Pembinaan Modul Memburu Impian Ke Atas Kesedaran Kerjaya Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah
-
Upload
haziq-azree -
Category
Documents
-
view
59 -
download
3
description
Transcript of Pembinaan Modul Memburu Impian Ke Atas Kesedaran Kerjaya Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah
-
PEMBINAAN DAN KESAHAN MODUL MEMBURU IMPIAN DALAM
MENINGKATKAN KESEDARAN KERJAYA DALAM KALANGAN
MURID SEKOLAH RENDAH
HAZIQ AZREE BIN YAZID
LATIHAN ILMIAH DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT
UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
BIMBINGAN DAN KAUNSELING
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2015
-
PENGESAHAN
Latihan ilmiah ini telah diterima dan diluluskan untuk memenuhi syarat kursus
Kaedah Penyelidikan Dalam Kaunseling, kertas kerja projek bagi memperoleh
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) Fakulti
Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Pengesahan Pelaksana Latihan Ilmiah
....................................................
Haziq Azree Bin Yazid
D20111047456
13 MEI 2015
Pengesahan Penyelia Latihan Ilmiah
....................................................
(Cik Norazani bt. Ahmad)
20 MEI 2015
-
PENGAKUAN
Saya mengaku bahawa karya ini adalah hasil karya saya sendiri melainkan
nukilan-nukilan dan ringkasan-ringkasan yang telah saya jelaskan sumbernya.
............................... 13 MEI 2015
Haziq Azree bin Yazid
D20111047456
-
PENGHARGAAN
Assalamualaikum W.B.T.
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya dapat saya menyiapkan latihan
ilmiah ini. Saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada Ayahanda
Yazid bin Yaakub dan Ibunda Siti Ramlah binti Omar atas doa dan sokongan
sejak kecil hinggalah ke hari ini. Tanpa bonda dan ayahanda sudah pasti saya
tidak dapat melangkah sejauh ini. Kepada adinda Zalipah binti Ibrahim tiada
kata yang mampu diungkap selain terima kasih kerana sentiasa mendukung di
saat susah dan senang kita bersama. Sekalung penghargaan juga saya tujukan
buat Yayasan Tunku Abdul Rahman, yang menaja sepenuhnya pembelajaran
dan kos sara hidup saya sepanjang di alam universiti. Tanpa Tunku Scholars
saya tidak akan dapat meneruskan kehidupan sebagai seorang mahasiswa.
Penghargaan juga ditujukan kepada Penasihat saya Dr. Muzaffar Shah
sejak semester satu yang banyak memberikan sokongan dan nasihat dalam
usaha menjadi mahasiswa yang bukan sahaja berilmu tetapi lebih kepada
menjadi insan yang berakhlak mulia. Ucapan jutaan terima kasih kepada insan
yang banyak membantu sepanjang kajian ini dijalankan iaitu Cik Norazani bt.
Ahmad yang begitu komited dan bersungguh-sungguh memberikan idea dan
celik akal untuk melaksanakan sebuah kajian yang baru belum pernah
dilaksanakan sebelum ini. Tidak lupa juga kepada semua pensyarah yang
membantu sepanjang kajian ini dijalankan khususnya Prof Madya Mohd Nasir
Bistamam, Dr. Noraini bt. Ismail, Dr. Fauziah bt. Mohd Saad dan En. Taquddin
Abd. Mukti yang banyak memberikan tunjuk ajar dan kaedah dalam membina
Modul Memburu Impian ini. Terima kasih juga kepada batch Prestiges yang
banyak memberikan semangat dan kekuatan. Hanya Allah sahaja yang dapat
membalas jasa kalian semua.
Haziq Azree Bin Yazid
Universiti Pendidikan Sultan Idris
-
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat Kesahan Modul Memburu
Impian dalam meningkatkan kesedaran kerjaya dalam kalangan murid sekolah
rendah. Kajian ini telah dimulakan dengan membangunkan sebuah modul baru
untuk meningkatkan kesedaran kerjaya khusus untuk murid sekolah rendah
yang berada pada peringkat pertumbuhan seperti mana yang telah dinyatakan
oleh Super dan juga mengambil kira pandangan Patton dan McMahon (2006)
bahawa pemilihan kerjaya perlu dilihat dari persekitaran. Selanjutnya, tiga
orang panel dalam bidang kaunseling telah dipilih dari Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI) sebagai panel penilaian kesahan Modul Memburu Impian.
Teknik peratusan telah digunakan dalam menentukan kesahan modul ini dan
panel penilai telah bersetuju memberikan markah sebanyak 90% atau 0.9 nilai
pekali kesahan. Ini menunjukkan bahawa Modul Memburu Impian ini diyakini
dapat meningkatkan kesedaran kerjaya dalam kalangan murid sekolah rendah
sekiranya dijalankan mengikut teknik dan prosedur yang ditetapkan seperti
mana disarankan oleh Rusell (1974). Adalah diharapkan modul ini dapat
dijadikan sebagai instrumen baharu yang boleh membantu guru bimbingan
ataupun kaunselor dalam memberikan celik akal dan juga kesedaran kerjaya
kepada murid-murid sekolah. Hal ini kerana modul ini diyakini akan
membolehkan mereka membuat pilihan, jurusan atau aliran yang sesuai bagi
memudahkan laluan mereka untuk memburu kerjaya yang diimpikan.
