PEMBANGUNAN PERISIAN MULITIMEDIA BERASASKAN … · Tingkatan 1 yang telah ditentukan oleh...

23
PEMBANGUNAN PERISIAN MULITIMEDIA BERASASKAN KECERDASAN LOGIK-MATEMATIK BAGI TAJUK HABA DAN PEMINDAHANNYA SAINS KBSM TINGKATAN 1 WAN SHIAU SAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of PEMBANGUNAN PERISIAN MULITIMEDIA BERASASKAN … · Tingkatan 1 yang telah ditentukan oleh...

Page 1: PEMBANGUNAN PERISIAN MULITIMEDIA BERASASKAN … · Tingkatan 1 yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ). Skop dalam perisian ini meliputi pengertian haba

PEMBANGUNAN PERISIAN MULITIMEDIA BERASASKAN KECERDASAN

LOGIK-MATEMATIK BAGI TAJUK HABA DAN PEMINDAHANNYA

SAINS KBSM TINGKATAN 1

WAN SHIAU SAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN PERISIAN MULITIMEDIA BERASASKAN … · Tingkatan 1 yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ). Skop dalam perisian ini meliputi pengertian haba

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UUNNIIVVEERRSSIITTII TTEEKKNNOOLLOOGGII MMAALLAAYYSSIIAA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN KECERDASAN LOGIK-MATEMATIK BAGI TAJUK HABA DAN PEMINDAHANNYA SAINS KBSM TINGKATAN SATU

SESI PENGAJIAN: 2003/2004

Saya WAN SHIAU SAN

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti TeknologiMalaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian

tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) Disahkan oleh

________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 378, JALAN UTAMA, KOPISAN Dr. Zaidatun binti Tasir BARU, 31600 GOPENG, PERAK. Nama Penyelia

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

Page 3: PEMBANGUNAN PERISIAN MULITIMEDIA BERASASKAN … · Tingkatan 1 yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ). Skop dalam perisian ini meliputi pengertian haba

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Sains dan Pendidikan ( Sains )”.

Tandatangan : _______________________

Nama Penyelia I : Dr. Zaidatun Bt. Tasir___

Tarikh : 11 MAC 2004

Page 4: PEMBANGUNAN PERISIAN MULITIMEDIA BERASASKAN … · Tingkatan 1 yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ). Skop dalam perisian ini meliputi pengertian haba

PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN

KECERDASAN LOGIK – MATEMATIK BAGI TAJUK

HABA DAN PEMINDAHANNYA

WAN SHIAU SAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian

daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains serta Pendidikan (Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

FEBRUARI, 2004

Page 5: PEMBANGUNAN PERISIAN MULITIMEDIA BERASASKAN … · Tingkatan 1 yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ). Skop dalam perisian ini meliputi pengertian haba

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ……………………

Nama Penulis : WAN SHIAU SAN

Tarikh : ..11 MAC 2004…..

Page 6: PEMBANGUNAN PERISIAN MULITIMEDIA BERASASKAN … · Tingkatan 1 yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ). Skop dalam perisian ini meliputi pengertian haba

iii

Untuk ayah, ibu, kakak dan adik tersayang

Page 7: PEMBANGUNAN PERISIAN MULITIMEDIA BERASASKAN … · Tingkatan 1 yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ). Skop dalam perisian ini meliputi pengertian haba

iv

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, pengkaji ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada

penyelia Projek Sarjana Muda ini, Dr. Zaidatun Bt. Tasir yang sentiasa sudi

memberikan bantuan, bimbingan dan nasihat kepada pengkaji sepanjang tempoh

menyelesaikan tesis ini. Dengan galakkan beliau, pengkaji dapat menyempurnakan

tesis ini pada masa yang telah ditetapkan.

Selain itu, pengkaji ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan

terima kasih kepada rakan-rakan sekursus (4SPN) dan rakan-rakan, terutamanya

saudara Tan Khar Meng yang sentiasa memberikan bantuan dan galakkan kepada

pengkaji sepanjang masa menyempurnakan tesis ini.

Penulis juga ingin berterima kasih kepada ibu bapa dan ahli keluarga yang

sentiasa menyokong dan mendorong pengkaji dalam menjayakan tesis ini.

Akhir sekali, penghargaan diberikan kepada semua pihak yang terlibat secara

langsung atau secara tidak langsung dalam membantu menyelesaikan tesis ini.

Page 8: PEMBANGUNAN PERISIAN MULITIMEDIA BERASASKAN … · Tingkatan 1 yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ). Skop dalam perisian ini meliputi pengertian haba

v

ABSTRAK

Dalam zaman komputer ini, banyak aktiviti seharian manusia telah melibatkan

penggunaan komputer termasuklah dalam bidang pendidikan. Pada masa kini,

teknologi multimedia telah digunakan secara meluas dalam proses pengajaran dan

pembelajaran (P&P). Sebagai contohnya, Pembelajaran Berbantukan Komputer

( PBK ) telah digunakan dalam proses P&P. Kajian ini bertujuan untuk

membangunkan sebuah perisian PBK yang bertajuk “Heat ” (Haba dan Pemindahanya

). Isi pembelajaran dalam perisian ini adalah berdasarkan Sukatan Pelajaran Sains

Tingkatan 1 yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ).

Skop dalam perisian ini meliputi pengertian haba dan suhu, cara-cara pemindahan haba

dan kegunaan pemindahan haba dalam kehidupan seharian. Tajuk ini dipilih kerana isi

pembelajaran tajuk ini adalah abstrak. Oleh itu, pelajar biasanya sukar untuk

menguasai tajuk ini. Dengan penggunaan teknologi multimedia, bahagian-bahagian isi

pelajaran yang abstrak dalam tajuk ini dapat dikonkritkan menerusi imej, animasi dan

video yang berkaitan. Pendekatan pembelajaran yang digunakan di dalam perisian ini

ialah teori Kecerdasan Pelbagai jenis Kecerdasan Logik-Matematik. Perisian ini

dibangunkan dengan menggunakan kombinasi perisian-perisian seperti Macromedia

Authorware 6.0, Sound Forge 6.0 dan Photoshop 6.0 untuk menghasilkan grafik,

animasi, video dan audio. Diharapkan setelah menggunakan PBK ini, pelajar-pelajar

dapat menguasai tajuk ini dengan lebih tepat.

Page 9: PEMBANGUNAN PERISIAN MULITIMEDIA BERASASKAN … · Tingkatan 1 yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ). Skop dalam perisian ini meliputi pengertian haba

vi

ABSTRACT

In this world of computers, many activities in our daily life are being

computerized. Education has also been computerized. The technology of multimedia

has already been widely used in the learning process. For example, Computer Aided

Instruction (CAI) is also used in learning. The purpose of this project is to develop a

courseware, titled “HEAT”. This courseware is based on the Form 1 Science Syllabus,

which is made by the Ministry of Education (Malaysia). The scope of this courseware

is the meaning of heat and temperature, types of heat flow and the uses of heat flow in

our daily life. This topic is chosen because the content of this topic is too abstract and

students usually face difficulties in learning and understanding this topic. By using the

technology of multimedia, a student will be able to visualize the abstract content of

this topic through related images, animations and videos. The teaching and learning

strategies used in this courseware is based on one of the Multiple Intelligences, which

is called Logical-Mathematical Intelligence. This courseware is developed by using

the combination of some softwares. For example, Macromedia Authorware 6.0, Sound

Forge 6.0 and Photoshop 6.0. This softwares can make graphic, animation, video and

audio. After using this courseware, hope that, pupils can learn and understand this

topic better.

