Pembelajaran Motor Tingkatan 4
description
Transcript of Pembelajaran Motor Tingkatan 4
LAKUAN MOTOR&
BIOMEKANIK
UNIT 3
PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR
Pembelajaran Kemahiran Motor
Kemahiran motor ialah perubahan tingkah laku pada manusia.Contoh; seorang pemain tenis telah menguasai kemahiran servis yang diajar oleh jurulatihnya dengan baik.Maka, pembelajaran telah berlaku di antara jurulatih dan pemain tenis.
Definisi
Bidang pengajian tentang pergerakan manusia berfokus kepada perubahan daripada segi keupayaan kawalan dan prestasi motor hasil daripada praktis dan latihan.Menurut Magill (1989), pembelajaran motor ialah kemampuan individu untuk mempamerkan perubahan dan peningkatan yang kekal dalam kemahiran motor hasil daripada praktis atau pengalaman.
Terdapat dua ciri perubahan tingkah laku:Penguasaan kemahiran perlu ada peningkatan mengikut masa.Penguasaan kemahiran perlu meningkat dengan konsisten dan kekal.
Perubahan prestasi pembelajaran di gambarkan melalui :
Lengkok lurusLengkok cembungLengkok cekungLengkok bentuk S (Ogive)
Lengkok lurus (linear) Peningkatan kemahiran yang
berkadar terus dengan masa.
Semakin kerap atlet menjalani latihan, semakin meningkat kemahiran motornya.
Contoh: seorang pemain hoki akan
melakukan penalti ke gol. Semakin banyak latihan,
semakin tepat pemain tersebut dapat melakukan penalti.
Lengkok cembung (pemecutan negatif) Peningkatan kemahiran secara
mendadak diawal pembelajaran tetapi beransur kurang pada penghujung proses pembelajaran.
Contoh: Kemahiran asas memukul dalam
badminton sangat mudah dipelajari.
Kemahiran memukul dengan laju, tepat dan terkawal sukar dipelajari.
Kadar penguasaankemahiran berlaku dengan perlahan.
Peningkatan berlaku dalam kadar perlahan di awal pembelajaran tetapi mendadak naik di akhir proses pembelajaran.
Contoh: Kemahiran asas berenang
seperti teknik pernafasan dan apungan, mengambil masa yang lama untuk dipelajari.
Selepas menguasai kemahiran asas, atlet boleh mempelajari gaya renang yang lain.
Lengkok cekung (pemecutan positif)
Lengkok “S” (Ogive)
Gabungan daripada ciri-ciri lengkok lurus, cekung dan cembung.
Lengkok S menggambarkan pembelajaran kemahiran bersiri.
Contoh:Mempelajari satu rutin tarian dalam gimnastik. Terdapat pergerakan yang
mudah dan cepat dipelajari. Terdapat juga pergerakan yang
sukar dan perlahan untuk dipelajari.
Pembolehubah Pembelajaran Kemahiran Motor
Kemahiran motor dipengaruhi oleh dua pembolehubah iaitu:
Perbezaan individu Pemindahan pembelajaran
Perbezaan individu
Dalam mempelajari kemahiran motor, kebolehan seseorang untuk menguasai sesuatu kemahiran adalah berbeza.
Pembolehubah perbezaan individu telah dikemukakan oleh Fleishman (1972) berdasarkan dua taksonomi keupayaan motor iaitu: i keupayaan persepsi motorii kecekapan fizikal
Ciri-ciri Keupayaan Persepsi Motor
Koordinasi pelbagai anggota Ketepatan kawalan Orientasi respons Masa reaksi Kelajuan pergerakan tangan Kadar kawalan Ketangkasan manual Kecekapan jari Ketegapan tangan Kelajuan jari dan pergelangan tangan Membidik atau mensasar
Keupayaan persepsi motor Koordinasi pelbagai anggota
Kebolehan menyelaras pelbagai anggota badan dalam satu pergerakan pada masa yang sama.
Contoh: Menggelecek bola hoki sambil berlari memerlukan koordinasi mata-tangan dan koordinasi tangan kaki.
Ketepatan kawalan Kebolehan mengawal kualiti pergerakan agar hasil
pergerakan adalah kemas dan tepat. Pergerakan melibatkan otot besar. Contoh: atlet terjun papan anjal dapat mengawal
pergerakan postur semasa terjunan.
Orientasi Respons Keupayaan tentukan respon yang sesuai
dihasilkan mengikut keperluan persekitaran. Contoh: Keupayaan penjaga gol untuk
mengecilkan sudut bagi pihak lawan menjaringkan gol.
Masa reaksi Kebolehan melakukan tindak balas segera
terhadap rangsangan dalam tempoh masa yang singkat.
Contoh : Masa yang diambil oleh seorang pelari 100m utk memulakan larian selepas mendengar bunyi tembakan permulaan.
