Penerangan Inventori Personaliti Plus
-
Upload
norazlena-awang -
Category
Documents
-
view
891 -
download
75
Transcript of Penerangan Inventori Personaliti Plus
7/23/2019 Penerangan Inventori Personaliti Plus
http://slidepdf.com/reader/full/penerangan-inventori-personaliti-plus 1/13
1
INVENTORI PERSONALITI PLUS
1.0 PENGENALAN
Personaliti Plus diperkenalkan oleh Florence Littaeur. Inventori ini diambil daripada
Florence Littauer’s Personality Plus: How to Understand Others by Understanding Yourself.
Inventori ini boleh didapati dalam dua bahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Inventori
Personaliti Plus ini terdiri daripada 160 item atau sifat diri. 80 item adalah untuk profil
keupayaan “ strengths profile” dan 80 item yang lain adalah untuk profil kelemahan “weaknesses
profil”. Inventori ini juga dibentuk berdasarkan 4 konstruk utama mengenai jenis personaliti
iaitu choleric, melancholy, sanguine dan phlegmatic.
2.0 LATAR BELAKANG
Florence Littauer telah dilahirkan pada tahun 1982. Beliau membesar di kedai ayahnya di
Haverhill, Massachusetts, disamping berkongsi tiga bilik dengan keluarganya. Beliau merupakan
seorang penulis berkaitan pertolongan diri dalam agama Katolik serta bekerja sebagai
penceramah awam. Ibu bapanya adalah Walter dan Katie F. Chapman. Beliau belajar di
Universiti Massachusetts dengan mendapat biasiswa, di mana beliau memperolehi Ijazah Sarjana
Muda dalam Bahasa Inggeris dengan minor dalam bidang psikiatri. Beliau telah berkahwin
dengan Fred Littauer pada tahun 1953 dan meninggal pada tahun 2002. Littauer bertemu
suaminya Fred Littauer di kem hari Yahudi untuk kanak-kanak perempuan dengan kedua-
duanya mengikat tali pertunangan selama setahun. Perkahwinan itu bertemakan „Kehidupan
Bersama Untuk Menuju Perkahwinan‟ dan hasil perkahwinan kedua-dua telah mempunyai empat
orang anak. Anak ketiga mereka, Fred Jr "Freddie" meninggal dunia, dan daripada isu-isu yang
7/23/2019 Penerangan Inventori Personaliti Plus
http://slidepdf.com/reader/full/penerangan-inventori-personaliti-plus 2/13
2
berkaitan dengan sawan dialaminya semasa peringkat awal manakala anak keempat mereka,
Larry, mengalami masalah otak dan ditempatkan di institusi. Selepas daripada itu, Littauer
mengalami kemurungan yang berterusan sehingga dia bertemu Roy Gustafson, ahli Billy Graham
Evanelistic Team. Dari pertemuan ini, Littauer dan suaminya memulakan pengucapan awam
tentang perniagaan dan menerbitkan satu siri buku bertemakan agama. Littauers akan
mempunyai seorang lagi anak selepas kematian Freddie. Pada bulan Oktober 2002 , Fred
meninggal dunia akibat serangan jantung di rumah mereka manakala Littauer menglibatkan diri
dalam dunia percakapan. Disebalik, Personality: The Story of My Life, penyuntingan terakhir
dibuat secara berperingkat-peringkat pada masa itu dan Littauer memasukkan satu penghormatan
kepada mendiang suaminya dalam bab akhir buku ini. Menurut Florence Littauer (2012), “25
tahun yang lalu, seorang kawan memberikan saya sebuah buku mengenai sifat-sifat manusia.
Apabila saya membaca buku itu, saya merasakan seolah-olah penulis itu mengenali diri saya dan
suami saya, Fred, secara rahsia. Setelah betahun-tahun mengajar, dan memberi kaunseling
kepada ramai orang, saya mula menulis buku ini, Personality Plus. Saya sangat bersetuju dengan
kata-kata seorang rakan saya, sekarang saya lebih yakin dan teori sifat-sifat manusia adalah
penjelasan terbaik terhadap masalah-masalah harian kita.”
