Pelukan Cinta PDF
Transcript of Pelukan Cinta PDF
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
1/56
Amisha Dania
1
A
RMAND Danial memandang
Zulaika Husna dengan rasa
yang pelbagai. Bagaimana mahu
menyatakan keinginan dan impiannya pada Zulaika Husna
tanpa menjejaskan perancangan yang telah diatur oleh
Zulaika Husna?
Berapa lama? tanya Armand Danial dengan sabar,
lembut dan tenang.
Dua tahun? Teragak-agak Zulaika Husna
mengangkat dua jarinya. Takut juga hendak menjawab soalan Armand Danial ni. Matanya, walaupun merenung lembut,
tetap kelihatan tajam.
No... no way baby. Please sayang, try to
understand my situation! Armand membantah. Jari-jarinya
melurut rambutnya yang agak panjang. Dia merenung tajam
Zulaika Husna.
Aduh, takkan nak tunggu dua tahun lagi. Lama tu.
Dah naik kering aku tunggu ni, bisik Armand Danial
perlahan. Dia ni sayang aku ke tidak ni?
Bab1
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
2/56
Pelukan Cinta
2
Zulaika Husna senyum dalam gelisah. Serba salah
sebenarnya. Dia faham perasaan Armand, tetapi rasanya
masih terlalu awal untuk memikirkan soal rumah tangga
sekarang ini. Muda lagi ni beb!
Suasana damai di rumah nenek Zulaika terasa
begitu hening sekali.
Mana nenek ni... takkan jadi tinggalkan aku
denganmamat ni berdua aje. Aduh nenek, terlebih sporting
lapulak, ngomel Zulaika Husna perlahan.
Kenapa gelisah? Tiba-tiba Armand Danial sudah
berada rapat dengan Zulaika Husna. Terperanjat bukan
kepalang Zulaika Husna.
Hesy... abang ni. Mujur Ika tak ada sakit jantung.
Jauhlah sikit... tak baik tau dekat-dekat macam ni. Zulaika
Husna sudah mula gabra. Tangannya pantas menarik langsirtingkap dan mengemas-ngemas langsir yang memang sudah
sedia kemas. Kemudian dia mula menyusun-nyusun buku-
buku agama neneknya yang memang sudah tersusun rapi di
atas kabinet.
Armand Danial ketawa kecil. Dia memang cukup
arif dengan perangai Zulaika Husna. Bila Zulaika Husna
berada dalam keadaan tidak selesa, tangannya akan mula
menyusun apa sahaja yang ada di depan matanya.
Buku nenek tu dah kemas sayang, tegur Armand
Danial lembut.
Aaa? Oh... hmmm.... Tergagap-gagap Zulaika
Husna. Perlahan-lahan dia duduk di sofa semula.
Dia menundukkan wajahnya. Walau sudah empat
tahun mengenali Armand Danial, dia sebenarnya masih malu
dengan lelaki itu. Pandangan mata lelaki itu dirasakan begitu
tajam yang bermakna. Sangat halus.
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
3/56
Amisha Dania
3
Dua bulan ek sayang? Armand Danial meminta
persetujuan Zulaika Husna.
Dua bulan??? Zulaika Husna menelan liurnya.Hu
hu hu... dah dekat dah tu. Ah, tidak berani nak beri jaminan
ni. Takut! Cepat sangat tu beb! Mati la wa kalau macam ni.
He he he... tolong!Mamat ni dulu cakap lain, sekarang lain la
pulak... aduh!
Yup. Two months is long enough baby. Ika ni
sayang abang ke tidak? Armand Danial menduga lagi.
Zulaika Husna menggaru kepalanya yang tidak
gatal. Serba salah betul rasanya.
Mana la nenek ni. Aku tengah pening, dia hilang
pulak. Nenek... tolonglah adik, nek! ngomel Zulaika Husna
perlahan.
Armand Danial merenung Zulaika Husna yangtelah jauh dalam angannya. Wajah lembut Zulaika Husna
sering membuat tidurnya tidak lena. Zulaika Husna yang
sangat manja dan merendah diri. Berpelajaran tinggi tetapi
pergaulannya sangat terbatas. Anak manja dalam keluarga,
tetapi pandai membawa diri. Tidak mengada-ada. Cukup
cekap memasak. Satu sifat Zulaika Husna yang sangat unik,
mudah gabra dan melatah. Dia suka mengusiknya.
Sayang.... Armand Danial memanggil lembut.
Oi, mak sayang! Tiba-tiba Zulaika Husna melatah.
Armand Danial ketawa besar. Muka Zulaika Husna
merah padam. Dia membulatkan matanya memandang
Armand. Sakit hatinya dipermainkan oleh Armand Danial.
Apalah abang ni. Jahat.
Berangan tak habis-habis. Cium kang baru tahu,
usik Armand Danial.
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
4/56
Pelukan Cinta
4
Abang tu, gatal tak habis-habis. Tak ada kerja lain.
Ni kerjalah ni. Dua bulan ya? pujuk ArmandDanial tidak putus asa.
Takutlah....
Nak takut apa? tanya Armand Danial tidak faham.
Ala... takkan tak tahu pulak? Takkan nak cakap
kut? Adoi! Zulaika Husna bercakap sendirian.
Tak sayang abang?Sayang sangat!
Dah tu?
Tunggu habis belajarlah abang. Zulaika Husna
memujuk manja. Sengaja membuat alasan sebenarnya.
Armand Danial merenung Zulaika Husna. Dia mati
kutu.
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
5/56
Amisha Dania
5
A
da mesra siswa petang ni,
kan? tanya Nazwan kepada
Armand Danial yang
termenung panjang di balkoni pangsapuri mereka.
Hmmm.... Armand Danial menjawab malas.
Kau terlibat tak? Nazwan menutup buku Harry
Porter yang baru habis dibacanya. Dia memang gemar
membaca buku sains ksyen begitu. Ada hajat hendak
menulis buku-buku sebegitu, tetapi baru beberapa baris
menulis, mata mula berpinar, sudahnya baca sahajalah bukudari karya orang lain.
Kalau diikutkan, aku tak terlibat tapi Profesor
Marzuki mintak aku tengok-tengokkan budak-budak yang
buat program tu. Dengar-dengar ada yang kompelin, ujar
Armand Danial panjang lebar. Dia melangkah masuk ke
ruang tamu.
Kau tak terlibat? sambung Armand Danial
bertanya pula kepada Nazwan. Pelajar aktif seperti Nazwan
tentu tidak ketinggalan, kata hati Armand Danial.
Bab2
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
6/56
Pelukan Cinta
6
Aku bertugas untuk program malam ni. Petang ni
aku tak join, tak laratlah nak ikut semua. Banyak sangat
program yang mereka rancang, tak terkejar aku. Kau tak apa
la, otak geliga... aku ni? Adoi... berbuih baca pun tak masuk
jugak. Bengap! Nazwan luku kepalanya sendiri. Armand
Danial tergelak kecil melihat perilaku Nazwan. Timbul
niatnya hendak mengusik Nazwan. Sahaja suka-suka.
Kau nak petua? Armand Danial bertanya. Macam
bersungguh sahaja bunyinya. Hendak mengusik la katakan.Eh... ada petua ke? Tentulah aku nak! Beria-ia
Nazwan memandang Armand Danial.
Rendam buku tu dalam air, lepas tu minum.
Armand Danial ketawa besar.
Ceh... ingat betul-betul nak bagi petua tadi,
ngomel Nazwan dengan muncung dah panjang sedepa.Armand Danial tergelak lagi.
Style aku mudah aje... baca, kemudian catat apa
yang aku faham melalui pembacaan itu. Aku tak pandai
menghafal. Bila aku boleh tulis semula apa yang aku baca,
maknanya aku dah fahamlah. Tu la petua aku belajar.
Mudahkan? Akhirnya Armand mendedahkan juga cara
belajarnya kepada Nazwan. Berkongsi, apalah salahnya.
Bukan rugi pun. Lagi berkat adalah!
Oh... gitu ek? Aku nak cuba cara kau, mana tahu,
sesuai pula dengan otak aku yang bengap ni, ya tak?
Armand Danial dan Nazwan sama-sama ketawa.
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
7/56
Amisha Dania
7
CUACA sangat panas. Armand Danial rimas dengan cuaca
yang begini. Matanya menjadi kecil menahan terik matahari.
Dia berdiri agak jauh dari kumpulan senior yang menjalankan
program minggu mesra siswa bagi universitinya. Sebagai
pelajar super-duper senior dia tidak terlibat mengendalikan
program begitu, sebaliknya dia diminta menjadi pemerhati
agar program berjalan mengikut perancangan. Tidak ada
perlakuan melampau yang boleh menyebabkan pelajar hilang
tumpuan dalam menentukan hala tuju perjalanan hidupmereka.
Armand Danial bergerak ke arah sekumpulan
senior perempuan yang sedang mengelilingi tiga orang
pelajar baru. Dia melihat ketiga-tiga pelajar perempuan itu
mencangkung. Seorang darinya sudah merah matanya.
Kenapa pulak ni? Hati Armand Danial tertanya-
tanya sendiri.
Hmmm..kenapa ni Liza? tanya Armand Danial
perlahan. Matanya tajam memandang senior yang sedang
mengarahkan sesuatu kepada tiga orang reshies di depan
mereka.
Eh... Abang Danial. Tak ada apa-apa. Kami saja
bergurau aje. Tergagap-gagap Liza menjawab. Dia sangatterkejut dengan kehadiran super-duper senior yang sangat
terkenal dengan ucapan bisanya itu.
Tidak ada seorang pun yang tidak mengenali
Armand Danial. Seorang pelajar yang sangat kacak, serius
dan cukup bijak. Ramai yang jatuh hati dengannya, tetapi
setakat itu sahajalah. Armand tidak pernah ambil pusing
dengan gadis-gadis yang meminatinya itu. Baginya kalau
setakat berkawan, tidak menjadi masalah, namun untuk
bercinta... biar la dulu. Belum melantun-lantun lagi hatinya.
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
8/56
Pelukan Cinta
8
Kata orang, kalau jodoh kita sudah datang, hati kita akan
faham dengan sendirinya. Rasa menggebu-gebu itu akan buat
kita sentiasa resah gelisah.
