Pelaporan Program Pertandingan Nasyid Smk Bantura 2015
-
Upload
wankhairuddin81 -
Category
Documents
-
view
48 -
download
0
description
Transcript of Pelaporan Program Pertandingan Nasyid Smk Bantura 2015
UNIT BINA INSANSMK BANDAR TUN RAZAK
LAPORAN PROGRAM PERTANDINGAN NASYID PERINGKAT SMK BANDAR TUN RAZAK 2015
TAJUK PROGRAM: PERTANDINGAN NASYID PERINGKAT SMK BANDAR TUN RAZAK 2015
TARIKH: 6 Februari 2015 (Jumaat)
MASA: 7.30 pagi - 10.00 pagi
TEMPAT: Dewan SMK Bandar Tun Razak.
MATLAMAT: Mencari bakat baru bagi pertandingan Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) peringkat zon.
OBJEKTIF :
1. Mencungkil bakat seni suara pelajar.
2. Memartabatkan nilai Islam dalam diri pelajar.
3. Menarik minat pelajar supaya cenderung kepada
hiburan yang bercorakkan Islam.
KUMPULAN : Semua pelajarSASARAN
SUMBER:KEWANGAN 1) PNB RM200.00
2) Peruntukan kegiatan P Islam RM200.00JUMLAH RM400.00
KOS: Hadiah 6 kumpulan x RM50 RM 300.00Saguhati hakim 3 x RM20 RM 60.00Rencam x RM40 RM 40.00 JUMLAH RM 400.00
STATUS PELAKSANAAN:
Program berjalan lancar, guru dan pelajar memberikan kerjasama yang baik. Peserta nasyid memberikan persembahan yang meyakinkan dan terdapat ramai bakat baru dikesan melalui program ini. Kerjasama AJK dalam kalangan guru juga amat memuaskan. Kami berkeyakinan program seperti ini dapat membantu meningkatkan lagi kualiti kumpulan nasyid SMK Bandar Tun Razak bagi menghadapi pertandingan Majlis Tadarus Al-Quran yang akan di adakan kelak.
REFLEKSI :100% pelajar menyatakan objektif program tercapai dan bersetuju supaya program ini diteruskan pada tahun-tahun akan datang.
PENILAIAN:Pelajar telah didedahkan dengan teknik dan format persembahan yang tepat. Pelajar tahu bahagian mana yang membolehkan mereka mendapat markah lebih.
CADANGAN:Program ini perlu di adakan mengikut kategori menengah atas dan menengah bawah agar dapat mewujudkan persaingan yang lebih adil.
LAPORAN BERGAMBAR
1. BADROP PENTAS
2. PANEL HAKIM
3. KUMPULAN NASYID MEMBUAT PERSEMBAHAN
TAMAT