Pendawaian Elektrik
-
Upload
syaurah-ashikin -
Category
Education
-
view
22.721 -
download
29
description
Transcript of Pendawaian Elektrik
SYAURAH ASHIKIN | UPSI ‘13
1
1.0 PENGENALAN
Amali pada minggu ini adalah tentang pendawaian litar. Jenis pendawaian yang dilakukan
adalah litar akhir pengguna. Litar akhir ialah litar yang keluar dari papan agihan untuk
membekalkan tenaga elektrik terus kepada peralatan elektrik . Tujuan pembahagian litar
utama ke litar akhir ialah untuk mengelakkan bahaya apabila berlaku kerosakan, memastikan
bahawa bahagian-bahagian dalam pemasangan boleh diputuskan bekalan bagi tujuan
pemeriksaan, pengujian atau kerja-kerja membaiki tanpa mengganggu litar lain serta untuk
mengelakkan kerosakan yang berlaku pada sesuatu litar itu merebak ke litar yang lain. Litar
akhir pengguna terbahagi kepada dua iaitu:
1) Pendawaian litar pencahayaan
Pendawaian litar pencahayaan biasanya diagihkan untuk bekalan ke punca lampu filamen atau
lampu discas. Beban lain juga disambungkan dari litar lampu seperti kipas siling dengan
syarat arus beban penuh kurang daripada yang ditetapkan. Pengalir kabel litar akhir lampu
yang diagihkan dari papan fius agihan akan berakhir di terminal siling ros atau pemegang
lampu. Pendawaian litar pengcahayaan menggunakan MCB (Miniature Circuit Breaker) 6
ampere. Ia terdiri daripada suis 1, yang mengawal L1 (lampu satu). Bagi penggunaan 1 unit
MCB 6 ampere jumlah unit peralatan elektrik ialah sepuluh unit.
2) Pendawaian litar kuasa
Terdapat tiga jenia litar kuasa iaitu liatar jejari, litar gelang dan litar sulur. Pada bahagian litar
kuasa kami menggunakan litar jenis jejari yang terdiri daripada dua soket. MCB yang
digunakan ialah 16 ampere. Bagi jenis litar jejari iaitu litar yang di sambungkan kepada soket
alur keluar dan berakhir pada soket alur keluar yang di hujung sekali, maksimum unit soket
bagi satu unit MCB 16 ampere ialah dua unit.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Mempelajari cara bagi membuat pendawaian litar pengcahayaan dan pendawaian litar
kuasa.
2.2 Memahami tentang cara pemasangan komponen-komponen elektronik pada litar dengan
betul dan ,mengetahui fungsi setiap komponen.
2.3 Mengenali komponen dan peralatan yang digunakan untuk membina sesutu litar.
SYAURAH ASHIKIN | UPSI ‘13
2
3.0 BAHAN DAN PERALATAN
Bahan/Peralatan Fungsi
Kotak Fius Agihan (KFA/DB)
Kotak Fius Agihan 1fasa ( Distribution fuse board )
DB adalah papan terakhir sebelum bekalan
disalurkan ke beban. Terdapat DB satu fasa dan
tiga fasa. Jika bilangan lampu atau soket adalah
banyak, Dua DB berasingan khas untuk soket dan
lampu diadakan bagi memudahkan kerja-kerja.
KFA ini menepatkan suis utama, pemutus litar
bocor ke bumi dan MCB.
Pemutus Litar Keunit , MCB
MCB berfungsi sebagai pengasingan litar akhir ke
bahagian lain alatan elektrik. MCB mempunyai
pelbagai saiz seperti 6 ampere dan 16 ampere.
Untuk pendawaian pencahayaan hanya
menggunakan saiz 6 ampere sahaja dan untuk litar
kuasa menggunakan saiz 16 ampere.
ELBC
Pemutus Litar Bocor Ke Bumi, E.L.C.B adalah
singkatan dari pada Earth Leakage Circuit Breaker
berfungsi sebagai memutuskan arus elektrik
apabila berlaku kebocoran arus elektrik pada
alatan. Alatan ini terletak dalam DB.
MS
Suis Utama ( Main switch ) berfungsi sebagai
pengasingan litar dan pelindungan lebihan arus dan
beroperasi seperti suis utama iaitu bekalan masuk
akan melalui suis dan seterusnya ke fius.
SYAURAH ASHIKIN | UPSI ‘13
3
Plug 3 pin
Ia digunakan bagi menyambung dan mengalirkan
arus dari sumber elektrik kepada DB.
Soket & base (2+2)
Soket adalah alat yang membekalkan arus elektrik
yang boleh dipasang dan ditanggalkan. Ia
mempunyai tiga tamatan iaitu bumi, life dan
neutral.
Suis & base(1+1)
Suis berfungsi memutuskan dan menyambung litar
kepada alatan elektrik.
Lampu + base (1+1)
Lampu elektrik yang dibuat daripada kaca lut
cahaya atau lut sinar sebagai balangnya dan di
dalamnya terdapat dawai filament. Ia akan
mengeluarkan cahaya apabila dialiri arus elektrik,
filament akan menjadi panas dan menyinar.
SYAURAH ASHIKIN | UPSI ‘13
4
Kabel (L,N,E)
Menghubungkan komponen yang terdapat dalam
DB.
Copper bar
Menghubungkan antara dua atau lebih Pemutus
Litar Keunit , MCB.
Paku wiring
Paku yang digunakan adalah bersaiz kecil
bersesuaian dengan tujuan dan kehalusan tugas.
Paku digunakan untuk memaku timah kepada
papan agar ia dapat memegang wayar.
Timah wiring
Timah digunakan bagi memegang wayar ke
permukaan papan. Timah adalah bahan yang sesuai
digunakan untuk tujuan ini kerana sifatnya yang
boleh lentur membolehkan ia memegang wayar
dengan ketat dan kemas.
SYAURAH ASHIKIN | UPSI ‘13
5
Skru
Skru hitam panjang digunakan untuk memasang
tapak pemegang lampu dan kotak fius utama.
Skru hitam pendek digunakan pada tapak soket,
tapak suis dan pemegang lampu.
Skru putih digunakan untuk memasang soket dan
suis.
Wayar
Warna merah menandakan wayar tersebut
berfungsi menghantar arus elektrik daripada MCB
ke tamatan life yang terdapat pada soket dan suis.
Wayar neutral merujuk kepada wayar pengalir
yang berfungsi bagi membawa arus balikan dari
peralatan elektrik ke punca bekalan kuasa arus
ulang-alik wayar neutral memunyai arus.
Wayar bumi dapat dikenali dengan warnya yang
hijau. Ia berfungsi menghantar sebarang kebocoran
elektrik serta litar pintas ke bumi. Ia tidak
mempunyai arus. Wayar bumi bertindak sebagai
langkah keselamatan kepada pengguna bagi
menghindarkan renjatan elektrik jika terdapat
kebocoran elektrik. Jika wayar bumi tidak
dipasang, seseorang boleh menerima renjatan
elektrik kerana arus akan mengalir melalui
tubuhnya untuk masuk ke bumi. Tetapi
pemasangan wayar bumi membolehkan arus
dihantar dengan selamat ke dalam bumi melalui
wayar tersebut.
Wayar merah,life
Wayar Hijau,Earth
Wayar Hitam, Neutral
SYAURAH ASHIKIN | UPSI ‘13
6
Tukul Waringgton
Digunakan bagi mengetuk kerja-kerja halus dan
hanya memerlukan ketukan yang ringan sahaja.
Ketika memasang litar permukaan tukul
warrington ini digunakan bagi mengetuk plat timah
yang digunakan untuk mengikat wayar kepada
permukaan papan.
Cordless drill
Membolehkan kerja membuka dan pemasangan
dilakukan dengan pantas dan mudah.
Menggunakan sumber kuasa daripada bateri yang
membolehkannya dibawa kemana-mana.
Pemutar skru
Memutarkan skru seperti pada bahagian soket dan
suis. Ia juga digunakan untuk memulakan
pemasangan skru sebelum skru diputar pula
menggunakan cordless screwdriver.
Pembaris
Pembaris digunakan untuk mengukur panjang
wayar dan melukis lakaran litar pada papan kotak.
SYAURAH ASHIKIN | UPSI ‘13
7
Wire stripper
Ia digunakan bagi membuang bahagian penebat
pada bahagian luar wayar sebelum dawai tersebut
diikat pada tamatan atau terminal.
Kapur
Ia digunakan untuk melukis litar pada papan kotak
sebelum menjalankan pendawaian.
Test pen
Test pen digunakan bagi memeriksa samada
pendawaian dilakukan dengan betul dengan
menentukan terdapat arus yang mengalir pada
sesuatu bahagian pendawaian. Jika lampu pada test
pen menyala, ia menunjukkan bahawa sesuatu
bahagian pendawaian telah dipasang dengan betul.
Selain itu, ia berfungsi sebagai pemutar skru bagi
bahagian penyambung wayar dan tamatan pada
suis dan soket.
Pelayar kacip
Playar kacip digunakan bagi memotong wayar
pada ukuran yang dikehendaki,ia mampu membuat
potongan yang kemas.
SYAURAH ASHIKIN | UPSI ‘13
8
Playar muncung tirus
Playar muncung tirus digunakan untuk memegang
wayar pada tempat yang sempit, pelayar ini boleh
menyepit wayar dengan lebih kemas untuk menarik
wayar agar pemasangan wayar dilakukan dengan
kemas. Ia juga boleh digunakan untuk memotong
wayar.
Playar gabung
Playar gabung digunakan untuk memegang bahan,
memotong dan memintal dawai atau kabel elektrik.
4.0 LANGKAH KERJA
a) Sebelum
1. Sebelum pendawaian dilakukan, kami telah melakarkan litar pendawaian yang ingin
dijalankan pada kertas A4 dan mengira jumlah wayar yang diperlukan seperti yang
terdapat pada lampiran 1.
2. Pendawaian ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu pendawaian soket dan pendawaian
lampu.
3. Wayar neutral (hitam), life (merah) dan bumi (hijau). Panjang wayar life bagi litar
pencahayaan ialah 170 cm. Manakala, panjang wayar neutral dan wayar bumi masing-
masing ialah 100 cm.
4. Manakal bagi litar kuasa panjang wayar life, wayar neutral dan wayar bumi masing-
masing sepanjang 130cm.
SYAURAH ASHIKIN | UPSI ‘13
9
5. Terdapat perbezaan bagi wayar pendawaian lampu dan soket kerana wayar yang
digunakan untuk pendawaian soket lebih besar saiznya berbanding wayar yang digunakan
pada pendawaian lampu.
6. Sebelum proses pendawaian dilakukan, litar perlu dilukis pada dinding menggunakan
kapur dan pembaris untuk memudahkan proses pendawaian dilakukan.
b) Semasa
1. Pendawaian dilakukan bermula pada bahagian soket. Timah digunakan untuk melekatkan
wayar pada dinding. Timah dipakukan dengan paku yang kecil menggunakan tukul yang
sesuai.
2. Wayar dijalurkan terlebih dahulu menggunakan penjalur wayar sebelum proses
penyambungan dan pemasangan soket.
Rajah 4.1: Melukis Litar
Rajah 4.2: Proses Pendawaian
SYAURAH ASHIKIN | UPSI ‘13
10
3. Setelah siap pendawaian pada dinding bagi soket. Tapak soket dipasang dengan
menggunakan cordless screwdriver.
4. Selepas tapak soket dipasang proses penyambungan wayar pada soket dilakukan
melibatkan wayar neutral, bumi dan life.
5. Soket dipasang selepas penyambungan siap dilakukan menggunakan pemutar skru philip
/pena ujian. Kemudian pendawaian yang bermula dari soket akan dibawa kepada kotak
fius agihan (DB).
Rajah 4.3: Proses menjalur wayar
Rajah 4.3: Proses peyambungan wayar pada soket
Rajah 4.4: Proses pemasangan soket dan peyambungan wayar
pada fius agihan
SYAURAH ASHIKIN | UPSI ‘13
11
6. Seterusnya pendawaian pada bahagian lampu. Setiap wayar akan dilekatkan
menggunakan timah yang dipaku.
7. Seterusnya pemasangan tapak bagi soket lampu menggunakan pena ujian/cordless
screwdriver.
8. Bagi soket lampu terdapat tiga wayar iaitu satu wayar merah yang akan menuju ke suis,
satu wayar hitam dan satu wayar hijau yang akan disambung pada kotak fius agihan
(DB).
9. Satu suis mengawal lampu digunakan dimana melibatkan peyambungan dua wayar merah
dari soket lampu dan kotak fius agihan.
10. Selepas pendawaian pada dinding siap dilakukan, penyambungan pada suis dilakukan.
11. Langkah seterusnya, suis utama (MS), MCB 16 Ampere dan MCB 6 Ampere serta ELBC
dipasang pada kotak fius agihan (DB). Pada MCB 16A dan 6A perlu dipasang cooper
bar. Kabel L, N dan E yang dilabel dengan 1, 2 dan 3 juga dipasang pada DB berdasar
pada gambar rajah litar dibawah.
Rajah 4.5: Proses pemasangan soket lampu
Rajah 4.6: Proses pemasangan suis lampu
SYAURAH ASHIKIN | UPSI ‘13
12
12. Seterusnya pemasangan kotak fius agihan pada dinding.
13. Selepas itu lakukan proses penyambungan wayar neutral, life dan bumi pada DB yang
telah siap dipasang. Sebelum penyambungan dilakukan, wayar perlu dijalurkan terlebih
dahulu.
Rajah 4.7: Lukisan pendawaian pada DB
Rajah 4.8: Pemasangan DB
SYAURAH ASHIKIN | UPSI ‘13
13
14. Merah menunjukkan penyambungan bagi wayar life, hijau untuk penyambungan wayar
bumi dan hitam untuk penyambungan wayar neutral.
15. Pendawaian yang telah siap dipasang sebelum proses pengujian.Terdapat satu suis yang
mengawal satu lampu dan dua soket serta suis utama, MCB, PLBB yang dipasang pada
kotak agihan.
Rajah 4.9: Penyambungan wayar pada DB
Rajah 4.10: Hasil kerja pendawaian
SYAURAH ASHIKIN | UPSI ‘13
14
c) Selepas
1. Kaedah pengujian
Pengujian di lakukan dengan menggunakan „ Test Pen” . Di bawah adalah langkah-langkah
membuat pengujian arus elektrik pada litar pendawaian.
Langkah 1
Langkah 2
1. Test pen di letakkan pada terminal
Life (L) dan „in‟. Jika LED pada test
pen menyala bermakna terdapat arus
elektrik pada litar pendawaian
berfungsi dari meter kilowatt jam.
2. Langkah seterusnya, letak Test pen
pada lubang yang kedua seperti
gambar rajah. Lubang tersebut ialah
lubang „out‟ bagi wayar L. Sekiranya
menyala LED teruskan dengan
langkah yang seterusnya.
Rajah: Test pen
SYAURAH ASHIKIN | UPSI ‘13
15
Langkah 3
Langkah 4
Langkah 5
Langkah 6
3. Pengujian akan di lakukan pada
lubang yang ke tiga iaitu pada
lubang L di ELBC. Sekiranya LED
test pen menyala teruskan dengan
langkah seterusnya. Sebelum itu,
suis akan di naikkan.
