penerapan nilai dan etika dalam pnp

40
o Mnepati ftrah : ketenangan jiwa yang wujud kalau buat baik o Mengalakkan kebaikan : kebaikan dirasai oleh org disekitar o Menghalang kejahatan : perasaan gelisah & tidak tenang o Mewujudkan & mengekalkan keamanan : kehidupan kucar kacir (peperangan, jenayah, kemusnahan) o Penerus tamadun manusia : kemajuan & ketamadunan dapat diteruskn dengan insan yang beretika o Menyempurnakan peribadi manusia :insan yang sempurna dari semua segi (JERIS) o Mengekalkan status manusia : manusia sbaik-baik kejadian pan nilai, moral & etika dlm P & P

Transcript of penerapan nilai dan etika dalam pnp

Page 1: penerapan nilai dan etika dalam pnp

o Mnepati ftrah : ketenangan jiwa yang wujud kalau buat baik

o Mengalakkan kebaikan : kebaikan dirasai oleh org disekitar

o Menghalang kejahatan : perasaan gelisah & tidak tenang

o Mewujudkan & mengekalkan keamanan : kehidupan kucar kacir (peperangan, jenayah, kemusnahan)

o Penerus tamadun manusia : kemajuan & ketamadunan dapat diteruskn dengan insan yang beretika

o Menyempurnakan peribadi manusia :insan yang sempurna dari semua segi (JERIS)

o Mengekalkan status manusia : manusia sbaik-baik kejadian

Penerapan nilai, moral & etika dlm P & P

Page 2: penerapan nilai dan etika dalam pnp

PERANAN GURU DALAM PEMUPUKAN NILAI,MORAL DAN ETIKAPenerapan Nilai,Moral dan Etika Dalam P & P

a) Kepentingan membangunkan nilai-nilai sosial dalam diri pelajar

b) Panduan untuk membentuk sikap positif dan penerapan nilai dalam P & P• Pengajaran realistik, relevan, dan berunsur stimulatif• Galakan perlakuan yang bermatlamat• Penglibatan pelajar dengan perancangan dan pelaksanaan aktiviti • Refleksi kendiri

c) Pelaksanaan dalam prosedur P & P mata pelajaran Pengajian Sosial secara langsung dan tersirat• Berpandukan hasil pembelajaran berkaitan nilai yang ingin dicapai• Berpusatkan pelajar / bahan• Berbentuk aktiviti• Berbentuk inkuiri/penyelesaian masalah

d) Penerapan dalam kegiatan kokurikulum• Pengurusan dan pentadbiran

• Amali melalui aktiviti ke arah pemantapan nilai dan etika

e) Penerapan dalam aktiviti khidmat komuniti• Khidmat komuniti setempat/luar• Projek khas sukarelawan

f) Pentaksiran penerapan nilai dan etika dalam P & P dan aktiviti kokurikulum• Pemerhatian• Senarai semak• Rekod Anekdot• Temubual• Soalan subjektif

Page 3: penerapan nilai dan etika dalam pnp

Penerapan nilai, moral dan etika dalam p&p

cikgufhahmie

Page 4: penerapan nilai dan etika dalam pnp

• Setiap masyarakat menyedari kepentingan pendidikan dan pengamalan nilai-nilai murni dalam sistem pendidikan negara. Sejarah membuktikan sejak zaman dahulu lagi ibu bapa, guru-guru dan ahli psikologi sentiasa melibatkan diri secara langsung ataupun tidak langsung dalam proses pembelajaran pelajar.

• Sabda Rasullullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah yang bermaksud:

“Menuntut ilmu itu wajib ke atas muslimin dan muslimat”

Page 5: penerapan nilai dan etika dalam pnp

• Pemasalahan akhlak masa kini menjadi semakin ketara di kalangan pelajar sekolah. Sering terjadi pelajar terlibat dengan

dadah, peras ugut, lepak atau berkeliaran di tempat hiburan dan pasaraya. Sekolah memainkan peranan yang penting selepas keluarga di dalam pembentukan

akhlak dan ini jelas termaktub di dalam Falsafah Pendidikan Negara dan melalui penerapan nilai dalam KBSM.Sejak kebelakangan ini, apabila orang berbicara dan mengaitkan soal pendidikan, maka tidak terlepas isu moral di kalangan pelajar atau remaja dibicarakan sebagai satu topik besar. 