Page 10: PEMBANGUNAN PERISIAN MULITIMEDIA BERASASKAN … · Tingkatan 1 yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ). Skop dalam perisian ini meliputi pengertian haba

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xi

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Rasional Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Skop dan Batasan Kajian 8

1.7.1 Definisi Kajian 9

1.7.2 Pembelajaran Berbantukan

Komputer (PBK) 9

Page 11: PEMBANGUNAN PERISIAN MULITIMEDIA BERASASKAN … · Tingkatan 1 yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ). Skop dalam perisian ini meliputi pengertian haba

viii

1.7.3 Multimedia 10

1.7.4 Kecerdasan Pelbagai 11

1.7.5 Kecerdasan Logik-Matematik 11

1.8 Penutup 11

BAB II SOROTAN KAJIAN 12

2.1 Pengenalan 12

2.2 Perkembangan Komputer dalam

Bidang Pendidikan 12

2.3 Keberkesanan dan Penggunaan

Perisian PBK 13

2.4 Kepentingan PBK 14

2.5 Teori-teori Pembelajaran 15

2.5.1 Teori Behaviorisme 15

2.5.2 Teori Kognitif 16

2.5.3 Teori Konstruktivisme 17

2.5.4 Teori Kecerdasan Pelbagai

(Multiple Intelligence) 19

2.6 PBK dan Jenis-jenis PBK 20

2.6.1 Perisian Tutorial 21

2.6.2 Perisian Latih Tubi 21

2.6.3 Perisian Simulasi 21

2.6.4 Perisian Permainan Berpendidikan 22

2.7 Kesan Perisian dalam Pembelajaran yang

Menggunakan Teori Kecerdasan Pelbagai 22

2.8 Penutup 23

Page 12: PEMBANGUNAN PERISIAN MULITIMEDIA BERASASKAN … · Tingkatan 1 yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ). Skop dalam perisian ini meliputi pengertian haba

ix

BAB III REKA BENTUK PERISIAN 24

3.1 Pengenalan 24

3.2 Model Reka Bentuk yang Digunakan 24

3.3 Carta Alir Perisian 28

3.4 Pengaplikasian Pendekatan Kecerdasan

Logik-Matematik Di Dalam PBK 31

3.5 Pemilihan Perisian yang Digunakan Untuk

Menghasilkan PBK 32

3.6 Bentuk Sebaran Perisian 33

3.7 Penutup 34

BAB IV HASIL PERISIAN 35

4.1 Pengenalan 35

4.2 Struktur Asas Perisian 35

4.2.1 Skrin Paparan Tajuk 36

4.2.2 Skrin Paparan Masukkan

Nama Pengguna 37

4.2.3 Skrin Paparan Menu Utama

(Skrin Pilihan Topik) 39

4.2.4 Topik “Heat and Temperature” 40

4.2.5 Topik “Heat Flow” 42

4.2.6 Topik “Uses Of Heat Flow” 61

4.2.7 Skrin Paparan Latihan 64

4.2.8 Skrin Paparan Alatan Lain Dalam

Perisian 67

4.2.9 Skrin Paparan Keluar 70

4.3 Komen Terhadap Perisian 71

Page 13: PEMBANGUNAN PERISIAN MULITIMEDIA BERASASKAN … · Tingkatan 1 yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ). Skop dalam perisian ini meliputi pengertian haba

x

4.4 Penutup 72

BAB V PENUTUP 73

5.1 Pengenalan 73

5.2 Perbincangan 73

5.2.1 Masalah Yang Dihadapi Semasa

Pembangunan Perisian 74

5.2.2 Kebaikan Perisian Yang

Dibangunkan 75

5.2.3 Kelemahan Perisian Yang

Dibangunkan 76

5.3 Kesimpulan Kajian 76

5.4 Cadangan Dalam Memperbaiki Perisian 77

5.4 Penutup 78

RUJUKAN 80

LAMPIRAN A 85

Page 14: PEMBANGUNAN PERISIAN MULITIMEDIA BERASASKAN … · Tingkatan 1 yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ). Skop dalam perisian ini meliputi pengertian haba

xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Perkembangan Penggunaan Komputer

