pbs_pengajian_am_stpm_2013_sem_2_finish (2).docx
Transcript of pbs_pengajian_am_stpm_2013_sem_2_finish (2).docx
941130-14-5537
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Dapatan kajian pemerhatian
Pada 31 Januari 2013 ( Jumaat ), pukul 4 petang hingga 7 petan petang, penyelidik
berpendapat dalam tempoh masa ini, tempoh menunggu menunggu untuk membuat
pembayaran dan menerima pesanan agak lambat kerana perkhidmatan pekerja yang tidak
cekap. Pada 12 Februari 2013 ( Selasa) sesi pemerhatian kedua bermula dari pukul 7
pagi hingga 12 petang. Penyelidik berpendapat makanan dan minuman yang ditawarkan
amat digemari oleh pelanggan yang berumur 15 tahun ke atas kerana makanan yang
disediakan kepelbagaian. Selain itu, pemerhatian sesi ketiga diadakan pada 13 Februari
2013 ( Rabu ), bermula dari pukul 7 pagi hingga 12 petang. Penyelidik berpendapat
makanan dan minuman yang ditawarkan amat segar .Pemerhatian sesi keempat diadakan
pada 14 Februari 2013 ( Khamis ), pada pukul 1 petang hingga 5 petang . Penyelidik
berpendapat ramai pelanggan yang berumur 15 tahun ke atas suka menggunakan
perkhidmatan WiFi semasa berbelanja di restoran Mcdonald’s .Permerhatian sesi kelima
dijalankan pada 15 Februari, pada pukul 1 petang hingga 5 petang. Penyelidik
berpendapat kawasan restoran sangat bersih kerana pekerja menyapu lantai dan memop
lantai setiap 2 jam. Selain itu, pemerhatian sesi keenam dijalankan pada 16 Februari
( Sabtu ) pada pukul 6 petang hingga 10 malam dan penyelidik berpendapat tempat letak
kereta restoran Mcdonald’s Taman Putra Permai tidak mencukupi dan menyebabkan
ramai pelanggan menggunakan perkhidmatan ‘Drive Thru’. Pemerhatian sesi ketujuh
dijalankan pada 17 Februari ( Ahad ) pada pukul 6 petang hingga 10 malam. Penyelidik
berpendapat pelanggan dilayan secara sopan dan mesra semasa membuat pembayaran.
Dapatan kajian temu bual
Melalui keadah temu bual, maklumat-maklumat yang berkaitan dengan kajian ini
diperoleh oleh penyelidik daripada 6 orang responden. Kebanyakan daripada mereka
menyatakan bahawa makanan dan minuman yang disediakan di restoran McDonald’s
amat bagus. Malah, ada responden yang menyatakan bahawa kemudahan yang disediakan
941130-14-5537
di restoran McDonald’s baik dan ada juga yang menyatakan bahawa kemudahan yang
disediakan tidak memuaskan hati. Ada juga responden yang mengadu bahawa tempat
letak kereta yang disediakan oleh restoran McDonald’s tidak mencukupi.
Dapatan kajian rujukan
Web site www.mcdonals.com.my telah dirujuk dan mendapati bahawa restoran
Mcdonald’s merupakan rangkaian restoran makanan segera yang terbesar di dunia.
Menurut lamam web Dewan Bahasa dan Pustaka, definisi makanan segera adalah
makanan yang boleh disediakan atau dihidangkan dengan cepat. Buku Pengajian Am
Penggal 2 dari Penerbit Ilmu Bakti dirujuk untuk mendapatkan cara dan langkah yang
betul untuk menaip kajian.
Dapatan kajian soal selidk
1) Analisis Bahagian A: Maklumat Responden
a) Taburan Responden Berdasarkan Jantina
Garf di bawah menunjukkan taburan responden berdasarkan jantina. Didapati
responden yang jantina lelaki sebanyak 27 orang lelaki (54%) dan 23 orang
perempuan (46%) telahpun terlibat dalam kajian ini.
Taburan Responden Berdasarkan Jantina
perempuanlelaki
941130-14-5537
b) Taburan Responden Berdasarkan Umur
Jadual 2 menunjukkan taburan responden berdasarkan umur. Didapati responden
yang berumur 19-30 tahun merupakan majority dalam kajian ini dengan
bilangannya seramai 21 orang (42%). Majority kedua dalam kajian ini ialah
responden remaja yang berumur 13-18 tahun, iaitu sebanyak 14 orang (28%).
