Pencapaian Dan Sumbangan Tokoh 333
-
Upload
tepak-sireh -
Category
Documents
-
view
103 -
download
4
Transcript of Pencapaian Dan Sumbangan Tokoh 333
PENCAPAIAN DAN SUMBANGAN TOKOH-TOKOH ISLAM DALAM BIDANG
PERUBATAN
Perubatan adalah amalan semua umat manusia dalam dunia ini tanpa
mengira bangsa, keturunan atau ugama kerana sesiapa boleh diserang penyakit.
Usaha untuk mendapatkan ubat bagi sesuatu jenis penyakit telah dilakukan sejak
zaman Nabi Allah Adam a.s. sehingga sekarang dan usaha ini masih berterusan.
Jenis penyakit kian bertambah dan lebih rumit lagi dengan perubahan cara gaya
hidup manusia dan perubahan dalam alam sekitaran.
Pada zaman pertengahan, kebudayaan Islam merangkumi aspek perubatan.
Seiring dengan perubahan masa, pakar-pakar perubatan dan cendekiawan Islam
telah mengembangkan bidang perubatan. Perubatan Islam dikembangkan
berdasarkan tradsi, terutamanya pengetahuan mengenai teori amalan perubatan
yang telah dikembangkan di Parsi, Yunani, dan Rom. Bagi cendekiawan-
cendekiawan Islam, Galen dan Hippocrates adalah tokoh-tokoh cemerlang yang
berwibawa, diikuti oleh cendekiawan-cendekiawan Yunani di Iskandariah. Para
cendekiawan Islam telah menterjemahkan karya-karya Yunani ke dalam bahasa
Arab dan kemudian menghasilkan pengetahuan perubatan yang baru berdasarkan
teks-teks penterjemahan tersebut. Untuk membolehkan tradisi Yunani mudah diajar
dan senang difahami, para cendekiawan Islam telah menyusun semula pengetahuan
perubatan Yunani-Rom yang luas melalui penulisan ensiklopedia dan ringkasan.
Melalui teks-teks terjemahan Arab inilah dunia Barat telah mendapat tahu tentang
perubatan Yunani, termasuklah karya Galen dan Hippocrates. Karya-karya
menyeluruh seperti Daftar Karya Perubatan yang ditulis oleh Ibnu Sina yang
diterjemahkan kepada bahasa Latin dan disebar dalam bentuk manuskrip ke seluruh
Eropah telah mendapat pengaruh yang sama. Pada abad ke-15 dan ke-16, di
Eropah Barat, karya tersebut telah diterbitkan melebihi 35 kali. Di dalam dunia Islam
zaman pertengahan, hospital-hospital telah dibina di semua kota-kota utama seperti
di Kaherah, Hospital Qalawun yang mempunyai kakitangan-kakitangan termasuk
pakar perubatan, ahli farmasi, dan jururawat yang boleh merawat sehingga 8,000
orang pesakit. Terdapat juga dispensari dan kemudahan penyelidikan yang
menyebabkan kemajuan-kemajuan dalam pemahan penyakit berjangkit, serta
penyelidikan optik dan mekanisme mata. Malah doktor-doktor Islam telah membuang
katarak dengan jarum-jarum geronggang lebih 1,000 tahun sebelum orang-orang
Barat berani mencuba tugas ini.
Perubatan Islam mulai muncul pada zaman selepas kerasulan Nabi
Muhammad s.a.w. dan ia terus berkembang sepanjang abad-abad ketamadunan
Islam. Sebelum kedatangan Islam, orang-orang Arab tidak mempunyai bidang
perubatannya sendiri. Selepas kedatangan Islam didapati ramai tokoh-tokoh yang
terkenal dalam bidang perubatan Islam seperti Al-Razi, Ibn Sina dan Ali Ibn Abbas.
Ilmu perubatan Islam ini diamalkan dengan luasnya ketika tamadun Islam mencapai
kemuncak kegemilangannya. Pada mulanya ilmu ini telah dicedok dari pengaruh
tamadun kuno dan kemudiannya dimajukan lagi sejajar dengan perkembangan
tamadun Islam. Unsur dan pengaruh kuno adalah kebanyakannya berasal dari ilmu
perubatan Yunani atau sistem perubatan Hippocrates yang telah diterangkan di atas,
dan juga amalan-amalan perubatan dari India dan China. Ibn Sina dan Al-Razi telah
terus mengevolusi dan memberi suatu bentuk dan corak tersendiri kepada sistem
ilmu perubatan Islam. Namun selepas empayar Islam yang gemilang mulai lesap,
banyak karya perubatan dari zaman Islam mulai muncul dalam bahasa Latin dan
mempengaruhi cara pemikiran dan amalan sistem Barat. Di benua kecil India, sistem
ini terus bertapak dan diamalkan disamping sistem perubatan Ayurveda dan sistem
perubatan Barat moden.
Mengikut catatan sejarah, kira-kira 200 tahun sebelum Hijrah, tapak-tapak
tamadun gemilang telah mulai runtuh disebabkan peperangan dan penyakit yang
merebak melanda penduduknya. Kemajuan fikiran perubatan yang berasaskan
prinsip-prinsip penganalisaan dan pengalaman mulai lumpuh. Syria pula telah
mengambil tempat sebagai pelindung bagi pemikiran ilmu perubatan asal dari
Yunani. Puak Nestorian telah menubuhkan pusat-pusat pengajian perubatan di
Edessa dan Nisibis dan berkembang ke peringkat yang disanjungi ramai menjelang
abad ke-5 M. Puak Kristian mazhab Nestorian inilah yang membawa tamadun
Yunani bersama mereka ketika diusir. Mereka menterjemah karya-karya perubatan
Yunani ke bahasa Syria dan mengembangkannya ke Mesopotamia. Apabila orang
Arab disatukan di bawah pemerintahan Islam dan seterusnya menewaskan Syria
dan Parsi, mereka telah menemui tamadun ini. Kuasa Islam terus bertapak sehingga
keseluruh Afrika Utara dan Sepanyol. Dalam abad inilah tokoh-tokoh Islam menyerap
tamadun yang terdapat di kalangan puak-puak yang ditewaskannya. Khalifah-
khalifah Islam telah membina pusat-pusat pengajian di Baghdad. Selepas itu
akademi-akademi mulai ditubuh di Samarkand, Isfahan dan Damsyik. Akademi-
akademi tersebut berpusat di masjid. Di masjid juga terdapat perpustakaan yang
lengkap, klinik dan hospital. Doktor-doktor mazhab Nestorian dan Sabaen telah
menterjemahkan buku-buku teks perubatan terutamanya karya-karya Galen.
Kecenderungan umat Islam keturunan Arab terhadap ilmu perubatan terus mencipta
suatu sejarah baru dalam perkembangan perubatan. Dengan ini ilmu perubatan mula
berkembang semula di bawah naungan Islam mengikut ajaran Hippocrates. Ilmu
perubatan Islam berkembang pesat melalui sumbangan dari berbagai sumber dan
arus yang mempengaruhinya mengikut tempat dan masa. Sumbangan Islam kepada
perkembangan ilmu perubatan bukan sahaja terbatas pada penterjemahan karya-
karya Yunani tetapi mereka juga meninggikan bidang kimia dan materia medika.
Tidak dinafikan bahawa hingga ke abad ke-18 M masih wujud lagi pusat-pusat
perubatan di Eropah yang menggunakan karya-karya ciptaan pakar-pakar perubatan
Islam yang terkemuka umpamanya Ibnu Sina, Al-Razi, Ibnu Rusyd dan lain-lain.
Sumber-sumber dari Parsi dan Hindu juga merupakan asas pengajian umat Islam
pada masa itu. Dari arus-arus sejarah inilah unsur-unsur ilmu perubatan Islam mula
bertunas dan ini dipadankan pula dengan prinsip-prinsip ajaran Islam.
Tidak dinafikan tokoh-tokoh perubatan Islam banyak menyumbangkan ilmu
perubatan mereka kepada dunia perubatan. Kejayaan mereka telah mendapat
penghargaaan yang tinggi di kalangan pengarang dunia Barat. Oftalmologi
merupakan sumbangan yang terkemuka dalam perubatan Islam. Istilah-istilah seperti
retina dan katarak yang digunakan dalam oftalmologi sekarang adalah berasal dari
orang Arab. Orang Arab juga telah membuat sumbangan yang penting terhadap
beberapa jenis penyakit mata dan rawatannya. Satu keadaan yang dinamakan
Pannus terdapat dalam penyakit Trakoma telah dijelaskan oleh orang Arab.