Bangun! Armand Danial mengarahkan ketiga-tiga
reshies itu bangun. Mereka bangun perlahan-lahan. Semuanya
berwajah pucat. Takut atau letih, tidak dapat Armand
pastikan.
Dik, senior suruh buat apa tadi? Armand Danial
bertanya lembut.
Ketiga-tiga reshies tersebut diam membukam.
Tidak berani bersuara. Senior-senior yang ada di situ juga
gelisah.
Jangan takut... cakaplah. Kalau kamu tak cakap,
macam mana saya nak tahu mereka ni buat tugas dengan
jujur atau mengikut perasaan mereka. Aaa... yang pakaicermin mata ni, kenapa nangis? Armand Danial bertanya
lagi.
Sampah masuk mata Encik Senior, jawab reshie
yang berkaca mata itu.
Encik Senior?? Mereka suruh panggil gitu ke? Tua
la saya. Panggil abang ek... sampah masuk mata alasan lama
la dik. Orang tak pakai dah alasan gitu. Cakap betul-betul,
please? ujar Armand Danial memujuk lembut.
Bulat mata senior-senior yang mendengar Armand
Danial memujuk reshies yang sedang mereka ragging itu.
Liza menjeling tajam kepada reshies seolah-olah memberi
amaran agar tidak bercakap sembarangan.
Abang Danial, kami tak buat apa-apa la. Jamilah
cuba menerangkan.
Armand Danial memekakkan telinganya. Dia tidak
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
9/56
Amisha Dania
9
mahu mendengar sebarang alasan daripada senior-senior
yang bertugas itu. Beberapa orang senior lain telah
menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap kumpulan
yang diketuai oleh Norhaliza itu. Mereka seolah-olah mahu
menunjuk lagak kepada pelajar-pelajar baru.
Whats your name girl? Armand Danial bertanya
pada salah seorang reshies yang agak tinggi. Hampir
menyamai ketinggiannya. Kulitnya putih bersih tanpa
sebarang noda. Tidak ada lipstick, what so ever. Very plainand yet very beautiul. Entah kenapa, hati Armand bergetar
tatkala gadis itu mengangkat wajahnya dan merenung tepat
ke matanya. Bulat, bersinar mata gadis itu. Bulu matanya
yang lebat, melentik menghasilkan pandangan yang lembut
dan redup.
Allah.... Sepatah ucapan kalimah itu terbit di hati
Armand Danial. Jantungnya berdegup kencang.
Zulaika Husna Binti Zainal Abidin nama saya.
Zulaika Husna menjawab dengan rasa gementar.
Relaks... relaks... jangan gabra. Armand Danial
memujuk hatinya.
Pertama kali dalam hidupnya, hatinya menjadi
tidak keruan. Maha Kaya ciptaan Allah untuk gadis ini.
Cukup segala sifat dan zatnya yang indah di mata Armand
Danial. Ah... lemahnya aku sebagai lelaki menghadap ciptaan
Ilahi ini.
Kakak senior suruh kami jalan itik tadi. Tiba-tiba
reshies yang ketiga menjawab dengan berani.
What??? Say it again. Armand Danial mengalihtumpuannya dari mata Zulaika Husna. Memberi tumpuan
kepadareshies yang ketiga.
Jalan itik... jawab freshie ketiga terketar-ketar.
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
10/56
Pelukan Cinta
10
Keberaniannya hilang tiba-tiba apabila matanya menangkap
renungan mata Armand Danial yang tajam. Suara lembut,
tetapi pandangan matanya cukup tajam. Kecut perut Zarina.
Armand Danial mengepal tangannya berulang kali.
Mengucap di dalam hati. Perlahan-lahan dia memusingkan
badannya, menghadap senior-senior yang sudah jelas tersasar
dari tugasan yang telah diarahkan kepada mereka.
Malu saya dengan perangai kamu ni. Waktu kamu
masuk ke sini dulu ada group saya buat begini pada kamu?Jagalah maruah kaum sejenis kamu. Dari jauh saya dah
nampak tadi, sebab itu saya datang. Di sekolah pun jalan itik
ni dah tak ada tahu? Awak ingat ni zaman apa? Mereka ni dah
besar panjang, awak tergamak suruh mereka mencangkung
begitu? Liza, arahan awak ke ni? Apa yang ada dalam kiran
awak semua??? Panjang leteran yang diberi oleh Armand
Danial.
Sebenarnya Armand Danial cuba menenangkan
hatinya. Entah kenapa, hatinya libang-libu. Jantungnya
masih lagi bergetar kencang. Tidak tahan hendak menatap
wajah Zulaika Husna. Gadis secantik itu tentulah sudah
berpunya, kan? Hatinya berkata-kata.
Abang Danial... kami mintak maaf. Lizamengucapkan kata-kata maaf dengan hati yang sebal. Geram
hatinya melihat reshies bertiga itu. Seorang seperti
supermodel, seorang seperti Sharifah Amani yang kecil tetapi
lincah dan seorang lagi seperti anak-anak lord yang manja
dan mengada-ada.
Awak tinggalkan mereka dengan saya. Jumpa saya
di pentas terbuka lepas Asar nanti. Armand Danial memberi
arahan tegas.
Armand Danial menarik nafas dalam-dalam. Dia
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
11/56
Amisha Dania
11
memandang ketiga-tigareshies yang telah bersila di tengah-
tengah padang itu. Semuanya tunduk memandang rumput.
Geli hati pun ada melihat tingkah mereka itu. Macam murid-
murid sekolah rendah. Comel-comel belaka.
Jom, duduk bawah pokok sana. Kita borak-borak
sekejap sementara tunggu waktu Asar masuk.
Armand Danial mulai rasa pening dengan cuaca
yang panas itu. Mukanya rasa berbahang. Bukan tidak biasa
dengan cuaca begini, cuma tidak selesa. Mereka bergerak danduduk di bawah sepohon pokok ketapang yang rendang.
Zulaika Husna mengambil sehelai daun ketapang yang lebar.
Dipusing-pusing daun ketapang itu. Tindakan spontannya
menarik perhatian Armand Danial. Zulaika Husna macam
gabra sahaja. Tangannya mencari-cari sesuatu untuk
dipegang. Armand tersenyum.
Okay... we get to know each other frst. Hmmm...
let me see, you abang dah tahu, Zulaika Husna, kan?
Armand Danial membuka bicara.
Zulaika Husna menggelabah. Dia kelihatan sedikit
gementar.
Course apa? tanya Armand Danial.
Perasaan berdebar yang menusuk ke jantung
datang kembali apabila Zulaika Husna merenung matanya.
Pendidikan, jawab Zulaika Husna lembut.
TESL? soal Armand Danial meminta kepastian.
Zulaika mengangguk.
Minor? Armand menyelidik lagi.Zulaika menguis-nguis daun ketapang. Banyak
tanya lapulak mamat ni, gumam Zulaika dalam hati. Panas-
panas ni malas betul melayan pertanyaan skema macam ni.
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
12/56
Pelukan Cinta
12
Helo?
Ooo.. mak kau helo! Tiba-tiba Zulaika Husnamelatah apabila Armand Danial menegurnya.
Armand Danial terpanar seketika. Kemudian
bahunya mula terhinggut-hinggut menahan tawa. Si kecil
Sharifah Amani sudah tergolek di bawah pokok ketapang
itu. Ketawanya besar tidak sepadan dengan tubuhnya yang
kecil. Gadis berkaca mata pulak sudah terkekeh-kekeh
gelaknya.
Tak baik abang buat macam tu tau... terkejut
saya, kata Zulaika Husna malu. Rasa macam hendak
menangis pun ada. Dia menundukkan wajahnya.
Sorry... sorry. Armand Danial mengesat matanya
yang berair. Muda-muda pun melatah. Aduh. Fenomena yang
jarang ditemui oleh Armand Danial sendiri. Pernah dengarorang bercerita, tetapi tidak pernah berdepan dengan situasi
begini. Lucu betul. Hai la....
Minor apa abang tanya tadi? Armand Danial
mengulang semula pertanyaannya dengan senyum yang
meleret. Hatinya masih tercuit. Jarang dia ketawa begini.
PJ. Zulaika menjawab malas. Malu sungguh dia.
Ek? Kontranya. Dulu waktu sekolah, runner ke?
Sahaja Armand berbasi-basa untuk memanjangkan
perbualan. Tidak jemu mendengar suara lembut Zulaika.
Yup. Sepatah sahaja Zulaika menjawab. Letih
melayan abang senior yang satu ni.
Macam meroyan pulak, semua nak tahu. Tak ada
masa lain nak tanya ke? Zulaika mengomel di dalam hatinya.
Adik ni? Tell me about yoursel. Armand Danial
mengaju soalan pada gadis berkaca mata pula.
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
13/56
Amisha Dania
13
I am Zarina, rom JB. Buat land survey. Zarina
bercerita ringkas.
Saya Salmiah dari Kelantan. Kawe-kawe panggil
Mia jah. Bidang hartanah. Si kecil molek Sharifah Amani
memperkenalkan diri apabila Armand Danial menunjuk ke
arah dirinya, siap menggunakan dialek negerinya lagi.
Semua lain-lain bidang, macam mana boleh
masuk satu group pulak tadi? Armand Danial bertanya
hairan. Setahunya mesra siswa berjalan mengikut fakultimasing-masing. Musykil juga dia.
Entahlah... kami pun tak pasti abang senior.
Jumpa kat tengah padang tadi. Jawab Salmiah.
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
14/56
Pelukan Cinta
14
H
ello, can you get me Encik
Armand Danial, please?
Satu suara garau terdengar
di hujung talian. Shani, setiausaha Armand Danial sudah
terlalu biasa dengan pelbagai kerenah pelanggan syarikat
tempat dia bekerja itu.
Encik ada temu janji ke? Boleh saya tahu
panggilan dari mana ni? Shani bertanya lembut.
Ermmm... saya tidak ada temu janji. Encik
Armand busy ke? Suara garau itu cukup lembut.Sebentar ya encik.
Shani menyambung talian. Armand Danial baru
sahaja balik dari Indonesia, mewakili daddynya Dato Azam
Danial mengadakan perbincangan dengan syarikat kerjasama
mereka di sana.
Mungkin panggilan ini ada kaitan dengan urusanbisnes Encik Armand tempoh hari, bisik hati Shani. Lagipun
hari ini kerja Encik Armand tidaklah menimbun macam
hari-hari biasa, jadi rasanya tidak salah kalau talian itu
Bab3
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
15/56
Amisha Dania
15
disambung terus. Pandai-pandai sahaja Shani membuat
keputusan bagi pihak Armand Danial.
