PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR: PERSEPSI · PDF filepembangunan sahsiah pelajar: persepsi pelajar...
-
Upload
nguyenhanh -
Category
Documents
-
view
247 -
download
3
Transcript of PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR: PERSEPSI · PDF filepembangunan sahsiah pelajar: persepsi pelajar...
PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR: PERSEPSI PELAJAR KOLEJ TUN FATIMAH TERHADAP PERANAN
JAWATANKUASA KOLEJ MAHASISWA, KOLEJ TUN FATIMAH, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
JAWARIAH BINTI ZAABAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR: PERSEPSI PELAJAR KOLEJ TUN FATIMAH TERHADAP PERANAN JAWATANKUASA
KOLEJ MAHASISWA, KOLEJ TUN FATIMAH, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
JAWARIAH BINTI ZAABAR
Laporan projek ini dikemukakan
Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
( Pengajian Islam )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
FEB 2004
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :…………………………
Nama Penulis : Jawariah Binti Zaabar
Tarikh : 10 MAC 2004
iii
DEDIKASI
Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan kehadrat Allah S.W.T.dengan kekuatan rahmat dan izinNya
terhasillah laporan PSM ini yang menemui titisan ayat terakhir.
Khas buat,
Ayahanda & Bondaku tercinta Zaabar B. Abd Ghani & Zakiah Bt. Mohd Maiden
Kesabaran dan ketabahanmu membesarkanku tanpa mengenal erti susah Tiada kata-kata yang mampu mentafsir....
Mentafsir segala pengorbananmu Hanya ucapan terima kasih yang mampu ku lafazkan.
Adinda yang dikasihi,
Nor, Lela, Ahmad, Jiji, Jojo, Arif, Irah, Fadhlina, Muhaimin dan Fahmi Apa yang ada di hadapanmu haruslah direntangi....
Hidup mesti di teruskan...Semoga berjaya
Sahabat Seperjuangan,
Sumbangan kalian, jasa kalian & pengorbanan kalian... Akan kuabadikan ....Bersama kita menegakkan
Apa yang sebenarnya perlu kita tegakkan...
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia
dan inayahNya, maka dapatlah saya menyiapkan projek sarjana muda ini dengan
jayanya.
Oleh itu, di ruangan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terutamanya kepada Ustaz Mohd Ismail
Bin Mustari selaku penyelia projek yang telah memberikan panduan, tunjuk ajar dan
banyak bersabar dengan kerenah anak seliaannya ini sepanjang proses menyiapkan
projek ini.
Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa dan keluarga saya yang sentiasa
memberikan sokongan dan dorongan kepada saya agar terus bersemangat dan tabah
untuk meneruskan perjuangan di UTM ini. Selain itu, ucapan terima kasih juga
dihulurkan kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang sentiasa memberikan bantuan
dan kerjasama yang menggalakkan sepanjang pelaksanaan Projek Sarjana Muda ini.
Buat akhirnya, sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan
usaha saya menyiapkan projek ini. Semoga Allah S.W.T. memberikan ganjaran yang
setimpal di atas segala jasa baik kalain. Semoga projek ini dapat memberikan saham
dan manfaat kepada semua. InsyaAllah
v
ABSTRAK
Para pelajar merupakan aset yang amat berharga bagi kecemerlangan negara
pada masa akan datang. Keupayaan mereka mengimbangi pembinaan sahsiah yang
sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh ajaran agama dan nilai-nilai budaya
merupakan kejayaan kepada masyarakat dan negara. Kajian ini merupakan sorotan
kepada persepsi pelajar Kolej Tun Fatimah (KTF) terhadap peranan Jawatankuasa
Kolej, Kolej Tun Fatimah (JKM, KTF) dalam membangunkan sahsiah pelajar.
Secara keseluruhannya, program-program yang dijalankan di Kolej Tun Fatimah
dibahagikan kepada empat bahagian iaitu keagamaan, sosial, akademik dan sahsiah.