Glaukoma merupakan suatu keadaan peningkatan tekanan dalam bebola mata telah
dihuraikan dengan panjang lebar oleh orang Arab.Sumbangan tamadun Islam
terhadap farmasi, farmakologi dan farmakognosi masih ketara hingga kini. Bahan
penulisan orang Islam masih lagi digunakan di Afrika Utara, India, Pakistan,
Bangladesh dan beberapa negara lain di Asia. Secara umumnya tokoh-tokoh Islam
telah menghasilkan tiga prinsip penting. Prinsip yang pertama ialah dalam bidang
kimia ubat dan alkemi, tokoh-tokoh Islam telah memperkenalkan kepada dunia
betapa pentingnya kejituan pemerhatian, kawalan percubaan dan penyimpanan
rekod. Berdasarkan kepada prinsip-prinsip ini masyarakat Islam telah merangsang
dan menggalakkan pertumbuhan serta perkembangan kimia di Eropah.Prinsip yang
kedua pula ialah orang Islam buat pertama kalinya telah menubuhkan kedai
apotekari dan dispensari yang mempelopori pusat pengajian farmasi. Manakala yang
terakhir ialah umat Islam merupakan masyarakat yang pertama sekali melaksanakan
pengawalan etik farmasi melalui undang-undang pemeriksaan. Formulasi
farmaseutikal terkawal telah diterbitkan oleh umat Islam dan menggariskan secara
rasmi penyediaan dan penyimpanan ubat. Di samping itu pelbagai bentuk dos ubat
telah dikemukakan oleh tamadun Islam. Diantaranya ialah dalam bentuk salap,
serbuk, minyak, pes, pil tablet, rebusan, sirap dan lain-lain. Selain cara-cara
membuat ubat, umat Islam adalah umat yang pertama sekali melaksanakan kawalan
mutu ke atas hasilnya. Seorang pegawai khas akan dilantik oleh kerajaan untuk
melaksanakan pengawalan mutu.
ABU ALI AL-HUSEYN BIN ABDULLAH (ABU SINA)
Beralih pula kepada sumbangan tokoh-tokoh Islam dalam bidang perubatan.
Tokoh yang pertama ialah Ibnu Sina. Ibnu Sina yang lebih dikenali di Barat dengan
nama Avicenna mempunyai nama lengkap Abu Ali al- Huseyn bin Abdullah bin
Hassan Ali bin Sina. Beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi. Menurut Ibnu
Abi Ushaybi’ah beliau lahir pada tahun 375 H, di desa Afshanah berdekatan kota
Kharmaitan Propinzi Bukhara Afghanistan. Pelajaran pertama yang diterimanya pada
zaman kanak-kanak adalah Al-Quran dan sastera yang didapati olehnya secara tidak
formal. Ia mula belajar pada usia 5 tahun. Sementara itu sewaktu berumur 10 tahun ,
beliau telah berjaya menghafal Al-Quran. Pada masa umurnya meningkat 18 tahun
Ibnu Sina telah menjadi "Doktor Di Raja". Disamping itu, Ibnu Sina jiga telah
menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yang ada pada waktu itu. Ilmu-ilmu
agama seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama (ushuluddin), tasawuf dan
sebagainya sudah dikuasainya ketika baru berusia 10 tahun. Pada masa kecilnya, ia
dibimbing dan dididik oleh Abu Abdullah Natili, seorang sahabat karib ayahnya, dan
ayahnya sendiri. Antara bidang ilmu yang berjaya dikuasainya termasuklah dalam
bidang falsafah, kedoktoran, geometri, astronomi, muzik, syair, teologi, politik,
matematik, fizik, kimia, sastera dan kosmologi. Al- Qanun Fit-Tibb karya terkenal
