Penerokaan Gaya Hidup Penagih Dadah: Perspektif Teori ... · Penerokaan Gaya Hidup Penagih Dadah:...

10
Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 12(2): 111-120 (2004) ISSN: 0128-7702 © Universiti Putra Malaysia Press Penerokaan Gaya Hidup Penagih Dadah: Perspektif Teori Psikologi Individu lL1LY MASTURA HARUN & 2001 BOON KEAT Jabatan Pengajian Perlakuan dan Pergerakan Manusia Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia 43400 UPM, Serdang, Selangor, Malaysia 2Institut Kejuruteraan Tentera Darat 71050 Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembi lan, Malaysia Kata kunci: Penagih dadah, teori psikologi individu, gaya hidup, konstelasi keluarga, corak mimpi, ingatan awal, kesilapan asas ABSTRAK Kajian kes yang berbentuk kualitatif ini dijalankan untuk meneroka gaya hidup penagih dadah. Teori psikologi individu yang telah dikemukakan oleh Alfred Adler digunakan sebagai kerangka teoretikal untuk meneroka gaya hidup penagih dadah. Gaya hidup penagih dadah dinilai dan segi konstruk konstelasi keluarga, ingatan awal, corak mimpi, dan kesilapan asas. Dua pelatih dari Pusat Pemulihan Rakan Sekelompok Amalan Daya Abadi (PERSADA) telah dijadikan responden kajian. Responden A ialah penagih kali pertama menjalani pemulihan dan responden B ialah penagih ulangan. Temu duga berstruktur berpandukan soal selidik Temu Bual Psikologi Individu telah dijalankan. Hasil kajian menunjukkan bahawa konstruk-konstruk psikologi individu mampu memaparkan gaya hidup penagih dadah yang banyak dipengaruhi oleh faktor kekeluargaan. ABSTRACT This qualitative case study was conducted to explore the life-styles of drug addicts. The theory of individual psychology introduced by Alfred Adler was used as a theoretical framework to explore the life-styles of drug addicts. Life-styles were assessed through constructs of family constellation, early memories, patterns of dreams, and basic mistakes. Two trainees from the 'Pusat Pemulihan Rakan Sekelompok Amalan Daya Abadi' (PERSADA) were respondents in this case study. Respondent A was in for the first time for rehabilitation and respondent B was a relapse addict. Structured interviews based on the Individual Psychology Interview questionnaire were conducted. The findings showed that the constructs of individual psychology were able to reveal the life-styles of drug addicts, which were much influenced by family factors. PENGENALAN Penagihan dadah di Malaysia adalah satu masalah sosial yang rumit yang sedang dihadapi oleh negara. Dzulkifli Abdul Razak (1995) menerangkan bahawa penagihan dadah pada umumnya merangkumi penagihan heroin, morfin, ganja, dan sebatian terbitan ubat-ubatan yang boleh membawa risiko maut. Berdasarkan statistik penagih dadah di Malaysia dari Januari hingga Oktober 2002, jumlah penagih yang dapat dikesan adalah seramai 25,637 orang (Agensi Dadah Kebangsaan 2002). Daripada bilangan ini, purata seramai 2,563 penagih dadah baru dapat dikesan dalam setiap bulan. Bilangan penagih baru mencakupi 13,468 orang dan penagih dadah berulang ialah 12,169 orang. 1ni memperlihatkan bahawa terdapat peratusan yang agak sarna bagi kedua- dua kategori, iaitu sebanyak 52.5% dan 47.5%. NAD1 pada tahun 2002 telah melaporkan anggaran penagih yang menerima rawatan atau pemulihan di 56 pusat pemulihan termasuk pusat pemulihan swasta yang berdaftar dengan Agensi Dadah Kebangsaan ialah seramai 55,272 orang.

Transcript of Penerokaan Gaya Hidup Penagih Dadah: Perspektif Teori ... · Penerokaan Gaya Hidup Penagih Dadah:...

Page 1: Penerokaan Gaya Hidup Penagih Dadah: Perspektif Teori ... · Penerokaan Gaya Hidup Penagih Dadah: Perspektif Teori Psikologi Individu lL1LY MASTURA HARUN & 2001 BOON KEAT Jabatan

Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 12(2): 111-120 (2004) ISSN: 0128-7702© Universiti Putra Malaysia Press

Penerokaan Gaya Hidup Penagih Dadah:Perspektif Teori Psikologi Individu

lL1LY MASTURA HARUN & 2001 BOON KEATJabatan Pengajian Perlakuan dan Pergerakan Manusia

Fakulti Pengajian PendidikanUniversiti Putra Malaysia

43400 UPM, Serdang, Selangor, Malaysia2Institut Kejuruteraan Tentera Darat

71050 Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia

Kata kunci: Penagih dadah, teori psikologi individu, gaya hidup, konstelasi keluarga, corak mimpi,ingatan awal, kesilapan asas

ABSTRAK

Kajian kes yang berbentuk kualitatif ini dijalankan untuk meneroka gaya hidup penagih dadah.Teori psikologi individu yang telah dikemukakan oleh Alfred Adler digunakan sebagai kerangkateoretikal untuk meneroka gaya hidup penagih dadah. Gaya hidup penagih dadah dinilai dansegi konstruk konstelasi keluarga, ingatan awal, corak mimpi, dan kesilapan asas. Dua pelatih dariPusat Pemulihan Rakan Sekelompok Amalan Daya Abadi (PERSADA) telah dijadikan respondenkajian. Responden A ialah penagih kali pertama menjalani pemulihan dan responden B ialahpenagih ulangan. Temu duga berstruktur berpandukan soal selidik Temu Bual Psikologi Individutelah dijalankan. Hasil kajian menunjukkan bahawa konstruk-konstruk psikologi individu mampumemaparkan gaya hidup penagih dadah yang banyak dipengaruhi oleh faktor kekeluargaan.

ABSTRACT

This qualitative case study was conducted to explore the life-styles of drug addicts. The theory ofindividual psychology introduced by Alfred Adler was used as a theoretical framework to explorethe life-styles of drug addicts. Life-styles were assessed through constructs of family constellation,early memories, patterns of dreams, and basic mistakes. Two trainees from the 'Pusat PemulihanRakan Sekelompok Amalan Daya Abadi' (PERSADA) were respondents in this case study.Respondent A was in for the first time for rehabilitation and respondent B was a relapse addict.Structured interviews based on the Individual Psychology Interview questionnaire were conducted.The findings showed that the constructs of individual psychology were able to reveal the life-stylesof drug addicts, which were much influenced by family factors.