Akan tetapi, kajian ini hanya memfokuskan kepada aspek sahsiah sahaja. Melalui
kajian ini diharap dapat menjelaskan secara lebih terperinci tentang program-
program yang telah dilaksanakan oleh JKM, KTF. Data-data yang diperolehi
dianalisa dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences
(SPSS) version 11.0 . Data tersebut dapat memberikan gambaran yang jelas terhadap
seluruh program yang melibatkan program pembangunan sahsiah pelajar sama ada
berkesan atau sebaliknya. Oleh yang demikian, program tersebut perlu kepada
pengubahsuaian atau tidak supaya dapat dimanfaatkan kepada seluruh pelajar. Hasil
dapatan kajian yang dijalankan mendapati bahawa penglibatan pelajar terhadap
program-program anjuran kolej kurang menggalakkan. Akibatnya, keberkesanan
setiap aktiviti ke ats pembentukan peribadi pelajar adalah kurang. Seterusnya
penyelidik akan membuat kesimpulan berdasarkan data-data yang diperolehi bagi
menjelaskan kedudukan program pelajar dalam membina dan membangunkan
sahsiah pelajar di kolej khususnya di Kolej Tun Fatimah.
vi
ABSTRACT
Students are country most important assets for future national glory. Their
ability to balance personality development as prescribed in religiuos teaching and
traditional values adopted within society to the intellectual development are the
success to the society and the country. This study is a reflection of Committee
Members at Tun Fatimah College (KTF) activities in personality development
organized for students within the college. Generally, activities at KTF may be
divided into four categories namely religious, social, academic and personality
development. However, this study only focusing on personality development related
activities. Through this study, it is hope that programs organized by Committee
Members may be described in detail. Data obtained in this study were analyzed using
Statistical Package for Social Sciences (SPSS) software. The abovementioned data
able to clearly illustrate whether those activities are effective or otherwise in student
personality development. Therefore, those programs may be modified and adopted
by the whole college students. The findings show that student’s participant to
programs organised by KTF discourage. Besides, student’s personality development
are also less effective. Furthermore, researcher concludes her study based on data
obtained in defining status of activities in student’s personality development
specially at Tun Fatimah College.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
Pengesahan Status Tesis
Judul i
Pengakuan ii
Dedikasi iii
Penghargaan iv
Abstrak v
Abstract vi
Senarai Kandungan vii
Senarai Jadual xii
Senarai Rajah xiv
Senarai Singkatan / Tatanama xv
Senarai lampiran
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 5
viii
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan Kajian 7
1.8 Definisi Operasional 8
1.9 Kesimpulan 9
BAB II
SOROTAN KAJIAN
2.1 Konsep Pembangunan 10
2.2 Pembangunan Sahsiah
2.2.1 Pembangunan Individu Dari Aspek Jasmani 12
2.2.2 Pembangunan Individu Dari Aspek Rohani 14
2.2.3 Pembangunan Individu Dari Aspek Emosi 15
2.2.4 Pembangunan Individu dari Aspek Intelektual 16
