Pemb. Menyeronokkan.pptx

38
Pembelajaran yang Menyeronokkan Noor Zila Md. Yusuf

Transcript of Pemb. Menyeronokkan.pptx

Page 1: Pemb. Menyeronokkan.pptx

Pembelajaran yang Menyeronokkan

Noor Zila Md. Yusuf

Page 2: Pemb. Menyeronokkan.pptx

Konsep

• Pembelajaran yang menyeronokkan sebenarnya menggabungkan konsep seni bahasa dan didik hibur.

• Apa-apa aktiviti dalam konteks seni bahasa (seni visual, seni pergerakan, dan seni muzik) dan didik hibur pada hakikatnya membawa konotasi seronok.

Page 3: Pemb. Menyeronokkan.pptx

• Pelaksanaan konsep kemahiran bernilai tambah (KBT) dengan sendirinya berorientasikan pembelajaran yang menyeronokkan.

• Dengan pelbagai elemen KBT , pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah sudah mengambil kira perbezaan individu dari segi minat, bakat, keupayaan, dan kemahiran.

• Antara aktiviti yang menyeronokkan ialah bernyanyi, main peranan, berlakon, bercerita dan berpuisi.

Page 4: Pemb. Menyeronokkan.pptx

• Contoh yang dapat dikaitkan secara langsung dengan pengajaran dan pembelajaran tatabahasa ialah berlakon.

• Sebelum berlakon, guru meminta murid berbincang untuk menulis skrip mudah tentang tajuk yang dipilih.

Page 5: Pemb. Menyeronokkan.pptx

• Dalam penulisan skrip, guru boleh membuat ketentuan supaya setiap kumpulan menggabungjalinkan ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan, dan ayat perintah.

• Apabila dilaksanakan, bukan sahaja aspek jenis ayat dapat diaplikasikan, KBT kecerdasan pelbagai verbal linguistik dan kinestatik dapat diaplikasikan.

• Elemen muzik boleh dimasukkan semasa lakonan, alat muzik dimainkan untuk mengiringi persembahan.

Page 6: Pemb. Menyeronokkan.pptx

Dua unsur penting dalam pembelajaran menyeronokkan

• Unsur Seni Bahasa (muzik, psv, pergerakan badan)

• Unsur Didik hibur

Page 7: Pemb. Menyeronokkan.pptx

Unsur Seni dalam pengajaran Bahasa

• Seni dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya.

• Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi.

• Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih bersifat holistik dan menyeluruh.

Page 8: Pemb. Menyeronokkan.pptx

• Aspek ini jika dimasukkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk meneroka pelbagai sudut yang mereka lihat, dengar, sentuh, bergerak dan berfikir dengan setiap aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah.

• Oleh itu pewujudan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani boleh terhasil.

Page 9: Pemb. Menyeronokkan.pptx

Konsep seni dalam pendidikan BM • Seni dalam pendidikan Bahasa Malaysia adalah menjurus kepada seni

visual, seni muzik dan seni pergerakan. • Ia tidak merujuk kepada bidang seni lain seperti seni teater, seni

sastera, seni fotografi dan seni mempertahankan diri. • Seni dalam pendidikan Bahasa Melayu peringkat sekolah rendah dan

menengah lebih menegaskan kepada aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan.

• Guru akan memberi murid untuk menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera.

• Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan

Page 10: Pemb. Menyeronokkan.pptx

• Guru akan memberi murid untuk menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera.

• Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan

Page 11: Pemb. Menyeronokkan.pptx

Seni Muzik

• Muzik merupakan salah satu dari cabang seni dan sains yang menggabungkan bunyi-bunyi vokal dan nstrumental.

• Ini termasuk bunyi-bunyi semula jadi dari persekitaran atau rekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut estetika, corak pemikiran, dan emosi manusia yang juga boleh mencerminkan sesuatu budaya tertentu.

• Elemen-elemen asas muzik terdiri dari melodi, irama, tekstur, warna ton, dinamik dan bentuk. Untuk mengapresiasi muzik dengan mendalam, elemen-elemen muzik ini perlu difahami terlebih dahulu.