Page 6: penerapan nilai dan etika dalam pnp

• Kalau pada suatu masa dahulu, zaman sebelum perluasan pengaruh media komunikasi,sedikit sangat orang yang berbicara dan mempersoal tentang moral. Malah pada zaman itu para pemimpin, cendiakawan atau orang biasa banyak yang

berbicara tentang kepasifan pelajar-pelajar dan remaja kita. Pelajar-pelajar kita dikatakan kaku dan tidak berani tampil ke hadapan berhujah untuk membentangkan pendapat. Pelajar-pelajar kita gagal berkomunikasi dengan baik.

Page 7: penerapan nilai dan etika dalam pnp

• Tetapi keadaan masa kini sudah jauh berubah. Era baru sahsiah golongan pelajar dan remaja kita yang dulunya pasif, malangnya bukan berubah kepada masalah keruntuhan akhlak yang amat membimbangkan.Di

manakah silapnya ?? kerosakan dan keruntuhan moral yang semakin menjadi-jadi sehingga mengancam masa depan negara. Salahkah para guru mengasuh dan mendidik benih-benih muda ini? Atau

apakah Dasar Pendidikan Negara tidak berkesan?

Page 8: penerapan nilai dan etika dalam pnp

• Untuk menjayakan pendidikan moral dan nilai dalam sistem

pendidikan negara kita, setiap orang harus berusaha ke arah memperbaiki kerosakan dan keruntuhan akhlak yang menjadi-jadi, di samping

terus menerapkan nilai-nilai akhlak yang baik selaras dengan tuntutan agama.Isu ini telah dibincangkan di semua peringkat masyarakat, dari kedai kopi, kaki-kaki lima, sekolah, IPT hatta di Dewan Negeri dan Parlimen.

• Ini menunjukkan betapa seriusnya masalah keruntuhan akhlak dalam masyarakat serta betapa pentingnya masalah keruntuhan ini ditangani dengan sebaik-naiknya agar ia tidak menjadi lebih parah.

• Keruntuhan akhlak telah berlaku di kalangan pemimpin peringkat atasan dalam bentuk penyalahgunaan kuasa, pecah amanah, rasuah, minum arak dan berpoya-poya. Gejala ini juga terdapat di kalangan remaja seperti pergaulan bebas, bohsia, lari dari rumah, bersekedudukan dan lain-lain lagi.

Page 9: penerapan nilai dan etika dalam pnp

Apa itu moral??

Page 10: penerapan nilai dan etika dalam pnp

• Menurut T.Iskandar (1970), dari Dewan Bahasa dan Pustaka, dalam Kamus Dewan mengatakan moral adalah sesuatu yang berkaitan dengan apa yang betul dan adil.

Moral Perlakuan baik mengikut norma, peraturan dan ketetapan yg dibuat dan dipersetujui oleh sesuatu komuniti.

Ia hanya betul untuk komuniti tersebut dan pada masa tersebut.

Page 11: penerapan nilai dan etika dalam pnp

Akhlak? Apa yang anda faham?

Page 12: penerapan nilai dan etika dalam pnp

Menurut Abdul Raof Dalip (1986)dari Fakulti Pendidikan UKM

akhlak dapat diertikan sebagai kelakuan tatatertib, maruah dan merangkum seluruh perbuatan lahiriah

yang dihasilkan daripada dorongan batiniah di dalam diri manusia.

Ini bermaksud akhlak berakar umbi daripada sifat kerohanian yang suci.

Page 13: penerapan nilai dan etika dalam pnp

Bagaimana pendidikan di Malaysia??

