Pemulihan

27
ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN 2.0 INSTRUMEN PENILAIAN SENARAI SEMAK DISLEKSIA 3.0 ANALISIS SENARAI SEMAK 3.1 LATAR BELAKANG MURID 3.2 HASIL INSTRUMEN 3.3 CARA PENGURUSAN MURID DISLEKSIA 4.0 BAHAN BANTU MENGAJAR MENGGUNAKAN TMK 5.0 RUJUKAN 6.0 REFLEKSI LAMPIRAN

description

Disleksia

Transcript of Pemulihan

Page 1: Pemulihan

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

2.0 INSTRUMEN PENILAIAN SENARAI SEMAK DISLEKSIA

3.0 ANALISIS SENARAI SEMAK

3.1 LATAR BELAKANG MURID

3.2 HASIL INSTRUMEN

3.3 CARA PENGURUSAN MURID DISLEKSIA

4.0 BAHAN BANTU MENGAJAR MENGGUNAKAN TMK

5.0 RUJUKAN

6.0 REFLEKSI

LAMPIRAN

Page 2: Pemulihan

1.0 PENGENALAN

Keseluruhan kerja kursus ini membincangkan tentang instrumen penilaian senarai

semak kebarangkalian disleksia yang bercirikan “Teacher’s Friendly”, hipotesis dan rumusan

analisis senarai semak kebarangkalian disleksia yang telah diaplikasi terhadap murid, cara

guru program disleksia menguruskan murid-murid disleksia di sekolah dan perancangan

serta penyediaan set bahan bantu mengajar yang boleh diaplikasi semsa pengajaran dan

pembelajaran bagi menangani masalah kemahiran bahasa dan matematik di samping

penghasilan refleksi berkaitan dengan tugasan.

Melalui kerja kursus ini, saya berpendapat bahawa dapat mencapai hasil

pembelajaran kursus Pendidikan Disleksia ( PKP3105 ), iaitu :

Menyatakan definisi,konsep dan cirri-ciri kanak-kanak disleksia

Menghuraikan punca-punca masalah berlakunya disleksia

Melaksanakan penilaian untuk mengenal pasti kanak-kanak disleksia

Menghuraikan strategi pengajaran dan pembelajaran untuk menangani

masalah bahasa dan matematik.

Menjelaskan pengurusan program disleksia di sekolah.

Page 3: Pemulihan

3.0 ANALISIS SENARAI SEMAK

Pada 28 Februari 2013, saya telah pergi ke sekolah SK Padang Temu , 75050

Melaka, bagi Lawatan Perkongsian Ilmu dan Amali di samping telah menjalankan satu

kajian iaitu Instrumen Penilaian Kebarangkalian Disleksia ke atas seorang murid yang

bernama Muhammad Zulfarizwan Bin Mohd Zullaini. Kumpulan saya terdiri daripada 6

orang ahli, dan kami bersama-sama telah menghasilkan set instrumen penilaian itu yang

bercirikan “Teacher’s Friendly” bagi menggantikan Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD)

oleh Kementerian Pelajaran Malaysia serta untuk memenuhi objektif kerja kursus kami.

Sekolah ini telah dipilih kerana kelainan dan keistimewaanya dalam menganjurkan

program Pendidikan Khas Integrasi Pembelajaran Spesifik Disleksia di samping prasarana

yang lengkap bagi kelas murid-murid normal, kelas murid-murid berkeperluan khas atau pun

bermasalah pembelajaran.Sekolah tersebut mempunyai 10 orang guru pendidikan khas dan

3 pembantu pengurusan murid (PPM) serta 22 orang murid disleksia yang terdiri daripada

16 lelaki dan 6 perempuan. Murid-murid disleksia tersebut terdiri daripada tahun 2,3,4,5,dan

6. Kumpulan saya terdiri daripada 6 orang ahli, dan Pn.Ruziah telah mengagihkan murid-

murid mengikut tahap umur untuk setiap kumpulan bagi kami melaksanakan Instrumen

Penilaian Kebarangkalian Disleksia. Saya telah berpeluang untuk meluangkan masa,

mengenali,dan mendampingi 4 orang murid yang bernama Mohd Sayuti, Mohd Iskandar,

Muhammad Zulfarizwan, dan Mohd Aliff. Bagaimanapun, saya telah hanya dapat membuat

kajian secara mendalam terhadap Zulfarizwan bagi mengenalpasti kebarangkalian disleksia

di samping, ciri-ciri ,tahap kemahiran bahasa, kinestetik, taktil, motor halus ,motor kasar,

aspek fizikal, mental, emosi, intelek, sosial, tingkah laku, kesediaan belajar dan tahap

kesihatannya.

Page 4: Pemulihan

3.1 LATAR BELAKANG MURID

Nama murid yang telah saya jalankan kajian ialah Muhammad Zulfarizwan Bin Mohd

Zullaini. Nama gelarannya ialah Irwan. Adik Irwan dilahirkan pada 11.01.2004 dan sekarang

Irwan berusia 10 tahun. Irwan berbangsa Melayu dan menganuti agama Islam.

Adik Irwan merupakan anak keempat daripada tujuh orang adik beradik. Irwan

berketerampilan kemas dan sihat dari aspek fizikalnya secara luaran di samping

telah mengakui bahawa dia tidak mempunyai sebarang penyakit atau masalah kesihatan.