di Malaysia 13

3.1 Model Reka Bentuk Instruksi Bersistem

Hanaffin dan Peck 25

3.2 Carta alir bagi perisian multimedia yang telah

Dibangunkan 30

4.1 Paparan Persembahan Tajuk 36

4.2 Paparan Pengenalan Perisian 37

4.3 Paparan Masukkan Nama Pengguna 38

4.4 Paparan Nama Pengguna 38

4.5 Paparan Menu Utama (Pilihan Topik) 39

4.6 Paparan Pilihan Subtopik Bagi Topik

“Heat and Temperature” 40

4.7 Paparan Isi Kandungan Bagi Subtopik

“Temperature” 41

4.8 Paparan Isi Kandungan Bagi Subtopik

“Heat Energy” 41

4.9 Paparan Isi Kandungan Bagi Subtopik

“Heat Energy” 42

4.10 Paparan Pilihan Subtopik Bagi Topik

“Heat and Temperature” 43

Page 15: PEMBANGUNAN PERISIAN MULITIMEDIA BERASASKAN … · Tingkatan 1 yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ). Skop dalam perisian ini meliputi pengertian haba

xii

4.11 Paparan Isi Kandung 1 Bagi Subtopik “Concept” 44

4.12 Paparan Isi Kandung 2 Bagi Subtopik “Concept” 45

4.13 Paparan Isi Kandung 3 Bagi Subtopik “Concept” 45

4.14 Paparan Isi Kandung 4 Bagi Subtopik “Concept” 46

4.15 Paparan Isi Kandung 5 Bagi Subtopik “Concept” 47

4.16 Paparan Isi Kandungan 1 Bagi Subtopik “Conduction” 48

4.17 Paparan Isi Kandungan 2 Bagi Subtopik “Conduction” 48

4.18 Paparan Isi Kandungan 3 Bagi Subtopik “Conduction” 49

4.19 Paparan Isi Kandungan 4 Bagi Subtopik “Conduction” 50

4.20 Paparan Isi Kandungan 5 Bagi Subtopik “Conduction” 50

4.21 Paparan Isi Kandungan 6 Bagi Subtopik “Conduction” 51

4.22 Paparan Isi Kandungan 7 Bagi Subtopik “Conduction” 51

4.23 Paparan Isi Kandungan 8 Bagi Subtopik “Conduction” 52

4.24 Paparan Isi Kandungan 9 Bagi Subtopik“Conduction” 53

4.25 Paparan Isi Kandungan 10 Bagi Subtopik “Conduction” 53

4.26 Paparan Isi Kandungan 1 Bagi Subtopik “Convection” 54

4.27 Paparan Isi Kandungan 2 Bagi Subtopik “Convection” 54

4.28 Paparan Isi Kandungan 3 Bagi Subtopik “Convection” 55

4.29 Paparan Isi Kandungan 4 Bagi Subtopik “Convection” 55

4.30 Paparan Isi Kandungan 5 Bagi Subtopik “Convection” 56

4.31 Paparan Isi Kandungan 6 Bagi Subtopik “Convection” 56

4.32 Paparan Isi Kandungan 1 Bagi Subtopik “Radiation” 57

4.33 Paparan Isi Kandungan 8 Bagi Subtopik “Radiation” 58

4.34 Paparan Isi Kandungan 9 Bagi Subtopik “Radiation” 58

4.35 Paparan Isi Kandungan 10 Bagi Subtopik “Radiation” 59

4.36 Paparan Isi Kandungan 11 Bagi Subtopik “Radiation” 59

4.37 Paparan Isi Kandungan 12 Bagi Subtopik “Radiation” 60

4.38 Paparan Isi Kandungan 13 Bagi Subtopik “Radiation” 60

4.39 Paparan Isi Kandungan 14 Bagi Subtopik “Radiation” 61

4.40 Paparan Pilihan Subtopik Bagi Topik

“Uses Of Heat Flow” 62

Page 16: PEMBANGUNAN PERISIAN MULITIMEDIA BERASASKAN … · Tingkatan 1 yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ). Skop dalam perisian ini meliputi pengertian haba

xiii

4.41 Paparan Isi Kandungan Bagi Subtopik

“Everday Application of Conduction” 63

4.42 Paparan Isi Kandungan Bagi Subtopik

“Everyday Application of Convection” 63

4.43 Paparan Isi Kandungan Bagi Subtopik

“Everyday Application of Radiation” 64

4.44 Paparan “Exercise” ( Penilaian Sumatif) 66

4.45 Paparan Peneguhan Negatif Bagi “Exercise” 66

4.46 Paparan Peneguhan Positif Bagi “Exercise” 67

4.47 Paparan Glosari 68

4.48 Paparan “Help Menu ” 1 69

4.49 Paparan “Help Menu ” 2 69

4.50 Paparan Keluar 70

5.51 Paparan Penamat 71

Page 17: PEMBANGUNAN PERISIAN MULITIMEDIA BERASASKAN … · Tingkatan 1 yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ). Skop dalam perisian ini meliputi pengertian haba