Page 14: penerapan nilai dan etika dalam pnp

• Matlamat pendidikan di Malaysia yang asalnya adalah rujukan

daripada barat telah diubahsuai kepada konsep pendidikan

bersepadu. Oleh yang demikian, matlamat pendidikan akan

tercapai jika dapat melahirkan pelajar yang berintelek,

berakhlak dan bertaqwa.

Page 15: penerapan nilai dan etika dalam pnp

Cara penerapannya dalam pendidikan di Malaysia

Page 16: penerapan nilai dan etika dalam pnp

• Nilai-nilai moral ini dihayati ke dalam konsep-konsep daripada ilmu wahyu iaitu konsep insan, konsep fitrah, konsep keseimbangan dalam hukum-hukum Allah swt dan konsep ibadah.

• Kepentingan manusia (insan) mestilah lebih utama dan istimewa daripada kepentingan ekonomi, sains, teknologi dan industri. Nilai dan harga diri manusia mesti berada pada tempat yang tertinggi.

• Untuk memastikan wujudnya acuan Malaysia yang berasaskan nilai, guru dan para pemikir hendaklah bersedia untuk mengubah suai dan menilai semula seluruh komponen pendidikan supaya benar-benar mengikut nilai, sejarah, budaya, agama dan tamadun bangsa kita.

Page 17: penerapan nilai dan etika dalam pnp

Nilai, pengertiannya.

Page 18: penerapan nilai dan etika dalam pnp

• Di antaranya, Taylor (1961) mengemukakan pandangan bahawa nilai adalah darjah dan peraturan yang secara tergabung membina cara hidup manusia. Nilai menggariskan iadea-idea dan matlamat-matlamat hidup.

• Nilai adalah darjah normative dan peraturan kerana ia menjadi asas pegangan yang mempengaruhi pemikiran manusia semasa ia menjadi asas pegangan yang mempengaruhi pemikiran mnusia semasa membuat pertimbangan dalam menentukan cara dan gaya bertindak serta bertingkahlaku sebaik-baiknya untuk mengekalkan kesejahteraan dirinya (dalam Sufean Hussin, 1989).

Page 19: penerapan nilai dan etika dalam pnp

Manusia terdiri dari 3 komponen oleh Imam Al Ghazali.

akal

roh

jasad

Page 20: penerapan nilai dan etika dalam pnp

• Dalam model 3K di atas, penerapan nilai secara langsung boleh dilaksanakan melalui mata pelajaran yang diajar dalam kelas (Ismail Jusoh, 1993). Ia boleh dilakukan semasa membuat rumusan atau penutup pengajaran.

• Guru boleh mengaitkan isi pelajaran geografi, apabila belajar tentang tajuk kejadian hujan, kondensasi, proses sejatan, tekanan rendah dan tekanan tinggi dan sebagainya. Proses-proses tersebut tidak berlaku secara kebetulan. Semua kejadian ada Pencipta dan Penguasanya

Page 21: penerapan nilai dan etika dalam pnp

• Begitu juga dalam pelajaran Biologi, pelajaran mengenai sel, menunjukkan kekuasaan Tuhan. Sel yang seni itu mustahil wujud dengan sendiri tanpa ada sebab dan akibat disebaliknya. Tindakbalas yang berlaku dalam sel tidak mungkin terjadi tanpa ada kawalan. Siapakah yang mengawalnya?

• Hakikat inlah yang patut ditonjolkan dalam pengajaran dalam rangka

memberi kesedaran, kefahaman dan keyakinan (3K) kepada pelajar supaya mereka dapat menginsafi kewujudan Tuhan

• Proses ini juga bergantung kepada persekitaran, iaitu yang terdiri daripada keluarga, pendidik, masyarakat, media dan rakan sebaya. Jadi, penerapan nilai yang berkesan hanya terhasil jika terdapat persekitaran yang positif

Page 22: penerapan nilai dan etika dalam pnp

• Guru yang baik perlu mempunyai komitmen moral yang tinggi dan menjadikan diri mereka teladan yang baik kepada pelajar.Contohnya, guru tidak seharusnya mendenda dan melarang pelajar merokok sedangkan pada masa yang sama guru merokok di kawasan sekolah dan di mana-mana sahaja.

