Pendidikan seks

38
PENDIDIKAN SEKS UNTUK REMAJA BERMASALAH PEMBELAJARAN Oleh : Pn Shariza bt Said Jabatan Ilmu Pendidikan 1.0 Pengenalan Kriteria permulaan remaja ialah pencapaian kematangan seksual atau akil baligh iaitu masa dalam hidup individu apabila organ pembiakan mula berfungsi dan individu tersebut sudah berupaya melahirkan zuriat (Rahil Mahyuddin, Marina Chong Abdullah & Habibah Elias, (2000). Kehidupan remaja berkait rapat dengan perkembangan seksualiti di mana zaman remaja merupakan zaman eksplorasi dan eksperimentasi, fantasi dan realiti seksualiti (Santrock, 2000). Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa isu kesihatan seksualiti remaja telah menjadi isu yang diberi perhatian di Asia berdasarkan trend demografi di Asia iaitu jurang yamg makin luas antara kematangan seksual dengan umur perkahwinan dan kadar penggunaan kontraseptif yang rendah semasa remaja ( Gubhaju, 2002). Menurut Gubhaju (2002), terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada masalah tingkah laku seksual di kalangan remaja. Faktor pertama ialah peluang mendapatkan

description

Pn Shariza SaidJabatan Ilmu PendidikanIPG KBM, KL

Transcript of Pendidikan seks

Page 1: Pendidikan seks

PENDIDIKAN SEKS UNTUK REMAJA BERMASALAH PEMBELAJARAN

Oleh : Pn Shariza bt Said

Jabatan Ilmu Pendidikan

1.0 Pengenalan

Kriteria permulaan remaja ialah pencapaian kematangan seksual atau akil baligh iaitu

masa dalam hidup individu apabila organ pembiakan mula berfungsi dan individu tersebut

sudah berupaya melahirkan zuriat (Rahil Mahyuddin, Marina Chong Abdullah & Habibah

Elias, (2000). Kehidupan remaja berkait rapat dengan perkembangan seksualiti di mana

zaman remaja merupakan zaman eksplorasi dan eksperimentasi, fantasi dan realiti seksualiti

(Santrock, 2000). Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa isu kesihatan seksualiti remaja

telah menjadi isu yang diberi perhatian di Asia berdasarkan trend demografi di Asia iaitu

jurang yamg makin luas antara kematangan seksual dengan umur perkahwinan dan kadar

penggunaan kontraseptif yang rendah semasa remaja ( Gubhaju, 2002).

Menurut Gubhaju (2002), terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada

masalah tingkah laku seksual di kalangan remaja. Faktor pertama ialah peluang mendapatkan

maklumat berkaitan seksualiti yang terhad menyebabkan mereka kurang pengetahuan dan

tidak mengetahui sama ada maklumat yang diperolehi adalah tepat atau tidak. Maklumat

berkaitan seksualiti yang betul bagi golongan remaja amat penting untuk mengelakkan

berlakunya masalah-masalah seperti hubungan seks sebelum kahwin, kehamilan dan

penyakit kelamin. Faktor kedua ialah tekanan daripada rakan sebaya kerana rakan sebaya

memainkan peranan sebagai sumber maklumat utama berkaitan seksualiti. Walaupun ibu

bapa dilihat sebagai sumber utama dalam menyampaikan maklumat berkaitan seksualiti tetapi

mereka agak tertutup dalam membincangkan isu ini. Faktor ketiga ialah terhadnya

perkhidmatan berkaitan kesihatan seksualiti yang disediakan khas untuk golongan remaja.

Kebanyakan golongan ibubapa dan pembuat polisi bimbang dengan maklumat yang diberikan

Page 2: Pendidikan seks

akan menggalakkan remaja terlibat dalam hubungan seks sebelum kahwin. Tetapi menurut

Gubhaju (2002), tinjauan ke atas program pendidikan seks ke atas beberapa negara

menunjukkan pendidikan seks tidak menggalakkan aktiviti seksual bahkan dapat melewatkan

umur mula mengadakan hubungan seks dan menjurus kepada tingkah laku yang lebih

bertanggungjawab terhadap seksualiti.

Dengan maklumat yang terbatas dan perkembangan emosi yang masih belum kukuh,

remaja sudah dihadapkan pula pada berbagai godaan seperti filem-filem Barat yang

menawarkan nilai-nilai yang sangat bertentangan dengan nilai-nilai budaya Timur. Akibatnya

remaja mungkin akan terjerumus dengan tingkah laku yang menyalahi nilai agama dan

budaya. Perkembangan teknologi masa kini pula secara tidak langsung memperluaskan

peluang remaja memperolehi bahan-bahan lucah di mana menurut Ahmad Rizal (2005) pada

era teknologi maklumat kini menyaksikan seks menjadi bidang yang amat popular di

kalangan pengguna internet . Mereka yang melayari internet terdiri daripada pelbagai

peringkat umur termasuk remaja. Ini kerana capaian ke laman web berkaitan seks amat

mudah dan pantas. Hal ini menjadi serius bila banyak masalah sosial wujud akibat pengaruh

laman web berunsurkan seks. Bagi memastikan anak-anak ini tidak terikut-ikut dengan gaya

hidup seks bebas seperti yang dipertontonkan, maka pendidikan seks adalah perlu untuk

memastikan anak-anak ini mendapat mesej yang positif dan maklumat yang betul tentang

seks.

Menurut Tepper (2001) remaja berkeperluan khas mempunyai perasaan, keperluan

dan naluri sama seperti remaja yang normal. Mereka turut melalui proses yang sama dalam

perkembangan seksualiti. Dalam proses mencapai akil baligh tubuh badan mengalami

beberapa perubahan yang disebabkan oleh perubahan hormon. Perubahan ini dialami oleh

remaja secara sejagat dengan kadar yang berbeza bagi setiap individu. Bagi golongan remaja

bermasalah pembelajaran keupayaan mental mereka lebih rendah dari umur kronologi di

Page 3: Pendidikan seks

mana walaupun fizikalnya menunjukkan ciri-ciri remaja tetapi pemikirannya masih seperti

kanak-kanak. Dalam hal ini pendidikan seks adalah perlu bagi membimbing remaja

bermasalah pembelajaran dalam menangani masalah seksualiti mereka dengan cara yang

positif dan bukan semata-mata memenuhi tuntutan naluri.

