Pembentukan Bentuk Muka Bumi Lipatan , Gelinciran dan Gunung Berapi
-
Upload
chenta-kyra-kirana -
Category
Documents
-
view
307 -
download
2
description
Transcript of Pembentukan Bentuk Muka Bumi Lipatan , Gelinciran dan Gunung Berapi
PENGAJIAN SOSIALGEOGRAFIBAB 2.2
SISTEM GEOMORFOLOGI
PEMBENTUKAN BENTUK MUKA BUMI LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI
LIPATANMerupakan bentuk alunan yang terdapat
pada batuan kerak Bumi.Berlapis-lapis.Lipatan berlaku akibat adanya daya
tekanan dan mampatan.Proses lipatan juga dipengaruhi oleh
‘tarikan graviti’ berhampiran dengan permukaan Bumi.
FAKTOR-FAKTOR LIPATAN Daya tektonik melipatkan kerak Bumi
melalui 2 proses :
1. Proses peleburan batuan yang pejal dalam lapisan kerak Bumi.
2. Proses mampatan secara mendatar.
ANTIKLIN
Lipatan yang mencekung ke atas.Mempunyai lengan yang condong.Sering kali ada geologi / batuan tua di
bahagian lengkungan.
SINKLIN
Bahagian lipatan yang melendut / menggeledeng ke bawah.
Dibentuk oleh geologi / batuan yang muda di bahagian tengah lengkungan.
6 bentuk muka bumi yang boleh dikaitkan dengan
antiklin dan sinklin :
a.Rabung Antiklin• Bahagian antiklin/lintap mungkum yang
menonjol daripada permukaan bumi akibat gelendingan ke atas lapisan batuan
b.Rabung sinklin• Gelendingan ke bawah yang bersifat keras dan
tanah hakisan.
c.Rabung Homoklin• Terletak antara rabung lintap mungkum
dengan rabung lintap lendu.
Kecil dan tirus.
d.Lurah Sinklin• Lurah yang besar berada diantara 2 lintap
mungkum.• Dalam lurah ada sungai utama mengalir
e.Lurah Antiklin• Lurah kecil yang terletak di puncak lintap
mungkum.
f.Lurah Homoklin• Terbentuk diantara bahagian-bahagian tepi
lintap mungkum dan lintap lendut.• Lebih banyak ditemui.
BENTUK MUKA BUMI AKIBAT LIPATAN
a.Lipatan Simetri• Kecerunan yang sama
b.Lipatan Tidak Simetri
c.Lipatan Lampa• Apabila keadaan lipatan tertekan dan
herot ke depan
d.Antiklin Rebah• Keadaan lipatan tertekan dengan kuat
dan jatuh ke depan.
e.Nappe
-Antiklin yang rebah terus mengalami tertekan sehingga wujudnya rekahan.
GELINCIRAN
DefinisiKuasa mampatan/kuasa himpitan dan
kuasa tegangan membentuk retakan , rekahan dan pecahan.
JENIS-JENIS GELINCIRAN
1.Gelinciran biasa.
2.Gelinciran songsang.
2.Gelinciran rabak.
GELINCIRAN BIASA
Disebabkan oleh kuasa tegangan.Bongkah terangkat ke atas (bongkah
lampiran atas dan terjatuh ke bawah diliputi oleh bongkah lampiran bawah)
Mempunyai satah gelinciran curam , apabila mengalami proses gondola, akanmembentuk satu permukaan seakan-akan tebing tinggi yang curam yang dikenali sebagai cerun gelinciran.
CONTOH:Sistem-sistem permatang lautan Terdapat di lembangan besar amerika
syarikat
GELINCIRAN SONGSANG
Berlaku apabila satu bahagian kerak bumi terangkat ke atas akibat daya mampatan.
Apabila sudut pergerakan rendah, pergerakan ini dipanggil sesar atas.
Membentuk cerun gelinciran yang curam dan lurus dan berketinggian angaran tinggi anjakan itu.
CONTOH:• Kawasan pergunungan Jepun.
GELINCIRAN RABAK
Ciri-ciri:Terjadi akibat daya ketegangan atau
mampatan.Pergerakan ini tidak menghasilkan tebing
atau cerun gelinciran. Jika bergerak ke kanan dipanggil sisi
kanan, dan jika ke kiri dipanggil sisi kiri.
Pergerakan ini disebabkan oleh kuasa koyakan.
CONTOH : Gelinciran di San Andreas , California (gelinciran sisi kanan).
