Pembelajaran Berasaskan Otak

download Pembelajaran Berasaskan Otak

of 4

Transcript of Pembelajaran Berasaskan Otak

  • 7/29/2019 Pembelajaran Berasaskan Otak

    1/4

    Pembelajaran Berasaskan Otak: Prinsip-prinsip

    a. Otak Beroperasi Selari

    Otak beroperasi seperti komputer. Ia boleh menjalankan dua atau lebih aktiviti

    pada satu masa yang sama. Contohnya kita boleh makan sambil menonton

    televisyen. Malah kanak-kanak boleh belajar melalui sains video dengan

    mendengar dan menonton.

    b. Pembelajaran Melalui Keselurahan Fisiologi

    Otak beroperasi berkait rapat dengan tekanan, nutrisi, senaman dan

    sebagainya. Jadi pembelajaran amat bergantung kepada sekeliling kita.

    Semasa kanak-kanak belajar, kita perlu memastikan suasana sekeliling

    adalah selesa dan mesra. Malah semasa kanak-kanak belajar sains, merekalebih suka berhubung dengan alam semulajadi yang mesra.

    c. Bersifat semulajadi

    Ini bermakna kecerdasan otak bergantung kepada kurniaan gen-gen daripada

    ibu bapa. Walaupun terdapat otak genius tetapi ia juga perlu pupukan

    daripada ibu bapa dan guru. Oleh itu, semasa pembelajaran kita perlu

    merangsangkan keingintahuan kanak-kanak supaya neuron otak dapat

    terhubung dengan meluas. Jadi, otak dapat berfungsi dengan sempurnanya.d. Mentafsirkan dan menguruskan info melalui corak

    Maklumat dalam otak transfer menggunakan elektrik. Satu maklumat akan

    mengalir melalui beberapa laluan. Jadi, dengan laluan yang berbeza otak

    akan menguruskan maklumat dengan corak yang berbeza. Oleh itu, semasa

    kanak-kanak menerap ilmu ia akan disusun dengan corak yang tertentu yang

    boleh diserap dengan lama. Jadi, semasa murid belajar sains mereka akan

    berkhayalan kerana ini merupakan salah satu bentuk corak.

    e. Emosi mempengaruhi corak

    Otak kita dipengaruhi oleh perasaan. Sekiranya manusia berasa tertekan, otak

    kita susah untuk menerap maklumat dengan banyak atau berterusan. Di

    sebaliknya kita berasa tenanag dan senang, otak akan berfikir dengan kreatif

    dalam pembelajaran. Sebagai seorang guru yang peka dan prihatin, kami

    perlu memahami perasaan dan sikap kerana ia akan mempengaruhi

    pembelajaran kanak-kanak. Semasa kakank-kanak belajar sains, emosi

  • 7/29/2019 Pembelajaran Berasaskan Otak

    2/4

    mereka mungkin gembira kerana memenuhi keingintahuannya dan sebaliknya

    mungkin sedih kerana sentiasa dimarah oleh guru apabila terlalu aktif.

    f. Setiap otak dibahagi mengikut fungsi

    Otak kita dibahagi kepada beberapa bahagian mengikut fungi masing-masing.

    Semasa kita menyerap maklumat atau ilmu, otak kanan kita mengambil

    bahagian. Tetapi untuk menyimpan maklumat tersebut, otak kiri yang

    berfungsi untuk mengingatkannya. Oleh itu, untuk mengaktifkan kedua-dua

    bahagian otak, sebagai murid perlu menguasai kemahiran bahasa supaya

    dapat memahami dan mengingati dengan cepat dan sempurna.

    g. Pembelajaran melibatkan perhatian dan persepsi (tanggapan) periferal

    Otak menyerap ilmu secara langsung dengan kesedaran dan perhtian yang

    sepenuh. Di samping itu, stimulasi yang kecil juga akan mempengaruhi

    tumpuan kanak-kanak semasa pembelajaran. Contohnya dinding kelas yang

    kotor. Walaupun ini adalah aspek yang kecil tetapi ia akan mempengaruhi

    pemikiran dan tumpuan murid. Selain itu, pergerakan besar atau kecil juga

    amat penting. Kanak-kanak akan lebih bertumpuan dengan pelajaran

    sekiranya guru mempunyai senyuman yang mesra dan gerak-geri yang

    menarik seperti demostrsi tentang pembelajaran sains. Tambahan lagi,

    periferal adalah melibatkan penglihatan seperti carta, lukisan, gambar dan

    sebagainya. Karya seni yang menarik dapat menambahkan minat

    pembelajaran. Oleh itu, untuk mempertingkatkan perhatian murid sains

    banyak alat boleh digunakan. Semantara itu, pendengaran juga terkandung

    dalam persepsi periferal. Jadi muzik boleh diguanakan sedangkan ia dapat

    merangsangkan emosi murid.

