Pemb. bahasa melayu

21
Disediakan oleh : Hisham bin Salleh 820407-07-5025 KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

description

pembentangan bm

Transcript of Pemb. bahasa melayu

Page 1: Pemb. bahasa melayu

Disediakan oleh :Hisham bin Salleh820407-07-5025

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

Page 2: Pemb. bahasa melayu

Mengikut Huraian Sukatan Pelajaran KBSM

Bahasa Melayu, Kemahiran Bernilai Tambah mengutamakan pengalaman bilik darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang global. Sebenarnya, kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan pelbagai kemahiran agar memenuhi keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran.

PENGENALANPENGENALAN

Page 3: Pemb. bahasa melayu

Kemahiran Bernilai Tambah merupakan aspek yang sangat utama dalam menjadikan pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Kemahiran bernilai tambah merujuk ‘dunia sebenar’ seseorang pelajar. Kemahiran ini yang merangkumi kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran kontekstual

Page 4: Pemb. bahasa melayu

Merupakan proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan, dan membuat pertimbangan yang wajar bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah, dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami.

Kemahiran Berfikir (KB)

Page 5: Pemb. bahasa melayu

·Diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.

·Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah, atau membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan.

·Kemahiran berfikir merupakan operasi yang diskrit dan ringkas, manakala operasi yang kompleks dan rumit dipanggil proses berfikir

Page 6: Pemb. bahasa melayu

MODEL KEMAHIRAN BERFIKIR

KEMAHIRANBERFIKIR

KEMAHIRANBERFIKIR

- menjana idea- menghubung kait- membuat inferens- meramal- membuat hipotesis- mensintesis- mengitlak- membuat gambaran

mental- menganalogi- mereka cipta

STRATEGIBERFIKIR

STRATEGIBERFIKIR

MENAAKULMENAAKUL

- mencirikan- membanding dan

membezakan- mengumpul dan mengelas- membuat urutan- menyusun mengikut keutamaan- menganalisis- mengesan kecondongan- menilai- membuat kesimpulan

KEMAHIRANKRITIS

KEMAHIRANKRITIS

KEMAHIRANKREATIF

KEMAHIRANKREATIF

- mengkonsepsi- menyelesaikan masalah- membuat keputusan

Page 7: Pemb. bahasa melayu

KEMAHIRAN BERFIKIRKRITIS, KREATIF, DAN STRATEGI BERFIKIR

Page 8: Pemb. bahasa melayu

Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid

melalui soalan dan aktiviti yangmemerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur,membaca dan menulis.Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikanidea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan adalah penting dalamkehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan. Antara kemahiran berfikiryang perlu diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa ialah:

Kemahiran berfikir

Page 9: Pemb. bahasa melayu

1. Mencirikan2. mengelaskan, mengumpulkan mengkategorikan3. menghubungkaitkan4. membandingkan dan membezakan5. menyusun mengikut keutamaan6. menentukan urutan7. mengenalpasti kenyataan benar dan palsu8. membezakan fakta (Menurut « dalam bukunya, ) dan pendapat

(I think, Ibelieve, I feel, In my opinion)9. menganalisis10.mengesan kecondongan pendapat11.mengenalpasti sebab dan akibat12.meramalkan

Page 10: Pemb. bahasa melayu

13. Mensintesiskan 14. Mengitlak 15. Menganalogikan 16. membuat inferens 17. membuat kesimpulan 18. menginterpretasikan, mentafsirkan 19. Menilai 20. menjana idea 21. mereka cipta 22. merumuskan, meringkaskan 23. menyelesaikan masalah 24. membuat keputusan

Page 11: Pemb. bahasa melayu

Untuk membolehkan murid

menguasai kemahiran tersebut, alat berfikir seperti penyusunan grafik, soalan (bertumpu, bercapah dan lingkaran soalan) serta petaminda perlu digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran .

Kemahiran berfikir

Page 12: Pemb. bahasa melayu

KEMAHIRAN BELAJAR

CARA BELAJAR

Page 13: Pemb. bahasa melayu

Kemahiran belajar cara belajar diajarkan supaya

murid peka terhadap teknikpembelajaran yang berkesan.

