LAPORAN ROADSHOW UNIVERSITI TEKNOLOGI … roadshow universiti teknologi malaysia ke pekanbaru,...
Transcript of LAPORAN ROADSHOW UNIVERSITI TEKNOLOGI … roadshow universiti teknologi malaysia ke pekanbaru,...
1
LAPORAN ROADSHOW UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
KE PEKANBARU, INDONESIA
TARIKH : 13 – 16 MEI 2009
Disediakan oleh: Prof. Madya Dr. Hadi Nur
2
1.0 LATAR BELAKANG LAWATAN
Program lawatan ini adalah antara persediaan universiti untuk ke arah menaikkan
status Universiti Teknologi Malaysia ke Universiti Penyelidikan. Di samping itu,
program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan UTM di Pekanbaru.
2.0 TUJUAN LAWATAN
• Mendapatkan calon-calon pelajar sarjana muda dan juga pasca siswazah.
• Mencari rakan-rakan universiti untuk pertukaran pelajar.
• Membina jaringan dan hubungan antarabangsa yang boleh membantu Universiti
mencapai status ‘Research University’.
• Mengenengahkan kecemerlangan Universiti di peringkat global melalui jaringan
hubungan untuk menjadikannya lebih menonjol dalam masyarakat antarabangsa
mahupun tempatan.
• Memperluaskan promosi akademik Universiti ke peringkat antarabangsa untuk
menarik lebih ramai pelajar luar negara.
• Meningkatkan imej Universiti agar setanding dengan universiti-universiti ternama
dunia.
3.0 DELEGASI LAWATAN
• Prof. Madya Dr. Hadi Nur (Ketua Delegasi, Pengurus Hal-Ehwal Antarabangsa
Sektor Indonesia)
• Prof.Madya Dr. Ismail Said (Ketua Jabatan Arkitektur Lanskap)
• Prof. Madya Abdul Razak Ismail (Pengarah Unit Alumni Unit)
• Prof. Madya Dr. Othman Che Puan (Timbalan Dekan, Sekolah Pengajian
Siswazah)
• Prof. Madya Dr. Syed Abdul Rahman Syed Abu Bakar (Ketua Jabatan Pengajian
Siswazah, Fakulti Kejuruteraan Elektrikal)
• Mohd Syazli bin Md. Tahir, (Penolong Pendaftar, Unit Pemasaran)
3
4.0 LAWATAN KE SEKRETARIS DAERAH PROPINSI RIAU
4.1 Delegasi UTM yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Hadi Nur disambut oleh
Wan Syamsir Yus, Setiausaha Daerah Provinsi Riau di Pejabat Gabernor
Riau di Pekanbaru pada jam 10.00 pagi (14 Mei 2009). Delegasi UTM
seterusnya diberi penerangan oleh Wan Syamsir Yus bahawa Provinsi Riau
sedang mempertingkatkan prestasi pendidikan di Riau dengan menghantar
pelajar-pelajar daripada Riau melanjutkan pelajaran ke luar negara. UTM
boleh mengambil peluang ini untuk menerima pelajar-pelajar terutama dalam
bidang kejuruteraan. Sehingga kini masih belum ada kerjasama di antara
provinsi Riau dengan UTM.
Kunjungan ke Sekretariat Daerah Provinsi Riau, Wan Syamsir Yus, di pejabar Gabernor Riau di
Pekanbaru.
4
5.0 LAWATAN KE POLITEKNIK CALTEX RIAU, UNIVERSITAS LANCANG KUNING ,
UNIVERSITAS RIAU, UNIVERSITAS ISLAM RIAU DAN UNIVERSITAS ISLAM
SULTAN SYARIF KASSIM
5.1 Lawatan ke Politeknik Caltex Riau dan Universitas Lancang Kuning dilakukan
pada sebelah petang (14 Mei 2009). Lawatan ke Universitas Riau, Universitas
Islam Sultan Syarif Kassim dan Universitas Islam Riau dilakukan pada
keesokan harinya (15 Mei 2009). Dua agenda telah dibincangkan di kelima-
lima institusi yang dikunjungi. Agenda-agenda tersebut adalah:
- Mendapatkan calon-calon pelajar sarjana muda dan juga pasca siswazah.
- Mencari rakan-rakan universiti untuk pertukaran pelajar.