Helo... Armand bercakap. Armand Danial
menyambut panggilan yang disambung terus kepadanya.
Assalammualaikum... Armand. Suara garau itu
memberi salam.
Armand menggaru kepalanya yang tidak gatal,
kantoi. Kenapalah tidak bagi salam dulu tadi. Dia termalu
sendiri.
Waalaikumsalam... siapa ni? tanya Armand
lembut. Tidak pernah dia dengar suara orang ini. Siapa
agaknya?
Armand tak kenal papa?
Papa? Armand memotong percakapan itu.
Papa mana pula ni. Mana saya ada papa lain. Saya
ni anak angkat ke? Tiba-tiba Armand berasa cuak sendiri.
Dia mendengar suara di hujung talian sudah ketawa lembut.
Armand, janganlah panik. Kenal Zulaika Husna
tak? Suara garau itu kedengaran lagi.
Berderau darah Armand naik ke muka. Papa
Zulaika ke ni? Hatinya kecut. Hesy... dia tidak pernah
berjumpa dengan papa Zulaika. Walaupun sudah dua tahun
dia membina hubungan dengan Zulaika Husna, dia belum
berkesempatan berjumpa dengan kedua ibu bapa Zulaika.
Mereka tidak menetap di Malaysia.
Errr... maaf pa, Armand tak pernah jumpa papa.
Tak cam suara papa, tak pernah dengar pun. Ika kata papa takada di sini, ujar Armand Danial cuba menutup rasa
gugupnya. Aduh... nak pitam pun ada ni! Cuak betul.
Papa tahu tu. Papa baru balik ni. Dua hari ni tak
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
16/56
Pelukan Cinta
16
call Ika ke? Tan Sri Zainal Abidin bertanya lagi. Ketegasan
suara Armand Danial menarik hati tuanya.
Dia merasakan anak kesayangannya jatuh hati pada
seorang lelaki yang berwibawa. Zulaika banyak bercerita
tentang Armand Danial, tetapi dia yang tidak punya waktu
untuk berjumpa dengan lelaki. Kali ini dia ingin mengenali
Armand Danial dengan lebih dekat lagi.
Ermmm... sebenarnya abang... eh saya...ermmm...
saya baru balik dari Indonesia, papa. Ika tahu saya ke sanapapa. Semalam saya cuba contact Ika, tapi tak berjawab. Maaf
pa, terang Armand Danial gugup. Sungguh Armand Danial
berasa kelam-kabut. Aduh... kenapa ni... orang tua ni tak
suka kat aku ke? Armand Danial berkata-kata di dalam hati.
Oh... jadi Armand belum tahu lagi la ya? Tan Sri
Zainal Abidin bertanya lembut.Tahu? Tahu apa pa? soal Armand Danial cemas.
Zulaika kemalangan.
What??? Tinggi suara Armand Danial.
Sungguh dia terperanjat. Terbangun dia dari kerusi
yang didudukinya. Ya Allah. Dia terbayang wajah Zulaika
yang nampak muram semasa menghantarnya ke lapanganterbang dua hari lepas. Zulaika memeluknya apabila
mendengar panggilan untuk penumpang-penumpang ke
Jakarta memasuki balai berlepas. Selalu Zulaika tidak pernah
begitu. Dia pun jadi tergamam waktu itu. Suka pun ada juga.
Girlriendpeluk, siapa tak suka beb!Ha ha ha.
Sabar Armand. Bertenang. Ika dah sedar. Datang
ke Sri Denai, papa tunggu. Tan Seri Zainal mengejutkan
Armand dari lamunannya.
Okey papa, sekejap lagi Man sampai, insya-Allah.
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
17/56
Amisha Dania
17
Armand terus mematikan talian. Hilang sekejap
semangatnya. Jantungnya berdegup kencang. Ya Allah...
selamatkanlah buah hati aku. Dia juga berdebar-debar
hendak bersemuka buat pertama kalinya dengan papa
Zulaika. Dengar pada suara, mesra orangnya. Harap-harap
papa Zulaika tidaklah seperti daddynya yang terlalu tunduk
pada isteri. Amin.
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
18/56
Pelukan Cinta
18
ARMAND DANIAL memandu
dengan tenang. Tidak putus-
putus dia mendoakan agar
kekasih hatinya tidak mengalami kecederaan yang teruk.
Dalam keadaan terperanjat tadi, dia lupa bertanya tentang
Zulaika. Apa punya kekasihlah aku ni, bisik hati Armand
Danial. Janganlah papa Zulaika berfikir yang bukan-bukan
pula. Bukannya tidak ambil berat, tapi gabra. Aduh, masak
betul. Berjangkit penyakit mamun Zulaika pula dah. He he
he....
Honda CRVnya sudah memasuki perkarangan
Hospital Seri Denai, hospital swasta berstatus elit. Dia
mencari parkir. Ramai juga orang hari ini. Matanya liar
mencari kalau-kalau ada orang yang menunggunya. Dia ke
kaunter pertanyaan. Bertanya bilik yang dihuni oleh Zulaika
Husna Binti Zainal Abidin. Setelah maklum tentang bilik
yang dicari, dia berjalan pantas menuju ke bilik ZulaikaHusna. Pintu diketuk perlahan.
Masuk! Terdengar suara memberi kebenaran dari
dalam.
Bab4
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
19/56
Amisha Dania
19
Armand Danial masuk. Dia melemparkan
senyuman kepada seorang lelaki yang berusia lewat lima
puluhan. Memang papa Zulaika seorang yang amat mudah
mesra. Armand Danial juga melihat ada seorang perempuan
yang hampir sebaya dengan usianya sendiri.
Armand ya? Handsome rupanya. Patutlah anak
papa mudah jatuh hati, ujar Tan Sri Zainal Abidin mengusik
Armand Danial. Merah padam muka Armand Danial. Dia
tidak biasa dengan pujian terbuka begitu. Daddy danmummynya tidak mudah memberi pujian kepada orang yang
baru dikenali. Sungguhlah keluarga Zulaika sangat berbeza.
Kenalkan Armand, ini kakak ipar Zulaika. Isteri
angahnya, panggil kak ngah aje la. Tan Sri Zainal Abidin
memperkenalkan kakak ipar Zulaika kepada Armand Danial.
Armand Danial menundukkan sedikit badannyatanda hormat kepada kakak ipar Ika. Sebenarnya dia malu
menerima layanan begini. Kekok sungguh. Argh... kenapa
mereka mesra sangat? Memang mereka begini ke? Kaku
Armand seketika.
Armand bersalam dengan Tan Sri Zainal Abidin.
Dicium tangan Tan Sri Zainal Abidin sebagai tanda hormat.
Dia sangat kagum dengan sikap mesra yang ditunjukkan olehpapa Zulaika ini. Tan Sri Zainal Abidin memeluk dan
mencium dahi Armand. Dia terpanar. Hatinya hiba tiba-tiba.
Sudah lebih suku abad dia hidup, daddy amat jarang
mencium dahinya.
Abang.... Tiba-tiba dia mendengar suara manja
Zulaika Husna memanggilnya. Dia serba salah. Matanya
mencari mata papa Zulaika meminta keizinan. Tan Sri Zainal
Abidin mengangguk sambil tersenyum. Armand segera
mendapatkan buah hatinya.
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
20/56
Pelukan Cinta
20
Sayang... macam mana boleh jadi begini? Armand
Danial bertanya. Dia sudah lupa keadaan sekeliling. Hatinya
cukup gundah melihat balutan di kepala Zulaika Husna, rasa
nak gugur jantungnya. Dia mengusap-usap lembut dahi dan
pipi Zulaika Husna. Perbuatannya itu tidak lepas dari
pandangan mata Tan Sri Zainal Abidin.
Sikit aje ni abang. Janganlah risau, ujar Zulaika
Husna lemah.
Sikit apa macam ni sayang, sampai tak sedar. Ya Allah sayang, abang rasa nak pitam tadi bila papa cakap
sayang baru sedar. Papa dari jauh datang, sayang cakap sikit?
Macam mana sayang boleh kemalangan ni? Sayang pergi
mana? soal Armand Danial tidak sabar ingin tahu.
Tan Sri Zainal Abidin memerhati dari jauh
perlakuan sepasang kekasih di hadapan matanya itu. Alhamdulillah, jika inilah pasangan yang telah Allah
tentukan untuk puterinya, dia reda. Dia tidak memilih
pangkat atau kedudukan, cukuplah jika Armand Danial jujur
dan ikhlas menyayangi satu-satunya anak perempuan yang
dimilikinya.
Armand, papa balik berehat sekejap ya. Boleh papa
tinggalkan anak papa ini dalam jagaan Armand? Tan SriZainal Abidin sekadar ingin menguji Armand Danial.
Its alright pa. Jangan risau, Armand akan jaga
Ika. Kalau papa izinkan, Armand tidur di sini malam ni.
Armand bersuara ikhlas. Sesungguhnya selepas mendapat
perkhabaran tadi, dia tidak tegar membiarkan Ika sendirian.
Susah senang, dia akan bersama Ika.
Tak kerja ke? Kata baru balik dari Indonesia, tentu
banyak kerja yang tertangguh. Tan Sri Zainal Abidin
mengusik Armand. Sempat lagi mengusik....
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
21/56
Amisha Dania
21
Tak apa pa. Armand dah ambil EL untuk hari ni.
The restArmand ambil cuti. Bukan selalu. Nak kerja pun tak
senang kalau Ika macam ni. Kuliah Ika dah ada yang
uruskan ke?
Angah dah pergi uruskan dengan mama dia. Okey
ya... jaga anak papa tu. Nanti kita jumpa lagi.
Tan Sri Zainal Abidin dan menantunya berlalu
meninggalkan Armand Danial berdua dengan Zulaika Husna.
Dia tahu, Armand tidak selesa dengan kehadirannya bersamamenantunya. Biarlah mereka berdua. Isterinya tentu
gembira. Sudah lama dia ingin melihat Armand Danial.
Sejak mengetahui anak gadisnya yang sangat susah untuk
menjalin hubungan dengan lelaki telah berteman, hatinya
cukup gembira.
