Pemuda Ashabul Kahfi Era Modenisasi

7
Teks Usrah nuqaba geng surau kmm 12/13 Tajuk : pemuda ashabul kahfi era modenisasi Alhamdulillah segala pujian kepada allah yang memiliki setiap penciptaan,dari sekecil zarah sehingga sebessar galaksi. Maha suci allah dari diDUA kan atau di setarakan dengan apa2 sahaja yang zahir(nampak) atau yang ghaib(tidak Nampak dengan mata kasar) Alhamdulillah kepada allah yang telah mencampakkan atau membenarkan kami hari ini berkumpul,bertemu dan berpisah kerana allah SWT. Moga-moga kami adalah golongan yang telah engkau janjikan untuk mendapat lindungan dibawah arasy Engkau tatkala tiada perlindungan dari bahang matahari di mahsyar kelakamin . ya Allah sampaikan cinta kami kepada rasulullah SAW . ALLAHUMMA SOLLI A’LA MUHAMMAD WA A’LA ALIHI MUHAMMAD . Seorang adik usrah bertanya. adik usrah : akh..kenapa allah tidak menyatakan nama firaun secara spesifik didalam al quran.tidak menyatakan nama pemuda ashabul kahfi secara jelas?? naqib usrah :syukran atas pertanyaan yang sungguh bernas.apabila kita mula bertanya sesuatu yang baik.ini petanda hati kita mula mencintai dan cenderung kepada islam dan ilmu.mula mencari jawapan setiap perkara ALHAMDULILLAH. pertama-pertama apabila allah menceritakan didalam quran kisah-kisah para anbiya(nabi),kisah para penentang allah seperti firaun,raja namrud,abu lahab dan banyak lagi, Kisah-kisah haiwan seperti burung hud-hud,lebah serta lembu betina, kisah mereka yang bertakwa tetapi bukan nabi seperti kisah luqmanul hakim,kisah pemuda ashabul kahfi dan kisah pekebun didalam quram, motif allah HANYA untuk menjadi IBRAH yakni PENGAJARAN KEPADA UMAT

description

ashabul kahfi

Transcript of Pemuda Ashabul Kahfi Era Modenisasi

Page 1: Pemuda Ashabul Kahfi Era Modenisasi

Teks Usrah nuqaba geng surau kmm 12/13

Tajuk : pemuda ashabul kahfi era modenisasi

Alhamdulillah segala pujian kepada allah yang memiliki setiap penciptaan,dari sekecil zarah sehingga sebessar galaksi. Maha suci allah dari diDUA kan atau di setarakan dengan apa2 sahaja yang zahir(nampak) atau yang ghaib(tidak Nampak dengan mata kasar)

Alhamdulillah kepada allah yang telah mencampakkan atau membenarkan kami hari ini berkumpul,bertemu dan berpisah kerana allah SWT. Moga-moga kami adalah golongan yang telah engkau janjikan untuk mendapat lindungan dibawah arasy Engkau tatkala tiada perlindungan dari bahang matahari di mahsyar

kelakamin .

ya Allah sampaikan cinta kami kepada rasulullah SAW .

ALLAHUMMA SOLLI A’LA MUHAMMAD WA A’LA ALIHI MUHAMMAD .

Seorang adik usrah bertanya.

adik usrah : akh..kenapa allah tidak menyatakan nama firaun secara spesifik didalam al quran.tidak menyatakan nama pemuda ashabul kahfi secara jelas??

naqib usrah :syukran atas pertanyaan yang sungguh bernas.apabila kita mula bertanya sesuatu yang baik.ini petanda hati kita mula mencintai dan cenderung kepada islam dan ilmu.mula mencari jawapan setiap perkara ALHAMDULILLAH.

pertama-pertama apabila allah menceritakan didalam quran kisah-kisah para anbiya(nabi),kisah para penentang allah seperti firaun,raja namrud,abu lahab dan banyak lagi,

Kisah-kisah haiwan seperti burung hud-hud,lebah serta lembu betina,kisah mereka yang bertakwa tetapi bukan nabi seperti kisah luqmanul hakim,kisah pemuda ashabul kahfi dan kisah pekebun didalam quram,

motif allah HANYA untuk menjadi IBRAH yakni PENGAJARAN KEPADA UMAT

Page 2: Pemuda Ashabul Kahfi Era Modenisasi

ISLAM yang beriman.