Seterusnya, responden yang berumur 31 tahun ke atas mempunyai bilangan 9
orang (18%) dan diikuti dengan responden yang berumur 10-12 tahun yang
seramai 6 orang (12%).
Umur Frekuensi Peratusan (%)
10-12 tahun 6 12
13-18 tahun 14 28
19-30 tahun 21 42
31 ke atas 9 18
Jumlah 50 100
Jadual 2: Taburan Responden Berdasarkan Umur
c) Taburan Reponden Berdasarkan Bangsa
Graf di bawah menunjukkan taburan responden berdasarkan bangsa. Didapati
responden yang bangsa Cina merupakan majoriti dalam kajian ini dengan
bilangannya seramai 20 orang (40%). Responden bangsa India mempunyai
seramai 9 orang (18%) manakala responden bangsa Melayu mempunyai 11 orang
(22%). Akhir sekali, bangsa lain-lain yang terlibat adalah sebanyak 10 orang
(20%)
941130-14-5537
Taburan Responden Berdasarkan Bangsa0
5
10
15
20
25
30
35
40
45
MelayuCinaIndiaLain-lain
Pera
tusa
n (%
)
d) Taburan Responden Berdasarkan Taraf Pendidikan
Graf di bawah menunjukkan taburan responden berdasarkan tahap pendidikan.
Analisis menunjukkan sebilangan besar responden dalam kajian ini terdiri
daripada remaja yang mempunyai kelulusan PMR iaitu seramai 12 orang (24%)
diikuti responden yang mempunyai kelulusan SPM yang seramai 5 orang remaja
(10%). Bukan itu sahaja, responden yang mempunyai kelulusan peringkat
universiti atau kolej ialah 16 orang (32%). Akhir sekali, taraf pendidikan lain-lain
adalah sebanyak 17 orang (34%).
24%
10%
32%
34%
Taburan Responden Berdasarkan Tahap Pendidikan
PMRSPMPeringkat Universiti/ KolejLain-lain
941130-14-5537
e) Taburan Responden Berdasarkan Pendapatan
Graf di bawah menunjukkan taburan responden berdasarkan pendapatan. Hasil
kajian menunjukkan kebanyakkan responden berpendapatan kurang daripada
RM1000 sebulan, iaitu seramai 26 orang remaja (52%). Seterusnya, responden
yang berpendapatan sebanyak RM1001 hingga RM3000 seramai 13 orang (26%)
diikuti dengan responden yang berpendapatan sebanyak RM3001-RM5000 yang
seramai 10 orang (20%). Responden yang berpendapatan lebih daripada RM5000
adalah yang paling kurang, iaitu seramai 1 orang (2%) sahaja.
0 10 20 30 40 50 60
Taburan Responden Berdasarkan Penda-patan
> RM 5000RM 3001- RM 5000RM 1001-RM3000< RM 1000
Peratusan (%)
2) Analisis Bahagian B: Pengetahuan Responden Terhadap Isu yang Dikaji
Penyelidik membahagikan empat tahap persetujuan bagi setiap item kepada dua
bahagian iaitu setuju dan tidak setuju untuk mengetahui maklumat mengenai persepsi
pelanggan terhadap restoran McDonald’s di Taman Putra Permai, Seri Kembangan,
Selangor. Bahagian setuju merangkumi mereka yang bersetuju (S) dan sangat
bersetuju (SS) dengan kenyataan yang dikemukakan. Manakala bahagian tidak setuju
941130-14-5537
pula merangkumi mereka yang tidak bersetuju (TS) dan sangat tidak bersetuju (STS)
dengan kenyataan yang dikemukakan. Data yang didapat dipersembahkan dalam
bentuk frekuensi (f) dan peratusan (%).
i. Persepsi pelanggan terhadap restoran McDonald’s di Taman Putra Permai, Seri
Kembangan, Selangor.
Analisis kajian ini menunjukkan kepuasan pelanggan terhadap makanan dan
minuman yang disediakan oleh restoran McDonald’s melalui jadual 3.
Kebanyakkan pelanggan bersetuju dan sangat bersetuju bahawa pelbagai jenis
yang disediakan oleh restoran ini sungguh enak iaitu mempunyai peratusan
sebanyak 56% manakala pelanggan yang tidak bersetuju dan sangat tidak
bersetuju dengan kenyataan ini adalah sangat kurang iaitu seramai 44% daripada
mereka yang tidak bersetuju dengan kenyataan ini.
Seterusnya, peratusan responden yang tidak bersetuju bahawa layanan staf
sentiasa mesra dan bagus adalah lebih kurang berbanding dengan responden yang
bersetuju dengan aspek dan kenyataan ini. Seramai 28% pelanggan yang tidak
bersetuju dengan kenyataan ini dan pelanggan yang bersetuju dengan kenyataan
ini adalah lebih kurang dan sebanyak 72%.
Sebahagian besar pelanggan tidak bersetuju bahawa pelbagai minuman yang
disediakan sangat bagus berbanding dengan pelanggan yang bersetuju dengan
kenyataan ini. Seramai 44% daripada 50 orang responden yang bersetuju dengan
kenyataan ini manakala 56% daripadanya tidak bersetuju dengan kenyataan ini.
Penyelidik juga mendapati seramai 60% responden menyatakan setuju dengan
pelbagai makanan yang ditawarkan oleh restoran McDonald’s Taman Putra
Permai, Seri Kembangan, Selangor amat berkualiti dan sebahagian kecil
pelanggan iaitu 40% responden yang tidak bersetuju dengan kenyataan ini.
Selain itu, responden yang berpendapat bahawa tempat letak kereta restoran
McDonald’s Taman Putra Permai mencukupi adalah lebih kurang berbanding
dengan responden yang tidak bersetuju akan kenyataan ini. Seramai 76% orang
941130-14-5537
responden adalah berpendapat bahawa tempat letak kereta kadangkala tidak
mencukupi manakala 24% daripadanya tidak bersetuju dengan kenyataan
tersebut.
Bukan itu sahaja, 70% orang pelanggan yang berpendapat penghawa angin
yang dibekalkan oleh restoran McDonald’s Taman Putra Permai tidak sejuk juga
lebih banyak daripada 30% pelanggan yang menyatakan bahawa penghawa angin
yang dibekalkan oleh restoran McDonald’s Taman Putra Permai sangat sejuk.
Terdapat 66% orang pelanggan berpendapat bahawa makanan yang
disediakan dari restoran McDonald’s Taman Putra Permai telah memenuhi cita
rasa mereka. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa orang pelanggan, iaitu 34%
daripada 50 orang pelanggan masih tidak bersetuju bahawa makanan yang
disediakan dari restoran McDonald’s Taman Putra Permai telah memenuhi cita
rasa mereka.
Di samping itu, 60% orang pelanggan yang berpendapat bahawa pelbagai
pakej makanan dijualkan memang menepati masa rehat mereka manakala
pelanggan yang tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut adalah sebanyak 40%.
Selepas itu, 64% orang pelanggan bersetuju bahawa pelanggan tidak perlu
menunggu lama semasa membayar tetapi terdapat 36% orang pelanggan berasa
mereka menunggu lama semasa membayar.
Terdapat 68% orang pelanggan berasa harga makanan yang ditawarkan oleh
restoran McDonald’s sangat murah. Namun begitu, terdapat 32% orang pelanggan
yang tidak bersetuju bahawa berasa harga makanan yang ditawarkan oleh restoran
McDonald’s sangat murah.
Sebagai rumusan, kajian ini telah menunjukkan persepsi pelanggan terhadap
restoran McDonald’s Taman Putra Permai, Seri Kembangan. Antara persepsi
pelanggan terhadap restoran McDonald’s Taman Putra Permai, Seri Kembangan
yang menunjukkan pengaruh tinggi ialah tempat letak kereta yang disediakan oleh
restoran McDonald’s Taman Putra Permai kadangkala tidak mencukupi. Perkara
941130-14-5537
ini akan menyebabkan ketidakpuasan pelanggan terhadap restoran McDonald’s
dan berlaku akibatnya yang tidak diingini.
Bil. Item- item Soal
selidik
Jawapan
Setuju (S) Tidak Setuju (TS)
SS S TS STS
f % f % f % f %
1 Saya berpendapat
pelbagai jenis
makanan yang
disediakan sungguh
enak.
12 24 16 32 12 24 10 20
56% 44%
2 Saya berpendapat
bahawa layanan staf
sentiasa mesra dan
bagus.
17 34 19 38 10 20 4 8
72% 28%
3 Saya berpendapat
bahawa pelbagai
minuman yang
disediakan sangat
bagus.
4 8 18 36 17 34 11 22
44% 56%
4 Saya berpendapat
pelbagai makanan
yang ditawarkan amat
berkualiti.
12 24 18 36 11 22 9 18
60% 40%
5 Saya berpendapat
bahawa tempat letak
kereta kadangkala
13 26 25 50 7 14 5 10
76% 24%
941130-14-5537
tidak mencukupi.
6 Saya berpendapat
bahawa penghawa
angin tidak sejuk.
