PEKELILING SPP.doc
Transcript of PEKELILING SPP.doc
Ruj. Kami : SPP.10/1/88 Jld.VII/(17) Tarikh : 12 Disember 2006
Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Sumber Manusia Aras 1-5, Blok E12, Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA
Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Bahagian Sumber Manusia Aras 1-6, Blok E14, Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA
Y. Bhg. Tan Sri/Dato'/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING PENGAMBILANSURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN
BIL. 1 TAHUN 2007 -----------------------------------------------------------------------
PELANTIKAN TETAP KE JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH/
LEPASAN DIPLOMA/BUKAN SISWAZAH ------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------
TUJUAN
1. Surat pekeliling ini bertujuan untuk mempelawa calon di bawah pentadbiran Y. Bhg. Tan Sri/ Dato'/ tuan/ puan mengemukakan permohonan
untuk dilantik ke jawatan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) bagi kategori berikut:
1.1 PPP Siswazah (PPPS) Gred DG41 bagi calon yang telah tamat pengajian akademik di peringkat ijazah danmemiliki kelayakan
ikhtisas di dalam bidang Pendidikan serta telah ditawarkan sebagai Guru Sandaran Terlatih Siswazah yang ditempatkan
mengajar oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dalam tahun 2007 atau
sebelumnya yang masih belum mengemukakan permohonan;
1.2 PPP Siswazah (PPPS) Gred DG41 bagi pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat sebagai PPP Bukan Siswazah (PPPBS)/PPP
Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA29 tetap yang telah memiliki kelayakan akademik yang ditetapkan dalam Skim Perkhidmatan
PPP Siswazah (PPPS) Gred DG41 dan mendapat kebenaran/kelulusan cuti belajar secara separuh masa daripada KPM/KPTM
dan telah dibuat penempatan semula secara pentadbiran sebagai PPPS Gred DG41.
1.3 PPP Siswazah (PPPS) Gred DG41 bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang memiliki kelulusan ijazah dan telah tamat
serta lulus Kursus Dalam Cuti (KDC) anjuran KPM/KPTM dan telah ditawarkan sebagai Guru Sandaran Terlatih Siswazah;
1.4 PPP Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA29 bagi calon yang telah memiliki kelayakan ikhtisas di dalam bidang Pendidikan serta
telah ditawarkan sebagai Guru Sandaran Terlatih Lepasan Diploma yang ditempatkan mengajar oleh KPM/KPTM dalam tahun 2007
atau sebelumnya yang masih belum mengemukakan permohonan;
1.5 PPP Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA29 bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang tidak memiliki ijazah dan telah
tamat serta lulus Kursus Dalam Cuti (KDC) anjuran KPM/KPTM dan telah ditawarkan sebagai Guru Sandaran Terlatih Lepasan
Diploma;
1.6 PPPBS Gred DG6 bagi Guru Sandaran Terlatih di bawah Skim SSB dan sebelumnya yang telah memenuhi syarat skim dan belum mengemukakan permohonan;
1.7 PPP Siswazah (PPPS) Gred DG41 bagi pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat sebagai PPP Bukan Siswazah (PPPBS) / PPP
Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA29 tetap yang telah memiliki kelayakan akademik yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan
PPP Siswazah (PPPS) Gred DG41 dengan mendapat kebenaran / kelulusan bagi mengikuti kursus Pengajian Jarak Jauh / Sambilan
dari KPM / KPTM;
1.8 PPP Siswazah Gred (PPPS) DG41, PPP Bukan Siswazah (PPPBS) dan PPP Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA29 bagi
Guru Sandaran Terlatih kategori calon yang telah meletak jawatan dan diberi penempatan semula untuk berkhidmat di bawah
KPM / KPTM;
1.9 PPP Siswazah (PPPS) Gred DG41, PPP Bukan Siswazah (PPPBS) dan PPP Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DG29 bagi
Guru Sandaran Terlatih kategori calon agensi lain yang telah diberikan penempatan untuk berkhidmat di bawah KPM / KPTM;
1.10 PPP Siswazah (PPPS) Gred DG41, PPP Bukan Siswazah (PPPBS) dan PPP Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DG29 bagi
Guru Sandaran Terlatih kategori calon bekas tentera yang telah diberi penempatan untuk berkhidmat di bawah KPM / KPTM;
1.11 PPPBS Gred DG8 bagi Guru Sandaran Terlatih di bawah Skim SSB dan sebelumnya yang telah memenuhi syarat skim dan belum
mengemukakan permohonan; dan
1.12 lain-lain calon PPP Siswazah (PPPS) Gred DG41 / PPP Lepasan Diploma (PPPLD) dan PPP Bukan Siswazah (PPPBS) Gred
DGA29 bagi Guru Sandaran Terlatih yang dipersetujui oleh KPM / KPTM termasuk Calon Sekolah Agama Rakyat (SAR), Calon
Sekolah Agama Negeri (SAN) termasuk Calon Program Pensiswazahan Guru Besar (PPGB).
