Pendidikan sivik dan kewarganegaraan tingkatan 5
-
Upload
preciousafiqah -
Category
Education
-
view
218 -
download
4
Transcript of Pendidikan sivik dan kewarganegaraan tingkatan 5
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA
KAUM INDIA
AGAMA DAN KEPERCAYAAN
KEBANYAKAN KAUM INDIA MENGANUTI AGAMA HINDU.
AGAMA HINDU • Hinduisme juga memberi peraturan-peraturan dan
undang-undang tertentu sebagai petunjuk kepada tingkah laku penganut-penganutnya.
• Matlamat utama penganutnya ialah untuk mencapai Nirvana atau Moksha yang membolehkan mereka bersatu dengan tuhan/Dewa Brahma.
• Ia boleh dicapai melalui kehidupan yang sederhana. Sebab itulah mereka percaya kepada kelahiran semula.
Agama hindu menggalakkan para penganutnya supaya mengamalkan nilai – nilai murni dalam kehidupan seharian seperti tercatat dalam kitab suci Thirukkural, (1999) PHUM, halaman 296 yang mengatakan, “Budiman yang tidak mengharapkan balasan diumpamakan bagai awan yang membawa hujan” dan “Insan mulia tidak membalas dendam walaupun dirinya dianiayai orang”. Ayat – ayat ini jelas mengajak penganutnya supaya sentiasa membuat kebaikan tanpa mengharapkan balasan dan tidak menyimpan perasaan dendam walaupun dirinya dianiayai.
Buku Teks PJK m/s 96
PERAYAAN KAUM INDIA
Buku Teks PSK m/s 108 -109
HARI DEEPAVALI• Dirayakan oleh seluruh penganut agama Hindu pada bulan ketujuh
mengikut kalendar tamil.• Dikenali juga sebagai ‘sebarisan cahaya atau sinaran’ dan disambut
sebagai merayakan simbol kebaikan menumpaskan kejahatan.• Perayaan ini disambut bagi meraikan kejayaan Dewa Rama
menumpaskan Ravana yang jahat dan juga Dewa Krishna yang berjaya menumpaskan Asura.
• Rumah dibersihkan dan dihias dengan kolam, lampu – lampu moden, dan pelita tradisi.
• Penganut agama Hindu akan mandi minyak pada pagi Deepavali yang melambangkan penyucian diri.
• Mereka mengunjungi kuil untuk bersembahyang.
HARI THAIPUSAM• Disambut pada bulan Thai, iaitu bulan kesepuluh dalam
kalendar Tamil.• Disambut bagi menghormati Dewa Murugan atau Dewa
Subramaniam.• Mereka akan membawa kavadi sebagai tanda membayar
nazar.• Susu, madu dan kelapa akan dipersembahkan kepada
Dewa Murugan.• Di Malaysia, Gua Batu Caves di Selangor menjadi
tumpuan penganut Hindu meraikan perayaan Thaipusam.
HARI WESAK• Dirayakan pada bulan Mei pada waktu bulan terang oleh
seluruh penganut agama Buddha.• Merupakan hari terpenting kerana melambangkan
kelahiran, pencerahan dan kematian Gautama Buddha.• Untuk memperingati tiga peristiwa penting iaitu
kelahiran, kesedaran, dan kematian Buddha.• Penganut agama Buddha mengunjungi vihara (kuil)
untuk bersembahyang dan melepaskan burung merpati.• Turut memberi makanan kepada orang miskin dan
bersedekah kepada sami.
PAKAIAN TRADISIONAL
SARI
• Sari merupakan pakaian tradisional India yang mudah dikenali di seluruh dunia. Sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut, serta choli yang berwarna sama atau setentang dengannya. Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri. Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut dari terlucut. Sari diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang sememangnya indah.
SALWAR KAMEEZ @ PUNJABI
• Pakaian salwar kameez atau baju Punjabi, yang juga popular di kalangan wanita di utara India, terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar, serta tudung kepala yang sesuai warnanya. Wanita India juga gemar memakai dupatta di bahu mereka ketika memakai salwar kameez.
KURTA DAN KURTA PIJAMA • Kurta pula merupakan pakaian
tradisional bagi lelaki kaum india. Kemeja panjang yang sampai ke lutut yang diperbuat daripada kain kapas atau lime dan sutera. Kurta ini pada kebiasaanya akan dipakai bersama salwar longgar,seluar longgar atau seluar churidar.
• Kurta pijama adalah kurta yang dipakai oleh pemakainya bersama pijama dimana kurta pijama ini kebanyakkan dipakai ketika majlis-majlis rasmi. Kurta ini juga boleh dipakai bersama dhoti. Dhoti ialah sejenis kain berbentuk segi empat panjang yang dianggarkan sepanjang 5 meter yang dililit di sekitar pinggang dan kaki.
MAKANAN TRADISIONAL
ROTI CANAI
• Roti canai atau roti jenis leper yang berbentuk bulatini, merupakan satu makanan kegemaran di Malaysia.Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengahari, petang,dan malam. Sering kali dimakan bersama dengan tehtarik, atau teh ais.Biasanya dihidangkan dengan kuahdal atau parpu atau kari dengan sambal ikan bilis.
CAPATI
• Capati merupakan makanan ruji roti kaumIndia. Capati yang diolah dari gandum tulin mempunyaibanyak khasiat dan makanan sesuai untuk penyakitkencing manis dan darah tinggi. Roti-roti ini sedapdimakan bersama dal, kari dan sambal.
MURUKKU
• Murukku merupakan makanan tradisional kaum India. Biasanya dijadikan makanan ringan atau kudapan bagikebanyakan penduduk di Malaysia. Ia biasanya dihidangkan pada sambutan Hari Deepavari.
PUTU MAYAM
• Putu mayam merupakan makanan tradisional Indiayang telah mendapat sambutan yang mengalakkan dari semua bangsa dan kini turut dinikmati oleh semuakaum di Malaysia. Putu mayam ini dihidangkanbersama kelapa parut dan ggula perang atau gulakabung. Hidangan ini dimakan sebagai makan pagibersama dengan sayur berkuah.
TOSAI• Tosai juga terdiri daripada pelbagai
jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum india. Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein. Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya, sambal dari buah-buahan, acar india, kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Di dalam tosai, ia diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup.
IDLI
• Idli juga berasal dari India.Idli mempunyai banyak jenis. Contohnya, sanna,rave atau sambar idli.Ia dimakan sebagai sarapan pagi ataupun sebagai makanan ringan.Makanan ini sering dihidang dengan sambal dari buah-buahan,sambar dan lain-lain.Bahan utamanya ialah vigna mungo dan nasi.