Pembaca yang dikasihi - f2.cri.cnf2.cri.cn/M00/6A/28/CqgNOlqVED6ANQGXAHBhCHvM4yU820.pdf · Nikmati...

19
Kembara Sutera 1

Transcript of Pembaca yang dikasihi - f2.cri.cnf2.cri.cn/M00/6A/28/CqgNOlqVED6ANQGXAHBhCHvM4yU820.pdf · Nikmati...

Kembara Sutera 1

Pembaca yang dikasihi

Terima kasih kerana memilih majalah Kembara Sutera (KS) sebagai teman dan rujukan anda ketika melancong ke China. Penantian anda selama ini amat berbaloi kerana setiap edisi, majalah ini pasti sarat dengan pelbagai maklumat mengenai destinasi-

destinasi pelancongan yang menarik untuk anda lawati. Kami sentiasa berbesar hati dan bersedia untuk membantu anda bagi merealisasikan impian percutian anda.

Bunga raya dan panda memang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Sekiranya anda berhajat untuk berkunjung ke tempat asal panda gergasi dan mengenali “kota bunga raya” dengan lebih dekat, Ya’an dan Chengdu adalah pilihan terbaik untuk anda. Mengenali kota bunga raya sambil menghayati kehidupan santai di Chengdu, bukan sahaja menjadi pengalaman dan kenangan yang sukar dilupakan, malah membuatkan anda berat hati untuk meninggalkan kedua-dua kota tersebut.

Selain destinasi pelancongan yang menarik, China juga amat terkenal dengan tinggalan artifak dan kebudayaan bukan benda, antaranya termasuklah Muzium Sanxingdui dan Opera Sichuan. Bagi penggemar sejarah, anda mungkin sangat teruja tatkala mengunjungi Muzium Sanxingdui yang menyimpan tinggalan artifak paling lama dan paling banyak di China. Bagi peminat opera pula, anda pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk melengkapkan senarai opera yang ingin anda tonton, termasuk Opera Sichuan.

Sekiranya bercerita tentang Taiwan, perkara utama yang tidak boleh dilupakan ialah keistimewaan pasar malamnya. Terdapat kaji selidik yang menunjukkan bahawa para pelancong dan penduduk tempatan juga berpendapat pasar malam adalah daya tarikan utama di Taiwan, selain merupakan hiburan pada waktu malam yang sangat digemari. Oleh sebab makanan dan destinasi menarik memang tidak boleh dipisahkan semasa mengunjungi mana-mana tempat, maka melawat ke Taiwan bererti lengkaplah sudah aktiviti pelancongan anda.

Ibarat dayung sudah di tangan, perahu sudah di air, kini segala-galanya terletak di tangan anda untuk memilih destinasi kegemaran anda. Harapan kami agar perjalanan anda ke negara tembok besar ini akan dipenuhi dengan bunga-bunga cinta, seterusnya mencipta kenangan yang paling indah dalam hidup anda.

Penerbit:Radio Antarabangsa China (CRI)

Ketua Pengarang:An Xiaoyu

Timbalan Ketua Pengarang:Zhang Wenwen

Ketua Editor:Wang Jin

Editor:Zaidah Ahmad Rosly

Zhang Wei Lin Ying

Tempat Edaran:Malaysia

Tarikh Terbit:Julai, September, November, Januari,

Mac, Mei

Laman Sesawang:http://malay.cri.cn

facebook:www.facebook.com/kembarasutera

E-mel:[email protected]

Surat-menyurat:Malay Service,

China Radio International,

16A Shijingshan Road,

100040 Beijing, P.R. China.

Telefon:+86-10-68892073

06Bersantai di Bandar Chengdu

14Nikmati Keindahan Bunga Sesawi di China

18Tempat Melancong pada Musim Bunga

22 Tradisi Makan Qing Tuan pada Hari Qing Ming

24Tapak Peninggalan Sanxingdui Yang Penuh Misteri

28Mencari Ibu Kota Dunia Panda di Ya’an

30 Opera Sichuan dan Penukaran Topeng

32Pasar-pasar Malam Popular di Taiwan

34Dapur Lazat Anisah: Telur Teh

6 Kembara Sutera Kembara Sutera 7

Bersantai di Bandar

6 Kembara Sutera Kembara Sutera 7

ChengduSebuah bandar yang jika dikunjungi membuatkan anda tidak mahu

meninggalkannya;

Sebuah bandar yang santai yang masa berlalu perlahan.

Datanglah ke Chengdu,

Pasti menyesal kalau tidak menonton pertunjukan seni

pertukaran topeng;

Duduk di kerusi rotan, minum secawan teh, nikmati peredaran

masa...

8 Kembara Sutera Kembara Sutera 9

“Kota bunga raya”, Chengdu, merupakan pusat politik, ekonomi dan kebudayaan di kawasan barat daya China dalam sejarah, dan juga merupakan bandar utama di kawasan aliran Sungai Yangtze. Chengdu, sebuah bandar yang jika dikunjungi, anda enggan meninggalkannya. Rentak hidupnya tidak terlalu

pantas. “Ba Shi” yang sentiasa dikatakan oleh penduduk Chengdu bermaksud selesa dan seronok. Warung teh di seluruh bandar Chengdu menggambarkan keistimewaan gaya hidup bandar ini yang santai.

Chengdu mungkin merupakan stesen transit anda untuk mengunjungi destinasi

pelancongan Jiuzhaigou, Tasik Lugu dan Daocheng Yading, namun Chengdu bukan sekadar pusat trafik. Di sini, anda boleh berhenti untuk menikmati kehidupan yang santai.

Apa kata anda bersama-sama dengan penulis menyusuri keindahan Chengdu.

Selepas zaman keagungan Dinasti Tang, karya sajak beralih daripada idealistik kepada karya reaslitik. Du Fu, salah seorang penyajak yang paling masyhur pada zaman Dinasti Tang hidup pada zaman peralihan itu. Kebanyakan karyanya menceritakan tentang peristiwa besar, pergolakan masyarakat, kegelapan politik dan kesengsaraan hidup rakyat. Karya-karya beliau amat bernilai sebagai bahan kajian sejarah.