2.3 Faktor-Faktor Pembangunan Sahsiah
2.3.1 Sifat Semulajadi Manusia 18
2.3.2 Persekitaran 19
2.3.3 Ilmu Pengetahuan 19
2.3.4 Sebaran Am 20
2.4 Cara Mendidik Sahsiah 21
2.5 Perlaksanaan Pendidikan Dalam Pembentukan Sahsiah 22
2.6 Hubungkait Sahsiah Dengan Ciri-Ciri Kepimpinan
2.6.1 Penghayatan Budaya Ilmu 26
2.6.2 Memiliki Sahsiah atau Akhlak Yang Baik 27
2.6.3 Berani dan Bersedia Menanggung Risiko 28
2.6.4 Keterbukaan 29
2.6.5 Pemimpin Yang Memberi Dorongan 30
2.6.6 Pemimpin Yang Sentiasa Bermuhasabah 32
ix
2.6.7 Mengingati Allah 33
2.7 Kajian-kajian Lepas 35
2.8 Kesimpulan 36
BAB III
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 38
3.2 Rekabentuk Kajian 39
3.3 Tempat Dan Sampel Kajian 39
3.4 Instrumentasi
3.4.1 Penglibatan 43
3.4.2 Keberkesanan 43
3.4.3 Langkah-Langkah 44
3.5 Tatacara Kajian
3.5.1 Kajian Rintis 45
3.5.2 Kajian Sebenar 46
3.6 Analisis Data 48
3.7 Jangkamasa Kajian 48
3.8 Kesimpulan 48
x
BAB IV
ANALISIS DATA
4.1 Pendahuluan 49
4.2 Analisis Data Bahagian A 50
4.3 Analisis Data Bahagian B 52
4.4 Analisis Bahagian C
4.4.1 Penglibatan Pelajar Terhadap Program Kolej 53
4.4.2 Keberkesanan Program 60
4.4.3 Langkah–langkah Pemantapan 67
4.5 Analisis keseluruhan item mengikut objektif
4.5.1 Penglibatan pelajar 74
4.5.2 Keberkesanan Program 75
4.5.3 Langkah–langkah Pemantapan 76
BAB IV
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 78
5.2 Perbincangan
5.2.1 Bahagian A 79
5.2.2 Bahagian B 80
5.2.3 Bahagian C 80
5.3 Rumusan 85
xi
5.4 Cadangan 86
5.5 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 89
5.6 Kesimpulan 90
RUJUKAN
Senarai Rujukan 91
LAMPIRAN
Lampiran A 95 Lampiran B 101 Lampiran C 102
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.4.1 Skala Likert 39
3.4.2 Skala Aras Persetujuan 40
3.4.3 Klasifikasi Item 40
4.2.1 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden
Mengikut Umur 47
4.2.2 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden
Mengikut Tahun Pengajian 48
4.2.3 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden
Mengikut Agama 48
4.3 Jadual kekerapan dan peratusan responden
menyertai program yang dijalankan 49
4.4.1.1 Taburan Skor Bagi Item 1 53
4.4.1.2 Taburan Skor Bagi Item 2 54
4.4.1.3 Taburan Skor Bagi Item 3 54
4.4.1.4 Taburan Skor Bagi Item 4 55
4.4.1.5 Taburan Skor Bagi Item 5 56
4.4.1.6 Taburan Skor Bagi Item 6 56
4.4.1.7 Taburan Skor Bagi Item 7 57
4.4.1.8 Taburan Skor Bagi Item 8 58
4.4.1.9 Taburan Skor Bagi Item 9 59
4.4.1.10 Taburan Skor Bagi Item 10 59
4.4.2.1 Taburan Skor Bagi Item 11 60
4.4.2.2 Taburan Skor Bagi Item 12 60
xiii
4.4.2.3 Taburan Skor Bagi Item 13 61
4.4.2.4 Taburan Skor Bagi Item 14 62
4.4.2.5 Taburan Skor Bagi Item 15 63
4.4.2.6 Taburan Skor Bagi Item 16 63
4.4.2.7 Taburan Skor Bagi Item 17 64
4.4.2.8 Taburan Skor Bagi Item 18 65
4.4.2.9 Taburan Skor Bagi Item 19 66
4.4.2.10 Taburan Skor Bagi Item 20 66
4.4.3.1 Taburan Skor Bagi Item 21 67
4.4.3.2 Taburan Skor Bagi Item 22 68
4.4.3.3 Taburan Skor Bagi Item 23 68
4.4.3.4 Taburan Skor Bagi Item 24 69
4.4.3.5 Taburan Skor Bagi Item 25 69
4.4.3.6 Taburan Skor Bagi Item 26 70
4.4.3.7 Taburan Skor Bagi Item 27 70
4.4.3.8 Taburan Skor Bagi Item 28 71
4.4.3.9 Taburan Skor Bagi Item 29 72