MEANS . Allah sengaja tidak memberi tahu nama firaun di dalam quran kerana firaun bukan sahaja ada di zaman nabi musa a.s bahkan berada disetiap zaman.kemungkinan ada pada zaman ini yang lebih teruk dari firaun . Mungkin juga kita sedang dipimpin firaun,sedang makan bersama firaun.kerana menjadi firaun bukan kerana nama tetapi kerana sifat yang ada pada firaun yang menjadikan dia atau sesiapa sebagai firaun .

begitu juga pemuda ashabul kahfi(gua kahfi). Mereka yang beriman dan BERJUANG kerana allah ,itulah karakter untuk menjadi ashabul kahfi didalam Negara yang mempunyai KLCC. Beriman tanpa berjuang bukan sifat pemuda ashabul kahfi. DAN bukan sifat pemuda KLCC

dan JELAS kita boleh menjadi pemuda ashabul kahfi jika cukup sifat nya amin.

mari buka al quran surah al kahfi ayat 13-14(minta naqib mengalunkan ayat quran atau meminta ahli mengalunkan )

Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya:

“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang menciptakan dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain daripadanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.” (Al-Kahf : 13 – 14)

allah menceritakan didalam ayat ini tentang.SIFAT-SIFAT.CIRI-CIRI,KARAKTER-KARAKTER,SYARAT-SYARAT,KEKUATAN-KEKUATAN,serta KEMULIAAN pemuda ashabul kahfi.

Page 3: Pemuda Ashabul Kahfi Era Modenisasi

Syarat Pertama

Pada ayat “sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang BERIMAN kepada Tuhan mereka”

Syarat pertama yang disebut dalam ayat ini adalah iman yang kental dan hanyalah dengan iman yang sebegini kita akan dapat menjalankan tugas dakwah yang begitu banyak tanggungjawabnya ke atas kita tetapi begitu sedikit pula kemampuan yang kita miliki.

Ciri iman yang perlu kita miliki adalah iman yang ditasdiqkan (dibenarkan) bukan sahaja pada hati dan jiwa kita tetapi iman yang dicernakan dalam bentuk amalan sehingga golongan pemuda tadi menjadi contoh dan tauladan ibarat al-Quran dan al-Sunnah yang berjalan di atas muka bumi

IMAN YANG KENTAL adalah iman yang meletakkan kepentingan agama yang terutama. Meletakkan allah sebagai terkehadapan.

contoh apabila seorang lelaki mendengar azan.pada masa yang sama sedang senamrobik peringkat KMM.dia akan beredar dan solat berjamaah

contoh seorang wanita apabila berhadapan dengan permintaan sisuami untuk memakai pakaian yang tidak menutup aurat untuk ke majlis makan malam syarikat. Muslimah itu berkata dengan hikmah(bijaksana) lalu berkata “abang maaafkan saya.saya cintai allah.lalu akan saya menutup aurat saya kerana allah dan mana mungkin saya mengkhianati cinta allah”

meletakkan PANDANGAN allah yang berharga sebagai pandangan hidup. Moga geng surau tergolong pada syarat pertama ameeen dan ini lah yang dimaksudkan pada ayat

“Tuhan kami ialah Tuhan yang menciptakan dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain daripadanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.”

si isteri menyembah allah bukan sembah(taat) pada suami yang bisa tersilap.

si lelaki menyembah(mengutamakan) allah bukan menyembah poco2 atau senamrobik.

