PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN · PDF filekefahaman konsep fizik mereka di dalam kehidupan...
Transcript of PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN · PDF filekefahaman konsep fizik mereka di dalam kehidupan...
PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK
BAGI MATAPELAJARAN FIZIK KBSM TINGKATAN EMPAT
MOHD AFIFFI BIN BAHARUDDIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN BERASASKAN
PROJEK BAGI MATAPELAJARAN FIZIK KBSM
TINGKATAN EMPAT
SESI PENGAJIAN : 2010/2011
Saya : MOHD AFIFFI BIN BAHARUDDIN
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian mereka. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/
badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
____________________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : BLOK U6-09 KEM PGA, EN. MOHD ALI BIN IBRAHIM 31150 ULU KINTA,
PERAK DARUL RIDZUAN
Tarikh : Tarikh :
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah san Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
(NAMA PENYELIA)
PENGAKUAN “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik).”
Tandatangan : …………………………………………..
Nama Penyelia: EN MOHD ALI BIN IBRAHIM
Tarikh :
PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK
BAGI MATAPELAJARAN FIZIK KBSM TINGKATAN EMPAT
MOHD AFIFFI BIN BAHARUDDIN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
OKTOBER 2010
PENGAKUAN
“Saya akui bahawa penulisan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ……………………………………
Nama Penulis : MOHD AFIFFI BIN BAHARUDDIN
Tarikh :
i
DEDIKASI
TERISTIMEWA BUAT,
Ayah dan Ibu yang Disayangi dan Dikasihi,
Baharuddin Bin Yaacob dan Intan Bte Hashim
Adik-beradik Tersayang,
Intan Eirdahartini, Intan Nurulhani, Muhammad Azizzi
Segala Doa, Pengorbanan, Dorongan, Kesabaran Serta Kasih Sayang
Daripada Kalian Amatlah Ku Sanjungi dan Ku Hargai…
KHAS BUAT,
Penyelia pembimbing yang dikasihi,
En. Mohd Ali Bin Ibrahim
Segala bimbingan, Tunjuk Ajar dan Jasamu Tidak akan Ku Lupai …
Rakan-rakan Sekelas
Teman-teman Seperjuangan yang masih setia bersama-sama sepanjang menempuhi
kehidupan sepanjang pengajian ini terutamanya Mohd Khairil Anuar, Mohd Azizol dan
Muhammad Abu Bakar,
Terima Kasih
Di atas Sokongan dan Semangat Daripada Kalian Sepanjang Pengajian Ku
iv
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Ilahi yang telah memberi saya peluang dan kekuatan untuk
menyiapkan projek ini. Semoga Allah s.w.t mencurahkan rahmat ke atas kita semua.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing saya iaitu En.
Mohd Ali Bin Ibrahim yang telah banyak membantu, memberi bimbingan dan tunjuk
ajar serta sentiasa bersabar dengan kerenah saya. Segala teguran, nasihat dan tunjuk
ajar serta kata-kata semangat akan tetap saya ingati dan amatlah dihargai.
Seterusnya, terima kasih juga diucapkan kepada kedua ibu bapa, Baharuddin
Bin Yaacob dan Intan Bte Hashim yang sering memberikan nasihat dan dorongan
serta semangat untuk saya melaksanakan projek ini. Tidak lupa juga kepada adik-
beradik, Intan Eirdahartini, Intan Nurulhani dan Muhammad Azizzi yang turut
membantu.
Ucapan penghargaan dan ribuan terima kasih juga ditujukan kepada teman-
teman seperjuangan, rakan-rakan sekelas serta rakan-rakan sepermainan yang banyak
membantu dan memberi kerjasama sama ada secara langsung ataupun tidak langsung
di sepanjang tempoh menyiapkan laporan projek ini.
Semoga kita semua sentiasa diberkati oleh Allah s.w.t. Amin.
v
ABSTRAK
Pembelajaran berasaskan projek dalam pembelajaran sains seperti
matapelajaran fizik sangat berpotensi untuk melahirkan pelajar yang mempunyai
kemahiran proses sains, berfikiran kreatif, mampu mengaplikasikan pengetahuan dan
kefahaman konsep fizik mereka di dalam kehidupan seharian dan membuat
penyelesaian terhadap masalah yang berkaitan dengan sains. Persepsi-persepsi
negatif pelajar terhadap fizik menjadikan matapelajaran ini sering dianggap sukar.
Kaedah pengajaran yang tidak sesuai, hanya menekankan kepada pengiraan dan
penggunaan rumus manakala kaedah pembelajaran terbatas kepada latih tubi tanpa
penerapan kemahiran-kemahiran proses sains akan menyebabkan daya kreativiti dan
inovasi pelajar menjadi terhad. Oleh yang demikian, modul pembelajaran berasaskan
projek ini dibangunkan khas untuk penerapan konsep fizik, kemahiran proses sains,
pemikiran kreatif dan penyelesaian masalah. Modul ini dibangunkan mengikut fasa-
fasa pembangunan yang berasaskan Model ADDIE. Setiap fasa dijelaskan secara
terperinci dan rekabentuk modul pula berasaskan Model Dick and Reisser. Modul
pembelajaran berasaskan projek ini menekankan pembelajaran terbuka, pembelajaran
kendiri dan pembelajaran kolaboratif dimana ia membenarkan pelajar untuk belajar
secara sendiri selain berinteraksi dengan objek pembelajaran, guru dan rakan sebaya.
Pelajar akan dibimbing dengan modul dalam penerapan nilai-nilai murni, kemahiran-
kemahiran proses sains, berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif serta mampu untuk
mengaplikasikan kefahaman dan pengetahuan konsep fizik mereka semasa proses
pembelajaran. Oleh yang demikian, diharapkan dengan penggunaan modul
pembelajaran berasaskan projek ini mampu untuk membawa perubahan dalam
kaedah pengajaran dan pembelajaran fizik sekaligus membentuk generasi masyarakat
yang berfikiran kreatif dan inovatif dalam bidang sains dan teknologi.
vi
ABSTRACT
Project-based learning in teaching science subjects such as physics has a
potential to produce students with science process skills, creative thinking, able to
apply knowledge and understanding of physics concepts in their daily lives and make
progress on issues related to science. Negative perceptions of students towards
physics makes this subject is often considered difficult. Inappropriate teaching
methods, emphasis on the calculation and use of the formula while learning method
is limited to drill without the application of science process skills will lead to
creativity and innovation of students to be limited. Thus, project-based learning
module was developed specifically for the application of physics concepts, science
process skills, creative thinking and problem solving skills. This module is developed
according to the phases of the ADDIE Model-based development. Each phase is
explained in detail and design modules are based on model Dick and Reisser. This
project-based learning module emphasizes open learning, independent learning and
collaborative learning which allows students to learn by themselves in addition to
interact with learning objects, teachers and peers. Students will be guided by the
module in the application of moral values, science process skills, critical thinking,
creative and innovative and able to apply their understanding and knowledge of the
physics concepts they are learning. Therefore, it is expected to use project-based
learning module is able to bring about change in methods of teaching and learning
physics community that once formed the generation of creative and innovative
thinking in science and technology.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI JADUAL xvii
SENARAI LAMPIRAN xviii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.2.1 Persepsi Pelajar 3
1.2.2 Penggunaan Buku Teks 3
1.2.3 Kaedah Pengajaran Tradisional 4
1.2.4 Kemahiran Proses Sains 4
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Projek 6
viii
1.5 Rasional Projek 6
1.6 Kepentingan Projek 7
1.6.1 Pelajar 7
1.6.2 Guru Fizik 8
1.6.3 Ibu Bapa 8
1.7 Skop Dan Batasan Projek 9
1.7.1 Tajuk Projek 9
1.7.2 Kemahiran Proses Sains 9
1.7.3 Penilaian Formatif 10
1.8 Pengertian Istilah 10
1.8.1 Pembangunan 10
1.8.2 Modul 10
1.8.3 Pembelajaran 10
1.8.4 Keahiran Proses Sains 11
1.10Rumusan 11
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran 12
2.3 Kaedah Pengajaran 13
2.4 Kekuatan Kaedah Pembelajaran Berasaskan
Projek 14
2.4.1 Konsep Fizik 14
2.4.2 Kemahiran Proses Sains 15
2.4.3 Kemahiran Kritis Dan Kreatif 15
2.4.4 Penyelesaian Masalah 15
2.5 Model-Model Berkaitan Modul Pengajaran 16
2.5.1 Model Heinich, Molenda, Russel and
Smaldino 16
2.5.2 Model Morrison, Ross dan Kemp (MRK) 18
2.5.3 Model Dick and Reiser 19
2.6 Rasional Pemilihan Model Dick and Reiser 21
ix
2.7 Kajian Kerangka Alternatif Konsep Mekanik
Dan Dinamik 22
2.7.1 Menghubungkan Daya Dengan Gerakan 22
2.7.2 Daya Dengan Jatuh Bebas 22
2.7.3 Daya Dengan Tekanan 23
2.8 Kajian-kajian Lepas Tentang Kemahiran Proses
Sains 23
2.9 Penutup 24
BAB 3 PROSEDUR PEMBANGUNAN
3.1 Pengenalan 25
3.2 Kandungan Modul 26
3.3 Pembangunan Modul 26
3.3.1 Fasa Analisis (Analysis) 28
3.3.1.1 Kumpulan Sasaran 28
3.3.1.2 Tahap Projek 29
3.3.1.3 Tajuk Projek 29
3.3.1.4 Kos Penghasilan Projek 30
3.3.2 Fasa Rekabentuk (Design) 31
3.3.2.1 Pembentukan Matlamat 31
3.3.2.2 Menyatakan tajuk Projek 32
3.3.2.3 Latar Belakang Projek Dan
Konsep Fizik Yang Terlibat 32
3.3.2.4 Merancang Aktiviti Pembelajaran 32
3.3.2.5 Memilih Dan Membina Media
Pengajaran 32
3.3.2.6 Penilaian Dalam Modul 33
3.3.3 Fasa Pembangunan (Develop) 33
3.3.3.1 Perisian Office Power Point 2007 34
3.3.3.2 Perisian Sketchup Pro 36
3.3.3.3 Gambar Foto 37
3.3.3.4 Saiz Buku Modul 38
x
3.3.4 fasa Perlaksanaan (Implementation) 38
3.3.5 Fasa Penilaian (Evaluation) 39
3.4 Rangka kerja Keseluruhan 39
3.3 Rumusan 40
BAB 4 PEMBANGUNAN MODUL
4.1 Pengenalan 41
4.2 Kaedah Menggunakan Modul 41
4.3 Rekabentuk Modul 42
4.3.1 Muka Depan 43
4.3.2 Matlamat 44
4.3.3 Objektif 45
4.3.4 Penilaian Formatif I 46
4.3.5 Pengenalan Projek 47
4.3.6 Peralatan Dan Bahan-bahan 48
4.3.7 Penilaian Formatif II 49
4.3.8 Pembangunan Projek 50
4.3.9 Penilaian Formatif III 51
4.3.10 Penilaian Guru 52
4.3.11 Aktiviti Pembelajaran 53
4.3.12 Penilaian Sumatif 54
4.3.13 Refleksi Kendiri 55
4.4 Ciri-ciri Modul 56
4.4.1 Kreatif dan Inovatif 56
4.4.2 Mesra Pengguna 56
4.4.3 Grafik 57
4.4.4 Teks 57
4.4.5 Visual 57
4.5 Penilaian Terhadap Modul 58
4.5.1 Kriteria Penilaian 58
4.5.1.1 Kulit hadapan 58
4.5.1.2 Matlamat 58
xi
4.5.1.3 Objektif 59
4.5.1.4 Penilaian Formatif I 59
4.5.1.5 Pengenalan projek 59
4.5.1.6 Penilaian Formatif II 59
4.5.1.7 langkah-langkah Pembinaan 60
4.5.1.8 Penilaian Guru 60
4.5.1.9 Aktiviti Pembelajaran 60
4.5.1.10 Refleksi Kendiri 60
4.5.2 Penilaian Keseluruhan 61
4.6 Hasil Penilaian Modul 63
4.7 Rumusan 63
BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 64
5.2 Perbincangan 64
5.2.1 Pembangunan Model Pembelajaran
Berasaskan Objektif 65
5.2.2 Pembangunan Modul Pembelajaran
Berasaskan Model Dick and Reiser
Dan Model ADDIE 65
5.2.3 Pembangunan Modul Berasaskan
Penilaian Formatif 66
5.3 Kelebihan Modul 66
5.3.1 Kelebihan Ciri-ciri Modul 66
5.3.2 Kelebihan Kepada Pelajar 67
5.3.3 Kelebihan Kepada Guru 67
5.4 Kelemahan Modul 68
5.5 Masalah-masalah Yang Dihadapi 68
5.5.1 Merekabentuk Projek Dalam modul 69
5.5.2 Kekurangan Pakar Dalam Melukis
Dan Membuat Ilustrasi 69
5.5.3 Kekangan Masa 70
xii
5.5.4 Sumber Dan Bahan-bahan Rujukan
Yang Terhad 70
5.6 Dapatan Hasil Penilaian 71
5.6.1 Rekabentuk Kulit Hadapan 71
5.6.2 Isi Kandungan Modul 71
5.6.3 Teks Dan Ilustrasi 71
5.6.4 Saiz Modul 72
5.6.5 Contoh Komen Dan Pandangan
Kritis Penilai 72
5.7 Cadangan Penambahbaikan Modul 73
5.7.1 Penguasaan Kemahiran Mengaplikasi
Perisian-Perisian Ilustrasi 73
5.6.2 Pemilihan Tajuk Modul Berasaskan Topik-topik
Kritikal Dan Sukar 74
5.6.3 Menyediakan Proses Penghasilan Projek Dalam
Bentuk Video 74
5.6.4 Pelbagaikan Contoh Aktiviti-aktiviti Pembelajaran
Menggunakan Projek 75
5.6.5 Pelbagaikan Alat-alat Pengujian Di Dalam Modul 75
5.8 Cadangan Memperluaskan Penggunaan
Projek 75
5.8.1 Membangunkan Dua Versi Modul 75
5.8.2 Memperkenalkan Modul Di Sekolah 76
5.8.3 Modul Sampingan Aktiviti Pembelajaran
Di Rumah 76
5.9 Rumusan 77
5.9.1 Penerapan Konsep Fizik 77
5.9.2 Penerapan KPS 78
5.9.3 Penerapan Pemikiran Kritis, Kreatif
Dan Inovatif 79
5.9.4 Penyelesaian Masalah 80
5.10 Kesimpulan 81
5.11 Penutup 81
xiii
RUJUKAN 82
LAMPIRAN 84
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN 3.1 Model ADDIE 26
3.2 Model Dick and Reiser 27
3.3 Ubahsuai Daripada Model Dick and
Reiser 27
3.4 Rekabentuk Modul 31
3.5 Aplikasi Fungsi Shapes Dalam Microsoft
Power Point 2007 34
3.6 Contoh Hasil Binaan Menggunakan
Microsoft Power Point 2007 35
3.7 Paparan Perisian Sketchup Pro 36
3.8 Contoh hasil Aplikasi Perisian Sketchup
Pro 36
3.9 Contoh Gambar Foto 37
3.10 Rangka Kerja Keseluruhan 39
4.1 Rekabentuk Model Dick and Reiser
Dalam Modul 42
4.2 Muka Depan 43
4.3 Matlamat Modul 44
4.4 Objektif Modul 45
4.5 Penilaian Formatif I 46
4.6 Pengenalan Projek 47
4.7 Peralatan Dan Bahan-bahan 48
4.8 Penilaian Formatif II 49
4.9 Langkah Pembinaan Projek 50
xv
4.10 Penilaian Formatif III 51
4.11 Borang Penilaian Guru 52
4.12 Aktiviti Pembelajaran Eksperimen 53
4.13 Penilaian Sumatif 54
4.14 Refleksi Kendiri 55
4.15 Borang Penilaian Modul 62
5.1 Komen Dan Pandangan Penilai 72
xvi
SENARAI SINGKATAN
MP : Modul Pembelajaran
KBSM : Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
P&P : Pengajaran dan Pembelajaran
KPM : Kementerian Pelajaran Malaysia
KPS : Kemahiran Proses Sains
xvii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN 5.1 Penerapan Konsep Fizik 77
5.2 Penerapan Kemahiran Proses Sains 78
5.3 Penerapan Pemikiran kritis, kreatif
Dan Inovatif 79
5.4 Penyelesaian Masalah 80
xviii
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Muka Hadapan Modul 84
B Hasil penilaian Guru 85
C Contoh Modul 91
D Borang Soal Selidik 118
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Perkembangan dunia pada masa kini dalam bidang sains dan teknologi telah
banyak memberi kesan dan mempengaruhi perubahan sistem pendidikan di Malaysia.