Menurut gurunya Puan Ruziah, Irwan telah bersekolah sejak dari tahun 1 lagi, iaitu

ketika usianya 7 tahun. Sewaktu di sekolah rendah, Irwan bersekolah di Sekolah

Kebangsaan Seri Intan, Perak. Pada peringkat sekolah rendah, Irwan telah dikenalpasti

mempunyai masalah dalam pembelajaran iaitu disleksia dan dia telah ditempatkan di Sk

Padang Temu, Melaka. Kini Irwan berada di kelas 4 Bestari bersama 5 orang murid-murid

yang lain. Rekod kehadiran sekolahnya didapati baik. Saya juga sempat bertanya beberapa

soalan ,dan Irwan memberitahu bahawa dia mempunyai minat dalam bidang muzik, bercita-

cita untuk menjadi seorang jurutera serta suka menari dan menyanyi.

Seterusnya saya telah berjaya mendapatkan sedikit maklumat asas mengenai

penjaga Irwan , iaitu nama ayahnya ialah Mohd Zullaini dan berusia 46 tahun.

Beliau telah dilahirkan pada tahun 1967, serta bekerja sebagai buruh. En Mohd Zullaini

dilahirkan di Perak dan sekarang beliau menetap di Melaka .Ayah kepada 7 orang

anak, berbangsa Melayu,serta beragama islam dan merupakan warganegara Malaysia.

Page 5: Pemulihan

3.2 HASIL INSTRUMEN PENILAIAN KEBARANGKALIAN DISLEKSIA

Saya telah menjalankan penilaian dalam 2 konstruk. Konstruk 1 terdiri daripada

tahap penguasaan kemahiran membaca,menulis dan mengeja serta konstruk 2 terdiri

daripada aspek kelemahan.

Bagi konstruk 1 aspek membaca, didapati Irwan lambat membaca,dan mengambil

masa yang lama bagi membaca cerita pendek yang telah kami berikan. Irwan juga kerap kali

menggugurkan huruf semasa membaca. Contohnya bagi perkataan ‘menghabiskan’ , dibaca

‘menghabis’, ‘bahu’ sebagai ‘baun’ serta mempunyai masalah dalam menyebut huruf ‘s’. Di

samping itu, dia mengalami kesukaran membaca ayat yang panjang dan membaca tanpa

menggunakan tanda baca. Menurut Levinson (1994) dan Rosdi bin Aziz (2011), murid

disleksia  kebanyakannya tidak dapat mengimbangi daya mengingati huruf  dan gabungan

perkataan kerana mereka mudah lupa. Oleh itu, guru perlu mengatur strategi yang

berpatutan untuk mengatasi masalah ini.Holmes (1999) dan Shamsudin bin Ali (2011)

mengemukakan pendapat bahawa, pengajaran berpandukan komputer melibatkan interaksi

pengajaran secara terus antara komputer dengan murid.  Kurt Y. Michael (1990) dan Mohd

Radzi bin Isa (2011) telah memberikan persetujuan terhadap pandangan Holmes serta

Shamsudin dengan mencirikan beberapa kebaikan penggunaan komputer dalam

pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan pendapat-pendapat tokoh tersebut, didapati

pengajaran berasaskan perisian komputer dapat menarik minat murid dan memberikan

tumpuan lebih lama dalam aktiviti bacaan. Maka guru boleh merancang beberapa siri aktiviti

lisan iaitu bacaan kuat dengan menggunakan MS Power Point bagi meningkatkan

rangsangan dan kemahiran bacaan untuk menarik minat murid disleksia untuk membaca.

Beberapa petikan teks boleh dimuatkan dalam ‘slide’ dengan ayat-ayat yang mudah,

mewarnakan perkataan mengikut pecahan suku kata, dan guru boleh mengaplikasikan

penggunaan grafik bagi memudahkan bacaan. Guru disleksia Irwan boleh mengaplikasikan

cara ini untuk memperbaiki kemahiran membacanya.

Justeru, bagi aspek-aspek yang lain Irwan telah menunjukkan maklum balas yang

positif iaitu dia boleh membaca dan menguasai kemahiran membaca setanding dengan

rakan sebaya yang lain. Kami telah menyeneraikan empat huruf dan didapati Irwan

membacanya dengan tepat. Irwan juga tidak mengalami kesukaran untuk membezakan

bunyi e pepet dan e taling. Selanjutnya, saya telah menyeneraikan empat perkataan untuk

mengkaji aspek ini dan didapati Irwan menghadapi sedikit masalah dalam membaca

perkataan yang berbunyi hampir sama.Contohnya, perkataan ‘keledek’ kerap kali disebut

Page 6: Pemulihan

‘keladi’. Hal ini kerana Irwan kurang memberi tumpuan semasa membuat penilaian malah

banyak bercakap dan bertanya soalan kepada saya. Antara soalan yang ditujukannya ialah “

Mengapa cikgu membuat instrumen ini?” , “ Apa yang cikgu tulis?” , “Mengapa cikgu memilih

saya untuk membuat instrumen ini?”, dan “ Apa yang cikgu akan beri jika saya menjawab

soalan-soalan ini?”. Di sini saya telah dapat menganalis satu ciri Irwan iaitu sikap ingin tahu

yang terlalu tinggi. Maka sebagai strategi proses pengajaran, guru boleh menggunakan

pengajaran berasaskan pendekatan inkuiri di mana membolehkan murid menggunakan

keperluan ingin tahu mereka untuk meneroka sesuatu bidang ilmu. Melalui pendekatan ini,

guru juga boleh mengembangkan kemahiran dan disiplin intelek Irwan yang perlu untuk

membangkitkan soalan dan mencari jawapan yang berpunca daripada rasa ingin tahunya.