PENGENALAN

Penagihan dadah di Malaysia adalah satu masalahsosial yang rumit yang sedang dihadapi olehnegara. Dzulkifli Abdul Razak (1995)menerangkan bahawa penagihan dadah padaumumnya merangkumi penagihan heroin,morfin, ganja, dan sebatian terbitan ubat-ubatanyang boleh membawa risiko maut.

Berdasarkan statistik penagih dadah diMalaysia dari Januari hingga Oktober 2002,jumlah penagih yang dapat dikesan adalahseramai 25,637 orang (Agensi Dadah Kebangsaan

2002). Daripada bilangan ini, purata seramai2,563 penagih dadah baru dapat dikesan dalamsetiap bulan. Bilangan penagih baru mencakupi13,468 orang dan penagih dadah berulang ialah12,169 orang. 1ni memperlihatkan bahawaterdapat peratusan yang agak sarna bagi kedua­dua kategori, iaitu sebanyak 52.5% dan 47.5%.

NAD1 pada tahun 2002 telah melaporkananggaran penagih yang menerima rawatan ataupemulihan di 56 pusat pemulihan termasuk pusatpemulihan swasta yang berdaftar dengan AgensiDadah Kebangsaan ialah seramai 55,272 orang.

Page 2: Penerokaan Gaya Hidup Penagih Dadah: Perspektif Teori ... · Penerokaan Gaya Hidup Penagih Dadah: Perspektif Teori Psikologi Individu lL1LY MASTURA HARUN & 2001 BOON KEAT Jabatan

Lily Mastura Harun & Ooi Boon Keat

Mengikut penilaian United Nations InternationalDrug Control Program pada tahun 1999, seramai36,284 penagih dadah telah dikenal pasti diMalaysia. Daripada jumlah ini, 52.2% (18,942orang) adalah penagih yang menagih semulasementara 47.8% (17,342 orang) orang telahditangkap buat kali pertama kerana bersabitdengan penagihan dadah. Data ini menunjukkanbahawa tingkah laku penagihan danpengulangan penagihan dadah bukanlah perkarayang boleh dipandang remeh.

Banyak kajian telah dijalankan untuk melihatfaktor yang mempengaruhi tingkah lakupenagihan dadah (Block dan Robins 1993; Pagedan Lafreniere 1993; Amerikaner dan Monks1994; Anderson 1994; Labouvie 1996; Weltondan Houser 1997; Bahr, Maughan, Marcor danLi 1998; Hoffman dan Johnson 1998; Ashby danKottman 1998; Blatt 1999; Carool 1999; Smith,Mullis, Kern dan Brack 1999). Faktor utamayang dikenal pasti ialah keluarga. Keluarga adalahsatu institusi sosial yang berkuasa yang bolehmempengaruhi perlakuan bermasalah. Sebagaicontoh, keluarga yang tidak berfungsi sepertikeluarga tunggal, keluarga yang tidakmengamalkan agama, keluarga yang terdedahkepada keganasan rumah tangga, keluarga yangtidak berstruktur, serta layanan keluarga yangtidak konsisten dan dingin berpotensi untukmenghasilkan ahli keluarga yang mempunyaikonsep kendiri yang rendah, aras kebimbanganyang tinggi, emosi yang tertekan, lokus kawalanluaran, kemahiran penyelesaian masalah yangtidak berkesan dan seumpamanya. Perkara­perkara yang berlaku dalam keluarga menjadirujukan gaya kehidupan seseorang individu.

Kajian-kajian di atas memperlihatkan wujudhubungan di antara penglibatan penggunaandadah dengan alam fenomenologikal setiapindividu. Pembentukan dan kesejahteraanpsikologi seseorang individu mempengaruhiproses perkembangan dan tumbesaranpsikososial, emosi, dan tingkah laku. Secaraumum, jika proses perkembangan dantumbesaran tidak berjalan dengan sempurna, iaakan menyumbang kepada pembentukankompleks inferioriti yang menyebabkanseseorang individu memiliki cara pemikiran ataulogik peribadi yang negatif dan terjerumus kedalam kompleks superioriti. Kompleks superioritidipuaskan dengan norma peribadi individu.Norma peribadi yang negatif membuat individuberkenaan mudah terpengaruh dengan aktiviti

yang tidak sihat atau gejala negatif seumpamapenagihan dadah.

Teori psikologi individu yang dikemukakanoleh Alfred Adler melihat individu secara positif.Teori ini akan digunakan sebagai panduan untukmeneroka gaya hidup penagih dadah. Teoripsikologi individu adalah psikologi sosial yangmelihat bagaimana individu bertingkah lakudalam masyarakat. Menurut teori ini, individusentiasa menuju ke arah pencapaian matlamatfiksyen (sering bercirikan tidak realistik dan sukaruntuk dicapai) yang difikirkan wajar untukmencapai tahap yang superior. Dalampencapaian matlamat ini, individu seringterjerumus ke dalam tingkah laku yangmerugikan diri sendiri lantas berasa inferior.

Perasaan inferior yang keterlaluan menjadikompleks inferioriti dalam diri. Keadaan ini amatmengecewakan. Individu yang mempunyaikompleks inferioriti melakukan sesuatu yangsuperior (untuk membuktikan kehebatandirinya) sehingga terjerat dalam komplekssuperioriti dan sebaliknya. Dengan kata lain,kompleks inferioriti yang keterlaluan membuatindividu melakukan sesuatu tingkah laku untukmemampas inferioriti berkenaan. Perlakuan inidiharapkan dapat mencapai ke tahap superioriti.Individu berada dalam keadaan yang terumbang­ambing di antara kompleks inferioriti dansuperioriti dan tidak mudah mendapat jalankeluar daripada permasalahan yang dialami.

Perasaan rendah diri berlaku apabila (a)individu mempunyai tanggapan yang salahten tang diri dan persekitaran, Ian taranmempunyai matlamat dan gaya hidup yang salah;(b) individu melakukan perlakuan yang 'luarbiasa' bertujuan untuk mempertahankankedudukannya seperti dalam penerangan (a);(c) individu bertindak melakukan (b) keranagagal menguasai dirinya; (d) perlakuan 'luarbiasa' yang sering dilakukan menjurus kepadakepen tingan dirinya sahaja dan tidakmementingkan pandangan orang lain dan (e)individu ini tidak sedar akan perlakuannya.Rantaian kompleks inferioriti dan superioritiakan berterusan untuk menjadi perangkap bagiindividu berkenaan. Individu ini hilang semangatdan mengalami neurosis, psikosis, penyalahgunaanbahan seperti dadah dan alkohol, bermasalahsemasa kanak-kanak, jenayah, bunuh diri, danseumpamanya (Adler 1956). Semua yang dilaluioleh individu berkenaan menjadi sebahagiandaripada gaya hidup mereka.

112 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No.2 2004

Page 3: Penerokaan Gaya Hidup Penagih Dadah: Perspektif Teori ... · Penerokaan Gaya Hidup Penagih Dadah: Perspektif Teori Psikologi Individu lL1LY MASTURA HARUN & 2001 BOON KEAT Jabatan

Penerokaan Gaya Hidup Penagih Dadah: Perspektif Teori Psikologi Individu

Gaya Hidup

Gaya hidup diibaratkan sebagai orientasi asasindividu terhadap kehidupan (Dinkmeyer danSperry 2000). Gaya hidup merupakan satukeadaan dinamik yang menggerakkan individuuntuk menjalani aktiviti kehidupan. Gaya hidupadalah premis dan jangkaan asas terhadappergerakan psikologikal dalam kehidupanindividu. Analisis gaya hidup merujuk kepadakepaduan gerakan seseorang individu untukmencapai matlamat yang telah dikenal pasti sarnaada matlamat itu bersifat realistik ataupun tidak(matlamat fiksyen).

Pembentukan gaya hidup bergantungkepada corak perkembangan individu sejakzaman kanak-kanak lagi. Othman Mohamed(2000) menjelaskan bahawa gaya hidupmenentukan kesejahteraan individu dalammasyarakat. Analisis gaya hidup digunakansebagai panduan pemetaan untuk memahamihala tuju kehidupan individu walaupun individuberkenaan tidak pasti akan tujuannya. Gayahidup penagih dadah diteroka dari segi konstelasikeluarga, ingatan awal, corak mimpi, dankesilapan asas.

(i) Konstelasi Keluarga

Konstelasi keluarga merujuk kepadaperhubungan kekeluargaan serta perhubungandengan rakan sebaya serta guru (Sperry 1996).Keluarga merupakan unit asas dalam masyarakat.Di sinilah bermulanya minat untuk bersosialdisemai, dipupuk, atau direncatkan. Fokus dalamkonstelasi keluarga ialah untuk melihatperhubungan di antara ibu bapa-anak, adik­beradik, dan melihat perubahan dalam keluarga.Susunan kelahiran turut diteroka dalamkonstelasi keluarga. Anak sulung selalunyamendapat perhatian daripada keluarga namunbakal di'gulingkan' dengan kelahiran anakkedua. Anak kedua tidak mendapat perhatianyang sewajarnya daripada ibu bapa keranakehadiran anak sulung. Anak tengah bercita-citauntuk mengatasi anak sulung. Anak tengah seringrasa 'terhimpit' dengan layanan yang tidak adil.Anak bongsu sering menghadapi risiko terlampaudimanjakan dan sukar melepaskankedudukannya sebagai 'bayi' dalam keluarga.Anak tunggal mendapat perhatian yangsepenuhnya, bersikap penting diri, dan tidakdapat bersosial. Penelitian tentang konstelasikeluarga membantu memahami gaya hidup klien.

(ii) Ingatan Awal

Salah satu cara untuk mendapatkan maklumattentang pembentukan gaya hidup adalah melaluiingatan awal (Dinkmeyer dan Speery 2000).Ingatan awal klien digunakan sebagai indekskepada minat sosial. Ingatan awal yang benar­benar berlaku dalam kehidupan klien mampumenjadi petunjuk kepada gaya hidup klien. Klienselalunya senang berbincang tentang ingatanawal kerana dirasakan bahawa ingatan awal initidak penting dalam kehidupan tetapi peristiwayang telah berlaku itu masih wujud dalam mindabawah sedar. Tidak ada mana-mana ingatan awaldipilih secara rambang. Sarna ada secara sedaratau tidak, klien akan memilih ingatan awalyang memberi makna dan yang boleh mencapaimatlamat kehidupannya. Ingatan awal yangberjaya diperoleh daripada klien akan difokuskankepada diri klien. Individu lain tidak akandilibatkan dalam ingatan awal ini. Ingatan awalmerupakan satu teknik yang projektif yangmembawa klien berkongsi kepercayaan danpersepsi afektifnya tentang sesuatu peristiwa(Ansbacher dan Ansbacher 1956).

(iii) Corak Mimpi

Mimpi adalah sebagai jambatan yang dapatmenghubungkan individu dengan gaya hidupnya(Adler 1931). Kaunselor menganalisis corakmimpi klien seperti yang dilakukan dalammenganalisis ingatan awal. Kaunselor menganalisiscorak mimpi sebagai satu teknik yang projektifdengan mengenal pasti masalah yang utama,membuat ramalan tentang masa depan gayahidup klien, dan mengajar klien untuk membuatpemerhatian serta memahami dinamikapersonalitinya.

(iv) Kesilapan Asas

Kesilapan asas merupakan elemen penting dalammenentukan persepsi dan tanggapan yang silapterhadap gaya hidup. Kesilapan asas merujukkepada tingkah laku yang merugikan dan seringdilakukan dalam kehidupan klien. Kesilapan asasdicirikan dengan tingkah laku mengelak daripadaindividu lain, mementingkan diri sendiri, atauinginkan kuasa yang keterlaluan (Dinkmeyer,Dinkmeyer dan Sperry 1987). Kesilapan asasyang sering dilakukan ialah seperti generalisasiterlampau, jaminan mustahil (melakukan sesuatutingkah laku yang agak mustahil), persepsi dantuntutan hidup yang salah, merendahkan diri,dan kesilapan nilai (Mosak 1989).