Menurut Jawatankuasa Belia International Planned Parenthood Federation, IPPF

dalam Persekutuan Persatuan- persatuan Perancangan Keluarga Malaysia (2003) semua orang

muda di seluruh dunia tanpa mengira jantina, agama, warna kulit, orientasi seksual atau

keupayaan mental dan fizikal mempunyai hak-hak berkaitan kesejahteraan seksualiti.

Berdasarkan kepada pernyataan hak-hak tersebut menunjukkan golongan remaja sama ada

golongan normal atau golongan berkeperluan khas mempunyai hak untuk mendapat

maklumat yang sewajarnya berkaitan pendidikan seks. Walaupun mempunyai hak-hak seperti

dinyatakan dalam pernyataan tersebut sebagai seorang individu yang hidup dalam

masyarakat beberapa pernyataan hak tersebut perlu disemak dan diselaraskan mengikut

perspektif agama, budaya dan sosio politik negara Malaysia.

Walaupun golongan remaja adalah golongan yang mewakili nisbah yang besar dalam

populasi dunia, keperluan seksualiti mereka sering diabaikan (Warwick & Aggelton, 2002).

Menurut mereka lagi walaupun ada perkhidmatan kesihatan seksual yang disediakan, remaja

sukar mengakses perkhidmatan tersebut kerana tidak digalakkan oleh ibu bapa atau para

profesional yang terlibat. Sebenarnya ibu bapa dan orang dewasa perlu memahami pemikiran

dan perasaan remaja dan belia dengan mengamalkan komunikasi secara terbuka, menjadi

rakan yang sanggup melayan masalah remaja, menghormati idea dan paling penting

memberikan bimbingan mengikut kepercayaan, budaya dan agama.

Pendidikan yang diterima di sekolah secara formal menjadi alat yang penting untuk

menyiapkan diri remaja menghadapi masa depan tetapi bila menyentuh hal seksualiti, remaja

didapati amat kurang atau tidak berinformasi mengenainya. Isu pendidikan seks juga masih

Page 4: Pendidikan seks

tidak dapat diterima sepenuhnya oleh masyarakat di mana masih timbul keraguan dalam

melaksanakannya. Ada pihak yang masih berpandangan sempit dalam hal pendidikan seks.

Bahkan ada di kalangan guru sendiri yang mempersoalkan wajarkah pendidikan seks

dimulakan seawal umur 4 tahun. Justeru itu pembentukan kurikulum dan modul pendidikan

seks perlu melibatkan semua pihak agar kefahaman mengenainya dapat disebarkan dan dapat

mengelakkan tanggapan negatif mengenainya.

2.0 Pendidikan seks

Pendidikan seks adalah proses memberi pengajaran, kesedaran dan penerangan

tentang masalah-masalah seksual kepada anak bermula dari masa anak tersebut memahami

tentang masalah berkenaan seks, naluri perkahwinan sehinggalah mereka dewasa serta dapat

memahami urusan kehidupan serta memahami persoalan-persoalan yang dihalalkan dan yang

diharamkan dalam Islam (Abdullah Nasih Ulwan, 2002). Menurut pandangan Islam manusia

yang dilahirkan di dunia ini telah dibekali dengan berbagai fitrah termasuk fitrah seks (Hanafi

Mohamed, 1994). Fitrah manusia terhadap seks adalah salah satu fitrah yang terpendam yang

ada dalam diri manusia yang dibawa sejak lahir. Seks dikenali sebagai nafsu syahwat iaitu

suatu kekuatan pendorong hidup yang dimiliki oleh manusia secara fitrah dan ianya

merupakan kekuatan naluri yang paling dominan. Ini dapat dilihat dalam Al- Quran yang

telah menjelaskan bahawa keinginan utama dan pertama seseorang manusia lelaki adalah

wanita. Kenyataan ini disokong oleh firman Allah yang bermaksud seperti berikut:

“ Dihiaskan kepada manusia mencintai syahwat(keinginan nafsu) seperti wanita-wanita, anak-anak dan harta-benda yang banyak dari emas, perak, kuda yang bagus, binatang ternakan dan tanam-tanaman. Demikian itulah kesukaan hidup di dunia dan di sisi Allah tempat yang sebaik-baiknya.” ( Ali-Imran: 14 )

Page 5: Pendidikan seks

Secara fitrahnya naluri seks manusia berkembang dalam usia tertentu iaitu bagi lelaki

naluri seksnya timbul dalam lingkungan umur 16 tahun manakala perempuan pula dalam

lingkungan 12 tahun. Ini menunjukkan dalam hayat manusia, dorongan seksual memuncak

pada peringkat zaman remaja. Kejahilan umat manusia melestarikan keinginan dan

keperluan seksual akan menimbulkan berbagai gejala yang menyeleweng dan bertentangan

dengan ajaran Islam seperti hubungan seks sebelum kahwin, pelacuran, kehamilan luar nikah

dan lain-lain lagi. Justeru itu dalam hal ini pendidikan seks kepada golongan remaja amat

penting untuk membimbing mereka ke jalan yang betul menurut syariaat agama Islam. Islam

memandang pendidikan seks secara universal di mana pendidikan seks adalah sebahagian

daripada pendidikan akhlak iaitu mendidik manusia supaya mematuhi segala perintah dan

sebaliknya menjauhi larangan Allah. Jelas di sini Islam mementingkan pendidikan seks

kepada anak-anak agar mereka dapat membina peribadi sebagai insan yang mulia dan

mengelakkan penyelewengan dalam hal-hal berkaitan seks. Pandangan Islam ini adalah

universal di mana ia adalah sejajar dengan pandangan agama-agama lain tentang pendidikan

seks.

Pengetahuan mengenai akil baligh dan perkembangan seksualiti adalah penting untuk

kesejahteraan dan perkembangan remaja secara positif dan sihat. Menurut Winn, Roker dan

Coleman, (1998) terdapat empat kepentingan pengetahuan berkaitan seksualiti di kalangan

remaja iaitu:

i. pengetahuan amat penting untuk penyesuaian psikologikal semasa remaja kerana

mengetahui perubahan yang terjadi pada tubuh badan sendiri membolehkan remaja membuat

penyesuaian diri.

ii. Pengetahuan adalah menjadi pra-syarat untuk tingkah laku yang selamat di mana remaja

patut tahu cara melindungi diri daripada sebarang ancaman.

