PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN WONG …€¦ditawarkan dalam institusi-institusi...
Transcript of PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN WONG …€¦ditawarkan dalam institusi-institusi...
PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN
BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) SATU TOPIK DALAM VISUAL BASIC
BERNAMA “GENERAL PROCEDURE”
WONG JIN WEN
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan
(Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
iii
PENGHARGAAN
Penulis ingin merakamkan penghargaan kepada individu-individu berikut atas
sokongan dan cadangan mereka. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan
terima kasih kepada Puan Norah Bt. Md. Noor selaku penyelia projek ini atas bimbingan,
nasihat, tunjuk ajar dan dorongan yang diberi sepanjang tempoh penyelidikan tesis ini.
Penghargaan istimewa ditujukan kepada ibu bapa saya yang sentiasa memberi
sokongan dan nasihat yang tidak terhingga sejak kecil hingga masa kini. Nasihat
mereka menimbulkan kesedaran saya mengenai kegigihan dan tabah hati apabila
menyelesaikan projek ini.
Tidak lupa juga, penghargaan saya kepada pensyarah-pensyarah yang sering
memberikan cadangan dan tunjuk ajar untuk menjayakan pembangunan perisian ini.
Selain itu, jasa rakan-rakan yang sentiasa memberikan bantuan, komen-komen yang
kritis dan idea-idea yang kreatif dalam proses pembangunan perisian ini akan saya
kenangi senantiasa.
Sekian, terima kasih.
iv
ABSTRAK
Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) multimedia bertajuk
“General Procedure” dibina berdasarkan sukatan subjek Visual Basic 6.0 yang
ditawarkan dalam institusi-institusi pengajian tinggi dan sekolah-sekolah menengah atas.
Tujuan perisian PBK multimedia ini dibina adalah bagi menambah bahan pembelajaran
kendiri yang agak terhad di pasaran pada masa ini. Perisian PBK ini telah dibina dengan
menggunakan aplikasi Macromedia Authorware 7.0, Adobe Photoshop 7.0, Macromedia
Flash MX dan Sonic Foundry Sound Forge 6.0. Elemen-elemen multimedia seperti
audio, teks, grafik, animasi dan interaktiviti telah dimasukkan dalam perisian PBK untuk
menarik minat pengguna dan meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran. Perisian PBK ini mempunyai ciri-ciri seperti pengajaran dan
pembelajaran yang interaktif dan sifat penerokaan. Ciri-ciri ini dapat merangsangkan
minat pelajar dan memudahkan proses pembelajaran pelajar.
v
ABSTRACT
Multimedia Computer based Learning courseware on the title of “General
Procedure” is built based on the syllabus Visual Basic 6.0 which conducted in the higher
educational institutes and secondary high school. This courseware was built to add
collection of individual learning aid which is quite limited in Malaysia market currently.
The Computer based Learning courseware was built using Macromedia Authorware 7.0,
Adobe Photoshop 7.0, Macromedia Flash MX and Sonic Foundry Sound Forge 6.0.
Elements multimedia such as audio, text, graphic, animation and interactivity was
included in the software to attract the user and increase the effectiveness in teaching and
learning process. The characterize of the software included two way teaching and
learning process interactively and exploration characteristic. These characteristics could
stimulate the students’ interest and to create an easier learning process.