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 0.22004 113

Page 4: Penerokaan Gaya Hidup Penagih Dadah: Perspektif Teori ... · Penerokaan Gaya Hidup Penagih Dadah: Perspektif Teori Psikologi Individu lL1LY MASTURA HARUN & 2001 BOON KEAT Jabatan

Lily Mastura Harun & Ooi Boon Keat

METODOLOGI

Kajian kes ini bertujuan untuk meneroka gayahidup penagih dadah. Gaya hidup penagih dadahdikaji dari segi konstelasi keluarga, interpretasicorak mimpi, interpretasi ingatan awal, danmengenal pasti kesilapan asas penagih dadah.Kajian ini memerihalkan gaya hidup penagihdadah secara holistik dan mendalam, maka kajianini telah dijalankan secara kualitatif. Kajian kesini telah dijalankan di PERSADA. Oleh keranakajian kes ini menghuraikan peristiwa hidupsemasa dan yang lepas secara intensif, terperinci,dan menyeluruh tentang tingkah laku setiapindividu (Moustakas 1994; McQueen danKnussen 1999) maka responden yang dikajidalam kajian kes ini hanya terbatas kepada duaindividu sahaja. Responden pertama ialahpenagih dadah pemulihan kali pertama(responden A) sementara responden kedua ialahpenagih ulangan (responden B). Persampelanresponden adalah berbentuk persampelanbertujuan. Data telah diperoleh melalui temubual berstruktur berdasarkan soal selidik TemuBual Psikologi Individu yang telah diubahsuaikan.Soal selidik tersebut telah dibentuk olehPersatuan Antarabangsa Psikologi Individu. Datatemu bual telah melalui analisis kandungan, dimana data telah dikumpul, ditafsir, dan dituliskandalam bentuk transkrip verbatim denganmerujuk kepada konstruk-konstruk gaya hidupdaripada teori psikologi individu.

HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Latar Belakang Responden

(i) Responden AA ialah seorang lelaki Melayu beragama Islamyang berumur 41 tahun dan berasal dari Johor.A mempunyai taraf pendidikan pada tahapMalaysian Certificate of Education, berkahwin danmempunyai dua anak. A mempunyai pengalamandalam penagihan dadah selama 25 tahun(semenjak tingkatan empat) dan jenis dadahyang pernah digunakan ialah tablet, ais, ganja,kokain, dan heroin. Walaupun demikian, A masihlagi tidak dikategorikan sebagai penagih kronik.A pernah bekerja sebagai seorang pengawal bankdan berpendapatan sebanyak RMl,OOO.OOsebulan. A ialah anak sulung daripada 11 adik­beradik.

(ii) Responden BB ialah seorang lelaki Melayu beragama Islamyang berumur 29 tahun dan berasal dari Johor.

B mempunyai taraf pendidikan pada tahap SijilPelajaran Malaysia dan belum berkahwin. Bmempunyai pengalaman menagih dadah selama13 tahun (semenjak tingkatan empat) dan jenisdadah yang pernah digunakan ialah ganja,morfin, pil, syabu, dan morfin. B dikategorikansebagai tingkah laku penagihan semula selepaspemulihan. B pemah bekeIja di Syarikat KeretapiTanah Melayu Berhad dengan pendapatansebanyak RMl,OOO.OO sebulan. B ialah anaksulung daripada 4 adik-beradik.

Gaya Hidup Penagih Dadah

(i) Konstelasi KeluargaDapatan kajian memperlihatkan bahawa melaluianalisis konstelasi keluarga berdasarkan teoripsikologi individu bahawa kedua-dua respondenadalah anak sulung. Dalam kes pertama, A ialahanak sulung kepada 11 adik-beradik manakala Bialah anak sulung kepada 4 adik-beradik. Inibererti kedudukan kelahiran sebagai anak sulungdalam keluarga mendapat perhatian yangsepenuhnya daripada ibu bapa pada peringkatawalnya. Keadaan ini berubah setelah kelahirananak seterusnya yang boleh menggantikedudukan signifikan sebagai anak sulung. Dalamkes pertama, A menunjukkan bahawa tidak adaseorangpun yang boleh menggantikan tempatnyasebagai anak lelaki yang telah dimanjakan selama12 tahun. Selepas 12 tahun, A mendapat adiklelaki (anak kedua dalam keluarga A) yang akanmengambil alih kedudukan A dalam keluarga.Kedudukan kelahiran yang sedemikian sudahtentu memberi kesan kepada perkembanganpsikososial dan pembentukan gaya hidup A.Manakala dalam kes kedua, B telah diambil alihkedudukannya dalam keluarga dengan kelahiranadik bongsunya.

Dinkmeyer dan Sperry (2000) menyatakanbahawa anak sulung sentiasa berusaha untukmengatasi adik-adiknya yang lain supaya dapatmengekalkan peranannya sebagai ketua keluargadi kalangan adik-beradik mengikut susunankelahiran. Ini dapat dilihat di mana B tidakrapat dengan adik perempuannya. Malahanmereka sering bergaduh semenjak dari kecillagi. Anak sulung sering mencorakkan semuladiri mereka secara psikologikal dan sosial didalam keluarga supaya dapat mencapaipenyesuaian diri yang mantap setelah digugatkedudukannya dengan kelahiran adik-adikseterusnya. Keadaan ini biasanya memberi impakyang kuat dan merupakan punca kepada kanak-

114 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No.2 2004

Page 5: Penerokaan Gaya Hidup Penagih Dadah: Perspektif Teori ... · Penerokaan Gaya Hidup Penagih Dadah: Perspektif Teori Psikologi Individu lL1LY MASTURA HARUN & 2001 BOON KEAT Jabatan

Penerokaan Gaya Hidup Penagih Dadah: Perspektif Teori Psikologi Individu

kanak bermasalah, menjadi neurotik, melakukanjenayah, dan melibatkan diri dalam tingkah lakupenagihan (Adler 1931).

Dalam kes pertama, A ialah anak yangdimanjakan dari kecil sehingga berumur 12tahun. Gaya hidup yang dibentuk pada zamankanak-kanak adalah signifikan kepadaperkembangan inferioriti yang normal. Namunrasa inferioriti ini boleh menjadi kompleks danmenuju ke arah tingkah laku yang bermasalahatau memusnahkan. Apabila A 'disisihkan'dengan kelahiran adiknya, A merasa inferior.Rasa inferioriti telah diperbesarkan menjadikompleks lantaran itu A mencari satu pampasanyang membawa A terperangkap dalam komplekssuperioriti (penagihan dadah) (Hall dan Lindzey1978). Adler (1956) menyatakan bahawapermulaan sesuatu tingkah laku penagihanadalah disebabkan oleh perasaan kompleksinferioriti seperti perasaan malu yang keterlaluan,keinginan yang tinggi untuk mengasingkan diri,terlalu sensitif, mudah tersinggung, mudah naikradang, tidak sabar serta mengalami simptom­simptom neurosis seperti kebimbangan dankemurungan.

