Pemupukan Budaya Kepimpinan Di Kalangan Pelajar
-
Upload
wartawan24 -
Category
Documents
-
view
233 -
download
5
description
Transcript of Pemupukan Budaya Kepimpinan Di Kalangan Pelajar
Pemupukan Budaya Kepimpinan Di Kalangan Pelajar Tingkatan 5 MRSM Se-MalaysiaKemahiran Memimpin Di Kalangan Pelajar : Dalam dunia yang saling berhubung kait, kebolehan untuk memimpin dan bekerja dengan orang lain secara berkesan adalah penting. Sistem pendidikan negara akan membantu setiap murid mencapai potensi sepenuhnya dengan mewujudkan peluang yang formal dan bukan formal, bekerja dalam pasukan dan mengamalkan ciri kepimpinan. Dalam konteks sistem pendidikan, kepimpinan merangkumi empat dimensi, iaitu keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan emosi, dan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan.Kemahiran memimpin ialah kemampuan bekerja dengan berkesan dan memimpin orang lain adalah penting, terutamanya dalam dunia yang semakin saling bergantung. Dalam Dialog Nasional, kepentingan memupuk kepimpinan dan keupayaan bekerja secara berkesan dalam satu pasukan bagi setiap murid sering dibangkitkan. Sistem pendidikan berusaha membantu setiap murid mencapai potensi penuh mereka melalui penglibatan sebagai pemimpin, serta bekerja dalam kumpulan. Dalam konteks sistem pendidikan, kepimpinan mempunyai empat unsur:
a) Keusahawanan: mengambil inisiatif untuk mewujudkan dan membangunkan penyelesaian sendiri, dan bagi tujuan itu sanggup membuat pelaburan daripada sumber sendiri, serta terdorong untuk memastikan penyelesaian itu dizahirkan;
b) Berdaya tahan: membangunkan cara berfikir yang konstruktif serta mampu menghadapi rintangan;
c) Kecerdasan emosi: berupaya memahami dan bekerja secara berkesan dengan orang lain serta mampu mempengaruhi mereka secara positif; dan
d) Keterampilan komunikasi: berupaya memberikan pendapat dan hasrat secara lisan dan bertulis dengan jelas.Sekolah perlu menggunakan peluang yang disediakan di dalam bilik darjah melalui aktiviti berasaskan projek dan kerja kumpulan, aktiviti di luar bilik darjah melalui sukan, seni, serta aktiviti kokurikulum dalam membangunkan keperibadian murid.DimensiTeoriNo. Item
KeusahawananTransformational Theory1
Situational Theory2,3
Participative Theory4
Trait Theory5
Berdaya TahanBehavioral Theory6,8,9
Situational Theory7
Kecerdasan EmosiSituational Theory13
Behavioral Theory14
Transformational Theory10
Transactional Theory11
Participative Theory12
Kemahiran Berkomunikasi Dengan BerkesanTrait Theory15,16
Participative Theory17,20
Behavioral Theory18,19
Borang Soal Selidik
Petunjuk ;
STS : Sangat Tidak Setuju
TS : Tidak Setuju
KP : Kurang Pasti
S : SetujuSS : Sangat SetujuNo.ItemSTSTSKPSSS
1.Gemar untuk bersama-sama orang yang telah berjaya dalam perniagaan.12345
2.Berkemampuan mengambil risiko dalam setiap keputusan yang diambil.12345
3.Membuat keputusan berdasarkan maklumat yang cukup.12345
4.Seronok bergaul dan berkenalan dengan pelbagai masyarakat.12345
5.Masa amat berharga kepada diri saya.12345
6.Boleh menilai secara konsisten apabila berhadapan dengan masalah.12345
7.Setiap masalah yang rumit akan difikirkan secara konkrit.12345
8.Berfikir dan merancang terlebih dahulu apa yang dilakukan apabila ingin menyelesaikan masalah.12345
9. Pelbagai pandangan dan persepktif diambil kira dalam penyelesaian masalah.12345
10.Mampu memberi semangat dan motivasi kepada orang lain.12345
11.Memberi fokus kepada tugas dan tanggungjawab yang diberikan.12345
12.Cenderung untuk membuat keputusan bersama secara berkumpulan.12345
13.Mampu menentukan keutamaan 12345
14.Berupaya menilai kesan daripada setiap tindakan dan keputusan yang dibuat.12345
15.Boleh menyampaikan mesej dengan baik kepada pendengar.12345
16.Boleh menggunakan komunikasi lisan dan gerak badan dengan baik.12345
17.Mempunyai sikap menghormati penyampai maklumat.12345
18.Mendengar dengan berfikiran terbuka terhadap pandangan yang disampaikan.12345
19.Mampu menyampaikan maklumat dengan yakin beserta contoh yang kukuh.12345
20.Boleh menerima pandangan yang berbeza.12345