3.0 TUJUAN ALAT UKUR / PERSONALITY PLUS
Personality Plus akan menunjukkan bagaimana menilai diri seseorang, mengcukil
kekuatan dan mencantas kekurangan. Apabila kita tahu siapa diri kita dan kenapa kita melakukan
perkara-perkara tententu, kita akan memahami sifat dalaman kita, memperbaiki personaliti dan
belajar berinteraksi dengan orang lain.
7/23/2019 Penerangan Inventori Personaliti Plus
http://slidepdf.com/reader/full/penerangan-inventori-personaliti-plus 3/13
3
CERIA BERSAMA POPULAR SANGUINE
Popular Sanguine adalah seorang yang periang dan original. Mereka sukakan sisi indah
kehidupan seperti kisah dewa-dewi dan mahu sentiasa gembira dan bahagia selama-lamanya.
Sikap tipikal seorang Popular Sanguine ialah mereka emosional dan mempamerkan perasaan
mereka tanpa ragu, menjadikan sesuatu tugasan kepada sesuatu yang menyeronokkan, dan suka
bergaul dengan orang ramai. Popular Sanguine dapat melihat keseronokkan dalam setiap
pengalaman dan menceritakan sesuatu kejadian dengan secara berulang kali dan dengan
gambaran yang indah-indah. Popular Sanguine bersifat peramah dan optimis. Terdapat 7 ciri
Popular Sanguine. Antaranya ialah :
i. Membawa kegembiraan dalam kedukaan.
ii. Memberi kata-kata yang bernas ketika seseorang patah semangat.
iii. Menghiburkan seseorang ketika hati resah.
iv. Memberi cahaya harapan dan menyikirkan kehampaan.
v. Keterujaan dan tenaga untuk bangkit lagi dan lagi.
vi.
Kreatif dan menawan untuk mewarnakan hari-hari yang menjemukan.
vii. Ringkas seperti kanak-kanak dalam situasi yang kompleks.
Walau bagaimanapun, kelemahan popular Sanguine pula adalah tidak pandai mengurus
kadangkala terlalu banyak cakap, mudah terlupa, dan tidak serius. Kebanyakan pengacara TV
serta pegawai pemasaran datang dari kategori ini.
BELAJAR MENGURUS DARI PERFECT MELANCHOLY
Umumnya individu yang mempunyai personaliti ini seorang yang berfikiran
tajam, organized dan artistik. Oleh sebab terlalu terperinci dan pentingkan details, kadangkala
7/23/2019 Penerangan Inventori Personaliti Plus
http://slidepdf.com/reader/full/penerangan-inventori-personaliti-plus 4/13
4
individu ini mudah mendapat tekanan dan perlu bersendirian. Walaupun begitu, kehadiran
mereka sangat diperlukan dalam tugasan mengurus kerana mereka sangat pentingkan
kesempurnaan. Malah artis, pemuisi, penulis sajak lahir dari golongan ini. Jurutera, pensyarah
serta penyelidik juga ramai dari golongan ini.
Jika Popular Sanguine seorang ekstrovet , Perfect Melancholy pula adalah seorang
introvert. Popular Sanguine gemar bercakap dan membincangkan semua perkara di khayak
ramai sedangkan Perfect Melancholy berfikiran dalam dan gemar beranalisa. Popular Sanguine
melihat dunia secara optimis tetapi Perfect Melancholy dilahirkan dengan sifat pesimis,
menjangka masalah-masalah yang bakal berlaku dan mengira kos dengan teliti sebelum
melakukan apa-apa. Perfect Melancholy selalu ingin tahu isi kandungan semua perkara.
