Dengan itu, majlis
menjemput _________________________ untuk tampil menyampaikan
hadiah kepada para penerima hadiah. Dengan segala hormatnya,
dipersilakan.
( PERSEMBAHAN 4 : Persembahan Bahasa Arab- Kalam Jamie,
Dialog dan bercerita)
CUE: Cikgu Yusrina menjemput murid-murid yang akan mempersembahkan
Persembahan Bahasa Arab.
CUE: Cikgu Yusrina mengucapkan terima kasih atas persembahan itu tadi.
( Penyampaian hadiah bagi matapelajaran terbaik (kelas agama
petang) oleh ____________________)
CUE: Cikgu Yusrina menjemput ___________________ untuk tampil ke pentas dan
seterusnya mengumumkan nama murid yang akan menerima hadiah.
7
CIKGU YUSRINA: Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada
___________________ atas kesudian beliau menyampaikan hadiah
sebentar tadi.
CIKGU YUSOF: Majlis diteruskan lagi dengan persembahan Tarian
Endang oleh murid Tahun 5 dan Tahun 6. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
CIKGU YUSOF: Terima kasih diucapkan atas persembahan itu tadi.
CIKGU YUSRINA: Jutaan terima kasih diucapkan kepada …………………
atas kesudian beliau menyampaikan hadiah sebentar tadi.
CIKGU YUSRINA: Majlis diteruskan lagi bagi penyampaian hadiah bagi
Peningkatan Akademik Terbaik dan Kedatangan Penuh 2008. Dengan itu,
majlis menjemput _____________ untuk menyampaikan hadiah kepada
penerima hadiah. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
CUE: Cikgu Yusrina mengucapkan terima kasih kepada __________________ atas
kesudian menyampaikan hadiah.
( PERSEMBAHAN 5 : Tarian Endang )
CUE: Cikgu Yusof menjemput murid-murid yang akan mempersembahkan Tarian
Endang.
CUE: Cikgu Yusof mengucapkan terima kasih atas persembahan itu tadi.
MASA: 10.50 pagi ( Penyampaian hadiah bagi Peningkatan
Akademik dan Kedatangan Penuh 2008 oleh
______________________ )
CUE: Cikgu Yusrina menjemput _______________________ untuk tampil ke pentas dan
seterusnya mengumumkan nama murid yang akan menerima hadiah.
CUE: Cikgu Yusrina mengucapkan terima kasih kepada _______________ atas
kesudian menyampaikan hadiah.
8
CIKGU YUSRINA: Jutaan terima kasih diucapkan kepada …………………
atas kesudian beliau menyampaikan hadiah sebentar tadi.
CIKGU YUSOF: Sijil Pengawas, Sijil Pustakawan &
Ketua/Penolong Ketua Kelas (Sesi Pagi)
CIKGU YUSRINA : Ketua/Penolong Ketua Kelas (Kelas Agama Petang)
CIKGU YUSRINA: Seterusnya ialah kemuncak kepada majlis anugerah
kita pada hari ini iaitu kategori Anugerah Khas. Dengan itu, bagi
menyempurnakan penyampaian anugerah khas ini dipersilakan
______________________dengan diiringi Guru Besar SK Jijan En. Ahmad
b. Harun untuk tampil ke pentas. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
CIKGU YUSRINA: Anugerah khas yang pertama ialah Anugerah Murid
Mithali 2008. Buat pengetahuan hadirin dan hadirat sekalian, Anugerah
Khas ini dianugerahkan kepada murid SK Jijan yang mempunyai
keperibadian yang tinggi dan menunjukkan sahsiah yang terpuji bukan
sahaja di kalangan rakan sebaya tetapi juga dengan guru-guru di
sekolah ini. Dengan ini, majlis dengan berbesar hati menganugerahkan
Anugerah Murid Mithali 2008 kepada Adik Mohd Ariff b Haji Kasri dan Siti
Nor Aida bt Nor Mohd Darul. Tahniah diucapkan. Dengan itu, dijemput
para penerima anugerah untuk tampil ke pentas menerima
sijil penganugerahan dan juga hadiah.
.
( Penyampaian sijil : Pengawas, Ketua Kelas, Penolong Ketua
Kelas dan Pengawas Pusat Sumber)
CUE: Cikgu Yusof menjemput _____________ untuk tampil ke pentas dan seterusnya
mengumumkan nama murid yang akan menerima hadiah.
CUE: Cikgu Yusrina mengucapkan terima kasih kepada ............ SK Jijan atas
kesudian menyampaikan hadiah.
( Anugerah Khas : Murid Mithali dan Tokoh Murid 2008)
CUE: Cikgu Yusrina menjemput _________________ untuk tampil ke pentas dan
seterusnya mengumumkan nama murid yang akan menerima Anugerah Khas.
CUE: Cikgu Yusrina mengumumkan nama Murid Mithali 2008.
9
CIKGU YUSRINA: Anugerah khas yang seterusnya ialah Tokoh
Murid 2008. Tuan Puan hadirin hadirat sekalian, murid yang akan
menerima anugerah Tokoh Murid pada hari ini dipilih kerana telah
menunjukkan kecemerlangan yang seimbang dari segi kurikulum,
kokurikulum serta sahsiah sepanjang tahun ini.