Seiring dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang ingin melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI),
pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dibentuk dan diperkenalkan untuk
memberikan pendidikan yang lebih berkualiti dan produktif. bagi merealisasikan hasrat
tersebut, terdapat beberapa aspek dalam sistem pendidikan yang perlu dikemaskini dan
dirombak secara berperingkat dan teliti seperti pembaharuan dalam bidang kurikulum di
sekolah.
Apabila berkata tentang matapelajaran Fizik, ia seringkali dianggap sukar dan
tidak menarik. Banyak kajian tentang persepsi pelajar terhadap matapelajaran ini dan
antara faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan pelajar terhadap Fizik adalah seperti
tidak memahami konsep, kurangnya penggunaan pemikiran kritis dan kreatif dalam Fizik,
pendekatan latih tubi tanpa pendedahan konsep yang mencukupi, kekurangan
kemudahan pembelajaran yang terkini dan kaedah pembelajaran yang membosankan
(Khatim Hasan 2001). Di samping itu juga, masalah pendidikan yang terlalu
berorientasikan peperiksaan juga banyak memberi kesan dan menyebabkan Fizik ini
tidak mampu dilihat dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian pelajar.
2
Menyedari kepentingan Fizik dalam perkembangan sains dan teknologi masa
kini, pelbagai bahan bantu mengajar yang interaktif diperkenalkan termasuklah
penggunaan kemudahan komputer dan alat pandang dengar yang dapat memaparkan
dengan jelas contoh-contoh dan aplikasi Fizik melalui tayangan. Persoalannya, adakah
pendedahan sedemikian sudah cukup dalam usaha melahirkan pelajar yang berfikiran
kreatif dan inovatif terutamanya dalam mengaplikasikan dan memanfaatkan pengetahuan
Fizik mereka.
Bahan pengajaran dan pembelajaran yang baik merujuk kepada bahan-bahan
yang dibina berdasarkan kurikulum yang telah ditetapkan oleh KPM dan mementingkan
penglibatan pelajar secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran ke arah
menggalakkan proses pemikiran pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan
(Roshidayah, 2004). Oleh yang demikian, Fizik yang akan diajar kepada pelajar
haruslah mempunyai pendedahan aktiviti pembelajaran yang mampu memupuk kreativiti
dan inovasi pelajar dan bukan berorientasikan peperikasaan semata-mata.
Pembangunan modul pembelajaran berasaskan projek adalah alternatif yang baik
kepada guru-guru Fizik yang mahukan penerapan konstruktif, rekacipta, kreativiti dan
inovasi dalam pengajaran mereka. Dengan ini diharapkan modul yang telah dibangunkan
ini dapat membantu guru-guru Fizik dalam mempelbagaikan penyampaian mereka dan
memberikan pemahaman konsep Fizik yang lebih berkesan ke arah melahirkan pelajar
yang kreatif dan inovatif seiring dengan kehendak FPK.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Penghasilan modul pembelajaran berasaskan projek mengambilkira latar
belakang masalah yang telah dikenalpasti untuk memperbaiki dan menambahbaik
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada. Kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang sering dipraktikkan oleh gugu dan pelajar fizik terdapat beberapa
kekurangan dan kelemahan yang akan dihuraikan dengan lebih jelas.
1.2.1 Persepsi pelajar
Persepsi negratif pelajar terhadap matapelajaran fizik menjadi salah satu
masalah penerimaan dan pembelajaran fizik di kalangan pelajar. Antara faktornya
adalah tidak menguasai konsep, kurangnya penggunaan pemikiran kritis dan kreatif,
pendekatan latih tubi dan kaedah pembelajaran yang membosankan,(Khatim
Hasan,2001). Oleh yang demikian, kaedah pembelajaran yang lebih interaktif adalah
perlu dalam menangani masalah ini.
1.2.2 Penggunaan Buku Teks
Proses pengajaran dan pembelajaran yang hanya bergantung kepada buku
teks semata-mata menjadi punca pelajar tidak dapat memahami konsep sebenar yang
ingin disampaikan. Ini kerana buku teks hanya menerangkan dan memberikan
contoh-contoh konsep fizik yang asas sahaja. Ini boleh menyebabkan pengajaran Fizik
kurang menarik dan pelajar menganggap Fizik bosan dan sukar difahami (Khursheed
Syed, 1987). Ini akan menyebabkan pengetahuan dan kefahaman pelajar menjadi
terbatas dan pelajar tidak dapat meneroka lebih jauh tentang apa yang telah mereka
pelajari.
4
1.2.3 Kaedah Pengajaran Tradisional
Pelbagai kaedah pengajaran yang boleh digunakan dalam penyampaian Fizik di
sekolah. P&P yang terlalu menekankan kepada peperiksaan adalah menjadi salah satu
masalah kepada pelajar di mana pelajar hanya diberikan latihan-latihan dan menghafal
fakta-fakta penting dalam Fizik sahaja. Menurut Nawi Rahman dan Aminah Ayob
(2008) bahawa pelajar yang belajar secara menghafal memang tidak akan berjaya dalam
hidup kerana mereka hanya menyimpan maklumat dalam masa yang singkat. Pengajaran
tradisional yang sering diamalkan guru-guru Fizik perlu mendapat perubahan dari segi
kaedah pengajaran mereka kerana kaedah ini akan menyekat pemikiran pelajar daripada
berfikir secara kreatif dan inovatif. Menurut Razali Ismail (2002) berpendapat bahawa
pengajaran secara tradisional memberi penekanan kepada mengingati konsep-konsep dan
istilah-istilah saintifik secara terasing yang mana akhirnya akan dilupakan.
1.2.4 Kemahiran Proses Sains
Sains merupakan kata kerja yang bersifat seperti bertindak, membuat dan
menyiasat. Bukan sebagai kata nama yang melibatkan fakta-fakta untuk dihafal. Oleh
yang demikian, sains lebih memberi tumpuan kepada bagaimanakah cara atau kaedah
yang perlu digunakan bagi membantu pelajar memperolehi pengetahuan dan
kemahiran. Pelajar tidak didedahkan serta diberi peluang mencari pengetahuan dan
kemahiran. Seharusnya pelajar perlu membina pengetahuan dan kefahaman mereka
sendiri melalui aktiviti tertentu bukannya disogokkan dengan fakta-fakta untuk
dihafal. Pembelajaran berkesan berlaku melalui tindakan, bukan menyerap maklumat
secara pasif. Justeru, pelajar perlu dilatih mempelajari sesuatu ( konsep, prinsip, fakta,
kemahiran, nilai dan sebagainya) secara “hands-on”, dengan melibatkan proses
mengukur, merekod, menyusun, menganalisis dan menilai data serta maklumat yang
dikumpul dengan kaedah bersistem (Abu Hassan, 2003).
5
1.3 Pernyataan Masalah
Thornton (1982), menyatakan bahawa para pendidik kurang berminat untuk
menjalankan aktiviti kritis dan kreatif semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku
disebabkan oleh beberapa perkara. Di antaranya ialah kawalan kelas dan penggunaan
masa. Penerapan kemahiran proses sains terhadap pelajar sukar untuk dilaksanakan
jika guru Fizik masih mengajar melalui kaedah tradisional. Guru-guru Fizik yang
ingin menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan projek pula perlu merancang,
menyusun dan membina langkah-langkah kerja penghasilan sesebuah projek yang
menepati kehendak kurikulum. Kekangan masa dan idea menyebabkan guru-guru
Fizik tidak berminat untuk menggunakan kaedah pembelajaran ini. Oleh yang
demikian, projek yang dijalankan ini ialah membangunkan Modul Pembelajaran
Berasaskan Projek Bagi Matapelajaran Fizik yang merangkumi konsep mekanik dan
dinamik sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran bagi sekolah menengah
peringkat tingkatan empat. Modul ini membantu guru Fizik yang ingin menggunakan
teknik pembelajaran ini dalam memberikan idea, menyusun keperluan serta langkah
kerja dan memberikan contoh penilaian untuk pelajar.
6
1.4 Objektif Projek
Pembangunan ini bertujuan membina modul pengajaran untuk kegunaan guru
Fizik yang ingin menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan projek dalam
penyampaian matapelajaran Fizik tingkatan empat untuk konsep mekanik dan
dinamik. Pernyataan objektif tentang projek ini adalah :
Membangunkan modul pembelajaran berasaskan projek bagi matapelajaran fizik
tingkatan empat untuk penerapan :
o Konsep fizik
o Kemahiran proses sains (KPS)
o Pemikiran kritis dan kreatif
o Penyelesaian masalah
1.5 Rasional Projek
Pembangunan modul ini adalah berlandaskan keperluan kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang pelbagai sebagai satu alternatif kepada guru Fizik dalam
menyampaikan pembelajaran mereka menggunakan kaedah projek. Modul ini
membantu para guru fizik dalam usaha menerapkan kemahiran proses sains kepada
pelajar dan menjurus kepada melahirkan pelajar Fizik yang berfikiran kreatif dan
inovatif sejajar dengan keperluan pembangunan sains dan teknologi masa kini.
Penerapan kemahiran proses sains kepada pelajar dilihat mampu melahirkan
pelajar yang dapat mengaplikasikan pengetahuan Fizik mereka melalui hasil kerja
mereka. Pembelajaran di sekolah akan menjadi lebih menarik dan suasana
pembelajaran akan menjadi lebih aktif kerana ia merupakan aktiviti pembelajaran
yang berpusatkan pelajar. Guru adalah sebagai pembimbing dan fasilitator.
7
1.6 Kepentingan Projek
Modul ini secara amnya dibangunkan untuk membantu guru Fizik yang
ingin menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan projek supaya pembelajaran
mereka lebih menarik dan tersusun. Secara tidak langsung ia membantu meringankan
beban guru dalam merancang aktiviti pembelajaran mereka. Semua aktiviti projek
yang disediakan menggunakan kos perbelanjaan yang minimum di samping
penggunaan bahan-bahan terpakai. Modul ini disusun untuk menarik minat pelajar
terhadap Fizik dan memadam persepsi negatif mereka terhadap matapelajaran ini.
“The developement of scientific process skills is an important aim of
science education for several reasons. They are important as part of the core, key
and thinking skill that are valued as outcomes of education. They are also essential
in enabling children to develop understanding and the ability to identify and use
relevant scientific evidence in solving problems and making decisions”
Wynne Harlen (2000).
Secara khususnya kepentingan projek ini boleh diperincikan kepada
beberapa bahagian kepentingannya kepada :
1.6.1 Pelajar
Pelajar sebagai kumpulan sasaran utama modul pembelajaran ini.
Kepentingan modul pembelajaran ini kepada pelajar adalah untuk penerapan elemen-
elemen konsep fizik, kemahiran proses sains, pemikiran kritis dan kreatif serta
penyelesaian masalah. Penerapan elemen-elemen ini adalah penting untuk pelajar
dapat mempelajari fizik dengan lebih berkesan.
8
1.6.2 Guru Fizik
Kepentingan modul ini juga dapat dilihat apabila guru-guru fizik
menggunakan modul pembelajaran ini. Modul ini dapat membantu meringankan
beban guru dalam merancang projek, memilih keperluan dan bahan-bahan serta
rekabentuk projek yang boleh dihasilkan. Modul pembelajaran ini dapat mengatasi
kekangan masa yang dihadapi oleh guru di samping menyediakan kaedah penilaian
pelajar untuk memudahkan guru membuat penilaian hasil pengajaran mereka.