Page 12: Pemb. Menyeronokkan.pptx

Contoh RPHBahasa Melayu Tahun 6

TEMA : GURUTAJUK : GURU OH GURUTAHUN : 6MASA : 60 MINIT

Page 13: Pemb. Menyeronokkan.pptx

Langkah/masa

Isi pelajaran Pengajaran dan pembelajaran

Catatan

Induksi set( 5 minit)

Jenis pekerjaan

1.Guru mempamerkan gambar dan meminta murid menamakan pekerjaan yang terdapat dalam gambar.

2. Murid diminta melakonkan watak seorang guru secara spontan.

Gambar

Page 14: Pemb. Menyeronokkan.pptx

Langkah/masa

Isi pelajaran Pengajaran dan pembelajaran

Catatan

Langkah 1(10 minit)

Sajak ‘Guru Oh Guru’

1. Guru menayangkan slaid sajak ‘Guru Oh Guru’ kepada murid.

2. Murid membaca sajak tersebut.3. Murid mendeklamasikan sajak dengan intonasi dan sebutan yang betul.

Slaid sajakGuru Oh Guru.pptx

Page 15: Pemb. Menyeronokkan.pptx

Langkah/masa

Isi pelajaran Pengajaran dan pembelajaran

Catatan

Langkah 2(15 minit )

Menyanyikan sajak

1. Guru membahagikan murid-murid kepada 4 kumpulan.

2. Murid-murid menyanyikan sajak mengikut irama lagu ‘Biarku menjadi lilin’.

3. Setiap kumpulan diminta menyanyi sambil menunjukkan pergerakan mengikut irama lagu.

4. Murid-murid diminta menganalisis kesalahan tatabahasa dalam lirik lagu

Sajak dan laguPelangi Biar Ku Menjadi Lilin (HQ Audio) [www.keepvid.com].wav

Page 16: Pemb. Menyeronokkan.pptx

Langkah/masa

Isi pelajaran Pengajaran dan pembelajaran

Catatan

Langkah 3( 10 minit)

Sajak ‘Guru Oh Guru’

1. Dalam kumpulan murid-murid berbincang tentang peranan guru dan nilai-nilai murni yang terdapat dalam sajak.

2. Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil kumpulan.

Langkah 3( 10 minit)

Page 17: Pemb. Menyeronokkan.pptx

Langkah/masa

Isi pelajaran Pengajaran dan pembelajaran

Catatan

Langkah 4( 15 minit)

Sajak ‘Hari Guru’

1. Dalam kumpulan murid-murid diminta mencipta sajak bertemakan hari guru.

2. Wakil setiap kumpulan mendeklamasikan sajak, manakala ahli kumpulan yang lain membuat pergerakan.

Langkah 4( 15 minit)

Page 18: Pemb. Menyeronokkan.pptx

Langkah/masa

Isi pelajaran Pengajaran dan pembelajaran

Catatan

Penutup(5 minit)

Rumusan 1. Murid-murid membuat rumusan tentang isi kandungan pelajaran pada hari itu.

2. Murid-murid menyanyikan lagu ‘Biarku menjadi lilin’.

Lagu‘Biarku menjadi lilin’Pelangi Biar Ku Menjadi Lilin (HQ Audio) [www.keepvid.com].wav

Page 19: Pemb. Menyeronokkan.pptx

Biar Ku Menjadi Lilin (Pelangi)

Biarku menjadi lilinMemberikan cahayaTerangi sekeliling dengan diri terbakarTak siapa yang sedarDisaat kegelapan rela aku berkorbanDemi satu harapan

Biar masa berlariDan kau terus mendakiAku tenang disini dengan sabar menantiTanpa dendam dan benciAndainya kau terjatuh terluka dan tersungkurKurawat biar sembuh

Aku tak kan bertanyaApakah nanti balasannyaSetiap pengorbanan setiap pemberianDemi satu ikatan

Keikhlasan dihatiWalaupun kau raguiPada suatu masa dan suatu ketikaAkan ketara jua

Biarku menjadi lilinMemberikan cahayaSaat kau kesepian saat kau kegelapanKurela menerangkanAku senang begini dapat terus berbaktiDengan cara sendiri

Page 20: Pemb. Menyeronokkan.pptx

Seni Visual

• Seni visual adalah satu bentuk seni yang menumpukan kepada hasil penciptaan yang berbentuk visual seperti lukisan, fotografi, grafik dan filem.

• Seni visual adalah sesuatu hasil/ciptaan yang boleh dinampak melalui penglihatan mata.