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Isi kandungan bagi “Heat”

(Haba dan Pemindahannya) 84

Page 18: PEMBANGUNAN PERISIAN MULITIMEDIA BERASASKAN … · Tingkatan 1 yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ). Skop dalam perisian ini meliputi pengertian haba

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam arus perkembangan dan kemajuan era teknologi maklumat (IT),

pengaliran dan penukaran pelbagai maklumat kontemporari yang berlaku di seluruh

dunia telah memberi kesan yang luas kepada seluruh dunia. Pelbagai bidang

dipengaruhi oleh perkembangan ini dan seterusnya mengalami perubahan yang drastik,

misalnya dalam bidang ekonomi, sistem kewangan, perkembangan maklumat semasa,

pendidikan, perkembangan politik dan lain-lain.

Untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang benar-benar maju pada tahun

2020, Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Dr.Mahathir Mohamad telah

mengumumkan Wawasan 2020 ketika berucap di persidangan pertama Majlis

Perniagaan Malaysia. Untuk mencapai Wawasan ini, negara kita perlu mengatasi

sembilan cabaran. Bagi menyahut cabaran yang keenam dalam cabaran tersebut, iaitu

mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang berdaya cipta dan

berpandangan jauh, Perdana Menteri Datuk Seri Dr.Mahathir Mohamad telah

melancarkan Koridor Raya Multimedia dalam ucapan pelancaran Putrajaya pada 29

Ogos 1995. Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC)

Page 19: PEMBANGUNAN PERISIAN MULITIMEDIA BERASASKAN … · Tingkatan 1 yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ). Skop dalam perisian ini meliputi pengertian haba

2

merupakan tonggak dalam strategi pembangunan terbaru yang paling optimum bagi

mencapai Wawasan 2020 menggerakkan Malaysia menuju ke era teknologi maklumat.

MSC meliputi kawasan seluas 15km kali 50km meliputi Pusat Bandar Kuala

Lumpur, Putrajaya dan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA). Kawasan ini

merupakan kawasan percambahan idea untuk bidang pengurusan, penyelidikan,

pembuatan dan penyebaran maklumat serta produk berunsurkan multimedia.

Untuk merealisasikan Wawasan 2020, institusi-institusi pendidikan di semua

peringkat memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kefahaman mengenai

teknologi maklumat di kalangan masyarakat supaya dapat melahirkan masyarakat yang

berbudaya informasi maklumat yang moden dan efisien.

Pembaharuan perlu diadakan dalam semua aspek pendidikan. Maka, sekolah

Bestari dicadangkan dan telah dilaksanakan untuk memenuhi keperluan MSC. Di

sekolah Bestari, Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) dan multimedia

digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Baharuddin Aris, et.al (2001), Pembelajaran Berbantukan Komputer

(PBK) adalah satu pendekatan yang menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran

dan pembelajaran.

Di negara yang berlainan, PBK mempunyai gelaran yang berlainan. Misalnya

di Amerika Syarikat, PBK dikenali sebagai Computer Aided Instruction (CAI).

Menurut James Lockard, et.al (1997), CAI adalah sesuatu perkhidmatan yang paling

umum bagi membolehkan pelajar berinteraksi secara terus dengan komputer yang

berperanan sebagai pengajar.

Diana Laurillard (1992) menyatakan bahawa pembelajaran berasaskan

komputer dapat meningkatkan pemahaman konsep teoritikal. Beliau berpendapat

Page 20: PEMBANGUNAN PERISIAN MULITIMEDIA BERASASKAN … · Tingkatan 1 yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ). Skop dalam perisian ini meliputi pengertian haba

3

bahawa kaedah simulasi dan bantuan komputer dapat meningkatkan tahap pemahaman

pelajaran dengan lebih mudah.