Berpandangan jauh seperti Powerf ul Choleric
Kebanyakan pemimpin mempunyai personaliti ini. Mereka jenis yang berani kehadapan,
berkeyakinan tinggi, bercita – cita besar dan sukakan cabaran. Lazimnya mereka bijak dalam
membuat keputusan dan membuatkan mereka tidak terlalu bergantung kepada orang lain. Cuma
kelemahannya, mereka agak degil, sukar menerima pandangan berbeza dan tidak sensitif
terhadap perasaan orang lain. Memang sesuai untuk jadi ahli politik.
Powerf ul Choleric adalah seorang yang dinamik. Mereka dapat mengimpikan impian-
impian yang mustahil dan cuba mencapai bintang-bintang yang sukar dicapai. Seperti kata-kata
Robert Browning, “Impian seseorang mesti lebih daripada gapaiannya jika tidak, apa gunanya
„syurga‟?”. Seorang Powerful Choleric sering mengorak langkah, cuba mencapai matlamat dan
selalunya berakhir dengan kejayaan. Ketika Powerful Choleric berkata-kata dan Perfect
Melancholy berfikir, seorang Powerful Choleric akan mencapai cita-citanya. Mereka adalah
7/23/2019 Penerangan Inventori Personaliti Plus
http://slidepdf.com/reader/full/penerangan-inventori-personaliti-plus 5/13
5
personaliti yang paling senang difahami asalkan kita mengikut kata-katanya. Ciri-ciri seseorang
yang mempunyai personaliti Powerful Choleric adalah seperti beikut :
i. Ketegasan ketika orang lain kehilangan kawalan mereka.
ii. Membuat keputusan muktamad untuk mereka yang bercelaru.
iii. Memimpin kita ke arah kejayaan.
iv. Kerelaan mengambil risiko dalam situasi yang meragukan.
v. Keyakinan untuk berpegang teguh dengan prinsip walaupun dicerca.
vi. Keberanian untuk berdiri seorang diri dan menyuarakan pendapat sendiri.
vii.
Menunjukkan jalan ketika orang lain kesesatan.
viii. Perangsang untuk menempuh halangan dan mengatasi cabaran.
RELAX BERSAMA PEACEFUL PHLEGMATIC
Individu yang mempunyai profil ini adalah seorang yang easy-going dan diplomasi. Mereka
mudah bergaul dengan semua orang dan mempunyai ramai kawan. Kehadiran mereka diperlukan
untuk mencapai perdamaian antara dua pihak di samping menjadi pendengar yang baik. Cuma
lazimnya mereka tidak sukakan risiko dan cabaran. Lebih suka lakukan perkara yang mudah dan
santai. Mereka ini spesies all-rounders. Semua pun boleh jadi.
4.0 PENTADBIRAN INVENTORI PERSONALITI PLUS
Bagi menjawab Inventori Personaliti Plus ini, masa yang diperuntukkan adalah selama 10
hingga 15 minit. Tempoh masa ini adalah yang paling berkesan meskipun jangka masa yang
sebenar untuk menyelesaikan ujian ini tidak ditetapkan. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam
bilik yang selesa, tidak bising dan lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi
dan meja. Selain itu, pentadbir ujian mestilah mengingatkan kepada calon yang mengambil ujian
7/23/2019 Penerangan Inventori Personaliti Plus
http://slidepdf.com/reader/full/penerangan-inventori-personaliti-plus 6/13
6
supaya mematuhi segala arahan yang telah disediakan di dalam borang soalan. Individu perlu
menjawab ujian ini dengan jujur dan ikhlas iaitu menjawab berdasarkan apa yang sebenarnya
dan bukan berdasarkan kepada apa yang anda fikirkan baik atau orang kata baik. Jawapan
spontan adalah jawapan yang terbaik.