    h. Pembelajaran selalu menglibatkan proses secara langsung dan tidak

    langsung

    Pembelajaran secara langsung ialah pengajaran daripada guru atau ibu bapa.

    Malahan pembelajaran tidak langsung ialah melalui pengalaman dalam

    kehidupan. Dalam sekolah, murid sains amat bergantung kepada guru.

    Mereka akan memberi perhatian yang sepenuhnya sekira cara pengajaran

    guru menarik dan disukai. Malah pembelajaran tidak langsung membolehkan

    murid sains belajar melalui video, mizuk dan seni. Contohnya mereka boleh

    belajar video yang berkaitan dengan topik.

  • 7/29/2019 Pembelajaran Berasaskan Otak

    3/4

    i. Kita mempunyai dua jenis daya ingatan: Ingatan ruang dan ingatan belajar

    serta menghafaz

    Ingatan ruang adalah ingatan yang sementara. Contohnya otak kita dapat

    mengingati makanan yang kita makan semalam tetapi tidak dapat mengingat

    makanan sebulan yang lepas. Bagi ingatan belajar dan menghafaz jelas

    mendefinisikan bahawa murid belajar sesuatu ilmu lalu menhafazkannya.

    Dalam matapelajaran sains amat memerlukan pelajar sains mengingati

    banyak teori dan fakta. Ini tidak bermaksud mereka boleh menghafal semua

    fakta tetapi sekiranya meraka memahami isi yang belajar barulah mereka

    dapat menanamkan ingatan tersebut dengan dalam. Oleh itu, mereka boleh

    mengulangkaji topik banyak kali dan boleh melalui kuiz dan ujian.

    j. Otak memahami dan mengingat dengan berkesan sekiranya fakta dan

    kemahiran telah tersimpan dalam ingatan.

    Murid-murid sains mungkin telah dilengkapkan dengan ilmu semasa di rumah.

    Oleh itu, semasa pembelajaran dalam sekolah mereka boleh meyerap ilmu

    dengan lebih cepat. Contohnya kanak-kanak diberitahu bahawa kita perlu

    minum air setiap hari untuk memenuhi keperluan asas. Jadi semasa

    pembelajaran mereka telah dilengkapi dengan fakta ini dan lebih mudah

    menerima informasi tersebut. Sekira guru memberi penerangan yang selanjut,

    mereka juga boleh mengikut penerangan guru. Tambahan lagi, seperti yang

    dikemukan tadi tentang kemahiran amat diperlukan. Bagi kanak-kanak yang

    belajar sains aspek ini amat penting. Ini disebabkan sains berkaitan dengan

    alam dan kehidupan. Mereka belajar sains melalui kemahiran mendengar,

    pendengaran, sentuhan dan sebagainya. Dengan pengalaman yang lalu

    seperti kanak-kanak pernah melihat haiwan dan tumbuahan yang disebut

    dalam buku teks, mereka akan lebih mudah membayangkan dan mengaitkan

    lalu memperdalamkan ingatan mereka.

    k. Pembelajaran dipertingkatkan melalui cabaran dan dihalang melalui hukuman.

    Semua pelajar tidak suka hukuman daripada guru semasa pembelajaran

    malahan bagi murid sains. Di sebaliknya, sekiranya murid sains mempunyai

    sikap ingin tahu dan minat, merka akan terus belajar tanpa sebarang paksaan.

    l. Setiap otak adalah unik

  • 7/29/2019 Pembelajaran Berasaskan Otak

    4/4

    Setiap orang tidak mempunyai fikiran yang sama walaupun struktur dan fungsi

    agak sama. Oleh itu, murid yang berbeza akan belajar melalui cara yang

    disukai masing-masing.

    Kesimpulannya, objektif untuk pembelajaran berasakan otak adalah menukarkan

    pembelajaran hafalan kepada pembejaran infomasi dengan pemahaman.