17 34 18 36 9 18 6 12
70% 30%
7 Saya berpendapat
bahawa pelbagai
pakej makanan
dijualkan memang
menepati masa rehat
saya.
16 32 14 28 13 26 7 14
60% 40%
8 Saya berpendapat
bahawa makanan
yang disediakan
memenuhi cita resa
saya.
16 32 17 34 7 14 10 20
66% 34%
9 Saya berpendapat
bahawa pelanggan
tidak perlu menunggu
lama semasa
membayar.
11 22 21 42 12 24 6 12
64% 36%
10 Saya berpendapat
bahawa harga
makanan yang
ditawarkan sangat
murah.
20 40 14 28 11 22 5 10
68% 32%
Jadual 3: Taburan frekuensi dan peratusan bagi persepsi pelanggan
terhadap restoran McDonald’s Taman Putra Permai
941130-14-5537
ii. Cadangan-cadangan bagi aspek yang boleh ditingkatkan
Setelah dianalisis dan dicatat pada jadual 4, didapati bahawa seramai 72%
orang responden daripada 50 orang responden bercadang bahawa tempat letak
kereta harus ditambahkan manakala terdapat 28% orang responden daripadanya
tidak bersetuju dengan aspek tersebut. Hal ini telah membuktikan tempat letak
kereta tidak mencukupi untuk pelanggannya pada masa lapang.
Seterusnya, responden yang bersetuju dan berpendapat tandas restoran yang
terdapat di restoran McDonald’s Taman Putra Permai, Seri Kembangan patut
ditambah adalah seramai 56% dan 42% responden yang lain pula tidak bersetuju
tentang cadangan penambahan bilangan tandas restoran McDonald’s Taman Putra
Permai, Seri Kembangan.
Selain itu, seramai 86% responden daripada 50 orang pelanggan bercadang
bahawa kelajuan wifi restoran McDonald’s Taman Putra Permai patut
ditingkatkan manakala 14% responden daripadanya tidak bersetuju tentangnya.
Perkara ini menunjukkan kelajuan perkhidmatan wifi yang dibekalkan percuma
adalah sangat lemah.
Terdapat 70% orang responden telah tidak bersetuju terhadap cadangan tentang
mengurangkan ruang makan manakala terdapat 30% responden yang bersetuju
dengan kenyataan tersebut. Bukan itu sahaja, cadangan bagi penyediaan tempat
larangan merokok dan tempat merokok telah disetujui oleh 76% responden
daripada 50 orang pelanggan dan sebaliknya 24% responden tidak bersetuju
dengan penyediaan tempat larangan merokok dan tempat merokok.
941130-14-5537
Seterusnya, seramai 70% responden berpendapat bahawa tempat duduk
restoran McDonald’s dinaiktaraf supaya selesa manakala 30% responden
daripadanya berbantah cadangan demikian kerana tempat duduk restoran
McDonald’s tidak perlu dinaiktarafkan. Seramai 60% responden juga berpendapat
bahawa lagu yang dimainkan harus ditutup supaya tenang. Sebaliknya, terdapat
40% responden yang berpendapat lagu haruslah terus dimainkan di restoran
McDonlad’s Taman Putra Permai.
Di samping itu, terdapat 66% orang pelanggan yang berpendapat unit
penghawa angin yang dibekalkan oleh restoran McDonald’s Taman Putra Permai
harus ditambahkan juga lebih banyak daripada 34% pelanggan yang menyatakan
bahawa penghawa angin yang dibekalkan oleh restoran McDonald’s Taman Putra
Permai tidak perlu ditambahkan.
Seramai 64% pelanggan juga bercadang menu makanan restoran McDonlad’s
harus ditukar secara harian manakala terdapat 36% daripada 50 orang responden
berpendapat menu makanan tidak perlu ditukar secara harian. Selepas itu,
sebanyak 68% responden juga berpendapat bahawa kualiti makanan yang
disediakan harus ditingkatkan walaupun seramai 32% responden telahpun
berbantah kenyataan tersebut.
Sebagai rumusan, kajian ini telah menunjukkan cadangan-cadangan bagi
aspek yang boleh ditingkatkan oleh restoran McDonald’s Taman Putra Permai,
Seri Kembangan. Antara cadangan-cadangan terhadap restoran McDonald’s
Taman Putra Permai, Seri Kembangan yang menunjukkan pengaruh tinggi ialah
kelajuan wifi yang dibekalkan oleh restoran McDonald’s Taman Putra Permai
harus ditingkatkan.