beliau telah membincangkan serta mengenegahkan mengenai penyakit saraf. Buku
tersebut juga telah mengajar mengenai cara-cara pembedahan dimana telah
menekankan keperluan pembersihan luka. Malahan di dalam buku-buku tersebut
juga dinyatakan keterangan –keterangan dengan lebih jelas di samping hiasan
gambar-gambar dan sketsa-sketsa yang sekaligus menunjukkan pengetahuan
anatomi Ibnu Sina yang luas. Ibnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi
dalam perubatan dan membuat beberapa perjumpaan dalam ilmu yang dikenali hari
ini sebagai ilmu perubatan psikosomatics "psychosomatic medicine". Beliau
memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis)
untuk mengenal pasti dalam masa beberapa detik sahaja ketidak - seimbangan
humor yang berkenaan . Diagnosis melalui denyutan jantung ini masih dipratikkan
oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang
menggunakan ilmu perubatan Yunani. Seorang doktor tabii dari Amerika (1981)
melaporkan bahawa para hakim di Afghanistan, China, India dan Parsi sangat
berkebolehan dalam denyutan jantung di tempat yang dirasai tetapi mutunya yang
pelbagai .Ini merangkumi kuat atau lemah kadar denyutan, masa antara denyutan,
dan lain-lain lagi. Dari ukuran-ukuran denyutan jantung seseorang doktor mungkin
mengetahui dengan tepat penyakit yang dihidapi di dalam tubuh si pesakit. Ibnu Sina
menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan. Apabila pesakit mempunyai sakit
jiwa disebabkan oleh terpisah daripada kekasihnya , beliau boleh mendapati nama
dan alamat kekasihnya itu melalui cara berikut: Caranya adalah untuk menyebut
banyak nama dan mengulanginya dan semasa itu jarinya diletakkan atas denyutan
(pulse) apabila denyutan itu terjadi tidak teratur atau hampir-hampir berhenti ,
seseorang itu hendaklah mengulang proses tersebut. Dengan cara yang sedemikan,
nama jalan, rumah dan keluarga disebutkan. Selepas itu, kata Ibnu Sina "Jika anda
tidak dapat mengubat penyakitnya maka temukanlah si pesakit dengan kekasihnya,
menurut peraturan syariah maka buatlah".(Terjemahan). Ibnu Sina adalah doktor
perubatan yang pertama mencatatkan bahawa penyakit paru-paru (plumonary
tuberculosis) adalah suatu penyakit yang boleh berjangkit (contagious) dan dia
menceritakan dengan tepat tanda-tanda penyakit kencing manis dan masalah yang
timbul darinya. Beliau sangat berminat dalam bidang mengenai kesan akal (mind)
atas jasad dan telah banyak menulis berkenaan gangguan psikologi. Beliau telah
menghasilkan 250 buah karya dan masih kekal hingga ke hari ini dan termasuklah
116 buah karyanya dalam bidang Ilmu Perubatan. Banyak karyanya ditulis dalam
bahasa Arab dan juga beberapa dalam bahasa Parsi. "Qanun Fitt Tibb" adalah
karyanya yang termasyur, paling selalu dicetak di Eropah pada zaman
"Renaissance". Karya Qanun itu telah mempunyai pengaruh yang asas dalam ilmu
perubatan di Eropah pada zaman Renaissance dan telah menjadi buku rujukan yang
utama di universiti-universiti Eropah hingga ke abad 17 M.