Page 23: penerapan nilai dan etika dalam pnp

Mengapa perlu kita sebagai guru yang memainkan peranan??

Page 24: penerapan nilai dan etika dalam pnp

• Guru adalah satu golongan masyarakat yang khas. Atan Long (1980), Pakar Psikologi Pendidikan, mendefinisikan guru sebagai satu golongan masyarakat untuk memberikan pendidikan secara formal dan bersistematik kepada generasi muda dalam masyarakat.

• Memang dikatakan guru memainkan peranan penting dalam menjayakan pendidikan moral dan nilai kerana ketika anak-anak berada di sekolah guru-gurulah yang memainkan peranan sebagai ibu bapa. Oleh itu peranan guru dan ibu bapa sama penting dalam pendidikan.Sebagaimana ibu bapa, guru-guru juga dipandang oleh anak-anak didiknya sebagai contoh atau ‘role model’. Kalau tidak masakan ada pepatah berbunyi “ Guru kencing berdiri, murid kencing berlari”. Oleh itu, setiap guru mesti memiliki akhlak yang mulia agar sifat-sifat mulia itu dapat diteladani dan diikuti.

Page 25: penerapan nilai dan etika dalam pnp

• Guru juga dapat memberi tunjuk ajar yang berkesan dan bertanggungjawab membentuk minda, sikap dan kelakuan anak-anak didiknya yang bakal menjadi anggota masyarakat selepas tamat persekolahan, sama ada menjadi pemimpin politik, pegawai kerajaan, ahli korporat, atau setidak-tidaknya menjadi isteri atau suami yang berakhlak mulia

Page 26: penerapan nilai dan etika dalam pnp

 • Yang penting ialah sama ada guru berjaya

memberi:

• pengetahuan kepada pelajarnya dengan menanamkan nilai “mencari ilmu” di kalangan mereka, menanamkan semangat “pembelajaran sepanjang hayat” dan

• membentuk peribadi mulia, manusia berilmu dan berketrampilan serta mempunyai nilai-nilai masyarakat Malaysia

Page 27: penerapan nilai dan etika dalam pnp

• Aktiviti ko kurikulum perlu dijalankan dengan menarik. Apabila semua pelajar sudah senang hati dan seronok, mereka tidak akan terfikir atau berpeluang untuk keluar ke tempat-tempat awam. Dengan cara ini mereka terhindar dari gejala sosial yang meruntuhkan akhlak.

Page 28: penerapan nilai dan etika dalam pnp

• Sistem ciptaan manusia tidak mampu merawat dan meraikan fitrah manusia, malah boleh jadi ia membawa kepada kerosakan yang lebih teruk lagi. Apa yang berlaku ke atas Amina Filali telah menjadi bukti gagalnya undang-undang hasil dari pemikiran manusia yang terhad.

• Sayyid Qutb dalam tulisan beliau menegaskan bahawa hanya Islam yang sanggup menyahut jeritan manusia yang kosong dari roh keimanan, hanyut dalam rentak kezaliman yang terhasil daripada pemikiran lesu manusia kerana hanya Islam mempunyai ubat dalam merawat penyakit yang dihadapi masyarakat kini.

Page 29: penerapan nilai dan etika dalam pnp

Cara lain??

Page 30: penerapan nilai dan etika dalam pnp

Rasulullah saw teladan terbaik

Page 31: penerapan nilai dan etika dalam pnp

• Akhlak dan kewibawaan Rasulullah telah menyebabkan umatnya sayang dan hormat kepadanya. Sahsiah beginda inilah yang dapat menarik musuh menjadi kawan dan yang bukan Islam memeluk Islam.

• Di dalam mengajar akhlak yang terpenting ialah akhlak beliau sendiri. Perkataan dan perbuatan beliau adalah contoh untuk diikuti. Beliau mempunyai sifat terpuji iaitu tabah, pemaaf, pemurah, sopan santun, belas kasihan, rendah diri, adil, amanah, pendiam, takut dan taat kepada Allah serta banyak beribadat.