Kelajuan pergerakan tangan Keupaayaan mengubah tangan daripada
kedudukan asal ke kedudukan lain dengan pantas. Contoh: penjaga gol dengan spontan bertindak
menepis keluar bola yang datang ke arahnya dalam keadaan tidak bersedia.
Kadar kawalan Kebolehan mengubahsuai kelajuan tangan dan
kaki supaya selaras dengan respons persekitaran. Contoh: pemain badminton menukar rentak
permainan dengan pukulan laju secara tiba-tiba untuk menglirukan pihak lawan.
Ketangkasan manual Keupayaan menggerakkan keseluruhan bahagian
tangan dengan memanipulasikan alatan yang bergerak laju.
Contoh: seorang pemain bola jaring dapat menerima hantaran bola yang bergerak laju.
Kecekapan jari Keupayaan jari memanipulasi objek-objek kecil. Contoh: penggunaan jari-jari dalam permainan
dart dan pitching dalam sofbol.
Ketegapan tangan Keupayaan untuk mengubah kedudukan tangan
dengan tepat supaya dapat meminimakan kekuatan dan kelajuan.
Contoh: pemain tenis yang melakukan hantaran kilas, kedudukan tangan yang tegap membantu meminimakan tenaga yang digunakan.
Kelajuan jari dan pergelangan tangan Keupayaan jari dan pergelangan tangan
melakukan pergerakan alternatif dengan pantas. Contoh: seorang pemain badminton yang boleh
melakukan pukulan kilas dengan laju dan tepat.
Membidik atau mensasar Kebolehan membidik atau mensasar sesuatu
objek dengan tepat menerusi pergerakan pantas.
Contoh: dalam acara menembak, memanah dan menjaringkan bola jaring atau bola keranjang.
Ciri-ciri Kecekapan Fizikal
• kekuatan statik• kekuatan dinamik• kekuatan eksplosif• kekuatan bahagian anggota atas• kelenturan statik• kelenturan dinamik• koordinasi asas• keseimbangan asas• daya tahan
Kekuatan statik Daya maksimum yang dikenakan ke atas objek
luaran yang statik (pegun) Contoh: menolak dinding.
Kekuatan dinamik Kekuatan otot menghasilkan daya pergerakan
yang berulang-ulang. Contoh: mengangkat dan menurunkan beban
berulang kali dalam latihan angkat berat.
Kekuatan eksplosif Keupayaan memindahkan tenaga kepada daya
secara eksplosif. Contoh: melakukan lonjakan dalam lompat jauh.
Kekuatan tubuh bahagian atas badan Kekuatan otot pada bahagian badan. Contoh: otot bahagian abdomen dan ektoralis
major.
Kelenturan statik Kebolehan melentur atau meregang bahagian
badan dan belakang badan. Contoh: melentik badan ke belakang.
Kelenturan dinamik Kebolehan melentur otot bahagian badan secara
berulang-ulang. Contoh: duduk melunjur dan sentuh hujung jari
kaki.
Koordinasi asas Kebolehan menyelaras pelbagai anggota badan
semasa pergerakan. Contoh: semasa menerima servis, melibatkan
koordinasi mata-tangan dan tangan-kaki.
Keseimbangan asas Keupayaan mengekalkan imbangan badan
semasa bergerak tanpa bantuan penglihatan. Contoh: melakukan dirian tangan.
Daya tahan Keupayaan melakukan aktiviti fizikal secara
berterusan dalam jangka masa yang lama. Contoh: berlari jarak jauh.
Pemindahan Pembelajaran
Pemindahan pembelajaran ialah pengaruh kemahiran sedia ada ke atas pembelajaran kemahiran yang baru.
Jenis pemindahan pembelajaran umum terbahagi kepada tiga:a. Pemindahan positifb. Pemindahan negatifc. Pemindahan sifar
a. Pemindahan Positif
Berlaku apabila kemahiran sedia ada membantu seseorang untuk menguasai kemahiran yang baru dipelajari.
Contoh: Jasmin mempunyai kemahiran menjaring dalam
bola jaring akan membantu beliau dalam kemahiran menjaring dalam bola keranjang.
Contoh Bola keranjang
Bola jaring
Pemindahan negatif
Berlaku apabila kemahiran sedia ada mengganggu proses pembelajaran kemahiran yang baru dipelajari.
Contoh: Mempelajari kemahiran pukulan hadapan dalam
tenis boleh menggangu seseorang yang mempelajari kemahiran pukulan hadapan dalam badminton.
Kerana, dalam badminton pergelangan tangan digunakan dan dalam tenis pergelangan tangan dikunci (tidak digunakan)
Contoh Tenis Badminton
Pemindahan sifar
Berlaku apabila kemahiran sedia ada tidak mempengaruhi proses pembelajaran kemahiran yang baru dipelajari.
Contoh: kemahiran dalam bola sepak tidak mempengaruhi
untuk mempelajari kemahiran dalam golf.
Contoh
Bola sepak Golf