PENERAPAN UNSUR KECINDAN DALAM PROSES PENGAJARAN ...
Transcript of PENERAPAN UNSUR KECINDAN DALAM PROSES PENGAJARAN ...
PENERAPAN UNSUR KECINDAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN REKA BENTUK TEKNOLOGI
WAN NUR HASYMY BIN WAN MANSOR
Laporan projek ini dikemukakan sebagai
memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal
(Rekabentuk Instruksional dan Teknologi)
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Universiti Tun Hussien Onn Malaysia
JULAI 2014
v
ABSTRAK
Kecindan merupakan suatu unsur yang penting di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka
unsur kecindan, mengenal pasti tahap penerapan unsur kecindan, mengenal pasti
unsur kecindan yang dominan dan mengenal pasti perbezaan guru lelaki dan
perempuan dalam penerapan unsur kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran
Reka Bentuk Teknologi. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar
mata pelajaran Reka Bentuk Teknologi di sekolah rendah di mana populasinya
seramai 110 dan responden adalah 80 orang. Data dianalisis menggunakan
pendekatan Model Pengukuran Rasch. Dapatan kajian yang menggunakan borang
soal selidik sebagai instrument dianalisis menggunakan program Winstep 3.69.1.11
yang mengaplikasikan model pengukuran Rasch. Melalui analisis yang dijalankan,
dapatan skor min digunakan untuk menentukan meneroka unsur kecindan, mengenal
pasti tahap penerapan unsur kecindan dan mengenal pasti unsur kecindan yang
dominan. Sementara dapatan Differential Group Functioning (DGF) pula digunakan
untuk mengenalpasti mengenal pasti perbezaan guru lelaki dan perempuan dalam
penerapan unsur kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk
Teknologi. Hasil analisis menunjukkan penerapan unsur kecindan di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Teknologi adalah berada pada tahap yang
sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang
signifikan di antara guru perbezaan guru lelaki dan perempuan dalam penerapan
unsur kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Teknologi. Hasil
kajian ini diharapakan dapat dijadikan sebagai satu garis panduan kepada
pelaksanaan penerapan unsur kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran serta
peningkatan profesionalisme guru di sekolah.
vi
ABSTRACT
Humour is an important element in the learning process. Therefore, this study aimed
to explore the elements humour, identifying the elements humour application,
identifying the dominant element humour and identify the different male and female
teachers in the implementation of humour and element in the teaching and learning
of Design Technology. The sample consisted of teachers who teach Design
Technology in primary schools where the population is 110 and the respondent is 80.
Data were analysed using the Rasch measurement model approach. A set of
questionnaires were used as research instrument and the data obtained from
questionnaires have been analysed using Winsteps3.69.1.11 program to do Rasch
model analysis. Mean score value were used to explore the elements humour,
identifying the elements humour application and identifying the dominant element
humour. Meanwhile Differential Group Functioning (DGF) were used determine and
identify the different male and female teachers in the implementation of humour
and element in the teaching and learning of Design Technology. The analysis of the
application of humour element in the teaching and learning of Design Technology is
located at the medium level. The study also showed no significant differences
between different teachers male and female teachers in the implementation of
humour element in the teaching and learning of Design Technology. This study
hoped to serve as a guideline for the implementation of the application humour
element in teaching, learning and professional development of teachers in schools.
vii
KANDUNGAN
TAJUK i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SIMBOL/SINGKATAN/TATANAMA/ISTILAH xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang masalah 5
1.3 Pernyataan masalah 7
1.4 Objektif kajian 8
1.5 Persoalan kajian 8
1.6 Skop kajian 9
1.7 Kepentingan kajian 9
1.8 Kerangka teori 10
1.9 Konsep kajian 12
1.10 Definisi terminology 14
1.10.1 Unsur kecindan 14
1.10.2 Pengajaran dan pembelajaran (P&P) 15
viii
1.10.3 Mata Pelajaran Reka Bentuk
Teknologi (RBT) 15
1.10.4 Penyampaian guru 16
BAB 2 KAJIAN LITERATUR 16
2.1 Pengenalan 16
2.2 Teori-teori berkaitan dengan kecindan 16
2.2.1 Teori inkongruiti (incongruity theories) 16
2.2.2 Teori pelepasan energi (relief theories) 17
2.2.3 Teori superioriti (superiority theories) 17
2.2.4 Teori Pembelajaran Sosial 17
2.2.5 Teori Pembelajaran Humanism 19
2.3 Kecindan 21
2.4 Jenis – jenis kecindan 21
2.4.1 Cerita Jenaka 22
2.4.2 Lawak 24
2.4.2.1 Lawak Bodoh 25
2.4.2.2 Lawak Slapstick 25
2.4.2.3 Lawak spontan 25
2.4.2.4 Lawak lucah 25
2.4.3 Bahasa sindiran 26
2.4.4 Kartun 28
2.4.5 Teka-teki 30
2.5 Kelebihan dan kekurangan penerapan unsur kecindan 31
dalam pengajaran pembelajaran
2.6 Pengajaran berkesan 36
2.6.1 Ciri-ciri guru sebagai pencerita dramatic 36
2.6.2 Teknik pengajaran guru 37
2.7 Kaedah pengajaran guru 39
2.8 Amalan kecindan di dalam proses pengajaran 39
dan pembelajaran
2.9 Penutup 40
ix
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 41
3.1 Pengenalan 41
3.2 Reka bentuk kajian 41
3.3 Populasi dan sampel kajian 45
3.4 Prosedur kajian 46
3.5 Instrumen kajian 47
3.6 Kajian rintis 50
3.6.1 Kebolehpercayaan 52
3.6.2 Indeks pengasingan item 53
3.6.3 Polariti item 54
3.6.4 Kesesuaian item dengan konstruk 56
3.6.5 Nilai kolerasi residual terpiawai 58
3.6.6 Ringkasan item kekal dan gugur 59
3.7 Analisis data 60
3.7.1 Ringkasan penganalisisan data 61
3.8 Penutup 62
BAB 4 ANALISIS DATA 63
4.1 Pengenalan 63
4.2 Statistik deskriptif 63
4.2.1 Taburan responden mengikut tempoh perkhidmatan 64
4.2.2 Persoalan Kajian 1: Apakah unsur kecindan yang 64
Diterapakan semasa pengajaran dan pembelajaran
Reka Bentuk Teknologi ?
4.2.3 Persoalan Kajian 2: Apakah tahap penerapan unsur 66
kecindan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Reka Bentuk Teknologi ?
4.2.4 Persoalan Kajian 3: Apakah unsur kecindan yang 67
dominan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Reka Bentuk Teknologi ?
4.3 Statistik inferensi 68
x
4.3.1 Persoalan Kajian 4: Mengenal pasti perbezaan 69
guru lelaki dan perempuan dalam penerapan unsur
kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran Reka
Bentuk Teknologi.
4.4 Penutup 71
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 72
5.1 Pengenalan 72
5.2 Rumusan kajian 72
5.3 Perbincangan dapatan kajian 73
5.3.1 Rumusan dapatan kajian 1: Meneroka unsur kecindan 74
yang diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran
Reka Bentuk Teknologi
5.3.2 Rumusan dapatan kajian 2: Mengenal pasti tahap 75
penerapan unsur kecindan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Teknologi
5.3.3 Rumusan dapatan kajian 3: Mengenal pasti unsur 76
kecindan yang dominan di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Teknologi
5.3.4 Rumusan dapatan kajian 4: Mengenal pasti perbezaan 77
guru lelaki dan perempuan dalam penerapan unsur
kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran
Reka Bentuk Teknologi
5.4 Cadangan dapatan lanjutan 78
5.4.1 Pihak JPN dan PPD 78
54.2 Pihak pentadbir sekolah dan guru 79
5.5 Cadangan kajian lanjutan 80
5.6 Penutup 80
RUJUKAN 81
LAMPIRAN 86
xi
SENARAI JADUAL
Jadual 3.3: Populasi kajian mengikut sekolah 45
Jadual 3.2 : Cadangan pemilihan saiz sampel oleh 46
Linacre (2005)
Jadual 3.3 : Pemarkahan item-Item Skala Likert 48
Jadual 3.4 : Soal selidik dan bilangan item bahagian
A, B, C, D dan E 50
Jadual 3.6: Garis panduan bagi penentuan saiz sampel 51
Jadual 3.7: Ringkasan statistik bagi kebolehpercayaan instrumen 52
Jadual 3.8: Indikator bagi kebolehpercayaan responden 53
Jadual 3.9: Ringkasan statistik bagi kebolehpercayaan responde 53
Jadual 3.10: Ringkasan statistik bagi indeks pengasingan item 54
Jadual 3.11 menunjukkan dapatan bagi analisis yang 54
dijalankan untuk menentukan polariti item
Jadual 3.12 : Kesesuaian item dengan konstruk 57
Jadual 3.13: Nilai korelasi residual terpiawai 58
Jadual 3.15: Ringkasan bagi item yang dikekalkan dan digugurkan 59
Jadual 3.16: Analisis item measure 60
Jadul 3.17: Interprestasibagi nilai skor min 60
xii
Jadual 3.18 menunjukkan ringkasan bagi kaedah analisis 61
dan instrumen kajian berdasarkan kepada persoalan
kajian yang dibina
Jadual 4.1: Taburan responden mengikut tempoh perkhidmatan 64
Jadual 4.2: Analisis keseluruhan bagi unsur kecindan yang 65
diterapkan semasa pengajaran dan pembelajaran Reka
Bentuk Teknologi
Jadual 4.3: Dapatan analisis bagi tahap penerapan unsur 66
kecindan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Reka Bentuk Teknologi
Jadual 4.4: Analisis unsur kecindan yang dominan yang 67
diterapkan semasa pengajaran dan pembelajaran Reka
Bentuk Teknologi
Jadual 4.5: Analisis DGF 70
xiii
SENARAI RAJAH
Rajah 1.1 : Kerangka Teori Kajian 11
Rajah 1.2 : Kerangka Konsep Kajian yang berasaskan kepada 12
Teori Pembelajaran Sosial Yang Diataptasi Daripada
Teori Bandura (1986)
Rajah 3.1 : Kerangka Reka Bentuk Kajian 44
Rajah 4.1: Skala min logit (Sumber: Keeves & Alagumalai, 1999) 69
xiv
SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN
IPG - Institut Pendidikan Guru
JPN - Jabatan Pendidikan Negeri
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
RBT - Reka bentuk Teknologi
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
KSSM - Kurikulum Standard Sekolah Menengah
KSSR - Kurikulum Standard Sekolah Rendah
LPM - Lembaga Peperiksaan Malaysia
P&P - Pengajaran Dan Pembelajaran
Bil - Bilangan
DGF - Differential Group Functioning
DIF - Differential Item Functioning
- alpha
- nilai yang lebih kecil
- nilai yang lebih besar atau sama dengan
xv
SENARAI LAMPIRAN
A Carta Gantt 86
B Borang soal selidik kajian rintis 88
C Borang soal selidik kajian sebenar 98
D Pengesahan soal selidik 108
E Surat kebenaran kajian 111
F Persoalan Kajian 1: Apakah unsur kecindan yang 115
Diterapakan semasa pengajaran dan pembelajaran Reka
Bentuk Teknologi ?