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA
SURAT
PENGESAHAN STATUS THESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
KANDUNGAN vi
SENARAI RAJAH ix
SENARAI LAMPIRAN x
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Rasional Pemilihan Tajuk 5
1.5 Objektif
1.5.1 Objektif Projek
1.5.2 Objektif Perisian
6
6
6
vi
1.6 Kepentingan Projek
1.7 Skop Projek
1.8 Definisi Istilah
1.8.1 Perisian
1.8.2 Multimedia
1.8.3 Pembelajaran Berbantukan Komputer
(PBK)
1.8.4 Visual Basic
1.8.5 General Procedure
7
7
8
8
8
9
10
11
1.9 Penutup 12
2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pendahuluan 14
2.2 Kajian tentang Penggunaan Pembelajaran
Berbantukan Komputer (PBK) dalam Proses
Pengajaran dan Pembelajaran
2.3 Teori Pembelajaran Tingkah Laku
2.4 Teori Konstruktivisme
2.5 Pembelajaran Aktif
2.6 Pendekatan Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PBK)
2.6.1 Simulasi
2.6.2 Latih Tubi
2.6.3 Tutorial
2.6.4 Permainan
2.6.5 Penyelesaian Masalah
2.7 Model Reka Bentuk Hannafin & Peck
2.8 Multimedia Interaktif
2.9 Multimedia Dalam Pendidikan
2.10 Penutup
15
16
17
18
19
19
20
20
21
22
22
23
24
25
vii
3 REKABENTUK PERISIAN
3.1 Pendahuluan 26
3.2 Model Pembangunan Perisian
3.2.1 Fasa Analisa Keperluan
3.2.1.1 Sasaran Pengguna
3.2.1.2 Pengetahuan Sedia Ada
Pengguna
3.2.1.3 Perubahan Tingkah Laku
yang Diingini
3.2.1.4 Teori Pembelajaran
3.2.1.5 Objektif yang Ingin Dicapai
3.2.1.6 Perkakasan yang Diperlukan
3.2.1.7 Perisian yang Diperlukan
3.2.1.8 Spesifikasi yang Diperlukan
untuk Memain Semula
3.2.2 Fasa Rekabentuk
3.2.2.1 Aktiviti
3.2.2.2 Latihan
3.2.2.3 Ujian
3.2.2.4 Isi Kandungan
3.2.2.5 Carta Alir
3.2.2.6 Papan Cerita
3.2.3 Fasa Pembangunan dan Perlaksanaan
3.2.4 Penilaian dan Pengulangan
27
27
27
27
28
28
29
29
30
32
32
32
33
33
33
34
35
44
44
3.3 Kesimpulan 45
viii
4 PEMBANGUNAN PERISIAN
4.1 Pendahuluan 46
4.2 Pempakejan Perisian 47
4.3 Struktur Asas dan Kandungan Perisian
4.3.1 Paparan Masukan Nama dan Kata
Laluan
4.3.2 Paparan Menu Utama
4.3.3 Paparan Penukaran Maklumat
4.3.4 Paparan Menu Nota
4.3.4.1 Paparan Nota
4.3.5 Paparan Menu Latihan
4.3.5.1 Paparan Latihan
4.3.6 Paparan Menu Ujian
4.3.7 Paparan Menu Permainan
4.3.8 Paparan Kredit
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
4.4 Ciri-ciri Multimedia dalam Perisian
4.4.1 Interaktif
4.4.2 Navigasi
4.4.3 Animasi
4.4.4 Audio
4.4.5 Video
4.4.6 Grafik
4.4.7 Teks
4.5 Penutup
58
58
59
59
59
60
60
61
61
ix
5 PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 62
5.2 Perbincangan
5.2.1 Model Pembangunan
5.2.2 Teori Pembelajaran
5.2.3 Masalah yang Dihadapi
5.2.3.1 Kekurangan Pakar dan
Pengalaman
5.2.3.2 Kekangan Perisian
5.2.3.3 Kesuntukan Masa
5.3 Cadangan
5.4 Kesimpulan
62
62
63
64
64
65
65
66
68
BIBLIOGRAFI 70
Lampiran A - I 73-95
x
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Model Reka Bentuk Hannafin & Peck (1988) 23
4.1 Paparan Montaj 48
4.2 Paparan Menu Utama 49
4.3 Paparan Penukaran Maklumat 50
4.4 Paparan Menu Nota 51
4.5 Paparan Nota 52
4.6 Paparan Menu Latihan 53
4.7 Paparan Latihan 54
4.8 Paparan Menu Ujian 55
4.9 Paparan Menu Permainan 56
4.10 Paparan Kredit 57
xi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Carta Alir Utama 73
B Carta Alir Penukaran Maklumat 74
C Carta Alir Nota 75
D Carta Alir Ujian 76
E Carta Alir Latihan 77
F Perancangan Pengajaran Visual Basic 78-80
G Soalan Ujian 81-84
H Jadual Penentuan Ujian 85
I Borang Penilaian Perisian Multimedia (Penilaian
Pakar) Penilai Umum
86-95
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Era perkembangan teknologi pada masa kini hampir mempengaruhi setiap
bidang dalam kehidupan kita. Bidang pendidikan yang dianggap sebagai
kejuruteraan pembangunan roh insan juga tidak dapat dikecualikan daripada arus
perubahan ini. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai
satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat dan sikap yang positif
terhadap perkembangan teknologi.
Dalam bidang teknologi yang makin berkembang pesat kini, penggunaan
perisian multimedia adalah suatu pendekatan pembelajaran yang menghasilkan
generasi yang celik maklumat dan ia juga selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menekankan melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan.
Para pendidik harus menggunakan teknologi komputer bagi meningkatkan
kemahiran kendiri supaya dapat menghasilkan kualiti pelajar yang lebih baik.
Bekas Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim dalam
Pembentangan Belanjawan 1998 menekankan bahawa setiap rakyat Malaysia perlu
mengetahui dalam bidang multimedia dan berkebolehan menggunakan komputer
(NST, 18 OKTOBER 1997).
2
Selain itu, menurut bekas Menteri Pendidikan Dato Seri Mohd. Najib Tun
Razak (Utusan Malaysia, Feb 1997), reformasi pendidikan akan menitikberatkan
unsur teknologi maklumat yang menekankan program literasi komputer dan
pendidikan Sains dan Teknologi.
Salah satu daripada tujuh aplikasi perdana dalam projek mega Koridor Raya
Multimedia (MSC) yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir
adalah perlaksanaan Sekolah Bestari. Ekoran daripada wujudnya Sekolah Bestari,
penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran menjadikan semakin
penting. Pengajaran berintegrasikan komputer melibatkan penggunaan komputer
untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.
Di bawah perbelanjaan pembangunan, sejumlah RM3.7 bilion disediakan,
termasuk RM1.8 bilion bagi sekolah rendah, menengah, asrama dan rumah guru.
Sebanyak RM637 juta disediakan untuk projek pengkomputeran sekolah sementara
RM490 juta bagi membiayai keperluan infrastruktur institusi pendidikan tinggi awam.
Daripada pernyataan atas, kita dapat perhatikan bahawa betapa kukuhnya azam
kerajaan untuk melahirkan individu yang celik komputer.
Buta komputer pada masa kini adalah seumpama dengan buta huruf pada
tahun 60-an. Maka, penguasaan kemahiran menggunakan komputer bagi kita yang
hidup dalam abad ke-21 ini adalah sangat penting supaya tidak ditinggalkan oleh
masyarakat yang makin berkembang pesat kini.
1.2 Latar Belakang Masalah
Teknologi maklumat telah mengubah cara manusia bekerja. Dalam bidang
ICT, Koridor Raya Multimedia (MSC) dibangunkan dengan infrastruktur multimedia
yang mempunyaiteknologi “state-of-the-art”. Baharuddin Aris, et.al (2003), MSC
adalah satu langkah kerajaan membawa Malaysia ke mercu kejayaan dengan
3
Malaysia memiliki teknologi canggih dan setanding dengan negara-negara yang
telah mendahului dalam bidang IT.
Sekolah Bestari merupakan salah satu projek dalam perdana Koridor Raya
Multimedia (MSC) yang bertujuan untuk menyediakan generasi baru yang mampu
mengharungi cabaran baru teknologi maklumat. Kesediaan guru untuk menukar cara
pengajaran yang tradisional kepada pengajaran yang berasaskan teknologi moden
dan canggih merupakan tulang belakang kepada kejayaan pelaksanaan sekolah
bestari.
Untuk menjayakan wawasan Sekolah Bestari dan projek Koridor Raya
Multimedia (MSC), pelajar-pelajar dan guru-guru dalam sekolah bukan sahaja
dikehendaki menguasai kemahiran menaip perkataan dengan komputer tetapi mereka
perlu juga menggunakan komputer untuk membangunkan sesuatu perisian serta
program-program yang dapat memudahkan kerja mereka. Sebagai contoh, guru-guru
sekarang sering diminta membinakan Bahan Bantu Mengajar berasaskan komputer
supaya dapat menarik minat pelajar dalam pengajaran yang disampaikan.