4.4.3.10 Taburan Skor Bagi Item 30 72
4.5 Min Bagi Aras Persetujuan Skala 73
4.5.1 Min dan kecenderungan respon bagi objektif
kajian pertama 74
4.5.2 Min dan kecenderungan respon bagi objektif
kajian kedua 75
4.5.3 Min dan kecenderungan respon bagi objektif
kajian ketiga 76
5.2.2 Klasifikasi item mengikut JERI 80
5.2.2.2 Klasifikasi item mengikut aspek JERI 82
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Falsafah Pendidikan 4 3.5.2 Rangka Kerja Tatacara Kajian Soal Selidik 47 5.4.1 Contoh Aktiviti-Aktiviti Perkembangan
Sahsiah 85
xv
SENARAI SINGKATAN
AJK Ahli Jawatankuasa EXLEP SUKAM Excellent Learning Programme (Kejohanan Sukan Antara
Kolej Mahasiswa)
EXLEP Excellent Learning Programme IPT Institut Pengajian Tinggi JERI Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual JKM Jawatankuasa Mahasiswa KTF Kolej Tun Fatimah PPIPS Pusat Pengajian Islam Dan Pembangunan Sosial S.a.w Sallallahualaihi Wasalam S.W.T Subhanahu Wa Taala SPIDEP Spiritual Development Programme SPSS Statistical Package for Social Sciences UKM Universiti Teknologi Malaysia UTM Universiti Teknologi Malaysia
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Borang Soal Selidik 95
B Surat Perakuan Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia 101
C Surat Perakuan Perpustakaan Sultanah
Zanariah, Universiti Teknologi Malaysia 102
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Konsep pembangunan diri pelajar berkait rapat dengan konsep pembangunan
manusia. Ini adalah kerana pelajar adalah sebahagian daripada kelompok manusia
yang terdiri daripada beberapa lapisan masyarakat. Mereka perlu dibangunkan dari
kedua-dua aspek fizikal dan rohani sesuai dengan fitrah kejadian manusia bagi
melahirkan umat yang diredhai oleh Allah S.W.T.
Manusia pada hari ini berlumba-lumba untuk menuju ke arah kemuncak
pembangunan. Melalui pembangunan sains dan teknologi, manusia telah
mengeksploitasi sepenuhnya sumber alam kurniaan Allah S.W.T. untuk kesenangan
dan kemudahan kehidupan mereka. Walau bagaimana pun, satu hakikat yang sukar
dinafikan ialah bentuk dan corak pembangunan yang dilaksanakan oleh manusia hari
ini telah menimbulkan begitu banyak krisis dan masalah sama ada kepada kehidupan
manusia bermasyarakat atau alam sekitar secara fizikal.
Pembangunan yang dijelmakan oleh manusia pada hari ini, diwarnai dengan
pertambahan kadar jenayah, keruntuhan institusi keluarga, pertambahan gejala
keruntuhan moral di kalangan masyarakat, kelahiran generasi muda yang tidak
beretika dan tiada keperibadian yang tinggi dalam diri, kemusnahan alam sekitar serta
pelbagai masalah sahsiah manusia yang kronik.
2
Melihat kepada perkembangan tersebut, satu penilaian terhadap bentuk dan
corak pembangunan hari ini adalah merupakan suatu perkara yang begitu penting.
Paradigma sesebuah masyarakat terhadap pembangunan akan menentukan apakah
bentuk dan corak pembangunan yang akan dilaksanakan di dalam masyarakat
tersebut. Konsep pembangunan yang berteraskan kepada asas dan pandangan yang
tidak komprehensif dan bersandarkan kepada kepentingan material semata-mata akan
menghasilkan natijah atau implikasi negatif kepada seluruh generasi manusia .