G Persoalan Kajian 2: Apakah tahap penerapan unsur 117
kecindan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Reka Bentuk Teknologi ?
H Persoalan Kajian 3: Apakah unsur kecindan yang dominan 119
di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Reka
Bentuk Teknologi ?
I Persoalan Kajian 4: Mengenal pasti perbezaan 121
guru lelaki dan perempuan dalam penerapan unsur kecindan
dalam pengajaran dan pembelajaran Reka
Bentuk Teknologi
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kecindan atau ‘sense of humor’ di istilahkan sebagai satu jenaka, lawak, dan kata-kata
atau perbuatan yang kelakar. Kecindan boleh ditakrifkan sebagai kebolehan seseorang
manusia, objek, situasi atau perkataan untuk mencetuskan perasaan gembira atau
terhibur. Unsur kelakar atau lawak ini boleh digunakan dan diterapkan oleh guru semasa
mengajar di dalam kelas. Menurut kajian yang dilakukan oleh Frymier et al. (2008),
jenaka dalam bilik darjah membantu berlakunya interaksi guru dan murid dengan lebih
lancar untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran. Suasana kecindan boleh berlaku
apabila kelucuan yang ditunjukkan oleh seseorang yang boleh menyebabkan oang lain
kecewa. Suasana yang wujud ini dikatakan dapat mengurangkan situasi tegang dengan
segera. Plato pernah menulis “We laugh when we see the weakness of another” Salah
satu peranan penting seseorang guru adalah membina hubungan baik guru dan murid.
Hampir setiap hari seorang guru bercakap dan berinteraksi dengan muridnya. Oleh itu
bercakap atau berinteraksi adalah sebahagian daripada kerja guru. Bagi mewujudkan
hubungan baik antara guru dan murid, seharusnya seseorang guru itu berkebolehan
melakukan jenaka atau kecindan.
Menurut oleh Barry and King (1990), guru harus menunjukkan sifat baik hati,
adil dan ramah mesra kerana murid memerlukan kawan selain seorang guru,
terutamanya bagi sesetengah murid yang tidak mempunyai ramai kawan dan terpencil.
Dengan cara itu guru dapat mendekati mereka, menggalakkan mereka bertanya dan
berkongsi lawak jenaka membolehkan murid merasai guru sebagai seorang kawan.
2
Kelas yang tidak ada jenaka dianggap membosankan dan juga dikatakan sebagai kurang
mesra. Sebaliknya, kelas yang dipenuhi dengan jenaka yang relevan dianggap menarik
oleh murid. Berdasarkan kepada Garner (2006), guru yang mengamalkan jenaka
diklasifikasikan oleh murid dan rakan setugas sebagai lebih positif dan membantu.
Malikow (2007) pula menyatakan bahawa 59% pelajar menyatakan guru yang
mempunyai ciri-ciri jenaka adalah guru yang berkesan. Hubungan baik yang terjalin
antara guru dan murid akan dapat membantu mengawal masalah disiplin dan salah laku
dalam kalangan murid. Sebagai seorang guru guru perlu mengamalkan kecindan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana hidup tanpa kecindan atau jenaka adalah amat
membosankan, manakala dengan melakukan sedikit jenaka atau kecindan akan
membantu tugas kita bagi merangsang pembelajaran, membolehkan pengajaran dan
pembelajaran mudah diingati. Kajian menunjukkan kecindan dalam bilik darjah
membantu interaksi guru dan murid berlaku dengan lebih lancar dan menambahkan
kuantiti serta kualiti masa bercakap pelajar.
Sejak 25 tahun kebelakangan ini sahaja penyelidikan mengenai kecindan dalam
pendidikan telah dilakukan. Berdasarkan kepada penemuan penyelidikan pendidikan
dalam bidang ini sehingga kini, adalah benar untuk dirumuskan bahawa kecindan boleh
mewujudkan suasana yang membantu pembelajaran, meningkatkan perhatian dan
keseronokan belajar, membantu pembelajaran menahan pelajar untuk terus belajar dan
meningkatkan kemahiran berfikir. Unsur kecindan sebagai salah satu daripada enam
kunci penting untuk menjadi seorang guru yang berjaya. Unsur kecindan boleh
membantu seseorang itu menjadi guru yang baik dan berjaya. Unsur jenaka yang
disampaikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran akan dapat mengurangkan situasi
tegang dalam bilik darjah. Amalan kecindan dalam kalangan guru juga akan
membolehkan murid merasa lebih seronok dan membantu murid menumpukan perhatian
kepada pelajaran. Manakala manfaat dalam kalangan guru pula, mereka akan dapat
menikmati situasi kerja dengan lebih seronok dan terhibur apabila melihat reaksi anak
didik seronok dan ketawa. Ini menyumbang kepada kehidupan yang lebih gembira
dalam menghadapi situasi kerja yang kadang kala menimbulkan ketegangan (stress).
Kadang kala guru boleh membuat lawak yang di istilahkan sebagai lawak
“bodoh” semasa mengajar yang mana akan ditertawakan oleh murid, kadang kala
3
kecindan dapat dikongsi bersama murid dan kadang kala pula kecindan yang dihasilkan
oleh murid. Ini boleh membuatkan seseorang yang mempunyai sikap positif dan unsur
kecindan akan sentiasa gembira sepanjang kariernya sebagai seorang guru. Menurut
Fattah. A (2001), Rasulullah menggunakan pendekatan seloka dan gurau senda (yang
tidak keterlaluan) sebagai satu kaedah pengajaran. Baginda bergurau semasa mengajar
para sahabat dan pengikutnya namun perkataan yang keluar daripada mulut baginda
hanyalah perkataan yang benar. Menurut kajian yang telah dijalankan, kelas yang tidak
ada kecindan dianggap membosankan dan kurang mesra. Kelas yang dipenuhi dengan
kecindan yang relevan dianggap menarik oleh murid. Guru yang mengamalkan unsur
kecindan yang tinggi dinilai oleh murid sebagai lebih positif dan membantu mereka
dalam proses pembelajaran. Unsur kecindan boleh meningkatkan kreativiti dan
pembelajaran. Beberapa kajian menunjukkan pelajar yang mendengar rakaman dan
menonton filem yang mengandungi unsur kecindan dapat membantu meningkatkan
pencapaian dalam skor secara signifikan dalam ujian kreativiti. Banyak manakah unsur
kecindan yang harus dimasukkan ke dalam sesi pengajaran? Menurut seorang
penyelidik, ‘rule of thumb’ bagi mengamalkan kecindan kepada pelajar antara adalah
tiga (3) hingga lima (5) kali bagi setiap 50 minit waktu pengajaran.
