Pembelajaran Konstruktivisme Peta Minda

5
PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME 27 PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME Teori mengenai pembelajaran terbentuk hasil dari pembinaan pengetahuan berdasarkan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan - Menurut pendapat John Dewey (1910), “Pendidik yang cekap harus melaksanakan P&P sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Pembelajaran terbina hasil daripada hasil percantuman maklumat dengan pengetahuan sedia Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.

Transcript of Pembelajaran Konstruktivisme Peta Minda

Page 1: Pembelajaran Konstruktivisme Peta Minda

PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

27

PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

Teori mengenai pembelajaran terbentuk hasil dari pembinaan pengetahuan berdasarkan pengalaman.

proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia

- Menurut pendapat John Dewey (1910), “Pendidik yang cekap harus melaksanakan P&P sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan.

Pembelajaran terbina hasil daripada hasil percantuman maklumat dengan pengetahuan sedia ada.

Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.

Page 2: Pembelajaran Konstruktivisme Peta Minda

Fasa-Fasa Pembelajaran Konstrutivisme

28

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVIS

ME

Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru

Menggalakkan proses inkuiri murid melalui

kajian dan eksperimen

Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid

dan menggunakannya sebagai panduan

merancang pengajaran

Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid

dengan situasi dunia yangsebenar

Mencetus Idea(Orientation)

Menstruktur Semula I

(Eliciting Idea)

Menstruktur Semula II

(Restructuring Idea)

Penggunaan Idea

(Application of Idea)

Refleksi(Reflection)

Page 3: Pembelajaran Konstruktivisme Peta Minda

Bil Fasa Tujuan/Kegunaan KaedahI Orientasi Menimbulkan minat dan

menyediakan suasanaAmali penyelesaikan masalah sebenar, tunjukcara oleh guru, tayangan filem, video dan keratan akhbar

II Pencetusan Idea

Supaya murid dan guru sedar tentang idea terdahulu

Amali, perbincangan dalam kumpulan kecil, pemetaan konset dan laporan

III Penstrukturan semula idea

i. Pernjelasan dan pertukaran

ii. Pendedahan kepada situasi konflik

iii. Pembinaan idea baru

iv. Penilaian

Mewujudkan kesedaran tentang idea alternatif yang berbentuk saintifik.Menyedari bahawa idea-idea sedia ada perlu diubahsuai, diperkembangkan atau diganti dengan idea yang lebih saintifik.

Mengenalpasti idea-idea alternatif dan memeriksa secara kritis idea-idea sedia ada sendiriMenguji kesahan idea-idea sedia ada

Pengubahsuaian, pemgembangan atau penukaran idea

Menguji kesahan untuk idea-idea baru yang dibina

 Perbincangan dalam kumpulan kecil dan buat laporan

Perbincangan, pembacaan, input guru.

Amali, kerja projek, eksperimen, tunjukcara guru

IV Penggunaan idea

Pengukuhan kepada idea yang telah dibina dalam situasi baru dan biasa

Penulisan sendiri kerja projek

V Renungan kembali

Menyedari tentang perubahan idea murid. Murid dapat membuat refleksi sejauh manakah idea asal mereka telah berubah.

Penulisan kendiri, perbincangan kumpulan, catatan peribadi dan lain-lain.

29

Page 4: Pembelajaran Konstruktivisme Peta Minda

30

Berfikir

Dalam proses membina pengetahuan baru, murid akan berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. Sebagai contoh, ini boleh dicapai melalui aktiviti penyelidikan dan penyiasatan seperti mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat, memproses data,membuat interpretasi dan membuat kesimpulan.

Faham

Kefahaman murid tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru. Seorang murid yang memahami apa yang dipelajari akan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang baru dalam kehidupan dan situasi baru.

Seronok

Dalam pembelajaran secara konstruktivisme, murid membina sendiri pengetahuan, konsep dan idea secara aktif. Ini menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran.

Yakin

Murid yang belajar secara konstruktivisme diberi peluang untuk membina sendiri kefahaman mereka tentang sesuatu. Ini menjadikan mereka lebih yakin kepada diri sendiri dan berani menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru.

Kemahiran sosial

Murid yang berkemahiran sosial boleh bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah. Kemahiran sosial ini diperoleh apabila murid berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru dalam membina pengetahuan mereka.

KELEBIHAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTVISME