Pelan Tabungan Saya
-
Upload
ibrahim-kamal -
Category
Documents
-
view
231 -
download
5
description
Transcript of Pelan Tabungan Saya
Pelan Tabungan Saya.
Nama saya Nur Syafiqah Binti Muhammad Hafiz. Saya berumur sepuluh tahun dan
bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Kundang. Saya merupakan anak sulung
daripada tiga beradik. Sewaktu berusia tujuh tahun ayah saya sudah mengajar saya
untuk menabung kerana dia berpesan, amalan menabung ini boleh membawa banyak
faedah kepada kita. Antara faedahnya ialah ia membantu kita menyemai tabiat berjimat
cermat. Selain itu, amalan menabung juga boleh membantu kita mengatasi masalah
semasa kecemasan seperti kata pepatah “menyediakan payung sebelum hujan”.
Sikap rajin menabung semasa masih muda, bertenaga, dan sihat juga akan
menyenangkan kita pada hari tua. Dengan adanya simpanan wang, kita dapat
menikmati kehidupan yang lebih gembira serta selesa dan keadaan ini boleh
digambarkan seperti bersusah-susah dahulu, bersenang-senang dikemudian. Kita
harus bersusah dahulu dan bersenang kemudian.
Ayah telah membantu saya dalam membuat pelan tabungan bagi memastikan bahawa
corak tabungan saya sentiasa teratur dan berterusan. Di rumah, ayah telah
menyediakan sebuah tabung untuk saya menyimpan hasil tabungan. Setiap hari, saya
akan memperoleh duit saku sekolah sebanyak RM3.00 dari ayah. Saya hanya
menggunakan duit saku sebanyak RM1.50 sahaja setiap hari dan separuhnya lagi akan
disimpan ke dalam tabung.
Setiap dua bulan, ayah akan mengambil duit tabungan saya dan menyimpannya ke
dalam akaun bank yang dibuat atas nama saya. Kata ayah, duit itu akan digunakan
untuk keperluan saya ketika di Universiti nanti.
Selalunya ayah akan menambah sedikit duitnya bersama-sama duit tabungan saya
untuk dimasukkan ke dalam akaun saya. Saya sentiasa mengingatkan diri sendiri
bahawa saya perlu membantu ayah dengan sentiasa berjimat cermat kerana kami
bukanlah tergolong dalam keluarga yang mewah.
Pada pendapat saya setiap pelajar perlu mengambil langkah untuk menabung kerana
amalan ini bukan sahaja dapat merealisasikan impian diri sendiri malah juga mengajar
kita erti berjimat cermat. Dengan menabung, saya sudah mempunyai simpanan sendiri
yang mana akan membantu saya untuk menyambung pelajaran di peringkat lebih
tinggi. Saya sangat berterima kasih kepada ayah saya kerana mengajar saya
menabung dan sentiasa membantu dalam memastikan saya tidak berhenti menabung.