Menurut Desberg & Others (1981), Suasana kecindan dikatakan dapat
mengurangkan situasi tegang dengan segera . Jenaka atau kecindan yang diamalkan oleh
guru akan dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran yang ceria dan boleh
membantu mengurangkan tekanan dan kerunsingan dalam kalangan murid semasa di
dalam bilik darjah. Persekitaran pembelajaran yang wujud semasa jenaka
dipersembahkan dapat membantu mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Persekitaran pembelajaran yang sihat dan menyeronokkan sentiasa diberikan
perhatian oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sehubungan itu KPM
telah memperkenalkan konsep pembelajaran yang menyeronokkan (fun learning) dalam
kalangan guru-guru sekolah bagi menambah keberkesanan Amalan Jenaka dalam
Pengajaran dan Pembelajaran proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah. Konsep ini boleh direalisasikan melalui pelbagai kaedah dan salah satu
daripadanya ialah melalui amalan jenaka guru semasa mengajar. KPM telah menggubal
satu standard kualiti sebagai mekanisme untuk memantau dan menguatkuasakan semua
4
program yang dilaksanakan di sekolah-sekolah seluruh negara (Jemaah Nazir Sekolah,
2004).
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) adalah merupakan suatu garis
panduan yang perlu dipatuhi oleh semua sekolah di bawah KPM. Jemaah Nazir Sekolah
(JNS) telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan standard kualiti di sekolah dan
institusi pelajaran tercapai melalui penggunaan instrumen SKPM. Instrumen ini diguna
pakai bagi menaksir keupayaan dan potensi pentadbir sekolah menyelia guru dalam
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran, mengurus sumber dan mengasuh
kemenjadian setiap murid. Dalam Elemen 9: Pengajaran dan Pembelajaran, Item 9.13:
Perwatakan Guru, standard ini telah menyatakan kepentingan amalan kecindan dalam
kalangan guru sekolah. Elemen 9.13(a) (vi) tentang sumbangan guru terhadap suasana
pembelajaran yang kondusif. Standard ini menegaskan bahawa guru perlu mewujudkan
suasana riang yang merangsang pembelajaran (Jemaah Nazir Sekolah, 2004). Suasana
riang adalah merujuk kepada amalan kecindan guru semasa melaksanakan sesi
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Salah satu peranan penting seseorang guru
adalah membina hubungan baik guru dan murid. Hampir setiap hari seorang guru itu
bercakap dan berinteraksi dengan muridnya.
Oleh yang demikian, bercakap atau berinteraksi adalah sebahagian daripada
tugas guru. Bagi mewujudkan hubungan baik antara guru dan murid, seharusnya
seseorang guru itu berkebolehan dan mempunyai ciri-ciri kecindan. Guru harus
menunjukkan sifat baik hati, adil dan ramah mesra kerana murid memerlukan kawan
selain seorang guru, terutamanya bagi sesetengah murid yang tidak mempunyai ramai
kawan dan terasing. Barry & King (1990), dengan cara guru mendekati mereka,
menggalakkan mereka bertanya dan berkongsi lawak jenaka membolehkan murid
merasai guru sebagai seorang kawan. Hubungan baik yang terjalin antara guru dan
murid akan dapat membantu mengawal masalah disiplin dan salah laku dalam kalangan
murid.
5
1.2 Latar Belakang Masalah
Sekolah menjadi institusi yang sangat terikat dengan peraturan dan tatacara sehingga
menjadikannya suatu tempat yang "menakutkan". Suasana sekolah dan bilik darjah yang
begitu tegas dengan pelbagai peraturan dan disiplin serta pendekatan pengajaran guru
yang serius akan menyebabkan murid merasa tertekan. Tekanan yang dihadapi oleh
murid semasa berada di rumah dan di sekolah akan menyebabkan prestasi mereka
merosot dan motivasi untuk belajar berkurangan. Guru dan murid menyatakan sekolah
dan pembelajaran tidak menyeronokkan. Pelbagai masalah disiplin timbul daripada
situasi tekanan ini seperti ponteng sekolah, ponteng kelas, vandalisme dan sebagainya.
Sekiranya suasana pembelajaran dalam bilik darjah dapat diseimbangkan dengan jenaka
dan gelak ketawa, maka sudah pasti tekanan yang dihadapi oleh murid akan
berkurangan. Paterson (2006) menyatakan jenaka perlu digunakan dengan sebaik
mungkin kerana dalam kajian, beliau mendapati ianya dapat membantu mengatasi
beberapa masalah personal yang timbul di sekolah. Banyak faktor menyebabkan pelajar
tidak minat dengan cara pengajaran guru antaranya; (i) guru yang tidak mahir, (ii) guru
mngajar secara teori sahaja, (iii) guru tidak menggunakan ABBM, (iv) sikap negetif
terhadap mta pelajaran, (v) guru yang kurang ilmu; dan (vi) penyampaian guru yang
membosankan.
Penyampaian guru yang membosankan boleh mengakibatkan prestasi
pelajar merosot. Penyampaian guru yang tidak fokus dan bersahaja mempengaruhi
embelajaran pelajar. Hubungan antara guru dan murid yang tidak mesra menyebabkan
pelbagai masalah wujud dalam bilik darjah, umpamanya murid malu dan segan untuk
berinteraksi atau bersoal jawab. Hal ini juga boleh menyebabkan murid tidak menyukai
guru mereka. Menurut kajian oleh Malikow (2007) murid menyukai guru yang pandai
berjenaka. Namun ramai guru yang tidak dapat melakukannya semasa dalam bilik
darjah. Manakala Frymier, Wanzer dan Wojtaszczyk (2008) menyatakan terdapat
amalan jenaka yang sesuai dan tidak sesuai dilakukan oleh guru. Jenaka yang tidak
sesuai akan menimbulkan kesan yang tidak baik kepada murid. Kajian tersebut juga
melaporkan bahawa terdapat guru yang menggunakan jenaka yang tidak sesuai. Oleh itu,
kajian ini akan melihat penerapan unsur kecindan di dalam pengajaran dan pembelajaran
6
Reka Bentuk Teknlogi yang berlaku dalam kalangan guru dan pandangan mereka serta
murid terhadap amalan kecindan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah.
Guru yang tidak menerapakan unsur kecindan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran juga mempengaruhi pembelajaran pelajar. Pelajar akan mudah berasa
bosan dengan pengajaran guru dan menanam sikap tidak minat pada pelajaran. Sekaligus
menyebabakan prestasi pelajar merosot. Jenaka atau kecindan yang diamalkan oleh guru
akan dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran yang ceria dan boleh
membantu mengurangkan tekanan dan kerunsingan dalam kalangan murid semasa di
dalam bilik darjah. Charles (2002) mendapati amalan jenaka dapat mengurangkan
tekanan (stress) dalam kalangan murid.
Kecindan adalah suatu perkara yang sangat penting dalam pengajaran dan
pembelajaran. Punca yang mengakibatkan guru tidak menerapkan unsur kecindan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah guru tidak minat kecindan. Semasa proses pengajaran
guru tidak menerapkan unsur kecindan. Ini kerana guru tersebut tidak meminati cerita
jenaka. Selain daripada cerita jenaka guru itu juga tidak meminati sindiran, kartun
mahupun teka-teki. Sebenarnya di dalam kelas pelajar sangat suka kepada teka-teki.
Sekurang-kurangnya dapat meredakan sedikit tekanan ketika belajar mereka.
Guru yang tidak tahu bagaimana membuat kecindan juga mempengaruhi
kemerosotan prestasi pelajar. Guru yang kurang arif atau tidak tahu membuat cerita
jenaka, tidak tahu melukis kartun, tidak tahu membuat sindiran dan tidak tahu membuat
teka-teki mengakibatkan suasana di dalam kelas sangat tegang walaupun tidak bising.
Ini kerana pelajar sebenarnya merasa bosan dengan pengajaran guru tersebut. Menurut
kajian oleh Malikow (2007) murid menyukai guru yang pandai berjenaka.
Guru yang tidak menerapakan unsur kecindan dalam pengajaran dan
pembelajaran juga kerana guru tidak tahu apa itu kecindan. Guru perlu tahu apa itu
kecindan. Guru juga perlu tahu jenis-jenis kecindan yang biasa digunakan di bilik
darjah. Oleh yang demikian, guru perlu mengenalpasti jenis kecindan yang sesuai
digunakan di bilik darjah sama ada erita jenaka, kartun, sindiran atau teka-teki.
Personaliti juga faktor yang menyebabakan guru tidak menerapkan unsur
kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran. Personaliti guru memainkan peranan
7
kerana ianya mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran. Personaliti guru sering
menjadi perhatian pelajar-pelajar. Personaliti guru yang garang sukar untuk menerapkan
unsur kecindan. Ini kerana guru yang garang tidak akan melakukan kecindan
terutamanya semasa di dalam bilik darjah. Personaliti juga di pengaruhi oleh faktor
keluarga atau keturunan. Bagi guru yang berketurunan yang memang tidak gemar
kepada kecindan tidak akan membuat kecindan. Keadaan ini memberi kesan kepada
pembelajaran pelajar.
1.3 Pernyataan Masalah
Penyelidik berpendapat bahawa satu kajian perlu dijalankan untuk mengkaji kaedah atau
cara penyampaian guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
diamalkan oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran Reka Bentuk Teknologi.