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
22/56
Pelukan Cinta
22
ZARINA, Zulaika dan Salmiah
menapak perlahan-lahan. Kuliah
terakhir untuk semester ini
telah selesai. Mereka akan bercuti panjang. Masing-masing
melepaskan keluhan panjang. Beku rasanya otak menyiapkan
kerja kursus yang melambak-lambak. Rasa macam tak cukup
tangan nak menyiapkan semua tugasan yang diberi itu. Tapi
alhamdulilah, akhirnya semua tugasan mereka beres juga.
Weh, sebelum balik bercuti jom kita lepak-lepak
kat Cameron nak? Zarina membuat usul. Dia rimas bila cutipanjang begini. Kampungnya jauh di selatan. Kawasan
pedalaman pula tu. Jadi biul duduk di kampung lama-lama.
Tidak dapat dibayangkan kalau kena menghabiskan cuti dua
bulan di kampung.Argh... tak sanggup! Kalau ibu ada, dia tak
kisah sangat. Ni ibu dah setahun meninggalkannya. Di
kampung kini hanya ada along dan angah sahaja. Masing-
masing sudah berkeluarga. Segan pula nak menumpangrumah kakak lama-lama.Hmmm... seboleh mungkin, Zarina
tidak mahu terlalu lama menyusahkan kakak-kakaknya.
Molek gok tu... kawe suko... tapi kan, sejuk la situ.
Bab5
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
23/56
Amisha Dania
23
Buat tahi mata aje nanti. Kau macam mana Ika? tanya
Salmiah. Dua tahun di Kuala Lumpur, pertuturannya masih
Kelantan asli. Bila ditanya dia akan menjawab; Aku bangga
dengan negeriku.
Okey gak, tapi kena minta izin dulu la, jawab
Zulaika Husna selamba.
Ala... takkan papa kau tak bagi. Lagipun mereka
bukan ada di sini. Ke... izin dari cik abang? usik Zarina.
Aaa... tahu takpe... papa no hal. Abang pa yang
banyak hal. Zulaika tergelak kecil.
Cemburu ke super-duper kita tu? tanya Salmiah.
Sejak minggu mesra siswa Armand Danial kekal menjadi
abangsuper-duper mereka.
Biasalah... hati orang. Tak jeles, tak cun la. Tak
dapat aku nak merajuk, memujuk, ujar Zulaika serayatersenyum apabila teringatkan Armand Danial. Rajuknya
boleh tahan. Kalah perempuan.
Abis apa keputusannya ni? Pergi ke tak? tanya
Zarina.
Kalau Armand nak ikut,you allokey tak? Zulaika
meminta kepastian. Dia paham benar dengan perangaiArmand Danial. Dia tidak menghalang, tetapi selalu menjadi
sebahagian daripada peserta itu. Walaupun Zulaika senang
dengan sikap prihatin Armand Danial, namun ada masanya
dia merasa terkongkong. Tidak bebas. Rimas juga kalau
terlebih sayang ni.
Aku tak kisah dengan abang superb tu... tarahal
punya, jawab Salmiah senang.
Aku pun.ada abang superbsave sikit bajet kita.
Selalu dia yang belanja, kan? Zarina mengenyit mata pada
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
24/56
Pelukan Cinta
24
Zulaika. Masing-masing tergelak. Memang itu fakta belaka.
Kalau mereka ikut Zulaika dating dengan abang superb,
mereka kenyang. Abang superb tidak kedekut. Ya lah... dia
dah bekerja, ada syarikat sendiri pula tu. Duit tak habis. Siap
bagi duit poket lagi pada Zulaika.
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
25/56
Amisha Dania
25
ARMAND DANIAL memandu
Honda CRVnya dengan tenang.
Dia membiarkan Zulaika dan
kawan-kawannya berbual tanpa gangguan. Ikutkan memang
dia ada banyak kerja yang perlu dibereskan sebelum dia
berlepas ke Korea minggu hadapan. Mulanya dia tidak
bercadang untuk mengikut Zulaika dan kawan-kawannya,
tetapi memandangkan tiada lelaki dalam trip mereka itu,
hatinya mula cuak. Tiga orang gadis bersendirian. Ah, kalut
ni. Cantik-cantik pulak tu. Salah seorangnya buah hati
sendiri. Aduh... tak boleh jadi ni.
Jiwang betul bercuti ke tempat-tempat sejuk
macam ni. Zulaika pun satu, tunggulah dah nikah dulu, baru
pilih tempat begini untuk bercuti. Sedaplah sikit. Armand
Danial bercakap sendiri di dalam hatinya.
Ngumpat abang ke? soal Armand Danial pula,
mengusik rakan-rakan Zulaika. Dia sedikit bosan.
Mana ada abang... sedap lagu kat radio tu. Lena
bini abang kat sebelah tu! Mengkekeh-kekeh ketawa Salmiah.
Bab6
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
26/56
Pelukan Cinta
26
Armand Danial menjeling Zulaika Husna di
sebelahnya. Dia tersenyum. Manja. Comel aje Zulaika Husna
terlentuk sambil memeluk bantal nemo. Armand Danial
menghulur tangannya, mengusap lembut pipi Zulaika Husna.
Sayang.... Armand Danial memanggil lembut.
Auchh.... Salmiah mengusik. Pecah lagi ketawanya.
Abang, janganlah loving sangat, pilu hati kami
yang tak ada pakwe ni, ujar Zarina pula menambah.
Armand Danial tergelak kecil. Dia sudah biasa
dengan mereka berdua ni. Sebulan sekali dia pasti membawa
mereka bertiga keluar makan dan berbelanja barang keperluan
mereka. Dia percaya pada mereka berdua untuk menjaga
Zulaika di kolej.
Nak abang carikan pakwe untuk kau orang ke?
Armand Danial mengusik.
Hu hu hu... macam tak laku la pulak, jawab
Salmiah tersengih. Armand Danial tergelak. Sebenarnya dia
pun tidak suka masuk campur urusan orang. Jodoh adalah
ketentuan Ilahi. Kalau diatur-aturkan, buatnya tidak serasi,
macam mana? Dia juga yang akan terima tempelaknya nanti.
Ala... budak-budak lagi kawan-kawan Zulaika ni. Biarlah
dulu.
Kita berhenti makan dulu ya? Armand Danial
meminta persetujuan rakan-rakan Zulaika Husna.
No hal abang. Makan ree kami tak tolak punya,
kata Salmiah dalam nada mengusik.
Eh, takkan abang kena belanja kut? Abang ni
drebar aje, mem la belanja, jawab Armand Danial selamba.
Zarina dan Salmiah berpandangan antara satu sama
lain. Siapa mem yang dimaksudkan oleh abangsuperb ni?
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
27/56
Amisha Dania
27
Siapa mem tu abang? Serentak mereka bertanya.
Armand Danial ketawa. Geli hatinya mendengarpertanyaan mereka berdua. Menggelabah juga ya. Padan
muka!
Siapa duk belakang dialah mem besar.... Armand
Danial meniru suara Ahmad Nisfu. Ketawa besarnya meletus
apabila dia melihat dari cermin pandang belakang mata
Salmiah sudah membulat merenungnya.
Abang ni teruk la. Takkan kami nak duduk depan
pulak. Tukan tempat makwe abang. Kami jadi mem sebab
terpaksa tau, jawab Salmiah tak puas hati.
Armand Danial berhentikan keretanya di tempat
parkir yang agak teduh. Senyum masih terukir di bibirnya.
Lawak betul budak-budak ni.
Ika... bangun sayang, kita makan dulu. Abanglapar ni. Sayang.... Armand Danial menyentuh pipi Zulaika
Husna dengan lembut. Sejuk hatinya melihat wajah tenang
Zulaika Husna.
Abang... tak bangun dia abang kejut macam tu.
Lagi lena adalah, tengok sini Mia tunjuk cara Mia kejut Ika
setiap pagi.
Salmiah keluar dari tempat duduknya. Dia buka
pintu depan kereta. Pap! Tangannya melekap di bontot
Zulaika Husna. Nemo dalam pelukan Zulaika Husna terlepas
dari pegangannya.
Aduh... apa kau ni Mia, sakit bontot aku. Mesti
lebam ni. Zulaika Husna memasamkan mukanya.
Tangannya spontan menggosok-gosok bontotnya yang terasa
perit.
Dah sampai ke bang? Zulaika Husna bertanya
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
28/56
Pelukan Cinta
28
sambil memandang sekelilingnya.
Belum sayang. Kita makan dulu. Abang lapar, danngantuk. Jom! Armand Danial mencapai jemari Zulaika
Husna. Terkejut juga dia melihat cara Salmiah mengejutkan
Zulaika tadi. Kasar betul perempuan ni. Mujur Zulaika ni
jenis yang tak cepat melenting, kalau tidak mahu bergaduh
tadi.
Mereka berjalan berpimpin tangan. Mesra sungguh.
Armand Danial jarang dapat bersama dengan Zulaika Husna.Kesibukan kerjanya, kesibukan Zulaika Husna dengan
pelajarannya menghalang mereka untuk kerap berjumpa
seperti pasangan yang lain. Walaupun begitu, Armand Danial
akan pastikan sebelum tidur dia akan berbual-bual dengan
Zulaika Husna sama ada melalui internet atau telefon. Dia
mahu Zulaika Husna habiskan pelajarannya tanpa gangguan.
Dia juga mahu Zulaika Husna tahu bahawa dia amat
menyayangi gadis itu. Tidak berjumpa, tidak bermakna dia
lupakan Zulaika Husna.
Mereka makan sambil berbual-bual. Macam-
macam perkara yang mereka bualkan.
Abang senior, bila nak melamar Ika ni? Kena book
tahu, nanti melepas, tanya Salmiah tiba-tiba.
Terkesima Armand Danial. Apa ke situ pula Mia ni.
Cuak jadinya Armand Danial.
Kenapa? Ada yang nak rampas Ika dari tangan
abang ke? Armand Danial cuba memancing. Dia ingin tahu
perkara yang sebenarnya.
Eh, abang senior tak tahu ke? Ika ni ramaipeminat. Takut nanti abang senior yang terlepas, ujar
Salmiah mengusik Armand Danial lagi.
Armand Danial terdiam seketika. Dia merenung
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
29/56
Amisha Dania
29
Zulaika Husna yang selamba menghabiskan makanannya.