-
DAFTAR KANDUNGAN
Halaman
PENGESAHAN ii
PENGAKUAN iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
DAFTAR KANDUNGAN vi
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xi
SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN xii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang kajian 2
1.3 Pernyataan masalah 7
1.4 Tujuan kajian 13
1.5 Tujuan umum 13
1.5.1 Tujuan khusus 14
1.5.2 Objektif kajian 15
1.6 Persoalan kajian 16
1.7 Kesignifikan kajian 17
1.8 Definisi kajian 19
1.8.1.1 Definisi konsep
1.8.2.1 Definisi operasi
1.9 Limitasi kajian 26
1.10 Rumusan Bab 26
-
BAB 2 KAJIAN LITERATUR DAN PENDEKATAN TEORI
2.1 Pengenalan 27
2.2 Teori Super 28
2.2.1 Konsep Kendiri 29
2.2.2 Tahap Perkembangan 30
2.3 Teori Patton McMahon System theory 31
2.3.1 Sistem Individu 32
2.3.2 Sistem Sosial 32
2.3.3 Konteks Masa 33
2.4 Teori Kesahan Alat Ukur 34
2.5 Kajian dalam Negara 37
2.5.1 Kesahan dan kebolehpercayaan 37
2.5.2 Modul dan kesedaran kerjaya 38
2.5.3 Kesedaran Kerjaya 39
2.5.4 Pembinaan Modul 41
2.5.5 Murid Sekolah Rendah 42
2.6 Kajian Literatur Luar Negara
2.6.1 Modul Kesedaran Kerjaya 43
2.6.2 Modul dan Kesedaran Kerjaya 44
2.6.3 Kesedaran Kerjaya 44
2.6.4 Sistem Teori dan Pemilihan Kerjaya 45
2.7 Rumusan 46
-
BAB 3: METOD KAJIAN/METODOLOGI
3.1 Pengenalan 47
3.2 Reka Bentuk Kajian 48
3.2.1 Tatacara kajian pembinaan modul 48
3.2.2 Kesahan Modul Memburu Impian 55
3.2.3 Penganalisisan Data Statistik 54
3.3. Tempat Kajian 60
3.4 Subjek Kajian 60
3.4.1 Populasi Kajian 60
3.4.2 Sampel Kajian 61
3.5 Instrumen Kajian 63
3.6 Kaedah Pemarkatan 64
3.7 Penganalisisan Data Statistik 66
3.8 Rumusan Bab 62
BAB 4 : DAPATAN KAJIAN
4.1 Pendahuluan 67
4.2 Profil Subjek Kajian 68
4.3 Kesahan Modul Memburu Impian 69
4.4 Rumusan Bab 78
BAB 5 : PERBINCANGAN
5.1 Pendahuluan 79
5.2 Perbincangan 80
5.2.1 Sokongan kajian literatur 84
5.2.2 Kesahan MMI 84
-
5.3 Implikasi Kajian 87
5.3.1 Implikasi Teoretikal 87
5.3.2 Implikasi Praktikal 90
5.4 Kesimpulan 94
5.5 Cadangan kajian pada masa akan datang 94
5.6 Penutup 97
6.0 Bibliografi 98
LAMPIRAN
Lampiran A : Permohonan Menjalankan Kajian
Lampiran B : Kelulusan Proposal Panel Jabatan Kaunseling
Lampiran C : Pembinaan Dan Kesahan Modul MMI
Lampiran D : Soal Selidik Keberkesanan MMI
Lampiran E : Surat Permohonan Penilaian
Lampiran F : Markah Kesahan Panel Pakar
-
SENARAI JADUAL
Jadual Halaman
2.2.2 Tahap Perkembangan Kerjaya 30
3.6 Isi Kandungan Modul Memburu Impian 63
4.3.1 Nilai Kesahan Mengikut Kesahan Modul Rusell 72
4.3.2 Pekali Kesahan Pakar Secara Keseluruhan 73
4.3.3 Nilai Kesahan Sesi dan Kandungan MMI 75
-
SENARAI RAJAH
Rajah Halaman
2.3 System Theory Framework 31
3.2.1 Proses Pembinaan Modul 53
3.2.1.2 Proses Pembinaan Modul yang diubahsuai oleh pengkaji 50
3.2.2 Konstruk Utama Modul Memburu Impian 52
3.4.2 Carta Aliran Proses Persampelan, Prosedur Penyelidikan
dan Pengumpulan Data Subjek Kajian 62
3.6 Langkah Pengumpulan Data untuk Analisis Kesahan
Kandungan Modul 66
-
SENARAI SINGKATAN
MMI Modul Memburu Impian
UPSI Universiti Pendidikan Sultan Idris
KPLI Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
GBK Guru Bimbingan dan Kaunseling
SK Sekolah Rendah
SMKA Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
SMK Sekolah Menengah Kebangsaan
MRSM Maktab Rendah Sains Mara
SBT Sekolah Berprestasi Tinggi
MAAHAD Sekolah Menengah Arab
KK Kaunseling Kerjaya
& Dan
% Peratus
- Hingga