Ibu bapa memainkan peranan pentingterhadap perkembangan anak yang berada dalamkedudukan kelahiran pertama. Layanan danasuhan ibu bapa dapat membimbing anak sulungmenjadi bertanggungjawab dan melindungi adik­adik yang lain (Ansbacher dan Ansbacher 1956).Oleh yang demikian, apabila A berpisah daripadaibu bapa pada umur 12 tahun dan tinggalbersama datuk selama 2 tahun dan seterusnyatinggal berasingan semasa berumur 14 tahunmerupakan satu kehilangan kepada kasih sayangyang dikecapi selama ini. A kehilangan sumberyang signifikan untuk mendapatkan kasih sayang.Menurut Adler (1956), tingkah laku penagihanadalah satu cara peralihan sifat pergantungandaripada individu yang signifikan dalamkehidupan. A juga pernah putus cinta denganindividu yang signifikan dalam hidupnya. Akibatputus cinta, A mempunyai perasaan benci, cubamelindungi diri, rasa rendah diri, dan rasa tidakselamat. Keadaan ini terus-menerus mengukuhkankompleks superioriti yang dialami oleh A danterperangkap dalam tingkah laku penagihandadah.

(ii) Corak MimpiAdler (1931) menyatakan mimpi ialah jambatanyang dapat menghubungkan individu dengan

gaya hidupnya. Melalui interpretasi corak mimpiyang diceritakan oleh A kebanyakannyamembawa tema kasih sayang. A menyatakanbeliau selalu mengalami mimpi berkenaanindividu yang signifikan dalam dirinya, iaitu ibu,isteri, dan anak-anaknya. Mimpi tentang ibu ialahsatu metafora yang memperlihatkan hubunganintim yang dijalinkan semenjak kanak-kanak.Namun, terdapat satu kata kunci untukmemahami gaya hidup A dengan lebih jelasiaitu melalui mimpi yang sering berulang tentangbekas teman wanita.

Mimpi yang sentiasa berulang jelasmenunjukkan individu berkenaan ingin berusahake arah superioriti. Keinginan untuk ke arahsuperioriti adalah kuat dan ia biasanyamelibatkan ingatan yang mendalam pada masalampau (Adler 1931). Ini menjadi bukti yangmantap bagi memperkukuhkan pembentukanperasaan kompleks inferioriti yang terus menujuke kompleks superioriti yang dialami oleh A.Mimpi yang sering berulang dalam tidur Amerupakan helah bela diri walaupunperhubungan itu sudah sekian lama lupus.Lanjutan daripada ingatan yang mendalam ini,A tidak mendapat kepuasan dalam perhubunganseksual dengan isterinya. Keadaan inimenambahkan kompleks inferioriti bagi A.

B pula terlibat dengan mimpi yang ngeridan menakutkan serta bersifat kejam dan zalim.Mimpi ngeri yang pernah dialami oleh B ialahtubuh badannya berkecai, kepalanya jatuh ketanah, dan kaki dan tangannya berada dalamlongkang. Pada lain waktu pula, B bermimpidirinya berada di kubur dan tiba-tiba berada dipenjara. Mimpi yang bercirikan sedemikianmempunyai unsur kebimbangan yang tinggi.MenurutAdler (1956), mimpi tentang kekejamandan kezaliman melibatkan perasaan marah yangkuat, hendak mengamuk serta mencari peluanguntuk melepaskan perasaan dendam. Corakmimpi ini adalah selaras dengan gaya hidup B dimana B sentiasa memendamkan perasaan danmenunggu peluang untuk membalas dendam.Selain itu, mimpi tentang kebimbangan pulamemperlihatkan perasaan bimbang yangketerlaluan berpunca daripada kegagalan untukberkahwin seperti yang pernah dirancangkanoleh B.

(iii) Ingatan AwalSalah satu cara untuk mendapatkan maklumattentang pembentukan gaya hidup adalah melalui

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 0.22004 115

Page 6: Penerokaan Gaya Hidup Penagih Dadah: Perspektif Teori ... · Penerokaan Gaya Hidup Penagih Dadah: Perspektif Teori Psikologi Individu lL1LY MASTURA HARUN & 2001 BOON KEAT Jabatan

Lily Mastura Hamn & Ooi Boon Keat

interpretasi ingatan awal (Dinkmeyer dan Sperry2000). Merujuk kepada ingatan awal A, terdapatbeberapa insiden yang boleh dikaitkan denganpembentukan gaya hidupnya. Satu ingatan awalyang menjadi sebahagian daripada paparanhidup A ialah peristiwa yang berlaku ketika Aberumur 11 tahun. A dilarang masuk ke dalamrumah kerana balik lewat selepas sekolah. Aturut dipukul oleh bapa. Kedua-dua keadaan inimemperkuatkan perasaan takut dan hampadalam dirinya. Ketika A berumur 16 tahun, Adibuang asrama kerana merokok, memanjatpagar asrama, dan melanggar peraturan sekolah.Bapa A terserempak dengan A menghisap dadahdi rumah sewa. A sering menipu bapanya untukmengelak daripada dipukul. Tingkah laku yangdiingati oleh A jelas memperlihatkan usaha Auntuk mencapai superioriti. Tetapi dalammelakukan tingkah laku berkenaan, A terus­menerus mencapai inferioriti. Kesinambungandi antara inferioriti ke superioriti merupakanrantaian perangkap dan sebati dalam gayakehidupan A.

Ingatan awal B ialah ketika berumur 6 tahun.Kecederaan yang dialami ketika ini membuat Brasa amat takut. B juga curiga tentang kasihsayang serta belas kasihan yang ditunjukkan olehibu dan bapanya. Ketika B berumur 14 tahun, Btelah mengalami peristiwa yang amatmenakutkan. B telah diserang oleh penyegattanah yang bisa dan akan mati jika rawatanlambat diberikan. Pengalaman ini membentukkepercayaan B bahawa B memang bernasib baikdan beranggapan bahawa dirinya lebih tahanlasak berbanding individu lain. B juga pernahdiserbu oleh polis semasa zaman penagihandadah tetapi berjaya melarikan dirinya.