ABDUL QASIM KHALAF IBN AL-ABBAS AL-ZAHRAWI (AL-ZAHRAWI)
Seterusnya ialah sumbangan daripada Al-Zahrawi. Nama sebenar beliau ialah
Abul Qasim Khalaf Ibn al-Abbas al-Zahrawi beliau dikenali juga dengan Abulcasis
dalam penulisan Barat dan dianggap sebagai Bapa Bedah Moden.Beliau dilahirkan
pada tahun 936M di Zahra, Cordova, ibu negeri Sepanyol. Penglibatan beliau dalam
bidang perubatan lebih tertumpu kepada bidang pembedahan di Sepanyol pada
abad ke-10. Umum mengenalinya sebagai pakar bedah yang terbaik pada Zaman
Pertengahan dan tidak mustahillah ketokohannya itu menyebabkan beliau digelar
sebagai "Bapa Pembedahan Moden"Selain daripada bidang pembedahan, beliau
juga pakar dalam bidang pergigian. Beliau telah memperkenalkan banyak
pembaharuan dalam bidang ini. Al-Zahrawi sememangnya seorang pakar bedah
yang dikagumi dan dihormati ramai. Ramai pesakit dan pelajar yang datang
berjumpa dengannya untuk mendapatkan rawatan dan meminta nasihat. Antara
sumbangan beliau dalam bidang ini ialah beliau sebagai seorang pengkaji alat-alat
pembedahan, Al-Zahrawi terkenal dalam menghasilkan alat-alat untuk
mengenalpasti bahagian dalaman badan seperti telinga dan saluran kencing. Beliau
ialah orang pertama yang mengenal pasti penyakit keturunan yang dikenali sebagai
hemofilia. Selain itu, Al-Zahrawi juga menyumbang kepada penyediaan ubat-ubatan
dan aplikasi teknik-teknik dalam pembedahan. Beliau juga menjadi orang yang
pertama menceritakan dengan terperinci mengenai hemofilia dan penggunaan
benang sutera untuk tisu yang berselirat. Sebagai seorang pengamal perubatan, al-
Zahrawi mengkaji penyakit dan pengkelasan penyakit, dan membincangkan
mengenai cara-cara mengelakkan penyakit (profilaksis), meningkatkan kesihatan
dan mengurangkan kesakitan. Sebagai seorang ahli bedah pula beliau telah
membincangkan tentang pembedahan dan membicarakan mengenai alat-alat yang
beliau guna secara terperinci. Sebagai seorang ahli kimia ubat, beliau telah memberi
sumbangan yang banyak terhadap bentuk ubat atau dos, teknik dan alat penyediaan
ubat. Al-Zahrawi juga pakar dalam bidang pergigian dan pembedahan mulut. Beliau
juga mengenal pasti langkah-langkah untuk menyediakan gigi tiruan yang dibuat
daripada tulang haiwan.
‘ALA’UDDIN ABU AL-HASAN ALI IBN ABI AL-HAZAM AL-QARASYI
(IBNU NAFIS)
Nama penuh Ibnu al-Nafis ialah ‘Ala’uddin abu al-Hasan ali ibn abi al-Hazam al-
Qrasyi, seorang Arab berketurunan Quraisy.Beliau telah dilahirkan di pinggir Bandar
Damsyik pada tahun 607H(1210M). Di situlah kemudiannya beliau hidup dan berguru
dengan ahli perubatan, termasuk al-Syiekh Radhiuddin Abu al-Hajjaj Yusuf Ibn
Hidrah al-Rahibi. Antara guru beliau yang lain dalam bidang perubatan ini
termasuklah al-Hakim Muhazzibuddin Abu Muhammad Abdul Rahim ibn Ali al-
Dakhwar dan ‘Imran al-Isra’ili. Ibnu a-Nafis ialah rakan sepengajian dengan
Maufiquddin qabu AL-Abbas Ahmad Iibnal-Qasim yang terkenal dengan nama Ibn
Abi Usaiba’ah, penulis buku yang masyhur yang menceritakan tentang kedudukan
dan kesarjanaan para ahli perubatan.Mereka kemudiannya berpindah ke Kaherah
dan sama-sama bekerja di al-Nasiri. Di hospital inilah Ibn al-Nafis telah mencapai
kemajuan menjadi ketua hospital berkenaan, sementara Ibn Abi Usaiba’ah
menumpukan perubatannya kepada perubatan mata. Beliau telah menetap di
Kaherah sehingga beliau meninggal dunia pada 686 H(1288 M)sewaktu umur beliau
80 tahun. Meskipun bidang utama beliau adalah perubatan, namun Ibn al-Nafis tetap
mendalami ilmu-ilmu bahasa, fiqh, falsafah dan ilmu kalam. Dalam bidang perubatan,