Bagi menjawab ujian ini, calon dikehendaki menanda X pada satu perkataan yang
menggambarkan diri calon daripada 4 pilihan perkataan pada setiap lajur. Jika calon tidak pasti
perkataan yang paling tepat, calon boleh bertanya kepada ahli keluarga atau rakan atau fikirkan
diri sendiri semasa zaman kanak-kanak. Calon juga diingatkan supaya mengelak dari menjawab
dari sudut kerja dan kerluarga kerana banyak protokol dan prosedur yang perlu diikut.
Kemudian, calon dikehendaki memindahkan semua sifat/perkataan yang telah ditanda X dari
Profil Personaliti kedalam kotak didalam Kertas Skor Personaliti. Calon mestilah diingatkan
bahawa susunan perkataan dalam kedua-dua kertas adalah tidak sama.
Bagi mengira markah ujian ini, calon dikehendaki menambah keseluruhan markah
jawapan bagi setiap empat baris dalam Kertas Skor Personaliti dan jumlahkan kedua-dua
kekuatan dan kelemahan. Calon akan mengetahui dominan personaliti dengan melihat markah
yang paling tinggi. Selain itu calon juga dapat mengetahui kombinasi personaliti diri dengan
melihat markah kedua tertinggi.
7/23/2019 Penerangan Inventori Personaliti Plus
http://slidepdf.com/reader/full/penerangan-inventori-personaliti-plus 7/13
7
Interpretasi Inventori Personaliti Plus
1. Popular Sanguine
Popular Sanguine (Burung
Merak)
Unsur alam: tanah
Maksud :bermuka merah
Sifat: ekstrovert, peramah,
optimis
Kata Kunci: Fun, Excitement
Motto Fun, Fun, Fun
Kerjaya Jurujual, hiburan, public speaking
Suara Kuat dan laju; banyak idea, inginkan perhatian
Kekuatan Promoters, enthusiastic, creative, high energy,
sentiasa bersedia
Kekurangan Pelupa, tidak suka peraturan, emosi tidak
menentu, mudah ubah fikiran
Pakaian Stylish, flamboyant, coloutrful
Perkara
yang tidak
disukai
Tidak dapat bergembira, facts and figures,
bersendirian
Realiti sorang-sorang , balik kursus 5
orang;
– walaupun kecil tetapi sangat
gembira, sebulan tak habis cerita;
– boleh gantikan pengacara majlis
walaupun short notice;
– lupa park kereta, lupa letak pen-
drive ; banyak buang masa mencari;
- pagi lain, petang lain.
7/23/2019 Penerangan Inventori Personaliti Plus
http://slidepdf.com/reader/full/penerangan-inventori-personaliti-plus 8/13
8
2. Perfect Melancholi c
Perfect Melancholic (Burung
Hantu)
Unsur alam: angin
Maksud :sayu, murung, hiba,
sugul yang sempurna
Sifat: introvert, pemikir,
pesimis
Kata Kunci: why, graphs,
charts, research
Motto Jika ia patut dilakukan, ia patut dilakukan
dengan cara terbaik.
Kerjaya Accountant, engineer, research
Suara Soft & polite
Kekuatan Organized, planners, accurate, persistent,
follow through, romantic, loyalty
Kekurangan Over analytical, hard to please, lonely, suka
merajuk
Pakaian Formal, conservative
Perkara
yang tidak
disukai
Pushy people, no facts, being late
Realiti – teratur, ikut sistem; mula yang
besar dahulu baru , baru sidai yang kecil-kecil;
– pun sama, lipat kain dulu,
kemudian baju, seluar, seluar dalam, akhirnya
nasi lemak kat atas sekali; jadi piramid.
– kena picit di bawah
dulu, mesti ikut peraturan.
- beremosi, nangis dulu
sebelum pelakonnya menangis.