Pada musim sejuk tahun 759 Masihi, Du Fu dan keluarganya berpindah ke Chengdu untuk mengelakkan “Pemberontakan An Shi”. Beliau membina rumahnya di tepi anak sungai Huanhua dan menamakan rumahnya sebagai Kotej Jerami. Semasa tinggal selama tiga tahun sembilan bulan di sini, beliau menulis lebih 240 sajak yang digemari ramai. Karya beliau memberi konotasi kebudayaan yang mendalam kepada Kotej

Jerami Du Fu, dan menjadikan kotej ini seolah-olah sebuah tempat suci dalam sejarah kesusasteraan China.

Jika memasuki taman ini, anda dapat melihat dinding berwarna merah, istana yang menjulang tinggi, koridor yang berliku-liku, dan pokok-pokok menghijau yang membentuk sebuah lukisan yang aman dan tenteram, seolah-olah bandar riuh Chengdu di luar kotej jerami lenyap.

Panduan PelanconganTiket Masuk: RMB 60 Waktu Lawatan: 7.30 pagi—7.00 petang (Musim Panas) 8.00 pagi—6.00 petang (Musim Sejuk)Alamat: No. 37 Jalan Qinghua, Daerah QingyangPengangkutan: Anda boleh menaiki kereta api bawah tanah Laluan 6, dan turun di stesen Chengdu University of TCM & Sichuan Provincial People's Hospital. Atau menaiki bas No.19, 35, 58, turun di stesen Dufucaotang.

Tenangkan Hati di Taman Kotej Jerami Du Fu

10 Kembara Sutera Kembara Sutera 11

Kuil Peringatan Wuhou terletak di Jalan Kuil Wuhou Nanmen bandar Chengdu. Kuil ini terdiri daripada kuil memperingati raja Negeri Shu semasa zaman Tiga Negeri, Liu Bei, kuil memperingati Perdana Menteri pada zaman itu, Zhuge Liang, serta Makam Hui.

Tarikh pembinaan kuil ini tidak dapat dipastikan kerana kekurangan bukti sejarah. Papan tanda di atas pintu pagar ditulis "Kuil Han Zhaolie" (Zhaolie: gelaran raja Liu Bei selepas kemangkatan baginda). Tetapi kuil ini lebih dikenali sebagai Kuil Peringatan Wuhou (Zhuge Liang diberikan gelaran Wu Xianghou selepas kematiannya). Kuil yang terdapat sekarang telah dibina semula pada tahun 1672.

Bahagian utama kuil ini dibahagikan kepada lima bahagian, iaitu pintu besar, pintu kedua, Dewan Liu Bei, koridor, dan Dewan Zhuge

Liang, yang menganjur dari selatan ke utara. Di dalam kuil ini, terdapat ukiran tanah liat Maharaja Shu dan menteri-menteri yang berdiri bersebelahan baginda, menjadikan ukiran ini ciri khas kuil berkenaan. Kuil yang dikelilingi pokok-pokok sipres yang lama dan dinding berwarna merah klasik benar-benar membangkitkan nostalgia.

Panduan PelanconganTiket Masuk: RMB 60Waktu Lawatan: 7.30 pagi—9.00 malam (Musim Panas)8.00 pagi—6.30 petang (Musim Sejuk)Alamat: No. 231 Jalan Wuhouci, Daerah WuhouPengangkutan: Anda boleh menaiki kereta api bawah tanah Laluan 1, turun di stesen Jinjiang Hotel. Atau menaiki bas No.57, 901, 334, 1, 55, turun di stesen Wuhouci.

Kuil Peringatan Wuhou

Siapakah Zhuge Liang?

Zhuge Liang ialah penasihat tentera kepada raja Liu Bei dan membantu baginda menubuhkan kerajaan Shu, yang memerintah kawasan Sichuan dan wilayah sekitarnya. Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri, Negeri Shu mempunyai politik yang stabil dan ekonomi yang makmur, manakala rakyat hidup aman.

Kini, Zhuge Liang dianggap lambang kebijaksanaan, dan memiliki reputasi yang baik serta amat dikagumi. Personaliti yang hebat, khidmat bakti beliau yang penuh dedikasi kepada orang lain, dan kebijaksanaan beliau menyebabkan kedudukannya lebih tinggi berbanding dengan raja, jeneral, dan menteri-menteri dalam sejarah.

12 Kembara Sutera Kembara Sutera 13

Selepas mengunjungi destinasi bersejarah di pusat bandar Chengdu pada siang hari, kalau rasa letih dan sakit kaki, anda boleh berhenti sekejap di samping menikmati warisan budaya bukan benda Chengdu di Lorong Kuanzhai, jalan komersial yang beraura kebudayaan tradisional Sichuan. Pilihlah sebuah warung teh di lorong ini, minum teh di samping menonton persembahan Opera Sichuan. Selain itu, semasa minum, anda bolehlah mencuba satu perkhidmatan yang unik, iaitu mengorek telinga.

Ketika minum teh, anda boleh melihat beberapa orang yang aneh berjalan-jalan antara pelbagai restoran. Mereka memakai lampu di depan kepala. Tangan mereka memegang satu sepit logam yang panjangnya lebih 30 sentimeter. Siapakah mereka ini? Ya, mereka ialah orang yang menyediakan perkhidmatan mengorek telinga. Sepit logam itu ialah alat yang unik. Mengorek telinga sebenarnya merupakan acara yang istimewa di Chengdu. Jangan melepaskan peluang mencuba ya.

Panduan PelanconganTiket: percumaWaktu Pembukaan: dibuka sepanjang hariAlamat: dari timur jalan Tongren ke barat jalan

Jin Li, sebatang jalan komersial yang istimewa berhampiran dengan Kuil Peringatan Wuhou. Maka, selepas keluar dari Kuil Wuhou, anda boleh terus berjalan-jalan di Jin Li untuk menikmati keaslian Chengdu.

Hampir setiap kota bersejarah yang terkenal mempunyai jalan komersial seumpama itu, bersifat tradisional dan berwarna-warni. Kononnya, Jin Li pernah menjadi salah satu jalan yang paling lama dan paling makmur dalam sejarah Sichuan. Kini, Jin Li merupakan jalan komersial sepanjang 550 meter yang memiliki banyak kedai termasuk kedai kraf tangan dan tekstil, pub, dan restoran. Selain itu, anda boleh membeli buah tangan yang menarik untuk sahabat dan keluarga. Walaupun harganya lebih mahal berbanding dengan kedai-kedai di tempat yang lain, namun, variasi cenderamata di Jin Li lebih lengkap.

Yang paling terkenal ialah lorong makanan ringan di Jin Li yang menarik ramai pelancong dari dalam dan luar negara. Ketika berada di lorong ini, anda juga akan merasai “Ba Shi”.

Makanan ringan Chengdu disukai oleh ramai orang. Antaranya Lai Tang Yuan (seperti onde-onde yang berinti), Long Chao Shou (wantan), Zhong Shui Jiao (Jiaozi), Dan Dan Mian (mi pedas), San Da Pao dan lain-lain.

Makanan ringan Sichuan bukan sekadar makanan sahaja, malah gambaran kebudayaan. Kebanyakan makanan ini juga mempunyai nama yang amat menarik, seperti San Da Pao. Makanan ini ialah sejenis kuih pulut yang ditambah air gula melaka. Mengapa ia dipanggil San Da Pao?

San Da Pao ialah kuih berbentuk bulat yang diperbuat daripada tepung pulut. Apabila kuih ini dilontar kuat-

Bersantai di Jin Li

kuat di atas piring tembaga, kedengaranlah bunyi seperti tembakan meriam. Maka tiga biji kuih ini disebut ‘San Da Pao’ yang bermaksud “tiga das tembakan meriam.”

Panduan PelanconganTiket: percumaWaktu Beroperasi: 5.00 pagi-11.00 malam Waktu Lampu Dibuka: waktu senja-8.00 malamPengangkutan: Anda boleh menaiki kereta api bawah tanah Laluan 1, turun di stesen Huaxiba. Atau menaiki bas No.1, 57, 82, turun di stesen Wuhouci, atau menaiki bas No. 82, 109, turun di stesen Nanjiaolu.

Changshun, Daerah QingyangPengangkutan: Anda boleh menaiki kereta api bawah tanah Laluan 2, turun di stesen People’s Park. Atau menaiki bas No.62, 70, 93, 163, 340, turun di stesen Changshunshangjie.

Rentak hidup yang santai ialah nama dagang bandar Chengdu. Masakan Sichuan, stimbot, dan makanan ringan tempatan menarik ramai

pelancong. Chengdu seolah-olah sofa yang lembut, yang menggamit ramai orang memperlahankan langkah mereka untuk bersenang-senang di bandar ini.

Aktiviti Wajib di Lorong Kuanzhai

14 Kembara Sutera Kembara Sutera 15

Nikmati KeindahanBunga Sesawi di ChinaBerada di ladang bunga sesawi yang terbentang

saujana mata memandang, memanglah suatu

pengalaman yang cukup menyeronokkan. Pada setiap

musim bunga, ladang-ladang sesawi selalu dibanjiri

dengan pelancong tempatan dan dari tempat jauh

yang datang khusus untuk menikmati keindahan bunga

sesawi. Sidang editor Kembara Sutera telah memilih

beberapa tempat yang dianggap pilihan ideal untuk

mencuba pengalaman yang romantik itu.

ribu hektar dipenuhi dengan bunga sesawi yang mekar, kelihatan seperti "Lautan Bunga Sesawi" yang sungguh cantik dan mempesonakan.

Luoping juga merupakan destinasi pelancongan yang menarik. Sejak tahun 1999, kaunti Luoping berjaya mengadakan Pesta Kebudayaan dan Pelancongan Bunga Sesawi Antarabangsa pada setiap tahun. Pesta tersebut telah menjadi sebahagian penting dalam industri pelancongan di provinsi Yunnan. Pada bulan Februari dan Mac, ramai pelancong dari dalam dan luar negara, terutamanya peminat fotografi berduyun-duyun ke Luoping untuk mengambil gambar di Lautan Bunga Sesawi. Katanya, mereka datang ke Luoping untuk melihat kedatangan musim bunga. Pada masa itu, kampung dan rumah petani tempatan "ditenggelami" oleh lautan bunga sesawi, manakala udara yang lembap pula bercampur dengan serbuk bunga sesawi yang wangi. Semua tekanan atau kebimbangan yang dialami pasti dapat dilupakan.

Terdapat ladang bertingkat, bukit, sungai dan air terjun di kaunti Luoping. Adat resam etnik Buyi juga masih terpelihara dengan baik pada zaman moden ini dan cukup menarik bagi pelancong.

Pengangkutan ke kaunti Luoping sangat mudah. Terdapat pelbagai bas ulang-balik dari bandar Kunming, ibu kota provinsi Yunnan ke

Kaunti Luoping, Provinsi Yunnan

Kaunti Luoping yang terletak di provinsi Yunnan China, merupakan salah satu daripada empat pusat pengeluaran sesawi dan juga pusat pengeluaran dan pemprosesan madu di negara ini.

Oleh sebab lokasi kaunti Luoping terletak di selatan garisan Sartan, bunga sesawi sentiasa mekar paling awal di sini. Pada setiap bulan Februari dan Mac, ladang sesawi yang seluas lebih 13

Luoping hampir setiap jam pada setiap hari. Terdapat juga kereta api yang berlepas dari bandar Kunming ke Luoping pada pukul 8.10 pagi dan balik pada pukul 14.00 dari Luoping ke Kunming setiap hari. Bas pelancongan juga boleh disewa oleh pelancong.

Kaunti Menyuan, Provinsi Qinghai

Kaunti Menyuan yang terletak di Daerah Autonomi Haibei, provinsi Qinghai merupakan pusat pengeluaran minyak sesawi di bahagian barat laut China.

Menyuan menjadi kawasan penanaman sesawi yang paling

luas di China, malah di seluruh dunia. Sejarah penanaman bunga sesawi di kawasan itu telah bermula lebih 1,800 tahun yang lalu. Bunga sesawi mula berkembang pada 5 hingga 25 Julai setiap tahun. Manakala, pada 10 hingga 20 Julai adalah tempoh yang paling sesuai untuk melihat bunga sesawi yang berkembang mekar.

Keluasan kawasan penanaman bunga sesawi di Menyuan adalah lebih 33 ribu hektar. Selain sebagai tonggak ekonomi, sesawi di Menyuan turut menjadi destinasi pelancongan yang mempesonakan. Pada tahun 2008, Menyuan disenaraikan

16 Kembara Sutera Kembara Sutera 17

sebagai destinasi pelancongan peringkat 4 A kebangsaan dan salah satu daripada 10 destinasi yang tercantik di provinsi Qinghai. Menyuan juga telah disenaraikan sebagai lautan bunga sesawi yang terindah di China oleh laman web People's Daily.