941130-14-5537
Bil. Item- item Soal
selidik
Jawapan
Setuju (S) Tidak Setuju (TS)
SS S TS STS
f % f % f % f %
1 Saya berpendapat
bahawa tempat letak
kereta harus
ditambahkan.
17 34 19 38 10 20 4 8
72% 28%
2 Saya berpendapat
bahawa tandas
restoran harus
ditambahkan.
12 24 16 32 12 24 10 20
56% 42%
3 Saya berpendapat
bahawa kelajuan wifi
patut ditingkatkan
31 62 12 24 7 14 0 0
86% 14%
4 Saya berpendapat
bahawa ruang makan
harus dikurangkan
4 8 11 22 18 36 17 34
30% 70%
5 Saya berpendapat
bahawa penyediaan
tempat larangan
merokok dan tempat
merokok patut
dilaksanakan
13 26 25 50 7 14 5 10
76% 24%
6 Saya berpendapat
bahawa tempat duduk
restoran McDonald’s
17 34 18 36 9 18 6 12
70% 30%
941130-14-5537
patut dinaiktaraf
supaya selesa.
7 Saya berpendapat
bahawa lagu yang
dimainkan harus tutup
supaya tenang.
16 32 14 28 13 26 7 14
60% 40%
8 Saya berpendapat
bahawa unit
penghawa dingin
harus ditambahkan.
16 32 17 34 7 14 10 20
66% 34%
9 Saya berpendapat
bahawa menu
makanan harus
ditukar secara harian.
11 22 21 42 12 24 6 12
64% 36%
10 Saya berpendapat
bahawa kualiti
makanan yang
disediakan harus
ditingkatkan.
20 40 14 28 11 22 5 10
68% 32%
Jadual 4: Taburan frekuensi dan peratusan bagi cadangan-cadangan bagi aspek
yang boleh ditingkatkan oleh restoran McDonald’s Taman Putra Permai
941130-14-5537
Perbincangan
Apakah persepsi pelanggan terutama terhadap restoran McDonald’s di Taman Putra
Permai, Seri Kembangan?
Berdasarkan analisis yang telah dibuat di jadual 3, didapati persepsi utama
responden terhadap restoran McDonald’s di Taman Putra Permai, Seri Kembangan ialah
tempat letak kereta kadangkala tidak mencukupi kepada responden. Analisis
menunjukkan aspek ini mempunyai peratusan yang paling tinggi berbanding aspek-aspek
lain kerana sebanyak 76% responden daripada 50 orang pelanggan telahpun bersetuju
dengan kenyataan tersebut. Penyelidik berpendapat, bagi menarik perhatian pelanggan,
restoran McDonald’s di Taman Putra Permai, Seri kembangan harus menambahkan
tempat letak kereta kepada pelanggannya.
Pihak berkuasa perlu menyediakan tempat meletak kereta di setiap kawasan atau
bangunan yang menjadi tumpuan orang ramai atau kelompok-kelompok tertentu tidak
kira samada ia terletak di kawasan bandar atau pun di luar bandar. Menurut kajian yang
telah dilakukan oleh Universiti Sains Malaysia, kekurangan tempat meletak kereta akan
menyebabkan kesesakan serta memberi pemandangan yang tidak elok disamping
pencemaran lain seperti bunyi bising dan udara. Dari segi ekonomi juga berlakunya
pembaziran kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang lebih dari segi penggunaan
minyak. Penyediaan tempatmeletak kereta yang cukup dapat memenuhi permintaan yang
datang daripada para pemandu terutamanya pada masa puncak. Ini akan dapat
mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas di jalanraya. Tempat meletak kereta yang
tidak dapat memenuhi keperluan dan permintaan pemandu akan menyebabkan
pergerakan kereta di jalan raya akan menjadi semakin lambat dan sesak akibat jumlah
kereta yang semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan kurangnya aliran tepu di
kawasan jalan tersebut. Untuk mengelakkan daripada berlakunya kesesakan lalulintas di
jalan raya, penyediaan tempat meletak kereta yang cukup adalah diperlukan. Orang ramai
akan berpuas hati untuk meletak kereta mereka apabila berkunjung ke sesuatu tempat.