 Rentetan itu , didapati Irwan juga seorang yang mempunyai ciri-ciri hyperaktif

kerana terlalu tergesa-gesa dan cepat membaca menyebabkannya membaca dengan

salah. Saya menyuruh Irwan melihat dengan betul dan membaca semula perkataan

‘keledek’ , dan Irwan berjaya membacanya dengan betul. Selepas itu, saya telah

menyuruhnya mengulang perkataan tersebut beberapa kali sebagai intervensi dan akhirnya

Irwan mampu mengingat perkataan tersebut walaupun ditanya pada akhir sesi pengajaran

dan pembelajaran. Bagi mengatasi masalah ini guru boleh mengatur strategi dengan

menggunakan pendekatan berpusatkan bahan. Pendekatan ini merangkumi pelbagai

kaedah dan cara yang mana murid boleh mempelajari cara-cara yang seimbang atau yang

mengimbangi apa yang disampaikan guru dengan apa yang murid pelajari sendiri. Salhah

Abdullah,dalam bukunya ’Guru Sebagai Fasilitator’ telah menekankan istilah pedagogi ini

sebagai suatu kemahiran asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ini

menggunakan bahan-bahan seperti,buku kerja,buku teks,video,penggunaan pita, CD, bahan

berasaskan komputer, persidangan perkomputeran,CD-ROM,multimedia; kumpulan

perbincangan dan cakera video interaktif. Pembelajaran berasaskan bahan ini amat berguna

dalam membantu guru memenuhi kehendak kepelbagaian murid. Pendekatan ini juga

menyediakan cara bagi murid mempelajari sesuatu mengikut kehendak atau kadaran

sendiri,pada bila-bila masa. Justeru, dalam pendekatan ini, Irwan akan melibatkan diri

sepenuhnya untuk mencari penyelesaian apabila menhadapi masalah,dan berinteraksi

dalam kerja serta memberikan tumpuan dan konsentrasi akan terfokus.

Bagi aspek perkataan mudah, saya telah menyeneraikan empat perkataan yang

terdiri daripada dua suku kata dan Irwan telah dapat membaca dengan betul,tepat dan

pantas. Justeru, saya telah menyelitkan Model Modifikasi Tingkah Laku B.F.Skinner yang

menjurus kepada prinsip peneguhan. Saya telah menggunakan elemen luaran berupa

peneguhan positif dalam bentuk pujian di mana memberi kata-kata seperti ‘sangat bagus”,

“pandai Irwan”, dan memberikan tepukan sebagai penghargaan kepadanya. Hal ini menjadi

Page 7: Pemulihan

rangsangan positif dan menaikkan semangatnya untuk terus bersama saya untuk

pelaksanaan instrumen tersebut.

Seterusnya, Irwan telah dapat membaca suku kata KVVK secara memuaskan. Dua

perkataan telah diberikan ‘main’ dan ‘daun’ serta perkataan ‘main’ dibaca dengan tepat dan

betul. Perkataan ‘daun’ pula mula-mula dibaca sebagai ‘baun’. Justeru, saya dapat lihat

bahawa Irwan menghadapi masalah dengan huruf yang berbunyi dan kelihatan hampir

sama iaitu ‘d’ dan ‘b’. Saya telah membacakannya semula beberapa kali dan menyuruh

Irwan mengulangi saya dan didapati Irwan boleh membaca dengan betul. Di sini saya telah

dapat menyelitkan ciri-ciri teori Permodelan Bandura iaitu pelajar meniru sesuatu kemahiran

daripada kecekapan demonstrasi guru sebagai model di samping Irwan telah memerhatikan

dan meniru gaya pembacaan saya. Guru juga boleh menggunakan kaedah latih tubi

bertujuan untuk menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada murid tentang

sesuatu pembelajaran spesifik supaya mereka secara automatik boleh menyebut atau

memperingati semula maklumat apabila disuruh berbuat demikian. Lanjutan itu, Irwan telah

dapat membaca mengikut susunan perkataan yang betul dan tidak melangkau baris atau

menggabungkan perkataan semasa membaca.

Kesimpulannya, didapati Irwan dapat menjawab kesemua aspek yang telah saya

laksanakan dalam konstruk membaca dan mendapat skor ‘0’, iaitu berada dalam linkungan

kebarangkalian tidak menghadapi masalah dalam kemahiran membaca.

Seterusnya bagi konstruk 1 aspek menulis,didapati Irwan telah menguasai kesemua

kemahiran yang telah saya uji. Irwan menggunakan tangan kanan untuk menulis dan

tulisannya boleh dibaca. Dia juga tidak meninggalkan huruf dan menjarakkan perkataan

ketika menulis dan menulis mengikut garisan yang ditetapkan. Tulisannya juga didapati

tidak bertindih serta boleh menulis huruf dan perkataan yang diberi dengan cara yang betul.

Gabungan pegangan pensel dan tatacara yang betul,kemahiran pergerakan tangan,otot dan

jari yang normal banyak membantu Irwan daripada membuat kesalahan dari segi abjad dan

juga keseragaman dari segi saiz huruf yang ditulis.Sesungguhnya, Irwan juga tidak

menghadapi kesukaran untuk menyalin semula perkataan. Satu petikan kecil telah

disediakan dan Irwan berjaya menyalin semula petikan tersebut dalam tempoh masa yang

singkat iaitu 2 minit. Seterusnya saya telah menulis satu ayat panjang di papan tulis iaitu:

“ Ali dan Abu suka pergi ke padang setiap hari Jumaat kerana mereka hendak

membuat latihan untuk pertandingan bola sepak di sekolah mereka.”