Usaha untuk melahirkan generasi pelajar yang beriman dan mempunyai
akhlak yang mulia adalah merupakan suatu aspek yang paling penting yang perlu
diberi perhatian khusus oleh segenap lapisan masyarakat. Ini adalah kerana mereka
akan mencorakkan bi’ah (suasana) sesebuah negara pada masa akan datang. Aset
negara yang paling berharga ini perlu diberi bekalan ilmu secukupnya untuk
digunakan sebagai panduan arah di dalam mengemudi bahtera kehidupan yang bakal
disambar oleh ombak mehnah (ujian) dan tribulasi yang mengganas. Sekiranya
panduan yang diberikan itu tidak mencukupi, maka bahtera tersebut akan karam di
lautan duniawi.
Kolej Tun Fatimah merupakan salah sebuah daripada 13 buah kolej kediaman
pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Skudai, Johor. Kolej yang
dahulunya dikenali sebagai Kampung Berlian dan kini bertukar nama sebagai Kolej 2
ini sudah berusia hampir dua dekad lamanya. Keunikan utama kolej yang
mempunyai sejarah penubuhan semenjak tahun 1985 adalah ia satu-satunya kolej di
UTM yang dihuni sepenuhnya oleh para pelajar sahaja (Majalah Warisan KTF,
2002/03:15).
KTF dibina di atas tanah seluas 412 ekar. Kawasan seluas ini mampu
menampung empat blok pangsa besar, sepuluh blok pangsa sederhana dan sembilan
blok pangsa kecil berjumlah 24 buah semuanya di samping rumah kediaman
pengetua dan felo-felo KTF sendiri. Sementara menunggu proses penyiapan blok-
blok yang baru dibina, buat masa ini kolej ini mampu menampung lebih kurang 1300
orang untuk satu-satu sesi (Majalah Warisan KTF, 2002/03:16).
3
Konsep sebuah desa diterapkan sepenuhnya dalam penghasilan sebuah
perkampungan para ilmuan. Suasana impian ialah suasana di mana penghuni
mempunyai tempat tinggal yang selesa di dalam suasana harmonis serta dapat
menuntut ilmu dengan cara yang diberkati Allah S.W.T., di mana unsur-unsur
kebaikan dihidupkan dan unsur keburukan dihindari. Maka dengan ini, penglibatan
Pengetua, Felo-felo dan barisan kepimpinan pelajar (Jawatankuasa Kolej Mahasiswa)
di dalam menyusun dan menjayakan program-program yang dilaksanakan di kolej ini
amatlah membanggakan.
1.2 Latar Belakang Kajian
Falsafah Pendidikan Negara menjadi tonggak di dalam penetapan matlamat
serta dasar penubuhan organisasi di KTF. Di antara objektif yang ingin dicapai oleh
organisasi KTF ialah melahirkan pelajar yang berbudaya ilmu dan seimbang dari
aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Selain itu, KTF juga ingin melahirkan
pemimpin yang berwibawa, berkarisma dan berkeperibadian mulia selaras dengan
moto “ilmu dan akhlak teras kecemerlangan”. Sehubungan dengan itu, aktiviti-
aktiviti yang dijalankan oleh pihak Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) KTF
adalah berteraskan konsep jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI) di dalam
membentuk sahsiah yang mulia di kalangan pelajar-pelajar kolej ini. (Majalah
Warisan KTF, 2002:15).
Di antara perkara penting yang ditekankan di dalam Falsafah Negara ialah
mewujudkan insan yang seimbang. Ini bermakna seseorang pelajar akan diberi
pendidikan menyeluruh yang merangkumi segala aspek sebagaimana yang
digambarkan di dalam Rajah 1.1 (Toh Hon Leong, 2000:160)
4
Rajah 1.1: Falsafah Pendidikan
Rajah di atas jelas menunjukkan keperluan empat aspek terpenting untuk
membina insan yang seimbang dan harmonis. Aspek-aspek tersebut ialah jasmani,
emosi,rohani, dan intelek (JERI).