Maka, bahasa pengaturcaraan diperkenalkan dalam silibus sekolah menengah
atas dan universiti. Untuk mempelajari sesuatu bahasa pengaturcaraan dan
menguasainya dengan baik, kita perlu seorang guru atau pengajar untuk
menerangkan konsep-konsep penting dalam bahasa pengaturcaraan tersebut. Selain
itu, praktis yang banyak juga diperlukan dalam penguasaan bahasa pengaturcaraan.
Ini bermakna, kita perlu menaruhkan lebih masa dan tenaga dalam pembelajaran
bahasa pengaturcaraan.
Akan tetapi, pembelajaran bahasa pengaturcaraan ini tidak boleh semata-mata
bergantung terhadap pengajaran daripada guru atau pengajar kita. Waktu kuliah
yang bermasa dua jam seminggu dan waktu amali yang selama sejam seminggu
adalah tidak mencukupi bagi seseorang pelajar yang ingin menguasai bahasa
pengaturcaraan yang dipelajari.
4
Bukan sahaja itu, dalam suasana pendidikan kita pada hari ini, bilangan
pelajar yang ramai telah menjadi satu kebiasaan yang tidak dapat kita elakkan di
dalam kelas. Guru terpaksa mengawal bilangan pelajar yang ramai dalam suatu kelas
dengan ruang dan keluasan yang terhad berkemungkinan mewujudkan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang tidak selesa dan tidak efisien.
Akibat daripada apa yang telah disebutkan tadi, pembelajaran kendiri yang
berbantukan komputer merupakan salah satu cara penyelesaian yang baik. Tetapi,
pembelajaran bahasa pengaturcaraan yang berasaskan cakera padat adalah jarang
dijumpai dalam pasaran. Oleh itu, pembinaan perisian yang berasaskan
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) adalah satu alternatif yang baik untuk
golongan pelajar dan guru atau pensyarah bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran bahasa pengaturcaraan. Di samping itu, guru atau pensyarah
berperanan sebagai fasilitator atau pemudah cara supaya interaktiviti dengan pelajar
ditingkatkan dan dapat membantu pelajar jika terdapat sebarang masalah
pembelajaran.
1.3 Penyataan Masalah
Seperti bahasa pengaturcaraan yang lain, Visual Basic 6.0 adalah bahasa
pengaturcaraan yang memerlukan banyak praktisterutamanya bagi topik “General
Procedure”. Topik ini adalah agak sukar dikuasai dan mengelirukan pelajar yang
baru mempelajarai bahasa pengaturcaraan dan lemah dalam bahasa pengaturcaraan.
Pelajar memerlukan lebih banyak latihan dan ulangan pembacaan dalam topik ini
untuk menguasai kegunaan sub program atau sub fungsi dalam Visual Basic 6.0.
Oleh itu, pembinaan perisian multimedia Pembelajaran Berbantukan
Komputer bagi topik “General Procedure” dalam Visual Basic dibina untuk
memudahkan para pelajar yang ingin menguasai bahasa pengaturcaraan Visual Basic
6.0 dengan lebih baik memandangkan perisian ini dapat digunakan oleh setiap
pelajar pada bila-bila masa dan ulang berapa kali.
5
1.4 Rasional Pemilihan Tajuk
Visual Basic 6.0 merupakan perisian bahasa pengaturcaraan yang dianggap
paling sesuai diajar pada peringkat permulaan pengenalan kepada bahasa
pengaturcaraan. Ini disebabkan oleh penggunaan bahasa yang mudah dan
antaramuka yang userfriendly.
Walaupun pada keseluruhannya Microsoft Visual Basic adalah mudah
digunakan, tetapi topik “General Procedure” dalam Visual Basic adalah salah satu
topik yang agak sukar difahami dan dikuasai oleh para pelajar Visual Basic. Sub
program dan sub fungsi dalam topik ini memerlukan lebih banyak masa untuk
dikenali, difahami dan diaplikasikan dalam perisian yang dibina oleh para pelajar
Visual Basic. Selain itu, skop pembolehubah (scope of variables) dalam topik ini
juga amat penting dan perlu ditekankan dengan jelas supaya pelajar tidak
menghadapi masalah dalam pembinaan perisian.
Selain daripada yang telah dibincangkan, bahan pengajaran bagi Visual Basic
yang berasaskan kepada cakera padat adalah sukar dijumpai dalam pasaran.
Walaupun laman web Microsoft telahpun membekalkan tutorial setiap topik dalam
Visual Basic tetapi keterangan yang diberikan didapati amat sukar difahami dan
penerangan yang diberikan tidak cukup jelas.
Pembangunan perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer yang berunsur
multimedia dapat menyelesaikan pelbagai masalah dalam pembelajaran topik
“General Procedure” dalam Visual Basic. Pelajar boleh membuat ulangkaji yang
berulang kali tanpa bergantung kepada kadar pembelajaran pelajar yang lain.
6
1.5 Objektif
1.5.1 Objektif Projek
Projek ini dibangunkan berasaskan beberapa objektif seperti yang
disenaraikan di bawah:
i) menghasilkan perisian aplikasi Pembelajaran Berbantukan Komputer
(PBK) multimedia interaktif dalam usaha meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran bagitopik “General Procedure”dalam
Visual Basic.
ii) menambahkan bilangan perisian Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PBK) mengenai topik “General Procedure”dalam Visual
Basic 6.0.
1.5.2 Objektif Perisian
Perisian yang dibangunkan ini mempunyai beberapa objektif, iaitu:
i) menarik minat pelajar dalam pembelajaran“General Procedure”
dalam Visual Basic 6.0.
ii) meningkatkan fahaman pelajar mengenai topik“General Procedure”
dalam Visual Basic 6.0.
iii) menyediakan satu bentuk perisian yang berfungsi secara interaktif
kepada pelajar subjek ini.
7
1.6 Kepentingan Projek
Pada tahun lalu kerajaan telah membuat keputusan untuk melaksanakan
pengajaran mata pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris dengan
menggunakan ICT. Program ini melibatkan perbelanjaan sebanyak RM5 bilion bagi
tempoh RMK-8. Kerajaan juga akan roll-out program sekolah bestari secara
berperingkat. Maka, penghasilan Bahan Bantu Mengajar yang berasaskan komputer
bukanlah lagi suatu tugas yang mustahil bagi guru-guru Sains dan Matematik.
Memandangkan bahan pengajaran dalam bentuk cakera padat adalah sukar
didapati dalam pasaran, projek ini adalah amat penting untuk menambahkan bilangan
Pembelajaran Berbantukan Komputer bagi topik “General Procedure” dalam Visual
Basic. Perisian yang dibina ini dapat menjadi salah satu rujukan bagi guru-guru atau
pensyarah yang mengajar Visual Basic dalam sekolah atau universiti.
Selain itu, projek ini dapat membantu pelajar mengenalpasti matlamat
pendidikan, mendefinisikan hala tuju bagi pelajar tersebut, memantau kemajuan
kendiri, dan kemudian menyediakan ruang untuk pelajar belajar mengikut kadar
pembelajaran kendiri. Bukan sahaja itu, projek ini juga bertanggungjawab
menyediakan suasana yang menggalakkan pembelajaran terarah kendiri yang kreatif
dan berdikari.
1.7 Skop Projek
Projek ini dibina khas untuk pengajaran Visual Basic 6.0 dalam pendidikan
multimedia di pusat pengajian tinggi ataupun di sekolah menengah atas. Projek ini
juga sesuai digunakan sebagai asas rujukan kepada para guru, pensyarah atau
individu yang berminat untuk mempelajari konsep asas“General Procedure”dalam
Visual Basic 6.0. Isi kandungan projek ini memberi penumpuan kepada“sub
program and function” dan “scope of variables”.