7/23/2019 Penerangan Inventori Personaliti Plus
http://slidepdf.com/reader/full/penerangan-inventori-personaliti-plus 9/13
9
3. Powerf ul Choleri c
Powerful Choleric (Burung
Helang)
Unsur alam: api
Maksud :cepat marah, lekas
meradang, sangat kuat,
berkuasa
Sifat: ekstrovert, pelaksana,
optimis
Kata Kunci: money, power,
control, to the point , gila
kerja
Motto Gets out of my way
Kerjaya CEO, attorney, airline pilot
Suara Forceful with volume
Kekuatan Focused, goal oriented, intense, berdikari,
bakat kepimpinan
Kekurangan Ego, domineering, unteachable, impatient,
short tempered, tiada tolernsi, kurang fleksibel
Pakaian Dress for success
Perkara
yang tidak
disukai
Indecision, chit-chat, losing control
Realiti
4. Peaceful Phlegmatic
Peaceful phlegmatic (Burung
Merpati)
Unsur alam: air
Maksud :air yang tenang dan
dingin, dingin kepala,
berdarah dingin
Sifat: introvert, pemerhati,
pesimis
Motto Let’s be friends
Kerjaya Teacher, nurse, counselor
Suara Soft and gentle
Kekuatan Dependable, team player, patient, supportive,
nurturing, calm, good listener
Kekurangan Over sensitive, followers, not goal oriented
Pakaian Casual and comfortable
Perkara Pushy people, bullies, conflict
7/23/2019 Penerangan Inventori Personaliti Plus
http://slidepdf.com/reader/full/penerangan-inventori-personaliti-plus 10/13
10
Kata Kunci: team, together,
relationship, family
yang tidak
disukai
Realiti
Inventori Personality Plus ini sesuai digunakan untuk individu, pasangan, ibu bapa dan
syarikat pencari pekerja bagi mengenali personaliti dengan lebih mendalam lagi. Selain itu,
terdapat tiga jenis Inventori Personality Plus iaitu : -
a) Personality Plus for Parents: Understanding What Makes Your Child Tick (2000)
b) Personality Plus for Couples: Understanding Yourself and the One You
Love (2001)
c) Personality Plus at Work: How to Work Successfully with Anyone (2011)
Ketiga-tiga inventori ini menggunakan inventori yang sama, cuma intepretasi terhadap skor yang
diperolehi sedikit berbeza di mana interpretasi diberikan berdasarkan jenis calon yang menjawab.
Dalam perkara di atas telah menyentuh berkaitan dengan tujuan inventori ini dan cara
pentadbiran inventori kepada umum. Melihat kepada tujuan dan pentadbiran inventori
semestinya sesuatu alat pengujian itu tidak dapat lari daripada kebolehpercayaan dan kesahan.
Namun berdasarkan kepada kesahan tiada data ditemui, namun setelah melihat dengan mata
kasar, inventori ini, sebenarnya ia mengukur konstruk personaliti dari pelbagai aspek status
seseorang individu. Begitu juga kebolehpercayaan, tiada data ditemui berkaitan dengan nilai
Alpha Cronbach yang diperolehi berhubung inventori ini. dan kedua-dua perkara ini, merupakan
salah satu kelemahan yang ada pada inventori ini.
7/23/2019 Penerangan Inventori Personaliti Plus
http://slidepdf.com/reader/full/penerangan-inventori-personaliti-plus 11/13
11
6.0 KOMEN BERKAITAN INVENTORI PERSONALITY PLUS
Inventori Personality Plus ini mengandungi 160 item, di mana 80 item konstruk bagi
kekuatan yang ada pada seseorang dan 80 item kelemahan yang terdapat pada seseorang. Apabila
inventori telah selesai dijawab, jumlah skor akan dipindahkan ke dalam kertas skor personaliti.
Hasil skor yang diperolehi akan dapat menentukan jenis personaliti yang dimiliki individu.