Kesimpulan yang boleh dibuat daripadaingatan awal A menjurus kepada individutertentu, iaitu bapanya. Ini memperlihatkanbahawa A mempunyai banyak perasaanterpendam secara sedar atau tidak sedar terhadapperhubungan dengan bapanya. Manakala B pulabanyak menyentuh tentang pengalaman pahitdan menakutkan sebagai ruang rujuk dalampembentukan gaya hidup. Umumnya individuakan berusaha bergerak ke arah jangkaan yangdijadikan sebagai arah tuju. Ingatan awal dapatmenunjukkan sikap, kepercayaan, dan motifseseorang individu bergerak menuju matlamatnya(Dinkmeyer dan Sperry 2000). Gushurst (1971)menyatakan bahawa ingatan awal memberikangambaran tentang individu, dirinya, individu di

persekitarannya, dan kehidupan. Oleh itu,tingkah laku penagihan dadah boleh dikatakansebagai salah satu kompleks superioriti yang ingindicapai supaya dapat melarikan diri daripadakeadaan sebenarnya lantas mendapat perhatiandan fokus daripada individu lain.

(iv) Kesilapan AsasKesilapan asas telah dikategorikan kepada limajenis, iaitu generalisasi terlampau, jaminanmustahil, persepsi dan permintaan hidup yangsalah, merendahkan diri, dan kesilapan nilai.Kesilapan asas yang dipaparkan adalahberdasarkan maklumat yang dikemukakan olehresponden daripada transkrip temu bual. Jadual1 dan 2 menunjukkan kesilapan asas berkenaanyang telah disampaikan oleh A dan B.

Kesilapan asas merupakan elemen yangpenting dalam menentukan persepsi dantanggapan yang silap terhadap gaya hidup.Kesilapan asas yang ditekankan oleh Adler (1956)ialah penerimaan, kerjasama, hak asasi, dantanggungjawab terhadap perhubungankemanusiaan (Dinkmeyer dan Sperry 2000).Proses mental yang melibatkan pergerakanpsikologikal akan sentiasa mendorong individuuntuk mencapai matlamat yang terbentukdaripada tanggapan fiksyen. Malahan, tanggapanyang tersilap pada asas pembentukan nilai dankepercayaan pula turut mempengaruhi individuke arah pencapaian matlamat fiksyen walaupuntidak memenuhi norma sosial yang sebenarnya.

Justeru itu, pernyataan A yang berbunyi,"Pandangan manusia terhadap perempuan secaraumumnya ialah perempuan adalah lemah dankurang upaya" dan pernyataan B yang berbunyi,"Perempuan banyak ditindas dan sekiranya sayamenjadi golongan perempuan, saya akanditindas" telah menampakkan generalisasiketerlaluan terhadap perempuan dan fungsijantina. Secara tidak langsung, generalisasiketerlaluan akan mempengaruhi A dan B untukmemperalatkan perempuan demi tujuan tertentuseperti memenuhi keperluan seksual sahaja.Manakala A pernah membuat pernyataan yangberbunyi, "Manusia sentiasa membuat sesuatuyang salah walaupun mengetahui perkara itutidak betul" merupakan ruang rujuk bagi A untukmelakukan kesilapan dan kesalahan. Sekurang­kurangnya A ada alasan yang musabah untukmelakukan kesalahan seperti menagih dadah.

Dari aspek jaminan mustahil, A membuatpernyataan yang berbunyi, "Saya juga seorang

116 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No.2 2004

Page 7: Penerokaan Gaya Hidup Penagih Dadah: Perspektif Teori ... · Penerokaan Gaya Hidup Penagih Dadah: Perspektif Teori Psikologi Individu lL1LY MASTURA HARUN & 2001 BOON KEAT Jabatan

Penerokaan Gaya Hidup Penagih Dadah: Perspektif Teori Psikologi Individu

JADUAL 1Kesilapan asas responden A

Kesilapan Asas

Generalisasi keterlaluan

Jaminan mustahil

Persepsi dan permintaanhidup yang silap

Merendahkan diri

Kesilapan nilai

Kesilapan Asas

Generalisasi keterlaluan

Persepsi dan permintaanhidup yang silap

Merendahkan diri

Kesilapan nilai

Pernyataan

"Manusia sentiasa membuat sesuatu yang salah walaupun mengetahui perkara itutidak betul."

"Pandangan manusia terhadap perempuan secara umumnya ialah perempuanadalah lemah dan kurang upaya."

"Saya juga seorang yang takut hendak menyakitkan hati orang."

"Seseorang mempunyai hasrat untuk berubah tidak semestinya hendak tinggaldalam pusat pemulihan selama satu tahun. Pemulihan di dalam pusat pemulihanakan membazirkan masa sahaja."

"Saya seorang lelaki, perlulah berani dan menjadi sebagai pelindung kepadaperempuan. Pada masa yang sarna juga, lelaki perlu dibelai oleh perempuan.Manakala perempuan merupakan tempat untuk berkongsi perasaan dan pemikiransecara ikhlas."

"Saya berasa berdosa, saya tidak patut membuat perkara-perkara yang tersilapselama ini."

"Saya sentiasa merasakan terabai. Adik-beradik, ibu, dan bapa saya tidakmempedulikan saya dan tidak mengambil berat tentang saya."

"Saya beranggapan bahawa kita perlu bertindak sederhana dalam apajua keadaandi mana tidak boleh terlalu baik dan tidak terlalu jahat."

JADUAL 2Kesilapan asas responden B

Pernyataan

"Perempuan banyak ditindas dan sekiranya saya me~adi golongan perempuan,saya akan ditindas."

"Pegangan banyak memberikan sekatan dan ini amat membosankan."

"Saya alah dengan anak kucing, saya tidak boleh tengok anak kucing."

"Hilang, can yang baru!"

"Saya lebih suka membuat sesuatu dengan tidak ada halangan dan sekiranya adasesuatu yang menghalang, saya tidak akan membuatnya."