Selain bunga sesawi, Menyuan juga mempunyai pelbagai destinasi yang mempesonakan seperti gunung salji dan hutan. Pesta bunga sesawi telah menarik sejumlah besar pelancong ke kawasan itu pada 18 hingga 25 Julai setiap tahun.

Menyuan juga dikenali sebagai "kerajaan tumbuh-tumbuhan". Selain sesawi, terdapat lebih 500 jenis lagi tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut.

Selain pemandangan

yang indah, Menyuan juga mempunyai adat resam yang unik daripada penduduk etnik Hui yang menganut agama Islam sejak turun-temurun."Huaer", seni nyanyian yang unik dan kraf tangan yang halus daripada etnik Hui telah diperkenalkan kepada pelbagai negara asing.

Kaunti Wuyuan, Provinsi Jiangxi

Kaunti Wuyuan yang terletak di timur laut provinsi Jiangxi, berada di sempadan provinsi Jiangxi, Zhejiang dan Anhui.

Kaunti itu turut menerima pengaruh budaya Hui dan digelar "Kampung Buku" dan "Kampung Teh". Selain itu, Wuyuan juga terkenal dengan julukan "Kampung Terindah di China".

Pemandangan di kawasan

peranginan Huangling paling menarik, bahkan dikatakan mewakili keistimewaan dan keindahan kaunti Wuyuan.

Jumlah keluasannya kira-kira 38 meter persegi dan berjarak 45 kilometer dari pusat bandar kaunti Wuyuan.

Pada setiap musim bunga, bunga sesawi yang tumbuh mekar di kaki gunung, ditambah dengan keindahan dan keserian bunga pic dan bunga pear di puncak gunung telah mencipta pemandangan yang sungguh memukau.

Kerajaan tempatan turut membina sebatang jalan pada ketinggian 300 meter dari kawasan darat dan laluan kabel sepanjang 1,260 meter bagi membolehkan para pelancong menyaksikan panorama lautan sesawi.

Pengalaman yang istimewa

itu pasti meninggalkan kenangan yang sukar dilupakan kepada para pelancong.

BeijingTerdapat empat destinasi di luar bandar Beijing yang terkenal dengan kemekaran bunga sesawi pada musim bunga. Pemandangan bunga sesawi di tempat-tempat tersebut tidak kalah jika dibandingkan dengan bunga sesawi di kawasan selatan negara ini. 1. Pekan Changgou, Daerah Fangshan

Terdapat ladang bunga sesawi seluas lebih 133 hektar di pekan Changgou. Bunga sesawi tumbuh mekar pada bulan Mei dan Jun setiap tahun hingga menyerlahkan pemandangan yang amat

mempesona, sekali gus menjadi daya tarikan utama kepada para pengunjung.

Di situ, para pengunjung juga dapat menyaksikan keindahan pemandangan desa seperti kolam, anak sungai dan tasik. 2. Nanyuan, Daerah Fengtai

Walaupun ladang bunga sesawi di Nanyuan tidak begitu luas, namun sering menjadi daya penarik kepada peminat fotografi.

Lokasinya yang berhampiran dengan sebuah lapangan terbang membolehkan jurugambar merakam foto-foto yang unik, hasil gabungan bunga sesawi dengan kapal terbang. 3. Tiancun, Daerah Haidian

Ladang bunga sesawi di Tiancun menyerlahkan suasana yang amat romantik.

Tempat itu agak sunyi kerana masih belum dikenali ramai. Oleh sebab lokasi Tiancun lebih dekat dengan kawasan bandar, maka amat sesuai untuk dikunjungi bagi mereka yang hanya boleh meluangkan separuh hari untuk bersantai. 4. Pekan Qiaozi, Daerah Huairou

Keluasan ladang bunga sesawi di pekan Qiaozi hampir mencecah 40 hektar dan ketika tumbuh mekar, ladang bunga sesawi di situ seumpama lautan keemasan. Ladang bunga sesawi yang dikelilingi bukit-bukau menjadikan pemandangannya amat mengasyikkan.

18 Kembara Sutera Kembara Sutera 19

0201 WUZHEN Bermandi matahari sambil mengecap teh di sebuah warung di tepi sungai. Tanpa dibebani urusan kerja, tanpa tekanan hidup. Janganlah mensia-siakan cuaca yang baik, datanglah bersantai di kampung air di selatan Sungai Yangtze ini.02 SHEXIAN “Warna air sungai lebih hijau berbanding Rumput Hijau pada musim bunga”. Penyajak tersohor pada zaman Dinasti Tang, Bai Juyi meluahkan perasaan teruja melihat air sungai berwarna hijau ketika beliau melancong pada musim bunga. Di Hongxun, kaunti Shexian, provinsi Anhui, anda dapat melihat air sungai yang cukup hijau dengan mata sendiri.03 WUYUAN Sebelum musim bunga menjelang tiba, kita sudah pun merindui aroma bunga dan rumput, anak sungai serta jambatan kecil. Di Wuyuan, anda boleh merasai semua elemen tersebut.04 GUNUNG WUYI Musim bunga dah sampai, baju tebal pun dah disimpan baik-baik. Datanglah ke Gunung Wuyi, mendaki gunung, berakit atau mengembara berjalan kaki dalam suasana yang tenang sambil menghirup udara segar. Pasti mencipta pengalaman yang sukar dilupakan.

Setelah mengharungi musim sejuk yang dingin

selama lebih empat bulan, orang ramai tidak

sabar lagi untuk melancong pada musim bunga.

Cuaca menjadi panas tapi tidak panas terik, daun

mula tumbuh, bunga bermekaran di merata-

rata tempat, dan kita tak perlu lagi memakai baju

yang tebal… Musim bunga dianggap sebagai

musim yang paling sesuai untuk melancong.

Janganlah duduk di rumah, jom kita bersama-

sama melancong ke China pada musim yang

indah ini.02

01 03

04

Tempat Melancong padaMusim Bunga

20 Kembara Sutera Kembara Sutera 21

08

05 GUNUNG SANQING Apabila melihat air terjun yang menjunam dari gunung yang tinggi, batu-batu yang berbentuk istimewa, serta pokok-pokok tua, tidak hairanlah Gunung Sanqing menjadi pilihan para pengikut ajaran Tao yang ingin lebih mendekati ajaran ini.06 HESHUN Jalan-jalan yang dibuat daripada batu, rumah-rumah kuno, anak sungai yang jernih, waktu malam tanpa lampu jalan … Heshun, justeru seperti namanya, begitu aman dan damai.07 BARAT SICHUAN Hongyuan ialah sebuah padang rumput yang luas lagi rata. Anda boleh menderapkan kuda melintasi padang rumput di tempat 3,600 meter dari paras laut ini. Bukankah ini perkara yang amat menyeronokkan?08 YUANYANG Kaum tani yang rajin telah menyemai benih padi di teres sawah di Yuanyang. Teres ini kelihatan berwarna-warni di bawah sinar matahari pagi yang menembusi kabus nipis.

05

06

07

22 Kembara Sutera Kembara Sutera 23

Adat resam makan Qing Tuan (bebola tepung beras yang

berwarna hijau) sempena Hari Qing Ming bermula pada zaman Dinasti Zhou, iaitu kira-kira dua ribu tahun yang lalu. Berdasarkan catatan sejarah, undang-undang pada masa itu menetapkan larangan memasak dengan menggunakan api selama tiga hari sempena Hari Qing Ming. Oleh itu, rakyat jelata telah awal-awal lagi menyiapkan makanan untuk dimakan ketika Hari Qing Ming. Qing Tuan adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada tepung beras pulut, yang digaul dengan pewarna hijau daripada sejenis tumbuhan, serta berintikan kacang merah.

Rakyat jelata mempersembahkan Qing Tuan kepada nenek moyang ketika membersihkan kubur dan juga menikmati Qing Tuan sebagai makanan khas bagi meraikan Hari Qing Ming.

Terdapat pelbagai cerita mengenai asal-usul Qing Tuan. Salah satunya ialah kisah legenda mengenai seorang remaja yang bernama Jin Lan.

Jin Lan merupakan seorang remaja yang berperangai buruk. Bapanya sudah meninggal dunia. Dia selalu

Tradisi Makan Qing Tuan padaHari Qing Ming

memarahi ibunya bahkan memukul ibunya. Walau bagaimanapun, berdasarkan undang-undang, kalau tanah pertanian tidak diusahakan, maka pemilik tanah itu akan dikenakan hukuman mati. Jin Lan terpaksa mengusahakan ladang milik keluarganya.

Pada suatu hari, Jin Lan melihat ibu kambing di tepi ladang sedang menyusukan anak kambing. Tiba-tiba, Jin Lan berasa insaf serta mula sedar akan jasa dan kesukaran ibu membesarkannya. Lantas, dia membuat keputusan untuk membalas budi baik ibunya. Pada tengah hari itu, ibunya membawa raga untuk menghantar makanan kepada Jin Lan. Jin Lan segera berlari mendapatkan ibunya. Tanpa disangka, ibunya terlalu takut akan Jin Lan. Ketika melihat anaknya menuju ke arahnya, ibunya terfikir, anaknya mungkin

akan memukulnya lagi kerana lambat menghantar makanan. Ibunya, yang sudah tidak boleh tahan dengan sikap buruk Jin Lan, terjun ke dalam sungai untuk membunuh diri. Jin Lan segera terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan ibunya, namun hanya menjumpai sebuah papan kayu.

Jin Lan berasa sangat sedih. Dia mengambil kayu tersebut dan meletakkannya di rumah untuk disembah. Rumput dari tempat ibunya meletakkan raga telah dibawa balik oleh Jin Lan untuk dibuat kuih yang berwarna hijau dan mempunyai rasa yang pahit. Dia makan kuih pahit itu untuk memperingati ibunya.

Kononnya hari ibu Jin Lan meninggal dunia itu ditetapkan sebagai Hari Qing Ming, dan makan kuih yang berwarna hijau pula menjadi adat resam Hari Qing Ming.

22 Kembara Sutera

24 Kembara Sutera Kembara Sutera 25

Tapak Peninggalan

Dahulunya Sanxingdui dikenali sebagai "kampung Sanxing".

Kampung Sanxing terletak di provinsi Sichuan, bahagian barat daya China. Pada tahun 1979, seorang petani di kampung itu telah menemui satu artifak secara kebetulan ketika dia bercucuk tanam pada suatu hari. Penemuan ini telah memulakan satu episod ekskavasi dan penyelidikan terhadap tapak peninggalan itu sehingga berlarutan beberapa puluh tahun. Hasil penyelidikan membuktikan bahawa antara 3,000 hingga lebih 5,000 tahun yang lalu, Sanxingdui ialah ibu kota negeri Shu pada suatu zaman silam, dan kemakmurannya berlarutan selama 2,000 tahun.

Pada lebih kurang 10 tahun yang lalu, sebuah muzium telah dibina di tapak peninggalan ini dan muzium tersebut dinamakan "Muzium Sanxingdui".

Menurut pegawai muzium ini bahawa penemuan tapak peninggalan yang terletak

SanxingduiYang Penuh Misteri

di garisan lintang 30 darjah tersebut amat bererti.

Kononnya pada garisan lintang itu, terdapat Gunung Qomolangma, tamadun Maya dan Segi Tiga Bermuda. Persamaan ketiga-tiga tempat itu ialah keajaibannya. Sanxingdui merupakan tapak peninggalan sejarah yang mempunyai artifak yang paling banyak, sejarah yang paling panjang dan unsur kebudayaan yang paling kaya di bahagian barat daya China.

Menurut hasil penyelidikan tersebut, kira-kira 3,000 tahun yang lalu, kota kuno yang amat

sempurna itu secara tiba-tiba menjadi kosong, dan dengan itu, tamadun Sanxingdui yang cemerlang itu turut terhenti.

Beberapa tahun yang lalu pula, tapak peninggalan Jinsha yang terletak di luar bandar Chengdu telah ditemui. Artifak yang ditemui di Jinsha, bentuknya hampir sama dengan artifak yang ditemui di Sanxingdui. Disebabkan tapak peninggalan Jinsha itu sejarahnya kurang 500 hingga 1,000 tahun berbanding dengan Sanxingdui, maka ramai ahli arkeologi menganggap bahawa Jinsha merupakan kesinambungan kepada tamadun Sanxingdui, ada andaian yang mengatakan bahawa negeri kuno di Sanxingdui itu telah dipindahkan ke Jinsha.