Page 6: Pendidikan seks

iii. Memahami apa yang diketahui oleh remaja tentang akil baligh dan perkembangan seksual

amat penting untuk merekabentuk dan menilai program pendidikan seks di sekolah.

iv. Pengetahuan penting kerana ia membolehkan remaja mengetahui apa yang berlaku dalam

dunia seksualiti remaja.

Pendidikan seks perlu didedahkan kepada anak atau murid bagi memperlihatkan nilai

akhlak yang terkandung di dalamnya dan institusi yang boleh menerapkan nilai ini adalah

keluarga dan sekolah (Raja Yusoff Ariffin, 2005). Justeru itu ibu bapa dan guru memainkan

peranan penting sebagai agen penyampai maklumat kepada anak atau murid. Setiap ibu bapa

dan guru perlu melengkapkan diri dengan ilmu berkaitan seksualiti agar mereka lebih yakin

dan bersedia dalam menjalankan tugas mendidik.

Menurut Haffner (1992), pendidikan seks telah mula wujud pada tahun 1880- an di

Amerika Syarikat . Sekitar tahun 1900-an antara aspek pendidikan seks yang diperkenalkan

ialah kepentingan kebersihan seksual dan persediaan untuk perkahwinan dan menjadi ibu

bapa. Seterusnya pada sekitar tahun 1919 pengajaran dan pembelajaran pendidikan seks telah

dimulakan di sekolah-sekolah. US Public Health Services melabelkan pendidikan seks untuk

sekolah sebagai suatu keperluan yang mendesak dan pada tahun 1953 American Medical

Association dan American Education Association menerbitkan lima risalah dalam siri

pendidikan seks. Tahun 1980 an dunia dikejutkan dengan sindrom kurang daya tahan

penyakit (AIDS) menyebabkan keperluan terhadap pendidikan seks semakin meningkat.

Pada ketika ini negara-negara Barat seperti Amerika dan United Kingdom telah menjalankan

proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan seks secara formal bermula dari peringkat

sekolah rendah.

The Planned Parenthood Federation of America (PPFA) telah menggesa pendidikan

seks dijalankan di sekolah sejak tahun 1970. Pada tahun 1986 kenyataan dikeluarkan oleh

presiden persatuan tersebut supaya pendidikan seks dijalankan bermula dari peringkat tadika

Page 7: Pendidikan seks

(lizditz.typepad.com, 2006). Di Britain pula satu forum diadakan di mana hasilnya ibu bapa,

guru dan pekerja kesihatan mahu murid-murid menerima pendidikan seks yang berkesan di

sekolah dengan mencakupi aspek nilai moral dan kepercayaan (BBC News, 2006).

Pendidikan seks diwajibkan sebagai sebahagian daripada PSE iaitu Personal and Social

Education dalam kurikulum kebangsaan Britain. Subjek pendidikan seks di Singapura juga

telah dijalankan secara formal di sekolah sebagai satu subjek berasingan. Bagi murid Islam

di Singapura yang mengikuti pendidikan agama di masjid atau pusat swasta , mereka

mendapat sebuah buku teks pendidikan seks yang dikategorikan sebagai X-rated . Buku ini

digubal sebagai sebagai satu bahagian dalam kurikulum sekolah agama (www.adnki.com,

2006).

Tinjauan yang dijalankan melalui internet pada tahun 2005 ke atas 317,000 responden

daripada 41 buah negara menunjukkan kebanyakan orang mahu pendidikan seks dimulakan

pada umur 11.7 tahun dan umur purata orang mula menerima pendidikan seks ialah 13.2

tahun (Durex, 2006). Menurut tinjauan itu responden Malaysia adalah yang ke empat dari 41

negara yang paling lewat menerima pendidikan seks iaitu pada usia 14.9 tahun. Tinjauan bagi

cara-cara untuk meningkatkan kesedaran tentang seks menunjukkan responden Malaysia

mahukan kerajaan melaburkan wang untuk pendidikan seks (31 %), bahan pengajaran

disediakan di sekolah (36 %) dan perbincangan tentang seks yang selamat (22 %).

Berdasarkan tinjauan ini penulis berpendapat rakyat Malaysia mahukan pendidikan tentang

seksualiti dan pendidikan seks dijalankan di sekolah.

Kurikulum dan modul pendidikan seks yang khusus untuk murid bermasalah

pembelajaran perlu disediakan bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran

pendidikan seks. Mendidik dan berbincang tentang seksualiti anak-anak remaja yang normal

adalah sukar kerana ibu bapa mungkin kurang arif dalam aspek bahasa yang patut digunakan

atau alat bantu mengajar dan sumber yang mana sesuai digunakan. Apatah lagi bila

Page 8: Pendidikan seks

berhadapan dengan anak-anak bermasalah pembelajaran. Begitu juga bagi guru-guru kerana

mendidik murid bermasalah pembelajaran adalah sangat mencabar. Menurut Hallahan dan

Kauffman (1986), guru-guru ini mesti ada kemahiran dalam bidang pengajaran seperti

strategi pengajaran untuk murid yang terdiri daripada pelbagai jenis ketidakupayaan,

pengurusan tingkah laku murid, penggunaan teknologi dan juga pengetahuan tentang undang-

undang murid berkeperluan khas.

2.1 Pendidikan seks dan di Malaysia

Pendidikan seks di Malaysia setakat ini telah dijalankan secara merentasi kurikulum

dalam beberapa matapelajaran. Buat masa ini belum ada kurikulum atau modul pendidikan

seks yang khas disediakan sebagai panduan guru-guru. Namun begitu dalam mata

matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan terdapat banyak aspek pendidikan seks

yang diterapkan seperti isu perkahwinan, peranan dan tanggungjawab dalam keluarga, isu-isu

remaja seperti pembuangan bayi, isu-isu kekeluargaan, seks abnormal, penyakit kelamin dan

lain-lain.

Pada tahun 2003, Persekutuan Persatuan-Persatuan Perancang Keluarga Malaysia

telah menyediakan Modul Kesihatan Reproduktif Remaja dengan dibiayai oleh United Nation

Population Fund (UNFPA). Kementerian Pendidikan Malaysia turut menyokong modul ini

yang digunakan untuk memantapkan Program Pendidikan Kesihatan Keluarga. Modul ini

disediakan khusus untuk golongan pendidik dan jurulatih termasuk pendidik rakan sebaya di

Persatuan-Persatuan Perancangan Keluarga Negeri dan agensi-agensi kerajaan serta bukan

kerajaan yang terlibat menggalakkan kesihatan, tumbesaran dan perkembangan positif

remaja. Modul ini terdiri daripada dua komponen iaitu Manual Jurulatih dan panduan

jurulatih. Modul Kesihatan Reprodudktif Remaja ini didapati tidak meliputi perspektif Islam

Page 9: Pendidikan seks

termasuk pengaruh yang khusus dalam akil baligh dan tumbesaran, pendidikan seksualiti

serta larangan pengamalan seks sebelum perkahwinan.