Kaedah atau cara penyampaian guru adalah sangat penting kerana ia boleh menarik
minat pelajar kepada pembelajaran. Kemerosotan akademik pelajar juga adalah
berpunca daripada faktor guru. Ini kerana pelajar tidak berminat dengan cara pengajaran
guru. Oleh itu, semasa sesi pengajaran dan pembelajaran guru perlu menyelitkan unsur-
unsur kecindan. Dengan itu secara tidak langsung dapat menarik pelajar untuk minat
terhadap pembelajaran.
Lantaran daripada pelbagai masalah disiplin tersebut, guru akan dibebankan
dengan cara untuk mengatasi masalah tersebut. Murid pula sentiasa terbeban dengan
tugas pembelajaran dalam kelas semasa di sekolah. Semasa berada di rumah, murid
terbeban dengan tugasan atau kerja rumah. Di samping itu, murid juga dihantar oleh ibu
bapa mereka ke kelas al-Quran, kelas tambahan dan tuisyen. Situasi ini boleh
menimbulkan ketegangan dan boleh menyebabkan murid tertekan. Oleh itu, aspek
keceriaan daripada segi emosi perlu diberikan perhatian khusus seperti amalan dan
pergaulan guru dengan murid dan murid dengan murid perlu diwujudkan. Salah satu
daripada keceriaan aspek emosi ini dapat diwujudkan melalui amalan jenaka atau
kecindan dalam kalangan guru terhadap murid sama ada semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran atau semasa interaksi dengan murid secara tidak formal. Charles (2002)
mendapati amalan jenaka dapat mengurangkan tekanan (stress) dalam kalangan murid.
8
Amalan jenaka akan dapat mengurangkan batasan darjat atau formaliti antara guru
dengan murid. Dengan itu, murid akan lebih "berani" berjumpa guru untuk berbincang
dan berinteraksi. Hidup tanpa jenaka adalah amat membosankan dan jenaka boleh
merangsang pembelajaran. Ia membolehkan pengajaran dan pembelajaran mudah
diingati.
1.4 Objektif Kajian
Tujuan penyelidikan ini adalah untuk melihat penerapan unsur kecindan di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Teknologi di kalangan guru di sekolah
rendah. Objektif penyelidikan ini adalah untuk:
(i) Meneroka unsur kecindan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Reka
Bentuk Teknologi.
(ii) Mengenal pasti tahap penerapan unsur kecindan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Reka Bentuk Teknologi.
(iii)Mengenal pasti unsur kecindan yang dominan di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Reka Bentuk Teknologi.
(iv) Mengenal pasti perbezaan guru lelaki dan perempuan dalam penerapan unsur
kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Teknologi.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk menjawab beberapa soalan kajian seperti berikut:
1. Apakah unsur kecindan yang diterapkan semasa pengajaran dan pembelajaran Reka
Bentuk Teknologi ?
9
2. Apakah tahap penerapan unsur kecindan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Reka Bentuk Teknologi ?
3. Apakah unsur kecindan yang dominan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Reka Bentuk Teknologi ?
4. Apakah perbezaan guru lelaki dan perempuan dalam penerapan unsur kecindan
dalam pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Teknologi ?
1.6 Skop Kajian
Skop kajian ini ialah untuk mengenalpasti penerapan unsur kecindan yang diamalkan
oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran Reka Bentuk Teknologi. Skop kajian ini
juga akan meneroka unsur kecindan dan mengenalpasti tahap penerapan unsur kecindan
serta mengenalpasti unsure kecindan yang dominan di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Reka Bentuk Teknologi. Di samping itu juga, skop kajian ini akan
mengenalpasti perbezaan guru lelaki dan perempuan dalam penerapan unsur kecindan di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Teknologi.
1.7 Kepentingan Kajian
Dengan berhasilnya kajian ini, diharap ia dapat memberikan kepentingan kepada
beberapa pihak di antaranya ialah :
(i) Dapat memberikan informasi dan data kepada Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) berkenaan penerapan unsur kecindan dalam pengajaran dan
pembelajaran.
(ii) Dapat memberikan program pelaksanaan kepada Pejabat Pendidikan Daerah
(PPD) tentang penerapan unsur kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran.
(iii) Dapat memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada guru-guru yang
mengajar mata pelajaran Reka Bentu Teknologi tentang penerapan unsur
kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran.
10
(iv) Dapat memberikan sumbangan dan idea kepada pengkaji dalam penerapan unsur
kecindan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya mata pelajran
Reka Bentu teknologi.
1.8 Kerangka Teori
Di dalam kajian ini, pengkaji merujuk kepada teori yang terlibat atau yang berkaitan
dengan unsur kecindan ialah Teori incongruity. Teori incongruity oleh Berlyne dalam
Frymier, Wanzer, & Wojtaszczyk (2008) menyatakan terdapat dua fasa proses. Fasa
pertama ialah apabila sesuatu mesej atau rangsangan yang dikatakan incongruity ialah
mesej yang tidak kena pada tempatnya atau tidak sesuai pada tempatnya. Mesej ini pada
permulaannya mesti dikenalpasti dan diterjemahkan oleh penerima sebagai bahan jenaka
atau kecindan untuk diertikan sebagai sesuatu yang menggelikan hati. Fasa kedua ialah
apabila sesuatu mesej berjenaka diproses dan dinilai sebagai menggelikan hati, maka
sesuatu kandungan mesej yang incongruity itu perlu dikenalpasti dan make sense kepada
penerima sepert yang ditunjukkan di dalam rajah 1.1. Sesuatu mesej atau rangsangan
yang dikatakan incongruity ialah mesej yang tidak kena pada tempatnya atau tidak
sesuai pada tempatnya. Mesej ini pada mulanya mesti dikenal pasti dan diterjemahkan
oleh penerima sebagai bahan jenaka atau kecindan untuk diertikan sebagai sesuatu yang
menggelikan hati.
Oleh itu, untuk sesuatu mesej jenaka diproses dan dinilai sebagai menggelikan
hati, maka kandungan mesej yang incongruity itu perlu dikenal pasti dan munasabah
kepada penerima. Sekiranya incongruity itu terlalu janggal dan tidak masuk akal atau
terlalu kompleks, maka penerima tidak akan merasa mesej tersebut sebagai menggelikan
hati. Terdapat juga teori-teori lain yang berkaitan dengan kecindan seperti Teori
Pelepasan Energi (relief theories) dan Teori Superioritas (superiority theories).
Teori pembelajaran yang boleh dikaitkan dengan kepentingan jenaka dalam
proses pengajaran dan pembelajaran tidaklah begitu rapat. Namun teori pembelajaran
yang berasaskan motivasi seperti Teori Pembelajaran Sosial (Social Learning Theory)
oleh Bandura dan juga Teori Pembelajaran Humanism yang diasaskan oleh Abraham
Maslow, Carl Rogers dan Malcolm Knowles didapati mempunyai kaitan dengan amalan
11
jenaka yang dapat mencetuskan situasi pembelajaran yang berkesan. Gurtler (2002)
mengaitkan teori oleh Bandura terhadap sindrom "burnt-out" yang wujud dalam
kalangan guru. Menurut beliau, peranan jenaka adalah untuk mencegah sindrom burnt-
out dalam kalangan guru di samping boleh membantu meningkatkan pencapaian
seseorang murid. Ini adalah kerana jenaka dapat menghasilkan suasana atau persekitaran
pembelajaran yang lebih baik.
Sementara itu, Teori Humanism pula menekankan kepada persekitaran yang
menyokong pembelajaran bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam
Teori Humanism, pembelajaran adalah berpusatkan pelajar (student centered) dan
bersifat individu (personal). Persekitaran yang menyokong pembelajaran adalah
diperlukan untuk perkembangan afektif dan kognitif. Dalam hal ini, amalan jenaka atau
kecindan dapat membantu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang membantu
menyokong perkembangan afektif dan kognitif pelajar.
Rajah 1.1 : Kerangka Teori Kajian
Teori incongruity Berlyne (dalam
Frymier, Wanzer, & Wojtaszczyk,
2008)
individu
(personal)
-lebih tertumpu
-berkesan
berpusatkan pelajar
(student centered)
-terima arahan
-kerja kumpulan
sindrom "burnt-out"
-cepat bosan
-tiada fokus
Teori Pembelajaran Sosial
(Social Learning Theory)
Bandura
(1986)
Teori Humanism
Abraham Maslow, Carl
Rogers dan Malcolm
Knowles
Penerapn Unsur Kecindan dalam P&P
Reka Bentuk Teknologi
12
1.9 Konsep Kajian
Di dalam kajian ini, pengkaji juga membentuk kerangka konsep kajian yang dijadikan
sebagai rujukan yang diadaptasikan daripada Teori Pembelajaran Sosial oleh Bandura
dan Pembelajaran Humanism oleh Abraham Maslow, Carl Rogers dan Malcom Knowles
(1986) dipaparkan dalam Rajah 1.2. Berdasarkan kepada kajian literatur, faktor-faktor
yang mengakibatkan pelajar tidak berminat dengan pengajaran guru seperti personaliti
guru yang tidak menarik, guru yang tidak mempunyai ilmu yang cukup, guru yang tidak
mahir, guru yang mengajar secara teori sahaja, guru yang tidak menggunakan ABBM,
sikap yang negetif terhadap subjek, tidak prihatin dengan pelajar dan cara penyampaian
guru yang membosankan.