1.6.3 Ibu Bapa
Modul pembelajaran ini juga boleh digunakan oleh ibu bapa sebagai
aktiviti pembelajaran di rumah. Penggunaan modul pembelajaran ini lebih terbatas
dan bertujuan mengisi masa lapang anak-anak dengan aktiviti dan pembelajaran yang
lebih berfaedah, di mana ibu bapa tidak perlu bertindak seperti guru untuk membuat
penilaian-penilaian pembelajaran. Hanya sekadar memberikan sokongan kepada
anak-anak dalam membina dan membangunkan projek mereka.
Oleh itu, bertepatan dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang
menginginkan transformasi dalam kurikulum yang sedia ada untuk membentuk
pelajar yang berfikiran kreatif dan inovatif dan cenderung ke arah sains dan
teknologi, pembelajaran berasaskan projek merupakan satu usaha yang jelas
menyokong pembaharuan kurikulum yang telah dilaksanakan tersebut.
9
1.7 Skop Dan Batasan Projek
Skop dan batasan projek secara keseluruhannya adalah menekankan
kepada pembelajaran fizik tingkatan empat di mana ia memfokuskan konsep
mekanik dan dinamik. Walaubagaimanapun, skop dan batasan projek perlu
diperincikan untuk pembangun dapat melihat hala tuju pembangunan modul
pembelajaran ini. Skop dan batasan projek ini dapat dihuraikan dengan lebih jelas
iaitu :
1.7.1 Tajuk Projek
Pembinaan modul pembelajaran ini memfokuskan aplikasi mekanik dan
dinamik daripada tajuk kedua dan ketiga dalam sukatan pelajaran Fizik tingkatan
empat KBSM iaitu Daya dan Gerakan ( Force and Motion ) dan Daya dan Tekanan
( Force and Pressure)
1.7.2 Kemahiran Proses Sains
Penerapan kemahiran-kemahiran proses sains merupakan salah satu ciri-
ciri utama modul pembelajaran berasaskan projek ini. Penghasilan modul
pembelajaran ini mestilah berasaskan kemahiran-kemahiran proses sains ini dan
perlu diketengahkan dan dinilai sepanjang proses pembelajaran berlaku.
10
1.7.3 Penilaian Formatif
Penilaian formatif dan berterusan terhadap kemahiran-kemahiran proses
sains, konsep-konsep fizik, pemikiran kreatif dan kritis serta penyelesaian masalah.
Elemen-elemen ini perlu difokuskan sepanjang penghasilan dan pebangunan modul
pembelajaran ini.
1.8 Pengertian Istilah
1.8.1 Pembangunan
Merujuk kepada Kamus Dewan (2002) istilah pembiaan membawa maksud
perbuatan (kegiatan atau usaha) membangunkan atau membina. Pembinaan modul
pembelajaran ini berdasarkan model Dick and reiser.
1.8.2 Modul
Terdapat banyak pengertian dan definisi modul. Oleh yang demikian menurut
Sidek Mohd Noah (2005) dalam bidang pendidikan modul boleh dianggap sebagai
unit-unit media dalam satu rancangan mengajar bagi memudahkan pemahaman
pelajar.
1.8.3 Pembelajaran
Menurut Kamus Dewan edisi ke 5, pembelajaran adalah satu kegiatan
atau proses belajar. Modul pembelajaran merupakan modul yang digunakan untuk
pelajar untuk menjalankan proses pembelajaran.
11
1.8.4 Kemahiran Proses Sains
Menurut Abu Hassan (2003), Kemahiran proses sains merujuk kepada
kemahiran asas yang perlu dikuasai pelajar bagi membolehkan mereka menjalankan
eksperimen di makmal atau menyelesaikan masalah harian.
1.9 Rumusan
Di dalam bab ini, penulis telah membincangkan pengenalan, latar belakang
masalah, pernyataan masalah, objektif kajian, rasional kajian, kepentingan kajian dan
definisi istilah. Antara masalah yang telah dibincangkan adalah penggunaan buku teks,
kaedah pengajaran guru Fizik dan kemahiran proses sains di kalangan pelajar.
Pernyataan masalah tersebut membawa kepada perbincangan membangunkan modul
pembelajaran. Kemudian objektif kajian yang memfokuskan pembangunan lima modul
pembelajaran berasaskan projek untuk konsep Fizik mekanik dan dinamik iaitu tajuk
Daya dan Gerakan serta Daya dan Tekanan dalam kurikulum fizik KBSM tingkatan
empat.
BAB 2
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
Dalam bab ini, penulis akan membincangkan tentang modul pengajaran dan
pembelajaran, kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran, model-model
pengajaran, modul pengajaran dan kesesuaian aplikasi model Dick and Reiser
sebagai model yang digunakan dalam pembangunan modul pembelajaran berasaskan
projek.
2.2 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran
Modul pengajaran dan pembelajaran merupakan modul yang diperkenalkan
untuk membantu pelajar-pelajar yang lemah. Ia lebih berfokus kepada pengajaran
individu di mana aktiviti pengajaran bermodul ini adalah lebih kepada berpusatkan
pelajar. Setiap pelajar akan dibekalkan sebuah modul dan pelajar berkenaan akan
mengikuti modul tersebut berpandukan arahan-arahan yang terdapat di dalamnya
(Sidek Mohd Noah, 2005)
Pembinaan modul lazimnya membantu pelajar untuk menguasai
matapelajaran yang lemah. Walaubagaimanapun, modul yang dibangunkan ini lebih
kepada membantu guru-guru Fizik dalam penyampaian mereka di sekolah. Modul ini
13
memudahkan kepada mana-mana guru Fizik yang ingin menggunakan kaedah projek
sebagai kaedah pengajaran mereka.
2.3 Kaedah Pengajaran
Proses pembelajaran yang berlaku di sekolah adalah mengikut corak kaedah
pengajaran guru. Guru bukan sahaja perlu untuk memberikan penyampaian yang
jelas dan teratur, malah suasana pembelajaran perlu menarik dan bermakna supaya
proses pembelajaran dan penerimaan pelajar terhadap penyampaian guru menjadi
lebih berkesan. Oleh yang demikian, guru adalah bertanggungjawab dalam
memastikan suasana pembelajaran adalah kondusif dan selesa kepada pelajar.
Dalam proses penyampaian atau pembelajaran, guru terpaksa berhadapan
dengan pelbagai golongan pelajar yang berbeza terutamanya dari segi kebolehan
penerimaan mereka terhadap pembelajaran guru. Dalam situasi ini, guru perlu bijak
dalam memilih dan menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.
Dengan kata lain, guru adalah bertanggungjawab menentukan pendekatan, memilih
kaedah dan menetapkan teknik-teknik serta teori pengajaran yang sesuai dengan
perkembangan dan kebolehan pelajar.
Dalam perancangan persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti pembelajaran yang
dipilih perlulah tersusun dan mempunyai urutan yang baik. Susunan aktiviti perlu
seiiring dengan isi kandungan pelajaran dan menepati objektif pembelajaran.
Lazimnya aktiviti pembelajaran adalah berbentuk gerak kerja kerana aktiviti seperti
ini dapat memberikan kesan pembelajaran yang baik dan mampu merangsang dan
memberi kesan terhadap intelek, ingatan, emosi dan kecenderungan pelajar. Oleh
yang demikian, guru haruslah menentukan pemilihan strategi dan kaedah pengajaran
yang akan mereka gunakan. Pilihan kaedah yang tepat dapat memastikan kelancaran
dan keberkesanan penyampaian suatu pembelajaran tersebut.
14
2.4 Kekuatan Kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek
Kaedah pembelajaran berasaskan projek dipilih pembangun sebagai kaedah
pembelajaran yang digunapakai di dalam modul pembelajaran ini. Ini kerana kaedah
pembelajaran ini mempunyai kebaikan dan kekuatannya sendiri berbanding kaedah-
kaedah pembelajaran yang lain iaitu dari segi penerapan :
• Konsep Fizik
• Kemahiran Proses Sains
• Pemikiran Kritis dan Kreatif
• Penyelesaian masalah
2.4.1 Konsep Fizik
Penerapan konsep fizik di dalam aktiviti pembelajaran adalah penting di
dalam memastikan proses pembelajaran dapat berlaku. Walaupun pembangun
mengambil konsep mekanik dan dinamik sebagai konsep fizik keseluruhan dan skop
pembangunan modul, terdapat juga konsep-konsep fizik lain yang dapat
diintegrasikan di dalam modul pada masa yang sama. Sebuah projek yang dihasilkan
biasanya mempunyai lebih dari satu konsep fizik di dalamnya. Sebagai contoh
seperti konsep elektrik, di mana pelajar perlu mempelajari sambungan wayar sesiri
atau selari dalam penghasilan projek mereka.
15
2.4.2 Kemahiran Proses Sains
Penerapan kemahiran proses sains lebih mudah dilakukan dengan
menjalankan aktiviti yang berasaskan projek. Ini kerana penghasilan sesebuah
projek banyak memerlukan kemahiran-kemahiran proses sains seperti memerhati,
meramal, mengukur dan sebagainya. Istilah sains perlu digunakan dalam bentuk kata
kerja- bertindak, membuat dan menyiasat; bukannya sebagai kata nama yang
melibatkan fakta-fakta untuk dihafal ( Abu Hassan Kassim, 2003).
2.4.3 Pemikiran Kritis Dan Kreatif
Pemikiran kritis dan kreatif dapat diterapkan dengan memberikan kebebasan
kepada pelajar dalam mengeluarkan idea, memilih bahan dan rekabentuk, kaedah
pembinaan dan sebagainya. Kebebasan yang diberikan ini membolehkan pelajar
menunjukkan potensi dan daya kreativiti mereka.
This creative component is precisely what traditional education often ignores,
and even inhibis, in favor of a focus on particular facts and skills that can be easily
tested. ( Christine Ebert & Edward S. Ebert II, 1998 )
2.4.4 Penyelesaian Masalah
PBL ( Problem Based Learning ) is not the solution for all problems in
education; however it is powerfull tools for allowing students to actively bulid
collaborative problem-solving skill that will be required in the work environment
( Sue E. Baptiste,2003 )
16
2.5 Model-Model Berkaitan Modul Pengajaran
Terdapat beberapa model pengajaran yang dikenali sebagai berorientasikan bilik
darjah. Antaranya ialah Heinich, Molenda, Russell and Smaldino (1996), Model
Kemp, Mrrison and Ross (1994) dan Dick and Reiser (1996).
2.5.1 Model Heinich, Molenda, Russell and Smaldino
Model Heinich, Molenda, Russell and Smaldino (1996) memperkenalkan
Model ASSURE. Model ini mengandungi 6 huruf bermaksud memastikan sesuatu
pengajaran dan pembelajaran itu akan berlaku:
A = Analysis learner (Analisis pelajar)
Pelajar yang akan menggunakan model ini perlu dianalisis untuk mengetahui
kesesuaian. Analisis pelajar boleh dicadangkan hanya memilih ciri-ciri umum seperti
tahap pencapaian, budaya dan ekonomi atau tahap kecekapan seperti pengetahuan,
kemahiran dan sebagainya.
S = State Objectives (Nyatakan objektif)
Objektif perlu dinyatakan dengan jelas supaya perjalanan pembelajaran menjurus
kepada mencapai objektif yang telah ditetapkan. Penekanan adalah kepada hasil
pembelajaran yang dinyatakan lebih spesifik dan boleh diukur.
S = Select method, media and material (Pilih kaedah, media dan bahan)
Pemilihan kaedah perlu bersesuaian dengan topik pembelajaran. Tidak semua topik
pembelajaran boleh menggunakan kaedah pembelajaran yang sama. Pemilihan dan
penyediaan bahan yang baik dapat membantu penyampaian pembelajaran dengan
lebih berkesan.
17
U = Use media and material (Gunakan media dan bahan)
Bahan-bahan dan kaedah yang dipilih haruskah digunakan secara optimum. Guru
perlu memainkan peranan utama dalam penggunaan bahan-bahan pengajaran dengan
baik.
R = Require leaner participation ( Perlukan penglibatan pelajar)
Model ini menekankan penglibatan pelajar secara aktif dan pembelajaran yang
berpusatkan pelajar. Guru adalah sebagai fasilitator yang memantau dan memberi
bantuan supaya proses pembelajaran berjalan dengan baik.
E = Evaluate instruction (Menilai dan menyemak semula pengajaran)
Pengajaran yang telah dijalankan perlu dinilai dan dikaji semula untuk mengenalpasti
kelemahan-kelemahan yang terdapat dan seterusnya merancang penambahbaikan
kepada proses pengajaran tersebut.
18
2.5.2 Model Morrison, Ross dan Kemp (MRK)
Model Kemp, Morrison and Ross (1994) mengandugi 4 elemen asas yang terdiri
daripada pelajar, kaedah, objektif dan penilaian. Beberapa komponen tambahan yang
diintegrasikan dengan keempat-empat komponen asas ini akan menghasilkan satu reka
bentuk pengajaran yang lebih komprehensif. Justeru itu, Kemp telah memperkenalkan
sembilan elemen dalam reka bentuk pengajarannya.
i. Keperluan Pembelajaran
Taksirkan keperluan pembelajaran untuk membina suatu modul pengajaran.
Matlamat, kekangan dan keutamaan uang dipertimbangkan hendaklah
dinyatakan dengan jelas.
ii. Ciri-ciri Pelajar
Mengkaji dan menganalisis ciri-ciri kumpulan sasaran atau pelajar yang akan
mengikuti pembelajaran menggunakan modul yang akan dibangunakan.
iii. Kandungan Pelajaran
Kenalpasti kandungan pelajaran yang akan disampaikan. Komponen tugasan dan
objektif yang berkaitan tentang matlamat modul perlu dirancang.
iv. Objektif Pembelajaran
Meyatakan dengan jelas objektif pembelajaran yang ingin dicapai menerusi
kaedah pembelajaran dan modul yang ingin dibangunkan.
v. Susunan Kandungan
Kandungan pembelajaran perlu disusun mengikut kesesuaian. Pemilihan tajuk
perlu bertepatan dengan matlamat dan objektif setiap satunya dinyatakan dengan
jelas.
vi. Strategi Pembelajaran
Pilih dan bina strategi penyampaian yang tersusun sesuai dengan pemilihan
material pembelajaran dan kandungan yang ingin disampaikan.
19
vii. Merancang Aktiviti
Rancang aktiviti pembelajaran mengikut rekabentuk modul pengajaran dan
pembelajaran yang akan dibina. Faktor masa, penglibatan pelajar dan kesesuaian
aktiviti perlu diambilkira dan dinyatakan dengan jelas.
viii. Membina Penilaian
Penilaian adalah penting dan amat diperlukan di akhir setiap penggunaan modul
pengajaran dan pembelajaran untuk melihat secara keseluruhan hasil dan
keberkesanan penggunaan modul.
ix. Sumber Sokongan
Tentukan khidmat sokongan seperti kewangan, kakitangan, kemudahan,
peralatan dan jadual-jadual untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan
membina bahan pengajaran
2.5.3 Model Dick and Reiser
Model Dick and Reiser (1996) dibina untuk membantu guru merancang pelan
pengajaran yang berkesan menggunakan beberapa prosedur asas reka bentuk pengajaran.
Dalam model ini terdapat 7 komponen yang boleh membantu kita merancang pengajaran
yang sistematik dan berkesan.
i. Menentukan Matlamat
Komponen pertama dalam model ini adalah menentukan matlamat modul.
Matlamat yang ditetapkan adalah penting untuk mengatur keseluruhan
pembangunan modul.
ii. Menulis Objektif
Objektif modul ditetapkan sebagai objektif pembelajaran. Daripada matlamat,
objektif dapat ditulis dengan lebih spesifik atau ditunjukkan sebagai hasil
pembelajaran menggunakan modul ini.
20
iii. Bina Aktiviti Pembelajaran
Aktiviti pembelajaran dibina berpandukan kehendak matlamat dan objektif.
Untuk modul pembelajaran berasaskan projek ini, aktiviti pembelajaran telah
diselaraskan iaitu menggunakan kaedah projek di mana aktiviti pelajar ialah
menghasilkan sebual model projek dengan merujuk panduan dalam modul yang
akan dibangunkan.
iv. Pilih Dan Bina Media pengajaran
Media pengajaran dipilih dan dibangunkan untuk membantu proses pembelajaran.
Untuk modul pembelajaran ini, media pengajaran yang digunakan adalah buku
modul dan powerpoint sebagai panduan kepada pelajar. Tayangan video setiap
langkah penghasilan projek juga boleh dipilih sebagai media pengajaran yang
baik.
v. Melaksanakan Pengajaran
Dalam komponen ini, proses pembelajaran yang akan dilaksanakan adalah
berpusatkan pelajar. Pelajar akan membina model projek sebagaimana yang
dikehendaki dengan penerapan elemen-elemen kreativiti dan inovasi serta
mengaplikasikan kemahiran proses sains.
vi. Bina Penilaian
Penilaian adalah penting dalam sesebuah modul pembelajaran. Penilaian untuk
modul pembelajaran berasaskan projek ini lebih tertumpu kepada penilaian
terhadap kemahiran proses sains pelajar dan penilaian terhadap produk yang
telah dibina. Elemen-elemen yang dikehendaki di dalam penilaian perlu
dinyatakan dengan jelas.
vii. Menilai Semula Pengajaran
Proses keseluruhan pembelajaran dikaji dan dinilai. Kelemahan-kelemahan yang
wujud semasa proses pembelajaran dan mengganggu untuk mencapai objektif
yang dikehendaki perlu disusun semula dan memerlukan penambahbaikan.
21
2.6 Rasional Pemilihan Model Dick and Reiser
Model Dick and Reiser (1996) telah dipilih sebagai model rekabentuk pembangunan
modul pembelajaran berasaskan projek untuk lima tajuk projek rekacipta yang berbeza.
Ini kerana terdorong oleh beberapa elemen-elemen yang menarik dan sesuai iaitu :
i. Segala maklumat dan elemen dapat disesuaikan dan mudah untuk diubahsuai
untuk memenuhi kehendak kurikulum, Huraian Sukatan Matapelajaran Fizik
Tingkatan Empat.
ii. Model yang dibina sesuai untuk guru-guru yang ingin menggunakan pendekatan
atau kaedah projek terutamanya guru-guru baru dan guru pelatih.
iii. Semua aktiviti-aktiviti yang dirancang dan dibina adalah berpusat pelajar dan
guru adalah sebagai pemantau dan fasilitator.
iv. Terdapat elemen yang membincangkan pengenalan terhadap konsep,
perbincangan idea projek dan contoh penggunaan konsep tersebut dalam model
projek yang sebenar.
v. Terdapat bahagian di mana pelajar dapat mengaplikasikan konsep fizik yang
telah dipelajari ke dalam kehidupan seharian pelajar.
vi. Aktiviti-aktiviti yang disusun serta pemilihan material pembelajaran adalah
sesuai dengan aras kefahaman, mudah dan menarik untuk digunakan oleh
pelajar.
vii. Terdapat penilaian dalam bentuk yang pelbagai untuk menarik minat pelajar
menyelesaikan masalah-masalah dalam penilaian menggunakan pengetahuan dan
model projek yang telah dibina.
viii. Perlaksanaan pembelajaran yang dirancang rapi dan bersistematik, memudahkan
pelajar dan guru untuk menggunakan modul.
22
2.7 Kajian Kerangka Alternatif Konsep Mekanik Dan Dinamik
Dalam konsep mekanik dan dinamik, yang meliputi konsep dan kefahaman
tentang daya, gerakan dan tekanan, kerangka alternatif banyak terdapat pada konsep
mekanik iaitu di dalam tajuk daya dan gerakan. Berikut merupakan contoh kerangka-
kerangka alternatif pelajar terhadap konsep daya, gerakan dan tekanan.
2.7.1 Menghubungkan Daya Dengan Gerakan
i. Tiada daya bertindak semasa objek dalam keadaan rehat.
ii. Daya diperlukan untuk objek bergerak dengan halaju malar pada arah gerakan.
Kelajuan objek semakin berkurangan kerana daya yang bertindak semakin
berkurangan.
iii. Objek yang bergerak dengan lebih laju mempunyai daya yang lebih besar.
iv. Daya adalah tunggal dan tidak bertindak dalam pasangan.
2.7.2 Daya Dengan Jatuh Bebas
i. Objek yang dilambung ke atas mempunyai daya yang lebih besar daripada daya
graviti bumi.
ii. Hanya daya graviti sahaja yang bertindak apabila objek yang dilambung
dilepaskan dari tangan pembaling.
iii. Semakin tinggi objek tersebut jatuh, semakin besar daya yang dipunyai oleh
objek dan menyebabkan objek jatuh dengan semakin laju.
23
2.7.3 Daya dengan tekanan
i. Cecair yang menerima tekanan luar, tekanan tersebut akan dibahagi sama rata
kepada seluruh titik dalam cecair tersebut.
ii. Vakum mempunyai tekanan udara yang malar.
iii. Semakin tinggi dari aras laut, tekanan udara semakin tinggi.
2.8 Kajian-Kajian Lepas Tentang Kemahiran Proses Sains
Menurut Hazrulrizawati (2006) ,dalam kajiannya mendapati tahap penguasaan
kemahiran proses sains yang baik pada kemahiran merekod data, melukis graf, mentafsir
maklumat daripada graf, mentafsir maklumat secara makroskopik, mengenalpasti
pembolehubah, mengawal pembolehubah dan membuat pemerhatian yang mana skor
bagi keenam-enam kemahiran tersebut adalah dalam julat 2.0 hingga 3.0. Kemahiran
proses sains yang lemah adalah mentafsir maklumat secara mikroskopik iaitu dalam julat
skor 0 hingga 0.9. Secara keseluruhannya tahap penguasaan kemahiran proses sains bagi
pelajar kumpulan amali makmal mikro komputer adalah baik.
Dalam kajian lain oleh Siti Noor Zulita pada 2007, mengenai tahap kefahaman
Kemahiran Saintifik (KS) yang dijalankan bertujuan untuk mengkaji tahap kefahaman
kemahiran saintifik. Dalam kajian ini, hanya dua kemahiran sahaja yang dikaji iaitu
kemahiran memerhati dan mentakrif secara operasi. Secara keseluruhan, dapatan kajian
menunjukkan tahap kefahaman memerhati adalah pada tahap sederhana manakala bagi
kemahiran mentakrif secara operasi adalah pada tahap baik.
24
2.9 Penutup
Secara kesimpulannya, pembangunan modul berasaskan projek ini sangat
sesuai untuk menjadi aktiviti pembelajaran alternatif dalam penyampaian
matapelajaran Fizik kerana ia menepati kriteria yang mampu meningkatkan
pembelajaran secara aktif di kalangan pelajar. Melalui pendekatan konstruktivisme
sosial yang diterapkan, pelajar akan mampu untuk membina pengetahuan dan
kefahaman mereka melalui interaksi yang berlaku, perbincangan bersama ahli
kumpulan, pembentukan kemahiran-kemahiran proses sains dan meneroka
pengetahuan serta pengalaman baru melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran dan
pembangunan projek yang mereka jalankan.
BAB 3
PROSEDUR PEMBANGUNAN
3.1 Pengenalan
Proses penghasilan sebuah modul yang baik dan berkesan perlu mengambil
satu jangkamasa tertentu untuk pembinaanya. Modul yang akan dibina memerlukan
beberapa peraturan yang harus diikuti. Peraturan-peraturan itu memerlukan
seseorang pembina modul membuat pembacaan, kajian, penelitian, penyemakan,
pemahaman, penerokaan terhadap pelbagai perkara, antaranya ialah yang berkaitan
dengan struktur dan bentuk modul (Sidek Mohd Noah, 2005). Pemilihan rekabentuk
yang baik dan sesuai dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran
menggunakan modul ini.
Lazimnya terdapat pelbagai panduan dalam membangunkan dan
merekabentuk sesebuah modul. Dalam bab ini perbincangan adalah tertumpu kepada
penghasilan dan rekabentuk modul, isi kandungan, pemilihan model dan strategi
pengajaran dan pembelajaran menggunakan modul dan penghasilan penilaian
formatif untuk setiap modul.
26
3.2 Kandungan Modul
Dalam projek ini terdapat empat modul yang akan dibangunkan meliput i
aplikasi konsep mekanik dan dinamik dari tajuk kedua dan keempat dalam sukatan
pelajaran Fizik tingkatan empat KBSM iaitu Force and Motion dan Force and
Pressure iaitu :
MP I : Mini Water Fountain
MP II : Hollow Sub Marine
MP III : Simple Vacuum Cleaner
MP IV : Mini Hovercraft
Secara keseluruhannya, modul-modul ini memuatkan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang berasaskan projek di mana modul ini setiap satunya mengandungi
objektif, bahan-bahan yang diperlukan, kaedah membuat dan penerangan bergambar.
Setiap sesi proses penghasilan projek akan dimuatkan penilaian secara formatif dan
di akhir setiap modul akan dimasukkan penilaian sumatif dan aktiviti-aktiviti
penilaian yang sesuai.
3.3 Pembangunan Modul
Untuk pembangunan modul pembelajaran berasaskan projek ini,
pembangunan modul ini berasaskan Model ADDIE dan rekabentuknya berasaskan
Model Dick and Reiser. Sedikit pengubahsuaian dilakukan terhadap Model Dick and
Reiser dan beberapa elemennya diserap kepada Model ADDIE sebagai asas
pembangunan modul.
Rajah 3.1 : Model ADDIE
27
Manakala Model Dick and Reiser pula mempunyai tujuh elemen,
walaubagaimanapun sedikit pengubahsuaian terhadap model ini dilakukan dan hanya
beberapa elemen yang diperlukan sahaja diketengahkan iaitu mengenalpasti
matlamat, mengenalpasti objektif, bina strategi pengajaran, menyediakan bahan
pengajaran, penilaian formatif dan sumatif.
Rajah 3.2 : Model Dick and Reiser
Rajah 3.3 : Ubahsuai daripada Model Dick and Reiser
28
3.3.1 Fasa Analisis ( Analysis )
Fasa analisis telah dipecahkan kepada tiga elemen yang lebih terperinci untuk
dianalisis. Elemen-elemen tersebut adalah kumpulan sasaran, menentukan tajuk
projek yang dibangunkan, menganalisis tahap projek dan kos penghasilan.
3.3.1.1 Kumpulan Sasaran
i. Pelajar
Pelajar adalah kumpulan sasaran utama pembangunan modul pembelajaran
ini. Ciri-ciri pelajar, jantina, umur, dan beberapa faktor lain seperti gaya
pembelajaran, bakat dan intelektual perlu dianalisis sebelum pembinaan modul
pembelajaran ini dijalankan.
Memandangkan modul pembelajaran ini difokuskan kepada pelajar sekolah,
oleh yang demikian paparan yang perlu dibuat seharusnya menepati minat dan daya
tarikan terhadap mereka. Pelajar-pelajar ini perlu dianalisis keupayaan mereka, bakat
dan pengetahuan sedia ada mereka. Elemen-elemen ini adalah sangat penting dalam
menentukan aras atau tahap projek yang akan dicadangkan sebagai modul.
ii. Guru / Sekolah
Guru adalah penting sebagai pembimbing dan fasilitator sepanjang proses
pembelajaran menggunakan modul ini. Dengan mengambilkira keperluan guru dan
sekolah, modul ini dapat dijadikan sebagai aktiviti pembelajaran alternatif untuk
mengajar. Selain guru, sekolah juga merupakan aspek yang perlu diambil kira.
Sumber dan kekangan yang wujud di sekolah atau organisasi yang berkenaan seperti
alatan, kos, masa, kepakaran dan budaya kerja (termasuklah nilai, misi dan polisi)
akan menentukan jenis projek yang akan dipilih sebagai projek dalam modul ini.
29
iii. Ibu Bapa / Masyarakat
Ibu bapa dan masyarakat juga tidak ketinggalan menjadi kumpulan sasaran
pembangunan modul pembelajaran berasaskan projek ini. Ibu bapa juga boleh
bertindak sebagai fasilitator dalam melatih anak-anak mereka merekacipta dan
memupuk daya kreativiti dan inovasi mereka selain menghantar mereka ke sekolah
untuk mendapatkan pengetahuan dan pengalaman, aktiviti pembelajaran di rumah
seperti ini mampu mewujudkan masyarakat yang lebih berintelektual dan harmoni.
3.3.1.2 Tahap Projek
Analisis tahap projek perlu bertepatan dengan kumpulan sasaran yang dipilih.
Kumpulan sasaran yang lebih tepat adalah pelajar-pelajar menengah atas kerana
Fizik hanya dipelajari oleh pelajar yang berada di tahap ini. Oleh yang demikian,
setelah mengenalpasti kumpulan sasaran, tahap projek yang akan dipilih perlulah
bersesuaian dengan tahap intelek, bakat dan kemampuan kumpulan sasaran.
3.3.1.3 Tajuk Projek
Setelah menganalisis tahap projek, tajuk projek perlu dianalisis supaya tajuk-
tajuk projek yang akan dipilih menepati topik-topik yang dipelajari untuk
matapelajaran Fizik dan tidak terkeluar dari skop yang telah dipilih. Oleh yang
demikian, antara tajuk-tajuk projek yang telah dipilih secara ringkasnya seperti water
fountain, submarine, hovercraft dan vacuum cleaner. Kesemua tajuk-tajuk projek ini
menepati konsep kinetik dan dinamik Fizik dalam topik Daya dan Gerakan (Force
and Motion ) dan Daya dan Tekanan ( Force and pressure ) di dalam sukatan
pelajaran Fizik KBSM tingkatan empat.
30
3.3.1.4 Kos Penghasilan Projek
Perkara terakhir adalah kos penghasilan projek. Analisis tentang kos bahan-
bahan dan peralatan adalah sangat penting bagi mengelakkan pembaziran dan
menyusahkan kumpulan sasaran. Oleh yang demikian, pembangun cuba menerapkan
sikap kitar semula dalam pemilihan bahan-bahan projek di samping dapat
mengurangkan kos penghasilan projek.
31
3.3.2 Fasa Rekabentuk ( Design )
Seterusnya setelah melalui fasa analisis adalah fasa rekabentuk. Di sini,
aspek-aspek yang terlibat dalam rekabentuk perlu disusun dengan baik supaya lebih
bersifat sistematik. Aspek yang dimaksudkan adalah :
Rajah 3.4 : Rekabentuk Modul
3.3.2.1 Pembentukan Matlamat dan Objektif Modul
Matlamat modul ini diseragamkan untuk kelima-lima projek yang akan dibina.
Objektif setiap modul adalah berbeza mengikut jenis projek kerana setiap satu projek
membawa konsep Fizik yang berbeza dibawah konsep mekanik dan dinamik.
32
Objektif modul dibentuk di dalam fasa analisis rekabentuk iaitu semasa pemilihan
tajuk projek dibuat. Objektif setiap modul dirancang supaya menepati kehendak
matlamat dan hasil pembelajaran.
3.3.2.2 Menyatakan Tajuk Projek
Tajuk projek yang telah dipilih perlu dinyatakan dengan jelas. Pernyataan
tajuk projek yang jelas memudahkan pelajar menggambarkan binaan keseluruhan
projek yang akan dibuat.
3.3.2.3 Latar Belakang Projek dan Konsep Fizik Yang Terlibat
Di dalam bahagian ini, latar belakang atau pengenalan terhadap projek
dipaparkan supaya pelajar dapat membentuk idea dan dapat mengetahui jenis binaan
projek yang akan dihasilkan. Pelajar juga dapat menyesuaikan konsep Fizik yang
didedahkan dengan pengetahuan sedia ada mereka terhadap projek tersebut.
3.3.2.4 Merancang Aktiviti Pembelajaran
Perancangan aktiviti pembelajaran berasaskan projek merangkumi susunan
perlaksanaan dan pembinaan projek tersebut. Langkah-langkah kerja yang teratur
dan kemas memudahkan pelajar untuk merujuk panduan yang disediakan di dalam
modul ini. Dalam bahagian ini, penerangan tentang pembinaan projek, rekabentuk
projek, langkah-langkah pemasangan sehingga projek siap dibina diterangkan dengan
terperinci dan paparannya secara visual bergambar untuk memudahkan pelajar.
3.3.2.5 Memilih dan Membina Media pengajaran
Untuk langkah-langkah pembinaan dan penghasilan projek, modul ini
memaparkan penerangan secara visual dan bergambar untuk memudahkan pelajar
merujuknya. Langkah kerja disusun dengan kemas dan teratur mengikut urutan
33
menjadikan pelajar dapat memahami bagaimana rekabentuk model projek mereka.
Penerangan secara visual merangkumi gambar lukisan dan gambar foto untuk setiap
langkah-langkah pembinaan projek. Selain panduan dalam buku modul, terdapat juga
paparan dalam bentuk powerpoint untuk memudahkan proses pembelajaran.
3.3.2.6 Penilaian Dalam Modul
Penilaian formatif secara berterusan terhadap pelajar dibuat dan dipecahkan
kepada tiga fasa iaitu penilaian sebelum, semasa dan selepas kerja-kerja penghasilan
projek. Setiap fasa penilaian merujuk kepada aktiviti pelajar semasa proses
penghasilan bahan projek. Penilaian ini fokus terhadap aplikasi dan perlaksanaan
kemahiran proses sains yang akan diterapkan kepada pelajar. Manakala penilaian
summatif adalah menggunakan alat-alat pengujian seperti mana terdapat dalam
modul ini antaranya seperti teka silang kata, suai padan, isi tempat kosong dan
sebagainya.
3.3.3 Fasa Pembangunan ( Develop )
Di dalam fasa pembangunan, sepanjang pembangunan modul pembelajaran
ini dibina akan dihuraikan dengan lebih jelas. Sepanjang pembinaan modul,
penggunaan perisian untuk merekabentuk visual dan ilustrasi adalah sangat kerap
digunakan. Ini kerana, modul pembelajaran berasaskan projek ini memerlukan
banyak gambaran dan visual untuk membantu penyampaian dan langkah-langkah
penghasilan projek.
34
3.3.3.1 Perisian Microsoft Office Power Point 2007
Untuk melukis ilustrasi pembangunan dan langkah-langkah penghasilan
projek, pembangun mengaplikasikan sepenuhnya perisian Microsoft Power Point
2007. Fungsi-fungsi garisan, lengkungan, bongkah dan bentuk dimanfaatkan
sepenuhnya untuk menghasilkan ilustrasi dan gambarajah yang dikehendaki.
Rajah 3.5 : Aplikasi Fungsi Shapes dalam Microsoft Power Point 2007
35
Hampir sepanjang penghasilan ilustrasi dan gambarajah modul menggunakan
perisian Microsoft Power Point seperti gambarajah di bawah. Aplikasi fungsi bentuk
dalam perisian ini banyak membantu menghasilkan bentuk-bentuk yang ringkas,
jelas dan tidak terlalu padat.
Rajah 3.6 : Contoh Hasil Binaan Menggunkan Microsoft Power Point 2007
36
3.3.3.2 Perisian Sketchup Pro
Perisian ini digunakan untuk melukis ilustrasi yang terdapat pada contoh
aktiviti pembelajaran. Perisian ini lebih mudah dan penghasilannya lebih kompleks
dan terperinci. Ilustrasi menggunakan perisian ini diaplikasi untuk melukis
gambarajah susunan radas dan bahan-bahan dalam aktiviti pembelajaran eksperimen.
Rajah 3.7 : Paparan Perisian Sketchup Pro
Rajah 3.8 : Contoh Hasil Aplikasi Perisian Sketchup Pro
37
3.3.3.3 Gambar Foto
Selain menggunakan ilustrasi dan gambarajah lukisan, gamber foto juga
dipaparkan untuk paparan dan penjelasan yang lebih terprinci di dalam modul
pembelajaran. Gambar-gambar foto yang disediakan memudahkan pengguna
terutamanya pelajar dalam memastikan bahan-bahan yang diperlukan, langkah-
langkah pembinaan dan menjadi bukti projek dimodulkan dapat dibangukan dengan
sempurna.
Rajah 3.9 : Contoh Gambar Foto
38
3.3.3.4 Saiz Buku Modul
Saiz modul telah ditetapkan menggunakan saiz kertas B5. Saiz ini amat
sesuai dengan konsep modul, fleksibel, lebih menarik dan tidak terlalu besar.
Penggunaan saiz kertas A4 sebagai saiz buku modul pembelajaran ini dilihat kurang
sesuai kerana saiz ini sudah dianggap besar. Dengan saiz yang tidak terlalu kecil,
seperti saiz A5, modul pembelajaran yang bersaiz kertas B5 ini lebih sesuai dan
selesa untuk digunakan.
3.3.4 Fasa Perlaksanaan ( Implementation )
Dalam fasa ini, modul pembelajaran yang telah siap dibina perlu
dipersembahkan untuk menguji keberkesanannya serta melihat masalah-masalah
yang mungkin wujud tanpa disedari sepanjang fasa merekabentuk modul. Biasanya
fasa perlaksanaan ini dilaksanakan dengan menggunakan sekumpulan pengguna
yang menpati kriteria yang telah ditetapkan dalam fasa analisis. Daripada
pemerhatian yang dilakukan, proses pembaikan atau pemulihan dapat dilaksanakan
sebelum modul pembelajaran yang sebenarnya dikeluarkan atau dibangunkan secara
rasmi. Walaubagaimanapun untuk projek ini pembangun menjadikan penyelia
projek dan rakan - rakan sebagai pemerhati kepada projek ini.
39
3.3.5 Fasa Penilaian ( Evaluate )
Fasa penilaian merupakan fasa terakhir dalam pembangunan modul
berasaskan Model ADDIE. Maklum balas daripada guru-guru Fizik yang
berpengalaman terhadap elemen-elemen yang diterapkan dalam modul ini seperti
pemilihan tajuk, kesesuaian konsep Fizik yang disampaikan, penilaian projek yang
dibina diambil sebagai keputusan penilaian sesebuah modul yang telah siap
dibangunkan. Penilaian dibuat berperingkat dalam memastikan kualiti modul yang
baik dicapai.
3.4 Rangka Kerja Keseluruhan
Rajah 3.10 : Rangka Kerja Keseluruhan
40
3.5 Rumusan
Bab ini membincangkan prosedur pembangunan modul pembelajaran
berasaskan projek. Pembinaan modul ini menggabungkan dua jenis model
rekabentuk iaitu Model ADDIE dan Model Dick and Reiser. Model ADDIE terdiri
daripada elemen Analysis, Design, Develope, Implimentation dan Evaluate ini
digunakan sebagai asas pembangunan modul dan Model Dick and Reiser merupakan
model yang digunakan untuk merekabentuk modul. Penilaian berterusan dan
pengubahsuaian dilakukan pada setiap fasa pembinaan modul ini untuk memastikan
hasil pembangunan modul ini menepati kehendak yang diharapkan.
BAB 4
PEMBANGUNAN MODUL
4.1 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan dan menjelaskan hasil pembangunan modul
yang telah siap dibina dan penilaian yang telah dijalankan.
4.2 Kaedah Menggunakan Modul
Setiap modul mempunyai tajuk projek yang berlainan. Skop modul tertumpu
kepada mekanik dan dinamik fizik iaitu merangkumi tajuk force and motion dan
force and pressure di dalam sukatan pelajaran fizik tingkatan empat KBSM. Modul
ini adalah panduan kepada guru dan pelajar. Tanpa menyimpang daripada tajuk
projek, pelajar adalah bebas untuk memilih rekabentuk, material yang hendak
digunakan dan tidak semestinya perlu mengikut sepenuhnya apa yang telah diberikan
di dalam modul. Kebebasan yang diberikan akan memupuk daya kreativiti dan
inkuiri pelajar dalam membina dan merekabentuk projek yang lebih baik.
42
4.3 Rekabentuk Modul
Rekabentuk keseluruhan menggunakan model Dick and Reiser,
dihuraikankan tiap-tiap satu dengan jelas iaitu mengenalpasti matlamat,
mengenalpasti objektif, merancang aktiviti pembelajaran, pemilihan media
pembelajaran dan membina alat-alat pengujian.
Rajah 4.1 : Rekabentuk Model Dick and Reiser Dalam Modul
43
4.3.1 Muka Depan
Rekabentuk kulit depan modul dibuat secara ringkas dan tidak terlalu padat,
untuk memastikan tajuk modul yang dipaparkan adalah jelas.
Rajah 4.2 : Muka Depan Modul
44
4.3.2 Matlamat
Pengkaji menghuraikan matlamat untuk menjadi panduan kepada guru atau
pelajar yang menggunakan modul ini. Matlamat ini dipaparkan secara mudah dan
jelas.
Rajah 4.3 : Matlamat Modul
45
4.3.3 Objektif
Pengkaji menyenaraikan objektif yang dijelaskan untuk menjadi penanda aras
supaya pengguna dapat memahami apakah objektif yang harus dicapai atau
ditunjukkan oleh pelajar apabila menggunakan modul ini.
Rajah 4.4 : Objektif Modul
46
4.3.4 Penilaian Formatif I
Pengetahuan sedia ada pelajar dinilai dengan menggunakan soalan-soalan
mudah yang berkaitan dengan projek yang akan dibangunkan pelajar. Pelajar
seharusnya mempunyai idea dan pengetahuan ringkas mereka sendiri terhadap projek
tersebut.
Rajah 4.5 : Penilaian Formatif I
47
4.3.5 Pengenalan Projek
Projek diperkenalkan dengan memberikan gambaran binaan yang sebenar,
aplikasi dalam kehidupan, konsep-konsep fizik yang terlibat dan bagaimana binaan
tersebut berfungsi dengan mengaplikasikan konsep fizik tersebut. Pengenalan yang
ringkas ini dapat memberikan idea yang lebih terperinci kepada pelajar untuk
membina sendiri projek mereka.
Rajah 4.6 : Pengenalan Projek
48
4.3.6 Peralatan Dan Bahan-bahan
Pemilihan material untuk pembinaan projek adalah bebas dan tidak
bergantung sepenuhnya kepada apa yang dicadangkan di dalam modul. Pemilihan
peralatan dan bahan-bahan yang tidak terhad ini membolehkan pelajar
mengembangkan idea dan potensi kreativiti mereka dengan lebih baik dan menarik.
Pemilihan bahan-bahan adalah berdasarkan kepada hasil perbincangan pelajar
semasa menentukan rekabentuk projek dan bahan-bahan yang diperlukan.
Rajah 4.7 : Peralatan Dan Bahan-bahan
49
4.3.7 Penilaian Formatif II
Pengkaji menilai kemahiran proses sains pelajar sebaik sahaja aktiviti
pembinaan bermula. Pelajar diajukan soalan yang berkaitan dan membawa kepada
aplikasi kemahiran proses sains di dalam projek yang mereka usahakan.
Rajah 4.8 : Penilaian Formatif II
50
4.3.8 Pembangunan Projek
Pengkaji memaparkan bagaimana projek tersebut dibangunkan dengan lebih
terperinci. Setiap langkah-langkah pembinaan disertakan dengan visual bergambar
untuk memudahkan pengguna memahami langkah yang ditunjukkan.
Walaubagaimanapun, kaedah pembangunan dan bagaimana projek ini dibina juga
terpulang kepada kreativiti pelajar, kerana mereka mungkin dapat memikirkan idea
pembangunan yang lebih ringkas, mudah dan menarik. Panduan yang diberikan di
dalam modul ini hanya merupakan idea pengkaji dan gambaran bagaimana projek
dihasilkan.
Rajah 4.9 : Langkah Pembinaan Projek
51
4.3.9 Penilaian Formatif III
Hasil pembelajaran dan projek pelajar perlu dibentangkan dalam bentuk
laporan dan persembahan. Segala maklumat, konsep-konsep fizik dan cara kerja
projek yang dihasilkan dilaporkan dengan terperinci di dalam laporan pelajar.
Maklumat-maklumat yang diperolehi pelajar ini akan menunjukkan proses
pembelajaran konstruktif yang terbina secara semulajadi kepada pelajar.
Rajah 4.10 : Penilaian Formatif III
52
4.3.10 Penilaian Guru
Pengkaji menyediakan helaian kriteria penilaian untuk memudahkan guru
memberikan penilaian dan di samping itu juga memberi maklumat kepada pelajar
tentang kriteria yang perlu dipenuhi dalam menghasilkan projek mereka.
Rajah 4.11 : Borang Penilaian Guru
53
4.3.11 Aktiviti Pembelajaran
Projek yang telah pelajar dihasilkan akan digunakan sebagai material
pengajaran dan pembelajaran seperti eksperimen. Pengkaji telah memberikan
panduan dan contoh pembelajaran yang dapat dilakukan dengan menggunakan bahan
projek pelajar sebagai bahan bantu mengajar. Di sini, pelajar dapat menguji aplikasi
konsep fizik yang telah mereka pelajari sepanjang pembinaan projek ini.
Rajah 4.12 : Aktiviti Pembelajaran Eksperimen
54
4.3.12 Penilaian Sumatif
Penilaian sumatif dibuat oleh guru berbantukan jadual amalan kemahiran
proses sains yang telah dipraktik dan ditunjukkan oleh pelajar. Penilaian sumatif ini
berdasarkan penilaian-penilaian formatif yang telah dilakukan sepanjang
pembelajaran berlaku.
Rajah 4.13 : Penilaian Sumatif
55
4.3.13 Refleksi Kendiri
Pengkaji memberikan penilaian sumatif berbentuk soalan seperti soalan
struktur untuk menguji dapatan hasil pembelajaran yang telah dilakukan. Pelajar
akan diuji tentang konsep fizik yang terlibat dalam pembinaan projek, diminta untuk
melukiskan rajah yang berkaitan dan menyelesaikan soalan-soalan yang melibatkan
pengiraan fizik.
Rajah 4.14 : Refleksi Kendiri
56
4.4 Ciri-ciri Modul
Modul pembelajaran berasaskan projek ini dibangunkan adalah bersesuaian
dengan matlamat modul di mana pembelajaran menggunakan modul ini lebih kepada
berpusatkan pelajar. Selain itu, untuk meningkatkan kualiti modul yang dibangunkan,
beberapa unsur-unsur interaktif telah diterapkan antaranya penggunaan teks, grafik
dan visual. Penerapan elemen-elemen ini bertujuan untuk menarik minat pengguna
yang menggunakan modul ini sebagai medium atau bahan pembelajaran mereka.
4.4.1 Kreatif Dan Inovatif
Pelajar atau guru yang ingin menggunakan modul ini bebas memilih tajuk
projek yang diinginkan, bersesuaian dengan tajuk atau bahan pengajaran yang ingin
disampaikan. Modul yang disediakan adalah sebagai panduan dan pencetus idea
kepada pengguna dan mereka bebas untuk merekabentuk, memilih bahan dan kaedah
untuk membina projek mereka. Idea daripada modul ini seterusnya dapat membantu
pengguna untuk membuat inovasi dan rekaan terbaik terhadap projek mereka.
4.4.2 Mesra pengguna
Modul pembelajaran ini memaparkan tajuk-tajuk dan bahagian yang hendak
disampaikan dengan ringkas dan jelas. Setiap paparan mengandungi arahan-arahan
dan penyampaian yang mudah difahami oleh pengguna. Visual dan gambarajah yang
disediakan juga adalah jelas dan ringkas, memudahkan pengguna untuk
membayangkan bagaimana projek itu dibangunkan mengikut langkah-langkah yang
disediakan. Selain itu juga, modul yang dibina ini disediakan juga di dalam bentuk
Microsoft Power Point untuk memudahkan guru-guru menggunakannya di dalam
kelas.
57
4.4.3 Grafik
Menyedari pengguna lebih menggemarkan bahan pembelajaran atau modul
yang berwarna berbanding hitam dan putih, modul ini telah dibangunkan dengan
penerapan warna-warna yang ringkas dan menarik. Gabungan warna yang sesuai
telah diambilkira mengikut tema dan diseragam untuk ke semua modul untuk hasil
yang lebih menarik dan kemas. Latar belakang keseluruhan berwarna putih kerana
warna ini sesuai dipadankan untuk teks dan gambar visual berwarna.
4.4.4 Teks
Teks memainkan peranan penting terhadap penyampaian melalui modul ini.
Teks di dalam modul ini diseragamkan dengan menggunakan jenis tulisan Times
New Roman, kerana tulisan ini jelas dan membawa gambaran formal terhadap modul
dan tidak bervariasi. Selain itu penggunaan tulisan jenis Arial digunakan di dalam
visual pembangunan projek kerana teks ini jelas dan mudah dibaca. Saiz teks
dibezakan untuk setiap penggunaan seperti tajuk dan sebagainya. Untuk tulisan yang
digunakan sebagai tajuk, saiznya adalah lebih besar dan terdapat juga bingkai dan
latar berwarna untuk kelihatan lebih kemas dan menarik.
4.4.5 Visual
Modul ini menggunakan gabungan gambar sebenar dan ilustrasi animasi
sebagai medium visual di dalam modul ini. Gabungan visual ini menghasilkan
paparan yang lebih jelas bagaimana binaan projek tersebut dilakukan dan
dibangunkan. Paparan yang jelas ini dapat memudahkan pengguna dalam
membentuk idea bagaimana menghasilkan dan membangunkan projek mereka
dengan lebih kreatif dan inovatif.
58
4.5 Penilaian Terhadap Modul
Penilaian terhadap modul pembelajaran ini dilakukan oleh guru-guru Fizik
yang bepengalaman dan dipilih dari sekolah-sekolah yang tertentu. Setiap modul
dinilai oleh seorang guru Fizik yang berpengalaman. Oleh yang demikian, terdapat
empat orang guru Fizik dari empat sekolah yang berbeza telah memberi sumbangan
dalam membuat penilaian terhadap modul ini. Penilaian terhadap modul ini
menggunakan borang soal selidik yang mengandungi setiap satu aspek yang harus
dinilai.
4.5.1 Kriteria Penilaian
Terdapat sepuluh kriteria yang terdapat di dalam modul ini yang perlu dinilai
oleh guru-guru Fizik tersebut. Kriteria ini disusun mengikut turutan seperti yang
terdapat di dalam modul. Aspek-aspek dalam kriteria ini dihuraikan dengan jelas
supaya penilaian dapat dibuat dengan lebih bersistematik.
4.5.1.1 Kulit hadapan
Kulit hadapan perlulah jelas, menarik dan ringkas. Terdapat visual yang
menggambarkan dengan jelas tentang projek yang akan dibangunkan oleh pelajar
apabila memilih modul-modul yang disediakan ini. Keempat-empat modul ini
diseragamkan rekaannya dan dapat dibezakan melalui warna tema kulit setiap modul.
4.5.1.2 Matlamat
Matlamat penggunaan modul dipaparkan dengan jelas dan mudah difahami.
Matlamat juga perlu menepati kehendak kurikulum dan falsafah pendidikan
kebangsaan.
59
4.5.1.3 Objektif
Objektif pembelajaran dipaparkan dengan jelas untuk memudahkan pengguna
mengetahui apakah objektif yang seharusnya dicapai apabila menggunakan modul ini
sebagai keadah dan medium pembelajaran mereka.
4.5.1.4 Penilaian Formatif I
Ditulis dengan tajuk ‘Tahukah Anda?’ merupakan penilaian formatif yang
jelas menilai dan menguji secara ringkas tentang pengetahuan sedia ada pelajar
terhadap konsep, aplikasi, cara kerja sesuatu projek tersebut dalam keadaan yang
sebenar. Penilaian formatif ini penting untuk menguji sejauh mana pengetahuan
pelajar berkaitan dengan projek yang akan dibangunkan oleh mereka.
4.5.1.5 Pengenalan Projek
Pelajar diperkenalkan dengan jelas apakah tajuk projek yang akan mereka
bangunkan. Pengenalan terhadap projek memberikan gambaran terhadap aplikasi
sebenar projek yang akan mereka bangunkan. Pengenalan projek dapat memberikan
idea dan mewujudkan sikap inovasi di kalangan pelajar.
4.5.1.6 Penilaian Formatif II
‘Sudahkah Anda’ sebagai tajuk merupakan penilaian formatif kedua yang
khususnya untuk menguji dan menilai kemahiran proses sains pelajar sebelum
menjalankan sesuatu aktiviti atau projek. Pelajar dikehendaki mengumpul maklumat,
mengelaskan secara kuantitatif dan kualitatif, meramal, berkomunikasi,
mengeksperimen dan pelbagai lagi kemahiran-kemahiran proses sains yang dapat
diterapkan dan dipraktikkan sebelum projek dijalankan.
60
4.5.1.7 Langkah-langkah pembinaan
Langkah-langkah pembinaan divisualkan menggunakan dua medium yang
saling bergantungan iaitu gambarajah sebenar dan ilustrasi visual. Kombinasi kedua-
dua medium ini menghasilkan kaedah penyampaian langkah-langkah pembinaan
projek yang lebih jelas dan tersusun.
4.5.1.8 Penilaian Guru
Penilaian guru terhadap projek yang telah dihasilkan adalah jelas, mudah
difahami dan kriteria yang diperlukan di paparkan jelas sebagai maklumat kepada
pengguna dalam memastikan apakah kriteria yang perlu dipenuhi apabila
menyiapkan projek ini.
4.5.1.9 Aktiviti Pembelajaran
Contoh aktiviti pembelajaran iaitu eksperimen diberikan dengan jelas dan
sesuai dengan hasil projek yang telah disiapkan. Hasil aktiviti pembelajaran boleh
diberikan sebagai laporan eksperimen dan dinilai oleh guru.
4.5.1.10 Refleksi Kendiri
Refleksi kendiri merupakan alat pengujian pelajar yang jelas menguji hasil
dapatan aktiviti pembelajaran mereka. Penguasaan konsep, pengetahuan fizik dan
kefahaman mereka di uji menggunakan alat-alat pengujian yang terdapat di dalam
bahagian refleksi kendiri ini.
61
4.6 Penilaian Keseluruhan
Penilaian ini memberikan gambaran keseluruhan modul ini dan guru-guru
penilai juga disediakan ruangan untuk mencoretkan komen-komen dan pandangan
kritis mereka dalam menambahbaikkan modul ini.
62
Rajah 4.15 : Borang Penilaian Modul
63
4.7 Hasil Penilaian Modul
Modul-modul yang telah dibangunkan sebagai draf dihantar kepada guru-
guru Fizik yang berpengalaman untuk dinilai. Seramai empat orang guru telah
meluangkan masa mereka untuk melihat, menilai dan memberikan pandangan
masing-masing terhadap modul pembelajaran ini. Setiap satu modul yang telah
dihasilkan diserahkan kepada seorang guru penilai. Hasil penilaian akan
dibincangkan di bab seterusnya.
4.8 Rumusan
Pembangunan keseluruhan dan rekabentuk modul berasaskan Model Dick
and Reiser dan juga penerapan Model ADDIE. Aktiviti pembelajaran menggunakan
modul ini lebih kepada berpusatkan pelajar dan guru bertindak sebagai fasilitator
dalam memantau aktiviti dan pembinaan projek pelajar. Pembelajaran berlaku
sepanjang proses pembangunan projek berlaku. Kemahiran proses sains sangat
mudah dan berkesan untuk diterapkan dan dipraktikkan oleh pelajar melalui
pembelajaran berasaskan projek seperti ini. Penilaian terhadap aspek ini juga dapat
dilakukan dengan mudah kerana hasil pembelajaran dapat dilihat secara nyata iaitu
produk yang telah dihasilkan. Di sinilah kreativiti, inovasi, kemahiran proses sains
dan pelbagai elemen-elemen pembelajaran lain yang berasaskan hands-on dapat
dilihat.