Senario di Malaysia menunjukkan bahawa golongan remaja bukan sahaja terlibat

dalam gejala sosial malah turut terdedah kepada penganiayaan seksual di mana mengikut

perangkaan Polis Diraja Malaysia pada tahun 2005 menunjukkan dari tahun 2000 hingga

2004 terdapat sejumlah 11, 596 kes rogol di mana mangsa rogol kebanyakannya iaitu lebih

50 peratus adalah gadis di bawah umur enam belas tahun. Kes sumbang mahram juga

semakin meningkat dari tahun 2000 hingga tahun 2004 iaitu berjumlah 1353 kes.

Kebanyakan mangsa dalam kes ini adalah yang berumur awal remaja. Pada saat ia terjadi

mereka tidak menyedari atau tahu itu ialah satu kesalahan yang dinamakan sumbang mahram.

Akibatnya ada yang mendiamkan diri dan berusaha melupakankannya, namun lazimnya

insiden sumbang mahram ini akan berulang (Siti Zubaidah Ismail & Muhamad Zahiri Awang

Mat, 2005).

Menurut Lee dalam Gubhaju (2002), dapatan kajian ke atas remaja di Malaysia yang

berumur antara 13 hingga 19 tahun menunjukkan bahawa 40 % responden telah mula keluar

berpacaran dengan pasangan pada seawal umur 13 tahun. Pada umur 18 tahun, 84 % sudah

mula berpegangan tangan, 85 % bercium dan mencium leher dan 83 % meraba. Manakala

dalam tinjauan ke atas isirumah, 1 % mengaku telah mengadakan hubungan seks sementara

dalam tinjauan media mendapati 24 % telah mengadakan hubungan seks di mana 18.4 %

daripadanya mula mengadakan hubungan seks semasa berumur antara 15 hingga 18 tahun.

Menurutnya lagi dalam satu kajian lain didapati 45 % responden berumur 15 hingga 21 tahun

telah mula keluar berdua-duaan dan 9% dilaporkan telah mengadakan hubungan seks

sebelum kahwin.

Kajian yang dijalankan oleh Lembaga Penduduk Dan Perancang Keluarga Negara

(LPPKN) menunjukkan 80 % remaja berumur 13 hingga 18 tahun telah terdedah kepada

Page 10: Pendidikan seks

bahan lucah . Sebanyak 50% remaja berumur antara 13 hingga 15 tahun mengaku telah

membaca buku lucah dan 44 % lagi mengaku telah melihat bahan lucah seperti majalah dan

menonton video lucah (Utusan Malaysia, 1996). Seks merupakan bidang yang amat popular

di kalangan pengguna internet (Ahmad Rizal, 2005). Mereka yang melayari internet terdiri

daripada pelbagai peringkat umur termasuk remaja. Ini kerana capaian ke laman web

berkaitan seks amat mudah dan pantas. Hal ini menjadi serius bila banyak masalah sosial

wujud akibat pengaruh laman web berunsurkan seks.

Seksualiti adalah suatu perkara yang integral dan merupakan bahagian pengalaman

semulajadi manusia di mana ianya bermula sejak lahir hingga ke hari tua seseorang.

Seksualiti bukan hanya sekadar membicarakan hal-hal tentang hubungan seks sahaja. Ia

merangkumi aspek yang lebih luas seperti perkembangan fizikal dan akil baligh,

perkembangan emosi, perhubungan dengan rakan berlainan jantina, keintiman dan perasaan

kasih sayang serta lain-lain lagi. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa

persoalan mengenai seksualiti anak-anak menjadi suatu cabaran yang besar. Ramai ibu bapa

atau penjaga bimbang mengenai keselamatan anak kurang upaya kerana mereka lebih

berisiko menghadapi penganiayaan seksual. Anak-anak ini juga akan mengalami perubahan

fizikal dalam mencapai akil baligh. Pengetahuan mengenai seksualiti dapat membantu dalam

memahami dan menangani tingkah laku seksual anak-anak istimewa dan memberi ruang

untuk berbincang mengenai perasaan dan tingkah laku seksual bila ianya berlaku. Adalah

penting untuk memastikan anak-anak menerima mesej yang positif tentang seksualiti. Ibu

bapa dan sekolah terutamanya guru boleh bersama-sama dalam usaha memperkenalkan isu

seks ke arah yang positif.

Page 11: Pendidikan seks

2.2 Pendidikan seks daripada aspek agama

Menurut dali-dalil syara’ dalam Islam hukum menyampaikan atau berterus terang

dengan anak-anak berkaitan seks dan keinginan batin adalah harus. Di dalam al-Quran pula

terdapat hukum halal atau haram atau perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan ketika

memuaskan batin atau syahwat (Abdullah Nasil Ulwan, 2002). Menurut beliau lagi

pendidikan seks boleh berjaya dengan pengawasan dan pemerhatian pendidik dan pengisian

masa lapang anak-anak dengan perkara yang berfaedah.

Antara ayat-ayat al-Quran yang berkaitan seksualiti ialah :

Al-mukmininun : ayat 5 – 7

“ Dan yang menjaga kehormatannya (tidak melepaskan syahwat). Melainkan kepada

isterinya atau kepada kepunyaan tangan kanannya. Maka sesungguhnya mereka itu tiada

tercela. Tetapi orang-orang yang mencari selain dari itu, maka merekalah orang-orang

yang melanggar batas.”

Al-Baqarah : ayat 222

“ Mereka menanyakan kepada engkau tentang haid (kedatangan bulan bagi perempuan).

Katakan : itu agak kotor sebab itulah, jarakilah perempuan itu selama masa haid dan

janganlah dekati mereka sebelum suci. Dan bila mana mereka telah mensucikan diri

darinya, datangilah mereka sebagai yang diperintahkan Allah kepadamu; sesungguhnya

Allah itu menyukai orang-orang yang kembali (taubat) kepadaNya dan Tuhan menyukai

orang-orang yang membersihkan diri”.