Sayang, apa cerita ni? Anything you want toshare? Armand Danial bertanya lembut. Resah dalam
hatinya Tuhan sahaja yang tahu. Apakah jauh di mata, jauh
juga di hati? Sudah berubahkah Zulaikanya?
Dengarlah cakap Mia tu. Ika tak ada apa-apa.
Orang tanya Ika jawab, mana ada lebih-lebih. Kawan tak
salah, kan? jawab Zulaika Husna senang sambil memandang
Armand Danial.
Dia nampak riak resah di mata Armand Danial.
Jemarinya yang berada di bawah meja mencari jemari
Armand Danial. Bagaikan magnet, jemari mereka melekap
antara satu sama lain. Armand Danial menggenggam jemari
Zulaika Husna dengan erat seolah-olah ingin memberitahu
Zulaika Husna bahawa tautan ini tidak mungkin akandilepaskan.
Jom, jauh lagi ni. Tiba-tiba Zarina bersuara
memecah kesunyian.
Hatinya sendiri merasa tidak enak apabila Salmiah
mula membuka cerita tentang beberapa orang rakan kolej
mereka yang cuba mengayat Zulaika Husna. Dia tahu Zulaika
Husna tidak pernah berlebihan melayan mereka. Masakan
senyum pun menjadi kesalahan?
Mereka berjalan menuju ke kereta Armand Danial.
Beberapa minit perjalanan, Armand Danial dan Zulaika
Husna berhenti di gerai buah jambu madu. Sengaja Armand
Danial singgah membeli, dengan niat hendak menjarakkan
dirinya daripada Zarina dan Salmiah.Selepas membeli jambu madu, mereka menapak
perlahan-lahan ke kereta. Armand Danial merangkul bahu
Zulaika Husna, lembut. Dia menundukkan kepalanya sedikit,
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
30/56
Pelukan Cinta
30
merapatkan bibirnya ke telinga Zulaika Husna.
Ika... abang sayang Ika. Ika tahu, kan? ArmandDanial menyuarakan isi hatinya yang masih resah dan
bimbang.
Ika tahu. Ika pun sayangkan abang. Zulaika
Husna meletakkan kepalanya di bahu Armand Danial. Manja
sekali. Dia tidak peduli jika Zarina dan Salmiah nampak.
Biarlah.
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
31/56
Amisha Dania
31
SUDAH dua bulan Armand
Danial tidak pulang ke rumah
mummynya. Bukan dia tidak
ingat kepadamummy dan daddynya, tetapi dia terlalu sibuk.
Sejak menamatkan pengajiannya tempoh hari, Armand Danial
sibuk mengemaskinikan urusan kerjanya yang telah setahun
lebih tidak diberi perhatian.
Petang sabtu itu dia bercadang untuk menjenguk
mummynya. Sesekali buat kejutan, apa salahnya, ya tak?
Armand Danial singgah di Hentian R & R Seremban. Diamembeli beberapa jenis buah-buahan sebagai buah tangan
untuk mummy dan daddynya. Kemudian dia meneruskan
perjalanannya menuju ke Seremban, yang tidak banyak
perubahan walaupun sudah dua bulan tidak dikunjunginya.
Pembangunannya tidak pesat seperti Kuala Lumpur.
Keretanya meluncur melalui Ampangan dan terus ke Gedung
Lalang Lima Puluh. Kawasan elit masyarakat Melayu diNegeri Sembilan. Keretanya diparkir di bawah rimbunan
pohon rambutan. Walaupun Ampangan sudah agak maju,
tetapi kawasan rumah mummynya masih lagi tidak banyak
Bab7
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
32/56
Pelukan Cinta
32
pencemaran. Dia masih dapat menghirup udara segar.
Pohon-pohon masih lagi menghijau segar di sekeliling
rumah itu.
Kereta along dan kak ngah ada di halaman rumah.
Armand Danial tersenyum. Dapat juga dia melepaskan rindu
pada mereka.
Assalammualaikum! Armand Danial menyapa.
Bunyi bising di dalam rumah menenggelamkan salamnya itu.
Dia memberi salam sekali lagi sambil melangkah masuk kedalam rumah.
Amboi rancaknya berborak, alang bagi salam pun
tak berjawab, tegur Armand Danial seraya menepuk bahu
alongnya.
La... along tak dengar. Waalaikumsalam. Apa
mimpi ni, balik tak bagi tahu pun? jawab along menyambuthuluran tangan adiknya.
Kerja kat os dah reda sikit, alang balik la. Dah
dua bulan alang terperap kat os tu. Tukar angin sikitlah.
Along sihat? Armand Danial berbasi basa. Matanya liar
mencari kelibatmummynya.
Mummy mana long? Armand Danial bertanya.
Stadium, pergi beli popia basah. Macam tahu-tahu
aje alang nak balik. Kak ngah yang bawakmummy ke sana,
terang along panjang lebar.
Oh... dah lama tak makan popia kat stadium tu.
Kak ngah bawak Ontel ke? Tak nampak pun Ontel. Armand
Danial mencari anak saudaranya yang menghidap sindrom
Down itu.
Ontel atau Montel adalah panggilan manja yang
mereka gunakan untuk Azizul Hakim. Ontel agak pendiam
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
33/56
Amisha Dania
33
dan pemalu. Dia merupakan anak saudara yang sentiasa
menjadi kemanjaan ibu dan bapa saudaranya kerana
keistimewaan yang dimilikinya itu.
Montel tidur dalam bilik kak ngah. Dia tak berapa
sihat hari ni. Merengek aje dari pagi tadi. Nanti tengok kamu,
okey la kut, cerita along lagi.
Hai pak lang... kami ni pak lang tak nak tanya ke?
Montel aje yang pak lang ingat. Kami pun anak saudara pak
lang gak tau. Tiba-tiba berderet anak-anak along danangahnya berbaris di hadapan Armand Danial. Masing-masing
menghulurkan tangan untuk bersalam. Armand Danial
tersenyum.
Adoi... ini yang pak lang segan ni. Semuanya dah
anak dara. Pak lang malu la, usik Armand Danial seraya
menyambut huluran salam anak-anak saudaranya. Enamorang, semuanya perempuan. Azizul Hakim seorang sahaja
lelaki. Armand Danial adalah bapa saudara mereka yang
paling sporting. Pak teh mereka pun belum kahwin juga,
tetapi pak teh serius orangnya. Jarang bergurau.
Mummy Armand Danial tersenyum apabila
kepulangannya disambut oleh Armand Danial di depan pintu.
Armand Danial bersalam dan mencium pipimummynya.
Dah beres kerja Man? Mummy bertanya. Nada
suaranya sentiasa tegas. Kadang-kadang Armand Danial
tertanya sendiri, mummy ni dulu bekas askar ke? Garang
semacam aje.
Taklah beres semua, tapi okey la. Dah lega sikit.
Banyak yang dah alang dapat settlekan, jawab ArmandDanial terang. Walaupun sudah dua bulan dia tidak pulang,
tetapi dia akan pastikan setiap dua atau tiga hari sekali dia
akan menghantar berita kepada mummynya. Bertanya
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
34/56
Pelukan Cinta
34
khabar tentang mummy dan daddynya. Kelibat daddynya
masih belum kelihatan lagi. Ke mana agaknya?
Daddy ke manamummy?
Outstation. Dah tiga hari. Katanya ke Singapura,
beritahu mummy sebelum berlalu ke dapur.
Outstation? Semalam aku tenguk daddy dengan
Uncle Lee minum kat golfclub! Armand Danial berkata-kata
perlahan.
Biar betul daddy ni. Diam-diam kelentong
mummy rupanya. Agaknya daddy mencari ketenangan jiwa.
Mummy terlalu keras, mungkin daddy rasa terkongkong.
Aku kalau ada isteri nanti, tak mahu yang garang macam
mummy ni. Bingit telinga, sambung Armand Danial lagi
kemudian tersenyum sendiri.
Tiba-tiba teringat pada Zulaika Husna yang nampakagresif tetapi sangat lembut apabila bersuara. Hatinya mula
libang libu. Hai la Zulaika Husna!
Menung apa alang? Along melabuhkan
punggungnya di sisi Armand Danial. Mengganggu
ketenangan Armand Danial yang sedang menikmati angin
malam di halaman banglo mewah ibu bapa mereka. Armand
Danial diam.
Along mengganggu ke ni? Along bertanya lagi.
Taklah. Alang saja lepak. Ambil angin. Di KL tak
ada udara dan kesunyian begini. Itu yang nampak macam
termenung aje ni. Nyaman, kan? Armand bersuara senang.
Asward Danial tergelak kecil. Romantik pula
Armand Danial ni. Sejak bila pandai menganalisa suasana ni?
Lain macam aje bunyi alang ni. Macam mat
jiwang lapulak. Dah ada ehem ehemke ni? Selalu orang ada
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
35/56
Amisha Dania
35
awek aje yang sensitif dengan suasana tenang, damai dan
mengasyikan ni. Ada dah ke? Duga Asward Danial dengan
nada mengusik.
Armand Danial senyum.Kantoi. Terbayang di
ruang matanya insiden yang mendekatkannya dengan
Zulaika Husna.
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
36/56
Pelukan Cinta
36
ZULAIKA HUSNA bergolek resah
di atas katilnya. Sakit yang
dialami tidak terbendung rasanya.
Sekejap lagi dia ada kelas. Linguastik pulak tu. Adoi. Miss
Hawa yang garang tu tentu akan sedar jika dia tidak hadir.
Kau kenapa ni Ika? Peluh jantan keluar ni. Sakit
ke? Salmiah yang baru keluar dari bilik air menegur Zulaika
Husna.
Perut aku ni... sakit betul! Berkerut-kerut
mukanya menahan sakit.Sakit macam mana? Ada kelas tak? tanya Salmiah
risau.
Ada... Miss Hawa punya kelas pukul dua nanti.
Bergulung Zulaika Husna di atas katilnya.
Masak tu kalau kelas Miss Hawa. Jadi lepat kau
nanti kena lenyek dek dia. Tapi kalau dah sakit nak buatmacam mana pulak? Pergi klinik la Ika. Aku panggil cab,
nak? ujar Salmiah mengesyorkan.
Nak berjalan pun sakitlah Mia. Macam mana nak
Bab8
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
37/56
Amisha Dania
37
naik cab. Kau boleh temankan aku ke? Suara Zulaika
perlahan.
Kau tunggu ek, aku cari resque. Sapa-sapa ajelah
yang aku dapat cekup. Aku tak dapat teman kau, ada kuiz.
Tunggu!
Salmiah berlari-lari anak turun dari asramanya.
Mujur baik asramanya dekat dengan kafe yang selalu menjadi
port lepak pelajar-pelajar kolej mereka. Matanya liar mencari
wajah-wajah yang boleh diharapkannya. Nak cekup pun kenatenguk kaki gak la. Kang dikekahpulak Zulaika Husna yang
comel ni, menangis tak berlagu aku nanti. Tiba-tiba matanya
singgah pada seorang senior yang baru sahaja masuk ke kafe
itu. Salmiah cepat-cepat mengorak langkah menuju ke arah
senior tersebut.
Ehem... petang abang senior, dah abis kelas ke?Salmiah bertanya, teragak-agak.
Cakap dengan saya ke? Armand Danial menunjuk
ke arah dirinya. Berani budak kecik ni tegur aku, bisik
Armand Danial. Macam pernah tenguk muka cute ni. Tapi di
manaek?
Saya Salmiah, abang senior lupa ke? Yang kena
jalan itik masa minggu suai kenal hari tu? kata Salmiah
memperkenalkan diri. Hesy... mamat ni lupa ke? Macam ni
punya lawa, dia boleh lupa ke?
Oh... hah baru saya ingat. Lupa tadi. Nak minum?
Armand Danial tersenyum. Baru dia teringat. Ini budak yang
digelarnya Sharifah Amani. Kecil molek. Ketawa besar.
Eh, saya tak nak minum. Saya nak mintak tolong.Abang seniorree tak ni? Terbata-bata suara Salmiah. Ajak
minumlahpulak mamat ni. Kita nak cepat, dia nak mengayat
pulak...adeh!
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
38/56
Pelukan Cinta
38
Tolong apa? Tenang sahaja Armand Danial
bertanya.
Kawan saya sakit perut, boleh tak abang senior
hantar dia ke klinik ke, hospital ke, tak kisah la. Nak panggil
cab, dia tak kuat nak berjalan. Saya bimbanglah. Boleh tak
abang senior tolong saya? Saya kena handle kuiz petang ni,
kalau tidak saya boleh temankan dia, ujar Salmiah panjang
lebar.
Armand Danial bingkas bangun. Buku-bukunya yang diletakkan di atas meja, dimasukkan ke dalam beg
sandangnya. Mujur dia belum membuat sebarang pesanan
makanan.
Mana kawan awak tu? Armand Danial bertanya
ringkas.
Kejapek, Mia panggil dia. Dia kat bilik lagi.Salmiah terus berlari ke biliknya. Alhamdulilah...
ada yang sudi membantu, amin. Berkali-kali Mia mengucap
syukur di dalam hatinya.
Perlahan-lahan dia memimpin tangan Zulaika
Husna. Sejuk tangannya. Armand Danial menghampiri
mereka bila dia nampak Zulaika Husna dan Salmiah turun
tangga. Dia mengambil beg yang disua oleh Salmiah.
Armand Danial merebahkan sedikit tempat duduk
penumpang di sebelahnya. Kusyen kecil dijadikan alas kepala
Zulaika. Dia memastikan Zulaika selesa sebelum dia
memulakan pemanduannya. Bukan Zulaika sahaja yang
berpeluh, dia pun turut sama lencun. Ini kali pertama dia
membawa perempuan naik keretanya. Berdua-duaan.Darurat, apa nak kata lagi. Dah orang minta tolong. Tolong
sajalah.
Nak ke klinik mana ni Zulaika? tanya Armand
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
39/56
Amisha Dania
39
Danial meminta pendapat dari Zulaika Husna. Yalah, kena la
ikut permintaan orang yang sakit.
Abang senior tahu Seri Denai? Zulaika Husna
bertanya lemah.
Tahu... hospital swasta, kan? Armand Danial
meminta kepastian.
Ermmm... situ aje la.
Anak siapaminah ni? Armand Danial bertanyadalam hatinya. Seri Denai, bukan calang-calang orang yang
boleh pergi ke situ untuk mendapatkan rawatan. Pelajar
macam mereka rasanya tidak mampu hendak ke Seri Denai.
Dia terus memandu ke destinasi yang dituju.
ENCIK... doktor nak jumpa. Tiba-tiba Armand Danial
dikejutkan dengan kehadiran seorang jururawat yang manis
di depannya. Armand Danial bergegas bangun, mengekori
jururawat itu.
Saya cuma nak maklumkan, Zulaika Husna akan
dibedah. Apendiks. Saya difahamkan ibu bapanya tidak ada disini. Dia minta saudara tandatangan surat kebenaran
pembedahannya, ujar Doktor Arifn jelas.
Errr... boleh saya bincang dengan dia sekejap?
Armand Danial gugup. Bukan kerja senang ni, keluh hatinya.
Boleh. Bilik 101. Sekejap saja ya. Kami nak
prepare untukoperation. Doktor Arifn memberi keizinan.Armand Danial tergesa-gesa ke bilik Zulaika Husna.
Nurse, boleh saya berjumpa dengan pesakit
sekejap? Alone? pinta Armand Danial sopan pada jururawat
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
40/56
Pelukan Cinta
40
yang bertugas itu untuk keluar sebentar. Dia menghampiri
Zulaika Husna. Serba salah betul rasanya. Zulaika Husna
senyum walaupun masih dalam keadaan sakit.
Awak... saya minta maaf. Banyak susahkan awak.
Awak sain surat tuek. Untuk kebenaran aje, tak ada apa-apa.
Apa-apa risiko, awak tak akan kena tindakan. Zulaika Husna
bersuara lembut. La... dah berawak-awak pula.
Armand Danial merenung Zulaika Husna. Perasaan
yang pernah dialami semasa minggu suai kenal dulu datangkembali. Jantungnya berdegup kencang. Armand Danial
tunduk, memberikan sebuah kucupan ke dahi Zulaika Husna.
Take care. Saya teman awak di sini. Jangan risau.
Mengucap banyak-banyak dalam hati tu, okey? ucap Armand
Danial lembut.
Apabila Zulaika Husna disorong ke dewanpembedahan, Armand Danial termangu-mangu
mengenangkan tingkahnya. Kenapa aku cium dahi dia tadi?
Dia sendiri tidak faham kenapa dia tegar berbuat demikian.
Tak pernah lagi dia mengucup dahi perempuan. Aduh la...
Zulaika Husna pun macam terperanjat tadi, tapi tidak pula
dia berkata apa-apa. Malah tindakan Zulaika Husna
mencapai jari-jemarinya semasa disorong ke dewanpembedahan menambahkan sebak di hatinya. Kenapa ek?
Macam aku ni orang istimewa pula rasanya. Ah... pening.
Armand Danial menuju ke kafe yang terdapat di
dalam hospital Seri Denai itu. Perutnya masih belum terisi
sejak pagi tadi lagi. Hajat hendak menjamu selera di kafe
kolej tidak kesampaian gara-gara Salmiah memintanya
menghantar Zulaika Husna ke klinik. Tidak mengapa la.
Berbaloi juga. Mungkinkah ini titik permulaan hubungannya
dengan Zulaika Husna? Sudah sebulan minggu suai kenal
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
41/56
Amisha Dania
41
berlalu. Sejak itu dia tidak pernah berjumpa mereka.
Sebenarnya dia memang mengelak untuk berjumpa sesiapa
pun. Dia tidak begitu pandai menjalin hubungan dengan
perempuan. Walaupun rakan-rakan sekuliahnya sering
mengatakan dia mempunyai pakej yang lengkap untuk
memikat seorang gadis, tapi dia tidak merasakan begitu.
Armand Danial makan tanpa mempedulikan
keadaan sekitarnya. Dia terlalu lapar. Dia malas hendak
memerhatikan gelagat orang lain. Selepas membuat bayaran,dia terus menuju ke bilik Zulaika Husna semula. Diketuk
pintu bilik Zulaika Husna perlahan. Tidak ada jawapan. Dia
membuka pintu tersebut, menjenguk kepalanya. Lamanya...
belum siap lagi? Armand Danial melangkah masuk. Dia
menuju ke sofa yang terdapat dalam bilik itu. Dia ingin
meluruskan badannya. Sudah tiga jam Zulaika dibawa masuk
ke dewan pembedahan, cuak juga hatinya. Mata ArmandDanial semakin layu. Letih betul dia hari ini. Sesungguhnya
penantian itu satu penyeksaan yang tidak dapat diucapkan.
Kegelisahan, keresahan semuanya bergabung menjadi satu
perasaan yang terlalu sukar untuk dihuraikan. Badannya
masih berada di dalam wad, tetapi pemikirannya telah jauh
merewang entah ke mana. Ya Allah... selamatkanlah Zulaika
Husna.
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
42/56
Pelukan Cinta
42
ARMAND DANIAL bermalas-malas
di atas katil dalam biliknya. Hari
ini dia tiada kuliah. Malas rasanya
hendak ke perpustakaan. Walaupun ada kerja yang perlu
diselesaikan, badannya terasa lemah sahaja. Ah... biarlah. Naik
biul dah mentelaah. Hari ini lepak aje la, bisik Armand Danial.
Nah... ni ada surat untuk kau. Nazwan, rakan
serumahnya mengunjukkan sepucuk surat kepada Armand
Danial.
Armand mencapai surat tersebut. Dia membukanyalambat-lambat. Membaca isi kandungan surat itu. Armand
Danial tersenyum nipis. Jemputan kahwin dari rakannya
yang sama-sama menuntut di UK dahulu.
Hai... dah sampai jodoh kau Zaki. Alhamdulillah.
Aku bilalah agaknya. Armand Danial menggumam sendiri.
Armand Danial mencapai telefon bimbitnya. Terus jari-jarinya lancar memicit angka-angka pada telefon
tersebut. Dia menunggu panggilannya dijawab.
Assalammualaikum. Armand Danial menyapa
Bab9
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
43/56
Amisha Dania
43
lembut apabila panggilannya dijawab.
Ika ree ke petang ni? Armand Danial bertanyalagi. Jantungnya sentiasa berdegup kencang apabila mendengar
suara Zulaika Husna.
Pukul lima baru Ika habis kuliah. Kenapa?
Zulaika Husna menjawab lembut. Dia sedang bersiap-siap
untuk ke kuliah yang terakhir.
Habis kuliah, Ika tunggu abang kat guard, boleh?
Kita keluar. Dinner luar malam ni. Abang ada hal nak
bincang dengan Ika. Armand Danial menyatakan niatnya.
Dalam hati, dia berdoa agar Ika sudi meluangkan masa
untuk bersamanya. Agak lama juga mereka tidak keluar
berdua.
Okey. Tapi kalau hujan abang jemput kat dalam ya.
Kawan-kawan Ika macam mana? tanya Zulaika Husnainginkan kepastian sahaja.
Just the two o us, please. Abang tak berapa sihat
ni, tak ada mood nak layan mereka la. Kita aje ya? ucap
Armand Danial memujuk.
Kalau abang tak sihat, tak payahlah kita keluar.
Nanti lagi teruk, ujar Zulaika Husna menyuarakan
pandangannya.
Armand Danial terdiam seketika. Zulaika Husna
selalu begini. Kalau diajak keluar, dia pasti akan membawa
bodyguardnya yang berdua itu. Satu macam murai tercabut
ekor, satu lagi macam budak tak cukup makan. Asyiklah lapar
memanjang. Mereka bertiga sebaya, tetapi Zulaika Husna
nampak lebih matang. Mungkin kerana dia agak pendiam,tak banyak cakap. Gemar memerhati dan senyum sahaja.
Sesekali dia bercakap tu yang buat hati Armand Danial tak
tenteram. Darah serasa menyerbu ke mukanya.
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
44/56
Pelukan Cinta
44
Takpe la kalau Ika tak nak keluar. Armand
mematikan telefon bimbitnya.
Dia mengeluh sendirian. Merajuk konon. Bukannya
apa, belajar-belajar merajuk. Nak tengok, Zulaika Husna ni
pandai memujuk ke tak. Tapi setahu Armand Danial, Zulaika
Husna ni bukan jenis yang pandai memujuk. Selamba badak
sahaja.Ermmm....
Telefon bimbitnya berbunyi, menandakan ada
panggilan masuk. Armand Danial melihat paparan pada skrintelefonnya. Dia tersenyum. Sengaja tidak diangkatnya. Tahu
risau ek. Nasiblah. Panggilan berbunyi lagi. Armand Danial
diam beku sahaja. Biarkan. Kemudian dia mendengar bunyi
mesej masuk. Dia membaca mesej tersebut.
Janganlah merajuk. Bukan Ika tak nak keluardengan abang. Takpe la. Suka hati abang la....
Eh, eh... dia pula yang nak merajuk. Kan betul,
bukannya dia nak pujuk kita, dia pula yang nak merajuk. Aku
juga yang kena pujuk. Biarkan. Mesej dari Zulaika Husna
tidak dibalasnya.
Tepat jam lima, Armand Danial sudah pun
memarkirkan keretanya di luar kawasan kolej Zulaika Husna.
Dari jauh dia sudah melihat kelibat Zulaika Husna. Menapak
tanpa menoleh ke kiri atau ke kanan. Tubuhnya yang tinggi
lampai, hampir mencecah enam kaki itu merupakan satu
tarikan istimewa. Armand sendiri mempunyai ketinggian
enam kaki satu inci.
Jika mereka berjalan berdua, mereka selalu menjadi
tumpuan ramai. Sama cantik, sama padan. Kata kawan-
kawanlah, seperti pasangansupermodelaje gayanya.Mak ai...
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
45/56
Amisha Dania
45
supermodel tu.... He he he... kata kawan-kawan ya, bukan
mereka yang kata.
Zulaika Husna menyambut huluran tangan Armand
Danial. Dia tunduk mencium tangan Armand Danial persis
seorang isteri mencium tangan sang suami. Satu perasaan
kasih menular dalam hati Armand Danial setiap kali Zulaika
Husna mencium tangannya. Tidak pernah perempuan dewasa
mencium tangannya, selain daripada anak-anak saudaranya.
Armand Danial tidak pernah meminta Zulaika Husna berbuatbegitu. Tetapi itulah sikap buah hatinya. Manja. Armand
Danial senang. Terasa Zulaika Husna adalah miliknya.
Mereka memasuki kereta tanpa bercakap. Beg yang
disandang oleh Zulaika Husna diletakkan di tempat duduk
belakang. Armand Danial memandu dengan tenang. Dia
menunggu, siapa yang akan memulakan perbualan.
Ajak orang keluar, tapi dia macam patung pulak,
ngomel Zulaika Husna perlahan tanpa didengari Armand
Danial. Wajahnya tetap selamba.
Nak pakai bahasa isyarat ke ni? Dia ni biar betul,
penat aku cross country tadi nak cepat sampai. Alih-alih dia
diam sahaja. Ni aku boring ni, gumam Zulaika Husna lagi.
Armand Danial memandang Zulaika Husna dari
hujung matanya. Tidak jemu dia memandang wajah Pan Asia
Zulaika itu. Wajah yang bersih tanpa calitan mekap.
Rambutnya yang panjang dan berombak itu diikat tocang
satu. Macamhead girldi sekolah menengah dulu.
Tiba-tiba Armand Danial menepuk paha Zulaika
Husna. Ha... apa lagi, Zulaika Husna yang terkejut terusmelatah la.
Aiii... si bisu dah meraba, mak tolong acik... eh!
Zulaika Husna menutup mukanya. Malu sungguh rasanya.
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
46/56
Pelukan Cinta
46
Armand Danial terhinggut-hinggut menahan tawanya dari
pecah. Matanya bersinar.
Abang ni selalu macam ni. Tak baik tahu. Ika tak
sukalah, ngomel Zulaika Husna dengan muncung yang
sudah sedepa panjangnya.
Acik mana tadi? Armand Danial mengusik Zulaika
Husna lagi. Bibirnya masih mengukir senyuman. Hilang
sudah pening kepalanya. Inilah keistimewaan Zulaika Husna.
Bila berada dengannya, hati yang walang boleh menjaditenang. Auranya sangat kuat.
Armand Danial memberhentikan keretanya di
hadapan sebuah restoran.
Yuk, minum dulu, hauslah. Armand Danial
mempelawa Zulaika Husna. Dia cuba membeli hati Zulaika
Husna kembali. Rajuk Zulaika Husna mudah sahajadiubatinya.
Zulaika Husna leka memerhati Armand Danial
menghabiskan makanannya.
Lapar betul gayanya mamat ni. Sisa aku pun dia
kebas. Isy... tak boleh bawa majlis kalau macam ni. Zulaika
Husna mengomel perlahan.
Kenapa tenung semacam aje ni? Muka abang
makin handsome ke? Armand Danial bertanya setelah
merasakan dirinya menjadi perhatian buah hatinya itu.
Perasanlah pula.Handsome konon.He he he....
Dah berapa hari abang tak makan? Habis semua
licin. Zulaika Husna memuncungkan mulutnya pada
pinggan-pinggan yang telah kosong di hadapan mereka.
Armand Danial tersenyum. Memang dia kebulur
hari ini. Dia cuma menjamah oats sahaja pagi tadi. Tengah
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
47/56
Amisha Dania
47
hari tadi dia malas keluar. Ala, setakat makan mi kari,
tidaklah dikira kaki makan. Belum masuk kategori pelahap
lagi. Badan pun masihmaintain lagi apa.
Abang tak ambik lunch tadi, tu yang lapar ni.
Armand Danial menerangkan kedudukan yang sebenar.
Kenapa, abang dah rasa berat ke? Zulaika Husna
buat muka pelik. Nak diet kemamat ni?
Tak ada la sampai macam tu. Ika tengok abang
gemuk ke? Armand Danial memancing pandangan Zulaika
Husna.
Janganlah dia kata aku gemuk, masak jadinya ni.
Armand Danial berbisik perlahan.
Abang tinggi, tak nampak besar pun. Okey aje
macam ni. Gemuk pun tak apa, kurang sikit peminat abang.
Zulaika bersuara lembut.
Bukanlah dia cemburu, tetapi kadang-kadang pedih
juga telinganya mendengar ada yang menyebut nama
Armand Danial.
Armand Danial merenung Zulaika Husna.
Bunyi macam cemburu aje? Aisey.dah pandai
cemburu ke minah ni? Ini satu perkembangan baru.Selalunya minah ni buat selamba badak aje, hari ni dah
pandai melahirkan rasa tidak puas hati pula. Sayang la tu,
ucap Armand Danial sendiri. Makin meleret senyumannya.
Baru selangkah mereka keluar dari restoran, tiba-
tiba Armand Danial disapa oleh beberapa orang gadis.
Bos... bos kan ni? Shani setiausahanya menegur.Ermmm... sayalah ni. Tak kerja ke ni? Armand
Danial menjawab malas. Adoi... hebohlah kat os nanti ni.
Budak-budak ni bukan boleh percaya sangat. Hobi mereka ni
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
48/56
Pelukan Cinta
48
suka buat ketupat. Kali ni Armandlah yang akan jadi bahan
ketupat mereka.
Eh, kerja bos. Tengoklah jam bos tu. Oshour dah
habislah bos. Shani bersuara lagi.
Ermmm... lupapulak saya. Baru keluar oslah ni?
Okeylah ya, saya balik dulu.Have a nice day. Armand Danial
mencapai jemari Zulaika Husna, mengisyaratkan bahawa
mereka perlu beredar.
Oh ya, lupapulak. Ini Zulaika Husna, tunang saya.
Ika, ni semua staf abang.
Hai.... Zulaika Husna menyapa lembut. Hatinya
rasa bagaikan hendak meletup.
Bila pulaklah mamat ni meminang aku? Sedap
mulut aje mengaku aku ni tunang dia. Mulut tak ada
insurans langsung. Aku saman nanti baru tahu. ZulaikaHusna berkata dalam hati.
Amboi bos... bertunang diam-diam aje. Tak jemput
pun kami. Ingat bos cuti pergi belajar aje, rupanya siap
bertunang sekali, usik Shani. Matanya tidak puas merenung
wajah manis tunangan bosnya itu. Tinggi lampai. Sesuailah
dengan bosnya yang juga tinggi itu. Kalau hendak bercakap
dengan mereka berdua ni, kenalah mendongak kepala.