ada orang yang menyamakan beliau dengan Ibnu Sina. Malahan ada juga orang
yang berpendapat bahawa beliau adalah lebih serlah dan terkemuka di dalam para
sarjana islam yang ada. Dalam bidang perubatan, secara khususnya Ibnu al-Nafis
mempunyai kepakaran yang tinggi dalam bidang pembedahan. Penemuan sistem
peredaran darah kecil juga telah membuatkan Ibnu al-Nafis terkenal sebagai tokoh
sarjana islam yang terkenal. Selain itu juga Ibnu al-Nafis juga melancarkan kempen
memerangi wabak. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah membina sebuah
hospital. Dalam bidang pembedahan, beliau sangat berminat dengan pembedahan
jantung dan kerongkong, kerana kerana beliau telah percaya pada wujudnya
pertalian yang rapat antara pernafasan dan denyutan jantung. Bagi memajukan lagi
bidang pembedahan ini, Ibnu al-Nafis menasihatkan supaya pembedahan
perbandingan dibuat dengan melakukannya ke atas binatang. Menurut beliau,
langkah seperti ini boleh membantu kita memahami dengan lebih mendalam tentang
tubuh manusia dan fungsi semua organ yang terdapat dalam tubuh manusia. Ibnu
al-Nafis bersama doktor-doktor Mesir yang lain melancarkan kempen memerangi
wabak yang tidak mengenal mangsa sama ada kanak-kanak mahupun kaum
dewasa. Wabak ini merebak selama enam bulan dan akhirnya ia berjaya dikawal
oleh Ibnu al-Nafis. Dengan kejayaan ini Ibnu al-Nafis telah digelar al-Misri oleh
penduduk di negara Mesir. Perkara baru yang terpenting yang diajukan oleh Ibnu al-
Nafis dalam kitab anatomi ibn Sina ini ialah teori tentang peredaran iaitu pergerakan
darah dalam kitaran. Peredaran darah ini dikenali pada zaman sekarang sebagai
‘sistem sirkulasi pulmonari’. Orang zaman dahulu mempercayai bahawa darah
bergerak daripada jantung ke dalam jasad menerusi pembuluh dan saluran darah
mengikuti denyutan nadi. Kemudian datang Galen iaitu sarjana perubatan Yunani
yang mengatakan bahawa darah tersebar ke dalam badan daripada jantung
menerusi pergerakan seperti alunan ombak melalui arteri itu sendiri. Para doktor
aliran Iskandariah merujuk semula kepada teori perubatan Mesir kuno. Ibnu Sina
mengikuti teori doktor Yunani iaitu Galen tentang peredaran darah. Ibnu al-Nafis pula
dalam syarahannya dalam kitab anatomi Ibnu Sina mangesahkan pendapat ini.
Menurut Ibnu al-Nafis ruang jantung mempunyai dia sahaja tidak seperti yang
didakwa oleh Ibnu Sina . Katanya, aliran edaran darah ialah daripada ventrikal
kanan kepada paru-paru. Dalam paru-paru, uadara bertemu dengan darah. Darah itu
kemudiannya meninggalkan paru-paru dengan mengikuti arteri paru-paru lalu masuk
ke dalam ventrikal kiri dalam jantungm dari sini, darah disebar keseluruh badan.
Pendapat yang diajukan oleh Ibnu al-Nafis kepada ilmu perubatan adalah teori yang
baru. Teori ini menegaskan bahawa wujudnya peredaran darah dari jantung ke paru-
paru dan dari paru-paru kepada jantung. Oleh itu, beliau telah mengasaskan ‘teori
sirkulasipulmonari’. Akan tetapi Ibnu al-Nafis tidak sempat untuk mengkaji sistem
peredaran darah keseluruh tubuh dalam waktu yang sama. Semasa umur beliau
mencecah lingkungan 74 tahun, beliau telah ditugaskan oleh Sultan Qalawun untuk
membina sebuah hospital baru di Kaherah. Beliau menyelia pembinaan ini menurut
keperluan perubatan berkenaan bahagian-bahagian hospital tersebut, wad, farmasi,
perpustakaan, ruang menunggu, dan bilik khas untuk doktor. Selain itu juga, beliau
memperkalkan konsep teaching hospital. Hospital itu telah dirasmikan oleh Sultan
Qalawun dan dinamakannya dengan ‘al-Mansuri’.