Pelajar yang diterima masuk ke Kolej Tun Fatimah adalah majoritinya terdiri
daripada mereka yang mempunyai keputusan akademik yang cemerlang di dalam
peperiksaan pada setiap semester. Pemilihan ini dibuat bagi memastikan Kolej Tun
Fatimah sentiasa unggul berbanding dengan kolej-kolej yang lain. Demikian juga di
dalam menentukan perlantikan organisasi jawatankuasa kolej. Pihak Pentadbiran
Kolej Tun Fatimah amat peka dan berhati-hati di dalam memberi mandat kepada
pelajar-pelajar yang dipilih. Pemilihan ini bukan hanya dilihat daripada aspek
akademik semata-mata, tetapi aspek keperibadian dan kepimpinan individu juga
dititik beratkan. Ini dilakukan agar pembangunan sahsiah dapat diterapkan di
kalangan warga kolej melalui “kepimpinan melalui teladan”.
Ilmu pengetahuan Akhlak mulia
Tanggungjawab dan sumbangan kepada masyarakat
Insan
seimbang dan harmonis
Jasmani Emosi
Rohani Intelek
5
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian mengenai sahsiah pelajar-pelajar di Kolej Tun Fatimah ini masih belum
pernah dilakukan oleh sesiapa sama ada di kalangan pensyarah mahu pun pelajar.
Maklumat awal mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan serta langkah-langkah di
dalam membentuk sahsiah pelajar diperolehi dengan mendapatkan maklumat
daripada buku-buku, kertas-kertas kerja yang lalu, internet dan maklumat daripada
pihak kolej sendiri.
Kajian ini dibuat memandangkan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa KTF terlalu
aktif mengadakan program-program yang bersifat keilmuan, kerohanian, kendiri dan
sebagainya terhadap warga kolej. Namun masalahnya di sini, satu kajian perlu
dilakukan untuk menilai sejauh mana keberkesanan sesuatu program yang dijalankan
dapat diserapkan di dalam diri warga kolej dan memastikan matlamat asal sesuatu
aktiviti dapat dicapai dengan jayanya.
Bermula dengan adanya kajian ini, diharapkan kita akan dapat mengenalpasti
kekuatan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa KTF di dalam proses membangunkan
sahsiah warga kolej. Sebagaimana kita maklum setiap kelebihan pasti ada
kelemahannya, dengan itu kewujudan kajian ini juga adalah sebagai medan
muhasabah untuk meneliti kelemahan yang ada agar dapat dijadikan iktibar dan
pengajaran di dalam membetulkan setiap program yang akan dijalankan pada masa
akan datang.
1.4 Objektif Kajian
Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau persepsi pelajar terhadap peranan yang
dimainkan oleh Jawatankuasa Kolej Mahasiswa KTF di dalam membangunkan
sahsiah para penghuninya dengan mengadakan pelbagai program di dalam mencapai
matlamat penubuhannya. Objektif kajian ini secara khusus adalah seperti berikut:
6
1. Mengenalpasti penglibatan pelajar Kolej Tun Fatimah terhadap
program-program yang dijalankan oleh JKM, KTF dalam usaha
membangunkan sahsiah di kalangan pelajar di KTF.
2. Mengukur sejauhmana kesan-kesan yang akan diperolehi apabila
pelajar-pelajar melibatkan diri ke dalam program yang dijalankan
oleh JKM, KTF
3. Mencadangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh
Jawatankuasa Mahasiswa Kolej untuk memantapkan lagi sahsiah
penghuni di kolej.
1.5 Persoalan Kajian
Bagi menjalankan penyelidikan ini, perkara tersebut telah difokuskan kepada
beberapa persoalan penting. Persoalan tersebut ialah:
1. Bagaimanakah penglibatan pelajar–pelajar Kolej Tun Fatimah di
dalam program-program yang dijalankan oleh pihak Jawatankuasa
Kolej dalam meningkatkan pembangunan sahsiah pelajar?
2. Apakah kesan-kesan yang akan diperolehi apabila pelajar-pelajar
melibatkan diri ke dalam program yang dijalankan oleh pihak
Jawatankuasa Kolej?
3. Apakah langkah-langkah yang wajar bagi menyelesaikan
permasalahan ini?