Pemasangan Komponen Set Binaan
Transcript of Pemasangan Komponen Set Binaan
Mata Pelajaran : Dunia Sains Dan Teknologi
Kelas: 2 C
Bilangan murid: 30
Tema /Topik: Teknologi dan Kehidupan Lestari
Masa: 60 minit (2 waktu)
Standard Pembelajaran: 5.1.1 – membaca dan menerangkan manual
5.1.2 – mengenal pasti komponen set binaan berpandukan
manual bergambar.
5.1.3 – memilih komponen set binaan berpandukan manual
bergambar
5.1.4 – memasang komponen set binaan berpandukan manual
bergambar
Objektif Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
i) Membaca dan menerangkan manual bergambar dengan betul.
ii) Menyatakan secara lisan komponen set binaan berpandukan
manual gambar.
iii) Memilih komponen set binaan berpandukan manual bergambar.
iv) Memasang komponen set binaan berpandukan manual
bergambar.
EMK:
Kreativiti – kreatif berfikir dalam membina model binaan
Nilai Murni : Bekerjasama, Tekun dan Sabar
Bahan Bantu Belajar: 1. Contoh model binaan
2. Set binaan beserta manual bergambar
3. Buku teks KSSR Tahun 2
Aktiviti P&P: Aktiviti 1
1. Murid dipamerkan beberapa model binaan LEGO (contoh
binaan bangunan dan lori)
2. Guru bersoaljawab dengan murid tentang model binaan
tersebut.
Soalan yang dikemukakan ialah
A. Bagaimanakah binaan ini dihasilkan?
B. Bolehkah kamu membina model ini tanpa melihat
manual?
3. Murid mendengar penerangan tentang manual yang
dibekalkan untuk peralatan yang memerlukan pemasangan
sendiri.
4. Murid diminta membaca manual pemasangan binaan.
Aktiviti 2
1. Murid dibahagikan kepada 7 kumpulan.
2. Setiap kumpulan dibekalkan 1 set komponen binaan. Murid
mengenalpasti komponen set binaan dari segi bentuk, warna,
saiz dan bilangan yang diperlukan untuk membina model.
3. Setiap kumpulan memilih model binaan yang hendak dibina.
4. Murid memasang set binaan berpandukan manual
bergambar.
5. Hasil binaan dipamerkan di dalam kelas.
Penutup
Guru membuat rumusan isi pelajaran hari ini dalam kehidupan
seharian mereka.
Penilaian P&P: 1. Guru menilai aktiviti berkumpulan murid.
(pemerhatian/lisan)
Refleksi: 27/30 murid dapat mencapai objektif pembelajaran dengan berjaya
menghasilkan set binaan model berdasarkan manual bergambar.