Terdapat pelbagai andaian tentang sebab kota Sanxingdui tiba-tiba menjadi kosong selepas mengalami kecemerlangan selama 2,000 tahun. Ada yang mengandaikan bencana seperti banjir, perang dan wabak penyakit, namun tidak

24 Kembara Sutera

26 Kembara Sutera Kembara Sutera 27

ada catatan sejarah yang dapat membuktikan andaian tersebut.

Ketika memberikan penjelasan tentang artifak yang ditemui di Sanxingdui, pegawai Muzium Sanxingdui mengatakan bahawa barang tembaga merupakan hasil kraf yang tipikal dan paling menarik, terutamanya rupa beberapa patung tembaga yang amat berbeza dengan orang Asia, mata yang amat besar dan hidung yang amat

tinggi. Artifak yang paling istimewa

yang disimpan di Muzium Sanxingdui ialah sebuah topeng tembaga. Kononnya topeng itu dibuat mengikut wajah raja pertama negeri Shu. Topeng itu juga topeng tembaga yang paling besar di dunia. Mukanya amat istimewa, matanya berbentuk silinder dan terjojol keluar, biji matanya hampir berbentuk rombus, telinganya juga amat besar dan tajam.

Selain topeng tembaga, pokok tembaga yang tingginya 3.6 meter yang disimpan di Muzium Sanxingdui dianggap sebagai keajaiban dunia. Masyarakat China pada zaman kuno menganggap pokok sebagai jelmaan kosmos. Semua objek di langit seperti matahari, bulan dan bintang merupakan buah daripada pokok di bumi.

Menurut penjelasan pegawai muzium, pokok tembaga itu merupakan barang tembaga yang paling halus ciptaannya dari segi teknik. Ini kerana bentuknya yang amat unik, dan cara penuangannya yang amat sukar. Barang tembaga yang sebegitu besar perlu dituang dalam acuan sebahagian demi sebahagian sebelum disambung siap. Antara lapan batang pokok tembaga yang ditemui di Sanxingdui, hanya dua batang yang dapat dibaiki. Perbaikan bagi pokok-pokok itu memakan masa tiga tahun.

Selain cara pembuatannya yang unik, pokok tembaga itu juga memaparkan pandangan orang China pada zaman kuno terhadap langit, bumi dan kosmos.

Encik Ao Tianzhao ialah pakar penyelidikan Sanxingdui. Beliau telah berkecimpung dalam bidang penyelidikan kebudayaan Sanxingdui selama lebih 50 tahun. Beliau menyatakan, "memandangkan begitu banyak patung tembaga dan bekas tembaga yang ditemui di Sanxingdui, maka kami merumuskan bahawa

negeri kuno di Sanxingdui ini telah menggemblengkan dan mengawal fikiran rakyat dengan menggunakan hukum-hukum agama. Saya berpendapat bahawa negeri Shu selalu mengadakan aktiviti pemujaan secara besar-besaran untuk menarik beberapa puak lain di sekitarnya supaya datang memuja bersama-sama."

Barang tembaga boleh dikatakan merupakan artifak yang paling tipikal antara artifak yang ditemui di Sanxingdui. Barang tembaga ini memperlihatkan sepenuhnya taraf teknik kraf tangan yang begitu tinggi pada zaman itu.

Selain itu, banyak

gading dan karang laut juga ditemui di Sanxingdui. Ini menimbulkan persoalan yang membingungkan. Sichuan terletak di kawasan pedalaman dan amat jauh dari laut, maka mustahil ada karang laut dan gajah hidup di sana.

Tentang persoalan ini, pegawai Muzium Sanxingdui menjelaskan, ada sarjana menyatakan bahawa gading itu diangkut ke sana melalui “laluan sutera selatan”. Selain itu, hampir 5,000 karang laut yang ditemui di

Sanxingdui juga mungkin diangkut melalui jalan tersebut. Ini membuktikan bahawa laluan perdagangan negeri Shu pada zaman silam amat panjang sehingga sampai ke Asia Barat dan

Asia Selatan.Kebudayaan

Sanxingdui memang menimbulkan banyak persoalan

yang sukar untuk

dijawab, maka itulah sebabnya

Muzium Sanxingdui berjaya

menarik kedatangan ramai pelancong sejak ia ditubuhkan pada tahun 1997.

28 Kembara Sutera Kembara Sutera 29

Pada penghujung filem Kongfu Panda 2, unsur saspens mengenai

nasib Po terus menarik minat para penonton: bapa Po masih hidup dan mengetahui bahawa Po juga masih hidup. Filem ini berlatarkan gunung yang

menghijau dan sungai yang airnya jernih, serta panda-panda yang sedang bekerja keras.

Walau bagaimanapun, kebanyakan penonton tidak mengetahui bahawa ibu kota bagi dunia haiwan yang bernilai ini ialah Ya’an di provinsi Sichuan, China.

Bandar Ya’an yang jauhnya sejam perjalanan menggunakan kereta dari Chengdu, dikenali sebagai

batu permata hijau di kawasan barat China. Terdapat banyak cerita

yang menarik dan panorama yang mempesonakan di bandar ini. Hutan asli menyaksikan sejarah evolusi

orang hutan kepada manusia, manakala hujan renek seolah-olah menceritakan asal usul terbentuknya dunia ini.

Apabila mendengar “ibu kota panda”, kita sewajarnya akan melihat peta untuk memastikan sama ada tempat itu terletak di tengah-tengah sesuatu kawasan atau tempat yang penting. Terdapat empat buah kawasan utama yang merupakan habitat panda di negara ini. Bandar Ya’an betul-betul terletak di tengah-tengah kawasan tersebut.

Menurut Laporan Banci Panda Ke-3, habitat panda di Ya’an mencakupi kawasan yang luasnya 4821.96 kilometer persegi, kawasan

Panda di Ya’an

yang paling luas iaitu 20.93% daripada keluasan habitat panda di seluruh China. Habitat lain panda terletak di kaunti Lushan (463.7 kilometer persegi), kuanti Baoxing (2000.32 kilometer persegi), kaunti Tianquan (1308.35 kilometer persegi), kaunti Yingjing (612.65 kilometer persegi), dan kuanti Shimian (436.94 kilometer persegi).