JABIR IBNU HAYYAN (721-766M)
Jabir merupakan seorang anak kepada seorang ahli kimia ubat.lahir pada
abad ke 8M. Beliau terkenal dengan nama Geber di Eropah, tinggal di kufah
Baghdad. Beliau juga mempunyai pengaruh yang agak kuat terhadap perkembangan
sains kimia dan karyanya menjadi rujukan eropah dan asia kecil hingga abad ke
14.Jabir pernah mengarang lebih daripada 100 buah buku,malangnya hanya
terdapat 22 buah sahaja yang ada di Eropah. Antara karyanya yang sering dirujuk
ialah Book of the seventy(disertasi), Book of the composition of alchemy, Book of sun
perfection, kitab al-Rahmah, Kitab tajmik, Book of eastern Mercury. Buku beliau yang
bertajuk Book of the seventy(disertasi) ,Book of the composition of alchemy dan
Book of sun perfection telah diterjemahkan kedalam bahasa latin dan telah menulis
secara saintifik tindak balas penurunan(reduction) serta pengkalsinan(calcinations).
Dia juga pakar dalam cara penyediaan ubat dan telah memperkenalkan kepada
dunia istilah baru seperti alkali dan antimoni yang masih digunakan hingga ke hari
ini.
HUNAYN IBNU ISHAQ (810-878M)
Hunayn merupakan penterjemah dan pengamal perubatan yang
terkenal.Beliau dikenali sebagai Joannitus, lahir di hirah(Iraq). Telah mempelajari
ilmu perubatan di Baghdad. Khalifah al-Mutawakil talah melantik Hunayn sebagai
doktor di istana dan dilantik sebagai pengarah institut al-hikmah oleh khalifah al-
ma’mun. Antara sumbangan Hunayn ialah mengumpul manuskrip yunani dan
mempelajari bahasa tersebut serta beliau dapat manterjemahkan buku meteria
medica, Aphorisma, seven books dan synopsis yang masing-maisng ditulis oleh
Dioscorides, Hippocrates, Paul A.Egina dan Oribasius. Beliau juga telah menulis
sendiri 10 treatis mengenai mata dan persoalan-persoalan perubatan(questions of
medicine) yang sesuai oleh penuntut oftalmologi dan perubatan
THABIT IBNU QURAH (838-901M)
Thabit Ibnu Qurah juga terkenal sebagai ahli matematik, astronomi, dan
perubatan.beliau telah menterjemah buku dalam bahasa yunani dan Siriak kapada
bahas arab. Beliau adalah pelopor pusat penterjemahan dan beliau telah
manterjemah buku karangan Apolinius, Archimedes, Euclid, Ptolemy dan
Gelen.Selain daripada terjemahan beliau juga telah menyusun secara teratur ilmu
perubatan yunani kedalam sebuah buku yang mengandungi 31 bab. Kandungan
buku ini menyentuh tentang kebersihan,penyakit terlindung dan terbuka, penyakit
kulit, penyakit eksrtemiti atas dan bawah, penyakit berjangkit seperti cacar, dan
measel, fraktur, dislokasi dan diet(pemakanan)
ABU YUSOF IBNU ISHAQ AL-KINDI (809-873M)
Beliau dikenali sebagai di Eropah dengan galaran al-Kindi.Beliau anak
seorang gabenor Kufah dan dilahirkan pada tahun 194 hijrah(809M).Memperolehi
pendidikan di Basrah dan sepas itu berhijrah ke Baghdad untuk meneruskan
pelajaran dan dilantik sebagai pegawai perubatan dan guru diraja semasa
pemerintahan al-ma’mun dan al-Mu’tasim. Hasil kerjanya yang meliputi pelbagai
aspek bidang ilmu ,dengan ini bolehlah dikatakan beliau seorang cedikiawan yang
serba boleh. Al- Kindi telah menulis lebih daripada 265 jilid buku.diantara bidang
yang beliau tulis ialah falsafah, logik, ilmu hisab,sferik, perubatan, astrologi, polemik,
psikologi, politik, meteorologi dan banyak lagi. Tetapi kebanyakannya dipercayai
telah hilang dan musnah akibat daripada serangan monggol. Karya al-Kindi telah
disenaraikan dalam bidang perubatan oleh Atiyeh(1966M). Antara karya beliau yang
diterjemahkan kedalam bahasa latin ialah The Books of Optics telah mempengaruhi
Roger Bacon dan sintis-saintis lain di Eropah. Al-Kindi telah menggunakan prinsip
matematik dalam perkiraan dos ubat .