Page 8: Pemulihan

Irwan telah dapat menyalin semula ayat tersebut dengan betul. Saya telah juga

menggunakan pengaplikasian Kajian Set Kemahiran Maklumat dan Komunikasi (TMK) iaitu

memainkan suatu petikan kecil melalui telefon bimbit dan menyuruh Irwan menulis apa yang

didengarinya. Irwan juga telah berjaya menulis semula apa yang didengarinya

sesungguhnya di sini saya dapat membuat inteprestasi bahawa kemahiran pendengaran

Irwan adalah normal. Didapati Irwan juga sudah mengenal huruf besar dan huruf kecil

dengan sebaiknya kerana dia tidak mencampuradukkan huruf kecil dan huruf besar ketika

menulis di samping tidak menulis variasi susunan abjad dari satu perkataan.

Secara keseluruhannya, Irwan telah dapat menyelesaikan konstruk 1 aspek menulis,

dalam dengan baik dan mendapat skor ‘0” iaitu berada dalam lingkungan kebarangkalian

tidak menghadapi masalah dalam kemahiran menulis.

Justeru, didapati Irwan mempunyai satu kelemahan dalam aspek ini iaitu tulisannya

tidak kemas. . Oleh itu, guru perlu memainkan peranan untuk mengatur strategi dalam

membimbing Irwan untuk mengatasi masalah ini. Grave (1983) menyatakan bahawa murid

sekurang-kurangnya mesti menulis setiap hari atau minimun empat hari dalam seminggu

yang mana pada hari-hari menulis sekurang-kurangnya 30 minit sesi menulis. Berikutan hal

ini,guru boleh menyediakan lembaran kerja dalam perkataan,ayat-ayat dan petikan teks

yang sesuai mengikut tahap kemampuan Irwan dan menyuruhnya menyalin semula setiap

hari selama 5 minit sebelum memulakan proses pembelajaran.

Graves (1983) mendapati bahawa fokus dan tumpuan boleh membantu dalam

sesuatu perubahan tingkah laku. Ini bermaksud, Irwan akan memberikan tumpuan dan

kesedaran yang lebih kepada kerja yang dilakukan jika ganjaran diberikan. Maka guru boleh

menggunakan kata-kata peneguhan positif dan menyediakan hadiah-hadiah yang boleh

memotivasikannya bagi mencuba memperkemaskan lagi tulisannya.

Guru juga boleh menggunakan kaedah pemerhatian dalam untuk membimbing Irwan.

Pemerhatian ini harus dilakukan ke atas Irwan dari cara memegang pensil sehingga ke

proses pembentukan huruf,perkataan dan ayat. Kaedah ini akan membantu Irwan untuk

terfokus semasa menulis.

Bagi aspek terakhir iaitu mengeja , didapati Irwan telah menguasai keseluruhannya dengan

baik di mana dia boleh mengeja suku kata kv+kv dan perkataan yang berbeza maksud

dengan perkataan asal dengan cepat,pantas dan penuh berkeyakinan. Di sini saya telah

dapat melihat bahawa Irwan mempunyai efikasi kendiri yang tinggi iaitu kepercayaan

kepada keupayaan diri untuk melaksanakan sesiri aksi yang dikehendaki untuk menangani

pelbagai situasi. Hal ini menyediakan asas kepada motivasi Irwan ,bagi kesejahteraan,

Page 9: Pemulihan

pencapaian peribadi, dan penglibatannya semasa melaksanakan instrumen ini. Saya juga

telah mendapatkan maklumat mengenai Irwan dan penglibatannya dalam bidang sukan.

Irwan telah memasuki Karnival Permainan Pendidikan Khas, Negeri Melaka bagi

pertandingan Futsal dan Olahraga Pendidikan Khas, Negeri Melaka dalam acara larian

100m, 4 x 100m, 200m dan lompat tinggi. Pencapaianya didapati sangat cemerlang. Saya j

telah mengkaji antara sebab kecemerlangannya , dan didapati Irwan mempunyai insentif

yang tinggi untuk menghadapi cabaran dan dapat menjana hasil yang diingini apabila dia

diberi kepercayaan.

Seterusnya dalam pelaksanaan aspek mengeja ,Irwan tidak menggabungkan

perkataan ,menyebut perkataan lain serta menambah atau meninggalkan huruf semasa

mengeja. Di samping itu, dia boleh membezakan bunyi e pepet dan e taling dengan baik

tetapi menghadapi sedikit kesukaran untuk mengeja perkataan “enak”. Hal ini kerana Irwan

keliru dengan penggunaan suku kata v+kvk. . Kaedah fonik atau fonetik boleh digunakan

sebagai intervensi untuk menangani masalah ini. Kaedah ini adalah berdasarkan bunyi

sebutan dalam suku kata dan menggabungkannya dengan suku kata yang lain. Maka

sebelum mengeja sesuatu perkataan,guru perlu memastikan Irwan membunyikan huruf-

huruf terlebih dahulu, kemudian membentuk suku kata dan seterusnya perkataan.

Contohnya, perkataan bola dieja [b (beh) + o (o) = bo] dan l (leh) + a (a) = la]. Kedua-dua

suku kata ini kemudian digabungkan iaitu [bo] + [la] dan ia menjadi [bola].

Dengan ini, konstruk 1 telah dapat diselesaikan dengan jayanya dan Irwan telah

mendapat skor “0” dan menunjukkan bahawa dia tiada kebarangkalian disleksia.

Seterusnya bagi konstruk 2 iaitu aspek kelemahan, didapati Irwan sering mengelak

dari aktiviti bacaan dan penulisan, bermasalah disiplin, dan sukar memberi tumpuan. Irwan

juga kurang faham dengan konsep arah. Saya telah mengkaji hal ini semasa menjalankan

set induksi bersamanya. Saya telah menari dan membuat aksi-aksi berunsur hiburan dan

memberikan beberapa arahan melalui nyanyian yang berbunyi “Angkat tangan kiri,” “Angkat

tangan kanan,” serta “Angkat kaki kiri dan sekarang angkat pula kaki kanan.” Irwan tidak

pasti dan kurang berkeyakinan apabila mengangkat tangan, dan dia juga tidak dapat

memberikan respon yang baik terhadap arahan saya. Selain pengkajian aspek kelemahan,

saya juga berkesempatan menggunakan kaedah pemerhatian dan berpeluang untuk

mengkaji beberapa ciri-ciri Irwan yang lain secara spesifik sepanjang masa saya

bersamanya. Saya telah mengklasifikasikannya kepada aspek fizikal, emosi, mental, dan

social seperti berikut :

Page 10: Pemulihan

ASPEK CIRI-CIRI

Fizikal

Organ-organ vokal yang sempurna

Tahap kecerdasan tinggi ( sering dan cepat bercakap)

Kefasihan bertuturTubuh badan yang sihat

Tumbesaran badan seimbang

Gerakan moto-kasar dan halus efektif (Diperhatikan semasa

aktiviti Doh)

Kelemahan koordinasi anggota seperti penumpuan (pandangan mata)

tak sama dengan kecekapan tangan (anggota)

Tahap kesihatan yang stabil (menari untuk set induksi)

Gerakan psikomotor stabil

Tidak dapat mengawal tulisan Kemahiran pergerakan tangan, otot

dan jari yang normal

Emosi

Menggerakkan bahagian anggota tanpa dapat dikawal

Kelihatan selesa dan gembiraMemerlukan perhatian yang lebih

Berminat untuk mencuba perkara baru

Sudah bijak menyesuaikan diri dan berkeyakinan

Bersifat aktif Cepat bosan dan jemu terhadap pelajaran

Mental

Mempunyai daya ingatan yang kuat dan tidak mudah lupa

Tinggi daya pengamatan

Cepat memahami konsep yang dipelajari

Sangat kreatif

Sosial

Gemar mengusik rakan

Tidak takut kepada orang baru

Page 11: Pemulihan

Konklusinya, saya bersyukur dan berasa puas hati kerana telah dapat

menyelesaikan kedua-dua konstruk ini dengan jayanya bersama Irwan. Skor keseluruhan

yang diperolehinya ialah ‘0’ bermaksud murid berada dalam lingkungan tiada

kebarangkalian disleksia. Hal ini mungkin kerana, Irwan telah pun didedahkan kepada

pelbagai pendekatan , strategi, teknik dan cara-cara intervensi oleh guru gurunya dan hal ini

membantu Irwan untuk mengatasi serta mengurangkan masalah-masalah disleksia yang

serius. Selanjutnya, melalui pengkajian dan pemerhatian saya juga boleh dirumuskan

bahawa Irwan telah dibentuk oleh guru-gurunya menjadi insan yang baik dan sempurna di

samping menyeluruh dari aspek JERI supaya menjadi warganegara Malaysia yang berguna

berlandaskan kepada Falsafah pendidikan kebangsaan yang menjadi hala tuju rakyat yang

memberi pedoman kepada segala usaha pendidikan.

Page 12: Pemulihan

3.3 CARA PENGURUSAN MURID DISLEKSIA

Maka melalui pelaksanaan instrumen ini ,saya telah dapat mengenali dan memahami

pelajar-pelajar disleksia secara lebih mendalam. Saya juga memahami bahawa murid-murid

disleksia tersebut perlu diurus dengan kaedah,strategi teknik dan cara-cara yang sesuai

sebagai langkah-langkah intervensi. Selepas selesai pelaksanaan Instrumen Penilaian

Kebarangkalian Disleksia , saya telah mengaut peluang untuk meluangkan sedikit masa

bersama Pn Ruziah dan telah menggunakan kaedah temubual untuk mengumpul maklumat-

makumat yang relevan mengenai cara pengurusan murid disleksia di sekolah tersebut.

Pn.Ruziah telah mengetengahkan beberapa cara pengurusan yang efektif ke arah

kecemerlangan diri dan akedemik murid-murid disleksia di sekolahnya.

Pertama sekali, guru harus mengurus murid-murid mengikut potensi,kemampuan

dan keupayaan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pn ruziah

menjelaskan bahawa murid-murid disleksia perlu diajar mata pelajaran bahasa Melayu

sebagai asas kerana mereka lemah dalam kemahiran membaca dan menulis tetapi bukan

semuanya yang tidak boleh menguasai.Maka guru-guru perlu mengatur strategi secara

berasingan untuk mendekati setiap pelajar kerana setiap individu adalah unik dan tidak ada

individu lain yang seratus peratus sama dengannya walaupun kembar seiras. Pn.Ruziah

menjelaskan bahawa beliau sentiasa mengetengahkan pengajaran yang efektif terhadap

setiap individu, dengan menyusun isi pelajaran serta menggunakan pelbagai bahan bantu

mengajar serta pendekatan pengajaran berpusat di samping menggunakan strategi dan

kaedah belajar yang berkesan bagi mencapai matlamat pengajaran pada hari

tersebut..Menurut guru lagi,di sekolahnya murid-murid disleksia diajar ke arah bagaimana

menjawab soalan peperiksaan bagi mengekalkan tahap pencapaian setanding dengan

rakan-rakan sebaya yang lain. Murid-murid yang betul-betul lemah serta tidak mempunyai

peluang dalam pelajaran akan diajar kepada persediaan selepas sekolah atau pun mereka

ditekankan kepada aspek kemahiran. Beliau juga menyatakan bahawa murid-murid yang

kurang pandai dalam pelajaran akan terus didedahkan bagaimana cara untuk mereka

menyesuaikan diri ke alam pekerjaan. Oleh sebab itu, mereka lebih ditekankan ke arah

kemahiran yang melibatkan penghasilan kraftangan.