Page 12: Pendidikan seks

Al-Dahr : ayat 2

“Sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu dari setitis air mani yang bercampur.

Kami akan mengujinya, lalu dia Kami jadikan orang yang dapat melihat dan mendengar.”

Al-Isra : ayat 32

“ Dan janganlah kamu dekati perzinaan kerana sesungguhnya perzinaan itu perbuatan

yang keji dan jalan yang salah.”

An-Nur : ayat 3

“ Laki-laki yang berzina hanya mengahwini perempuan yang berzina(pula) atau

perempuan yang musyrik. Dan perempuan yang berzina hanya dikahwini oleh laki-laki

yang berzina atau laki-laki musyrik. Dan yang demikian itu dilarang untuk orang-orang

yang beriman.”

Al-A’raf : ayat 80-81

“ Dan Kami mengutus Luth. Ingatlah ketika dia mengatakan kepada kaumnya. Mengapa

kamu kerjakan kekejian (pelanggaran kesopanan) yang belum pernah diperbuat oleh

seorang pun dari bangsa-bangsa. Bahawa kamu melepaskan syahwatmu kepada orang

laki-laki, bukan kepada perempuan. Bahkan kamu ini kaum yang melampaui batas.”

Berdasarkan ayat-ayat al-Quran di atas jelas menunjukkan Islam mementingkan adab

dan tata susila dalam merealisasikan naluri seks manusia. Islam memberikan panduan

mengenai seksualiti yang boleh didapati daripada al-Quran dan Sunnah Rasulullah.

Page 13: Pendidikan seks

Sebenarnya pendidikan seks telah diterapkan dalam ajaran agama Islam sejak dari awal

kejadian manusia lagi. Umat Islam dibimbing dari pelbagai aspek seksualiti bertujuan

melahirkan insan yang baik akhlak dan budi pekerti dengan mengerjakan segala perintah

Allah dan menjauhi segala laranganNya.

Dari sudut agama Kristian terdapat beberapa pernyataan berkaitan seks seperti:

Sex used to be the glue that held our marriages togethers ( 1 Corinthians 7 : 5)

A Christian’s body belongs to God ( 1 Corintihians 6:19), and He will send

fornicators to hell ( 1 Corinthians 6:9-10)

Because if you rebel against God, he will allow you to become possessed by urges

that will enslave you ( Romans 1 : 28 – 32)

Because if you allow your nature to rule, you will receive back like a growing cancer,

sickness and pain (Galatians 6: 7-8)

Because you are made in the image of God and as such have power to stop the curse

that possess our dying nation. When you received the Holy Spirit at salvation, He

gave you strength and wisdom to overcome the world and it’s lusts ( 1 Johan 4:)

Because God put sexual power in you to help you fall in love and stay in love with

your future spouse and create and mentor a healthy family.

Because satan uses that same sexual power to enslave and destroy the lives of the

foolish

(dipetik dari :http://www.christianebooks.com/christiansexeducation.htm)

Kesimpulannya menurut ajaran Kristian, seks adalah anugerah Tuhan untuk cinta

sejati dan kejujuran. Seks dilihat sebagai agen yang dapat mengukuhkan sesuatu perkahwinan

atau sebaliknya sebagai asid yang memusnahkannya. Naluri anugerah tuhan ini perlu

dihormati dan dilindungi dengan kata lain seks di luar perkahwinan adalah dilarang. Seks

Page 14: Pendidikan seks

dicipta Tuhan untuk mengekalkan keseronokan dan keindahan sesuatu perkahwinan. Seks

bukan semata-mata tindakan atau hubungan fizikal tatapi merangkumi satu set pemikiran,

hati, keluarga dan masyarakat. Jadi sepatutnya remaja perlu menjauhi amalan seks yang salah

seperti hubungan seks sebelum kahwin.

Penulis menyimpulkan bahawa ajaran agama adalah untuk membawa kebaikan

kepada semua penganutnya. Jelas menunjukkan seks sebelum kahwin adalah dilarang kerana

darinya akan wujud pelbagai masalah sosial seperti kehamilan luar nikah dan pembuangan

bayi. Pendidikan seks adalah penting untuk membimbing manusia dalam melayari kehidupan

yang penuh godaan dan cabaran. Panduan dan bimbingan agama dalam aspek seksualiti dapat

membantu manusia menangani naluri seks mengikut cara yang betul seterusnya dapat

mengelakkan perkara-perkara yang buruk seperti masalah sosial yang berlaku sekarang.

Namun jika manusia membelakangkan agama dan tidak menerapkan nilai-nilai murni

dalam melestarikan naluri seks mereka, nescaya mereka akan terjerumus dalam pelbagai

masalah sosial. Sebab itulah pendidikan seks yang berasaskan nilai lebih baik berbanding

pendekatan yang bebas dari nilai. Ini kerana pemikiran remaja yang masih belum sepenuhnya

dapat membezakan baik atau buruk sesuatu perkara memerlukan bimbingan dan panduan.

Tambahan lagi dengan pengaruh rakan sebaya, media dan persekitaran menguatkan lagi

sebab kenapa mereka ini perlu diberikan panduan dai aspek agama dan nilai.

2.3 Pendidikan seks remaja bermasalah pembelajaran

Kanak-kanak khas bermasalah pembelajaran di Malaysia adalah daripada kategori

Sindrom Down, Autisme ringan, Attention Deficit Hyperactive Disorder, terencat akal

minimum dan bermasalah pembelajaran spesifik seperti Disleksia. Kementerian Pelajaran

Malaysia bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan pendidikan bagi golongan murid ini

dengan kerjasama Kementerian Kesihatan, dan Kementerian Perpaduan Negara dan

Page 15: Pendidikan seks

Pembangunan Masyarakat. Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran

menunjukkan masalah tingkah laku, masalah neurologikal, fizikal, psikologikal dan masalah

persekitaran.

