Pelaksanaan penilaian sekolah
-
Upload
amalina-an-nur -
Category
Education
-
view
255 -
download
3
Transcript of Pelaksanaan penilaian sekolah
PELAKSANAAN
PENILAIAN
SEKOLAH
MERANCANG
O Menentukan hasil pembelajaran yang
hendak dinilai, kaedah penilaian dan
instrumen penilaian yang perlu digunakan.
MEMBINA
INSTRUMENPembinaan instrumen penilaian.
1. Jadual Penentuan Ujian (JPU) boleh membantu guru
membina soalan mengikut hasil pembelajaran yang
ditentukan.
2. Penentuan hasil pembelajaran atau aras-aras kemahiran
bergantung kepada :
• Mata pelajaran
• Tajuk yang dinilai
• Peringkat kebolehan murid yang dinilai
• Wajaran aras kesukaran (mudah, sederhana, dan sukar)
LANGKAH MENYEDIAKAN
JPU1. Pilih tajuk yang hendak dinilai.
2. Tentukan hasil pembelajaran.
3. Tentukan bilangan soalan mengikut aras.
4. Tulis bilangan soalan dalam petak
berkenaan.
5. Semak jumlah dan peratus semua soalan
dalam lajur menegak dan mendatar.
MELAKSANAKAN
PENILAIANO Hasil pembelajaran yang telah dikenalpasti
boleh dinilai dengan menggunakan kaedah :
1. Pemerhatian
2. Lisan
3. Penulisan
Ketiga-tiga kaedah ini boleh digunakan untuk :
• Mengesan serta-merta
Mengesan penguasaan hasil pembelajaran serta-merta dalam
pengajaran harian dan tidak memerlukan instrumen yang
khusus
• Mengesan kemajuan
Mengesan kekuatan dan kelemahan selepas beberapa
pembelajaran
Perlu dirancang secara individu atau kumpulan
• Mengesan pencapaian
Mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran atau
pada akhir program
Perlu dirancang secara individu
PENILAIAN SECARA
PEMERHATIANO Digunakan untuk menilai aspek yang sukar dikesan melalui
kaedah lisan dan penulisan seperti sikap, kemahiran kinestetik
dan kemahiran mereka cipta.
O Pemerhatian proses dan hasil kerja murid seperti lukisan, buku
skrap, kraf tangan dan kerja kursus membolehkan guru menilai
sikap serta penguasaan sesuatu kemahiran.
O Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu guru
melengkapkan gambaran mengenai keputusan penilaian yang
diperoleh melalui kaedah lisan dan penulisan.
O Instrumen penilaian pemerhatian meliputi senarai semak dan
skala kadar.
PENILAIAN SECARA lisan
O Digunakan untuk mengumpul maklumat semasa berlaku
interaksi antara murid dengan guru, murid dengan murid, murid
dengan bahan pembelajaran.
O Antara aspek yang boleh dinilai secara lisan ialah penggunaan
bahasa yang tepat, kefasihan menghafaz, dan sebutan dalam
berbahasa.
O Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti bacaan
kuat, syarahan, perbahasan, dan bercerita
PENILAIAN SECARA
penulisanO Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan
memeriksa tugasan dan hasil penulisan murid seperti karangan,
dan ujian bertulis
O Digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan
perkembangan intelek murid yang meliputi kemahiran seperti
kemahiran menulis, menyusun idea, penggunaan tanda baca,
dan perbendaharaan kata.
merekod
O Merekod ialah aktiviti mencatat maklumat secara bersistem berkaitan
dengan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid.
O Maklumat dalam rekod perlu dikemas kini dari masa ke semasa untuk
memudahkan guru membuat rujukan tentang pembelajaran murid.
O Perlu dianalisis dan ditafsir untuk tujuan tindakan susulan dan
pelaporan.
O Boleh dibuat dalam bentuk seperti memberi markah atau gred dan di
dokumentasikan dalam dokumen seperti buku rekod mengajar dan
laporan kemajuan murid.
melaporO Pelaporan ialah proses penyampaian maklumat penilaian dari
semasa ke semasa tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran,
nilai, sikap dan pencapaian murid.
O Maklumat untuk pelaporan diperoleh daripada rekod penilaian.
O Pelaporan perlu dilakukan dari semasa ke semasa mengikut
keperluan untuk membolehkan murid, pihak sekolah dan ibu bapa
mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
O Guru melaporkan perkara yang relevan berkaitan murid merangkumi
kekuatan dan kelemahan pembelajaran.
Tindakan susulanO Tindakan susulan adalah aktiviti pemulihan, pengukuhan
dan pengayaan.
O Aktiviti pemulihan dirancang bagi membantu murid
mengatasi masalah pembelajaran agar kelemahan murid
tidak terus terhimpun.
O Aktiviti pengukuhan menyumbang kepada pengukuhan
pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai.
O Aktiviti pengayaan dirancang untuk memberi peluang
kepada murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar.