Pembangunan Kandis Resource Centre
Transcript of Pembangunan Kandis Resource Centre
PEMBANGUNAN KANDIS RESOURCE CENTRE –
PEMANGKIN PELANCONGAN PENDIDIKAN
AFANDI BIN FIKRI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
iii
DEDIKASI
Ayahanda, bonda
isteri dan anak-anak
serta sahabat-sahabat seperjuangan
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keberkatanNya,
akhirnya projek ini telah dapat disiapkan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Sains (Perancangan Pelancongan).
Penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas dan ucapan jutaan terima kasih
kepada penyelia projek, Prof. Dr. Amran B. Hamzah atas bimbingan dan tunjuk ajar
serta dorongan beliau sepanjang tempoh penyelidikan ini. Ribuan terima kasih juga
kepada Prof. Dr Zainab Bt. Khalifah, Dr. Hairul Nizam B. Ismail, En.Ahmad Tajuddin
B. Kechik dan Pn. Nor Azina Bt. Dahlan diatas segala tunjuk ajar dan dalam
memberikan pandangan serta nasihat berguna sewaktu tempoh pembelajaran.
Penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Pengarah Kandis Resouce
Centre (KRC), Pegawai Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Pegawai
Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kelantan (JKKWK), Pegawai Perbadanan
Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan (PKKMK), Pegawai Bahagian
Pembangunan Majlis Daerah Bachok (MDB), Peagwai Majlis Tindakan pelancongan
Negeri Kelantan (MTPNK), Pegawai Pusat Penerangan Pelancong Kelantan (TIC) dan
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPNK), Badan Warisan Malaysia (BWM) dan
resort-resort di sekitar Kampung Kandis serta penduduk di Kampung Kandis sekitar
KRC di atas kerjasama dalam menyiapkan projek sarjana ini.
Tidak dilupakan juga kepada semua yang terlibat dalam penyiapan laporan
projek ini samada secara langsung atau tidak langsung, penulis ingin merakamkan
ribuan terima kasih yang tidak terhingga semoga apa yang telah dicurahkan itu akan
mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
v
ABSTRAK
Industri pelancongan kini merupakan industri yang kedua terpenting dalam
memberikan sumbangan ekonomi kepada Malaysia. Dalam industri pelancongan
terdapat pelbagai jenis pelancongan termasuklah pelancongan kebudayaan dan warisan.
Melalui pelancongan jenis ini, ianya boleh dijadikan sebagai pemangkin kepada
pelancongan pendidikan. Dalam kajian ini, pengkaji telah membuat kajian terhadap
Pembangunan Kandis Resource Centre sebagai pemangkin kepada pelancongan
pendidikan. Dalam kajian ini, penulis telah cuba untuk melihat potensi KRC dan apakah
yang mendorong pelawat atau pelancong untuk melawat KRC ini. Jadi, beberapa ciri
telah dikenal pasti melalui kajian-kajian kes yang diperolehi daripada jurnal tentang ciri-
ciri tersebut juga daripada temubual dengan responden-responden. Kajian ini dibuat
secara kualitatif menggunakan open-ended question terhadap responden-responden
yang ada hubungan dengan KRC, yang berkaitan dengan industri pelancongan dan juga
organisasi yang ada kaitan dengan pelancongan pendidikan. Penggunaan teknik analisis
seperti IPA digunakan bagi menganalisis ciri-ciri tarikan yang terdapat di KRC yang
mana interpretasinya adalah dalam bentuk matriks yang dibahagikan kepada empat
kuardrat. Daripada rumusan hasil kajian, penulis membuat kesimpulan bahawa
pembanguan KRC ini dapat dilihat daripada empat aspek iaitu kedudukan KRC dalam
bentuk kuadrat, kejayaan pembangunan KRC ini bergantung kepada faktor dalam dan
luaran, kedudukan KRC dilihat berdasarkan model destination of life cycle – Butler
Sequence dan cadangan-cadangan am yang boleh diketengahkan terhadap beberapa
aspek yang perlu diberi perhatian oleh pihak Pengurusan KRC untuk menarik lebih
ramai lagi pelawat dan juga pelancong dalam usahanya untuk memangkin kepada
pelancongan pendidikan di KRC.
vi
ABSTRACT
Today, tourism industry in Malaysia gives a second importance economy
contribution to Malaysia. In the tourism industry, there are many types of toursim
including culture and heritage tourism. Thus, through this tourism, it also can catalyst
the educational tourism. The researcher has made a research about the devekopment of
Kandis Research Centre as a catalyst in the tourism educational by looking the potential
of KRC and what are the factors that influence visitors or tourists to visit KRC. Some of
attibutions have been found from the past case studiesand from the interviewing with the
respondents. A qualitative method was used, with interviews using open-ended
questions with those which have connetions with KRC, in the tourism industry and the
the agency which involves with educational tourism. The technique such as Importance-
Performance Analysis (IPA) was used to analyze the attributions attraction at KRC,
which the interpretations were made by using Matrix Importance – Performance that
was divided into 4 quadrants. In conclusion, the researcher has concluded that the
development of KRC can be seen in a quadrant form, the successful of development of
KRC depends on internal and external factors, the condition of KRC can be seen based
on destination of life cycle – Butler Sequence Model and general suggestions also been
suggested in this report in order to attract more visitors and tourists to visit KRC.
vii
KANDUNGAN
MUKA SURAT BAB PERKARA
PENGESAHAN TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL i HALAMAN PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xiv SENARAI RAJAH xv SENARAI SINGKATAN xvii BAB 1 PENDAHULAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latarbelakang Kajian 4
1.3 Pernyataan Masalah 5
viii
1.4 Matlamat dan Objektif Kajian 5 1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Skop Kajian 8 1.7 Kawasan Kajian 8 1.8 Kepentingan Kajian 9
1.9 Rekabentuk Kajian 9 1.9.1 Penggunaan Teknik Analisis 10
1.10 Definisi Terma 13
BAB II KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 14 2.2 Pelancongan Pendidikan 14 2.3 Pelancongan Budaya dan Warisan 20
2.4 Muzium dan Galeri Seni Sebagai Tarikan
Pelancongan Budaya Dan Warisan 21
2.5 Kajian Kes Berkenaan Dengan Permintaan Pelancongan Warisan Di Ireland Utara 23
2.6 Kajian Kes Terpilih Berkenaan Dengan
Keutamaan Pengalaman dan Dari Perspektif Pelawat Muzium Terhadap Pelancongan Warisan 23 2.6.1 Penilaian Tentang Pengalaman Melawat Muzium Michigan 24
2.7 Kajian Kes Terpilih Berkenaan dengan Ciri-ciri
(Attributes) Tempat-tempat Tarikan Kebudayaan Popular di Hong Kong 25
ix
2.8 Kajian Kes Berkenaan Dengan Penilaian Sebuah
Muzium Sebagai Produk Pelancongan Menggunakan Kaedah Servqual 27
2.9 Kajian Kes Terpilih Berkenaan Dengan Perkhidmatan Muzium Warisan Di England 28 2.9.1 The Moyse’s Hall Museum 28 2.9.2 The Manor House Museum 29 2.9.3 The Haverhill Local History Centre 30
2.9.4 The West Stow Country Park and Anglo Saxon Village 30
2.10 Kajian Kes Terpilih Berkenaan Dengan Pengurusan Warisan Di Jepun 31 2.10.1 Kurashiki 31 2.10.2 Ise Shi 32 2.10.3 Shirakawa Go 32
2.11 Komponen-komponen Penawaran dalam Industri
Pelancongan 33
2.12 Ciri-ciri (Attributes) Yang Penting Dalam Menjayakan Pelancongan Budaya dan Warisan 38 2.12.1 Produk Yang Ditawarkan 38 2.12.2 Pengalaman Pelancong 38 2.12.3 Promosi dan Pemasaran Dalam Pelancongan 39 2.12.4 Keselamatan Pelancong 41 2.12.5 Infrastruktur Di Sesebuah Destinasi 41 2.12.6 Pengurusan Dalam Pelancongan 42
x
2.13 Ciri-ciri (Attributes) Yang Menjadi Daya Penarik Ke KRC 44
BAB III KAWASAN KAJIAN
3.1 Pengenalan 45 3.2 Pelan Induk Seni Budaya Kelantan Tahun Depan 47 3.3 Lokasi Kawasan Kajian 49 3.4 Latar Belakang Kawasan Kajian 50 3.4.1 Objektif Penubuhan KRC 51 3.5 Aktiviti-aktiviti Kandis Resource Centre Yang Telah Lepas 52 3.6 Cadangan Program-program Yang Ditawarkan di KRC 53 3.6.1 Pelancongan Pendidikan 54 3.6.2 Pakej Senibina 58 3.6.3 Pakej Lanskap 61 3.6.4 Pakej Persekitaran 63
xi BAB IV ANALISIS KAJIAN DAN PERBINCANGAN
4.1 Pengenalan 65
4.2 Analisis Temubual Berkenaan Dengan Produk Yang Ditawarkan 67 4.2.1 Konsep dan Imej KRC 67 4.2.2 Program Atau Pakej Pelancongan Yang Ditawarkan 70 4.2.3 Jenis Pameran Yang Dipamerkan 72 4.2.4 Konsep Penerapan Pelancongan Pendidikan 74
4.3 Analisis Temubual Berkenaan Dengan Pengalaman Pelancong 75 4.3.1 Pertunjukan Demonstrasi 75
4.3.2 Keaslian Artifak dan bahan Pameran 77 4.4 Analisis Temubual Berkenaan dengan Value For Money 79
4.5 Analisis Temubual Berkenaan Dengan Kepimpinan 80 4.5.1 Hubungan Dengan Agensi Atau Badan Kerajaan 80 4.5.2 Hubungan Dengan NGO 85 4.5.3 Hubungan Dengan Pihak Swasta dan Orang Perseorangan 85
4.6 Analisis TemubuaI Berkenaan Dengan Infrastruktur dan Ameniti 86 4.6.1 Kemudahan Pelawat 86
4.6.2 Keselamatan 87 4.6.3 Pengangkutan 88
xii 4.6.4 Penginapan 89 4.7 Analisis Temubual Berkenaan Dengan Pengurusan Tarikan 89 4.7.1 Pengurusan Di Lokasi 89 4.7.2 Latihan Kakitangan 90 4.7.3 Kebersihan Persekitaran 91 4.8 Analisis Temubual Berkenaan Dengan Peasaran dan Promosi 93 4.8.1 Aspek Pemasaran 93 4.8.2 Sasaran Pengunjung 94 4.8.3 Unjuran Pengunjung 95 4.9 Analisis Temubual Berkenaan Dengan Sumberjaya 83 4.9.1 Tarikan Sekeliling 96
4.9.2 Jarak Dengan Tarikan-tarikan Pelancongan Yang Lain 96
BAB V RUMUSAN HASIL KAJIAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 98
5.2 Kedudukan Sekarang KRC Berada Dalam Kuadrat
Samada Q1, Q2, Q3 atau Q4 99
5.3 Pembangunan KRC Bergantung Kepada Faktor Dalaman Dan Faktor Luaran 100
xiii 5.4 Kedudukan KRC berdasarkan kepada Model
Destination Life Cycle - Butler Sequence 102
5.5 Cadangan Am Yang Perlu Diberi Perhatian Oleh Pengurusan KRC 105
5.6 Kepentingan Pembangunan KRC Kepada Masyarakat Setempat 112
5.7 Kesimpulan 113
RUJUKAN 114
LAMPIRAN
xiv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT
1.1 Importance-Performance Analysis (IPA) 11
2.1 Ciri-ciri (attributes) Tempat-tempat Tarikan Kebudayaan Popular Di Hong Kong 25
2.2 Enambelas Kawasan Kajian Terhadap Tempat Tempat Tarikan Kebudayaan Popular Di Hong Kong 27
2.3 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kejayaan Sesebuah Tarikan Pelancongan 36
3.1 Ketibaan Pelancong Domestik dan Antarabangsa Ke Kelantan 47
3.2 Program dan Aktiviti Pelancongan Pendidikan Di KRC 57
3.3 Program dan Aktiviti Senibina Di KRC 60
3.4 Program dan Aktiviti Lanskap Di KRC 62
3.5 Program dan Aktiviti Alam Sekitar Di KRC 64
4.1 Tema Temubual Dengan Responden 66
5.1 Pembangunan KRC Bergantung Kepada Faktor Dalaman dan Faktor Luaran 101
xv 5.2 Kaedah Komunikasi Pemasaran Berkesan 111
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKASURAT
1.1 Carta Alir Penyelidikan 7
1.2 Matriks Importance-Performance (IPA) 12
2.1 Model Kategori Pelancongan Pendidikan 16
2.2 Pakej Pelancongan Yang Ditawarkan Oleh Agensi Pelancongan TM Tours Di Malaysia 18
2.3 Program Lawatan Pendidikan Untuk Pelajar Di Hutan Amazon 18
2.4 Salah Satu Penawaran Pelancongan Pendidikan Di Thailand 19
2.5 Model Pelancongan Pendidikan Berasaskan Kajian, Lawatan Dan Menambah Ilmu Pengetahuan 19
2.6 Empat Komponen Dalam Penawaran Pelancongan 35
2.7 Faktor-faktor Penarik Yang Mempengaruhi Ke Destinasi 37
2.8 Daya Tarikan Pelancong Ke KRC 44
3.1 Peta Negeri Kelantan – Dan Lokasi KRC 46
5.1 Destination of Life Cycle – Butler Sequence 102
xvi
5.2 Kepentingan Pembangunan KRC Terhadap Masyarakat
Setempat 112
xvii
SENARAI SINGKATAN KRC KANDIS RESOURCE CENTRE
JKKN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA JKKWK JABATAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN KELANTAN PKKMK PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN KELANTAN MDB MAJLIS DAERAH BACHOK MTPNK MAJLIS TINDAKAN PELANCONGAN NEGERI KELANTAN
TIC TOURIST INFORMATION CENTRE (PUSAT PENERANGAN PELANCONG) JPNK JABATAN PELAJARAN NEGERI KELANTAN NGO NON GOVERNMENT ORGANISATION BWM BADAN WARISAN MALAYSIA Q1 KUADRAT 1 Q2 KUADRAT 2 Q3 KUADRAT 3 Q4 KUADRAT 4
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
World Tourism Organisation - WTO (1993) telah mencadangkan bahawa
pelancongan mengandungi aktiviti-aktiviti bagi individu yang mengembara dan berada
di luar daripada kawasan persekitaran bagi dirinya, tidak lebih dari satu tahun bagi
tujuan bersiar-siar, perniagaan dan tujuan-tujuan lain. WTO menganggarkan ketibaan
pelancong diseluruh dunia mencecah 1 bilion orang menjelang tahun 2010. McIntosh
(1995) mengatakan bahawa industri pelancongan merupakan sebuah industri yang
semakin berkembang pesat sejak dekad ini. Gunn (1998) mengatakan bahawa industri
pelancongan akan terus menjadi satu fenomena pertumbuhan ekonomi dan sosial yang
paling pesat pada abad ke 21 ini.
Meskipun persaingan semakin meningkat di kalangan negara-negara di seluruh
dunia bagi menarik kedatangan pelancong, sektor pelancongan di Malaysia dijangka
menerima manfaat daripada pertumbuhan pelancongan antarabangsa dalam tempoh
2
RMKe-9 dan ketibaan pelancong ke Malaysia dijangka meningkat pada purata 8.4%
setahun dan kedatangan pelancong dijangka mencapai 24.6 juta orang menjelang tahun
2010 dengan pendapatan pelancongan dijangka sebanyak RM59.4bilion. Utusan
Malaysia (3 April 2005) industri pelancongan di Malaysia telah menyumbang sebanyak
pendapatan RM29.7 bilion kepada pendapatan negara dengan kemasukan 15.7
pelancong asing pada tahun lalu.
Dalam tempoh RMK9, usaha bersepadu akan dipacukan dalam merealisasikan
potensi industri pelancongan bagi meningkatkan sumbangannya dalam sektor
perkhidmatan secara khusus dan ekonomi secara keseluruhan. Memandangkan industri
ini menjana kesan pengganda yang tinggi dalam pelbagai sektor, aktiviti pelancongan
akan menyediakan satu landasan yang lebih luas bagi rantaian antara sektor. Lebih
banyak usaha bersepadu akan diambil untuk mengembleng dan menyalurkan sumber
bagi menaik taraf infrastruktur dan kemudahan pelancongan serta membangunkan lebih
banyak produk dan perkhidmatan pelancongan yang inovatif. Langkah Kerajaan
Malaysia menstrukturkan semula pakej dan produk pelancongan disifatkan sebagai
kaedah berkesan untuk menarik lebih ramai para pelancong asing mengunjungi negara
ini dan menjana pertumbuhan industri pelancongan. Bagi meningkatkan keunikan
tarikan terhadap produk dan perkhidmatan pelancongan di Malaysia, kerajaan terus
mempromosi kelebihan tradisional negara iaitu dalam pelancongan kebudayaan dan
warisan semulajadi iaitu dalam :
a) Ekopelancongan, agropelancongan dan program inap desa
b) Pelancongan kebudayaan dan warisan
c) Acara Bertema
d) Sukan dan rekreasi
e) Pelancongan pendidikan
f) Pelancongan kesihatan
g) Program Malaysia Rumah Keduaku.
3
Menurut dalam RMK9, menyedari potensi pelancongan pendidikan sebagai satu
segmen pasaran baru untuk meningkatkan pendaptan tukaran asing, pelbagai langkah
telah diambil dalam mempromosikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pedidikan
serantau. Pendapatan tukaran asing dari pasaran baru muncul meningkat daripada
RM220 juta pada tahun 2000 kepada RM450 juta pada tahun 2005. Dalam RMK9,
sebagai menggalakkan lagi sektor pelancongan pendidikan, lima pusat Penggalakkan
Pendidikan Malaysia telah didirikan di Beijing, Ho Chi Minh City , Jakarta dan Jeddah
untuk mempromosikan peluang-peluang pendidikan yang terdapat di Malaysia.
Sebenarnya, pelancongan pendidikan boleh dikategorikan kepada dua iaitu pertama
penubuhan institusi pengajian tinggi dan menggalakkan kemasukan para pelajar luar
negara untuk belajar di sesebuah negara dan kedua pelancongan pendidikan sebagai
memberi ilmu pengetahuan dan membuat kajian terhadap aktiviti-aktiviti yang terlibat
secara langsung dengan industri pelancongan disamping memberi pendedahan secara
tidak langsung kepada para remaja, belia atau pelajar yang berkaitan dengan ilmu dan
aktiviti pelancongan.
Dalam konteks pelancongan pendidikan berasaskan pelancongan pendidikan
berasaskan kajian, lawatan dan unutk menambah ilmu pengetahuan, Kementerian
Pendidikan Malaysia telah menubuhkan Program Pelancongan Pelajar (3P) yang telah
dilancarkan dengan rasminya oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan
bersama dengan Menteri Pendidikan pada 24 Februari 2001. Tujuannya adalah untuk
menyemarakkan lagi aktiviti pelancongan domestik dengan memupuk budaya
melancong di dalam negara sendiri di kalangan pelajar terutama membuat lawatan
kontekstual ke tempat-tempat bersejarah, kebudayaan, pelancongan eko dan sebagainya.
Disamping itu juga, dengan adanya lawatan konstekstual oleh para pelajar, remaja dan
belia, dapatlah mereka merasai hands on experience sewaktu mengambil bahagian
dalam program yang dianjurkan oleh sesebuah lawatan tersebut. Miller (1991)
mengatakan bahawa, pembelajaran pelancongan adalah merupakan satu bentuk
pelancongan yang dapat memberi pengalaman yang menghiburkan dan berbentuk
pendidikan samada kepada pelawat atau pelajar.
4
1.2 Latarbelakang Kajian
Manusia sekarang berkecenderung untuk mencari kelainan termasuklah bagi
kebudayaan tradisional dan kebudayaan warisan yang boleh dikaitkan dengan
pelancongan pendidikan, pelancongan pendidikan ini boleh menjadi permintaan utama
dalam industri pelancongan. Menurut Richards (1995), melalui strategi pelancongan
kebudayaan dan warisan yang wujud, boleh digunakan untuk merancakkan lagi
pelancongan tempatan dan menolong bentuk pelancongan yang bermusim. Ini
bermaksud, kita juga boleh kaitkan tentang kebudayaan tradisional dan kebudayaan
warisan ini untuk merancakkan dan sebagai pemangkin dalam pelancongan pendidikan.
Di Kelantan, terdapat sebuah pusat kebudayaan Melayu yang bertujuan untuk menjaga
dan memelihara seni ukir budaya Melayu iaitu Kandis Resource Centre (KRC) yang
didirikan di Kandis, Bachok Kelantan. KRC yang ditubuhkan pada tahun 2000,
sememangnya mempunyai keunikan tersendiri. Keunikan ini kerana penubuhannya
adalah yang pertama di Kelantan yang menawarkan sebuah institusi sebagai rujukan
terhadap kesenian, kraf dan seni ukir kayu Melayu. Malah Datin Waveney Jenkins
seorang aktif dalam Badan Warisan Malaysia, seorang pengarca dan pelukis telah
diberi mandat untuk menerajui projek yang sedang dirancang oleh KRC setelah beliau
yakin dan percaya dengan ilmu dan kebolehan dalam seni ukir Melayu yang berasaskan
Langkasuka oleh Allahyarham Nik Rashiddin Nik Hussein dan Saudara Norhaiza
Nordin. Projek pembinaan sebuah muzium dan galeri oleh KRC yang sedang dalam
proses pembinaan sekarang akan mempamerkan segala hasil seni, kraf, seni ukir
Melayu dan juga disediakan bengkel pendidikan seni, bengkel tempat mengukir kayu
dan tempat bagi demonstrasi bagi para pengunjung dan pelancong yang datang ke KRC.
Bagi jangka masa panjang, KRC akan mengembangkan aktiviti program dengan
membina sebuah akademi yang bertujuan untuk mengajar para belia dan juga mereka
yang berminat dalam seni ukir kayu serta yang berkaitan dengan kraf Melayu
khususnya seni Langkasuka bagi menjamin agar seni Melayu tidak pupus ditelan zaman.
Sebuah buku terbitannya iaitu The Spirit of Wood and The Art of Malay Woodcarving,
telah membuktikan bahawa KRC ini memang bersungguh-sungguh untuk menjadi
sebagai sebuah pusat kebudayaan Melayu iaitu dengan menubuhkan muzium dan galeri
5
seni yang berkonsepkan Langkasuka yang unggul dan terkenal bagi kesenian, kraf dan
seni ukir kayu Melayu yang utama di Kelantan.
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan kepada tujuan utama KRC sebagai sebuah pusat kesenian Melayu
iaitu dengan membina muzium dan galeri, adakah KRC ini berpotensi untuk menjadi
Pusat Kebudayaan Melayu yang utama di Kelantan ? Apakah konsep dan program yang
ditawarkan oleh KRC dalam usaha untuk menjadikan KRC sebagai destinasi tarikan
pelancongan pendidikan ? Segala perancangan dan aktviti serta komponen-komponen
yang berkaitan dengan muzium dan galeri dalam menawarkan tarikan pelancongan
pendidikan haruslah perlu diambil kira dan bertepatan dengan konsep pelancongan
pendidikan dalam usaha untuk menggalakkan kunjungan pelawat dan pelancong dan
seterusnya KRC dapat menjadi destinasi tarikan pelancongan pendidikan yang terunggul
di Negeri Kelantan khasnya.
1.4 Matlamat dan Objektif Kajian
Matlamat penyelidikan ini adalah untuk melihat potensi Kandis Resource Centre
yang menawarkan konsep dan program pelancongan pendidikan dengan kepada
pengunjung dan juga pelancong sekaligus dapat menjamin agar seni Melayu tidak pupus
ditelan zaman. Apabila pembangunan konsep dan serta program yang ditawarkan ini
yang dapat menarik minat serta dapat memberikan pengalaman pelancong (tourist
experience) dengan ini menunjukkan bahawa Kandis Reseource Centre telah dapat
merealisasikan pelancongan pendidikan dan seterusnya menjadikan tempat ini sebagai
destinasi tarikan pelancongan pendidikan.
6
Objektif kajian ini ialah untuk :
a) meninjau konsep dan program yang ditawarkan oleh KRC dalam usaha untuk
menjadikannya sebagai tarikan pelancongan pendidikan.
b) meninjau pengalaman pelancong (tourist experience) yang boleh diperolehi di
KRC
c) meninjau tarikan semulajadi / sumberjaya yang dapat membantu menggalakkan
pelawat dan pelancong ke KRC
d) melihat perhubungan awam, teknik pengurusan dan strategi pemasaran yang
praktikkan oleh Pengurusan KRC sekarang.
1.5 Persoalan Kajian
a) Apakah imej yang cuba ditonjolkan oleh KRC ?
b) Apakah konsep dan program pendidikan yang ditawarkan oleh KRC ?
c) Apakah pengalaman pelancong (tourist experience) yang dapat diperolehi di
KRC ?
d) Apakah terdapatnya tarikan semulajadi / sumberjaya di sekitar KRC ?
e) Apakah bentuk perhubungan awam, teknik pengurusan serta strategi pemasaran
semasa yang dipraktikkan oleh Pengurusan KRC sekarang ?
7
LATAR BELAKANG KAJIAN
PERNYATAAN MASALAH
MATLAMAT DAN OBJEKTIF
DATA PRIMER - Temubual * Pengarah KRC * Pegawai Jabatan Kebudayaan & Warisan Negara * Pegawai Jabatan Kebudayaan, Kesenian & Warisan Kelantan * Pegawai Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Kelantan * Pegawai Pusat Penerangan Pelancong, Kelantan * Pegawai Majlis Tindakan Pelancongan Negeri, Kelantan * Pegawai Pembangunan Majlis Daerah Bachok * Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan * Badan Warisan Malaysia * Pengusaha resort sekitar Kandis * Penduduk setempat Kampung Kandis - Pemerhatian sumberjaya dan tarikan pelancongan di sekitar KRC dan Laporan inventori dan visual
KAJIAN LITERATUR
PERSOALAN KAJIAN
DAPATAN KAJIAN DAN DAN ANALISIS
PENGUMPULAN MAKLUMAT
KAJIAN LAPANGAN DI LOKASI
DATA SEKUNDER * Kertas Kerja Mengenai KRC Yang Dibentangkan di Konferens Pelancongan Belia * Pamplet dan buku tentang aktiviti program KRC
- Definisi dan konsep pelancongan pendidikan - Hasil kajian jurnal dan kajian kes yang berkaitan dengan pembangunan sesbuah muzium serta aspek pengurusan warisan yang berkesan. - Komponen-komponen penawaran dalam pelancongan dan isu tarikan pelawat - Aspek-aspek yang penting atau yang perlu diambilkira dalam pembangunan muzium dan galeri
RUMUSAN DAN CADANGAN
Rajah 1.1 : Carta Alir Penyelidikan
8
1.6 Skop Kajian
Untuk mencapai matlamat dan objektif kajian, skop kajian ini adalah adalah
seperti berikut iaitu potensi Kandis Resource Centre sebagai destinasi tarikan
pelancongan pendidikan.
a) Kajian teoritikal tentang konsep pelancongan pendidikan
b) Kajian teoritikal terhadap pengalaman pelancong di muzium dan galeri
c) Kajian terhadap sumberjaya/tarikan pelancongan disesebuah destinasi
pelancongan
d) Kajian teoritikal terhadap pengurusan di destinasi pelancongan
e) Kajian teoritikal terhadap aspek pemasaran dalam pelancongan.
1.7 Kawasan Kajian
Kandis Resource Centre (KRC) terletak di Kampung Kandis Bachok Kelantan.
Ianya sedang dibangunkan untuk menjadi sebuah muzium dan galeri bagi menempatkan
segala hasil kerja tangan Allahyarham Nik Rashiddin B. Hj. Nik Hussein serta Norhaiza
Nordin. Manakala galeri pula akan digunakan untuk mempamer dan menyimpan karya-
karya Allahyarham Nik Rashiddin yang telah beliau hasilkan. KRC dibangunkan di atas
tanah seluas 6 ekar yang berhampiran dengan Pantai Kandis yang beralamat di Lot 225,
Kampung Kandis, Telong, 16310 Bachok Kelantan.
9
1.8 Kepentingan Kajian
Kepentingan daripada kajian ini ialah untuk membantu pihak Pengurusan KRC
dalam memajukan dan memantapkan lagi konsep dan program yang ditawarkan oleh
KRC dan juga dengan adanya pembinaan dan muzium dan galeri dapatlah pihak
Pengurusan KRC mempeluaskan lagi kegiatan seni warisan Melayu, kraf dan seni ukiran
Melayu berasaskan Langkasuka dan seterusnya secara tidak langsung boleh
merealisasikan pelancongan pendidikan. Hasil daripada kajian ini juga boleh diguna
pakai oleh pihak-pihak yang ingin memajukan atau membangunkan institusi atau pusat
kebudayaan, warisan dan kraf untuk mengenalpasti ciri-ciri atau faktor-faktor yang perlu
diambil kira sekiranya mereka ingin memajukan dan membangunkan institusi atau pusat
kebudayaan, warisan dan kraf dan sekaligus dapat merealisasikan pelancongan
pendidikan di Malaysia.
Di samping itu juga, pengkaji juga juga ingin memperlihatkan sekiranya
pembangunan muzium,galeri dan juga akademi yang akan dibina nanti mampu menarik
lebih ramai pelancong dan juga pelawat, ianya akan turut memberi kesan kepada
penglibatan masyarakat setempat seperti merancakkan lagi pengusaha pengangkutan,
restoran dan gerai, industri desa, homestay, kumpulan persembahan kebudayaan,
pengusaha retail outlets, pemandu pelancong dan pengusaha penginapan.
1.9 Rekabentuk kajian
Rekabentuk kajian yang dibuat oleh pengkaji ialah ialah secara kualitatif.
Instrumen yang digunapakai kajian ini ialah menemuramah secara (interview)
menggunakan open-ended question dengan Pengarah Kandis Resouce Centre sendiri.
Manakala agensi atau organisasi kerajaan yang terlibat pula ialah Jabatan Kebudayaan
dan Kesenian Negara, Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kelantan,
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan, Bahagian
10
Pembangunan Majlis Daerah Bachok, Majlis Tindakan pelancongan Negeri Kelantan
dan Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan serta Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.
Bagi NGO pula ialah Badan Warisan Malaysia dan pihak swasta pula ialah resort-resort
di sekitar Kampung Kandis dan akhir sekali penduduk di sekitar Kampung Kandis.
Soalan-soalan atau tema yang ditanya adalah berkisarkan kepada aspek produk yang
ditawarkan, pengalaman pelancong, kepimpinan, infrastruktur dan pengurusan tarikan,
pemasaran dan sumberjaya. Disamping itu juga, pengkaji juga menelefon kepada pihak-
pihak yang berkenaan sebagai tindakan susulan untuk mendapatkan data-data dan
maklumat yang difikirkan perlu dalam kajian ini bagi mendapatkan data dan maklumat
yang lebih lengkap dan sempurna.
Pengkaji juga membuat tinjauan ke atas sumberjaya dan inventori serta tarikan-
tarikan pelancongan di sekitar KRC dalam usaha untuk membangunkan Kandis
Resource Centre sebagai tarikan kepada pelancongan kebudayaan dan warisan dan
sekaligus dapat menjadikannya sebagai destinasi bagi pelancongan pendidikan.
1.9.1 Penggunaan Teknik Analisis
Kaedah atau teknik analisis yang bersesuaian digunakan untuk menilai ciri-ciri
yang dianggap penting dalam membri penilaian terhadap keupayaan Kandis Resorce
Centre dalam merealisasikan terhadap pelancongan pendidikan dan seterusnya dapat
menarik kedatangan pengunjung atau pelancong ke Kandis Resource Centre.
Kaedah yang sesuai difikirkan oleh pengkaji ialah unutk menganalisis ciri-ciri Kandis
resource Centre sebagai tarikan pelancongan budaya dan warisan ialah menggunakan
Importance-Performance Analysis (IPA)
11
1.9.1.1 Konsep Penggunaan Importance-Performance Analysis
Ianya merupakan satu kaedah yang menekankan kepada kepelbagaian ciri-ciri.
Melalui kaedah ini, ianya berdasarkan kepada andaian bahawa sesebuah industri boleh
meningkatkan kejayaannya dengan memastikan ia boleh mencapai prestasi
(performance) yang baik di dalam ciri-ciri yang dianggap penting. Dalam kaedah ini
juga, ianya membolehkan pengkaji melakukan penilaian terhadap ciri-ciri yang penting
dalam membangunkan sesuatu tarikan pelancongan dan seterusnya dapat memastikan
ianya boleh mencapai prestasi yang baik.
Jadual 1.1 : Importance –Performance Analysis (IPA)
IMPORTANCE-PERFORMANCE ANALYSIS (IPA)
• Menekankan kepada kepelbagai ciri-ciri
• Berdasarkan kepada persepsi individu terhadap ciri-ciri yang dianggap penting
• Berdasarkan kepada andaian bahawa sesebuah industri boleh meningkatkan kejayaannya dengan memastikan ianya telah mencapai prestasi yang baik terhadap ciri-ciri yang dianggap penting
• Kepentingan ciri dan prestasi boleh diukur atau dinilai dengan serentak
• Intepretasi adalah dalam bentuk matriks yang boleh dibahagikan kepada empat (4) kuadrat.
12
Concentrate Here
High Performance
Low Performance
Keep up The Good Work
High Importance
High Performance
KE
PEN
TIN
GA
N
Low Priority
Low Importance
Low Performance
Possible Overskill
Low performance
High Performance
Q1 Q2
Q3 Q4
PRESTASI
Rajah 1.2 : Matrix of Importance –Performance Analysis (IPA)
Penerangan :
Q1 - Ciri-ciri yang terdapat dalam kuadrat ini dianggap sangat penting kepada tempat
tarikan pelancongan tetapi mempunyai prestasi yang rendah. Keadaan ini menunjukkan
pembaikian perlu dilakukan kerana ianya menunjukkan kelemahan yang utama.
Q2 - Ciri yang terdapat dalam kuadrat ini dianggap sangat penting kepada tempat tarikan
pelancongan dan mempunyai tahap prestasi yang tinggi. Keadaan ini menunjukkan tahap
keupayaan yang tinggi terhadap ciri-ciri ini kerana ianya menunjukkan kekuatan yang
utama.
13
Q3 - Ciri dalam kuadrat ini dianggap tidak penting dan mempunyai tahap prestasi yang
rendah. Jadi, ianya dianggap tidak penting dan mempunyai pretasi yang rendah, maka
kerana itu ianya dianggap tidak penting sangat.
Q4 – Ciri dalam kuadrat ini dianggap tidak penting tetapi mempunyai tahap prestasi
yang tinggi. Ini kerana terdapatnya keadaan yang mungkin baik dan selesa di tempat
tarikan pelancongan tadi. Jadi tidak perlu banyak usaha untuk meningkatkan mutu
prestasinya. Bahagian kuadrat ini menunjukkan kekuatan yang kecil sahaja.
1.10 Definisi Terma
Pembangunan :
Perihal membangunkan, proses membangun untuk mencapai kemajuan, perkembangan.
Ia juga bermaksud usaha atau kegiatan membangunkan, memajukan dan
mengembangkan sesuatu.
Kandis Resource Centre (KRC) :
KRC terletak di berhampiran dengan Pantai Kampung Kandis, Bachok. Ianya telah
ditubuhkan pada tahun 2000 bagi menyalurkan bantuan dan sumbangan daripada
organisasi, badan, pertubuhan dan individu untuk projek Pameran Semangat Kayu dan
Projek Buku Spirit of Wood. KRC terletak di atas sebidang tanah seluas 6 ekar yang
berhampiran dengan pantai di Kampung Kandis, Bachok. Pusat ini menawarkan
pelbagai pakej lawatan, kemudahan, aktiviti dan khidmat bagi semua peringkat dan
lapisan masyarakat dari peringkat sekolah, institusi pengajian tinggi dan ilmuan,
golongan seniman, tukang, pengkaji dan peminat seni. Alamat lengkap Kandis Resource
Centre ini ialah Lot 225, Kampung Kandis, Telong, 16310 Bachok, Kelantan Darul
Naim.
14
Pemangkin :
Sesuatu yang faktor yang dapat mempercepatkan atau menyegerakan berlakunya sesuatu
perkembangan dan sebagainya.
Pelancongan Pendidikan :
Pelancongan pendidikan boleh terbahagi kepada dua iaitu pertama sebagai penawaran
tempat pembelajaran yang formal seperti penubuhan institusi pengajian tinggi dan kedua
sebagai memberi ilmu dan pendedahan secara tidak langsung kepada yang berkaitan
dalam aktiviti pelancongan dan dalam konteks ini, ianya dapat memberikan peluang
kepada para remaja, belia atau pelajar untuk mengenali tempat-tempat menarik yang
terdapat di kawasan-kawasan tarikan pelancongan seperti tempat-tempat sejarah,
kebudayaan, eko pelancongan dan sebagainya yang dapat memberikan pengalaman dan
juga pembelajaran mereka.
BAB II
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Dalam carta alir rangka kerja penyelidikan, ianya memfokuskan kepada empat
bahagian, iaitu pertama mengenai definisi dan konsep pelancongan pendidikan. Kedua
hasil kajian jurnal dan kajian kes yang berkaitan dengan pembangunan sesebuah
muzium serta aspek pengurusan warisan yang berkesan. Ketiga ianya berkaitan dengan
komponen-komponen penawaran dalam pelancongan dan isu tarikan pelawat. Keempat
mengenai aspek-aspek yang penting atau yang perlu diambilkira dalam dalam
menjayakan destinasi pelancongan budaya dan warisan
2.2 Pelancongan Pendidikan
Konsep kepada pelancongan pendidikan ini boleh terbahagi kepada dua kategori
iaitu pelancongan pendidikan berasaskan penawaran belajar di institusi Pendidikan
Tinggi dan pelancongan pendidikan berassaskan kajian, lawatan dan menambah ilmu
pengetahuan (Rujuk rajah 2.1). Bagi pelancongan pendidikan berasaskan kepada
kajian, lawatan dan menambah ilmu pengetahuan, komponen-komponen
pelancongannya terdiri daripada jenis-jenis pelancongan yang boleh dikaitkan dengan
pelancongan pendidikan. (Rujuk rajah 2.2). Menurut Gibson (1998), Holdnak dan
16
Holland (1996), Kalinowski dan Weiler (1992) dalam Ankomah dan Larson (2000),
keinginan atau rasa ingin untuk melancong bagi tujuan pelancongan pendidikan
bukanlah sesuatu yang baru dan kepopularannya dalam pasaran pelancongan dijangka
meningkat.
Rodger (1998) dalam Ankomah dan Larson (2000) pelancongan pendidikan adalah
merujuk kepada program di mana sekumpulan peserta terutamanya membuat perjalanan
di sesuatu lokasi yang bertujuan untuk menimba pengalaman (experience) secara terus.
Ianya mengandungi pelancongan eko, pelancongan warisan, pelancongan desa dan
kebun pertanian serta program pertukaran pelajar.
Pelancongan Pendidikan
Pelancongan Pendidikan Berasaskan Kajian, Lawatan dan Menambah Ilmu Pengetahuan
Pelancongan Pendididkan Berasaskan Penawaran Institusi Pendidikan Tinggi :
- Universiti awam dan swasta - Kolej univerisiti - Institusi latihan kemahiran
Rajah 2.1 : Model Kategori Pelancongan Pendidikan Sumber : Olahan Pengkaji 2007
17
Miller dalam Nurlinda (2004) mengatakan bahawa, pembelajaran pelancongan adalah
merupakan satu bentuk pelancongan yang dapat memberi pengalaman yang
menghiburkan dan berbentuk pendidikan samada kepada pelawat atau pelajar. Clive
(1995) dalam Nurlinda (2004) mengatakan bahawa program pelancongan pendidikan ini
adalah dibuat untuk memenuhi kehendak sekumpulan pelancong atau pengunjung di
satu-satu lokasi atau tempat yang menarik. Jadi, program pendidikan ini inya boleh
memberikan ilmu pengetahuan dan pengalaman mengenai destinasi dan lokasi
pelancongan yang dilawati.
Rodger (1998) dalam Ankomah dan Larson (2000), salah satu bentuk dalam
pelancongan pendidikan adalah pertukaran pelajar antara sekolah ataupun institusi.
Melalui program ini, seseorang pelajar akan pergi ke tempat lain dari tempat asalnya
bagi tujuan mempelajari bahasa, budaya dan adapt resam penduduk. Daripada
penjelasan tadi jelaslah kepada kita bahawa pelancongan pendidikan ini, adalah
bertujuan untuk mempelajari dan menambah ilmu pengetahuan disamping dapat
merasai sendiri pengalaman sewaktu membuat lawatan konstekstual ke tempat-tempat
tersebut.
Fernandez (2003) dalam Nurlinda (2004) berkata, pelancongan pendidikan adalah
lawatan atau perjalanan yang bertujuan bagi mendapatkan pengetahuan, pengalaman,
pendidikan dan latihan melalui persepaduan bantara bahasa, budaya, aktiviti, masa
lapang, minat yang beroreintasikan kepada pendidikan.
Wikipedia (2007), pelancongan pendidikan mungkin melibatkan perjalanan atau
berkunjung ke institusi pendidikan, atau ke destinasi-destinasi lain bagi mengikuti kelas-
kelas yang diminati seperti kelas memasak bersama chef terkenal maupun ke kelas
kraftangan.
18
Pulau Ketam Rural
Adventure
Templer’s Park Tour
Selangor Fireflies
History city of Melaka
Gunung Stong State Park Adventure
Pakej Pelancongan Pelajar 2007
Putrajya & Kuala Lumpur Flora and
Fauna Tour
White Water Rafting Day Trip Sungai
Kampar
Menara Kembar
Petronas
Rajah 2.2 : Pakej Pelancongan Oleh Agensi Pelancongan TM Tours di Malaysia Sumber : http://www.tmtours.comstudent-youth-packages.htm
Cuzco Machu Picchu
Peru Wildlife Peru Express
Amazon Lake
Peru Classic
Alternative Tourism
Amazon Expediti
Amazonia Sport and Adventure
AMAZON RAINFOREST
TOURS
Rajah 2.3 : Program Lawatan Pendidikan Untuk Pelajar di Hutan AmazonSumber Sumber : http://www.wasai.com/amazon-jungle.htm
19
International School
English Language Courses
Traditional Thai Massage & Thai Medicine Courses
University Courses
Teacher Training Courses
Thai Cookery Courses
Thai language Courses
PENAWARAN PELANCONGAN
PENDIDIKAN DI THAILAND
Rajah 2.4 : Salah Satu Penawaran Pelancongan Pendidikan Di Thailand Sumber : http://www.discoverythailand.com/educational_tourism.asp
Warisan & Budaya Rekreasi Agro
Sejarah PELANCONGAN
PENDIDIKAN
Homestay
Bandar
Eko
Luar Bandar Kesihatan
Rajah 2.5 : Model Pelancongan Pendidikan Berasaskan Kajian, Lawatan dan Menambah Ilmu Pengetahuan
Sumber : Olahan Pengkaji 2007
20
2.3 Pelancongan Budaya dan Warisan
Silberg (1995), pelancongan kebudayaan boleh diertikan sebagai satu lawatan
oleh seseorang diluar daripada tempat asalnya yang mana ianya dimotivasi kerana
memintati tempat sejarah, kesenian, saintifik atau gaya hidup yang ditawarkan oleh
sesuatu komuniti, wilayah, kumpulan atau isntitusi.
Hall dan Zeppel (1990), pelancongan kebudayaan ini merupakan pelancongan
pengalaman yang mana ianya melibatkan dan dirangsangkan oleh persembahan
kesenian, seni visual, dan festival.
Smith dalam Goeldner dan Ritchie (2003), berkata pelancongan kebudayaan ini adalah
satu pengembaraan pengalaman. Aktiviti destinasinya seperti merasa makanan di desa,
pakaian festival, persembahan tarian zaman dahulu, demonstrasi kesenian dan dan
kraftangan mengikut gaya atau fesyen yang lama. Sebagai contoh lawatan ke
Williamburg di Virginia, dan perkampungan Greenfield di Dearborn, Michigan.
Hall dan Zeppel (1990), berpendapat bahawa pelancongan warisan ini samada dalam
bentuk lawatan yang berkonsepkan lanskap, tapak sejarah, bangunan serta monumen,
ianya juga merupakan satu pengalaman pelancongan yang mana ianya sebagai tempat
bagi mendapatkan sendiri perasaan semulajadi ditempat bersejarah itu.
Hall dan Zeppel (1992), pelancongan warisan meliputi pengembaraan ke tempat festival
dan acara kebudayaan, lawatan ke tapak dan monumen, mengembara untuk mengkaji
semulajadi, adat-adat masyarakat, kesenian dan atau berziarah ke tempat suci.
Dalam kajian ini, pengkaji telah menggabung pelancongan budaya dan pelancongan
warisan untuk diterapkan dalam pembangunan Kandis Resource Centre dalam usahanya
untuk menjadi sebagai pusat sumber bagi kebudayaan dan warisan kesenian Melayu
dalam mempersembahkan seni ukir Melayu, kraf dan kesenian dan seterusnya dapat
menjadi tarikan kepada pelancongan pendidikan.
21
2.4 Muzium dan Galeri Seni Sebagai Tarikan Pelancongan Budaya Dan
Warisan
Menurut Hollinshead (1993), kebudayaan dan warisan merupakan segmen yang
paling cepat berkembang dalam industri pelancongan kerana terdapat trend yang
menunjukkan kecenderungan oleh para pelancong. Ini dapat dibuktikan dengan jumlah
pelancong yang ingin mencari sesuatu yang bersifat ilmu pngetahuan, budaya, sejarah,
arkeologi dan interkasi dengan penduduk tempatan.
Menurut Jabatan Sumber Sejarah Virginia (1998) kalau dilihat, masyarakat Amerika
amat meminati untuk mengembara bagi tujuan kebudayaan dan warisan yang mana
ianya telah berkembang dan dijangka berterusan. Sebagai contoh, tapak kebudayaan dan
warisan merupakan jenis pelancongan yang paling digemari di Amerika (Silberberg,
1995). Pelancongan kebudayaan merupakan satu lawatan dari pada luar yang mana
mereka berminat dari segi sejarah, saintifik atau gaya hidup bagi sesuatu komuniti,
wilayah atau kumpulan etnik.
Menurut Zeppel dan Hall, (1992), kebudayaan adalah pengalaman pelancongan yang
melibatkan kesenian , seni visual, dan festival.
Menurut Virginia Virginia Department of Historic Resources (1998), para pelancong
melawat ke tempat-tempat warisan dan budaya kerana empat sebab iaitu :
a) budaya dan warisan inilah yang melindungi sejarah, kebudayaaan dan sumber-
sumber asli di kawasan-kawasan bandar, wilayah dan juga masyarakat setempat.
Orang mula melibatkan di dalam sesuatu komuniti bila mereka boleh mengaitkan
kepada warisan keturunan, keluarga, masyarakat atau warisan kebangsan.
b) budaya dan warisan ini mendidik penduduk dan juga para pelancong berkenaan
dengan tradisi dan sejarah tempatan. Melalui kajian yang dibuat, penduduk dan
para pelancong, penduduk tempatan maupun pun pelancong akan dapat tahu
budaya dan warisan bagi sesuatu masyarakat atau etnik yang mana ianya boleh
dikongsi bersama.
22
c) Budaya dan warisan ini boleh membentuk satu komuniti yang kuat. Pengetahuan
tentang warisan dan budaya menyediakan satu kesinambungan dan dan
hubungan bagi komuniti yang mana ianya menanam rasa hormat bagi sesuatu
penduduk, menguatkan nilai-nilai kewarganegaraan , membina jati diri dan
meningkatkan kualiti hidup.
d) Kebudayaan dan warisan ini boleh meningkatkan kepentingan ekonomi dan
masyarakat serta sesuatu wilayah. Dari segi ekonomi ini termasuklah penawaran
pekerjaan baru dalam industri pelancongan, seperti ditempat tarikan
pelancongan, restoran, hotel, perkilangan – kesenian, dan kraf, cenderamata.
Jadi disini jelaslah kepada kita bahawa, tarikan kebudayaan dan warisan seperti muzium
dan galeri seni ini boleh bertindak sebagai destinasi bagi kebudayaan dan warisan sekali
gus boleh yang boleh memberikan pengalaman kepada para pelancong dan seterusnya
dapat dikaitkan dengan pelancongan pendidikan. Menurut Gunn (1998), terdapat tujuh
peringkat pengalaman pelancong iaitu :
a) pelancong mempunyai maklumatnya tersendiri terhadap tempat yang akan
dilawatinya
b) pelancong telah mempunyai imej tersendiri terhadap tempat yang akan
dilawatinya
c) berdasarkan imej yang telah dibuat, pelancong akan membuat keputusan
untuk pergi ke tempat tersebut.
d) Pelancong akan menentukan saluran yang dipilih untuk pergi melancong
samada melalui agensi pelancongan ataupun pergi sendiri
e) Pelancong pergi melancong ke tempat tersebut dan mendapat pengalaman
sendiri
f) Pelancong akan pulang
g) Pelancong akan mendapat imej yang sebenarnya setelah merasai pengalaman
sebenar.
23
2.5 Kajian Kes Berkenaan Dengan Permintaan Pelancongan Warisan Di
Ireland Utara
Dalam kajian kes ini, satu rumusan telah dibuat berdasarkan oleh Northern
Ireland Toursim Board (1993) kepada tarikan pelancongan warisan di Ireland Utara
yang boleh dibahagikan kepada berapa lima kategori iaitu :
a) bersejarah – yang berkaitan dengan binaan lanskap, rumah, istana lama,
monumen dan gereja lama
b) perindustrian – yang berkaiatan dengan pengeluaran hasil produk sejak zaman
berzaman lagi seperti kain linen, membuat tembikar, wiski, perusahaan kristal
dan membina kapal
c) kebudayaan – yang berkaitan dengan aktviti-aktiviti masyarakat zaman dahulu
seperti gaya hidup, adat, penempatan masyarakat Ireland dahulu,
d) semulajadi – yang berkaitan dengan unsur-unsur lanskap semulajadi seperti
tambak, desa, hutan, taman dan gua
e) pendidikan – yang berkaitan dengan bagi mendapatkan ilmu pengetahuan dan
tujuan pembelajaran seperti muzium, pusat-pusat pelawat, perpustakaan dan
planetarium.
2.6 Kajian Kes Terpilih Berkenaan Dengan Keutamaan Pengalaman dan Dari
Perspektif Pelawat Muzium Terhadap Pelancongan Warisan
Kajian ini dibuat dengan memberi borang soal selidik kepada 6417 responden tentang 35
buah muzium yang terdapat di Bandaraya Michigan. Hasil daripada kajian kes ini,
Profesor Madya Stoep (2005) mendapati bahawa penilaian pengalaman pelawat
terhadap muzium-muzium di sekitar Michigan adalah seperti berikut.
24
2.6.1 Penilaian Tentang Pengalaman Melawat Muzium Michigan
Para pelawat yang melawat Muzium Michigan berpendapat bahawa muzium-
muzium di sekitar Bandar Raya Michigan haruslah mempunyai ciri-ciri seperti :
a) Interaktif dan ada aktiviti hands on – termasuklah simulasi untuk
mendapatkan pengalaman
b) Benda yang bersesuaian untuk kanak-kanak dan yang boleh dijadikan
nostalgia serta sebagai cenderahati.
c) Memberi peluang-peluang bagi individu yang membuat penyelidikan
seperti adanya perpustakaan dan geneologi
d) Tapak yang ada nilai estetika dari segi lanskap, rekabentuk dan aspek
kebersihan.
e) Ketulenan (authenticity) dari segi objek, artifaks, bangunan, kawasan
semulajadi
f) Kemudahan ameniti seperti kedai cenderahati, kawasan rehat dan rekreasi
g) Tayangan filem dan video serta adanya program pendidikan sambil
berhibur.
h) Kemudahan-kemudahan yang sentiasa dijaga
i) Faktor-faktor yang yang berkaitan dengan pengalaman, keselesaan untuk
bergerak termasuklah dari segi penginapan bagi orang kurang upaya,
tempat letak kereta percuma.
Hasil daripada kajian telah menunjukkan bahawa responden-responden yang telah
menjawab soal-selidik telah memberikan pendapat mereka bahawa tidak semua
muzium-muzium yang tedpaat disekitar Michigan mempunyai perkhidmatan ataupun
persembahan yang menarik. Jadi mereka memberikan pendapat seperti dihuraian 2.6.1.
Jadi, kita dapat melihat bahawa setiap bahan yang ingin dipersembahkan dan juga
kawasan persekitaran bagi setiap muzium dan juga galeri seni haruslah dijaga dari segi
kualiti dan memamerkan persembahan yang menarik. Ini bertujuan bagi menarik lebih
25
ramai pelawat atau pengunjung untuk melihat keadaan pameran atau persembahan yang
asli dan berinteraktif.
2.7 Kajian Kes Terpilih Berkenaan dengan Ciri-ciri (Attributes) Tempat-tempat
Tarikan Kebudayaan Popular di Hong Kong.
McKercher, Ho dan Hilary (2003) telah menggunakan kaedah kualitatif iaitu
melalui indepth interview dalam kajian ini iaitu secara open ended question. Seramai 10
orang kurator, penjaga atau pengurus aset dari bahagian pengurusan kebudayaan
warisan tempatan. Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk mengenalpasti tentang ciri-ciri
(attributes) terhadap tarikan kebudayaan yang popular di Hong Kong. Terdapat enam
belas kawasan kajian yang telah dikenalpasti bagi kajian tersebut. Dalam kajian ini,
McKercher, Ho dan Hilary berpendapat bahawa lima ciri (attributes) ini memainkan
peranan yang penting dalam menarik lebih ramai pengunjung ke kawasan atau tempat-
tempat kebudayaan yang popular di Hong Kong. Rujuk jadual 2.1.
Jadual 2.1 : Ciri-ciri (attributes) Tempat-tempat Tarikan Kebudayaan Popular di
Hong Kong
CIRI-CIRI
PENILAIAN KRITERIA
PRODUCT
Site
Setting
Scale
Access
Purpose built or extent facility
Complimentary adaptive re-use
26
EXPERIENTIAL
Uniqueness
Relevance to tourists
Ease to of consumption
Focus on edutainment
MARKETING
Position
Does the asset have tourism potential
Identification of viable market segment
Place in attraction’s hierarchy
Product life cycle stage and ability to
rejuvenate product life cycle
CULTURAL
Local vs. International social values
LEADERSHIP
Attitude to tourism
Vision
Ability to assess tourism potential
realistically
Ability to adopt a marketing management
philosophy to the management of the asset
Hasil daripada kajian yang dibuat oleh McKercher, Ho dan Hilary, muzium-muzium di
sekitar Hong Kong, untuk menjadikan sesebuah muzium dan juga galeri seni,
seharusnya mempunyai ciri-ciri seperti produk yang bagus, memberikan pengalaman
kepada pengunjung dan pelancong, aspek pasaran yang mantap dan berkesan,
mempunyai nilai-nilai budaya yang asli dan sesuai serta kepimpinan yang bagus dan
27
mantap oleh pengurus-pengurus yang bertugas dalam menguruskan sesebuah muzium
atau galeri seni.
Jadual 2.2 Enam belas Kawasan Kajian Terhadap Tempat-tempat Tarikan Kebudayaan Popular di Hong Kong. Hong Kong Museum of Art
Tin Hau Temples
Miscelaneous Temples
Museum of Coastal Defense
Po Lin Monastery and the Big Buddha
Science Museum
Sam Tung Uk Hakka Village
Sheng Yiu Museum
Wong Tai Sin Temple
Musuem of History
Lei Cheng Uk Han Tomb Museum
Hong Kong Heritage Museum
Space Museum
Flagstaff House Teaware Museum
Law Uk Folk Museum and hakka Village
Chi Lin Nunnery
2.8 Kajian Kes Berkenaan Dengan Penilaian Sebuah Muzium Sebagai Produk Pelancongan Menggunakan Kaedah Servqual Dalam kajian kes ini, Profesor Nowacki telah menggunakan responden seramai
102 orang dan mereka telah diberi soal selidik mengenai penilaian terhadap sebuah
muzium iaitu Muzium Rogalin sebagai produk pelancongan. Responden-responden
telah diberikan soal selidik berdasarkan soal selidik servqual. Responden dikehendaki
menjawab soal selidik iaitu sebelum lawatan ke Muzium Rogalin dan menjawab
soalselidik selepas melawat ke Muzium Rogalin. Antara soalan-soalan yang ditanya
yang berkaitan dengan Rogalin Palace sebagai produk pelancongan ialah dari aspek :
28
a) Keadaan tarikan sekeliling
b) Kaunter tiket dan perkhidmatan
c) Tempat menjual cenderahati dan hasil karya
d) Pameran
e) Suasana katering dan soal kebersihan
f) Tandas
g) Gambaran am seperti tarikan pelawat
Hasil kajian oleh Nowacki menunjukkan bahawa pelawat sememangnya berpuas hati
dengan tarikan pelancong yang terdapat di Muzium Rogalin ini. Apa yang penting dalam
kajian kes ini ialah ianya memperlihatkan akan kepentingan terhadap bahan-bahan
pameran yang dipamerkan yang boleh memberi pengalaman kepada pelancong serta
bahan yang dipamerkan adalah menarik dan asli. Disamping itu juga, ciri-ciri lain yang
seharusnya terdapat di sesebuah muzium atau galeri seni mestilah dalam keadaan baik,
bersih dan banyak menyediakan kemudahan kepada pelawat atau pengunjung.
2.9 Kajian Kes Terpilih Berkenaan Dengan Perkhidmatan Muzium Warisan Di
England
2.9.1 The Moyse’s Hall Museum
Moyse’s Hall Museum merupakan pemenang cemerlang Lembaga Pelancong
Wilayah Timur England dalam Kategori Tarikan Kecil bagi. Kemenangan kepada
anugerah ini dibuat di atas tinjauan oleh Pihak Pegawai Kumpulan Projek terhadap
baikpulih muzium tersebut sejak dua tahun yang lalu oleh pihak pengurusan Moyse’s
Hall Museum. Anugerah ini adalah berdasarkan kepada penghakiman yang ibuat melalui
kemudahan untuk akses, kemudahan pelawat, sumbangan kepada masyarakat tempatan,
serta peka kepada alam sekeliling di sekitar Moyse’s Hall Museum. Malah, muzium ini
29
telah berjaya pergi lebih jauh sehingga ke peirngkat kebangsaan. Moyse’s Hall Museum
telah dibuka kepada orang awam pada tahun 1899 yang berpusat di Bury St Edmunds.
Ia memamerkan arkeologi bandaran (borough’s archaeology) dan koleksi tentang
sejarah sosial bersama-sama dengan koleksi Suffolk Regiment . Pada tahun 2001, ianya
telah dibuka semula kpada orang awam selepas melakukan beberapa projek
pengubahsuaian utama melalui pembiayaan Heritage Lottery Fund (HLF). Melalui
pembiayaan oleh HLF ini, ianya telah meningatkan kemudahan untuk para pelancong
melawat dan juga membantu membaiki pameran-pameran yang telah rosak.
Kewujudan aktiviti yang dibuat Moyse’s Hall Museum seperti acara dan aktiviti di
muzium seperti hari interpretasi, bengkel percutian, lawatan bertema, dan parti kanak-
kanak telah menjadikan muzium tersebut menjadi popular di kalangan orang awam.
Terdapat juga bilik pendidikan yang disewa kepada beberapa organisasi termasuklah
kepada West Suffolk College and sumbangan amal tempatan.
2.9.2 The Manor House Museum
The Manor House telah dibina pada tahun 1736 and 1738 dan terletak di The
Great Churchyard,. Ianya telah dibuka semula sebagai sebuah muzium pada tahun 1993
selepas dibuat beberapa penambahbaikan. Ianya mempamerkan koleksi-koleksi
tempatan sepeti jam yang berasakan kepada Gershom- Parkington Bequest,
termasuklah seni halus dan corak hiasan teskstil yang bermula pada tahun 1920an dan
30an. Manor House Museum dan koleksinya baru-baru ini telah menampilkan sebuah
buku yang bertajuk “Britain’s Best Museums and Galleries” yang ditulis oleh Mark
Fisher. The Manor House Museum juga telah mengadakan beberapa pameran dan
pertunjukkan beberapa kali dalam setahun yang hanya memfokuskan kepada seni seni
halus dan corak hiasan tekstil. Muzium ini juga yang mempunyai lesen bagi
mengadakan tempat untuk perkahwinan disamping mengadakan acara bagi acara hari
sekolah dengan bertemakan sejarah, bengkel tekstil dan tempat syarahan.
30
2.9.3 The Haverhill Local History Centre
Pusat ini merupakan kerjasama antara pihak bandaran bagi menyediakan dana
untuk menjalankan kerja-kerja kemahiran. Haverhill dan District Local History
Group telah memberikan sumbangan berbentuk koleksi barangan, kemahiran kepada
penduduk setempat dan pekerja sukarela. Koleksi yang dipamerkan termasuklah foto-
foto tentang sejarah dan pembangunan bagi kawasan bandar dan sekeliling bermula
pada abad ke 19 sehinggalah sekarang. Pusat ini yang terletak di Town Hall Arts Centre
(THAC), Haverhill dan sekarang ditadbirkan Haverhill Town Council. Pusat ini
mempunyai sebuah bilik dan stor walaupun mempunyai banyak koleksi dan disimpan
luar stor. Baru-baru ini, melalui dokeumen draf oleh Haverhill Town Centre
menyatakan bahawa Haverhill Local History Centre adalah kecil. Jadi pihak pengurusan
Haverhill and District Local History Group, bersama-sama dengan bantuan dari
kakitangan bandaran, telah membina sebuah tempat pameran dan pertunjukkan untuk
pameran dan pertunjukkan yang boleh digunakan setiap tahun. Kumpulan ini juga
mempunyai sebuah program bersyarah setiap tahun dan sekarang ini terlibat dengan
projek memulihara koleksi foto-foto dan menjadikan mereka lebih senang untuk
mengakses bersama orang awam. Sebenarnya, ini adalah hasil peruntukan yang telah
diberikan oleh Local Heritage Initiative Fund.
2.9.4 The West Stow Country Park and Anglo-Saxon Village
The Anglo-Saxon Village di West Stow telah dijalankan kerja-kerja penggalian
diantara tahun 1965 and 1972 dan Yayasan West Stow Anglo-Saxon Village
kemudiannya telah memulakan pembinaan semulanya dari lokasi asalnya dengan
bantuan kewangan daripada St. Edmundsbury Borough Council. Hari ini terdapat lapan
bangunan yang dibina semula dan sebuah projek taman kecil dengan dua pusat pelawat
ditengah-tengah taman seluas 125 ekar, dengan jarak enam batu ke tenggara Bury St.
Edmunds. Pusat pelawat yang berkayu telah dibina dengan peruntukan dari Heritage
Lottery Fund 1991. Tingkat bawah merupakan tempat yang paling ramai dikunjungi
oleh pelawat yang menempatkan kolesksi pelbagai penemuan Anglo-Saxon. Hasil
penemuan ini dikumpulkan bersama dari Moyse’s Hall Museum, The Suffolk
31
Archaeology Service dan The British Museum dan beberapa koleksi bagi mempamerkan
segala penemuan yang mereka jumpa di tempat penemuan asal. Antara aktiviti dan
acara yang dilaksanakan di Anglo-Saxon Village ini ialah dengan memakai pakaian yang
sebenar seperti pada waktu zaman tersebut bagi memperlihatkan keadaan sebenar
(authentic) pada zaman dahulu. Sememangnya, pameran di The Anglo-Saxon Centre
telah memperlihatkan ciri-ciri mengenai orang Inggeris yang tulen dan asli.
Dalam kajian kes-kes ini, pengkaji telah melihat pentingnya jika sesebuah muzium atau
galeri itu ingin dimajukan atau dibangunkan, ianya haruslah mendapat sumbangan atau
dana daripada mana-mana pihak, jika kekurangan dari segi kewangan. Jadi sekiranya
pihak pengurusan KRC kekurangan modal dan kewangan dalam pembinaan dan
menguruskan muzium dan galeri , sewajarnya ia meminta sumbangan dari kewangan
dari pihak-pihak kerajaan atau swasta dan juga individu-individu yang berminat dengan
seni budaya dan warisan bagi membantu pihak KRC dalam memajukan dan
menguruskan muzium dan galeri.
2.10 Kajian Kes Terpilih Berkenaan Dengan Pengurusan Warisan di Jepun.
2.10.1 Kurashiki
Kurashiki merupakan sebuah tempat di Okayama merupakan tempat
pelancongan yang terkenal di Jepun Tengah. Dahulunya, Kurashiki memag terkenal
dengan pusat pengilangan dan pengeluaran beras di wilayah Chikogu sehinggakan
banyak gudang-gudang beras terdapat di sepanjang terusan. Sekarang, sungguhpun
kepesatan pembangunan di kawasan tersebut, gudang-gudang beras yang sudah tidak
beroperasi telah dipelihara untuk dijadikan tarikan pelancongan dan ada banyak yang
telah diubah menjadi muzium. Salah satunya ialah Muzium Ohara yang merupakan
muzium kesenian Barat yang pertama di negara Jepun sehinggakan Kurashiki digelar
sebagai “museum town”. Sememangnya, Kurashiki merupakan destinasi kesukaan bagi
32
pelancong berkumpulan dan juga school excursions. Melihat kepada kejayaan mengenai
Muzium Ohara, banyak muzium telah dibangunkan di sepanjang terusan Kurashiki. Ini
termasuklah sebuah muzium kraftangan purba, muzium kesenian Greco-Roman dan
muzium arkeologi yang menyimpan artifaks daripada Negara Peru.
2.10.2 Ise Shi
Ise Shi terletak di tengah Jepun di Selatan Mie. Ianya terkenal dengan kawasan
hutan semulajadi disekelilingnya. Lebih kurang 6.5 juta orang melawat Ise Sima setiap
tahun. Sebagai pusat hubungan bagi Wilayah Ise Shima, Ise Shi memainkan peranan
penting dalam pendidikan, kebudayaan, kebajikan dan industri di wilayah ini. Ise Shi
juga terkenal dengan jolokan Jinggu, kini masih kekal dengan wajahnya yang berusia
400 tahun dahulu sebagai tempat keagamaan yang suci yang mampu menarik
kedatangan pelawat di samping dapat membangunkan peluang-peluang perniagaan di
sekitar bandar tersebut. Banyak terdapat bangunan dan perkara-perkara yang dibina dan
direka seperti Jambatan Uji (Uji Bridge) serta menara-menara bagi menjamin keaslian
(authentic) tempat tersebut sama seperti yang terdahulu.
2.10.3 Shirakawa Go.
Perkampungan Shirakawa terletak di disempadan antara sempadan Gifudengan
Toyama. Pada 1995, satu konferens Jawatankuasa Warisan Sedunia di Berlin, Jerman
telah mencalonkan warisan Jepun iaitu Perkampungan Bersejarah Shirakawa Go dan
Gokayama mengenai rumah-rumah tradisional yang mengikut gaya Gassho, tersenarai
dalam arisan dunia. Ini termasuklah tiga perkampungan iaitu Daerah Ainokura di Taira
Mura dan Daerah Suganuma di Kamitaira Mura, kedua-duanya terletak di Higashi
Tonami Gun di Toyama manakala Dearah Ogimachi terletak di Shirakawa Mura.
Ketiga-tiga kampung tersebut adalah dibawah lindungan peraturan Convention
Concerning the Protection of The World Culture and Natural Heritage (1972).
33
Jawatankuasa Warisan Dunia telah mengenalpasti bahawa gaya bumbung yang
berbentuk curam di Bandar Ogi dan Ainokura-Suganuma sebagai contoh bagaimana
wujudnya sesuatu gaya hidup yang lengkap, mempunyai suasana persekitaran yang
cemerlang dan fungsi bagi sesuatu masyarakat. Dalam kajian kes-kes tentang
pengurusan warisan di Jepun, pengkaji telah melihat terdapatnya usaha yang
bersungguh-sungguh oleh pihak-pihak berkenaan yang mahukan seni warisan dan
kebudayaan Jepun ini terus dipertahankan dan dipelihara. Hasil daripada usaha yang
bersunguh-sungguh ini, ada sesetengah daripada kawasan-kawasan yang terkenal dengan
seni warisan kebudayaan Jepun ini telah di senaraikan sebagai salah satu daripada
dibawah lindungan peraturan Convention Concerning the Protection of The World
Culture and Natural Heritage (1972. Jadi, dengan adanya usaha-usaha yang
bersungguh-sungguh pihak Pengurusan KRC dan juga dengan adanya mana-mana pihak
yang berminat bolehlah membantu pihak KRC ini dalam membangunkan sebuah
muzium, galeri dan juga pusat kebudayaan yang unggul di Malaysia umumnya.
2.11 Komponen-komponen Penawaran dalam Industri Pelancongan.
McIntosch, Goeldner dan Ritchie (1995), komponen penawaran pelancongan
terdiri daripada empat kategori utama iaitu :
a - Sumber Semulajadi : Ini adalah pengurusan teras bagi pengukuran
penawaran. Ini termasuklah elemen-elemen asas seperti udara dan cuaca,
bentuk muka bumi, flora dan fauna, pantai, kecantikan kawasan semulajadi
dan pantai.
b - Infrastruktur : Kemudahahan infrasturktur ini terdiri daripada sistem bekalan
air,sistem kumbahan, saluran gas, sistem komunikasi dan elektrik, sistem
pemparitan, pembinaan infrastruktur yang lain seperti lapangan terbang,
34
lebuh raya, jalan raya, tempat letak kereta, marina, hotel, motel, muzium,
tempat-tempat hiburan, restoran, kompleks membeli belah, stesen bas, stesen
keretapi dan sebagainya.
c - Pengangkutan : Terdiri daripada kapal, keretapi, kapal terbang, bas,
limosin, teksi, kereta sewa, tram dan yang berkaitan dengan kemudahan yang
boleh digunakan sebagai pengangkutan.
d - Sumber Hospitaliti dan Budaya : Bagi kawasan-kawasan yang kaya dengan
sumber kebudayaan, ianya menyenangkan tuan rumah (host) untuk
menjadikan kawasan tersebut sebagai pusat pelancongan budaya. Misalnya di
Hawaii dengan ucapan aloha menggambarkan bahawa ianya bermaksud
bersikap sopan, peramah, keikhlasan, bersedia untuk berkhidmat dan mesra
dengan pelancong.
35
KAWASAN
PERSEKITARAN DAN SEMULAJADI
HOSPITALITI DAN SUMBER
KEBUDAYAAN
SEKTOR OPERASI
KOMPONEN
PENAWARAN PELANCONGAN
PERSEKITARAN YANG DIBINA
Rajah 2.6 : Empat Komponen Dalam Penawaran Pelancongan Sumber : Goldner dan Ritchie (2002)
36
Jadual 2.3 : Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kejayaan Sesebuah Tarikan Pelancongan
Organisasi Dan
Sumberjaya
Produk
Pasaran
Pengurusan
Tarikan
- Pengalaman dalam membangunkan serta menguruskan tarikan - Sunber kewangan - Pemasaran
- Pendekatan terhadap idea yang baru - Lokasi - Tarikan on-site - Persekitaran kualiti yang tinggi - Perkhidmatan dan kemudahan pelanggan yang baik - Nilai untuk wang
- Pertumbuhan pasaran iaitu mensasarkan pasaran yang mungkin luas
- Pengurus yang profesional dan berpengalaman - Perhatian kepada penyelidikan pasaran - Promosi bukan sahaja dalam bentuk brosur dan iklan - Latihan staff - Menerima pentingnya word of mouth
Sumber : Swarbrooke (2002)
37
of Service
Peace and Stability
AffordabilityAvailability
Cultural Links
Availability of Attraction
Geography Proximity
Accessibility
DESTINATION
Rajah 2.7 : Faktor-faktor Penarik Yang Mempengaruhi Ke Destinasi Sumber : Weaver dan Lawton (2002) Menurut Yale (1997) mengatakan, kejayaan bagi sesuatu tarikan itu adalah bergantung
kepada empat bahagian :
a – aksesibiliti
b – masa dibuka
c – kemudahan on site : tempat meletak kenderaan, pusat pelancong, papan
tanda dan label, kedai, arah panduan, kraftangan, tandas, tong sampah,
tempat duduk serta kemudahan bagi orang kurang upaya.
d- kemudahan off-site : papan tanda arah masuk, penginapan dan
perkhidmatan tempatan-tempatan
38
2.12 Ciri-ciri (Attributes) Yang Penting Dalam Menjayakan Destinasi
Pelancongan Budaya dan Warisan
2.12.1 Produk Yang Ditawarkan
Hasil daripada kajian kes berkenaan dengan Attibutes of Popular Cultural
Attractions in Hong Kong, oleh Mckercher, Ho, Du Cros, (2004) mengatakan bahawa
produk pelancongan menjadi popular kerana kemudahsampaian (accesibility) bagi
para pengunjung atau pelancong untuk ke destinasi tersebut. Disamping itu juga, susun
atur di persekitaran destinasi juga boleh menjadikan sesuatu destinasi itu popular.
Misalnya dalam kes muzium lama Law Uk yang telah ditukar statusnya dari muzium
warisan kepada muzium kecil. Muzium tersebut yang dikelilingi oleh kawasan
perumahan dan estet perindustrian, menyebabkan pelawat atau pelancong merasakan
yang mereka tidakpun dialu-alukan melawat muzium tersebut. Selain itu, tujuan
pembinaan tarikan kebudayaan ini juga telah menarik kedatangan pelancong kerana
ianya bertujuan bagi meningkatkan pengalaman kualiti yang tinggi. Sebagai contoh,
Muzium Sejarah Hong Kong seluas 6000 kaki persegi telah menempatkan 3 buah galeri
kekal dan bangunan tambahan dengan yang sementara. Bangunan tambahan ini
bertujuan bagi memberi cabaran pengalaman dan amali kepada para pelawat atau
pelancong.
2.12.2 Pengalaman Pelancong
Mckercher, Ho, Du Cros, (2004), dalam memberi pengalaman kepada pelawat
atau pelancong, ia sebenarnya telah memberikan pelawat atau pelancong berasa unik
dan relevan dengan apa yang mereka lawati. Dalam tarikan kebudayaan, ianya juga
mempersembahkan hiburan disamping pendidikan berbanding dengan persembahan
berkonsepkan pendidikan sahaja. Seorang kurator Muzium Sejarah Hong Kong
berpendapat tarikan kebudayaan yang popular perlu digabungkan unsur-unsur taman
39
tema dalam rekabentuk mereka, kerana beliau percaya bahawa pengalaman berbentuk
hiburan adalah kunci kepada kepopularan bagi muzium tersebut. Disamping itu juga,
penggunaan pameran multimedia, persembahan maupun ciri-ciri senibina yang luar
biasa boleh menarik pelancong sambil berhibur disamping mendidik mereka.
2.12.3 Promosi dan Pemasaran Dalam Pelancongan
Pemasaran adalah proses pengurusan yang bertanggungjawab untuk
mngenalpasti dan memuaskan keperluan dan kehendak pelanggan disamping untuk
mendpatkan keuntungan.
Promosi pula memainkan peranan penting untuk memaklumkan kepada bakal
pengunjung tentang sesebuah destinasi pelancongan. pemilihan bentuk promosi serta
maklumat yang ingin disampaikan hendaklah bersesuaian dengan segmen pasaran.
Bentuk promosi yang biasa digunakan melalui laman web, brosur, word of mouth,
pameran dan agensi pelancongan.
Cooper, Fletcher, Gilbert, Sheperd dan Winhill (1998), promosi merupakan campuran
kepada aktiviti komunikasi yang mana persatuan pelancongan atau lembaga
pelancongan beruasaha untu menarik atau mempengaruhi orang awam. Kotler (1996)
mendefinisikan pemasaran sebagai proses pengurusan dan sosial yang mana individu
atau kumpulan mendapatkan apa yang mereka hajati melalui penciptaan dan pertukaran
produk dan nilai-niklai daripada orang lain. Menurut Bonn dan Brand (1995),
mengatakan bahawa pelancongan dan perjalanan bagi pasaran yang eksekutif secara
asalnya menempuhi cabaran yang berkaitan dengan pengukuran yang tepat bagi
permintaan dan pengenalan kepada potensi pasaran.
Menurut Jain (1995), secara amalannya, pemilihan bagi sasaran pasaran merupakan satu
kajian yang kompleks dan memerlukan kepada analisis yang kritikal bagi setiap
demografi dan ciri-ciri gelagat bagi segmen yang berpotensi. Jadi, kerana itu, pemasaran
untuk apa-apa jenis produk atau perkhidmatan memerlukan satu pendekatan strategi dan
adanya satu cabaran. Buckley dan Papadopoulus (1986), telah mencadangkan bahawa
40
banyak perhatian perlu diberikan kepada ciri-ciri pelawat dalam usaha untuk
membangunkan strategi pemasaran yang rasional. Sebagai contoh, sebuah segmen
pasaran yang jelas harus dikenalpasti dan dibuat kajian mengenai faktor-faktor
keputusan membeli yang mana ianya lebih penting dalam segmen tersebut.
Menurut Netherlands National Tourist Office (1992), permintaan pelancong adalah
luas dan tidak terkira banyaknya pilihan untuk segmentasi seperti umur, kelas sosial,
fasa pembangunan keluarga, corak perbelanjaan, tujuan kebudayaan atau untuk alam
semulajadi, melancong secara persendirian atau berkumpulan, laut, ataupun sesuatu
yang menarik minat pelancong untuk melancong. Ini menunjukkan bahawa setiap
promosi dan sasaran pasaran haruslah bersesuaian dengan apa yang kita hendak
tawarkan samada kepada pelancong atau pelawat.
McKercher, Ho dan du Cros (2003), ..........tambahan pula, adalah penting untuk
mengakses potensi pasaran secara realistik dan responden merasa promosi pelancongan
agensi tempatan adalah tidak begitu bagus, jadi Lembaga Pelancongan Hong Kong
telah mendesak pengurus aset (kurator) untuk membangunkan aset (bahan pameran)
meraka sebagai tarikan pelancongan.
Cooper, Fletcher, Gilbert, Sheperd dan Winhill (1998), perancangan merupakan salah
satu daripada aktiviti yang penting bagi pengurusan pemasaran. Ia seharusnya
menyediakan satu struktur yang biasa dan fokus kepada aktiviti pengurusan organisasi.
Jefferson (1991), menulis bahawa pemasaran adalah berkenaan dengan kajian yang
berkaitan asas kepada perancangan organisasi. Pemasaran adalah berkaitan dengan
produk, harga, promosi bukan shaja terletak kepada untung semata-mata. Gee, Makens,
Choy (1997), terdapat tujuh pendekatan bagi pembangunan pasaran iaitu :
a) mengenalpasti sasaran pasaran
b) menentukan faktor motivasi yang boleh merangsangkan pasaan
c) membangunkan pelan pemasaran dengan matlamat promosi yang jelas
d) membangunkan iklan dengan berfokuskan kepada sasaran pasaran
e) menentukan media dan strategi hubungan awam
f) menentukan bajet bagi melaksanakan pelan pemasaran
41
g) Membangunkan satu sistem untuk menilai akan keberkesanan pelan
pemasaran dan pulangan pelaburan pasaran.
2.12.4 Keselamatan Pelancong
Inskeep (1991), tingkat keselamatan awam sangat diperlukan sebagai prasyarat
untuk pelancongan. kemudahan dan perkhidmatan keselamatan awam yang perlu
dipertimbangkan termasuk kebolehpercayaan, keberkesanan dan kejujuran pasukan
polis di sesuatu kawasan pelancongan. Trigg (1996), aspek kesihatan dan keselamatan
merupakan sesuatu yang penting dalam sesebuah organisasi pelancongan. Ini kerana,
kegagalan bertindak terhadap mangsa yang tercedera boleh menyebabkan sesebuah
organisasi pelancongan itu ditutup.Tarlow dan Muehsam (1992) berkata jenayah ke atas
para pelancong telah menerima perhatian antarabangsa dan ianya telah meletakkan
perasaan takut para pelancong untuk mengembara secara selamat.
Secara sosiologinya, kami telah membahagikan dua bentuk jenayah terhadap para
pelancong iaitu :
a) jenayah yang dirancangkan oleh pengganas seperti rampsan kapal terbang
b) peluang-peluang jenayah yang berlaku seperti New York, Washington DC
dan Florida.
Katz (1992) mengatakan dalam kes-kes terdahulu, jenayah berlaku tanpa mengenal
mangsa yang mana jenayah ini boleh memberikan kepuasan psikologi, seksual dan
ekonomi.
2.12.5 Infrastruktur di Sesebuah Destinasi
Menurut Heraty (1989), infrastruktur yang mencukupi memang penting untuk
kejayaan pembangunan dan menjadi faktor kritis di negara dan wilayah kurang maju
yang biasanya mempunyai infrastruktur yang terbatas. Inskeep (1991), mengatakan
bahawa, kemudahan dan perkhidmatan pengangkutan, bekalan air, kuasa elektrik,
kumbahan dan pembuangan sisa pepejal, saliran dan telekomunikasi kesemuanya
42
komponen dalam infrastruktur yang lazimnya diperlukan untuk pelbagai peringkat
pembangunan pelancongan.
Cooper, Fletcher, Gilbert, Sheperd dan Winhill (1998), infrastruktur merupakan semua
bentuk semua persepaduan yang menjadi asas kepada aktivti pelancongan di sesuatu
kawasan. Infrastruktur yang mencukupi penting bagi sesebuah destinasi. Ianya adalah
dalam bentuk pengangkutan, kemudahan, dan juga perkhidmatan-perkhidmatan yang
lain.
Law (1998), menegaskan bahawa kepentingan bagi infrastruktur dan kebolehsampaian
bila sesebuah hotel dibina adalah untuk memberi kemudahan kepada pasaran yang
spesifik misalnya untuk pemeran dan konferens, ianya memerlukan hotel yang
berdekatan dengan tempat pameran dan juga pusat konferens tersebut.
Page (1995), mengatakan bahawa kemudahan pelancong di kawasan pelancongan
bandar terdiri daripada penginapan, katering, membeli-belah dan elemen-elemen
tambahan.
Gee, Makens, Choy (1997), dalam sesebuah destinasi pelancongan moden, ianya
memerlukan sokongan perkhidmatan sokongan seperti keperluan terhadap keselamatan
perlindungan polis, bomba, sanitasi, penjagaan kesihatan dan sebagainya yang boleh
memberi kesenangan kepada para pelancong. Ini termasuklah juga adanya perkhidmatan
pertukaran matawang, dobi, perkhidmatan pos dan sebagainya.
2.12.6 Pengurusan Dalam Pelancongan
Trigg (1996), terdapat banyak faktor yang mempengaruhi struktur oraganisasi
yang mana ianya akan memberi kesan kepada struktur organisasi dan melalui gaya
pengurusan, ianya akan mempengaruhi proses sesebuah organisasi. Faktor-faktor ini
termasuklah faktor dalaman yang terdiri daripada saiz , lokasi, produk semulajadi, gaya
pengurusan. Bagi faktor luaran pula terdiri daripada pemilikan, persaingan, pasaran
teknologi dan polisi kerajaan. Gee, Makens, Choy (1997) mengatakan dalam industri
pelancongan, bagi memastikan sesebuah destinasi itu berjaya, ianya mestilah
menyediakan pekerja yang berkelayakan dalam industri. Ini menunjukkan bahawa, bagi
setiap organisasi ataupun syarikat, hendaklah mengambil pekerja yang berkualiti dan
43
berkebolehan dalam membuat kerja . Ini bagi memastikan yang mereka boleh membuat
kerja.
Le Pelley dan Laws (1995) dalam Law (1997) mengatakan bahawa mengawal kualiti
dan berkonsisten dalam output sistem bergantung kepada keberkesanan saluran
maklumbalas diantara pemantauan dan sub-sistem membuat keputusan bagi sesebuah
destinasi. Fungsi-fungsi ini adalah berdasarkan kepada kajian pasaran bagi memahami
tanggapan terhadap pelawat dan teknik untuk menilai kesan pelancongan.
Cooper, Fletcher, Gilbert dan Wanhill (1998) berkata terdapat empat alasan utama yang
mengambil kira dalam pertumbuhan pengurusan berkualiti. Ini adalah seperti :
a) Sesebuah organisasi perlulah mencari cara-cara memiliki tahap perkhidmatan yang
lebih baik berbanding dengan pesaing-pesaing mereka.
b) Peningkatan tahap kepenggunaan dan kepekaan media terhadap kualiti telah
menyebabkan sesebuah organisasi telah lebih bertanggungjawab terhadap isu-isu
kualiti. Pengguna kini lebih lebih peka dengan perkhidmatan buruk yang diberikan
kepada mereka
c) Terdapat pertumbuhan dalam kepuasan pasaran pengguna dengan perletakan harga
serta strategi penghantaran perkhidmatan yang menjadi semakin penting
Lebih banyak penggunaan teknologi dalam memantapkan kualiti. Teknologi boleh
membantu dengan meningatkan tahap keselesaan seperti tiket bermesin, vendor
machine ataupun digunakan bagi mengemaskini maklumat terhadap produk atau
perkhidmatan.
Disini dapat kita lihat bahawa, untuk menjayakan sesuatu pembangunan ditempat tarikan
pelancongan, pihak pengurusan mestilah mengambil pekerja-pekerja yang berkebolehan
dan sekurang-kurang ada pendidikan demi menjaga kualiti perkhidmatan yang
diberikan.
44
2.13 Ciri-ciri (Attributes) Yang Menjadi Daya Penarik Pelancong Ke KRC
Pengkaji telah membuat penilaian ke atas aspek-aspek yang menjadi daya
penarik atau yang mendorong pelawat atau pelancong melawat ke KRC sebagai sebuah
destinasi pelancongan kebudayaan dan warisan dan sekali gus dapat memangkinkan
kepada kewujudan pelancongan pendidikan.
tinggal
Keselamatan
Kemudahan makan & minum
Infrastruktur& ameniti
Berdekatan dengan tarikan
pelancong
Kebersihan
Pengangkutan
Kepelbagaian aktiviti dan
persembahan
Persekitaran yang menarik
Kemudahan tempat
Persembahan yang
menghiburkan
Keaslian bahan
pameran
Susun atur bahan yang menarik dan
kemas
Kualiti perkhidmatan
Pengalaman pelancong
TARIKAN KE KANDIS RESOURCE CENTRE
Rajah 2.8 : Daya Tarikan Pelancong Ke KRC Sumber : Olahan Pengkaji 2007
BAB III
KAWASAN KAJIAN
3.1 Pengenalan
Dalam bab 3 ini akan memperlihatkan senario tentang industri pelancongan di
Negeri Kelantan secara amnya dan juga mengenai profil kawasan kajian iaitu Kandis
Resource Centre. Bagi kajian tentang Kandis Resource Centre, ianya berkaitan dengan
lokasi kawasan kajian, latar belakang kawasan kajian, objektif penubuhan KRC, aktiviti-
aktiviti KRC yang telah lepas dan cadangan program yang akan ditawarkan di KRC.
46
Kandis Resource
Centre
Rajah 3.1 : Peta Negeri Kelantan - Menunjukkan Lokasi Kandis Resource Centre
47
Jadual 3.1 : Ketibaan Pelancongan Domestik dan Antarabangsa Ke Kelantan
Bilangan Pelancong
Tahun Tempatan Antarabangsa
Jumlah
2006* 6,018,311 643,160 6,661,471
2005* 5,922,369 599,963 6,522,332
2004 4,266,286 590,964 6,407,462
2003 3,960,000 561,572 4,521,000
2002 3,514,674 610,531 4,125,205
2001 2,830,625 650,531 3,480,901
2000 2,235,024 527,969 2,762,993
1999 2,124,150 407,767 2,531,917
1998 2,203,840 426,598 2,630,438
1997 1,886,508 384,005 2,270,513
1996 1,668,155 357,797 2,025,952
1995 1,209,170 391,873 1,601,043
1994 1,025,799 284,525 1,310,324
* Unjuran Ketibaan Pelancong Ke Kelantan
Sumber : Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan 2005
3.2 Pelan Induk Seni Budaya Kelantan Tahun Depan
Utusan Malaysia (2006), “Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
akan mewujudkan Pelan Induk Seni Budaya Kelantan mulai tahun depan bagi
menyuburkan seni budaya warisan di negeri ini yang agak malap sejak lebih sedekad
lalu. Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pelan induk terbabit merangkumi
semua aspek termasuk muzi, nyanyian, seni lukis, dan amalan-amalan lama masyarakat
Melayu di negeri yang dianggap lubuk budaya. Katanya, ia akan melibatkan
perancangan kegiatan, pengasuhan bakat, bantuan kewangan dan prasana di samping
pendedahan di peringkat negara dan antarabangsa.
48
Kelantan akan dipusatkan sebagai negeri lingkungan seni budaya yang khusus untuk
dimajukan pada tahun depan dan keunikan tradisinya akan diketengahkan ke persada
antarabangsa.
Menurut Rais lagi, antara kandungan pelan induk tersebut ialah mewujudkan skim
tajaan dalam bentuk kewangan bagi memajukan seni budaya di setiap kawasan
parlimen di negeri ini.
Penggiat seni budaya yang hidup dalam kesusahan akan menerima bantaun di bawah
Skim Belaan Hidup Seniman yang telah diluluskan kabinet baru-baru ini. Menurut
beliau juga, KeKKWa akan membawa beberapa artifak seni budaya dari Kelantan dan
negeri-negeri Pantai Timur ke London dan Paris pada tahun hadapan untuk diserlahkan
ke persada antarabangsa.
49
3.3 Lokasi Kawasan Kajian
Kandis Resource Centre terletak di atas tanah seluas 6 ekar yang berhampiran
dengan pantai di Kampung Kandis Bachok. Jarak dari KRC ke Bandar Bachok ialah 15
KM dan dari Kota Bahru ialah 30 KM. Kandis Resource Centre juga terletak ditengah-
tengah perjalanan antara Bandar Bachok dengan Tok Bali, yang hanya jaraknya lebih
kurang 6 KM dari Tok Bali. Kedudukan Kandis Resource Centre yang berhampiran
dengan pantai Kandis juga telah memberi satu peluang keemasan untuk mempromosi
dan mempergiatan lagi konsep dan program benbentuk pendidikan yang akan
dicadangkan dalam jangka masa panjang. Alamat Kandis Resource ialah Lot 225,
Kampung Kandis, Telong, 16310, Bachok Kelantan.
Pintu masuk ke Kandis Resource Centre
50
3.4 Latar Belakang Kawasan Kajian
Di Kelantan, terdapat sebuah pusat
kebudayaan Melayu yang bertujuan untuk
menjaga dan memelihara seni ukir budaya
Melayu iaitu Kandis Resource Centre (KRC)
yang didirikan di Kandis Bachok Kelantan.
KRC yang ditubuhkan pada tahun 2000,
sememangnya mempunyai keunikan
tersendiri. Keunikan ini kerana penubuhannya
adalah yang pertama di Kelantan yang menawarkan sebuah institusi sebagai rujukan
terhadap kesenian, kraf dan seni ukir kayu Melayu. Datin Waveney Jenkins seorang
aktif dalam Badan Warisan Malaysia, seorang pengarca dan pelukis telah diberi
mandat untuk menerajui projek yang sedang dirancang oleh KRC setelah beliau yakin
dan percaya dengan ilmu dan kebolehan dalam seni ukir Melayu yang berasaskan
Langkasuka oleh Allahyarham Nik Rashiddin Nik Hussein dan Saudara Norhaiza
Nordin.
Projek pembinaan sebuah muzium dan galeri oleh KRC yang sedang dalam proses
pembinaan sekarang akan mempamerkan
segala hasil seni, kraf, seni ukir Melayu dan
juga disediakan bengkel pendidikan seni,
bengkel tempat mengukir kayu dan tempat
bagi demonstrasi bagi para pengunjung dan
pelancong yang datang ke KRC. Bagi jangka
masa panjang, KRC akan mengembangkan
aktiviti program dengan membina sebuah
akademi yang bertujuan untuk mengajar para belia dan juga mereka yang berminat
dalam seni ukir kayu serta yang berkaitan dengan kraf Melayu khususnya seni
Langkasuka bagi menjamin agar seni Melayu tidak pupus ditelan zaman. Pusat ini
menawarkan berbagai pakej lawatan, kemudahan, aktiviiti dan khidmat bagi semua
51
peringkat dan lapisan masyarakat dari peringkat sekolah , institusi pengajian tinggi dan
ilmuan, golongan seniman, tukang, pengkaji dan peminat seni.
3.4.1 Objektif Penubuhan Kandis Resource Centre
a) Untuk menjadi pusat bagi rujukan dalam bidang kesenian dan kaftangan bagi
kebudayaan Melayu tetapi khusus dalam seni ukir Melayu
b) Untuk memupuk kesedaran dan mendidik penduduk tempatan, terutama
golongan muda tentang kepentingan dan faedah terhadap kesenian yang mana
ianya memberi imej dan identiti budaya Malaysia
c) Untuk menyediakan sebuah pusat pengenalan dan penghargaan terhadap
pengetahuan di seluruh dunia
d) Untuk menjadi pusat perkembangan pada masa hadapan bagi kesenian dan
rekabentuk kraf Melayu yang berkonsepkan Langkasuka
e) Untuk menjadi sebuah pusat bagi para tukang seni dan tukang kraftangan untuk
bertemu dalam usaha untuk meningkatkan dan memperbaiki produk yang
dihasilkan bagi pasaran antarabangsa
f) Untuk menjalankan kursus bagi para penyelidik, pelajar lepasan ijazah dan
peringkat universiti dlam membuat kajian terhadap semua aspek seperti reka
bentuk Melayu, senibina tradisional dan lanskap.
g) Untuk melatih generasi muda bagi memastikan pemeliharaan kesenian
tradisional ini
52
3.5 Aktivti-aktiviti KRC Yang Telah Lepas
Kandis Resource Centre telah memulakan
aktivitinya dengan pameran projek Kayu dan
Semangat dan kemudian diikuti dengan
penerbitan buku yang bertajuk Spirit of Wood.
Kedua-dua projek tersebut telah diadakan
koleksinya bertempat di Badan Warisan
Malaysia, Kuala Lumpur bermula 18 Ogos – 16
September 2000. Pameran ini telah dilancar dan
disempurnakan oleh DYMM Seri paduka Baginda Raja Permaisuri Agong iaitu Tuanku
Siti Aisyah. Kemudian DYMM Sultan Selangor iaitu Sultan Sharafuddin Idris Shah
telah mencemar duli bagi melancarkan buku tersebut pada 22 September 2003.
Sebuah buku terbitannya iaitu The Spirit of Wood and The Art of
Malay Woodcarving, telah membuktikan bahawa KRC ini memang
bersungguh-sungguh untuk menjadi sebagai sebuah pusat
kebudayaan Melayu iaitu dengan menubuhkan muzium dan galeri
seni yang berkonsepkan Langkasuka yang unggul dan terkenal bagi
kesenian, kraf dan seni ukir kayu Melayu yang utama di Kelantan.
Pameran seterusnya telah diadakan di Muzium Tamadun Asia, Empress Place di
Singapura. Bermula 5 Sepetember – 30 Nevember
2003 yang mana upacara ini telah dirasmikan
dengan rasminya oleh Pesuruhjaya Tinggi
Malaysia di Singapura iaitu Dato’ Parameswaran.
Galeri Berunei, Sekolah Pengajian Timur dan
Afrika, di Universiti London telah menjadi tempat
seterusnya dalam pameran yang mana ianya telah
diadakan pada 20 Januari – 19 Mac 2004 dan
53
ianya telah dirasmikan dengan rasminya oleh Yang Berusaha Dato’ Abdul Aziz Mohamad
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia.
Pameran kemudiannya juga telah diadakan
di Galeri 2, Jabatan Muzium dan Antikuiti
Malaysia di Kuala Lumpur pada 16 Mei – 17
Julai 2005 yang mana DYMM Sultan Selangor
Tuanku Sharafuddin Idris Shah, telah
melancarkan dengan rasminya pameran
tersebut.
Kali terakhir pada tahun 2005, sekali lagi satu
pameran berkenaan dengan kesenian ukiran kayu
telah diadakan di Muzium Negeri Terengganu,
Losong Terengganu yang mana ianya telah
dirasmikan dengan rasminya oleh Yang
Berhormat Datuk Haji Din Adam. Sememangnya,
kesemua pameran yang telah diadakan menemui
kejayaan dan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
3.6 Cadangan Program-program Yang Ditawarkan Di KRC
Bersempena dengan sebuah muzium dan galeri seni yag dalam proses pembinaan
Sekarang, KRC telah mencadang beberapa cadangan program yang akan diketengahkan
bagi merealisasikan pelancongan pendidikannya. Namun, pendekatan bagi pemahaman
terhadap seni ukir Melayu telah mencipta minat yang mendalam daripada instusi dalam
54
eni
m
n segala
fahaman,
an
dan luar negara. Antara program-program yang telah dirancangkan adalah bertemakan
kepada :
3.6.1 Pelancongan Pendidikan (Educational Tourism)
Dalam konsep pelancongan pendidikan yang
ditekankan ialah lawatan ke muzium dan galeri seni. Terdapat
juga bengkel, stor menyimpan kayu, perpustakaan dan pusat
sumber, galeri seni dan muzium dan akademi dalam
menjayakan konsep pelancongan pendidikan ini. Apa yang
pelawat atau pelancong akan dapat ialah pengalaman
pelancong (tourist experience) iaitu dengan melihat sendiri s
ukir kayu diukir. Terdapat tiga buah rumah berbentuk muziu
yang dibina daripada kayu cengal, yang mana rumah-rumah ini adalah tinggalan
daripada Allayarham Nik Rashiddin yang mana di dalam rumah ini menyimpa
hasil seni karya serta artifaks seni ukir Melayu allahyarham. Disamping itu juga,
lawatan berpandu (guided tours) akan diberikan untuk meningkatkan lagi ke
kesedaran dan rasa minat terhadap bahan pameran yang ditayangkan. Syarahan terhadap
ukir kayu akan diberikan atas permintaan. Terdapat juga pelajar peringkat ijazah yang
berminat dalam program ini akan didedahkan dengan ilmu-ilmu yang berkaitan deng
projek dan pengajian mereka, jadi penerangan dan topik-topik yang akan diberikan
adalah berkisarkan kepada :
a) ukiran dalam artifaks Melayu
b) motif asal mengukir
c) falsafah dan seni ukir keris Melayu
d) reka bentuk pintu gerbang dan sebagainya
e) ukiran seni rumah Melayu tradisional
f) skala dan nisbah dalam ukiran kayu
g) rekabentuk pusaran dan geometri dalam mengukir
55
h) mengukir kayu dalam rekabentuk dalaman
i) mengukir kayu dalam lanskap
Seni ukir Melayu Langkasuka
Rehal (Qur'an rest),Pattani,Kurun awal ke 19
Pihak Pengurusan KRC juga berpendapat menggalakkan lagi lawatan dan kunjungan
para pelajar sekolah yang berminat dalam seni ukir kayu Melayu. Program-program
56
dirancangkan untuk menarik mereka agar mereka tidak merasa bosan sewaktu lawatan
ke KRC. Ini termasuklah mengadakan pertandingan tradisional Melayu seperti congkak,
layang-layang, gasing dan permainan-permainan tradisional yang dinamik serta menarik
perhatian. Antara kesenian dan aktiviti kraf yang boleh dipromosi dan dimasukkan ialah:
a) pengalaman yang melibatkan sumber alam semulajadi seperti pasir, air, angin
dan api. Contoh-contoh projek yang boleh ditonjolkan ialah membina istana
pasir, rekabentuk yang berbunyi serta membuat tanglung
b) kraftangan daripada kulit kayu, batang atau ranting, dedaun, bunga dan juga biji-
biji. Daripada bahan-bahan ini dapat direkabentuk seperti kad-kad, buku
penanda, bingkai gambar, tempat letak pensil dan bekas serbaguna.
c) kraftangan daripada bahan-bahan dari sumber pantai dan laut termasuklah kulit
kerang, siput, tempurung kelapa, tali-temali. Semuanya ini dapat dijadikan kotak
barang perhiasan, reka bentuk bunga yang kreatif dan hiasan dalaman.
d) kraftangan yang diperbuat daripada bahan-bahan yang dikitar semula seperti
kertas, plastik,tin, botol dan kain. Ini boleh dijadikan reka bentuk bunga, topeng,
alat-alat muzik, model-model rumah bot dan alat permainan.
e) Kraftangan daripada daun pandan, daun kelapa, mengkuang, daun baru, daun
getah dan daun pisang yang boleh dijadikan seruling, bakul, tikar, tali dan objek-
objek muzikal
f) Objek-objek daripada blok kayu lembut untuk dibuat rehal dan gayong, objek
daripada buluh boleh dibuat wau dan akhir sekali objek daripada kelapa boleh
dijadikan key chain, tempat bekas, serta reka bentuk bunga-bunga.
57
Ringkasan Program dan Aktiviti Pelancongan
Pendidikan di Kandis Resource Centre
Jadual 3.2 : Program dan Aktiviti Pelancongan Pendidikan Di Kandis Resource
Centre
Galeri Seni
- pameran dan lawatan
- profil KRC dan biografi
- portfolio
- hasil seni dan lakaran Nik Rashiddin
Muzium Seni
- pameran dan lawatan
- artifak rujukan rekabentuk Melayu
- rekabentuk motif Langkasuka
Perpustakaan & Pusat
Sumber
- data dan dokumentasi
- buku, jurnal, manuskrip, gambar foto seni Melayu
- audio visual dan multimedia
- lawatan dan kajian Nik Rashiddin
Bengkel dan stor
- simpanan bahan kayu
- alat memproses dan mengukir kayu
58
Kulit-kulit siput yang boleh dijadikan hiasan Daun dan bahan dari kelapa sesuai dijadikan hiasan dan bekas barang
Reka bentuk bunga yang kreatif Kraftangan daripada bahan-bahan dari ssumber pantai dan laut
3.6.2 Pakej Senibina (Architectural Package)
Artifak yang terbesar di KRC ialah sebuah rumah lama berkonsepkan rumah
Terengganu yang berusia 180 tahun yang mana ianya disesuaikan dan digunakan
sebagai bangunan muzium. Dalam program senibina di KRC ialah berbentuk syarahan
terhadap rekebentuk konsep, ruang, struktur, pembinaan dan ciri-ciri mendalam
bangunan tradisional ini dan bangunan-bangunan lain yang mempunyai ciri-ciri
tradisional.
59
Antara topik-topik senibina yang disentuh ialah :
a) sambungan sendi rumah dan pembinaan
b) rekabentuk artifak Melayu iaitu pendekatan dan konsep seorang pengukir kayu
c) ciri-ciri senibina tradisional Melayu
d) pembahagaian dan skala kepingan kayu seperti kembong dan janda berhias
e) komposisi reka bentuk kepingan kayu dan bukaan muka depan senibina
tradisional
f) reka bentuk konsep artifaks Melayu, motif Langkasuka dan rekabentuk seni
Langkasuka.
g) mengukir tradisional senibina Melayu
h) skala dan nisbah dalam senibina tradisional
i) rekabentuk lanskap dan hiasan dalam berkonsepkan kayu
Bagi progam seni bina ini, ianya memerlukan kepada satu hingga tiga hari syarahan
untuk mendapatkan hasil terbaik seperti sesi pembelajaran studio dan juga
pembelajaran diluar studio untuk merangsang dan memotivasikan pelajar dalam usaha
untuk mendapatkan hasil kerja yang lebih baik.
Seni hiasan berkonsepkan ukiran seni kayu Melayu Langkasuka
60
Ringkasan Program dan Aktiviti Senibina
di Kandis Resource Centre
Jadual 3.3 : Program dan Aktiviti Senibina Di Kandis Resource Centre
Lawatan dan kuliah
- rumah Terengganu (180 tahun)
- rumah ibu (tiang 12)
- balai tengah (tiang 9)
- rumah bujang (tiang 6)
- rumah Nik Rashiddin
- rumah asal (1995-2003)
- rumah dapur (2007)
- galeri seni dan pusta sumber (2007)
Pembelajaran terhadap senibina berasaskan kepada seni ukir Melayu dan Langkasuka
61
3.6.3 Pakej Lanskap ( Landscape Package)
Tujuan pakej ini diperkenalkan adalah bertujuan untuk memperlihatkan akan rekabentuk
lanskap dan taman masyarakat Melayu. Terdapat banyak konsep lanskap bercirikan
Cina, Jepun, Inggeris malah Bali tidak terkecuali. Jadi pihak pengurusan KRC cuba
untuk mengetengahkan reka bentuk lanskap berunsurkan kemelayuan. Jadi ciri-ciri
lanskap Melayu yang cuba ditonjolkan adalah berteraskan kepada susun atur tanaman
yang ditanam dihadapan rumah, jenis-jenis tanaman herba yang ditanam serta bunga-
bunga yang ditanam. Misalnya di hadapan kerkarangan rumah orang Melayu ditanam
pokok bunga melor, binga cina, bunga raya, jambu penawar serta pelbagai jenis bunga
lagi.
Contoh lanskap diperkarangan rumah Melayu
62
Ringkasan Program dan Aktiviti Lanskap di Kandis Resource Centre
Jadual 3.4 : Program dan Aktiviti Lanskap di Kandis Resource Centre
Pertunjukkan konsep bagi
laman Melayu dan laman
hadapan
- jenis penanaman bunga melor, bakawali, kemuning
dan sebagainya
- konsep dan rekabentuk pintu gerbang
Pertunjukkan konsep laman
sekitar
- jenis pohon teduhan, pohon buah dan tumbuh-
tumbuhan gunaan
- rekabentuk pagar dan telaga dan sebagainya
Pertunjukkan konsep laman
dapur
- penanaman herba dan perubatan
- penanaman sirih, serai wangi, cekur, kunyit
- penanaman sayur seperti sawi, lada, kacang panjang,
- kebun buah seperti sentul, belimbing, jambu air dan
sebagainya
63
3.6.4 Pakej Persekitaran (Environmental Package)
Pakej ini Kandis Resource Centre terletak di di kawasan yang strategik iaitu di
pesisir pantai di antara Kota Bharu dan Kuala Terengganu. Ianya juga berhampiran
dengan kawasan memancing Tok Bali iaitu cuma 6 KM sahaja dimana tarikan-tarikan
dan destinasi pelancongan popular yang terdapat disekitar KRC ialah seperti terdapatnya
sebuah pusat memancing antarabangsa di Pelabuhan Tok Bali. Di samping itu juga,
untuk ke Pulau Perhentian, pelancong boleh menggunakan jeti Tok Bali untuk ke sana.
Ini merupakan satu kelebihan kepada Kandis Resouce Centre iaitu di mana pelancong
boleh singgah sekejap di sini sebelum pergi ke Pulau Perhentian.
Berdekatan dengan Kampung Kandis ialah Pantai Malawi yang terkenal dengan aktiviti
pantai dan destinasi percutian, jadi pelbagai resort dan chalet telah didirikan di
sepanjang Pantai Malawi dan sekitar Kampung Kandis itu sendiri. Pelbagai kemudahan
dibina berdekatan dengan kawasan resort dan chalet seperti restoran, gerai makanan,
kedai cenderahati serta kemudahan bagi tujuan rekreasi dan percutian.
Memandangkan Kandis Resource Centre ini berdekatan dengan pantai, banyaklah
aktiviti dapat dilakukan dan ini secara tidak langsung dapat menjadi tarikan pelancongan
untuk pelancong berkunjung ke sini.
64
Ringkasan Program dan Aktiviti Alam Sekitar di Kandis Resource Centre
Jadual 3.5 : Program dan Aktivti Alam Sekitar di Kandis Resource Centre
Aktiviti Laut dan Pantai
- percutian di Pulau Perhentian
- Pelabuhan dan jeti Tok Bali
Aktiviti Kampung
Nelayan
- memukat ikan dan ketam
- membuat ikan kering dan
belacan
PROGRAM ALAM
SEKITAR
Aktiviti Daratan
- memproses kelapa, menanam
sayur, ubi keledek dan
tembikai
BAB IV
ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
Tujuan bab ini adalah untuk menganalisis data bab ini akan melaporkan hasil
temubual dengan Pengarah Kandis Resouce Centre (KRC) sendiri. Agensi atau
organisasi kerajaan yang terlibat pula ialah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
(JKKN), Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kelantan (JKKWK), Perbadanan
Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan (PKKMK), Majlis Tindakan
pelancongan Negeri Kelantan (MTPNK), Pusat Penerangan Pelancong Kelantan (TIC)
dan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPNK) serta Bahagian Pembangunan Majlis
Daerah Bachok (MDB). Bagi NGO yang terlibat pula ialah Badan Warisan Malaysia
(BWM) dan resort-resort yang berdekatan atau di sekitar Kampung Kandis serta
penduduk setempat di sekitar Kampung Kandis khususnya berdekatan dengan KRC.
Tujuan diadakan temubual dengan pihak-pihak tersebut adalah untuk mendapatkan
pendapat mengenai potensi KRC untuk berkembang dalam pelancongan budaya dan
warisan dan seterusnya dapat memberi implikasi dalam pelancongan pendidikan. Antara
66
tema-tema yang ditemubual produk yang ditawarkan, pengalaman pelancong,
kepimpinan, infrastruktur dan pengurusan tarikan, pemasaran dan sumberjaya.
Jadual 4.1 : Tema Temubual Dengan Responden
TEMA TEMBUAL
KUPASAN ISU
PRODUK YANG DITAWARKAN
• Konsep dan imej KRC
• Program atau pakej pelancongan
yang ditawarkan
• Jenis bahan pameran yang
dipamerkan
• Konsep Pelancongan Pendidikan
PENGALAMAN PELANCONG
• Pertunjukkan demonstrasi
• Keaslian artifak dan bahan
pameran
• Value for money
• Senibina dan lanskap
KEPIMPINAN
• Hubungan dengan Agensi /
badan kerajaan
• Hubungan dengan NGO
• Hubungan dengan badan swasta
dan orang perseorangan
INFRASTRUKTUR
• Lokasi
• Kemudahan pelawat
• Keselamatan
67
• Pengangkutan
• Penginapan
PENGURUSAN TARIKAN
• Sistem pengurusan di lokasi
• Latihan kakitangan
• Kebersihan
PEMASARAN
• Bentuk pemasaran
• Sasaran pengunjung
• Unjuran kedatangan pengunjung
SUMBERJAYA
• Keadaan persekitaran
• Jarak dengan tarikan lain
4.2 Analisis Temubual Berkenaan Dengan Produk Yang Ditawarkan
4.2.1 Konsep dan Imej Kandis Resource Centre (KRC)
Menurut Pengarah KRC :
“Konsep yang cuba diperkenalkannya ialah mengenai kesenian dan warisan
Melayu yang bermotifkan kepada seni Langkasuka. Adalah menjadi harapan
Pengarah KRC untuk menjadikan KRC ini sebagai tempat atau institusi rujukan
bagi kesenian, kraf dan seni ukir Melayu yang terunggul dan terkenal khasnya di
Negeri Kelantan. Disamping itu juga, matlamat KRC ialah mengukuhkan lagi
68
dari segi minat, dialog, kesefahaman bagi kesenian ukiran kayu Melayu
dikalangan pelawat atau pelancong yang mengunjungi KRC yang terdiri
daripada pelajar, penyelidik, tukang, dan peminat seni. Sejak tahun 70an lagi
ramai pelajar, penyelidik dan pelawat samada dalam dan luar negara datang
melawat ke negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu untuk
melihat kesenian, kraf dan kebudayaan daripada penduduk tempatan. Atas
dasar inilah Allahyarham Nik Rashiddin berpendapat bahawa perlunya di
bangunkan sebuah pusat bagi para seniman, pengusaha kraftangan, para
penyelidik dan pencinta seni berkumpul sambil bertukar-tukar pandangan dan
maklumat demi menjaga budaya dan warisan Melayu”.
Bagi JKKN :
“Konsep dan imej kebudayaan dan warisan Melayu yang cuba ditonjolkan oleh
mana-mana badan atau organisasi haruslah mengikut kesesuaian dan
keasliannya. Ini adalah untuk memastikan bahawa setiap dari apa yang ingin
ditonjolkan itu akan akan memberikan satu kesan samada yang positif atau
negatif”.
Menurut JKKWK pula :
“Adalah menjadi tanggungjawab bagi setiap individu ataupun mana-mana
sukarelawan untuk memastikan agar budaya dan seni warisan Melayu tidak
pupus teruutama di Negeri Kelantan. Jadi, kalau dilihat imej yang cuba
dipertonton atau diketengahkan oleh KRC iaitu sebagai pusat bagi kebudayaan
dan kesenian Melayu adalah amat dialu-alukan”.
69
Bagi PKKMK :
“Apa yang cuba diperkenalkan oleh KRC adalah satu langkah bijak dalam
usaha untuk memelihara dan menjadi warisan seni kraftangan Melayu. Ini
kerana pada hari ini, kurangnya pendedahan kepada seni kraftangan yang
bercirikan kemelayuan dan kurangnya golongan muda untuk berkecimpung bagi
mengusahakan seni kraftangan”
Menurut TIC :
“Langkah yang cuba diperkenal dan dilakukan oleh KRC adalah amat baik
sekali. Ini kerana melalui konsep dan imej yang bercirikan seni ukir dan
kraftangan Melayu adalah termasuk dalam pelancongan kebudayaan dan
warisan. Jadi secara tidak langsung, ianya akan merancakkan lagi kedatangan
pelancong antarabangsa dan domestik ke Negeri Kelantan amnya”.
Bagi BWM :
“Konsep dan imej yang ingin ditonjolkan oleh KRC adalah amat baik
sekali kerana ianya dapat memberikan imej terhadap warisan Melayu yang
mungkin akan pupus sekiranya langkah atau tiada organisasi atau orang
perseorangan yang berminat untuk memelihara dan memulihara warisan
kesenian Melayu”.
Bagi penduduk setempat :
“Adalah amat baik sekali dengan adanya penubuhan KRC yang berkonsepkan
kepada seniukir kayu Melayu dalam memberikan imej Melayu yang begitu kaya
dengan seni budaya dan warisannya”.
70
4.2.2 Program Atau Pakej Pelancongan Yang Di Tawarkan
Menurut Pengarah KRC :
“Terdapat empat program yang cuba diperkenalkan oleh KRC dalam usaha
untuk program pendidikan ialah lawatan ke muzium dan galeri seni. Terdapat
juga bengkel, stor menyimpan kayu, perpustakaan dan pusat sumber yang boleh
dilawati oleh pelawat. Disamping itu juga, lawatan berpandu (guided tours)
akan diberikan untuk meningkatkan lagi kefahaman, kesedaran dan rasa minat
terhadap bahan pameran yang ditayangkan dan syarahan terhadap ukir kayu
akan diberikan atas permintaan daripada pengunjung atau pelawat tadi.
Selain itu, program seni bina turut diperkenalkan oleh KRC. Dalam program ini,
ianya memperlihatkan kepada senibina bangunan KRC dan juga berbentuk
syarahan mengenai senibina di KRC. Pakej yang berikutnya ialah program
lanskap, iaitu untuk memperkenalkan dan memperlihatkan akan rekabentuk
lanskap dan taman masyarakat Melayu yang berteraskan kepada susun atur
tanaman yang ditanam dihadapan rumah, jenis-jenis tanaman herba yang
ditanam serta bunga-bunga yang ditanam.
Dan akhir sekali ialah program persekitaran yang melibatkan kepada aktiviti
pantai dan laut, perkampungan nelayan serta daratan. Secara tidak langsung,
ini menjadikan KRC ini sebagai destinasi pelancongan pendidikan.”
Menurut PKKMK :
“Apa yang menarik ialah pakej-pakej ini ditawarkan mengikut keperluan. Kalau
dilihat, dari sudut kraftangan iaitu dalam pakej pendidikan, ianya menghasilkan
satu kraftangan seperti membuat bakul, seni ukir kayu dan sebagainya”.
71
Bagi TIC :
“Yang terdapat dalam pelancongan pendidikan kerana ianya mendedahkan
kepada pelajar mengenai empat pakej yang sememangnya dapat memberikan
pendedahan yang baru kepada para pelancong samada antarabangsa dan juga
domestik”
Bagi JPNK :
“Pakej-pakej yang ditawarkan oleh KRC adalah amat baik sekali terutama
kepada golongan remaja dan juga pelajar sekolah. Ini terutama sekali melalui
program pendidikan yang secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi minda
dan pemikiran pelajar terhadap pembelajaran”.
Menurut pengusaha-pengusaha resort :
“Melalui pakej-pakej yang diperkenalkan oleh KRC, secara tidak langsung akan
melibatkan resort-resort yang berdekatan dengan KRC. Ini kerana, melalui
aktiviti-aktiviit yang mungkin dilaksnakan oleh KRC akan turut melibatkan
resort-resort dan juga perkhidmatan yang disediakan disitu”.
Bagi penduduk setempat :
“Mereka mungkin juga dapat terlibat secara tidak langsung daripada aktiviti
pakej KRC seperti sebagai pemandu pelancong, lawatan ke sekitar kampung dan
juga penggunaaan peralatan yang mungkin dipinjamkan daripada mereka”.
72
4.2.3 Jenis Pameran Yang Dipamerkan
Menurut Pengarah KRC, :
“Segala bahan yang dipamerkan adalah asli, mempunyai nilai estetika dan amat
sesuai untuk dipertontonkan kepada semua lapisan masyarakat dan peringkat
umur. Misalnya, antara yang dipamerkan ialah kraftangan yang mungkin
sekarang ini tidak pernah dilihat oleh generasi muda seperti kraftangan
daripada daun pandan, daun kelapa, mengkuang, daun baru, daun getah dan
daun pisang yang boleh dijadikan seruling, bakul, tikar, tali dan objek-objek
muzikal serta objek-objek daripada blok kayu lembut untuk dibuat rehal dan
gayong, objek daripada buluh boleh dibuat wau dan akhir sekali objek daripada
kelapa boleh dijadikan key chain, tempat bekas, serta reka bentuk bunga-
bunga”.
Bagi JKKN :
“Melalui pameran yang dipertontonkan adalah baik dan mungkin apa yang
dipertontonkan ini tidak dilihat ataupun didengar oleh golongan remaja pada
masa kini. Jadi, adalah amat baik dan bagus sekali tentang pameran yang
dipertontonkan ini”.
Menurut JKKWK :
“Segala hasil seni dan artifak yang dipamerkan di KRC adalah amat tinggi
nilainya dan hanya boleh diperolehi daripada pengukir-pengukir dan pembuat
kraftangan yang mempunyai kepakaran khusus dalam bidang seni ukir dan
kraftangan”.
73
Menurut PKKMK pula :
“Segala pameran yang ingin dipertontonkan terutamanya yang melibatkan
kraftangan mestilah nampak keaslian, nilai estetika, nilai pendidikan dan nilai
moral. Ini bermaksud setiap hasil tersebut haruslah ada fungsi dan kraftangan
tersebut dibuat bukan berdasarkan kepada komersial sahaja. Ini untuk
memastikan bahawa wujudnya usaha yang bersungguh-sungguh oleh setiap
tukang atau peminat seni dalam menghasilkan mutu seni kraftangan terutama
seni kraftangan tradisional Melayu”.
Bagi MDB pula :
“Pameran yang diperlihat oleh KRC sekarang ini semamngnya mempunyai nilai
estetika dan amat berharga. Ini jelas dengan apa yang dipamerkan itu, boleh
dijadikan sebagai tempat rujukan bagi mana-mana pihak yang berminat untuk
melihat keaslian dan mempunyai keunikan tersendiri”.
Bagi TIC pula :
“Apa yang dipamerkan oleh KRC mengenai segala hasil seni Allahyaham Nik
Rashiddin dan seni ukir kayu Melayunya, adalah amat tinggi dan bernilai
harganya. Disamping itu juga, melalui pameran ini, ianya dapat meningkatkan
dan menggalakkan lagi kedatangan para pelancong luar negara yang berminat
dengan hasil seni kraftangan dan seni ukir Melayu untuk datang ke Kelantan”.
Menurut JPNK pula :
“Melalui pameran sedemikian, pelajar sekolah dan para remaja dapat
mempelajari nilai-nilai warisan kebudayaan Melayu dan dapat memupuk
kesedaran akan pentingnya nilai budaya dan warisan Melayu agar tidak pupus
begitu sahaja. Ini amat baik bagi pengenalan kepada pelancongan pendidikan”.
74
Bagi BWM :
“Bahan-bahan pameran dan artifak yan dipamerkan adalah amat bertepatan
dengan konsep dan imej yang ditonjolkan oleh KRC. Ini jelas dengan peranan
pihak BWM telah bersungguh-sungguh membantu KRC dalam dengan menyertai
Pameran Projek kayu dan Semangat yang kemudiannya diikuti dengan projek
buku iaitu Semangat Kayu”.
4.2.4 Konsep Penerapan Pelancongan Pendidikan
Bagi Pengarah KRC :
“Apa yang dimaksudkan dengan pelancongan pendidikan yang dapat
ditawarkan oleh KRC ialah melalui pakej atau program pendidikan yang
disediakan oleh KRC. Terdapat empat pakej iaitu Program Pendidikan, Program
Senibina, Program Lanskap dan Program Alam Sekitar. Jadi, melalui program-
program ini, ianya dapat memberikan gambaran sebenar tentang aktiviti yang
dapat dirasai sendiri iaitu dengan mengadakan lawatan konstekstual dan juga
amali dan bentuk syarahan”.
Bagi TIC pula :
“Mana-mana konsep pendidikan pelancongan, ianya haruslah bertepatan
dengan apa yang dipamerkan dan dapat memberi sesuatu yang boleh dipelajari
oleh para pelajar dan juga belia. Jadi, dengan adanya konsep pelancongan
pendidikan yag ingin diketengahkan oleh KRC, akan meramaikan lagi pelajar-
pelajar sekolah dari seluruh Malaysia datang ke KRC untuk melihat wujudnya
perhubungan antara pelancongan kebudayaan dan warisan dengan pelancongan
pendidikan”
75
Manakala JPNK :
“Setiap bahan pameran, mutu dan hasil seni dan artifak mestilah
bertepatan dan dapat memberi sesuatu yang menarik dan memberi pengalaman
yang baru kepada remaja dan juga pelajar sekolah. Ini kerana mungkin dari apa
yang mereka lihat itu tidak penah dilihat dan ini dianggap sebagai sesuatu yang
amat berharga bagi mereka”.
4.3 Analisis Temubual Berkenaan Dengan Pengalaman Pelancong
4.3.1 Pertunjukkan Demonstrasi
Menurut pengarah KRC :
“Sememangnya apa yang ingin dipamerkan, ditonjol dan diadakan beberapa
pakej atau program adalah bertujuan untuk memberikan sesuatu yang bernilai
dengan harapan agar ianya dapat memberi satu pengalaman yang baru kepada
pelawat atau pelancong. Misalnya para pengujung diberi taklimat, syarahan dan
lawatan berpandu ketika mengunjungi KRC. Disamping itu juga, mereka
berpeluang untuk melihat sendiri bagai seni ukir kayu dan kraftangan Melayu
dibuat dengan melawat ke bengkel kayu Saudara Nurhaiza di Kampung Raja
Besut. Namun, belum ada lagi tempat-tempat seperti bengkel pendidikan seni,
tempat bengkel pertunjukkan serta diadakan demonstrasi di KRC. Ini kerana
belum cukup kawasan untuk didirikan bagi tempat-tempat tersebut”.
Bagi JKKWK, :
“Pertunjukkan demonstrasi adalah satu aktviti yang harus atau mesti
dipertontonkan dalam usaha untuk menarik lebih ramai mengunjung ke destinasi
76
pelancongan kebudayaan dan warisan. Ini kerana mereka dapat melihat sendiri
bagai seni ukran Melayu dan kraftangan dibuat”.
Bagi PKKMK :
“Dengan adanya demonstrasi para pelancong dapat melihat sendiri bagaimana
hasil-hasil sesuatu seni itu dapat dibangun dan dicipta. Ini dapat memberikan
sesuatu pengalaman yang baru dan boleh memberi kesan mendalam kepada
pelawat atau pelancong”.
Menurut TIC :
“Dengan adanya demonstrasi ianya dapat memberikan gambaran yang lebih
jelas di mana pelawat atau pelancong tadi akan dapat memahami bagaimanakah
sesuatu produk atau hasil seni itu dapat dihasilkan”.
Bagi JPNK :
“Berdasarkan kepada Program Pelancongan Pelajar itu sendiri, adalah penting
bagi seseorang pelajar itu dapat melihat sendiri atau merasa sendiri apa yang
dilihatnya melalaui lawatan kontekstual. Ini bermakna, sekiranya ada terdapat
pertunjukkan demonstrasi, ianya boleh memberikan suatu pengalaman yang
amat bermakna kepada para pelajar”.
Bagi penduduk setempat :
“Dengan adanya aktiviti demosntrasi ini, ianya akan memudahkan kepada
pemahaman bagaimana hasi-hasil seni itu dihasilkan. Mereka juga bersetuju
dengan adanya demonstrasi ini, akan melibatkan juga orang kamping seperti
bantuan kepada kepakaran yang mereka ada dan juga lawatan berpandu.
77
4.3.2 Keaslian Artifak dan Bahan Pameran
Bagi Pengarah KRC :
Apa yang dipamerkan dan dipertontonkan adalah artifak, hasil seni karya ,
kraftangan dan seni ukir yang asli dan bukan bertujuan untuk komersial semata-
mata. Ini adalah untuk menjaga mutu dan nilai kaslian dalam menghasilkan seni
ukiran kayu, kraftangan dan ksenian Melayu yang tiada tolok bandingnya. Dari
segi susun atur bahan persembahan atau pameran, ianya disusun mengikut
pengkelasan misalnya pameran yang berdasarkan kepada seni ukir melayu,
diletakkan dalam satu kumpulan. Manakala bagi kraftangan diletakkan disudut
kawasan yang dalam satu kumpulan yang berbeza. Begitu juga dengan hasil-
hasil seni oleh Alahyarham Nik Rashiddin, telah diletakkan dalam satu
kumpulan yang berasingan dengan bahan-bahan pameran yang lain.
Tujuan diletakkan bahan-bahan pameran yang diasingkan mengikut kumpulan
adalah bertujuan bagi memudahkan para pelawat atau pengunjung melihat
bahan-bahan pameran serta artifak yang berbeza-beza. Setiap bahan pameran
yang dipamerkan adalah bertepatan, bersesuaian dan boleh dijadikan sebagai
pengalaman pelawat atau pelancong dalam mengenali kebudayaan dan ksenian
Melayu.
Sememangnya apa yang dipamerkan adalah amat bertepatan, bersesuaian
dengan semua peringkat umur, malah sejak tahun 70an lagi ramai pelajar,
penyelidik dan pelawat samada dalam dan luar negara datang melawat ke
negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu untuk melihat
kesenian, kraf dan kebudayaan daripada penduduk tempatan jadi dengan
terbinanya sebuah pusat yang boleh dijadikan pusat kesenian dan kebudayaan,
maka adalah elok bagi para seniman, pengusaha kraftangan, para penyelidik
dan pencinta seni berkumpul sambil bertukar-tukar pandangan dan maklumat
demi menjaga budaya dan warisan Melayu bertemu di KRC ini.
78
Menurut JKKWK :
“Wujudnya nilai-nilai estetika yang mana ianya adalah asas kepada keindahan
bagi sesuatu tempat bagi destinasi pelancongan kebudayaan dan warisan. Ini
penting dengan adanya nilai estetika ini, ia dapat memberikan gambaran
sebenar kepada konsep kebudayaan dan warisan ini yang cuba ditonjolkan oleh
KRC”.
Bagi PKKMK pula :
“Apa yang dapat diperolehi daripada kaslian dan artifak dan bahan pameran
ialah ianya dapat memberikan sesuatu yang tidak ternilai kepada pengunjung.
Ini kerana terdapatnya nilai sosial yang dapat memupuk nilai-nilai yang terpuji
dan baik di kalangan pengunjung itu sendiri.
TIC pula berpendapat :
“Keaslian terhadap artifak dan bahan pameran yang ingin ditonjolkan oleh
mana-mana pihak haruslah dipuji. Ini adalah untuk mengelak daipada
berlakunya berlaku penipuan dimana ianya akan memberikan impak negatif
kepada para pengunjung dan juga pelancong”.
Bagi JPNK pula, :
“Setiap artifak dan bahan pemaran yag asli dan tulen adalah dalat memberikan
pengalaman yang baru dan meberi impak positf kepada para pelawat terutama
kepada pelajar sekolah. Menurut agensi itu lagi, kewujudan nilai bina diri, value
for money dan nilai pendidikan akan menjadikan KRC sebagai destinasi bagi
pelancongan yang unggul dalam pelancongan pendidikan”.
79
BWM berpendapat bahawa :
“Dengan keaslian terhadap artifak dan bahan pameran ini menunjukkan
bahawa setiap organisasi itu jujur dan bertanggungawab dalam menyediakan
atau mempersembahkan mana-mana bahan pamerannya. Disamping itu juga,
pemupukan nilai sosial daripada para peunjung atau pelawat itu boleh dicapai
melalui pelbagai aktiviti yang ditawarkan oleh pihak berkenaan. Sememangnya
KRC telah memamerkan pameran yang unik yang penuh dengan nilai sosial,
estetika dan budaya yang tinggi”.
4.4 Analisis Temubual Berkenaan Dengan Value For Money
Menurut Pengarah KRC:
“Kini pelawat dan pelancong akan dikenakan bayaran yang bersesuaian dengan
apa yang mereka perolehi dan pengalaman yang dapat mereka rasai. Sebagai
contoh, sekiranya sekumpulan pelajar yang ingin mendapatkan khidmat nasihat
atau yang berbentuk syarahan, maka bayaran akan dikenakan. Maksudnya setiap
daripada perkhidmatan yang dipinta, akan dikenakan bayaran. Ini juga misalnya
lawatan berpandu (tour guided) ataupun meminta sesebuah persembahan
diadakan”.
Bagi TIC :
“Sekiranya pihak KRC ingin mengenakan bayaran kepada pengunjung, segala
bahan pameran, persembahan yang menarik dan boleh memberikan pengalaman
kepada para pengunjung, haruslah berbaloi dengan apa yang dibayar oleh
mereka. Ini adalah bagi mengelakkan rasa tidak puas hati dikalangan para
pengunjung ke KRC”.
80
Menurut JPNK pula :
“Bayaran yang seharusnya dikenakan kepada pelajar -pelajar sekolah haruslah
berpatutan dan tidak membebankan pelajar. Ini bertujuan agar pelajar dapat
mencari sesuatu yang baru dan boleh memberi pengalaman baru kepada
mereka”.
Menurut BWM :
“Itu adalah terpulang kepada mana-mana organisasi yang ingin mnegenakan
bayaran kepada pengunjung yang melawat ke kawasannya. Sebagai NGO, ia
berpendapat agar bayaran yang dikenakan itu tidak terlalu mahal dan biarlah
berbaloi dengan apa yang dipersembahkan dan ditawarkan oleh pihak yang
berkenaan”.
4.5 Analisis Berkenaan Dengan Kepimpinan
Kepimpinan disini bermaksud bagaimanakah seorang ketua atau pengurus bagi
sesuatu projek atau tempat boleh berhubung dengan orang-oang luar dalam usaha untuk
membantu projek atau programnya agar terus mandapat bantuan ataupun dari segi skim
bantuan teknikal dan sebagainya.
4.5.1 Hubungan dengan Agensi atau Badan Kerajaan
Bagi Pengarah KRC :
“Ini adalah cabaran yang paling penting dan perlu wujud dalam pengurusan
KRC. Pihak pengurusan KRC banyak berhubung dengan agensi kerajaan dan
juga badan NGO. Sebagai contoh, dengan bantuan daripada BWM iaitu melalui
Datin Waveney Jenkins, telah banyak pameran artifak dan hasil seni telah dapat
81
dipamerkan diluar negara. Di samping itu juga, pihak pengurusan KRC juga
membuat MoU dengan Malaysia Timber Industry Board (MTIB) bagi memberi
bantuan dalam bentuk penyelidikan kayu dan juga dalam menghasilkan perabot
berkonsepkan seni ukiran Melayu Langkasuka. Bagi IPTA yang teah
bekerjasama dengan KRC ialah UTM dan UiTM. Dimana IPTA ini telah
menghantar beberapa pelajarnya untuk membuat kajian tentang penyelidikan
kayu dan seni bina yang dihasilkan di KRC.
KeKKWa juga telah menyediakan bantuan kewangan kepada pembinaan galeri
seni melalui Skim Latihan Pembangunan Penggiat Seni begitu juga dengan
kerjasama dengan Kerajaan Negeri Kelantan melalui Bahagian Pembangunan
Majlis Daerah Bachok dengan mendapat juga peruntukan kewangan atau dana
bagi tujuan pembinaan muzium dan galeri seni”.
Bagi JKKN pula :
“Semestinya perlu wujud seorang pemimpin yang mantap dan berkesan dalam
usaha untuk menjadikan apa yang diusahakan itu boleh memberi manfaat
kepada pihak yang terbabit dan kepada mana-mana individu yang telibat secara
langsung atau tidak langsung. ini selaras dengan tujuan penubuhan
Kementerian Kebudayan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) adalah untuk
menggubal dasar dan program budaya, seni dan warisan di Malaysia. Menurut
JKKN, terdapat 2 jenis skim yang diperkenalkan oleh KeKKWa iaitu Skim
Latihan Pembangunan Penggiat Seni yang bertujuan adalah bertujuan untuk
membantu membiayai penggiat seni, budayawan dan karyawan untuk mengikuti
berbagai bentuk kursus dan latihan bagi meningkatkan kemahiran, kemampuan
dan kecekapan penggiat seni tanah air dalam bidang masing-masing. Manakala
bagi skim kedua ialah Skim Bantuan Kebudayaan yang bertujuan untuk
menyediakan bantuan kewangan dan khidmat nasihat kepada BBK seni dan
budaya untuk melaksanakan aktiviti yang menyokong usaha pembangunan seni
dan budaya negara yang dilaksanakan oleh kerajaan melalui kebudayaan,
kesenian dan warisan Malaysia”.
82
Menurut JKKWK :
“Adalah penting bagi seseorang pemimpin atau pengurus yang menguruskan
apa-apa bidang aktiviti kebudayaan dan kesenian untuk terus berhubung dengan
agensi kerajaan terutama dengan KeKKWa dalam usaha untuk memantapkan
dan mendapat khidmat nasihat serta bantuan kewangan. Ini jelas objektif
JKKWK iaitu dengan menjalankan aktiviti yang menjuruskan kepada
pembangunan kebudayaan dan diantaranya ialah merakyatkan aktviviti seni dan
budaya, mengekalkan warisan negara melalui penyelidikan dan pemuliharaan,
mempertingkatkan kegiatan kebudayaan dan kesenian bagi menggalakkan
penglibatan dan penghayatan masyaraka terhadap kebudayaan kebangsaan dan
pengembangan kebudayaan dan kesenian melalui projek-projek dibawah
pengukuhan dasar, pengembangan seni dan pendidikan seni”.
Bagi PKKMK :
“Bahawa setiap ketua atau pengurus yang bertanggungjawab dalam apa jua
tugasan atau projek yang dibawah tanggungjawabnya perlulah berkarisma,
berdaya saing dan mampu menghadapi segala cabaran. Dalam konteks KRC,
pihak PKKMK boleh membantu dari segi menyediakan khidmat nasihat terhadap
program kraftangan serta PKKMK ini juga boleh djadikan tempat bagi KRC
untuk mengumpul tukang-tukang seni kraftangan atau penggiat seni untuk
bertukar-tukar pendapat dan idea. Ini kalau dilihat dari aspek visi dan misi
PKKMK iaitu sebagai menjadi pemimpin dalam pertumbuhan pembangunan dan
promosi industri kraf yang kukuh dan berdaya saing. Daripada strateginya pula,
ianya menyediakan pelbagai program untuk memberi kemudahan dan insentif
kepada usahawan kraf seperti pembangunan produk berorientasikan pasaran,
penggunaan teknologi dalam pengeluaran, perkembangan pasaran,
pembangunanan pengusaha kraf yang berpotensi, dan pembangunan sumber
tenaga mahir”.
83
Bagi MDB :
“Ianya telah membantu pihak KRC dalam menyediakan bantaun kewangan dan
juga promosi KRC berkenaan dengan artifak, seni ukir kayu dan kraftangan
melalui peminjaman sewaktu Hari Keputeraan DYMM Al Sultan Kelantan.
Secara tiak langsung, ianya telah mempromosi dan menaikkan taraf KRC
sebagai destinasi pelancongan kebudayaan dan warisan, sekaligus dapat
memberi implikasi kepada pelancongan pendidikan”
Bagi MTPNK :
“Dengan kerjasama erat antara pihak KRC dengan MTPNK ialah
mempelbagaikan lagi tarikan pelancongan ke Negeri Kelantan dan secara tidak
langsung akan meningkatkan kedatangan para pelancong samada domestik atau
luar negara yang berminat dengan pelancongan kebudayaan dan warisan ini.
Bagi MTPNK matlamat penubuhannya adalah bertujuan untuk memastikan
fungsi dan struktur organisasi/ institusi pelancongan dapat diperkukuhkan
supaya perancangan, pembangunan, penyelaras, pemantauan promosi dan
pemasaran dapat dilaksanakan secara sistematik, bersepadu dan lebih berkesan.
Selain itu juga MTPNK juga bertujuan untuk mengenalpasti, membangun dan
mempertingkatkan sumber tenaga manusia yang berkecimpung dalam industri
pelancongan melalui piawaian tenaga keja, kursus perkhidmatan dan latihan
kemahiran dalam bidang pelancongan samada bagi jangkamasa pendek atau
panjang”.
Bagi TIC :
“Dengan hubungan yang baik antara pihak KRC agensi ini, peluang yang boleh
digunakan oleh KRC ialah melalui demonstrasi yang boleh dilakukan di
Gelanggang Seni. Menurut TIC lagi, segala bentuk pameran, bengkel
persembahan dan demonstrasi boleh dilakukan oleh KRC dalam usaha untuk
84
mempromosikan KRC sebagai tarikan kepada pelancongan kebudayaan dan
warisan dan sekaligus dapat merealisasikannya dalam bentuk pelancongan
pendidikan”.
Malah menurut TIC lagi, sebelum ini telah ramai penggiat seni di Kelantan
mempersembahkan aktiviti kebudayaan mereka di Gelanggang Seni pada setiap
hari Isnin, Rabu dan Sabtu seperti seni silat, bermain gasing uri, rebana ubi,
gasing pangkah, kerto, congkak, sepak buku ayam, aktiviti membuat wau,
menaikkan wau, wayang kulit dan dikir barat.
Menurut JPNK :
“Dengan adanya kerjasama antara JPNK dan KRC, bolehlah dimasukkan ke
dalam kalendar Program Pelancongan Pelajar dimana para pelajar akan
didedahkan pengalaman baru yang mungkin mereka tidak dapat jumpa di mana-
mana kecuali di KRC sahaja. Ini mungkin dengan pameran artifak, kesenian,
kraftangan dan seni ukir kayu langkasuka serta dengan program-program yang
ditawarkan oeh KRC akan memberikan manfaat ilmunya yang tidak dinilai
dengan wang ringgit. Kalau dilihat kepada tujuan utama bagi objektif Program
Pelancongan Pelajar, salah satu daripadanya ialah untuk menyemarakkan lagi
aktiviti pelancongan domestik dengan memupuk budaya melancong di dalam
negara sendiri di kalangan pelajar terutama membuat lawatan kontekstual ke
tempat-tempat bersejarah, kebudayaan, pelancongan eko dan sebagainya.
Disamping itu juga, dengan adanya lawatan konstekstual oleh para pelajar,
remaja dan belia, dapatlah mereka merasai hands on experience sewaktu
mengambil bahagian dalam program yang dianjurkan oleh sesebuah lawatan
tersebut”.
85
4.5.2 Hubungan Dengan NGO
Bagi Pengarah KRC :
“Hubungan yang erat dengan NGO seperti BWM, adalah amat penting dalam
usaha untuk mempromosikan KRC sebagai tarikan kepada kebudayaan dan
warisan. Kalau dilihat dari segi matlamat BWM iaitu untuk memupuk kesedaran
dan sokongan daripada orang awam bagi tujuan pemuliharaan untuk
memastikan binaan warisan ini tidak luput di samping dapat menggalakkan
pendidikan supaya dapat membina kefahaman terhadap binaan warisan bagi
melahirkan rasa penghargaan terhadap sejarah dan identiti. Bagi usaha-usaha
yang dilakukan oleh BWM terhadap KRC, badan ini telah membantu pihak KRC
memulakan aktivitinya dengan pameran projek Kayu dan Semangat”.
4.5.3 Hubungan Dengan Pihak Swasta dan Orang Persendirian
Bagi Pengarah KRC :
“Sememangnya pihak Pengurusan KRC akan sentiasa bekerjasama dengan
mana-mana individu ataupun pihak swasta dalam usaha memajukan KRC dan
saling bantu-membantu sekiranya ingin mempromosikan apa-apa juga tarikan
pelancongan”.
Bagi pengusaha resort-resort :
“Sememang pihak resort boleh dan akan bekerjasama dengan pengurusan KRC
demi memajukan industri pelancongan di sekitar Kampung Kandis ini.
Maksudnya, rata-rata resort-resort ini bersetuju sekiranya pembangunan KRC
ini semakin maju, resort-resort mereka juga turut menerima kesan kemasukan
pelancongan samada domestik atau antarabangsa. Ini kerana ada pelancong
yang ingin bermalam di sekitar Kampung Kandis selepas membuat lawatan atau
kunjungan ke KRC”.
86
Bagi penduduk setempat :
“Sekiranya KRC ini maju dan boleh berkembang, mereka percaya akan banyak
peluang-peluang kerja dan aktivti pelancongan yang boleh mereka lakukan. Ini
misalnya boleh diadakan homestay, gerai makanan, kumpulan muzik, pemandu
pelancong dan sebagainya”.
4.6 Analisis Temubual Berkenaan Dengan Infrastruktur dan Ameniti
4.6.1 Kemudahan Pelawat
Menurut Pengarah Kandis Resource Centre :
“Memang terdapat masalah yang di alami oleh pengurusan beliau dalam
membangunkan Muzium dan Galeri Seni Langkasuka ini. Ini kerana pada faktor
kewangan menyebabkan muzium dan galeri seni tidak dapat dibangunkan
dengan sempurna dan mengikut spesifikasi piawaian pembangunan muzium dan
galeri seni. Pihak pengurusan sengaja tidak meletakan papan tanda untuk
masuk ke KRC kerana keadaan bangunan KRC yang masih kurang sempurna
bagi menerima pelawat yang ramai. Ini supaya biarlah dahulu sedikit sahaja
kemasukan orang ramai sebelum muzium yang baru dibina siap. Laluan masuk
ke KRC dari jalan besar juga tidak diturapkan dengan tar.
Dari segi penyediaan tempat letak kereta, di dapati kawasan KRC tidak
menyediakan tempat yang secukupnya dan belum di adakan lagi petak-petak
tempat letak kereta. Sebenarnya keadaan ini boleh menyebabkan pelawat atau
pengunjung yang datang dengan kereta tidak dapat menentukan di mana
sepatutnya mereka meletakan kereta”.
87
4.6.2 Keselamatan
Bagi Pengarah KRC :
“Dalam aspek keselamatan semasa yang terdapat di sekitar bangunan muzium
dan kawasan atau bangunan sekeliling tidak dilengkapi dengan kawasan
berpagar yang kukuh kemungkinan berlaku kecurian segala artifak dan bahan
pameran dan berjaga-jaga serta mengambil langkah berhati-hati terhadap
segala bahan pameran yang terdapat dalam muzium dan galeri seni”.
Bagi JKKWK :
“Faktor keselamatan memainkan peranan yang penting dalam menyimpan
segala hasil khazanah kebudayaan dan warisan. Ini kerana, kebanyakkan orang
yang berminat dengan hasil seni ini akan cuba untuk mendapatkan barangan
tersebut dengan apa jua sekalipun. Malah, mungkin ada seseorang itu mencuri
khazanah seni budaya dan warisan tersebut, boleh menjualnya kepada sesiapa
sahaja dengan nilai yang rendah sahaja”.
Pada pendapat PKKMK :
“Adalah amat wajar dan patut diberikan perhatian yang serius bagi KRC untuk
menjaga akan keselamatan barang-barang yang amat berharga di dalam
bangunan KRC itu sendiri. Ini kerana barang-barang yang dipamerkan itu tidak
dapat dinilai dengan wang ringgit kerana untuk membuatnya kraftangan, seni
ukir Melayu, hasi karya, artifak dan barang-barang kesenian Melayu amat
tinggi nilainya dan mungkin mengaambil masa berbulan-bulan untuk
menyiapkan bagi sesuatu hasil seni tersebut”.
88
Bagi MTPNK dan TIC :
“Seandainya tidak diberi perhatian yang serius ataupun faktor keselamatan
tidak dititikberatkan, jika berlaku apa-apa kehilangan, maka ianya merupakan
satu kehilangan hasil seni yang sukar untuk dicari ganti”.
4.6.3 Pengangkutan
Menurut Pengarah KRC :
“Laluan KRC adalah strategik kerana ianya terletak di antara laluan Kota
Bharu – Bachok – KRC – Tok Bali – Pulau Perhentian. Ini menunjukkan bahawa
terdapatnya kemudahan kerana terdapatnya sistem pengangkutan seperti
pengangkutan seperti bas, teksi, kereta sewa yang lalu melalui KRC”.
Bagi pengusaha-pengusaha resort :
“Resort-resort disini merupakan strategik kerana ianya adalah laluan yang
mana para pengunjung atau pelancong tidak berasa susah untuk ke KRC
maupun ke resort-resort tersebut. Ini kerana laluan ke Kampung kandis ini
adalah berada pertengahan di antara Bandar Bachok – Kampung Kandis – Jeti
Tok Bali – Pulau Perhentian”.
Bagi penduduk setempat :
“Kedudukan KRC yang berhampiran dengan pantai, laluan pertengahan antara
Bandar Bachok – Tok Bali adalah merupakan satu peluang yang besar bagi
KRC untuk membangun dan sekaligus dapat merancakkan aktiviti pelancongan
di sekitar Kampung Kandis. Mereka berpendapat, kebanyakkan pelancong luar
negara yang berminat dengan pelancongan kebudayaan dan warisan akan
89
singgah di KRC dan akan turut menggunakan jenis-jenis perkhidmatan yang
disediakan oleh penduduk kampug misalnya seperti homestay, gerai makan,
kedai cenderahati , kumpulan kebudayaan dan sebagainya”.
4.6.4 Penginapan
Pengarah KRC berpendapat :
“Tidak ada masalah bagi para pelancong atau pelawat yang ingin berkunjung
ke KRC dan menginap di Kampung Kandis. Ini kerana terdapat banyak chalet
dan resort yag terdapat di sekitar Pantai Malawi dan juga yang berdekatan
dengan Kamoung Kandis. Resrit-resort ini seperti Sudara Beach Resort, Sweet
Beach Resort, Danaliah Resort dan De Bali Riverine Resort memang bersedia
untuk menerima pelawat atau pelancong yang berkunjung ke KRC”.
Bagi pengusaha-pengusaha resort :
“Pihak resort amat berbesar hati dan akan sentiasa bekerjasama dengan pihak
pengurusan KRC dalam usaha bagi menyenangkan kedatangan para pelawat
dan pelancong yang ingin menginap di Kampung Kandis sambil melawat ke
KRC”.
4.7 Analisis Temubual Berkenaan Dengan Pengurusan Tarikan
4.7.1 Pengurusan Dilokasi
Bagi Pengarah KRC :
“Sekarang ini belum terdapat sebarang teknik pengurusan pelawat yang
digunapakai untuk menguruskan kedatangan pelancong atau pelawat ke KRC.
90
Ini kerana belum jumlah masuk ke KRC belum mencapai kepda tahap kesesakan
lagi. Tapi tidak dapat dinafikan bahawa, suatu hari nanti teknik pengurusan
pelawat ini akan digunapakai di KRC. Teknik pengurusan pelawat ini penting
bagi mengelakkan berlakunya beberapa kesesakan oleh pengunjung. Jika tidak
ada teknik pengurusan pelawat ini, mungkin boleh mendatangkan rasa
kebosanan dan kesesakan ke atas sewaktu bpengnungatau pelawat berunjung ke
mana-mana lokasi tarikan pelancongan”.
4.7.2 Latihan kakitangan
Bagi Pengarah KRC :
“Dalam usaha untuk menjadikan KRC sebagai lokasi tarikan pelancongan
utama dalam budaya dan warisan, adalah penting bagi pihak pengurusan untuk
mengambil pekerja dan melatih mereka. Sememangnya pihak pengurusan
mempunyai masalah dalam aspek pengurusan dalam sumber tenaga manusia.
Ini kerana kedudukan kewangan yang yang masih kurang kukuh dan mantap
dalam usaha untuk mengurus, mengambil dan memberi latihan kepada staf atau
pekerja yang bakal diambil nanti. Namun setakat ini, walaupun kekurangan staf,
pihak pengurusan masih mampu menguruskan segala bentuk aktiviti dan progam
yang telah dirancangkan itu dengan jaya dan berdikari”.
Menurut JKKWK :
“Adalah penting bagi melantik atau menerima kakitangan yang sememangnya
mempunyai latar belakang dalam bidang pelancongan kebudayaan dan warisan
kerana mereka lebih memahami konsep dan maklumat dalam bidang tersebut”.
91
Bagi MTPNK :
“Adalah penting bagi setiap pihak pengurusan memberikan latihan dan
kemungkinan kursus kepada setiap staf atau pekerjanya dalam usaha untuk
melatih mereka agar dapat menjalankan tugas dengan sempuna”.
TIC pula berpendapat :
“Dalam melahirkan seorang pekerja atau staf, hendaklah diberikan pendedahan
yang secukupnya serta latihan dan kursus agar mereka dapat menjalankan tugas
dengan penuh tanggungjawab dan berkesan. Di TIC, setiap pekerja akan
diberikan penerangan yang jelas dan lengkap bagi mengelakkan berlakunya
kekeliruan sewaktu menjalankan tugas mereka. Ini kerana setiap perkeja atau
staf yang bertugas di TIC akan memberikan perkhidmatan kepada para
pelancong terutama kepada pelancong asing yang singgah di TIC untuk
mendapatkan maklumat pelancongan”.
Bagi BWM :
“Latihan kakitangan semamangnya patut diberikan kepada setiap organisasi. Ini
adalah untuk memastikan bahawa setiap pekerja yang terlatih itu dapat
menjalankan tugas-tugas yang diberikan dapat dilakukan dengan jaya dan
berkesan”.
4.7.3 Kebersihan persekitaran
Menurut Pengarah KRC :
“Adalah amat penting bagi menjaga segala aspek kebersihan di sesuatu
kawasan tarikan pelancongan. Sememangnya penjagaan kebersihan di sekitar
KRC dijaga dengan rapi dan teratur. Ini adalah untuk menjaga imej dan agar
92
pelawat atau pelancong yang datang tidak merungut jika didapati kawasan
disekitar KRC kotor dan menyakitkan mata. Hubungan dengan MDB terhadap
barang buangan daripada KRC tiada masalah.
Bagi pengurus-pengurus chalet :
“Sememangnya aspek kebersihan seharusnya dijaga dan dikawal selia bagi
mendapatkan pemandangan yang ceria dan teratur. Malah menurut mereka
juga, pihak-pihak resort turut bersama-sama bergotong royong membersihkan
kawasan pantai dan selaku juga bekerjasama dengan MDM membersihkan
kawasan pantai. Bagi aktiviti sukarelawan yang diadakan oleh oleh pengurusan
resort-resort, mereka kadangkala memberi ceramah kepada penduduk kampung
agar turut menjaga kebersihan di kawasan pantai”.
Menurut penduduk kampung :
“Kami sentiasa menjaga kebersihan kampung mereka dengan tidak membuang
sampah merata-rata dan juga selalu menjaga kebersihan di kawasan pantai
Kampung Kandis. Kadang-kala penduduk Kampung Kandis juga membuat
gotong royong di kawasan pantai demi menjaga kebersihan pantai tersebut. Ada
sesetengah daripada penduduk kampung akan memantau kawasan Pantai
Kandis yang menjadi kawasan perkelahan dengan menegur atau menasihatan
pengunjung pantai agar tidak membuang sampah merata-rata”.
93
4.8 Analisis Temubual Berkenaan Dengan Pemasaran dan Promosi
4.8.1 Aspek Pemasaran
Bagi Pengarah KRC :
“Aspek pemasaran adalah amat penting dalam usaha untuk mempromosikan
KRC sebagai tarikan kepada pelancongan kebudyaan dan warisan dan
seterusnya dapat merealisasikan kepda pelancongan pendidikan. Pihak
pengurusan juga menghadapi kesukaran bagi membuat pemasaran dan promosi
kerana kekurangan dari aspek kewangan. Setakat ini KRC lebih dikenali oleh
orang ramai melalui word of mouth yang datang berkunjung ke KRC dan
seterusnya menyebarkan kepada keluarga, sana saudara, rakan taulan dan
sebagainya”.
Menurut JKKN :
“Pemasaran amat penting dalam usaha bagi mempromosikan sesuatu tarikan
atau destinasi pelancongan. ini kerana, tanpa promosi yang kukuh dan mantap,
keberkesanan bagi menarik para pengujungatau pelancong ke destinasi
pelancongan tersebut tidak akan mendapat sambutan”.
Menurt JKKWK pula :
“Pihaknya sentiasa boleh bekerjasama dengan mana-mana penggiat seni
ataupun individu yang terlibat dengan aktiviti seni kebudayaan dan warisan
untuk mempromosikan lokasi atau bagi tarikan kepada kebudayaan dan warisan
tersebut. Malah, menurutnya lagi pihaknya yang sentiasa mengadakan
persembahan membudayakan masyarakat seperti permainan gasing,
persembahan tarian Melayu, permainan rebana, permainan tradisional dan
sebagainya amat mengalu-alukan pihak KRC untuk mengambil bahagian
94
sewaktu mereka membuat apa-apa persembahan di daerah-dearah di seluruh
kelantan. Jadi, secara tidak langsung, imej KRC akan dikenali oleh setiap
dearah di Kelantan”.
Menurut PKKMK pula :
“Pihak juga boleh mempromosikan KRC sebagai tarikan kepada kebudayaan
dan warisan dengan mengalu-alukan pihak KRC menggunakan kemudahan yang
ada di PKKMK untuk memamerkan segala hasil seni ukiran kayunya, seni
kraftangan, hasil karya dan artifak-artifaknya. Menurutnya lagi, jika pihak KRC
ingin membuat apa-apa pertemuan dengan mana-mana pembuat kraftangan di
seluruh Kelantan, maka bolehlah menggunakan saluran yang betul bagi tujuan
tersebut”.
Bagi TIC :
“Amat mengalu-alukan sekiranya pihak KRC ingin meletakkan pamplet atau
risalah berkenaan dengan pembangunan KRC sebagai tarikan pelancongan bagi
kebudayaan, warisan dan pendidikan. Aadalah amat berkesan sekali jika pihak
KRC meletakkan pamplet atau risalah kerana di TIC ramai menerima kunjungan
daripada pelancong domestik dan juga antarabagsa dalam mencari maklumat
mengenai tempat-tempat menarik di sekitar Negeri Kelantan.
4.8.2 Sasaran pengunjung
Bagi Pengarah KRC :
“Sasaran pengunjung atau pelancong yang disasarkan untuk berkunjung ke
KRC ialah pelajar sekolah, pelajar IPTA, orang awam, peminat seni, tukang
dan juga orang perseoranag yang ini membuat penyelidikan mengenai seni ukir
95
kayu, kraftangan dan juga mengenai kebudyaan dan kesenian Melayu. Ada juga
agensi atau badan kerajaan yang berminat telah membuat MoU dengan KRC
iaitu MTIB. Sebelum ini MTIB hanya fokuskan kepada pengeluaran perabot,
tetapi dengan termetrainya MoU dengan KRC, MTIB telah turut memfokuskan
kepada seni ukir kayu terhadap perabotnya.
4.8.3 Unjuran pengunjung
Menurut Pengarah KRC :
“Akan bertambah ramai lagi kedatangan para pelancong ke KRC kerana
sekarang ini sebuah muzium dan galeri seni yang dalam proses pembinaan akan
menempatkan segala hasil seni ukiran kayu, artifak, hasil karya kraftangan
kesnian Melayu yang sekaang ini dipamerkan di dalam bangunan KRC”.
Bagi TIC :
“Berdasarkan kepada statistik kedatangan para pelancong domestik dan
antarabangsa, maka tidak mustahil akan ramai pengunjung dan pelancong
melawat ke KRC. Apa yang penting ialah konsep dan program yang ditawarkan
oleh KRC tadi menarik, persembahan pamerannya yang menarik, terdapat
pelbagai aktiviti yang diadakan disamping strategi pemasaran yang berkesan
akan berjaya menarik pengunjung atau pelancong ke KRC nanti”.
96
4.9 Analisis Temubual Berkenaan Dengan Sumberjaya
4.9.1 Tarikan Sekeliling
Menurut Pengarah KRC :
“Kampung Kandis ini sememangnya unik dan banyak kelebihannya. Ini kerana
lokasi KRC ini dibangunkan berhampiran dengan pantai, dikelilingi dengan
pokok-pokok kelapa, suasana sekeliling yang bersih dan tidak sibuk,
menggamitkan rasa kehidupan di desa. Suasana aman dan sunyi ini
sememangnnya amat digemari oleh pelancong-pelancong Barat. Dengan
terdapatnya tarikan disekitar yang menarik, maka kerana itu pihak pengurusan
turut mengadakan pelbagai pakej atau program seperti program lanskap dan
program alam sekitar”.
Bagi penduduk setempat :
“Terdapat banyak tarikan sekeliling KRC dan di sekitar Kampung Kandis. Ini
misalnya terdapat pokok-pokok kelapa, keadaan alam sekitar yang menarik
seperti kawasan pantai, suasan perkampungan yang sunyi dan tidak bising dari
kenderaan, menjadikan kawasan di Kampung Kandis terutamanya di sekitar
KRC aman dan damai”.
4.9.2 Jarak Dengan Tarikan-tarikan Pelancongan Yang Lain
Menurut Pengarah KRC :
“Lokasi atau kedudukan KRC adalah strategik kerana ianya terletak di tengah-
tengah jalan antara Kota Bharu-Bachok- Jeti Tok Bali-Pulau Perhentian.
Disamping itu juga, jarak KRC dengan tempat pengukiran kayu di Kampung
97
Raja yang dikendalikan oleh Saudara Norhaiza juga tidak jauh lebih kurang
dalam 30 KM sahaja. Jadi, tidak menjadi masalah sekiranya diadakan lawatan
aau kunjungan dari KRC ke tempat pengukiran kayu di Kampung Raja
tersebut”.
Penduduk setempat :
“Kedudukan KRC yang strategik kerana ianya berdekatan dengan tarikan
pelancongan seperti berdekatan dengan pantai dan berdekatan dengan jeti Tok
Bali untuk ke Pulau Perhentian. Jadi, mana-mana pelancong yang ingin ke
Pulau Perhentian, bolehlah singgah atau melawat KRC untuk melihat segala
hasil seni kraftangan, artifak, seni ukiran Melayu dan aktiviti persembahan
kebudayaan di KRC”.
BAB V
RUMUSAN HASIL KAJIAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Dalam bab ini, rumusan hasil keseluruhan yang berkaitan dengan pembangunan
KRC dan implikasi terhadap pelancongan pendidikan akan dibuat bersesuaian dengan
rangka kerja dan carta alir yang disediakan dalam bab 1. Bab ini akan menghasilkan
satu rumusan atau kesimpulan penemuan kajian yang mana pembangunan KRC ini dapat
dilihat dari empat (4) aspek iaitu :
a) Kedudukan sekarang KRC dalam kuadrat samada Q1, Q2, Q3 atau Q4
b) Pembangunan KRC bergantung kepada faktor dalaman dan faktor luaran
c) Kedudukan KRC berdasarkan kepada Model Destination Life Cycle (Butler
Sequence)
d) Cadangan am yang menyentuh beberapa aspek yang perlu diberi perhatian oleh
Pengurusan KRC
99
5.2 Kedudukan Sekarang KRC Berada Dalam Kuadrat Samada Q1, Q2, Q3
atau Q4
Jadi berdasarkan kepada hasil temubual dengan beberapa pihak yang berkenaan
dari agensi / badan kerajaan, NGO seperti Badan Warisan Malaysia dan sektor swasta
iaitu chalet-chalet serta orang perseorangan, jelaslah bahawa kedudukan KRC sekarang
berada dalam kuadrat Q2. Ini bermaksud Q2, yang mana ciri-ciri yang terdapat dalam
kuadrat ini dianggap sangat penting kepada tempat tarikan pelancongan dan mempunyai
tahap prestasi yang tinggi. Keadaan ini menunjukkan tahap keupayaan yang tinggi
terhadap ciri-ciri ini kerana ianya menunjukkan kekuatan yang utama.
Kalau dilihat, memang KRC berpotensi untuk dibangunkan dan boleh dijadikan
sebagai destinasi tarikan pelancongan kebudayaan dan sekaligus mampu untuk menjadi
pusat pelancongan pendidikan. Antara kekuatan yang terdapat di KRC ialah dari segi
bahan, artifak, persembahan bahan yang menarik, bahan pameran yang boleh dijadikan
pengalaman pelancong dan pelawat, hasil seni karya adalah bertepatan dengan konsep
dan program untuk tujuan pendidikan yang ditawarkan oleh KRC seperti Program
Pendidikan, Program Senibina, Program Lanskap dan Program Alam Sekitar.
Disamping itu juga, hubungan yang baik antara KRC dengan agensi-agensi atau
badan kerajaan dan juga dengan NGO seperti Badan Warisan Malaysia serta dengan
pihak swasta dan juga penduduk di sekitar Kampung Kandis akan menggalakkan lagi
pembangunan dan kemajuan dalam menjayakan destinasi kebudayaan dan warisan dan
sekaligus dapat merealisasikan pelancongan pendidikan di KRC.
Hanya bagi aspek-aspek seperti kemudahan infrasruktur, keselamatan yang perlu diberi
penekanan atau perhatian dalam usaha untuk menjadikan KRC sebagai destinasi yang
penting bagi destiansi pelancongan pendidikan.
100
5.3 Pembangunan KRC Bergantung Kepada Faktor Dalaman Dan Faktor
Luaran
Daripada temubual dan pemerhatian ke atas keadaan semasa di KRC, dapat
dirumuskan bahawa, kejayaan pembangunan KRC ini bergantung kepada faktor
dalaman iaitu daripada produk yang ditawarkan seperti bahan pameran, artifak dan hasil
seni yang dipamerkan, persembahan yang menark. Bagi pengalaman pelancong yang
boleh diperolehi sewaktu melawat KRC juga penting dalam menggalakkan kedatangan
pelawat atau pelancong. Kemudahan infrastruktur, aspek keselamatan dan aspek
pengurusan tarikan juga memainkan peranan dalam menjayakan pembangunan KRC
sebagai faktor destinasi bagi pelancongan pendidikan yang unggul.
Bagi faktor luaran pula, ia bermaksud peranan-peranan yang dimainkan oleh agensi-
agensi kerajaan, NGO, pihak swasta dan orang perseorangan juga membantu
membangunkan KRC ini. Faktor luaran yang dapat dibantu oleh agensi / badan kerajaan,
NGO, pihak swasta dan juga orang perseorangan ialah dari segi bantuan kewangan dan
dana, bantuan promosi, bantuan teknikal, bantuan penyelidikan dan juga bantuan dari
segi sumber tenaga manusia.
101
Jadual 5.1 : Pembangunan KRC Bergantung Kepada Faktor Dalaman Dan Faktor
Luaran
FAKTOR DALAMAN
FAKTOR LUARAN
- Produk yang ditawarkan
- Bahan pameran yang menarik
- Pengalaman pelancong
- Kemudahan infrastruktur dan ameniti
- Aspek keselamatan
- Aspek pengurusan dan teknik pengurusan
pelawat
- Promosi
- Sumberjaya
- Bantuan teknikal
- Bantuan penyelidikan
- Bantuan kewangan dan dana
- Bantuan sumber tenaga manusia.
102
5.4 Kedudukan KRC Berdasarkan Kepada Model Destination Life Cycle -
Butler Sequence
Rajah 5.1 : Destination of Life Cycle – Butler Bagi Sesebuah Destinasi
Pelancongan
103
Daripada hasil kajian yang dibuat oleh pengkaji, kedudukan KRC dapat dilihat
daripada model Butler yang berdasarkan kepada :
a) Exploration
Pada peringkat exploration, dimana kedatangan para pengunjung atau pelancong
ke sesuatu destinasi atau ke tempat tarikan pelancongan masih lagi dalam jumlah
yang masih kecil dan baru hendak dibangunkan.
b) Involvement
Pada peringkat ini, jumlah kedatangan mula bertambah naik dengan tetapi dengan
jumlah yang beransur-ansur. Dalam masa yang sama, destinasi ini juga turut
berubah dengan membangun lebih aktif daripada peringkat sebelumnya. Disini
juga mula wujud kemudahan-kemudahan yang diperlukan oleh industri
pelancongan tetapi masih lagi diperingkat kecil-kecilan disekitar destinasi
tersebut.
c) Development
Pada peringkat ini, pertumbuhan industri yang semakin rancak dengan kedatangan
para penunjung dan pelancong yang semakin bertambah ke sesebuah destinasi
pelancongan ini. Pada peringkat ini juga telah banyak wujud akan kemudahan
infrastruktur dan superstruktur di sekitar kawasan destinasi pelancongan tersebut.
Ini contohnya wujud hotel, restoran atau jenis-jenis perkhidmatan yang disediakan
untuk kemudahan para pelancong dan juga pelawat.
d) Consolidation
Pada peringkat ini, kedudukan bagi sesuatu destinasi tadi yang sedang berada
dalam kegemilangan akan berubah samada ianya akan terus berkembang pada
masa hadapan. Walaubagaimanpun, kedatangan para pelancong atau pengunjung
ke destinasi ini masih lagi bertambah.
104
e) Stagnation
Pada peringkat ini, boleh dikatakan bahawa semua kedatangan para pelawat atau
pelancong mula berada dalam keadaan tepu. Ini mungkin disebabkan oleh orang
ramai mula berasa bosan dengan keadaan di destinasi tersebut kerana tidak ada
apa-apa perubahan yang dibuat bagi membolehkan bberapa tarikan baru
diwujudkan. Keadaan ini amat berbahaya dan berada dalam kritikal jika tidak ada
apa-apa yang dibuat perubahan atau pembangunan ke atas destinasi pelancongan
tadi.
f) Rejuvenation
Pada peringkat ini, sekiranya terdapat apa-apa perubahan atau sesuatu yang
dibangunkan di sesebuah destinasi itu, maka destiansi itu akan terus berkembang
dengan jumlah kedatangan paara pelawat atau pelancong semakin bertambah.
f) Decline
Dalam peringkat ini bermaksud tiada tindakan ataupun perubahan yang dilakukan
di kawasan destinasi pelancongan itu tadi. Maksudnya ciri-ciri atau tarikan di
tempat tersebut tidak diperbaiki atau ditambah dengan ciri atau tarikan baru, akan
menyebabkan destinasi pelancongan itu tadi akan mulai menurun dari segi
kedatangan para pelawat atau pelancong.
Daripada kepada Model Destination Life Cycle (Butler Sequence ) itu tadi, bolehlah
kita dapat rumuskan bahawa kedudukan KRC sekarang berada dalam peringkat
development. Maksudnya, jumah kedatangan para pelawat atau pelancong semakin
ramai datang ke KRC untuk melihat aktivti kebudayan dan warisan dan seterusnya
mendalami pendidikan yang ditawarkan oleh pihak KRC. Namun begitu, pada peringkat
consolidation dan juga stagnation ini, haruslah diberi perhatian serius mengenai ciri-ciri
105
atau tarikan yang ditawarkan oleh KRC ini seharusya diberi perhatian dan juga dibuat
perubahan agar tidak menimbulkan rasa bosan atau jemu bagi para pelawat atau
pengunjung. Sekiranya tidak diambil langkah-langkah yang berkesan, kemungkinan
KRC boleh berada diperingkat decline.
5.5 Cadangan Am Yang Perlu Diberi Perhatian Oleh Pengurusan KRC
Pengkaji telah mencadangkan beberapa cadangan yang boleh diketengahkan dan
perlu diberi perhatian sungguh-sungguh oleh pihak Pengurusan Kandis Resource Centre
dalam usaha untuk menjadikan Muzium Kandis Resource Centre ini sebagai tempat
tarikan yang terunggul bagi pelancongan pendidikan.
A) Aspek Keselamatan.
Dari aspek keselamatan yang seharusnya di beri perhatian ialah berkenaan
dengan pembangunan muzium dan galeri seni di KRC ialah :
i - Kawasan Berpagar Yang Kukuh
Mendirikan kawasan berpagar yang kukuh penting bagi mencegah berlakunya
pecah masuk ke dalam kawasan KRC dan pagar tersebut hendaklah dilengkapi dengan
alat penggera. Ini supaya alat penggera dapat mengesan sesiapa yang cuba menceroboh
masuk ke dalam kawasan KRC. Di samping itu juga hendaklah didirikan balai pengawal
di hadapan pintu masuk utama ke KRC
106
ii - Kawalan Bangunan Sempurna
Membangunkan bangunan yang sempurna seperti bangunan muzium
dan galeri seni mempunyai struktur bangunan yang kukuh, bangunan diselenggarakan
dengan baik, bangunan yang dilengkapi dengan sistem pendawaian elektrik yang
sempurna serta penyediaan peralatan pemadam api disetiap bangunan.
iii - Keadaan Dalaman KRC Yang Bersih dan Selamat dan Selesa
Memastikan bahan yang dipamerkan berada dalam keadaan selamat dan tidak
membahayakan kepada mana-mana pengunjung. Sekiranya terdapat bahan-bahan
pameran yang agak merbahaya, hendaklah diletakkan di sudut khas dan diberi notis
tentang bahan pameran tersebut. Dalam muzium dan galeri seni tersebut, hendaklah
dipasangkan lampu yang sesuai dengan keadaan dalam sekeliling muzium dan galeri
seni agar suasana dalam muzium dan galeri seni itu nampak ceria, selesa dan lebih asli.
iv - Lokasi
Lokasi KRC yang berdekatan dengan balai polis, balai bomba, pusat kesihatan
dan juga dan juga kawasan sekitar KRC di Kampung Kandis yang kurang berlaku
jenayah akan menarik lebih ramai para pengunjung untuk melawat muzium dan galeri
seni. Ini kerana mereka akan berasa selamat sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang
tidak dingini dan mudah bagi mereka untuk mendapatkan apa-apa perkhidmatan
daripada pihak yang berkenaan.
B) Aspek Infrstruktur dan Ameniti
Dari aspek infrastruktur dan ameniti yang seharusnya di beri perhatian ialah
berkenaan dengan pembangunan muzium dan galeri seni di KRC ialah :
107
i - Papan tanda masuk ke KRC
Meletakkan papan tanda dan juga arah petunjuk masuk ke KRC diwujudkan
ini akan memudahkan bagi sesiapa saha yang ingin melawat KRC tidak akan tersesat
dan mudah bagi mereka membuat arah rujukan.
ii - Jalan Masuk
Menurapkan jalan bertar ke jalan masuk ke KRC. Dalam kadaan semasa, jalan
masuk ke KRC masih lagi belum berturap dengan tar dan ini mungkin akan memberi
pandangan negatif terhadap kedudukan KRC sebagai muzium dan galeri seni yang
unggul. Pelebaran jaan dan juga kemudahan lampu jalan sepanjang jalan masuk ke KRC
juga hendaklah dibangunkan daan di pasang agar nampak cerah dan ini boleh
mengurangkan risiko kadar jenayah bagi jalan msuk ke KRC
iii - Kemudahan Letak Kereta Yang Luas
Menyediakan bilangan kemudahan tempat letak kereta yang mencukupi perlulah
diwujudkan di kawasan KRC. Ini mungkin untuk menampung bilangan kereta ataupun
bas yang datang pada waktu atau musim punca seperti cuti sekolah dan sebagainya.
iv- Lokasi
Lokasi KRC berdekatan dengan tarikan-tarikan pelancongan yang lain
seperti Tok Bali yang hanya 6 KM dari KRC juga boleh menjadi tarikan sokongan bagi
mereka yang berkunjung ke ke Tok Bali. Kewujudan kemudahan-kemudahan lain
terdapat isekitar KRC turut membantu mempercepatkan lagi akan kemasyhuran KRC.
Kedudukan KRC yang strategik di antara Tok Bali dan Bachok, telah memudahkan
sistem pengangkutan bagi laluan bas dan teksi ke KRC dna juga pengangkutan ke
lapangan terbang.
108
v- Sistem Pengurusan Yang Terancang
Mengadakan sistem pembuangan dan pelupusan sampah yang terancang serta
kewujudan kaedah sistem pembentungan, penyediaan kualiti air yang bersih dan sistem
Pemparitan, akan menambahkan lagi suasana bersih, ceria dan selamat di sekitar KRC.
Apabila pelawat atau pelancong mendapati terdapatnya sistem yang terancang di KRC ,
mereka akan berasa selamat, ceria dan akan membuat kunjungan berulang (repeat
visiting) ke KRC.
vi - Ameniti
Menyediakan ameniti seperti surau, tandas yang dalam keadaan baik, bilik
tayangan video, perpustakaan, kemudahan tempat makan dan minum, kedai
cenderamata, kemudahan bagi OKU, penyediaan tempat menarik seperti kawasan riadah
yanag luas dengan disediakan seperti terdapatnya pancutan air, pusat penerangan
pelancong, kemudahan penginapan, tempat rehat, sukarelawan dan kemudahan pos
akan menambahkan lagi suasana yang boleh menyebabkan para pengunjung dan
pelancong untuk berkunjung ke KRC. Ini kerana setiap kemudahan yang tersedia itu
mereka tidaklagi perlu ke tempat yang jauh bagi mendapatkan apa-apa perkhidmatan.
Adanya peta dan arah petunjuk arah dalam kawssan KRC juga akan menyebabkan
pelawat dan pelancong senang untuk bergerak agar tidak mudah sesat.
C) Apek Pengurusan
i - Pengurusan Sumber manusia
Aspek pengurusan yang perlu ditekankan oleh pihak pengurusan dari segi
pengurusan sumber manusia dalah seperti bilangan staf, memberi lathan kepada staf,
pengambilan staf yang berpendidikan dan berpengalaman akan memudahkan kagi
kerja-kerja yang akan dilaksanakan. Hubungan yang baik antara pihak atasan dengan
109
pekerja bawahan adalah amat penting bagi mengekalkan rasa semangat bekerjasama
atau espirit de corp dalam suasana bekerja ini keran mereka akan merasa diri mereka
dihargai.
ii – Hubungan Dengan Pihak-pihak Yang Lain
Hubungan dengan agensi kerajaan, dengan NGO, hubungan dengan masyarakat
setempat, serta dengan agensi-agensi pelancong adalah amat perlu bagi memudahkan
segala program yang diatur atau yang dirancang dapat disalurkan dan juga
diperkenalkan kepada masyarakat umum. Disamping itu juga, idea-idea atau
cadangan-cadangan umum dari pelbagai pihak boleh jadikan panduan kepada pihak
pengurusan KRC dalam usaha bagi menarik lebih ramai para pengunjung dan pelancong
melawat ke KRC dan sekaligus dapat memangkinkan kepada pelancongan
pendidikan.
iii- Pengurusan Pelancong Yang Berkesan
Kewujudan dasar yang khas penubuhan KRC dan teknik pengurusan pelawat
adalah penting. Ini supaya kedatangan pelawat atau pelancong tidak melebihi had yang
mungkin boleh menyebabkan kesesakan sehingga boleh mendatang ketidakseronokan
kepada para pelancong dalam menghayati keindahan dan kesan pengalaman dari
muzium dan galeri seni tadi. Disamping itu juga, pengurusan pelancong yang berkesan
akan menghalang daripada berlakunya kerosakan pada persekitaran semulajadi dan juga
keadaan bangunan KRC tersebut
110
D) Aspek Pemasaran dan Promosi
i - Usaha Pemasaran Yang Sentiasa Berterusan
Pihak pengurusan tahu membuat aktiviti dan pemasaran dengan berkesan penting
dalam usaha untuk memperkenalkan lagi kewujudan KRC. Ini kerana dengan adanya
usaha pemasaran dan promosi yang berterusan, segala informasi dan pengetahuan terkini
akan sentiasa dikemaskini oleh pihak pengurusan KRC itu sendiri.
ii – Saluran Agihan Berkesan
Adanya laman web mengenai KRC, publisiti dilakukan secara agresif seperti
memasukkan KRC dalam majalah, laman web, blog, promosi dan publisiti secara
bersepadu dengan pihak kerajaan, pengusaha resort, agensi pelancongan, promosi secara
langsung dilakukan kepada agensi-agensi kerajaan bagi menjayakan program
pelancongan pendidikan di KRC, promosi secara langsung dilakukan kepada swasta,
badan korporat bagi menjayakan program pelancongan di KRC akan mempercepatkan
lagi informasi atau pengetahuan orang ramai terhadap kewujudan KRC ini. Disamping
itu juga, dengan adanya pemasaran oleh pihak-pihak tertentu seperti agensi pelancongan
dan pihak agensi kerajaan akan mempelbagaikan lagi teknik dalam pemasaran dan
promosi
iii - Kaedah Komunikasi Pemasaran Yang Berkesan
Pihak pengurusan KRC bolehlah membuat campuran komunikasi pemasaran
usaha untuk memperkenalkan KRC dengan lebih berkesan dan cepat. Ini termasuklah
seperti jadual dibawah :
111
Jadual 5.2 : Kaedah Komunikasi Pemasaran Yang Berkesan
Pengiklanan
- Membuat pengiklanan terhadap kewujudan KRC sebagai
muzium. Alat-alat yang digunapakai seperti internet,
percetakan, badan penyiaran dan sebagainya.
Promosi
- Alat-alat yang terlibat ialah seperti mengadakan
demonstrasi, kupon masuk, pameran dan sebagainya.
Perhubungan Awam
- Membina hubungan awam yang baik dengan mana-mana
agensi atau badan kerajaan, agensi pelancongan, badan
NGO, orang perseorangan, pihak akhbar dan media
percetakan. Ini boleh membina imej yang baik serta dapat
menghindari atau menangkis cerita-cerita yang buruk
mengenai KRC.
Personal
- Sentiasa membuat apa-apa persembahan dan menyertai
pameran dan ini akan memperkuatkan lagi imej muzium
dan galeri KRC terhadap kesenian ukiran Melayu dan juga
program-proram yang ditawarkan oleh pihak pengurusan
KRC tersebut.
Pemasaran Terus
- Pemasaran terus adalah penting dalam usaha untuk
mensasarkan pengunjung dan pelancong dalam
menggalakkan golongan tertentu agar datang melawat ke
muzium KRC. Alat-alat yang terlibat adalah seperti
katalog, melalui telefon, insentif program
dan juga pengenalan kepada pakej-pakej program.
112
5.6 Kepentingan Pembangunan KRC Terhadap Masyarakat Setempat
Sememangnya kewujudan KRC ini boleh memberi manfaat kepada semua pihak
yang terlibat terutama sekali bagi sekitar Kandis Resource Centre itu sendiri. Ini kerana
banyak pihak terlibat akan mendapat manfaat dan faedah di atas kejayaan pembangunan
Kandis Resource Centre.
Rajah 5.2 : Kepentingan Pembangunan KRC Terhadap Masyarakat Setempat
Pembangunan
KRC
Pengusaha penginapan
Homestay
Pemandu pelancong Pengusaha
retail outlet
Pengusaha pengangkutan
Kumpulan persembahan kebudayaan
Restoran, gerai, tempat
makan minum
Industri desa
113
5.7 Kesimpulan
Daripada hasil kajian yang telah dibuat, pengkaji telah dapat membuat
kesimpulan bahawa pembangunan Kandis Resource Centre (KRC) sememangnya
berpotensi untuk dimajukan sebagai destinasi pelancongan pendidikan. Walaupun asas
kepada pembangunan Kandis Resource ini adalah tarikan kepada pelancongan
kebudayaan dan warisan, namun dengan adanya pelancongan tersebut, ini adalah
merupakan satu peluang bagi pihak KRC untuk menerajui dan seterusnya menjadi pihak
persendirian yang pertama dalam sebagai pemangkin kepada pelancongan pendidikan.
Kalau dilihat ada empat program yang ditawarkan oleh pihak Pengurusan KRC seperti
program pelancongan pendidikan, program senibina, program alam sekitar dan program
lanskap. Kesemua progam yang ditawarkan ini adalah berkonsepkan dan berkaitan
dengan pelancongan pendidikan.
Terdapat dua faktor yang memainkan peranan penting dalam pembangunan dan
memajukan KRC ini, iaitu faktor dalaman KRC sendiri dan faktor luaran yang
melibatkan agensi kerajaan, NGO, pihak swasta dan juga orang perseorangan. Oleh itu,
kerjasama antara pihak Pengurusan KRC dengan pihak-pihak yang terlibat dalam sektor
kebudayaan dan warisan serta pelancongan adalah amat-amat dialukan dalam usaha
untuk memelihara dan memulihara kebudayaan, kesenian dan warisan negara.
Dengan kewujudan KRC ini, sememangnya ia boleh membantu memangkinkan
pelancongan pendidikan terutamanya di Kelantan dan di Malaysi amnya. Kesedaran
terhadap pelancongan pendidikan terutamaya yang berkonsepkan kerpada pelancongan
budaya dan warisan ini penting dalam usaha untuk memupuk rasa kesedaran dan
sayangkan serta menanam semangat cintakan budaya warisan tanah air yang semakin
kurang diminati terutamanya golongan remaja dan belia.
114
Akhir sekali, adalah diharapkan melalui kajian ini, dapatlah pihak-pihak lain yang
bertanggungjawab dan berkenaan bersama-sama untuk mengambil tindakan yang
sewajarnya dalam usaha untuk membantu pihak Pengurusan KRC memangkinkan
pelancongan pendidikan yang berkonsepkan kepada kebudayaan, kesenian dan warisan
Melayu.
115
RUJUKAN
Amran Hamzah, Prof. M. Dr. (2002). Culture Heritage management And Tourism in Malacca : The Need for A Systematic Approach. “ Dept. of Town Planning and Regional Planning. Malaysia. UTM
Ankomah P.K dan Larson, R.T (2000), Education Tourism : A Strategy to Strategy to
Sustainable Development in Sub-Saharan Africa. Annals of Tourism Research. Badaruddin Mokamad (2005). Heritage Tourism Management In Japan. Pulau Pinang.
Perpustakaan USM Bonn, M.A dan Brand, R.R (1995). Identifying Market Potential : The Application of Brand
Development Indexing The Pleasure Travel. Journal of Travel Research . 34. 31-35 Buckely, P. dan Papadopoulus S.I (1986). Marketing Greek Tourism- The Planning Process.
Tourism Management, 7 (2) 82-100
Carol C. Caughey, Victoria Douglass. Satisfaction With Tours of A Frank Lloyd Wright Building. Journal of consumer satisfaction, dissatisfaction and complaining behavior; 2003; 16, abi/inform global pg. 233. Oregon State University. Cooper, C. Fletcher, J. Gilbert, D and Wanhill, S. (1998). Tourism : Principles and Practice.
Edinburg. Addison Weley Longman. Ltd.
Gibson, H (1998) The Educational Tourist. Journal of Physical Edcucation, Recreation and
Dance . 69. (4), 32-34
Gee, C.Y. Makens, J.C. Choy, D.J.L (1997). The Travel Industry. 3rd Ed. Canada. John Wiley and Sons.
Goeldner dan Ritchie (2002) Tourism : Principles, Pactices, Philosophies. 8th. New York. John Wiley & Sons.
116
Gunn, C. (1998). Tourism Planning: Basis, Concepts and Cases. 3rd Ed. Washington DC. Taylor and Francis.
Hearty, Margaret, J. (1989). Tourism Tarnsport – Implication For Developing Countries.” Tourism Management . 10(4) : 272-274
Holdnak, A. Dan Holland, S (1996). Edutourism : Vacationing To Learn : Parks and
Recreation, 72-75
Hollinshead, K. (1993). Encounters in Tourism. VNR’s Encyclopedia of Hospitality and
Tourism. 636-651. Inkeep, E (1999). Tourism Planning : An Intergrated and Sustainable Development Approach.
New York. Van Nostrand Reinhold.
Jain, S.C (1998). Marketing Planning and Strategy . 2nd . Cincinnati: South -West Publishing Co.
Jin Huh (2002). Tourist Satisfaction With Cultural / Heritage Sites: The Virginia Historic
Triangle. Faculty of the Virginia Polytechnic Institute and State University. Tesis.
Jefferson, A. And Lickorish, L (1991). Marketing Tourism, ,Harlow, Essex, UK. Longman
Kalinowski , K dan Weiler, B (1992). Review. Educational Travel In B.Weiler and C. Hall
(Eds), Special Interests Tourism. London. Bellhaven
Kotler, P and Amstrong G (1996). Principles of Marketing, , Englewood Cliff, New Jersey. Printice Hall Law, C.M (1988). Conference and Exhibition Tourism’. Built Environmnet 13 (2). 85-92 Law,E (1997). Managing Packaged Tourism : Relationship, Responsibilities and Service
Quality in The Inclusive Holiday Industry. Mc Intosh, R.W, Goeldner C.R, Ritchie B.J.R (1995) Tourism : Principles, Pactices,
Philosophies. 7th. New York. John Wiley & Sons.
117
McKercher B. Ho, S.Y.P dan Hilary du C. Attributes of Popular Cultural Attractions in Hong Kong. Annals of Tourism Research. 31. (2) 393-407
Mohd Fakri IzzaShah Abd Halim Shah (2004). Kebun Sebagai tarikan Pelancongan. UTM.
Tesis Nowacki, M.M (2005). Evaluating a museum as a tourist product using the servqual method.
Museum Managment and Curatorship. 20.235-250
Netherlands National Tourist Office (1982). Strategic Plan. 1983-1987.
Nurlinda Abdullah (2004). Keberkesanan pakej Pelancongan Pelajar Yang Ditawarkan Oleh Agensi Pelancongan Perintis. UTM. Tesis
Page, S. (1995). Urban Tourism. London . Routledge Tourism.
Pizam A. And Mansfeld Y.(1996). Tourism Crime and International Security Issues. Sussex. John Wiley & Sons, Ltd.
Richards, G. (1995). Production and Consumption of European Cultural Tourism. Annals of Tourism Research, 22(2) 261-283
Rodger, D. (1998). Leisure, Learning and Travel. Journal of Physical Education. Recreation and Dance . 69 (4), 28-31. Daily Times September 1999.
Swarbrooke, J.(2002). Sustainable Tourism Management. Cultural Attraction and British Industry.
Swarbrooke, J. (2003). The Deveopment and management of Vsitor Attractions. 3rd.
Butterworth – Heinemann. Trigg, P. (1996). Leisure and Tourism GNVQ. Oxford. Butterworth Heinemann. Vander Stoep, G (2005). Museum Visitors’ Perspective On And Prefered Experiences For
Heritage Tourism Procedings of the 2005 Northestern Recreation Research Symposium. USDA Forest Service, Gen. Tech. Rep NE-341 : 326-336
118
Virginia Department of Historic Resources (1998). Tourism Handbook: Putting Virginia’s to Work. Richmond, Va.
Weaver, D dan Lawton, L. (2002). Tourism Management. Virginia. John Wiley & Sons
Autralia Ltd.
Zeppel, H. & Hall, C. (1992). Arts and Heritage Tourism. In Weiler, B. & Hall, C. (eds.) Special Interest Tourism. London: Belhaven, pp.47-68
________________ (1998). Industri Pelancongan Sumbang RM29.7. Utusan Malaysia. M/s 2 ________________ (2006). Pelan Induk Seni Budaya Kelantan Tahun Depan. Utusan
Malaysia. M/s 5. Datuk Seri Dr. Rais Yatim sempena penyampaian hadiah kepada
pemenang Festival Dikir Barat Pemuda 2006 yang diadakan di Institut Kemahiran
Belia Negara (IKBN) Bachok di Tangok, Kelantan.
http://www.badanwarisan.org.my/buletins/jan_feb06.pdf http://www.discoverythailand.com/educational_tourism.asp http://www.stedmundsbury.gov.uk/sebc/visit/museums-and-galleries.cfm http://www.tmtours.comstudent-youth-packages.htm http://en.wikipedia.org/wiki/Tourism
http://www.wasai.com/amazon-jungle.htm