CIKGU YUSRINA: Berikut ialah biodata penerima anugerah
Tokoh Murid 2008.
Pada tanggal 21 Julai 1996 di Hospital Angkatan Tentera Kinrara Kuala
Lumpur, pasangan Mejar (B) Malek Putera b. Osman dan Siti Jamiah bt
Haji Satiman telah dikurniakan seorang putera yang diberi nama
Ahnaf Safiy b Malik Putera. Anak ke-3 daripada 4 orang adik beradik ini
gemar bermain catur pada masa lapangnya. Apabila mula melangkah
kaki ke bangku persekolahan, beliau telah mula menanamkan cita-cita
untuk menjadi seorang arkitek.
Tanpa melengahkan masa, dengan ini, majlis dengan berbesar hati
menganugerahkan Anugerah Tokoh Murid 2008 kepada Adik Ahnaf
Safiy b Malik Putera. Tahniah diucapkan. Dengan itu, dijemput
penerima anugerah Tokoh Murid 2008 untuk tampil ke pentas
menerima sijil penganugerahan dan juga hadiah.
CUE: Cikgu Yusrina mengumumkan nama Tokoh Murid 2008.
10
CIKGU YUSRINA: Jutaan terima kasih diucapkan kepada
__________________ atas kesudian beliau menyampaikan hadiah
sebentar tadi. Kambing berjalan berlompat-lompat,Melompat lalu ke tengah laman,Menuntutlah kamu jangan terlambat,Supaya jangan ketinggalan.
Jampuk berbunyi mendayu-dayu,Rindukan bulan tinggi di awan,Tuntutlah ilmu janganlah jemu,Kerana ilmu satu panduan.
Tahniah juga diucapkan kepada semua penerima anugerah pada hari
ini. Semoga dengan penganugerahan ini akan sentiasa membakar
semangat untuk terus maju dalam pelajaran juga menjadi contoh
teladan kepada murid lain.
CUE: Cikgu Yusrina mengucapkan tahniah kepada para penerima hadiah dan
mengucapkan terima kasih kepada ___________ atas kesudian menyampaikan hadiah.
Penyampaian cenderamata kepada Yang Berhormat Dato’ Hasim b. Rusdi ADUN
Kawasan Labu.
11
CIKGU YUSOF:
CIKGU YUSOF:
CIKGU YUSOF: Seterusnya ialah nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri
Sembilan dan Lagu Sekolah. Semua hadirin dipersilakan berdiri.CIKGU YUSOF: Dengan berakhirnya persembahan itu tadi, maka
selesailah sudah majlis Hari Anugerah Cemerlang SK Jijan 2008.
Sekalung penghargaan yang tidak terhingga diucapkan kepada Yang
Berhormat Dato’ Hasim b. Rusdi ADUN Kawasan Labu atas kesudian
Yang Berhormat untuk meluangkan masa menghadiri majlis kita pada
hari ini. Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua Ahli
Jawatan Kuasa Kerja Majlis Hari Anugerah Cemerlang SK Jijan 2008,
para penyumbang serta mereka yang terlibat secara langsung atau
tidak sepanjang menjayakan majlis ini.
CIKGU YUSRINA: Hadirin hadirat yang dihormati sekalian, Majlis
merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’
Hasim b. Rusdi kerana sudi menyampaikan hadiah kepada murid-murid
cemerlang kita pada hari ini.
Putih pauh dari permatang,Sayang selasih masak minyak,Dari jauh Tuan datang,Terima kasih banyak-banyak.
Dengan ini, majlis mempersilakan Tuan Guru Besar untuk memberikan
sedikit cenderamata dari pihak sekolah kepada Yang Berhormat Dato’.
Dipersilakan.
CUE: Cikgu Yusrina menjemput Guru Besar untuk menyampaikan cenderamata
kepada Yang Berhormat Dato’ Hasim b. Rusdi ADUN Kawasan Labu.
( PERSEMBAHAN 6 : Tarian Ago-go)
CUE: Cikgu Yusof menjemput murid-murid yang akan mempersembahkan Tarian Ago-
go.
CUE: Cikgu Yusof mengucapkan terima kasih atas persembahan itu tadi.
MASA: 11.20 pagi (Penutup-Nyanyian lagu Negaraku, Negeri
Sembilan dan Lagu Sekolah)
CUE: Cikgu Yusof meminta semua hadirin berdiri untuk menyanyikan lagu seperti di
atas.
CUE: Cikgu Yusof memberikan kata-kata penutup.
12
CIKGU YUSRINA:
Cantik berseri cincin suasa,
Cincin dibeli dengan Cik Embun,
Jika kami tersilap kata,
Jari sepuluh meminta ampun.
Di hari ini kita berjumpa,
Di lain masa bersama pula,
Dengan berkat selamat sejahtera,
Semoga bahagia harapan kita.
Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.
CUE: Cikgu Yusrina memberikan kata-kata penutup.
13