Pembangunan modul pembelajaran seperti ini diharap dapat diperbanyakkan
dan dipelbagaikan lagi idea projek yang boleh dihasilkan. Merujuk kepada penilaian
yang telah dijalankan, beberapa kelemahan dan kekurangan telah dikenalpasti dan
akan dibincangkan pada bab yang seterusnya.
BAB 5
PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan
Dalam bab ini akan merumuskan tentang keseluruhan modul pembelajaran
Fizik berasaskan projek yang telah dibina secara ringkas serta membincangkan
masalah-masalah yang dihadapi semasa membangunkan modul pembelajaran ini.
Selain itu, kekuatan dan kelemahan modul pembelajaran ini akan dihuraikan dengan
lebih lanjut di dalam bab ini.
5.2 Perbincangan Pembinaan modul pembelajaran berasaskan projek ini ditetapkan
rekabentuknya untuk memenuhi kehendak dan keperluan pembelajaran. Pembinaan
modul ini melibatkan beberapa fasa dan penelitian berterusan harus dilakukan supaya
dapat memenuhi kehendak pengguna. Secara keseluruhannya, pembinaan modul
pembelajaran ini dipastikan kesinambungannya dengan objektif pembelajaran, teori
yang terlibat dan model rekabentuk yang digunakan. Asas-asas kepada pembinaan
modul pembelajaran ini dapat dilihat daripada huraian aspek-aspek yang terlibat.
65
5.2.1 Pembangunan Modul Pembelajaran Berasaskan Objektif
Objektif pembinaan modul pembelajaran ini ialah :
Membangunkan modul pembelajaran berasaskan projek bagi matapelajaran fizik
tingkatan empat untuk penerapan :
o Konsep fizik
o Kemahiran proses sains (KPS)
o Pemikiran kritis dan kreatif
o Penyelesaian masalah
Pengkaji telah membangunkan empat modul berasaskan projek dan
membawa rekabentuk modul ini kepada modul pembelajaran yang menerapkan
elemen-elemen yang dikehendaki oleh objektif pembangunan. Penilaian terhadap
elemen-elemen yang dipraktikkan juga dapat dibuat dengan lebih berkesan dan
bersistematik. Penetapan objektif sebagai asas pembinaan modul pembelajaran ini
dapat menjadi panduan supaya rekabentuk dan proses pembinaan modul ini tidak
tersasar daripada kehendak penghasilan modul pembelajaran ini.
5.2.2 Pembangunan Modul berasaskan Model Dick and Reiser dan Model
ADDIE
Model Dick and Reiser digunakan sebagai asas rekabentuk modul ini.
Terdapat tujuh elemen yang diperkenalkan di dalam model ini iaitu menentukan
matlamat, menulis objektif, membina aktiviti pembelajaran, memilih dan membina
media pembelajaran, perlaksanaan, bina penilaian dan menilai semula pengajaran
dan pembelajaran. Pembangunan keseluruhan projek adalah berpandukan Model
ADDIE yang mana mempunyai lima fasa dalam menyempurnakan pembangunan
modul ini, iaitu fasa analisis, fasa reka bentuk, fasa pembangunan, fasa perlaksanaan
dan fasa penilaian.
66
5.2.3 Pembangunan Modul Berasaskan Penilaian Formatif
Penerapan yang berkesan dan penilaian terhadap konsep, kemahiran proses
sains, pemikiran kritis dan kreatif serta penyelesaian dapat dilihat dengan jelas
apabila pelajar melakukan membina projek. Kemahiran-kemahiran proses sains
seperti memerhati, meramal, berkomunikasi, membuat pengukuran, dan pelbagai lagi
dapat diperhatikan sepanjang proses pembelajaran menggunakan modul
pembelajaran berasaskan projek ini.
5.3 Kelebihan Modul
5.3.1 Kelebihan Ciri-ciri Modul
Modul pembelajaran berasaskan projek yang telah dibangunkan ini
mempunyai beberapa ciri-ciri yang menarik seperti :
• Muka hadapan yang seragam, ringkas dan menarik.
• Saiz modul yang sederhana, mudah untuk dibawa.
• Paparan yang jelas, ringkas dan tidak terlalu padat.
• Mempunyai gambar dan imej yang sebenar memudahkan menjadi
bahan rujukan untuk pembinaan projek.
• Penerangan langkah-langkah pembinaan berbantukan gambarajah dan
ilustrasi ringkas memudahkan pelajar untuk mengikut dan memahami
binaan yang diberikan.
• Penilaian formatif terhadap kemahiran proses sains dibuat dan
diterapkan secara tidak langsung dan semulajadi
• Modul ini memberikan contoh aktiviti pembelajaran yang boleh
dijalankan menggunakan hasil projek yang telah dibangunkan.
• Alat-alat pengujian yang mudah dan ringkas sebagai refleksi kendiri
pelajar.
67
5.3.2 Kelebihan Kepada Pelajar
Kelebihan kepada pelajar apabila menggunakan modul pembelajaran
berasaskan projek ini dapat dilihat seperti :
• Memberikan peluang kepada pelajar menunjukkan bakat dan potensi
mereka di dalam bidang rekacipta dan inovasi.
• Memupuk daya kreativiti dan inovasi.
• Memupuk nilai-nilai murni seperti kesedaran tentang kebaikan kitar
semula bahan-bahan terpakai, sikap kepimpinan, belajar membuat
keputusan dan bekerjasama di dalam kumpulan.
• Mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dan berpusatkan pelajar.
• Dapat mempelajari konsep fizik dan aplikasinya di dalam kehidupan
dengan kaedah pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan.
5.3.3 Kelebihan Kepada guru
Selain pelajar, guru juga merupakan kumpulann sasaran yang penting. Tidak
kurang juga modul pembelajaran ini dapat memberikan kelebihan kepada guru-guru
fizik antaranya :
• Membantu dan memudahkan guru dalam menyusun dan merancang
aktiviti pembelajaran jika guru ingin menggunakan kaedah projek.
• Projek yang dihasilkan boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar
untuk kelas yang lain.
• Memudahkan penilaian guru terhadap pengetahuan konsep fizik,
kemahiran proses sains, kreativiti serta penyelesaian masalah.
• Guru sebagai fasilitator sepanjang aktiviti pembelajaran berlaku.
68
5.4 Kelemahan Modul
Berdasarkan ciri-ciri modul pembelajaran yang telah dibangunkan, modul
pembelajaran yang telah dihasilkan telah memenuhi kehendak-kehendak yang telah
ditetapkan. Walaubagaimanapun, terdapat sedikit kelemahan yang dikenalpasti
antaranya :
• Melalui modul, contoh visual pembinaan projek tidak dapat
ditayangkan sebagai video, oleh yang demikian mungkin terdapat
bahagian-bahagian penerangan yang tidak jelas kepada pelajar yang
tidak dapat ditunjukkan secara sebenar.
• Aktiviti pembelajaran menggunakan projek yang telah dihasilkan
terhad kepada ujikaji dan eksperimen. Walaubagaimanapun projek
yang telah dihasilkan dapat menjadi bahan bantu mengajar guru-guru
fizik di dalam menyampaikan pengajaran mereka.
5.5 Masalah–masalah Yang Dihadapi
Kewujudan masalah-masalah sepanjang pembinaan modul pembelajaran
seperti ini juga adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Masalah-masalah yang
dihadapi pembangun dapat dilihat jelas dengan tempoh pembangunan modul ini yang
diambil agak lama.
69
5.5.1 Merekabentuk Projek Dalam Modul
Memilih projek yang akan dibangunkan di dalam modul bukanlah kerja yang
mudah. Pembangun perlu memilih tajuk projek yang sesuai dengan skop
pembangunan dan merekabentuk projek tersebut. Masalah yang berlaku di sini
adalah merekabentuk projek yang sebenar adalah tidak semudah merekabentuk
projek di atas kertas. Pengkaji harus memastikan projek yang dicadangkan dan telah
direkabentuk mempunyai potensi dan kebolehpercayaan untuk dihasilkan. Oleh yang
demikian, pembangun sendiri telah membangunkan dan menyiapkan projek-projek
yang telah dipilih dalam usaha memastikan projek tersebut berkeupayaan untuk
dihasilkan dengan hasil kraftangan. Projek-projek yang tidak logik, sangat sukar dan
melibatkan kos penghasilan yang tinggi akan dimansuhkan dan dikeluarkan daripada
modul pembelajaran ini. Terdapat beberapa projek yang telah direkabentuk dan
dirancang tetapi akhirnya gagal untuk dihasilkan merujuk kepada faktor-faktor yang
tersebut, antaranya seperti helikopter mini (mini helicopter), pesawat terbang mini
(mini aircraft) dan maglev mini (mini magnetic levitation train). Dalam usaha
menghasilkan projek-projek ini pembangun telah menyedari projek-projek yang
disebutkan ini telah melibatkan kos yang tinggi dan hasil yang telah disiapkan adalah
mustahil untuk mempamirkan konsep fizik yang telah digunapakai. Pembaziran dan
kekangan masa juga berlaku dan akan dibincangkan pada bahagian berikutnya.
5.5.2 Kekurangan Pakar Dalam Melukis Dan Membuat Ilustrasi
Gambarajah dan ilustrasi mendominasi hampir keseluruhan modul. Oleh yang
demikian, ilustrasi berkomputer dipilih kerana selain jelas dilihat dan dirujuk,
gambarajah yang dihasilkan berbantu komputer juga adalah lebih kemas, ringkas dan
seragam. Walaubagaimanapun, pembangun kekurangan kemahiran dalam
menggunakan perisian-perisian ilustrasi ini seperti Adobe Photoshop, Autocad,
Sketchup Pro dan lain-lain. Pengkaji hanya berkeupayaan mengaplikasi sepenuhnya
ilustrasi yang dihasilkan melalui perisian Microsoft Office Power Point 2007 dan
sedikit kemahiran menggunakan perisian Sketchup Pro. Kekurangan kemahiran
70
terhadap perisian-perisian ini menjadi masalah kepada pembangun di dalam
membuat paparan ilustrasi yang lebih baik dan jelas. Walaupun begitu, juga tidak
dapat dinafikan hasil penggunaan Microsoft office Power Power Point 2007 juga
adalah baik, jelas dan menarik tetapi ia memerlukan kemahiran, ketelitian, dan
kreativiti yang tinggi dalam proses penghasilan ilustrasi tersebut.
5.5.3 Kekangan Masa
Masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan modul pembelajaran ini juga
begitu terhad untuk menghasilkan modul pembelajaran yang lebih sempurna. Masa
banyak dihabiskan kepada pembangunan ilustrasi dan gambarajah. Selain itu,
pembangun juga dikehendaki membangunkan projek yang telah dipilih dalam
memastikan projek yang dipilih benar-benar boleh dibangunkan dan bukan sekadar
perancangan dan model di atas kertas. Semua ini telah memakan masa yang panjang
berikutan terdapat empat modul yang perlu dibangunkan serentak. Hasil projek-
projek yang gagal juga menyumbang kepada penggunaan masa yang berlebihan.
Masa yang ada perlu diimbangi dengan penulisan dan pembangunan projek ini di
samping perlu menghadiri kuliah.
5.5.4 Sumber Dan Bahan-bahan Rujukan Yang Terhad
Bahan-bahan rujukan yang berkaitan dengan pembangunan projek adalah
terhad dan kebanyakannya ditumpukan kepada projek-projek untuk pelajar-pelajar
sekolah rendah. Projek-projek pada tahap ini biasanya adalah sangat ringkas, terlalu
mudah dibuat dan tidak mengaplikasikan konsep fizik dan cara kerja sebenar projek
tersebut. Rujukan dan contoh projek yang memenuhi tahap dan kehendak
pembangun agak terhad di mana ianya hanya boleh diperolehi dari perpustakaan atau
membelinya sendiri.
71
5.6 Dapatan Hasil Penilaian
Dapatan hasil penilaian daripada guru-guru fizik berpengalaman di sekolah
telah dirumuskan dan diringkaskan. Berikut ialah elemen-elemen yang
diketengahkan pembangun untuk dihuraikan.
5.6.1 Rekabentuk Kulit Hadapan
Hasil dapatan penilaian, secara purata penilai berpuas hati dengan rekabentuk
kulit hadapan modul pembelajaran.
5.6.2 Isi Kandungan Modul
Secara purata, modul yang dinilai memerlukan penambahbaikan dari segi
matlamat, objektif, fokus pembelajaran projek dan aktiviti pembelajaran. Matlamat
pembelajaran kurang tepat dan memerlukan pengubahsuaian.
5.6.3 Teks Dan Ilustrasi
Penggunaan teks adalah jelas, mudah difahami dan ringkas. Secara purata
penilai berpuas hati dengan hasil ilustrasi yang telah pembangun hasilkan. Penilai
juga mencadangkan supaya menggunakan perisian khas yang lebih baik untuk
menghasilkan ilustrasi yang dikehendaki.
72
5.6.4 Saiz Modul
Secara purata, penilai berpus hati dengan pemilihan saiz modul iaitu
menggunakan kertas bersaiz B5. Penilaian formatif yang dijalankan semasa
merekabentuk modul menggunakan kertas bersaiz A5 adalah kurang sesuai dan
terlalu kecil.
5.6.5 Contoh Komen Dan Pandangan Kritis Penilai
Rajah 5.1 : Komen dan Pandangan penilai
73
5.7 Cadangan Penambahbaikan Modul
Cadangan penambahbaikan kebanyakkannya dipetik daripada hasil soal
selidik dan penilaian yang dibuat oleh guru-guru fizik yang berpengalaman. Hasil
dapatan, komen kritis dan cadangan mereka dimasukkan sebagai cadangan
penambahbaikan modul pembelajaran ini.