Di sini, saya telah dapat mendalami teori perbezaan individu oleh Papalia (2001).

Teori ini mengatakan mengatakan bahawa manusia berbeza dari segi jantina, berat, bentuk

badan, kesihatan tahap tenaga personaliti dan emosi. Slavin (1997) pula mengaitkan

perbezaan individu dengan konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau mengatakan

Page 13: Pemulihan

bahawa, kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif,

etnik, budaya, kelas sosial, bahasa, jantina, bakat dan minat. Maka setiap individu adalah

berbeza dengan individu yang lain.Kata-kata Pn.Ruziah memperjelaskan kepada saya

bahawa seorang guru harus memahami perkara ini dalam kalangan murid-murid kerana ia

boleh mempengaruhi kualiti dan peningkatan pembelajaran di dalam kelas. Saya juga

mempelajari bahawa guru harus menggunakan pendekatan pengajaran yang sesuai untuk

mengajar murid-murid mengikut keupayaan, jantina, gaya belajar, personaliti, kesihatan,

sosial, kecerdasan otak, afektif dan sosial.

Selain itu, beliau sering mengurus murid-muridnya dengan menggunakan kaedah

penilaian. Penilaian dilakukan bertujuan untuk mengesan kekurangan kanak-kanak atau

murid yang dikaji. Setelah melakukan penilaian, guru dapat mengesan sebarang

kekurangan pada murid-murid. Pada pandangan mata kasar, mungkin kanak-kanak itu

kelihatan normal, tetapi setelah menjalankan penilaian, kemungkinan kanak-kanak tersebut

mempunyai masalah yang perlu dipulihkan lagi. Puan Ruziah akan melakukan penilaian dari

semasa ke semasa dan menyediakan laporan atau pelan tindakan yang sewajarnya kepada

kanak-kanak yang dikaji sekiranya kanak-kanak itu mempunyai sebarang masalah yang

perlu dipulih di samping berdasarkan penilaian yang telah dibuat beliau akan mengambil

langkah-langkah yang sepatutnya untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran

lebih berkesan. Sukatan pelajaran juga perlu diubahsuai supaya selaras dengan kehendak

murid-murid mengikut keupayaan kognitif mereka.

Seterusnya, Pn Ruziah berkata guru-guru di sekolahnya menggunakan kemahiran

merancang untuk mengurus murid-murid disleksia. Kemahiran merancang merupakan

prasyarat untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Antara punca kejayaan

setiap aktiviti di sekolah tersebut ialah melalui proses perancangan iaitu bersedia awal dan

jelas akan aktiviti yang bakal berlangsung di samping bagi menentukan objektif pelajaran

tepat, memilih isi pengajaran, memilih strategik dan kaedah pengajaran yang efektif,

merancang aktiviti pengajaran pembelajaran, memilih dan menyediakan bahan-bahan

pelajaran serta menyediakan dan menguruskan kemudahan-kemudahan untuk menjalankan

aktiviti pembelajaran tersebut. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di sekolah SK

Padang Temu ialah Pelantikan Pengawas dan ketua darjah, Menyertai aktiviti-aktiviti anjuran

Panitia Mata Pelajaran aliran perdana,Pertandingan menghias kelas sempena bulan

merdeka,Pertandingan mewarna, membina setanjak dan tiara merdeka, Pertandingan

tulisan cantik, Pertandingan ejaan, Pertandingan “english spelling”, Pertandingan murid

segak/cantik setiap bulan, Lawatan sambil belajar dalam negeri dan luar Melaka, Hari

Terbuka PPKID, Mesyuarat bersama Badan Kebajikan Ibu/bapa/penjaga PPKID, Jamuan

Hari Raya, Jamuan Akhir Tahun, Hari Penyampaian Hadiah dan Hari Kanak-kanak ,serta

Page 14: Pemulihan

Hari Kualiti Pendidikan Khas Negeri Melaka. Puan Ruziah juga telah sudi berkongsi

maklumat tentang penyertaan mereka dalam aktiviti-aktiviti anjuran Unit Pendidikan Khas,

JPM seperti Tilawah Pendidikan Khas (Tilawah Al-Quran, Hafazan, Azan Subuh, Khat), dan

Pertandingan Bowling Ten Pin Pendidikan Khas, Negeri Melaka.

Sekolah Kebangsaan Padang Temu juga telah memegang rekod dalam bidang

sukan dengan bakat-bakat,dan potensi murid-murid disleksia yang telah meraih

kemenangan dalam pelbagai aktiviti bagi Hari Kualiti Pendidikan Khas Negeri Melaka iaitu

naib johan Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Program Pendidikan Khas Sekolah

Rendah 2011, tempat ketiga dalam Anugerah Kecemerlangan Pengurusan dan Pentadbiran

Program Pendidikan Khas Sekolah Rendah 2012 dan Anugerah Kecemerlangan

Kokurikulum Program Pendidikan Khas Sekolah Rendah 2012. Guru-guru sekolah tersebut

juga telah memainkan peranan penting dalam membentuk modal insan yang bermutu iaitu

Muhammad Akmal b. Abu Bakar, Anugerah Harapan Pelajar Disleksia lelaki 2009,

Norsyakirah bt. Zulkifli, Anugerah Harapan Pelajar Disleksia Perempuan 2010,dan

Mohammed Aiman Haqeem b. Ayob ,Anugerah Harapan Pelajar Disleksia lelaki 2011.