Penekanan diberikan kepada perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek supaya

murid khas dapat memaksimumkan pencapaian bagi membolehkan mereka mendapat

pekerjaan dan hidup berdikari. Program yang dijalankan adalah berdasarkan Akta Pendidikan

1996, Bab 8, Akta Pendidikan Pindaan (2002) dan keputusan Jawatankuasa dari

Kementerian atau Jabatan yang terlibat di Malaysia. Program PKBP di Malaysia juga

mengambilkira dasar-dasar peringkat antarabangsa meliputi :

United Nation’s World Programme of Action Concerning Disabilities Person (1983)

The World’s Declaration on Education for All (1990)

The United Nation’s Standard rules on The Equalisation of Opportunities for Person with

disabilities (1983)

The Framework for Action on Special Needs Education ( Salamanca Statement) 1994

Biwako Millennium Framework for Action towards an Inclusive Barrier Free and Rights-

Based Society for Person with Disabilities in Asia and in Pacific (2002)

( dipetik dari : Buku Maklumat Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Khas, 2005)

Penubuhan Program Pendidikan Khas adalah selaras dengan Akta Pendidikan 1996

di mana murid-murid berkeperluan khas berhak mengikuti dan menerima pendidikan

bersesuaian dengan keperluan mereka. Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997,

mengkategorikan murid pendidikan khas Kementerian Pelajaran sebagai murid yang

mempunyai masalah deria atau kognitif atau kedua-duanya iaitu :

i. penglihatan

ii. pendengaran

Page 16: Pendidikan seks

iii. pembelajaran ( yang boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain)

Murid dengan masalah penglihatan dan pendengaran umumnya mempunyai

keupayaan kognitif yang normal dan boleh mengikuti Kurikulum Kebangsaan dengan

beberapa perubahan dibuat selaras dengan keadaan kecacatan yang dihadapi oleh mereka.

Bagi murid bermasalah pembelajaran pula mereka ini mempunyai keupayaan kognitif yang

jauh lebih rendah daripada murid biasa. Berasaskan model perubatan, murid bermasalah

pembelajaran KPM adalah terdiri dari Sindrom Down, Autistik ringan, kurang upaya mental

minimum dan bermasalah pembelajaran spesifik dan/atau bermasalah tingkah laku.

Dalam konteks Malaysia murid bermasalah pembelajaran yang ditempatkan dalam

Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP), Kementerian Pelajaran

Malaysia adalah dari kategori Sindrom down, autisme ringan, Attention Deficit Hyperactive

Disorder, terencat akal minimum dan bermasalah pembelajaran spesifik seperti disleksia.

Murid-murid ini mengikuti kurikulum alternatif yang dibentuk untuk memenuhi keperluan

golongan ini iaitu menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui melalui proses

pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel untuk memenuhi keperluan individu dengan

pelbagai tahap keupayaan ke arah kehidupan bermakna.

Kurikulum alternatif untuk murid berkeperluan khas dibina dengan rekabentuk yang

fleksibel dan berlandaskan tiga konsep utama iaitu:

1. pendidikan menyeluruh dan bersepadu bertujuan memberi fokus kepada potensi

individu meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan social

2. Pembelajaran yang menggembirakan dan bermakna merujuk kepada proses

pengajaran dan pembelajaran yang meransang dan mengekalkan minat murid.

Suasana pembelajaran yang kondusif perlu diberi penekanan agar murid dapat

menguasai pengetahuan dan kemahiran yang boleh digunakan untuk keperluan diri

Page 17: Pendidikan seks

dan kehidupan bermasyarakat. Ini dapat melahirkan murid yang berkeyakinan dan

berfikiran terbuka

3. Pendidikan sepanjang hayat merupakan pemerolehan ilmu pengetahuan dan

kemahiran di alam persekolahan yang dapat menjana peluasan ilmu secara berterusan

untuk digunakan dalam kehidupan seharian.

Prinsip-prinsip di atas perlu dilaksanakan melibatkan tiga aspek iaitu pembelajaran,

pendekatan pembelajaran dan pengajaran, dan penilaian berteraskan kepada keperluan

individu. Perhubungan antara ketiga-tiga aspek ini adalah bersifat interaktif dan dalam

keadaan fleksibel di mana bentuk pengajaran adalah tidak terikat dan boleh dibentuk

mengikut keperluan murid yang berbeza. Aktiviti pembelajaran dan pengajaran boleh

dibentuk mengikut keperluan murid melalui empat bidang iaitu :

i. bidang pengurusan kehidupan, ( komponen – pengurusan diri, kemahiran manipulatif,

pengurusan tingkah laku dan kemahiran hidup)

ii. bidang akademik berfungsi, ( komponen- Bahasa Melayu, Matematik , Bahasa Inggeris,

Teknologi Maklumat dan Komunikasi)

iii.bidang kerohanian dan niali-nilai murni dan ( Komponen – pendidikan agama Islam dan

pendidikan Moral)

iv. bidang sosial, riadah dan kreativiti ( komponen- Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni,

Pendidikan Muzik, gerakan dan drama, Pendidikan sains, Sosial dan alam sekitar

Elemen pendidikan seks diterapkan dalam ke empat-empat bidang ini di mana

pelaksanaannya bergantung sepenuhnya kepada kemahiran guru dalam menyampaikan

pengajaran. Namun begitu guru-guru ini tidak menerima sebarang latihan khusus tentang

strategi pengajaran pendidikan seks semasa dalam latihan perguruan. Melalui tinjauan awal

Page 18: Pendidikan seks

penulis didapati sumber maklumat berkaitan pendidikan seks yang khusus kepada golongan

remaja bermasalah pembelajaran juga kurang.

Sepertimana remaja normal, remaja kurang upaya termasuk golongan bermasalah

pembelajaran tidak terkecuali daripada masalah-masalah seksualiti. Menurut Schloss, Smith

& Schloss (1995) isu berkaitan seksualiti mesti diberi pertimbangan yang sewajarnya bagi

remaja kurang upaya disebabkan peluang untuk peluahan seksual terhad kerana kekurangan

kemahiran interpersonal, kekurangan sumber, dan tiada model yang bersesuaian untuk

menunjukkan tingkah laku yang dapat diterima. Beberapa kajian menunjukkan berlakunya

penderaan seksual di kalangan golongan bermasalah pembelajaran dan sebaliknya mereka

juga boleh menjadi pesalah seks di mana mereka melakukan salahlaku seksual ke atas rakan-

rakan kurang upaya yang lain .

Menurut laporan Family Planning Queensland (2005) kajian terhadap masyarakat

Australia mendapati orang kurang upaya menghadapi 3 hingga 7 kali risiko menjadi mangsa

penganiayaan seksual di mana 54 % lelaki dan 50 % perempuan cacat pendengaran

mengalami penganiayaan seksual. Sebanyak 39% orang dengan kepelbagaian ketidakupayaan

mengalami penganiayaan seksual. Kajian oleh Zuria Mahmud dan Norshidah Mohd Salleh

(2004) menunjukkan masalah tingkah laku seksual murid berlaku di kalangan murid khas .

Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran, PKBP ditubuhkan di sekolah harian

biasa dengan berkongsi bangunan serta kemudahan infrastruktur yang sama. Secara tidak

langsung tingkah laku seksual remaja PKBP akan memberi kesan bukan sahaja kepada guru

khas malah turut melibatkan warga sekolah yang lain

Pendidikan seks juga merupakan satu cabang ilmu pengetahuan yang perlu diberi

mengikut kesesuaian individu tetapi tidak ada suatu kurikulum atau modul pendidikan seks

yang disediakan khas untuk golongan remaja bermasalah pembelajaran. Tidak hairanlah

wujudnya masalah tingkah laku berkaitan seksualiti di kalangan remaja ini akibat peluang

Page 19: Pendidikan seks

mendapat pengetahuan yang terhad berkaitan seksualiti dan kurangnya didikan tentang

seksualiti yang tersusun sejak awal persekolahan.

Rekabentuk model kurikulum yang dibina untuk murid-murid bermasalah

pembelajaran adalah bersifat fleksibel bagi membolehkan guru mengembangkan bakat dan

potensi sedia ada murid. Namun dalam hal pendidikan seks, guru-guru ini tidak dilengkapkan

dengan teknik atau strategi pengajaran pendidikan seks apatah lagi sumber-sumber untuk

menyampaikan maklumat tentang seksualiti juga agak terhad. Keadaan ini akan menggugat

keberkesanan dalam penyampaian maklumat berkaitan seksualiti. Ini di sokong oleh dapatan

kajian Zuria Mahmud dan Norshidah Mohamad Salleh, (2004) iaitu antara cabaran yang

dihadapi oleh guru khas ialah sukar mengawal tingkah laku seksual murid, kurang

pengetahuan dan kemahiran berkaitan murid khas kerana tiada kursus atau latihan tertentu

dan kurangnya alat bantu mengajar yang sesuai dengan murid berkeperluan khas.

Guru atau pendidik bagi pendidikan seks yang berkesan mestilah seorang yang

percaya dengan program tersebut dan menerima latihan yang mencukupi. Latihan pula perlu

diberi bukan sahaja tentang program pendidikan seks tetapi turut merangkumi strategi

pengajaran (Kirby dalam WHO, 2001). Menurut Kamn dalam WHO (2001) , kajian

menunjukkan latihan guru untuk pelaksanaan kurikulum baru secara positifnya akan memberi

kesan kepada kesediaan guru untuk mengajar seterusnya memberi kesan yang positif juga

terhadap pelaksanaan kurikulum dan hasil pembelajaran murid. Namun terdapat halangan-

halangan kepada kejayaan pendidikan seks iaitu kekurangan infrastruktur untuk latihan guru

dan kurangnya bahan pengajaran yang berkualiti. Dapatan ini disokong oleh James-Traore,

Finger , Ruland dan Savariaud (2004) di mana kajian mendapati latihan guru mempengaruhi

sikap guru terhadap pendidik seks secara positif. Menurut mereka kajian ke atas 35 orang

guru di Thailand yang menerima latihan menujukkan tahap pengetahuan yang lebih baik dan

sikap yang positif terhadap pendidikan seks.

Page 20: Pendidikan seks

Menurut WHO (2001) penilaian terhadap pendidikan yang professional menunjukkan

latihan kepada guru mesti disusuli dengan kaedah mengajar dan sokongan dari segi teknikal

untuk memberi kesan dalam pengajaran dalam bilik darjah. Guru yang terlatih dapat

melaksanakan pendidikan seks dari segi kandungan pelajaran dengan efektif dan kaedah

pengajaran yang berkualiti. Di samping kelayakan profesional, guru juga perlu ada sifat-sifat

yang tertentu bagi menjayakan pendidikan seks kerana peranannya sebagai role-model, orang

yang berkemahiran dan cekap, boleh dipercayai dan boleh mengakses sumber serta sokongan.

Oleh itu guru perlu ada pengetahuan yang tepat dan selesa dalam membincangkan perkara-

perkara berkaitan seksualiti.

3.0 Penutup

Sejak kebelakangan ini isu pendidikan seks menjadi isu yang penting di mana

menurut Rowe dan Savage, (1987) perhatian turut diberikan kepada golongan yang

mengalami masalah ketidakupayaan mental yang diberi perakuan mempunyai hak berkaitan

seksualiti. Pendidikan seks adalah penting untuk perkembangan remaja dalam menyiapkan

diri mereka menghadapi pelbagai cabaran masa depan apatah lagi bagi golongan remaja

bermasalah pembelajaran yang memerlukan lebih bimbingan disebabkan ketidakupayaan

mereka dalam aspek kognitif atau keupayaan mental yang lebih rendah.

Aspek amalan yang baik dalam pendidikan seks menurut The Working Group of sex

education in Scottish schools (2002) ialah mengambilkira pendapat ibu bapa, guru dan

masyarakat dan pembinaan program pendidikan secara menyeluruh dengan komitmen semua

pihak. Garis panduan tentang kurikulum pendidikan seks mesti jelas dengan sumber-sumber

yang bersesuaian mengikut acuan budaya Timur serta dapat diakses oleh para guru dan ibu

bapa kerana dalam pendidikan khas kolaborasi antara ke dua pihak ini dapat menentukan

kejayaan sesuatu program. Pendidikan seks harus dimulakan dari peringkat awal kanak-kanak

Page 21: Pendidikan seks

mengikut topik-topik yang bersesuaian dan mesti ada kesinambungan pengajaran dan

pembelajaran antara pihak ibu bapa dan guru.

Justeru itu kedua-dua pihak ibu bapa dan guru perlu mendalami kurikulum pendidikan

seks dengan mengambilkira elemen agama dan budaya agar tidak timbul salah faham

mengenai konsep pendidikan seks. Menurut Scottish Executive, (2000) di Scotland

pendidikan seks dilihat sebagai satu elemen dalam pendidikan kesihatan dalam konteks yang

lebih luas di mana ianya menyumbang kepada perkembangan fizikal, emosi, moral dan

rohani. Mereka juga menyarankan pendidikan seks dimulakan pada peringkat awal kanak-

kanak oleh ibu bapa dan penjaga dan berterusan hingga memasuki sekolah mengikut

kesesuaian. Pendidikan seks yang diterapkan mesti berlatar belakangkan budaya dan agama

terutamanya dalam konteks Malaysia yang berbilang agama, bangsa dan budaya seiring

dengan prinsip Rukun Negara.