"Saya menganggap seks sebagai satu joli kerana saya tidak ada rumah tangga, jadihanya enjoy dengan ternan-ternan sahaja."

yang takut hendak menyakitkan hati orang." Inimemperlihatkan bahawa A melakukan sesuatudengan berhati-hati agar tidak menyakitkan hatiorang lain di samping mencapai kehendaknyasendiri. Pengaruh rakan terhadap penagihandadah juga dikesan daripada tanggapan silapyang dijadikan nilai hidup dirinya. A jugamembuat pernyataan yang berbunyi, "Seseorangyang mempunyai hasrat untuk berubah tidaksemestinya hendak tinggal dalam pusatpemulihan selama satu tahun. Pemulihan di

dalam pusat pemulihan akan membazirkan masasahaja". Adakah hasrat sahaja yang bolehmenentukan kejayaan seseorang itu dalampemulihan tingkah laku penagihan dadah?Tanggapan dan pemikiran A yang terlalu mudahdan cetek ini merupakan kesilapan asas dantidak boleh memberikan jaminan tentang prosespemulihannya.

Persepsi dan permintaan hidup yang silapmempengaruhi individu ke arah superioritikompleks. A berpersepsi bahawa, "Saya seorang

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No.2 2004 117

Page 8: Penerokaan Gaya Hidup Penagih Dadah: Perspektif Teori ... · Penerokaan Gaya Hidup Penagih Dadah: Perspektif Teori Psikologi Individu lL1LY MASTURA HARUN & 2001 BOON KEAT Jabatan

Lily Mastura Harun & Ooi Boon Keat

lelaki, perlulah berani dan menjadi sebagaipelindung kepada perempuan. Pada masa yangsarna juga, lelaki perlu dibelai oleh perempuan.Manakala perempuan merupakan tempat untukberkongsi perasaan dan pemikiran secara ikhlas".Ini menunjukkan sifat kelelakian A yangberanggapan bahawa perempuan memainkanperanan yang lebih inferior. Permintaan hidupA terhadap curahan kasih sayang hanya diperolehdaripada perempuan sahaja. Justeru itu, bolehdikatakan bahawa A ialah seorang yang hanyainginkan kasih sayang daripada orang lain.Manakala B pula membuat pernyataan yangberbunyi, "Pegangan banyak memberikansekatan dan ini amat membosankan". Persepsihidup yang sedemikian memperlihatkan Binginkan kebebasan dan hidup tanpa kekangan.Kesilapan: asas ini dijadikan matlamat hidupuntuk mencari keseronokan termasuk tingkahlaku berfoya-foya dan penagihan dadah.

Sifat merendahkan diri sendiri merupakansalah satu kesilapan asas dalam pembentukangaya hidup yang tidak sihat. A membuatpernyataan seperti, "Saya berasa berdosa, sayatidak patut membuat perkara-perkara yangtersilap selama ini". Pernyataan ini hanyadikatakan silap apabila merujuk kepadaperkataan 'tidak patut'. Jika A dapat mengawaldirinya, maka perkara yang 'tidak patut' itu tidakakan berlaku. Pernyataan A secara langsungmenunjukkan kelemahan dirinya dalammembuat sesuatu perkara ataupun membuatsesuatu keputusan. Pernyataan ini juga membawamakna bahawa A menyalahkan perkara-perkarayang telah berlalu. Manakala pernyataan, "Sayasentiasa merasakan terabai. Adik-beradik, ibu,dan bapa saya tidak mempedulikan saya dantidak mengambil berat tentang saya" juga adalahpunca perasaan inferioriti terhadap diri dankeluarga. Bagi B pula pernyataan "Saya alahdengan anak kucing, saya tidak boleh tengokanak kucing" memperlihatkan B tidak pernahmemberi peluang kepada dirinya untukberhadapan dengan segala rintangan danhalangan dalam hidup. Dalam hal ini, B tidakmempunyai keyakinan diri untuk menyelesaikanmasalah kehidupan.

Manusia disifatkan mempunyai nilai hidupyang tersendiri yang diperoleh daripada prosessosialisasi yang dialami dalam masyarakat. Namunnilai yang silap akan menyebabkan individusentiasa menuju ke arah yang negatif dan tidakmengikut norma sosial. Kesilapan nilai

merupakan salah satu kesilapan asas yangdijadikan elemen untuk mengenal pasti gayahidup berdasarkan pendekatan psikologiindividu. A menyatakan bahawa "Sayaberanggapan bahawa kita perlu bertindaksederhana dalam apajua keadaan di mana tidakboleh terlalu baik dan tidak terlalu jahat". Amenggunakan ganti nama 'kita' sebagai mewakiliorang ramai untuk menentukan sesuatu tingkahlaku. Ini menunjukkan bahawa A tidak berdayauntuk menuju ke arah superioriti. B pulamembuat pernyataan, "Hilang, cari yang baru!"Ini memperlihatkan bahawa B tidak menghargaisesuatu sarna ada hubungan kasih sayang ataukebendaan. Manakala pernyataan B, "Sayamenganggap seks sebagai satu joli kerana sayatidak ada rumah tangga, jadi hanya enjoy denganternan-ternan sahaja." B menganggap tingkahlaku ini sebagai tidak membawa sebarang kesanburuk terhadap fisiologi, psikologi, dan sosialnya.Keseronokan seperti ini adalah kesilapan asasdalam nilai gaya hidup yang membawa B kepadakompleks superioriti.

Kesilapan asas merupakan logik peribadiatau matlamat yang berbentuk fiksyen bagimenggerakkan individu. Kesilapan asas adalahruang rujuk konseptual individu untukmenentukan nilai, kepercayaan, dan dinamikpergerakan seseorang individu. Kesilapan asasjuga dijadikan panduan bagi usaha ke arahsuperioriti kompleks (Mosak dan Dreikurs 1973).Lantaran itu, individu akan sentiasa menjuruske arah kompleks superioriti atau bertingkahlaku negatif berpandukan matlamat fiksyen yangdijadikan nilai, kepercayaan, dan gaya hidupseseorang. Dalam hal ini, penagihan dadah telahdijadikan sebagai pampasan kompleks inferioritihasil daripada kesilapan asas dalam gaya hidup(Adler 1956).