Namun begitu, setelah mencari pelbagai maklumat berkaitan dengan inventori ini, didapati
bahawa inventori ini kurang digunakan oleh pengkaji yang mengkaji berkaitan dengan
personaliti. Disebabkan kurangnya kajian dan penggunaan inventori ini keputusan terhadap
kebolehpercayaan dan kesahannya juga kurang ditemui. Item yang dinyatakan juga turut
menggunakan satu perkataan sahaja bagi menggambarkan sesuatu sifat yang ada pada seseorang,
dan dengan perkataan yang spesifik akan lebih memudahkan peserta untuk mengenali diri
mereka dengan lebih jelas, semasa menjawab soalan. Inventori Personality Plus ini merupakan
satu inventori yang baik bagi mengkaji personaliti. Namun begitu, didapati ianya kurang
digunakan oleh para pengkaji, oleh kerana terdapat inventori-inventori lain yang juga mengukur
tentang personaliti.
7.0 CADANGAN UNTUK PENAMBAHBAIKAN INVENTORI
Sekiranya terdapat sesi semakan semula yang ingin dikaji oleh pengkaji pada masa akan
datang, diharap inventori ini diuji terlebih dahulu berkaitan dengan kebolehpecayaan dan
kesahannya. Di samping itu, pengkaji juga mungkin boleh mengkaji faktor-faktor mengapa
kajian berkaitan personaliti kurang menggunakan inventori ini jika dibandingkan dengan
inventori personality lain. Manakala dari segi peserta kajian juga mungkin boleh diperluaskan
7/23/2019 Penerangan Inventori Personaliti Plus
http://slidepdf.com/reader/full/penerangan-inventori-personaliti-plus 12/13
12
lagi seperti penilaian terhadap gaya kepimpinan selepas bergelar ketua. Norma adalah asas
kepada pemahaman sosial pemerintahan dan juga perbezaan dalam tingkah laku manusia
(Campbell, 1964; Durkheim, 1951). Melihat kepada norma inventori ini, jika inventori ini
digunapakai dalam kajian di Malaysia, terdapat beberapa soalan yang perlu diubahsuai bagi
menyesuaikan personaliti dengan norma masyarakat.
8.0 KESIMPULAN
Setiap personaliti yang ada dalam diri manusia adalah pelengkap bagi orang lain. Hidup akan
lebih harmoni dan berwarna-warni. Bayangkan jika semua orang di dunia ini adalah dari jenis
yang panas baran (powerful choleric), doktor, pemandu teksi, cikgu buat lawak (popular
sanguine), hakim, posmen, peniaga pasar malam. Pentingnya menghargai perbezaan kerana
orang yang hebat ialah orang yang boleh memikirkan hikmah dan kebaikan dalam setiap
perbezaan personaliti. Inventori ini juga merupakan inventori yang mudah untuk difahami serta
mempunyai item yang menjurus kepada sesuatu jenis personaliti. Pentadbiran dan juga cara
pemarkatannya juga mudah untuk diterangkan kepada individu yang menduduki ujian ini.
Diharap agar kajian pada masa datang lebih meluas lagi berbanding sekarang.
7/23/2019 Penerangan Inventori Personaliti Plus
http://slidepdf.com/reader/full/penerangan-inventori-personaliti-plus 13/13
13
RUJUKAN
WIKIPEDIA, The Free Encyclopedia. (n.d.). Retrieved from
https://en.wikipedia.org/wiki/Florence Littauer
SUNSIGNS.ORG, Everything Under The Sun. (n.d.). Retrieved from
http://www.sunsigns.org/personality-plus/
Nor Atikah Abdul Wahid. (2012). Personality +Plus : Mana satu karektor Anda. Hijjaz Records
Publishing, Selangor.
Florence Littauer, (1999). Personality Plus : How to Understand Others by Understanding
Yourself. Petaling Jaya : Advantage Quest Publication.
CAMPBELL, (1964) E.Q. The internalization of moral norms. Sociometry 27: 391- 412,