Kemahiran belajar yang perlu dikuasai ialahmenentukan bahan yang optimum, pemerolehan maklumat dan memprosesmaklumat.

Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkanpengetahuan, cekap bertindak dan mengamalkan pembelajaran seumur hidup.Antara aspek kemahiran belajar cara belajar ialah:

Kemahiran Belajar Cara Belajar

Page 14: Pemb. bahasa melayu

1. Kemahiran mendengar iaitu mendengar secara aktif dan intensif  2. Kemahiran merujuk termasuk kemahiran perpustakaan 3. Kemahiran membaca ( untuk pemahaman, membaca pantas) 4. Kemahiran mencatat dan menulis pantas 5. Kemahiran menghasilkan laporan 6. Kemahiran mengorganisasian termasuk membina peta konsep, struktur senarai, jadual, carta alir dan hierarki

Page 15: Pemb. bahasa melayu

7. Pengurusan masa dan gaya pembelajaran termasuk penetapan matlamat diri,

rancangan pembelajaran , pengawalan tingkah laku belajar dan senarai semak. 8. Persediaan menghadapi peperiksaan 9. Peperiksaan, teknik menjawab soalan pelbagai pilihan dan soalan esei 10.Strategi belajar termasuk kaedah mengingat

jangka panjang 11.Strategi belajar dalam kumpulan

Page 16: Pemb. bahasa melayu

Contoh aktiviti P&PBahasa Melayu

Page 17: Pemb. bahasa melayu

Guru menetapkan objektif pelajaran

berdasarkan hasil pembelajaran di Tahun 3. Dalam hasil pembelajaran ini fokus bahasa yang dipilihialah kemahiran mendengar dan bertutur . Manakala objektif yang ingin dicapai ialah murid boleh berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yangsesuai serta murid boleh menggunakan kata panggilan yang sesuai mengikutsituasi dalam perbualan.

Contoh aktiviti P&P

Page 18: Pemb. bahasa melayu

Dalam objektif di atas beberapa aktiviti jenis

kemahiran bernilai tambah boleh dihubungkaitkan dengan hasil pembelajaran .

Di antaranya aktiviti mendengar rakaman dialog yang mengandungi kata panggilan formal, diikuti  dengan latihan secara berpasangan, seterusnya murid boleh melakonkan semula kata bual yang didengar menggunakan kata panggilan yang betul dan secara tidak langsung dapat melatih kemahiran mendengar dan bertutur kepada murid.

Contoh aktiviti P&P

Page 19: Pemb. bahasa melayu

Selain daripada itu, aktiviti mendengar secara

intensif dan latih tubi dalam bentuk soal jawab tentang bahan yang didengar dapat  menyerapkan kemahiran mendengar sebagai suatu aspek kemahiran belajar.

Melalui teknik lakonan seperti berjumpa kawan lama dan keluarganya, murid boleh berlatih bertutur dan mendengar dengan menggunakan kata panggilan yang sesuai dalam situasi tertentu . Oleh itu, murid dapat mengasah kecerdasan interpersonal yang merupakan  suatu kemahiran  yang penting untuk perkembangan diri individu.

Contoh aktiviti P&P

Page 20: Pemb. bahasa melayu

Oleh itu, kemahiran bernilai tambah yang

diintegrasikan secara penyerapan dalam Kurikulum Bahasa Melayu yang mengabungjalinkan hasil pembelajaran dengan kemahiran bahasa, tatabahasa dan kosa kata menjadi prinsip asas dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. 

Kemahiran bernilai tambah merupakan asas yang penting untuk melahirkan murid yang bersedia untuk menghadapi kehidupan di dunia yang sebenar. Wajarlah, kemahiran ini  diserapkan dalam pengajaran khasnya mata pelajaran Bahasa Melayu supayamurid dapat memahami dan menggunakannya di masa depan.

Kesimpulan

Page 21: Pemb. bahasa melayu