GAMBAR MENYELURUH
GUNUNG BERAPI
Istilah Gunung berapi berasal daripada perkataan Inggeris iaitu ‘VOLCANO’.
VOLCANO diambil daripada salah satu Tuhan orang Roman zaman dahulu, iaitu VULCAN (Tuhan Api)
GUNUNG BERAPI TEBAHAGI KEPADA 3 JENIS GUNUNG BERAPI UTAMA :
1. Gunung berapi hidup/ aktif
2. Gunung berapi pendam
3. Gunung berapi mati/ tidak aktif
GUNUNG BERAPI HIDUP/AKTIF
Ia boleh meletus pada bila-bila masa.
Terdapat 550 buah gunung berapi yang aktif di seluruh dunia.
GUNUNG BERAPI PENDAMDlm 500 tahun kebelakangan ini,
ia tidak meletus
Masih terdapat aktiviti gunung berapi seperti mata air panas di sekeliling gunung berapi ini.
GUNUNG BERAPI MATI / TIDAK AKTIF
Ia tidak meletus dalam 500 tahun kebelakangan ini dan tidak ada aktiviti gunung berapi di sekitar gunung ini.
PEMBENTUKAN GUNUNG BERAPI
Terbentuk hasil daripada batu-batan cair yang terkumpul di bawah kerak bumi.
Keadaan suhu yang sangat panas di bawah kerak bumi menyebabkan batu batan menjadi cair (magma).
Magma terbentuk 80 km hingga 160 km di bawah permukaan bumi.
Magma yang panas akan naik ke permukaan bumi kerana tekanan yang tinggi dan ketumpatan yang rendah daripada batuan di sekitarnya.
Magma mengalir ke permukaan melalui lohong gunung berapi.
Kebanyakkan gunung berapi terbentuk di kawasan sempadan plat.
Gunung berapi boleh terbentuk apabila berlaku pertembungan antara dua plat(benua).
Ini menyebabkan salah satu plat akan terjunam ke bawah plat yang lain.
Zon terbenam akan menjadi cair disebabkan suhu yang panas di bawah kerak bumi.
Ini akan menambah kuantiti magma di mantel dan seterusnya mengalir ke permukaan bumi untuk membentuk gunung berapi.
Sebahagian gunung berapi terbentuk di tengah plat atau jauh dari sempadan plat (kepulauan Hawaii). Kenaikkan magma dianggarkan 13-15cm setahun.
BATUAN IGNEUS
Batuan igneus berasal daripada cairan magma yang panas yang berada jauh ke dalam bumi.
Apabilla cairan magma ini mengalir dan membeku di dalam lapisan-lapisan kerak bumi, ia akan menghasilkan perlbagai bentuk muka bumi IGNEUS JALAR DALAM (igneus rejahan).
Jika cairan magma ini naik melepasi garisan kerak bumi pula ia akan mengalir dan membeku di permukaan bumi dan menghasilkan bentuk muka bumi IGNEUS JALAR LUAR (igneus terobosan).
BENTUK-BENTUK MUKA BUMI (IGNEUS JALAR DALAM DAN IGNEUS JALAR LUAR)
IGNEUS JALAR DALAM
IGNEUS JALAR LUAR
DAIK KON GUNUNG BERAPI LAVA ASID
SIL KON GUNUNG BERAPI LAVA BES
LOPOLIT KON ABU
PAKOLIT KON KOMPOSIT
LAKOLIT PENARA BASALT
BATOLIT KRATER
KALDERA
Gunung berapi meletus adalah disebabkan Endapan magma di dalam perut bumi didorong keluar oleh gas yang bertekanan tinggi.
Daripada letusan tersebut, gas vulkanik, lava, lahar, abu letusan, awan panas akan terhasil.
Antara ciri-ciri yang menunjukkan gunung berapi akan meletus ialah, suhu sekitar gunung meningkat, mata air menjadi kering, suara gemuruh sering keluar, tumbuhan sekitar gunung layu, binatang sekitar gunung bermigrasi.
KESAN LETUSAN
NEGATIF POSITIF
KEMATIAN DAN KEROSAKAN TANAH SUBUR
HUJAN ASID DAN PENURUNAN SUHU GLOBAL
SUMBER GALIAN DAN BATUAN BERHABLUR
SISTEM PENERBANGAN TERGANGGU
TENAGA GEOTERMA
TSUNAMI PELANCONGAN
TIMBUSAN ALIRAN TANAH LUMPUR/LAHAR