Rajah 1.2 : Kerangka Konsep Kajian yang berasaskan kepada Teori Pembelajaran
Sosial Yang Diataptasi Daripada Teori Bandura (1986).
Psikomotor
Guru
menunjukkan
teknik atau
kemahiran
Kepada pelajar
Pelajar
memerhatikan
dan meniru
kemahiran yang
ditunjukkan
guru
Pelajar
melakukan dan
mengulagi
kemahiran yang
ditunjukkan
Kognitif
Guru
memerhatikan
pelajar
melakukan
aktiviti yang
diajar dan
memperbetulkan
kesilapan
Guru memberi
pujian kepada
pelajar yang
berjaya
mempratikkan
kemahiran
yang diajar
Guru
memberitahu
kesilapan
pelajar
sekiranya ada
Hasil
Pembelajaran Rancangan
P&P
Penaksiran
Pengukuhan &
Maklum Balas
13
Model Pengajaran Sosial telah dirujuk oleh pengkaji dalan melakukan kajian ini.
Rajah 1.2 menunjukkan Kerangka Konsep Kajian yang berasaskan kepada Teori
Pembelajaran Sosial. Mengikut Teori Pembelajar Sosial ia terbahagi kepada dua iaitu
Psikomotor dan Kognitif. Kedua-dua elemen tersebut adalah di bawah aspek hasil
pembelajaran. Kognitif adalah kemampuan intelektual pelajar dalam berfikir,
menegtahui dan memecahkan masalah. Menurut Bloom (1956) tujuan domain kognitif
terdiri atas enam bahagian iaitu; (i) Pengetahuan (knowledge), (ii) Pemahaman
(comprehension),(iii) Penerapan (application), (iv) Analisis (analysis), (v) Sintesis
(syntesis) dan (vi) Penilaian (evaluation). Manakala psikomotor adalah kemampuan
yang berkaitan kegiatan otot dan fisik. Menurut Davc (1970) klasifikasi tujuan domain
psikomotor terbagi lima kategori iaitu a.Peniruan, b.Manipulasi, c.Ketetapan,
d.Artikulasi dan e.Pengalamiahan. Di dalam perancangn pengajaran dan pembelaran
guru akan menunjukkan teknik atau sesuatu kemahiran kepada pelajar. Ia bergantung
kepada mata pelajaran yang diajar. Pelajar akan memerhati dan meniru kemahiran yang
di tunjukkan guru. Disini wujud dua komunikasi dua hala. Di dalam kajian ini, untuk
menyokong kesahihan terhadap permasalahan yang dikaji, pendekatan secara kualitatif
digunakan. Pengkaji menemu bual responden yang terlibat secara langsung dalam
mengurus dan menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Reka
Bentu Teknologi.
Penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik agar dapat menjadi role model
kepada pelajar. Semasa membentangkan proses P&P, guru boleh dikatakan modelling
dengan demontrasi guru hendaklah jelas serta menarik agar pelajar dapat meniru dengan
cepat. Hasilan guru daripada kraftangan, lukisan atau Bahan Bantu Mengajar (BBM)
hendaklah bermutu tinggi. Pelajar-pelajar akan timbul minat untuk melihat dan menjana
pemikiran kreatif terhadap penghasilan yang lebih baik berbanding yang telah guru
pamerkan. Pelajar-pelajar akan mempunyai kecenderungan meniru guru mereka dan
menganggap guru sebagai role model. Selain itu, guru boleh menggunakan rakan
sebaya yang cemerlang sebagai model. Cara ini boleh dilakukan dengan melakukan
pembelajaran secara pembelajaran koperatif yang merujuk kepada kaedah pengajaran
yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil
untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap
14
pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-
rakan yang lain. Melalui pembelajaran koperatif, para pelajar akan meniru setiap gaya
rakan-rakan mereka yang terbaik dan cemerlang sebagai role model. Guru boleh
mengajar nilai murni dan watak bersejarah dengan teknik main peranan dan simulasi.
Sebagai contoh, guru memulakan set induksi dengan sebuah cerita. Semasa bercerita,
guru turut melakonkan watak dengan gaya dan mimik muka yang menarik perhatian
para pelajar untuk mendengarnya.
1.10 Definisi Terminologi
Terdapat beberapa istilah yang sering digunakan dan di bawah ini diterangkan dengan
jelas pengertian terhadap definisi terminologi yang penting yang terdapat di dalam
kajian ini.
1.10.1 Unsur Kecindan
Menurut Desberg & Others (1981), kecindan ialah sesuatu perkara yang membuat
seseorang ketawa. Kecindan boleh ditakrifkan sebagai kebolehan seseorang manusia,
objek, situasi atau perkataan untuk mencetuskan perasaan gembira atau terhibur.
Suasana kecindan boleh berlaku apabila kita ketawakan kepada sesuatu situasi seperti
kelucuan yang ditunjukkan oleh seseorang. Suasana diwujudkan hasil daripada kecindan
dikatakan dapat mengurangkan situasi tegang dengan segera. Bagi mewujudkan
hubungan baik antara guru–murid, seharusnya seseorang guru itu berkebolehan
melakukan jenaka atau kecindan. Menurut penyelidikan yang dijalankan oleh Barry and
King (1990), guru harus menunjukkan sifat baik hati, adil dan ramah mesra kerana
murid memerlukan kawan selain seorang guru, terutamanya bagi sesetengah murid yang
tidak mempunyai ramai kawan dan terpencil. Di dalam kajian ini, unsur kecindan ialah
perkara atau hal yang boleh membuatkan terhibur dan dapat melepaskan tekanan.
15
1.10.2 Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
Pengajaran ialah menurut Garner, R. L. (2006), sesuatu tugasan dan aktiviti yang
diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru
secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar
yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil
inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran
yang diperlukan. Di dalam kajian ini, pengajaran dan pembelajaran guru bermaksud
sesuatu yang diajar oleh guru dan diterima oleh pelajar.
1.10.3 Mata Pelajaran Reka Bentuk Teknologi (RBT)
Teknologi ialah pengajian dan pengetahuan tentang usaha manusia dalam mencipta
sesuatu dengan menggunakan pelbagai alat, sumber, teknik, dan sistem untuk mengurus
kehidupan di samping meluaskan potensi manusia. Menurut PPK (2004), RBT ialah
sesuatu mata pelajaran yang berteraskan teknologi maklumat. Sebelum ini mata
pelajaran ini dikenal sebagai Kemahiran Hidup. Mata pelajaran ini akan diajar bermula
tahun 2014 iaitu kepada murid-murid tahun empat. Di dalam kajian ini, RBT bermaksud
mata pelajaran yang bercirikan teknologi maklumat dan di serasian dengan
perkembangan terkini.
1.10.4 Penyampaian Guru
Pengajaran adalah satu proses penyampaian ilmu pengetahuan, maklumat, dan
kemahiran kepada pelajar. Menurut Kerry, M. (1993), pengajaran yang berkesan pula
adalah sesuatu yang memberikan yang memberikan impak. Penyampaian pengajaran
berkualiti menekankan pengajaran yang dicirikan oleh persembahan yang koheren dan
bahan'yang berurutan, peluang mencukupi bagi penglibatan pelajar dalam latihan
bersepadu, penggunaan pengukuran yang kerap dan berkala serta maklum balas
konstruktif kepada pelajar. Di dalam kajian ini, penyampaian guru bermaksud perkara
yang disampaikan kepada seseorang murid untuk kebaikan bersama.
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Dalam bab ini menerangkan tentang kajian-kajian lepas yang dijalankan berkaitan
dengan tajuk kajian. Di dalam bab ini juga akan membincangkan beberapa topik yng
berkaitan seperti (i) pengenalan; (ii) teori yang berkaitan dengan kajian; (iii) kecindan;
(iv) kelebihan penerapan unsur kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran; (v)
pengajaran berkesan; (vi) kaedah pengajaran guru; (vii) amalan kecindan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran; dan (ix) mata pelajaran RBT;dan (x) penutup. Kesemua
tajuk-tajuk tersebut di terangkan di dalam bab ini.
2.2 Teori-teori Berkaitan Dengan Kecindan
Terdapat tiga teori utama yang dapat menjelaskan terjadinya kecindan (Graham dalam
Miller, 2003), iaitu:
2.2.1 Teori inkongruiti (incongruity theories)
Teori ini menyatakan bahawa unsur kecindan adalah bergantung pada bagaimana
individu menerima kecindan (perceiving humor) dan bagaimana proses kognitif yang
terlibat di dalamnya. Berdasarkan teori ini dikatakan bahawa kecindan dihasilkan
apabila individu mengalami inkongruensi dalam diri, iaitu terdapat perkaitan antara
harapan dengan kenyataan (Burt & Halseger, 2002). Teori inkongruitas ini didasarkan
17
oleh teori Freud (1986) yang menyatakan bahawa kecindan adalah proses mekanisme
pertahanan diri yang tertinggi pada manusia. Menurutnya, kecindan menyediakan
penghematan bagi energi emosional; esensi dari humor adalah bahawa seseorang dapat
menghindari kemungkinan munculnya penampilan emosional yang buruk.