5.2 Di setiap institusi yang dikunjungi, delegasi UTM disambut oleh:
- Ir. R. Awan Setyawan (Direktur Politeknik Caltex Riau)
- Dr. Syafrani (Timbalan Rektor – Akademik, Universitas Lancang Kuning)
- Dr. Syaiful Bahri (Dekan Fakultas Teknik, Universitas Riau)
- Prof. Dr. Munzir Hitami (Timbalan Rektor - Akademik, Universitas Islam
Sultan Syarif Kassim)
- Dr. Sugeng Wiyono (Dekan Fakultas Teknik, Universitas Islam Riau)
Pada setiap kunjungan, dekan-dekan, ketua-ketua jabatan dan pensyarah-
pensyarah daripada institusi yang dikunjungi juga turut hadir.
5.3 Pada setiap kunjungan Prof. Madya Dr. Hadi Nur membuka perbincangan
dengan memberikan penerangan bahawa UTM sedang mempertingkatkan
kerjasama di antara universiti-universiti di Indonesia dengan UTM, di
antaranya untuk pertukaran pelajar. Pihak Politeknik Caltex Riau, Universitas
Lancang Kuning, Universitas Riau, Universitas Islam Sultan Syarif Kassim
dan Universitas Islam Riau juga telah diberi penerangan mengenai
transformasi UTM ke universiti penyelidikan.
5
Lawatan ke Politeknik Caltex Riau
Lawatan ke Universitas Lancang Kuning
Lawatan ke Universitas Riau
6
Lawatan ke Universitas Islam Negeri Syarif Kasim
Lawatan ke Universitas Islam Riau
6.0 TEMU BUAL DI RADIO REPUBLIK INDONESIA DAN AKHBAR RIAU POS
6.1 Temu bual interaktif di Radio Republik Indonesia (RRI) disertai oleh Prof.
Madya Dr. Hadi Nur, Prof. Madya Dr. Ismail Said dan En. Dahliyusmanto
pada 16 Mei 2009. Pada temu bual ini pihak UTM telah memberi penerangan
mengenai peluang-peluang yang boleh diambil oleh pelajar-pelajar yang akan
melanjutkan pengajian di peringkat prasiswazah dan pasca siswazah di UTM.
Dalam temu bual interaktif ini, delegasi UTM juga telah menerima pertanyaan-
pertanyaan melalui telefon dari pendengar-pendengar RRI yang siarannya
boleh diterima sehingga ke Melaka.
7
Temu bual interaktif di Radio Republik Indonesia
7.0 PAMERAN PENDIDIKAN
7.1 Pameran pendidikan UTM dilaksanakan di Hotel Pangeran dari 9.00 pagi
sehingga 5.00 petang (16 Mei 2009). Pelawat-pelawat tapak pameran telah
diberi penerangan mengenai kursus-kursus yang ditawarkan oleh UTM.
Walaubagaimanapun, jumlah pelawat-pelawat yang datang tidak seperti yang
dijangkakan. Kurangnya pelawat-pelawat yang datang mungkin disebabkan
waktu penghebahan berita mengenai pameran ini terlalu pendek.
8
Kegiatan Pameran dan Diskusi
8.0 PENUBUHAN PERSATUAN ALUMNI UTM DI PEKANBARU
8.1 Persatuan alumni UTM di Pekanbaru telah ditubuhkan memandangkan
alumni UTM di Pekanbaru sudahpun mencukupi. Dr. Sugeng Wiyono telah
dipilih secara sebulat suara sebagai Ketua Persatuan Alumni UTM di
Pekanbaru.
9
Pembentukan Ikatan Alumni UTM Riau dan Dinner Bersama Alumni
9.0 KESIMPULAN
Kesimpulan yang dapat dibuat daripada hasil lawatan yang telah diadakan, adalah
hubungan dan kerjasama diantara UTM dengan universiti-universiti di Pekanbaru
dalam bidang pertukaran pelajar, penyelidikan dan pengajaran dapat
dipertingkatkan. Aktiviti promosi UTM ini dapat memberikan maklumat yang lengkap
bagi calon-calon pelajar yang berasal dari Indonesia khususnya mereka yang
berasal dari Pekanbaru. Di samping itu, minat pemohon untuk melanjutkan pengajian
di Universiti Teknologi Malaysia juga dapat ditarik.