5.7.1 Penguasaan Kemahiran Mengaplikasi Perisian-perisian Ilustrasi
Pembangun perlu menguasai kemahiran-kemahiran mengaplikasi dan
menggunakan perisian-perisian membuat visual dan ilustrasi dengan baik.
Penguasaan terhadap perkara ini dapat membantu kepada penghasilan visual dan
ilustrasi dalam modul dengan lebih menarik, jelas, mudah dan berkualiti.
Keseragaman dan latar belakang dalam modul dapat dihasilkan dengan lebih baik
dan hasil modul yang berkualiti dapat meletakkan modul pembelajaran ini seiiring
dengan modul-modul pembelajaran yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat
penerbitan.
74
5.7.2 Pemilihan Tajuk Modul Berasaskan Topik-Topik Kritikal Dan Sukar
Cadangan yang diberikan ini adalah sangat baik. Pembangun perlu meneliti
dan melihat kajian-kajian yang lepas tentang topik-topik dalam matapelajaran fizik
yang bermasalah. Seterusnya setelah mengenalpasti topik-topik tersebut, pembangun
perlu mendapatkan idea terbaik tentang tajuk projek yang dapat mengaplikasi konsep
fizik tersebut. Oleh yang demikian, pembangunan modul berasaskan projek ini lebih
bermakna dan dapat menjadi kaedah pembelajaran alternatif kepada guru-guru.
Cadangan ini mungkin boleh dibawa untuk kajian dan pembangunan pada masa akan
datang.
5.7.3 Menyediakan Proses Penghasilan Projek Dalam Bentuk Video
Modul yang telah dihasilkan mempunyai dua sumber yang boleh dirujuk
semasa membina projek. Langkah-langkah bertulis dan bergambar yang disediakan
di dalam modul mungkin masih tidah dapat membantu dari segi penyampaian. Oleh
yang demikian, langkah-langkah penghasilan projek adalah lebih baik dan menarik
jika disediakan juga di dalam bentuk video. Langkah-langkah pembinaan dari
pemilihan bahan-bahan sehingga akhirnya menguji projek yang telah dihasilkan
dirakamkan dan diedit menggunakan perisian-perisian video yang banyak boleh
didapati. Penghasilan video seperti ini dapat menonjolkan kelebihan dan
keistimewaan modul pembelajaran ini berbanding modul-modul pembelajaran yang
terdapat di pasaran sekarang.
75
5.7.4 Pelbagaikan Contoh Aktiviti-aktiviti Pembelajaran Menggunakan Projek
Aktiviti-aktiviti pembelajaran menggunakan projek dicadangkan supaya
dipelbagaikan. Tidak semata-mata membuat eksperimen menggunakan projek.
Projek yang telah dihasilkan juga boleh dijadikan sebagai model rujukan atau sebagai
bahan bantu mengajar guru dalam usaha memberikan penerangan terhadap konsep
fizik dengan lebih berkesan.
5.7.5 Pelbagaikan Alat-alat Pengujian Di Dalam Modul
Alat-alat pengujian juga dicadangkan supaya dipelbagaikan lagi supaya lebih
menarik dan mempunyai variasi. Alat-alat pengujian boleh dibuat dalam bentuk isi
tempat kosong, membuat gambarajah peta minda, teka silangkata, menyusun ayat
dan sebagainya selain daripada soalan struktur.
5.8 Cadangan memperluaskan Penggunaan Modul
5.8.1 Membangunkan Dua Versi Modul
Modul pembelajaran berasaskan projek ini dibangunkan dalam versi
dwibahasa iaitu bahasa Malaysia dan bahasa inggeris. Penghasilan modul
pembelajaran dalam versi bahasa inggeris mampu membawa modul pembelajaran ini
ke peringkat global.
76
5.8.2 Memperkenalkan Modul Di Sekolah-sekolah
Modul yang dihasilkan ini diperkenalkan kepada guru dan sekolah. Guru-guru
yang berminat menggunakan modul pembelajaran ini sebagai kaedah pengajaran
mereka boleh memanfaatkan modul pembelajaran ini sepenuhnya.
5.8.3 Modul Sampingan Aktiviti Pembelajaran Di Rumah
Modul yang dihasilkan boleh dijadikan modul sampingan untuk kegunaan ibu
bapa memberikan pembelajaran kepada anak-anak mereka di rumah. Modul
sampingan dapat memberikan contoh-contoh aktiviti pembelajaran berasaskan projek
yang boleh dilakukan di rumah dengan pemantauan ibu bapa.
77
5.9 Rumusan
Berdasarkan objektif, Pembangunan modul pembelajaran fizik berasaskan
projek ini bertujuan menerapkan konsep fizik, kemahiran-kemahiran proses sains,
pemikiran kritis dan kreatif serta penyelesaian masalah. Oleh yang demikian, hasil
pembangunan berdasarkan elemen-elemen tersebut ditunjukkan secara ringkas
menggunakan jadual di bawah :
5.9.1 Penerapan Konsep Fizik
Elemen Penerapan Konsep Fizik
Modul 1
Mini Submarine
• Prinsip Archimedes • Ketumpatan • Daya apungan • Prinsip kerja Kapal Selam • Kegunaan tangki balast
Modul 2
Mini Water Fountain
• Tekanan dalam cecair • Tekanan atmosfera • Elektrik ( litar sesiri dan selari ) • Elektromagnet ( motor elektrik )
Modul 3
Mini Hovercraft
• Tekanan udara • Geseran • Prinsip kerja hovercraft dan kusyen udara • Elektrik ( litar sesiri dan selari ) • Elektromagnet (motor elektrik )
Modul 4
Mini Vacuum
Cleaner
• Prinsip bernoulli • Tekanan udara • Pergerakan tekanan udara • Prinsip kerja penyedut hampagas • Elektrik (litar sesiri dan selari ) • Elektromagnet ( motor elektrik )
Jadual 5.1 : Penerapan Konsep Fizik
78
5.9.1 Penerapan Kemahiran Proses Sains
Elemen Penerapan Kemahiran Proses Sains
Modul 1
Mini Submarine
Secara keseluruhan, kemahiran proses sains yang dapat diperlihatkan sepanjang aktiviti pembelajaran berasaskan projek ini antaranya :
• Memerhati • Mengelas • Menggunakan perhubungan ruang dan masa • Mengukur • Meramal • Berkomunikasi • Membuat Inferens • Mengumpul data • Merekod data • Membuat hipotesis • Mentafsir maklumat • Mendefinisi secara operasi • Mengawal pembolehubah • Mengeksperimen
Modul 2
Mini Water Fountain
Modul 3
Mini Hovercraft
Modul 4
Mini Vacuum Cleaner
Jadual 5.2 : Penerapan Kemahiran Proses Sains
79
5.9.3 Penerapan Pemikiran Kritis, kreatif dan Inovatif
Elemen Penerapan Pemikiran Kritis, Kreatif dan inovatif
Modul 1
Mini Submarine
• Idea baru rekabentuk unik projek. • Sifat kalis atau tahan air. • Binaan tangki balast. • Penyambungan tiub udara. • Aliran keluar masuk air dalam tangki balast.
Modul 2
Mini Water Fountain
• Idea baru rekabentuk projek. • Sifat kalis atau tahan air. • Rekaan unik perumah untuk pam. • Binaan pam. • Material yang digunakan.
Modul 3
Mini Hovercraft
• Rekabentuk badan hovercraft. • Material yang digunakan. • Pengemasan dan penyambungan wayar. • Persembahan projek. • Inovasi dan keunikan projek.
Modul 4
Mini Vacuum
Cleaner
• Idea baru rekabentuk projek. • Material yang digunakan. • Kuasa kipas yang diperlukan. • Saiz projek. • Kekemasan penyambungan.
Jadual 5.3 : Penerapan Pemikiran Kritis, Kreatif Dan Inovatif
80
5.9.1 Penyelesaian Masalah
Elemen Penyelesaian Masalah
Modul 1
Mini Submarine
• Daya apungan yang diperlukan • Material yang diperlukan untuk memudahkannya
tenggelam. • Keseimbangan projek semasa tenggelam. • Berat projek.
Modul 2
Mini Water Fountain
• Kekuatan pam air. • Kuasa elektrik yang diperlukan • Ketahanan motor pam • Tekanan air yang ingin dicapai • Mengelakkan motor daripada terkena air.
Modul 3
Mini Hovercraft
• Saiz projek yang diperlukan • Kesesuaian Berat projek • Pemilihan motor elektrik dan kipas • Kekuatan motor dan aliran udara yang dihasilkan • Pemilihan material projek • Arah putaran motor elektrik
Modul 4
Mini Vacuum
Cleaner
• Kekuatan aliran udara yang dihasilkan • Kekuatan motor elektrik • Kesesuaian saiz projek • Penentuan arah putaran kipas
Jadual 5.4 : Penyelesaian Masalah
81
5.10 Kesimpulan
Pembangun telah berjaya menghasilkan empat buah modul pembelajaran
berasaskan projek bagi tujuan penerapan konsep fizik, kemahiran proses sains,
pemikiran kritis dan kreatif serta penyelesaian masalah. Penghasilan modul
pembelajaran ini merujuk kepada objektif yang telah ditetapkan dan telah dijelaskan
tentang elemen-elemen tersebut di dalam modul pembelajaran ini.
5.11 Penutup
Diharapkan dengan terhasilnya modul pembelajaran berasaskan projek ini
mampu menjadikannya asas kepada pengeluaran modul-modul pembelajaran
berasaskan projek yang lebih baik dan meliputi keseluruhan kurikulum sekolah
rendah dan menengah. Persediaan ini adalah penting di dalam usaha mengharungi
transformasi dalam pendidikan di Malaysia. Pendidikan berteraskan
kreativiti,inovasi, sains dan teknologi menjadi pemangkin dalam usaha
mengembangkan pembelajaran berasaskan projek ke seluruh negara. Kewujudan
modul pembelajaran berasaskan projek ini secara tidak langsung dapat memupuk
nilai-nilai murni, penerapan pemikiran sains serta teknologi terhadap generasi baru
yang akan menerajui perkembangan dan pembangunan negara pada masa hadapan.
Semoga bidang pendidikan di Malaysia terus berkembang dan meningkat maju.
82
RUJUKAN
Abu Hassan bin Kasim (2003). Kurikulum Sains Sekolah Malaysia. Edaran Dalaman.
Fakulti pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia
Aminah Ayob (2008). Melangkah ke hadapan ke arah membangunkan Modal Insan
yang celik Sains, Matematik dan Teknologi. Prosiding Seminar Kebangsaan
Pendidikan Sains dan Matematik, 11 & 12 Oktober 2008, UTM
Badariah binti Hamzah, Cham You, Chang See Leong, Koey Kheng Chuam, Yew
Kok Leh (2005). Physics Form 4 Practical Book. Selangor : Zeti Enterprise.
Brian E. Woolnough (1994). Effective Science Teaching. Open University
Press : Buckingham.Philadelphia
Christine Ebert & Edward S. Ebert II (1998), The Inventive Mind In Science: Creative Thinking Activities : Teacher Idea Press.
Foo Seng Teek, Yee Cheng Teik, Chong Geok Chuan & Lee Beng Hin (2007).
Success Physics SPM. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Hazrulrizawati Bt Abd Hamid.(2007). Perbandingan Tahap Penguasaan
KemahiranProses Sains Dan Cara Penglibatan PelajarDalam Kaedah Amali
Tradisional Dengan Kaedah Makmal Mikro Komputer.Sarjana, Universiti
Teknologi Malaysia
Kamus Dewan, Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khoo Goh Kow & Yap Eng Keat (2007). Reference text Series Physics. Selangor:
Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
83
Mohammad Khatim Hassan (2001). “ Pembelajaran matematik Di Era Digital : Pendekatan dan Cabarannya”. Jurnal Bahagian Teknologi Pendidikan. Siri 3. 80-90.
Neal A. Glasgow & Cathy D. Hicks (2003). What Successful Teachers Do :
Research-based Classroom Strategies for New and Veteran teacher :Corwin Press Inc. Sage Publication Company
Nor Rahimah Bte Abu Bakar (2003) Pembinaan dan Penilaian Kesesuaian
Pembelajaran Kendiri Daya dan Gerakan Bagi Mata Pelajaran Fizik KBSM
Tingkatan Empat. Universiti Teknologi Malaysia : Tidak Diterbitkan.
Omardin Ashaari (1997). Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Richard Gott & Sandra Duggan (1994). Developing Science And Technology
Education; Investigative Work In The Science Curriculum. Open University
Press : Buckingham.Philadelphia
Roshidayah Yang (2004). Pembinaan dan Penilaian Kesesuaian Pembelajaran
Kendiri (MPK) Sifat Jirim Bagi Mata Pelajaran Fizik KBSM Tingkatan Empat.
Universiti Teknologi Malaysia : Tidak Diterbitkan
Sidek Mohd Noah & Jamaludin Ahmad ( 2005). Pembinaan Modul : Bagaimana
Membina Modul Latihan Dan Modul Akademik. Penerbit Universiti Putra
Malaysia.
Siti Noor Zulita Binti Kamsan. (2007). Tahap Kefahaman Kemahiran Memerhati
dan Mentakrif Operasi Di Kalangan Pelajar Tahun Satu Pendidikan Fizik,
Universiti Teknologi Malaysia. Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia
Sue E. Baptiste (2003). Problem Based Learning ; A Self Directed Journey :
SLACK Incorporated
Yew Kok Leh (2009). Hands-On Integrated with PEKA Form 4 Physics .Selangor:
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
84
LAMPIRAN A
MUKA DEPAN MODUL
85
LAMPIRAN B
HASIL PENILAIAN GURU
86
87
88
89
90
91
LAMPIRAN C
CONTOH MODUL
92
93
94
95
96
97
98
99
100
101
102
103
104
105
106
107
108
109
110
111
112
113
114
115
116
117
118
LAMPIRAN D
BORANG SOAL SELIDIK
119