KELAYAKAN
2. Calon-calon hendaklah memiliki kelayakan yang disyaratkan dalam Skim PPP seperti berikut:
2.1 PPP Siswazah Gred DG41 di LAMPIRAN A ; 2.2 PPP Lepasan Diploma Gred DGA29 di LAMPIRAN B ; 2.3 PPP Bukan Siswazah Gred DG6 di LAMPIRAN C ; atau
2.4 PPP Bukan Siswazah Gred DG8 (B1 dan B2) di LAMPIRAN D1 dan D2 .
TARAF JAWATAN
3. Taraf jawatan adalah tetap .
PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
4. Calon-calon yang memasuki perkhidmatan PPPS, PPPLD dan PPPBS adalah tertakluk kepada syarat-syarat di dalam Skim Perkhidmatan PPP
berkenaan yang sedang berkuat kuasa pada masa ini serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.
CARA MEMOHON
5. Permohonan hendaklah dikemukakan seperti berikut:
5.1 calon-calon di para 1.1 hingga 1.6 adalah DIWAJIBKAN membuat permohonan melalui internet (SPP e - Permohonan) seperti
panduan di LAMPIRAN E . Sila ambil perhatian kepada kenyataan di LAMPIRAN E butiran B1 dan B2 yang menjelaskan
antara lain bahawa salinan sijil, salinan dokumen dan gambar perlu dikemukakan semasa sesi temu duga.
5.2 bagi calon-calon di para 1.7 hingga 1.12 dikehendaki mengisi borang permohonan lengkap berserta dengan salinan-salinan dokumen
dan sekeping gambar berukuran pasport, dan dihantar melalui Kementerian Pelajaran Malaysia .
5.3 bagi calon-calon yang mengemukakan permohonan dengan borang, borang permohonan boleh dimuat turun daripada laman web
SPP di alamat: http://www.spp.jpm.my .
TINDAKAN KETUA JABATAN
6. Pihak KPM, KPTM, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Bahagian / Daerah dan Pengetua Institut / Maktab Perguruan/Politeknik/
Kolej/Sekolah Menengah serta Guru Besar Sekolah Rendah adalah diminta:
6.1 untuk menghebahkan pelawaan ini dan memberi kerjasama kepada calon untuk membuat permohonan, sama ada melalui SPP e-Permohonan
atau pengisian borang permohonan masing-masing; dan
6.2 menyediakan borang permohonan yang boleh dicetak daripada Laman Web SPP.
TINDAKAN OLEH CALON
7. Calon-calon yang memohon melalui SPP e - Permohonan adalah diminta membaca panduan di LAMPIRAN E terlebih dahulu untuk memahami
tindakan yang perlu diambil. Calon di para 1.7 hingga 1.12 yang menggunakan borang, dikehendaki mengambil tindakan berikut:
7.1 melekatkan sekeping gambar berukuran 3.2sm x 3sm (ukuran gambar untuk Kad Pengenalan) di ruangan kosong muka hadapan
penjuru kanan bahagian atas borang permohonan dan mencatatkan di sebelah kanan borang berkenaan dengan perkataan berikut
(mengikut yang mana berkaitan):
i. DG41 (PJJ) bagi permohonan kategori seperti di para 1.7.
ii. DG41 / DGA29 bagi permohonan calon yang pernah letak jawatan seperti di para 1.8.
iii. DG41 / DGA29 bagi permohonan kategori calon Agensi Lain seperti di para 1.9.
iv. DG41 / DGA29 bagi permohonan kategori calon Bekas Tentera seperti di para 1.10.
v. DG8 (SSB) bagi permohonan calon kategori seperti di para 1.11.
7.2 melampirkan salinan dokumen yang diakui sah oleh Ketua Jabatan/ Pengetua/ Guru Besar bersama dengan borang permohonan, iaitu:
i. Kad Pengenalan;
ii. Sijil Kelahiran atau Sijil Warganegara (bagi calon yang lahir di luar Negara, borang W atau surat pengesahan kewarganegaraan oleh Jabatan Pendaftaran Negara diperlukan);
iii. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
iv. Kepujian Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Am Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (jika berkenaan);
v. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia/Sijil Tinggi Persekolahan/ Sijil Politeknik atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
(jika berkenaan);
vi. Diploma dalam bidang berkenaan dari institusi pengajian tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
(jika berkenaan);
vii. Ijazah dari universiti-universiti tempatan/luar negeri atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan [termasuklah
surat kelulusan nilai taraf ijazah (jika berkenaan) dan terjemahan dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Inggeris bagi ijazah luar negeri
yang diperolehi selain daripada Bahasa Malaysia/BahasaInggeris];
viii. surat-surat lain yang berikut seperti:
a) Calon yang mengikuti kursus PJJ perlu mengemukakan surat kelulusan/kebenaran mengikuti kursus PJJ / sambilan dari JPN /
KPM; atau
b) Calon Bekas Tentera/Polis, Calon Agensi Lain/Calon Sedang Berkhidmat, Calon Letak Jawatan, Calon Agama Rakyat (SAR),
Calon Sekolah Agama Negeri ( SAN ) dan Calon Program
Pensiswazahan Guru Besar ( PPGB ) hendaklah mengemukakan lain-lain dokumen berkaitan seperti yang disyaratkan oleh
KPM; dan
ix. Kenyataan Perkhidmatan terkini yang kemas kini bagi calon yang sedang berkhidmat.
7.3 Borang permohonan lengkap dan salinan hendaklah dikemukakan kepada:
Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia
Bahagian Sumber Manusia Aras 1-5 Blok E12
Kompleks Kerajaan Persekutuan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA.
7.4 salinan tambahan juga hendaklah dikemukakan kepada Pengetua/Guru Besar/Ketua Jabatan masing-masing untuk tujuan rekod.
TAMBAHAN
8. Calon KPLI Lepasan Institut Perguruan dan Diploma Pendidikan boleh menggunakan keputusan akhir peperiksaan bagi urusan temu duga bagi
lantikan tetap tanpa menunggu sijil dikeluarkan oleh pihak institut seperti Pekeliling Pengambilan SPP bil. 2/2006.
9. Calon yang tidak diperaku dalam urusan temu duga adalah tertakluk dibawah prinsip calon gagal temu duga seperti Pekeliling Pengambilan
SPP bil. 4/2006.
10. Calon mempunyai nilai taraf yang tertakluk dengan syarat latihan mengajar sepenggal, hanya boleh mengemukakan permohonan setelah
memenuhi syarat tersebut.
PERINGATAN
11. Hanya calon yang permohonannya telah didaftarkan secara e- Permohonan dan calon yang mengemukakan borang permohonan lengkap
dan layak sahaja akan dipanggil temu duga . Borang permohonan yang tidak lengkap akan dikembalikan dan perlu dilengkapkan terlebih
dahulu oleh calon berasaskan Surat Akuan Terima di LAMPIRAN F serta mengemukakannya semula sebelum tarikh tutup permohonan .
12. Calon yang belum ditawarkan penempatan mengajar dan pelantikan sebagai GST seperti yang dimaksudkan di para 7.2(vii) tidak layak
mengemukakan permohonan.
13. Calon seperti di para 1.1 dan 1.4 adalah perlu mengemukakan permohonan dalam tempoh satu tahun dari tarikh sepatutnya dilantik
berdasarkan prinsip pelantikan tahun 2000 yang diguna pakai seperti peraturan surat Pekeliling Pengambilan SPP bil. 5/2006.
14. Calon yang sedang bercuti adalah tidak boleh menghadiri temu duga.
15. Calon yang mengemukakan maklumat palsu akan dikenakan tindakan mengikut Akta Suruhanjaya Tahun 1950.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
16. Tarikh tutup permohonan bagi semua calon ialah pada 31 Disember 2007.
URUSAN TEMUDUGA
17. Calon adalah dimaklumkan bahawa mereka akan ditemu duga selewat-lewatnya dalam tempoh enam bulan daripada tarikh permohonan lengkap
diterima oleh Suruhanjaya ini.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
(DATO' NOORAISHAH BINTI AHMAD TAJUDIN) Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia .
s.k :
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Perkhidmatan Aras 6-7, Blok C2, Parcel C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 W.P PUTRAJAYA
Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia ,
Jabatan Pendidikan Teknikal, Aras 6, Blok E14, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 W.P PUTRAJAYA.
Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia
Bahagian Pendidikan Guru Aras 2-6, Blok E13, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 W.P PUTRAJAYA
Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia
Bahagian Sekolah Aras 3-4, Blok E2, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 W.P PUTRAJAYA