Puan Ruziah juga memberitahu bahawa kemahiran komunikasi amat penting bagi

mengurus murid-murid disleksia di sekolahnya. Komunikasi atau perhubungan amat penting

dalam menyampaikan berita, khabar, mesej mahupun pengajaran dan pembelajaran. Sama

ada bertulis mahupun lisan, maklumat atau ilmu yang disampaikan oleh guru haruslah

berkesan dan sempurna. Beliau menyambung lagi bahawa kejayaan Program Pendidikan

Khas Integrasi Pembelajaran Spesifik Disleksia di Sk Padang Temu adalah kerana guru-

gurunya telah menguasai kemahiran komunikasi bagi :

Menjalinkan hubungan

Untuk menjadi guru yang dikasihi oleh murid-muridnya, seseorang itu perlu mempunyai

kemahiran menghiburkan murid-muridnya.

Rangsangan

Murid-murid memerlukan rangsangan fizikal seperti sentuhan, belaian dan rangsangan

mental. Mereka juga memerlukan rangsangan emosi supaya mengalami perasaan seronok,

suka, bahagia dan puas. Rangsangan emosi boleh diberi dengan menggunakan kemahiran

berkata-kata secara positif. Kemahiran berbual-bual, memuji, menghibur dan bergurau

adalah sangat perlu untuk memberi rangsangan emosi.

Page 15: Pemulihan

Estim-diri

Murid-murid memerlukan kemuliaan dan penghargaan. Dengan cara berkomunikasi mereka

boleh merasa bahawa diri mereka diperlukan, dihargai dan penting kepada orang lain.

Perasaan tersebut adalah asas kepada estim-diri yang sihat.

Saling faham-memahami

Guru dan murid berkomunikasi kerana ada beberapa tujuan yang hendak dicapai. Tujuan

pertama ialah mereka hendak saling faham-memahami satu sama lain. Sebagai contoh,

guru hendak memahami masalah murid-muridnya. Dia hendak mengenali siapa mereka,

siapa diri mereka, apa yang mereka fikirkan, apa yang mereka rasakan dan maklumat

berkenaan murid-muridnya.

Mempengaruhi

Manusia juga berkomunikasi kerana mereka hendak mempengaruhi fikiran, perasaan dan

tingkah laku orang-orang lain. Sebagai contoh, Pn.Ruziah cuba menukar sikap, tabiat,

pendapat dan tingkah laku murid-muridnya.

Kesimpulannya, saya telah dapat mengkaji dan mendalami ciri-ciri murid disleksia di

samping memahami kepentingan pengurusan yang sesuai bagi murid-murid disleksia untuk

menjamin perkembangan serta mengubah diri mereka daripada jahil kepada

berpengetahuan, lembap kepada cerdik, mundur kepada maju, dan derita kepada bahagia

sejurus kepada panduan melahirkan anak muda yang sepadan dengan kehendak FPK

negara kita, Malaysia.

Page 16: Pemulihan

5.0 RUJUKAN

(2012, May 21). Retrieved 03 13, 2013, from Blog Cikgu Hijau: http://cikguhijau.blogspot.com/2012/05/intervensi-meningkatkan-kemahiran.html

Yusof, S. b. (2012, December 9). Retrieved Mac 12, 2013, from Seronoknya Belajar Membaca: http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2012/12/prosiding-seronoknya-belajar-membaca.html

H.R.Musli. (2010, january 14). Retrieved Mac 11, 2013, from Satu Permulaan: http://firdausjitrani.blogspot.com/2010_01_01_archive.html

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG, S. (2004). Jurnal Penyelidikan Tindakan . Retrieved Mac 12, 2013, from http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/JurnalActionResearch/2010/Jurnal%20PT%202010.pdf

Pedagogi Dalam Pendidikan. (n.d.). Retrieved Mac 12, 2013, from http://pomizipedagogy.wordpress.com/model/inkuiri/

Yusof, S. b. (2012, December 9). Retrieved Mac 12, 2013, from Seronoknya Belajar Membaca: http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2012/12/prosiding-seronoknya-belajar-membaca.html

(2012, 03 6). Retrieved 03 11, 2013, from Noktah Hidup: http://noktahidup.blogspot.com/2012/06/efikasi-kendiri-self-efficacy-part-3.html

Bahagian Pendidikan Guru. (2001). Garis panduan kursus penyelidikan tindakan untuk Maktab/ Institut Perguruan Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Page 17: Pemulihan

Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM). (2009). Pro Forma Penyelidikan Tindakan I dan II (Bahasa Melayu Pendidikan Rendah). Putrajaya:

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Altrichter, H., Posch, P. & Somekh, B. (1993). Teachers investigate their work: An

introduction to the methods of action research. London: Routledge

Jabatan Pendidikan Khas, K. P. (1999). BUKU PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS. Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn.Bhd.

Kasim, T. S. (2006). KAEDAH MENGAJAR DAN KEMAHIRAN INTERPERSONAL GURU. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing.

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA. (2006). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kasim, T. S. (2006). KAEDAH MENGAJAR DAN KEMAHIRAN INTERPERSONAL GURU. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing.

Samuel, H. H. (2009). PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU. Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Mohamad, A. A. (2012). KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU. Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Page 18: Pemulihan

6.0 REFLEKSI

Selamat Sejahtera. Saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus Pendidikan Disleksia

( PKP3105 ) dengan sempurna dalam tempoh masa yang ditetapkan. Saya berasa ia

merupakan satu tugasan yang amat mencabar dan benar-benar memberi manfaat kepada

saya dalam aspek pencarian ilmu pengetahuan mengenai masalah disleksia. Mula-mula

saya telah menyeneraikan tugas dan nota-nota yang perlu dicari bagi kerja kursus ini.