menyembah(meyakini) alquran bukan bukan surat khabar utusan

Page 4: Pemuda Ashabul Kahfi Era Modenisasi

Syarat Kedua

Pada ayat “dan kami tambahi mereka dengan HIDAYAH petunjuk’

Syarat kedua adalah al-huda (petunjuk dari Allah s.w.t.). Tugas dakwah adalah tugas untuk memindahkan panduan dan arahan al-Quran ke alam waqi’ie (realiti) dan ianya berhajat kepada pentafsiran dan penjelasan permasalahan semasa ummah dengan petunjuk dan hidayah yang digagaskan oleh Islam.

Islam tidak boleh diterjemahkan dalam bentuk abstrak mahupun khayalan serta omong kosong

Dengan demikian hanyalah dengan al-Huda dari Allah s.w.t. kita akan dapat menjawab segala persoalan yang dihadapi samada pada peringkat fardi (individu) mahupun jama’i (jamaah) ataupun dauli (antarabangsa).

bermaksud HIDAYAH milik ALLAH

dan tugas kita untuk sering berdoa supaya allah menetapkan hati kita dijalan dakwah.dan jangan pernah sombong kerana kita telah beriman.

dan kerana rasa kita telah beriman,kita mula memandang enteng terhadap yang masih dalam kekeliruan.

pegang lah konsep daie

“pandanglah hamba allah itu dengan pandangan kasihan, jangan pernah merasakan penjenayah seperti tiada masa depan dan ulama seperti tiada kisah silam”

“jangan pernah membenci pendosa tetapi bencilah DOSA dilakukan nya”

kita daie bukan mufti

pujuk bukan kutuk

bina jambatan bukan tembok

Page 5: Pemuda Ashabul Kahfi Era Modenisasi

Syarat Ketiga

Pada ayat “sesungguhnya mereka itu ORANG-ORANG muda”

Syarat yang ketiga adalah pertautan hati yang antara lain bermaksud untuk memerintahkan kita berjuang dan bergerak sebagai jamaah dan perhimpunan yang hati kita ini ditaut dengan ikatan iman, Islam dn ukhuwwah yang tidak mengenal sebarang perbezaan melainkan taqwa kepada Allah s.w.t.

Ikatan ini adalah ikatan yang simpulannya tidak boleh terungkai dengan permasalahan dan perbezaan furu’ tetapi yang sentiasa diarahkan oleh panduan Al-Quran dan Al-Sunnah.

BERMAKSUD orang2 beriman menunjukkan mereka lebih dari seorang.pemuda ashabul kahfi itu lebih dari individu.mereka berjuang didalam jamaah “kelompok/geng/korum”

Di sinilah kekuatan islam

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” (Al-Saff: 4)

Allah mengasihi mereka yang berjuang dalam barisan(saff).dalam jamaah yang teratur!!

allah mengsihi wahai ikhwan.

Di dalam hadith, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

“Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yamani r.a. katanya: “Manusia sering bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan? Rasulullah menjawab: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu? Rasulullah menjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan. Aku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu? Rasulullah menjawab dengan bersabda: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikut selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang kamu tidak mengenalinya. Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu? Rasulullah menjawab: Ya, ketika itu ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke Neraka Jahannam, sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam Neraka itu. Aku berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sifatkan mereka kepada kami. Rasulullah menjawab:

Page 6: Pemuda Ashabul Kahfi Era Modenisasi

Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita. Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu? Rasullullah menjawab denga bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jamaah Islam dan pemimpin mereka . Aku bertanya lagi: Bagaimana sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jamaah (kesatuan) juga tidak ada pemimpin? Rasulullah menjawab lagi dengan bersabda: Kamu hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggallah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian.”

Saidina Umar al-Khattab juga ada menyebut yang bermaksud:

“Tidak wujud Islam tanpa jamaah dan jamaah pula tidak akan wujud tanpa kepimpinan dan tidak wujud pula kepimpinan tanpa ketaatan.”