1.2 Latar Belakang Masalah

Salah satu matlamat Pendidikan Negara ialah memperkembangkan potensi

individu secara menyeluruh dan seimbang, iaitu potensi yang ada pada diri seseorang

individu hendaklah dikembangkan ke peringkat optimum dengan cara

mengintegrasikan bakat dan kebolehannya yang saling berkait di antara satu sama lain

(Mok Soon Sang, 1998). Akan tetapi kaedah pengajaran yang diamalkan oleh

pengajar sekarang adalah berpusatkan guru, iaitu guru menyampaikan isi pelajaran dan

pelajar hanya menerima pengetahuan secara pasif. Ini menyebabkan pelajar berasa

bosan semasa guru mengajar di dalam kelas.

Selain itu, guru menggunakan kaedah pengajaran yang sama untuk mengajar

sebilangan pelajar yang ramai dan berlainan keupayaan dan potensi. Ini menyebabkan

pelajar kurang terlibat secara aktif dalam pembelajaran dan seterusnya menjadi kurang

berminat dalam pembelajaran Sains. Biasanya pelajar yang belajar pada kadar yang

lebih perlahan akan ketinggalan dalam pembelajaran.

Fenomena ini bercanggah dengan matlamat Pendidikan Negara dan

menyebabkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sukar dilaksanakan dalam kelas kerana

bilangan pelajar yang ramai berbanding dengan seorang guru sahaja. Guru tidak

berupaya meneliti setiap orang pelajar dengan teliti serta mengajar mengikut

keupayaan pembelajaran setiap orang pelajar.

Penggunaan PBK didapati merupakan satu alternatif penyelesaian kepada

kelemahan-kelemahan dalam pendekatan pendidikan tradisional. Menurut Baharuddin

Aris (2001), dalam penyampaian isi-isi pelajaran dengan menggunakan media seperti

Page 21: PEMBANGUNAN PERISIAN MULITIMEDIA BERASASKAN … · Tingkatan 1 yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ). Skop dalam perisian ini meliputi pengertian haba

4

perisian, terdapat pelbagai strategi pengajaran yang akan dapat memaksimumkan

proses pengajaran dan pembelajaran. Salah satu strategi pengajaran dan pendidikan

yang berpusatkan pelajar ialah pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan gaya

pembelajaran pelajar masing-masing, seperti penggunaan teori Kecerdasan Pelbagai

atau Multiple Intelligences.

Ramai pelajar yang pencapaiannya kurang cemerlang dalam akademik telah

dilabelkan oleh pihak sekolah sebagai murid yang bermasalah, berpencapaian rendah

dan tidak bermotivasi. Guru telah meletakkan harapan yang rendah terhadap mereka

maka ini menyebabkan harga diri mereka menurun dan masalah disiplin meningkat.

Ramai murid yang berbakat juga kurang bermotivasi untuk ke sekolah. Senario ini

wujud mungkin kerana fokus sistem persekolahan kita lebih tertumpu kepada

menguasai fakta dan berjaya dalam di dalam peperiksaan.

Kebanyakan guru tidak menghargai kepelbagaian bakat pelajar dan tidak

merancang pengajaran mereka mengikut kesemua kecerdasan atau mana-mana bidang

kecerdasan khusus yang ada pada murid mereka. Sebenarnya masalah ini dapat

dikurangkan dengan membina perisian PBK yang dapat menggunakan Teori

Kecerdasan Pelbagai dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walau

bagaimanapun, pengkaji akan membina perisian PBK dengan menggunakan

kecerdasan Logik Matematik. Ini kerana pengajaran dan pembelajaran tajuk “Heat ”

(Haba dan Pemindahannya) lebih cenderung kepada pembelajaran mengenai Fizik

( Salah satu cabangan pembelajaran mata pelajaran Sains ). Oleh itu, adalah lebih

sesuai membina perisian PBK untuk mengajar topik ini dengan menggunakan

kecerdasan Logik Matematik.