Seterusnya saya telah mengagihkan masa bagi mengintepretasi dan menganalisis

selanjutnya menyusun idea-idea untuk menghasilkan kerja kursus yang bermutu di samping

berasa syukur, sangat gembira dan puas hati kerana saya berupaya menghabiskan

tugasan yang diberi oleh pensyarah kami, Pn.Zaharilah Bt Haji Abdul Kadir.

Bagi menyiapkan kerja kursus ini, saya telah mengharungi pelbagai cabaran

terutamanya untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang relevan. Kami diminta untuk

membincangkan tentang punca-punca masalah berlakunya disleksia, ciri-ciri murid-murid

disleksia, pelaksanaan penilaian instrumen untuk mengenal pasti kanak-kanak disleksia,

strategi pengajaran dan pembelajaran untuk menangani masalah bahasa dan matematik

serta cara pengurusan yang efektif untuk manjayakan program disleksia. Saya telah mencari

maklumat melalui Internet dan juga buku-buku di Pusat Sumber IPGKRM. Saya mendapati

satu kelemahan di pusat sumber kita iaitu, buku-buku tentang Ilmu Pendidikan dan

masalah-masalah pembelajaran tidak mencukupi. Sehubungan dengan itu, pensyarah

pembimbing kami turut memberikan banyak nota-nota dan penerangan yang secukupnya

sepanjang masa kuliah.Nota-nota yang dikongsi oleh beliau telah banyak berguna kepada

saya serta menjadi panduan dan rujukan sepanjang pelaksanaan kerja kursus ini.

Selain itu, saya juga telah menggunakan kaedah temu bual untuk mendapatkan

maklumat selanjutnya. Lantaran itu, pada 28.03.2013 kami telah diberi peluang membuat

lawatan perkongsian ilmu. Di sana saya telah mengaut peluang untuk berinteraksi dan

menemu ramah Puan Ruziah, guru Program Khas Disleksia, tentang jenis-jenis BBM yang

boleh digunakan untuk murid-murid disleksia, ciri-ciri mereka, aspek pengajaran dan

pembelajaran yang berkualiti , cara pengurusan bilik darjah yang efektif, impak persekitaran

terhadap proses pembelajaran murid-murid disleksia,latar belakang murid, teori-teori

pengajaran yang mereka mengaplikasikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran

Page 19: Pemulihan

dan cara mereka mengendalikan kelas serta cara pengurusan mereka terhadap murid-murid

disleksia di sekolah tersebut. Sesungguhnya, saya telah mengumpul, mensintesis, dan

mentafsir semula maklumat-maklumat itu sebagai panduan untuk menyiapkan kerja kursus

ini. Malah, maklumat yang dikongsi oleh beliau telah amat berguna kepada saya untuk

menyiapkan kerja kursus ini.

Sehubungan dengan itu, kerja kursus ini telah dapat membina banyak nilai-

nilai positif dalam diri saya sebagai seorang guru pelatih. Saya telah dapat mendalami ciri-

ciri seorang guru cemerlang yang kreatif dan inovatif dalam memaksimumkan kadar

penglibatan murid – murid disleksia dalam proses pembelajaran, aspek pengajaran dan

pembelajaran yang berkualiti, di samping jelas dan dapat meneliti dan mengkaji peranan

para pendidik dalam menguasai kemahiran-kemahiran seperti cara berkomunikasi,

merancang, dan menilai secara lebih mendalam. Justeru, saya telah dapat membuat

refleksi kendiri dengan mengaitkan teori-teori pembelajaran seperti Teori Permodelan

Bandura dan Teori Perbezaan Individu dan memahami kepentingannya untuk saya

menghadapi murid-murid bermasalah pembelajaran kelak.

Melalui ini kerja kursus ini juga, saya memahami bahawa guru merupakan

agen perubahan dalam membentuk persekitaran yang kondusif dan iklim bilik darjah yang

sesuai bagi murid-murid dan diberi tugas untuk memperkembangkan potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu, demi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi

intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan negara di

samping atas kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Pernyataan Puan Ruziah ,

“Jangan memandang rendah akan kebolehan kanak-kanak istimewa ini,” telah memberi

peneguhan kepada saya bahawa seorang guru perlu memperkukuhkan kekuatan dalaman

murid agar mereka terus berasa dihargai dan tidak berasa malu atau kurang berkeyakinan

akan kelemahan diri mereka.

Justeru melalui kerja kursus ini, saya menyedari bahawa potensi murid-murid adalah

berbeza, dan harus membantu atau mendekati mereka dengan cara yang berbeza bagi

mengembangkan potensi mereka supaya mencapai kemajuan dalam setiap bidang yang

diceburi. Melalui perbualan dengan Puan Ruziah, saya mendapati beliau sering kali

menjalankan pengajaran berasaskan permainan dan para pelajar akan melibatkan diri

secara aktif dan berebut-rebut untuk menonjolkan keupayaan diri di samping mewujudkan

persekitaran yang menggembirakan serta selesa untuk menimba ilmu.Di sini, saya

memahami bahawa salah satu kekuatan para pendidik ialah untuk mengatur dan mengurus

bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan

Page 20: Pemulihan

jasmani, emosi, rohani dan intelek memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran,

prosedur, teknik dan strategi.

Maka, secara keseluruhannya melalui kerja kursus ini saya telah memahami

bahawa kanak-kanak merupakan aset dan generasi muda negara yang harus diberikan

pendekatan yang sesuai bagi mengasah potensi dan minda kelas pertama setanding

dengan anjakan paradigma pada era ini.

Sekian.