• Hasil/karya itu adalah bersumberkan daya fikiran dan kesenian yang mutlak dalam minda seseorang dan seterusnya diterjemahkan kepada objek yang nyata serta boleh dilihat seperti gambar, arca, model dan sebagainya.

Page 21: Pemb. Menyeronokkan.pptx

Contoh Aktiviti: Seni Visual dalam Pendidikan

Langkah/Masa

Isi Pelajaran Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Set Induksi( 5 minit )

Nyanyian lagu “ Bunyi Binatang”

Murid-murid menyanyikan lagu bunyi binatang.

Saya ayam kok, kok, kokSaya itik kuek, kuek, kuekSaya burung pit, pit, pitKami bunyi kok, kok, kok, kuek,kuek,kuek, pit, pit, pit

Lampiran 1(Lirik lagu)Lagu Bunyi Binatang.pptx

Page 22: Pemb. Menyeronokkan.pptx

Contoh Aktiviti: Seni Visual dalam Pendidikan

Langkah/Masa

Isi Pelajaran Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Langkah 1( 10 minit )

Dialog Haiwan Ternakan

1. Guru meminta murid untuk membaca dialog yang disediakan dengan bimbingan guru.2. Guru meminta murid untuk melakonkan satu babak dialog binatang.( Murid dipakaikan topeng muka yang berkaitan dengan watak yang ada dalam dialog )

Lampiran 2( Dialog )

Page 23: Pemb. Menyeronokkan.pptx

Contoh Aktiviti: Seni Visual dalam Pendidikan

Langkah/Masa

Isi Pelajaran Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Langkah 2 ( 10 minit )

Berbincang berkaitan dengani/ bunyi haiwanii/ tempat tinggal haiwaniii/ makanan haiwaniv/ saiz haiwan

1. Guru dan murid berbincang mengenai petikan (dialog )yang telah di baca.

Lampiran 2

Page 24: Pemb. Menyeronokkan.pptx

Contoh Aktiviti: Seni Visual dalam Pendidikan

Langkah/Masa

Isi Pelajaran Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Langkah 3( 30 minit )

Melukis dan mewarna gambar haiwan.

1. Guru mempamerkan gambar haiwan dan kemudian meminta murid menyatakan haiwan yang bersaiz besar dan kecil.2. Guru meminta murid untuk melukis seekor haiwan bersaiz besar dan seekor lagi bersaiz kecil.

Langkah 3( 30 minit )

Page 25: Pemb. Menyeronokkan.pptx

Contoh Aktiviti: Seni Visual dalam Pendidikan

Langkah/Masa

Isi Pelajaran Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Penutup( 5 minit )

Mempamerkan hasil kerja murid.

1.Murid mempamerkan hasil kerja mereka.2. Guru merumuskan hasil pembelajaran pada hari ini.- Guru menerapkan nilai-nilai murni. ( hormat menghormati, belas kasihan ) 3. Murid menyanyikan semula lagu bunyi binatang.

Penutup( 5 minit )

Page 26: Pemb. Menyeronokkan.pptx

Pergerakan

• Kemahiran yang berasaskan seni pergerakan terdiri daripada bidang pergerakan kreatif, tarian, drama, main peranan, lakonan, teater, pentomin, simulasi, gimrama dan puisi.

• Dalam seni pergerakan individu melahirkan perasaan melalui pergerakan.

• Seseorang yang mengambil bahagian dalam main peranan mengikut imaginasi mereka.

• Mereka melahirkan perasaan melalui lakonan drama dan bacaan puisi.

Page 27: Pemb. Menyeronokkan.pptx

Sambungan

• Menunjukkan semangat kerjasama dalam persediaan dan persembahan.

• Membuat gerak badan berdasarkan muzik yang ada kaitan dengan cerita yang didengar.

• Dalam seni pergerakan juga seseorang melibatkan diri dalam pergerakan kreatif berunsur budaya masyarakat Malaysia.

• Mereka mengenali dan bermain permainan tradisional masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik.