Selain itu, pelajar lazimnya mengalami masalah dalam mepelajari tajuk

“Heat”. Ini kerana topik ini banyak mengajar mengenai benda-benda atau konsep

yang abstrak, contohnya pemindahan haba antara pepejal secara konduksi. Pelajar

tidak dapat melihat dengan konkrit bagaimana haba dapat dipindahkan menyebabkan

mereka susah memahami konsep pemindahan haba dengan baik. Oleh itu, pengkaji

Page 22: PEMBANGUNAN PERISIAN MULITIMEDIA BERASASKAN … · Tingkatan 1 yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ). Skop dalam perisian ini meliputi pengertian haba

5

ingin membangunkan suatu perisian PBK yang dapat menerangkan konsep-konsep

yang abstrak dalam tajuk ini dengan memasukkan animasi yang sesuai.

Di samping itu, bermula tahun 2002, semua pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan

4 telah mengikuti sukatan pelajaran yang baru digubal oleh Kementerian Pendidikan

Malaysia (KPM). Antara aspek yang diberi penekanan ialah kaedah dan teknik

pembelajaran oleh KPM supaya proses pendidikan adalah berpusatkan pelajar.

Mulai tahun 2003, mata pelajaran Sains dan Matematik perlu diajar

menggunakan Bahasa Inggeris di Tahun satu sekolah rendah, Tingkatan satu dan enam

rendah di sekolah menengah serta program Matrikulasi. Untuk mengikuti reformasi

ini, perisian PBK yang mengikuti sukatan pelajaran baru dalam versi Bahasa Inggeris

amat perlu dibina supaya pelajar dapat memahami isi pelajaran dengan lebih

maksimum.

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan hasil perbincangan secara tidak formal dengan dua orang guru

Sains yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Paduka Tuan, Segamat, Johor

semasa pengkaji menjalani latihan Pratik Mengajar, pengkaji mendapati bahawa ramai

pelajar didapati sukar untuk memahami tajuk “ Heat ” (Haba dan Pemindahannya)

yang diajar oleh guru. Ini kerana biasanya tajuk ini diajar dan diterangkan dengan

menggunakan kapur, papan hitam, transparensi atau gambarajah yang statik.

Manakala penggunaan perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) boleh

mengatasi masalah kekurangan pengajaran tradisional dengan memasukkan unsur

multimedia yang dapat membantu merealisasikan konsep-konsep Sains yang abstrak

yang tidak dapat dinampak dalam realiti. Ini mungkin dapat meningkatkan

pemahaman pelajar dalam pembelajaran walaupun tanpa diajar oleh guru.

Page 23: PEMBANGUNAN PERISIAN MULITIMEDIA BERASASKAN … · Tingkatan 1 yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ). Skop dalam perisian ini meliputi pengertian haba

6

Dengan itu, pengkaji berhasrat untuk menghasilkan perisian PBK bagi tajuk

“Heat ” (Haba dan Pemindahannya) yang menggunakan pendekatan Kecerdasan

Logik- Matematik. Pengkaji menggunakan strategi pembelajaran yang bersifat

induktif, dan strategi pembelajaran yang cuba menimbulkan konflik untuk mencabar

pemikiran pelajar. Selain itu, pengkaji juga menggunakan strategi pembelajaran

berbentuk simulasi supaya pelajar dapat mempelajari dan memahami tajuk ini dengan

lebih berkesan.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah :

i. Menghasilkan perisian PBK yang bertajuk “Heat ” -Haba dan

Pemindahannya.

ii. Menghasilkan perisian PBK yang bertajuk “Heat ” yang menggunakan

Bahasa Inggeris.

iii. Menambah lagi perisian PBK yang bertajuk “Heat ” -Haba dan

Pemindahannya dalam koleksi perisian pendidikan yang mengikuti

sukatan pelajaran di Malaysia.

iv. Menghasilkan perisian PBK yang telah mengaplikasikan pendekatan

Kecerdasan Pelbagai jenis Kecerdasan Logik-Matematik dalam aktiviti

pengajaran dan pembelajaran.