2.2.2 Teori pelepasan energi (relief theories)
Teori yang menyatakan bentuk-bentuk kecindan dan tertawa adalah merupakan bentuk
pelepasan energi. Teori ini juga didasarkan pada teori Freud. Ditegaskan oleh Freud
bahawa kecindan memiliki elemen pembebasan, ditandai oleh kemenangan ego
sekaligus prinsip kesenangan yang cukup nyata dalam menghadapi kenyataan yang
merugikan (Freud, 1986). Kecindan juga berfungsi untuk menekan kecenderungan
agresi yang tidak diterima secara sosial, untuk mengalihkannya menjadi respon yang
dapat diterima oleh masyarakat.
2.2.3 Teori superioriti (superiority theories)
Teori ini menekankan bahawa kecindan datang dari aspirasi seseorang untuk merasa
lebih baik dibandingkan orang lain. Teori ini berkaitan erat dengan sudut pandang
individu dalam bersosialisasi. Kita cenderung merasa menemukan hal yang lucu saat
kita melihat kelemahan orang lain dan merasa lebih baik dari orang tersebut, misalnya
berkaitan dengan ‘pencelaan’ terhadap etnis tertentu (Burt & Halseger, 2002).
Walaubagaimnapun terdapat juga teori pembelajaran yang terlibat dalam kajian ini iaitu:
2.2.4 Teori Pembelajaran Sosial
Teori pembelajaran sosial merupakan perluasan dari teori belajar perilaku yang
tradisional (behavioristik). Teori pembelajaran sosial ini dikembangkan oleh Albert
Bandura (1986). Teori ini menerima sebagian besar dari prinsip-prinsip teori-teori
belajar perilaku, tetapi memberi lebih banyak penekanan dari isyarat-isyarat pada
perilaku, dan pada proses-proses mental internal. Jadi dalam teori pembelajaran sosial
18
kita akan menggunakan penjelasan-penjelasan reinforcement eksternal dan penjelasan-
penjelasan kognitif internal untuk memahami bagaimana kita belajar dari orang lain.
Dalam pandangan belajar sosial “manusia” itu tidak didorong oleh kekuatan-kekuatan
dari dalam dan juga tidak “dipukul” oleh stimulus-stimulus lingkungan.
Teori pembelajaran sosial adalah perluasan. Teori ini mengatakan bahawa
perilaku adalah sebuah fungsi dari konsekuensi. Teori ini juga mengakui keberadaan
pembelajaran melalui pengamatan dan pentingnya persepsi dalam pembelajaran. Dalam
pelaksanaannya teori pembelajaran sosial merupakan perluasan dari teori belajar
perilaku yang tradisional (teori behavioristik). Teori pembelajaran sosial ini
dikembangkan oleh Albert Bandura (1986). Teori ini menerima sebagian besar dari
prinsip-prinsip teori-teori belajar perilaku, tetapi memberi lebih banyak penekanan pada
aspek-aspek dari isyarat-isyarat pada perilaku dan pada proses-proses mental internal.
Di dalam Teori Pembelajarn Sosial ini juga,guru memberi peneguhan yang
positif selepas reproduksi. Menyediakan situasi pembelajaran tanpa gangguan. Menarik
perhatian murid dengan motivasi yang sesuai. Setiap pelajar yang dapat menyelesaikan
masalah semasa aktiviti di dalam kelas dijalankan atau latihan pengukuhan. Apabila
pelajar yang dapat menyelesaikan dengan cemerlang akan diberikan hadiah seperti
pujian, tanda simbol bintang di buku / kertas latihan (simbol baik) ,coklat atau pen dan
lain-lain yang diberikan secara berterusan. Oleh itu, pelajar-pelajar akan bersaing
dengan meniru pelakuan dan tingkah laku di persekitarannya yang mempunyai ciri-ciri
sebagai pelajar cemerlang. Pembelajaran akan berlaku secara positif dan pelajar
berlumba-lumba menjadi yang terbaik. Melalui peneguhan yang positif akan
menimbulkan semagat motivasi dalam setiap diri pelajar.
Teori pembelajaran sosial menekankan, bahawa lingkungan-lingkungan yang
dihadapkan pada seseorang tidak random; lingkungan-lingkungan itu kerap kali dipilih
dan diubah oleh orang itu melalui perilakunya sendiri. Menurut Bandura, sebagaimana
yang dikutip oleh Kardi, S., (1997) bahwa “sebahagian besar manusia belajar melalui
pengamatan secara selektif dan mengingat tingkah laku orang lain”. Inti dari teori
pembelajaran sosial adalah pemodelan (modelling), dan permodelan ini merupakan salah
satu langkah paling penting dalam pembelajaran.
19
Ada dua jenis pembelajaran melalui pengamatan (observational learning).
Pertama, pembelajaran melalui pengamatan dapat terjadi melalui kondisi yang dialami
orang lain atau vicarious conditioning. Misalnya seorang pelajar melihat temannya
dipuji atau ditegur oleh gurunya karana perbuatannya, maka ia kemudian meniru
melakukan perbuatan lain yang tujuannya sama ingin dipuji oleh gurunya. Kejadian ini
merupakan contoh dari penguatan melalui pujian yang dialami orang lain atau vicarious
reinforcement. Kedua, pembelajaran melalui pengamatan meniru perilaku suatu model
meskipun model itu tidak mendapatkan penguatan atau pelemahan pada saat pengamat
itu sedang memperhatikan model itu mendemonstrasikan sesuatu yang ingin dipelajari
oleh pengamat tersebut dan mengharapkan mendapat pujian atau penguatan apabila
menguasai secara terus apa yang dipelajari itu. Model tidak harus diperagakan oleh
seseorang secara langsung, tetapi kita dapat juga menggunakan seseorang pemeran atau
visualisasi tiruan sebagai model Nur, M. (1998).
2.2.5 Teori Pembelajaran Humanism
Dalam teori humanisme lebih melihat pada sisi perkembangan kepribadian manusia.
Pendekatan ini melihat kejadian iaitu bagaimana dirinya untuk melakukan hal-hal yang
positif. Kemampuan positif ini yang disebut sebagai potensi manusia dan para pendidik
yang beraliran humanisme biasanya menfokuskan pengajarannya pada pembangunan
kemampuan yang positif. Kemampuan positif tersebut erat kaitannya dengan
pengembangan emosi positif yang terdapat dalam domain afektif. Emosi merupakan
karateristik yang sangat kuat yang nampak dari para pendidik beraliran
humanisme. Dalam teori pembelajaran humanistik, belajar merupakan proses yang
dimulai dan ditujukan untuk kepentingan memanusiakan manusia. Dimana
memanusiakan manusia di sini bererti mempunyai tujuan untuk mencapai aktualisasi
diri, pemahaman diri, serta realisasi diri orang yang belajar secara optimal.
Dalam teori humanisme lebih melihat pada sisi perkembangan
kepribadian manusia. Pendekatan ini melihat kejadian iaitu bagaimana dirinya untuk
melakukan hal-hal yang positif. Kemampuan positif ini yang disebut sebagai potensi
manusia dan para pendidik yang beraliran humanisme biasanya menfokuskan
20
pengajarannya pada pembangunan kemampuan yang positif. Kemampuan positif
tersebut erat kaitannya dengan pengembangan emosi positif yang terdapat dalam domain
afektif. Emosi merupakan karateristik yang sangat kuat yang nampak dari para pendidik
beraliran humanisme. Dalam teori pembelajaran humanistik, belajar merupakan proses
yang dimulai dan ditujukan untuk kepentingan memanusiakan manusia. Dimana
memanusiakan manusia di sini bererti mempunyai tujuan untuk mencapai aktualisasi
diri, pemahaman diri, serta realisasi diri orang yang belajar secara optimal.
Pendekatan humanisme dalam pendidikan menekankan pada perkembangan
positif. Pendekatan yang berfokus pada potensi manusia untuk mencari dan menemukan
kemampuan yang mereka punya dan mengembangkan kemampuan tersebut. Hal ini
mencakupi kemampuan interpersonal sosial dan cara untuk pengembangan diri yang
ditujukan untuk memperkaya diri, menikmati keberadaan hidup dan juga masyarakat.
Ketrampilan atau kemampuan membangun diri secara positif ini menjadi sangat penting
dalam pendidikan kerana keterkaitannya dengan keberhasilan akademik. Dalam teori
belajar humanistic, belajar dianggap berhasil jika siswa memahami lingkungannya dan
dirinya sendiri. Siswa dalam proses belajarnya harus berusaha agar ia mampu mencapai
aktualisasi diri dengan sebaik-baiknya. Teori belajar ini berusaha memahami perilaku
belajar dari sudut pandang pelakunya, bukan dari sudut pandang pengamatnya. Tujuan
utama para pendidik adalah membantu pelajar untuk mengembangkan dirinya, iaitu
membantu individu untuk mengenal diri mereka sendiri sebagai manusia yang unik dan
membantu dalam mewujudkan potensi-potensi yang ada dalam diri mereka.