941130-14-5537
Menurut kajian ‘analisis penyediaan tempat letak kereta mengikut jenis gunatanah
bandar-bandar di Malaysia’ yang dibuat oleh Mohd Noor Awang Jabatan Perancang
Bandar dan Wilayah Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia, research vote
number 71701, telah mencatat penawaran tempat letak kereta harus disesuaikan dengan
permintaan dan juga keupayaan ruang dalam kawasan bandar kerana jika penawaran
terlalu rendah ianya akan menjejaskan kepentingan perniagaan dan fungsi bandar kerana
ia akan melemahkan tarikan sesuatu aktiviti terutama aktiviti perniagaan. Masalah
kekurangan tempat letak kereta ini tidak mampu diselesaikan dengan penyediaan tempat
letak kereta yang baru sahaja tanpa sebarang langkah sokongan. Oleh itu, kajian semula
piawaian tempat letak kereta yang baru untuk seluruh bandar-bandar di Semenanjung
Malaysia perlu dilakukan.
Berdasarkan pelbagai kepentingan di atas, tempat letak kereta restoran
McDonald’s Taman Putra Permai memainkan peranan penting kepada restoran tersebut.
Oleh itu, pelbagai langkah yang dicadangkan agar dapat mengatasi masalah kekurangan
tempat letak kereta di restoran McDonald’s Taman Putra Permai, Seri Kembangan,
Selangor:-
(1) Lokasi tempat letak kereta yang hendak dibuat mestilah sesuai dan
strategik dimana ianya hendaklah dibuat di kawasan yang menjadi
tumpuan orang ramai supaya mereka tidak perlu berjalan jauh ke kawasan
yang hendak dituju.
(2) Bagi kawasan yang mengalami kekurangan tempat letak kereta, cara yang
paling sesuai ialah menyediakan tempat letak kereta bertingkat dengan ini
dapat menjimatkan penggunaan tanah di samping dapat menyediakan
banyak tempat letak kereta. Menggalakkan pekerja supaya mengamalkan
sikap berkongsi kereta.
941130-14-5537
(3) Menggalakkan pekerja supaya mengamalkan sikap berkongsi kereta. Di
mana ianya dapat mengatasi masalah kekurangan tempat letak kereta dan
juga masalah kesesakan lalulintas.
(4) Tindakan yang lebih tegas hendaklah dilakukan oleh pihak berkuasa agar
pemandu-pemandu kereta tidak meletak kereta mereka dimerata-rata
tempat yang bukan disediakan kerana ini akan menyebabkan berlakunya
kesesakan lalulintas dan kemalangan.
Secara keseluruhannya, tempat letak kereta telahpun memainkan salah satu
peranan penting kepada restoran McDonald’s Taman Putra Permai, Seri Kembangan,
Selangor. Oleh itu, restoran McDonald’s Taman Putra Permai harus memberi perhatian
terhadapnya.
0 10 20 30 40 50 60
STSTSSSS
Peratusan (%)
Pers
epsi
pela
ngga
n te
rhad
ap k
etida
kcuk
upan
tem
pat l
etak
ker
eta
941130-14-5537
Apakah cadangan paling penting bagi aspek yang boleh ditingkatkan?
Berdasarkan dapatan kajian jadual 4, didapati cadangan paling penting bagi aspek
yang boleh ditingkatkan oleh restoran McDonald’s di Taman Putra Permai, Seri
Kembangan ialah kelajuan perkhidmatan wifi harus ditingkatkan. Analisis menunjukkan
aspek ini mempunyai peratusan yang paling tinggi berbanding aspek-aspek lain kerana
sebanyak 86% responden daripada 50 orang pelanggan telahpun bersetuju dengan
kenyataan tersebut. Penyelidik berpendapat, bagi menarik perhatian pelanggan, restoran
McDonald’s di Taman Putra Permai, Seri kembangan harus menaiktaraf kelajuan
perkhidmatan wifi untuk memenuhi kehendak pelanggan.