Bersandarkan kepada nas-nas di atas, kita hendaklah menyedari hakikat bahawa penglibatan diri di dalam jamaah Islam yang berbentuk haraki adalah merupakan satu tuntutan syara’.

Syarat Keempat dan yang terakhir dalam usrah kali ini

Syarat keempat yang dinyatakan di dalam ayat di atas adalah konsep haraki (gerakan) apabila Allah s.w.t. menyebut ‘ketika mana mereka berdiri’ .

Islam bukanlah merupakan al-din untuk golongan al-mutafajirin (golongan yang hanya melihat) ataupun al-mutaqa’idin )golongan yang berpeluk tubuh) tetapi ianya bersifat haraki yang dinamik lagi produktif untuk sentiasa melahirkan suatu natijah dan tidak bersifat jumud (beku/lapuk).

Ini tidaklah bermakna kita mengharapkan kepada natijah yang cepat tetapi ianya adalah merupakan satu rangsangan daya juang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah.

Seterusnya ayat ini diakhiri dengan ikrar yang mengikat kuat hati pemuda-pemuda tadi kepada Allah s.w.t. dengan syahadah bahawa sesungguhnya Tuhan kami adalah Allah yang mencipta dan memiliki langit dan bumi, dan kami sesungguhnya berikrar bahawa Dialah sahaja yang wajib disembah dan ditaati perintahnya dan kami dengan syahadah ini membebaskan diri kami dari sebarang kompromi dan ikatan dengan sesuatu yang tidak bersifat rabbani.

Ikrar ini adalah sebagai janji setia kita dengan Allah yang bersifat aqad (ikatan) yang tidak boleh diingkari apatah lagi kalau diputuskan.

Keseluruhan tuntutan di atas adalah merupakan tugas yang dipikul oleh golongan pemuda.

Page 7: Pemuda Ashabul Kahfi Era Modenisasi

Tanggungjawab berat yng dipikul dalam era al-Shahwah al-Islamiyah (kebangkitan Islam) ini memerlukan kepada golongan syabab tadi melalui satu proses yang dikenali sebagai tajnid yang membawa erti memperkemaskan pemuda tadi ibarat satu kumpulan junud (tentera).

Proses ini adalah proses memupuk kefahaman yang jelas, tanzim (penyusunan/organisasi) yang rapi dan amal yang mutawasil (berterusan) yang dibuat dalam bentuk tanzim ‘amal jama’i(penyusunan gerak kerja secara berjamaah).

Bermaksud dalam bahasa mudah.. islam agama untuk diperjuangkan.bangkit dan berjuang.barulah kita akan menjadi persis pemuda ashabul kahfi.pemuda yang dikasihi allah. Pemuda yang bergerak bukan berpeluk tubuh.inilah perjuangan islam. MENYEBARKAN ISLAM WAHAI IKHWAN.

Konklusinya ikhwan,berjuanglah dalam keadaan berjamaah dan berstratergi,mempunyai iman yang kental serta meyakini bahawa hidayah,kekuatan dan apa sahaja yang kita miliki dan kita perjuangkan itu semua natijah nya milik Allah tetapi tetap jua kita akan BERDIRI dan memperjuangkan islam itu,kerana allah mengkehendaki kebenaran itu diperjuangkan.

insyaAllah kita cuba berusaha menjadi yang terbaik.kerana syurga itu untuk mereka yang terbaik dan yang terbaik itu mereka yang berjuang.memang tiada lagi pemuda ashabul kahfi TETAPI ayuh menjadi pemuda KLCC

yang merempit menuju cinta ILLAHI

Kita tutup majlis kita dengan tasbih kafarah dan surah al asr

ditulis oleh

al faqir ilaLlah rahmat ikhsan bin mohd sofyan

ketua nuqaba geng surau KMM 12/13

sebarang komentar dan teguran sila email ke

[email protected] 01-33122331 @ 013-3122331