• Murid berada di sekolah selama sebelas tahun dan dari 6-8 jam sehari. Ini adalah masa yang lama untuk membentuk sahsiah dan guru adalah model yang sentiasa diperhatikan oleh murid.

Page 32: penerapan nilai dan etika dalam pnp

Pihak sekolah??

Page 33: penerapan nilai dan etika dalam pnp

• Pihak pentadbir sekolah khasnya pengetua dan guru besar harus memainkan peranan ini dengan bersungguh-sungguh. Mereka boleh menekankannya dengan memberi ucapan mingguan di samping pengumuman yang lain. Ucapan yang diberi hendaklah yang memberi penekanan kepada moral dan akhlak pelajar. Dengan cara yang demikian pelajar akan merasa mereka diberi perhatian.

• Selain itu program berbentuk pendidikan akhlak diadakan di sekolah atau di luar sekolah contohnya kem motivasi. Aktiviti perlulah menarik minat remaja seperti sukan, nyanyian dan di samping itu diberi pendidikan moral dan agama.

Page 34: penerapan nilai dan etika dalam pnp

Kepimpinan inspirational

Page 35: penerapan nilai dan etika dalam pnp

• Kepimpinan “inspirational” berperanan memberi dan membina semangat, mempunyai kekuatan bagi mengubah dan mendorong kejayaan pelajar, dapat memberi keinsafan dan menanamkan kesedaran diri, memulihkan moral dan keyakinan diri pelajar, memberi inpirasi serta mengilhamkan perubahan yang dinamik serta positif kepada pelajar.

Page 36: penerapan nilai dan etika dalam pnp

Kepimpinan kerohanian

Page 37: penerapan nilai dan etika dalam pnp

• Guru harus mempunyai corak kepimpinan ini kerana ia penting untuk membina sahsiah pelajar. Kepimpinan kerohanian ialah kepimpinan yang menekankan soal-soal moral, agama, ibadah, tingkahlaku yang baik, adab dan hubungan yang bersopan santun. Guru perlu membina sikap toleransi antara kaum dan budaya dalam kepimpinan pendidikan.

Page 38: penerapan nilai dan etika dalam pnp

Rumusan

• Guru terutamanya amatlah penting memahami bahawa penghayatan moral, nilai dan akhlak merupakan asas kepada kehidupan manusia dan asas martabat sesuatu profesion khasnya profesion keguruan yang bertanggungjawab untuk memanjangkan tradisi dan budaya masyarakat Malaysia. Di samping itu, penghayatan amalan moral dan akhlak yang baik di harap dapat merealisasikan matlamat pendidikan seperti yang telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta mencapai Wawasan 2020.

Page 39: penerapan nilai dan etika dalam pnp

Rujukan saya

Page 40: penerapan nilai dan etika dalam pnp

1. Abd.Rahim Abd Rashid (2005) Profesionalisme Keguruan : Prospek dan Cabaran.Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

2. Pendidikan Moral dan Nilai (1997). Prosiding Konvensyen Kebangsaan.Fakulti Pendidikan, UKM. Bangi.

3. Shahrin Awaludin & Kamaruzaman Abd. Ghani (2003). Pendidikan Rohani DalamSistem Pendidikan Negara : Satu Pemikiran Semula. Pemikiran Dalam PendidikanFakulti Pendidikan, UKM. Bangi

4. Zainab Hanim et.al (2004) Penggunaan Kaedah Pembelajaran Koperatif (PK)Dalam Pengajaran Matematik : Penyelidikan Di Sekolah Rendah.Jurnal Pendidikan 29 m.s 105 – 124. Fakulti Pendidikan, UKM. Bangi

5. Zarin Ismail (1998) Pendidikan Moral di Sekolah : Apa Dualisme Dan Dikotominya?Prosiding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara.Fakulti Pendidikan. UKM, Bangi.