4. Pengujian akan di lakukan pada
lubang seterusnya seperti gambar
di atas iaitu pada lubang “out”
pada suis ELCB. Tuil pada suis
ini akan di naikkan sebelum ujian
di lakukan supaya arus dapat
mengalir.
5. Ujian terus dilakukan pada lubang
MCB 6 ampere seperti gambar di
atas. Letakkan test pen pada
lubang tersebut. Jika terdapat
nyalaan pada LED suis diangkat
untuk membenarkan arus elektrik
mengalir bagi meneruskan
pengujian seterusnya.
6. Suis diangkat terlebih dahulu pada
MCB 6 ampere sebelum ujian
menggunakan test pen pada
lubang di atas di teruskan. LED
menyala bermakna langkah
seterusnya boleh dijalankan.
SYAURAH ASHIKIN | UPSI ‘13
16
Langkah 7
Langkah 8
Langkah 9
Langkah 10
Kipas berputar
soket
7. Pengujian di lakukan pada lubang
MCB 16 ampere pula pada gambar
rajah.
8. Suis pada MCB ini akan di naikkan
terlebih dahulu. Ujian terakhir pada
litar DB di lakukan pada MCB ini
pada lubang seperti gambar rajah.
9. Pengujian akan di lakukan pada
litar kuasa untuk memastikan arus
elektrik ada. Kipas diguna sebagai
bahan ujian. Suis 1 diuji bagi
memastikan berfungsi. Apabila
kipas berputar bermakna arus
elektrik ada dan ini bermakna
terdapat juga arus pada suis 2.
10. Langkah terakhir dalam pengujian
ini ialah memastikan mentol
menyala. Selepas suis diuji di
„ON‟dan „OFF‟ mentol kumpulan
kami ternyata berfungsi dengan
baik pada cubaan kedua kerana
pada cubaan pertama mentol
mengalami kerosakkan.
SYAURAH ASHIKIN | UPSI ‘13
17
2. Selepas disambung dengan bekalan elektrik, pendawaian yang telah dilakukan berjaya.
Suis berfungsi apabila lampu menyala.
3. Soket juga berfungsi dengan baik apabila kipas berfungsi. Ini menunjukkan pendawaian
berjaya dilakukan dengan betul.
5.0 PERBINCANGAN
Terdapat pendawaian wayar yang kami lakukan ke atas papan sedikit tidak ketat dan kurang
kemas menyebabkan wayar kendur. Hal ini kerana kaedah ketukan paku pada kepingan timah
tidak rapat dan menyebabkan wayar tidak dicengkam dengan kemas. Selain itu kami tidak
mengabungkan wayar-wayar pada laluan yang sama tetapi mengasingkan antara satu wayar
dengan wayar yang lain. Oleh sebab itu, kami membuka semula kepingan timah tersebut dan
mengikat dengan cara yang betul. Kesannya litar kami nampak kemas dan dapat litar
berfungsi dengan baik.
Seterusnya terdapat alatan yang tidak mengcukupi sebagai contoh cordless drill yang
mempunyai bilangan yang terhad dan mengalami kerosakkan. Oleh sebab itu kami terpaksa
bergilir- gilir dengan kumpulan lain dan terpaksa menghabiskan masa menunggu giliran untuk
menggunakan Cordless drill. Selain itu semasa proses menguji litar pencahayaan mentol tidak
menyala pada cubaan pertama tetapi pada cubaan kedua mentol menyala. Hal ini berpunca
daripada mentol yang rosak pada percubaan pertama. Bagi mengatasi masalah ini kami
mengantikan mentol tersebut dengan mentol yang baru.
6.0 KESIMPULAN
Amali ini dijalankan bertujuan untuk membuat pendawaian litar pengcahayaan dan
pendawaian litar kuasa. Penggunaan jenis dan warna wayar adalah berbeza mengikut
fungsinya bertujuan bagi memudah dan mengelak kesilapan sewaktu pendawaian. Objektif
bagi amali ini tercapai.