Aspek ini penting kerana terdapat banyak kepentingan terhadap penggunaan
perkhidmatan wifi restoran McDonald’s Taman Putra Permai. Menurut Bulentin ICT
Edisi ICT Perbendaharaan daripada laman sesawang http://www.treasury.gov.my dan
http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=17696, kepentingan perkhidmatan
wifi Apabila kita disambungkan ke Internet, ini bermaksud kita telah disambungkan
kepada berjuta-juta komputer di seluruh dunia yang menawarkan pelbagai peluang dan
perkhidmatan. Antara kepentingan dan kemudahan Internet adalah seperti berikut :-
I. Menggunakan mel elektronik (e-mel) yang mudah dan pantas. Mesej
elektronik atau e-mel membolehkan berita/mesej/maklumat dihantar atau
diterima oleh sesiapa saja di seluruh pelusuk dunia yang disambungkan ke
Internet. Perkhidmatan e-mel secara percuma adalah seperti hotmail dan
yahoo ;
II. Melayari laman web menggunakan web browser contohnya seperti
Internet Explorer, Netscape Navigator, Mosaic dan menggunakan search
engine seperti Yahoo, Googles, Alta Vista ;
III. Berbincang dan bertukar-tukar idea dan maklumat menerusi kumpulan-
kumpulan tertentu (Newsgroups) secara aktif ;
941130-14-5537
IV. Berbual-bual secara virtual dengan orang lain, tidak kira dekat atau jauh,di
dalam atau luar negeri, samada dikenali atau tidak, menerusi chat group
seperti Internet Relay Chat (IRC) ;
V. Memuat turun (download) perisian tertentu dan terkini secara percuma
atau berbayar ;
VI. Online banking atau perbankan elektronik membolehkan pengguna
mengemaskini akaun bank, membuat transaksi, membuat pembayaran bil
dan sebagainya ;
VII. Membeli belah atas talian dari jarak jauh (teleshopping), membuat
tempahan percutian atau tempahan tiket ;
VIII. Melabur atau menanam modal (investments). Broker-broker saham dan
pelabur-pelabur boleh mengakses maklumat perniagaan untuk bursa-bursa
saham regional melalui Internet. Dari sini, pelabur-pelabur dapat
keterangan yang cukup jelas mengenai sesuatu syarikat sebelum
melibatkan diri dengan membeli saham syarikat tersebut untuk tujuan
pelaburan ;
IX. Internet juga membolehkan perdagangan elektronik (Electronic
Commerce). Banyak syarikat menggunakan web sebagai komunikasi
online yang cepat dan selamat untuk berhubung dengan para rakan niaga
dan para pembekal seperti pengeksport, pihak kastam, institusi kewangan
dan insurans, pengangkutan dan pengimport ;
X. Membuka peluang pekerjaan dimana orang ramai boleh mencari dan
memohon pekerjaan secara online. Mereka juga boleh bekerja dari rumah
tanpa perlu membuka pejabat atau pergi ke pejabat (teleworking) ;
941130-14-5537
XI. Peluang mendapat pendidikan global. Pelajar dan guru boleh mendapat
maklumat untuk kajian atau tugasan melalui Internet di mana-mana portal
pendidikan atau perpustakaan elektronik. Orang ramai juga dapat
mengikuti pengajian secara online atau jarak jauh dengan universiti
tempatan atau luar negara.
Daripada kepentingan-kepentingan di atas, perbincangan telah menunjukkan
perkhidmatan wifi memainkan peranan yang sangat vital dalam kehidupan manusia pada
era globalisasi ini. Penyelidik berpendapat, restoran McDonald’s Taman Putra Permai
patut menentukan langkah pertama bagi cadangan ini, iaitu menaiktaraf kelajuan
perkhidmatan wifi supaya tidak ketinggalan zaman.
Hasil kajian menerpati objektif dicapai.
62%
24%
14%
cadangan paling penting bagi aspek yang boleh ditingkatkan oleh restoran McDonald’s di Taman Putra Permai
ssstssts
941130-14-5537
KESIMPULAN
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji persepsi pelanggan
terhadap restoran McDonald’s Taman Putra Permai, Seri Kembangan. Persepsi
pelanggan patut dititikberatkan oleh sesebuah restoran supaya pelanggannya akan
mengulangi kunjungan mereka dan perniagaan mereka dapat dikembangkan pada masa
datang. Kegagalan pemilik restoran memberi perhatian atas persepsi pelanggan akan
mengakibatkan kehilangan pelanggan atau yang lebih serius dan mengakibatkan imej
restoran terjejas. Oleh itu, persepsi pelanggan terhadap restoran McDonald’s Taman
Putra Permai, Seri Kembangan memainkan peranan yang penting dan wajar dikenal pasti.
Kajian ini telah menggunakan empat kaedah kajian untuk memperoleh maklumat-
maklumat. Keempat kaedah kajian ini adalah kaedah pemerhatian, temu bual, soal selidik
dan kaedah rujukan. Kajian ini telah dimulakan dengan kaedah pemerhatian. Kaedah ini
telah dijalankan ke atas lokasi kajian dengan melawat dan memerhatikan lokasi kajian ini
dalam beberapa hari supaya dapat mengetahui dan memerhatikan kekerapan transaksi
oleh para pengguna di lokasi kajian ini. Gambar-gambar mengenai lokasi kajian telahpun
diambil sebagai salah satu maklumat penting dalam kajian ini. Gambar-gambar ini
kemudiannya dilampirkan bersama projek ini di bahagian lampiran.