Shani, Mariam dan Ratna memerhati bos mereka
berpimpin tangan menuju ke kereta. Patutlah bos tidak
berapa ramah dengan staf perempuan. Rupa-rupanya bos dah
ada awek. Diam-diam aje bos ni. Awek bos cun gila pula tu!
Kalaulah ada Sherry tadi, mesti dia rust tengok
tunang bos. Cun gila! ujar Ratna yang diam sedari tadi.
Haah, kan? Nampak bahagia betul. Sama padan.
Tinggi betul Zulaika tu, macam model. Entah-entah model
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
49/56
Amisha Dania
49
tak? teka Mariam atau Merry pula. Sebenarnya dia amat
terkejut melihat kehadiran Encik Armand Danial bersama
Zulaika Husna, gadis yang sangat sempurna di matanya tadi.
Satu ketika dahulu dia sendiri pernah menyimpan
angan untuk menjadi kekasih Encik Armand Danial. Tetapi
lama-kelamaan anganannya itu dipendamkan sahaja kerana
Encik Armand Danial melayan mereka sama rata sahaja.
Apabila melihatkan Encik Armand Danial melayan tunangnya
tadi... tahulah Merry, Armand Danial ini seorang lelaki yangpenyayang. Di pejabat dia seorang yang serius, tetapi melihat
tingkahnya bersama tunangnya tadi, ternyata sikapnya amat
berbeza.
Marah ke? Armand Danial bertanya apabila
mereka telah pun berada di dalam kereta. Zulaika Husna
diam sahaja. Tidak tahu bagaimana hendak menjawab
pertanyaan Armand Danial itu.
Sayang marah abang ke? Armand Danial bertanya
lagi. Jarinya menyentuh dagu Zulaika Husna.
Zulaika Husna menggeleng kepalanya. Buntu
kirannya. Dia memang suka pada Armand Danial dan
mengharapkan perhubungan ini akan kekal buat selama-
lamanya. Tetapi hakikatnya, mereka masih belum ada apa-apaikatan. Dia merasa tidak selesa apabila sudah menipu staf-staf
lelaki kesayangannya itu.
Kita nak ke mana ni? Zulaika Husna cuba
mengubah topik perbualan mereka.
Shariman butik. Abang nak cari baju Melayu.
Hujung minggu ni kawan abang kahwin. Dia minta abangjadi pengapitnya. Ika ikut abang ya?
Ikut ke mana? soal Zulaika Husna ingin tahu.
Terengganu, jawab Armand Danial pendek.
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
50/56
Pelukan Cinta
50
Jauhnya....
Ni majlis kawan rapat abang masa belajar kat UKdulu. Sayang ikut ek? Armand Danial memujuk Zulaika
Husna.
Nanti Ika tanya papa dulu. Kalau papa izinkan, Ika
ikut. Kalau tak, abang pergilah sorang. Hanya itu yang
mampu Zulaika Husna ucapkan. Dia tidak berani untuk
menabur janji.
Armand Danial memberikan signal untuk berhenti
di bahu jalan. Jari-jarinya cepat sahaja mencari nama papa
yang memang ada dalam simpanan telefon bimbitnya.
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
51/56
Amisha Dania
51
PERJALANAN dari Kuala Lumpur
ke Kuala Terengganu yang
mengambil masa kurang lebih
enam jam itu mereka penuhi dengan pelbagai cerita dan
impian. Mereka singgah di Kuantan untuk makan tengah
hari.
Lapang rasa hatinya apabila hajat hendak membawa
Zulaika Husna bersamanya ke Kuala Terengganu diizinkan
oleh papa kekasih hatinya itu. Malah papa dan mama sempat
lagi berpesan agar membelikan dua pasang batik suterauntuk mereka.
Sayang, kita nikah gantung dulu nak? Armand
Danial membuka bicara apabila selesai menjamu selera di
Kuantan. Kereta dipandu dengan kelajuan yang sederhana.
Ha? Apa tu? Nikah gantung? soal Zulaika Husna
pelik.
Armand Danial tersenyum.
Betul-betul tidak faham ke minah ni? Atau saja
buat tak faham? bisik hatinya.
Bab10
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
52/56
Pelukan Cinta
52
Nikah dulu, kenduri kita buat selepas sayang habis
belajar nanti, terang Armand Danial senang.
Macam tu... maknanya abang duduk rumah abang,
Ika duduk kolej? Sama macam tak kahwin gak, ujar Zulaika
Husna menyatakan pandangannya.
Mana ada sama sayang. Time Ika cuti, Ika balik la
rumah kita. Kita duduk sama-sama, jelas Armand Danial
bersungguh-sungguh.
Kepalanya sudah membayangkan, duduk bersama-
sama dengan Zulaika Husna. Balik kerja Zulaika Husna setia
menunggunya di hadapan pintu. Ah... bahagianya!
Kata nikah gantung, macam mana pula boleh
duduk sama? tanya Zulaika lagi yang keliru dengan ayat-ayat
Armand Danial tadi.
Sayang... bila dah nikah, dah sahlah hubungankita. Semuanya dah halal. Sayang dah jadi isteri abang.
Armand Danial cuba membuatkan Zulaika Husna faham
kehendak hatinya. Isteri abang... sedap aje bunyi ayat tu.
Kemaruk nak berbini ke aku ni? Armand Danial bercakap
dengan diri sendiri.
Habis... apanya yang digantung tu? Abang cakap
nikah gantung tadi, eh... tak fahamlah Ika. Abang cakap dulu
Ika boleh habiskan belajar dulu, kan? duga Zulaika Husna
dengan matanya bulat merenung Armand Danial.
Cakap berbelit-belit ni kenapa? gumam Zulaika
Husna di dalam hatinya.
Armand Danial menggaru-garu kepalanya yang
tidak gatal. Susah bercakap dengan orang lurus ni. Macam
mana ya dia hendak jelaskan pada Zulaika Husna? Ya tak ya
juga, apaek yang digantung tu?
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
53/56
Amisha Dania
53
Mereka kemudian singgah di Kuala Kemaman.
Armand Danial berhenti di sebuah restoran tepi laut yang ada
menjual keropok, ikan, udang, ketam dan sotong goreng
yang merupakan makanan yang popular di Terengganu.
Setiap kali berkunjung ke pantai timur dia tidak lupa akan
menu ini.
Ika habis belajar tiga tahun lagi tau. Tak kesian
pada abang ke? Armand Danial cuba lagi memancing
simpati Zulaika Husna. Tiga tahun, macam-macam bolehjadi. Buatnya Zulaika jumpa orang lain? Aduh... merana jiwa.
Kering aje menunggu.
Apa masalah abang sebenarnya? Zulaika Husna
makin keliru dengan kehendak Armand Danial.
Dahulu, mereka bersepakat untuk tidak menyentuh
soal kahwin selagi Zulaika Husna belum menghabiskanpengajiannya tetapi sekarang lain pula yang jadi.
Armand Danial terdiam. Mungkin Zulaika Husna
belum bersedia lagi agaknya. Lagipun gadis itu baru
mencecah dua puluh dua tahun. Masih mentah lagi. Sanggup
ke aku tunggu Zulaika habis belajar? Armand Danial ragu-
ragu dengan keupayaan hatinya sendiri. Bukan hati
sebenarnya, tetapi lebih kepada keupayaannya mengawalnafsu sendiri. Sikap manja Zulaika, matanya yang bundar,
semuanya meluruhkan iman Armand Danial. Melihat
matanya yang berkelip-kelip pun jantung dah tak keruan, apa
lagi kalau mata itu semakin layu... adoi... beranganlahpulak!
Forget it. Abang cuma bagi cadangan sahaja.
Bukan abang nak paksa Ika. Armand Danial mengalah
akhirnya.Hmmm... selera tak samalah pula.
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
54/56
No. ISBN:- 978-967-5067-68-6
Jumlah muka surat: 408
Harga Runcit:-Semenanjung Msia: RM17, Sabah/Sarawak: RM20
Harga Ahli KKN:-
Semenanjung Msia: RM13, Sabah/Sarawak: RM16
Sinopsis:-
Armand Danial dan Zulaika Husna, nama yang cukup
sepadan bila diganding bersama apatah lagi apabila berjalanberduaan, ketinggian mereka, ketampanan Armand Danial
dan kejelitaan Zulaika Husna berjaya membuatkan rakan-
rakan sekeliing bersetuju mereka memang patut dijodohkan.
Perjalanan percintaan mereka tidak banyak rintangan
kerana perhubungan mereka di bawah restu keluarga Zulaika
Husna yang sangat luhur hatinya. Tetapi, mana mungkin
sesuatu perhubungan tidak dilanda badai, ketegasan dan
desakan Datin Rozni, mummy Armand Danial memyebabkan
hubungan murni pasangan ini menemui penghujungnya.
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
55/56
Armand Danial telah berkahwin dengan sepupunya, Asilah
yang juga seorang yang cantik rupawan.
Zulaika Husna yang reda dengan apa yang terjadi
telah membawa diri jauh ke negeri pantai timur untuk
mengubat hati yang lara. Sepeninggalannya, Armand Danial
sudah mempunyai seorang anak yang diberi nama, Aliff
Danial.
Adalah itu yang dinamakan cinta sejati? Adakah
Armand Danial sudah melupakan kesetiaannya pada cintaZulaika Husna? Bahagiakah Armand Danial bersama keluarga
baharunya itu? Segala-galanya pasti terjawab dalam Pelukan
Cinta.
COPYWRITING TEXT
Jika cinta tidak kesampaian, akan aku usung jiwa pasrah
hingga ke akhir perjalanan,Jika jodoh kita ada, akan aku junjung cinta kita hingga ke
akhir kehidupan.
Untuk mengetahui kesudahan kisah ini, segera
dapatkan Pelukan Cinta di rangkaian kedai buku MPH,
Popular dankedai-kedai berdekatan anda.
Anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki
Novel Enterprise melalui online atau pun pos.
Untuk melanggan melalui online, sila layari laman
web kami di:- www.kakinovel.com.
Untuk melanggan melalui pos, anda hanya perlu
tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang
ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta wang pos/
kiriman wang atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE dan
-
8/6/2019 Pelukan Cinta PDF
56/56
poskan ke alamat berikut:-
Kaki Novel Enterprise
No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12,
DWangsa, Wangsa Maju,
53000 Kuala Lumpur.
No. Telefon:- 03-4149 0096
No. Faks:- 03-4149 1196