Panorama yang indah permai terbentang di antara Dataran Chengdu dan Dataran Tinggi Qinghai-Tibet, akibat kuasa alam yang menakjubkan, dan juga tempat lahirnya panda, haiwan yang comel dan bernilai ini.

Ya’an, yang juga dikenali sebagai tempat penemuan panda pertama, patut diberi gelaran “ibu kota panda”.

Sejak tahun 1955, kerajaan China telah memilih 18 ekor panda dari Ya’an untuk dihadiahkan kepada pelbagai negara seperti Amerika Syarikat (AS), Jepun, British, Rusia, Perancis, Jerman, Korea Utara, Mexico dan lain-lain.

Panda-panda dari Ya’an yang dihadiahkan oleh kerajaan China itu telah menyaksikan persahabatan antara rakyat China dengan negara-negara berkenaan. Antaranya Lingling dan Xingxing dihadiahkan kepada Amerika Syarikat, Pingping dan An’an untuk bekas Kesatuan Soviet, Nombor 1 dan Nombor 2 serta Lingling, Sanxing dan Dandan untuk

Mencari Ibu Kota Dunia

Korea Utara, Lanlan, Kangkang dan Huanhuan untuk Jepun, Lili untuk Perancis, Jiajia untuk Britain, Yingying untuk Mexico, serta Tiantian, Quanquan dan Baobao untuk Jerman. Tiap-tiap panda ini telah menjadi utusan yang merapatkan hubungan persahabatan antara rakyat China dengan negara-negara terbabit.

Pada tahun 1961, Tabung

Alam Sedunia (WWF) memilih imej panda sebagai lambang pertubuhan itu. Kaunti Baoxing di bandar Ya’an telah membuat lebih sepuluh buah arca panda dengan menggunakan batu jed putih, dan menghadiahkan arca-arca tersebut kepada tabung itu untuk dipamerkan di hadapan bangunan ibu pejabat dan perwakilan WWF di seluruh dunia.

30 Kembara Sutera Kembara Sutera 31

Opera Sichuan, dengan nyanyian yang menarik, seni kata

yang lucu, dan pergerakan yang cantik, mempunyai sejarah beratus-ratus tahun dan amat diminati oleh orang tempatan.

Menurut catatan sejarah, Opera Kunqu,

sejenis opera yang terkenal di China, yang disebarkan ke Sichuan dari tempat lain telah berintegrasi dengan Opera Lampu tempatan, dan beransur-ansur menjadi sejenis opera yang dikenali sebagai Opera Sichuan.

Opera Sichuan yang diminati ramai ini dikenali sebagai salah satu opera

utama di China. Antara ciri-cirinya yang menarik, termasuklah penukaran topeng, menyembunyikan pedang, menjunjung mangkuk, dan bermain lilin.

Antara kesemua ciri-ciri Opera Sichuan ini, penukaran topeng merupakan aksi yang paling

unik, malah telah menjadi lambang opera ini. Pelakon opera ini boleh menukar topengnya dengan pergerakan yang sangat pantas, atau dalam sekelip mata sahaja, seperti ketika dia menutup muka dengan lengan atau ketika menggoyangkan kepalanya. Aksi inilah yang amat unik dan menakjubkan.

Hampir semua penonton yang menyaksikan opera ini ingin tahu cara penukaran topeng yang begitu pantas itu dilakukan. Walau bagaimanapun, pelakon Opera Sichuan dilarang membuka rahsia teknik ini kepada orang

dan Penukaran Topeng

lain kerana penukaran topeng ialah rahsia besar opera ini.

Terdapat tiga cara melakukan penukaran topeng di pentas. Pelakon yang paling hebat boleh menukar topengnya tiga kali dalam satu saat sahaja.

Tiga cara untuk menukar topeng ini adalah dengan menyapu, menghembus dan menarik muka.

Menyapu muka bermaksud menyapu pewarna pada bahagian tertentu di muka. Apabila bahagian muka tersebut digosok dengan tangan, warna yang disapu akan menukar warna muka kepada warna yang lain.

Menghembus muka pula bermaksud meletakkan

serbuk pewarna seperti serbuk berwarna emas,

hitam dan lain-lain di suatu tempat

di atas pentas, dan apabila

pelakon melakukan gerakan menghampiri

kotak yang berisi serbuk itu, dia akan meniup serbuk itu. Warna mukanya akan bertukar mengikut warna serbuk yang dihembus itu.

Sekarang, cara menukar topeng yang paling banyak digunakan di pentas adalah dengan menarik topeng. Pelakon melukis topeng yang berbeza-beza di atas sutera yang amat nipis dan dilapiskan satu persatu. Setiap lapisan topeng ini diikat dengan benang. Apabila pelakon menarik benang ini semasa membuat persembahan,

topeng tersebut akan jatuh satu demi satu. Teknik ini memang sukar dan memerlukan latihan yang lama.

Walau bagaimanapun, teknik ini masih meninggalkan banyak persoalan, antaranya bagaimana berbelas-belas lapisan topeng itu ditarik? Di manakah topeng-topeng itu disembunyikan? Dan bagaimana topeng itu dibuat?

Rahsia inilah yang hanya diketahui oleh pelakon Opera Sichuan dan mereka dilarang mendedahkan rahsia tersebut kepada orang lain.

Satu lagi lakonan yang mengujakan dalam Opera Sichuan ialah memuntahkan api. Pelakon boleh meluahkan api dari mulut mereka. Kononnya pelakon yang berkenaan menyimpan kerosin dalam mulutnya dan menyemburkannya ketika api diletakkan di hadapan mulut. Dengan itu, kelihatanlah seperti api itu keluar dari mulutnya. Mereka yang melakukan lakonan ini tidak boleh menyedut nafas sebelum semua kerosin disembur keluar dari mulutnya. Kalau tersilap langkah, pelakon itu akan membakar dirinya sendiri.

Selain itu, terdapat juga lakonan menyembunyikan pedang dan mengeluarkan bunga dipentaskan dalam Opera Sichuan. Mengeluarkan bunga hampir sama dengan silap mata. Dalam lakonan menyembunyikan pedang pula, pelakon boleh menjadikan pedang yang besar hilang

di hadapan mata penonton. Sebenarnya, pedang itu disembunyikan di bawah pakaian pelakonnya.