Seterusnya, kaedah temu bual juga telah dijalankan untuk mendapatkan maklumat
secara lisan daripada responden yang ditemui di lokasi kajian. Beberapa soalan
kemudiannya diutarakan dan segala proses temu bual ini telah dirakamkan. Melalui
kaedah temu bual dan kaedah pemerhatian, kaedah soal selidik berjaya dijalankan kerana
item-item dalam borang soal selidik telahpun berjaya dibina dan seterusnya diedarkan
kepada 50 orang responden. Selepas selesai, kesemua borang soal selidik ini
kemudiannya dikutip semula dan diproses untuk menyelesaikan dapatan kajian dan
perbincangan bagi kajian ini.
Bukan itu sahaja, kaedah rujukan juga digunakan dengan meluas sama ada
rujukan dari Internet ataupun dari perpustakaan sebelum kajian ini bermula lagi. Ia adalah
untuk mendapatkan maklumat tentang sampel kajian dan maklumat-maklumat tambahan
941130-14-5537
bagi menghasilkan kajian ini. Web site www.mcdonals.com.my telah dirujuk dan
mendapati bahawa restoran Mcdonald’s merupakan rangkaian restoran makanan segera
yang terbesar di dunia. Menurut lamam web Dewan Bahasa dan Pustaka, definisi
makanan segera adalah makanan yang boleh disediakan atau dihidangkan dengan cepat.
Buku Pengajian Am Penggal 2 dari Penerbit Ilmu Bakti dirujuk untuk mendapatkan cara
dan langkah yang betul untuk menaip kajian.
Selepas empat kaedah kajian, data kemudiannya dikira dan diproses dengan
menggunakan perisian komputer, Microsoft Excel dan Microsoft Word dengan
ditafsirkan, dibincangkan dan dirumuskan dalam bahagian yang seterusnya iaitu bahagian
dapatan kajian dan perbincangan. Semua data ini akan dibincangkan dengan menyeluruh
dari permulaan data sehinggalah ke akhir data dalam kedua-dua bahagian ini supaya
dapat memperoleh dapatan kajian dan perbincangan yang cemerlang. Selepas
pemprosesan data selesai, dapatan kajian yang diperoleh telah menunjukkan persepsi
utama responden terhadap restoran McDonald’s di Taman Putra Permai, Seri Kembangan
ialah tempat letak kereta kadangkala tidak mencukupi kepada responden. Analisis
menunjukkan aspek ini mempunyai peratusan yang paling tinggi berbanding aspek-aspek
lain kerana sebanyak 76% responden daripada 50 orang pelanggan telahpun bersetuju
dengan kenyataan tersebut. Penyelidik berpendapat, bagi menarik perhatian pelanggan,
restoran McDonald’s di Taman Putra Permai, Seri kembangan harus menambahkan
tempat letak kereta kepada pelanggannya.
Berdasarkan dapatan kajian jadual 4, didapati cadangan paling penting bagi aspek
yang boleh ditingkatkan oleh restoran McDonald’s di Taman Putra Permai, Seri
Kembangan ialah kelajuan perkhidmatan wifi harus ditingkatkan. Analisis menunjukkan
aspek ini mempunyai peratusan yang paling tinggi berbanding aspek-aspek lain kerana
sebanyak 86% responden daripada 50 orang pelanggan telahpun bersetuju dengan
kenyataan tersebut. Penyelidik berpendapat, bagi menarik perhatian pelanggan, restoran
McDonald’s di Taman Putra Permai, Seri kembangan harus menaiktaraf kelajuan
perkhidmatan wifi untuk memenuhi kehendak pelanggan.
941130-14-5537
Akhir sekali, semua pihak tidak kiralah pihak pengurusan, pekerja mahupun
pelanggan perlulah bersama-sama berganding bahu duduk semeja dalam misi untuk
mengekalkan dan menjelmakan persepsi yang positif dalam kalangan masyarakat pada
hari ini. Hal ini bertujuan supaya restoran McDonald’s Taman Putra Permai akan terus
berkembang dari semasa ke semasa dan tidak ketinggalan zaman. Pengurus restoran
McDonald’s Taman Putra Permai haruslah cuba mengambil cadangan-cadangan daripada
kajian ini bagi memajukan perniagaannya supaya para pelanggan dapat menikmatinya
dengan gembira. Penyelidik berharap pengurus McDonald’s Taman Putra Permai boleh
berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan mengambil tindakan berasaskan
pertimbangan yang wajar supaya dapat memastikan perniagaan ini akan terus
berkembang pada masa hadapan.