Pendidikan seks adalah penting untuk kesejahteraan remaja khasnya remaja

bermasalah pembelajaran. Kurikulum dan modul pendidikan seks yang khusus kepada

golongan ini perlu dibina dan dimandatkan agar semua pihak tidak ambil lewa dalam proses

penyampaian maklumat seksualiti kepada remaja. Kurikulum ini tidak semestinya dijadikan

satu matapelajaran tetapi boleh dijadikan sebagai salah satu topik dalam matapelajaran yang

sedia ada. Matapelajaran yang sesuai bagi penulis ialah pendidikan agama dan moral kerana

pendidikan seks yang dijalankan secara mengasingkan agama menunjukkan kegagalannya

mencapai matlamat seperti di Amerika Syarikat.

Dalam pembentukan kurikulum atau modul ini, pihak penggubal dasar perlu

melibatkan wakil-wakil guru, ibu bapa, pakar agama dan para professional dalam bidang

pendidikan khas. Pandangan guru dan ibu bapa amat penting kerana mereka yang terlibat

secara langsung dalam pendidikan anak-anak atau murid bermasalah pembelajaran.

Page 22: Pendidikan seks

Kurikulum yang dibina perlu dihebahkan kepada masyarakat agar tidak timbul lagi salah

faham tentang pendidikan seks.

RUJUKAN

http://www.adnki.com. , (2006). Singapore : Islamic Sex Education Textbook Launched. Dipetik pada 5.4.2006

www.psyking.net/id.htm , (2006). Adolescence; Overview, History, theories dipetik pada

27.1.2006

http://www.christianebooks.com/christiansexeducation.html. , (2006). Become A Chaperone ; Sex Education For Christians Kids in Public Schools. Dipetik pada 5.4.2006

http://lizditz.typepad.com , (2006). Speak Of Dreams : Making Shools Safe For Christians. Dipetik pada 5.4.2006

68,000 bayi luar nikah. Kosmo. 17.4.2006

Abdullah Nasih Ulwan (2002). Pendidikan Anak Menurut Islam. Edisi 9, Jilid 2 (Terjemahan Syed Ahmad Semait). Pustaka Nasional Pte. Ltd. : Singapura

Ahmad Rizal Mohd Yusof, (2005). Internet dan Seks . Seminar Seksual Kebangsaan 2005, 30hb Julai 2005. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya : Kuala Lumpur

BBC News ,(2006). Schools Urged To Tell Children More About Sex. UK

Durex (2005). Sex survey 2005. dipetik pada 18.4.2006 dari www.durex.com

Family Planning Queensland, (2005) Sexuality and Disability Workbook . FPQ : Australia

Gubhaju, B. B. (2002). Adolescent Reproductive Health in Asia. Asia-Pacific population Journal 17 (4) : 97-108

Haffner, D. W. (1992). Sexuality Education In Public schools. The Education Digest, September 1992

Hallahan, D. P & Kauffman, J. M. (1986). Exceptional learners. Allyn & Bacon :Boston

Hanafi Mohamad, (1994). Kefahaman Dan Pendidikan Seks Dalam Islam. Dinie Publisher : Kuala Lumpur.

James-Traore, T. A., Finger, W., Ruland, C. D. & Savariaud, S. (2004). Teacher training : essential for school-based reproductive health and HIV/AIDS education, Focus on Sub-Saharan Africa. Youth Issues : Paper 3, Family Health International, Youthnet Program, USA

Page 23: Pendidikan seks

Kementerian Pelajaran Malaysia, (2005). Buku Maklumat Pendidikan Khas Jabatan pendidikan Khas,

Kementerian Pendidikan Malaysia, (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah rendah dan Menengah. Jabatan Pendidikan Khas,

Persekutuan Persatuan- persatuan Perancangan Keluarga Malaysia, (2003) Modul Kesihatan Reproduktif Remaja. FFPAM: Malaysia

Rahil Mahyuddin, Marina Chong Abdullah & Habibah Elias, (2000). Psikologi Kanak-kanak dan Remaja. McGraw-Hill companies (Malalaysia) Sdn. Bhd.

Raja Yusoff Ariffin, (2000). Konsep Pendidikan Seks Dalam Islam. Dipetik dari (12.2.2006) http://websekolah.bharian.com.my

Rowe, W. S. & Savage, S. (1987). Sexuality and The Developmentally Handicapped. A Guidebook for Health Care professionals. The Edwin Mellen Press: New York

Santrock, J. (2000). Adolescence 6th Edition. Mc Graw-Hill. USA

Schloss, P.J. , Smith, M.A. & Schloss, C.N. ( 1995). Instructional Methods For Adolescents With Learning & Behavior Problems. ( 2nd Edition). Allyn & Bacon : Needham Height, USA

Scottish Executive, (2000). Report On The Working group On Sex Education In Scottish School: Scotland

Siti Zubaidah Ismail & Muhamad Zahiri Awang Mat, (2005). Memahami Kesalahan Seksual dalam Konteks Undang-undang Jenayah dan Cadangan Penerapannya Ke dalam Sistem Pendidikan di Malaysia . Seminar Seksual Kebangsaan 2005, 30hb Julai 2005. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya : Kuala Lumpur

Tepper, M. S. (2001). Becoming sexually able : Education to help youth with disabilities. Sex Information and Education Council of the United State, SIECUS Report.

The World Health Organization [WHO] , ( 2001) Skills For health ; Information Series on School Health Document 9 . WHO: Geneva

Warwick, I., & Aggleton, P. (2002). The role of education in promoting young people’s sexual and reproductive health; Safe passages to adulthood. Institute of Education : University of London.

WHO (2001). Skills for health. The World Health Organization’s : Information series on school health; Document 9: Geneva

Zainuddin Hamidi Fachruddin, H.S. (1991). Tafsir Quran Widjaya . Klang Book Centre : Klang

Zuria Mahmud & Norshidah Mohamad Salleh, ( 2004). Aspirasi ibu bapa, guru dan Para professional Terhadap Perkembangan Kanak-kanak Keperluan Khas: 523-544

Page 24: Pendidikan seks