Salah satu idea penting dalam teori belajar humanisme iaitu pelajar
harus mampu untuk mengarahkan dirinya sendiri dalam kegiatan belajar mengajar,
sehingga pelajar mengetahui apa yang dipelajarinya serta tahu betapa besar pelajar
tersebut dapat memahaminya. Dan juga pelajar dapat mengetahui mana bagaimana
mereka akan belajar. Dengan demikian maka pelajar di harapkan mendapat manfaat dan
kegunaan dari hasil belajar bagi dirinya sendiri. Aliran humanisme memandang belajar
sebagai sebuah proses yang terjadi dalam individu yang meliputi bagian/domain yang
ada iaitu dapat meliputi domain kognitif, afektif, dan psikomotorik.
21
Dengan kata lain, pendekatan humanisme menekankan pentingnya emosi atau
perasaan, komunikasi terbuka, dan nilai-nilai yang dimiliki oleh setiap pelajar. Untuk
itu, cara pembelajaran humanistik mengarah pada supaya untuk mengasah nilai-nilai
kemanusiaan pelajar. Sehingga para pendidik/guru diharapkan dalam pembelajaran
lebih menekankan nilai-nilai kerjasama, saling membantu, dan menguntungkan,
kejujuran dan kreativiti untuk diaplikasikan dalam proses pembelajaran sehingga
menghasilkan suatu proses pembelajaran yang diharapkan sesuai dengan tujuan dan
hasil belajar yang dicapai siswa.
2.3 Kecindan
Keadaan hati (gembira, sedih, marah dan senang),kebolehan menyatakan sesuatu yang
menggelikan hati mengkut Kamus Dewan, (2002)
“..suatu persepsi kualiti yang membolehkan kita mengalami kegembiraan walaupun
ketika menghadapi kesulitan. Kecindan mampu meransang sistem imunisasi, menambah
fleksibiliti kepada tanggapan dan memulihkan tenaga dalaman.
2.4 Jenis – jenis Kecindan
Pendidikan atau pembelajaran merupakan proses sosialisasi dan interaksi nilai-nilai
karakter budaya bangsa. Keberhasilan proses pembelajaran sangat dipengaruhi oleh
kualiti interaksi dan komunikasi antara guru dengan pelajar. Interaksi dan komunikasi
yang berkualiti ditandai oleh adanya harmonisasi diantara guru dan pelajar. Pelajar akan
kelihatan ceria mengikuti kegiatan pembelajaran, dengan ekspresi gembira. Sikap guru
yang disukai pelajar akan memberi motivasi tersendiri dalam belajar . Oleh kerana itu,
guru sebagai motivator dan fasilitator, harus mampu merangka pembelajaran yang
mendukung terjadinya interaksi dan komunikasi berkualiti antara pelajar dengan pelajar
dan antara pelajar dengan guru, iaitu pembelajaran yang efektif dan menyenangkan.
Sebagaimana diungkapkan oleh De Porter dkk (dalam Darmansyah, 2010) yang
berpendapat, jika guru ingin komuniti belajarnya menjadi tempat yang meningkatkan
kesedaran, daya dengar dan pertumbuhan serta tempat emosi dihargai, maka suasana
kelas termasuk bahasa yang dipilih, cara menjalin rasa simpati dan sikap terhadap
22
sekolah serta pandangan terhadap belajar, hendaknya merupakan suasana yang penuh
kegembiraan. Dan guru harus memahami bahawa perasaan serta sikap pelajar akan
berpengaruh kuat pada proses belajarnya. Walaubagaimanapun, terdapat jenis- jenis
kecindan yang biasa diketahui dan ditemui. Antaranya ialah:
2.4.1 Cerita Jenaka
Sejenis cerita rakyat di dalam sastera lisan / sastera rakyat. Cerita yang mengandungi
unsur kecindan atau lucu. Cerita yang membawa kesan yang menggembirakan dan
gelihati kerana kelucuan. Terdapat unsur lucu dibawa melalui sifat watak-watak geli
lucu, gelihati seterusnya membawa rasa gembira dan terhibur. Hampir keseluruhan
cerita jenaka menggambarkan kebodohan watak utama. Sifat bodoh akibat daripada
membuat sesuatu tafsiran yang salah menyebabkan watak jenaka itu melakukan aksi-
aksi yang menimbulkan kelucuan.
Selain watak bodoh, terdapat juga watak pintar dan watak yang selalu mengalami
nasib malang. Terdapat lima watak jenaka Melayu yang terkenal iaitu Pak Pandir, Pak
Kaduk, Pak Belalang, Si Luncai dan Lebai Malang. Watak asli jenaka Melayu ialah Pak
Pandir, Pak Kaduk, dan Lebai Malang. Selainnya adalah pinjaman dari luar sama ada
dari India mahupun Arab-Parsi seperti Pak Belalang, Si Luncai, Mat Jenin, Abu Nawas,
dan Awang Kenit. Umumnya cerita jenaka terbahagi kepada dua jenis:
(a) Cerita Jenaka Tempatan
Iaitu cerita jenaka yang lebih berorientasikan soal-soal yang berkaitan dengan isu
tempatan dari segi watak, latar, persoalan dan sebagainya. Contohnya Cerita Pak Pandir,
Cerita Lebai Malang, Cerita Pak Kaduk, Cerita Pak Belalang dan Cerita Si Luncai.
(b) Cerita Jenaka Pengaruh Asing / Luar:
Iaitu cerita yang mendapat pengaruh terutama Hindu dan Islam (Arab Parsi) kerana
masyarakat Melayu pernah menerima pengaruh-pengaruh tersebut. Contohnya Cerita
Mat Jenin ( Hindu ), Cerita Abu Nawas dan Cerita Musang Berjanggut (Islam)
23
(a) Ciri-ciri Cerita Jenaka
Dari segi watak dan perwatakan. Cerita Jenaka berkisar pada watak dalam kalangan
rakyat bawahan yang lucu. Nama watak melambangkan sifat-sifat watak berkenaan,
contohnya : watak Pak Pandir, Lebai Malang, Pak Kaduk, Si Luncai dan Pak Belalang.
(i) Kelucuan cerita jenaka dilahirkan dari sifat dan tindakan yang dilakukan oleh
watak itu sendiri.
(ii) Sifat terlalu bodoh hingga mendatangkan bencana melakukan kesilapan kerana
kebodohan tetapi melucukan. Contohnya cerita Lebai Malang, unsur lucu timbul
daripada sifat bodoh-sialnya. Beliau tidak dapat memilih tempat majlis kenduri
yang lahir daripada sifat tamak dan haloba. Kelucuan bertambah apabila
lempengnya digonggong oleh anjing.
(iii) Sifat terlalu pintar dan bijaksana. Tindakan watak itu tidak dapat kita jangkakan,
mungkin secara sengaja tetapi amat melucukan. Contoh Si Luncai berjaya
menipu saudagar Keling dengan mengatakan ia dimasukkan ke dalam guni sebab
enggan berkahwin dengan puteri raja. Akhirnya saudagar itu mengambil
tempatnya di dalam guni.
Sifat-sifat watak lucu dalam cerita dibahagikaan kepada tiga golongan iaitu :
(i) Watak bodoh-sial ( Cerita Lebai Malang dan Pak Kaduk);
(ii) Watak pintar-bodoh (Cerita Pak Pandir); dan
(iii) Watak pintar (Cerita Pak Belalang dan Si Luncai).
(b) Kisah Pak Kadok
Pak Kaduk menukar ayamnya Biring Si Kunani dengan ayam raja kerana mempercayai
kata-kata raja. “Ayamnya” kalah dan ayam yang diberi kepada raja menang. Hasilnya,
Pak Kaduk menang sorak tetapi kampungnya tergadai. Pak Kaduk pulang bertelangang
bulat kerana baju kertasnya koyak akibat terlalu gembira sebab disangka ayamnya
menang. Pak Kaduk terlalu tamak. Ia memilih jemputan yang disediakan dengan dua
24
ekor lembu, tetapi terlambat sampai kerana terpaksa melawan arus. Setibanya dirumah,
isterinya menyindir, dipukulnya sampai mati. Dalam pelayaran ke rumah kawan, dia
memasang layar perahu, tetapi angina berhenti meniup. Pak Kaduk membiarkan perahu
hanyut sahaja.
(c) Kisah Lebai Malang
Lebai Malang tidak dapat membuat keputusan yang betul bila beliau dijemput
menghadiri kenduri orang mati, khatam Quran dan kenduri Maulud. Dia terlewat sampai
untuk dua kenduri. Pada kenduri ketiga dia diberi lempeng untuk bekalan pulang. Dalam
perjalanan pulang dia teringatkan nira kabungnya. Ditinggalkan bungkus lempeng di
bawah pokok dan terus memanjat sigai. Lempeng dibawa lari oleh anjing. Semasa kejar
mengejar dengan anjing, bajunya habis hilang dan dia pulang berbogel ke rumah. Dalam
kisah Lebai Malang, perkara-perkara malang yang berlaku pun menimbulkan unsur
kelucuannya.