Di bandar Chengdu, penduduk tempatan boleh menyaksikan persembahan Opera Sichuan setiap hari. Opera ini telah menjadi sebahagian penting dalam kehidupan seharian mereka.

32 Kembara Sutera Kembara Sutera 33

Pasar Malam Shilin

Sememangnya Taiwan terkenal dengan pasar malamnya dan pasar malam paling popular dan terbesar dikenali sebagai Shilin Night Market yang terletak di daerah Shilin, Taipei.

Pelbagai barangan daripada pakaian hinggalah cenderamata dan makanan dijual di sini. Shilin Night Market merupakan pasar malam yang anda harus lawati

jika melancong ke Taipei. Sistem Metro

Taipei (MRT) telah memudahkan para pengunjung untuk ke pasar malam tersebut, di samping

memberikan peluang kepada pelancong untuk

merasai pengalaman

Popular di Taiwanmembeli-belah di lokasi yang menawarkan harga yang murah dan berpatutan.

Pasar Malam Raohe St.

Salah satu pasar malam yang popular di bandar Taipei ialah Raohe St. Night Market. Kelihatan ramai pengunjung membanjiri kawasan pasar malam ini sama ada untuk membeli-belah mahupun menikmati makan lewat malam.

Pelbagai makanan dihidangkan kepada pengunjung antaranya termasuklah snek tempatan, ais kacang buah-buahan, mi sup daging, minuman herba dan banyak lagi. Selain itu, para pengunjung juga boleh saling tawar-menawar dengan penjual bagi mendapatkan harga yang lebih murah sekiranya anda membeli

dalam kuantiti yang banyak.

Pasar Malam Miaokou

Pasar Malam Miaokou atau Mulut Kuil ialah sebuah pasar malam yang tersohor di Taiwan yang berpusat di kuil lama, iaitu Kuil Dianji.

Oleh sebab berhampiran dengan laut, maka makanan laut menjadi tarikan utama. Selain itu, makan tempura Jepun versi Taiwan yang digemari ramai, iaitu "tianbula", dihidangkan dengan sos merah yang manis atau pedas. Tentu anda perasan persamaan sebutannya.

Pasar Malam Feng Chia

Pasar Malam Feng Chia merupakan lokasi tumpuan pengunjung pada waktu malam yang terkenal di Taichung.

Gerai-gerai di pasar malam ini berselerakan dari semua arah, bermula dari jalan masuk Universiti Feng Chia.

Dibuka tujuh malam seminggu dari senja hingga ke tengah malam, udara di sini sentiasa diresapi aroma lazat dari gerai-gerai yang memasak dan menjual makanan klasik yang enak dan istimewa.

Pasar Malam Liuhe

Pasar Malam Liuhe amat disarankan kepada para pelancong. Pasar malam tersebut merupakan tempat yang sesuai untuk mendapatkan makanan ringan Taiwan, manakala pilihan antarabangsa pula ialah aiskrim Turki, masakan kari Pakistan, dan makanan Jepun yang dibaluti rumpai laut.

Menurut hasil kaji selidik, para pelancong ke Taiwan sentiasa bercerita tentang makanan sebagai tarikan utama, di mana-mana sahaja pasar-pasar malam sering disebut-sebut. Penduduk tempatan juga merasakan sedemikian. Pasar malam tradisional telah berkurun lamanya menjadi hiburan waktu malam yang sangat digemari.

Hampir kesemua pasar malam menjual makanan tradisi Taiwan dengan harga yang murah. Terdapat juga gerai-gerai permainan dan para penjual yang berniaga bermacam-macam barangan daripada kasut hingga permainan kanak-kanak.

Pasar Malam Shilin di Taipei merupakan pasar malam nombor satu yang terkenal dan terbesar di Taiwan. Pasar Malam Jalan Raohe dan Pasar Malam Jalan Huaxi juga popular dalam kalangan para pelancong. Makanan tersohor yang mesti dinikmati ialah telur goreng tiram, tauhu busuk dan sotong panggang.

Pasar-pasar MalamPasar-pasar Malam

34 Kembara Sutera

Hai, semua pembaca! Selamat membaca ruangan Dapur Lazat Anisah.

Dalam keluaran kali ini, saya akan memperkenalkan hidangan yang dimasak dengan telur ayam dan daun teh, sejenis minuman yang amat digemari oleh orang Cina.

Telur ayam merupakan makanan semula jadi yang sangat berkhasiat bagi manusia. Telur ayam kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, fosfor dan zat besi.

Selain itu, telur ayam juga merupakan salah satu sumber protein yang baik dan mempunyai lapan jenis asid amino yang diperlukan tubuh badan manusia.

Telur ayam sering digunakan dalam pelbagai hidangan. Telur boleh diperam, direbus, digoreng atau dimakan secara mentah walaupun cara tersebut tidak disyorkan untuk mereka yang dijangkiti salmonela, terutamanya warga emas, orang yang uzur dan wanita yang mengandung.

Selain itu, hanya 51 peratus protein telur mentah dapat diserap, berbanding dengan telur yang dimasak, iaitu 91 peratus.

Dengan kata lain, penyerapan protein bagi telur yang dimasak adalah hampir dua kali ganda berbanding dengan telur mentah.

Selain telur ayam, kita juga memerlukan daun teh untuk memasak hidangan itu.

Bahan: 8 biji telur, sedikit teh Oolong, kicap, garam, bunga lawang, lada dan halia.

Cara memasak:

1. Rebus telur dalam periuk (kira-kira 5 minit), kemudian keluarkan telur dan masukkan dalam air sejuk.2. Buang kulit telur. Kemudian, masukkan telur dalam periuk bersama-sama dengan daun teh, kicap, garam, bunga lawang, lada dan halia.3. Masak semua ramuan tersebut dengan api kecil. Selepas masak selama 40 minit, biarkan telur dalam air teh selama 2 jam sebelum dimakan.Baiklah, cara memasak hidangan itu telah pun selesai. Selamat mencuba!

Seperti yang kita semua tahu, menurut kaedah perubatan tradisional Cina, teh merupakan minuman yang bersifat sejuk, selain berfungsi untuk menyegarkan fikiran, menghilangkan tekanan perasaan serta mengurangkan kepanasan yang berlebihan dalam tubuh badan. Minum teh juga membantu melambatkan proses penuaan.

Jadi, Anisah ingin berkongsi cara memasak Telur Teh dengan semua pembaca.

Telur Teh