Page 28: Pemb. Menyeronokkan.pptx

• Contoh aktiviti1. Panaskan badan, berlari, melakukan

regangan2. Melakukan gerakan lakonan haiwan3. Bergerak mengikut pelbagai arah4. Beri kad abjad yang sama setiap kumpulan

dan buat bergerakan haiwan ikut bunyi abjad5. Membaling sesuatu

Page 29: Pemb. Menyeronokkan.pptx

• Pergerakan statik-pokok padi ditiup angin- Kawad kaki setempat- Menepuk pipi dengan jari- Menggosok siku- Mengenyit mata- Menghentak kaki

Page 30: Pemb. Menyeronokkan.pptx

Contoh

• Permainan mengeja1. Aktiviti memanaskan badan2. Setiap murid diberi satu huruf3. Murid akan berlari mencari rakan-rakannya

untuk membentuk perkataan4. Setiap kumpulan yang berjaya membentuk

perkataan dikehendaki mengeja perkataan tersebut

Page 31: Pemb. Menyeronokkan.pptx

• Aktiviti permainan membentuk ayat1. Aktiviti memanaskan badan2. Murid dikehendaki memakai kad masing-masing3. Murid akan bergerak secara rawak dengan rakan

iringan muzik4. Murid akan mencari pasangan atau rakan untuk

membentuk ayat apabila muzik dihentikan.5. Kumpulan yang paling cepat membentuk ayat

akan dikira sebagai pemenang

Page 32: Pemb. Menyeronokkan.pptx

Unsur Didik Hibur

• Didik hibur merupakan satu pembaharuan yang cuba diperkenalkan kepada murid-murid sebagai kaedah alternatif semasa proses pengajaran Bahasa Malaysia.

• Tujuannya supaya sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia menjadi seronok untuk diikuti murid-murid.

• Fokus pelaksanaan adalah kepada penguasaan kemahiran asas Bahasa Malaysia dalam kalangan murid melalui pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa.

Page 33: Pemb. Menyeronokkan.pptx

Latar belakang didik hibur

• Cadangan pelaksanaan penyerapan pendekatan didik hibur dalam pengajaran Bahasa Malaysia bermula apabila keputusan kabinet pada 8 Julai 2009 yang memutuskan bahawa PPSMI dimansuhkan dengan mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil menjelang tahun 2012.

Page 34: Pemb. Menyeronokkan.pptx

Apa itu didik hibur?

• Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati.

Page 35: Pemb. Menyeronokkan.pptx

Bagaimana melaksanakan?

• Didik hibur dilaksanakan secara penyerapan dalam pengajaran Bahasa Malaysia dengan berfokuskan kepada aktiviti mengguna dan memahami lirik lagu, bahasa indah, bahasa badan dan berpantun .

• Penyerapan bermaksud proses menyerapkan pelbagai aktiviti nyanyian, bercerita, lakonan dan berpantun dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia sekolah rendah dan menengah.

Page 36: Pemb. Menyeronokkan.pptx

Contoh-contoh aktiviti didik hibur

1) Nyanyian dalam Didik Hibur• Nyanyian merupakan salah satu aktiviti yang

disarankan dalam didik hibur yang melibatkan perkembangan kreatif dan daya estetika.

• Dua kemahiran yang ditekankan adalah aktiviti menyebut seni kata lagu dengan jelas, manakala kedua murid dapat memahami seni kata lagu melalui persembahan nyanyian.

Page 37: Pemb. Menyeronokkan.pptx

2) Bercerita dalam Didik Hibur• Bercerita adalah aktiviti yang menarik dan sesuai

untuk sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia kerana sifat kanak-kanak yang suka mendengar cerita.

• Cara ini bukanlah sesuatu yang baru, malah ia kerap digunakan oleh ibu bapa sewaktu menyampaikan sesuatu pengajaran kepada anak-anak mereka.

• Bercerita amat memikat dan bersifat menghiburkan menyebabkan murid-murid cepat menumpukan perhatian jika sesuatu pengajaran itu dapat disampaikan dalam keadaan yang menyeronokkan.

Page 38: Pemb. Menyeronokkan.pptx

3) Lakonan dalam Didik Hibur• Di sekolah, berlakon merupakan salah satu aktiviti yang sangat

digemari oleh murid-murid kerana dijalankan dalam situasi bermain dan santai.

• Mereka akan tertarik dan teruja untuk berlakon jika guru merakam lakonan tersebut dalam bentuk CD atau VCD dan kemudian dipersembahkan semula di hadapan rakan-rakan mereka.

• Untuk aktiviti lakonan, murid-murid biasanya diberi peranan untuk berdialog secara bebas, melahirkan pandangan, beraksi sesama sendiri, berhibur dengan gelagat rakan sebaya, melaksanakan aktiviti bersama dan sebagainya.