(d) Kisah Pak Pandir
Mak Andeh menyuruhnya memancing menggunakan belalang rusa, dia menggunakan
rusa yang sebenar, masakan mendapat ikan. Pak Pandir memandikan anaknya dengan air
panas betul kerana Mak Andeh memesan memandikan anak itu dengan air suam kuku.
Pak Pandir tidak dapat mengenal mayat anaknya yang terjatuh. Mayat itu dikatakan
mayat anak orang lain.
2.4.2 Lawak
Lawak adalah sesuatu perkara atau perlakuan yang membuatkan seseorang
merasa gelihati. Seseorang itu akan terhibur. Terdapat pelbagai jenis lawak yang biasa di
temui.
RUJUKAN
Abdul Ghani Abdullah, et., al.(2007). Humor dalam Pengajaran. USM: PTS
Profesional Pendidikan.
Abdul Hamid Mahmood (Okt.1990). Komunikasi Berkesan Asas Pendidikan
Bermutu. Jurnal Dewan Bahasa, KL., DBP.
Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2000). “Kemahiran Interpersonal Untuk Guru
Bestari”. Kuala Lumpur: Utusan Publications &Distributors Sdn Bhd.
Ab. Rahman Abu Bakar (1992). Kearah Melahirkan Pengajaran Berkesan. Jurnal
Dewan Bahasa, KL., DBP.
Askildson, L. (2005). Effect of humor in the language classroom. Arizona Working
Papers in SLAT, Vol. 12. Retrieved 15 May 2009 from,
http://www.coh.arizona.edu/awp/Volumes#vol12.
Barry, K., & King, L. (1990). Beginning teaching – A developmental text for effective
teaching. New South Wales: Social Science Press.
Bryant, J., Comisky, P., Crane, J., & Zillman, D. (1980). Relationship between college
teachers' use of humor in the classroom and students' evaluations of their
82
teachers. Journal of Educational Psychology, 72(4), 511–519 (ERIC Document
Reproduction Series No. EJ235511).
B.F. Skinner and radical behaviorism, Ali, Muh. (1978). Guru Dalam Proses Belajar
Mengajar. Bandung: Sinar Baru.
Bond, T. G. & Fox, C. M. (2007). Applying The Rasch Model: Fundamental
Measurement in the Human Science. Second Edition. New Jersey, London:
Lawrence Erlbau Associates.
Burt, C. D. B., & Halseger, E. (2002). Relationship between humor dimensions and
bullying in the workplace.
Charles, A. (2002). The use of humor in vocabulary instruction. Master of Arts Degree
Thesis (ERIC Document Reproduction Series No. ED463537).
Che Su Mustaffa dan Mohd Fo’ad Sakdan (1993), “Komunikasi Yang Efektif Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran”. Kuala Lumpur:Jurnal Guru. Keluaran 5.
Chua, Y. P. (2008). Asas Statistik Penyelidikan. Malaysia: McGraw Hill.
Croft, P. (2007). Why humour? Retrieved 1 August 2008 from, http://www.
humourausstralia.com/WhyHumour.htm.
Desberg, P., & Others, A. (1981). The effect of humor on retention of lecture material.
(ERIC Document Reproduction Series No. ED223118).
Faridah Serajul Haq dan Lilia Halim (2002). “Development Of Interpersonal Skill
Among Trainee Teachers”. Volume 1. Kuala Lumpur:Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Frymier, A. B., Wanzer, M. B., & Wojtaszczyk, A. M. (2008). Assessing Students'
Perceptions of Inappropriate and Appropriate Teacher Humor. Communication
Education, 57(2), 266–288. (ERIC Document Reproduction Series No.
ED499080).
83
Gagne, E.D., (1985). The Cognitive Psychology of School Learning. Boston,
Toronto: Little, Brown and Company
Garner, R. L. (2006). Humor in pedagogy: How ha-ha can lead to aha! College
Teaching, 54(1), 177–180 (Abstracts). (ERIC Document Reproduction Series
No. EJ744358).
Gurtler, L. (2002). Humor in Educational Contexts. Paper presented at the 110th annual
Meeting of the American Psychological Association, (Chicago, IL, 22–25
August 2002. (ERIC Document Reproduction Series No. ED470470).
Holloway, K. (2003). A Measure of Concern: Research-Based Program Aids Innovation
by Addressing Teacher Concern. National Staff Development Council.
Idris Mohd Radzi & Dahlia Janan (Peny). (2006). Mengajar dan Belajar Bahasa
Melayu: Penyerapan Kemahiran Bernilai Tambah. Tanjung Malim: UPSI
James, D. L. (2001). Split a gut and learn: Theory and research. (ERIC Document
Reproduction Series No. ED458671). Retrieved 17 June 2008, from ERIC
database.
Jemaah Nazir Sekolah. (2004). Standard kualiti pendidikan Malaysia sekolah –
Instrumen pemastian standard SKPM 1 – Edisi Disember 2004. Kuala Lumpur:
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Joseph A. Devito (2002), “The Interpersonal Communication Book”, New Yor:
Longman. Ninth Edition.
Kerry, M. (1993). Laugh lines: Exploring humour in children's literature. (ERIC
Document Reproduction Series No. ED362905).
Linarce, J. M. (1994). Constructing Measurement with Many-Facet Rasch Model.
Norwood: NJ. Ablex.
Ling, W. Y. (2007). Keputusan Kerja Guru-guru Aliran Pendidikan Teknik dan
84
Vokasional di Sekolah-sekolah Menengah Teknik di Negeri Johor Darul
Takzim. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana.
Malikow, M. (2007). Staying motivated and avoiding burnout. Kappa delta pi record.
(ERIC Document Reproduction Series No. EJ757352).
Mansor, Rahman dan Shawaluddin (1998). “Penghantar Komunikasi”. Pulau
Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Medgyes, P. (2002). Launghing matters: Humours in the language classroom.
Cambridge: Cambridge University Press.
Micheal Langenbach, Courtney Vaughn and Lola Aagaard (1994), “An Introduction
To Educational Research”, Allyn and Bacon.
Miura, S., & Jones, R. (2005). LOL: The use of humor in secondary social studies
classroom. In L. P. McCoy (Ed.), Studies in Teaching 2005 Research Digest (pp.
71–75). Winston-Salem, NC: Wake Forest University. Retrieved from
http://www.wfu.edu/education/gradtea/forum05/proceedings05.pdf
Mohd Amir Sharifudin Hashim. (1986). Pengurusan Bilik darjah: Interaksi Guru-
Murid Dalam Bilik darjah, Kertas Kerja Ikhtisas Guru-Guru agama Islam,
KPM: Bahagian Agama Islam.
Mok, Soon Sang (2000). “Pedagogi II: Perlaksanaan Pengajaran.” Shah Alam: Fajar
Bakti.
Murakami, N. (2006). Not just a humor"ous" text: Humor "as" text in the writing
class. Teaching English in the Two-Year College, 34(1), 32–40. (ERIC
Document Reproduction Series No. EJ752073).
85
Noran Fauziah Yaakob dan Ahmad Mahzan Ayob (1990), Guru dan Perguruan. Kuala
Lumpur: DBP.
Paterson, J. (2006). Did you hear the one about...? Humor in the classroom. (Abstracts).
National Middle School Association, Middle Ground, 10(2), 43–45. (ERIC
Document Reproduction Series No. ED497101).
Pearson. J.C dan Nelson P. E (2000). “An Introduction to Human Communication
Understanding dan Sharing”. Amerika Syarikat: McGraw-Hill Higher
Education. Eighth Edition.
Richard A. Fiordo (1996), “Communication in Education”, Cannada: Detselid
Enterprises Ltd. Calgary, Alberta.
Sulaiman, Salleh dan Azlina (2002). “Komunikasi Dalam Pengajaran dan
Kepimpinan Pendidikan”. Kuala Lumpur: Karisma Publications Sdn Bhd.
Verderber R. P (1999). “Communicate”. United Kingdom: Wadsworth Publishing
Company. Ninth Edition.
Wina Senjaya. (2008). Strategi Pembelajaran: Berorientasi Standar Proses Pendidikan.
Jakarta: Kencana Prenada Media Group.
Wanzer, M. B., Frymier, A. B., Wojtaszczyk, A. M., & Smith, T. (2006). Appropriate
and inappropriate uses of humor by teachers. Communication Education, 55,
178–196. (ERIC Document Reproduction Series No. EJ734558).
Willard, M. (2006). Humor in the hands of seasoned montessorians. Montessori
Life: A Publication of the American Montessori Society, 18(2) 50–53 2006.
(ERIC Document Reproduction Series No. EJ742481).
Zulkifli Yusof (2000)., “Sukarkah Komunikasi Anda? Seni Berhubung dengan Orang
Lain”. Kuala Lumpur: Utusan Publications &Distributors Sdn Bhd.