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Penggunaan teori psikolgi individu untukmeneroka gaya hidup penagih dadah jelasmenggambarkan bahawa faktor keluargamemainkan peranan yang penting dalampembentukan gaya hidup. Keluarga sebagai satusistem psikososial dalam masyarakat perlumemahami proses kekeluargaan. Proseskekeluargaan merangkumi aspek komunikasi,memahami kesan-akibat sesuatu perhubungandaripada perspektif sistemik, mengekalkanhomeostasis keluarga, fungsi dan peranan,struktur keluarga, boundary atau sempadan

118 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No.2 2004

Page 9: Penerokaan Gaya Hidup Penagih Dadah: Perspektif Teori ... · Penerokaan Gaya Hidup Penagih Dadah: Perspektif Teori Psikologi Individu lL1LY MASTURA HARUN & 2001 BOON KEAT Jabatan

Penerokaan Gaya Hidup Penagih Dadah: Perspektif Teori Psikologi Individu

psikologikal, dan seumpamanya. Ibu bapa hamsmemberi perhatian yang seimbang di antaraanak-anak tanpa mengira susunan kelahiran agarskrip gaya hidup yang sempurna dan berfungsidapat dihasilkan. Proses kekeluargaan sebenarnyaialah satu proses untuk memberi 'makna' kepadakewujudan setiap ahlinya. Jika 'makna'kehidupan individu itu adalah bagus, maka iaakan menjadi amalan gaya kehidupan yangpositif, tetapi jika 'makna' kehidupan itu tidakbaik, maka amalan gaya kehidupan yang negatifakan mengambil alih. Pengetahuan tentang ilmukekeluargaan harus dipertingkatkan untukmemastikan ahli keluarga menjadi ahlimasyarakat yang berguna dan tidak terlibat dalammana-mana gejala sosial.

RUJUKANADLER, A 1931. What Life Could Mean to You. New

York: One World Publications Ltd.

ADLER, A 1956. Dalam The Individual Psychology ofAlfred Adler: A Systematic Presentation in Selectionfrom His Writings, disunting oleh H.L.Ansbacher dan RR Ansbacher. ew York:Basic Books.

AMERlKANER, M. dan G. MONKS. 1994. Familyinteraction and individual psychological health.Journal of Counselling and Development 72(6):614-621.

ANDERSON, T.L. 1994. Drug abuse and identity:linking micro and macro factors. SociologicalOy,arterly 35(1): 159-175.

ANSBACHER, H.L. dan RR ANSBACHER. 1956. TheIndividual Psychology of Alfred Adler. New York:Basic Books Inc.

ASHBY, J.S. dan T. KOTTMA . 1998. Adlerianpersonality priorities: psychological andattitudinal differences. Journal of Counsellingand Development 76(4): 466-474.

BAHR, SJ., S.L. MAUGHAN, AC. MARcos dan B. LI.1998. Family, religiosity, and the risk ofadolescent drug abuse. Journal of Marriage andthe Family 60: 979-992.

BLATT, 1. 1999. Treating the child-dominated family:the family constitution. Family Journal 7(3):292-296.

BLOCK, J dan RW. ROBINS. 1993. A longitudinalstudy of consistency and change in self-esteemfrom early adolescence to early childhood.Child Development 64: 909-923.

CAROOL, J J 1999. Compatibility of Adlerian theoryand practice with the philosophy and practiceof alcoholics anonymous. Journal of Addictionand Offender Counselling 19(2): 50-62.

DINKMEYER, D.C., D.C. Jr. DI KMEYER dan L. SPEERY.1987. Adlerian Counseling and Psychotherapy. Edisikedua. Colombus, OH: Charles E. Merill.

DINKMEYER, D. dan L. SPERRY. 2000. Counselling andPsychotherapy: An Integrated Individual PsychologyApproach. New Jersey: Prentice Hall.

DZULKIFLI ABDUL RAzAK. 1995. Dadah: senario sejagatyang membimbangkan. Jurnal Dewan Kosmik:12-13.

GUSHURST, R.S. 1971. The technique, utility, andthe validity of lifestyle analysis. The CounsellingPsychologist 3(1 ): 30-40.

HALL, C.S. dan G. LINDZEY. 1978. Theories ofPersonality.ew York: John Wiley & Sons.

HOFFMAN, JP. dan RA JOHNSON. 1998. A nationalpotrait of family structure and adolescent druguse. Journal of Marriage and the Family 60: 633­645.

LABOUVIE, L. 1996. Maturing out of substance abuse:selection and self-correction. Journal of DrugIssues 26(2): 457-477.

MCQUEEN, R.A. dan C. KN SSE. 1999. ResearchMethods in Psychology: A Practical Introduction.London: Prentice-Hall.

MOSAK, H.H. 1989. Adlerian psychotherapy. DalamCurrent Psychotherapies, disunting oleh RJ.Corsini dan D. Wedding. Itasca, IL: Peacock.

MOSAK, H.H. dan R DREIKURS. 1973. Dalam CurrentPsychotherapies, disunting oleh RJ. Corsini danD. Wedding. Itasca, IL: Peacock.

MOUSTAKAS, C. 1994. Phenomenological ResearchMethods. California: Sage. Thousand Oaks.

OTHMAN MOHAMED. 2000. Prinsip Psikoterapi danPengurusan dalam Kaunseling. Serdang: PenerbitUniversiti Putra Malaysia.

PAGE, S. dan K LAFRENIERE. 1993. Early experiencesand coping with later illness. Guidance andCounselling 9(1): 12-22.

SMITH, S., F. MULLIS, R M. KERN dan G. BRACK. 1994.An Adlerian model for the etiology ofaggression in adjucated adolescences. FamilyJournal 7(2): 135-148.

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No.2 2004 119

Page 10: Penerokaan Gaya Hidup Penagih Dadah: Perspektif Teori ... · Penerokaan Gaya Hidup Penagih Dadah: Perspektif Teori Psikologi Individu lL1LY MASTURA HARUN & 2001 BOON KEAT Jabatan

Lily Mastura Harun & Ooi Boon Keat

SPERRY, L.M. 1996. Psychopathology and thediagnostic treatment process. DalamPsychopathology and Psychotherapy, disunting olehL. M. Sperry dan J. Carlson. Washington:Accelerated Development.

WELTON, G. L. dan M. D. HOUSER. 1997. Ego identitydrug experimentation: the fable of arrestedabstainer. Counselling and Values 41(3): 219­235.

(Diterima: 9 September 2003)

120 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No.2 2004